Chiba Coop:Berusaha Membina Masa Depan Anggota Dan Masyarakat Jepun Oleh: Rahimah Abd. Samad Pusat Konsultasi Koperasi, MKM
Masyarakat Jepun dikenali dengan sikap mereka yang sangat menjaga maruah dan berdisiplin. Mereka juga saling tolong-menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Berdasarkan pengalaman yang mereka lalui semasa perang dunia kedua dan bencana alam seperti gempa bumi telah membentuk budaya kehidupan yang sentiasa menjaga keselamatan dan kesejahteraan. Amalan ini juga yang menjadi antara faktor kejayaan koperasi-koperasi di Jepun terutamanya koperasi pengguna. Jepun terdiri daripada 6,852 pulau yang membentuk gugusan kepulauan yang terbahagi kepada 10 kawasan lingkungan dan 47 buah wilayah yang ditadbir bebas daripada kuasa kerajaan pusat. Penduduk Jepun berjumlah 128 juta orang, menjadikannya negara ke-10 paling ramai penduduknya di dunia. Antara wilayah yang terbesar ialah Wilayah Chiba yang terletak di Pulau Honsyu, iaitu 40 kilometer dari Bandaraya Tokyo. Wilayah Chiba mempunyai keluasan 5.1 ribu kilometer persegi dengan kepadatan penduduk sebanyak 1,165 km persegi menjadikan jumlah penduduknya seramai 6 juta orang iaitu wilayah keenam teramai di Jepun. Terdapat 36 bandar raya terletak di Wilayah Chiba dan ibu kota bagi wilayah ini dinamakan Chiba. Ibu kota Chiba sendiri terbahagi kepada 6 daerah iaitu Hanamigawaku, Inage-ku, Wakaba-ku, Mihama-ku, Chuo-ku dan Midori-ku.
8
Jepun Selepas Perang Dunia ke Lima Perang dunia pertama dan kedua (1939–1945) melibatkan banyak negara di dunia ini termasuk Jepun. Peperangan ini mengakibatkan banyak kerosakan dan kematian sehingga menyebabkan kemerosotan ekonomi yang sangat teruk. Pengangguran menjadi masalah utama negara dan negara Jepun sendiri kekurangan modal untuk dibangunkan semula. Namun, kerajaan Jepun mengambil langkah pantas untuk memulihkan ekonomi negara melalui jalinan dan usaha sama antara para pengeluar/pengilang, pembekal, pengedar dan bank yang dinamakan keiretsu. Walaupun begitu, usaha daripada penduduk Jepun itu sendiri juga banyak membantu menaikkan semula ekonomi Jepun. Peperangan bukan sahaja telah mengakibatkan masalah kekurangan bekalan makanan dan barangan keperluan harian tetapi ancaman radiasi daripada bom atom menjadikan rakyat Jepun amat berhati-hati dengan kesihatan dan keselamatan pemakanan mereka. Oleh itu, sekumpulan penduduk wanita di Nobuto iaitu sebuah pekan kecil yang terletak di Wilayah Chiba, telah membuat kutipan derma 100 yen seorang lalu menubuhkan sebuah koperasi sebagai usaha untuk mengatasi masalah bersama dan memberi nama koperasi tersebut sebagai Koperasi Nabuto.
Pada tahun 1952, perniagaan Koperasi Nobuto yang semakin maju dan telah mengubahsuai premis perniagaan bagi memulakan sistem pembelian secara pukal.
Penubuhan Koperasi Nabuto Dan Perkembangannya Koperasi Nabuto ditubuhkan dalam tahun 1949 dengan nilai pelaburan sebanyak 45 ribu yen. Koperasi memulakan perniagaannya dengan menjual sabun buku, kertas tisu, berus gigi dan barangan keperluan harian yang lain. Sepanjang penubuhan koperasi pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi meningkatkan lagi peranannya dalam memperbaiki kehidupan anggota dan masyarakat sekitar. Akhirnya, atas dedikasi anggota lembaga dan sokongan daripada anggota sendiri, sebuah kedai yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan dapat dibina di sebuah kawasan seluas lebih kurang 32 meter persegi. Pada tahun 1952, perniagaan Koperasi Nobuto yang semakin maju dan telah mengubah suai premis perniagaan bagi memulakan sistem pembelian secara pukal. Sistem ini membolehkan anggota membuat tempahan ke atas barangan yang diperlukan dan pembelian dibuat secara kelompok. Melalui
Mini Co-op Chiba yang pertama didirikan
Maktab Koperasi Malaysia
9
sistem ini kos pembelian dapat dijimatkan dan harga barangan dapat dikurangkan. Kejayaan Koperasi Nabuto telah membuktikan bahawa koperasi mampu untuk menjadi wadah kepada pembangunan semula ekonomi negara. Justeru, pelbagai usaha dijalankan untuk menggalakkan penduduk menjadi anggota koperasi. Antara usaha yang dilaksanakan adalah melalui siaran televisyen yang mana NHK TV Jepun telah menyiarkan kisah mengenai Koperasi Nabuto dalam salah satu daripada program siarannya. Selain itu, pihak pengurusan turut sama turun padang dan berkumpul di rumah-rumah dalam kawasan kejiranan sambil menjelaskan tentang produk yang dikeluarkan oleh koperasi. Usaha ini telah meningkatkan jumlah keanggotaan dan seiringan itu modal saham Koperasi Nabuto yang telah dinaikkan daripada 100 yen kepada 500 yen seorang. Penubuhan Koperasi Penduduk Chiba Sekitar awal tahun 1970-an, sekali lagi dunia dilanda krisis ekonomi yang menyebabkan kekurangan bekalan makanan serta kenaikan harga barang. Maka, lebih ramai penduduk yang sanggup melabur dan menyertai koperasi. Penduduk-penduduk di kawasan Chiba turut menyuarakan agar lebih banyak koperasi penduduk ditubuhkan kesan daripada pertambahan dalam jumlah anggota. Kesempatan ini diambil oleh Koperasi Nobuto untuk membuka lebih banyak koperasi dan perkembangan ini juga nama Koperasi Nobuto telah dipinda kepada Koperasi Penduduk Chiba. Menjelang tahun 1977, keanggotaan koperasi telah mencecah 10,000 orang dan sebanyak 3 buah koperasi penduduk telah dibuka di daerah Chiba iaitu: i. Koperasi Penduduk Chiba (nama asal Koperasi Nobuto) ii. Koperasi Penduduk Funabishi iii. Koperasi Penduduk Toukatsu Usaha mempromosikan koperasi terus dibuat dari tahun ke tahun dengan pelbagai aktiviti
10
Penduduk-penduduk di kawasan Chiba turut menyuarakan agar lebih banyak koperasi penduduk ditubuhkan kesan daripada pertambahan dalam jumlah anggota. diadakan seperti majlis taklimat, pameran dan kursus mengenai produk. Mesyuarat ketua pasukan juga sering kali diadakan bagi meneliti setiap pendapat daripada anggota di samping membentuk lebih ramai pasukan. Antara aktiviti yang dijalankan kepada anggota ialah aktiviti kebudayaan yang berkaitan dengan masalah pemakanan dan kehidupan seharian. Penggabungan Kopersi Chiba Dan Koperasi Penduduk Yang Lain Pada tahun 1990 Koperasi Penduduk Chiba dan Koperasi Penduduk Funabashi telah bergabung dan membentuk Chiba Coop. Dengan penggabungan ini, jumlah keanggotaan Chiba Coop menjangkau angka 123,487 orang. Bagi mengukuhkan prestasi koperasi, pelbagai aspek telah digabungkan menjadi satu seperti penghasilan produk dan sistem pengedaran yang lebih mantap serta membuka peluang kepada anggota memberikan cadangan. Koperasi Nabuto terus berkembang luas untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik ke seluruh daerah Chiba. Pada tahun 2002, Chiba Coop dan Koperasi Penduduk Toukatsu pula telah bergabung membentuk Chiba Coop era baru. Dengan penggabungan ini, lebih banyak lagi perkhidmatan dapat dilaksanakan dan lebih banyak produk boleh dikeluarkan. Aktiviti Koperasi Dalam Menjaga Kepentingan Anggota Koperasi Nobuto bukan hanya menjual barangan keperluan malah menjalankan pelbagai aktiviti sokongan kepada anggotaanggotanya sehingga terbinanya sebuah dewan aktiviti. Sebagai tanda penghargaan, koperasi ini telah menerima anugerah 'Projek Contoh Gaya Hidup Baru' oleh Menteri Kesihatan dan Kebajikan Jepun pada tahun 1956. Koperasi ini juga menitikberatkan alam
Urus niaga di Mini Co-op Chiba
sekitar serta isu-isu berhubung penjagaan alam sekitar. Contohnya penjagaan air dengan penghasilan bahan pencuci yang mesra alam serta pengumpulan kotak susu untuk dikitar semula menjadi kertas tisu. Anggota juga didedahkan dengan pertubuhan United Nation International Child Education Fund (UNICEF) yang banyak menjalankan aktiviti kemanusiaan termasuklah soal kebajikan dan keamanan. Antara usaha yang dijalankan oleh koperasi dalam membantu aktiviti UNICEF adalah dengan mengutip derma. Kebajikan anggota terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu sosial serta penjagaan kesihatan dan pemakanan menjadi salah satu dari agenda utama Chiba Coop. Koperasi ini sentiasa bekerja keras membantu kehidupan dan kesihatan setiap anggota serta keluarga mereka. Sebagai menyokong aktiviti menjaga dan mendidik kanak-kanak, Tsudanuma 'Day Service Centre' telah disediakan untuk tujuan ini. Peningkatan kadar usia di kalangan rakyat Jepun juga menjadi isu utama dan koperasi telah menyediakan pusat khidmat penjagaan orang-orang tua untuk meringankan beban anggota. Bagi memastikan kehendak anggota dipenuhi, koperasi telah menyebarkan risalah dan majalah kepada anggota-anggotanya. Risalah seperti 'Maklum Balas Untuk Anggota' adalah untuk menyebarkan maklumat mengenai aktiviti perniagaan koperasi yang bertemakan Otagaisama bermaksud bersama-sama. Manakala majalah yang diberi nama 'Okina
Lori penghantaran Coop-Deli
Kebajikan anggota terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu sosial serta penjagaan kesihatan dan pemakanan menjadi salah satu dari agenda utama koperasi Nabuto. Yasashi Ki' pula membolehkan anggota menyuarakan pandangan serta cadangan mereka. Dengan adanya majalah tersebut koperasi telah menerima lebih daripada 10,000 ribu cadangan. Antara cadangan yang telah dilaksanakan adalah khidmat penghantaran dua minggu sekali dan pembukaan premis perniagaan yang lebih besar. Keselamatan Pemakanan Bermula Dari Meja Makan Pemakanan anggota merupakan agenda penting dalam koperasi ini. Bagi memastikan harga barangan dapat dikawal dan produk yang terjamin, Koperasi Nabuto mula mengeluarkan produk mereka sendiri. Pada tahun 1960an, "Mentega Koperasi" merupakan produk pertama dihasilkan dan dijual oleh koperasi. Koperasi juga sentiasa membuat pemantauan dan kawalan produk yang dijual bagi memastikan anggota mendapat bekalan makanan yang selamat dan berkualiti. Pada tahun 1969, koperasi ini dilanda musibah apabila produk Chikuro yang dibekalkan telah mengalami keracunan makanan. Bagi mengelakkan masalah yang sama berulang lagi, koperasi kemudiannya melancarkan
Maktab Koperasi Malaysia
11
Sesi temuduga bersama Pengerusi Chiba Coop
produk dengan jenama 'COOP Safeter'. Pelancaran COOP Safeter menjadi permulaan bagi koperasi membekal dan menjual barangan yang dikeluarkan oleh koperasi sendiri. COOP Safeter juga disokong oleh pembelian produk segar secara pukal terus dari ladang tanpa menggunakan khidmat orang tengah. Komunikasi dua hala bersama para petani sering diadakan di samping mengadakan kursus-kursus mengenai pengurusan produk. Ini adalah untuk memastikan produk seperti sayur-sayuran, daging, telur dan susu yang dikeluarkan oleh COOP sentiasa baik dan segar. Selain itu, bagi memastikan makanan yang dihasilkan berkhasiat, Chiba Coop juga telah mengadakan perjumpaan bersama para pengeluar makanan di samping menjalin hubungan rapat dengan JA Zen-Noh Chiba iaitu persatuan Petani Jepun. Dari sinilah ahli persatuan dan pihak pengeluar dapat berkomunikasi dan menjalin hubungan. Walau bagaimanapun, pada tahun 2008, produk 'gyoza' sejuk beku keluaran negara China telah menyebabkan keracunan dan ini mengakibatkan kepercayaan pengguna kepada produk koperasi sedikit goyah. Bagi mengatasi masalah ini, Chiba Coop telah mengeluarkan satu artikel 'Janji Chiba Coop' dan 'Makanlah Untuk Kesihatan' yang menjanjikan bahawa mereka akan berusaha untuk memastikan produk keluaran mereka sentiasa selamat untuk dimakan demi anggotanya yang kini berjumlah 570,000 orang. Keselamatan makanan terus menjadi fokus utama koperasi sehingga menjadikan
12
Bersama-sama Pengerusi dan Anggota Lembaga Chiba Coop
bagi memastikan makanan yang dihasilkan berkhasiat, Chiba Coop juga telah mengadakan perjumpaan bersama para pengeluar makanan di samping menjalin hubungan rapat 'Keselamatan Pemakanan Bermula Dari Meja Makan' menjadi slogan mereka. Usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang isu ketidaktelusan produk makanan dan kepentingan menjaga alam sekitar sentiasa diteruskan. Beberapa cadangan daripada anggota sentiasa diambil kira dan antara cadangan berkaitan keselamatan makanan yang dapat dilaksanakan ialah pengeluaran katalog produk kesihatan dan produk bayi. Dalam memastikan makanan yang dikeluarkan oleh pihak koperasi selamat dimakan, mulai tahun 2002, Quality Management System juga turut dilancarkan. Pada tahun berikutnya, Chiba Coop telah menerima ISO9001 bagi sistem pembelian pukal yang dijalankan. Pada tahun 2004, mereka berjaya membangunkan sistem yang lebih baik bagi mengesan daging lembu yang dinamakan Trace Ability System. Usaha Menggalakkan Anggota Membeli Di Koperasi Dari awal penubuhan koperasi, terdapat pelbagai usaha telah dilakukan bagi menggalakkan anggota membuat pembelian di koperasi. Antara usaha tersebut adalah melaksanakan sistem bayar dahulu untuk kegunaan sebulan. Namun, sistem ini telah menyebabkan koperasi mencatatkan kerugian.
Susun atur dan promosi di Pasaraya Chiba Coop memudahkan pelanggan
Bagi mengatasi masalah ini, pembelian pukal telah diperkenalkan dengan mensyaratkan setiap anggota yang hendak membeli membuat pesanan melalui borang pesanan. Dengan peningkatan jumlah anggota, pembelian secara pukal semakin digalakkan sehingga memaksa koperasi membuka pusat pengedaran dan pusat penghantaran di setiap kawasan. Kini, terdapat sebanyak 25 buah pusat penghantaran yang diberi nama Coop-Deli, 10 buah Pasar raya dan 11 Mini-Koop di sekitar kawasan Chiba. Sistem penyimpanan data telah dimodenkan dengan penggunaan sistem komputer. Data-data yang diperoleh disimpan bagi membantu kelancaran kerja serta keberkesanan kualiti produk. Bagi memudahkan anggota mendapatkan bekalan
Makanan sejuk beku juga disediakan di satu sudut kedai
Produk yang dikeluarkan dan dipasarkan oleh Chiba Coop
makanan dan keperluan harian mereka, koperasi telah mengeluarkan katalog barangan untuk membolehkan anggota koperasi membuat pesanan. Malahan pesanan boleh dibuat melalui sistem komputer secara ‘online’ dan penghantaran akan dibuat dalam tempoh masa dua hari selepas pesanan dibuat. Selain itu, koperasi juga mengambil cadangan anggota dengan mengeluarkan katalog makanan dan produk makanan kesihatan. Sokongan yang menggalakkan ini telah menyebabkan Koperasi Penduduk Chiba dan Koperasi Penduduk Funabashi mengambil inisiatif bergabung tenaga untuk membangun dan menjalankan kajian terhadap produkproduk COOP serta menghasilkan produkproduk baru dan meluaskan pasaran. Antara
Antara petani-petani yang bekerjasama dengan Chiba Coop untuk membekalkan sayur-sayuran segar
Maktab Koperasi Malaysia
13
produk-produk yang terhasil adalah seperti roti, minyak bunga matahari, tofu dan sebagainya. Manakala pembangunan produk juga telah dijalankan secara bersiri berdasarkan nilai produk tersebut dan kepentingannya dalam kehidupan. Tiga prinsip penting yang diamalkan ialah produk selamat, kualiti dikekalkan dan harga berpatutan. Chiba Coop Terus Berdaya Maju, Berdaya Saing Dan Berdaya Tahan Sepanjang 60 tahun penubuhan Chiba Coop, pelbagai ranjau dan duri telah dilalui mereka. Sehingga tahun 2010, penggabungan koperasi terus dilaksanakan sehingga keanggotaan koperasi menjangkau lebih daripada 600,000 orang. Penggabungan terkini Chiba Coop adalah bersama Kumpulan Koop-Net yang juga dianggotai oleh Ibaraki-Koop, Tochigi-Coop, Gunma-Koop, Saitama-Coop, Tokyo-Coop, Nagano-Coop, Niigata-Coop dan jaringan perniagaan Koop-Net serta anak syarikatnya. Penggabungan ini membolehkan koperasi menjadi penyumbang besar kepada kehidupan seharian pengguna dan anggotanya.
Berkat kesabaran dan ketekunan anggota lembaga koperasi serta sokongan anggota, koperasi ini terus hidup dan berkembang. Koperasi ini bukan hanya membekalkan keperluan harian pengguna dan anggota melalui produk yang mereka keluarkan tetapi juga menjaga keselamatan pemakanan. Koperasi juga turut menawarkan perkhidmatan yang dapat membantu meringankan beban anggota seperti khidmat penghantaran barangan, aktiviti kebajikan sosial, penjagaan anak-anak serta orang tua dan penjagaan alam sekitar untuk kepentingan generasi akan datang. Kesimpulannya, kejayaan Chiba Coop harus diambil contoh oleh semua gerakan koperasi untuk memastikan koperasi terus berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan. Dengan penggabungannya dalam Kumpulan Koop-Net, Chiba Koop juga berusaha untuk merealisasikan visi mereka iaitu 'COOP Menjadi teman yang paling dipercayai dalam kehidupan’.
NOTA: Keiretsu adalah sekumpulan syarikat Jepun yang sentiasa berhubung rapat. Keiretsu sentiasa menggalakkan anggotanya untuk memberikan kontrak kepada syarikat sister dan bekerjasama dengan mereka. Coop - Deli - menyediakan khidmat penghantaran milik Kumpulan Koop-Net iaitu gabungan 6 koperasi dan satu syarikat. Perkataan Deli bermaksud Delicious (Lazat) dan Delivery (Penghantaran). Ia juga menyatakan hasrat koperasi untuk menyampaikan pelbagai kelazatan dalam kehidupan masyarakat. Koop Net – Kumpulan Koop Net adalah kumpulan koperasi yang berkembang di 7 negeri dan 1 bandar utama. Dianggotai oleh beberapa buah koperasi iaitu Chiba Koop, Saitama-Coop, Tokyo-Coop dan Jaringan Perniagaan Koop-Net. Kumpulan ini beroperasi secara bersama dalam semua aspek perniagaan serta kegiatan kebajikan untuk anggota-anggotanya di peringkat tempatan. Keutamaan mereka adalah untuk menyumbang ke arah pembinaan masyarakat yang lebih dinamik menerusi perniagaan dan aktiviti keseluruhan. United Nation International Child Education Fund (UNICEF) UNICEF merupakan badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi bantuan kemanusiaan dan perkembangan kepada kanak-kanak di seluruh dunia. UNICEF beribu pejabat di New York. Tabung UNICEF banyak bergantung kepada sumbangan kewangan daripada kerajaan-kerajaan dan juga penderma peribadi. Program-programnya menekankan perkhidmatan menjaga kesihatan dan kebajikan kanak-kanak di peringkat masyarakat
14
RUJUKAN Chiba Koop. (2009). Panduan Chiba Ko-op 2009 – merealisasikan impian kehidupan sejak 60 tahun dan bersama membina masa depan. Chiba: Coop Chiba Laporan Tanggungjawab Sosial Syarikat. (2009). Co-op Bersama Membina Masa Depan. KoopNet Lucien Ellington. Learning from the Japanese Economy. Dicapai pada 2 Februari 2012 daripada http://spice.stanford.edu/docs/122 - 2/2.2012 Temuduga bersama Pengerusi dan Anggota Lembaga Chiba Coop What is Keiretsu. Dicapai pada 3 Mac 2012 daripada http://www.investorglossary.com/keiretsu. htm
Maktab Koperasi Malaysia
15