CADANGAN PENINGKATAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
BIRO PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN KERJAYA PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (PERSADA)
PENDAHULUAN Tujuan Pihak PERSADA mengambil inisiatif untuk menyediakan Kertas Kerja Cadangan Peningkatan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Kerajaan ini adalah untuk mendapatkan perhatian yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan agar Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Kerajaan dapat dipertingkatkan dan ditambahbaik bagi kebaikan serta kebajikan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Kerajaan di seluruh Negara.
HALATUJU HASIL PENYEDIAAN KERTAS KERJA Hasil kertas kerja ini akan dikemukakan kepada pihak tertinggi Kerajaan untuk dipertimbangkan bagi semua usul dan cadangan yang terkandung di dalam Kertas Kerja ini untuk dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan.
1
Cadangan Bagi Melaksanakan Kaedah dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan (Time Based Promotional System) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
2
Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa
3
Cadangan Pengwujudan dan Pengisian Jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Pihak Berkuasa Tempatan.
4
Cadangan Semakan Syarat Kelayakan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Untuk Menjadi Ahli Korporat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP)
5
Cadangan Memperluas dan Membuka Peluang Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Untuk Menjawat Jawatan di LainLain Jabatan dan Kementerian Kerajaan.
KERTAS KERJA PERTAMA (1) CADANGAN BAGI MELAKSANAKAN KAEDAH DAN SISTEM KENAIKAN PANGKAT / GRED BERDASARKAN TEMPOH PERKHIDMATAN (TIME BASED PROMOTIONAL SYSTEM) BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA.
BIRO PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN KERJAYA PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (PERSADA)
KERTAS KERJA PERTAMA Cadangan Bagi Melaksanakan Kaedah dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan (Time Based Promotional System) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
PENDAHULUAN •TUJUAN KERTAS CADANGAN Mengemukakan cadangan bagi melaksanakan kaedah pemberian kenaikan pangkat secara “Time Based“ kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa
KAEDAH KENAIKAN PANGKAT / GRED SEDIADA DALAM PERKHIDMATAN AWAM •PIHAK BERKUASA MELANTIK -Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP), -Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan ; -Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) Manakala, bagi perkhidmatan di peringkat pihak berkuasa berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, pelantikan dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri masing-masing.
KERTAS KERJA PERTAMA Cadangan Bagi Melaksanakan Kaedah dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan (Time Based Promotional System) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
KAEDAH KENAIKAN PANGKAT / GRED SEDIADA DALAM PERKHIDMATAN AWAM Bagi SPA, sistem dan kaedah kenaikan pangkat atau gred yang diamalkan adalah berdasarkan kepada kelayakan seseorang penjawat awam untuk dipertimbangkan bagi tujuan kenaikan pangkat . Berdasarkan pekeliling Peraturan-Peraturan Pegawai Awam-Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005 – P.U(A)176/2005, faktor untuk seseorang penjawat awam itu sesuai dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:• Kecekapan dan prestasi kerja pegawai itu; • Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai itu; • Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat • Keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai itu; • Kegiatan luar dan sumbangan pegawai itu kepada negara dan masyarakat; dan • Aspek lain yang difikirkan relevan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat
KERTAS KERJA PERTAMA Cadangan Bagi Melaksanakan Kaedah dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan (Time Based Promotional System) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
KAEDAH KENAIKAN PANGKAT / GRED SEDIADA DALAM PERKHIDMATAN AWAM •IMPLIKASI PEMAKAIAN KAEDAH SEDIADA: Penjawat awam akan berada di gred lantikan atau gred semasa dalam satu tempoh yang agak lama antara 15-30 tahun dan tertakluk kepada kekosongan
Berkemungkinan seseorang penjawat awam itu akan berada pada gred lantikan atau gred semasa sehingga mencapai umur berpencen wajib. Penjawat Awam berasa ‘tidak puas hati’ kerana kekosongan jawatan Gred yang lebih tinggi adalah terhad berbanding skim pendidikan dan kesihatan sepeti Guru yang menikmati kaedah pemberian kenaikan pangkat secara ‘time-based’. Tidak memberikan inspirasi serta semangat kepada kebanyakan penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan dengan lebih baik memandangkan tiada pengiktirafan dari aspek kenaikan pangkat yang secara tidak langsung melibatkan aspek kewangan yang lebih baik.
KERTAS KERJA PERTAMA Cadangan Bagi Melaksanakan Kaedah dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan (Time Based Promotional System) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
KAEDAH KENAIKAN PANGKAT / GRED SEDIADA DALAM PERKHIDMATAN AWAM •KEBAIKAN PELAKSANAAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT SECARA ‘TIME-BASED’: Penjawat awam akan merasai lebih dihargai dari masa ke semasa sehingga mencapai umur berpencen kerana mereka akan berada pada tangga gaji yang lebih baik semasa berpencen. Memberikan rasa keadilan dan kesaksamaan yang meluas dikalangan penjawat awam tanpa timbul prejudis diantara penjawat awam dalam skim yang berbeza. Penjawat awam secara tidak langsung akan sentiasa memperbaiki dan meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang tugas memandangkan pangkat dan gred yang disandang semakin mencabar dari tahun ke tahun. Memberikan inspirasi serta semangat kepada kebanyakan penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan dengan lebih baik sehingga tiba masa berpencen.
KERTAS KERJA PERTAMA Cadangan Bagi Melaksanakan Kaedah dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan (Time Based Promotional System) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa. KAEDAH PEMBERIAN KENAIKAN PANGKAT SECARA “TIME BASED“ KEPADA SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah dicadangkan hendaklah dinaikkan pangkat secara ‘time-based’ tanpa kekosongan jawatan sebagaimana yang telah dilaksanakan di dalam Skim Perkhidmatan Pendidikan sekarang. Adalah dicadangkan bagi seseorang Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang berada di dalam gred lantikan hendaklah dinaikkan pangkat selepas tempoh 8 tahun dan selepas itu dinaikkan ke gred kenaikkan pangkat seterusnya setelah tempoh 8 tahun, 6 tahun dan 3 tahun. Ini bermakna selepas 25 tahun berkhidmat (iaitu 8 + 8 + 6 + 3 tahun), seorang Pegawai Perancang Bandar dan Desa berkenaan telah berada dalam jawatan tertinggi dalam Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa iaitu sekurang-kurangnya gred jawatan J 54.
KERTAS KERJA PERTAMA Cadangan Bagi Melaksanakan Kaedah dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan (Time Based Promotional System) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
SYOR DAN CADANGAN PELAKSANAAN (TEMPOH KENAIKAN PANGKAT) Secara ringkasnya cadangan pelaksanaan tempoh kenaikan pangkat bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa ini adalah seperti di jadual berikut : SKIM PERKHIDMATAN
KENAIKAN GRED JAWATAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
TEMPOH Pegawai Di Bawah Skim Perkhidmatan PERKHIDMATAN Pendidikan Siswazah (PPPS) (TAHUN)
Gred J 52 ke Gred J 54
3
(Gred DG52 ke Gred DG54)
Gred J 48 ke Gred J 52
6
(Gred DG48 ke Gred DG52)
Gred J 44 ke Gred J 48
8
(Gred DG44 ke Gred DG48)
Gred J 41 ke Gred J 44
8
(Gred DG41 ke Gred DG44)
Jumlah Tahun
25
KERTAS KERJA PERTAMA Cadangan Bagi Melaksanakan Kaedah dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan (Time Based Promotional System) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
SYOR DAN CADANGAN PELAKSANAAN (PENCAPAIAN KECEMERLANGAN) Mencapai markah minimum kriteria kecemerlangan (KC) dan markah minimum keseluruhan yang ditetapkan iaitu 80% dan ke atas seperti jadual berikut : GRED
J 54
J 52 J 48 J 44 J 41
MARKAH MINIMUM LNPT 80%
MARKAH MARKAH MINIMUM KESELURUHAN MINIMUM KC (LNPT=60%+KRITERIA KECEMERLANGAN=40% 80%
78%
80%
80%
80%
80%
KERTAS KERJA PERTAMA Cadangan Bagi Melaksanakan Kaedah dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan (Time Based Promotional System) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa. CADANGAN SYARAT-SYARAT UMUM KENAIKAN PANGKAT Dicadangkan terdapat beberapa syarat umum bagi kenaikan pangkat bagi seseorang Pegawai Perancang Bandar dan Desa iaitu seperti berikut : i.
Disahkan dalam perkhidmatan;
ii.
Bebas daripada tindakan tatatertib dan mahkamah;
iii. Telah mengisytiharkan harta; iv. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); v.
Menjadi Ahli dalam Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM);
vi. Diperakui oleh Ketua Jabatan
KERTAS KERJA PERTAMA Cadangan Bagi Melaksanakan Kaedah dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan (Time Based Promotional System) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
SYOR DAN CADANGAN PELAKSANAAN (STATUS PEGAWAI DISYORKAN) Pegawai-pegawai yang telah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus adalah layak dipertimbangkan bagi urusan kenaikan pangkat ini termasuklah pegawaipegawai berikut : i.
Pegawai pinjaman atau kader;
ii. Pegawai sedang cuti belajar, cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji;
iii. Pegawai yang ditohmah tetapi tidak dapat dibuktikan; iv. Pegawai yang sedang dalam prosiding tatatertib. Walaubagaimanapun, kes pegawai hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga; dan v. Pegawai yang telah layak sebelum bersara atau meninggal dunia.
KERTAS KERJA PERTAMA Cadangan Bagi Melaksanakan Kaedah dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan (Time Based Promotional System) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
SYOR DAN CADANGAN
Pihak Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA) memohon kepada Kerajaan memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk Melaksanakan Kaedah dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan (Time Based Promotional System) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa dengan mengambilkira kaedah dan implikasinya seperti yang dinyatakan di atas.
KERTAS KERJA KEDUA (2) CADANGAN PEMBERIAN BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN KRITIKAL (BIPK) BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA
BIRO PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN KERJAYA PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (PERSADA)
KERTAS KERJA KEDUA Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar Dan Desa
PENDAHULUAN TUJUAN KERTAS CADANGAN
Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapatkan perhatian yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan agar memberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa sama seperti skim perkhidmatan yang lain yang telah diiktiraf oleh Kerajaan berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 : Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal.
KERTAS KERJA KEDUA Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar Dan Desa
LATARBELAKANG Kerajaan telah memperkenalkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) semasa pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) kerana menyedari bahawa negara menghadapi kekurangan bekalan tenaga manusia dalam perkhidmatan tertentu yang boleh menjejaskan kemajuan pelaksanaan program-program pembangunan negara.
KAEDAH PEMBERIAN BIPK Pelaksanaan pemberian BIPK merupakan satu kaedah untuk menarik dan mengekalkan pegawai dalam perkhidmatan tertentu yang dikategorikan sebagai kritikal. Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 : Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, penentuan sama ada sesuatu perkhidmatan dikategori sebagai Perkhidmatan Kritikal adalah berasaskan kepada empat (4) kriteria seperti berikut :
KERTAS KERJA KEDUA Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar Dan Desa EMPAT (4) KRITERIA PEMBERIAN BIPK a) Peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah diberi keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan negara; b) Kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih yang diperlukan, meliputi pertimbangan ke atas faktor-faktor seperti kedudukan penawaran dan permintaan, kadar pusing ganti dan kadar saraan di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan; c) Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kemahiran dan bakat; dan d) Keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan sistem waktu kerja yang digunakan.
KERTAS KERJA KEDUA Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar Dan Desa JUSTIFIKASI / ASAS PERTIMBANGAN PERTAMA • Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 pada perenggan 6 ada menyatakan keputusan Kerajaan mengiktiraf lima (5) skim perkhidmatan baru dan mengekalkan 31 skim perkhidmatan daripada senarai Perkhidmatan Kritikal sedia ada sebagai Perkhidmatan Kritikal iaitu termasuk yang diklasifikasikan sebagai perkhidmatan kejuruteraan (Gred J) daripada Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional di bidang professional teknikal seperti kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina.
• Sehubungan dengan itu, adalah wajar bagi bidang professional teknikal seperti Perancang Bandar juga diberi pengiktirafan pemberian BIPK yang sama sepertimana yang diperolehi bagi bidang professional teknikal yang lain seperti kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina. • Ini juga adalah memandangkan jenis perkhidmatan dan keadaan kerja teknikal dari bidang professional kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina adalah mempunyai risiko kerja yang sama seperti bidang professional Perancang Bandar.
KERTAS KERJA KEDUA Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar Dan Desa
JUSTIFIKASI / ASAS PERTIMBANGAN KEDUA Selain itu asas pertimbangan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah wajar diberikan BIPK juga adalah berdasarkan justifikasi mengikut kepada empat (4) kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan untuk dikategorikan sebagai Perkhidmatan Kritikal iaitu :
KERTAS KERJA KEDUA Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar Dan Desa 1) Peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah diberi keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan negara; a) Peranan dan sumbangan Pegawai Perancang Bandar dan Desa dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan fizikal Negara adalah amat penting dimana di dalam bidang kerja Perancangan Bandar akan menentukan bentuk dan panduan perancangan pembangunan pada masa akan datang dengan penghasilan kajian Rancangan Fizikal Negara (RFN), Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK). b) Pegawai Perancang Bandar dan Desa juga berperanan dan bertanggungjawab dalam mengawal serta merancang dalam memastikan setiap jenis pembangunan di sesuatu kawasan dapat memberi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan kepada orang ramai melalui peringkat proses kelulusan Pelan Pembangunan (Kebenaran Merancang)
KERTAS KERJA KEDUA Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar Dan Desa
2) Kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih yang diperlukan, meliputi pertimbangan ke atas faktor-faktor seperti kedudukan penawaran dan permintaan, kadar pusing ganti dan kadar saraan di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan; i)
Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa telah diperakui dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai satu Skim Perkhidmatan yang penting dan diperlukan dalam menawarkan jumlah peluang pekerjaan dalam mengisi pasaran tenaga kerja di negara ini.
ii) Ini memandangkan penempatan jawatan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa boleh diisi di peringkat Persekutuan dan Negeri menerusi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Manakala bagi peringkat Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negara pula mempunyai Jabatan Perancang Bandar di Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing. Selain itu, terdapat juga Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang ditempatkan berkhidmat di lain-lain Kementerian, Jabatan dan Agensiagensi kerajaan.
KERTAS KERJA KEDUA Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar Dan Desa
3) Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kemahiran dan bakat i.
Dari segi kelayakan dan kepakaran bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah telah diiktiraf oleh Kerajaan sebagai satu bidang professional teknikal dalam menguruskan hal-hal kawalan dan perancangan pembangunan fizikal Negara.
ii. Ini terbukti dimana bidang professional Perancang Bandar mempunyai Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) dan Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) yang telah termaktub dari segi perundangan sebagai bidang professional seperti yang dinyatakan di dalam Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538).
KERTAS KERJA KEDUA Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar Dan Desa 4) Keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan sistem waktu kerja yang digunakan. i.
Keadaan kerja Pegawai Perancang Bandar dan Desa terutamanya yang bekerja di Pihak Berkuasa Tempatan didapati sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko bahaya dari segi ancaman dan keselamatan bagi diri Pegawai berkenaan ketika menjalankan tugas penguatkuasaan kawalan pembangunan. Contohnya dalam kes mengetuai operasi penguatkuasaan terhadap pembangunan yang tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (dibina secara haram) yang mana akan mendapat tentangan dari pemilik tanah / bangunan berkenaan dari segi provokasi atau ugutan dan kemungkinan tentangan dalam bentuk kekasaran secara fizikal yang memberi kesan kepada keselamatan dan mental Pegawai berkenaan.
KERTAS KERJA KEDUA Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar Dan Desa 4) Keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan sistem waktu kerja yang digunakan. ii. Pegawai Perancang Bandar dan Desa juga terutamanya dari Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa dibebani dengan tugas yang banyak dan mencabar dalam mengendalikan permasalahan dan aduan masyarakat setempat yang mana ia adalah di luar dari skop kerja hakiki sebenar. Akibat dari keadaan berkenaan memberi kesan dari segi tekanan emosi (stress), penurunan motivasi diri dan prestasi kerja kepada Pegawai yang berkenaan. iii. Pegawai Perancang Bandar dan Desa juga terdedah dengan risiko kesihatan serta keselamatan ketika membuat kerja-kerja lawatan tapak bagi sesuatu tapak projek pembangunan seperti terdedah kepada kepanasan sinaran cahaya matahari, habuk serta debu dan risiko terdedah kepada kemalangan dari persekitaran di tapak projek pembangunan sepertimana yang dialami juga oleh bidang teknikal yang lain seperti jurutera, arkitek dan juru ukur bahan yang telah diberi BIPK.
KERTAS KERJA KEDUA Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar Dan Desa
IMPLIKASI SEKIRANYA TIADA PEMBERIAN BIPK KEPADA SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA i.
Memberi gambaran dan kesan yang negatif mengenai hal kebajikan dan imej Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
ii. Dari segi prestasi dan motivasi kerja Pegawai Perancang Bandar dan Desa akan terjejas kerana tiada insentif penghargaan diberi kepada Pegawai tersebut walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko kerja dalam melaksanakan tugas seperti yang dinyatakan dalam perkara justifikasi /asas pertimbangan di atas.
KERTAS KERJA KEDUA Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar Dan Desa
SYOR DAN CADANGAN
Pihak Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA) memohon kepada Kerajaan memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa dengan mengambilkira justifikasi / asas-asas pertimbangan dan implikasinya sekiranya tiada pemberian BIPK seperti yang dinyatakan di atas.
KERTAS KERJA KETIGA (3) CADANGAN PENGWUJUDAN DAN PENGISIAN JAWATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN
BIRO PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN KERJAYA PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (PERSADA)
KERTAS KERJA KETIGA Cadangan Pengwujudan dan Pengisian Jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Pihak Berkuasa Tempatan.
PENDAHULUAN TUJUAN KERTAS CADANGAN Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapatkan perhatian yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan agar memberi waran perjawatan kepada setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi pengisian jawatan Pegawai Perancang Bandar di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Negara.
KERTAS KERJA KETIGA Cadangan Pengwujudan dan Pengisian Jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Pihak Berkuasa Tempatan. LATARBELAKANG Senario yang berlaku pada ketika ini menunjukkan tidak kesemua Jabatan Perancang Bandar / Jabatan Pembangunan, Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negara mempunyai Pegawai Perancang Bandar dan Desa terutama bagi PBT di peringkat Majlis Daerah dan Lembaga Kemajuan. Keadaan semasa yang berlaku adalah kebanyakkan Jabatan Perancang Bandar / Jabatan Pembangunan di PBT di Majlis Daerah dikendalikan / diterajui oleh Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang bukan merupakan perjawatan di bawah Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P & P). Berdasarkan kepada peranan Jabatan Perancang Bandar di PBT yang penting kepada aspek perancangan pembangunan di sesuatu kawasan PBT, maka keperluan jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa ditempatkan pada setiap PBT adalah amat diperlukan bagi melaksanakan peranan dan fungsi bidang Perancangan Bandar di PBT berkenaan.
KERTAS KERJA KETIGA Cadangan Pengwujudan dan Pengisian Jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Pihak Berkuasa Tempatan. JUSTIFIKASI / ASAS-ASAS PERTIMBANGAN i.
Dibawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Jabatan Perancang Bandar / Jabatan Pembangunan di PBT dikenali sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) yang mempunyai kuasa untuk menguruskan proses kelulusan Pelan Kebenaran Merancang. Sehubungan itu, keperluan ilmu pengetahuan dan kredibiliti profesional Pegawai Perancang Bandar dan Desa amat diperlukan dalam mengendalikan proses berkenaan.
ii. Tugas Jabatan Perancang Bandar / Jabatan Pembangunan di PBT adalah mencabar sekiranya diteliti dari segi bidang tugas Jabatan yang memerlukan banyak usaha terutama bagi aktiviti yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang perancangan dan pematuhan gunatanah yang ditetapkan. iii. Pengisian jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang lebih banyak di setiap Pihak Berkuasa Tempatan juga diperlukan bagi menaikkan status dan pemantapan fungsi Perancangan Bandar bagi sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan. Ini juga memandangkan beban kerja yang makin bertambah serta tekanan pembangunan yang semakin pesat bagi setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
KERTAS KERJA KETIGA Cadangan Pengwujudan dan Pengisian Jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa di Pihak Berkuasa Tempatan.
SYOR DAN CADANGAN i.
Pihak Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA) mencadangkan kepada pihak Kerajaan memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk pemberian waran perjawatan sekurang-kurang minimum seorang Pegawai Perancang Bandar dan Desa bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara.
ii. Kaedah pemberian waran perjawatan ini boleh mengambil contoh seperti kaedah yang telah dilaksanakan bagi penubuhan Unit One Stop Centre (OSC) di setiap Pihak Berkuasa Tempatan tetapi perbezaannya adalah waran perjawatan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa ini diserah terus kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk urusan perlantikan dan pentadbiran.
KERTAS KERJA KEEMPAT (4) CADANGAN SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA UNTUK MENJADI AHLI KORPORAT PERTUBUHAN PERANCANG MALAYSIA (MIP)
BIRO PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN KERJAYA PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (PERSADA)
KERTAS KERJA KEEMPAT Cadangan Semakan Syarat Kelayakan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Untuk Menjadi Ahli Korporat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP)
PENDAHULUAN TUJUAN KERTAS CADANGAN Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapatkan perhatian yang sewajarnya daripada pihak Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) agar menyemak semula syarat kelayakan Pegawai Perancang Bandar dan Desa untuk menjadi ahli korporat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP).
KERTAS KERJA KEEMPAT Cadangan Semakan Syarat Kelayakan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Untuk Menjadi Ahli Korporat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP)) LATARBELAKANG Pihak Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) telah memberi kelonggaran kelayakan kepada kakitangan awam di Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sebagai ahli korporat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) melalui surat dari Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan bertarikh 1 Disember 2013.
CADANGAN SEMAKAN SYARAT-SYARAT KEAHLIAN Walaubagaimanapun terdapat dua (2) perkara diantara syarat-syarat kelonggaran untuk pendaftaran keahlian MIP kepada Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang dicadangkan perlu disemak semula atau dipinda iaitu seperti berikut : i.
Hendaklah mencapai sekurang-kurangnya markah 85 peratus (85%) di dalam Laporan Pencapaian Prestasi Tahunan untuk tempoh masa 3 tahun terkini.
ii. Menyandang jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa bagi Gred J 44 dalam tempoh minimum 7 tahun dan Gred J 41 dalam tempoh minimum 10 tahun.
KERTAS KERJA KEEMPAT Cadangan Semakan Syarat Kelayakan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Untuk Menjadi Ahli Korporat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP))
JUSTIFIKASI / ASAS-ASAS PERTIMBANGAN • Asas pertimbangan keperluan untuk semakan semula kepada dua (2) syarat berkenaan adalah untuk menyelaraskan dengan Cadangan Bagi Melaksanakan Kaedah dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan (Time Based Promotional System) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa. • Melalui penyelarasan antara syarat pendaftaran keahlian MIP dan syarat melalui kaedah kenaikan pangkat / gred bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa berdasarkan tempoh perkhidmatan, ia dapat menunjukkan keseragaman persefahaman oleh pihak Kerajaan dan MIP bagi tempoh kelayakan seseorang Pegawai Perancang Bandar dan Desa berkenaan diperakui dari segi telah mencapai tahap ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Perancangan Bandar yang dikehendaki.
KERTAS KERJA KEEMPAT Cadangan Semakan Syarat Kelayakan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Untuk Menjadi Ahli Korporat Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP))
CADANGAN SYARAT-SYARAT UNTUK KEAHLIAN MIP Pihak Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA) mencadangkan kepada pihak MIP supaya dua (2) syarat pendaftaran keahlian MIP kepada Pegawai Perancang Bandar dan Desa dipinda seperti berikut : i.
Hendaklah mencapai sekurang-kurangnya minimum markah 80 peratus (80%) di dalam Laporan Pencapaian Prestasi Tahunan untuk tempoh masa 3 tahun terkini.
ii. Diberi kelayakan menjadi ahli secara terus (automatik) bagi Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya dalam tempoh minima selama 8 tahun dengan memenuhi syarat dalam Cadangan Pelaksanaan Kaedah dan Sistem Kenaikan Pangkat / Gred Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan (Time Based Promotional System) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
KERTAS KERJA KELIMA (5)
CADANGAN MEMPERLUAS DAN MEMBUKA PELUANG SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA UNTUK MENJAWAT JAWATAN DI LAIN-LAIN JABATAN DAN KEMENTERIAN KERAJAAN
BIRO PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN KERJAYA PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (PERSADA)
KERTAS KERJA KELIMA Cadangan Memperluas dan Membuka Peluang Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Untuk Menjawat Jawatan di Lain-Lain Jabatan dan Kementerian Kerajaan.
PENDAHULUAN TUJUAN KERTAS CADANGAN Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapatkan perhatian yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan agar memperluas dan membuka peluang Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar Dan Desa untuk menjawat jawatan di lain-lain jabatan dan kementerian kerajaan.
KERTAS KERJA KELIMA Cadangan Memperluas dan Membuka Peluang Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Untuk Menjawat Jawatan di Lain-Lain Jabatan dan Kementerian Kerajaan. LATARBELAKANG Perjawatan di dalam sesuatu skim perkhidmatan awam di Negara ini dibuat melalui peruntukan yang telah ditetapkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan dibuat melalui waran perjawatan yang diwujudkan. Bagi skim perkhidmatan awam dalam kumpulan pengurusan dan professional (P&P), sesuatu jawatan bermula dengan Gred 41 seterusnya melalui kenaikan pangkat kepada Gred 44, Gred 48, Gred 52, Gred 54 dan seterusnya ke peringkat tertinggi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA C, JUSA B, JUSA A) seterusnya ke peringkat TURUS III, TURUS II (Timbalan Menteri) , TURUS I (Menteri).
Walau bagaimanapun, didapati tidak banyak skim perkhidmatan awam yang penjawatnya mempunyai peluang dalam mendapat kenaikan pangkat sehingga ke peringkat tertinggi khususnya di peringkat JUSA atau TURUS dan jika diteliti di setiap Jabatan dan Kementerian terutama di peringkat Persekutuan, kebanyakan jawatan-jawatan tertinggi hanya dibuka kepada skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) iaitu Skim M.
KERTAS KERJA KELIMA Cadangan Memperluas dan Membuka Peluang Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Untuk Menjawat Jawatan di Lain-Lain Jabatan dan Kementerian Kerajaan. (A) CADANGAN JAWATAN TERTINGGI DI KEMENTERIAN DAN JABATAN DITAWARKAN SECARA TERBUKA (DIBERI KEUTAMAAN KEPADA SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA) Dicadangkan agar lantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan tertinggi di dalam sesuatu skim perkhidmatan awam adalah dibuat secara terbuka dan diberikan ruang yang lebih luas kepada penjawat awam di dalam satu-satu skim perkhidmatan tersebut untuk menunjangi sesuatu Jabatan atau Kementerian yang berkaitan dengan skim perkhidmatan mereka. Sehubungan itu, adalah dicadangkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa diperluaskan dan diberi peluang bagi kenaikan pangkat ke jawatan tertinggi di dalam sesuatu skim perkhidmatan awam . Ini akan dapat memperkembangkan dan memperkenalkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa di lain-lain Jabatan dan Kementerian selain diberi peluang untuk menunjangi sesuatu Jabatan atau Kementerian.
KERTAS KERJA KELIMA Cadangan Memperluas dan Membuka Peluang Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Untuk Menjawat Jawatan di Lain-Lain Jabatan dan Kementerian Kerajaan. (B) CADANGAN JAWATAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA DIPERLUAS KE LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN Pada masa kini, Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa mempunyai ruang untuk turut serta didalam pelbagai agensi pelaksana pembangunan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Landskap Negara (JLN), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) dalam usaha menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Dicadangkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa ini diperluaskan lagi untuk ditempatkan dan menjawat di lain-lain Jabatan dan Kementerian Kerajaan selain penempatan sedia ada. Ini juga dapat membuka peluang Pegawai Perancang Bandar dan Desa mengembang dan memperkenalkan skim perkhidmatan ini kepada agensi kerajaan yang lain dan dalam masa yang sama dapat membuka lebih banyak keperluan penambahan jawatan bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa oleh pihak Kerajaan.
KERTAS KERJA KELIMA Cadangan Memperluas dan Membuka Peluang Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Untuk Menjawat Jawatan di Lain-Lain Jabatan dan Kementerian Kerajaan.
SYOR DAN CADANGAN i.
Pihak Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA) mencadangkan kepada pihak Kerajaan memberi pertimbangan yang sewajarnya agar lantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan tertinggi di dalam sesuatu skim perkhidmatan awam adalah dibuat secara terbuka dan diberikan ruang yang lebih luas bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa.
ii. Dicadangkan pihak Kerajaan dapat memperkembangkan dan memperkenalkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa untuk ditempatkan di lain-lain Jabatan dan Kementerian .