Buku Petunjuk Mengendalikan Doa Siang Malam Selama 10 Hari 6hb sehingga 15hb Mei 2005 Membentukkan Litupan Doa Yang Menyeluruhi Kesemua Benua Menepukan Masyrakat-masyarakat Kita Dengan Doa Menubuhkan doa siang malam selama 10 hari di seluruh dunia bagaikan relau api supaya berdoa demi pemulihan bangsa-bangsa and penyataan kemuliaan Tuhan
Garis Panduan Bagi Doa Siang Malam Selama 10 Hari 6hb sehingga 15hb Mei 2005 Matlamat Menubuhkan waktu pengawasan berdoa secara 24-7 selama 10 hari di dalam setiap bangsa, menimbulkan litupan doa di seluruh bumi yang melibatkan jemaah Yesus Kristus di dalam semua bangsa sehingga kemuliaan Tuhan meliputi seluruh muka bumi (Habakuk 2:14). Doa dipersembahkan demi: • pembangkitan jemaah; • jiran-jiran kita yang sesat dan yang belum mengenali Tuhan dan bangsa-bangsa yang belum pernah mendengar nama Yesus; • perubahan yang bermakna dalam pelbagai jemaah kita, masyarakat, bandar atau bandaraya, negara atau benua dari segi sosial, ekonomi dan politik.
Tumpuan Doa yang berterusan demi perubahan yang bermakna di dalam jemaah-jemaah dan masyarakat-masyarakat kita serta segala bangsa dari segi rohani dan sosial.
Strategi Menggerakkan jemaah-jemaah, kumpulan-kumpulan doa yang terdiri daripada pelbagai mazhab dan pertubuhan Kristian di dalam setiap negara untuk mengambil tanggungjawab berdoa selama 10 hari dari 6hb sehingga 15hb Mei 2005 selama 24 jam sehari.
Doa Siang Malam selama 10 hari: 6hb sehingga 15hb Mei 2005 Hari Doa Sedunia akan diadakan pada 15hb Mei 2005. Kami bertujuan menggalakkan jemaah tempatan dan masyarakat berdoa selama 10 hari menuju ke hari Ahad Pentakosta sebagaimana Jemaah sewaktu Perjanjian Baru telah berdoa sampai hari Pentakosta di dalam Kisah Rasul-Rasul bab 1. Umat Kristian seluruh muka bumi akan digalakkan berdoa siang malam sepanjang 10 hari tersebut. Mereka akan memohon Tuhan mencurahkan Roh Kudus secara yang baru dan menyegarkan demi penyelamatan dan penyembuhan mereka yang sesat dan tidak mengenali Tuhan serta bangsa-bangsa yang belum pernah mendengar nama Yesus di merata dunia.
Hari Doa Sedunia: 15hb Mei 2005 Hari doa tahunan yang telah diadakan di Afrika pada 2hb Mei 2004 akan diadakan pada 15hb Mei 2005 iaitu hari Ahad Pentakosta, di mana keenam-enam benua di seluruh dunia akan bersekutu dalam doa yang bersatu.
Selepas 15 Mei 2005, menuju ke hari Ahad Pentakosta Tahun 2006 Gerakkan jemaah tempatan di daerah kamu untuk mengambil tanggungjawab berdoa selama 24 jam seminggu sekali. Justru, satu rangkaian doa akan ditubuhkan di dalam lingkungan geografi anda. Apabila anda merangkaikan daerah-daerah begini, jemaah di seluruh bandaraya, daerah atau negeri dan negara akan digerakkan. Contohnya, beberapa rangkaian jemaah yang terdiri daripada tujuh jemaah tiap-tiap satu akan digerakkan berdoa selama 24 jam setiap minggu dalam satu tahun. Sekiranya, bilangan jemaah yang berdoa selama sehari atau 24 jam dalam seminggu berlipatganda, maka litupan doa pun akan bertambah.
Memberi penerangan mengenai konsep 10 hari Kami menggalakkan umat Kristian menghadapi Raja segala Raja dan bersemuka denganNya semasa 10 hari tersebut. Ketika masa ini, rapatkan persekutuan dengan Tuhan, pohonkan namaNya supaya bertindak selaku peristiwa dunia dan doakan dengan rahmat dan belaskasihanNya. Siang dan malam, selama 10 hari, kita akan menghadap takhta Tuhan untuk menyembah dan menyeru namaNya selaku apa yang penting dan genting dalam jemaah dan dunia di sekeliling kita. Kita berdiri atas ayat Alkitab berupa Habakuk 2:14 dan memohon Tuhan meliputi dunia dengan kemuliaanNya. “Pengetahuan akan kemuliaan Tuhan akan meliputi seluruh muka bumi ini, sebagaimana air meliputi samudera raya.” Hubungkan kami jika kamu ingin menyertai projek ini dan daftarkan diri selama 10 hari di: www.globaldayofprayer.com Sekiranya kamu berbuat demikian, kami akan menghargainya supaya kami dapat menyelaraskan acara ini. Seterusnya, setiap orang boleh diberikan maklumat yang lebih spesifik. Kami juga dapat mengenal kawasan yang mempunyai sedikit litupan doa atau tiada litupan doa langsung dan membuat rancangan untuk menggerakkan jemaah di kawasankawasan tersebut. Selepas 10 Hari Tolong hantarkan kami satu laporan sepanjang satu mukasurat berkenaan doa selama 10 hari (
[email protected]) dan sertakan perkara-perkara yang memberi kesaksian kepada Tuhan. Perhatian Kami menjangka bahawa ada orang yang begitu giat sehingga ingin meneruskan doa ini “sehingga Yesus kembali.” Ini adalah bagus tetapi hendaklah penuh hati-hati. Lebih baik berhenti seketika, rancangkan dengan teliti dan teruskan berdoa selama 10 hari lagi dalam tempoh tiga hingga enam bulan kemudian. Lama kelamaan, kamu akan berupaya melaksanakannya dengan lebih kerap sambil bekerjasama dengan jemaah-jemaah lain sehingga kamu mengawaskan waktu berdoa 24-7-365 (iaitu 24 jam selama 7 minggu sepanjang 365 hari). Sebagai satu pilihan, orang di bandaraya/bandar/daerah kamu mungkin ingin memulakan doa 24-7-365 di mana setiap jemaah mengawaskan waktu berdoa selama 24 jam sehari dalam seminggu atau sebulan sehingga satu “litupan doa” meliputi seluruh bandaraya/bandar/daerah kamu. Tumpuan Doa Kami mencadangkan perkara-perkara berikut (lihat juga tajuk berupa Petunjuk-Petunjuk Doa selama 10 Hari di akhir dokumen) 1. Layankan Bapa melalui nyanyian yang memuji dan menyembah namanya siang malam dan bertumbuh dalam persekutuan yang rapi dengan Tuhan, berhadapan dan bersemuka dengannya: Wahyu 4:8-11: Empat-empat
2.
3.
4.
5.
6.
7.
makhluk hidup itu, masing-masing mempunyai enam sayap, dan mereka diliputi seluruhnya, dalam dan luar, dengan mata. Tidak terhenti-henti mereka menyanyi siang malam: “Kudus, kudus, kuduslah Tuhan, Allah Mahakuasa, yang dahulu ada, sekarang ada, dan kemudian pun ada.” Keempat makhluk hidup itu menyanyikan lagu-lagu yang memuliakan, menghormatkan dan bersyukur kepada dia yang duduk di atas takhta itu – dia yang hidup selama-lamanya. Bila makhluk-makhluk ini menyanyi, dua puluh empat ketua itu bersujud di hadapan dia yang duduk di atas takhta itu, serta menyembah dia yang hidup selama-lamanya. Mereka melemparkan mahkota-mahkota mereka ke depan takhta itu serta berkata, “Ya Allah dan Tuhan kami! Layaklah engkau menerima kemuliaan, dan kehormatan, dan kekuasaan. Sebab engkaulah yang menciptakan segala sesuatu, dan demi kehendakmu juga segala-galanya berwujud serta bernyawa.” Akukan dosa-dosa kita, rendahkan diri dan berdoa bagi pemulihan tanahair kita. 2 Tawarikh 7:14: tetapi jika mereka berdoa kepadaku dan bertaubat dan berpaling daripada perbuatan mereka yang zalim itu, aku akan dengar dari syurga, dan mengampuni dosa mereka, serta menjadikan tanah mereka subur semula. Doakan perjanjian-perjanjian Tuhan: Yesaya 62:6-7: Di atas tembok-tembokmu, hai Yerusalem, telah kutempatkan pengawal-pengawal; Siang malam tidak sekalikali mereka akan diam. Mereka mesti mengingatkan Tuhan mengenai janji-janjinya, supaya jangan sekali-kali dia melupakannya. Mereka mesti sentiasa mencarinya sehingga Tuhan memulihkan Yerusalem, dan menjadikannya sebuah kota yang dipuji oleh seluruh dunia. Seru kepada Tuhan supaya membetulkan apa yang salah yang berkaitan dengan jenayah, pengganasan, korupsi, kemiskinan, penyalahgunaan dadah, kecabulan, ketidakadilan, perkahwinan, wabak AIDS yang merebak ke merata dunia: Lukas 18:7: Bukankah Allah akan menghakimkan dan membela perkara (membetulkan yang salah) umatnya yang berseru kepadanya siang malam? Doakan generasi ini (pemuda-pemudi kita) berpaling kepada Tuhan. Semoga kaum lelaki dan perempuan yang taat kepada Tuhan diasuhkan yang akan menurut Perintah Utama dan Amanat Utama yang diberi oleh Yesus: Ratapan 2:18-19: Hai Yerusalem, biarlah tembok-tembokmu berteriak kepada Tuhan! Biarlah airmatamu bercucur siang malam seperti sungai; Tangislah dan berdukalah sehingga habis tenagamu! Terjagalah sepanjang malam, dan berteriaklah kepada Tuhan; Curahkanlah isi hatimu kepadanya, dan mohonlah kasihan atas anak-anakmu, anakanak yang sedang kelaparan di tiap-tiap simpang jalan! Doakan keselamatan daripada dosa jiran-jiran dan kawan-kawan kita serta mereka yang belum pernah mendengar nama Yesus di seluruh dunia. Doakan juga keperluan diri mereka sendiri: Kisah Rasul-Rasul 2:16-21: Melainkan inilah yang dikatakan nabi Joel: “Inilah yang akan terjadi pada akhir zaman, Allah berfirman: Aku akan mencurahkan Rohku ke atas segala manusia. Anak-anakmu lelaki dan perempuan akan memberitakan perkhabaranku; orang-orang mudamu akan melihat menglihat penglihatan, orang-orang tuamu akan mimpikan impian-impian. Bahkan ke atas hamba-hambaku pun, lelaki dan perempuan, akan kucurahkan Rohku pada hari-hari itu, dan mereka akan memberitakan perkhabaranku. Aku akan mengadakan mukjizat-mukjizat di langit di atas, dan keajaiban-keajaiban di bumi di bawah. Akan terdapat kelak darah dan api, wap dan asap; matahari akan diubah menjadi gelap, dan bulan menjadi merah sperti darah, sebelum Hari Tuhan, Hari yang besar dan mulia itu datang. Pada masa itu, barangsiapa berseru kepada Tuhan akan diselamatkan.” Lukas 19:10: Kerana Dia Yang Diutus Allah itu datang untuk mencari dan menyelamatkan orang-orang yang sesat. Doakan keperluan diri kita sendiri: Matius 6:11: Berilah kami pada hari ini makanan kami yang seperlunya. Filipi 4:6-7: Janganlah khuatir tentang apa pun, tetapi di dalam segala doamu pintalah kepada Allah untuk apa yang kamu perlu, dan selalu pintalah dengan hati yang bersyukur. Kesejahteraan Allah yang jauh lebih
daripada pengertian manusia akan memeliharakan hati dan fikiran kamu kerana persekutuan kamu dengan Kristus Yesus. 8. Tumpukan doa kamu bagi keperluan-keperluan dari tiga aras: dunia, benua dan negara termasuk bandaraya/bandar/daerah kamu. Ingatilah bahawa kamu mengambil bahagian dalam pembentukan litupan doa ke atas negara, benua dan dunia kamu. Oleh itu, pastikan bahawa kamu berdoa dari ketiga aras ini sepanjang 10 hari. 9. Kamu tidak terhad berdoa setakat sini sahaja. Doakan apa-apa keperluan rohani lain misalan pertaubatan dan berpaling kepada Tuhan, keperluan spesifik di dalam masyarakat atau jemaah, perkara pokok di dunia, dan sebagainya. Garis Panduan Praktikal 1. Sebuah buku panduan berdoa selama 10 hari boleh didapati untuk memberi lebih banyak maklumat supaya berdoa dengan lebih tepat dan khusus. 2. Sebuah lagi buku panduan sepanjang 2 mukasurat dalam bahasa Inggeris bertajuk “An Audience with the King” boleh didapati untuk mendorong umat berdoa selama satu jam. Ianya telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Kunjungilah www.globaldayofprayer.com untuk menerimanya. Kamu juga dijemput menterjemahkannya ke dalam bahasa-bahasa yang lain. 3. Gunakan bilik doa yang khas supaya umat boleh datang dan berdoa selama 10 hari. Tegaskan perkara ini kerana ia akan membawa kesan. 4. Bahagikan dinding di dalam bilik doa supaya beberapa stesen doa boleh diwujudkan, misalnya: Dinding Penyembahan (lagu dan muzik menyembah Tuhan yang dirakam secara langsung), Dinding Perjanjian (Tuliskan perjanjianperjanjian yang terkandung dalam Alkitab dan lekatkannya atas dinding), Dinding Pintaan Doa (Siapkan kepingan kertas supaya pintaan doa boleh dituliskan dan dilekatkan atas dinding), Dinding Kabulan Doa (Ruangan diberi atas dinding untuk melekatkan kepingan kertas mengandungi kabulan doa), Dinding Kreatif (Ruangan atas dinding diberi untuk mempamerkan hasil seni, puisi, dan lain-lain yang dihasilkan ketika waktu berdoa), Dinding Ratapan (sebuah tempat di mana umat boleh melekatkan nama individu yang didoakan – mereka yang sakit, mereka yang belum diselamatkan daripada dosa, dan lain-lain), Penjuru Kesepian (Ruangan di mana umat berasa selesa secara bersendirian), dan sebagainya. 5. Penjelajahan kawasan luar sambil berdoa secara praktikal: Keluar seketika ke mana mungkin dan doakan guru-guru di dalam sekolah, anggota polis di dalam balai polis, pekedai-pekedai, orangramai di perhentian teksi, di pasar-pasar termasuk pasar-pasar malam, dan/atau dirikan ‘gerai’ doa di pusat membeli-belah selama sehari atau dua. 6. Hubungkan beberapa orang yang mempunyai kemahiran dalam pentadbiran untuk membantu mengendalikan perkara-perkara praktis. 7. Pastikan ada kertas kosong dan pen untuk menulis puisi, pintaan doa, kabulan doa, hasil seni, dan lain-lain. 8. Hubungkan beberapa orang yang boleh membantu dalam hal pengangkutan orang ke bilik doa, terutamanya pada waktu malam. 9. Sediakan kopi, teh dan air untuk minum. 10. Pastikan bilik-bilik tandas dibuka 24 jam sehari. 11. Kalau boleh, jangan mengawaskan waktu berdoa di dalam jemaah kecuali ia merupakan jemaah yang sudah bertanggungjawab melaksanakan pengawasan waktu berdoa 24-7 tersebut. 12. Kami menggalakkan kumpulan muda-mudi, kumpulan doa yang lebih besar, jemaah tempatan, beberapa buah jemaah, atau jemaah di pinggir kota atau daerah untuk menubuhkan pengawasan waktu berdoa selama 10 hari. 13. Aturkan keselamatan 24 jam, jika perlu. Ini bergantung kepada tempat kedudukannya. 14. Luangkan masa bagi mereka yang sudah berumur, dan ibu-ibu muda yang mempunyai anak kecil supaya datang serombongan pada waktu siang, sementara
15. 16.
17.
muda-mudi mengambil alih peruntukan waktu pada hujung minggu (Misalnya, sepanjang malam Jumaat atau malam Sabtu; bantukan mereka merancangkan waktu tidur semasa waktu pengawasan berdoa berlaku.) Apabila satu kumpulan pengawasan waktu berdoa mengambil alih dari yang lain, doakan ketika waktu itu (iaitu doa yang memberkati waktu pengambilalihan itu). Apabila umat datang selama 10 hari dan mengawaskan waktu berdoa, mereka bolehlah membawa pakaian, makanan, perabot, selimut dan lain-lain. Ini adalah idea yang baik supaya memberi sumbangan kepada golongan miskin dan yang tidak mampu. Apabila menghulurkan pemberian kepada masyarakat, masuklah ke dalam rumah mereka dan berdoa bersama mereka sambil memberkati mereka dalam nama Yesus. Sertakan waktu menyembah Tuhan semasa waktu pengawasan berdoa di mana kumpulan-kumpulan sembah boleh melaksanakan pengawasan sembah sekali atau dua kali sehari selama 2 jam.
Beberapa Idea yang Ajaib (bagi setengah orang) Kamu boleh mempertimbangkan: • penggerakan sekolah kamu untuk berdoa selama 10 hari – para ibubapa berdoa semasa waktu sekolah, para pelajar dan kamu berdoa selepas waktu sekolah dan maklumlah pada waktu malam. • sebuah kumpulan muda-mudi yang mengambil masa bertanggungjawab selama 40 jam berdoa sepanjang hujung minggu (lewat petang Jumaat jam 18:00 sehingga hari Ahad jam 12:00). • penggabungan beberapa buah jemaah selama 10 hari. • pelaksanaan pengawasan waktu berdoa melalui elektronik pos atau “e-mail”. Cuba fikirkan caranya! • sebarang idea lain yang lebih ajaib yang dikemukakan olehmu ... mungkin boleh cuba dan diberkati Tuhan. Jangan teragak-agak berfikir secara kreatif. Roh Tuhan adalah roh yang kreatif. Secara kebetulan, Tuhan telah menciptakan kamu! Doa 24-7 Sepanjang Zaman Kami telah diajari dalam Perjanjian Lama bahawa imam-imam harus memastikan pelita bernyala supaya api sentiasa berkekalan atas mazbah. Kami pelajari bahawa imam-imam telah dibahagikan kepada golongan untuk melitupi masa dalam sehari secara doa, sembahyang dan nyanyian selama 24 jam di dalam Rumah Kediaman Tuhan. Pada zaman Yesus, satu daripada empat cabang di dalam agama orang Yahudi ialah “Essenes” di mana mereka mengamalkan doa 24-7. Pada waktu malam, satu pertiga daripada masyarkat tersebut (mengikut giliran masing-masing) telah terjaga sepanjang malam sambil berdoa dan menyanyi. Mereka telah mengamalkan doa 24-7. Jemaah zaman awal telah dilahirkan hasil dari doa 24-7. Secara umumnya, diketahui bahawa rasul-rasul terus berdoa selama 10 hari sebelum Roh Kudus dicurahkan pada Hari Pentakosta. Pengikut-pengikut Yesus di gurun dari kurun ketiga hingga kelima telah mengamalkan doa 24-7. Berpuluh-puluh ribu rahib yang hidup di kawasan gurun sebelah barat Mesir telah berdoa antara 12 hingga 20 jam sehari. Mereka telah berdoa berdasarkan kitab Mazmur, kitab perkhabaran Allah melalui nabi-nabi, dan sebahagian besarnya kitabkitab Perjanjian Baru. Setengah daripada mereka tinggal di biara-biara manakala yang lain dikumpulkan sebarang sebagai kelompok-kelompok rahib yang hidup dalam kesepian di mana kegiatan utama mereka adalah berdoa. Justru, mereka telah melitupi masyarakat dan dunia mereka dengan doa. Apabila munculnya biara-biara kira-kira 300 tahun selepas kematian Yesus, doa 24-7 telahpun diamalkan sepanjang zaman. Tidak syak lagi, doa-doa seperti ini yang telah membangkitkan umat jemaah sepanjang masa kesusahan.
Dalam tahun 558 Masihi, seorang rahib bangsa Ireland bernama Cumgall telah menubuhkan biara di Bangore yang berhampiran dengan Belfast. Dia telah mengumpulkan 3000 orang sahib, membahagikan mereka kepada tiga kumpulan yang terdiri daripada seribu orang tiap-tiap satu, dan menyeru mereka berdoa mengikut kitab Mazmur setiap 8 jam bergilir-gilir dalam kumpulan masing-masing. Doa 24-7 ini telah berterusan selama lebih kurang 300 tahun. Dalam tahun 700 Masihi, seorang rahib bernama Columbanus telah meninggalkan biara di Bangore dan mengembara ke negara Perancis. Dia telah memperkukuhkan waktu pengawasan doa 24-7 sepertimana yang dikendalikan di Bangore. Dalam tahun 1727, orang Moravia telah memulakan pengawasan waktu berdoa 24-7 di Herrnhut, yang berterusan selama 125 tahun. Ia bermula dengan 48 kaum lelaki dan perempuan yang berdoa secara perpasangan selama sejam semasa. Di dalam lingkungan 25 tahun, jemaah kecil Moravia yang terdiri daripada 600 umat Tuhan telah menghantar lebih ramai mubaligh bagi penyebaran iman di dunia berbanding dengan jumlah keseluruhan yang telah dihantar oleh Gereja Protestan selama 200 tahun yang dahulu. Di detik-detik permulaan tahun 1900, pengawasan waktu berdoa 24-7 telah dimulakan yang boleh dihubungkan dengan gerakan Pentakosta yang bermula pada tahun 1906. Dua dekad yang lalu, dari lewat sembilan belas lapan puluhan, kira-kira 5,000 ataupun lebih 5,000 pengawasan waktu berdoa 24-7 telah bermula di merata dunia di dalam lebih 150 buah negara. Ia telah menjadi kejadian yang ajaib di seluruh dunia, bertumbuh dengan pantas sekali dan terus merebak ke banyak negara yang lain. Waktu-waktu pengawasan berdoa ini telah diaturkan dalam pelbagai cara dengan tumpuan yang berbeza. Contoh-contoh ini hanya beberapa gambaran sekelip mata dari sejarah untuk membantu kami memahami bahawa doa 24-7 bukanlah fikiran yang baru atau asing tetapi merupakan sebahagian besar dari sejarah gereja. Buku-buku Bacaan (Tajuk dalam bahasa Inggeris, penulis serta penerbit) Red Moon Rising – Pete Greig (Kings Communications) Fast Forward – Panduan secara praktik bagaimana mengendalikan pengawasan waktu berdoa Praying the Bible, the Pathway to Spirituality – Wesley & Stacey Campbell (Regal) Praying the Bible, the Book of Prayers – Wesley & Stacey Campbell (Regal) The Watchmen – Tom Hess (Progressive Vision International) Rujukan lain berkenaan doa melalui internet www.24-7prayer.com, www.30-days.net, www.30kd.org, www.bethany.com, www.calebproject.org, www.concertofprayer.org, www.copgny.org, www.ehc.org www.fotb.com, www.g8prayer.org, www.gfa.org, www.globalharvest.com, www.globalharvest.org, www.global-prayer-digest.org, www.gmi.org, www.gospelcom.net, www.internetprayers.com, www.ipcprayer.org, www.joelnews.org, www.joshuaproject.net, www.jwipn.com, www.missionamerica.org, www.misssionmobilisation.com, www.navpress.com/magazines/pray!, www.ndptf.org, www.nppn.org, www.operationworld.org, www.persecutedchurch.com, www.persecution.com, www.prayerweek.com, www.prayforchina.com, www.prayworld.org, www.thecause.org, www.thesecondcall.org, www.transformationafrica.com, www.usprayercenter.org, www.waymakers.org, www.win1040.com, www.worldprayer.org.uk, www.xs4all.nl/~mvdwoude Petunjuk-Petunjuk Doa Selama 10 Hari Selepas Yesus bangkit dari kematiannya, dia telah banyak kali bertemu dengan pengikut-pengikutnya dalam jangkamasa 40 hari. Peristiwa ini lebih menyakinkan orangramai dengan bukti tanpa ragu-ragu bahawa dia hidup. Pemerintahan Tuhan telah ditutur berkali-kali: bertambah luasnya sehingga meningkat kasih sayang bagaikan maharaja oleh Tuhan di kalangan semua manusia di bumi. Pada hari yang terakhir dia bersama mereka, dia telah memerintah pengikut-pengikutnya tinggal di Yerusalem dan menunggu “Perjanjian
daripada Bapa”. Segenap selepas Yesus masuk syurga, pengikut-pengikutnya berkumpul di Yerusalem untuk menurut segala kata-kata Yesus iaitu menunggu perjanjian daripada Bapa. Akan tetapi, mereka tidak menunggu secara pasif. Mereka telah berdoa dengan tekun sekali selama sepuluh hari. Mereka telah berdoa menghadap Tuhan dengan satu hati dan satu fikiran berkenaan Roh Tuhan yang dijanjikan. Mereka telah berdoa tanpa berhenti-henti berkenaan banyak lagi perjanjian mengenai Pemerintahan Tuhan yang banyak diluangkan masa oleh Tuhan Yesus dalam pengajarannya. Kita mampu mengetahui dengan agak tepatnya apa yang didoakan mereka apabila kita membaca doa-doa mereka dan ketika kita mendengar doa yang dicurahkan daripada hati mereka beberapa hari berikutan Pentakosta. Doa-doa dan kenyataan mereka berpunca daripada Firman Tuhan yang tertulis. Mereka telah berdoa dengan penuh semangat dan harapan agar Tuhan mengabulkan janji-janjinya berkenaan Pemerintahannya atas bumi. Yesus sekali lagi sedang menyeru jemaahnya untuk bersatu dalam doa. Kita didesak berdoa apabila kita sedar bahawa tiada penyelesaian manusia terhadap kesusahan yang menggoncang dunia kita. Bahkan, apa yang lebih penting apabila kita diseru berdoa ialah kerana Tuhan telah bertekad akan mencapai perjanjian-perjanjian ajaibnya menerusi kehidupan dan kekuasaan Yesus di kalangan orang ramai di bumi. Masa untuk umat Tuhan berkumpul semula untuk berdoa tanpa berhenti-henti dan bersatu ialah sekarang. Alangkah baik sekiranya bersatu dalam doa secara mengkuduskan diri kita sendiri apabila menghadap Tuhan selama sepuluh hari, sepertimana pengikut-pengikut pertama Yesus, sehingga memuncak ke hari Pentakosta. Pengikut-pengikut pertama yang “sentiasa bersekutu dan berdoa bersama” (Kisah Rasul-Rasul 1:14) selama sepuluh hari sejak hari Yesus diangkut ke syurga sehingga kedatangan Roh Tuhan pada hari Pentakosta kini menjadi teladan. Umat yang percaya kepada Yesus akan mengaturkan cara-cara berdoa bersama siang dan malam bermula pada hari Jumaat, 6hb Mei sehingga penghabisan hari Ahad, 15hb Mei 2005. Buku panduan doa berikutnya menunjukkan secara ringkas bagaimana kamu dan jemaahmu boleh berdoa dengan harapan dan iman yang bersekutu bersama umat Kristian di seluruh dunia. Tiap-tiap satu dari sepuluh hari tersebut menetapkan satu tema asas yang berasal daripada pengalaman atau kata-kata yang diucapkan oleh umat Kristian sepertimana yang tertulis dalam Kisah Rasul-Rasul. Gunakan tajuk-tajuk ini sebagai contoh atau titik permulaan membentuk doa-doa dan pintaan doa yang sewajarnya dengan masyarakat. Ungkapan yang memberi harapan dalam buku panduan ini akan mendorong kita berdoa dengan dua cara. Pertama, kita akan berdoa setiap hari semoga Yesus Kristus akan memberi kemuliaan dan kehidupan yang semakin penuh dan sempurna kepada umat jemaahnya. Kedua, kita akan menghadap Tuhan dan memohon keperluan-keperluan bandaraya-bandaraya dan negara-negara yang terbesar. Bahkan, dia juga telah berjanji akan memberkati dunia melalui kuasa Pemerintahan Yesus Kristus yang membawa perubahan – setiap bandaraya, orang ramai dan negara. Hari Pertama Hari Jumaat, 6hb Mei 2005 Perubahan yang dibawa oleh Kristus: Demi kuasa hasil dari perubahan yang dibawa oleh Pemerintahan Kristus “... dan dia bertutur dengan mereka darihal Pemerintahan Allah. Bila mereka berkumpul bersama-sama, Yesus berpesan kepada mereka, “Janganlah meninggalkan Yerusalem, melainkan nantikanlah pemberian yang dijanjikan Bapaku, yang telah kukatakan itu.” – Kisah Rasul-Rasul 1:3-4 Untuk Umat Jemaah • Semoga hati kita mencetuskan perasaan yang meluap-luap dengan kasih dan kesetiaan kepada Yesus Kristus sebagai Raja dan Tuhan segala-galanya. • Semoga kita digerakkan dengan harapan supaya kita berusaha dengan bersungguhsungguh untuk mencapai segala yang dijanjikannya.
•
Semoga umat Tuhan dikumpulkan semula oleh Yesus Kristus supaya menurut perintahnya walaupun telah diselerakkan dan dibahagikan.
Untuk Dunia Kita • Semoga Yesus Kristus menempatkan umat yang percaya kepada Yesus di bandarayabandaraya yang belum pernah menikmati rahmatnya. Doakan agar pelimpahan rahmat yang dijanjikan oleh Tuhan dalam Pemerintahannya di tempat-tempat yang sukar itu akan diperolehi dengan penuh kesabaran. • Semoga kasih Yesus Kristus bagaikan maharaja yang membawa kebaikan dan kemuliaan akan dialami oleh rakyat jelata di bandaraya-bandaraya kita sehingga perubahan yang berkekalan berlangsung di merata-rata tempat dalam masyarakat kita. Hari Kedua Hari Sabtu, 7hb Mei 2005 Doa yang Bersatu Padu: Semoga doa yang bersatu padu bertahan sebagai satu penggerakan “Semuanya ini sentiasa bersekutu, dan berdoa bersama ...” Kisah Rasul-Rasul 1:14 Untuk Umat Jemaah • Semoga Roh Tuhan memberi kita semangat berdoa yang penuh harapan dan belaskasihan supaya terus berdoa tanpa berhenti-henti sehingga perjanjian-perjanjian Pemerintahannya dikabulkan. • Semoga Tuhan menyatupadukan kita dalam doa supaya kami bersekutu dan diberi kuasa berdoa bersama dengan perasaan yang meluap-luap demi kemuliaan Yesus Kristus dan belaskasihan ke atas dunia. Untuk Dunia Kita • Semoga orang ramai di seluruh masyarakat akan digerakkan supaya menyeru nama Tuhan dan meminta pertolongannya sebagaimana yang belum pernah berlaku. • Semoga pemimpin-pemimpin masyarakat kita akan memandang ke arah Tuhan untuk meminta bantuannya ketika berdoa. • Semoga Tuhan dimuliakan apabila golongan yang miskin, yang muda dan yang diketepikan memujinya atas doa yang dikabulkan. Hari Ketiga Hari Ahad, 8 hb Mei 2005 Roh Kristus: Demi pencurahan Roh Tuhan ke atas segala manusia “Inilah yang akan terjadi pada akhir zaman, Allah berfirman: Aku akan mencurahkan Rohku ke atas segala manusia...” – Kisah Rasul-Rasul 2:17 Untuk Umat Jemaah • Semoga Roh Tuhan datang ke atas umat Kristian dengan penuh kuasa dan kehidupan yang melimpah. • Semoga Rohnya memberi kuasa kepada umat jemaah untuk menjadi hamba-hamba Yesus Kristus yang memberi kesaksian kepadanya di dalam dunia. Untuk Dunia Kita • Semoga Roh Tuhan menyedarkan orang ramai di seluruh masyarakat untuk mendengar suaranya dan menyaksikan rencananya. • Semoga, sekali lagi, Tuhan akan mencurahkan dari syurga apa yang dapat dilihat dan didengar oleh setiap orang (Kisah Rasul-Rasul 2:33).
Hari Keempat Hari Isnin, 9hb Mei 2005 Kesejahteraan Kristus: Demi perubahan yang bermakna dalam perhubungan sesama manusia “Semua orang yang percaya hidup dengan pergaulan yang erat. Mereka menyatukan segala kepunyaan mereka. Mereka menjual harta dan milik mereka dan membahagi-bahagikan hasilnya kepada sekalian menurut keperluan masing-masing. Tiap-tiap hari mereka teruskan berkumpul di Bait Allah, dan makan bersama-sama di rumah-rumah mereka dengan sukacita dan rendah hati, sambil memuji Allah dan dihormati oleh sekalian...” - Kisah Rasul-Rasul 2:44-47 Untuk Umat Jemaah • Semoga kepahitan hasil daripada pecah-belahan dan permusuhan di antara umat jemaah akan dibaikpulihkan. • Semoga umat Tuhan berpaling daripada ketamakan dan nafsu dunia supaya menjadi murah hati sepertimana yang belum pernah berlaku. • Semoga kasih, sukacita dan kegembiraan memenuhi hati umat Tuhan. • Semoga umat jemaah menikmati penghormatan yang sewajarnya dan telah diperbaharui di setiap masyarakat. Untuk Dunia Kita • Semoga Tuhan menyembuhkan perhubungan-perhubungan yang telah terputus di kediaman dan kawasan sekitaran kediaman. • Semoga Tuhan mengawal perbuatan zalim yang menakut-nakutkan orang dan membawa penyelesaian kepada peperangan. • Semoga ketidakadilan yang leluasa yang mengakibatkan ramai orang dalam keadaan kemiskinan diubahkan supaya tiada orang yang lapar dibiarkan lapar. • Semoga Tuhan mencetuskan kesejahteraan Yesus Kristus di merata dunia menerusi umatnya yang menyaksikan perubahan dalam kehidupan mereka. Hari Kelima Hari Selasa, 10 hb Mei 2005 Generasi yang akan datang: Demi keluarga dan keturunan menurut kehendak Tuhan “Sebab Allah berjanji bukan sahaja kepada kamu, tetapi juga kepada keturunan kamu, ...” – Kisah Rasul-Rasul 2:39 Untuk Umat Jemaah • Semoga perhubungan dalam perkahwinan dan kediaman seisi keluarga diperkuatkan oleh Yesus Kristus. • Semoga kanak-kanak dan para remaja menuruti kata-kata Yesus Kristus dari usia yang muda, dan mengasihinya dengan penuh kasih yang amat teguh dan mendalam. Untuk Dunia Kita • Demi 130 juta kanak-kanak di merata dunia yang tidak mampu memperolehi pendidikan. • Demi ramai kanak-kanak yang telah menjadi yatim piatu atau telah mengalami kesengsaraan akibat peperangan dan wabak HIV/AIDS yang telah menjadi epidemik dunia. Menjangka tahun 2010, telah dianggarkan bahawa seramai 25 juta kanak-kanak atas bumi akan kehilangan seorang ibu atau bapa ataupun kedua-dua ibubapanya akibat jangkitan AIDS.
•
Semoga Tuhan membangkitkan generasi yang akan datang supaya perjanjianperjanjian Tuhan akan dikabulkan dengan kuasa dan Roh Tuhan.
Hari Keenam Hari Rabu, 11hb Mei, 2005 Seruan Tuhan: Demi bangsa-bangsa mendengar suara Tuhan “...dan kepada orang-orang yang berada di tempat-tempat jauh – siapa sahaja Allah Tuhan kita panggil baginya sendiri.” – Kisah Rasul-Rasul 2:39 Untuk Umat Jemaah • Semoga umat Kristian dipenuhi Roh Tuhan supaya firman Tuhan disebarkan dengan keberanian dan kebijaksanaan. • Semoga firman Tuhan diisytiharkan kepada setiap orang dari pelbagai bahasa, suku kaum dan bangsa (Kisah Rasul-Rasul 1:8). Untuk Dunia Kita • Semoga dunia mendengar “perbuatan-perbuatan Allah yang ajaib” dalam kata-kata bahasa dan cara-cara hidup masyarakat atau kebudayaan diri mereka sendiri. • Semoga Alkitab diterjemahkan demi 3,000 bangsa yang belum lagi memperolehi satu ayat pun dalam bahasa mereka sendiri. • Semoga Yesus Kristus dituruti di kalangan beribu-ribu bangsa yang belum mengenal namanya dan di mana kurang terdapat pertumbuhan dan bilangan jemaah yang perlu . • Semoga Tuhan akan memanggil ramai orang baginya sendiri (Kisah Rasul-Rasul 2:39) yang menyeru kepadanya untuk diselamatkan (Kisah Rasul-Rasul 2:21). Hari Ketujuh Hari Khamis, 12 hb Mei 2005 Untuk Kemuliaan Yesus: Melalui keberanian Umat Tuhan yang taat “...bersukacita sebab mereka dianggap Allah layak menanggung cela bagi Yesus.” – Kisah Rasul-Rasul 5:41 Untuk Umat Jemaah • Semoga mereka yang ditentangi atau dianiayai atas nama Yesus berupaya menunjukkan sikap Yesus yang lemah-lembut dan berani (Kisah Rasul-Rasul 4:13). • Semoga umat Kristian yang menderita penganiayaan atas nama Yesus Kristus diperkuatkan dengan kesukacitaan dan iman. • Semoga Tuhan dimuliakan disebabkan kejadian-kejadian ajaibnya di mana-mana Dia telah ditentangi atau dianiayai (Kisah Rasul-Rasul 4:21). Untuk Dunia Kita • Semoga pemimpin-pemimpin dan kerajaan-kerajaan kita akan diberkati. • Semoga pemimpin-pemimpin kerajaan yang sedang menentang Yesus Kristus (Kisah Rasul-Rasul 4:25-27) akan diberi kebijaksanaan supaya tidak didapati dalam keadaan yang “berlawanan dengan Allah” (Kisah Rasul-Rasul 5:39). Hari Kelapan Hari Jumaat, 13 hb Mei, 2005 Penyembuhan Kristus: Semoga Kristus membawa penyembuhan yang besar “Hulurkanlah tanganmu supaya menyembuhkan orang, dan berilah supaya perbuatanperbuatan ajaib dan mukjizat-mukjizat boleh diadakan dengan nama Yesus Hambamu yang kudus itu.” - Kisah Rasul-Rasul 4:30
Untuk Umat Jemaah • Semoga Tuhan bertindak di kalangan pesakit dan melakukan mukjizat kesembuhan (Kisah Rasul-Rasul 5:14-16). • Semoga umat Kristian bertindak dengan belaskasihan tanpa berhenti-henti dalam usaha menghapuskan penyakit-penyakit. • Semoga umat Kristian melibatkan diri dalam bidang penjagaan kesihatan atau perubatan yang asas di tempat yang amat memerlukannya. Untuk Dunia Kita • Semoga wabak HIV/AIDS akan berakhir dengan generasi kita. Ketika ini, seramai 250,000 pemuda-pemudi dijangkiti setiap bulan. • Semoga penjagaan perubatan asas diberi kepada yang amat memerlukannya. Lebih 30,000 kanak-kanak mati setiap hari di merata dunia akibat jangkitan penyakit yang boleh dicegah. Hari Kesembilan Hari Sabtu, 14 hb Mei 2005 Rahmat Kristus: Semoga Tuhan mendatangkan rahmat yang dijanjikan di kalangan semua orang “...Allah bersabda kepada Ibrahim, ‘Dengan perantaraan keturunanmu aku akan memberkati segenap bangsa di bumi ini.’ – Kisah Rasul-Rasul 3:25 Untuk Umat Jemaah • Semoga Yesus Kristus memberkati umatnya, membuat mereka berpaling daripada cara hidup yang penuh berdosa (Kisah Rasul-Rasul 3:26) • Semoga “waktu jiwa disegarkan” dialami umat yang percaya kepada Yesus Kristus, mendesak mereka mencari hadirat Tuhan di merata masyarakat mereka (Kisah RasulRasul 3:19-20). Untuk Dunia Kita • Semoga Yesus Kristus akan memberkati negara-negara kita dengan kemakmuran dan kehidupan yang berlimpah-limpah. • Semoga kesejahteraan dan hadirat Tuhan yang menyelamatkan jiwa akan dialami oleh setiap bangsa. Hari Kesepuluh Hari Ahad Pentakosta, 15hb Mei 2005 Harapan Kristus: Demi pengabulan segala perjanjian-perjanjian Tuhan “...dan supaya Allah menyuruh kepadamu Yesus, iaitu Juruselamat yang telah ditentukan bagimu. Dia harus tinggal di syurga sehingga masa Allah menjadikan semua perkara baharu menurut firmannya yang disampaikan dengan perantaraan nabi-nabinya pada zaman dahulu.” – Kisah Rasul-Rasul 3:20-21 Untuk Umat Jemaah • Semoga umat Kristian hidup dengan penuh pengharapan akan pengabulan perjanjianperjanjian yang membawa perubahan yang bermakna dalam jangkamasa mereka. • Semoga umat jemaah bekerjasama dalam perpaduan sementara Tuhan terus mengabulkan perjanjian-perjanjiannya untuk mengubah pelbagai kehidupan, bandaraya dan negara. Untuk Dunia Kita • Semoga keadilan dan kebenaran Tuhan akan mengubah hal-hal perdagangan dan politik.
•
Semoga kesejahteraan Pemerintahan Yesus Kristus akan mengubah cara pentadbiran bandaraya-bandaraya dan masyrakat kita.
Menghadap Sang Raja Mencari wajahnya untuk menyatakan kemuliaannya Garis Panduan Doa selama Satu Jam: Dua belas Tumpuan Doa selama Lima Minit Panduan doa untuk umat Kristian menjelang Hari Doa Sedunia pada 15hb Mei 2005 dan seterusnya Tumpuan 1. Tumpuan Pujian (5 minit) Mengisytiharkan kemuliaan Tuhan Tuhan adalah Pencipta segalanya (Kejadian 1:1), Sumber segala keteguhan dan penggalakan (Rum 15:5), yang penuh dengan Rahmat dan Belaskasihan (Keluaran 34:6), El-Shaddai (yang Mahakuasa, yang serba Memadai, yang memberi Kepuasan – Kejadian 1:17), Yahweh-Jireh (Tuhan akan membekalkan; Pembekal - Kejadian 22:14), Yahweh-Ropheka (Allah yang menyembuhkanmu – Keluaran 15:26), Yahweh-Shalom (Tuhan yang memberikan rehat atau tempat sandaran; Allah sumber kesejahteraan – Mazmur 35:27), Raja seluruh dunia (Mikha 4:13), Yesus Kristus adalah Jalan, Kebenaran dan Kehidupan (Yahya 14:6), Kristuslah Kekuasaan dan Kebijaksanaan Allah (1 Kor 1:24), Anak Domba yang di tengah-tengah takhta (Wahyu 7:17), Anak Domba yang sudah dibunuh (Wahyu 5:12), Kristus adalah Harapan dan Kemuliaan Allah (Kolose 1:27), Roh yang memberi Kebebasan, yang memberi Hikmat dan Pengertian, yang memberi Nasihat dan Kekuatan, yang memberi Pengetahuan dan Takut kepada Allah (Yesaya 11:2), Kurniaan dan Rayuan, Kesucian, Kasih Sayang, Kebenaran, Kekuasaan, Pengawalan diri, Kebijaksanaan dan Pengemukaan Pengetahuan berkenaannya, Roh yang mulia (1 Petrus 4:14). Tumpuan 2. Tumpuan Kesucian (5 minit) Mencari kemuliaan Tuhan melalui kesucian • Adakah terdapat sebarang dosa yang belum diakui dalam kehidupan saya? (Mazmur 32:3-5) • Adakah terdapat sikap tidak mengampuni atau kepahitan dalam kehidupan saya? (Matius 18:21-22; Bidalan 14:10) • Adakah terdapat amalan atau kegiatan yang menimbulkan kesangsian dalam kehidupan saya? (Ayub 23:10-11) • Adakah saya mematuhi Roh Kudus dengan segera di dalam semua bidang? (1 Petrus 1:2) • Adakah saya mengaku Yesus Kristus tanpa malu? (Lukas 9:23-27) Tumpuan 3. Tumpuan Tuaian Mencari kemuliaan Raja menerusi penyelamatan orang-orang yang sesat Doakan untuk lima orang ahli keluarga, sahabat atau individu yang belum diselamatkan: 1.___________________________________
2.___________________________________ 3.___________________________________ 4.___________________________________ 5.___________________________________ Doakan keselamatan mereka dari dosa, semoga Tuhan memberkati mereka (dari segi rohani, sosial dan emosi) dan doakan apa yang benar-benar diperlukan. Tumpuan 4. Tumpuan Jemaah (5 minit) Mencari kemuliaan Raja di kalangan umat jemaah • Doakan semoga jemaah dipulihkan sebagai sebuah rumah tempat berdoa bagi segala bangsa (Yesaya 56:7; Matius 21:13). • Doakan semoga jemaah memenuhi Amanat yang Utama (Matius 28:18-20). • Doakan semoga jemaah memenuhi Perintah yang Utama (Matius 22:37-40). • Doakan pembangkitan rohani dalam jemaah (Efesus 5:17-23). • Doakan sebuah jemaah yang akan taat kepada Firman Tuhan dan memberi perhatian yang bersesuaian terhadap keperluan-keperluan orangramai (2 Timotius 3:1-17). Tumpuan 5. Tumpuan Pembekalan (5 minit) Mencari kemuliaan Raja semasa memohon “makanan kami yang seperlunya” dan berdoakan keperluan-keperluan peribadi kita 1. ____________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________ 3. ____________________________________________________________ 4. ____________________________________________________________ 5. ____________________________________________________________ Tumpuan 6. Tumpuan Pengemukaan (5 minit) Mencari kemuliaan Raja dengan memerhati dan mendengar suaranya Bacakan Yesaya 42:8-9, Dan 9:9-10, dan Mazmur 25:4-5. Mintakan Allah mengemukakan perkara yang baru kepadamu, perkara-perkara yang dikehendakinya untuk memperhatikan dan memberikan tumpuan perhatian. MintakanNya mengemukakan kehendakNya dan strategi atau rancangan kepadamu. MintakanNya perkara-perkara yang berupa isi hatiNya yang diingini kamu mendoakan. Tuliskan (catatkan peristiwa harian) perkara yang membawa pengertian ketika Tuhan sedang berucap denganmu. Tumpuan 7. Tumpuan Seluruh Dunia (5 minit) Mencari kemuliaan Raja di kalangan bangsa-bangsa • Doakan semoga bangsa-bangsa mengerti Yesus Kristus sebagai Jalan, Kebenaran dan Kehidupan (Yahya 14:6). • Doakan semoga bangsa-bangsa yang belum pernah mendengar nama Yesus di bumi akan disampaikan dengan Berita Baik (Lukas 24:46-48). • Doakan semoga kedamaian dan kemuliaan Tuhan akan datang ke negara-negara dan bangsa-bangsa (Zakaria 9:10). • Doakan semoga raja-raja dan kerajaan-kerajaan akan bertunduk kepada Pemerintahan Yesus sebagai Raja segala raja (Yesaya 49:7).
•
Doakan semoga Tuhan memberkati bangsa-bangsa (Yeremia 4:1-2).
Tumpuan 8. Tumpuan Peperangan (5 minit) Mencari kemuliaan Raja dengan memusnahkan kubu-kubu kejahatan dan apabila orangramai bertaubat pembabitan mereka dalam: • aktiviti-aktiviti kecabulan; kelucahan; kesumbangan; ketidaksopanan • ilmu sihir dan penyembahan berhala; • ketidakadilan – perbuatan dan kegiatan yang merosakkan jiwa; • soal-soal perkauman – perasaan benci antara kaum atau bangsa dan perasaan megah di kalangan rumpun bangsa sendiri; • pertalian-pertalian yang tidak memuliakan Tuhan. Tumpuan 9. Tumpuan Tatkala Berputus Asa dan sanggup membuat apa-apa sahaja dengan tidak mengendahkan bahaya (5 minit) Mencari kemuliaan Raja melalui perantaraan antara umat manusia dengan Tuhan dan pemecahan rintangan dalam cabaran-cabaran seluruh dunia seperti berikut: • Wabak HIV atau AIDS yang merebak ke seluruh dunia • Pertambahan bilangan orang yang miskin dan yang memerlukan pertolongan • Pecah amanah, penerimaan rasuah dan berbagai korupsi pada setiap aras • Umat jemaah yang dianiayai di banyak negara • Peperangan, pertumpahan darah dan perbuatan zalim antara kaum – doakan juga untuk berjuta-juta orang pelarian Tumpuan 10. Tumpuan Remaja (5 minit) Mencari kemuliaan Raja yang menyayat hati para remaja • Semoga generasi pemuda-pemudi akan menyampaikan Firman Tuhan kepada generasi mereka. • Semoga pemuda-pemudi akan bersekutu dengan Tuhan dengan cara yang baru dan patuh kepadanya. • Semoga pengikut-pengikut begitu terlibat diri dan radikal dalam pemikiran yang hidup dengan kesucian. • Semoga mereka melayan Tuhan dengan radikal dan mengikutnya ke mana saja Dia memimpin. • Semoga hati yang berbelaskasihan akan menjangkau mereka yang didapati di tempat yang kotor seperti parit dan melayan golongan yang miskin. Tumpuan 11. Tumpuan Perdamaian (5 minit) Mencari kemuliaan Raja melalui pengampunan dan perdamaian • Semoga bangsa-bangsa akan mengaku dosa-dosa mereka apabila mencederakan, menindaskan dan menyeksakan bangsa diri mereka sendiri serta bangsa-bangsa lain. • Semoga perdamaian berlaku pada setiap aras (dalam keluarga, penindasan kaum wanita dan kanak-kanak, di antara umat jemaah dan mazhab, berkenaan dengan kaum, suku bangsa atau keturunan, antara negara-negara, dan lain-lain). • Semoga kubu-kubu rohani dihancurkan berserta sistem politik dan struktur yang membinasakan kehidupan orangramai. • Semoga individu, keluarga, kaum, dan golongan bangsa akan mengampuni mereka yang telah mencabul kehormatan dalam sebarang cara. • Melalui perbuatan-perbuatan yang memberi gantirugi dan memberkati satu sama lain. Tumpuan 12. Tumpuan Penyembahan (5 minit) Mencari kemuliaan Raja melalui pemujian dan penyembahan Akhirkan masa berdoa kamu dengan pemujian dan penyembahan. Bacakan mana-mana sahaja Mazmur Pujian 144-150. Bersyukurlah kepada Tuhan atas kebaikannya dan ambillah
masa untuk memberkati individu-individu yang timbul di fikiran dalam nama Tuhan Yesus Kristus. Garis Panduan yang Praktikal • Mintalah Tuhan mengemukakan nama lima orang Kristian yang lain dan mempersilakan mereka membuat persetujuan sesama diri untuk berdoa selama satu jam sehari. • Buat salinan risalah ini sesuka hati dan berikannya kepada orang-orang Kristian yang lain. • Untuk memperolehi lebih banyak terjemahan risalah ini dalam berbagai bahasa, lawatilah laman web: www.jwipn.com dan www.globaldayofprayer.com Butir-butir Hubungan melalui internet Hari Doa Sedunia, 15hb Mei dan Doa selama 10 Hari dari 6hb – 15hb Mei, 2005
[email protected] www.globaldayofprayer.com Jericho Walls International
[email protected] www.jwipn.com Transformation Africa
[email protected] www.transformationafrica.com Untuk menggerakkan pemuda-pemudi berdoa
[email protected] www.24-7prayer.com
Doa untuk Dunia: 15hb Mei 2005 Tuhan Mahakuasa – Bapa, Anak dan Roh Kudus Kami berhimpun pada hari ini sebagai kumpulan orang-orang yang percaya di seluruh dunia dan bersatupadu untuk menyanjung dan memuliakan namaKau. Kami bertunduk di hadapan takhta KurniaKau dan mengakui bahawa Engkaulah Pencipta syurga dan dunia. Engkau telah wujud selama-lamanya sepanjang keabadian, dan oleh persekutuan dengan Kaulah segala sesuatu mendapat tempatnya masing-masing. Tiada yang seperti Engkau – suci dan adil dalam segala caraKau, yang penuh dengan rahmat dan belaskasihan; sabar dan tidak mudah marah, serta penuh dengan kebaikan dan kebenaran. Kami patuh kepada kuasa dan kedaulatan Engkau sebagai Raja alam semesta dan menabalkan Engkau dengan sebulat suara di dalam hati kami serta menyanjungKau di hadapan seluruh dunia. Para jemaah: Allah Tuhan, hanya Engkau yang layak menerima pujian dan sanjungan kami. Kami menyembahKau. Bapa kami di syurga Terima kasih kerana Engkau sungguh mengasihi dunia ini sehingga diberikan AnakKau yang tunggal, Yesus Kristus dan mati di atas salib kerana dosa-dosa kami,
supaya kami tidak lagi bermusuh-musuhan dan menjadi sahabat-sahabatKau. Terima kasih kerana memberi hak kepada kami memanggilKau sebagai “Bapa”, Disebabkan iman kami dalam Yesus Kristus, Penyelamat kami. Tiada apa pun, bahkan penguasa-penguasa dan kerajaan-kerajaan di angkasa yang boleh menceraikan kami daripada kasihKau, yang Engkau telah buktikan dalam Anak Engkau, Yesus Kristus. Para jemaah: Terima kasih, Bapa, kerana menjadikan kami sebagai anak-anak angkat dalam keluargaKau. Kami kini berseru, “Bapa, Abba!” Tuhan Yesus Kristus Hanya Engkau yang layak membuka gulungan-gulungan yang tercatit sejarah Kerana Engkau telah dibunuh dan telah menebuskan kami kepada Bapa dengan darahKau. Terima kasih kerana memohon kepada Tuhan sebagai Imam Agung kami. Sambil menghadap Engkau daripada pelbagai suku bangsa dan bangsa, kami mengaku Engkaulah Ketua Jemaah dan Tuhan segala yang diciptakan di syurga dan atas bumi. Datang dan panggillah pengikut-pengikut melayani Engkau daripada segenap suku bangsa dan bahasa. Semoga mereka menjadi pesaka Engkau dari segenap bangsa di dunia ini. Semoga Pemerintahan Engkau ditubuhkan di setiap bangsa di dunia ini, supaya kerajaan-kerajaan akan mentadbir dengan adil dan saksama. Semoga Berita Baik Engkau diisytiharkan kepada setiap orang di muka bumi. Semoga rahmat Engkau membawa perubahan di kalangan umat manusia di bumi. Dan semoga kemuliaan Engkau meliputi seluruh muka bumi sebagaimana air meliputi samudera raya. Para jemaah: Tuhan Yesus Kristus, kami mengakui bahawa Engkau adalah Penyelamat kami. Bapa yang belaskasihan dan rahmat Kami mengakui bahawa kami telah berdosa dan dunia kami dicengkami dengan kuasa dosa. Hati kami berdukacita kerana ketidakadilan dan kebencian, pertumpahan darah, pengganasan, kemarahan, perasaan dendam, ketidaksefahaman dan permusuhan antara kaum, penindasan, ketamakan dan memikirkan diri sendiri sahaja. Kami menangis kerana kehilangan nyawa-nyawa yang tidak berdosa dalam peperangan dan perbuatan zalim yang menakut-nakutkan orang, pengguguran anak, penganiayaan dan pembunuhan yang tidak membawa makna. Hancur rasa hati kami oleh setiap penolakan Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat. Kami menghadap takhta Engkau di mana rahmat melimpah dan memohon belaskasihan dan pertolongan. Para jemmah: Tuhan yang belaskasihan, curahkanlah rahmatKau dan ampunkan kami daripada dosa-dosa kami. Tuhan segala-galanya Kami mengakui bahawa kami tidak dapat buat apa-apa selain daripada Engkau. Pada hari Pentakosta ini, curahkan Roh Engkau atas semua umat manusia. Perkuatkan jemaahKau untuk diubahkan kepada rupa Yesus Kristus. Lepaskan kuasaKau untuk membawa penyembuhan kepada orang yang sakit, agar wabak AIDS yang merebak ke seluruh dunia berakhir, berikan kebebasan kepada orang yang dirasuk roh yang jahat, keselesaan kepada mereka yang berkabung, dan pembebasan kepada mereka yang ditindas.
Datang dan lembutkan hati manusia supaya kasih-mengasihi semula. Bangkitkan JemaahKau supaya memeluk yang lemah, yatim piatu, balu-balu dan orang-orang yang berumur, untuk menghiburkan mereka. Bangkitkan JemaahKau supaya mendengar tangisan orang yang tiada tempat kediaman, yang lapar, yang tidak berupaya and yang sedang meninggal dunia. Tunjukkan belaskasihanKau dan bekalkan keperluan kami supaya kami dapat mencari penyelesaian bagi masalah dan keperluan dunia. Berikan kami kebijaksanaan dan pengertian dalam setiap alam kehidupan. Bantu kami menggunakan sumber-sumber bumi demi kebaikan semua. Curahkan kasih sayangKau ke dalam hati kami dan penuhi kami dengan kasihan dan izinkan kuasa Roh Kudus menyatakan kehidupan kami. Para jemaah: Roh Kudus, kami memerlukan pertolongan dan panduan Engkau. Datang dan ubahkan hati kami. Tuhan Yesus Kristus Kerana Engkau telah mati, tetapi kini dibangkitkan semula, kerana Bapa telah memberi Engkau nama yang lebih dari segala yang lain, Engkau akan menewaskan segala kuasa-kuasa kejahatan, Engkau telah mengisytiharkan bahawa bahkan maut pun tidak sekali-kali dapat mengalahkan Jemaah Engkau. Kami berdoa demi pelepasan daripada penindasan oleh roh-roh yang jahat. Kami berdoa demi pemusnahan kubu-kubu rohani yang kuat dan ideologi-ideologi, Semoga berakhirnya perbuatan zalim yang menakut-nakutkan orang dan penganiayaan yang menghalang dan menentang penyebaran pengetahuan mengenai Tuhan. Kami menentang rancangan Syaitan yang membelenggu bangsa-bangsa dalam kegelapan dan berdoa semoga Engkau menyingkap selubung yang menutupi orang ramai. Kami memohon pintu-pintu terbuka supaya Berita Baik berkembang di setiap bangsa. Larangkan kejahatan yang meningkatkan pengganasan dan kematian. Musnahkan belenggu pengabdian dan kezaliman. Penuhi kami dengan keberanian untuk mengisytiharkan FirmanKau tanpa ketakutan dan dengan ketaatan. Urapi kami dengan Roh Engkau untuk berdoa dan menyeru dengan tangisan bagi pihak mereka yang sesat. Para jemaah: Tuhan Mahakuasa, selamatkan kami daripada kejahatan dan kuasa Iblis. Raja yang Agung Kami mengundang Engkau, datanglah kepada bangsa-bangsa di dunia. Tuhan telah berjanji dahulu kala yang Engkau akan memulihkan segala-galanya. Kami mempersilakan Engkau semoga menghabiskan kerjaKau di bandaraya-bandaraya kami, suku-suku kaum kami, dan bangsa-bangsa kami. Kami bersama-sama menyeru: “Dedahkanlah gerbang-gerbang dengan seluas-luasnya, bukalah pintu-pintu purba, Raja yang Agung akan masuk!” Raja segala raja, Engkau akan disanjung di kalangan bangsa-bangsa seluruh dunia – dari Afrika, dari Timur Tengah, dari Amerika Utara dan Amerika Selatan, dari Asia, dari Eropah, dari Australia dan dari pulau-pulau Pasifik – Kami berteriak sebulat suara: Roh Allah dan Pengantin Perempuan berkata, “Marilah!” Amin.