BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA BPPBPP:BIL 1/2014
1 www.bpp.icu.gov.my
BPPBPP Bil 1/2014
Cyber International Genius Inventor Fair
Kem Ukhuwah Insaniyah Kecemerlangan Guru PDCA
Program Tourism Career Path 2014
MS 6
Program Pemantapan & PembangunanBelia Bumiputera Pulau Pinang (KursusPemandu Pelancong Blue Batch)
MS 7
Kursus Peningkatan Kemahiran Pemandu Pelancong Alamsemulajadi
MS 8
Kursus Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi Setempat (Tahap II)
MS 9
Jelajah Matematik
MS 10
Kem Inspirasi Sains
MS 11
MS 4 MS 5
antara
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
2
Sidang Redaksi Penasihat
Tuan Haji Mohd. Noor Bin Rejab
Exco Penerbitan
Wan Saiful Ikmal Bin Wan Ibrahim
Ketua Editor
Rosli Bin Othman
Editor
Nurul Najwa Binti Abdul Jamil Mohamad Hasbi Ash-Shiddieqy Bin Ahmad Syaiful Bakhtiar Bin Zulkifli Fariza Binti Mohd Kassim Muhammad Azmir Bin Ishak
Rekaletak & Grafik
Ezy Azhar Bin Zamzuri
Jurufoto
Mohd Safaruddin Bin Abdul Rahman
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya Buletin BPPBPP Edisi 1 tahun 2014 ini dapat dihasilkan. Penerbitan Buletin BPPBPP ini merupakan kesinambungan kepada edisi-edisi buletin yang telah dihasilkan sejak tahun 2009 lagi. Ia merupakan manifestasi kepada kesungguhan dan ketekunan warga kerja BPPBPP dalam merealisasikan hasrat untuk meninggikan imej BPPBPP sekaligus menjana perubahan positif ke arah meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Penceritaan tentang kejayaan dan pencapaian BPPBPP haruslah dilihat dari sudut peningkatan mutu kerja dan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan di kalangan warga kerja, banyak kejayaan berputik daripada semangat kerja berpasukan dan inovasi warganya. Pemaktuban warkah berupa buletin rasmi ini diharapkan dapat dirakamkan di dalam lipatan sejarah aktiviti-aktiviti penting BPPBPP Pulau Pinang sepanjang tahun 2013/2014. Selain dari menjadi wadah penyampaian maklumat untuk sebaran dalaman dan luaran. Artikel berbentuk ilmiah turut dimuatkan dalam buletin ini dengan harapan ia dapat mencambah serta menjana potensi dan kompetensi di kalangan warga BPPBPP dalam melaksanakan amanah yang telah diberi. Sekian, terima kasih.
Rosli Othman
Norshakimi Bin Ramli Misi Menjadi Agensi Persekutuan Yang Unggul Dalam Menerajui Peningkatan Pembangunan Sosio-Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang Visi Menjamin Kepentingan Bumiputera Pulau Pinang Menerusi Perancangan, Penyelarasan Pelaksanaan Dan Pemantauan Yang Cekap Dan Berkesan Objektif 1 Memastikan penguasaan dan kepentingan bumiputera dalam bidang ekonomi, politik dan sosial terus kekal dan meningkat
2
3
Memastikan seluruh jentera pelaksanaan program bumiputera mantap, cekap dan terselaras
Memastikan BPPBPP menjadi pusat rujukan utama bumiputera Pulau Pinang
Diterbit dan dicetak: Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang ICU JPM, Aras 4 Bangunan Persekutuan Pulau Pinang 10400 Jalan Anson, Georgetown, Pulau Pinang
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
3
CYBER INTERNATIONAL GENIUS INVENTOR FAIR Syabas dan tahniah kepada barisan anak-anak muda dan juga barisan penyelia yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UiTM Pulau Pinang. Untuk makluman, empat orang pelajar yang terpilih ini adalah kumpulan pelajar dari program Bumiputera Cemerlang Sains (PBCS) Mutiara PDCA yang dilaksanakan dengan kerjasama UiTM pulau Pinang. Program Pelajar Bumiputera Cemerlang Sains (PBCS) telah membuahkan hasilnya apabila seramai empat (4) orang pelajar telahpun berjaya merangkul anugerah di peringkat antarabangsa iaitu anugerah “4th Annual 2013 Cyber International Genius Inventor Fair”, di Seoul Korea Selatan yang telahpun berlangsung pada 23 November 2013 yang lepas. Mereka telah memperolehi Gold Award, Order of Merit bagi pencapaian di dalam penyertaan pertandingan inovasi dan teknologi.
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
4
KEM UKHUWAH INSANIYAH KECEMERLANGAN GURU MUTIARA PDCA Dalam usaha untuk memantapkan lagi peranan pentadbir sekolah untuk kecemerlangan pelajar Bumiputera Pulau Pinang, Bahagian ini telah menganjurkan Kem Ukhuwah Insaniyah Kecemerlangan Guru Mutiara PDCA di Tasik Kenyir Resort, Kuala Berang, Terengganu. Seramai 225 orang pentadbir sekolah terdiri daripada guru besar dan pengetua telah mengikuti kem berkenaan. Slot perkongsian ilmu oleh Dr Shukri Abdullah, Pakar Kemahiran Belajar juga telah diselitkan semasa kem berkenaan berjalan.
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
5
Program Tourism Career Path 2014 Kesinambungan daripada 3 siri yang telah dilaksanakan pada tahun 2013, Bahagian ini meneruskan lagi program ini pada tahun 2014. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kerjaya dalam bidang pelancongan dan ekopelancongan bagi meningkatkan minat peserta untuk menceburi bidang pelancongan sebagai kerjaya pilihan. Selain itu, pelajar juga diberi kesedaran tentang pentingnya memelihara keindahan alam dan konservasi biodiversiti alam semulajadi. Program ini dibahagikan kepada dua ketegori iaitu bandar dan alam semulajadi. Bagi kategori kawasan bandar, pelajar diberi peluang menetap di hotel dan kategori alam semulajadi pula pelajar akan menetap di Homestay seterusnya ke Taman Negara Pulau Pinang.Seramai 400 orang pelajar akan dipilih dari sekolah menengah dalam kawasan Pulau Pinang. Antara agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah Bahagian ini sendiri dan mendapat kerjasama daripada Taman Negara Pulau Pinang dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.Pelbagai aktiviti yang menarik dilakukan oleh para pelajar antaranya ceramah dalam bidang pelancongan, perbincangan kumpulan, perkhemahan, dan heritage tour.
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
6
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Sentral Technology Institute, Pulau Pinang. Kursus ini berlangsung selama 6 bulan melibatkan 22 peserta. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang pelancongan, melesenkan pemandu pelancong yang sedia ada dan meningkatkan pendapatan bumiputera Pulau Pinang melalui proses pelesenan oleh Kementerian Pelancongan.
Program Pemantapan & Pembangunan Belia Bumiputera Pulau Pinang (KursusPemandu Pelancong Blue Batch)
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
7
Program ini dilaksanakan dengan penglibatan Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pulau Pinang dan Taman Negara Pulau Pinang bertujuan untuk melesenkan pemandu pelancong alam semulajadi bumiputera serta memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan pemandu pelancong bumiputera agar lebih profesional dan berdaya saing. Kursus ini telah dirasmikan oleh YB Dato’YB Dato’ Haji Roslan Bin Saidin , Pengerusi Focus Group Pelancongan Bumiputera Pulau Pinang. Turut hadir bersama Encik Azman bin Ibrahim, Pengarah BPPBPP dan Encik Saat bin Yaacob, Penguasa Taman Negara Pulau Pinang.
Tourism Capacity Building Continous Tourism Related Education (CTRE) Kursus Peningkatan Kemahiran Pemandu Pelancong Alamsemulajadi
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
8
Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perhilitan dan Kementerian Pelancongan Malaysia. Kursus ini telah dilaksanakan di Banding Base Camp, Pulau Banding, Gerik, Perak. Kursus yang berlangsung menyaksikan Penyertaan seramai 32 orang. Seramai 14 orang dari Belia Negeri Perak dan pengusahapengusaha bot di Jeti Awam dan 18 orang peserta dari Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Pulau Pinang dan Taman Negara Pulau Pinang.
Kursus Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi Setempat (Tahap II)
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
9
J E L A J A H M AT E M AT I K Kolaborasi diantara BPPB dan Uitm Pulau Pinang di perkukuhkan lagi dengan program Jelajah Matematik. Seramai 200 pelajar tingkatan 2 dari daerah SPT telah diundang menghadiri program tersebut. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh en. Azman bin Ibrahim, Pengarah BPPB. Turut hadir, Prof. Madya Mohd Zaki Abdullah, Rektor Uitm Pulau Pinang
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
10
KEM INSPIRASI SAINS
Kem Inspirasi Sains Siri 2, PBCS telah diadakan di Taman Negara Pulau Pinang. Seramai 150 peserta PBCS dan 20 pensyarah UiTM telah mengikuti Kem berkenaan. Pendedahan mengenai aplikasi sains dalam kehidupan seharian dan peranan menjaga alam sekitar adalah objektif utama kem tersebut. Peserta juga belajar hidup berdikari dan kerjasama berkumpulan sepanjang 3 hari berlangsungnya kem tersebut.
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
11
EKSPO USAHAWAN BUMIPUTERA PULAU PINANG 2014
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
12
JELAJAH KEMBARA RAMADHAN 2014
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
13
Lawatan Penanda Aras Ke Kolej Yayasan Sabah Kursus Animasi
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
14
TAMAN ILMU, SPS - FASA 3B RUMAH TERES 2 TINGKAT
TAMAN ILMU, SPS - FASA 2F1 RUMAH TERES 2 TINGKAT
SERI SAUJANA FASA 1A RUMAH TERES 2 TINGKAT
PERMATANG PAUH, SPT KEDAI PEJABAT 2 TINGKAT
TAMAN SUTERA PRIMA, SPT RUMAH 2 1/2 TINGKAT
TMN SUTERA PANGSAPURI KOS SEDERHANA
TMN SEPADU, SPU - FASA 1 RUMAH SESEBUAH 1 TINGKAT
TMN PENAGA PERMAI RUMAH 1 TINGKAT
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
SERI AKASIA FASA 1A & 1B RUMAH TERES 1 TINGKAT
15
KARNIVAL SUKAN WILAYAH UTARA 2014
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN BPPBPP
16
MAKAN DURIAN 2014
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN BPPBPP
17
Majlis Berbuka Puasa Warga BPBBPP
2014 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN BPPBPP
18
PERTUKARAN KELUAR PEGAWAI DAN KAKITANGAN BPPBPP TAHUN 2014 BIL
NAMA
PENEMPATAN
TARIKH KUATKUASA
EN AZMAN BIN IBRAHIM
SYARIKAT JKP SDN BHD MENTERI KEWANGAN DIPERBADANKAN (MKD) KEMENTERIAN KEWANGAN (PEMINJAMAN)
24 FEB 2014
EN ASUAT BIN AHMAD
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA PULAU PINANG
20 JUN 2014
EN MOHD SUHAIL HAFIZ BIN ABDUL HAMID
MARKAS STESEN STAF SUNGAI PETANI KEDAH, KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
12 MEI 2014
PERTUKARAN MASUK PEGAWAI DAN KAKITANGAN BPPBPP TAHUN 2014 BIL
NAMA
DARI JABATAN
TARIKH KUATKUASA
EN MOHD NOOR BIN REJAB
JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG
1 APRIL 2014
MITI
12 JUN 2014
PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG CAWANGAN PULAU PINANG
7 MEI 2014
EN WAN SAIFUL IKMAL BIN WAN IBRAHIM
YBhg DATIN SARAH ZAWANI BINTI HASHIM ZABAR
BAHAGIAN PENYELARASAN PENYERTAAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
19
20