BAHAGIAN I PENGENALAN 1.
2.
Tujuan 1.1
Buku panduan ini adalah bertujuan untuk membolehkan Ejen Mengira Undi menjalankan tugas dengan baik dan berkesan bagi pihak Calon semasa Hari Mengundi.
1.2
Dengan cara ini Ejen Mengira Undi (EMU) dapat menjaga kepentingan Calon dalam pengurusan pilihan raya dan seterusnya memastikan urusan pilihan raya berjalan secara saksama mengikut undang-undang.
Organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 2.1
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan mengikut peruntukan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah sebuah badan bebas yang terdiri dari seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan lima orang Ahli yang lain. Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dengan bebas dan saksama.
2.2
Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha selaku Ketua Pentadbir yang bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi-fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya yang ditetapkan dalam Perlembagaan. (Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan)
3.
Fungsi-fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya 3.1
Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, SPR mempunyai 3 fungsi utama seperti berikut: 3.1.1 Menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya kecil. 3.1.2 Menyediakan daftar pemilih dan menjalankan pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih.
urusan
3.1.3 Mewujudkan Bahagian-bahagian Pilihan Raya dan menjalankan kajian semula persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya. (Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan). 1
4.
Pelantikan Ejen Mengira Undi 4.1
4.2
Pelantikan Ejen Mengira Undi 4.1.1
Pelantikan Ejen Mengira Undi adalah berdasarkan kepada subseksyen 14(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
4.1.2
Pihak yang bertanggungjawab melantik ejen Mengira Undi adalah Calon atau Ejen Pilihan Raya (EPR). Tugas dan tangungjawab Ejen Pilihan Raya adalah untuk membantu Calon bagi membuat pemerhatian pelaksanaan proses mengira undi supaya ianya berjalan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
4.1.3
Bagi memudahkan Calon atau Ejen Pilihan Raya melantik Ejen Mengira Undi, format Borang Pelantikan Ejen Mengira Undi seperti di LAMPIRAN 1 boleh diguna pakai. Borang Pelantikan Ejen Mengira Undi ini perlu mengandungi maklumat Calon atau Ejen Pilihan Raya, nama Pusat Mengundi, nama penuh Ejen Mengira Undi yang dicadangkan untuk dilantik serta nombor Kad Pengenalan, alamat surat-menyurat dan nombor telefon.
Syarat-syarat Sebelum Ejen Mengira Undi Menjalankan Tugas 4.2.1 Sebelum memulakan tugas, Ejen Mengira Undi hendaklah menyerahkan kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM) dokumen seperti berikut: (a)
Surat pelantikan sebagai Ejen Tempat Mengundi yang ditandatangani oleh Ejen Pilihan Raya.
(b)
Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) yang telah ditandatangani seperti di LAMPIRAN 2
(c) (d)
Dokumen pengenalan diri. Pas pengenalan diri yang dikeluarkan oleh SPR
4.2.2 Seseorang Ejen Mengira Undi yang dilantik boleh menjalankan tugas sepanjang proses pengiraan undi selesai.
2
5.
Syarat-Syarat Kelayakan Ejen Mengira Undi 5.1
Kelayakan Ejen Mengira Undi adalah seperti berikut: 5.1.1 Warganegara Malaysia 5.1.2 Umur tidak kurang daripada 21 tahun 5.1.3 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan keganasan atau kecurangan oleh mahkamah 5.1.4 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan atau telah dilepaskan dari penjara setelah menjalani hukuman pemenjaraan 5.1.5 Bukan seorang yang didaftarkan dibawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 5.1.6 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia tidak disabitkan di atas suatu kesalahan dibawah subseksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 atau peruntukan persamaan dalam mana-mana undang-undang yang lain 5.1.7 Bukan seorang yang mengenainya suatu perintah telah dibuat dibawah subseksyen 66(4) Akta Pertubuhan 1966 atau peruntukan persamaan dalam mana-mana undang-undang yang lain 5.1.8 Bukan seorang yang bankrap yang belum dilepaskan (Subseksyen 13 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
3
6.
7.
Pelanggaran Syarat-Syarat Kelayakan Pelantikan Ejen Mengira Undi 6.1
Apa-apa pelanggaran syarat-syarat pelantikan oleh Calon ataupun Ejen Pilihan Raya di bawah subseksyen 13(1) atau subseksyen 21 (1)–(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh didenda sebanyak lima ribu ringgit bila disabit kesalahan mengikut subseksyen 27 (1)–(2) Akta yang sama.
6.2
Pelantikan Ejen Mengira Undi yang tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan boleh menyebabkan satu Petisyen Pilihan Raya di buat sepertimana yang diperuntukan di bawah subseksyen 32 (c) dan (d) Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Istilah-Istilah Penting 7.1
Pegawai Pengurus (PP) Adalah seseorang Pegawai yang dilantik oleh SPR bagi mengendalikan pilihan raya dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya yang ditetapkan. (Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya 1958)
7.2
Penolong Pegawai Pengurus (PPP) Adalah seseorang Pegawai yang dilantik oleh SPR bagi membantu Pegawai Pengurus mengendalikan Pilihan Raya dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya yang ditetapkan. (Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya 1958)
7.3
Pembantu Pilihan Raya (PPR) Adalah seseorang pegawai yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan membantu beliau dalam urusan pentadbiran yang berkaitan dengan Pilihan Raya. (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)
7.4
Ketua Tempat Mengundi (KTM) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi mengetuai sesuatu Tempat Mengundi (Saluran) dan mengendali proses pengundian. (Subperaturan 12 (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
4
7.5
Kerani Pengundian (KP) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu Ketua Tempat Mengundi (KTM) dalam urusan pengundian di Tempat Mengundi (Saluran). (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)
7.6
Kerani Mengira Undi (KMU) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu Ketua Tempat Mengundi (KTM) dalam urusan pengiraan undi di tempat mengira undi. (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)
7.7
Penyelia Pusat Mengundi (PPM) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan menyelia sesuatu Pusat Mengundi semasa Pilihan Raya dijalankan. (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)
7.8
Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu menyemak nama pengundi dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) untuk menentukan Tempat Mengundi (Saluran) semasa pilihan raya diadakan. (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya ) 1981)
7.9
Pemandu Arah Pusat Mengundi (PAPM) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus membantu menunjuk arah kepada pengundi, membantu kalangan orang kelainan upaya (OKU) dan lain-lain diarahkan oleh Penyelia Pusat Mengundi (PPM). (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya Pilihan Raya) 1981.
5
bagi tujuan pengundi di tugas yang (Penjalanan
7.10
Calon Adalah seseorang yang kertas penCalonannya yang sah diterima oleh Pegawai Pengurus untuk bertanding dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya. (Seksyen 2, Akta Pilihan Raya 1958)
7.11
Ejen Pilihan Raya (EPR) Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon bagi mewakili dirinya untuk menjalankan semua urusan berhubung dengan pilihan raya di mana Calon itu bertanding. (Subseksyen 12 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
7.12
Ejen Tempat Mengundi (ETM) Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi mewakili Calon untuk menyaksikan proses pengundian di dalam Tempat Mengundi (Saluran) berjalan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. (Subseksyen 14(1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
7.13
Ejen Mengira Undi (EMU) Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi mewakili Calon untuk memerhatikan Proses Pengiraan Undi di dalam Tempat Mengira Undi berjalan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. (Subseksyen 14(1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
7.14
Pemerhati Pilihan Raya Adalah seseorang ataupun sebuah badan yang diluluskan oleh SPR untuk memerhati proses pilihan raya di tempat- tempat urusan pilihan raya yang ditetapkan oleh SPR dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR.
6
7.15
Barung SPR Adalah sesuatu tempat di Pusat Mengundi yang digunakan bagi membantu pemilih untuk menyemak nama-nama pemilih bagi tujuan menentukan Tempat Mengundi (Saluran). (Subseksyen 26A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
7.16
Hari Mengundi Adalah suatu tarikh yang ditetapkan dalam notis yang disiarkan dalam warta mengikut Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya ) 1981, bermula dari permulaan hari pembuangan undi sehingga masa pengisytiharan pilihan raya oleh pegawai pengurus disebut sebagai hari mengundi. (Subseksyen 2 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
7.17
Masa Mengundi Adalah sesuatu tempoh yang ditetapkan oleh SPR bagi tujuan membolehkan pengundi mengundi di dalam sesuatu pilihan raya. (Subperaturan 11 (5)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)
7.18
Pusat Mengundi Adalah sesuatu tempat yang diwartakan oleh SPR bagi menjalankan urusan pengundian. (Seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958)
7.19
Tempat Mengundi Adalah sesuatu tempat di dalam Pusat Mengundi yang ditetapkan oleh SPR sebagai Tempat Mengundi (saluran). (Seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958)
7.20
Pusat Penamaan Calon Adalah sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh SPR bagi tujuan mengemukakan kertas-kertas penamaan untuk tujuan pertandingan dalam sesuatu pilihan raya. (Subperaturan 6 (1) dan (2) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981).
7
7.21
Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Adalah sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh SPR bagi tujuan menjumlahkan semua keputusan yang diterima sama ada daripada semua Ketua Tempat Mengundi atau keputusan-keputusan pengundian pos. (Subperaturan 25D (2) Peraturan-peraturan pilihan raya (penjalanan pilihan raya) 1981)
7.22
Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) Adalah senarai nama pemilih yang terkini dan telah disahkan oleh SPR bagi tujuan pilihan raya. (Subperaturan 14A Peraturan-peraturan pilihan raya (penjalanan pilihan raya) 1981)
7.23
Zon Larangan 50 Meter Adalah suatu kawasan yang ditetapkan kawasan larangan dalam jarak 50 meter atau mana-mana jarak yang difikirkan sesuai dari Pusat Penamaan Calon, Pusat Mengundi atau dari Pusat Mengundi. (Subseksyen 24A (2) dan 26 (1) (e) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
7.24
Slip Nombor Tempat Mengundi (Saluran) Adalah suatu helaian nombor yang bercetak yang akan diberikan oleh Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) kepada pengundi bagi tujuan memudahkan pengundi mengenal pasti Tempat Mengundi (Saluran).
7.25
Pengundi OKU dan Pengundi Uzur Adalah Pengundi OKU dan pengundi uzur, yang layak untuk diberi keistimewaan mengundi di Tempat Mengundi (Saluran) 1 di tingkat bawah bangunan pusat mengundi jika nombor salurannya berada di tingkat atas, adalah dimaksudkan kepada pengundi yang cacat anggota kaki dan tidak mampu berjalan tanpa bantuan orang lain atau pengundi uzur yang dalam keadaan tidak sihat dan tidak mampu bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain. Pengundi berkenaan perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak ke Tempat Mengundi (Saluran).
8
7.26
Dakwat Kekal Dakwat khas yang dibekalkan oleh SPR bagi kegunaan Kerani Pengundian untuk menanda atau mencalit di jari telunjuk kiri pengundi atau mana-mana bahagian jari pengundi sebagaimana tatacara yang ditetapkan sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi tersebut.
7.27
Menanda/Mencalit Dakwat Kekal Melakukan satu tanda dengan cara mencalitkan Dakwat Kekal di jari telunjuk kiri pengundi atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri atau di jari telunjuk kanan (jika tiada jari kiri) atau mana-mana jari dari ruas pertama hingga ke hujung jari mengikut tatacara yang ditetapkan oleh SPR sebelum seseorang pengundi boleh dikeluarkan kertas undi.
8.
Kebenaran Masuk Ke Tempat Mengira Undi Mereka yang dibenarkan masuk ke tempat mengira undi adalah seperti berikut: 8.1
Calon
8.2
Ejen Pilihan Raya
8.3
Ejen Mengira Undi yang dilantik dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
8.4
Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus
8.5
Ahli-Ahli Panel SPR dan pegawai-pegawai SPR
8.6
Petugas-petugas pilihan raya dan orang-orang lain yang bertugas secara rasmi di Tempat Mengira Undi
8.7
Orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh SPR
(Peraturan 25 (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981)
9
BAHAGIAN II TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB EJEN MENGIRA UNDI 1.
Tugas Ejen Mengira Undi Sebelum Pengiraan Undi 1.1
2.
Ejen Mengira Undi hendaklah memerhati peti undi yang mengandungi kertas undi yang digunakan semasa pengundian adalah termeterai dengan sempurna sebelum ianya dibuka oleh Ketua Tempat Mengundi. Contoh memeterai peti undi di LAMPIRAN 3.
Tugas Ejen Mengira Undi Semasa Pengiraan Undi 2.1
Memerhati persediaan awal oleh KTM sebelum pengiraan bermula di Tempat Mengundi (Saluran) 2.1.1 Kerusi meja untuk mengira undi disusun sebagaimana susun atur di LAMPIRAN 4. 2.1.2 Peralatan, Dulang, disediakan: -
dokumen
dan
sampul-sampul
berikut
Simbol Calon yang bertanding yang akan ditampal pada dulang disediakan secukupnya.
2.1.3 Dulang-dulang Calon ditampal dengan – Simbol Calon yang bertanding setiap satu „UNDI BELUM DIKIRA‟ „RAGU‟ „DITOLAK‟ 2.1.4 Borang SPR 757 – (Catatan Bilangan Pengesahan Kertas Undi) disediakan secukupnya. 2.1.5 Borang SPR 764 – (Penyata Awal Pengiraan Undi) disediakan secukupnya. 2.1.6 Borang 14 – (Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) disediakan secukupnya.
10
2.1.7 Pensel 2.1.8 Getah Gelang 2.1.9 Cap „DITOLAK‟ 2.1.10 Cap „ DITERIMA‟ 2.1.11 Buku „Panduan Untuk Memutuskan Undi Ragu‟ 2.1.12 Sampul-sampul No. 4, 5, 6, 7 dan 9 2.1.13 „Stamp Pad‟ 2.2
Pembahagian Kumpulan Petugas Kerani Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Mengira
Undi
2.2.1 Bagi tujuan pengiraan undi secara serentak (Parlimen dan DUN), KTM akan membahagikan KMU kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan mengandungi dua orang Kerani Mengira Undi. Satu kumpulan mengira undi Parlimen sementara satu kumpulan lagi mengira undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN). Susun atur tempat mengira undi seperti LAMPIRAN 4. 2.3
Tatacara Mengesahkan Bilangan Kertas Undi Yang Terdapat Dalam Satu Peti Undi 2.3.1 Ejen Mengira Undi perlu memerhati prosedur yang diambil oleh KTM bagi mengesahkan bilangan kertas undi di dalam peti undi iaitu untuk menentukan jumlah kertas undi yang terdapat di dalam peti undi adalah sama atau kurang bilangannya seperti yang tercatat dalam BORANG 13 (Penyata Kertas Undi) seperti di LAMPIRAN 5. Proses mengesahkan isi peti undi adalah seperti berikut: (a) Peti undi Parimen dan Negeri dibuka dan dikeluarkan semua kertas-kertas undi yang terdapat di dalamnya. (b) Mengasingkan lain-lain dokumen yang mungkin tersalah masuk ke dalam peti undi itu. Contohnya seperti Kad Pengenalan atau slip-slip parti.
11
(c) Memasukkan kertas undi Parlimen ke dalam dulang Parlimen atau kertas undi Dewan Undangan Negeri ke dalam dulang Dewan Undangan Negeri (jika ada pengundi tersilap memasukkan ketas undi ke dalam peti undi berlainan). (d) Kertas undi dikira oleh Kerani Mengira Undi dan diikat sepuluhsepuluh bagi setiap satu ikat dan digabungkan sepuluh ikat kertas undi untuk dijadikan jumlahnya seratus. (e) Bilangan kertas undi ditanda di dalam Borang SPR 757 (Catatan Bilangan Pengesahan Kertas Undi) yang disediakan seperti contoh di Lampiran 6. Semua kertas undi akan dimasukkan ke dalam dulang bertanda „UNDI BELUM DIKIRA‟. (f) Jumlah kertas undi yang dikira dibandingkan dengan bilangan kertas undi yang dicatatkan dalam ruangan di perenggan E, BORANG 13 (Jumlah kertas undi yang patut berada di dalam peti undi). (g) Jika bilangan kertas undi yang terdapat di dalam peti undi adalah sama atau kurang seperti yang dicatatkan dalam BORANG 13, KTM bolehlah mengesahkan isi peti undi tersebut. (h) Jika jumlah kertas undi didapati melebihi daripada jumlah yang tercatat di perenggan E (Jumlah Kertas Undi Yang Patut Berada di dalam peti undi) BORANG 13, KTM akan melaksanakan prosedur seperti mana yang diterangkan di dalam Jadual Ketiga Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981. Jadual Ketiga adalah seperti di LAMPIRAN 7. Peringatan: Jika bilangan kertas undi dalam peti undi melebihi bilangan yang tercatat dalam BORANG 13, ia mungkin berlaku disebabkan kertas undi dari Tempat Mengundi (Saluran) lain telah dimasukkan ke dalam peti undi tersebut.
12
3.
Kerani Mengira Undi Menyisihkan Kertas Undi Mengikut Calon 3.1
Ejen Mengira Undi perlu memerhati proses menyisih kertas undi mengikut Calon seperti berikut: 3.1.1 Salah seorang Kerani Mengira Undi akan mengambil kertas undi dari dulang yang bertanda “UNDI BELUM DIKIRA” dan kertas undi itu dipaparkan untuk perhatian Ejen Mengira Undi. Kerani Mengira Undi akan serta meneriakkan simbol parti atau nama parti yang telah ditanda oleh pengundi. Kertas undi yang telah dipaparkan itu akan dimasukkan ke dalam dulang mengikut Calon seperti ditanda oleh pengundi. 3.1.2 Ketika proses itu dijalankan, KTM bertanggungjawab memastikan Kerani Mengira Undi tidak melakukan kesilapan ketika meneriak simbol atau nama parti yang ditanda oleh pengundi dan seterusnya memasukkan kertas undi itu ke dalam dulang yang betul. 3.1.3 Kertas undi yang dianggap ragu akan dimasukkan ke dalam dulang yang bertanda “RAGU”. Hanya KTM bertanggungjawab memutuskan kertas undi ragu. 3.1.4 Proses memaparkan kertas undi ini dilakukan oleh Kerani Mengira Undi satu persatu sehingga selesai.
4.
Undi Ragu 4.1
Undi ragu ialah kertas undi yang tidak jelas cara ianya ditandakan dan meragukan atau kertas undi itu rosak seperti telah terkoyak atau sebagainya. Sekiranya terdapat kertas undi yang didapati ragu semasa pengiraan undi berjalan, kertas undi itu hendaklah terus dimasukkan ke dalam dulang yang bertanda “RAGU”.
4.2
Keputusan terdapat kertas undi ragu ini sama ada ianya boleh diterima atau ditolak hanya dibuat oleh KTM sebaik sahaja proses memaparkan semua kertas undi selesai dijalankan.
13
5.
Panduan Memutuskan Undi Ragu 5.1
Ejen Mengira Undi memberi perhatian mengenai tindakan KTM memutuskan undi ragu semasa memutuskan kertas undi ragu. KTM akan mengambil kira beberapa perkara-perkara seperti berikut:5.1.1 Niat yang ditunjukkan oleh pemilih. 5.1.2 Memutuskan undi ragu berdasarkan kepada buku “Panduan Untuk Memutuskan Undi Ragu”. 5.1.3 Ejen Mengira Undi boleh memberi pandangan berhubung dengan kertas undi ragu. Walau bagaimanapun KTM mempunyai kuasa membuat keputusan dan keputusannya adalah muktamad.
Peringatan: Keputusan terhadap kertas undi ragu ini hanya boleh dibuat oleh KTM dan tidak boleh dibuat oleh mana-mana Kerani Mengira Undi. 6.
Keputusan Ke Atas Kertas-Kertas Undi Ragu 6.1
KTM bertindak memutuskan undi ragu di hadapan Ejen Mengira Undi sama ada kertas undi tersebut diterima atau ditolak.
6.2
Jika kertas undi ragu itu diterima, kertas undi hendaklah dicapkan “DITERIMA” di bahagian belakang kertas undi dan ditandatangani oleh KTM. Kertas undi yang diterima hendaklah dimasukkan ke dalam dulang mengikut Calon atau parti berkenaan.
6.3
Jika kertas undi ragu diputuskan ditolak, kertas undi itu hendaklah dicap “DITOLAK” di bahagian belakang kertas undi tersebut dan ditandatangani oleh KTM. Kertas undi itu hendaklah dimasukkan ke dalam dulang yang bertanda “DITOLAK”. Peringatan: KTM tidak dibenarkan menolak mana-mana kertas undi ragu apabila beliau yakin keraguan itu disebabkan oleh kecuaian kakitangan pengundian.
14
7.
8.
Pengiraan Kertas Undi 7.1
Ejen Mengira Undi perlu memerhati Kerani Mengira Undi mengira kertas undi yang terdapat di dalam dulang mengikut Calon atau parti dan seterusnya dicatatkan di dalam Borang SPR 764 (Penyata Awal Pengiraan Undi) seperti di LAMPIRAN 8.
7.2
Ejen Mengira Undi yang hadir boleh juga membuat catatan yang sama di dalam Borang SPR 764 (Penyata Awal Pengiraan Undi) yang telah dibekalkan kepadanya.
Ulang Kira 8.1
Ejen Mengira Undi boleh memohon diadakan ulang kira di Tempat Mengundi (Saluran) sekiranya berlaku keadaan seperti berikut: 8.1.1 Jika perbezaan di antara bilangan undi yang diberi kepada Calon yang mendapat undi terbanyak dengan Calon yang mendapat undi kedua terbanyak berbeza sebanyak empat peratus (4%) atau kurang dari jumlah bilangan undi yang diberi kepada caloncalon (tidak termasuk undi yang ditolak). Contoh: Jumlah Kertas undi dalam peti undi Calon A mendapat Calon B mendapat Calon C mendapat Jumlah undi diberi Undi Tolak Perbezaan antara Calon mendapat undi terbanyak C terbanyak B ialah 6 undi:6 691
X
700 95 295 301 691 9 dan kedua
100 = 0.86%
8.1.2 Pengiraan semula undi yang dilakukan atas permohonan Calon atau Ejen Pilihan Raya atau Ejen Mengira Undi
15
9.
10.
8.2
Pengiraan semula undi hanya boleh dilakukan sekali sahaja.
8.3
KTM juga boleh membuat pengiraan semula jika pengiraan tidak memuaskan hatinya.
Peraturan Ulang Kira 9.1 Sekiranya KTM memutuskan bahawa perlunya ulang kira kertas undi dijalankan, hanya kertas-kertas undi yang terdapat di dalam dulangdulang Calon sahaja dimasukkan ke dalam dulang UNDI BELUM DIKIRA. 9.2
Kertas-kertas undi yang telah disahkan ditolak tidak boleh dimasukkan ke dalam kiraan semula.
9.3
Ulang kira hendaklah bermula dari peringkat memaparkan tiap-tiap kertas undi dan seterusnya memasukkan kertas undi ke dalam dulang mengikut Calon atau parti.
Penyediaan BORANG 14 (Borang Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) 10.1
Ejen Mengira Undi memerhati tindakan KTM menyalin semula bilangan undi yang diterima oleh setiap Calon dan bilangan undi yang ditolak seperti yang tercatat di dalam Borang SPR 764 (Borang Penyata Awal Pengiraan Undi) ke dalam BORANG 14.
10.2
KTM akan menulis nama-nama Calon dan parti di dalam BORANG 14 mengikut susunan seperti di kertas undi dan seterusnya melengkapkan BORANG 14 (seperti LAMPIRAN 9).
10.3
KTM akan menyerahkan BORANG 14 dan meminta Ejen Mengira Undi menandatangani dalam ruangan yang disediakan jika Ejen Mengira Undi mahu berbuat demikian.
10.4
KTM akan mengarahkan satu salinan BORANG 14 (Borang Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi) kepada EMU yang hadir. [Subperaturan 25(21)(b)(ii) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981].
16
11.
Pengiraan Undi Yang Diberhenti Atau Ditangguhkan 11.1
Ejen Mengira Undi mengambil maklum keputusan atau tindakan yang akan dibuat oleh KTM, sekiranya berlaku bencana alam, rusuhan atau lain-lain sebab seperti KTM memberhentikan atau menangguhkan pengiraan tersebut dan dengan serta merta. [Subperaturan 25B(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981].
11.2
Jika peti undi itu belum dibuka: (a) KTM akan memasukkan semula kertas undi ke dalam peti undi dan dimeteraikan. Ejen Mengira Undi boleh menandatangani pada perekat keselamatan yang dimeteraikan jika ingin berbuat demikian. (b) Jika Sampul No.4 telah dibuka dan BORANG 13 (Penyata Kertas Undi) telah dikeluarkan, ia hendaklah dimasukkan kembali ke dalam Sampul No. 4 dan dimeteraikan. Ejen Mengira Undi boleh menandatangani pada perekat keselamatan jika ingin berbuat demikian. (c)
11.3
KTM akan membawa peti undi dan lain-lain peralatan ke tempat yang ditetapkan oleh PP. Ejen Mengira Undi boleh mengiringi peti undi dengan syarat mereka menaiki kenderaan yang berasingan. [Subperaturan 25B (3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981].
Jika peti undi itu belum dibuka: (a) KTM akan membawa peti undi dan lain-lain peralatan pilihan raya ke tempat yang ditetapkan oleh PP. Ejen Mengira Undi boleh mengiringi peti undi dengan syarat mereka hendaklah menaiki kenderaan yang berasingan. [Subperaturan 25B (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981].
11.4
Sebaik sahaja sampai di tempat yang ditetapkan oleh PP, KTM perlu mendapat arahan daripada PP mengenai proses pengiraan selanjutnya. KTM akan memberitahu kepada Calon atau Ejen Pilihan Raya atau Ejen Mengira Undi mengenai perkara tersebut.
17
11.5
12.
KTM akan memastikan proses pengiraan undi bagi tempat yang ditangguhkan atau diberhentikan adalah sama seperti pengiraan undi di tempat mengundi. Dalam keadaan di mana peti undi telah dibuka dan pengiraan telah bermula sebelum ditangguhkan, pengiraan akan dimulakan dari peringkat awal iaitu mengesahkan bilangan kertas undi yang terdapat di dalam peti undi.
Pengiraan Undi Berkelompok 12.1
Ejen Mengira Undi memerhati proses pengiraan undi secara berkelompok di Pusat Pengiraan Undi Berkelompok bagi kertas-kertas undi Pengundian Awal pada Hari Mengundi Biasa atau mana-mana Tempat Mengundi yang tidak boleh dikira di Tempat Mengundi seperti yang dinyatakan dalam notis BORANG 12A (Notis Pengiraan Undi Di Tempat Mengira) seperti di LAMPIRAN 10. Cara pengiraan undi adalah sama seperti pengiraan undi di Tempat Mengundi yang diketuai oleh Ketua Tempat Mengundi masing-masing.
BAHAGIAN III PENUTUP 1.
Bagi memastikan pilihan raya dapat berjalan dengan licin dan lancar, Ejen dan Ejen Mengira Undi hendaklah mematuhi segala arahan dan nasihat yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam buku panduan ini. Tanpa kerjasama Ejen-ejen, pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan licin dan lancar.
SELAMAT BERTUGAS
18
LAMPIRAN 1
BORANG PELANTIKAN EJEN MENGIRA UNDI
500727-04-2003 Roslan bin Ahmad Saya………………………………………………No.Kad Pengenalan ............................. adalah Calon/Ejen Pilihan Raya yang bertanding bagi bahagian pilihan raya; N.27 Merlimau ………………..…………..................………… (Nama Bahagian Pilihan Raya)
Dengan ini melantik nama yang tersebut di bawah sebagai ejen saya sebagai; * EJEN MENGIRA UNDI S.K.Merlimau 2 yang bertugas bagi pihak saya di Pusat Mengundi………………………………….
Nama: Ahmad Nordin Mustapha No.Kad Pengenalan: 490125-07-5133 Alamat Surat Menyurat: 43, Jalan Kelawei Taman Indah Melaka No.Telefon: 012-2212211
Tandatangan Calon/Ejen Pilihan Raya …………tt……………………… 27 Februari 2011 Tarikh:…………………........
* Potong yang tidak berkenaan
19
LAMPIRAN 2 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 Borang A [Subseksyen 5(1)] BORANG SUMPAH KERAHSIAAN Ahmad Nordin Mustapha Saya,……………………………………………………………………………...…………….……..… 490125-07-5133 beralamat ………………………………..... 43, Jalan Kelawei No. Kad Pengenalan …………………………… Taman Indah, Melaka ……………………………………………………………………………….......………………………. bersumpah bahawa saya tidak akan melakukan dalam pilihan raya bagi bahagian N.27 Merlimau pilihan raya/kawasan pilihan raya …………………………………………….... apa-apa perkara yang ditegah oleh seksyen 5* [Akta 5], yang telah dibacakan kepada saya.
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
27 Februari Bertarikh pada …………………………………….2011
………………………tt……………………………. Tandatangan orang yang mengangkat sumpah Di hadapan saya,
……………………………tt………………………… Tandatangan Pengerusi atau Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/Pesuruhjaya Sumpah/ Pengarah Pilihan Raya Negeri/Pegawai Pengurus Pegawai Yang Hak
Seksyen ini mestilah dibacakan kepada pembuat akuan oleh orang yang mengambil akuan ini.
20
LAMPIRAN LAMPIRAN33
Contoh Peti Undi Yang Dimeterai Sebelum Pengundian
Contoh Peti Undi Yang Dimeterai Selepas Pengundian
21
LAMPIRAN 4
22
LAMPIRAN 5 PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981 Borang 13 [Subperaturan 24(1)] PENYATA KERTAS UNDI Sek. Keb. Merlimau 2 Nama Pusat Mengundi………………....................…… No. Tempat Mengundi (Saluran)………….................... 139/27/04 No. Kod Daerah Mengundi………..………………………………………........................................…..................... N.27 Merlimau Bahagian Pilihan Raya ..………………………………………………................................................……………....... A
- Bilangan kertas undi yang diterima daripada Pegawai Pengurus No. Siri Kertas Undi Hingga
Dari
010001 010201 010301
010150 10300 010600
Jumlah (a)
Bil. Kertas Undi 150 100 350
No. Siri Kertas Undi Dari Hingga
600
Jumlah (b)
Bil. Kertas Undi
600
Jumlah keseluruhan kertas undi yang diterima daripada Pegawai Pengurus ((a)+(b)) = B
- Bilangan kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi
Jumlah
Dari
No. Siri Kertas Undi Hingga
010001 010201 010301
010150 010300 010600
Jumlah (c)
Bil. Kertas Undi 150 100 200
Dari
450
No. Siri Kertas Undi Hingga
Jumlah (d)
D
keseluruhan kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi ((c)+(d)) = - Bilangan “kertas undi rosak” (Kertas undi yang dipulangkan kepada ketua tempat mengundi yang telah dibatalkan dan ditanda “ROSAK” oleh ketua tempat mengundi dan tidak dimasukkan ke dalam peti undi) - Bilangan kertas undi yang tidak digunakan (A-B)
E
- Jumlah kertas undi yang patut berada di dalam peti undi (A-C-D)
C
Bil. Kertas Undi
Saya memperakui bahawa penyata di atas adalah betul.
450
150 150 450
tt ......................................................... tt
Tandatangan
Ahmad bin Abdullah .......................................................
6 Mac 2011 Bertarikh …………………. Nama Calon atau Ejen Pilihan Raya atau Ejen Tempat Mengundi
Nama Ketua Tempat Mengundi
No. K/P
Parti/Bebas
Tandatangan
Karim bin Bujang
650411-05-6887
BN
t.t
Abu bin Kassim
850102-05-6105
PKR
t.t
23
LAMPIRAN 6 (Borang SPR. 757) CATATAN BILANGAN PENGESAHAN KERTAS UNDI RATUSAN
TANDA
100 100
√ √
100
√
100
√
100 (50)
√
100 100 100
JUMLAH BILANGAN KERTAS UNDI DALAM PETI UNDI:
450
……………………………………
Tandakan (√) bagi setiap seratus kertas undi yang dikira
24
LAMPIRAN 7 JADUAL KETIGA PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981 [Subperaturan 25(5)] TATACARA YANG KENA DIIKUTI JIKA BILANGAN KERTAS UNDI YANG DIDAPATI DALAM SUATU PETI UNDI MELEBIHI BILANGAN YANG DINYATAKAN SEBAGAI BERADA DI DALAMNYA MENGIKUT BORANG 13 1. Ketua Tempat Mengundi hendaklah, di hadapan setiap calon atau ejen pilihan raya atau ejen mengiranya, menyebabkan bungkusan yang dilekatkan dengan perekat keselamatan yang disebut dalam peraturan 24(1)(d) dibuka, dan, dengan membandingkan bilangan kertas undi yang tidak digunakan dan yang rosak dengan bilangan kertas undi yang asalnya dikeluarkan kepada tempat mengundi itu, hendaklah mengesahkan pernyataan dalam Borang 13. Jika ternyata suatu kesilapan telah dibuat dalam mengisi Borang 13, dan jika ketua tempat mengundi berpuas hati bahawa bilangan kertas undi dalam peti undi itu tidak Melebihi bilangan kertas undi yang telah dikeluarkan dengan sewajarnya di tempat mengundi itu, dia hendaklah memerintahkan supaya pengiraan undi dijalankan dan hendaklah melekatkan semula perekat keselamatan pada bungkusan itu. 2. Jika selepas selesai proses yang diperihalkan dalam perenggan 1 Jadual ini,ternyata pada ketua tempat mengundi bahawa bilangan kertas undi yang ada dalam peti undi terlebih banyak daripada bilangan kertas undi yang telah dikeluarkan di tempat mengundi itu, ketua tempat mengundi atau orang-orang yang diberi kuasa olehnya hendaklah, di hadapan setiap calon atau ejen pilihan raya atau ejen mengiranya memeriksa tindikan, tandatangan ringkas atau tanda rasmi ketua tempat mengundi yang berkenaan pada kertas undi itu satu persatu dan hendaklah mengeluarkan mana-mana kertas undi yang tidak ditindik, ditandatangan ringkas atau tidak mengandungi tanda rasmi ketua tempat mengundi berkenaan atau yang ditindikan, ditandatangan ringkas atau ditanda selainnya. 3. Apabila Ketua Tempat Mengundi telah mengeluarkan kertas undi mengikut perenggan 2 dalam Jadual ini, dia hendaklah memerintahkan supaya pengiraan undi itu dijalankan. 4. Kertas undi yang dikeluarkan oleh ketua tempat mengundi hendaklah dimasukkan ke dalam suatu bungkusan yang hendaklah kemudiannya dilekatkan dengan perekat keselamatan dan perekat keselamatan itu hendaklah ditandatangani oleh ketua tempat mengundi itu dan oleh setiap calon atau ejen pilihan raya atau ejen mengiranya yang hadir dan yang berhasrat untuk menandatangani perekat keselamatan itu dan dihantar secepat yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya boleh membuka bungkusan itu dan boleh menyebabkan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya patut dijalankan. Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah menyimpan kertas undi yang dikeluarkan itu selama tempoh enam bulan dan kemudiannya hendaklah menyebabkan kertas undi itu dimusnahkan melainkan jika diarahkan selainnya oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi.
Bertarikh …………………………..20……............ [SPR (S) 72/Jld. XIV; PN. (PU2) 178c Pt. XXXI] Dengan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya,
DATO’ NGAH SENIK
Setiausaha, Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia
[Dibentangkan dalam Dewan Rakyat menurut seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958]
25
LAMPIRAN 8 (Borang SPR. 764) PENYATA AWAL PENGIRAAN UNDI Kedudukan Pusat Mengundi
: Sek. Keb. Merlimau
Nombor Kod Daerah Mengundi
: 139/27/04
Bahagian Pilihan Raya
: N.27 Merlimau
Tempat Mengundi No. (Saluran) : 2
A – Jumlah Undi Di dalam Peti Undi :
450
B - Jumlah Undi Yang Diperolehi oleh Calon :
Nama Calon
Nama Parti
Jumlah Undi
Roslan bin Ahmad 1. ………………………………………
BN ……………………….
352 ………………………
Haji Yuhaizad bin Abdullah 2. ….…………………………………..
PAS ……………………….
95 ………………………
3. ………………………………………
……………………….
………………………
4. ……………………………........…
……………………….
………………………
5. …………………………………......
……………………….
………………………
C - Jumlah undi ditolak :
3
26
LAMPIRAN 9 PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981 BORANG 14 [Subperaturan 25(12)] Melaka NEGERI ……………………………………………………. PENYATA PENGUNDIAN SELEPAS PENGIRAAN UNDI Sek Keb Merlimau 2 Nama Pusat Mengundi …………..........................…… No. Tempat Mengundi (Saluran) ………………...…….. 139/27/04 No. Kod Daerah Mengundi ………….......…………………………………………………………………...…...…… N.27 Merlimau Bahagian Pilihan Raya ………………...…………………………………………………………….............…...……. A
-
Jumlah kertas undi yang patut berada di dalam peti undi (seperti di E dalam Borang 13)
B
-
Bilangan undian oleh pemilih bagi setiap orang calon yang bertanding:
450 .............……..…..
Nama Calon (Ejaan dan susunan nama calon HENDAKLAH SAMA seperti yang dicetak pada kertas undi)
Nama Parti Politik/ Bebas
………………………………………….....….....… Roslan bin Ahmad ………………………………………….....….....…
………….....……………... BN ………….....……………...
…………………...........… 352 …………………...........…
………………………………………….....….....… Haji Yuhaizad bin Ali ………………………………………….....….....…
………….....……………... PAS ………….....……………...
…………………...........… 95 …………………...........…
………………………………………….....….....…
………….....……………...
…………………...........…
………………………………………….....….....…
………….....……………...
…………………...........…
………………………………………….....….....…
………….....……………...
…………………...........…
Jumlah undian oleh pemilih
C
D
-
-
Bilangan
447
Bilangan kertas undi yang ditolak (selepas undi ragu diputuskan menurut subperaturan 25(6) dan (7))
3
Jumlah kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi tetapi tidak dimasukkan ke dalam peti undi (A-B-C)
0
Saya memperakui bahawa penyata di atas adalah betul.
tt .…………….………………… Tandatangan Ahmad bin Abdullah …………………………......…..... Nama Ketua Tempat Mengundi
6 Mac 2011 Bertarikh ………………….……………
Nama Calon atau Ejen Pilihan Raya atau Ejen Mengira Karim bin Bujang Abu bin Kasim
No. K/P
Parti/Bebas
650411-05-6887 850102-05-6105
BN PKR
27
Tandatangan t.t t.t
LAMPIRAN 10 PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) 1981 BORANG 12A [Peraturan 23A] NOTIS PENGIRAAN UNDI DI TEMPAT MENGIRA Bahagian pilihan Raya ………………………………………………………….
SILA AMBIL PERHATIAN bahawa, menurut kuasa yang diberikan oleh peraturan 23 A Peraturan– Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, Suruhanjaya Pilihan Raya dengan ini mengarahkan supaya semua undi yang dibuang oleh pemilih di tempat/tempat-tempat mengundi yang diperihalkan dalam Jadual bersama-sama ini yang ditubuhkan bagi Bahagian Pilihan Raya yang tersebut di atas dikira oleh ketua/ketua-ketua tempat mengundi bagi tempat/tempat-tempat mengundi itu, di ..............................................................
(kedudukan tempat mengira)
pada ............................................................. 20 .............. jam .................................................... JADUAL PERIHALAN TEMPAT MENGUNDI Daerah Mengundi
Kedudukan Tempat Mengundi
Nombor Tempat Mengundi
..................................................................................................................................................... ..................................................................................................................................................... ..................................................................................................................................................... ..................................................................................................................................................... Bertarikh ................................. 20 ................ Dengan perintah Suruhanjaya Pilihan Raya ...................................................
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Malaysia
28