BAB1
Bahagian 1
WANITA DAMBAAN SYURGA
BAHAGIAN 1 WANITA ANUGERAH TUHAN
2
Bahagian 1
BAB1
3
KEISTIMEWAAN WANITA
Bahagian 1
BAB1
KEISTIMEWAAN WANITA
BAB 1
KEISTIMEWAAN WANITA
5
BAB1
Bahagian 1
WANITA DAMBAAN SYURGA
M
anusia adalah ciptaan Allah yang paling sempurna. Berbekalkan akal fikiran dan nafsu, Bani Adam diangkat kedudukannya mengatasi makhluk-makhluk-Nya yang lain. Nikmat ciptaan jantina lelaki dan perempuan juga melengkapkan lagi kesempurnaan kejadian ini. Fakta ini dijelaskan Allah seperti berikut:
lemah, tersingkap rahsia keagungan Allah yang amat besar. Sekiranya wanita dapat meletakkan diri mereka di tempat yang selayaknya, maka wanita akan menjadi lebih mulia daripada lelaki. Lipatan sejarah menjelaskan bagaimana keadaan Nabi Adam a.s. yang kesepian di syurga tanpa penyeri hidup dan
“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik kejadian.” (Surah at-Tin, 4)
“Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbangsa -bangsa dan bersuku-kaum supaya kamu saling mengenali…” (Surah al-Hujurat, 13)
Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai ciri-ciri keunikan yang cukup istimewa. Begitu juga kejadian lelaki dan perempuan, perbezaan yang amat mengagumkan dari segenap aspek sama ada fizikal, emosi ataupun mental. Perbezaan inilah yang perlu dihayati agar kita saling menghargai dan lengkap melengkapi sesama kita. Dari segi fakta, kejadian wanita adalah lebih unik berbanding kejadian lelaki. Di sebalik kejadian yang disifatkan serba
6
Bahagian 1
BAB1
KEISTIMEWAAN WANITA
daripada tulang rusuk yang paling bengkok dan teratas sekali, jika kamu hendak meluruskannya, maka ia akan patah. Jika kamu membiarkannya, ia akan tetap dalam keadaan bengkok. Oleh itu, hendaklah kamu menasihati wanita dengan sebaik-baiknya.”
teman berbicara. Lantas Allah menciptakan makhluk yang gebu dan halus kulitnya, lemah sendi tulangnya dan berbeza pula bentuk susuk tubuhnya berbanding lelaki. Makhluk tersebut adalah wanita yang diberi nama Hawa yang menjadi isteri dan pelengkap kehidupan si lelaki.
(Riwayat Muslim)
Emosi, nafsu dan akal amat penting bagi wanita. Ketiga-tiganya memerlukan bimbingan dan didikan agar wanita menjadi makhluk yang halus emosinya, lembut perwatakannya, unik ciptaannya, cantik dan indah rupa parasnya.
Selain itu, sepertimana yang telah dinukilkan kepada kita melalui perbincangan di antara Hassan al-Basri dan juga Rabiatul al-Adawiyyah menyifatkan bahawa wanita juga berbeza daripada lelaki dari segi akal dan nafsu. Wanita hanya diberi satu akal dan sembilan nafsu. Manakala lelaki pula, dianugerahkan satu nafsu dan sembilan akal. Ekoran nafsu melebihi akal, maka wanita menjadi lebih emosional, sensitif dan peka dalam banyak perkara.
Hawa tidak diciptakan melalui proses alam rahim seperti kita. Sebahagian riwayat menjelaskan bahawa Hawa diciptakan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s. Kejadian tulang dada dan punggung wanita juga berlainan daripada lelaki sehingga mengakibatkan wanita berjalan dengan lenggok tertentu. Hakikat ini perlu diterima oleh kaum wanita agar mereka tahu tempat dan peranan mereka di sisi lelaki. Allah menjelaskan hakikat penciptaan Hawa seperti berikut:
Emosi, nafsu dan akal amat penting bagi wanita. Ketiga-tiganya memerlukan bimbingan dan didikan agar wanita menjadi makhluk yang halus emosinya, lembut perwatakannya, unik ciptaannya, cantik dan indah rupa parasnya. Inilah hakikat kelebihan wanita berbanding lelaki.
“Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya dia menciptakan isterinya, agar dia berasa senang kepadanya...” (Surah al-A’raf, 189)
“Berpesanlah kamu dengan wanita, sesungguhnya wanita diciptakan
7
BAB1
Bahagian 1
WANITA DAMBAAN SYURGA
MARTABAT WANITA
I
slam amat memandang tinggi martabat dan maruah wanita. Namun kerana kealpaan wanita menyebabkan mereka sendiri sering mencampakkan diri mereka ke lembah kehinaan. Seorang ulama besar dari Mesir, Muhammad al-Ghazali pernah mengungkapkan mutiara katanya dalam kitab al-Islam wa al-Thaqat al-Mu’attalat seperti berikut:
Kedudukan wanita amat tinggi dalam Islam, sehinggakan dalam al-Quran terdapat sebuah surah diberi nama ‘an-Nisa'’ yang membawa erti ‘wanita.’ Wanita juga tidak diciptakan Allah untuk menjadi hamba manusia. Tetapi sebagai pasangan di hati suami dan penghias alam duniawi. Sekiranya kita melihat di sebalik kejayaan lelaki, sudah pasti di belakangnya berdiri teguh wanita mithali. Tanpa mereka tiadalah zuriat dunia dan tanpa mereka juga tiadalah bauan syurga kerana Islam telah meletakkan syurga itu di bawah telapak kaki wanita yang bergelar ibu.
“Jika kita merenung kembali seribu tahun ke belakang, nescaya kita akan dapati wanita telah pun menikmati keistimewaan yang cukup luar biasa. Keadaan mereka ketika itu lebih baik jika dibandingkan dengan keadaan perempuan-perempuan Barat sekarang.”
Diceritakan bahawa Jahimah telah menemui Baginda SAW bagi meminta kebenaran menyertai peperangan. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab, “Ya.” Lalu Rasulullah mengarahkannya dengan bersabda, “Tinggal bersamanya kerana sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kakinya.” (Riwayat Nasai'e)
8 8
Bahagian 1
BAB1
Peranan wanita dalam membangunkan ummah amat tinggi nilainya. Lantas tidak hairanlah, mengapa Nabi Muhammad SAW meletakkan kedudukan mereka lebih mulia daripada lelaki. Kenyataan ini adalah berdasarkan laporan berikut:
KEISTIMEWAAN WANITA
Dalam Islam juga, banyak keringanan dan kelonggaran diberikan Allah kepada kaum wanita termasuk dalam bab ibadah berbanding lelaki. Hakikat pengiktirafan ini semakin mengangkat lagi kedudukan mereka. Maka dapat disimpulkan bahawa keadilan Allah terserlah luas dalam mengangkat martabat wanita melalui pemberian hak kepada mereka dan kebertanggungjawaban yang dibebankan kepada kaum lelaki untuk menjaga mereka bersesuaian dengan fitrah kejadian yang berbeza. Maha Agung Allah yang menentukan segala-galanya demi kebaikan manusia sejagat.
Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lantas berkata, “Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling layak saya hormati?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ibumu.” Sekali lagi dia bertanya, “Kemudian siapa?” Barulah Baginda menjawab, “Bapamu!”
Umar al-Khattab r.a. berkata,
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
“
Selain ibu yang amat berjasa ketika hidup di dunia, perempuan yang bergelar anak juga mampu menjadi penyelamat hidup di akhirat.
Pada zaman jahiliah, kami tidak pernah menghargai wanita walaupun sedikit. Akan tetapi setelah datangnya Islam dan Allah sering menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.
“Sesiapa yang menanggung dua orang anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, nescaya mereka akan menjadi tirai pemisah baginya daripada api neraka.”
“
(Riwayat al-Bukhari)
9 9
BAB1
Bahagian 1
WANITA DAMBAAN SYURGA
CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
yang diinginkan.”
Mendapat gelaran wanita solehah daripada Allah SWT sebenarnya lebih mudah daripada mendapatkan gelaran dato', datin dan seumpamanya. Bersesuaian dengan kejadian wanita yang penuh dengan kelembutan, maka tidak banyak syarat untuk wanita itu layak menerima gelaran tersebut. Ianya terangkum pada dua kunci utama yang harus dipegang teguh oleh wanita iaitu ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya serta ketaatan kepada suami ataupun kedua-dua ibubapa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa Ramadan dan mentaati suaminya, nescaya ia akan masuk ke dalam syurga dari pintu mana
(Riwayat Ahmad dan Tabrani )
Dalam meletakkan ketaatan mutlak kepada Allah dan Rasul-Nya terkumpul tuntutan yang perlu dilaksanakan dengan sesempurna mungkin iaitu pertamanya dengan menzahirkan rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah tanpa berbelah-bahagi, menjaga aurat dan berpakaian sopan serta tidak terpengaruh dengan hiasan dan perangai wanita jahiliah. Tidak bermusafir sendirian sekiranya terdedah kepada fitnah. Tidak bersama dengan lelaki asing melainkan kecuali dengan ditemani mahramnya. Membantu lelaki dalam perkara kebenaran dan kebajikan. Bersahabat dengan wanita solehah serta memperbanyakkan sedekah dan sentiasa bersikap baik terhadap jiran tetangga.
Wanita solehah sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam segala urusan hidup mereka..
1010
Bahagian 1
BAB1
Manakala tanggungjawab dalam mentaati suami pula, dapat disimpulkan dengan cara menunaikan kewajipan dan tanggungjawab terhadap suami dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan, menjaga kehormatan diri, harta suaminya dan anak-anak. Tidak menolak ajakan suami untuk bersama, tidak keluar rumah atau mengizinkan orang masuk ke rumah melainkan dengan izin suami, merendahkan suara serta tidak membantah suami dalam kebenaran, sentiasa redha dengan kemampuan suami dan bertanggungjawab memelihara diri, kebersihan dan kecantikan diri serta rumah tangga.
KEISTIMEWAAN WANITA
Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah SAW menjawab, “Suaminya.” Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, “ Ibunya.” (Riwayat Hakim)
Alangkah indah jika sekiranya setiap wanita dapat mengamati nasihat dan menghiasi diri dengan mutiara kata Asma’ binti Kharijah al-Fazariyyah kepada anaknya sewaktu perkahwinan anaknya seperti berikut:
Mutiara Kata
ASMA’ BINTI KHARIJAH AL-FAZARIYYAH KEPADA ANAKNYA
ai anakku! Kini engkau telah keluar dari tempat engkau dilahirkan “H dan dibesarkan. Engkau akan berpindah ke suatu tempat yang belum kau kenali dan engkau juga akan berkawan dengan seorang yang
belum engkau kenali. Itulah suamimu! Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan dia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan dia akan menjadi tiang untukmu. Jadikanlah dirimu sebagai pengasuhnya, nescaya dia akan menjadi hambamu. Janganlah engkau membebankan dirinya dengan pelbagai kesukaran, kerana ia akan menyebabkan dirimu ditinggalkan. Janganlah pula engkau terlampau jauh daripadanya, kerana nanti dia akan melupakanmu. Tetapi kalau dia mendekatimu, dekatilah dia dengan penuh pengertian dan sekiranya dia menjauhimu, jauhi ia dengan kebaikan, peliharalah suamimu, hidungnya, pendengarannya, matanya dan segala-galanya. Janganlah sesekali suamimu itu mencium sesuatu dari dirimu melainkan yang harum, jangan pula dia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak didengar dan jangan pula dia melihat dirimu melainkan yang indah.”
11
BAB1
Bahagian 1
WANITA DAMBAAN SYURGA
Selain dari dua kunci utama yang telah dijelaskan, mentaati ibu bapa juga adalah dituntut. Ia dapat dilaksanakan melalui kepatuhan kepada mereka dalam perkara makruf, menasihati mereka ke arah kebaikan dan tidak menderhakai kedua-duanya. Ketaatan kepada ibubapa adalah lebih utama selepas Allah dan Rasul-Nya bagi mereka yang belum bersuami. “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibubapa.” (Surah al-Israk, 23)
Sikap malu yang menebal dan tidak pernah ada rasa riak atau menunjuk-nunjuk dalam diri juga merupakan azimat wanita solehah. Dengan bersikap demikian, wanita semakin bertambah seri, cantik dan kian mempesona. Ini adalah antara ciri-ciri wanita solehah dambaan syurga. Ummu Salamah, salah seorang isteri Rasulullah, mendengar suaminya bersabda, “Siapa yang mengheret kainnya kerana sombong, maka Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat kelak.” Ummu Salamah bertanya, “Bagaimanakah kaum wanita perlu menjaga hujung kainnya?” Rasulullah menjawab, “Hendaklah mereka melabuhkannya sejengkal.” Ummu Salamah bertanya lagi, “Bagaimana jika terlihat kakinya?” Rasulullah menjawab, “Maka hendaklah mereka melabuhkannya sehasta dan tidak boleh lebih. Seorang yang masih hidup dengan baik dan mempunyai rasa malu adalah seperti sebatang kayu yang masih kekal tumbuh dan dibaluti oleh kulitnya. Tidak, demi Allah, tiadalah kebaikan
bagi hidup ini apabila rasa malu telah hilang darinya. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
AMALAN WANITA SOLEHAH Manusia diciptakan Allah dengan hanya bermatlamatkan kepatuhan dan ketaatan kepada-Nya. Setiap perbuatan dan tingkah laku manusia, pasti akan dinilai di hadapan Allah SWT kelak. Amalan inilah yang akan membezakan darjat manusia di sisi Tuhan yang Maha Pencipta. “Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk, 2)
Dalam mengharungi perjalanan yang hanya berpaksikan ketaatan kepada Allah, manusia sering terbabas dari laluan asalnya. Sudah menjadi fitrah, manusia tidak mungkin terlepas daripada melakukan kesilapan. Lantas segeralah berpaling kepada jalan kebenaran. Anas r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Setiap anak Adam melakukan kesilapan, dan sebaik-baik kesilapan ialah mereka yang cepat bertaubat.” (Riwayat Ahmad)
12
Bahagian 1
BAB1
susu dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu, hanya kepada-Kulah tempat kembalimu. Dan jika kedua-duanya memaksamu mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka jangan kamu mengikuti keduaduanya, dan pergaulilah keduaduanya di dunia dengan baik.”
Bagi memastikan perjalanan yang konsisten ke arah mencapai keredhaan Tuhan, berikut antara amalan dan panduan bagi wanita yang perlu diberi perhatian: Mentaati semua suruhan Allah dan menghindari semua larangan Allah.
Amalan ini hanya akan tercapai melalui proses pembelajaran. Oleh itu, kerapkan menghadiri majlis ilmu, jadikan bacaan al-Quran serta kitab-kitab hadis sebagai rutin harian dan sentiasa mendampingi alim ulama serta wanita solehah.
(Surah Luqman, 14 – 15)
Nabi SAW bersabda,
Mulakan dengan amalan wajib seperti solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan dan sebagainya. Perkara-perkara haram dan syubhah iaitu yang diragui perlu dijauhi. Setelah itu, cuba biasakan diri dengan amalan-amalan sunat seperti solat sunat Taubat, Tahajjud dan puasa sunat.
2
“
Mentaati Ibu Bapa
Bagi mereka yang tidak bersuami, maka keredhaan ibu bapa adalah antara kunci utama syurga. Berbuat baiklah kepada mereka dan taati segala perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. “Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua ibubapanya. Ibunya telah mengandung dalam keadaan lemah, dan menceraikan
13
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa. (Riwayat Hakim)
“
1
KEISTIMEWAAN WANITA
BAB1
3
Bahagian 1
WANITA DAMBAAN SYURGA
taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu yang dikehendakinya.”
Mentaati Suami
Bagi mereka yang sudah bersuami, maka suami addalah mahkota yang paling berharga. Kasih sayang serta kejujuran perlu wujud dalam sanubari isteri. Sikap sabar dengan kerenah suami perlu ada manakala kemahuannya pula dijaga sepenuhnya. Selain itu, maruah dan harta suami juga turut dipelihara sebaik-baiknya. Rasulullah SAW bersabda, “Tiada perkara yang paling bernilai bagi seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertakwa kepada Allah selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, pasti dia mentaatinya. Jika suami memandangnya dia pasti menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, dia pasti memenuhi sumpah suaminya. Apabila suaminya keluar bekerja atau berjuang, pasti dia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Rasulullah SAW bersabda, “Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta
(Riwayat Ibn Addi, Dailami dan al- Bazzar)
Turut diriwayatkan oleh Tabrani bahawa pada zaman Nabi SAW, terdapat seorang lelaki yang akan berangkat ke medan perang. Lelaki tersebut berpesan kepada isterinya agar tidak meninggalkan rumah sehingga dia kembali. Secara kebetulan, ayah perempuan itu menderita sakit, maka wanita tersebut mengutus seorang lelaki berkali-kali menemui Rasulullah SAW. Namun Baginda tetap berpesan kepada utusan itu dengan perkara yang sama agar si isteri mentaati suaminya sehingga akhirnya perempuan tersebut mentaati pesanan suaminya dan tidak berani keluar dari rumahnya. Di saat ayahnya meninggal dunia, wanita tersebut tetap tidak dapat melihat jenazah ayahnya. Perempuan tersebut tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi jaminan melalui Nabi dengan mengatakan bahawa, “Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya.” Dalam riwayat lain mengatakan bahawa Allah juga turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu. Ini adalah antara kunci utama syurga bagi wanita yang bergelar isteri. Turut dirakamkan ketika peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi SAW telah melihat di dalam syurga, isteri-isteri yang memasuki syurga bertahun-tahun lebih awal dari suami mereka dan apabila Baginda melihat ke dalam neraka, Baginda mendapati dua pertiga daripada penghuninya juga adalah wanita.
14
Bahagian 1
BAB1
KEISTIMEWAAN WANITA
Rasulullah SAW bersabda, “Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti dia akan masuk syurga dari sebarang pintu yang dikehendakinya.” (Riwayat Ibn Addi, Dailami dan al- Bazzar)
15 15
BAB1
Bahagian 1
WANITA DAMBAAN SYURGA
Maka berhati-hati dalam meneruskan perjalanan hidup ini dengan berbekalkan panduan Ilahi. Di mana bumi dipijak, di situ al-Quran dan as-Sunnah dijunjung. Hiasi kehidupan ini dengan amalan-amalan kebajikan secara konsisten, pasti dengan rahmat Allah, kita akan ditempatkan bersama golongan-golongan yang mendapat kejayaan yang hakiki.
Kebaikan seorang wanita solehah adalah seumpama amalan
70
orang para siddiqin.
Keistimewaan ini perlu ditonjolkan agar wanita mampu berdaya saing dalam kehidupan seharian mereka bersesuaian dengan status mereka.
Masruq menceritakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Aisyah r.a., “Apakah amalan yang paling disukai oleh Nabi SAW?" Aisyah menjawab, "Amalan yang berterusan.”
Antara kelebihan wanita ialah sifat penyayang yang menebal dalam diri mereka hingga doa dan permintaan mereka mudah diterima oleh Allah. Doa orang yang penyayang serta ikhlas, tidak akan disia-siakan. Selain itu, syurga anak juga terletak pada bawah telapak kaki wanita yang bergelar ibu.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN WANITA
Diceritakan melalui hadis hasan sahih bahawa lelaki bernama Jahimah berjumpa dengan Baginda SAW untuk menyertai peperangan. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab, “Ya.” Lalu Rasulullah mengarahkannya dengan bersabda, “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kakinya.”
Bagi mencapai tahap kesempurnaan yang maksimum, seorang itu perlu menganalisis kelebihan serta kelemahan diri untuk mengimbanginya. Sekiranya hanya menilai dari sudut kelebihan semata-mata, nescaya ia akan terus hanyut dalam keegoan. Begitu juga, sekiranya hanya dinilai melalui kelemahan, maka pasti ia sukar bangkit mencari kejayaan.
(Riwayat Nasai'e)
Kelebihan Wanita Setiap makhluk Allah tidak pernah sunyi daripada sifat kekurangan. Hanya Allah sahaja yang mempunyai kesempurnaan mutlak. Begitu juga manusia yang bergelar wanita. Namun di sebalik kekurangan yang sering dikaitkan dengan wanita, hakikatnya mereka mempunyai banyak keistimewaan.
Direkodkan juga oleh Imam Ahmad dalam kitab Musnad bahawa kebaikan seorang wanita solehah adalah seumpama amalan 70 orang para siddiqin. Berdasarkan hadis lain pula menjelaskan bahawa tanggungjawab mendidik wanita dengan sempurna mampu menjadi penghalang daripada api neraka.
16
Bahagian 1
BAB1
Aisyah r.a. menceritakan, Baginda SAW bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Selain itu, turut dijelaskan bahawa semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar memohon ampun bagi wanita, selagi ia taat kepada suami serta menjaga solat dan berpuasa. Wanita yang setia kepada suami juga diberi pilihan masuk ke dalam syurga melalui pintu-pintu yang mereka ingini. Wanita yang sering menolong suami juga terutamanya dalam urusan agama,
Apabila seorang wanita melahirkan anak, maka keluar dosa-dosanya seperti keadaan baru dilahirkan. Apabila wanita menyusukan bayinya, maka bagi setiap tegukan dari susunya, diberi satu kebajikan. Apabila semalaman wanita tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, Allah memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
KEISTIMEWAAN WANITA
Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya. Terdapat juga riwayat yang menceritakan tentang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Sesungguhnya wanita yang melayan suami dengan baik maka ia akan dianugerahkan pahala jihad. Keistimewaan wanita juga tersingkap melalui kitaran haidnya. Terdapat riwayat daripada Aisyah r.a yang menjelaskan bahawa haid bagi perempuan adalah merupakan tebusan untuk dosa-dosanya yang telah lalu dan apabila pada hari pertama haidnya, ia membaca:
ِ هلل علَى ُكل ح ٍال وأ ِ ْ َ َ ِّ َ اَ حْلَ ْم ُد ََس�تَ ْغف ُر اهلل
“Alhamdulillahi ‘alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah.”
17 17
BAB1
Bahagian 1
WANITA DAMBAAN SYURGA
“Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.” Maka Allah membebaskannya dari neraka dan dengan mudah ia, mampu melalui titian sirat dengan aman dan selesa. Bahkan sekiranya ia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya, Allah mengangkat darjatnya seperti darjat 40 orang mati syahid. Begitu juga setiap detik wanita melalui kesengsaraan ketika mengandung, maka pahalanya akan terus melimpah-ruah. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Tabrani dalam Mu’jam al-Ausath, bahawa pada saat wanita sedang mengandung, para malaikat beristighfar untuknya dan apabila seorang wanita mula merasai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad ke jalan Allah dan apabila seorang wanita melahirkan anak, maka keluarlah dosa-dosanya seperti keadaan baru dilahirkan dan apabila wanita menyusukan bayinya, maka bagi setiap tegukan dari susunya diberi satu kebajikan dan apabila semalaman wanita tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, maka dia akan dikira sebagai mati syahid. Sebahagian ulama seperti yang dinyatakan di dalam Silsilah Dhaifah Wal al-Maudhu’ah karangan Albani meragui kewujudan hadis di atas. Namun tidak dinafikan bahawa di sana masih terdapat banyak hadis lain yang menjelaskan tentang kelebihan wanita. Antaranya hadis berikut : Rasulullah SAW bersabda: “Wanita yang meninggal kerana mengandung adalah syahid." (Riwayat Malik, Ahmad dan Abu Daud)
Secara rumusannya, keistimewaan wanita terlalu banyak sehinggakan jika kesemuanya ingin diungkap di sini maka terbataslah perbahasan pada permasalahan yang lain.
18 18
Bahagian 1
BAB1
Kelemahan Wanita Faktor yang merendahkan martabat wanita bukanlah seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pejuang palsu hak-hak wanita tetapi sebenarnya ianya lahir dari keghairahan wanita itu sendiri yang jauh daripada mengingati Allah. Sikap terlalu mengejar tugasan dan kegiatan luar menyebabkan wanita kian hanyut. Lantas majlis ilmu kurang dikunjungi serta al-Quran jarang dibaca. Manakala tanggungjawab mendidik anak juga sering diserahkan sepenuhnya kepada guru. Begitu juga tanggungjawab menguruskan rumah tangga dibiarkan sepenuhnya kepada orang gaji. Maka di saat inilah musuh-musuh Allah sering mengambil kesempatan untuk merosakkannya. “Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat
KEISTIMEWAAN WANITA
berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya.” (Surah al-Jathiah, 23)
Wanita yang sering lalai dari mengingati Allah juga mudah tertipu dengan keindahan dunia yang sementara. Mereka mudah terpedaya dengan hasutan nafsu dan syahwat. Keimanan mereka semakin rapuh, perasaan malu semakin lumpuh, sikap menunjuk-nunjuk menjadi kebanggaan sehinggakan semua yang ada ingin ditonjolkan. “Dan tidaklah kehidupan di dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagi orang -orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.” (Surah al-An’am, 32)
Oleh demikian, menjadi tanggungjawab wanita untuk terus bangun lantas berlari menggapai keredhaan Allah. Kembalikan semula kehebatan aura wanita Ummul Mukminin dan letakkan maruah wanita di tempat yang tertinggi. Sesungguhnya Islam telah mengangkat kedudukan dan darjat wanita sehinggakan syurga yang indah itu disifatkan hanyalah di bawah celahan telapak kaki mereka. Jatuh bangun sebuah bangsa juga di tangan wanita. Lantaran jangan biarkan dunia ini terus ditipu dengan kejelitaan luaran semata-mata. Hiasilah wanita dengan ciri-ciri srikandi mithali.
19
BAB1
9
Bahagian 1
WANITA DAMBAAN SYURGA
Siti Srikandi Mithali Siti Aminah
Siti Mariam
Contohilah kegigihan Siti Aminah, ibu Nabi Muhammad SAW, biarpun keseorangan diri namun mendidik anak tetap dipantau rapi.
Jagalah kehormatan diri seperti Siti Mariam, wanita suci dan mempunyai maruah tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah untuk mengandungkan Nabi Isa a.s. Rela dan pasrah diri dicaci kerana Tuhan Pencipta Alam.
Siti Khadijah
Siti Asiah
Berkorbanlah seperti Siti Khadijah, isteri Rasulullah SAW. Dia melahirkan anak-anak sebagai pewaris agama, sentiasa setia dan menyokong suami walau nyawa sebagai ganti.
Siti Aisyah Hiasilah dirimu dengan kelembutan dan kepintaran Siti Aishah, isteri Baginda SAW. Hidupnya penuh romantik bersama suami namun tegas di luar khalayak sebagai bukti ilmu yang tinggi.
Siti Fatimah Ikhlaskan hati seperti Siti Fatimah, anak Rasulullah. Bukti cintanya yang kukuh dan kasih sayangnya yang utuh tidak mampu digoyah dengan kemewahan dunia. Walau pun, terpaksa tidur hanya berbantalkan lengan, namun keriangan dan keceriaan mendamaikan keluarga.
Kuatkan imanmu seperti Siti Asiah, isteri Firaun. Cintakan suami, namun kerana Allah, lautan api sanggup direnangi. Tiada halangan yang mampu melemahkan. Hanya keredhaan Allah menjadi taruhan.
Siti Muti'ah Kagumi sifat dan layanan isteri solehah yang dijanjikan syurga. Kerana terlalu setia dan taatkan suami, Siti Muti’ah sanggup menderita. Kecantikannya dihias hanya untuk suami tercinta. Demi suami, tongkat disedia sebagai balasan layanan yang kurang istimewa.
Siti Zubaidah
Siti Hajar Taatilah suami kerana Allah seperti Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim, yang sanggup korbankan diri untuk ditinggalkan di tengah padang pasir yang kering kontang. Kerana Allah, beliau sanggup menggadaikan nyawa, kerana suami, sanggup menderita dan kerana anak, sanggup meredhai dan mendaki puncak mulia.
Kaya dapat dikongsi dan dibahagi, sifat dermawan isteri Khalifah Harun al-Rashid tidak terperi. Siti Zubaidah namanya terpahat dihati, membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan demi kepentingan agama Ilahi.
20 20