TEMA : 1
A
ASUHAN KOMPAK LESTARI TOPIKAL BAHASA MELAYU
CERITA
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan yang disediakan.
Mak Limah tersenyum puas dan bangga. Setelah bertahun-tahun belajar dan kini bergelar siswazah, susah payah Mak Limah selama ini terbalas dengan kejayaan Azman. Itulah hadiah yang tidak ternilai dapat diberikan oleh seorang anak kepada ibunya. Memang patut Mak Limah berasa bangga. Lebih-lebih lagi Azman merupakan orang pertama berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Sudah tentu kejayaan ini menjadi dorongan kepada anak-anak kampung tersebut untuk mengikuti jejaknya. Selama empat tahun Azman belajar, selama itulah Mak Limah bertungkus lumus dan sentiasa mengikat perut demi masa hadapan anaknya itu. Namun demikian, kegembiraan Mak Limah sekejap sahaja. Ia berasa kecewa apabila mengetahui bahawa Azman tidak mahu mengerjakan kebun kelapa sawit peninggalan arwah suaminya. “Apa guna kebun kelapa sawit itu jika tidak dikerjakan? Bukankah kamu lulusan dalam bidang pertanian? Sesuai benarlah kerja itu dengan kamu,” kata Mak Limah memberi penjelasan panjang lebar kepada anaknya. “Azman lepasan universiti, ibu. Bertahun-tahun Azman memerah otak. Takkan Azman hendak bermandi peluh di kebun kelapa sawit itu pula. Lagipun apa pula kata orang kampung nanti,” kata Azman kepada ibunya. “Mengapa? Hina sangatkah kerja-kerja itu? Kalau kena caranya, kerja-kerja itu akan memberikan pulangan dan pendapatan yang lumayan kepada kita,” Mak Limah terus menasihati anak kesayangannya itu. Namun, Azman tetap dengan pendiriannya. Dia pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Setelah tiga bulan di sana, Azman gagal mendapat sebarang pekerjaan yang diimpikannya. Kepayahan hidup yang dialami di ibu kota banyak mengajar Azman erti kehidupan. Dia terkenang akan ibunya di kampung. Timbul rasa keinsafan di sanubarinya. Segala kata ibunya terngiang-ngiang kembali di telinganya. Azman bertekad untuk pulang ke kampung. Dia sedar akan kesilapannya yang lalu dan kata-kata ibu ada benarnya. Dia berazam untuk mengusahakan kebun kelapa sawit peninggalan arwah ayahnya. Dia ingin menjadi petani moden yang berjaya.
1
Apakah gambaran yang paling sesuai diberikan kepada Mak Limah dalam perenggan pertama petikan di atas? A B
2
Ibu yang baik dan murah hati Ibu yang rajin bekerja di kebunnya
C D
Ibu yang sentiasa bangga akan anaknya Ibu yang mementingkan pelajaran anaknya
C D
teladannya. perangainya.
Perkataan “jejaknya” dalam petikan membawa maksud A B
contohnya. langkahnya.
3
Apakah yang memungkinkan Azman mengambil keputusan untuk pulang ke kampung? A Kesusahannya hidup di kota besar B Teringat akan jasa ibunya selama ini C Kegagalannya memperoleh pekerjaan D Ingin menjadi petani moden yang berjaya
4
Pernyataan yang berikut adalah benar tentang petikan di atas, kecuali A Mak Limah telah kematian suami yang tersayang. B Mak Limah menyuruh Azman pulang ke kampung. C Azman bertekad untuk menjadi petani yang berjaya. D Azman sukar memperoleh pekerjaan di Kuala Lumpur.
5
Apakah pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan tersebut? A Jangan mencari kerja di Kuala Lumpur B Jangan pandang rendah kerja kampung C Jangan bersikap terlalu memilih pekerjaan D Jangan ingkar nasihat kedua-dua ibu bapa
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
1
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
B
Pintar berbahasa – membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul. Isikan tempat-tempat kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai.
Budak-budak nakal itu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (salah) Budak-budak nakal itu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (betul) Budak-budak nakal itu saling menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (betul) {Gugurkan perkataan saling sebab tuduh-menuduh adalah kata ganda yang membawa maksud saling} {Perkataan saling boleh digunakan tetapi tidak boleh dipadankan dengan kata ganda maksud saling}
saling membantu
kejar-mengejar
tuduh-menuduh
saling menziarahi
saling menasihati
1. Kedua-dua orang murid itu ...... tentang kehilangan dompet Nurul Amirah. Jawapannya : ____________________________ 2. Penduduk Kampung Seri Damai ...... menguruskan majlis kenduri kahwin itu. Jawapannya : ____________________________ 3. Dalam sesebuah keluarga, kita mesti ...... untuk kebaikan dan kebahagiaan bersama. Jawapannya : ____________________________ 4. Walaupun kami tinggal berjauhan, kami ...... untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan. Jawapannya : ____________________________ 5. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain bola sepak dan ...... untuk mendapatkan bola. Jawapannya : ____________________________
C 1
Salin ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan tanda baca yang betul.
mana beg pakaian azlan tanya ayahnya selamba ______________________________________________________________________________________
2
mengapa ibu mengalirkan air mata apakah yang ibu rungsingkan kakak inginkan kepastian ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
3
tidak lama lagi mungkin pemborong akan datang untuk mengambil sayur sayuran itu kata datuk ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
4
wahai anakku dengarlah nasihat gurumu kelak kau akan menjadi insan yang berguna nasihat ibu ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
5
sempena ulang tahun saya yang ke12 baru baru ini ayah menghadiahi saya sebuah basikal lerun ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
2
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
D
Pilih kata nama am atau kata nama khas yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong.
1
Azman belajar di __________ yang berdekatan dengan rumahnya. C pondok A surau D sekolah B dewan
6
Sebagai __________, beliau telah berjaya menghasilkan lima buah novel remaja. A penyair C penyajak B pendeta D pengarang
2
Saiful Apek ialah __________ utama dalam filem komidi “Jutawan Fakir”. C pengarah A pelakon D pengacara B penyanyi
7
Adik Nurhazem bergaya dengan __________ baru yang dibeli oleh ayah. A katil C meja B buku D kasut
3
Emak membungkus kuih koci di __________ bersama-sama kakak. C dapur A stor D dewan B bilik
8
Encik Latif dipilih sebagai “ __________ Jaya” pada tahun ini. A Pengail C Pemburu B Pelawat D Peladang
4
Banyak orang suka dan asyik membeli-belah di _________ Tungku Abdul Rahman. C Premis A Jalan D Memorial B Dewan
9
__________ terkenal sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama di Malaysia. A Melaka C Petronas B Parlimen D Puduraya
5
Pelancaran __________ disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia minggu lepas. C KLIA Sepang A Gen 2 D Wisma MPSA B Daya Bumi
10
Setiap hari minggu, banyak orang mengambil kesempatan beristirahat di Tasik __________. A Canon C National B Pasifik D Titiwangsa
E
Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.
1
Se __________ sampah diangkut oleh pekerja Majlis Perbandaran, Teluk Intan. A timbun C mayang B rumpun D kelompok
6
Ayah mengumpulkan beberapa __________ papan yang sudah digergajinya. A urat C helai B ketul D keping
2
Pak Cik Samat hanya mampu menanam lima puluh __________ benih padi di bendangnya setiap hari. C gelung A bilah D kajang B cekak
7
Mohd Roshdan memiliki se __________ Ijazah Kejuteraan Awam Kelas Pertama dari Universiti Teknologi Malaysia. A rawan C gelung B bentuk D gulung
3
__________ bunga daripada kulit-kulit siput itu terletak di meja makan. C Karangan A Kepingan D Timbunan B Angkatan
8
Abang hanya makan se __________ nangka kerana tidak ada selera makan. A biji C suap B ulas D tongkol
4
Siti memasukkan beberapa __________ manik yang bertaburan itu ke dalam bekas kecil. A butir C buah B ketul D bongkah
9
Beberapa __________ tamato digunakan untuk menghiasi masakan itu. A iris C butir B biji D buah
5
“Ada se __________ rambut dalam bungkusan nasi lemak itu,” kata Sarimah kepada adiknya. C keping A urat D gumpal B utas
10
Beberapa __________ ikan berenang-renang di dalam kolam itu. A pasang C kelompok B bungkus D gerombolan
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
3
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
F
Item karangan format baru 2005 - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.
Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]
1. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.
BAHAGIAN A
Nombor Soalan
10
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
4
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
G
Penulisan Genre format baru 2005 – Karangan Jenis Cerita.
Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]
Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak seorang tua terjatuh di atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan. Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.
Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul. lelaki
kecil
peralatan
menahan
barang
mengutip
menghidangi
pondok
mempelawa
pulang
SEDIA MENGHULURKAN BANTUAN Saya dan kawan-kawan saya menuju ke …(1)… perhentian bas. Kami bercadang hendak pergi ke bandar. Saya berhasrat untuk membeli barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan UPSR. Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang …(2)… tua. Dengan tidak semena-mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua …(3)… yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya. Saya segera membantunya, saya ...(4)... barang-barang yang bertaburan di atas jalan raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik kerana mengalami luka ...(5)... sahaja. Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan ...(6)... ke rumah anaknya. Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya ...(7)... sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia ...(8)... saya masuk ke dalam rumah. Dia ...(9)... saya segelas minuman sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan saya tadi. Sungguhpun rancangan untuk membeli ...(10)... sekolah dan buku rujukan tidak kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu orang yang dalam kesusahan.
BAHAGIAN B Nombor Soalan
30
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
5
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
H
Item terkini 2005 - menyenarai/menulis amalan baik dan nilai murni daripada petikan yang disediakan.
Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah]
1. Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Pada petang itu, Syahmi dalam perjalanan pulang dari aktiviti kokurikulum. Tiba-tiba dia ternampak seekor kucing. Badan kucing itu basah kuyup dan penuh dengan lumpur. Syahmi menghampiri kucing itu, dia berasa amat kasihan melihat keadaan kucing yang kesejukan itu. Dia membawa kucing itu balik ke rumahnya. Sampai di rumahnya, Syahmi mencuci dan memandikan kucing itu. Bulu kucing itu dlapnya sehingga kering. Syahmi memberi kucing itu minum air susu yang dibancuhnya sendiri. Selepas itu, Syahmi memberi kucing itu makan nasi yang dicampur dengan sedikit ikan goreng. Setelah selesai makan nasi, barulah kucing itu nampak cergas dan bermaya. Syahmi berhasrat untuk membela kucing itu. Ayah dan emak Syahmi juga bersetuju dengan keputusan anaknya itu. Mereka bercadang untuk membelikan sebuah sangkar sebagai tempat tidur kucing itu pada waktu malam. Syahmi sangat sayang akan kucing itu.
Nombor Soalan
Bahagian C
20
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
6
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
TEMA : 2
A
ASUHAN KOMPAK LESTARI TOPIKAL BAHASA MELAYU
SITUASI
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan yang disediakan.
Pada hari itu Azlan tidak ke sekolah kerana dia sedang bercuti. “Azlan! Sudahkah ayam-ayam itu diberi makan? Kalau sudah, marilah kita angkut sayur-sayuran ini. Tidak lama lagi, mungkin pemborong akan datang untuk mengambilnya,” kata datuknya. Azlan hanya menurut perintah Haji Karim tanpa banyak soal. Di samping itu, dia sungguh gembira kerana dapat membantu datuknya yang sudah tua. Masuk hari ini, sudah dua minggu dia berada di kampung datuknya untuk menghabiskan cuti sekolahnya. Esok, ayahnya berjanji akan datang untuk menjemputnya pulang semula ke bandar. Sungguh berat dan sayu rasa hatinya untuk meninggalkan datuknya seorang diri. Jauh di sudut hati kecilnya, dia terasa ingin tinggal di situ sahaja. Namun, hasratnya itu terpaksa dipendamkan kerana bimbang nanti ayah dan ibunya tidak setuju. Hari yang ditakuti olehnya, akhirnya menjelma jua. Pada petang esoknya, ayah dan ibunya serta pembantu rumahnya telah sampai untuk menjemputnya. Dia cuba berlagak seperti biasa bagi menyembunyikan kesedihan hatinya. Azlan tidak mempedulikan kehadiran ibu bapanya. Daripada perlakuan Azlan, ayahnya tahu bahawa anaknya itu tidak mahu pulang ke bandar dan ingin tinggal bersama-sama datuknya lebih lama di kampung. Apabila semuanya telah selesai, barulah Azlan keluar menemui ayahnya. “Mana beg pakaian Azlan?” tanya ayahnya selamba. Azlan berlari ke bilik dan mengambil beg pakaiannya. Dia membisu seribu bahasa. “Pakaian ini tidak cukup,” kata ayahnya. “Nanti ayah bawakan pakaian tambahan kamu ke sini,” jelas Encik Haikal lagi. Azlan hairan dengan apa yang didengar dari mulut ayah dan ibunya. Datuknya pula hanya tersenyum sinis memandangnya. Setelah itu, barulah Azlan memahami maksud ayah dan ibunya. Dengan linangan air mata, dia memeluk kedua-dua orang tuanya sambil mengucapkan terima kasih. Mereka terus ke ruang tamu menikmati juadah yang telah disediakan oleh Puan Faridah dan Mak Cik Herunah. Mereka menjamu selera sambil berbual mesra pada petang itu.
1
Apakah tujuan Azlan berada di kampung ayahnya? A Untuk menghabiskan cuti sekolahnya B Untuk memberi makan ayam-ayam datuknya C Untuk menikmati suasana tenang di kampung D Untuk menolong datuknya mengerjakan kebun
2
Nyatakan keinginan Azlan setelah tinggal beberapa hari bersama-sama datuknya? A Mempelawa datuknya tinggal di Bandar B Hendak bersekolah di kampung datuknya C Ingin menambah percutiannya di kampung D Mengajak ayah dan ibunya tinggal di kampung
3
Mengapakah Azlan berasa berat hati hendak pulang ke rumahnya di bandar? C Kerana hubungan mesranya dengan datuk A Kerana datuknya sudah tua dan uzur D Kerana dia berasa tidak selesa hidup di bandar B Kerana bimbang akan kesihatan datuknya
4
Semasa ayah dan ibu Azlan sampai di kampung untuk menjemputnya pulang ke bandar, sudah berapa harikah Azlan berada di rumah datuknya? A 12 hari C 14 hari B 13 hari D 15 hari
5
Siapakah yang mungkin telah mengetahui keputusan ayah Azlan dan ibu Azlan untuk melanjutkan percutian anaknya di kampung? C Puan Faridah A Haji Karim D Mak Cik Herunah B Encik Haikal
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
7
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
B
Pintar berbahasa – membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul. Isikan tempat-tempat kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai.
Puan Kamariah membeli kek berperisa coklat di pasar tani pagi tadi. (salah) Puan Kamariah membeli kek berperasa coklat di pasar tani pagi tadi. (betul) {Perkataan perisa membawa maksud enak/sedap, perasa pula membawa maksud rasa seakan-akan}
Siti Nurhaliza mempunyai peminat yang ramai di seluruh pelosok negara. (salah) Siti Nurhaliza mempunyai peminat yang banyak di seluruh pelosok negara. (betul) {Jika merujuk kepada bilangan/kuantiti, penggunaan perkataan banyak adalah lebih tepat dan gramatis}
1. Kawasan ...... itu akan dibangunkan oleh pihak kerajaan negeri Pahang. (pedalaman/pendalaman) Jawapannya : _______________________ 2. Pemandu kenderaan mesti berhati-hati semasa melalui kawasan ...... itu. (berbahaya/merbahaya) Jawapannya : _______________________ 3. Muhammad Syahmi ...... kejayaan cemerlang 5A dalam UPSR tahun lalu. (memperoleh/memperolehi) Jawapannya : _______________________ 4. Para pekerja sedang ...... jalan menuju ke kawasan hutan rekreasi itu. (memperlebar/memperlebarkan) Jawapannya : _______________________ 5. Cikgu Ali sedang ...... carta penulisan Bahasa Melayu kepada murid-muridnya. (memperlihat/memperlihatkan) Jawapannya : _______________________
C 1
Salin ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan imbuhan yang betul pada kata bergaris.
Lauk-pauk sudah hidang apabila kami tiba di rumah Puan Jamaliah. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
2
Nenek sedang menghirup secangkir kopi sambil lunjur di ruang tamu. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
3
Banyak pekebun kecil getah di kampung saya mula ladang kelapa sawit. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
4
Encik Kamaruddin kerja sebagai kerani akaun di firma itu sejak tahun lepas. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
5
Pak Cik Omar sandar pada pokok kelapa itu setelah selesai menebas rumput. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
8
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
D
Pilih kata ganti nama yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.
1
Kami tidak pasti __________ dia akan datang ke Pulau Langkawi. C mana A bila D apabila B apa
6
Kejohanan sukan itu telah berlangsung selama tiga hari bermula __________. A lusa C esok B nanti D kelmarin
2
“Tuan-tuan, pilihlah __________ buah durian yang anda suka,” kata peniaga itu. A bila-bila C kalau-kalau B siapa-siapa D mana-mana
7
“ __________ ada senang, datanglah ke rumah saya,” kata kakak kepada kawannya. A Apa C Kenapa B Bila D Bagaimana
3
Tiada siapa yang tahu __________ Jamil pergi dengan tergesa-gesa. C apabila A bila D kenapa B situ
8
Pokok kelapa muda __________ telah tumbang kerana dipanah petir malam semalam. A itu C situ B sini D mana
4
“__________ yang berbuat salah dia perlu bertanggungjawab,” sindir Khadijah. C Apabila A Bila D Kenapa B Siapa
9
__________ boleh menyertai pertandingan pidato yang diadakan itu. A Bila-bila C Siapa-siapa B Apa-apa D Mana-mana
5
Sekolah Wawasan yang baru dibina itu terletak tidak jauh dari __________. C situ A ini D sana B sini
10
“Jika __________ sudah bersedia _________ ditunggu lagi, masuklah,” cabar pemuda itu. A kamu ... apa C aku ... jangan B tuanku ... bila D patik ... mengapa
E
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.
1
Anggota tentera itu sedang menggilap kasutnya hingga __________. C bersinar A berkilat D berpinar B berkilau
6
Persahabatan mereka semakin __________ semenjak tinggal berjauhan. A Intim C akrab B karib D renggang
2
Kakak menyuruh saya mengambil kotak di atas para-para yang tinggi itu kerana kakak tidak __________ untuk mengambilnya. C terbilang A tercapai D terangkat B terambil
7
Murid-murid kelas Enam Inovatif __________ apabila Cikgu Jamallulai marah kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. A menikus C memberang B menyinga D membangsing
3
Setelah berlanggar, van itu terus __________ ke dalam gaung yang curam. A tersasar C melayang B dicampak D menjunam
8
__________ moral di kalangan murid sekolah rendah kini amat membimbangkan. A Kualiti C Keruntuhan B Kejatuhan D Kelonggaran
4
Pemuda itu __________ adiknya yang cedera parah dalam kemalangan pagi tadi. C mengheret A menarik D mendukung B mencuit
9
Kakak __________ kepalanya ke bahu emak apabila mengetahui berita buruk itu. A melekapkan C mengenakan B mendekatkan D menundukkan
5
Untuk sampai di dusun itu, kamu mesti melalui sebatang jambatan gantung yang __________ Sungai Bikam. C menghubungi A melintasi D menyeberangi B merentangi
10
Kini, pihak kerajaan __________ syarat-syarat pemilikan permit kerja bagi pekerja asing di negara kita. A mengetatkan C menghantarkan B membesarkan D mengemaskinikan
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
9
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
F
Item karangan format baru 2005 - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.
Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]
1. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.
BAHAGIAN A Nombor Soalan
10
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
10
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
G
Penulisan Genre format baru 2005 – Karangan Jenis Situasi/Keperihalan.
Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]
Pada cuti persekolahan penggal yang lepas, kamu telah menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal kamu dan persekitarannya. Ceritakan suasana semasa program gotong-royong itu berjalan.
Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul.
kumpulan
sibuk
berkumpul
kerja
bersatu
ikatan
balai
kelihatan
sempena
menjayakan
PROGRAM GOTONG-ROYONG DI TEMPAT SAYA Pada hari minggu yang lalu saya, bapa saya, dan kira-kira lima puluh orang penduduk kampung telah menyertai program gotong-royong. Gotong-royong ini diadakan ...(1)... sambutan bulan kemerdekaan Malaysia pada tahun ini. Tepat pada pukul lapan pagi, penduduk kampung sudah ...(2)... di luar balai raya. Mereka membawa bersama-sama peralatan yang sesuai untuk ...(3)... aktiviti gotong-royong. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkis. Kami diagih-agihkan kepada beberapa ...(4)... kecil. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerjakerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur. Antara kawasan yang dibersihkan termasuklah taman permainan, surau, parit, dan ...(5)... raya. Pada masa yang sama, kaum wanita ...(6)... menyediakan makanan dan minuman di perkarangan balai raya. Pelbagai jenis juadah disediakan oleh mereka. Mereka kelihatan ...(7)... hati menjayakan program gotong-royong ini. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua ...(8)... pembersihan telah pun selesai. Petugas-petugas telah berkumpul semula di balai raya untuk menjamu selera. Walaupun ...(9)... letih, namun mereka menunjukkan kemesraan. Saya berpendapat, kerja yang dijalankan secara gotong-royong mampu menjalin ...(10)... silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dapat dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan juga dapat diperkasakan.
BAHAGIAN B
Nombor Soalan
30
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
11
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
H
Item terkini 2005 - menyenarai/menulis amalan baik dan nilai murni daripada petikan yang disediakan.
Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah]
1. Tulis beberapa perkara menarik yang dipaparkan dalam petikan cerita di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Pada minggu lalu, saya dan keluarga saya berkunjung ke pameran buku dan peralatan komputer di sebuah pasar raya terkenal di ibu kota. Kami pergi ke sana kerana ada tujuan yang tertentu. Ayah bercadang untuk membeli sebuah komputer riba jika harga yang tertawarkan berpatutan. Saya pula bercadang untuk membeli buku-buku rujukan UPSR. Fokus utama saya ke pameran tersebut adalah untuk mencari buku-buku format baharu UPSR Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Emak membantu saya memilih buku-buku yang berkualiti. Saya sudah mendapat beberapa buah buku yang sesuai dan isinya menepati format baharu UPSR Tahun 2005 ini. Tiba-tiba, suara ayah memanggil kami. Ayah mengajak saya dan emak saya ke sebuah gerai yang menjual peralatan komputer. Ayah meminta pandangan dan pendapat kami tentang sebuah komputer riba yang ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan. Emak dan saya juga tertarik pada bentuk dan saiz komputer riba tersebut. Setelah mendengar pandangan dan pendapat kami, akhirnya ayah bersetuju untuk membeli sebuah komputer riba yang berjenama Toshiba. Sebelum pulang, ayah mengajak kami makan tengah hari di gerai nasi kandar.
Nombor Soalan
Bahagian C
20
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
12
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
TEMA : 3
A
ASUHAN KOMPAK LESTARI TOPIKAL BAHASA MELAYU
FAKTA
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan yang disediakan.
Jambu batu atau nama saintifiknya, psidium guajava daripada keluarga myrtaceae didapati kaya dengan vitamin C. Kandungan vitamin C sebiji buah jambu batu, tiga hingga enam kali lebih tinggi berbanding sebiji oren, 10 hingga 30 lebih banyak berbanding dengan sebiji pisang dan 10 kali ganda lebih banyak daripada sebiji betik. Vitamin C banyak tersimpan di bahagian kulit luar yang berwarna hijau pada buah yang matang. Jumlah vitaminnya berkurangan apabila semakin ranum. Seseorang yang memakan jambu batu berterusan dipercayai boleh membantu mengurangkan kesan tekanan (hipertensi), penyakit tekanan darah tinggi dan selesema. Jambu batu juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti goiaba, guayaba, djamboe, perala, bayawas, dipajaya, petokal, dan tokal. Di Malaysia, jambu batu boleh didapati dengan mudah kerana jambu batu ditanam secara komersial terutamanya di Bidor, Perak. Pokok jambu batu sangat sesuai hidup di kawasan beriklim tropika. Jadi, tidak hairanlah beratus-ratus juta penduduk tropika amat gemar memakan buah jambu batu dan menjadikannya sebagai sumber utama vitamin C kepada mereka. Buah jambu batu memang enak dimakan segar atau dijadikan minuman, ais krim atau dicampur dengan menu makanan lain. Jambu batu ini asalnya dijumpai di Peru beberapa ribu tahun lalu. Jambu batu ini tumbuh secara tidak sengaja ketika petani menyemai kacang, jagung dan beberapa tanaman lain di ladang mereka. Bukan setakat buahnya, pokok jambu batu juga terkenal kerana mempunyai pelbagai khasiat yang istimewa daripada sudut perubatan tradisional dan moden. Berikutan khasiat pokok jambu batu yang pelbagai itu, banyak kajian dilakukan oleh saintis tentang ekstrak daun jambu batu sebagai kaedah rawatan yang paling berkesan untuk mengatasi penyakit gastrik. Hasilnya, hari ini spesies jambu batu terutamanya bahagian daun dan buahnya telah menjadi penyumbang utama dunia perubatan moden. Ubat-ubatan yang berasaskan jambu batu berjaya merawat penyakit selesema, cirit-birit berdarah, sakit gigi, mengubati luka-luka kecil, sakit kuning, kegemukan, demam, loya, epilepsi, masalah pendengaran, gatal-gatal, ulser, dan merawat kulit yang bermasalah.
1
Di manakah vitamin C pada jambu batu terdapat dengan banyaknya? A Pada bahagian buah yang ranum B Pada bahagian buah yang matang C Di bahagian kulit yang berwarna hijau D Di bahagian kulit buah yang sudah matang
2
Di manakah jambu batu sesuai ditanam? A Di negara Peru B Di Bidor, Perak
C D
Di kawasan ramai petani Di kawasan beriklim tropika
3
Mengapakah jambu batu merupakan buah tropika yang termasyhur? A Kerana kajian dilakukan oleh saintis B Kerana mempunyai pelbagai khasiat C Kerana ia merupakan buah kegemaran D Kerana kandungan vitamin C yang tinggi
4
Di negara-negara lain, jambu batu dikenali dengan nama tertentu, kecuali C guayaba A petokal D dipapaya B bayawas
5
Perkataan meluas dalam petikan sesuai digantikan dengan C banyak A jauh D bertaburan B lebar
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
13
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
B
Pintar berbahasa – membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul. Isikan tempat-tempat kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai.
Emak Rahimah menghidangi kami sepinggan goreng pisang rangup pada petang itu. (salah) Emak Rahimah menghidangi kami sepinggan pisang goreng rangup pada petang itu. (betul) {Hukum D-M yang betul, pisang goreng sebab yang diterang ialah pisang dan yang menerang ialah goreng}
Encik Mutusamy bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun. (salah) Encik Mutusamy bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun. (betul) {Hukum D-M yang betul, estet mini sebab yang diterang ialah estet dan yang menerang ialah mini}
1. Pemandu ...... itu sudah berkhidmat dengan syarikat tesebut hampir sepuluh tahun. (bas mini, mini bas) Jawapannya : _______________________ 2. Emak menggunakan lima sudu teh ...... dalam masakan itu untuk menambah rasa pedas. (cili sos, sos cili) Jawapannya : _______________________ 3. Nurliyana Husna membeli sayur-sayuran itu di ...... Sekupang petang semalam . (Mini Market, Market Mini) Jawapannya : _______________________ 4. Satu rampasan ...... telah berjaya dilakukan oleh pihak kastam Kelantan. (mercun terbesar, terbesar mercun) Jawapannya : _______________________ 5. Encik Sani menghadiahi isterinya sehelai ...... yang bersulamkan benang emas. (mini telekung, telekung mini) Jawapannya : _______________________
C 1
Salin ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan kata pemeri yang betul.
Jamuan ini ...... untuk meraikan tetamu khas ayah dan emak saya. (adalah, ialah) ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
2
Congkak ...... satu daripada permainan tradisional masyarakat Melayu. (adalah, ialah) ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
3
Komputer multimedia yang baru itu ...... hadiah hari ulang tahun kelahiran kakak. (adalah, ialah) ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
4
Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ...... masalah disiplin murid-murid. (adalah, ialah) ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
5
Perbuatan merosakkan harta benda awam ...... salah dan boleh diambil tindakan mahkamah. (adalah, ialah) ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
14
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
D
Pilih kata hubung yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.
1
Jumlah vitaminnya berkurangan __________ jambu batu semakin ranum. C apabila A yang D sementara B setelah
6
Ciku boleh didapati dengan mudah __________ buah ini ditanam dengan meluas. A kerana C walaupun B supaya D seandainya
2
Bapa saya bekerja setiap hari __________ hari Sabtu dan hari Ahad. A agar C kecuali B sejak D apabila
7
__________ wajah Cikgu Hamidah itu garang, namun hatinya baik. A Bahawa C Melainkan B Semenjak D Sungguhpun
3
__________ kamu tahu jawapan soalan Sains itu, bolehlah menjawabnya. C Walaupun A Tetapi D Sementara B Jikalau
8
Muhammad Khairuddin membuka buku cerita __________ membacanya. A lalu C supaya B setelah D sementara
4
Mereka berjuang bermati-matian ___________ mempertahankan negara. C dengan A lalu D sekalipun B demi
9
Erna Nareena berusaha bersungguh-sungguh ___________ menang pertandingan itu. A lalu C sambil B tetapi D hingga
5
__________ kamu pergi ke bandar Teluk Intan, belikan saya sekotak disket. C Walaupun A Sambil D Seandainya B Supaya
10
Cik Saidhatul Amirah suka melayan pelanggan __________ itu bukan tugasnya A tetapi C malahan B walhal D melainkan
E
Pilih kata berimbuhan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.
1
Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa __________ Malaysia. C Pemerdekaan A Merdeka D Memerdekakan B Kemerdekaan
6
Para belia perlu ______ peranan yang positif dalam melaksanakan sesuatu program. A mainan C memainkan B bermain D mempermainkan
2
Api merebak dengan pantas akibat litar pintas __________ elektrik. C pendawaian A pendawai D mendawaikan B didawaikan
7
Encik Shahrin melanjutkan pelajarannya untuk ______ bidang perniagaan. A mendalam C pendalaman B mendalami D mendalamkan
3
Semua murid tahap dua __________ dalam aktiviti kokurikulum pada petang ini. C libatkan A terlibat D melibatkan B melibat
8
Pihak sekolah telah ______ tentang kejadian yang menimpa seorang daripada muridnya. A beritahu C terberitahu B diberitahu D memberitahu
4
Badan lelaki tua itu kurus kerana __________ akibat penyakit yang dihidapinya. C deritakan A deritai D menderita B dideritai
9
Saya akan ______ perkara yang mengaibkan ini kepada ketua pasukan kita. A pemanjangan C berpanjangan B dipanjangkan D memanjangkan
5
Harta peninggalan jutawan dari negara Mesir itu __________ mencapai kepada tiga puluh juta dollar Amerika. C menaksir A ditaksiri D ditaksirkan B taksiran
10
Orang ramai sering diingatkan dan dinasihatkan supaya berhati-hati __________ tetamu yang tidak dikenali. A terima C menerima B diterima D penerimaan
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
15
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
F
Item karangan format baru 2005 - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.
Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]
1. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.
BAHAGIAN A Nombor Soalan
10
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
16
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
G
Penulisan Genre format baru 2005 – Karangan Jenis Fakta.
Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]
Tulis suatu karangan yang bertajuk “Pusat Sumber Gedung Ilmu”.
Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul.
diasuh
diperoleh
dimanfaatkan
khazanah
meneroka
ruang
rujukan
selesa
proses
bantu
PUSAT SUMBER GEDUNG ILMU Pusat sumber terdapat di semua sekolah. Peranan pusat sumber amat besar dalam membantu melicinkan ...(1)... pengajaran dan pembelajaran. Di dalam pusat sumber terkumpul pelbagai jenis bahan bacaan seperti novel, fiksyen, dan sejarah. Pelbagai maklumat boleh ...(2)... di pusat sumber. Murid-murid juga boleh meminjam buku-buku tertentu sebagai rujukan tambahan. Mengulang kaji pelajaran lebih ...(3)... di pusat sumber kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita. Pusat sumber ada menyediakan ...(4)... untuk perbincangan. Perbincangan adalah satu daripada cara perkongsian pintar maklumat yang amat berkesan. Semasa perbincangan juga murid-murid ...(5)... berkomunikasi lisan secara ilmiah. Selain daripada itu, pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual. Alat bantu ini boleh ...(6)... dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang canggih dapat membantu menarik minat murid-murid untuk ...(7)... ilmu. Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat ...(8)... bagi mendapatkan pelbagai bahan pengajaran yang terkini. Alat ...(9)... mengajar seperti carta, kad imbasan, video, dan slaid disimpan di pusat sumber. Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan ...(10)... ilmu yang perlu didampingi. Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang. Jadikanlah pusat sumber sebagai sahabat setia anda.
BAHAGIAN B Nombor Soalan
30
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
17
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
H
Item terkini 2005 - menyenarai/menulis amalan baik dan nilai murni daripada petikan yang disediakan.
Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah]
1. Tulis beberapa nilai baik dan menarik yang dipaparkan dalam petikan cerita di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari menghadiri kelas bimbingan, saya dan kawan-kawan saya terperangkat dalam hujan lebat. Kami singgah di sebuah rumah untuk tumpang berteduh. Tuan rumah itu sungguh baik hati. Dia mempelawa kami masuk ke rumahnya. Dia berbual-bual mesra dengan kami. Dia memuji sikap kami yang tidak meneruskan perjalanan pulang ke rumah kerana hujan yang amat lebat dan diikuti dengan guruh yang sabung-menyabung. Keadaan sebegini boleh menyebabkan kemalangan, katanya lagi. Pak Abu dengan murah hati menjamu kami minum petang dan hidangan pisang goreng. Setelah hujan reda, kami minta diri daripada Pak Abu. Kami juga mengucapkan terima kasih atas budi baik Pak Abu. Pak Abu melayan kami dengan begitu mesra walaupun kami bersua dengannya lebih kurang empat puluh lima minit sahaja. Kami dapat rasakan kemesraan yang ditujukkkan oleh Pak Abu seolah-olah beliau mengenali kami sudah begitu lama. Inilah agaknya... yang dikatakan orang “hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati”.
Nombor Soalan
Bahagian C
20
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
18
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
TEMA : 4
A
ASUHAN KOMPAK LESTARI TOPIKAL BAHASA MELAYU
PERIBAHASA
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan yang disediakan.
Matahari yang memancar pada pagi itu sudah terasa bahangnya. Di tengah padang bola sepak, kelihatan Aizat bersama-sama sepuluh orang rakannya yang gagal dalam Ujian Pengesanan Matematik sedang berlari mengelilingi padang sebanyak tiga pusingan. Wajah mereka kelihatan masam semasa menjalani hukuman itu. Cikgu Hamid berdiri di hujung padang sambil memegang rotan. Wajahnya kelihatan garang sekali. Setelah menjalani hukuman, Aizat masuk ke dalam kelas Enam Bestari dengan muka mencuka. Hatinya bertambah sakit apabila beberapa orang rakan sekelasnya mengejeknya. Pada tengah hari itu, dia pulang ke rumah dengan perasaan geram berbaur marah. Aizat tidak berselera makan pada tengah hari itu. Jauh di sudut hatinya, dia berazam untuk menyinari mendung hari ini. “Esok pasti cerah,” bisik hatinya lagi. Sewaktu Aizat melayani perasaannya, tiba-tiba matanya terpandang ke arah pokok pisang yang tumbuh berdekatan pangkin tempat dia berehat. Seekor siput babi kelihatan sedang mengesot memanjat anak pokok pisang. Apabila tiba di pertengahan pokok, siput babi itu tergelongsor ke bawah. Kemudian, siput babi itu cuba memanjat pokok itu sekali lagi. Tetapi gagal. Setelah mencuba beberapa kali, siput babi itu berjaya juga akhirnya sampai ke pucuk pokok pisang lalu memakannya. Aizat insaf setelah melihat kesungguhan siput babi itu. “Aku berjanji tidak akan gagal lagi dalam ujian Matematik,” janji Aizat kepada dirinya. Rentetan peristiwa itu, Aizat telah mengubah sikapnya. Aizat rajin menghadiri kelas bimbingan pada sebelah petang. Aizat juga rajin membuat latihan soalan peperiksaan Matematik pada tahun-tahun lepas. Dia berasa gembira kerana sejak kebelakangan ini prestasinya dalam ujian Matematik dan mata pelajaran lain telah meningkat. Tiga hari sebelum cuti akhir tahun, keputusan UPSR pun diumumkan. “Tahniah, Mohd Aizat, kamu berjaya mendapat 5A,” ujar Cikgu Hamid sambil menghulurkan slip keputusan peperiksaan. Aizat bertuah kerana sedar sebelum terlambat. Bagi memperoleh sesuatu kejayaan, seseorang itu perlu berusaha gigih dan bersungguhsungguh. Bak kata pepatah, “Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Jadikanlah kegagalan semalam sebagai perintis kejayaan akan datang. Begitulah penjelasan serba ringkas daripada Aizat apabila ditanya oleh kawan-kawanya.
1
Mengapakah Aizat dan kawan-kawannya lari mengelilingi padang? A Kerana mereka didenda oleh guru Matematik B Kerana mereka tidak menyiapkan kerja sekolah C Kerana mereka sedang menjalani latihan sukan D Kerana masa itu ialah masa Pendidikan Jasmani
2
Mengapakah Cikgu Hamid berdiri di hujung padang sambil memegang rotan? A Beliau ingin mengambil rotannya yang tercicir di padang B Beliau sedang menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin C Beliau mahu memastikan anak muridnya patuh akan arahannya D Beliau ingin melihat kesungguhan anak muridnya berlari di padang
3
Apakah punca yang telah menyebabkan Aizat sedar dan insaf? A Apabila dia diejek dan disindir oleh kawan-kawan sekelasnya B Apabila dia melihat kegigihan siput babi memanjat pokok pisang C Apabila didenda oleh Cikgu Hamid dengan berlari mengeliling padang D Apabila dia dinasihati oleh ibu bapanya supaya mengubah perangainya
4
Yang berikut adalah sifat-sifat yang membawa kejayaan kepada diri Aizat, kecuali C gigih. A rajin. D culas. B tekal.
5
Pepatah yang sesuai menggantikan “jika tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya” ialah A harapkan pagar, pagar makan padi. B enggang sama enggang, pipit sama pipit. C berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. D kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
19
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
B
Pintar berbahasa – membetulkan yang biasa, membiasakan yang betul. Isikan tempat-tempat kosong dengan pilihan jawapan yang paling sesuai.
Kedua-dua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin baldu biru itu. (salah) Kedua-dua orang pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin baldu biru itu. (betul) {Kata bilangan ‘kedua-dua‘ di dalam ayat mesti diiringi dengan penjodoh bilangan yang sesuai, iaitu ‘orang’}
Seekor lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang di hujung desa itu. (salah) Satu lembaga putih pernah dilihat oleh orang kampung di teratak usang di hujung desa itu. (betul) {Bagi benda yang tidak nyata/jelas, penjodoh bilangan tidak boleh digunakan, guna kata bilangan sahaja}
1. ...... orang pegawai Bank Pertanian itu ialah kawan baik ayah saya. (Kedua, Kedua-dua) Jawapannya : ________________ 2. Dia mendapat tempat ...... dalam pertandingan mengayam ketupat itu. (ketiga, ketiga-tiga) Jawapannya : ________________ 3. Susu baik untuk kesihatan, namun ada ...... orang yang tidak suka minum susu. (setengah, sesetengah) Jawapannya : ________________ 4. Dia mendapat ...... bahagian daripada harta pusaka peninggalan arwah ayahnya. (setengah, sesetengah) Jawapannya : ________________ 5. Murid-murid tahun satu itu berjalan ...... semasa hendak ke kantin pada waktu rehat. (berdua, berdua-dua) Jawapannya : ________________
C 1
Salin ayat-ayat di bawah ini semula dengan menggunakan kata sendi yang betul.
“Adik sangat sukakan anak patung itu,” kata kakak kepada emak. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
2
Adik saya tidur dalam biliknya semenjak dia berumur tujuh tahun. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
3
Kami sering bersiar-siar ke Tasik Titiwangsa pada hujung minggu. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
4
“Cikgu Abdul Rahman hendak berjumpa kamu,” kata Rosli kepada Salem. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
5
Mohd Kamarul pergi kedai Pak Abu untuk membeli sebuku roti dan sebotol kicap. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
20
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
D
Pilih kata bilangan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.
1
__________ barang antik disimpan di dalam bilik kecil itu. C Sekalian A Semua D Bermacam B Seluruh
6
Puan Zuraini bertolak dari rumah pada pukul tujuh pagi __________ hari. A suatu C tiap-tiap B separuh D banyak-banyak
2
Zulfazlina mendapat ijazah kelas __________ dalam bidang Sains Komputer. A lompat C peralihan B pertama D pemulihan
7
Pihak polis mengesyaki __________ orang awam terlibat dalam rusuhan itu. A setiap C puluhan B semua D setengah
3
__________ daripada harta itu akan diserahkan ke rumah anak-anak yatim. C Sebilangan A Sejumlah D Sebahagian B Sebanyak
8
Guru Besar berpuas hati dengan __________ persiapan sukan tahunan yang telah dilakukan. A segala C setengah B separuh D sebahagian
4
__________ ahli yang hadir, diminta bertafakur untuk memperingati tragedi tsunami yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa. C Sesetengah A Semua D Sekumpulan B Sebilangan
9
Roslin telah dikalungkan dengan pingat emas kerana telah memenangi tempat __________ dalam acara lari 100 meter. A juara C kesatu B johan D pertama
5
Semua murid dikehendaki membawa basikal __________ dalam acara Basikalton pada hari Sabtu minggu kedua. C satu-satu A tiap-tiap D masing-masing B dua-dua
10
Pengkaji sejarah telah berkampung di tempat ini __________ untuk mencari bukti bahan peninggalan sejarah purba kaum Banjar. A berjam-jam C berdekat-dekat B berbulan-bulan D bermalam-malam
E
Pilih kata ganda yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah ini.
1
Tiba-tiba sahaja keadaan di pasar malam itu menjadi __________. C riuh-rendah A huru-hara D gelap-gelita B sunyi-sepi
6
Mulut Pak Said _________ membaca doa pada majlis kenduri kesyukuran itu. A herot-berot C kelam-kabut B kumat-kamit D kembang-kempis
2
Kaki Mak Cik Leha berasa __________ kerana duduk bersila terlalu lama. C angkut-angkut A anai-anai D semut-semutan B umang-umang
7
Jiran Mak Cik Munah baik hati dan _________ belaka. A riuh-rendah C ramah-tamah B kusut-masai D sopan-santun
3
Puan Salamah __________ menyapu sampah di halaman rumah. C tertanya-tanya A terhidu-hidu D tertunduk-tunduk B terincut-incut
8
Mata Encik Rashdan __________ kerana rasa mengantuk. A terkebil-kebil C berkelip-berkelip B bersinar-sinar D tercungap-cungap
4
Adik Nur Shuhaibba __________ nama ibunya semasa dia diserang demam panas. C menjerit-menjerit A menulis-nulis D menyebut-nyebut B menolak-nolak
9
Mashitah membeli sedikit __________ semasa melancong ke Medan, Indonesia. A oleh-oleh C epok-epok B agar-agar D onde-onde
5
Mak Cik Joyah membubuh sedikit minyak disel pada sarang __________. C labah-labah A anai-anai D umang-umang B ubur-ubur
10
Bapa Foong memangkas ____________ pokok mempelam di tepi rumah. A buah-buah C pokok-pokok B bunga-bunga D ranting-ranting
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
21
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
F
Item karangan format baru 2005 - membina lima ayat berpandukan gambar yang diberi.
Bahagian A [Masa yang dicadangkan : 15 minit] [10 markah]
1. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.
BAHAGIAN A Nombor Soalan
10
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
22
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
G
Penulisan Genre format baru 2005 – Karangan Jenis Peribahasa (Bentuk Cerita).
Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]
Tuliskan suatu karangan berdasarkan peribahasa “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna”.
Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilih jawapan yang betul.
belajar
menjadi
menyuntik
bijak
video
berasa
dicipta
perahu
berfikir
menyesal
SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan menarik. Peribahasa dihasilkan bertujuan untuk ...(1)... nasihat, membimbing, dan menyindir. Peribahasa juga membawa unsurunsur pengajaran atau didaktik. Antara beribu-ribu peribahasa yang ...(2)... ialah “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Peribahasa ini membawa maksud jika kita ingin melakukan sesuatu, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu tentang baik dan buruknya supaya kita tidak ...(3)... jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada hari kemudian. Sebagai contoh, Ali sangat malas ...(4)..., semua kerja sekolahnya tidak selesai. Setiap hari, dia bermain permainan ...(5)... dan menonton cerita kartun. Semasa ujian, dia tidak dapat menjawab soalan. Dia tidak mengetahui jawapan yang tepat. Ali gagal dalam peperiksaan. Dia ...(6)... malu pada kawan-kawannya. Dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat guru dan ibu bapanya. Namun, segalanya telah terjadi, nasi sudah ...(7)... bubur. Ali tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Benarlah kata peribahasa Melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Kita mesti berhati-hati dan …(8)… terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Terlajak …(9)… boleh diundur, terlanjur perbuatan buruk padahnya. Kesimpulannya, peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” mampu mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang tua dahulu ...(10)... membandingkan sesuatu yang ada di alam fana ini dengan diri manusia.
BAHAGIAN B
Nombor Soalan
30
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
23
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
H
Item terkini 2005 - menyenarai/menulis amalan baik dan nilai murni daripada petikan yang disediakan.
Bahagian C [Masa yang dicadangkan : 20 minit] [20 markah]
1. Tulis beberapa nilai baik dan menarik yang dipaparkan dalam petikan cerita di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Seorang dari kawan baik saya berasal dari keluarga yang miskin. Tiap-tiap hari dia ke sekolah tanpa membawa wang saku. Sebaliknya, dia hanya membawa bekal dari rumah. Bekal tersebut seperti ubi rebus, jemput pisang, nasi lemak, dan jemput labu. Bekal itu dimasak oleh ibunya. Ada kalanya kawan saya itu hanya membawa air masak sahaja. Namun demikian, dia sangat rajin berlajar. Dia juga selalu memperoleh markah yang tinggi dalam setiap mata pelajaran. Dia juga tidak kedekut ilmu. Amir selalu membantu rakanrakanya yang mempunyai masalah dalam pelajaran. Semua rakannya suka akan Amir. Kini Amir sudah bergelar doktor. Keluarganya juga sudah menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Ayah dan ibu Amir tinggal bersama-sama Amir di bandar. Amir merupakan seorang doktor yang sangat mengambil berat tentang pesakitnya. Sudah ratusan pesakit batu karang yang diselamatkan oleh Doktor Amir. Doktor Amir merupakan seorang doktor pakar bedah dan pakar penyakit batu karang. Beliau sudah berkhidmat hampir lapan tahun di hospital tersebut. Semua kakitangan hospital sangat senang dengan sikap Doktor Amir yang peramah dan baik budi itu.
Nombor Soalan
Bahagian C
20
ASUHAN KUKUH DAN KEKAL
24
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM