Bab keempat: Sumer dan Akkad menangisi Dumuzi, dan sekarang mereka menangisi Alhussain (as)?
Bangsa Sumeria dan Akkad meratapi dan menangisi Dumuzi (bahasa Sumeria: Dumu bermaksud anak + Zi bermaksud beriman) selama ribuan tahun. Ratapan ke atas Dumuzi oleh bangsa Mesopotamia berterusan sehingga zaman Nabi Ezekial. Kitab Taurat menyebutkan bahawa penduduk Mesopotamia meratapi Tammuz (Dumuzi),
{Lalu TUHAN berfirman kepadaku, “Engkau akan melihat mereka melakukan hal-hal yang lebih menjijikkan daripada hal itu.” Maka Dia membawa aku ke pintu gerbang utara Rumah TUHAN. Di situ aku diperlihatkan-Nya perempuan-perempuan yang sedang menangisi kematian Dewa Tammuz. Dia bertanya, “Hai manusia fana, adakah engkau nampak hal itu? Engkau akan melihat hal-hal yang lebih menjijikkan lagi.” Oleh itu Dia membawa aku ke halaman dalam di Rumah TUHAN. Di situ, dekat pintu masuk ke tempat suci, di antara mazbah dan serambi, ada kira-kira dua puluh lima orang lelaki. Mereka membelakangi tempat suci itu dan bersujud ke arah timur untuk menyembah matahari yang terbit.} Ezekiel 8:13-16.
Hal-hal yang disebutkan sebagai jijik itu adalah pembunuhan Tammuz (Dumuzi), yang membuatkan para wanita menangis dan para lelaki bersujud di altar.
Kisah pembunuhan Raja Dumuzi bermula dengan beliau mendapat balasan akibat keengganan beliau untuk bersujud kepada Ishtar-Inanna (kehidupan duniawi)
“Jika Inanna naik dari dunia bawahan,
Biarkan dia memberikan seseorang sebagai gantinya.”
Inanna naik dari dunia bawahan
Syaitan kecil seperti buluh-shukur
Syaitan besar seperti buluh-dubban
Berpegang kepada sisinya
Yang berada di hadapannya, walaupun bukan wazir, memegang tongkat di tangannya
Yang berada di sisinya, walaupun bukan pahlawan, mempunyai senjata..
Mereka yang menemaninya,
Mereka yang menemani Inanna [Dewi Ishtar atau duniawi]
Adalah makhluk yang tidak mengenali makanan, tidak mengenali minuman
Tidak memakan tepung yang ditaburkan
Tidak meminum air yang dimandikan
Merampas seorang isteri dari riba suaminya
Merampas seorang anak dari dada ibu susuan
(Inanna terus bergerak ke dua kota Sumeria, Umma dan Bad-tibira, yang mana kedua tuhannya bersujud kepada Inanna dan diselamatkan dari syaitan. Kemudian dia tiba di kota Kullab, yang mana tuhan penjaganya adalah Dumuzi. Sajak diteruskan:
Dumuzi memakai jubah kemuliaan, beliau duduk tinggi di singgahsana. Syaitan
menangkapnya pada pehanya. Tujuh Syaitan bergegas ke arahnya di sisi manusia yang sakit. Sang pengembala tidak memainkan seruling atau terompet di hadapannya. Dia (Inanna) memandangnya dengan pandangan kematian.. Dia berbicara dengannya dengan bicara kemurkaan.. Dia menangis padanya dengan tangisan bersalah:
“Berkenaan dirinya, bawa dia pergi,”))
Inanna yang suci memberikan Dumuzi ke tangan mereka
Mereka yang menemani beliau,
Mereka yang menemani Dumuzi,
Adalah makhluk yang tidak mengenali makanan juga minuman
Tidak memakan tepung yang ditabur. tidak meminum air yang dimandikan.” History Begins at Sumer, Kramer.
Oleh itu, Ishtar/ Inanna, isteri Raja Dumuzi, telah menyerahkan beliau kepada syaitan yang kemudiannya membunuh beliau. Ini adalah satu paradoks yang sukar untuk difahami kepada mereka yang tidak mengetahui maksud Ketuanan Allah, atau lantikan Allah, atau seperti yang disebut oleh bangsa Sumeria dan Akkad, “Kedaulatan yang datang dari langit."
Namun ia adalah kebenaran yang kerap terjadi di dalam agama samawi: Ishtar, kehidupan duniawi, selalunya akan dipimpin oleh para raja yang tidak dilantik oleh Allah, kerana para raja ini telah bersujud kepada Inanna dan menyerah diri kepadanya, dengan kata lain, menyembah keinginan duniawi mereka.
Dan Ishtar, kehidupan duniawi, memberontak terhadap mereka yang dilantik oleh Allah untuk memerintah dunia, kerana para lantikan ini sebenarnya menentang kehidupan duniawi.
Maka saham Ali (as) adalah lima tahun yang perit di mana semua syaitan di bumi mengamuk untuk memerangi beliau (as) di perang Jamal, Siffin dan Nahrawan, dan mereka tidak berhenti sehingga mereka membunuh beliau di Kufah.
Dan saham Al-Hussain (as), raja yang dilantik bagi memerintah dunia ini, telah dibunuh sehingga tiada yang terselamat walaupun seorang bayi.
Dan berikut adalah beberapa teks yang sampai kepada kita dari Tablet tanah bangsa Sumeria tentang tragedi Dumuzi dan saudara perempuannya , dan kita akan lihat betapa dekatnya ia dengan peristiwa yang terjadi kepada Al-Hussain (as), walaupun ia adalah teks arkeologi yang tersebar di kalangan bangsa Sumeria dan Akkad ribuan tahun sebelum kelahiran Al-Hussain (as)
Hatinya dipenuhi air mata
Hati sang pengembala dipenuhi dengan air mata
Hati Dumuzi dipenuhi dengan air mata.
Dumuzi tersadung di padang rumput, menangis:
“Wahai padang rumput, dirikanlah benteng untuk ku!
Wahai ketam di sungai, ratapilah aku!
Wahai katak di sungai, serulah untuk ku!
Wahai ibuku, Sirtur, tangisilah aku!"
Dan jika dia tidak dapat mencari lima buku roti,
Dan jika dia tidak dapat mencari 10 buku roti
Dan jika dia tidak tahu hari kematian ku
Kamu, wahai padang rumput, khabarkan pada ibu ku
Di atas padang rumput, ibu ku akan menitiskan air mata untuk ku.
Di atas padang rumput, adikku akan meratapi ku
Beliau berbaring untuk berehat
Sang pengembala berbaring untuk berehat
Dumuzi berbaring untuk berehat
Semasa beliau berbaring di atas tunas dan rumput
Beliau telah bermimpi
Beliau terjaga dari mimpi
Tergetar-getar akibat mimpinya
Beliau menggosok matanya, ketakutan
Dumuzi memanggil:
“Panggilkan dia.. adik perempuan ku.
Panggilkan Geshtinanna, adik perempuan ku
Penulis ku yang mengetahui
Penyanyi yang mengetahui banyak lagu
Adik perempuanku yang mengetahui makna perkataan
Wanita bijaksana yang mengetahui makna mimpi
Aku perlu bercakap dengannya
Aku perlu mengkhabarkan mimpi ku.”
Dumuzi berbicara dengan Geshtinanna, dengan berkata: “Mimpi! Adikku, dengarkan mimpi ku:
Rimbunan tumbuh kerana ku; rimbunan membesar kerana ku. Buluh yang sedang membesar bergetar kerana ku. Buluh yang tumbuh berkembar, yang pertama dan kemudian yang kedua, telah dibuang. Di dalam belukar, ketakutan pepohon tinggi meningkat tentang ku. Tiada air yang
dituangkan di atas perapian ku yang suci. Dasar bekas ku jatuh dilepaskan. Cawan minum ku terjatuh dari pemegangnya. Tongkat pengembala ku telah hilang. Seekor helang menangkap seekor domba dari kandangnya. Seekor helang menangkap burung pipit di atas pagar buluh. Adik ku, domba mu mengheret janggutnya di atas tanah. Kambing mu mencakar bumi dengan kaki yang bengkok. Bekas air kekal diam; tiada susu yang dituangkan. Cawan terbiar pecah; Dumuzi sudah tiada lagi.
Geshtinanna berkata:
“Abang ku, jangan ceritakan mimpi mu.
Dumuzi, jangan ceritakan mimpi seperti itu
Rimbunan yang tumbuh pada mu
Rimbunan yang membesar tebal pada kamu
Adalah syaitan mu, yang akan mengejar dan menyerang mu
Pohon buluh tunggal yang sedang tumbuh, menggentarkan mu,
Ia adalah ibu kita; dia akan meratapi kamu.
Pohon buluh yang tumbuh berkembar, yang mana satu per satu dibuang, Dumuzi
Adalah kamu dan aku; yang pertama dan yang lain akan diambil
Di dalam belukar berkayu, keganasan pepohon tinggi yang membesar bangkit tentang kamu,
Adalah Ugallu; mereka akan turun kepada mu di dalam berkumpulan
Apabila api diletakkan di atas mimbar suci,
Kandang kambing akan menjadi rumah pengasihan
Apabila dasar bekas kamu terjatuh,
Kamu akan diberkas oleh ugallu (Syaitan berkepala singa)
Apabila cawan minuman kamu terjatuh dari pemegangnya
Kamu akan jatuh ke bumi, ke atas kaki ibu mu
Apabila tongkat pengembala mu hilang,
Ugallu akan menyebabkan semuanya mereput
Sang helang akan menangkap seekor kambing di kandangnya
adalah Ugallu yang akan mencakar pipimu
Sang helang yang menangkap burung pipit di pagar buluh
adalah Ugallu yang memanjat pagar untuk menangkap mu
Dumuzi, domba ku akan menyeret janggutnya di atas tanah
Rambut ku akan berpusar di syurga kerana mu
Wahai Dumuzi, aku akan menampar pipiku, kerana sedih pada mu
Bekas air tinggal diam; tiada susu yang dituangnkan
Cawan terbiar pecah; Dumuzi tiada lagi.."
Dumuzi melepaskan diri dari syaitannya
Beliau melarikan diri ke kandang kambing adiknya
Apabila Geshtinanna menjumpai Dumuzi di kandang kambing, beliau menangis
Beliau mendekatkan mulutnya ke syurga
Beliau mendekatkan mulutnya ke bumi
Kesedihan beliau menyelimuti ufuk ibarat pakaian
Beliau memukul matanya
Beliau memukul mulutnya
Beliau memukul pehanya
Ugallu memanjat pagar buluh
Ugallu pertama memukul Dumuzi di pipinya dengan paku
Ugallu kedua memukul Dumuzi di pipi yang lain dengan tongkat pengembala
Ugallu ketiga memecahkan dasar bekas air
Ugallu keempat membaling cawan minuman dari pemegangnya
Ugallu kelima memecahkan bekas air
Ugallu keenam memecahkan cawan
Ugallu ketujuh berteriak:
"Bangkit wahai Dumuzi!
Suami Inanna, anak Sirtur, abang Geshtinanna!
Bangkit dari tidur palsu mu!
Mata mu telah dirampas!
Domba mu telah dirampas!
Kambing mu telah dirampas!
Anak-anak mu telah dirampas!
Tanggalkan mahkota suci mu dari kepala!
Tanggalkan pakaian mu dari badan!
Biarkan tongkat diraja mu jatuh ke tanah!
Tanggalkan sandal suci mu dari kaki!
Berbogel, ikut kami!"
Ugallu menangkap Dumuzi,
Mereka mengepung Dumuzi
Mereka mengikat tangannya dan lehernya
Bekas air tinggal diam. Tiada susu yang dituangkan.
Cawan telah pecah. Dumuzi tiada lagi.
Kandang domba ditinggalkan kepada angin. (Inanna – Permaisuri Langit dan Bumi, Wolkstein dan Kramer)
“Malahan, kamu melihat di dalam kalendar Babilon, bahawa meratapi dan menangisi Dumuzi bermula pada hari kedua bulan Du'uzi, iaitu Tammuz (July), dan peringatan akan diadakan di mana
obor api akan dibawa pada hari kesembilan, keenam belas dan ketujuh belas. Dan pada tiga hari terakhir bulan ini, satu upacara yang dinamakan Talkimtu dalam bahasa Akkad akan diadakan, demonstrasi ritual dan pengebumian peribadi yang melambangkan Tammuz. Dan walaupun kesan yang disebabkan oleh ideologi kematian Dumuzi di dalam masyarakat kuno Mesopotamia dan luarnya, kesedihan terhadapnya tidak pernah menjadi ritual di dalam kuil, namun ia kekal diadakan sebagai amalan popular masyarakat.. Dan kita mengetahui beberapa ratapan yang ditulis oleh penyair bangsa Sumeria dan Babilon, yang meratapi Dumuzi, yang dibaca di dalam majlis peringatan di kota yang berbeza .” Ishtar Dan Tragedi Tammuz oleh Dr. Fathil Abdul Wahid Ali.
Ratapan Bangsa Sumeria Terhadap Tammuz atau Dumuzi:
“Cawan telah terjatuh, pecah
Dan Dumuzi tiada lagi
Kandang domba telah diberikan kepada angin. " Ishtar Dan Tragedi Tammuz oleh Dr. Fathil Abdul Wahid Ali.
Dan di sebuah syair yang lain, penyair Sumeria meratapi Dumuzi dengan berkata,
Hatiku pergi ke edin, menangis dan menangis
Aku adalah wanita dari Kuil, aku adalah Inanna yang memusnahkan tanah air musuh-musuh Aku adalah Ninsun, ibunda para guru agung Aku adalah Geshtinanna, ibunda anak suci Hati ku pergi ke edin, menangis dan menangis
Ia pergi ke tempat tinggal anak tersebut, Ia pergi ke tempat tinggal Dumuzi Ke dunia ruh, kediaman para pengembala Hatiku pergi ke edin, menangis dan menangis
Ke tempat di mana anak itu dirantai ke tempat di mana Dumuzi ditahan Hatiku pergi ke edin, menangis dan menangis,” Ishtar Dan Tragedi Tammuz oleh Dr. Fathil Abdul Wahid Ali.
Hakikatnya adalah, satu kezaliman yang besar kepada bangsa Sumeria yang mengajarkan umat manusia menulis, mencipta undang-undang dan mengasaskan sains, yang mula-mula merekacipta roda, menyusun matematik, aljibra dan kejuruteraan, apabila Dr. Kramer dan pakar ketamadunan Sumeria yang lain menggambarkan mereka meratapi sesuatu lagenda atau kisah lagenda yang ditulis oleh mereka sendiri, seperti ekspresi bahawa kesuburan dan ketidak suburan yang silih berganti di sepanjang tahun, seolah-olah mereka semua adalah individu yang sedang berkhayal yang menyebabkan mereka hilang pertimbangan, misalnya mereka dan pengganti mereka dari kalangan bangsa Babilon bersedih dan mengadakan peringatan selama ribuan tahun untuk sebuah simbol di dalam sebuah kisah yang ditulis oleh mereka sendiri, dari awal hingga akhir. Selama ribuan tahun, bangsa Mesopotamia, satu generasi ke generasi yang lain, menggambarkan jasad Dumuzi. Dan setiap tahun, mereka menangisi Dumuzi dan membaca ratapan untuk Dumuzi.
Adakah semua ini hanyalah khayalan?!! Dan merupakan sebuah kisah yang ditulis mereka sematamata? Untuk apa? Untuk menyatakan kesuburan datang ketika musim panas dan ketidak suburan akan mengikutinya di musim yang lain?
Perlu ada sebuah penerangan yang logik untuk kesedihan ketamadunan yang pertama diketahui oleh manusia, berkenaan kesedihan mereka selama ribuan tahun untuk Dumuzi atau Tammuz.
Berkenaan dengan legasi keagamaan, riwayat para Imam (as) mengkhabarkan kepada kita dengan jelas bahawa bangsa Sumeria meratapi dan menangisi Al-Hussain (as) melalui tangisan dan kesedihan para Nabi dari bangsa Sumeria, Nuh (as) dan Ibrahim (as) terhadap Al-Hussain (as),
Al Fadhl Bin Shathan meriwayatkan dari Imam Al Redha (as), “Apabila Allah memerintahkan Ibrahim (as) untuk menyembelih biri-biri yang menggantikan anaknya, Ismail (as), Ibrahim mengharapkan agar beliau dapat membunuh anaknya Ismail dengan kedua tangannya, dan berharap agar beliau tidak diperintahkan untuk menyembelih biri-biri yang menggantikan Ismail, agar beliau mendapat ganjaran seorang bapa yang membunuh anaknya yang paling disayangi, darjat yang paling tinggi sebagai seorang yang bersabar atas bencana, maka Allah mewahyukan pada beliau, “Adakah Ismail lebih kamu sayangi atau diri kamu?” Jadi beliau (as) menjawab, “Dia lebih ku sayangi dari diri ku
sendiri.” Jadi Allah berfirman, “Jadi adakah anak-anaknya lebih kamu sayangi atau anak mu?” Jadi beliau (as) menjawab, “Anaknya.” Allah swt berfirman, “Jadi, adakah pembunuhan anak-anaknya ditangan musuhnya dengan kezaliman lebih menyayat hatimu, atau pembunuhan anak mu dengan tangan mu sendiri dalam ketaatan kepada Ku?” Ibrahim (as) menjawab, “Wahai Tuhan ku, pembunuhan anak-anaknya ditangan para musuhnya dengan kezaliman lebih menyayat hatiku.” Allah berfirman, “Wahai Ibrahim, manusia yang mendakwa sebagai umat Muhammad akan membunuh Al-Hussain, anaknya Ismail, dengan kezaliman dan keganasan, seperti mana biri-biri ini disembelih. Dan akibatnya, mereka mendapat kemurkaan Ku.” Jadi Ibrahim (as) menjadi panik dengan apa yang didengarnya, dan hatinya sakit, maka beliau mula menangis. Maka Allah mewahyukan padanya, “Wahai Ibrahim, Aku tebus kepanikan kamu ke atas anakmu, Ismail, jika kamu membunuhnya dengan tangan mu sendiri, dengan kepanikan mu ke atas Al-Hussain (as) dan pembunuhannya. Dan Aku jadikan kamu dengan darjat tertinggi dari kalangan orang-orang yang bersabar dengan bencana.” Dan itulah firman Allah swt, "Dan Kami tebus anaknya itu dengan sembelihan yang Agung,” (As Saafat 37:107). Dua perkara yang benar, dua perkara yang telah terjadi, dua perkara berbeza dan dua perkara bercanggah.” Al-Khisal oleh Sh. al-Sadooq, halaman 58-59, dan Oyoon Akhbar al-Retha Vol. 2 halaman 187.
Ali bin Muhammad meriwayatkan dari Imam Abu Abdullah (as) berkenaan Ibrahim (as), “Tentang firman Allah swt, {Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit), Lalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit”} Surat as-Saaffat 37:88-89, Beliau (as) melihat apa yang akan terjadi kepada Al-Hussain (as), maka beliau berkata, “Aku sakit kerana apa yang akan terjadi kepada Al-Hussain.” Al-Kafi Vol. 1 halaman 465.
Dan Al-Majlisi meriwayatkan di dalam Al-Bihar, “Apabila Adam turun ke bumi, beliau tidak menjumpai Hawa, maka beliau mula mengembara di bumi untuk mencari Hawa. Jadi apabila beliau melalui Karbala, beliau menjadi kecewa dan sedih tanpa sebab, dan beliau tersadung di tempat di mana Al-Hussain dibunuh dan kaki beliau berdarah, jadi beliau mendongakkan kepala ke langit dan berkata, “Tuhanku, adakah aku telah melakukan dosa sekali lagi dan Kau menghukumku? Kerana aku telah berkeliaran di muka bumi ini dan tiada mudarat yang mengenaiku seperti yang terjadi di tanah ini.” Jadi Allah mewahyukan padanya, “Kamu tidak melakukan dosa, namun di tanah ini, anak mu Al Hussain akan dibunuh dengan kezaliman, jadi darah kamu tertumpah seperti mana diri Al Hussain.” Adam berkata, “Adakah Al Hussain akan menjadi Nabi?” Allah swt berfirman, “Tidak, namun beliau adalah anak kepada Nabi Muhammad.” Adam bertanya, “Dan siapakah pembunuhnya?” Dia swt berfirman, “Pembunuhnya adalah Yazid, si Malaun dari kalangan penghuni langit dan bumi.” Jadi Adam berkata, “Apa yang perlu aku lakukan?” Allah berfirman, “Laknatlah dia wahai Adam.” Jadi Adam melaknat Yazid empat kali dan berjalan ke Gunung Arafat lalu bertemu Hawa di situ."
Dan diriwayatkan bahawa ketika Nuh menaiki bahtera, ia melata di seluruh bumi, jadi apabila ia melalui Karbala, bumi menahannya dan Nuh risau akan mati lemas, jadi beliau berdoa kepada Tuhannya dan berkata, “Tuhanku, aku pergi ke serata dunia dan aku tidak merasa takut seperti mana takutnya aku di tanah ini.” Jadi Jibril turun dan berkata, “Wahai Nuh, di tempat ini, Al Hussain akan dibunuh, anaknya Muhammad, penutup para Nabi….” Beliau (as) berkata, “Siapakah pembunuhnya?” Jibril menjawab, “Pembunuhnya adalah orang yang terlaknat oleh penduduk tujuh langit dan tujuh bumi.” Jadi Nuh melaknatnya empat kali, dan kapal itu bergerak sehingga ia mencapai AlJoudi dan mendarat di situ. Dan diriwayatkan bahawa Ibrahim (as) melalui bumi Karbala
di atas seekor kuda, lalu tersadung dan terjatuh, kepalanya terluka, jadi beliau mula memohon keampunan kepada Alah, dan beliau berkata, “Tuhan ku, apa yang telah terjadi padaku?” Jadi Jibril turun dan berkata, “Wahai Ibrahim, kamu tidak melakukan sebarang dosa namun di sini adalah di mana anak kepada penutup para nabi dan anak kepada penutup para wasi akan dibunuh. Jadi darah mu menitik seperti mana beliau.” Ibrahim (as) berkata, “Wahai Jibril, siapakah pembunuhnya?” Jibril menjawab, “Seorang yang terlaknat oleh penduduk langit dan bumi. Dan tanpa keizinan dari Tuhannya, pena menulis di papan bahawa beliau telah terlaknat, jadi Allah mewahyukan pada pena, “Kamu layak menerima pujian kerana laknat ini.” Jadi Ibrahim (as) mengangkat tangannya dan melaknat Yazid, dan kudanya dengan lancar menyebut “amin”. Jadi Ibrahim berkata kepada kudanya, “Apa yang telah kamu pelajari sehingga kamu mengaminkan doa ku?” Kuda itu berkata, “Wahai Ibrahim, aku merasa mulia kerana kamu menunggang ku, jadi apabila aku tersadung dan kamu jatuh dari belakang ku, aku merasa malu, dan Yazid adalah sebab aku tersadung."Al-Bihar Vol. 44 halaman 243
Apa yang disebutkan di atas akan menyebabkan pembaca yang berfikir menyedari bahawa Epik Sumer dan Akkad adalah penceritaan keagamaan, dan sesetengah darinya adalah dari perkara ghaib dan masa hadapan berhubungan dengan masa kisah ini ditulis.
Dan ia telah membuang segala keraguan dari kita; agama adalah satu bahagian besar dari kandungan Epik Sumer dan Akkad, serta kisah Babilon dan Assiriya Dan oleh kerana kita telah mencapai point ini, aku melihat sangat bersesuaian untuk kami menyebut Epik Abadi Uruk atau Epik Gilgamesh, dan bersama, kami akan cuba membacanya dengan cara yang berbeza, yang mungkin tidak pernah terjadi sebelumnya. Kami akan cuba membacanya sebagai kisah yang diceritakan oleh Adam kepada anak-anaknya, dan diceritakan oleh Nuh kepada anak-anaknya, dan Ibrahim kepada anak-anaknya, yang tersebar di kalangan bangsa Sumeria serta manusia di zaman kuno, khususnya di Timur Tengah. Dan ia menjadi kisah kegemaran bangsa Mesopotamia, dan banyak generasi meriwayatkannya sehingga ia sampai kepada kita ribuan tahun kemudian, namun mungkin ia telah diubah apabila manusia meriwayatkannya, seperti yang telah kami jelaskan sebelumnya.
Kisah Gilgamesh yang akan datang suatu hari nanti untuk mencapai keadilan dan menyelamatkan manusia dari keganasan. Dan di dalam artifak Mesir Purba, “Seorang lelaki yang bangkit, dengan penuh kehormatan sedang memegang Sapi yang sedang bangkit, seekor disebelah kanannya dan seekor lagi di sebelah kirinya.” Légendes de Babylone et de Canaan, Charles Virolleaud.
Gilgamesh, orang yang dinantikan oleh bangsa Mesopotamia (Sumer) atau selatan Iraq selama ribuan tahun untuk muncul di situ suatu hari nanti.