Bab apa yang diwajibkan keatas muhrim dan penerangan tentang tawaf dan sa’I serta selainnya.
Berkata al-Syafi’e: Aku suka bagi muhrim untuk mandi di dzu Tuwa untuk memasuki Mekah dan dia memasukinya dari arah kada’. Dan perempuan haid juga mandi berdasrkan arahan Rasulullah S.A.W kepada Asma’ dan juga pesanan baginda kepada perempuan haid : Lakukanlah apa yang dilakukan jemaah haji melainkan jangan engkau melakukan tawaf.
Apabila dia melihat baitullah, maka dia berkata : Ya Allah , tambahkanlah bagi rumah ini kemuliaan dan kebesaran dan kehormatan dan kegerunan , dan tambahkanlah dengan kemuliannyanya dan kebesarannya kepada sesiapa yang mendatanginya bagi menunaikan haji dan umrah kemuliaan dan kebesaran dan kehormatan dan kegerunan.
Dan mengucapka: Ya Allah engkaulah yang maha sejahtera, daripada engkaulah kesejahteraan, maka hidupkanlah kami wahai tuhan kami dengan kesejahteraan. Dan memukalan tawaf dengan menyentuh dan mencium hajarul aswad serta menyentuh rukun yamani denagan tangannya serta mencium tangannya. Sedangkan rukun yamani itu tidak dicium kerana aku tidak mengetahui diriwayatkand dari Nabi S,.A.W bahawa baginda mencium sesuatu melainkan hajarul aswad , dan baginda menyentuh rukun yamani. Baginda juga tidak menjadikan sesuatu mendahului tawaf dan tidak memulakan sesuatu sebelum tawaf melainkan apabila dia mendapati imam sedang mendapati imam sedang menunaikan soalt fadrdu ataupun bimbang terlepas waktu solat fardhu ataupun dua rakaat sebelum fajar.
Dan ketika memulakan tawaf serta menyentuh hajarul aswad, hendaklah mengucapkan: Dengan nama Allah, Allah yang maha besar, Ya Allah , aku beriman dengan-Mu, membenarkan kitab-Mu, berpegang dengan janji-Mu dan mengikuti sunnah nabi-Mu Muhammad S.A.W. lalu melakukan idtiba’ (yakni mendedahkan bahagian bahu kanan)untuk tawaf kerana Nabi S.A.W melakukan idtiba’ ketika tawaf dan kemudiannya diikuti oleh Omar .
Idtiba’ adalah dengan meletakkan kainnya diatas bahu kiri dan dibawah bahu kanan maka bahu kanan terdedah sehingga sempurna pergerakan (tawafnya). Menyentuh hajarul aswad pada setiap pusingan nombor ganjil lebih aku sukai dari menyentuhnya pada pusingan yang genap.
Dan berlari-lari anak adalah pada tiga pusingan serta berjalan empat pusingan. Hendaklah memulakan tawaf dari hajarul aswad dengan berlari-lari anak sebanyak tiga pusingan kerana Nabi S.A.W berlari-lari anak dari hajarul aswad sehingga baginda tiba di hajarul aswad semula setelah menyempurnakan tiga pusingan.
Al-Raml adalah mengecilkan langkahan serta mempercepatkannya , bukanlah bersungguh-sungguh berlari. Mendekati kaabah lebih aku sukai. Jika dia tidak berkesempatan untuk berlari-lari anak sedangkan andaikata dia berhenti sekejap maka dia akan mendapati ruang untuk bergerak, hendaklah dia berhenti sekejap dan kemudian meneruskan larian.. Andaikata itu juga tidak mampu dilakukan , aku menyukai baginya untuk berada disudut hujung jauh dari kaabah melainkan seandainya tempat itu dipenuhi oleh ramai perempuan. Maka dalam keadaan itu hendaklah dia bergerak dengan mengecilkan langkah dan aku tidak sukai jika dia berlari-lari setempat. Jiak dia meninggalkan berlari anak pada tiga pusingan pertama , itu tidak diganti pada empat pusingan seterusnya. Seandainya dia meninggalkan idtiba’, berlari anak, menyentuh hajarul aswad maka perbuatannya itu adalah tidak baik sedangkan dia tidaklah dikenakan apa-apa denda.
Setiap kali dia berada setentang dengan hajarul aswad hendaklah mengucapkan takbir. Dia berkata ketika sedang berlari anak : Ya Allah , jadikanlah ini haji yang baik, dosa diampunkan dan usaha yang dihargai. Dan diucapkan ketika bertawaf: Ya Allah , ampunkanlah, rahmatilah, maafkanlah apa yang Engkau ketahui sedangkan Engkaulah yang Maha Perkasa dan Mulia. Ketika tawaf, diucapkan apa sahaja doa yang disukainya berkaitan urusan agama dan dunia. Dan tawaf tidaklah diterima melainkan sebagaiman solat diterima dalam keadan suci daripada hadas. Dan najis hendaklah dibersihkan. Seandainya dia berhadas maka hendaklah berwudhu dan memulakan tawaf. Seandainya disampung pusingan tawaf , maka itu dibolehkan.
Seandainya dia bertawaf lalu merentasi kawasan hijir Ismail, ataupun diatas dinding hijir ataupun diatas tapak kaabah maka tawafnya itu tidak dikira. Jika dia tawaf dari arah bertentangan , maka tawafnya tidak diterima dalam apa sahaja keadaan.
Berkata al-Muzani: tapak kaabah adalah dinding luar yang terkeluar dari binaan kaabah. Aku beranggapan ia adalah terletak diatas tapak kaabah kerana seandainya ia berada dibina setentang dengan tapak kaabah maka semestinya diterima jika melakukan tawaf dari atasnya.
Berkata al-Syafi’e: Apabila telah sempurna tawaf, maka dia solat dua rakaat dibelakang maqam Ibrabim dan dibacakan pada rakaat pertama al-Fatihah serta al-Kafirun dan dalam rakaat kedua al-Fatihah serta al-Ikhlas.
Kemudian hendaklah kembali semula kepenjuru kaabah (hajarul aswad) lalu menyentuhnya dan seterusnya keluar dari pintu safa dan mendaki bukit safa serta bertakbir dan bertahlil berdoa kepada Allah berkaitan urusan agama dan dunianya yang disukai. Kemudian turun dari bukit dan berjalan sehinggalah tiba di tanda hijau yang tergantung pada tiang masjid lalu dia berlari pantas sehinggalah tiba dia dua tanda hijau yang terletak di ruang masjid dan dar al-Abbas , lalu berjalan dari situ sehinggalah tiba di bukit marwa. Kemudia dilakukan perkara yang sama sebagaimana di safa. Begitulah sehingga sempurna tujuh pusingan yang bermula dari Safa dan berakhir dia Marwa.
Andaikata dia menunaikan umrah dan terdapat hadyu bersama dengannya, maka dia menyembelih dan mencukur kepala ataupun menipiskan rambut. Sedangkan mencukur itu lebih baik. Dengan itu maka dia telah sempurna menunaikan umrah.
Orang yang menunaikan umrah tidak berhenti dari talbiah melainkan apabila dia memulakan tawaf dengan menyentuh hajarul aswad ataupun tidak menyentuhnya. Ini merupakan pandangan ibnu Abbas. Dan bagi wanita tidak perlu mencukur rambut tetapi cukup sekadar memendekkannya. Seandainya seseorang menunaikan haji (ifrad) ataupun qiran , telah cukup baginya dengan sekali tawaf untuk haji dan umrahnya berdasarkan perkataan Rasulullah S.A.W kepada Aisyah yang ketika itu sedang melakukan haji Qiran : Tawaf ini telah cukup bagi engkau untuk hajimu dan umrahmu. Qiran sama seperti ifrad melainkan bagi orang yang melakukan Qiran diwajibkan menyembelih hadyu disebabkan dia menyatukan antara haji dan umrah. Dia tetap dalam ihramnya sehingga dia menyempurnakan hanjinya bersama dengan imamnya.
Dan Imam berkhutbah pada hari ketujuh zuh hijjah selepas solat zohor di Mekah dengan mengarahkan mereka untuk pergi ke Mina keesokan harinya untuk mendapatkan solat zohor mereka diMina lalu imam menunaikan solat Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isya dasubuh keesokan harinya.
Kemudian apabila terbit matahari, dia bergerak menuju Arafah dalam keadaan bertalbiah. Apabila matahari telah tergelincir dari tengah(masuk waktu zohor), maka imam menaiki mimbar lalu menyampaikan khutbah. Apabila imam duduk maka para muazzin mendidikan azan dan imam boleh berbicara dengan merendahkan suara sehingga imam turun dari mimbarnya serentak dengan tamatnya muazzin dari azan. Kemudian muazzin beriqamah dan imam( beserta jamaah) menunaikan solat zohor serta kemudia bangu menunaikan solat Asar sedangkan bacaan tidak dilakukan dengan kuat. Kemudian hendaklah imam memacu tunggangannya dan menuju ke kawasan berbatu kemudian mengadap kiblat untuk berdoa. Dimana sahaja manusia berdiri di arafah , itu adalah memadai bagi mereka kerana Nabi S.A.W bersabda : Ini adalah tempat wuquf dan setiap dari arafah itu adalah tempat wuquf.
Ibrahim telah menyampaikan kepada kami dari al-Rabi’ dari al-Syafi’e berkata: Arafah adalah kesemua lembah dan bukit yang terletak ditempat wuquf diantara al-tal’ah sehingga kejalan Nu’man sehingga ke Husain dan setiap tempat berhimpun manusia padanya. Aku menyukai bagi haji untuk tidak berpuasa pada hari arafah kerana Rasulullah S.A.W tidak berpuasa pada ketika itu. Serta aku dapati tidak berpuasa menjadikan manusia lebih kuat untuk berdoa sedangkan sebaik-baik doa adalah hari arafah.