Program Transformasi Ekonomi 303 Hala Tuju Untuk Malaysia
Bab 9: Memuncakkan Industri Minyak Sawit “Malaysia mempunyai kelebihan kompetitif di dalam industri minyak sawit kerana telah mempunyai pengalaman lebih daripada 100 tahun dan menerajui pasaran dari segi produktiviti dan R&D. Industri minyak sawit Malaysia juga merupakan penyumbang keempat terbesar kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) Malaysia. Oleh itu, kami telah meletakkan sasaran sumbangan kepada PNK yang tinggi bagi industri minyak sawit iaitu sebanyak kira-kira RM178.0 bilion pada tahun 2020 berbanding sumbangan kepada PNK masa kini sebanyak RM52.7 bilion. Pada masa yang sama, kami akan memastikan supaya segala usaha kami bagi mencapai sasaran ini adalah sejajar dengan konsep “keterangkuman” dan “kemampanan”. Dengan penglibatan sektor swasta dalam mengenal pasti inisiatif, saya yakin sasaran ini akan dapat dicapai. Saya dan Kementerian saya komited dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan bahawa kesemua inisiatif yang dikemukakan dalam Bab ini dilaksanakan dengan sokongan daripada semua pihak yang berkepentingan di dalam industri minyak sawit.” YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok
I
ndustri minyak sawit Malaysia merupakan penyumbang ke-empat terbesar kepada ekonomi negara dan pada masa ini menyumbang sebanyak RM1,889 (8%) daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita. Industri ini merangkumi keseluruhan rantaian nilai daripada perladangan sehingga aktiviti
hiliran. Sebahagian besar perkembangan industri ini dipacu oleh sektor swasta dan masih banyak tertumpu kepada industri huluan iaitu pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) di ladang, pemprosesan BTS di kilang, pelumatan isirong kelapa sawit dan aktiviti penapisan minyak sawit. Walaupun sokongan Kerajaan pada masa kini disasarkan terutamanya kepada mempromosikan aktiviti hiliran dan membantu pekebun kecil persendirian, fokus utama Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Minyak Sawit adalah untuk memperkasakan peranan sektor swasta dalam memacu industri minyak sawit.
304
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
DEFINISI NKEA MINYAK SAWIT Industri minyak sawit di Malaysia diurus berdasarkan kepada empat segmen. Segmen perladangan termasuk tapak semaian benih, penanaman, penuaian, kutipan dan pengilangan. Segmen kedua temasuk aktiviti penapisan, simpanan pukal dan perdagangan. Dua segmen hiliran yang selebihnya adalah segmen hiliran bukan makanan dan segmen hiliran berasaskan makanan dan kesihatan. Setakat 2009, Malaysia mempunyai 4.7 juta hektar ladang kelapa sawit, 416 kilang, 43 pelumat, 51 kilang penapis, 18 loji oleokimia dan 25 loji bio-diesel, dengan taburan geografi seperti yang ditunjukkan dalam Carta 9-1. Industri ini didominasi oleh syarikat perladangan besar (syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan) yang memiliki 60% jumlah tanah perladangan dengan tahap integrasi yang meningkat sepanjang rantaian nilai. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian daripada kawasan perladangan minyak sawit di bawah hak milik pekebun kecil berkelompok dan pekebun kecil persendirian yang masing-masing merangkumi 28% dan 12% daripada jumlah kawasan sawit. Carta 9-1
Industri minyak sawit Malaysia merentas seluruh rantaian nilai daripada ladang sehingga loji oleokimia dan biodiesel
Pelabuhan Butterworth (0.9 mt) 249
2.5
26
Semenanjung Malaysia 20 Pelabuhan Klang (4.2 mt)
18
35
Pelabuhan Kuantan ( 2.1 mt)
Ladang Kelapa Sawit (juta hektar)
4.7
Bilangan kilang
416
Bilangan pelumat
43
Bilangan kilang penapis
51
Bilangan loji oleokimia
18
Bilangan kemudahan simpanan pukal
34
bilangan loji biodiesel
25
Pelabuhan di Sabah (6.5 mt)
8
1.4
0 24
47
0.8 Pelabuhan Pasir Gudang (4.6 mt)
1 Sarawak 4 2
Pelabuhan yang lain di Semenanjung Malaysia: 1.9 mt
0
5
120
Sabah
4
Pelabuhan di Sarawak (2.2 mt)
1
Jumlah eksport semua produk sawit dari pelabuhan juta tan metrik (mt)1
11
13
Program Transformasi Ekonomi 305 Hala Tuju Untuk Malaysia
Pertumbuhan industri minyak sawit diramalkan pada kadar 7.1% bagi 10 tahun akan datang dengan dorongan faktor berikut: • Peningkatan selanjutnya dalam produktiviti hasil purata BTS masa kini sebanyak 21 tan sehektar setahun dan kadar terkini perahan minyak sawit (KPM) pada 20.5%; • Perluasan ladang baru oleh syarikat Malaysia di luar negara disebabkan oleh tanah yang terhad di Malaysia. Pada masa ini, sejumlah 6.6 juta hektar tanah diperuntukkan bagi kegunaan pertanian di Malaysia, di mana 4.7 juta hektar (71% daripada jumlah) digunakan untuk perladangan kelapa sawit; dan • Penerokaan syarikat huluan besar dalam aktiviti hiliran yang berpotensi tinggi seperti makanan diproses, bio-diesel, bio-bahan api generasi kedua dan oleokimia (kimia yang terhasil daripada minyak sawit seperti asid lelemak, alkohol lelemak, soap noodles, metil ester dan gliserin). Peningkatan produktiviti dalam industri sawit mempunyai impak ketara ke atas pertumbuhan PNK. Potensi pertumbuhan dalam hasil BTS dan KPM adalah penting disebabkan perbezaan yang tinggi dalam prestasi antara syarikat perladangan besar, sederhana dan kecil, pekebun kecil dan antara kilang di seluruh Malaysia. Bukti yang dikumpulkan daripada syarikat perladangan yang telah mencapai prestasi tinggi menunjukkan bahawa terdapatnya penggunaan amalan terbaik dan ianya boleh dikongsi bagi merapatkan jurang perbezaan yang akan memberi penghasilan yang lebih tinggi di seluruh negara. Oleh kerana 4.7 juta hektar tanah telahpun digunakan untuk penanaman kelapa sawit di Malaysia, potensi bagi perluasan kawasan selanjutnya adalah terhad. Potensi pengembangan maksimum dianggarkan sebanyak 1.3 juta hektar tambahan yang mana 75% atau 1 juta hektar terletak di Sarawak. Berdasarkan keadaan ini, syarikat besar Malaysia sedang menyusun semula usaha dan sumber mereka ke luar negara. Sehingga 2009, syarikat Malaysia memiliki lebih kurang 25% daripada jumlah keseluruhan ladang kelapa sawit di Indonesia. Meskipun Indonesia kekal sebagai pilihan bagi perkembangan perladangan sawit, beberapa syarikat kini menunjukkan minat untuk melabur di bahagian Asia yang lain, di samping Afrika dan Amerika Selatan. Pada masa ini, Malaysia masih belum dapat menguasai sepenuhnya potensi peluang hiliran sedia ada. Sebagai gambaran kepada potensi hiliran yang belum diterokai ini, bagi eksport industri kelapa sawit pada 2009, hanya 18.5% hasil minyak sawit Malaysia dieksport sebagai produk hiliran siap berbanding 81.5% yang dieksport sebagai produk huluan sama ada dalam bentuk mentah (contohnya, minyak sawit, minyak isirong sawit dan bungkil isirong sawit) atau dalam bentuk proses (contohnya, olein sawit mentah, minyak sawit Refined Bleached Deodorised (RBD), olein sawit RBD, stearin sawit RBD dan sulingan asid lelemak sawit). Untuk memastikan kemampanan industri ini, adalah perlu untuk mengenal pasti aplikasi hiliran yang berpotensi tinggi dan komitmen syarikat dalam industri untuk menyepadu dan melaburkan sumber selanjutnya di dalam segmen hiliran atau di dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).
306
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
PENILAIAN PASARAN Kelapa sawit merupakan salah satu daripada pemacu utama sektor pertanian Malaysia dengan penggunaan tanah pertanian negara sebanyak 71%. Sejarah industri ini menjangkau lebih daripada 100 tahun yang mana dalam tempoh tersebut ia telah mencapai kejayaan yang mengkagumkan. Dengan perkembangan yang berasaskan kepada beberapa kelebihan utama, industri ini akan kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara untuk tempoh 10 tahun akan datang. Pertama, industri minyak sawit mempunyai dua kelebihan utama berbanding minyak lain: • Peningkatan permintaan relatif berbanding minyak pengganti Permintaan global terhadap minyak dan lelemak seperti minyak sawit, minyak kacang soya, minyak bunga matahari dan minyak biji sesawi meningkat dengan mendadak pada kadar pertumbuhan purata 7% dalam tempoh sembilan tahun yang lalu, didorong oleh peningkatan global penduduk, pendapatan per kapita dan juga perubahan tabiat pemakanan. Sebagai perbandingan, bagi tempoh yang sama, permintaan untuk minyak sawit sahaja telah berkembang pada kadar 10% dengan pertumbuhan tertinggi daripada negara Rusia (22%), Amerika Syarikat (21%), China (16%) dan Eropah (9%); dan • Hasil sehektar minyak yang tinggi berbanding minyak pengganti Minyak sawit menghasilkan 4 hingga 5 tan minyak sehektar iaitu 8 hingga 10 kali ganda lebih tinggi berbanding minyak bijian lain seperti minyak biji sesawi dan minyak kacang soya. Kedua, di kalangan industri ini, minyak sawit Malaysia mempunyai tiga kekuatan utama berbanding dengan pengeluar dunia lain: • Tahap pengeluaran hasil BTS negara Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai hasil purata BTS yang tertinggi iaitu sebanyak 21 tan sehektar setahun. Pesaing terdekat iaitu Indonesia, mempunyai hasil purata negara sebanyak 19 tan sehektar setahun; • Aktiviti pembiakan tanaman yang cemerlang Malaysia diiktiraf seluruh dunia bagi kualiti bahan tanamannya, berikutan hasil daripada 20 pengeluar biji benihnya yang bertaraf dunia dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 87 juta biji benih dan aktiviti R&D yang ulung seperti penyelidikan terhadap genom minyak sawit, kultur tisu dan bioteknologi; dan • Persekitaran peraturan kawal selia yang kondusif Industri minyak sawit Malaysia dikawal oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), yang memberikan lesen merentasi rantaian nilai dari pengeluar biji benih ke pengeksportan minyak sawit serta membangunkan dasar, garis panduan dan amalan bagi menolong memantau dan membantu industri sawit.
Program Transformasi Ekonomi 307 Hala Tuju Untuk Malaysia
Walaupun perkembangan industri disokong oleh faktor di atas, industri ini menghadapi beberapa rintangan yang menggugat kedudukan negara untuk kekal sebagai pengeluar minyak sawit global yang kompetitif. Halangan ini termasuk: • Tanah yang terhad Malaysia hanya boleh bergantung kepada peningkatan potensi maksimum sebanyak 28% daripada kawasan perladangan sawit yang sedia ada, kebanyakannya di kawasan yang berbukit atau bertanah gambut. Akibatnya, Malaysia semakin kehilangan bahagian pasaran global ke atas pengeluaran minyak sawit kepada Indonesia. Indonesia telah mengatasi Malaysia di dalam bahagian pasaran global pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) pada 2009 dan sekarang ini memegang 46% bahagian pasaran global pengeluaran berbanding 41% bagi Malaysia. Pertumbuhan tinggi ladang sawit baru di Indonesia berserta kos pengeluaran puratanya yang lebih rendah telah memberi impak langsung kepada bahagian Malaysia di pasaran eksport utama seperti India, Pakistan dan China; • Skop mekanisasi yang terhad Dengan 369,000 pekerja asing bekerja di ladang, industri sawit negara masih banyak bergantung kepada buruh asing bagi kerja penuaian, penjagaan am dan penyelenggaraan. Walaupun mekanisasi telah diperkenalkan secara beransur-ansur sejak beberapa tahun dahulu, ia masih belum dapat menggantikan keperluan buruh yang tinggi di sektor huluan. Apabila diperkenalkan, mekanisasi hendaklah memenuhi kriteria ketat untuk mengurangkan kos buruh, meningkatkan produktiviti dan mempertingkatkan kualiti produk. Atas sebab ini, salah satu cabaran yang utama segmen perladangan adalah untuk mempertingkatkan tahap mekanisasinya; • Ancaman perlindungan tanaman Serangga dan penyakit seperti Ganoderma Basal Stem Rot (reput pangkal batang) semakin menjadi ancaman kepada industri. Meskipun penyelidikan berhubung dengan biologi, pengesanan awal dan kawalan penyakit tersebut telah dijalankan, penyelesaian jangka panjang yang berkesan dan yang efisyen dari segi kos masih belum wujud; • Kebergantungan kepada segmen huluan Industri minyak sawit masih banyak tertumpu kepada segmen huluan yang mana pada tahun 2009 telah menghasilkan sebanyak 87% daripada PNK bagi industri ini. Pergerakan syarikat dalam industri ini ke segmen hiliran yang mana nilai tambah adalah lebih tinggi masih lagi perlahan; • Halangan kepada penembusan pasaran Terdapat negara yang menggunakan sekatan tarif dan bukan tarif untuk mengehadkan penembusan pasaran bagi melindungi industri minyak dan lelemak tempatan mereka. Salah satu contoh sekatan tersebut adalah Renewable Energy Directive yang diterima pakai oleh Kesatuan Eropah, yang mengenakan peraturan ketat ke atas pengeluaran karbon, memberi impak kepada harga komoditi minyak sawit; dan • Kebimbangan berhubung alam sekitar dan kemampanan Kempen anti minyak sawit yang berterusan, dengan tumpuan kepada kesan karbon atau usaha meningkatkan kesedaran berhubung kesihatan yang dilancarkan oleh kumpulan penyokong alam sekitar dan pengguna di Eropah dan Amerika Syarikat, telah menyebabkan peningkatan persepsi negatif terhadap minyak sawit. Kempen tersebut, termasuk yang dilancarkan oleh kumpulan pelobi kacang soya Amerika, mendakwa bahawa lemak tepu minyak sawit meningkatkan paras kolesterol darah, seterusnya mengakibatkan penyakit jantung.
308
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
SASARAN DAN ASPIRASI Kami berhasrat untuk meningkatkan sumbangan PNK industri daripada RM52.7 bilion pada masa kini kepada RM178.0 bilion menjelang 2020. Kami merancang untuk mencapai PNK ini melalui pelaksanaan lapan projek permulaan (EPP) merentasi rantaian nilai minyak sawit (lihat Carta 9-2) untuk menguasai permintaan minyak sawit global yang semakin meningkat dengan kadar pertumbuhan 10% antara 2000 dan 2009. EPP tersebut akan menghasilkan RM47.1 bilion sebagai impak kepada PNK pada 2020 dan peluang perniagaan akan bertambah RM74.6 bilion lagi (termasuk pertumbuhan minimum sebanyak RM17.0 bilion). Peningkatan PNK termasuk juga RM3.6 bilion daripada kesan penggandaan yang diwujudkan oleh EPP daripada sektor lain. Sumber terbesar kesan penggandaan ke atas NKEA Minyak Sawit datang daripada NKEA Pemborongan dan Peruncitan serta Elektrik dan Elektronik. Ini termasuk manfaat seperti peningkatan aktiviti peruncitan hasil daripada tindak balas permintaan yang bertambah bagi minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit. Dengan pelaksanaan EPP, gaji purata 161,000 pekebun kecil persendirian akan meningkat dengan ketara sebanyak 47% pada 2020. Tambahan pula, kami akan mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing sebanyak 15 hingga 20% kesan peningkatan ketara produktiviti pekerja di ladang. EPP ini juga akan mewujudkan 41,600 pekerjaan tempatan baru bagi industri huluan dan 81,800 pekerjaan tambahan untuk industri hiliran, yang mana 40% adalah pekerjaan berkemahiran tinggi dengan purata pendapatan bulanan sebanyak RM6,000. Tambahan pula, kami akan mengurangkan 110,000 pekerja asing huluan.
8 EPP dikenal pasti untuk meningkatkan PNK sebanyak RM47.1 bilion Dalam usaha untuk mencapai wawasan ini, kami telah mengenal pasti dua teras strategik bagi industri minyak sawit. Sejajar dengan setiap teras strategik, kami telah mengenal pasti satu set EPP untuk mempertingkatkan sumbangan kepada PNK. Produktiviti dan kemampanan segmen huluan Lima EPP akan menumpukan kepada peningkatan produktiviti segmen huluan yang akan meningkatkan PNK sebanyak RM33.1 bilion pada tahun 2020. Pelaksanaan EPP ini akan menghasilkan transformasi industri minyak sawit Malaysia dengan peningkatan hasil yang ketara (daripada 21 kepada 26.2 tan sehektar setahun). EPP ini adalah: • EPP 1: Mempercepatkan penanaman semula kelapa sawit; • EPP 2: Mempertingkatkan hasil BTS; • EPP 3: Mempertingkatkan produktiviti pekerja; • EPP 4: Meningkatkan kadar perahan minyak; dan • EPP 5: Membangunkan bio-gas di kilang minyak sawit.
Program Transformasi Ekonomi 309 Hala Tuju Untuk Malaysia
Perkembangan dan kemampanan segmen hiliran Tiga EPP yang tertumpu kepada perkembangan segmen hiliran mensasarkan PNK tambahan sebanyak RM14.0 bilion menjelang 2020. Inisiatif ini akan melibatkan usaha penyelarasan penyelidikan dan pembangunan awam-swasta dengan memberi tumpuan kepada pengkomersialan. Kesannya, kami menjangkakan peningkatan pendapatan daripada produk hiliran akan menyumbang sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah pendapatan minyak sawit. EPP ini adalah: • EPP 6: Membangunkan derivatif oleo; • EPP 7: Mengkomersialkan bio-bahan api generasi kedua; dan • EPP 8: Mempercepatkan pertumbuhan segmen hiliran berasaskan makanan dan kesihatan. Carta 9- 2
52.7
178.0
PNK 2020
Sumbangan PNK 2020 (RM bilion)
PNK 2009
Lapan EPP, tiga peluang perniagaan, pertumbuhan minimum dan kesan penggandaan akan memberi impak peningkatan PNK sebanyak RM125.3 bilion menjelang 2020
160 140
74.6
120
3.6
125.3
100 80 60 40
14.0
47.1
33.1
Jumlah Impak PNK
Penggandaan
Peluang Perniagaan
Jumlah EPP
Perkembangan dan kemampanan segmen hiliran
0
Produktiviti dan kemampanan segmen huluan
20
310
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
PRODUKTIVITI DAN KEMAMPANAN SEGMEN HULUAN Lima EPP utama akan dilaksanakan dalam segmen huluan yang akan menghasilkan PNK yang tinggi dan potensi kemampanan untuk menjamin kebolehsediaan BTS berkualiti tinggi untuk segmen hiliran yang berkembang sambil memastikan pekebun kecil dan ladang mendapat hasil daripada perkembangan masa hadapan segmen ini.
EPP 1: Mempercepatkan Penanaman Semula Kelapa Sawit Rasional Pekebun kecil keberatan untuk menanam semula selepas tempoh matang 25 tahun bagi mengelakkan kerugian pendapatan jangka pendek kerana pokok kelapa sawit mengambil masa tiga tahun untuk matang sebelum tuaian pertama. Keadaan menjadi lebih buruk apabila harga MSM tinggi, di mana syarikat perladangan juga cenderung untuk melengahkan penanaman semula untuk mengambil kesempatan potensi pendapatan jangka pendek. Kesannya, Malaysia mempunyai tunggakan 365,414 hektar pokok kelapa sawit berumur melebihi 25 tahun (Carta 9-3), yang pada kebiasaannya mempunyai hasil yang lebih rendah. Sekiranya penanaman semula tidak disegerakan, ia akan mengambil masa selama 14 tahun untuk menyelesaikan tunggakan tersebut. Oleh itu, tunggakan tersebut berada pada tahap kritikal sekarang kerana secara purata, 125,610 hektar pokok perlu ditanam semula setiap tahun. Carta 9-3
Lebih 365,000 hektar ladang kelapa sawit mempunyai pokok berusia melebihi 25 tahun yang mempunyai hasil rendah dan menurunkan purata nasional Profil umur kawasan yang ditanam kelapa sawit Kawasan yang ditanam, ‘000 hektar 350
Kawasan purata tahunan yang dijangka mencecah sekurang-kurangnya 25 tahun Kawasan > 25 tahun = 365,414 hektar sebelum 2020 = 125,610 hektar
300
250
200
150
100
50
0
3
6
9
12
15
18
21
24
27
30
33
36
39
42
>44
Umur pokok sawit
Program Transformasi Ekonomi 311 Hala Tuju Untuk Malaysia
Tindakan Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menanam semula kesemua tunggakan 365,414 hektar pokok kelapa sawit yang berhasil rendah dan berumur lebih 25 tahun dalam tempoh tiga tahun untuk membantu meningkatkan hasil purata BTS kepada 26 tan metrik sehektar setahun menjelang 2020. Bagi menyelesaikan penanaman semula, MPOB akan menjalankan tindakan berikut. Ia akan melaksanakan dasar penanaman semula yang mandatori bagi pekebun kecil dan syarikat perladangan. Kedua, ia akan menyediakan bantuan kewangan yang disasarkan kepada pekebun kecil. Ketiga, ia akan menyediakan bahan tanaman yang berkualiti (biji, bahan klon, tunas, ramet) bagi aktiviti penanaman semula dan akhirnya MPOB akan mewujudkan pasukan petugas khas bagi menguruskan kesemua aktiviti penanaman semula. Pekebun kecil merangkumi 230,211 hektar atau 63% daripada jumlah tunggakan penanaman semula di Malaysia, manakala syarikat perladangan memegang baki seluas 135,203 hektar. Bagi memastikan penanaman semula dipercepatkan, MPOB akan mengenakan kriteria berikut bagi dasar penanaman semula mandatori: • Pekebun kecil persendirian tidak dibenarkan menyimpan pokok kelapa sawit yang berumur lebih 25 tahun yang mengeluarkan hasil kurang daripada 10 tan metrik sehektar setahun bagi tempoh tiga tahun yang lepas; • Pekebun kecil berkelompok tidak dibenarkan untuk menyimpan pokok yang berumur lebih daripada 25 tahun yang mengeluarkan hasil kurang daripada 13 tan metrik sehektar setahun bagi tempoh tiga tahun yang lepas; dan • Pemilik ladang tidak dibenarkan menyimpan pokok yang berumur lebih daripada 25 tahun dan melebihi 5% dari jumlah kawasan kelapa sawit yang mengeluarkan hasil kurang daripada 16 tan metrik sehektar setahun bagi tempoh tiga tahun yang lepas. Bagi terus membantu pekebun kecil persendirian dalam aktiviti penanaman semula, kami akan meneruskan pembayaran penanaman semula secara sekaligus (one-off) sebanyak RM6,000 sehektar dan pembayaran bulanan sebanyak RM500 bagi setiap isi rumah selama dua tahun kepada pekebun kecil persendirian yang memegang 2.5 hektar atau kurang. Aktiviti penanaman semula pekebun kecil berkelompok akan diuruskan oleh agensi kerajaan yang berkenaan (FELDA, FELCRA, RISDA, SALCRA) di bawah skim sedia ada. Kapasiti pengeluaran biji benih masa kini sebanyak 87 juta setahun melebihi keperluan nasional sebanyak 52 juta setahun. Tumpuan MPOB adalah untuk memantau kualiti bahan tanaman, terutamanya bagi pekebun kecil dengan melesenkan kesemua pengendali tapak semaian (sebanyak 20% pada masa kini tidak berlesen). MPOB akan mewujudkan satu pasukan petugas penanaman semula yang menumpukan kepada pekebun kecil persendirian, pekebun kecil berkelompok dan syarikat perladangan. Ahli pasukan petugas ini terdiri daripada MPOB, Pertubuhan Kebangsaan Pekebun Kecil (NASH), semua agensi kerajaan yang berkenaan (FELDA, FELCRA, RISDA, SALCRA), Pertubuhan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Pertubuhan Pemilik Estet Malaysia (MEOA), Pertubuhan Penanam Malaysia Timur (EMPA), Pertubuhan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOPPOA) dan pertubuhan lain yang mewakili syarikat perladangan. Pasukan petugas ini akan mengadakan mesyuarat setiap suku tahun untuk menyemak semula perkembangan aktiviti penanaman semula dan mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu-isu yang dihadapi. Selepas menyelesaikan tunggakan ini, MPOB akan terus memantau rapat profil umur kelapa sawit nasional.
312
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
Pembiayaan Inisiatif ini memerlukan RM1.0 bilion pembiayaan awam dalam bentuk insentif terus kepada pekebun kecil bagi menampung perbelanjaan tambahan dan mengganti kerugian kehilangan pendapatan akibat aktiviti penanaman semula secara mandatori. Tambahan lagi, inisiatif penanaman semula ini memerlukan RM3.4 bilion dalam pelaburan swasta dan GLC daripada syarikat perladangan dan kontraktor mereka dalam bentuk perbelanjaan ke atas peralatan penebangan dan racik, peralatan membuat teres dan pengairan, peralatan penanaman ladang dan peralatan penyelenggaraan jalan dan jambatan. Kedua-dua pembiayaan awam dan swasta diperlukan dalam tempoh menyelesaikan tunggakan iaitu daripada suku pertama 2011 hingga suku akhir 2013. Impak EPP ini akan menjana PNK tambahan sebanyak RM4.6 bilion pada 2020.
EPP 2: Mempertingkatkan Hasil Buah Tandan Segar (BTS) Rasional Terdapat 161,000 pekebun kecil persendirian di Malaysia. Dengan jumlah keluasan 600,000 hektar, mereka melibatkan sebanyak 12.8% daripada kawasan ladang kelapa sawit di Malaysia dan menjana hasil BTS yang lebih rendah (17 tan metrik sehektar setahun). Saiz purata plot mereka yang terhad (3.9 hektar setiap keluarga) dan kekurangan pendedahan kepada amalan tanaman terbaik merupakan faktor utama yang memberi kesan kepada tahap pengeluaran hasil mereka yang rendah. Amalan terbaik, seperti Kod Amalan (COP) yang dibangunkan oleh MPOB dan garis panduan serta rujukan industri yang lain tidak dilaksanakan sepenuhnya di semua ladang. Ini menyebabkan hasil purata nasional BTS tidak meningkat.
Program Transformasi Ekonomi 313 Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 9-4
Kami mensasarkan kenaikan 25% hasil purata BTS nasional menjelang 2020 Purata nasional Tan metrik sehektar, setahun
17.0
22.0
Pekebun kecil persendirian +25%
26.2
21.0 21.0
26.0
Pekebun kecil berkelompok
23.0
2020 E
2020 (sasaran)
28.0
Syarikat Perladangan 2010 E
2020 (sasaran)
Tindakan EPP ini melibatkan pelaksanaan empat aktiviti utama: • Merekrut 493 pegawai TUNAS (perkhidmatan lanjutan) bagi memperbaiki nisbah masa kini daripada 1 pegawai untuk 950 pekebun kecil (atau 1:3,800 hektar) kepada nisbah 1:250 pekebun kecil (1:1,000 hektar). Ini akan memastikan liputan perkhidmatan yang lebih baik oleh pegawai TUNAS kepada pekebun kecil; • Mengkelompokkan kesemua 161,000 pekebun kecil persendirian berhampiran kilang kepada pertubuhan koperasi di seluruh Malaysia; • Menjadikan salah satu rujukan amalan terbaik industri sebagai mandatori kepada semua ladang, pekebun kecil berkelompok dan koperasi pekebun kecil persendirian; dan • Melaksanakan penarafan tahunan koperasi dan pekebun kecil untuk mengenal pasti dan mencontohi amalan terbaik.
314
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
Pekebun kecil persendirian bertaburan secara geografik, tidak tersusun dan sangat bergantung kepada orang tengah untuk menghantar BTS mereka kepada kilang. Pegawai TUNAS akan mengkelompokkan pekebun kecil berhampiran kilang kepada 134 koperasi (1,200 pekebun kecil bagi setiap koperasi). Koperasi akan memberi perkhidmatan sokongan, bertindak sebagai agen pembeli bagi input utama, membantu perundingan kontrak jangka panjang dengan kilang, memantau keluaran dan kualiti BTS dan membantu dalam perkhidmatan pentadbiran. Menjelang 2013, kesemua pekebun kecil akan diwajibkan menurut undang-undang untuk menyertai koperasi yang diurus oleh sekurang-kurangnya seorang pegawai TUNAS. Sistem koperasi ini dijangka akan meningkatkan hasil pengeluaran pekebun kecil kepada 22 tan sehektar setahun menjelang 2020. Kebanyakan ladang kelapa sawit besar Malaysia melaksanakan sekurang-kurangnya satu daripada rujukan amalan baik pertanian secara konsisten (contohnya, MPOB Codes of Practices (COP MPOB), Malaysian Standard of Good Agricultural Practice yang dibangunkan oleh SIRIM dan Roundtable for Sustainable Palm Oil Practices). Ini telah memberi hasil yang sangat baik iaitu sebanyak purata 25 tan sehektar setahun bagi 15 ladang utama. Walau bagaimanapun, beberapa ladang kecil melaporkan pengeluaran di bawah 21 tan sehektar setahun. Oleh itu, kami akan mewajibkan kesemua syarikat perladangan, pekebun kecil berkelompok dan koperasi pekebun kecil persendirian untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu daripada tiga rujukan amalan terbaik atau amalan terbaik syarikat yang setaraf atau lebih baik daripada COP MPOB. Akhirnya, pada setiap tahun, MPOB akan melaksanakan dan menerbitkan suatu penarafan pekebun kecil mengikut hasil purata BTS di kalangan setiap koperasi dan penarafan nasional kesemua koperasi mengikut purata hasil BTS. Ini akan membantu MPOB mengenal pasti amalan terbaik dan memberi perkhidmatannya kepada yang berprestasi rendah. MPOB juga akan memberikan ganjaran dan mengiktiraf 10 pengeluar terbaik di antara pekebun kecil dalam setiap koperasi dan juga 10 koperasi terbaik negara. Pembiayaan Peningkatan hasil BTS akan dilaksanakan ke atas kawasan ladang kelapa sawit yang baru di Malaysia dengan keluasan kira-kira 1.3 juta hektar. Ini memberi implikasi kos pembangunan bagi kawasan baru dari segi pelaburan modal ke atas tanah baru untuk menukarkan syarat penggunaan tanah kepada tanaman sawit. Pelaburan ini akan dibuat sepenuhnya oleh syarikat perladangan swasta dan GLC. Kos menukar syarat tanah ini dianggarkan sebanyak RM8,500 sehektar (tidak termasuk kos am dan pentadbiran). Dalam bentuk nominal, ini bermakna jumlah pelaburan ialah sebanyak RM10.0 bilion sepanjang 10 tahun. Impak Kami menganggarkan bahawa pada 2020 inisiatif ini akan menghasilkan PNK tambahan sebanyak RM10.2 bilion, mewujudkan 1,600 pekerjaan tambahan dan meningkatkan pendapatan tahunan seramai 161,000 pekebun kecil persendirian sebanyak 47%.
Program Transformasi Ekonomi 315 Hala Tuju Untuk Malaysia
EPP 3: Meningkatkan Produktiviti Pekerja Rasional Malaysia kini sedang mengalami kekurangan pekerja mahir dan tidak mahir di ladang yang dianggarkan sebanyak 20% daripada jumlah tenaga kerja dalam industri sawit. Ini sebahagiannya disebabkan oleh sifat pekerjaan di dalam ladang yang memerlukan tenaga yang banyak dan juga kerana bertambahnya peluang pekerjaan alternatif yang menarik dalam industri lain. Kurangnya pilihan mekanisasi di ladang menimbulkan kebergantungan kepada tenaga buruh bagi kesemua aktiviti utama: penyediaan tanah, tapak semaian, penanaman, pembajaan, penyelenggaraan ladang, penuaian, kutipan dan pengangkutan. Akibatnya, ladang kelapa sawit Malaysia sangat bergantung kepada pekerja asing (kini dianggarkan sebanyak 80% daripada jumlah tenaga kerja industri sawit). Pekerja asing ini pula, menghantar kembali secara purata, 60% daripada pendapatan mereka balik ke negara asal. Ini memberi impak yang negatif ke atas PNK yang disumbangkan oleh industri ini. Tindakan EPP ini memerlukan penggunaan teknik inovatif bagi meningkatkan purata produktiviti proses penuaian dan kutipan. Susulan daripada inisiatif ini, kami juga akan dapat menangani isu aliran keluar pengiriman wang dengan mengurangkan bilangan potensi pekerja asing yang diperlukan menjelang 2020 sebanyak 110,000. Bagi menangani kekurangan tenaga buruh, kami telah mengenal pasti tiga aktiviti teras (Carta 9-5) yang menumpukan kepada peningkatan produktiviti pekerja: • Meningkatkan pengeluaran dan mempromosikan penggunaan Cantas™, iaitu suatu alat penuaian bermotor bagi meningkatkan produktiviti penuaian; • Mempromosikan penggunaan alat pengasah ‘berlian’ (diamond sharpening tool) bagi meningkatkan produktiviti penuaian, dan • Bertukar daripada kutipan secara manual kepada kutipan yang dibantu kerbau bagi meningkatkan produktiviti kutipan BTS dalam keadaan di mana mekanisasi tidak sesuai digunakan.
316
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
Carta 9-5
Tiga teknik yang akan mempertingkatkan produktiviti penuaian dan kutipan Penuaian
Pengasahan alat
Kutipan BTS
Daripada alat penuaian manual (1.5 tanmetrik / pekerja sehari)…
Daripada alat pengasah tradisional (diasah setiap hari)...
Daripada kutipan manual…
… kepada alat penuaian bermotor (Cantas ) (2.8 tan metrik / pekerja sehari)
...kepada alat pengasah ‘berlian’ (diasah 5 hari sekali)
… kepada kutipan dibantu kerbau (peningkatan purata produktiviti sebanyak 40%)
TM
Gambar sumbangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan Genting Plantation Bhd
Cantas™ ialah suatu alat penuaian bermotor yang boleh mengurangkan masa menuai BTS dan boleh digunakan untuk memangkas pokok yang kurang daripada 15 kaki (5 meter). Ini melibatkan 30% daripada pokok kelapa sawit (1.4 juta hektar daripada 4.7 juta hektar). Penggunaan Cantas™ ini akan meningkatkan produktiviti pekerja sebanyak kira-kira 85%. MPOB akan memastikan pengeluaran Cantas™ ditingkatkan daripada 5,000 unit setahun pada masa ini kepada 20,000 unit setahun menjelang 2020, dan harga seunit dikurangkan daripada RM5,000 pada masa ini kepada harga maksimum RM2,500 bagi menggalakkan penggunaan yang meluas. MPOB juga perlu memastikan bahawa ketahanan alat tersebut dan perkhidmatan selepas jualan pembekal memenuhi kehendak industri. Alat pengasah ‘berlian’ membolehkan penuai meningkatkan produktiviti mereka sebanyak 40% susulan daripada pengasahan sabit dan pahat yang lebih pantas dengan kekerapan yang kurang. MPOB akan mempromosikan penggunaan alat pengasah ini dan menasihati pemilik ladang dan pekebun kecil untuk memberi notis awal kepada pembekal. Ini akan memastikan bekalan sebanyak 30,000 unit menjelang 2012.
Program Transformasi Ekonomi 317 Hala Tuju Untuk Malaysia
Malaysia masih bergantung kepada tenaga buruh bagi kira-kira 75% daripada kutipan BTS, yang memerlukan seorang pekerja bagi setiap 15 hektar. Baki kutipan dibuat melalui traktor pengutip mini (mini tractor grabber) yang berharga RM60,000 seunit. Traktor pengutip ini mempunyai jangka hayat selama lima tahun dan memerlukan hanya seorang pekerja bagi setiap 25 hektar. Penggunaan kutipan yang dibantu kerbau juga memberikan nisbah yang sama seperti traktor pengutip mini, tetapi kosnya hanya RM5,000 untuk setiap kerbau. Kaedah ini sesuai bagi kawasan yang dianggarkan seluas 700,000 hektar. MPOB akan mempromosikan penggunaan kutipan yang dibantu kerbau di mana bersesuaian. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan memastikan bekalan mencukupi bagi memenuhi permintaan lebih kurang 32,000 ekor kerbau menjelang 2015 sama ada dengan mengimport kerbau atau memulakan program pembiakan tempatan. Pembiayaan EPP ini tidak memerlukan pembiayaan awam, kerana ianya bergantung kepada jumlah pembiayaan sebanyak RM765 juta daripada syarikat swasta dan syarikat perladangan GLC di samping pekebun kecil yang tempoh pemegangan tanahnya melebihi 10 tahun. Pembiayaan swasta ini akan disasarkan kepada tiga aktiviti utama: (1) pembelian berperingkat peralatan Cantas™ untuk menggantikan alat penuaian manual, (dianggarkan sebanyak RM525 juta); (2) pembelian alat pengasah ‘berlian’ bagi mempertingkatkan produktiviti penuaian (dianggarkan sebanyak RM74 juta); dan (3) import atau pembiakan sebanyak 32,000 kerbau sepanjang 10 tahun bagi melaksanakan kutipan yang dibantu kerbau di seluruh Malaysia (dianggarkan sebanyak RM166 juta). Impak Menjelang 2020, EPP ini akan menjana PNK tambahan yang dianggarkan sebanyak RM1.7 bilion, mewujudkan 28,000 pekerjaan tempatan (di samping mengurangkan 110,000 pekerja asing).
318
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
EPP 4: Meningkatkan Kadar Perahan Minyak (KPM) Rasional Kadar Perahan Minyak (KPM) nasional belum menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tempoh beberapa tahun yang lepas dan pada tahun 2009, kadar purata adalah 20.5% . Ini disebabkan prestasi pekebun kecil dan pengilang persendirian tidak sebaik prestasi syarikat perladangan bersepadu, akibat daripada ketidaktentuan kualiti BTS yang dihantar ke kilang di samping ketidakcekapan beberapa kilang lama yang belum menaik taraf jentera mereka. Tindakan Objektif EPP ini adalah untuk meningkatkan KPM daripada kadar 20.5% pada 2009 kepada 23% menjelang 2020 dengan melaksanakan parameter kawalan kualiti yang ketat di kilang dan meningkatkan kecekapan keseluruhan kilang. Melalui mekanisme penarafan, kami telah mengenal pasti prestasi setiap kilang minyak sawit di seluruh Malaysia. Kami akan menumpukan usaha untuk meningkatkan KPM bagi kilang yang mempunyai KPM di bawah paras purata nasional dan kilang yang merekodkan penurunan KPM melebihi 0.2% dari 2008 hingga 2009. Berdasarkan keputusan penarafan, MPOB akan menghantar semula pegawai penguatkuasa ke kilang yang telah merekodkan KPM yang lebih rendah daripada paras purata nasional, seperti yang ditunjukkan di dalam Carta 9-6. Pegawai ini akan memantau proses penerimaan BTS oleh kilang supaya tandan buah yang ditolak oleh mana-mana kilang tidak akan diterima oleh kilang yang lain. MPOB akan merekrut pegawai penguatkuasa tambahan untuk ditugaskan di kilang yang lain yang mana KPM melebihi paras purata nasional tetapi mencatat penurunan KPM sebanyak 0.2% berdasarkan tahun-atas-tahun, jika diperlukan. Pada masa yang sama, peniaga BTS akan disyaratkan untuk merekrut sekurang-kurangnya seorang penggred yang diiktiraf MPOB bagi memastikan kualiti BTS yang dihantar. Pembayaran bagi BTS akan hanya dibayar mengikut kualiti yang diterima bagi memastikan bekalan yang lebih baik.
Program Transformasi Ekonomi 319 Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 9-6
Kami menarafkan kilang berdasarkan KPM bagi mengenalpasti dan menyelesaikan isu utama yang dihadapi oleh kilang berprestasi rendah dan meningkatkan KPM nasional Melaksanakan proses penarafan nasional
Kajian semula suku tahunan
• Menarafkan kilang berdasarkan purata KPM tahunan Menarafkan • Kaji selidik dihantar ke semua kilang berdasarkan KPM kilang untuk mengumpul % kerugian minyak • Mengenalpasti trend prestasi bagi setiap kilang Mengenalpasti • Mengenalpasti % kerugian minyak trend KPM bagi setiap kilang bagi setiap kilang • Mengkaji kedudukan geografi dan perbezaan di dalam negeri Mengenalpasti dua kumpulan kilang bagi fokus segera
• Kilang dikumpulkan: 1. kilang dibawah purata nasional 2. kilang dengan kemerosotan KPM tahun ke tahun yang lebih daripada 0.2%
Membangunkan • Mengenalpasti sebab bagi prestasi lemah dan pelan tindakan membangunkan pelan tindakan untuk membantu yang selaras untuk menangani isu kilang
Bilangan kilang di Malaysia
200
Fokus Utama: Kilang dengan KPM di bawah purata 148
150
Purata nasional KPM 20.49%
106 100
60 50
43
37
0 <19%
19 - 20.5% 20.5 - 21%
21 - 22%
>22%
% KPM 2009
Di samping itu, kilang yang lama beroperasi dikehendaki memperbaiki kecekapan dengan menaik taraf jentera bagi mengurangkan kehilangan minyak BTS sebanyak 0.5%. Kilang ini perlu memastikan bekalan stim yang konsisten dan mengekalkan suhu yang stabil sepanjang aktiviti pemprosesan. Ini akan dilaksanakan melalui automasi dan pemasangan dandang berkapasiti lebih besar. Pemasangan peralatan tekanan dan pemecah baru seperti penekan skru buah tandan kosong (BTK) (empty fruit bunch screw press), kacip kekeras Rolek (Rolek nut crackers) dan sistem penampi empat peringkat (four stage winnowing) akan memperbaiki kualiti dan mendapatkan kembali kehilangan minyak dan isirong. Susulan daripada langkah menaik taraf dan pemasangan jentera baru di kilang, kualiti isirong sawit yang lebih baik akan dihantar ke kilang pelumat isirong. KPM isirong sawit akan meningkat dengan mengurangkan hampas dan kandungan tempurung di dalam isirong sawit sebanyak 2% dan mengurangkan kandungan kelembapan di dalam isirong sawit daripada purata masa kini sebanyak 7% kepada 5%. Selanjutnya, kualiti perah asak isirong sawit juga akan meningkat dengan mengurangkan hampas dan kandungan tempurung kepada tahap maksimum 12%. Ini akan membolehkan perah asak isirong sawit juga dijual sebagai makanan ternakan kepada ladang ternakan ayam dan itik. Pembiayaan EPP bagi meningkatkan KPM ini tidak memerlukan pembiayaan awam. Pelaburan swasta sebanyak RM3.0 bilion yang disediakan oleh pekilang persendirian dan syarikat perladangan bersepadu yang besar akan disasarkan untuk menaik taraf peralatan di dalam kilang minyak sawit di seluruh Malaysia. Peralatan ini termasuk peralatan proses pensterilan, penekan skru, pemecah tandan, kacip kekeras Rolek, sistem penjernih, dandang dan turbin.
320
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
Impak EPP ini akan menjana PNK tambahan sebanyak RM13.7 bilion dan mewujudkan 10,000 pekerjaan tempatan dengan sebahagian besarnya disebabkan pembukaan 84 kilang baru untuk memenuhi bekalan BTS yang meningkat menjelang 2020.
EPP 5: Membangunkan Bio-Gas di Kilang Minyak Sawit Rasional Apabila BTS diproses, ini akan menghasilkan sisa buangan kilang minyak sawit (POME). Bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar, POME dirawat sebelum dilepaskan. Ia mengandungi beberapa langkah termasuk penyejukan, pembuangan minyak, rawatan anaerob dan aerob (untuk mengurangkan Biochemical Oxygen Demand (BOD) dan Chemical Oxygen Demand (COD) kepada suatu tahap yang boleh diterima bagi pengairan atau penggunaan tanah). Pereputan anaerob bahan organik di dalam kolam disertai dengan pengeluaran bio-gas yang mengandungi metana (salah satu komponen utama gas asli) yang dilepaskan ke udara. Gas metana ini yang dilepaskan semasa proses pengilangan telah memberikan imej yang negatif kepada industri minyak sawit kerana potensi yang tinggi untuk pemanasan global, di mana dalam tempoh 100 tahun, ianya adalah 20 kali lebih efektif untuk memerangkap haba dalam atmosfera berbanding dengan karbon dioksida dalam tempoh 100 tahun. Oleh kerana gas metana boleh digunakan untuk menjana elektrik, kilang boleh mendapat manfaat dari sumber pendapatan baru ini dan juga daripada program kredit karbon yang ditawarkan di bawah United Nations Framework for Climate Change Convention (UNFCCC). Buat masa ini, hanya 12 kilang di Malaysia telah memulakan pembangunan loji bio-gas. Tindakan Objektif inisiatif ini adalah untuk memastikan bahawa kilang menggunakan gas metana yang dihasilkan untuk menjana elektrik bagi bekalan kepada grid nasional atau untuk penggunaannya sendiri. Kilang perlu memulakan pembangunan loji bio-gas serta merta untuk mendapatkan pendapatan tambahan daripada insentif yang ditawarkan oleh program Clean Development Mechanism (CDM) sebelum ianya luput pada 2012. Loji bio-gas akan dibangunkan di 500 kilang sepanjang 10 tahun akan datang. Daripada jumlah ini, 250 kilang disasarkan untuk membekal elektrik kepada grid nasional menjelang 2020. Sebanyak 233 kilang lagi akan menggunakan bio-gas yang dihasilkan sebagai bahan bakar bagi dandang mereka sendiri. 17 kilang selebihnya akan menggunakan gas metana bagi kedua-dua alternatif. Pembangunan loji bio-gas juga akan membolehkan kilang mendapatkan satu lagi sumber hasil daripada jualan tempurung isirong sawit yang sebelum ini digunakan sebagai bahan bakar. Bagi mempercepatkan pembangunan loji bio-gas, tarif elektrik bagi Renewable Energy Power Purchasing Agreement (REPPA) perlu dinaikkan daripada RM0.21 setiap kilowatt jam kini kepada RM0.35 setiap kilowatt jam. Bagi membantu pekilang persendirian membiayai pembangunan loji bio-gas mereka, terdapat Dana Teknologi Hijau sedia ada yang diwujudkan di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Program Transformasi Ekonomi 321 Hala Tuju Untuk Malaysia
Pembiayaan EPP ini akan dibiayai sepenuhnya oleh pekilang persendirian dan syarikat perladangan dengan kos yang dianggarkan sebanyak RM2.8 bilion. Pelaburan ditumpukan kepada tiga aspek utama dalam pembinaan dan operasi loji bio-gas: membina kemudahan pembakaran gas (bernilai RM1.7 bilion), melabur dalam sambungan kilang kepada grid (bernilai RM845 juta) dan melabur dalam penunu gas (bernilai RM259 juta). Impak EPP ini akan menjana kira-kira RM2.9 bilion PNK tambahan pada 2020 di samping mewujudkan 2,000 pekerjaan dan tidak memerlukan tambahan pembiayaan daripada Kerajaan.
PERKEMBANGAN DAN KEMAMPANAN SEGMEN HIILIRAN Industri ini akan mempercepatkan anjakan aktivitinya daripada huluan kepada hiliran, dengan pelaburan dalam kedua-dua segmen berasaskan makanan dan bukan makanan. Kemajuan aktiviti hiliran akan didorong oleh tumpuan yang lebih kepada segmen produk yang memberikan nilai tinggi, termasuk derivatif oleo dan produk berasaskan makanan dan kesihatan yang terpilih, serta aktiviti mampan seperti minyak bio.
EPP 6: Membangunkan Derivatif Oleo Rasional Segmen hiliran bukan makanan minyak sawit Malaysia lebih tertumpu kepada produk asas oleokimia: asid lelemak, alkohol lelemak, metil ester dan gliserin. Kimia ini digunakan di dalam pelbagai jenis industri. Oleokimia asas membentuk 99% daripada pengeluaran hiliran minyak sawit jenis bukan makanan, manakala 1% disumbangkan oleh derivatif oleo yang dihasilkan daripada oleokimia asas dan digunakan di dalam produk pengguna seperti sabun, bahan cuci dan kosmetik. Walau bagaimanapun, kapasiti pengeluaran bagi dua oleokimia asas, iaitu asid lelemak dan alkohol lelemak, lebih tinggi daripada permintaan global dan jurang ini dijangka tidak akan menurun dalam masa terdekat seperti yang ditunjukkan dalam Carta 9-7. Isu ini diburukkan lagi oleh keadaan di mana bahan ini mempunyai margin keuntungan yang lebih rendah (7% secara purata) berbanding derivatif oleo yang margin keuntungannya lebih tinggi (20% secara purata).
322
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
Carta 9-7
Kapasiti dua oleokimia asas adalah lebih tinggi daripada permintaan global Juta tan metrik Asid lelemak
Alkohol lelemak
6
6
6 4
4
5
2002
2003
2004
2005
5
3
6 2
2006
2007
2.9
Asia Tenggara
1.0 1.0
Kesatuan Eropah
1.8 0.9 0.9
Amerika Utara China
5
8
7
7
0.5 0.5
2
2002
2
2
2
2003
Asia Tenggara
2
2004
2
2
2005
2
2
2
2006
2007
1.0 0.1 0.9 0.9
Kesatuan Eropah
0.6
Amerika Utara China
0.8 0.2 0.2 Permintaan
Kapasiti
Tindakan Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menganjakkan pengeluaran nasional daripada oleokimia asas kepada derivatif oleo bernilai tinggi, daripada 1% daripada bahagian tercatat pada masa ini kepada unjuran 40% daripada bahagian menjelang 2020. Ini akan dicapai dengan menumpukan kepada lima produk utama: agrokimia, surfaktan, pelincir bio, poliol bio dan derivatif gliserol. Menjelang 2020, Malaysia dijangka menguasai 14% permintaan global produk ini pada nilai sebanyak RM25 bilion. EPP ini akan dilaksanakan menerusi lima aktiviti utama: • Menyokong syarikat derivatif oleo tempatan untuk memperluaskan keluaran tempatan; • Memberi insentif kepada syarikat tempatan untuk membina loji melalui usaha sama di luar negara; • Membantu syarikat oleokimia besar menerajui pelaburan dalam segmen produk yang disyorkan; • Mengeksploit sinergi dengan syarikat petrokimia; dan • Menggalakkan pelabur asing membangunkan kilang atau menjalinkan usaha sama di Malaysia.
Program Transformasi Ekonomi 323 Hala Tuju Untuk Malaysia
Selanjutnya, R&D awam dan swasta mesti difokuskan kepada derivatif oleo bernilai tinggi. MPOB dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) akan menyokong pembangunan derivatif oleo tempatan dengan menyediakan dana untuk pelaburan pra-komersial dan dana pengambil alihan teknologi serta memberikan maklumat mengenai pasaran global dan sokongan penyelidikan. Bagi membantu syarikat tempatan memulakan usaha sama luar negara, kami akan memberi insentif cukai bagi pengambilalihan syarikat asing. Tambahan pula, MPOC dan Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menyediakan maklumat mengenai pasaran dan meningkatkan kerjasama dengan pelabur, penyedia teknologi dan pusat penyelidikan utama di universiti luar negara. Syarikat oleokimia di Malaysia akan memperluaskan pelaburan dalam produk derivatif oleo yang disyorkan dan meningkatkan sumbangan pendapatan daripada derivatif sepanjang tempoh 10 tahun akan datang. Industri oleokimia Malaysia juga akan bekerjasama dengan syarikat petrokimia melalui perkongsian bahan mentah utama untuk derivatif oleo dan dengan cara itu meluaskan pelaburan yang perlu merentasi kedua-dua industri tersebut. Bagi menarik pelabur asing membina loji mereka di Malaysia, MIDA dan pihak berkuasa tempatan akan mempromosikan secara agresif lima hab oleo yang dicadangkan, yang masingmasing akan mempunyai kemudahan utiliti berpusat bagi menyokong loji. Pembiayaan EPP ini memerlukan pembiayaan sebanyak RM508 juta dan insentif cukai sebanyak RM84 juta untuk mewujudkan perkara berikut: • Dana pelaburan pra-komersial bagi membiayai loji pra-komersial untuk segmen produk yang disasarkan, dianggarkan sebanyak RM226 juta sepanjang 10 tahun; • Dana pengambilalihan teknologi sebanyak RM282 juta, yang diperuntukkan bagi membantu syarikat oleokimia Malaysia untuk mengambil alih teknologi baru dari luar negara; dan • Insentif cukai bagi pengambilalihan syarikat asing untuk menggalakkan syarikat sedia ada berkembang ke luar negara, yang dijangka bernilai RM84 juta sepanjang 10 tahun. Di samping itu, inisiatif ini akan bergantung kepada pelaburan swasta sebanyak RM10.2 bilion yang diperuntukkan bagi pembinaan 84 loji derivatif oleo untuk 5 produk sepanjang 10 tahun akan datang. Impak Pada 2020, EPP akan menjana PNK tambahan sebanyak RM5.8 bilion dan mewujudkan 5,900 pekerjaan tempatan.
324
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
EPP 7: Mengkomersialkan Bio-Bahan Api Generasi Kedua Rasional Pada 2009 sahaja, industri ini menjana lebih 60 juta tan biomas minyak sawit dalam bentuk BTK, daun pokok dan batang. Potensi biomas, terutamanya bagi BTK sangat kurang digunakan dan amalan industri melalui pembakaran (untuk menghasilkan baja debu tandan), pengkomposan dan sungkupan bukanlah penggunaan terbaik bagi sumber ini sama ada daripada perspektif ekonomi atau persekitaran. Tindakan Objektif EPP ini adalah untuk mempercepatkan pengkomersialan bio-bahan api generasi kedua untuk mendapat faedah daripada biomas yang dijana oleh industri. Berdasarkan kemajuan masa kini, pengeluaran minyak bio menggunakan teknologi biomas kepada cecair adalah salah satu penggunaan biomas bernilai tinggi dan terbaik yang dijana di kilang serta sedia untuk dikomersialkan. Minyak bio boleh digunakan bagi menjana elektrik dengan pembakaran bersama arang dalam loji tenaga, untuk pembakaran dandang dan untuk pembakaran dalam enjin diesel. Minyak bio juga menawarkan potensi menjadi minyak mentah yang baru. Apabila teknologi diperolehi dalam tempoh beberapa tahun lagi, minyak bio boleh ditapis menjadi bahan api hijau bagi pengangkutan seperti diesel hijau, gasolin hijau atau minyak jet hijau di dalam manamana loji penapis minyak petroleum sedia ada atau melalui loji penapisan sendiri yang disambung kepada loji minyak bio. Terdapat dua syarikat swasta di Malaysia yang sudah hampir ke peringkat mengkomersialkan teknologi keluaran minyak bio generasi kedua yang efisyen, seperti yang ditunjukkan di dalam Carta 9-8. Dalam model perniagaan mereka, syarikat tersebut akan membangunkan 29 loji minyak bio di seluruh negara menjelang 2020, yang berpotensi untuk mengeluarkan 3.8 juta tan minyak bio. Syarikat swasta ini akan mengambil bahagian secara usaha sama dengan syarikat perladangan dan menubuhkan loji minyak bio yang berada di lokasi yang sama dengan kilang minyak sawit terpilih untuk memulakan pengeluaran menjelang 2012. Minyak bio seterusnya akan dibekalkan bagi menjana tenaga dan untuk tujuan eksport ke negara yang permintaannya sedang meningkat. Syarikat ini perlu berunding dengan syarikat perladangan bagi memastikan bekalan BTK, bahan mentah asas, adalah mencukupi dan bekalannya berterusan.
Program Transformasi Ekonomi 325 Hala Tuju Untuk Malaysia
Carta 9-8
Model pengeluaran bio-bahan api generasi kedua yang efisyen mempunyai potensi untuk mengeluarkan 3.8 juta tan metrik minyak bio menjelang 2020 untuk memenuhi permintaan global yang meningkat. Model pengagihan dengan setiap loji BTL mengutip biomas daripada 5 kilang (1 di tempatkan bersama, 4 dalam lingkungan 50km)...
BTK: ~1.5 GJ/m 3
…kilang telah dinilai sebagai efisyen pada skala 40-90 tan metrik sejam BTS
BTK Basah
BTS Kering
Minyak Bio
5,100 tan metrik sehari
1,122 tan metrik sehari
561 tan metrik sehari
393 tan metrik sehari
5 kilang minyak sawit 50 km
Minyak-bio: ~20 GJ/m 3
1 loji minyak bio 50 km Pelabuhan
Impak PNK RM Bilion 4.3
2.3
RM 3.3 Bilion
29 loji 3.8 juta tan metrik
Bahan api generasi kedua - tiada kesan buruk ke atas rantaian makanan 3.3
2.0
Bilangan loji minyak bio yang dijangkakan menjelang 2020 Jumlah pengeluaran minyak bio yang dijangkakan menjelang 2020
*
Penggunaan nilai tinggi bahan buangan biomas sawit Pasaran eksport yang besar untuk memenuhi permintaan global minyak bio yang meningkat Penggunaan pelbagai termasuk penjaan kuasa dan haba
Hasil
Kos
EBITDA
Pampasan Sumbangan pekerja PNK
Berpotensi untuk diubah kepada bahan api untuk pengangkutan dalam tempoh 2 tahun
Syarikat ini juga akan terus mengkomersialkan teknologi bagi mengubah minyak bio kepada bahan api untuk pengangkutan menjelang 2014. Mereka akan menggunakan teknologi dari kilang penapis petroleum sedia ada ataupun dengan sistem tunggal yang dihubungkan kepada loji minyak bio dan membekal minyak bio untuk ditukarkan kepada bahan api hijau untuk pengangkutan, iaitu diesel hijau, gasolin hijau dan minyak jet hijau. Pembiayaan EPP ini tidak memerlukan pembiayaan awam dan akan bergantung sepenuhnya kepada pelaburan swasta sebanyak RM3.2 bilion sepanjang tempoh 10 tahun akan datang. Pelaburan ini akan disasarkan kepada pembinaan 29 loji minyak bio dan mendapatkan sumber BTK sebagai bahan mentah. Impak Pada 2020, EPP ini akan menjana RM3.3 bilion PNK tambahan dan mewujudkan 1,000 pekerjaan tempatan.
326
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
EPP 8: Mempercepatkan Pertumbuhan Dalam Segmen Hiliran Berasaskan Makanan dan Kesihatan Rasional Syarikat perladangan sentiasa menganggap aktiviti huluan sebagai perniagaan teras mereka. Kemahiran mereka yang mantap dalam aktiviti huluan dan kekurangan kemahiran pemasaran serta pengetahuan teknikal dalam segmen berasaskan makanan dan kesihatan telah membuatkan keputusan mereka untuk menceburi segmen ini lebih mencabar. Nilai eksport produk huluan merupakan 81.5% daripada jumlah eksport minyak sawit manakala produk hiliran bukan makanan hanya mendapat syer sebanyak 14.5% sementara produk berasaskan makanan dan kesihatan sebanyak 4.0% (Carta 9-9). Beberapa syarikat besar perladangan yang telah menceburi segmen hiliran melalui usaha sama lazimnya tidak memainkan peranan aktif. Penglibatan minimum dalam operasi harian menghalang pemindahan pengetahuan yang signifikan. Di samping itu, beberapa PKS yang telah menceburi segmen di hiliran mempunyai produk yang kompetitif tetapi lazimnya kekurangan kepakaran dalam aspek pembungkusan dan pemasaran produk atau tidak berskala besar untuk bersaing di peringkat global. Industri minyak sawit perlu berganjak kepada aktiviti hiliran (contohnya, produk halal, biskut, aiskrim, tokotrienol, karotenoid and fenolik) bagi mengimbangi kebergantungan masa kini kepada segmen huluan dan mengatasi kekangan tanah untuk pertumbuhan di segmen huluan masa hadapan. Carta 9-9
Majoriti nilai eksport adalah produk huluan Peratus Eksport Hiliran: Makanan Hiliran: Bukan Makanan
4.0 14.5
81.5
Huluan
SUMBER: MPOB
Program Transformasi Ekonomi 327 Hala Tuju Untuk Malaysia
Tindakan Bagi mempercepatkan pertumbuhan dalam segmen hiliran berasaskan makanan dan kesihatan, kami akan menyediakan insentif cukai bagi syarikat Malaysia untuk mengambil alih syarikat makanan asing yang terbukti mempunyai produk dan pasaran yang berjaya. Syarikat Malaysia perlu menguruskan syarikat yang diambil alih dengan cara penglibatan sendiri bagi memastikan pemindahan pengetahuan dalam R&D, pembangunan produk, penjenamaan dan kepakaran pemasaran. Syarikat perladangan besar sangat digalakkan untuk menceburi atau mengembangkan aktiviti produk siap dalam segmen hiliran melalui model syarikat tunjang di mana mereka akan kontrakkan atau menjalankan penyumberluaran pengeluaran mereka kepada syarikat bersaiz kecil dan sederhana (IKS) tempatan terpilih. Sebagai syarikat tunjang, syarikat perladangan utama ini akan melakukan penyelidikan, pembangunan jenama dan menembusi pasaran berkenaan manakala IKS terpilih akan memberi tumpuan kepada aktiviti pengilangan produk. Sebagai permulaan, Sime Darby dan Felda akan menerajui inisiatif ini. Syarikat dalam industri dan IKS yang ingin berkembang secara global boleh memohon geran yang ditawarkan oleh MPOC, yang dinamakan Program for Rebuilding and Improving Malaysian Export (PRIME), untuk membantu syarikat dalam industri perladangan dan IKS di dalam aktiviti promosi eksport. Bagi menyokong anjakan kepada aktiviti hiliran ini, MPOB akan mempertingkatkan penglibatannya di dalam industri dan menyelaraskan aktiviti R&Dnya dengan permintaan pasaran dan permintaan pihak industri. Prestasi aktiviti pengkomersialannya akan diukur berdasarkan jumlah produk yang sebenarnya dikomersialkan, contohnya, di mana produk baru yang dibangunkan akan dibeli oleh pengguna yang dikehendaki. Pembiayaan EPP ini memerlukan pembiayaan awam (sebanyak RM1.4 bilion bagi tempoh 10 tahun) dalam bentuk skim insentif kadar faedah, di mana sehingga 2% kadar faedah daripada pinjaman komersial yang diambil daripada bank tempatan akan ditanggung oleh Kerajaan setelah memenuhi kriteria yang ditetapkan. Insentif cukai bagi pengambilalihan syarikat asing juga disediakan (RM2.3 bilion bagi tempoh 10 tahun) di samping potongan cukai bagi pengiklanan dan promosi yang disasarkan kepada promosi produk hiliran (RM240 juta bagi tempoh 10 tahun). Sektor swasta akan melabur sebanyak RM23.4 bilion untuk membiayai pengambilalihan syarikat asing dan membina 291 loji baru, menaik taraf kemudahan sedia ada IKS dan menyiapkan diri mereka untuk menjadi syarikat tunjang IKS. Impak Pada 2020, EPP ini akan menjana sebanyak RM4.9 bilion PNK tambahan dan mewujudkan 74,900 pekerjaan tempatan berkemahiran tinggi.
328
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
PELUANG PERNIAGAAN Sepanjang 10 tahun akan datang, Malaysia juga akan dipacu oleh pertumbuhan semula jadi industri minyak sawit yang dirangkumkan dalam tiga peluang perniagaan bernilai RM57.6 bilion menjelang 2020. Tambahan kepada itu, kadar inflasi tahunan 2.8% setahun untuk tempoh 10 tahun dijangka menjana RM17.0 bilion berdasarkan kepada PNK yang dijana oleh industri minyak sawit pada 2009. Oleh itu, nilai keseluruhan peluang perniagaan pada 2020 adalah sebanyak RM74.6 bilion.
Peluang Perniagaan 1: Pengembangan Aktiviti Huluan Sedia Ada Bidang tumpuan pertama adalah pengembangan aktiviti huluan sedia ada, yang dijangka menjana RM44.8 bilion PNK tambahan menjelang 2020. Pertumbuhan ini akan didorong oleh dua faktor utama: pengembangan syarikat perladangan Malaysia di luar negara dan pertumbuhan organik dalam tahap hasil. Pada masa ini, syarikat Malaysia memegang kira-kira 1.3 juta hektar ladang minyak sawit di luar negara, termasuk 1 juta hektar di Indonesia. Oleh kerana pengembangan keluasan ladang di Malaysia semakin perlahan (3.3% setahun daripada 2000 hingga 2009 berbanding 2.5% yang dijangka daripada 2010 hingga 2020) disebabkan kurangnya tanah sesuai untuk pertanian, maka syarikat Malaysia dijangka akan melabur secara lebih agresif di dalam ladang di luar negara. Menjelang 2020, syarikat perladangan Malaysia akan mempunyai tambahan 2 juta hektar di Indonesia, beberapa bahagian lain di Asia Tenggara dan Afrika Barat. Ini menyumbangkan tambahan sebanyak RM17.6 bilion kepada PNK menjelang 2020 dan memerlukan jumlah pelaburan swasta sebanyak RM17.6 bilion sepanjang 10 tahun akan datang. Pertumbuhan organik dalam tahap hasil akan menjadi faktor utama untuk mendorong pembangunan segmen huluan. Bahan tanaman akan menjadi lebih baik disebabkan penggunaan meluas klon yang berkualiti, biji benih hibrid, biji benih dwi klonal dan separa klonal serta pemulihan tanaman yang lebih baik melalui penambahbaikan marginal dalam amalan kutipan buah sawit. Berikutan itu, syarikat perladangan dan pekebun kecil berkelompok akan meningkatkan produktiviti mereka secara berperingkat. Ini akan menjana sumbangan tambahan sebanyak RM27.2 bilion kepada PNK pada 2020. Justeru, jumlah PNK tambahan yang disumbangkan oleh peluang perniagaan ini pada 2020 adalah RM44.8 bilion.
Peluang Perniagaan 2: Pembangunan Aktiviti Hiliran Sedia Ada Malaysia ialah pengeluar utama global dalam oleokimia asas, dengan pengeluaran sebanyak 2.8 juta tan daripada jumlah tahunan keluaran global sebanyak 12.2 juta tan. Pertumbuhan dalam segmen bukan makanan akan didorong oleh pengembangan oleokimia asas. Bahan mentah yang mencukupi, kos operasi yang lebih rendah dan peningkatan permintaan serantau yang meningkat dijangka menganjakkan lagi pengeluaran di Asia Tenggara di masa hadapan. Segmen makanan, walaupun lebih kecil, akan berkembang akibat peningkatan permintaan pengguna bagi makanan siap bungkus. Keperluan pembiayaan bagi peluang perniagaan ini ialah sebanyak RM46.9 bilion, yang akan datang sepenuhnya daripada sektor swasta. Pelan pelaburan hiliran syarikat utama akan menyumbang kepada PNK tambahan sebanyak RM11.2 bilion menjelang 2020 di samping mewujudkan 26,500 pekerjaan tambahan.
Program Transformasi Ekonomi 329 Hala Tuju Untuk Malaysia
Peluang Perniagaan 3: Pembangunan Aktiviti Bio-Diesel Nasional Terdapat 25 loji bio-Disel di dalam negara dengan jumlah kapasiti 2.6 juta tan. Walau bagaimanapun, pengeluaran masa kini hanyalah sejumlah 228,000 tan di mana hampir kesemuanya untuk dieksport. Jumlah penggunaan tempatan adalah amat kecil kerana kos pengeluaran bio-diesel lebih tinggi daripada harga runcit diesel di pam stesyen minyak; subsidi Kerajaan sebanyak 19.6 sen seliter diperlukan untuk membolehkan pengeluar mendapatkan pulangan modal. Di serata dunia, negara-negara sedang mengambil langkah aktif untuk melaksanakan penggunaan bio-diesel mandatori, disokong oleh insentif Kerajaan di antara RM1.20 hingga RM2.50 seliter. PNK tambahan bagi peluang ini dijangka datang daripada pengenalan penggunaan mandatori campuran 5% bio-diesel dengan diesel petroleum (B5) di Malaysia yang bermula 2011, jangkaan peningkatan tambahan campuran kepada 10% bio-diesel dengan diesel petroleum (B10) dan pertumbuhan eksport. Peluang perniagaan ini akan menghasilkan PNK tambahan sebanyak RM1.6 billion menjelang 2020 dan mewujudkan sebanyak 2,100 pekerjaan tambahan. Selain daripada manfaat ekonomi, peluang ini akan memperkukuhkan lagi komitmen Malaysia untuk mengurangkan pencemaran gas rumah hijau dalam dekad yang akan datang.
330
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
PEMBOLEH LAZIM Aktiviti huluan minyak sawit adalah berintensifkan tenaga buruh dan oleh itu, sangat bergantung kepada penawaran dan produktiviti pekerja. Bagi meningkatkan pengeluaran purata tahunan kepada 26.2 tan sehektar, penuaian lebih 5 juta hektar pokok matang menjelang 2020 diperlukan; dengan andaian produktiviti seorang penuai sebanyak 1.5 tan sehektar, industri memerlukan 289,000 pekerja. Kini terdapat 187,000 penuai di dalam negara dan justeru, industri akan memerlukan pertambahan 102,000 penuai untuk memenuhi sasaran sekiranya tiada penggantian dalam mekanisasi atau peningkatan produktiviti pekerja. Pada Februari 2010, peserta daripada kedua-dua sektor awam dan swasta telah menghadiri bengkel industri sawit yang dianjurkan oleh MPOB bagi menangani isu, prestasi dan kemampanan buruh dalam industri. Bengkel memberi tumpuan kepada: (1) usaha bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing dengan menarik pekerja tempatan ke dalam industri; dan (2) mengenal pasti cara untuk meningkatkan penggunaan jentera dalam sektor kelapa sawit. Bengkel mencadangkan syarikat memperbaiki kemudahan dan keadaan pekerjaan bagi menarik buruh tempatan dan juga mempergiatkan pembangunan dan melaksanakan penggunaan jentera. Cadangan itu termasuk pemberian insentif daripada Kerajaan kepada syarikat untuk mengambil pekerja tempatan. Beberapa tindakan telah dikenal pasti untuk pelaksanaan segera oleh pelbagai pihak yang berkepentingan dan mekanisme pemantauan telah diadakan bagi mengesan kemajuan. Pada masa ini, industri ini cenderung ke arah huluan dan dengan itu terdapat jurang yang besar berhubung pengetahuan dan kemahiran dalam segmen hiliran makanan dan bukan makanan. Melalui lapan EPP yang dicadangkan, 80,000 pekerjaan mahir baru akan diwujudkan dalam segmen hiliran menjelang 2020. Pemboleh EPP tertentu yang diperlukan bagi memenuhi keperluan masa depan adalah seperti berikut: • Meningkatkan bilangan kursus universiti dan graduan di dalam bidang kejuruteraan kimia, kejuruteraan bio, sains makanan, teknologi makanan, pemakanan dan kesihatan, sains pertanian, kejuruteraan pertanian dan pentadbiran perniagaan pertanian serta ekonomi, kewangan dan pemasaran, R&D produk dan reka bentuk produk. Anggaran jumlah graduan yang diperlukan oleh industri ini sepanjang 10 tahun akan datang ialah: 18,000 pemegang diploma, 55,000 pemegang ijazah, 6,000 pemegang ijazah sarjana dan 1,000 pemegang PhD; • Meluaskan program insentif Brain Gain Malaysia sedia ada kepada ahli sains dan juruteknologi makanan Malaysia, pakar pemasaran barangan pengguna yang laris, jurutera kimia perindustrian dan jurutera bio daripada syarikat makanan dan syarikat hiliran bukan makanan global yang tinggal di luar negara; dan • Syarikat dalam industri dan jabatan serta agensi Kerajaan seperti MPOB dan MPOC perlu memainkan peranan utama dalam mengumpulkan maklumat seperti risikan perniagaan, risikan produk, risikan kompetitif dan pembangunan sains dan teknologi produk untuk berada di hadapan di dalam industri.
Program Transformasi Ekonomi 331 Hala Tuju Untuk Malaysia
PEMBIAYAAN Pembangunan masa depan industri minyak sawit akan diterajui oleh sektor swasta, dengan bersandarkan kepada kekuatan kewangan dan operasi syarikat perladangan besar. Lapan inisiatif EPP yang dikenal pasti itu memerlukan pembiayaan terkumpul RM59.7 bilion sepanjang 10 tahun akan datang, yang mana RM56.8 bilion (atau 95%) daripadanya akan dibiayai oleh sektor swasta, seperti yang ditunjukkan dalam Carta 9-10. Jumlah pembiayaan awam dalam bentuk perbelanjaan modal Kerajaan bagi kesemua EPP berjumlah RM2.9 bilion sepanjang 10 tahun. Tambahan RM2.6 bilion diperlukan dalam bentuk insentif cukai bagi mempromosikan pembangunan sektor swasta. Keperluan pembiayaan bagi peluang perniagaan ini berjumlah RM64.5 bilion, yang datang sepenuhnya dari sektor swasta. Pembiayaan ini akan digunakan bagi pengembangan aktiviti huluan, termasuk pelaburan dalam ladang di luar negara di samping pembangunan lanjut aktiviti hiliran seperti oleokimia dan segmen makanan. Jumlah keperluan pembiayaan bagi NKEA Minyak Sawit ialah sebanyak RM124.2 bilion menjelang 2020. Carta 9-10
Bagi lapan EPP, pelaburan RM59.7 bilion diperlukan, yang mana 5% akan datang dari sektor awam 95% pembiayaan EPP dianggarkan datang dari sektor swasta
Pecahan pembiayaan antara EPP dengan peluang perniagaan
RM bilion
RM bilion
56.8
59.7
Tidak termasuk RM2.6 bilion insentif cukai untuk memudahkan pembangunan sektor swasta
64.5
124.2
59.7
2.9 Awam % daripada jumlah 5
Swasta
95
Jumlah
EPP % daripada jumlah 48
Peluang Jumlah Perniagaan 52
332
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
TADBIR URUS DAN PENYAMPAIAN Kejayaan pelaksanaan EPP dan peluang perniagaan bergantung kepada pemilikan dan kebertanggungjawaban. Bagi memastikan pemilikan dan kebertanggungjawaban yang wajar, satu pemilik telah dikenal pasti bagi setiap inisiatif. Tambahan pula, pelan penyampaian yang terperinci yang mengandungi maklumat pelaksanaan, jadual pelaksanaan, petunjuk prestasi utama dan sasaran di samping pelan risiko dan mitigasi telah dibangunkan bagi setiap EPP. Gambaran keseluruhan agensi yang bertanggungjawab ke atas pelbagai inisiatif adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 9-1. Jadual 9-1
EPP
Pemilik Peneraju inisiatif
Pihak berkepentingan yang lain
Mempercepatkan tanaman semula kelapa sawit
Ketua Pengarah MPOB
Syarikat perladangan Pekebun kecil
Meningkatkan hasil buah tandan segar
Ketua Pengarah MPOB
Syarikat perladangan Pekebun kecil
Meningkatkan produktiviti pekerja
Ketua Pengarah MPOB
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pengilang Cantas™ Pengeluar/Pengimport pengasah berlian Pengimport kerbau Syarikat perladangan
Meningkatkan kadar perahan minyak
Ketua Pengarah MPOB
Syarikat perladangan Pekilang persendirian dan pelumat
Membangunkan bio-gas di kilang minyak sawit
Ketua Pengarah MPOB
Syarikat perladangan Pekilang persendirian
Membangunkan derivatif oleo
Ketua aktiviti hiliran Sime Darby, IOI, KLK dan Felda
MPOB Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri MIDA MPOC
Mengkomersialkan bio-bahan api generasi kedua
Premium Renewable Energy Sdn Bhd Genting Berhad
Syarikat perladangan
Mempercepatkan pertumbuhan dalam segmen berasaskan makanan dan kesihatan
Ketua Pengarah MPOB
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri MIDA Syarikat perladangan
Program Transformasi Ekonomi 333 Hala Tuju Untuk Malaysia
Model Tadbir Urus Efektif Satu model tadbir urus telah dibina untuk memastikan pelaksanaan EPP yang efektif dan peralihan lancar antara perancangan dan pelaksanaan. Sekretariat NKEA Minyak Sawit akan diwujudkan dan ditempatkan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Ia akan bekerjasama dengan Unit ETP dan pemilik EPP untuk penyampaian termasuk isu pelaksanaan yang berpandukan petunjuk prestasi utama dan jadual penyampaian. Sekretariat NKEA Minyak Sawit akan diperuntukkan kakitangan yang akan mengawasi setiap EPP secara mingguan dan melapor kepada Jawatankuasa Pemandu NKEA Minyak Sawit. Jawatankuasa Pemandu akan dipengerusikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Carta 9-11
Tadbir Urus NKEA Minyak Sawit
Unit ETP, PEMANDU
Perdana Menteri
Jawatankuasa Pemandu NKEA
Jawatankuasa Pemandu Pengerusi: Menteri Peneraju (Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi) Ahli
Sekretariat Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
• Ketua Setiausaha, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi • Setiausaha Bahagian, Bahagian Kemajuan Industri Minyak Sayuran, Lelemak dan Sago
Peringkat EPP
Mempercepat Memperting -kan -katkan hasil tanaman BTS semula
Memperting -katkan produktiviti pekerja
Memperting -katkan hasil KPM
Loji biogas di kilang
Membangun -kan derivatif oleo
Mengkomer -sialkan bio bahan api generasi kedua
Perkemban -gan segmen hiliran berasaskan makanan dan kesihatan
Ringkasan NKEA Minyak Sawit • Impak peningkatan PNK pada 2020 • Tambahan pekerjaan pada 20201
RM125.3 billion 41,600
• Sasaran kritikal dan pencapaian penting dalam tempoh 6 hingga 12 bulan • Polisi untuk memastikan penanaman semula secara mandatori bagi syarikat perladangan dan pekebun kecil dan penguatkuasaan Kod Amalan (COP MPOB, MSGAP, RSPO, amalan terbaik syarikat) dilaksanakan • Cantas™ dikeluarkan pada harga maksimum RM2,500 seunit dan mencapai kapasiti pengeluaran sebanyak 20,000 unit setahun menjelang 2015 • Memastikan pemilihan berkaitan dengan pengimport tempatan dan pembekal bagi kerbau untuk syarikat perladangan dan pekebun kecil di Malaysia diselesaikan. • Semua pegawai penggred MPOB ditugaskan di kilang yang berprestasi rendah • Pembekal teknologi loji bio-gas terbaik dikenal pasti dan projek 30 loji bio-gas di kilang seluruh Malaysia dimulakan • Dana pelaburan pra-komersialan dan dana pengambilalihan teknologi derivatif oleo serta insentif cukai pengambilalihan syarikat asing diwujudkan • Loji minyak bio komersial pertama mula dibina
1 Ini termasuk pengurangan 110,000 pekerja asing di dalam NKEA, oleh itu kesannya sebanyak 151,600 pekerjaan tempatan dijangka diwujudkan
334
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
Fokus Khas: Industri Getah Industri getah Malaysia menyumbangkan sebanyak RM18.5 bilion kepada PNK pada 2009 (tidak termasuk sumbangan daripada kayu getah sebanyak RM7.11 bilion). Industri ini merentasi kesemua rantaian nilai daripada perladangan huluan kepada aktiviti pengeluaran getah hiliran. Getah boleh dikatakan sebagai tanaman komoditi kedua utama Malaysia selepas kelapa sawit dan Malaysia merupakan negara pengeluar getah asli ketiga terbesar di dunia selepas Indonesia dan Thailand serta mempunyai asas segmen hiliran yang mantap di mana Malaysia mengeluarkan sebahagian besar daripada pengeluaran sarung tangan getah dunia. Terdapat banyak cabaran sedia ada yang dihadapi dan perlu diatasi oleh industri getah Malaysia menjelang 2020. Kami mengakui bahawa industri getah perlu melaksanakan strategi efektif bagi menghadapi cabaran global dan mengambil peluang yang ada untuk kekal kompetitif. Oleh itu, industri getah diberi fokus khas di bawah ETP dengan sasaran pertumbuhan sekurang-kurangnya 6% setahun menjelang 2020.
DEFINISI INDUSTRI GETAH Pada 2009, jumlah penggunaan tanah bagi tujuan pertanian Malaysia adalah 6.6 juta hektar. Industri getah menggunakan sebanyak 1.02 juta hektar tanah pertanian di Malaysia (lebih kurang 78% getah yang ditanam adalah di Semenanjung Malaysia) dengan pengeluaran getah asli tahunan sebanyak 857,000 tan metrik. Kebanyakan tanah getah ini iaitu sebanyak 94% (0.96 juta hektar) dimiliki oleh 414,430 pekebun kecil persendirian dan pekebun kecil berkelompok dengan kawasan tanaman purata sebanyak 2.3 hektar. Jurang produktiviti pengeluaran getah asli antara pekebun kecil dan syarikat perladangan adalah ketara iaitu purata 1.44 tan metrik sehektar berbanding 1.61 tan metrik sehektar setahun. Produktiviti pengeluaran purata Malaysia ialah sebanyak 1.45 tan metrik sehektar setahun pada 2009. Bagi segmen hiliran, terdapat 348 syarikat pengilang produk getah di Malaysia (tahun 2009). Ini termasuk 125 pengilang produk lateks, 154 pengilang barangan getah am, 31 pengilang barangan getah industri, 17 pengilang kasut dan pengilang komponen, 11 pengilang tayar dan 10 pengilang tiub dalaman. Kami merupakan pengeluar terbesar dunia bagi sarung tangan getah dan menguasai 63% bahagian pasaran daripada 150 bilion sarung tangan getah yang dihasilkan di seluruh dunia (statistik bagi tahun 2009). Kami juga memainkan peranan, walaupun kecil, dalam pasaran tayar global dengan menguasai bahagian pasaran global sebanyak 1%.
Program Transformasi Ekonomi 335 Hala Tuju Untuk Malaysia
PENILAIAN PASARAN Permintaan global bagi getah telah meningkat pada kadar pertumbuhan terkumpul sebanyak 1.8% sepanjang 10 tahun yang lalu, didorong oleh pertumbuhan permintaan bagi getah asli. Pada masa kini, China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia bagi getah asli yang menyumbang lebih daripada 25% jumlah eksport getah asli Malaysia. Secara keseluruhan, eksport getah Malaysia meningkat pada pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 12% dalam dekad yang lepas, dengan kadar pertumbuhan tertinggi dicatatkan oleh segmen produk getah industri, yang berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 39.7%. Walaupun prospek pasaran bagi industri getah adalah baik, industri getah Malaysia sedang menghadapi cabaran yang akan menyekat pertumbuhan industri secara signifikan: • Pengurangan kawasan untuk getah: Walaupun permintaan global telah meningkat, kawasan ladang getah Malaysia telah semakin berkurangan pada kadar pertumbuhan terkumpul tahunan negatif sebanyak 2.9% sepanjang 10 tahun yang lepas. Ini disebabkan oleh pertukaran penggunaan tanah bagi getah kepada tanaman atau aktiviti ekonomi lain; • Produktiviti rendah: Produktiviti kekal rendah disebabkan kewujudan klon yang tua dan rendah hasilnya, penanaman klon yang tidak disyorkan dan kurangnya penggunaan jentera pengumpulan lateks yang berteknologi; • Kapasiti pemprosesan yang berlebihan: Kekurangan bahan mentah yang dihadapi oleh kilang pemprosesan menyebabkan peningkatan dalam kapasiti pengeluaran berlebihan dan penurunan dalam produktiviti; • Kekurangan buruh: Kadar penggantian buruh yang tinggi bersertakan kesulitan dalam menarik masuk buruh tempatan mengakibatkan kekurangan buruh; dan • Kekurangan bekalan gas asli bagi industri produk getah: Terdapat kekurangan bekalan gas asli pada masa kini bagi pengembangan industri sarung tangan getah dan lateks getah.
336
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
SASARAN DAN ASPIRASI Kami berazam untuk meningkatkan sumbangan masa kini industri getah kepada PNK daripada RM18.5 bilion kepada RM49.7 bilion menjelang 2020 (Carta 9-12) bagi membantu memacu Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Kami merancang untuk mencapai PNK ini melalui pelaksanaan tiga projek. Sebahagian besar nilai PNK tambahan industri ini (56%) akan datang daripada pertumbuhan produk hiliran sedia ada bernilai RM17.6 bilion pada 2020 dengan anggaran pertumbuhan garis dasar sebanyak RM6.0 bilion untuk dekad yang akan datang. Carta 9-12
Lembaga Getah Malaysia mengenal pasti tiga projek yang kami jangka akan menyumbangkan peningkatan PNK sebanyak RM31.2 bilion menjelang 2020 Impak PNK RM bilion 6.0 Sumbangan peningkatan PNK ~ RM 31.2 bilion (100% sasaran dicapai)
17.6
49.7
1.8
RM31.2 bilion 5.8 18.5
2009 (semasa) Pembangunan huluan
Pertumbuhan produk hiliran sedia ada
Pengenalan produk hiliran baru
Pertumbuhan minimum
PNK 2020
Program Transformasi Ekonomi 337 Hala Tuju Untuk Malaysia
3 Projek Dikenal Pasti untuk Menyumbang kepada Peningkatan PNK sebanyak RM31.2 bilion Kami telah mengenal pasti tiga projek untuk menangani cabaran kepada pertumbuhan dengan menstabilkan penggunaan kawasan getah dan meningkatkan hasil, mempercepatkan pertumbuhan produk hiliran dan memperkenalkan produk getah baru.
Projek 1: Menstabilkan Kawasan Getah dan Meningkatkan Hasil Mengekalkan kawasan perladangan getah di Malaysia pada kira-kira 1 juta hektar: • Mengenal pasti zon sebesar 1 juta hektar bagi getah di Semenanjung Malaysia (700,000 hektar), Sarawak (200,000 hektar) dan Sabah (100,000 hektar); • Meningkatkan kawasan tanaman semula tahunan daripada 20,000 hektar kepada 40,000 hektar; • Penggunaan tanah yang sesuai untuk penanaman di Sabah dan Sarawak pada kadar 10,000 hektar setahun; • Mengembangkan ladang getah di Sabah dan Sarawak kepada 20,000 hektar setahun; dan • Mengubah 80% tanah kecil dan terbiar kepada ladang getah menjelang 2020. Meningkatkan hasil purata lateks melalui: • Penggunaan klon berhasil tinggi dan sesuai untuk mencapai hasil 1.8 tan metrik sehektar setahun; memaksimumkan penggunaan musim untuk menoreh pada kadar 85% daripada hari boleh menoreh; dan memadatkan penanaman getah untuk mencapai 550 pokok sehektar; • Memastikan pengeluaran klon berhasil tinggi yang bersesuaian untuk segmen hiliran dan menggunakannya bagi 100% tanaman semula dan tanaman baru menjelang 2015; dan • Mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing sebanyak 5% setahun.
338
Bab 9 Memuncakkan Industri Minyak Sawit
Projek 2: Mempercepatkan Pertumbuhan Produk Hiliran Meningkatkan pendapatan daripada Standard Malaysian Rubber (SMR) dan produk lateks sebanyak 7% dalam masa 10 tahun akan datang dengan meningkatkan pengeluaran lateks pekat kepada 300,000 tan metrik setahun menjelang 2020. Meningkatkan pendapatan daripada tayar sebanyak 10% sepanjang 10 tahun akan datang: • Mengitar semula tayar terpakai supaya terdapat pengurangan dalam jenis pakai buang sebanyak 10% setahun; dan • Meningkatkan pengeluaran tayar sebanyak 10% setahun. Meningkatkan pendapatan daripada produk getah lain sebanyak 6% sepanjang 10 tahun akan datang: • Meningkatkan pengeluaran getah berciri istimewa (specialty rubber) dan produk tambah nilai kepada 300,000 tan; • Mengurangkan kos pemprosesan sebanyak 30%; • Menambahkan bahagian pasaran global bagi kesemua jenis sarung tangan getah sebanyak 10% setahun; dan • Menambahkan penyertaan pekerja tempatan sebanyak 5% setahun.
Projek 3: Memperkenalkan Produk Getah yang Baru Menjana pendapatan baru pada kadar pertumbuhan 7% setahun menerusi pengenalan produk baru, contohnya, mempelbagaikan dan mengembangkan produk getah kering untuk menambahkan pendapatan eksport kepada RM5 bilion menjelang 2020. Pelaksanaan projek ini akan mengubah lanskap industri getah Malaysia dengan memastikan ia kekal sebagai salah satu tanaman utama dan menyumbang kepada aspirasi Malaysia untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.