619
BAB 13 PROFESIONALISME, KOMPETENSI DAN MEKANISME PEMANTAUAN KUALITI GURU
13.1 Pengenalan Bab ini membincangkan pendekatan yang difikirkan terbaik dan sesuai bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan kompetensi seseorang guru kerana pengajaran yang efektif berkait rapat dengan cara gaya, kemahiran, komitmen dan pendekatan pengajaran guru itu sendiri. William (1996) menyatakan amalan guru di bilik darjah adalah signifikan dalam menentukan kualiti pengajaran mereka. Ini bermakna proses menjadikan seseorang guru menjadi lebih kompeten perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap profesionalisme dan kompetensi guru-‐guru dilaksanakan secara berterusan. Ini bermakna semua guru termasuk guru-‐guru baharu, guru-‐guru kanan mata pelajaran, guru-‐guru cemerlang, guru-‐guru penolong kanan dan Pengetua/Guru Besar perlu diberi latihan secara berterusan untuk menjadikan mereka lebih kompeten dan profesional. 13.2 Objektif Objektif bab ini adalah; •
Untuk menjelaskan isu-‐isu utama berkaitan profesionalisme, kompetensi dan pemantauan profesionalisme guru.
•
Untuk memaparkan dapatan kajian yang berkaitan dengan profesionalisme, kompetensi dan pemantauan profesionalisme guru.
•
Untuk mencadangkan dasar dan mekanisme bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru di Malaysia.
620
13.3 Isu-‐Isu Utama Isu-‐isu utama yang diberi tumpuan dalam perbincangan ini adalah berkaitan Anjakan ke-‐ 4 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, iaitu Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan. a) Cabaran untuk melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah disiplin dan gejala sosial, melaksanakan pengurusan sekolah yang berkesan, merealisasikan harapan masyarakat yang tinggi dan sebagainya. Dalam menangani cabaran ini, para guru perlu mempunyai semangat juang yang kuat dan sentiasa bersedia untuk mengadaptasikan diri dengan perubahan. Persoalannya, adakah guru di Malaysia memiliki kesediaan menangani cabaran-‐cabaran perubahan itu sendiri dan bagaimanakah mekanisme pemantauan dilaksanakan bagi memastikan guru-‐ guru telah melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan bagi melaksanakan sesuatu perubahan yang dirancang oleh pihak KPM. b) Penilaian dan pemantauan terhadap kompetensi guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Isu ini agak kritikal bila merujuk kepada Laporan Jemaah Nazir yang mendapati sebahagian guru di Malaysia masih berada pada Tahap HARAPAN (52%), MEMUASKAN (31%) yakni tahap yang masih boleh diperbaiki (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM, 2013). Hanya 12% berada pada taraf BAIK dan CEMERLANG. Dengan erti kata lain, masih terdapat beberapa kelemahan guru yang perlu diperkasakan. Laporan tersebut juga memaparkan secara keseluruhannya, 31% taraf Pengajaran dan Pembelajaran adalah MEMUASKAN dan hampir 5% LEMAH. Aspek kelemahan yang telah dikenal pasti adalah berkaitan dengan pembelajaran berpusatkan murid secara “hands-‐on” yang kurang dipraktikkan. Sementara itu laporan tersebut juga menemukan bahawa pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran masih kurang dilaksanakan sepenuhnya di dalam bilik darjah. Daripada penilaian yang dilakukan ke atas aspek-‐aspek kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Standard 4: Pembelajaran dan Pengajaran, iaitu aspek-‐aspek 4.1 hingga 4.9 (penglibatan murid, penguasaan pembelajaran murid, hasil kerja murid, perancangan dan persediaan guru, kaedah penyampaian, kemahiran komunikasi, penggunaan sumber pendidikan, penilaian dan teknik penyoalan), didapati sebanyak 30% masih berada pada skor MEMUASKAN dan ke bawah, manakala teknik penyoalan yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah adalah berbentuk soalan aras rendah dan kurang mencabar pemikiran kreatif dan kritis murid. Kajian ini mencadangkan antara cabaran-‐cabaran yang perlu ditangani oleh pengurusan pendidikan di Malaysia ialah:-‐
621
• Memperkasakan kepimpinan instruksional dalam kalangan pemimpin sekolah di setiap peringkat pengurusan; • Perubahan dari segi pendekatan pengajaran dan pembelajaran ke arah berpusatkan murid yang berorientasikan proses pembelajaran dan proses berfikir yang bukan berorentasikan peperiksaan; • Kemenjadian murid seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan aspirasi murid perlu dicapai; dan • Melonjakkan mutu pendidikan untuk mencapai tanda aras bertaraf antarabangsa. c) Matlamat untuk mengangkat dan memartabatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia dan melahirkan guru berkualiti berasaskan kepada aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-‐2025 (PPPM). d) Pemilihan calon-‐calon guru yang berkualiti bagi memastikan hanya guru terbaik sahaja yang dapat dipasarkan di pasaran. Anjakan ini memungkinkan proses pengambilan calon guru yang lebih berwibawa di peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi Awam/Swasta (IPTA/ IPTS). Ini akan menjadikan kerjaya guru sebagai kerjaya pilihan dan rebutan seperti yang berlaku di negara-‐negara maju. e) Sistem pendidikan di Malaysia juga berhadapan dengan masalah yang timbul disebabkan oleh pelbagai tafsiran dan pemahaman yang melibatkan penggubal dasar. Pelbagai tafsiran dan pemahaman tersebut diandaikan berpunca daripada: • Kepelbagaian tahap kepimpinan di setiap peringkat terutamanya dari segi politik dan latar belakang pendidikan; • Setiap kali berlaku pertukaran kepimpinan sering berlaku perubahan mengenai pendekatan pelaksanaan sesuatu dasar; • Penggubalan dasar yang dibuat mengikut tekanan ahli politik dan tidak bersandarkan kepada fakta empirikal dan ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan; dan • Tahap profesionalisme keguruan yang sewajarnya perlu dicapai oleh guru. f) Memperkasa perkhidmatan perguruan bagi mencapai hasrat untuk melahirkan Pasukan Guru Malaysia yang mempunyai ciri-‐ciri berikut: • Kekentalan semangat keguruan; • Ketinggian ilmu akademik dan profesionalisme; • Kompetensi;
622
Kemahiran; Kepakaran; Dedikasi; dan Komitmen.
• • • •
13.4 Memperkasakan Guru Aspek pemerkasaan guru perlu mengambilkira elemen berikut: i. ii. iii. iv.
Memantap dan memperteguh profesyen keguruan dari aspek keilmuan, profesionalisme, kemahiran, kepakaran; Mengukuhkan iltizam dari aspek ketepatan visi, kesesuaian misi dan keberkesanan fungsi; Menggagahkan perwatakan guru bercirikan keikhlasan, kesungguhan, keberanian, ketegasan; dan Meninggikan imej keguruan dari aspek pengiktirafan, kemuliaan peribadi dan prestij guru.
Di samping itu, elemen yang mendasari keteguhan Profesionalisme Keguruan adalah sejauhmana seseorang guru melalui proses latihan ikhtisas dan ilmu serta kemahiran yang diperoleh dari institusi latihan guru. Dalam ertikata lain untuk menjadikan kerjaya perguruan sebagai suatu profesion “ teguh” seseorang guru itu perlu: • • • • •
Telah mengikuti program pengajian tinggi formal; Telah dilatih mendapatkan kemahiran tertentu; Mengamalkan pengajaran berasaskan beberapa teori; Mempraktikkan ilmu secara berterusan; Mengamalkan etika profesyen .
Profesion keguruan seperti juga profesion-‐profesion yang lain menuntut ahlinya untuk mengamalkan budaya pembelajaran berterusan dari segi: • • • • • • • •
Pertambahan ilmu; Pertambahan pengetahuan; Pertambahan kemahiran; Pertambahan kepakaran; Penguasaan Perubahan teknologi; Penghayatan budaya; Kepekaan terhadap perubahan masyarakat; Kemahiran menangani perubahan ragam murid;
623
Dalam konteks pemerkasaan profesyen guru, para guru perlu sentiasa menginsafi dan menghayati kemuliaan profesyen guru itu sendiri. Kemuliaan fungsi profesion keguruan, termasuklah mendidik, melatih, memimpin, mengasuh dan mengajar generasi muda untuk menyebarkan ilmu dan kemahiran, pengekalan tradisi, pengwujudan perubahan ke arah meningkatkan martabat bangsa dan negara. Selain itu fungsi profesion keguruan penting untuk: • • • • •
Meniupkan dan meningkatkan semangat patriotik murid; Menyedarkan murid tentang aspek berkaitan kenegaraan; Mengasuh dan membimbing murid memahami dan menghayati kemerdekaan negara; Menyedarkan murid tentang pengorbanan generasi terdahulu dalam meneroka, membangun dan memajukan negara; Memberikan kefahaman tentang kegemilangan sejarah yang telah menyumbang kepada pembinaan negara bangsan yang berdaulat.
13.5 Sekolah Berkesan Sekolah berkesan adalah aspirasi yang perlu diberikan penumpuan sebagai salah satu elemen untuk mengangkat martabat dan harakat pendidikan di Malaysia ke tahap lebih gemilang. Model Sekolah Berkesan mengetengahkan kreteria berikut; i. Kepimpinan profesional; ii. Pengkongsian visi dan matlamat; iii. Persekitaran pembelajaran; iv. Penumpuan kepada pembelajaran dan pengajaran; v. Pengajaran berkesan; vi. Harapan yang tinggi; vii. Peraturan positif; viii. Kemajuan pemantauan; ix. Hak dan tanggungjawab murid; x. Kerjasama rumah sekolah; dan xi. Organisasi belajar. Sekolah berkesan perlu dilengkapkan dengan keupayaan Pengetua untuk mengurusnya. Ini disebabkan Pengetua sekolah merupakan enjin penggerak yang menyokong dinamika sesebuah institusi pendidikan itu sendiri. Pengetua yang mempunyai aras kompetensi yang tinggi berupaya menggerakkan para guru dan murid untuk mencapai aspirasi pendidikan berkualiti. Terdapat sembilan bidang di bawah Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, iaitu:
624
i. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi; ii. Pengurusan Kurikulum; iii. Pengurusan KoKurikulum; iv. Pengurusan Hal-‐Ehwal Murid; v. Pengurusan Kewangan; vi. Pengurusan Pentadbiran Pejabat; vii. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal; viii. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia; dan ix. Pengurusan Pembangunan Luar. Sementara itu, para guru pula perlu mengamalkan piawaian yang standard dalam amalan pengajaran dan pembelajaran . Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan beberapa kriteria yang merangkumi aspek berikut; i. Kepimpinan Berkesan; ii. Mengutamakan Instruksional; iii. Berwawasan; iv. Menterjemah Dasar; v. Merancang dan Melaksanakan; vi. Komunikasi; vii. Menangani Krisis; viii. Urustadbir yang Cekap; ix. Pembangunan ETOS; dan x. Keberhasilan Akademik. 13.6 Dapatan Kajian Melalui Seminar dan Analisis Dokumen 1. Profesionalisme Guru Pembangunan profesionalisme guru adalah bertujuan untuk mengekal dan mempertingkat kualiti guru dan peranan kepemimpinan mereka. Pembangunan profesionalisme juga usaha-‐usaha kearah penimbaan pengalaman melalui kursus-‐kursus yang relevan untuk menjadikan guru lebih berkeupayaan dari segi kompetensi dan seterusnya dapat membangun dalam laluan kerjaya mereka. Penimbaan pembelajaran itu termasuklah pembangunan secara tidak formal di sekolah dan juga melalui peluang-‐ peluang pembelajaran secara formal yang wujud melalui latihan dalam perkhidmatan yang dikendalikan di dalam sekolah dan di luar sekolah. Pembangunan profesional dijelaskan oleh Joyce & Showers (1980) ialah:
625
Sebarang aktiviti yang dilaksanakan bagi pembangunan profesional yang terdiri daripada semua pengalaman pembelajaran semula jadi yang dilalui, yang mencakupi aktiviti-‐aktiviti yang terancang dengan tujuan untuk memberikan manfaat secara langsung atau secara tidak langsung kepada individu, kumpulan atau sekolah, dan meningkatkan kualiti pendidikan di bilik darjah. Pembangunan profesionalisme merupakan proses pembangunan profesional guru untuk menyemak, memperbaharui dan memantapkan komitmen mereka sebagai agen perubahan, memperoleh dan membangunkan pengetahuan kritikal, kemahiran dan kecerdasan emosi bagi memperbaiki amalan di bilik darjah pada setiap fasa pengajaran mereka (Joyce & Showers, 1980). Sebagai golongan profesional adalah perlu bagi guru sentiasa peka kepada aspek peningkatan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Beberapa elemen dalam meningkatkan kualiti tersebut adalah seperti pada jadual berikut: Jadual 13.1: Aspek Peningkatan Kualiti Guru BIL.
PENINGKATAN
ASPEK YANG PERLU DITINGKATKAN
1.
Akademik
2.
Pembelajaran dan Guru-‐guru wajib mengikuti kursus-‐kursus latihan pengajaran dalam perkhidmatan bagi mengasah bakat sebagai guru yang profesional. HaI ini boleh dilakukan melalui program-‐program perkembangan profesionalisme yang berterusan (Continuing Professional Development Programmes).
3.
Pentadbiran Pengurusan
Semua guru perlu memiliki Ijazah pertama (sebagai guru siswazah terlatih), wajib meneruskan pengajian sampai ke peringkat Sarjana. Menjelang 2020, semua guru perlu memiliki Ijazah Sarjana. Mereka yang sudah memiliki Sarjana bolehlah meneruskan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Kedoktoran.
dan Selain dari bidang pembelajaran dan pengajaran, semua guru perlu dilatih untuk menjadi pengurus yang berwibawa.
626
4.
Penyuburan Diri
5.
Keagamaan Moral
Guru-‐guru perlu dilatih untuk menguasai kemahiran-‐kemahiran generik secara berterusan agar personaliti mereka dapat dipupuk untuk menjadi individu yang berkebolehan dalam serba serbi. Antara aspek dalam kategori ini, termasuklah semangat patriotisme, perpaduan, pengurusan stress, kecerdasan pelbagai dan pembangunan personaliti kendiri.
dan Aspek ini perlu dibimbing supaya guru-‐guru berakhlak, bernilai dan bermoral.
Program Pembangunan Profesional Yang Berterusan Bagi peningkatan tahap profesionaliksme, guru-‐guru wajib meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka melalui Program Pembangunan profesional dengan mod berikut: Jadual 13.2: Mod Program Pembangunan Profesional Guru Mentoran
Menghadiri kursus-‐kursus Jaringan Komuniti dan bengkel-‐bengkel Pembelajaran
Pembelajaran kendiri
Pencerapan di bilik darjah Pengajaran Berpasukan
Bimbingan Rakan Sebaya
Penyelidikan Tindakan
Kumpulan-‐kumpulan Penyelesai Masalah
Menulis dalam jurnal profesional
Pasukan Pengurusan Sekolah
Permuafakatan Sekolah-‐Universiti
Jaringan Pakar Mata Pelajaran
Pendidikan Guru secara on-‐line (dalam talian)
Latihan Dalaman
Program Sandaran
Penggiliran Tugas
Konsultansi
E-‐Pembelajaran
Pembelajaran Berkumpulan
Lawatan ke Sekolah
627
Landskap perkembangan profesionalisme guru juga harus dilahat dari perspektif zaman bagi mencerminkan keperluan terhadap perubahan itu sendiri. Jadual berikut menjelaskan perspektif tersebut; Jadual 13.3: Konsep-‐konsep Tradisional Dan Baharu Tentang Perkembangan Staf Konsep Tradisional Tentang Perkembangan Staf
Konsep Baru Tentang Perkembangan Staf
1. Kawalan dari luar
1. Program berasaskan institusi/sekolah
• Autoriti pendidikan di pusat merancang dan menguruskan aktiviti-‐ aktiviti yang menekankan semata-‐ mata tentang polisi • Staf tidak berminat untuk melibatkan diri dan memberikan pendapat • Aktiviti-‐aktiviti tidak boleh memenuhi keperluan staf • Aktiviti-‐aktiviti diadakan di luar institusi/sekolah, peserta perlu meninggalkan tempat kerja dan tugas institusi/sekolah yang normal terjejas.
• Staf merancang dan mengurus aktiviti-‐ aktiviti dan kandungan kursus direka bentuk mengikut keperluan staf setiap institusi/sekolah • Staf bersedia untuk terlibat dan memberikan sumbangan idea • Aktiviti lazimnya dikendalikan di institusi/sekolah pegawai/guru tidak perlu meninggalkan tempat kerja dan mereka boleh mengamalkan apa-‐apa yang dimuridi secara serta merta.
2. Pemulihan
2. Perkembangan
• Aktiviti disusun untuk tujuan pemulihan apabila proses pendidikan menjadi salah. • Hanya mengambil berat tentang masalah secara umum, tidak tertumpu kepada keperluan sesebuah institusi/sekolah.
• Aktiviti-‐aktiviti dirancang untuk tujuan perkembangan dengan memenuhi keperluan institusi/sekolah, kumpulan dan individu • Bertindak untuk memenuhi keperluan institusi/sekolah
628
3. Sementara, tidak sistematik
3. Berterusan, sistematik
• Aktiviti-‐aktiviti adalah hanya • Aktiviti-‐aktiviti sudah dimasukkan di dalam sementara, dirancang dan perancangan tahunan institusi/sekolah dikendalikan oleh pakar-‐pakar sepenuhnya disokong oleh pentadbiran daripada luar. institusi/sekolah • Tiada mempunyai strategi jangka • Mempunyai strategi jangka panjang dan panjang untuk pembangunan dan pengurusan yang sistematik tiada pengurusan yang sistematik 4. Kandungan 4. Kandungan • Terputus-‐putus • Berterusan dan komprehensif • Terlampau menekankan ilmu teknikal • Perkembangan teknik, kesan, nilai dan dan perubahan tingkahlaku kepercayaan, kesemuanya diberi pertimbangan 5. Fokus terhadap individu • Menekankan pembaikan individu dan mengabaikan perkembangan kumpulan dan institusi/sekolah secara keseluruhan. 6. Untuk guru-‐guru sahaja
5. Fokus terhadap individu, kumpulan dan institusi/sekolah • Menekankan perkembangan pada tahap-‐ tahap individu, kumpulan dan keseluruhan institusi/sekolah
6. Bukan sahaja untuk guru, tetapi juga untuk pentadbir, staf sokongan dan murid
7. Penceramah luar sahaja
7. Penceramah luar dan dalaman
• Mereka tidak faham tentang situasi • Kandungan kursus disesuaikan dengan institusi/sekolah dan menggunakan keperluan peserta dan kajian kes yang contoh-‐contoh yang tidak relevan. sebenar yang dikongsi amat berguna dalam amalan di tempat kerja.
8. Peranan staf pasif
8. Peranan staf aktif
9. Jenis aktiviti yang mudah
9. Pelbagai jenis aktiviti
• Hanya kuliah
• Seminar, syarahan, bengkel, bimbingan,
629
kumpulan kualiti mutu kerja, penyelidikan bilik darjah, penilaian, dan lain-‐lain lagi.
10. Motivasi
10. Motivasi
• Menggalakkan penglibatan staf secara • Penglibatan staf adalah berbentuk ganjaran ekstrinsik, seperti kenaikan motivasi kendiri melalui ganjaran secara pangkat dan pengurangan beban tugas intrinsik sebagai perkembangan kerja. profesional dan perasaan sepunya. Merujuk kepada konsep-‐konsep baru perkembangan staf dalam Program Pendidikan Guru Yang Bersepadu pada jadual di atas, beberapa fungsi penting perkembangan staf pada pelbagai tahap dapat dirumuskan seperti berikut: Jadual 13.4: Impak Perkembangan Staf Elemen Perkembangan Individu Dan Keberkesanannya Untuk menggalakkan staf secara individu supaya lebih bermotivasi dan mempunyai iltizam terhadap tugas mereka; Untuk memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, keterampilan dan kepakaran staf; Untuk membantu staf secara individu dalam perkembangan kerjaya mereka; Untuk membantu ahli-‐ahli individu membuat refleksi terhadap tujuan dan objektif dan polisi institusi/sekolah yang sedia ada; Untuk memperkembang potensi setiap ahli staf; Untuk menjaga dan membaiki kepuasan peribadi dalam menjalankan tugas harian; dan Untuk meningkatkan keyakinan individu. Elemen Perkembangan Kumpulan Dan Keberkesanannya Untuk menggalakkan kerjasama di dalam kumpulan; Untuk membina semangat berpasukan; Untuk memupuk perasaan persaudaraan dan hubungan intim; Untuk belajar daripada ahli kumpulan yang lain; Untuk memahami dan menerima idea-‐idea alternatif di dalam kumpulan; Untuk menyelesaikan konflik kumpulan; Untuk memperbaiki komunikasi dalam kalangan ahli kumpulan; dan Untuk mencetuskan idea, keputusan dan strategi penyelesaian yang lebih baik di
630
dalam kumpulan. Elemen Perkembangan Institusi/Sekolah Dan Keberkesanannya Untuk memastikan/meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di institusi/sekolah; Untuk memperbaiki pengurusan staf; Untuk membina budaya institusi/sekolah yang kuat; Untuk memupuk jalinan hubungan kemanusiaan yang terbuka dan positif dalam institusi/sekolah; Untuk memberi peluang berkomunikasi dan membina misi dan matlamat institusi/sekolah; Untuk membantu ahli-‐ahli institusi/sekolah bagi tujuan melaksanakan perubahan di institusi/sekolah atau mengadakan inovasi-‐inovasi dalam bidang pendidikan; Untuk memenuhi keperluan jangka panjang sekolah; dan Untuk menggalakkan penyertaan yang meluas dalam kalangan ahli-‐ahli di institusi/sekolah. 13.7 Akreditasi Dan Pelesenan Guru Seksyen 104 – 114 Akta Pendidikan 1996 menetapkan perkara-‐perkara yang berkaitan pendaftaran dan pelesenan guru. Berdasarkan akta tersebut, guru perlu mengikuti kursus ikhtisas bagi melayakkan mereka memperoleh lesen mengajar dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Bagi guru-‐guru permulaan yang baru ditempatkan ke sekolah, mereka wajib mengikuti program induksi sebelum memperoleh lesen mengajar. Tempoh sah laku bagi satu-‐satu sijil pentauliahan ialah selama 5 tahun. Syarat untuk mendapat lesen mengajar pada kali pertama dan seterusnya perlu memenuhi kriteria-‐kriteria berikut:
(a)
Boleh mengajar dengan baik (hasil daripada pencerapan di bilik darjah);
(b)
Tahap keberhasilan murid (berdasarkan kepada keputusan ujian dan peperiksaan);
(c)
Kualiti portfolio;
(d)
Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan
631
(e)
Mempunyai hubungan yang baik dengan kalangan pentadbir, rakan sejawat, dan murid.
Bahagian III Seksyen 10 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan penubuhan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan yang berfungsi menasihati Menteri Pelajaran berhubung apa-‐apa perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Bahagian IX PENDAFTARAN GURU (Bab 1), menetapkan perkara-‐perkara yang termasuk dalam pendaftaran guru. Seksyen 103 menetapkan bahawa “...tiada seorang pun boleh mengajar di sesuatu institusi pendidikan melainkan jika dia didaftarkan sebagai guru di bawah Akta Pendidikan 1996”. Seksyen 104 – seksyen 113 menetapkan prosedur berkaitan pendaftaran guru. Bahagian IX, Bab 2 Seksyen 114 pula menetapkan perkara-‐ perkara berkaitan permit mengajar guru. Justeru, penguatkuasaan undang-‐undang di bawah Akta Pendidikan 1996 perlu diperhalusi supaya guru yang mengajar adalah telah berdaftar mengikut kehendak Akta. 13.8 Kompetensi Guru Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran, dan ciri-‐ciri peribadi atau “personality traits” yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Menurut Kamus Dwibahasa Dewan, kompetensi merupakan istilah bahasa Inggeris, iaitu competence yang bermaksud kelayakan, kemampuan, kesanggupan, dan kecekapan untuk melakukan sesuatu tugas (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999). Menurut Daud Ibrahim (2003), kompetensi bermakna “competence, proficiency, skillful and skill”. Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan ciri-‐ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau jawatan. Prinsip asas dalam model kompetensi menjelaskan bahawa prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya mempunyai semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandangnya. Sementara itu, kompetensi guru juga dikaitkan dengan elemen-‐elemen personal, profesional dan sosial, seperti aspek pengajaran, kepakaran dalam subjek, kepakaran dalam teori yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, menguruskan proses pembelajaran, adaptasi dalam komuniti dan personaliti. Beare (2001) mengenal pasti lima komponen kompetensi minimum bagi menilai seseorang guru. Lima komponen itu
632
ialah kurikulum, pedagogi, penilaian, sumbangan kepada sekolah dan sumbangan kepada profesion. 1.
Kurikulum. Guru hendaklah mempunyai pengetahuan terkini tentang isi kandungan kursus yang diajar (kepakaran subjek). 2. Pedagogi. Guru mestilah tahu dan mahit untuk mengajar, menguruskan kelas menggunakan mod pembelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai, serta teknologi pengajaran yang sesuai. 3. Penilaian. Guru hendaklah cekap dalam menilai hasil kerja dan tahap kemajuan murid, menilai kemajuan murid, melaporkan kemajuan kepada murid dan ibu bapa, menyimpan rekod kemajuan pembelajaran, serta menetapkan tahap kemajuan. 4. Sumbangan kepada sekolah. Setiap guru seharusnya berupaya memberi sumbangan yang konstruktif kepada sekolah secara menyeluruh dan bersedia samping menerima tanggungjawab. Di samping itu guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan murid, ibu bapa dan komuniti serta menjaga reputasi institusi pendidikan yang menyumbang kepada kemajuan dan kemenjadian murid di sekolahnya. 5. Sumbangan profesional. Setiap guru diharapkan dapat mengamalkan profesion keguruan dengan menyertai kursus berkaitan perkembangan profesional, aktif dalam aktiviti profesional, menyumbangkan idea-‐idea pembangunan dalam profesion keguruan, kesedian untuk berkolaborasi untuk menyalurkan kemahiran yang dimilikinya dan bersedia untuk membantu rakan sejawat secara profesional. Secara amnya seorang guru profesional perlu mempunyai kompetensi dalam aspek berkaitan penilaian, komunikasi, pembaikan berterusan, pemikiran kritikal, kepelbagaian, etika, perkembangan insan dan pembelajaran, pengetahuan mengenai subjek, suasana pembelajaran, perancangan dan peranan guru, dan kemahiran teknologi. Prinsip asas kompetensi menjelaskan bahawa seseorang guru dapat dipertingkatkan pengetahuan dan kemahirannya bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandangnya dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan bagi membolehkannya melaksanakan tugas dengan berkesan dan memberi impak kepada pencapaian prestasi. Terdapat tiga komponen kompetensi yang utama iaitu: (a)
Pengetahuan:
Kebolehan pegawai meningkatkan pengetahuan secara berterusan bagi memperbaiki prestasi diri dengan berkesan.
633
(b)
Kemahiran
Kebolehan pegawai mengguna dan memanfaatkan (ability to use in practice) pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh bagi melaksanakan tugas dengan cemerlang untuk mencapai objektif organisasi. (c)
Ciri-‐ciri Peribadi
Nilai-‐nilai peribadi dan perlakuan (personal attributes and behaviours) yang perlu dihayati dan diamalkan oleh pegawai perkhidmatan awam. Komponen-‐komponen di atas diilustrasikan oleh Hay McBer di dalam Model “Aisberg”. Kemahiran dan pengetahuan selalunya boleh diperoleh melalui kursus atau latihan dan boleh dikaitkan dengan kelayakan akademik. Pembangunan ciri-‐ ciri peribadi seseorang pekerja adalah lebih mencabar dan perlu diberikan penekanan khas bagi mencapai kejayaan yang diharapkan melalui latihan dan pembangunan. Bagi model ini, kompetensi merupakan aisberg (bongkah ais), iaitu kemahiran dan pengetahuan terletak di hujung aisberg dan berada di atas paras air. Manakala, ciri-‐ciri peribadi adalah terletak di bawah paras air dan sukar diketahui. Walau bagaimanapun, kemahiran dan pengetahuan perlu untuk menjalankan sesuatu kerja, walaupun tidak membezakan prestasi yang dihasilkan. Elemen perilaku yang ditentukan oleh ciri-‐ciri peribadi (yang tersembunyi) merupakan faktor penting yang akan membezakan pekerja berprestasi tinggi dan pekerja berprestasi biasa (Rajah 12.1). Dengan kata-‐kata lain, pengetahuan dan kemahiran merupakan komponen kompetensi yang mudah dilihat dan dikenal pasti, manakala ciri-‐ciri peribadi merupakan komponen pendukung yang sukar dilihat dan kenal pasti. Namun begitu, komponen tersebut merupakan faktor penting dalam mewujudkan pegawai cemerlang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam sesuatu jawatan.
Paras
-‐ Sukar diperhati, ukur dan ubah
Kemahiran Pengetahu an
Diperluka n untuk jawatan
Peranan Sosial Self-‐image
Menentuka n kecemerlan
Traits
Rajah 13.1: Model Kompetensi “Aisberg”
634
Terdapat dua jenis kompetensi iaitu; (a)
Kompetensi umum(Generic Competencies):
(b)
Merupakan pengetahuan, kemahiran dan ciri-‐ciri peribadi serta tatakelakuan yang perlu dimiliki oleh setiap anggota dalam sesuatu perkhidmatan berkenaan. Kompetensi Khusus(Functional Competencies)
Merupakan pengetahuan, kemahiran dan ciri-‐ciri peribadi yang spesifik bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi sesuatu jawatan dan kumpulan jawatan. Tahap kompetensi guru boleh ditingkatkan melalui latihan dalam perkhidmatan, peningkatan tahap akademik atau melalui program perkembangan profesionalisme yang berterusan. Tahap kompetensi guru boleh dianjakkan daripada tahap novis kepada guru novis berpengalaman, seterusnya kepada kompeten, cekap dan akhirnya kepada tahap pakar. Jadual 13.6 di bawah ini menggambarkan tahap peningkatan kompetensi guru: Jadual 13.6: Tahap Pengingkatan Kompetensi Guru Tahap 1: Novis • Patuh kepada arahan • Mempunyai gambaran cetek terhadap situasi • Tidak boleh membuat keputusan Tahap 2: Novis yang berpengalaman • Garis panduan untuk tindakan berdasarkan atribut dan mempunyai sedikit pengalaman • Persepsi terhadap situasi masih terhad • Semua atribut dan aspek digunakan secara berasingan Tahap 3: Kompeten • Mampu bekerja dengan kumpulan • Kini mula melihat tindakan untuk mencapai matlamat jangka panjang • Mula merancang • Prosedur-‐prosedur standard dan bersifat rutin Tahap 4: Cekap • Melihat situasi secara holistik • Melihat yang paling penting dalam sesuatu situasi • Melihat kepelbagaian dan berbeza daripada pola normal • Mampu membuat keputusan
635
Tahap 5: Pakar • Tidak lagi bergantung kepada peraturan dan garis panduan • Boleh memahami situasi secara naluri berdasarkan penelitian yang mendalam • Menggunakan pendekatan analitikal dalam situasi-‐situasi apabila menemui sebarang masalah timbul • Mempunyai visi yang boleh diimplementasikan /dilaksanakan 13.9 Dapatan Kajian Tentang Tahap Kompetensi Guru Di Malaysia Satu kajian mengenai persepsi tahap kecekapan guru yang mengajar di sekolah perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap profesionalisme perkhidmatan guru. Oleh itu, satu kajian menggunakan sumber data primer telah dijalankan bagi menentukan tahap kompetensi guru di Malaysia. Seramai 2590 orang guru telah terlibat di dalam kaji selidik mengenal pasti tahap kompetensi guru dan tanggungan tugas. Borang soal selidik telah dihantar kepada guru-‐guru sekolah di seluruh Malaysia. Analisis data mengenai tahap kompetensi guru di Malaysia yang diperoleh secara amnya adalah seperti berikut; 13.9.1 Profil Demografi Responden
21%
Lelaki Perempuan 79%
Carta 13.1: Jantina Responden
636
Berdasarkan Carta 13.1 di atas, didapati jumlah responden wanita lebih ramai berbanding dengan responden lelaki. Responden wanita mewakili 79.4%, manakala responden lelaki sebanyak 20.6%.
47%
Luar Bandar 53%
Bandar
Carta 13.2: Lokasi Sekolah Carta 13.2 menunjukkan taburan responden mengikut lokasi sekolah. Kajian mendapati majoriti responden iaitu 53.2% daripada jumlah keseluruhan responden mengajar di sekolah luar bandar dan selebihnya mengajar di sekolah bandar.
637
21%
24%
1-‐5 tahun 6-‐10 tahun 11-‐15 tahun
21%
17%
16-‐20 tahun > 20 tahun
17%
Carta 13.3: Pengalaman Mengajar Sementara itu carta 13.3 menunjukkan kebanyakan responden mempunyai pengalaman mengajar yang lama, iaitu 24.1% (melebihi 20 tahun pengalaman) berbanding jumlah responden mempunyai pengalaman mengajar 20 tahun ke bawah.
638
5% 0% 0% 17%
Islam Krijan Buddha
5%
Hindu Sikh Bahai 73%
Carta 13.4: Agama Dianuti Responden Daripada segi agama yang dianuti, Carta 13.4 menunjukkan majoriti responden adalah beragama Islam, iaitu 73% dan diikuti oleh responden yang beragama Buddha, iaitu 17.2%. Seterusnya, Carta 13.5 menunjukkan sebanyak 72.6% responden terdiri daripada kaum Melayu, diikuti oleh kaum Cina sebanyak 20.8%, manakala Carta 13.6 pula menunjukkan sebanyak 85% daripada responden telah berkahwin.
639
0% 0% 0% 1% 5% 0% 0%
Melayu Cina India
21%
Iban Bidayuh Melanau Kadazan 73%
Bisaya Siam
Carta 13.5 : Etnik Responden Status Perkahwinan 1% 0% 1%
13% Bujang Berkahwin Janda/Duda Ibu/Bapa Tunggal Balu
85%
Carta 13.6: Status Perkahwinan
640
0% 24% Gred A Gred B Gred sekolah kurang murid 76%
Carta 13.7: Gred Sekolah Carta 13.7 menunjukkan gred sekolah bagi tempat responden mengajar. Majoriti adalah dari sekolah Gred A, iaitu 76.1%, diikuti oleh Gred B sebanyak 23.7%. Carta 13.8 pula menunjukkan sebanyak 52.5% responden mengajar di sekolah rendah, berbanding 47.5% mengajar di sekolah menengah.
48%
Sekolah rendah 52%
Sekolah menengah
Carta 13.8: Jenis Sekolah
641
7% 3%
Sekolah Menengah Kebangsaan
2% 2%
Sekolah Menengah Kebangsaan (Harian Perdana)
86%
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Carta 13.9: Jenis Sekolah Menengah Carta 13.9 menunjukkan majoriti guru yang mengajar di sekolah menengah, dalam kajian ini, adalah mengajar di sekolah menengah kebangsaan.
4%
0% 24%
Diploma Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Ijazah Doktor Falsafah
72%
Carta 13.10: Kelayakan Akademik Responden Dari segi kelayakan akademik pula, Carta 13.10 menunjukkan majoriti responden mempunyai Ijazah Sarjana Muda (71.5%) dan tahap Diploma 24%).
642
0%
Sarjana Pendidikan Teknikal
27%
28%
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Diploma Pendidikan Sijil Perguruan 45%
Carta 13.11: Kelayakan Ikhtisas Dari segi kelayakan ikhtisas pula majoriti responden mempunyai Diploma Pendidikan (45%), Sijil Perguruan (28% ) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sebanyak 27.0%.
6%
4%
1%
1-‐5 tahun 22%
13%
6-‐10 tahun 11-‐15 tahun 16-‐20 tahun 21-‐25 tahun
20%
20%
26-‐30 tahun 31-‐35 tahun
14%
36-‐40 tahun
Carta 13.12: Tempoh Guru Bertugas Carta 13.12 di atas menunjukkan tempoh bertugas sebagai guru terlatih di kalangan responden adalah di antara 1-‐5 tahun sebanyak 22.3%, berpengalaman antara 6-‐10
643
tahun sebanyak 20.3%. Ini menjadikan majoriti responden mempunyai pengalaman sebagai guru terlatih di antara 1-‐10 tahun (42.6%). Dari segi bilangan murid dalam kelas pula, Carta 13.13 di bawah menunjukkan bahawa majoriti responden yang mengajar kelas yang mempunyai bilangan murid antara 31-‐40 orang ialah 52.2%, dan diikuti 37.0% pula bagi kelas yang mengandungi jumlah murid sebanyak 20-‐30 orang.
5% 6% Bawah 20 orang 37% 52%
20-‐30 orang 31-‐40 orang 41-‐50 orang
Carta 13.13: Bilangan Murid Dalam Kelas
644
Dari segi jumlah murid di sekolah, Carta 13.14 menunjukkan bahawa responden yang mengajar di sekolah dengan jumlah murid lebih 1500 orang ialah 12% sahaja, di sekolah yang jumlah muridnya di antara 1000 – 1500 orang ialah 20%, manakala di sekolah yang bersaiz sederhana (500-‐999 orang) ialah 46%, dan di sekolah bersaiz kecil (kurang 500 orang) ialah 22%.
22%
12% Lebih 1500 orang 20%
1000 – 1500 500-‐999 Kurang 500 orang
46%
Carta 13.14: Jumlah Murid Di Dekolah
645
30.1 Berkait dengan matapelajaran diajar 69.2
Berkait dengan bidang kepakaran Berkait dengan jawatan yang disandang
31.8
Kursus-‐kursus lain
35.2
Carta 13.15: Kursus Yang Dihadiri Guru Responden juga diminta untuk memberikan persepsi tentang kursus-‐kursus yang perlu dihadiri oleh mereka, di samping menjalankan tugas hakiki sebagai guru di sekolah. Kebanyakan responden menyatakan bahawa kursus yang dihadiri adalah berkait dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Dengan berdasarkan Carta 13.15 di atas, peratusan yang mengatakan “Ya” untuk “Berkait dengan mata pelajaran yang diajar” adalah 69.2% berbanding dengan bidang kepakaran (35.2%) dan jawatan yang disandang (31.8%).
646
Dari segi jawatan yang disandang oleh guru pula, Carta 13.16 menunjukkan bahawa peratus responden yang memegang jawatan sebagai guru tingkatan ialah 28%, diikuti oleh jawatan sebagai guru penasihat persatuan/kelab/sukan (19%), guru disiplin (17%) dan setiausaha (11%). Selebihnya, guru-‐guru memegang pelbagai tugas seperti guru data, guru panitia, bendahari, dan Jawatankuasa PIBG.
Guru jngkatan Guru data Guru panija 2% 1% 1% 2% 4% 5%
Bendahari 19% Jawatankuasa PIBG 2% Sejausaha 17%
28%
11%
3% 5%
Penasihat persatuan/ kelab/sukan Guru kanan mata pelajaran Guru disiplin Kaunselor sekolah Sejausaha peperiksaan
Carta 13.16: Jawatan Yang Disandang oleh Guru
647
Jadual 13.7: Purata Skor Item Kompetensi Guru
N Ilmu Asas Sebagai Guru
Mak
Purata
Sisihan piawai
Falsafah dan Tujuan Pendidikan
2492
1
5
3.90
Matlamat Umum Pendidikan
2490
1
5
3.87
.57
Psikologi Murid
2490
1
5
3.95
.57
Hubungan Baik
2492
2
5
4.13
.56
Tahap Pembelajaran Kognitif
2486
1
5
3.93
.56
Teknik Pengujian
2484
2
5
3.94
.57
Kandungan Ilmu
2493
1
5
4.20
.60
Susunan Hieraki Konkrit Abstrak
2488
2
5
3.91
.65
Matlamat dan Objektif Mata Pelajaran
2492
2
5
4.13
.57
Susun Urutan Mata Pelajaran Setahun
2489
1
5
4.08
.60
Sumber dan Aktiviti Pembelajaran
2491
2
5
3.98
.58
Kandungan Mata Pelajaran
Min
.60
648
Pedagogi
Kaedah dan Teknik Pengajaran
2494
1
5
3.93
.58
Kaedah dan Bahan Pengajaran ICT
2492
1
5
3.65
.69
Kebolehan Murid
2493
1
5
3.93
.57
Semak dan Taksir Penguasaan Murid
2494
2
5
4.01
.57
Memandu Murid Memahami
2491
2
5
4.09
.57
Kerja Rumah danTugasan
2491
2
5
4.02
.57
Nilai-‐nilai Budaya Moral
2496
2
5
4.14
.57
Rancangan Pelajaran
2493
2
5
4.11
.59
Bahan-‐bahan Pengajaran dan Pembelajaran
2495
2
5
4.04
.57
Gubal Soalan Ujian
2492
1
5
4.01
.62
Bersedia dan Bermotivasi
2497
2
5
4.03
.59
Mengurus Aktiviti Pembangunan Kumpulan Bilik Darjah
2494
1
5
4.02
.58
Kawal Tingkah Laku Buruk
2498
1
5
3.99
.64
Urus Projek Luar
2497
1
5
3.71
.67
Pengalaman Projek Murid
2496
1
5
3.92
.61
Berkomunikasi Secara Jelas
2495
1
5
4.06
.59
Hubung Ilmu Dengan Pengalaman Hidup
2496
1
5
4.09
.58
Pengurusan Bilik Darjah
649
Atribut Profesional
Penuhi Tugas dan Tanggungjawab
2498
2
5
4.09
.58
Patuh Peraturan dan Etika
2500
2
5
4.24
.59
Tingkatkan Komitmen
2497
2
5
4.20
.59
Bacaan dan Aplikasi Konsep
2499
1
5
3.84
.63
Penyelidikan Skala Kecil
2495
1
5
3.64
.68
Tulis Kertas Kerja
2493
1
5
3.20
.84
Kelola Seminar
2495
1
5
3.33
.83
Aplikasi Ilmu Melalui Seminar
2499
1
5
3.84
.68
Sokong Pentadbir Sekolah
2495
2
5
4.03
.64
Capai Sasaran Prestasi
2496
1
5
4.06
.60
Perbaiki Semangat dan Kerja Berpasukan
2491
2
5
3.99
.61
Pengurusan Masa
2496
2
5
4.05
.57
Penyelesaian Masalah
2496
2
5
3.94
.59
Penilaian Kendiri
2494
1
5
4.00
.57
Laman Web Kelab/Kesatuan
2488
1
5
3.41
.80
650
Kendali Kokurikulum
2491
1
5
3.97
.64
Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
2494
1
5
3.99
.58
Pengurusan Rekod Murid
2495
1
5
3.98
.65
Mendisiplinkan Murid
2488
1
5
4.01
.62
Penglibatan Aktiviti/Polisi Sekolah
2493
1
5
3.96
.61
Penglibatan Proses Pembuatan Keputusan
2494
1
5
3.72
.69
Menyelia Guru Baru
2483
1
5
3.60
.77
Menasihati Murid
2494
1
5
4.10
.63
Beri Kelas Tutorial Tambahan
2490
1
5
3.92
.68
Pengelolaan Seminar Motivasi
2491
1
5
3.53
.78
Pandu Murid Ke Arah Aktiviti Komuniti
2490
1
5
3.62
.73
Pandu Murid Ke Arah Mencari Informasi
2493
1
5
3.75
.70
Pengurusan dan Pembangunan Sekolah
Pembangunan dan Kebajikan Murid
Jadual 13.7 menunjukkan skor purata terhadap item-‐item bagi tujuh (7) komponen kompetensi guru. Carta 13.17 pula mendapati bahawa terdapat sepuluh (10) item kompetensi yang memperoleh skor purata paling tinggi. Item “kompetensi saya dalam mematuhi peraturan dan nilai-‐nilai etika profesion keguruan” memperoleh skor purata paling tinggi, iaitu 4.24. Bagi item “kompetensi saya dalam kandungan ilmu mata Pelajaran yang saya ajar” pula memperoleh skor purata sebanyak 4.20 dan juga item “kompetensi
651
saya untuk meningkatkan komitmen saya kepada sekolah dan profesion” yang memperoleh skor purata sebanyak 4.20. Keadaan ini diikuti oleh item “kompetensi saya dalam mengajar nilai-‐nilai budaya-‐moral dalam mata pelajaran yang saya ajar” yang memperoleh skor purata sebanyak 4.14. Daripada analisis skor purata tertinggi ini didapati bahawa responden meletakkan dua (2) item dalam komponen atribut profesional sebagai paling penting dalam menentukan tahap kompetensi guru. Atribut profesional juga merupakan persepsi utama responden untuk memartabatkan profesion keguruan. Carta 13.17: Skor Purata Item Kompetensi Guru
Patuh Peraturan dan Ejka 4.09
Kandungan Ilmu
4.24
4.09
4.20
Tingkatkan Komitmen Nilai-‐nilai Budaya Moral
4.10
4.20
Hubungan Baik Matlamat dan Objekjf Mata Pelajaran
4.11
4.14 4.13
4.13
Rancangan Pelajaran Menasihaj Pelajar Memandu Pelajar Memahami
652
Carta 13.18 di bawah menunjukkan jumlah skor bagi setiap komponen kompetensi guru. 18.92
23.73
27.24
Ilmu Asas 20.30
Kandungan Mata Pelajaran Pedagogi Pengurusan Bilik Darjah
39.94
Atribut Profesional
57.90 27.81
Pengurusan dan Pembangunan Sekolah
Carta 13.18: Skor Komponen Kompetensi Guru
653
Carta 13.19 pula menunjukkan komponen kompetensi yang memperoleh skor purata yang paling tinggi, iaitu kompetensi dari segi kandungan mata pelajaran (4.06), pedagogi (3.99), pengurusan bilik darjah (3.97), dan ilmu asas (3.95).
3.78
lmu Asas
3.95
Kandungan Mata Pelajaran Pedagogi
3.89
4.06 Pengurusan Bilik Darjah Atribut Profesional
3.86
3.99 3.97
Pengurusan dan Pembangunan Sekolah Pembangunan dan Kebajikan Pelajar
Carta 13.19: Skor Purata Komponen Kompetensi Guru
654
Jumlah skor untuk semua komponen kompetensi bagi kesemua responden dibahagikan kepada tiga (3) tahap, iaitu kompetensi tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi. Keadaan ini ditunjukkan pada Carta 13.20, iaitu sebanyak 34.1% daripada responden memiliki kompetensi tahap tinggi, 31.1% kompetensi tahap sederhana dan 34.7% kompetensi tahap rendah.
34.1
34.7
Tahap kompetensi rendah Tahap kompetensi sederhana Tahap kompetensi jnggi
31.1
Carta 13.20: Tahap Kompetensi Guru Seterusnya penjadualan silang tahap kompetensi dan profil guru telah dijalankan untuk meihat hubungan antara tahap kompetensi dan profil demografik responden. Hanya hubungan yang penting (signifikan) sahaja ditunjukkan dalam bahagian seterusnya.