AYAT-AYAT ASTRONOMI DALAM AL-QURAN DAN PANDANGAN HAMKA BERDASARKAN TAFSIR ‘ILMIY: SATU TINJAUAN Wan Helmy Shahriman Wan Ahmad Akedemi Pengajian Kontemporari Islam (ACIS) UiTM Terengganu, Kampus Kuala Terengganu Dr. Sharifah Norshah bani bt Syed Bidin Falkulti Kontemporari Islam (FKI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSza) Dr. Kamarul Shukri Bin Mat Teh Falkulti Kontemporari Islam (FKI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSza)
Al-Qur‟an sebagai sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t sudah pasti mempunyai banyak keunikan yang mencakupi dalam pelbagai disiplin ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan manusia. Antaranya ialah Ilmu Astronomi (Ilm al-Falak) yang membincangkan tentang pergerakan matahari, bulan, agihan bintang dan cakerawala atau planet-planet lain.Terdapat banyak ayat dalam al-Qur‟an yang telah menyentuh topik-topik tersebut dan perbincangan mengenainya dapat dilihat melalui kitab-kitab tafsir melalui corak penafsiran „ilmiy. Tafsir ˊilmiy adalah salah satu corak atau kecenderungan penafsiran yang menempatkan pelbagai terminologi ilmiah (fakta-fakta saintifik) berdasarkan ungkapanungkapan dalam ayat-ayat al-Quran. Corak pentafsiran ini mengundang pelbagai reaksi yang berbeza dalam kalangan ilmuwan tafsir sehingga membentuk tiga bentuk pandangan iaitu yang menolak, menerima dengan syarat-syarat dan menerima secara meluas tanpa batasan syarat dalam menerima fakta-fakta saintifik yang berkaitan. Kajian ini adalah untuk meninjau dan menganalisis pandangan HAMKA dalam kitab tafsir nya iaitu Tafsir alAzhar yang merupakan antara kitab tafsir berbahasa Melayu di bumi Nusantara yang memperlihatkan keluasan ilmu pengetahuan yang hampir mencakupi pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. Penulis cuba mengumpul, menyusun, menganalisis dan mengolah tafsirantafsiran yang dilakukan HAMKA dengan menampilkan beberapa contoh ayat al-Qur‟an yang dilihat penjelasannya dari sudut saintifik terhadap beberapa topik dalam ilmu Astronomi seperti matahari, bulan dan bintang. Hasil dari kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak ayat - ayat yang berkaitan ilmu Astronomi telah ditafsirkan oleh HAMKA berdasarkan fakta-fakta saintifik hasil pemerhatian dan penyelidik zaman moden. Perkara ini juga membuktikan kemampuan dan kesungguhan HAMKA dalam menyelami dan mengsesuaikan suasana pemikiran semasa dengan usaha mempelbagaikan metodologi tafsiran beliau termasuk mengetengahkan fakta-fakta saintifik moden dalam kitab Tafsir al-Azhar.
Kata Kunci : Al-Quran, Tafsir ˊilmiy, HAMKA, al-kawniyyah, Astronomi. 1
PENGENALAN
Kitab Tafsir al-Azhar merupakan hasil karya HAMKA yang memperlihatkan keluasan ilmu pengetahuan beliau hampir mencakupi dan meliputi semua disiplin ilmu yang penuh berinformasi. Ia berasal dari siri kuliah subuh yang disampaikan oleh HAMKA di Masjid al-Azhar yang terletak di Kebayoran Baru Jakarta sejak tahun 1959 (M.Yunan Yusof 1990: 53). Tafsir al-Azhar merupakan karya monumental HAMKA kerana di dalamnya HAMKA mendemonstrasikan keluasan pengetahuannya di hampir semua disiplin yang tercakup oleh bidang ilmu agama Islam ditambah lagi dengan pengetahuan non-keagamaanya yang begitu kaya dengan informasi.
Secara umum, Tafsir al-Azhar karangan HAMKA ini menggunakan dua metode dalam menghuraikan tafsirnya iaitu: (i) metode tafsir al-athari (ii) metode tafsir al-ˊilmiy. Dalam metode yang pertama tafsir dihuraikan secara ma‟thur iaitu menafsirkan ayat alQuran dengan al-Quran atau al-Hadith bagi menghuraikan perkataan serta menguatkan makna atau menentukan perkataan yang banyak maksud. Bagi metode yang kedua pula, HAMKA merujuk kepada pandangan ilmiah yang dipetik dari cendekiawan Islam mahupun Barat serta pendapat mufassir seperti al-Ghazali, Fakhr al-Razi dan lain-lain lagi dalam menghuraikan maksud disebalik ayat-ayat al-kawniyyah dalam al-Quran (Mashitah, 2000: 10-12).
Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada metode kedua Tafsir al-Azhar iaitu metode tafsīr al-ˊilmiy. Menurut Ibn ˊAshur, tafsir pada istilah ialah satu ilmu menerangkan makna-makna lafaz al-Quran dan apa yang dapat diambil faedah dari lafaz-lafaz tersebut secara ringkas ataupun meluas (1984: 10). Al-Zarkashi pula menjelaskan tafsir ialah memahami kitab Allah s.w.t. yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w., menerangkan maknanya, mengeluarkan hukum-hakamnya dan hikmah-hikmahnya serta dibantu oleh ilmu bahasa, nahu, saraf, ilmu bayan, ilmu usul al-fiqh, ilmu qiraʻat dan ilmu bagi mengetahui sebab-sebab turunnya ayat dan nasikh dan mansukh (1988: 148).
2
Pengertian al-ˊilmiy ataupun sains pula ialah ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya atau cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata seperti fizik, kimia dan biologi (teuku Iskandar, 1996: 1196). Menurut Sulaiman, sains adalah satu kumpulan ilmu yang tersusun dan teratur berkaitan dengan fenomena-fenomena dalam alam tabii yang bernyawa dan yang tidak bernyawa denga kaedah yang objektif melalui kajian eksperimen dan cerapan untuk menghasilkan prinsip-prinsip dan kenyatan yang boleh dipercayai dan boleh diuji kebenarannya (1993: 148).
Justeru, maksud tafsir al-ˊilmiy adalah sebagaimana pandangan al-Zahabi iaitu tafsir yang membicarakan dengan mendalam istilah-istilah ilmiah dalam ayat-ayat al-Quran dan seterusnya mencuba untuk mengeluarkan berbagai-bagai ilmu dan juga beberapa pandangan falsafah daripadanya (1976, jld. 2: 454). Manakala Mazlan Ibrahim merumuskan corak tafsir al-ˊilmiy adalah tafsir yang membahaskan tentang ayat-ayat alkawniyyah yang terdapat dalam al-Quran dan kemudiannya mentafsirkannya berpandukan teori-teori dan penemuan-penemuan sains yang tetap serta tiada lagi pertikaian padanya. (2002: 17-18).
Dalam perbincangan ilmu tafsir al-Quran, pendirian ulama tafsir atau mufassirin terhadap corak tafsir al-ˊilmiy terbahagi kepada tiga golongan seperti berikut:
i.
Golongan mufassir yang menolak corak tafsir al-ˊilmiy. Mereka berpandangan
bahawa al-Quran adalah kitab hidayah dan bukannya kitab yang membincangkan tentang permasalahan sains dan sebagainya. Matlamat golongan ini adalah untuk menjaga dan memelihara al-Quran daripada penemuan-penemuan dan hasil kajian yang sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan peralatan teknologi yang digunakan dalam sesuatu kajian yang mana ini mendedahkan al-Quran kepada kritikan dan keraguan.
ii.
Golongan mufassir yang menerima dengan meletakkan syarat-syarat tertentu dalam
proses pentafsiran al-Quran berdasarkan corak tafsir al-ˊilmiy. Mereka tidak mengatakan bahawa semua ilmu terdapat dalam al-Quran dan tidak pula menolak segala penemuan yang 3
sememangnya dinyatakan dalam nas al-Quran sama ada dalam bentuk terang atau pun dalam bentuk imbasan. Golongan ini telah meletakkan syarat-syarat khusus dalam mentafsir ayat-ayat al-kawniyyah berdasarkan corak tafsir al-ˊilmiy.
iii.
Golongan yang ketiga terdiri daripada mufassir yang menerima dengan pendekatan
yang meluas tanpa menggariskan apa-apa syarat yang tertentu. Mereka mengatakan bahawa dalam al-Quran terdapat asas-asas umum tentang ilmu. Mereka menyandarkan segala penemuan-penemuan sains kepada nas al-Quran lalu menjadikan semua itu sebagai dalil alIˊjaz al-Quran melalui corak tafsir al-ˊilmiy dengan begitu jelas sekali.
Berhubung dengan Tafsir al-Azhar, HAMKA cukup memberi perhatian kepada ayat-ayat al-kawniyyah sebagai cara menguatkan akidah. Apabila berjumpa dengan ayat yang memperkatakan tentang alam dan cakerawala, HAMKA cuba memberi penjelasan dan meminta supaya pembaca meneliti ayat tersebut yang bertujuan menanamkan akidah kepada umat Islam. Tegas beliau, kemajuan ilmu pengetahuan alam mestilah diperhatikan oleh umat Islam jika mereka mahu mengembalikan kegemilangan Islam seperti umat yang terdahulu (Mashitah, 2000: 19).
Justeru itu, wajar satu penelitian dan penyelidikkan dijalankan dengan mengkaji kesesuaian tafsir ini untuk rakyat Malaysia terutama dari sudut pandang beliau berkaitan perkembangan saintifik pada masa kini. Begitu juga segala pemikiran dan ijtihad baru HAMKA yang dikemukakan dalam Tafsir al-Azhar wajar diketengahkan untuk dijadikan sebagai panduan dalam mengupas ayat-ayat Allah s.w.t. dalam al-Quran al-Karim khususnya menyentuh pentafsiran terhadap ayat-ayat al-kawniyyah ataupun fenomena alam tabii.
Kertas kerja Ayat-Ayat Astronomi Dalam Al-Quran Dan Pandangan Hamka Berdasarkan Tafsir „Ilmiy: Satu Tinjauan merupakan satu kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan metode pengumpulan data melalui penganalisaan kandungan dokumen yang bertujuan seperti berikut :
4
1.
Meneliti metodologi pentafsiran al-ˊilmiy HAMKA terhadap ayat-ayat al-
kawniyyah berdasarkan corak tafsir ˊilmiy dalam kitab Tafsir al-Azhar.
2.
Meneliti pentafsiran al-ˊilmiy HAMKA terhadap ayat-ayat al-Quran berkaitan topik
astronomi atau ilmu falak berdasarkan corak tafsir ˊilmiy.
ASTRONOMI DALAM AL-QURAN
Istilah astronomi berasal daripada bahasa Yunani astro bererti perihal bintang. Dalam bahasa Inggeris disebut astronomy, bererti ilmu tentang matahari, bulan, bintang dan planet-planet lainnya. Menurut Asfahaniy (1972) dalam Muˊjam Mufradat Alfaz al-Quran, perkataan astronomi dalam bahasa Arab disebut al-ˊilm al-falak atau al-ˊilm al-falak altabiˊi, bererti ilmu fenomena astronomi. Perkataan al-falak bererti perjalanan bintang atau pergerakkan bintang. Oleh itu, ilmu falak atau astronomi ialah suatu bidang ilmu tentang perjalanan, pergerakan dan agihan bintang dan cakerawala atau planet-planet lainnya (Yahaya dan Azhar, 2007 : 195).
Dalam al-Quran terdapat perkataan falak diulang sebanyak 2 kali sahaja. Perkataan falak yang pertama berkaitan dengan setiap suatu ciptaan Allah itu beredar pada tempat edaran (falak) yang sentiasa memuji Allah s.w.t. Perkara ini dinyatakan dalam surah alAnbiya´ (21) ayat 33. Firman Allah s.w.t.:
َو ُه َو الَّ ِذي َو َو َو ال َّ ْيٍ َو َو اللَّ َو َوا َو ال َّل ْي َو َو ْيال َو َو َو ُه ٌّل فًِ َف َف ٍك ٌَو ْي َو ُه وَو “Dan Dia-lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).”
Falak yang kedua pula dalam surah Yasin (36) ayat 40 berkaitan dengan matahari tidak dapat mengejar bulan dan malam tidak dapat mendahului siang. Firman Allah s.w.t.:
5
ال ال َّل ْي ُه ٌَو ْيل َو ِغً لَو َو َو ْيو ُه ْي ِا َو ْيال َو َو َو َو ال ال َّ ْيٍ ُه َو اِ ُه اللَّ َو ِا َو ُه ٌّل فًِ َف َف ٍك ٌَو ْي َو ُه وَو “(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapungapung di tempat edarannya masing-masing.”
Menurut Esiklopedia Pendidikan Sains Dalam al-Quran, astronomi dinyatakan sebagai kajian saintifik tentang semua objek sama ada dalam alam semesta, luar bumi atau dalam atmosfera. Antara objek-objek tersebut seperti matahari, bulan, bintang, nebula, galaksi, planet dan lain-lain yang ada di angkasa lepas (Yahaya dan Azhar : 195).
Berhubung dengan al-Quran pula, objek-objek yang berkaitan dengan astronomi juga banyak diperbincangkan seperti penjelasan tentang matahari, bulan, bintang dan planet lainnya. Apabila dikaji dengan diteliti ayat-ayat tersebut, ia dapat membentuk prinsip falsafah sains al-Quran tentang ilmu falak atau ilmu astronomi. Jadual di bawah adalah sebahagian ayat al-Quran yang berkaitan dengan objek-objek utama yang ada dalam ilmu astronomi dan dijadikan sebagai sampel penelitian penulisan kertas kerja ini.
Jadual 1 : Ayat-ayat al-Quran Berkaitan Ilmu Astronomi Topik
Bilangan
Matahari atau (al-Syams)
33 kali
Bulan atau (al-Qamar)
27 kali
Bintang atau (al-Najm)
13 kali
TABURAN AYAT-AYAT ASTRONOMI DALAM TAFSIR AL-AZHAR Berikut adalah taburan ayat-ayat berkaitan dengan objek-objek perbincangan ilmu astronomi yang dijadikan sampel penelitian. Jadual 2 : Ayat-ayat Berkaitan Matahari
6
Bil.
Jilid
Surah
No. Surah
No. Ayat
Muka Surat
1.
1
Al-Baqarah
2
258
633
78
2085
96
2118
2. 3
Al-Anˊam
6
3. Al-Aˊraf
7
54
2390
5.
Yunus
10
5
3229
6.
Yusuf
12
4
3588
7.
Al-Raˊd
13
2
3729
8.
Ibrahim
14
33
3730
9.
Al-Nahl
16
12
3894
10.
Al-Isra‟
17
78
4100
17
4167
86
4243
90
4244
4.
4
5
11. 12. 13.
Al-Kahfi
18
6
14.
Taha
20
130
4516
15.
Al-Anbiya‟
21
33
4570
16.
Al-Haj
22
18
4680
17.
Al-Furqan
25
45
5042
Al-Naml
27
24
5219
Al-Ankabut
29
61
5461
18. 19.
7
7
Intisari Ayat Allah mendatangkan matahari dari timur. Ketika nabi Ibrahim melihat matahari terbit. Matahari dan bulan untuk hintungan. Allah mencipta matahari, bulan dan bintang kesemua tunduk padaNya. Dijadikan matahari terang benderang dan bulan bercahaya Ketika nabi Yusuf melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Allah meninggikan langit dengan tidak bertiang. Allah mempermudahkan perjalanan matahari dan bulan. Malam, siang, matahari dan bulan dimudahkan perjalanannya. Dirikan sembahyang selepas tergelincir matahari. Dan apabila melihat matahari terbit. Apabila telah sampai ke tempat terbenam matahari. Apabila telah sampai ke tempat terbit matahari. Betasbihlah kepada Allah sebelum terbit matahari. Allah jadikan malam, siang, matahari dan bulan. Semua yang ada di bumi, matahari, bulan dan bintang sujud kepada Allah. Allah jadikan matahari sebagai tanda petunjuk waktu. Kaum yang sujud kepada matahari. Allah yang mengatur matahari dan bulan.
20.
Luqman
31
29
5584
21.
Fatir
35
13
5911
38
5999
40
6001
22. Yasin
36
23. 24.
8
Allah menundukan matahari dan bulan pada waktu yang ditentukan. Allah tundukkan matahari dan bulan. Matahari berjalan di tempat peredarannya. Matahari tidak boleh mendahalui bulan dan sebaliknya. Allah menundukan bulan dan matahari dan segalanya beredar menuju waktu yang ditentukan. Antara tanda kebesaran Allah ialah siang dan malam, matahari dan bulan. Jangan sujud kepada matahari dan bulan. Puji Allah sebelum terbit matahari dan terbenamnya. Matahari dan bulan kesemuanya dengan perhitungan. Bulan bercahaya dan matahari sebagai pelita. Matahari dan bulan dikumpul bersama. Mahligai yang tidak terkelihatan matahari.
Al-Zumar
39
5
6243
Fussilat
41
37
6477
Qaf
50
39
6884
28.
Al-Rahman
55
5
7072
29.
Nuh
71
16
7661
30.
Al-Qiyamah
75
7-9
7757
Al-Insan
76
13
7799
32.
At-Takwir
81
1
7901
Matahari digulung.
33.
Al-Shams
91
1
8016
Demi matahari siangnya.
25. 26. 27. 9
31.
10
dan
cahaya
Merujuk kepada kepada jadual 2 di atas, didapati taburan ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan matahari dalam perbincangan astronomi ialah satu ayat pada jilid 1 dan 4, 2 ayat pada jilid 3 dan 9, 4 ayat pada jilid 7, 5 ayat pada jilid 5 dan 10, 6 ayat pada jilid 8 dan 7 ayat pada jilid 6. Ayat-ayat tersebut membincang pelbagai perkara yang berkaitan dengan matahari. Antaranya Allah mencipta matahari, bulan dan bintang, matahari dan bulan bergerak mengikut masa yang ditetapkan, matahari bergerak dalam orbitnya sendiri dan pelbagai lagi.
8
Jadual 3: Ayat-ayat Berkaitan Bulan
Bil.
Jilid
1. 3
Surah
Al-Anˊam
No. Surah
No. Ayat
Muka Surat
77
2084
96
2390
6
2. Al-Aˊraf
7
54
3229
4.
Yunus
10
5
3588
5.
Yusuf
12
4
3588
Al-Raˊd
13
2
3730
7.
Ibrahim
14
33
3730
8.
Al-Nahl
16
12
4569
9.
Al-Anbiya‟
21
33
4570
10.
Al-Ḥaj
22
18
4680
11.
Al-Furqan
25
61
5054
Al-Ankabut
29
61
5461
13.
Luqman
31
29
5911
14.
Fatir
35
13
5911
15.
Yssin
36
39
6000
Al-Zumar
39
5
6243
Fussilat
41
37
6477
3.
6.
4
5
6
12.
16.
17.
7
8
18.
Intisari Ayat Ketika nabi Ibrahim melihat bulan terbit. Matahari dan bulan untuk hintungan. Allah mencipta matahari, bulan dan bintang kesemua tunduk padaNya. Dijadikan matahari terang benderang dan bulan bercahaya Ketika nabi Yusuf melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Allah mempermudahkan perjalanan matahari dan bulan. Allah mempermudahkan perjalanan matahari dan bulan. Malam, siang, matahari dan bulan dimudahkan perjalanannya. Allah jadikan malam, siang, matahari dan bulan. Semua yang ada di bumi, matahari, bulan dan bintang sujud kepada Allah. Allah yang menjadikan bintangbintang dan bulan di langit. Allah yang mengatur matahari dan bulan. Allah menundukan matahari dan bulan pada waktu yang ditentukan. Allah tundukkan matahari dan bulan. Bulan telah ditentukan tempattempat dilaluinya. Allah menundukan bulan dan matahari dan segalanya beredar menuju waktu yang ditentukan. Antara tanda kebesaran Allah ialah siang dan malam, matahari dan bulan. Jangan sujud kepada matahari dan
9
bulan. 19.
Al-Qamar
54
1
7072
20.
Al-Rahman
55
5
7661
21.
Nuh
71
16
74
32
7757
Demi bulan dan malam yang telah berlalu.
8
7757
Cahaya bulan pudar.
9-10
7938
Matahari bersama.
9
Al22. 23.
Muddaththir 10 Al-Qiyamah
75
24.
Bulan terbelah dua. Matahari dan bulan kesemuanya dengan perhitungan. Bulan bercahaya dan matahari sebagai pelita.
dan
bulan
dikumpul
25.
Al-Inshiqaq
84
18
8016
Apabila bulan telah purnama.
26.
As-Shams
91
2
2118
Bulan yang mengikuti matahari
Jadual 3 pula menunjukkan taburan pada ayat al-Quran yang berkaitan dengan bulan. Pada jadual ini terdapat dua jilid mengandungi lima ayat iaitu jilid 5 dan 8. Tiga jilid mengandungi dua ayat iaitu jilid 3, 6 dan 9 manakala jilid 4 mengandungi satu ayat, jilid 7 pula tiga ayat dan jilid 10 sebanyak 6 ayat. Antara perbincangannya menyentuh tentang bulan yang cahayanya terang, pelanggaran bulan dan matahari sebagai tanda kiamat dan pelbagai lagi.
Jadual 4 : Ayat-ayat Berkaitan Bintang-bintang
Bil.
Jilid
Surah
No. Surah
No. Ayat
Muka Surat
1.
3
Al-Anˊam
6
97
2120
2.
4
Al-Aˊraf
7
54
23902403
12
3894
16
3900
3. 5
Al-Nahl
16
4. 5.
6
Al-Haj
22
18
46804681
6.
8
Al-Saffat
37
88
6095 10
Intisari Ayat Bintang-bintang sebagai pedoman . Allah mencipta matahari, bulan dan bintang kesemua tunduk padaNya. Allah memudahkan perjalanan bintang-bintang. Dengan bintang-bintang mereka mendapat petunjuk arah. Semua yang ada di bumi, matahari, bulan dan bintang sujud kepada Allah. Nabi Ibrahim memandang kepada
bintang. Malam bertasbih dikala bintangbintang mulai tenggelam. Demi bintang apabila telah terbenam. Bintang dan kayu-kayuan sujud kesemuanya.
At-Tur
52
49
6971
An-Najm
53
1
6977
9.
Al-Rahman
55
6
7073
10.
Al-Waqiˊah
56
75
7144
Perjalanan bintang-bintang.
11.
Al-Mursalat
77
8-9
7820
Apabila bintang-bintang dihapuskan.
At-Takwir
81
2-3
7902
Bintang-bintang digugurkan.
Al-Tariq
86
2-3
7957
Bintang yang menembus.
7. 8.
12. 13.
9
10
telah
Taburan ayat al-Quran berkaitan dengan bintang pada jadual 4 di atas, dari 13 ayat kesemuanya didapati empat jilid mengandungi satu ayat al-Quran iaitu jilid 3, 4, 6 dan 1. Selain itu, jilid 5 mengandungi dua ayat, jilid 9 mengandungi empat ayat dan yang terakhir jilid 10 mengandungi tiga ayat. Perbincangan tentang bintang dalam taburan ayat di atas seumpama bintang sebagai petunjuk jalan pada waktu gelap, bintang beredar dalam orbitnya, Allah minta manusia memerhati bintang dan pelbagai lagi.
TAFSIRAN HAMKA TERHADAP AYAT-AYAT ASTRONOMI
1) Matahari dan bulan beredar mengikut perhitungan
Firman Allah s.w.t. :
ال َّل ْي ُه َو ْيال َو َو ُه اِ ُه ْي َو ٍنو “Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.” (Al-Rahman 55: 5)
Menurut penemuan sains moden ayat ini membuktikan bahawa matahari dan bulan mempunyai mekanisme yang tepat dan terukur dari segi suhu, volume dan jarak. Jikalau ukuran matahari terlebih atau terkurang sedikit jaraknya dengan bumi pasti kita semua
11
terbakar atau membeku. Begitu juga dengan bulan ia akan mempengaruhi pasang dan surutnya air laut pada permukaan bumi (Yusof al-Hajj, 2011:524).
Merujuk kepada Tafsir al-Azhar, HAMKA sendiri menegaskan bahawa matahari dan bulan beredar dengan ketepatan perhitungan dan tidak pernah berlaku kekacauan. Begitu juga belaiu menyatakan bahawa perjalanan bumi mengelilingi matahari terhintung sebanyak 365 hari dan bulan 354 hari kurang 11 hari dari bumi. HAMKA juga memebawa athar sahabat daripada Ikrimah yang diriwayat Abi Hatim berkaitan dengan cahaya matahari yang sampai ke bumi adalah satu daripada tujuh cahaya al-kursi (HAMKA, 2012, Jld. 9 : 7072).
2) Fenomena Gerhana Matahari.
Firman Allah s.w.t. :
إِ َوذا ال َّل ْي ُه ُه ِّو َوا ْي “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap)” (At-Takwir, 81: 1)
Ayat al-Quran di atas dikaitkan dengan kejadian fenomena gerhana matahari. Ilmuwan falak telah mengemukakan bahawa ketika bulan terletak di antara matahari dan bumi dalam satu garisan yang sama, bayang-bayang yang muncul akan memanjang terus sampai ke permukaan bumi dalam bentuk terucut. Hal ini mengakibatkan munculnya bintik hitam luas di atas permukaan bumi ketika berlaku gerhana matahari penuh. Apabila posisi bulan sangat jauhjaraknya dari bumi, makatitik hitam tersebut tidak samapai ke bumi dan peristiwa ini dikenali sebagai gerhana separa penuh (Muhammad Kamil, 2002: 36).
Berbeza dengan HAMKA, beliau melihat maksud ayat ini merupakan gambaran awal keadaan kiamat. HAMKA tidak memanjang tafsirannya apabila meletakkan peristiwa ini sebagai peristiwa ghaybiyyah. Beliau sekadar menerangkan maksud kalimah „kuwwirat‟ pada ayat diatas. Menurut beliau, maksud digulung ialah bila tugasnya telah habis dan tidak
12
memancarkan cahaya lagi sehingga dunia ini gelap gelita dan kacau bilau (HAMKA, Jld. 10 : 7902).
3) Orbit Bulan
Firman Allah s.w.t. :
َو ْيال َو َو َو َو َّاْي َو اُه َو لَو ِا َو َوحتَّى َو َوا َو ْيل ُه ْي ُه ِو ْيال َو ِ ٌِي “ Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya seperti mayang sudah tua”. (Yasin, 36: 39)
Bulan sentiasa berada pada orbit mengelilingi bumi kerana daya tarikan graviti antara bumi dan bulan. walau bagaimanapun orbit bulan bukan berbentuk bulat tetapi berbentuk elips. Hintung panjang jarak antara bulan dengan bumi ialah 384,000 km, oleh kerana orbit bulan berbentuk elips maka jarak paling minimum antara bulan dan bumi ialah 363,000 km. Bulan bukan sahaja dipengaruhi oleh graviti bumi bahkan juga graviti matahari yang menyebabkan perubahan kelajuan peredaran bulan (Arip Kosmo, 2007: 41).
Ayat al-Quran ini tidak ditafsir HAMKA dengan terperinci berdasarkan fakta-fakta saintifik. Bahkan HAMKA sekadar melontarkan pandangan yang mungkin berdasarkan pengalamannya sendiri apabila menghuraikan pergerakkan bulan. Pergerakkan bulan menurut beliau bermula dengan bulan sabit yang muncul disebelah barat. Kemudian terbit dengan saiz lebih besar dari sebelumnya dan begitulah dengan hari-hari seterusnya. Perbezaan kedudukan nya juga berubah lebih ke arah timur sebagaimana matahari terbit sehingga cukup 15 hari dalam keadaan purnama penuh (HAMKA, Jld. 8 : 6000).
4) Blazar adalah Bintang Yang Menembus
Firman Allah s.w.t. :
13
اللَّ ْي ُهي اللَّ ِ ُه “ (al-Tariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya).” (Al-Tariq, 86: 3)
Buku Quran Saintifik Meneroka Kecemerlangan Al-Quran Daripada Teropong Sains mencatatkan bahawa bintang ini dikenali sebagai blazar. Perkara ini sebagaimana yang dilaporkan oleh Science News pada 3 julai 2004. Blazar adalah satu pancaran radiasi berkuasa tinggi yang keluar daripada black hole atau lubang hitam. Oleh kerana lubang hitam terhasil kesan daripada ledakan bintang, maka kewujudan blazar adalah berkaitan dengan bintang (an-najmu) yang mempunyai sifat menembusi (thaqif) iaitu bergerak menembusi angkasa raya dengan cahaya yang tajam dan terang benderang (Danial, 2010 : 70).
HAMKA juga tidak menafsirkan secara spesifik berkaitan bintang yang menembus dalam ayat 3 surah al-Tariq di atas. Beliau hanya menyatakan bahawa bintang-bintang yang menembus itu dapat dilihat bila langit jernih pada tengah malam. Beliau juga membawa pandangan ahli-ahli tafsir yang lain seperti perumpamaan menembus (al-Tariq) dengan kedatangan Jibril ke dunia. Oleh kerana malaikat itu adalah cahaya (nur) maka pergerakkannya begitu cepat sekali melampaui kecepatan cahaya 180,000 mil dalam satu detik sebagaimana diketahui oleh kajian sains moden (HAMKA, Jld. 10 : 7902). KESIMPULAN
Berdasarkan kepada penelitian yang dijalankan, HAMKA memiliki keistimewaan yang tersendiri dalam mentafsirkan ayat-ayat al-kawniyyah berdasarkan corak tafsir ˊilmiy. Hasil penelitian terhadap beberapa ayat yang berkaitan dengan astronomi, jelas menggambarkan pendekatan HAMKA yang dinamik dalam menghubungkan antara keagungan isi kandungan al-Quran dengan perkembangan ilmu semasa. Ini dapat dilihat dari sudut gaya penghuraian dan pendekatan beliau dalam mentafsirkan ayat-ayat Allah s.w.t. dalam alQuran. HAMKA mempelbagaikan sumber pentafsiran sama ada dari sumber naqli, sumber akli, pandangan mufassir yang terdahulu sehinggalah kepada pengalaman beliau sendiri. 14
Beliau juga berhati-hati
dalam menghuraikan perkara-perkara
yang melibatkan
perbincangan ghaibiyyat. Hal ini menjadi satu tarikan bagi masyarakat umum untuk memahami dengan lebih baik lagi berkaitan dengan ayat-ayat al-kawniyyah serta menjadikan tafsir beliau sebagai rujukan muktabar di Alam Melayu. Walaupun corak tafsir ˊilmiy HAMKA jarang dibincangkan, namun dengan penyelidikan ini penulis mengharapkan ianya menjadi langkah awal untuk meneliti pendekatan sebenar HAMKA sama ada
cenderung kepada golongan menerima dengan syarat ataupun golongan
menerima dengan meluas terhadap corak tafsir ˊilmiy.
RUJUKAN Danial Zainal Abidin. 2010. Quran Saintifik Meneroka Kecemerlangan Al-Quran Daripada Teropong Sains. PTS Millennia Sdn. Bhd. Selangor. HAMKA, Abdul Malik Karim Amrullah. 2012. Tafsir al-Azhar. Singapura. Pustaka Nasional Pte. Ltd. Mashitah Bt. Ibrahim. 2000. Metodologi Hamka Di Dalam Tafsir al-Azhar. Kuala Terengganu. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Mazlan Ibrahim. 2002. Sejarah & Pandangan Ulama Tafsir Mengenai Tafsir Ilmiy. Shah Alam. Karisma Publications Sdn.Bhd. Mohd Arip kosmo. 2007. PASAK Pengukuh Akidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam Al-Quran. Penerbitan Awan Biru. Negeri Sembilan. Muhammad Kamil Abddushshamad. 2002. Mukjizah Ilmiah DalamAl-Quran. Alimin & Gha'neim (terj.). Media Eka Sarana. Jakarta. Sulaiman Nordin. 1993. Sains, Falasafah dan Islam. Bangi. Pusat Pengajian UmumUniversiti Kebangsaan Malaysia. Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad. 2007. Pendidikan Falsafah Sains Al-Quran. Penertbit Universiti Teknologi Malaysia. Johor Darul Takzim. Yunan Yusof. 1990. Corak Pemikiran Kalam Tafsir al-Azhar: Sebuah Telaah Tentang Pemikiran Dalam Teologi Islam. Jakarta. Penerbit Pustaka Panjimas. Yusof al-HajjAhmad. 2011. Sains Moden menurut Perspektif Al-Quran Dan AlSunnah (terj.).Abu Ezzat Al-Mubarak (sunting). Perniagaan Jahabersa. Johor Darul Takzim.
15