Angin di Bawah Gunung Antologi Karya Pemenang HADIAH SASTERA SABAH 1992193
Penyelenggara JAPAR UNGKI
Kandungan Laporan Panel Penilai Hadiah Sastera Sabah 1992/93
ix
Puisi
1
Qasidah Mohd. Zain A.H.
3
Reaksi kepada Integrasi Zaiton Ajamain
5
Rumah Peribadi Alipah jn
7
Iktikad juri Durabi
8
Di Kebun Hayat Saibil Madun
9
Antologi Syair Tua Kembara Muda
10
v
KANDUNGAN
Masjid Arifin Arif
11
•
Angin di Bawah Gunung Raymond Majumah
12
Teks-teks Bertebaran Hassan Jaidin
15
Kemboja Rahim Tapah
17
Cerpen
19
Titian Gelora Azmah Nordin
21
Binatang 14 Lalavang A. Karim Kadir
34
Antara Dua Lorong Chacho Haji Bulah
45
Nenek Jasni Matlani
52
Antara Dua Kota Julia Unggai
61
Merah Darah Mariam Omar
75
Hati Kristal II Mistirine Radin
91
Di Penghujung Usia Nur Amirah
106
Di Penghujung Dendam R Hamzah Dua
116
vi
KANDUNGAN
Esei dan Kritikan
127
Novel Malisiah, Hijrah dan Dukanya Abadi sebagai Wacana Feminisme: Satu Tanggapan Awal Zaiton Ajamain
129
Psikologi Remaja: Penting untuk Membina Watak dan Perwatakan Remaja dalam Karya Julia Unggai
145
Perteguhkan Perkembangan Puisi Islam di Sabah Jasni Matlani
vii
161
RUMAH PERIBADI
RUMAH PERIBADI Alipah Jn Betapa sukar mendirikan rumah ini dengan sepenuh niat betapa sukar menegakkan rumah ini dengan tunjang hakikat betapa sukar meluruskan rumah ini dengan menghadap kiblat betapa sukar menghias rumah ini dengan lukisan nikmat kerana rumah ini adalah tanah yang membentuk daging, tulang dan darah kerana rumah ini adalah api yang kerap kali membakar amarah kerana rumah ini adalah air yang sentiasa mengalir mengubah arah kerana rumah ini adalah angin yang menyusup membisik goda teguh bersimpul atas lingkaran hawa nafsu sejak mula menerima kesementaraan dan bujukan berahi. Ah, meski sesukar mana membangunkan rumah ini mari kita teguhkan niat, tegakkan hakikat luruskan kiblat sambil menyimpul wasila nikmat kerana belajar mengusir seribu silang fasik menabiri hayat adalah tuntutan sebenar wawasan negara akhirat menilik-nilik nasib ke ambang kebenaran syurga.
Kudat, 31 Ogos 1992
7
ANGIN DI BAWAH GUNUNG
IKTIKAD Juri Durabi Sebelum mengenal isinya perlu mengenal kulitnya
bijak menterjemah bau dan rasa semestinya tidak hanya pada nafas atas pada tanah yang digenggam terbenam dalam kehangatan api kemulusan kalbu itu harus bijak menterjemah kesejatan nikmat yang hampir pada molekul-molekul kehalusan hakikat dalam diam kita mencari simpul erti maknawi ada itu ada di dalam alam yang tersembunyi hanya pada hati kita mengenal putih hanya pada denyut kita mengenal nadi hanya pada nafas kita mengenal roh hanya pada rahmat kita mengenal nikmat hanya pada iktikad kita mengenal wahadaniah hanya pada taslim kita mengenal satu hanya itu ada di dalam alam yang tersembunyi sekarang kita masih di perempatan jalan menunggu waadat yang termazkur di alam kandungan langit dan bumi bersatu mencurah kasih pertama kita bagai punggur yang rontok dijilat api kemarau yang tidak mengenal sifat ingin sekali aku melihat ada itu ada di dalam alamku yang tersembunyi. Kota Kinabalu, Sabah
8
DI KEBUN HAYAT
•
DI KEBUN HAYAT Saibil Madun hanya kebun hayat tempat kenal diri kau seperti mawar diberikan warna dan keharuman yang berkembang untuk hari ini. Sebagai kesaksian masa lalu dan kebenaran hari esoknya. tempat kau rebah hanya di kebun hayat ini seperti kau menikmati kesuburan setelah ditenggala. Setiap peralihan musim diserabutkan goda dan rencana, kau diajar ketabahan, dipupuk bertahun kemarau atau hujan penyeri hidup.
kebun hayat menemukan pengalaman nurani kita. Dimatangkan oleh timangan waktu saksama dengan liku hidup, sentiasa kembali ke dalam diri menyusur hukum.
9
ANGIN DI BAWAH GUNUNG
ANTOLOG/ SYAIR TUA Kembara Muda Kulihat di hujung dermaga seorang kakek tua bertongkat dengan kaca mata retak sebelah bersepatu usang produksi zamannya. Kain sabee menyelimpang di bahu di ketiaknya terkepit antologi syair tua peninggalan neneknya dari aksara yang pupus. Di seberang jalan seorang anak muda berdasi dengan susuk badan yang tampan sedang mencari keputusan antara sekian persimpangan. Bertanya nenek tua pada firasat dan dermaga pada orang muda inikah bakal kutitipkan pusaka moyangku setelah sekian waktu aku menjadi penjaga yang setia.
19 Februari 1992
10
MASJID
MASJID Arifin Arif Tambatlah kuda-kuda kita di luar Di mihrab cuma satu kiblat ini bukan Masjid Dhirar menaranya memuncak ke langit ikhlas sementara di bawah kubah kita sempurnakan saf-saf kekuatan Oleh khusyuk kita biarkan rengkek kuda di luar Membakut, 4 September 1993
11
Angin di Bawah Gunung Antologi Karya Pemenang HADIAH SASTERA SABAH 1992/93
•
Melalui sayembara sastera, sebuah karya dapat dinilai dan diadili untuk mengukur kemajuan dan prestasi seseorang penulis. Bersandarkan matlamat ini, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah telah menganjurkan sayembara Hadiah Sastera Sabah yang bermula pada tahun 1990. Pengiktirafan melalui sayembara ini dapat mencetuskan gelora kreativiti dan kepenyairan para penulis Sabah, dan pada masa yang sama dapat memperkaya khazanah kesusasteraan di Negeri di Bawah Bayu. Angin di Bawah Gunung ini merupakan antologi karya pemenang
Hadiah Sastera Sabah 1992/93 yang merangkumi genre puisi, cerpen, esei dan kritikan. Karya-karya yang dihasilkan oleh penulis muda dan penulis mapan ini kaya dengan daya cipta yang kreatif yang menyerlahkan kearifan dan kematangan para penulis Sabah dalam berkarya.
ISBN 983-62-5272 - X 01200
9 789836 25272 2