BAB 7: ETIKA BUDDHA
Agama Buddha i.
Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu.
ii.
Ia menolak sistem Veda serta sistem kasta dan mempertengahkan kebebasan berdasarkan usaha individu.
iii.
Mengajar “jalan pertengahan” iaitu kesederhanaan dari aspek keduniaan dan pertapaan ekstrem.
iv.
Memperkenalkan kepentingan berdakwah. Agama Hindu tidak mengandungi aspek ini dan agama Buddha turut memperkenalkan falsafah baru yang tersebar ke China, Jepun, Korea dan Asia Tenggara.
v.
Asoka, Maharaja India, telah memeluk agama Buddha pada tahun 297SM dan agama Buddha telah berkembang dengan pesatnya selepas ini. Usaha Asoka dalam menyebarkan agama Buddha telah menyelamatkan agama ini daripada kepupusan kerana agama ini tidak wujud lagi di India beberapa kurun kemudian.
Agama Buddha Asal-usul agama Buddha penuh dengan mitos dan lagenda. Ia bermula dengan:
i.
Asal-usul lagenda; dan
Ke arah kesedaran.
(a) Asal-Usul Lagenda i.
ii.
iii. iv.
v.
Seorang putera muda yang bernama Siddharta, anak kepada seorang Raja Kshatriya (bermaksud “satria”) yang bernama Suddhodana dan isterinya Maya, yang berasal daripada suku kaum Gautama. Gautama telah dikelilingi oleh perkara-perkara yang cantik dan baru ketika membesar. Beliau mempelajari kesenian, pertempuran dan falsafah, iaitu perkara-perkara yang biasa dipelajari oleh seorang putera. Apabila beliau berumur 19 tahun, beliau mengahwini sepupunya dan mereka dikurniakan dengan seorang putera yang bernama Rahula. Apabila Gautama mencecah umur 30 tahun, beliau semakin menyedari kebenaran tentang dunia di sebalik dinding istananya. Dikatakan bahawa para dewa-dewi telah membuka matanya kepada dunia ilusi yang mengelilinginya. Beliau mula menyedari berbagai perkara yang disembunyikan daripadanya. Gautama mendapati bahawa beliau tidak lagi dapat hidup dalam ilusi yang direka oleh bapanya ini dan meninggalkan keluarganya serta kehidupannya sebagai seorang putera untuk memperoleh kesedaran yang sebenar.
(b) Ke Arah Kesedaran
Gautama telah berusaha untuk memperoleh kesedaran melalui cara-cara berikut: i. Menjadi perantis seorang guru tetapi tidak mendapat
jawapan yang memuaskan kepada persoalannya. ii. Menyertai lima orang sami lain dan menjalankan pertapaan
yang ekstrem yang berlarutan selama 6 tahun.
Pada waktu ini, Gautama telah melakukan perkara-perkara berikut: Berpuasa sehingga hanya menjamah sebutir nasi sehari Memakai pakaian yang kurang selesa dan merengsa kulitnya Duduk dalam posisi yang menyakitkan buat berjam lamanya Duduk di atas duri Tidur di kalangan mayat di tanah perkuburan
Di Banaras, Gautama telah memberi ceramahnya yang pertama. Beliau memberitahu mereka bahawa cara untuk memperoleh
kesedaran bukanlah melalui nikmat duniawi (sepertimana yang dikecapinya apabila beliau seorang putera) atau melalui penafian yang ekstrem (iaitu pertapaannya) tetapi laluan tengah. Kelima-lima sahabatnya menerima hakikat ini dan menjadi
Sangha (sami Buddha) pertama. Gautama
menjadi Buddha pada umur 35 tahun dan menghabiskan seluruh hayatnya mengajar para pengikutnya yang terdiri daripada berbagai kasta dan gender.
Pengikut Gautama dibahagikan kepada dua kumpulan utama
iaitu para sami atau pengikutnya yang serius dan pengikut agama Buddha yang hanya mematuhi garis panduan agama Buddha yang asas sahaja.
Ajaran Buddha Jalan Pertengahan Menjauhi tindakan yang ekstrem baik dari segi kepuasan atau penderitaan.
Kesedaran Manusia patut berusaha untuk mencapai kesedaran dengan sendiri dan bukan setakat memintanya dari Tuhan
Manusia Anatman Memiliki jiwa, badan fizikal, perasaan, kefahaman dan kepekaan.
Mencapai Nirvana Nirvana dapat dicapai menghapus kan ego dan bersatu dengan alam semesta.
Karma Setiap tindakan kita, sama ada baik atau buruk, akan menghasilkan akibat berkarma.
Lima Perintah atau Lima Hukum Agama Buddha
Empat Kebenaran Mulia a)
Penderitaan terdiri daripada penyakit, usia yang tua, pemisahan dari orang yang tercinta, menginginkan apa yang kita tidak dapat capai dan membenci sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
b)
Setiap penderitaan disebabkan oleh nafsu dan usaha untuk memenuhi nafsu.
c)
Penderitaan dapat diatasi dengan menamatkan nafsu.
d)
Cara terbaik untuk menamatkan nafsu adalah dengan mematuhi Jalan Lapan Lapis Mulia.
Lambang Jalan Lapan Lapis Mulia, iaitu Roda Dharma • Jalan Lapan Lapis Mulia dilambangkan oleh roda berjejari lapan atau roda Dharma.
Empat Kebenaran Mulia dan Jalan Lapan Lapis Mulia
Jalan Lapan Lapis Mulia Dalam setiap unsur dalam Jalan Lapan Lapis Mulia, istilah
“benar” dialihbahasa daripada perkataan bahasa Sanskrit “samyanc” yang bermaksud:
Penyelesaian
Perpaduan Kesepaduan Kesempurnaan Jalan Lapan Lapis Mulia adalah amalan yang akan membawa
penganutnya ke arah kesedaran diri, kebebasan dan akhirnya Nirvana. Amalannya berbeza mengikut mazhab agama Buddha yang
berlainan. Pada zaman ini, amalan ini telah diabaikan, diubah dan hanya beberapa daripada prinsipnya diamalkan.
Tiga Bhg Asas Jalan Lapan Lapis Mulia Unsur Jalan Lapan Lapis Mulia
Unsur yang diperoleh
Ilmu
1. Pandangan yang benar 2. Niat yang benar
9. Ilmu yang benar 10. Kebebasan yang benar
Tindakan beretika
3. Pertuturan yang benar 4. Tindakan yang benar 5. Rezeki yang benar
Konsentrasi
6. Usaha yang benar 7. Kepekaan yang benar 8. Perhatian yang benar
Etika Buddha dalam Konteks Diri dan Keluarga Ibu bapa dan anak Anak: Anak perlu taat, hormat dan mengasihi ibu bapa. Perlu menjaga nama baik keluarga dan adat keluarga. Memberi sedekah bagi pihak ibu bapa apabila mereka meninggal dunia. Ibu bapa: Mendidik dan mengajar anak. Membimbing mereka dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
Adik-beradik Abang dan kakak perlu dihormati dan perlu memberi bimbingan kepada adik-adik mereka.
Golongan lebih tua dan senior Perlu dihormati dan pendapat mereka dihargai.
Etika Buddha dalam konteks Sosial dan Interpersonal
Etika Buddha dalam konteks Sosial dan Interpersonal
Etika Buddha dalam konteks Perniagaan & Perdagangan
Etika Buddha dalam konteks Perubatan, Sains & Kesihatan
Etika Buddha dan Alam Sekitar