PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011 Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor ISBN 978-983-9368-57-4 (2011), http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm
Abdullah Abbas Nasution: Tokoh Penterjemah dan Pentafsir al-Quran 1
Mahsor Yahya, 1Mazlan Ibrahim & 2Azmul Fahimi Kamaruzaman 1
2
Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor
Abstrak: Perkembangan dan sejarah penterjemahan al-Qur’an di Nusantara adalah merupakan satu peradaban Ummah Islamiah yang berpanjangan sehingga melampaui dekad semasa. Para ulama’ sezaman telah mencurahkan segala kemampuan dan kudrat kurniaan Ilahi bagi melalui saat mencabar menyelami rahsia keagongan Kalam Allah. Usaha jerih ini tersedia dihidangkan bagi manfaat masyarakat dengan munculnya pelbagai terjemahan al-Qur’an. Tidak ramai ulama’ yang mampu menterjemahkan al-Qur’an keseluruhan sebanyak 30 juzuk. Di Malaysia perkembangan ini boleh dibanggakan dan antara salah satu terjemahan al-Qur’an yang sempurna 30 juzuk hasil pengorbanan para ulama’ ialah kitab “Qur’an Bergantung Makna Jawi Bagi Bacaan Anak Sehari-Hari ” hasil terjemahan Haji Abdullah Abbas Nasution. Dalam masa yang sama beliau sempat mengarang kitab tafsir al-Qur’an walaupun hanya setakat Surah alKahfi. Kajian tokoh ulama’ ini amat penting bagi mengetahui kegigihan para ulama’ Melayu khususnya dalam usaha memahamkan al-Qur’an kepada masyarakat. Kegigihan beliau perlu dijadikan teladan dan semangat kepada generasi baru dalam memartabatkan ilmu dan mengembangkan tamadun Islam. Kajian ini menggunakan methodologi kepustakaan dengan merujuk kepada kajian terdahulu dan temubual dengan pelbagai pihak. Hasil kajian ini nanti akan dapat menilai kehebatan yang jarang didapati oleh para ulama’ sekarang dan terjemahannya diharap dapat diketengahkan kepada masyarakat secara lebih produktif sesuai dengan peredaran zaman.
PENGENALAN Sejarah penterjemahan al-Qur’an telah berlaku semenjak tersebarnya Islam keserata pelusuk dunia. Para du’at Islam telah membawa bersama-sama mereka khazanah mukjizat al-Qur’an dalam kehidupan beragama. Al-Qur’an telah dijadikan sebagai panduan dan rujukan dalam kehidupan mereka. Para ulama’ Islam yang mahir dalam bidang ini telah memainkan peranan mereka yang cukup berkesan dalam memacu ummat memahami isi kandungan al-Qur’an. Maka lahirlah pelbagai terjemahan al-Qur’an dalam pelbagai bahasa di dunia ini. Perkembangan terjemahan al-Qur’an ini tidak terlepas daripada tersebar di Nusantara ini. Kemasukan Islam bermula dari Perlak di Sumatera, Acheh, Melaka dan seterusnya ke seluruh pelusuk Asia Tenggara telah menebarkan sayap yang luas kepada usaha penterjemahan al-Qur’an ke Alam Melayu. Perkembangan di Indonesia tidak kurang hebatnya dengan lahirnya ulama’-ulama’ yang berusaha siang dan malam berusaha menterjemahkan kitab al-Qur’an. Antara yang terawal ialah terjmahan yang dilakukan oleh A.Hassan Bandung dalam “Al-Furqan Tafsir Quran”. Di Malaysia pula perkembangannya agak perlahan, akan tetapi usaha terjemahan ini tetap juga
berlaku. Antara yang terawal ialah Qur’an Berhantung Makna Jawi terjemahan Haji Abdullah Abbas Nasution. Melalui kertas kerja ini penulis akan menonjolkan ketokohan Haji Abdullah Abbas Nasution sebagai seorang ulama’ penterjemah dan pentafsir al-Qur’an. Kajian tentang riwayat kehidupan seseorang ulama' menjadi penting bagi menelusuri langkah perjuangan mereka yang telah Berjaya. Sebelum melihat sejarah kehidupannya terlebih dahulu dicatatkan sedikit pengenalan berkaitan dengan kitab " Qur'an Bergantung Makna Jawi" dan " Al-Furqan Tafsir Qur'an". Kitab Qur’an Bergantung Makna Jawi: Nama yang dicatatkan pada muka hadapan kitab ini ialah " Qur'an Bergantung Makna Jawi Bagi Bacaan Anak Sehari-Hari". Ianya adalah sebuah kitab terjemahan al-Qur'an yang lengkap 30 juzuk. Beberapa teks yang telah dijumpai oleh penulis menunjukkan ianya bukan sekali cetak bahkan menunjukkan beberapa kali. Mungkin juga ianya dicetak dalam warna kulit yang berlainan. Ini berdasarkan warna muka kulit depannya yang berbeza antara satu dengan yang lain tetapi isi kandungannya adalah sama sahaja antara satu naskhah dengan naskhah. Daripada beberapa naskhah yang ditemui ada yang tercatat nama pencetaknya dan ada juga yang tidak ditulis nama pencetak atau penerbitnya.
258
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Ada beberapa naskhah terjemahan kitab Qur’an Bergantung Makna Jawi yang telah ditemui oleh penulis sebagaimana berikut: Terjemahan al-Qur'an yang telah di hadiahkan oleh Abd.Hamid bin Abd.Rahman untuk diwakafkan kepada para jamaah Masjid Mukim Beris Lalang Bachok, Kelantan bertarikh 28 Ramadhan 1423H bersamaan 4 Disember 2002M. Kulit luarnya tercatat kalimah "al-Qur'an al-Karim " dalam Bahasa Arab dengan tulisan khat thuluth. Latarbelakang kulit dengan tiga warna iaitu coklat, putih dan biru. Tidak terdapat nama penterjemah dan tiada pendahuluan cuma ditulis " Qur'an Bergantung Makna Jawi-Bagi Bacaan Anak Sehari-hari" pada helaian yang ke tiga. Bilangan muka surat ialah 522 halaman tidak termasuk halaman doa khatam al-Qur'an dan Fihras (kandungan). Kitab ini bersaiz besar berukuran lebar 10.4 inci x panjang 14.8 inci. Kitab ini dicetak oleh Maktabah Muhammad alNahdi Wa Auladuhu, tanpa tarikh, alamat serta tidak disebut tahun cetakannya. Juga tidak terdapat tanda harga pada naskhah ini. Naskhah lain yang sama dengan naskhah ini juga ditemui dibeberapa masjid di negeri Kelantan seperti: Masjid Mahmudi, Bandar Bachok, Kelantan. Masjid Mukim Garam, Pasir Tumbuh Kota Bharu, Kelantan. Masjid Kampung Putih, Batu 2, kota Bharu, Kelantan. Naskhah kedua ialah naskhah yang dimuatkan bersama kitab ”Panduan Mencari Hukum dan Kisah di dalam al-Qur'an al-Karim” yang mengandungi sebanyak 11.405 ceraian. Naskhah ini diterbitkan oleh Maktabah Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawi yang beralamat di 55 Acheen Street, Pulau Pinang. Tercatat harga senakhah ialah RM25.00. Naskhah ketiga ialah yang ditemui di Masjid Pondok Padang Lepai Ketereh Kota Bharu. Ada beberapa perbezaan dengan naskhah yang pertama di mana kulit luarnya adalah berwarna merah. Ia dicetak dan diterbitkan oleh Sulaiman Press beralamat di 85 Lebuh Acheh, Pulau Pinang, Malaysia. Kandungan, ukuran dan bilangan muka surat adalah sama. Berdasarkan penemuan-penemuan di atas menunjukkan bahawa terjemahan al-Qur'an ini walaupun dicetak di Pulau Pinang tetapi ianya telah tersebar luas di Kelantan. Kitab ini pernak dicetak dan diterbitkan oleh Maktabah Muhammad al-Nahdi Wa Auladuhu, Maktabah Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawi, Sulaiman Press dan The United Press. Kesemuanya cetakan dan penerbitannya adalah di Pulau Pinang.
Sejarah Terjemahan dan Cetakan: Kitab ini telah diterjemah oleh Haji Abdullah Abbas Nasution semenjak tahun 1940. (Tajuddin Seman, Berita Minggu, 20.12.92. Hal: 20) iaitu setelah beliau kembali dari Kelantan. Kitab terjemahan al-Qur'an ini telah diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1956 sebanyak 15 juzuk iaitu dari Surah al-Fatihah hingga ayat 27 Surah al-A’raf, sebanyak 125 muka surat dan diterbitkan oleh Tuan Ustaz al-Fadhil Haji Mansur bin Haji Hassan, Bayan Lepas Pulau Pinang, tanpa tahun cetakan. Setelah tamat terjemahan keseluruhannya maka ia telah diterbitkan oleh Maktabah Haji Abdullah Muhammad Nordin al-Rawi, bernombor 55, Acheen Street, Pulau Pinang. Perbelanjaan mencetak kitab ini sebagaimana yang dicatatkan oleh Haji Abdullah Abbas sendiri ialah sebanyak RM 65,000.00 ringgit. Ia telah dicetak dalam tahun 1968. Tercatat ada pendahuluan kitab ini yang ditulis oleh Haji Abdullah Abbas dan bertarikh 20.4.1967. Kitab ini telah dicetak oleh the United Press, Pulau Pinang. (Haji Abdullah Abbas Nasution. 1968. hal 1-3). Berdasarkan apa yang ditulis oleh Haji Abdullah Abbas sendiri berkaitan dengan usaha penulisan kitab terjemahan al-Qur'an dapat dilihat pada "Pendahuluan" kitab Muqaddam Ihya' al-Ulum dimana beliau menulis: Setelah berjaya saya menterjemahkan al-Qur'an al-Karim Qur'an Bergantung Makna Jawi Bagi Bacaan Anak Sehari-Hari ke Bahasa Melayu yang bermula pada tahun 1940M, dan tamat serta selesai ditulis khat cantik pada 1959M, dan pada tahun 1956M dan tahun 1957M berjaya diterbitkan jilid pertama (7 juzuk setengah) sebanyak 12 ribu jilid. Dan jilid ke dua (7 setengah juzuk ke dua) sebanyak 6 ribu jilid. Dan pada tahun 1968 berjaya diterbitkan sekhatam 30 juzuk Qur'an Bergantung Makna Jawi itu secara bidang besar 11.5 X 15.5 inci berjilid kemas, kertas tebal dan baik, walaupun telah mengambil masa selama 28 tahun baru Qur'an sekhatam ini muncul ke alam wujud……. (Haji Abdullah Abbas Nasution, t.t, Muqaddam Ihya' al-Ulum, t. pt, hal: 3).
Harga bagi senaskhah Qur’an terjemahan ini ialah RM 25.00. Beliau menyarankan agar setiap pembaca memiliki satu naskhah dan sekiranya dapat dibeli untuk diwakafkan sebagai amal jariah selepas pulang ke Rahmatullah. (Haji Abdullah Abbas. t.t. hal: 3). Permintaan beliau ini disambut baik oleh masyarakat Islam seluruh negara berpandukan kitab ini ditemui diseluruh negara terutamannya di Kedah dan Kelantan. Tujuan Penterjemahan Kitab: Berdasarkan naskhah cetakan The United Press, Haji Abdullah Abbas telah mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada Haji Yusof Rawa di atas kesudian beliau bersama-samanya menerbitkan kitab ini. Tujuan beliau menterjemah dan mengarang kitab ini ialah kerana beliau merasa kecewa apabila ramai anak bangsa orang-orang Melayu khususnya membaca al-Qur'an dengan berlagu tetapi tidak memahami maknanya. Sedangkan al-Qur'an dalam bahasa lain telah diterjemahkan seperti ke dalam Bahasa Inggeris, Jerman, Itali, Perancis, Hungry,
259
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Belanda, Russia, Turki, India, China, Jepun, Urdu dan lain-lain. (QBMJ hal: 2 cet; Maktabah Haji Abdullah bin Muhammad Nuruddin al-Rawi). Menurut Haji Abdullah Abbas lagi bahawa Bangsa Melayu yang berjumlah puluhan juta telah membaca dan mempelajari al-Qur'an al-Karim empat lima tahun tetapi mereka tidak mengetahui apa tujuan (maksud) yang mereka baca dan pelajari apa yang mereka lagukan. Maka katanya untuk menebus kerugian yang begitu besar maka beliau telah menterjemahkan al-Qur'an ini. Beliau juga menyeru supaya setiap orang membeli setiap seorang satu naskhah Qur'an terjemahan ini dan diwakafkan untuk masjid bagi bacaan umum dan dihadiahkan pahalanya kepada ibubapa, guru-guru, sanak saudara dan sebagainya. Semua ini adalah sebagai bekalan kita di Hari Akhirat nanti. (Abdullah Abbas Nasution, QBMJ, Iklan Perhatian Am,kulit belakang kitab). Di dalam usaha menyiap dan menerbitkan terjemahan ini Haji Abdullah Abbas telah membacanya beberapa kali. Sebelum ditulis dengan khat yang baik ia telah disemak sebanyak tiga kali, kemudian apabila sudah ditulis, disemak pula sebanyak empat kali dan bacaan atau semakan kali ke lapan ialah semasa menyiapkan pendahuluan (pra kata) sebelum dicetak. Walau telah banyak kali disemak beliau dengan rasa rendah diri memohon agar sesiapa yang membaca dan mendapati berlaku kesilapan agar dapat membaikinya.(QBMJ 1968, hal: 1). Riwayat Hidup: Salah seorang tokoh yang amat terkemuka di utara Semenanjung Tanah Melayu ialah Haji Abdullah Abbas Nasution. Beliau adalah seorang tokoh ulama' Kedah yang terkenal dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan, sejarah dan politik. Penglibatan beliau dalam pelbagai bidang amat dikagumi dan beliau telah dinobatkan sebagai salah seorang tokoh sejarawan Kedah. Beliau terkenal sebagai seorang tokoh ulama’ yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui pelbagai tulisan beliau yang membangkitkan semangat bangsa Melayu supaya menuntut kemerdekaan. Kegigihan beliau dapatlah dilihat daripada hasil peninggalannya karyakaryanya yang sangat berharga sebagai rujukan kepada generasi kini. Kajian yang dilakukan oleh penulis adalah merupakan satu kesinambungan dalam usaha memartabatkan peranan ulama' dalam konteks yang lebih luas. Pun begitu sebenarnya kajian terhadap kehebatan dan ketokohan seseorang adalah sari yang amat penting dalam mengikuti jejak langkah beliau dalam menilai peranan yang seharuskan dimainkan oleh generasi mendatang. Walaupun ianya dalam bentuk catatan sejarah tetapi daripada sejarah inilah yang dapat dijadikan sempadan yang akan membentuk jati diri seseorang itu.
Tarikh Kelahiran: Haji Abdullah Abbas Nasution dilahirkan tanggal 12 Rabiulawal tahun 1330H bersamaan dengan 4 Mac 1912M di sebuah kampung bernama Tanjung Alam Kisaran dalam Daerah Asahan di Sumatera Utara.(Risalah Sejarah Hidup Haji Abdullah Abbas Nasution hal: 17). Ayahnya Haji Abbas Abd.Karim Nasution berasal dari satu keluarga ilmuan terkenal yang juga pernah menjadi penasihat kanan dalam kerajaan negeri di Negeri Mandahiling, Sumatera Utara pada suatu ketika dahulu. (Wan Shamsudin Mohd Yusof. 2007. hal: 283 / Abdullah Abbas, Syarahan hal: 19-20). Ayahnya telah bercita-cita ingin berpindah ke Kedah Malaysia bagi mendapatkan pengajian bagi Abdullah di sana. Setelah mendapat hasil yang lumayan dalam bertani maka pada ada pertengahan bulan Mei 1920 haji Abbas bersama keluarganya berhijrah dari bandar Kisaran menuju ke Medan dengan menaiki kereta api. Setelah beberapa hari di Medan mereka pun bertolak ke Pulau Pinang dengan menaiki kapal di Pelabuhan Belawan. Setelah beberapa hari di Pulau Pinang mereka pun bertolak pula ke Alor Setar dengan melalui kapal juga terus ke Pelabuhan Alor Setar melalui Kuala Muda Kedah dan terus menuju ke Pondok Langgar dengan menaiki kereta kuda. Setelah 22 bulan berada di Pondok Langgar mereka sekeluarga kembali semula ke Indonesia bagi menziarahi keluarga di sana, kemudian datang pula ke Pondok Langgar pada tahun 1923. (Mazlan Ibrahim, tesis Phd, hal 88). Keluarga: Haji Abdullah Abbas mempunyai satu keluarga yang besar. Isteri beliau ialah Hajjah Sofiah binti Haji Hashim iaitu cucu kepada Tuan Guru Pondok Haji Muhsin, Titi Besi Kepala Batas Alor Star Kedah. Hasil perkahwinan beliau telah dikurniakan sepuluh orang anak. Anak pertama bernama Zahratul Naim dilahirkan tahun (1940) tetapi meninggal dunia sewaktu masih kecil lagi. Anaknya yang kedua dan seterusnya ialah Siti Hasanah (1941), Maryam Asiah (1942) telah meninggal, Ahmad Mahir (1944)- meninggal, Puteri Sofiah (1948)- surirumah, Masriah, Nadrah Kartini (1951)- Surirumah, Nor Syahrir (1953) – telah meninggal, Aisyah Ruhana (1954)- Guru Tadika dan Jamal Abdul Nasir (1957) - Guru.(Temuramah dengan Cikgu Jamal Abd.Nasir bin Haji Abdullah Abbas). Semasa penulis menemu bual Cikgu Jamal ibunya berada di Pulau Pinang tinggal bersama Pn Masriah iaitu kakak kepada Cikgu Jamal dan bertugas di sana. Ayah beliau iaitu Haji Abbas Abdul Karim Nasution adalah seorang yang berasal dari satu keluarga ilmuan terkenal yang pernah menjadi penasihat kanan dalam kerajaan negeri Mandahiling, Sumatera Utara pada suatu ketika dahulu. Semasa tinggal di Kampung Kota Pulau Pisang, Mukim Tunjang Jitra, ayahnya bekerja sebagai tukang jahit disiang hari dan pada waktu malamnya beliau mengajar agama secara sukarela di masjid yang
260
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
kebanyakan muridnya terdiri dari kalangan orangorang dewasa. “Kemana kuah kalau tidak tumpah ke nasi” itulah ibarat yang dapat diperkatakan dimana Haji Abbas telah meninggalkan zuriatnya menjadi seorang yang alim dan sanggup menghabiskan keringat dan harta benda dalam mengejar pahala akhirat dengan segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh anaknya Haji Abdullah.(Ismail Che Daud. 2007, Hal: 284). Latar Belakang Pendidikan: Melihat kepada hasil karya yang ditinggalkan oleh Haji Abdullah Abbas Nasution selepas kematiannya menunjukkan bahawa beliau adalah seorang tokoh yang gigih, tabah, mempunyai keimuan yang tinggi dan mempunyai jati diri yang kental. Setelah penulis membuat penyelidikan melalui pembacaan dan temubual dengan anak-anak dan isterinya dapatlah diketahui bahawa beliau mempunyai latarbelakang pendidikan yang begitu menarik dan hebat. Di peringkat awal pendidikan beliau telah mendapat pendidikan asas di rumah secara tidak rasmi sehingga berumur 7 tahun. Setelah itu beliau dimasukkan ke Sekolah Melayu Langgar di Kampung Pulau Pisang, iaitu ketika berumur 8 tahun sehinggalah darjah tiga. Di peringkat kanak-kanak ini beliau mempelajari asas ilmu agama dan tulisan Jawi. Selepas itu beliau dihantar ke Pondok Pulau Pisang selama tiga tahun. Kemudian pada tahun 1925 beliau belajar di Pondok Air Hitam. Keadaan ini berterusan selama tiga tahun. Pada tahun 1928 ketika berumur 17 tahun beliau berpindah ke Kelantan bagi melanjutkan pengajiannya di sana dan sempat berguru dengan seorang tokoh ulama’ terkenal Kelantan iaitu Tok Kenali di Kubang Kerian. Beliau belajar di sini selama 6 tahun dan menjadi khadam kepada Tok Kenali. (Wan Shamsudin/Ismail Che Daud, 2007, hal 284). Setelah 6 tahun belajar dan menjadi khadam kepada Tok Kenali beliau kemudian berpindah ke Masjid Muhammadi di Kota Bharu (1931-1936). Ini adalah disebabkan nasihat daripada Tok Kenali sendiri yang mana ketika itu belaiu berada dalam keuzuran kerana sakit. Di Kota Bharu beliau belajar dan menjadi khadam kepada Tuan Guru Haji Ahmad Maher Ismail (Allahyarham Datok Kaya Purba), Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Beliau banyak mengikuti Haji Ahmad Maher ke pendalaman Kelantan ketika Haji Ahmad Maher menjadi Nazir sekolah-sekolah agama Majlis Agama Islam Kelantan dan juga ketiga menjadi Qadi Besar Kelantan. Disamping itu secara mingguan beliau datang berguru dengan Dato’ haji Muhammad Nor bin Haji Ibrahim di Kampung Penambang Kota Bharu. (Haji Abdullah Abbas.t.t. hal: 32). Seterusnya pada tahun 1936M beliau berpindah ke Pondok Ahmadiyyah, Bunut Payung Kota Bharu dan berguru dengan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir sehingga tahun 1940M. Beliau juga sempat berguru dengan Tuan Guru Haji Ali di Pondok Pulau Pisang,
Daerah Badang Kota Bharu. Sekiranya dilihat dari perguruannya ini menunjukkan kegigihan beliau dalam menuntut ilmu maka dikurniakan Allah Taala kehebatan yang luar biasa. Antara para gurunya yang terkenal ialah termasuk Tok Kenali, Haji Ahmad Maher, Haji Abdullah Tahir, Haji Wan Musa, Haji Ahmad Hakim dan Haji Ahmad Hafiz. (Wan Shamsudin 2007, hal: 284/ Abdullah Abbas Nasution, Syarahan, hal: 6). Beliau juga pernah berguru dengan Datuk Haji Muhammad Nur bin Datuk Haji Ibrahim yang merupakan mufti Negeri Kelantan pada tahun 1933 dengan belajar secara mingguan di Kampung Penambang, Kota Bharu.(Haji Abdullah Abbas, t.t, Risalah Sejarah Hidup Haji Abdullah Abbas Nasution hal 32). Bukan setakat itu sahaja bahkan selepas beliau kembali ke Kedah pada akhir tahun 1939 beliau menyambung pengajiannya pula di Pondok Pulau Pisang dan di Pondok Titi Besi.(Wan Shamsudin 2007). Kehidupan dalam Pekerjaan: Haji Abdullah Abbas seperti juga manusia lain yang memerlukan sumber kewangan dalam menampung urusan kehidupan seharian. Kedatangan beliau dan keluarganya ke Kedah pada awalnya adalah kerana mempunyai sumber kewangan yang secukupnya untuk berpindah dan belajar di Kedah. Begitu jugalah dengan para ulama’ lain yang memerlukan perbelanjaan bagi menguruskan keperluan dalam menuntut ilmu sama ada di dalam atau di luar negara. Maka untuk mencapai cita-cita tersebut mereka perlu melakukan sesuatu untuk menyara kehidupan. Persamaan ini sangat jelas dapat dilihat daripada keperibadian dua susuk tubuh penterjemah al-Qur’an iaitu Haji Abdullah Abbas Nasution dan A.Hassan Bandung. Bagi Haji Abdullah Abbas, kegigihan beliau mencari sumber rezeki untuk menampung keperluan hidup dapat dilihat semasa beliau berada di Kelantan lagi iaitu ketika menuntut ilmu di sana. Pelbagai usaha telah dilakukan beliau antaranya ialah dengan melibatkan diri dalam perniagaan. Beliau telah membeli kitab-kitab Arab daripada Mesir khususnya dan dijual di tanah air sama ada di Kelantan atau di luar Kelantan. Buku-buku dan kitab agama ini dari Timur Tengah khususnya dari Syarikat Isa al-Babi al-Halabi di Mesir. Usaha beliau berniaga ini bukanlah perkara baru bahkan ianya adalah juga pekerjaan bapanya yang menjadi penjual tunggal kitab-kitab agama di Kubang Pasu, Kedah. Kitabkitab tersebut diambilnya dari Pulau Pinang. Maka tidak hairanlah pekerjaan ini disambung oleh anaknya. Hasil daripada berniaga ini beliau dapat menyara dua orang anaknya dan Haji Abdullah belajar di Kelantan. (Abdullah Abbas Nasution. t.t. hal: 23) Haji Abdullah memperluaskan ilmu perniagaan ini sehinggalah ke Kelantan disamping beliau belajar. Beliau juga sempat mempelajari ilmu
261
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
perniagaan ini daripada gurunya Allayarham haji Ahmad Maher bin Ismail (Datok Kaya Purba) dan juga daripada seorang ahli perniagaan yang terkenal di Kelantan pada masa itu iaitu Nik Yahya D.Ekwan. (Mazlan Ibrahim.2008 hal: 15). Bukan hanya buku atau kitab-kitab agama sahaja yang dijual bahkan beliau juga membeli barang-barang daripada luar Kelantan yang tidak terdapat di Kelantan seperti barangan dari Singapura, Betawi dan Medan dan menjualnya di Kelantan. Perniagaan import export ini dilakukan oleh beliau melalui perantaraan bank-bank antarabangsa seperti Bank di Amsterdam, Landon. Kaherah, Beirut, India Pakistan dan lain-lain. (Mazlan Ibrahim. 2008. Hal: 14/ Abdullah Abbas. t.t. hal 91). Apa yang menarik tentang kegigihannya dalam berniaga ialah apabila beliau telah melantik seramai 30 orang muridnya sebagai wakil berniaga ”baju terpakai” dengan syarat modal daripada beliau dan keuntungan dibahagi dua. Antara bidang perniagaan lain yang diceburi oleh beliau ialah dengan mengarang, menterjemah, menerbit dan mencetak buku-buku karangan beliau sendiri dengan melantik kedai-kedai sebagai wakilnya di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. (Mazlan Ibrahim.2008. hal: 16). Pekerjaan pertama yang dilakukan oleh haji Abdullah selepas pulang ke Kedah setelah mendalami ilmu diperantauan ialah menjadi guru pondok di Pondok Pulau Pisang dan Pondok Titi Besi iaitu dalam tahun 1940. Bukan setakat belajar dan menjadi seorang guru pondok bahkan beliau banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Beliau amat senang menjalankan pekerjaan sebagai peniaga asalkan halal dan mendapat sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan hidup dan menguruskan sekolah yang ditubuhkannya iaitu Madrasah Ihya’ al-Ulum alDiniyyah. Kegiatan beliau juga sama dengan apa yang telah dilalui oleh A.Hassan Bandung di Indonesia. Pengorbanan yang dilakukan oleh Haji Abdullah Abbas dalam mendidik anak bangsa memahami agama amatlah dihargai. Setelah menubuhkan Maahad Ihya’ al-Ulum al-Diniyyah beliau mendidik dan mengajar anak muridnya tanpa mengambil upah atau yuran. Hanya pada tahun 1954 barulah dikenakan yuran tahunan sebanyak RM15.00 seorang. Itu pun untuk perbelanjaan gaji seramai 18 orang gurunya. 75% perbelanjaan membayar gaji dan mengurus sekolah adalah dengan tanggungan beliau sendiri (Catatan pada Gambar Kenangan Keluarga Nasution). Sumbangan dalam Bidang Pendidikan: Penglibatan dalam bidang pendidikan adalah merupakan tugas utama yang dijalankan oleh Haji Abdullah Abbas Nasution sesuai dengan peranannya sebagai seorang ulama' yang berpendidikan pondok. Berkat daripada asas pendidikan agamanya beliau
telah mencurahkan tenaganya dalam bidang keilmuan. Peranannya lebih jelas dilihat pada kegiatan penulisan tentang ilmu agama semasa belajar di Kelantan lagi. Setelah tamat pengajiannya di Kelantan beliau pulang ke Kedah dan terus memberi khidmat selaku tenaga pengajar di Pondok Pulau Pisang dan Pondok Titi Besi. Beliau selalu disebut sebagai seorang tokoh ulama' tetapi lebih dikenali juga sebagai tokoh sejarah (Catatan di Muzium Negeri Kedah). Peranannya yang lebih besar ialah dengan menubuhkan pondoknya sendiri di Tanjung Pauh, Jitra Kedah. Pondok ini akhirnya berkembang menjadi Madrasah Ihya' al-Ulum al-Diniyyah iaitu pada tahun 1940M dengan perbelanjaan yang diusahakannya sendiri oleh beliau selain bantuan daripada rakan-rakan. Pengorbanan yang dilakukan oleh Haji Abdullah Abbas dalam mendidik anak bangsa memahami agama amatlah dihargai. Setelah menubuhkan Maahad Ihya’ al-Ulum al-Diniyyah beliau mendidik dan mengajar anak muridnya tanpa mengambil upah atau yuran. Hanya pada tahun 1954 barulah dikenakan yuran tahunan sebanyak RM15.00 seorang. Itu pun untuk perbelanjaan gaji seramai 18 orang gurunya. 75% perbelanjaan membayar gaji dan mengurus sekolah adalah dengan tanggungan beliau sendiri (Catatan di Gambar Kenangan Keluarga Nasution). Di zaman keemasannya madrasah ini dapat menampung seramai 600 orang pelajar dan perempuan yang datang dari seluruh pelusuk negara termasuk Sabah dan Serawak. Juga terdapat pelajar dari luar negara termasuk dari Brunai, Indonesia, Thailand, Singapura dan Kemboja. Tenaga pengajarnya sehingga 23 orang yang berkelulusan dari dalam dan luar negeri. Di samping mengajar beliau juga adalah pengetuanya.(Abdullah Abbas Nasution, Kitab Pati Ringkasan Sejarah Negeri Kedah, 1978, hal: 41). Jumlah muridnya sepanjang 27 tahun ialah lebih 4,000 orang. Semasa mengurus dan mentadbir madrasahnya inilah beliau telah bergiat aktif dalam penulisan dengan menghasilkan pelbagai tulisan dan kitabkitab. Ramai dari kalangan para muridnya menjawat jawatan seperti guru di sekolah menengah, pegawai kerajaan dan swasta, wakil dewan negeri dan Wakil Rakyat, Setiausaha Menteri Besar Kadi, penghulu dan lain-lain. (Catatan Pada Gambar Keluarga Nasuton).Akhirnya Madrasah ini telah bertukar menjadi sebuah pusat pengajian menengah moden di Tanjung Pauh dalam Daerah Kubang Pasu Kedah. Semangat menuntut ilmu tidak pernah padam dalam jiwanya. Beliau telah menyertai beberapa seminar diperingkat nasional dan antarabangsa yang berkaitan dengan pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sejarah, pendidikan, bahasa, sastera dan kebudayaan. Antaranya ialah Seminar Islam dan Kebudayaan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 24-28 Julai 1976. Seminar Sejarah Melaka di Melaka (14-18 Disember 1976), Hari
262
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Sastera Terengganu (24-27 Julai 1978), Persidangan Persatuan Sejarawan Antarabangsa Bagi Asia Tenggara, di Kuala Lumpur (25-29 Ogos 1980), Seminar Kemasukan Islam di Asia Tenggara di Acheh (25-30 September 1980) dan Seminar Pendidikan Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (8-10 Ogos 1981). Temu bual dengan Cikgu Jamal Abd.Nasir 23 Novembet 2010 di rumahnya). (Dato’ Wan Shamsuddin Wan Yusof. t.t. hal: 10). Sumbangan dalam Bidang Politik: Sejarah telah membuktikan bahawa para ulama’ telah banyak memainkan peranan dalam gerakan politik atau pemerintahan negara. Jasa mereka amat besar dalam membebaskan negara daripada penjajahan. Peranan membebaskan negara daripada belenggu penjajah sama-sama diperjuangkan oleh masyarakat Melayu semua peringkat. Para ulama’ yang tahu selok belok tentang perjuangan dan jihad telah banyak menggadaikan jiwa dan tenaga serta ilmu yang mereka miliki bagi menyedarkan masyarakat tentang peranan yang perlu dimainkan dalam usaha menghalau penjajah dari tanah air. Antara tokohtokoh ulama’ yang memperjuangkan kemerdekaan ialah Haji Abd.Rahman Limbung, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Dr. Burhanuddin Hilmi dan lain-lain lagi. Termasuk daripada kalangan tokoh-tokoh tersebut ialah Haji Abdullah Abbas Nasution. Beliau termasuk salah seorang daripada alim ulama’ yang berusaha untuk menubuhkan sebuah parti politik Islam agar menjadi satu parti alternatif kepada masyarakat Melayu.(Ishak Saat. 2007. Hal: 231). Para ulama’ khususnya para pengasas sekolah agama telah berperanan besar dalam gerakan ini seperti Ustaz Abu Bakar al-Bakir yang merupakan mudir (pengetua) Maahad Ihya’ al-Syarif yang terletak di Gunung Semanggol, Perak. Manakala Haji Abdullah Abbas adaah mudir dan pengasas sekolah Maahad Ihya’ al-Ulum al-Diniyyah Tanjung Pauh Jitra, Kedah. Kesedaran politik yang begitu tebal dalam pemikiran para ulama’ ini telah meletakkan mereka sebagai penggerak politik Melayu pada waktu tersebut. Sumbangan Haji Abdullah Abbas bukan setakat menulis dan bergiat dalam bidang pendidikan bahkan beliau banyak juga terlibat dalam bidang politik dan pemerintahan. Beliau bersamasama dengan tokoh ulama' lain seperti Haji Husin Che Dol dan Datok Munsyid Diraja Haji Abd.Rahman Merbok banyak terlibat dalam gerakan politik bagi membebaskan Tanah Melayu daripada Penjajah. (Pengasuh, Disember 1991, bil 516 hal: 42). Pada peringkat awal keterlibatan beliau ialah dalam persatuan "Persahabatan Sahabat Pena Malaya (P.S.P.M). Pada waktu itu Tanah Melayu sedang dijajah dan kebanyakan pertubuhan Melayu ditubuhkan bagi memperjuangkan kemerdekaan
Tanah Melayu daripada penjajahan Inggeris di mana pertubuhan politik telah diharamkan oleh penjajah. Kemudian beliau menyertai " Kesatuan Melayu Kedah" yang dipimpin oleh Tuan Haji Hussin Dol (selaku pengerusi) bagi meluaskan lagi usaha membangkitkan semangat masyarakat Melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan. Haji Abdullah Abbas telah dilantik sebagai timbalan pengerusi, Ustaz Ismail Said sebagai Naib Pengerusi, Ahmad Segara sebagai Setiausaha dan beberapa Ahli Jawatankuasa. Sebagai seorang yang berjiwa patriotik dan melibatkan diri dalam politik beliau telah memegang beberapa jawatan penting. Ianya bermula apabila Tuan Haji Husain Dol iaitu Guru Besar Sekolah Arab Gual Cempedak telah menubuhkan Kesatuan Melayu Kedah (KMK). Pengerusinya ialah Haji Husain Dol sendiri, manakala Haji Abdullah Abbas dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. Ustaz Ismail Said menjadi Naib Pengerusi, manakala Ahmad Senggara telah dilantik sebagai setiausaha dan beberapa orang telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa. Selepas itu diadakan pula satu mesyuarat bagi menubuhkan Kesatuan Melayu Kedah Cawangan Kubang Pasu yang kemudiannnya menjadi sebahagian UMNO negeri Kedah. Kesatuan Melayu Kedah Cawangan Kubang Pasu ialah yang sama-sama membentuk gagasan sebanyak 46 kesatuan melayu bagi mewujudkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(PEKEMBAR/UMNO) yang ditubuhkan di Bangunan Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur pada tahun 1946. (Haji Abdullah Abbas Nasution. t.t. hal:40). Antara jawatan yang pernah dipegang oleh Haji Abdullah Abbas ialah sebagai Setiausaha Kesatuan Melayu Kedah Bahagian Kubang Pasu dan Setiausaha UMNO Bahagian Kubang Pasu. Akan tetapi pada tahun 1955 beliau telah meninggalkan UMNO kerana kecewa apabila alim ulama’ tidak diberi tempat dalam kepimpinan setempat. Beliau telah bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya tahun 1957 di kawasan Kedah Utara menentang calon Perikatan iaitu Syed Ahmad Shahabuddin dan Haji Laidin Haji Abd.Manan (Parti Negara). Walaupun begitu beliau telah tewas dan hanya mendapat 1,578 undi berbanding Syed Ahmad Shabuddin sebanyak 25,544 undi, Haji Laidin Abd.Manan mendapat 1,309 undi dan undi rosak sebanyak 713 undi.(Mohammad Abu Bakar. 1997. Hal: 144-185). Setelah beliau meninggalkan UMNO beliau telah dilantik sebagai Setiausaha PAS Kedah dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Beliau adalah salah seorang orang penting yang menghadiri mesyuarat “ Kongres Kesatuan Melayu Malaya “ yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 1hb Mac 1946 ketika bergolaknya penentang orang Melayu menentang gagasan Malayan Union. (Ismail Che Daud. 2007. Hal: 290). Pada tahun 1969 beliau sekali lagi aktif melibatkan diri dalam kempen pilihanraya apabila
263
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
dirayu dan dijanjikan oleh Menteri Besar ketika itu iaitu Datuk Seri Ahmad Shahabuddin wang sebanyak RM 75,000.00 untuk membesarkan Masjid Tanjung Pauh. Juga janjinya untuk memberi RM 120,000.00 untuk belanja mencetak kitab “Qur’an Bergantung Makna Melayu Raya Tulisan Latin sebanyak 10,000 naskhah. Namun janji-janji tersebut tidak ditunaikan walaupun Datok Seri Shahabuddin telah memenangi pilihanraya tersebut. Setelah itu haji Abdullah Abbas tidak lagi aktif dalam kegiatan politik sehinggalah beliau meninggal dunia. (Pengasuh. 1997. Hal: 11). Penglibatan dalam Persatuan Ulama Kedah (PUK): Haji Abdullah Abbas bukan sahaja mempunyai tahap keilmuan yang tinggi bahkan mampu merancang dengan baik segala urusan serta dapat membaca keadaan atau suasana pergolakan yang berlaku dalam masyarakat. Beliau begitu aktif dengan program-program kemasyarakatan terutamanya berkaitan dengan meningkatkan semangat untuk mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Peranannya sebagai seorang ulama' lebih menyerlah lagi setelah terlibat secara langsung dalam penubuhan Persatuan Ulama' Kedah (PUK). Beliau adalah salah seorang yang melahirkan idea penubuhan Persatuan Ulama’ Kedah bersama-sama dengan Dato’ Syeikh Abd.Halim bin Othman (Bekas pelajar Maktab Mahmud). (Muhammad Mustafa Ishaq, Syamsul Anuar Ismail dan Rohana Yusof. 2004. Hal 160). Beliau pernah menceritakan kisah penubuhan PUK ini katanya: Asal-asal timbul Persatuan Ulama’ ini ialah fikiran saya seorang. Pada suatu hari Syeikh Abdul Halim Othman, Mudir Maktab Mahmud dating menziarahi ibunya yang sedang sakit tenat di Tanjung Pauh, Jitra, telah berbincang di rumah saya tentang hendak menubuhkan sebuah persatuan murid-murid. Saya berkata kalau Persatuan Murid kita akan terlepas (tidak dapat mengambil bahagian). Lebih baik kita tubuhkan Perasatuan Ulama’. Kita akan tubuhkannya pada hari perarakan menentang Malaya Union yang hanya akan berlangsung empat lima hari saja lagi.(Md. Noor Salleh, Abd.Halim Salleh. 1998. Hal 87).
Dengan kenyataan temubual dengan Haji Abdullah Abbas Nasution ini menunjukkan bahawa idea dan perancangan penubuhan Persatuan Ulama’ Kedah adalah hasil daripada buah fikiran beliau bersama dengan Syeikh Abd.Halim Othman. Maka perancangan seterusnya telah digerakkan bersama antara beliau dan Syeikh Abd.Halim. Persatuan Ulama’ Kedah ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keluhuran dan kesucian agama Islam disamping mempelopori gerakan reformasi agama, politik, social dan ekonomi masyarakat Melayu. Pada masa tersebut Haji Abdullah Abbas bertugas sebagai mudir / pengetua di Maahad Ehya’ al-Ulum alDiniyyah, Tanjung Pauh Jitra Kedah. Beliau adalah ahli ke lapan dalam pendaftaran keahlian Persatuan Ulama’ Kedah. Bagi melaksanakan cita-cita dan hasrat beliau ini Haji Abdullah Abbas telah meminta bantuan dua
puluh orang muridnya menulis surat jemputan sebanyak seratus keping di atas kepingan kertaskertas kecil. Surat itu terpaksa ditulis dengan tulisan tangan kerana pada masa tersebut tidak terdapat penggunaan mesin taip secara meluas pada masa tersebut lagipun tindakan tersebut perlu disegerakan. Beliau kemudian mengarahkan murid-muridnya balik ke kampong masing-masing menyampaikan surat-surat tersebut kepada Imam-Imam dan para penghulu. Murid-murid tersebut juga di suruh supaya menerangkan secara lisan kepada ibubapa dan sanak saudara mereka supaya dating berhimpun pada tarikh yang telah ditetapkan.(Mohd Noor Salleh 1998 hal:88). Perhimpunan raksaksa menentang Malaya Union di Kedah berlaku pada pagi 19 Januari 1946 di Maktab Mahmud Alor Star. Pada sebelah petangnya telah diadakan perhimpunan para ulama’ seluruh Kedah sebagaimana yang telah dirancang iaitu perhimpunan bagi menubuhkan Persatuan Ulama’ Kedah. Maka pada 9 Febuari 1946 tertubuhlah Persatuan Ulama’ Kedah dengan diketuai oleh Haji Hussin Che Dol selaku Yang Dipertua dengan disertai oleh 19 Ahli Jawatankuasa. Pada asalnya haji Abdullah Abbas adalah setiausaha penaja PUK, tetapi setelah didaftarkan beliau diamanahkan kebagai Setiausaha Kehormat pertama persatuan tersebut. Sebagai setiausaha beliau telah merangka undang-undang persatuan. Beliau telah mendapat kerjasama daripada beberapa orang bijak pandai. Hasilnya undang-undang PUK telah berjaya digubal berpandukan undang-undang tubuh Persatuan Pinang Peranakan iaitu sebuah pertubuhan kebajikan India Muslim di Pulau Pinang. Diantara tahun 1946 hingga 1949 beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha PUK kerana beliau tidak mampu untuk bertugas disebabkan oleh pejabat urusan PUK di Maktab Mahmud Alor Star telah berpindah ke Madrasah al-Taufiqiyyah al-Khairiyyah di batu 16 Guar Cempedak. (Tajuddin Saman. 1992. Hal: 20). Mulai tahun 1949 beliau telah dilantik sebagai Ketua Hal Pelajar menggantikan Syeikh Abd.Halim Othman. Perlantikan ini amat sesuai dengan beliau kerana pada masa tersebut beliau adalah mudir di Maahad Ihya’ Ulum al-Diniyyah dan mendapat sokongan daripada para pelajarnya dalam menjalankan kegiatan persatuan. Setelah berkembang dan menjalankan pelbagai aktiviti persatuan maka hasilnya telah lahir ramai dari kalangan pimpinan Persatuan Ulama’ Kedah ini yang terlibat dalam pertubuhan politik seperti Persatuan Melayu Kedah, UMNO dan sebagainya.(Mohd Nor Salleh. 1998. Hal: 90). Akhlak dan Keperibadian: Haji Abdullah Abbas selaku seorang ulama’ tentunya mempunyai keperibadian yang luhur. Antara sifat yang dapat dirangkumkan ialah beliau seorang yang sangat kritis sehingga menyanggah pandangan dan kritikan
264
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Allayarham Prof. Dr.HAMKA dalam karyanya yang berjudul ” Tuanku Rao- Antara Khayal dan Fakta”. Beliau juga menentang fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Allayarham Pak Wan Sulaiman Wan Sidek (Syeikh al-Islam Kedah (1874-1935) berhubung dengan masalah ”riba”.(Ismail Che Daud. 2007. Hal289). Beliau banyak memberi pandangan diseminar-seminar dan menulis pelbagai kertas kerja sebagai jawapan kepada persoalan yang berlaku. Beliau juga adalah seorang pemidato yang hebat. Banyak seminar dan syarahan yang beliau berikan sepanjang hidup beliau. Antaranya ialah ceramah yang disampaikan di Seminar ”Majlis Memperingati Tokoh-Tokoh Ulama’ Silam” di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 21 Febuari 1979 mengenai ”Riwayat Dan Perjuangan Tok Kenali”. Penghormatan menyampaikan ceramah ini kerana beliau adalah salah seorang anak murid Tok Kenali yang masih lagi ada pada waktu itu.(Ismail Che Daud. 2007 hal: 291). Sifat dan keperibadian Haji Abdullah yang sentiasa memajukan diri dengan mencari ilmu patut dijadikan contoh kepada generasi kini. Beliau bersemangat dalam menyertai pelbagai seminar yang berkaitan dengan pelbagai bidang seperti politik,, ekonomi, sejarah, pendidikan, bahasa, sastera dan kebudayaan. Antara seminar yang dihadirinya ialah seperti Seminar Islam dan Kebudayaan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 24-28 Julai 1976., Seminar Sejarah Melaka di Melaka pada 1418 Disember 1976, hari Sastera Terengganu iaitu pada 24-27 Julai 1978, Persidangan Persatuan Sejarawan Antarabangsa bagi Asia Tenggara di Kuala Lumpur pada 25-29 Ogos 1980, dan Seminar Kemasukan Islam di Asia Tenggara, di Acheh pada 25-30 September 1980 dan Seminar Pendidikan Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 8-10 Ogos 1981. (Temubual dengan Cikgu Jamal Abd.Nasir bin Haji Abdullah). Hasil Karya dan Penerbitan: Haji Abdullah Abbas Nasutian adalah seorang tokoh ulama' dan sejarawan yang terkenal di zamannya. Beliau adalah seorang tokoh yang kreatif dan prolifik dalam menghasilkan karya sama ada karya karangan beliau sendiri ataupun terjemahan kitab berbahasa Arab. Nama beliau tersenarai bersama-sama tokoh ulama’ Kedah yang aktif dalam menghasilkan karya penulisan seperti Tuan Haji Muhammad Taib al-Mas’udi alBanjari, Haji Wan Sulaiman Wan Sidik, Tuan Haji Muhammad Said Taib dan lain-lain lagi. (Wan Syamsuddin Mohd Yusof. 1999. Hal: 11). Di antara hasil karya beliau yang begitu banyak ada yang masih kekal sampai sekarang ini dan ada yang tidak ditemui. Sebahagian kitab tersebut ada disimpan oleh anaknya iaitu Cikgu Jamal Abd. Nasir di rumahnya lot 626 Taman Mahsuri Alor Star. Nasib malang telah menimpa apabila banjir besar telah melanda Kedah pada 9 November 2010 telah mengakibatkan banyak kitab yang berada
dirumahnya basah dan rosak. Banjir kilat yang melanda Kedah dengan tetlalu cepat tersebut telah memasuki rumah Cikgu Jamal sehingga tidak sempat untuk menyelamatkan buku-buku dan dokumen berkaitan dengan ayahnya. Banyak kitabkitab dan buku ayahandanya basah sehingga tidak dapat diselamatkan. Sesungguhnya minat Haji Abdullah Abbas dalam menulis sebenarnya bermula semenjak beliau masih menuntut di Kelantan lagi iaitu sekitar tahun 1933M. Pada mulanya beliau menulis menerusi akhbar "Saudara", Warta Malaya (Singapura) dan "Sahabat" Pulau Pinang. Beliau biasanya menggunakan nama pena A.A Pilpisani dan Ibnil Arabi. Walaupun tidak mendapat bayaran tetapi beliau merasa berbesar hati apabila tuisan-tulisan beliau tersiar di dada-dada akhbar tersebut. Berita yang sering ditulis oleh beliau ialah masalah kecurian ayam, cerita-cerita jenayah juga kisahkisah agama. Pada tahun 1934, beliau telah menganggotai satu pertubuhan yang dinamakan “ Persahabatan sahabat Pena Malaya” (PSPM). Nombor keahliannya ialah 3267. Perastauan ini disertai oleh kebanyakan masyarakat Melayu diseluruh Asia Tenggara termasuk di Tanah Melayu sendiri, Singapura, Sabah, Serawak, Siam (Thailand) dan Sumatera (Indonesia). Persatuan ini berperanan memperkuatkan hubungan persahabatan dikalangan Bangsa Melayu di Nusantara dalam bidang persuratan dan pengetahuan am. Beliau juga banyak menterjemah buku-buku berbahasa Arab. Beliau belajar menterjemah dari seorang guru agama yang pernah menjadi Mufti Kelantan iaitu Ustaz Ahmad Maher. Banyak juga ilmu lain yang sempat dipelajari seperti ilmu logik (mantiq), Balaghah dan Falsafah. Haji Ahmad Maher jugalah orang yang bertanggungjawab melatih beliau menjadi pemberita akhbar secara kecil-kecilan. Juga mengajar beliau teknik menterjemah kitab-kitab Arab ke Bahasa Melayu. (Abdullah Abbas Nasution, Syarahan Haji Abdullah Nasution di UKM 1978.t.pt.th. hal: 11). Pada peringkat awal beliau menulis dengan bercahayakan lampu minyak tanah kerana pada waktu tersebut cahaya letrik belum lagi sampai ke kampong-kampung pendalaman. Beliau sentiasa mengasingkan diri (berkhalwat) bagi menyiapkan penulisan beliau. Masa yang biasa digunakan beliau adalah bermula dari jam 2 atau 3 pagi, sehinggalah jam 1 tengahari. Begitulah rajin dan tekunnya Haji Abdullah Abbas dalam melaksanakan usaha penulisan dan terjemahan pada setiap hari. Bermula tahun 1940 beliau mula menterjemahkan al-Qur'an sehingga sempurna 30 juzuk yang memakan masa selama lapan tahun. Secara keseluruhan Haji Abdullah Abbas telah menulis dan menterjemah kira-kira seratus kitab dan risalah yang menyentuk pelbagai tajuk. Kebanyakkannya berkaitan dengan Islam,
265
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
kebudayaan Islam, Sejarah Islam dan Sejarah Am Asia Tenggara. Beliau juga pernah menulis berkaitan dengan sejarah keturunan keluarganya dan pelbagai bidang ilmu pengetahuan. (Tajuddin Saman, 1992, Berita Minggu hal: 20). Antara hasil penulisan karya dan kitab-kitab Haji Abdullah Abbas Nasution adalah seperti berikut: Al-Qur'an Bergantung Makna Jawi Bagi Bacaan Anak Sehari-hari, 1940. Sejarah Melayu Raya, jilid I dan II (Tarikh Perjuangan Dan Ekonomi Indonesia, Filipina dan Malaya) 1947. Kitab Berzanji Bergantung Makna Melayu Tulisan Jawi.1964. Buku Suluhan Politik, 1953-2 jilid. Suluhan Ke Tanah Suci (Bagi Persediaan Jemaah-Jemaah Haji).1950. Qur'an Dakwah Islamiyyah. 1973. Jilid 1. Kitab al-Tarbiyah al-Ijtimaiyyah (Sains kemasyarakatan, terjemahan karya Ali Fikri, Mesir, 1936). Kitab al-Tarbiyah al-Wataniyah (Sains politik) 1937. Kitab al-Tarbiyah wa al-Ta'lim, 1940. Kitab al-Fiqh 'ala Mazahib al-Arba'ah (membicarakan fiqh empat mazhab), 1951. Muqaddam Ihya' al-Ulum, 1955. Kitab Pedoman Mencari Hukum dan Qissah di dalam al-Qur'an al-Karim, 1956. Kitab Tafsir Abdullah Abbas Nasution, 1959. Kitab Majmu' Sejarah Islam 1959- 32 Jilid. Al-Qur'an Bergantung Makna (rumi), 1967. Kitab al-Dakwah Ila al-Islam, 1973. Kitab Qur'an Dakwah Islamiah, 1973. Kitab Pati Ringkasan Sejarah Kedah, 1978. Syarahan, 1981. (Dato' Wan Shamsudin Mohd Yusof /Ismail Che Daud 2007, hal: 21). Terdapat juga kitab-kitab terjemahan Haji Abdullah Abbas yang tidak dapat ditemui seperti Kitab al-Tarbiyyah al-Ijtimaiyyah (Sains Kemasyarakatan) karangan asal oleh Syeikh Ali Fikri, Mesir (Tahun 1936),Kitab al-Tarbiyyah Wa al-Ta'lim (Sains Pendidikan dan pengajaran), Kitab Sejarah Melayu Raya jlid 11, Suluhan Politik Jilid 11, Kitab Fiqh 'Ala Mazahib al-Arbaah (Kitab Feqah Mazhab Empat), Kitab Muqaddam Ihya' Ulum alDin ejaan Arab, Jawi dan Roman, Panduan Menulis Khat Cantik (Khat Thulus), Kitab al-Qur'an Dakwah Islamiyyah jilid 11, Kitab al-Tarikh- Majmuk Sejarah Islam Sedunia- 14 Abad Silam (Kebudayaan Nabi Muhammad s.a.w dan Syari'at Islamiyyah, Sejarah Tamaddun dan Dakwah Islamiyyah bermula dari jilid 1 hingga jilid 32 (Manuskrip). (Mazlan Ibrahim, 2005, Tesis Doktor Falsafah UM hal: 107).
Kematian: Ulama' yang banyak berjasa kepada masyarakat serta kreatif dalam menghasilkan bahanbahan penulisan dan rela berkorban apa sahaja demi menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat ini telah di anugerahkan sebagai salah seorang tokoh Negeri Kedah Darul Aman. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu 4hb Januari 1987 di kediamannya "Rumah Ilham Ilahi" di Tanjung Pauh Jitra Kedah. Usia beliau pada waktu itu ialah 78 tahun. (Temu bual dari keterangan Cikgu Mohd Jamal Abdul Nasir bin Abdullah di rumahnya pada 24 November 2010). KESIMPULAN Berdasarkan beberapa catatan di atas maka dapatlah dirumuskan bahawa Haji Abdullah Abbas Nasution adalah seorang tokoh yang sepanjang hidupnya berkhidmat dalam bidang pendidikan khususnya dalam memberikan khidmat keilmuan kepada masyarakat. Antara yang menonjol ialah pengorbanannya dalam menterjemahkan al-Qur’an ke dalam Bahasa Melayu sehingga sempurna 30 juzuk. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit adalah satu pengorbanan yang amat besar telah disumbangkannya kepada masyarakat. Sesungguhnya jasa dan pengorbanannya akan berpanjangan dari dunia sampailah ke alam baqa’. RUJUKAN Abdullah Abbas Nasution t.t. Qur'an Daawah Islamiah. Rumah Ilham Ilahi, Tanjung Pauh, Jitra Kedah. Abdullah Abbas Nasution. t.t. Muqaddam Ihya’ alUlum, t.pt. Abdullah Abbas Nasution. t.t. Risalah Sejarah Hidup Abdullah Abbas Nasution, t.tp, t.pt. Abdullah Abbas Nasution. t.t. Risalah, Tesis dan Kertas Kerja Abdullah Abbas Nasution, t.tp, t.pt. Dato’ Wan Syamsuddin Mohd Yusof. Selenggara: Mazizah Haji Mat Derus dan Zahidi Dato’ Zainol Rasyid. 1999. Dari Pulau Andang Ke Pulau Tiga. Terbitan: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah, cetakan: UPCAS Sdn. Bhd. Alor Setar Kedah. Haji Abdullah Abbas Nasution. t.t. Risalah, Tesis dan Kertas Kerja Abdullah Abbas Nasution. t.tp.t.pt. Ishak Saat. 2007. Sejarah Politik Melayu Pelbagai Aliran. cet: 1. Karisma Publications Sdn. Bhd. Shah Alam Selangor. Majalah Pengasuh, Disember 1991, bil 516. Keluaran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Majalah Pengasuh, Ramadhan-Syawal / Jan-februari 1997, bil 546. Keluaran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
266
PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) IV, 25-26 NOVEMBER 2011
Mazlan Ibrahim, 2008M, Tafsir Harian Al-Qur'an Al-Karim: Kajian Tokoh Dan Metodologi, cet: pertama UKM, Fakulti Pengajian Islam, Bangi, Ampang Press Sdn. Bhd. Selangor D.E. Md. Noor Salleh, Abd.Halim haji salleh. 1998. Islam di Kedah Darul Aman. Dokumentasi Konvensyen Sejarah Kedah Darul Aman Ke Dua. Cet: 1, Terbitan: Majlis Kebudayaan Negeri Kedah D.a. Percetakan: Concept Press Sdn. Bhd. Muhamed Mustafa Ishaq, Syamsul Anuar Ismail dan Rohana Yusof. 2004. Kedah Dalam Lipatan Sejarah. Penerbitan UUM, Cetakan: jabatan Penerbitan dan Teknologi Media.
Muhammad Abu Bakar. 1997. “Ulama’ Pondok Dan Politik Kepartian Di Malaysia 19451985,Kuala Lumpur, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Muhammad Yunan Mahmud. 1989. Riwayat Hidup Tokoh-tokoh Ulama’ Kelantan. Yayasan Islam Kelantan. Nik Abd.Aziz bin haji Nik Hassan.1977. Sejarah Perkembangan Ulama’ Kelantan. Cet: 1, Kota Bharu, Pustaka Aman Press Sdn.Bhd. Tajuddin Saman. 1992. Berita Minggu.
267