UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 05 )
14 November 2011
________________________________________ PEKELILING PENGURUSAN BIL. 4 TAHUN 2011 ____________________________________
PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
1.0
TUJUAN Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai peraturan berkaitan penerimaan sijil sakit swasta untuk tujuan kemudahan cuti sakit di Universiti Tun Hussein Malaysia.
2.0
LATAR BELAKANG 2.1
Perintah Am 15 Bab C memperuntukkan bahawa Ketua Jabatan boleh menggunakan
budi
bicaranya
untuk
menerima
sijil
sakit
yang
dikeluarkan oleh doktor swasta bagi tujuan meluluskan cuti sakit. Selaras dengan perkembangan amalan perubatan di sektor awam dan swasta,
Kerajaan
telah
bersetuju
meminda
peraturan
berkaitan
penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta untuk tujuan meluluskan kemudahan cuti sakit. 2.2
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui pemakluman Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2006 telah menjelaskan berkenaan pindaan peraturan berkaitan. JPA juga melalui Surat Edaran JPA (S)223/8/3 Klt.15 (9) bertarikh 21 Oktober 2010 telah menambah baik dasar mengenai penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh hospital / klinik di Singapura.
-1-
2.3
Melalui surat edaran JPA (S)TT343 Jld.2(67) bertarikh 26 Mac 2010 memaklumkan mengenai tindakan tatatertib yang boleh diambil ke atas pegawai yang mengemukakan sijil cuti sakit palsu atau meminda sijil cuti sakit.
2.4
Pekeliling Pengurusan ini dikeluarkan sebagai pemakluman semula kepada staf Universiti berkenaan dengan peraturan-peraturan sedia ada berkaitan penggunaan sijil sakit swasta bagi tujuan kemudahan cuti sakit.
3.0
PELAKSANAAN Tafsiran 3.1
Dalam
Pekeliling
Pengurusan
ini,
melainkan
jika
konteksnya
menghendaki makna yang lain – ‘Pesakit Luar’ bermaksud pesakit yang mendapat rawatan dari jabatan pesakit luar atau jabatan kecemasan atau klinik dan tidak diarah untuk mendaftar di wad; ‘Pesakit Dalam’ bermaksud pesakit yang mendaftar dan mendapat rawatan di wad, serta perlu bermalam di wad sekurangkurangnya satu (1) malam. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh Hospital
atau
Pusat
Rawatan
yang
sama
mulai
tarikh
dimasukkan ke dalam wad selagi mana ianya bersambung hari (bagi sijil sakit berikutnya) adalah masih dianggap sebagai Sijil Sakit Pesakit Dalam; dan
Tanggungjawab Ketua Jabatan 3.2
Dalam menggunakan budi bicaranya untuk menerima sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta bagi tujuan meluluskan cuti sakit, Ketua Jabatan perlu mengambil perhatian kepada tindakan berikut : 3.2.1 Meluluskan cuti sakit bagi Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta mengikut kelayakan yang ditetapkan di dalam pekeliling ini; 3.2.2 Menurunkan tandatangan ringkas pada Sijil Cuti Sakit berkenaan bagi tujuan pengesahan; dan -2-
3.2.3 Melaporkan
kepada
Unit
Tatatertib,
Pejabat
Pendaftar
sekiranya terdapat mana-mana pegawai seliaannya didapati mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu atau meminda Sijil Cuti Sakit berkenaan untuk tindakan selanjutnya termasuk dikenakan tindakan tatatertib sehingga hukuman buang kerja ke atas pegawai.
Kelayakan 3.3
Kemudahan cuti sakit menggunakan sijil sakit swasta boleh diluluskan dengan syarat-syarat berikut : 3.3.1 bagi staf yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta, sijil sakit swasta yang dikeluarkan doktor swasta tanpa sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberikan jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam satu tahun kalendar; atau 3.3.2 bagi staf yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar; dan 3.3.3 jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Pegawai Penilai Kedua dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Pendaftar.
3.4
Kemudahan cuti sakit menggunakan Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh hospital / klinik di Singapura boleh diluluskan dengan syaratsyarat berikut : 3.4.1 staf telah mendapat kelulusan ke luar Negara dari Naib Canselor bagi apa-apa tujuan sekalipun;
-3-
3.4.2 bagi staf yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan doktor tanpa sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberikan jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam satu tahun kalendar. Jumlah 15 hari ini adalah termasuk jumlah penerimaan sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta di dalam Negara tanpa sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan seperti mana dijelaskan pada perenggan 3.1.1 di atas; atau 3.4.3 bagi staf yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik di Singapura, sijil sakit yang dikeluarkan doktor tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 90 hari dalam satu tahun kalendar. 3.3
Sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik panel Universiti pilihan staf adalah termasuk di dalam sijil sakit kerajaan manakala sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik panel Universiti yang lain yang tidak dipilih oleh staf sebagai klinik panelnya termasuk di dalam sijil sakit swasta dan tertakluk kepada peraturan di perenggan 3.1 di atas.
3.4
Contoh kes permohonan cuti sakit menggunakan Sijil Sakit Swasta adalah seperti di Lampiran A.
4.0
PEMAKAIAN 4.1
Peruntukan-peruntukan dalam peraturan ini adalah terpakai kepada semua staf Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
4.2
Pihak Universiti boleh meminda peraturan ini mengikut keperluan dari masa ke semasa selaras dengan pindaan yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
-4-
5.0
KUATKUASA PERATURAN 5.1
Ketua PTj /Jabatan/Pusat/Unit diminta memastikan Peraturan Berkaitan Penerimaan Sijil Sakit Swasta ini dipatuhi oleh staf masing-masing. Peraturan ini berkuatkuasa daripada tarikh Pekeliling Pengurusan ini dikeluarkan.
Sekian, terima kasih.
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA" Yang benar,
SULAM BIN HAMID Pendaftar 07-4537100
s.k
-
YBhg. Dato’ Naib Canselor Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Penolong-Penolong Naib Canselor Dekan-Dekan Fakulti Pengarah-Pengarah Pejabat / Pusat Ketua-Ketua Pejabat / Pusat / Unit
SH/myh/mfaa/14.11.2011/PekelilingPengurusan
-5-
Lampiran A
Contoh Kes (a)
Encik Z telah mendapat Sijil Sakit Swasta dari Klinik Ng dan cuti sakit yang diberikan oleh doktor adalah selama 4 hari. Encik Z telah mempunyai 9 hari cuti sakit swasta dari klinik yang sama yang telah diluluskan pada tahun tersebut. Beberapa minggu kemudian beliau dimasukkan ke wad di Hospital Pantai Batu Pahat selama 2 hari dan diberikan Sijil Sakit Swasta selama 12 hari bermula hari beliau didaftarkan ke wad di hospital tersebut. Penjelasan : Dalam keadaan di atas, cuti sakit Encik Z dari Klinik Ng sebanyak 13 hari pada tahun tersebut merupakan kes pesakit luar manakala cuti sakit beliau sebanyak 12 hari dari Hospital Pantai merupakan kes pesakit dalam. Encik Z perlu mendapat sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan apabila cuti sakit swasta beliau bagi kes pesakit luar telah melebihi 15 hari pada tahun tersebut. Bagi kes pesakit dalam, sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan perlu diperoleh apabila cuti sakit swasta yang diberikan telah melebihi 180 hari bagi tahun kalendar yang sama.
(b)
Encik Z telah diarah bertugas ke Singapura dan jatuh sakit sewaktu menjalankan tugas di sana. Beliau telah diberikan rawatan sebagai pesakit luar dan diberikan Sijil Sakit oleh Hospital Kerajaan di Singapura selama 3 hari. Beliau telah memohon cuti sakit sekembalinya dari Singapura dan diluluskan oleh Ketua Jabatan. Penjelasan : Dalam keadaan ini, cuti sakit selama 3 hari yang diberikan oleh Hospital Kerajaan di Singapura merupakan kes pesakit luar dan perlu mendapat sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan apabila telah melebihi 15 hari bagi satu tahun kalendar yang sama. Beliau telah mempunyai 13 hari cuti sakit swasta seperti dinyatakan di (a), dan tambahan 3 hari cuti sakit oleh doktor kerajaan di Singapura. Oleh itu beliau perlu mendapat sokongan Pegawai Perubatan Kerajaan apabila mengemukakan permohonan cuti sakit selama 3 hari itu kepada Ketua Jabatan. -6-