ARAHAN:
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Tuliskan nombor jawapan kamu di dalam tanda kurung yang disediakan. ( 2 x 5 = 10 Markah )
PETIKAN 1
Selamat pagi, para pelajar. Selamat datang ke Sekolah Rendah Siber. Saya ingin ucapkan selamat kembali ke sekolah. Hari ini ialah hari pertama kamu melangkahkan kaki ke sekolah ini. Kamu pasti rasa ghairah bukan? Ada di antara kamu akan mengenali kawan-kawan baharu kamu sebentar lagi. Guru-guru akan membantu kamu menyesuaikan diri di sekolah ini. Sekolah ini akan menjalankan beberapa aktiviti yang menarik. Kamu boleh berkenalan dengan guru dan kawan-kawan baharu kamu. Jika kamu ada masalah atau pertanyaan, kamu boleh bertemu dengan guru kelas kamu yang akan membimbing dan membantu kamu di sekolah ini.
Soalan 1 Para pelajar akan berasa ghairah kerana mereka ___________. 1.
baru kembali ke sekolah
2.
dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang menarik
3.
akan dibimbing dan dibantu oleh guru-guru di sekolah itu
(
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
P6FML/CA1/HRPS/2016
1
)
PETIKAN 2 Harap berikan perhatian! Kelab Bahasa dan Budaya Melayu akan menganjurkan lawatan ke tempat-tempat menarik di negara ini. Walaupun negara kita jauh lebih kecil dari negara-negara lain, negara kita mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti Taman Bunga Botanik, Taman Haiwan Singapura dan Taman Burung Jurong. Sebagai negara yang berbilang kaum, kita juga mempunyai tempat-tempat seperti Chinatown, Little India, Orchard Road dan Kampung Java untuk dikunjungi. Kini, negara kita mempunyai tempat-tempat menarik yang boleh dibanggakan seperti Marina Bay Sands, Marina Barage, Singapore Flyer dan Universal Studio yang dikenali di seluruh dunia. Sebagai penduduk tempatan, kita harus mengetahui tempat-tempat menarik ini. Ini amat penting kerana kita adalah duta negara kita. Jika pelancong bertanya tentang Singapura, kita boleh terangkan tentang tempat-tempat ini dengan yakin dan tepat. Ayuh, marilah ikuti kami. Bukan sahaja pelancong, kita juga boleh menimba pengalaman baharu daripada kunjungan seperti ini.
Soalan 2 Kita harus berbangga dengan negara kita yang ___________. 1.
dikenali di seluruh dunia
2.
dikenali oleh penduduk-penduduk tempatan
3.
mempunyai pelbagai taman yang menarik untuk dikunjungi
(
)
Soalan 3 Kita perlu mempunyai pengetahuan tentang tempat-tempat menarik di negara kita agar kita dapat___________. 1.
memberi penerangan dengan yakin dan tepat
2.
menganjurkan lawatan untuk murid-murid di negara ini
3.
berkongsi dengan pelancong betapa kecilnya negara kita ini
(
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
P6FML/CA1/HRPS/2016
2
)
PETIKAN 3 Satu aktiviti akan dijalankan oleh murid-murid Darjah 6 Canggih. Mereka akan membuat satu demonstrasi tentang cara-cara membuat kad ucapan Selamat Hari Lahir. Murid-murid juga boleh ubah suai kad ucapan ini untuk Hari Guru, Hari Ibu dan berbagai kad ucapan lain. Murid-murid perlu menggunakan sofwe terkini untuk membuat kad itu. Selepas membuat kad tersebut, murid-murid boleh menghantar kad melalui e-mel. Murid-murid juga boleh menyertakan beberapa patah perkataan yang boleh menggembirakan hati mereka yang menerimanya. Kad ucapan ini boleh dijadikan sebagai pengganti diri. Kadangkala dengan hanya memberi kad ucapan dapat meluahkan segala isi hati. Membuat kad ucapan sendiri lebih baik daripada membelinya. Ini kerana kad ucapan yang dibuat sendiri unik dan dapat menjimatkan wang. Semua dipersilakan mengikuti aktiviti ini semasa waktu rehat. Jangan lupa! Soalan 4 Murid-murid Darjah 6 Canggih akan membuat demonstrasi membuat kad ___________. 1.
Hari Ibu
2.
Hari Lahir
3.
Hari Guru
(
)
Soalan 5 Membuat kad ucapan sendiri lebih baik daripada membelinya kerana __________. 1.
kad itu unik dan boleh menjimatkan wang
2.
kita dapat meluahkan isi hati di dalam kad tesebut
3.
kita boleh menulis sendiri kata-kata yang menggembirakan
(
)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Selesai
P6FML/CA1/HRPS/2016
3
P6FML/CA1/HRPS/2016
4
Continual Assessment Term 1 2016 Foundation Malay Language Primary 6
Kunci Jawapan
P6FML/CA1/HRPS/2016
No.
DARJAH 6 Asas
1.
1
2.
1
3.
1
4.
2
5.
1
5