Bil: 4/2014 Okt - Dis 2014 www.mypkns.my
Bernam Jaya Mountain Bike Jamboree 2014
Tarik 1,500 Penyertaan
PKNS Bina 7,500
RUMAH MAMPU MILIK DALAM TEMPOH LIMA TAHUN
Pkns BizClub
Hub Terbaru Usahawan
Isi Kandungan LIDAH
PENGARANG B
egitu pantasnya masa berlalu. Begitu cepatnya kita menjengah ke tahun baru. Pernah dikatakan bahawa pengakhiran tahun bukannya penamat mahupun permulaan, tetapi sesuatu yang berterusan dengan berbekalkan segala kebijaksanaan, hasil pengalaman yang telah kita lalui. Mengimbas segala pengalaman ini, kita semua mengenang tahun 2014 sebagai tahun yang istimewa sebagai ulang tahun ke-50 PKNS. Setengah abad lamanya kita. Alangkah tinggi pencapaian ini! Pelbagai acara dan aktiviti telah kita laksanakan sempena meraikan setengah abad kewujudan kita dalam arus pembangunan negara, dan sewajarnyalah kita berbangga kerana telah berpeluang menyumbang kepada kemajuan yang dikecapi pada hari ini. PKNS terus relevan pada hari ini di mana kita terus diberikan mandat oleh pihak kerajaan Negeri untuk mengambil alih dan menyiapkan projek terbengkalai oleh pemaju swasta, sekaligus membantu para pembeli yang terkandas. Usaha-usaha memupuk budaya keusahawanan juga diteruskan melalui program-program seperti PROTUNe dan BizClub, manakala kesejahteraan warganya tidak pernah diabaikan di mana aktiviti riadah dan sukan mengisi taqwim tiga bulan terakhir 2014. Telah banyak yang kita capai sepanjang 50 tahun lalu. Dalam hal ini, anda semua telah bersama-sama menyumbang kepada hasil yang kita harapkan. Maka marilah kita kekal optimis dengan masa depan kita. Sememangnya kita beroperasi dalam persekitaran ekonomi dan persaingan yang mencabar, namun sebagaimana dinyatakan oleh Ralph Waldo Emerson, “Dunia ini semuanya pagar yang terbuka, semuanya peluang”. Marilah kita sama-sama mengingatinya tatkala kita melabuhkan tirai tahun ini. Kepada semua pembaca ASPIRASI, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015.
SIDANG
REDAKSI Penaung Haji Azlan Md. Alifiah Penasihat Hajah Roziah Haji Ahmad Ketua Pengarang Ishak Hashim Pengarang Noor Allia Kassim Amalia Hasannudin Sharifah Aida Iswani Syed Alias Jurufoto Mohd. Haidir Abd. Hamid Mohd. Shazren Yaakub Khalid Shafiq Khalid Muzakkir Amzar Mohd Ma’rof Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Tingkat 2-9, Menara HPAIC, Laman Seri Business Park, No. 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
KANDUNGAN
Info Korporat Berita Terkini Info Perjawatan Personaliti Info Komuniti Karya Santai Sukan dan Rekreasi
2
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
4 14 23 29 30 31 32 35
Amanat
Pengurus Besar Melalui anak syarikat PKNS iaitu Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) dengan usahasama Symphony Life Berhad, kita juga telah memikul amanah untuk menyelesaikan projek terbengkalai di Taman Bukit Impian, Seksyen U10 Shah Alam mengikut perancangan yang ditetapkan.
P
enghujung tahun selalunya adalah masa yang baik untuk mengimbas segala yang berlaku dan saya rasa kita semua boleh bersependapat bahawa tahun 2014 telah membawa beberapa pembaharuan dan perubahan kepada PKNS. Secara keseluruhannya, PKNS kekal kukuh dan fokus. Ini sebahagian besarnya adalah kerana anda semua warga kerja PKNS, sekaligus memungkinkan kita menyambut ulang tahun ke-50 pada tahun 2014. Di sini saya suka berkongsi dengan anda tentang buku “Good to Great” yang bercerita berkenaan syarikat-syarikat yang berjaya. Sebelum ia diterbitkan, penulisnya James Collins bersama-sama Jerry Porras mengkaji 18 syarikat ‘berwawasan’ dan mendapati bahawa syarikat-syarikat yang telah bertahan mempunyai matlamat yang bukan hanya tentang mengaut keuntungan semata-mata. Mereka mempunyai ciri-ciri dan matlamat yang unik dan berbeza serta cara operasi yang menjangkaui catatan keuntungan. Oleh itu, nilai-nilai teras tersebut dipulihara, walaupun dasar dan kaedah terus berubah bagi menggalakkan peningkatan dan dalam mendepani keadaan dunia yang penuh cabaran. Beginilah juga keadaannya kita di PKNS. Dalam kita memberikan tumpuan terhadap perniagaan, kita tidak pernah alpa akan hakikat bahawa kejayaan dari segi kewangan dan pulangan atas pelaburan menyumbang kepada peningkatan kehidupan masyarakat serta faedah keseluruhan negara ini secara langsung dan nyata. Tidak kira di mana kita berada dan dari mana asal kita dan berapa lama tempoh perkhidmatan, kita sedar dan arif akan hakikat ini, lantas menerbitkan satu semangat perpaduan dan persefahaman antara satu sama lain; serta rasa kecintaan terhadap apa yang kita lakukan. Adapun dalam suku keempat tahun ini, PKNS telah berjaya meneruskan beberapa program penggalakan seperti program Tunas Niaga (PROTUNe) yang bertujuan untuk menyemai minat keusahawanan pelajar sekolah menengah di negeri Selangor. Begitu juga dengan PKNS BizClub yang bertujuan membuka lebih banyak peluang kepada bakal usahawan menceburi bidang perniagaan.
Melangkaui bidang perniagaan, tahun 2014 juga menutup tirai dengan beberapa kegiatan riadah dan jalinan warga kerja termasuk kejohanan bolasepak dan karnival Hari Keluarga PKNS. Semua ini membuktikan bahawa kita tidak menyisihkan perhubungan dan silaturrahim di mana keseimbangan kehidupan dan pekerjaan kekal sebagai keutamaan kita. Dalam kita meraikan kejayaan, kita juga bersama-sama berkongsi penderitaan dan kesusahan dengan rakyat Malaysia yang terlibat dengan ujian bencana alam. PKNS bersamasama membuat sumbangan kepada 40 keluarga mangsa ribut kencang di Klang pada bulan Oktober 2014. Begitu juga dengan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia pada bulan Disember 2014 di mana antara sumbangan PKNS adalah kepada sekolahsekolah yang terjejas di Temerloh, Pahang. Dalam hal ini, kita diingatkan melalui Al-Quran. Dalam Surah Al-Baqarah 2:216, Allah berfirman, “dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jua yang mengetahui (semuanya itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya”. Dengan itu, hanya Tuhan yang boleh menilai usaha kita, kita patut terus melakukan yang terbaik. Semua ini diharapkan daripada kita sebagai sebahagian daripada usaha kita mengimbangi usaha perniagaan dan kemasyarakatan untuk menjadi syarikat ulung yang prihatin. Menutup tirai 2014, marilah kita menggandakan usaha agar kita dapat mengakhiri tahun ini dengan cemerlang dan mencatatkan satu lagi tahun dengan prestasi yang memuaskan. Sekian, wassalam. Haji Azlan Md. Alifiah
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
3
Info Korporat
Hari Mesra Pelanggan PKNS 2014 Pembeli rumah disaran segerakan proses pindah milik
S
eramai 30,000 pembeli rumah PKNS di beberapa wilayah di negeri ini diingatkan supaya menyegerakan proses pindah milik bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang. “Keadaan ini dibimbangi akan menimbulkan masalah berkait dengan pembayaran cukai pintu, cukai tanah atau apabila pembeli rumah meninggal, pewaris pula berhadapan masalah. Maka itulah hari ini kita turut menjalankan kempen Program Pindah Milik Mega. “Melalui kempen ini, ia memberi peluang kepada pembeli yang masih belum melakukan proses pindah milik segera berbuat demikian,” ujar Pengurus Besar PKNS, Haji Azlan Md. Alifiah. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis Hari Mesra Pelanggan 2014 yang berlangsung di SACC Mall pada 18 Oktober 2014. Turut hadir ialah Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Pembangunan), Hajah Noraida Mohd Yusof. Hari Mesra Pelanggan bertujuan membuka ruang kepada pelanggan dan orang ramai untuk mengemukakan aduan, cadangan, pandangan dan kehendak mereka terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh PKNS.
4
Okt -Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Program tersebut juga memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menyalurkan maklum balas melalui saluran media sosial yang diperkenalkan PKNS seperti Careline melalui Facebook, twitter, mesej pesanan ringkas (SMS), QR code, email, talian bebas tol dan sebagainya. Program Hari Mesra Pelanggan merupakan program dwitahunan dan sentiasa mendapat sambutan orang ramai. Pada masa yang sama, PKNS turut menganjurkan Jualan Koleksi Hartanah PKNS yang berlangsung sejak 10 Oktober hingga 19 Oktober 2014. Sementara itu dalam majlis yang sama, hadiah-hadiah cabutan bertuah juga diberikan kepada beberapa pengunjung SACC Mall. Antara pemenang bertuah termasuklah Mohd Sukriman Hasan yang berjaya membawa pulang sebuah televisyen 40 inci, Rosli Talib dan Mohd Ajmal Izhar dengan satu ketuhar gelombang mikro setiap seorang, dan Nor Azizi Shahib yang mendapat sebuah penyedut hampagas.
Info Korporat Empat Anak Syarikat Pkns
Meterai Ikrar Integriti Korporat P
emerkasaan hak rakyat akan mengukuhkan negara, namun pemimpinnya haruslah telus, amanah dan sentiasa berubah kepada situasi pekerjaan yang lebih baik dan bebas rasuah. Amanat demikian disuarakan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohammed dalam ucapannya di majlis Memeterai Ikrar Integriti Korporat (CIP) empat anak syarikat PKNS pada 11 November 2014. Menurut Abu Kassim, pemimpin atau ketua yang yakin dengan pengurusan telus dan efektif akan menolak pemikiran-pemikiran negatif untuk mencapai kejayaan. Lantaran itu katanya, apa juga kerahsiaan yang selama ini disimpan, kononnya demi kelancaran pentadbiran hendaklah didedahkan. Alasannya kerahsiaan itulah yang menimbulkan prasangka di kalangan pekerja dan membenihkan amalan rasuah.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan Pengurus Besar PKNS, Haji Azlan Md. Alifiah.
CIP merupakan komitmen dan ikrar terbuka agensi dan syarikat swasta untuk memerangi gejala rasuah. Ia merupakan usaha menambah baik tadbir urus korporat dan memperkukuhkan integriti organisasi masingmasing. Usahasama ini dijalankan bersama SPRM. Dengan termeterainya CIP ini, bermakna keseluruhan 11 anak syarikat PKNS telah memeterai CIP seperti yang disasarkan oleh Ahli Pengurusan PKNS sebelum ini. Terdahulu, PKNS muncul sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) pertama yang menandatangani CIP pada 14 November 2013. Diikuti empat anak syarikatnya iaitu Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC), PKNS Infra Berhad (PIB), Worldwide Holdings Berhad (WHB) dan PKNS Holdings Sdn Bhd ( PHSB) pada 17 Disember 2013. Seterusnya tiga lagi anak syarikat iaitu Selaman Sdn Bhd, PKNS Engineering and Construction Berhad (PECB) dan Datumcorp International Sdn Bhd (DCI) pada 14 Mei lalu.
Empat anak syarikat yang menyertai CIP terdiri daripada SACC Convec Sdn Bhd, PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Akademi PKNS Sdn Bhd dan De Palma Management Services Sdn Bhd.
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
5
Info Korporat
Media Di Dada
6
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Info Korporat
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
7
Info Korporat
PKNS BINA 7,500
RUMAH MAMPU MILIK DALAM TEMPOH LIMA TAHUN D
alam tempoh lima tahun lagi, PKNS menganggarkan sebanyak 7,500 unit rumah mampu milik dibina secara berperingkat di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti.
Menurut Pengurus Besarnya, Haji Azlan Md. Alifiah, ia sebagai menyokong hasrat kerajaan negeri membina sebanyak 15,000 unit Rumah Selangorku dalam tempoh tiga tahun mulai tahun 2015. Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya pada Perhimpunan bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor yang dihoskan oleh PKNS bertempat di Dataran Dewan Negeri Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini baru-baru ini. Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi. Azlan berkata, PKNS akan meluaskan lagi pembinaan projek berkenaan sehingga tahun 2019 di Gombak, Kota Puteri, Antara Gapi, Taman Sains Selangor 2 (SSP2) dan Bernam Jaya. “ Sejak Rumah Selangorku Idaman PKNS mula dibangunkan pada tahun 2011, pembangunan rumah mampu milik ini mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. Projek mampu milik pertama PKNS ialah di Bukit Botak yang merupakan penempatan semula setinggan dengan penyediaan sejumlah 1,422 unit kediaman berkembar.
8
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
“PKNS menanggung subsidi sebanyak RM80 juta bagi projek ini. Projek kedua ialah di Bandar Baru Bangi iaitu 124 unit pangsapuri dengan subsidi RM12 juta, dan projek ketiga; 129 unit rumah teres satu setengah tingkat di Antara Gapi dan keempat; di Desa Alam Seksyen U12, yang menawarkan sejumlah 104 unit pangsapuri dan jumlah subsidi sebanyak RM4.7 juta,” katanya. Tambahnya, PKNS kini sedang merancakkan lagi pertumbuhan di kawasan Kota Puteri yang berkeluasan 2,000 ekar dan SSP2 seluas 1,300 ekar sebagai kawasan tumpuan di luar Lembah Klang. “Sehingga hari ini, PKNS telah membina sebanyak 156,802 unit rumah yang terdiri daripada 37 peratus jenis kos rendah, 47 peratus jenis kos sederhana dan 16 peratus jenis kos tinggi,” katanya. Tambahnya, PKNS turut meneruskan konsep Ehsan dan Kasih PKNS di dalam program pembangunan usahawan melalui program-program tanggungjawab sosial korporat lain. Misalnya sejak Januari hingga November tahun ini, PKNS membelanjakan sejumlah RM2.1 juta bagi program sosial dan kemasyarakatan tidak termasuk sumbangan kepada kerajaan negeri.
Info Korporat
BERKENALAN DENGAN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
1. Bila dan mengapa Bahagian Pembangunan Usahawan ini diwujudkan? PKNS mula melaksanakan program-program pembangunan keusahawanan bumiputera secara serius sejak tahun 1995 melalui penubuhan Sekretariat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Sejajar dengan perkembangan semasa dan peranannya pada tahun 2010 Sekretariat MPPB telah ditukar kepada Bahagian Pembangunan Usahawan. Bahagian ini berperanan menjalankan segala dasar, strategi serta program MPPB di PKNS meliputi aspek penyelidikan dan pembangunan, khidmat nasihat, latihan serta pemantauan setiap program yang dilaksanakan. Dasar Bahagian adalah membina masyarakat usahawan Bumiputera melalui pembudayaan, pembangunan, pemantapan dan jaringan usahawan. Pelbagai program pembangunan usahawan telah dirangka dan dilaksanakan oleh PKNS iaitu: a. Program Pembudayaan b. Program Pemantapan c. Program Pembangunan d. Program Jaringan Kumpulan sasar yang terlibat dengan programprogram ini ialah: a. Pengilang Bahan Binaan b. Sub Kontraktor Bumiputera c. Peniaga-Peniaga ‘Retail’ d. Bakal Usahawan e. Usahawan f. Pelajar Sekolah Menengah dan Rendah
2. Siapakah yang mengetuai Bahagian ini dan bilangan anggota yang ada pada masa ini? Bahagian Pembangunan Usahawan diketuai oleh Puan Hajah Azilah binti Arshad selaku Pengurus Pembangunan Usahawan dan dibantu oleh 20 orang anggota. 3. Apakah cabaran untuk merealisasikan objektif penubuhan Bahagian. i) Belum mempunyai model pembangunan dan data usahawan berjaya yang benar-benar dilahirkan melalui program-program usahawan PKNS. ii) Pembentukan minda usahawan dan sikap agar sebahagian besar peserta yang mengikuti program tidak terus bergantung kepada PKNS. iii) Kefahaman dan sokongan dari segenap lapisan anggota PKNS sendiri dan masyarakat dalam menghayati usaha membangunkan usahawan.
4. Bagaimana Bahagian ini boleh menyumbang kepada peningkatan keseluruhan pencapaian organisasi? Dalam usaha melahirkan generasi usahawan yang berjaya adalah diharapkan mereka mampu menjadi rakan strategik kepada PKNS. Mereka juga diharap dapat menyumbang semula kepada pembangunan ekonomi negara dan ummah. 5. Bagaimana untuk mendapat maklumat lanjut berhubung aktiviti Bahagian ini? Sila layari www.pknsbizpoint.com atau hadir ke Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS BIZPOINT Jalan Plumbum P7/P Seksyen 7, Shah Alam. Tel: 03 55113514
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
9
Info Korporat
Pkns BizClub Hub Terbaru Usahawan PKNS BizClub merupakan medium kepada golongan usahawan terutama di kalangan yang baharu menceburi dunia perniagaan. Mereka diberikan satu ruang kerja, ruang acara dan juga ruang iklan untuk memasarkan produk mereka. Pada masa yang sama, ia mendekatkan lagi PKNS dengan masyarakat setempat khususnya di sekitar Shah Alam dan kawasan lain di samping mempromosikan produk keusahawanan mereka kerana di sini kerap diadakan flea market. Dalam pada itu, usahawan-usahawan baru mendapat peluang untuk mencari idea perniagaan, mendapatkan nasihat dan inspirasi melalui sesi-sesi jaringan dengan usahawan yang lebih berpengalaman dengan kaedah yang lebih berstruktur. Mereka juga berpeluang menguji kehendak pasaran menggunakan “kiosk” dan sesi “ujian pasaran” dan memulakan perniagaan dengan kos operasi yang minimal. Dengan cara itu, usahawan-usahawan yang hendak berkembang dapat mempromosikan jenama mereka melalui saluran pasaran Kumpulan PKNS serta rakan-rakan BizClub lain.
W
arga Shah Alam dan sekitarnya kini mempunyai lebih banyak peluang untuk menceburi bidang perniagaan apabila sebuah lagi hub usahawan diperkenalkan oleh PKNS yang dikenali sebagai PKNS BizClub. Majlis perasmian kelab berkenaan di Seksyen 7, Shah Alam telah disempurnakan oleh Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari pada 17 Disember 2014. Penubuhan BizClub adalah bertujuan untuk mewujudkan satu tempat pertemuan atau Hub yang bukan sahaja menjadi medan usahawan untuk berkumpul tetapi di dalam masa yang sama ia memberi nilai tambah dan sokongan kepada program Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS yang sedia ada.
10
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Program di bawah seliaan BPU PKNS ini mempunyai 149 keahlian daripada pelbagai latar belakang perniagaan.
Info Korporat
PKNS rai
siswazah GROW
S
eramai 33 siswazah daripada program Graduate Realising Opportunity and Way Forward (GROW) diraikan pada majlis perasmian PKNS BizClub yang diadakan pada 17 Disember 2014. Mereka ialah graduan pemegang diploma dan ijazah di bawah usia 30 tahun yang layak mengikuti program GROW dan diberi latihan teori daripada aspek perniagaan seperti pemasaran, pengurusan kewangan dan jati diri usahawan dalam tempoh enam bulan. Peserta terbabit ditempatkan di kedai-kedai yang terletak di Kompleks PKNS Shah Alam dan Bangi untuk latihan amali. Program GROW adalah komitmen berterusan PKNS dalam membangunkan usahawan dan keusahawanan di kalangan siswazah.
Matlamat GROW adalah untuk membangun usahawan yang berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa, serta membimbing usahawan bumiputera melalui Inkubator Usahawan dan meneroka peluang dengan menekankan aspek pembelajaran melalui pengalaman usahawan. Calon-calon untuk program enam bulan ini dipilih melalui temuduga untuk pengambilan yang bermula pada bulan Mac setiap tahun. PKNS menetapkan bilangan minimum seramai 20 orang peserta untuk terlibat dalam GROW pada setiap tahun di mana mereka akhirnya akan menjadi usahawan setelah tamat program. Program ini adalah salah satu program yang ditawarkan di bawah Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS dalam usahanya membina masyarakat usahawan Bumiputera melalui program latihan, usaha sama, jaringan pemasaran dan penyediaan premis perniagaan dan pejabat.
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
11
Info Korporat
Karnival Hari Keluarga PKNS
Meriah B
ertemakan “Warna-warna PKNS”, Karnival Hari Keluarga PKNS tahun ini yang diadakan di Kompleks PKNS SS7, Kelana Jaya pada 1 November 2014 berlangsung dengan meriah dengan kehadiran hampir 3,000 warga kerja dan ahli keluarga mereka.
Berdasarkan sambutan dan reaksi yang diterima, acara tersebut mencapai matlamatnya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, kerjasama dan interaksi antara semua warga kerja dan keluarga masing-masing. Tambahan pula, kehadiran Pengurus Besar PKNS, Haji Azlan Md. Alifiah telah merancakkan lagi kemeriahan acara yang sememangnya dinanti dan dirai oleh semua anggota PKNS saban tahun.
12
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Acara tahunan itu dipenuhi dengan pelbagai acara dan aktiviti menarik antaranya pertandingan sukaneka terompah gergasi yang disertai oleh ahli-ahli pengurusan PKNS, tuju tin, raja dijulang, bola beracun, galah panjang dan tarik tali. Di samping itu turut diadakan aktiviti “face painting”, “sand art solution”, “mini pocket bike” dan “mobile 6D motion cinema”. Acara yang paling dinantikan tentulah acara cabutan bertuah yang menawarkan 34 hadiah istimewa dengan nilai keseluruhan sebanyak RM40,000.
Info Korporat
Kasih bertaut di PKNS Turut mewarnai Karnival Hari Keluarga 2014 yang sekaligus menjadikannya suatu acara bersejarah dan istimewa adalah acara meraikan 59 pasangan suami isteri yang bertemu jodoh di organisasi ini. Dengan Tema “Disini Kasih Terbina” acara yang julung kali diadakan ini, menyaksikan setiap pasangan menerima sijil penghargaan sebagai tanda pengiktirafan PKNS kepada mereka, di mana ada di antaranya yang masih berkhidmat di PKNS lebih dari 30 tahun. Pengiktirafan tersebut adalah bukti keprihatinan PKNS dalam perkembangan aspek kekeluargaan termasuk kebajikan keluarga warga kerjanya. Ia juga bersempena dengan sambutan Jubli Emas PKNS pada tahun ini.
Salah satu pasangan yang bertuah iaitu Mohd Rita Nashriq Mohd Rita Murni, 31, menyatakan bahawa pengiktirafan tersebut adalah satu kejutan manis bagi dirinya dan pasangannya Nurzulaikha Mahazir, 23, yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Jun lalu. “PKNS menemukan saya dengan isteri saya apabila menghadiri kursus mengenai Piawaian ISO pejabat. Di sinilah kasih kami bertaut, yang akhirnya berlanjutan ke jinjang pelamin. Di sinilah juga kasih kami akan terus tersemai teguh, seteguh kasih kami kepada PKNS yang menyatukan kami berdua hari ini.”
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
13
Berita Terkini
Makan malam Teknikal 2014 meriah
Mereka turut diraikan dengan adanya pemberian anugerah dalam pelbagai kategori, antaranya Projek Infra Terbaik,Pasukan Projek Infra Terbaik, Projek Terbaik dan Pasukan Projek Bangunan Terbaik dan Pengurusan Terbaik. Pada permulaan majlis, tetamu kehormat iaitu Pengurus Besar PKNS, Haji Azlan Md. Alifiah dalam ucapannya berkata, Bahagian Teknikal antara tunjang utama yang memastikan kerancakan pembangunan di Selangor berjaya dilaksanakan. Katanya, cabaran kepada anggota di bahagian itu menuntut lebih banyak komitmen apabila PKNS kini mengorak langkah menceburi pembangunan projek berskala besar dan mewah seperti di Shah Alam, Bangi dan PJ Sentral. “Pertumbuhan sosio-ekonomi di negara ini perlu mendapat sokongan daripada kerajaan negeri dan PKNS antara yang diberi amanah tersebut. Kita telah bersedia dengan membangunkan bangunanbangunan yang menjadi mercu tanda terutama di bandar-bandar baharu yang diwujudkan.
G
amat – itulah perkataan yang menggambarkan suasana meriah pada Majlis Makan Malam 2014, Technical Golden Year yang julung kali diadakan pada 10 Disember 2014, sempena ulang tahun PKNS yang ke-50 tahun. Kegamatan itu terserlah apabila kakitangan di bahagian teknikal yang selama ini dianggap serius dan sentiasa formal semasa bertugas, pada malam tersebut amat sporting menari, menyanyi, berlawak dan berlakon di hadapan para tetamu yang memenuhi Dewan Sri Delima, Kompleks Sukan, Kelana Jaya. Enam kumpulan mengambil bahagian pada malam tersebut dan kemenangan berpihak kepada kakitangan yang membuat persembahan boria daripada tingkat enam. Mereka terdiri daripada kakitangan Pejabat Timbalan Pengurus Besar Teknikal, Bahagian Pengurusan Projek Wilayah Tengah dan Bahagian Pengurusan Projek zon A dan B Wilayah Tengah.
14
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
“Bagi merealisasikan hasrat tersebut, komitmen daripada anggota teknikal sangat penting dan inilah cabaran yang perlu mereka hadapi. Saya yakin dan percaya berdasarkan kepada prestasi dan standard yang ditunjukkan selama ini, PKNS akan berjaya mencapai kualiti dan prestasi utama atau Key Performance Indicators (KPI) yang tinggi,” katanya. Majlis turut dihadiri Timbalan Pengurus Besar (Teknikal), Dato’ Ir. Haji Abdul Ghani Hashim. Dalam ucapannya beliau berkata, kunci kepada kejayaan pasukan teknikal adalah komitmen dan kecekapan dalam melaksanakan tugas. “Setiap projek yang diamanahkan, Bahagian Teknikal sentiasa menjaga kualiti dan penambahbaikan dari masa ke semasa kerana ia mempengaruhi nilai rekabentuk yang dihasilkan,” katanya. Majlis turut diserikan dengan artis undangan merangkap pengacara pada malam tersebut, Azrul Maharaja Lawak dan Nash.
Berita Terkini
M
emiliki sebuah kediaman sendiri memang menjadi impian sesiapa sahaja terutama di kalangan yang telah berkeluarga. Lantaran itu, apabila projek rumah mampu milik kedua yang dibangunkan oleh PKNS bakal diduduki tidak lama lagi, ia adalah berita yang sangat menggembirakan. Dalam Majlis Meraikan Pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS Damai Residensi di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada 15 November 2014, Pengurus Besar PKNS, Haji Azlan Md. Alifiah memberitahu, projek Pangsapuri Damai Residensi sangat ideal kerana menawarkan persekitaran kondusif di bawah satu bumbung.
Pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman Pkns Damai Residensi DIRAIKAN
“Projek ini sebenarnya adalah antara projek rumah mampu milik yang terawal dibangunkan PKNS atas keperluan semasa selaku pemaju yang bertanggungjawab untuk mewujudkan satu persekitaran yang kondusif dengan pelbagai kemudahan setempat untuk rakyat Selangor,” katanya.
Hadir merasmikan majlis, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali. Turut sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad. Haji Azlan menambah, projek perumahan tersebut telah dimulakan sejak tiga tahun lalu. Ia menyediakan kemudahan fizikal di samping membangunkan insaniah masyarakat setempat dengan kemudahan surau, dewan komuniti, pusat tuisyen, tadika, bilik bacaan serta kawasan rekreasi. Projek pangsapuri enam tingkat 124 unit itu dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM144,000 berdasarkan keluasan unit iaitu di antara 700 hingga 1,150 kaki persegi, dilengkapi 2 atau 3 bilik tidur serta 2 bilik air. Sebanyak empat unit rumah juga dikhaskan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
15
Berita Terkini
Bernam Jaya Mountain Bike Jamboree 2014
S
elepas empat tahun, acara Bernam Jaya Mountain Bike Jamboree 2014 yang berlangsung akhir tahun 2014 mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 1,500 peserta. Menurut Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Kebudayaan, Amirudin Shari, kerajaan negeri sentiasa menyokong dan menggalakkan program berbentuk kesukanan dan gaya hidup sihat. Beliau berkata bahawa tahun hadapan kerajaan negeri juga akan menganjurkan Festival Basikal Selangor bagi mendekati golongan peminat sukan ini. “Kita mahu promosikan supaya rakyat Selangor bukan sahaja mendapat nikmat pembangunan fizikal
16
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Tarik 1,500 Penyertaan
tetapi kesihatan diri yang berkualiti,” katanya ketika menyempurnakan program berkenaan yang turut dihadiri Pengurus Besar PKNS, Haji Azlan Md. Alifiah. Pertandingan itu diadakan bagi memberi penghargaan kepada penggemar sukan berbasikal, selain mempromosikan Bernam Jaya sebagai bandar pembangunan PKNS. Ia sekaligus memperkenalkan kepada masyarakat luar di samping berjaya menghimpun ribuan peminat basikal dalam tempoh sehari. Kebanyakan peserta hadir sambil membawa basikal masing-masing yang rata-rata dilengkapi pelbagai peralatan moden dan terkini sesuai dengan aktiviti
Berita Terkini
sukan berbasikal yang semakin mendapat perhatian dari pelbagai peringkat golongan usia.
lelaki masters super senior (51 tahun ke atas) dan wanita terbuka (15 tahun ke atas).
Uniknya lokasi pertandingan pada kali ini diadakan di satu daerah yang agak jauh daripada pusat bandar namun bukan penghalang kepada peminat aktiviti seumpama ini membanjiri kawasan tersebut sejak awal pagi.
Hadiah-hadiah menarik yang dimenangi oleh para pemenang termasuk Moto XBike, kenderaan pelbagai permukaan (ATV), pocket mini bike, TV LED yang bernilai RM30,000.
Enam kategori dipertandingan termasuk, lelaki junior (13-18 tahun), lelaki terbuka (19-30 tahun), lelaki masters junior (31-40 tahun), lelaki masters senior (41-50 tahun),
Acara ini pertama kali diadakan pada tahun 2010 dengan penyertaan 1,000 peserta dari dalam dan luar negara.
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
17
Berita Terkini
Pkns bantu mangsa ribut
K
erajaan Selangor tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada empat kawasan petempatan di Klang yang dilanda bencana ribut pada Oktober lalu.
PKNS pula telah menanggung kerja-kerja membaik pulih yang telah dimulakan di Flat PKNS Pandamaran Jaya dengan kos RM80,000.
Bantuan diserahkan oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali kepada penduduk Kampung Pandamaran, Kampung Pandamaran Jaya, Flat Pandamaran Permai Indah dan Flat PKNS Pandamaran Jaya pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bencana Ribut pada 2 November 2014.
Kejadian ribut tersebut turut menarik perhatian Exco Selangor, V Ganabatirau melalui program Kerajaan Prihatin. Di bawah program tersebut, penduduk yang terlibat diberikan bantuan saguhati untuk membaik pulih kerangka rumah dan bumbung.
Sebanyak 89 unit kediaman di keempat-empat kawasan yang terlibat mengalami kerosakan termasuk bumbung diterbangkan angin kencang dalam kejadian tersebut. “Kerajaan Selangor bersetuju untuk membaik pulih bumbung di tiga blok Flat Pandamaran Permai Indah. Selepas dinilai LPHS, kos membaiki bumbung berkenaan mencecah kos RM800,000. Kita bersimpati kepada pemilik dan penduduk yang rata-rata berpendapatan rendah, justeru kerajaan negeri bersetuju untuk menanggung kos baik pulih,” ujar beliau. Menurut beliau, kos baik pulih tangki air yang rosak dan tidak berfungsi berjumlah RM349,000.
20
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Penduduk Flat PKNS Pandamaran Jaya dan Flat Pandamaran Permai Indah turut menerima sumbangan bencana sebanyak RM500 seorang. Kerajaan Selangor juga telah mengarahkan Pejabat Daerah dan Tanah Klang bersama Lembaga Urus Air Selangor (Luas) membina semula Jeti Nelayan Pandamaran, Sungai Aur yang baharu dengan kos lebih RM30,000. Majlis Perbandaran Klang juga diberikan peruntukan khas sebanyak RM73,000 untuk kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan, sampah dan pemotongan pohon yang tumbang dalam kejadian ribut berkenaan.
Berita Terkini
SIC DIBERI AMANAH SELESAIKAN PROJEK TERBENGKALAI
A
nak syarikat milik penuh PKNS, Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) dengan usahasama Symphony Life Berhad telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri Selangor untuk membangunkan semula projek Taman Bukit Impian, Seksyen U10, Shah Alam. Projek terbengkalai itu melibatkan seramai 52 orang pembeli rumah dan kini, mereka boleh menarik nafas lega setelah kerajaan negeri Selangor mengambil alih projek tersebut. Di samping itu, mereka juga menerima wang saguhati dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM5.6 juta pada Majlis Penyampaian Cek Bayaran Saguhati yang diadakan di Hotel De Palma pada 16 Disember 2014. Menurut salah seorang pembeli, Kala Devi A/P Thanjappan, 54, beliau akan menggunakan wang saguhati itu untuk melunaskan pinjaman perumahan yang dibuatnya sebelum ini sekaligus membersihkan namanya yang telah disenarai hitam pihak bank, akibat kesalahan pemaju.
Projek terbabit sebelum ini dimajukan oleh sebuah pemaju swasta pada tahun 2003 sebelum kerja-kerja ditapak diberhentikan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam pada tahun 2005 kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh pemaju. Cadangan pembinaan projek baharu di tapak tersebut melibatkan 138 unit rumah termasuk unit banglo, zero lot banglo, rumah berkembar, Rumah Selangorku dan sebuah unit Rumah Kelab. Ia akan memberi faedah kepada pelbagai pihak seperti menyelesaikan bebanan terhadap aset yang terbengkalai dan meningkatkan peratusan ekonomi dengan pembangunan yang dapat memberikan pulangan yang lebih baik kepada penduduk. Projek ini dijangka siap dalam tempoh 42 bulan selepas menerima kelulusan Kebenaran Merancang (KM) oleh pihak berkuasa tempatan.
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
21
Berita Terkini
Serambi Jutawan Syarikat Terbaik PROTUNe
P
rogram Tunas Niaga (PROTUNe) anjuran PKNS kali ini menyaksikan Syarikat Serambi Jutawan Sdn Bhd milik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun, Klang muncul sebagai syarikat terbaik keseluruhan, menewaskan 49 buah sekolah lain. Penilaian dibuat melalui pelbagai kategori yang turut melibatkan pengurusan dan aktiviti yang dijalankan oleh syarikat berkenaan. Pemenang menerima hadiah yang disampaikan Pengurus Besar PKNS, Haji Azlan Md. Alifiah serta Setiausaha Kerja PKNS, Hajah Roziah Ahmad dan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), A.Rahman Ngit di Majlis Konvensyen PROTUNe Negeri Selangor yang diadakan pada 30 Oktober 2014. Pada majlis tersebut, SMK Jalan Kebun menerima hadiah wang tunai lebih RM3,000, trofi dan hadiah iringan hasil kemenangannya sebagai Johan Anugerah Laporan Kewangan Terbaik dan Anugerah Sekolah Terbaik selain Naib Johan Anugerah Pengurus Terbaik dan Anugerah Persembahan Terbaik serta tempat ketiga Anugerah Perkhidmatan Terbaik.
22
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Program yang sebelum ini dikenali sebagai Program Usahawan Muda (PUM) Permata merupakan usaha sama PKNS melalui Bahagian Pembangunan Usahawan, dan JPNS serta Kementerian Kewangan Malaysia. Bidang perniagaan yang dibenarkan adalah jualan produk makanan dan minuman, kraftangan, pertanian dan penternakan, pelancongan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Sejak program ini diwujudkan 16 tahun lalu, ia telah memainkan peranan besar dalam menyemai minat keusahawanan di kalangan pelajar peringkat menengah. Program ini juga mendapat sambutan menggalakkan daripada sekolah-sekolah terpilih di seluruh negeri Selangor, di mana sehingga kini, PKNS telah berjaya melahirkan 728 syarikat Sendirian Berhad dari 49 buah sekolah. Menurut Haji Azlan, PROTUNe akan terus menjadi wadah bagi membantu penerapan dan pembangunan semangat dan daya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah di Selangor. “Menerusinya, PKNS akan berjaya menyumbang kepada perkembangan individu khususnya dan kemajuan masyarakat usahawan amnya,” ujar beliau.
Info Perjawatan
OKTOBER 2014 Pelantikan Anggota Baru SECARA KONTRAK Azree bin Abdul Rahman Setiausaha Pejabat Gred N27 Pejabat Setiausaha Kerja 01.10.2014
Pertukaran ANGGOTA Norita binti Mohd Sidek (Hjh) PPT, AMN Pengurus Kanan Gred N54 Bhg. Lama: Hal Ehwal Tanah Wilayah Selatan Bhg. Baru: Perancangan Korporat dan Pengurusan Transformasi 15.10.2014
Mohd Wazir bin Abdul Gani PPT (Haji) Pengurus Gred N48 Bhg. Lama: Perkhidmatan Pelanggan Bhg. Baru: Pemasaran 15.10.2014
Zawiah binti Mohd Thani Pengurus Gred N52 Bhg. Lama: Jualan Hartanah Wilayah Selatan Bhg. Baru: Pejabat Pembangunan Bisnes 15.10.2014
Persaraan ANGGOTA Arbain bin Aini (Haji) Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 Bhg. Urus Harta (WU) 07.10.2014
Darusalam bin Hussin, PJK Penolong Jurutera (M&E) Gred JA29 Bhg. Mekanikal & Elektrikal 14.10.2014
Soh Hani bin Bon Pembantu Awam Gred H11 Bhg. Urus Harta (WU) 07.10.2014
Roslan bin Zainuddin (Haji) Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 Bhg. Urus Harta (IP) 15.10.2014
Nazimah binti Yazid (Hajah) PJK Pembantu Tadbir (P/O) Gred N26 Bhg. Jualan Hartanah WT 08.10.2014
Abdul Halim bin Abdullah PJK (Haji) Penolong Jurutera Gred JA36 Bhg. Struktur 16.10.2014
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
23
Info Perjawatan
NOVEMBER 2014 Pelantikan Anggota Baru SECARA KONTRAK Nur Amalina binti Aziz Penolong Jurutera Gred JA29 Bhg. Pengurusan Projek Alam Nusantara Wilayah Utara 03.11.2014 Syamira Laila binti Nordin Penolong Jurutera Gred JA29 Bhg. Pengurusan Projek Alam Nusantara Wilayah Utara 03.11.2014 Hafizi Razi bin Abd. Latif Penolong Jurutera Gred JA29 Bhg. Struktur 03.11.2014
Muhammad Izwan bin Abu Talib Penolong Jurutera Gred JA29 Bhg. Struktur 03.11.2014 Farrah Syazana binti Abdul Rani Penolong Jurutera Gred JA29 Bhg. Struktur 03.11.2014 Ahmad Tarmizi bin Muhibudin Penolong Jurutera Gred JA29 Bhg. Urus Harta 03.11.2014
Pelantikan Pegawai SECARA PEMINJAMAN Mohd Siraz bin Rameli@Rusli Ketua Juruaudit Dalam Gred W48 Bhg. Audit Dalam 03.11.2014
24
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Info Perjawatan
Kenaikan Pangkat SECARA TIMEBASED BERASASKAN KECEMERLANGAN Hajah Hezrizah binti Othman Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 ke Gred F32 Bhg. Teknologi Maklumat 01.07.2013
Zunira binti Abd. Hamid Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ke N22 Bhg. Sumber Manusia 01.07.2013
Mohd Nazri bin Nasrah Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 ke Gred F32 Bhg. Teknologi Maklumat 01.07.2013
Nor Hashimah binti Muhammad Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ke N22 Bhg. Jualan Hartanah WT 01.07.2013
Jamaliah binti Mohd Tahir Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ke N22 Bhg. Kualiti 01.07.2013
Mimi Marlina binti Baharuddin Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ke N22 Bhg. Jualan Hartanah WT 01.07.2013
Abd Rahim bin Abdul Jalil Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ke N22 Bhg. Jualan Hartanah Wilayah Selatan 01.01.2012
Suzana binti Haron Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ke N22 Bhg. Jualan Hartanah WT 01.07.2013
Khyerul Fahyzam bin Fadzil Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ke N22 Pejabat Pengurus Besar 01.07.2013
Mohd. Arif bin Roslan Tukang K2 Gred R11 ke Gred R22 Pengurusan SACC Mall 01.07.2013
Norlelawati binti Noh Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ke N22 Bhg. Sumber Manusia 01.07.2013 Shuhada Azlina binti Abd Zahar (Hjh) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ke N22 Bhg. Jualan Hartanah Wilayah Utara 01.07.2013
Jamaluddin bin Yusof Tukang K2 Gred R11 ke Gred R22 Bhg. Urus Harta (Bangunan HPAiC-I9) 01.07.2013 Mohd Shafuan bin Lazim Tukang K2 Gred R11 ke Gred R22 Bhg. Urus Harta (KL) 01.07.2013
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
25
Info Perjawatan
Kenaikan Pangkat KHAS UNTUK PENYANDANG Huzaimah binti Hussain Setiausaha Pejabat Gred N22 ke Gred N28 Pejabat Kontroler Pembangunan WU 01.04.2014 Siti Hazar binti Maarof Setiausaha Pejabat Gred N22 ke Gred N28 Pejabat Pengurus Besar 01.04.2014 Hamdan bin Abdullah Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 ke N22 Bhg. Jualan Hartanah Wilayah Utara 01.01.2012
Noraizam binti Mohd. Anis Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 ke Gred W22 Bhg. Kewangan Ibu Pejabat 01.01.2013 Mohd Zaki bin Mat Zin Juruteknik Gred J17 ke Gred J22 Bhg. Pengurusan Projek Zon B Wilayah Tengah 01.01.2013 Shuhaimi bin Abd. Hamid Pembantu Am Pejabat Gred N1 ke Gred N4 Bhg. Khidmat Sokongan 01.12.2012
Pertukaran ANGGOTA Annenurziella binti Aziz Setiausaha Pejabat Gred N27 Bhg. Lama: Hal Ehwal Tanah Wilayah Selatan Bhg. Baru: Perancangan Korporat dan Pengurusan Transformasi 03.11.2014 Mohammad Faizal bin Mohamed Nasir Penolong Jurutera (M&E) Gred JA29 Bhg. Lama: Mekanikal & Elektrikal Bhg. Baru: Urus Harta (IP) 03.11.2014
Persaraan ANGGOTA Chu Merah binti Jumadi PJK (Hjh) Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Bhg. Perhubungan Awam 31.10.2014
26
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Razlan bin Ramli Penolong Jurutera Elektrik Gred JA29 Bhg. Lama: Perkhidmatan Pelanggan Bhg. Baru: Urus Harta (IP) 03.11.2014
Info Perjawatan
DISEMBER 2014 Pelantikan Anggota Baru SECARA KONTRAK Mohd Safwan bin Buang Penolong Jurutera Gred JA29 Bhg. Mekanikal & Elektrikal 01.12.2014
Mohd Amir Ridhwan bin Hamzah Penolong Jurutera Gred JA29 Bhg. Urus Harta 01.12.2014
Haziq Fitri bin Anizam Penolong Jurutera Gred JA29 Bhg. Perkhidmatan Pelanggan 01.12.2014
Mohamad Azreen bin Saiman Penolong Jurutera Gred JA29 Bhg. Urus Harta 01.12.2014
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
27
Info Perjawatan
Kenaikan PANGKAT Encik Ishak bin Sarmun Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W26 Bhg. Lama: Kewangan (IP) Bhg. Baru: Kekal di Bhg. Kewangan (IP) 10.12.2014
Pertukaran ANGGOTA Roslan bin Mohamed Penolong Ketua Akauntan Gred W48 Bhg. Lama: Kewangan (IP) Bhg Baru: Kewangan Wilayah Utara 08.12.2014
Norazmin bin Abdul Malek Penolong Jurutera Gred JA29 Bhg. Lama: Mekanikal & Elektrikal Bhg. Baru: Struktur 08.12.2014
Mohammad Fakaruddin bin Fuad Penolong Akauntan Gred W27 Bhg. Lama: Kewangan (IP) (Unit Final Account) Bhg. Baru: Kewangan (IP) (Unit Pelaburan) 08.12.2014
Zainizan bin Mazalan Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Bhg. Lama: Perkhidmatan Pelanggan Bhg. Baru: Perancangan Korporat dan Pengurusan Transformasi 01.12.2014
Rohayu binti Ahya Ulpuraed Penolong Akauntan Gred W27 Bhg. Lama: Kewangan (IP) (Unit Pelaburan) Bhg. Baru: Kewangan (IP) (Unit Final Account) 08.12.2014
Persaraan ANGGOTA Ahmad Khairundin bin Suman Penolong Jurutera Elektrik Gred JA29 Bhg. Urus Harta (Kota Damansara) 20.12.2014 Abdul Rani bin Abdul Rahman Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 Bhg. Ukur Bahan 21.12.2014
28
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Mat Jani bin Martini (Haji) Penolong Jurutera Gred JA29 Bhg. Peng. Projek Shah Alam Tengah WU 27.12.2014
Personaliti
Mohd Zahirudin Haji Ahmad Latar belakang diri dan perkhidmatan Saya berasal dari Taman Medan, Petaling Jaya. Dilahirkan pada tanggal 6 Disember 1984. Menyertai PKNS pada bulan Mac 2011 dengan menyandang jawatan sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di bawah seksyen Pembangunan Sistem. Minat Suka mencuba perkara-perkara baru untuk pembelajaran dan gemar melayari internet serta membaca buku motivasi dan keagamaan khasnya hasil tulisan Dr Fadzilah Kamsah dan Ustaz Ismail Kamus. Saya sukakan perkara yang berkaitan motivasi untuk meningkatkan motivasi diri, kerjaya dan sememangnya kunci motivasi perlu bermuhasabah diri antara kita dengan Maha Pencipta. Kaedah bagi menghilangkan tekanan, bagi saya adalah dengan membaca buku-buku seperti ini dan mulakan dengan senyuman. Saya sukakan aktiviti lasak dan aktiviti yang melibatkan penyertaan berbentuk kumpulan kerana saya suka bekerja dalam satu pasukan, suka bergerak berkumpulan. Saya sukakan aktiviti mendaki gunung, bermotosikal dan bersukan. Tempat kegemaran yang saya suka lawati adalah yang penuh dengan elemen kehijauan seperti hutan berbanding pantai atau pulau kerana kehijauan alam semulajadi banyak memberi ketenangan. Selain itu ia mencabar diri saya untuk lebih berani, sesuai dengan matlamat hidup saya untuk mencabar keupayaan diri sendiri dari semua bentuk cabaran. Hutan juga sebenarnya banyak membentuk diri ke arah cabaran dari segi rohani dan jasmani. Sikap yang tidak digemari Menipu, tidak jujur dan bercakap besar. Prinsip Melihat ke hadapan dan bangun dari kegagalan. Usahakan sesuatu matlamat sehingga berjaya. Fokus utama kehidupan adalah sentiasa belajar walau apa jua situasi dan bersikap positif.
Mohd Zahirudin Haji Ahmad, 30. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Bahagian Teknologi Maklumat (ICT) Pengalaman yang tidak boleh dilupakan Pendorong utama yang saya sanjungi adalah arwah ayahanda Haji Ahmad yang merupakan seorang pendakwah dan guru agama kepada murid-muridnya. Pesanan terakhir beliau yang sentiasa tersemat di jiwa dan menjadi azimat dan panduan dalam meneruskan kelangsungan hidup adalah tentang perhubungan dengan Maha Pencipta. Mendapat Anugerah Kecemerlangan tahun akhir International University College of Twintech program berkembar dengan University of Wales, di dalam inovasi Online Web TV Portal Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar-pelajar sekolah, guru dan ibu bapa. Di PKNS, seribu kesyukuran dan jutaan terima kasih kepada staf ICT PKNS kerana tanpa kerjasama yang diberikan tidak mungkin saya dapat memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013. Pada saya anugerah tersebut adalah untuk dikongsi bersama dengan seluruh warga ICT. Jutaan terima kasih kepada semua.
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
29
Info Komuniti
PKNS Baik Pulih
32 RUMAH ASNAF MISKIN
K
eprihatinan PKNS menerusi program Kasih memberi sinar baharu kepada 32 keluarga di negeri Selangor apabila menerima bantuan baik pulih rumah. Ia melibatkan penduduk dari lima kawasan dewan undangan negeri iaitu Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Sungai Panjang, Sungai Burong dan Jeram. PKNS memperuntukkan sebanyak RM640,000 atau RM20,000 kepada sebuah rumah bergantung kepada jenis-jenis baik pulih dan disasarkan siap pada penghujung tahun ini. Antara penerimanya, Jamiah Mohd Salleh, 72, dari Jalan Tali Air 2, Sungai Burung, Tanjong Karang, yang melahirkan rasa syukur di atas bantuan yang diberikan. “Terima kasih kepada PKNS dan saya sangat bersyukur dan menghargai bantuan yang diberikan. Rumah ini sudah terlalu lama dan semakin usang keadaannya. Bumbungnya bocor dan dinding juga sudah mereput. Setiap kali hujan turun, tempias akan masuk dan kami yang duduk di dalamnya juga akan basah,” katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Program Baik Pulih Rumah ASNAF pada 22 November 2014.
30
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Jamiah yang tinggal bersama cucu saudara yang telah berkeluarga, menghidap kencing manis dan darah tinggi sebelum ini mengusahakan sawah padi bersama suami. “Sejak suami meninggal lebih kurang 10 tahun lalu, sawah sudah terbiar dan saya pajakkan kepada orang lain untuk mengerjakannya. Dalam semusim tuaian, dapatlah RM800 untuk belanja dapur. “Sebelum ini ada bantuan beras dan makanan kering daripada Pusat Zakat, tetapi sejak dua tiga tahun ini, saya sudah tidak menerimanya lagi. Mujur ada cucu saudara yang menjaga makan pakai dan sesekali membawa saya ke hospital atau klinik untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya. Majlis pelancaran program disempurnakan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad. Hadir sama Pengurus Besar PKNS, Haji Azlan Md. Alifiah. Dalam ucapannya, Iskandar berkata, PKNS akan terus komited membantu rakyat Selangor melalui bantuan baik pulih kediaman asnaf fakir dan miskin agar mereka memiliki persekitaran rumah yang lebih selesa.
Karya
PENTINGNYA AIR DALAM “DIET” A
ir memainkan peranan penting dalam keperluan tubuh badan manusia. Ia berfungsi secara menyeluruh dan bertindak sebagai agen pengangkutan dalam saluran darah, membantu proses penghadaman, bertindak mengawal suhu badan dan berperanan sebagai pelincir bagi melancarkan perjalanan sistem dalam badan. Oleh itu manusia yang sihat memerlukan 6 – 8 gelas air sehari atau bergantung kepada berat badan seseorang. Sebagai contoh seorang yang mempunyai berat badan 50 kg memerlukan sekurang-kurangnya 1,750 ml air sehari (@ 35 ml bagi setiap kg berat badan). Kandungan air bukan sahaja boleh diperolehi dari sumber minuman setiap hari malah ia juga boleh diperolehi dari sumber makanan yang dimakan. Misalnya dari buah-buahan, makanan dan jus yang diminum juga menghasilkan air yang amat baik untuk tubuh badan. Namun demikian minuman seperti kopi dan teh/teh tarik mungkin akan mengurangkan kandungan air dalam badan kerana kandungan kafein yang tinggi yang terdapat dalam minuman tersebut boleh mengurangkan air dalam badan.
Bilakah Tubuh Badan Memerlukan Air? Lazimnya seseorang memerlukan air ketika haus tetapi tidak semua orang berperasaan sedemikian. Ia mungkin disebabkan kandungan air yang terdapat dalam badan telah berkurangan. Keadaan kekurangan air sering dialami ketika seseorang itu dalam keadaan sakit, muntah-muntah, cirit-birit atau demam. Orang yang berpenyakit ‘ghout’ juga memerlukan lebih banyak air iaitu antara 8 – 10 gelas sehari bagi menampung keperluan air dalam badan. Selain penting untuk kelancaran pergerakan dalam badan air juga berperanan untuk kecantikan diri. Kandungan air yang mencukupi akan terhindar dari masalah kekeringan kulit yang akhirnya mengakibatkan mudah terbentuk garis-garis halus yang akhirnya membentuk kedutan, mengakibatkan bibir kering dan merekah, ulser mulut dan sebagainya. Kandungan air yang mencukupi akan memastikan kesihatan diri seseorang bukan sahaja kesihatan dalaman malah kesihatan luaran akan terpancar melalui kulit, rambut dan bibir yang cantik. Sel-sel kulit akan berfungsi dengan lebih baik di bahagian lapisan bawah kulit yang secara langsung akan melembap dan mencantikkan kulit secara semulajadi. Air bukan sahaja penting untuk sistem penghadaman malah ia juga amat penting untuk kelancaran sistem pembuangan di samping mampu menghindarkan diri daripada masalah sembelit. Bagi mereka
yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi, seseorang yang kuat berpeluh dan mereka yang kerap melakukan senaman juga memerlukan kandungan air yang banyak setiap hari.
Apa Terjadi Sekiranya Air Berlebihan ? Kajian sebenarnya mendapati kes tersebut amat jarang berlaku. Apa yang lazim berlaku ramai yang mengalami kekurangan air dalam tubuh masingmasing. Namun sekiranya air berlebihan seeorang itu akan kerap membuang air kecil dan situasi ini tidak memudaratkan tubuh badan seseorang.
Rumusan Melihat kepada pentingnya peranan air untuk memastikan kesihatan badan marilah kita samasama memastikan pengambilan makanan seimbang, mengurangkan kadar pengambilan minuman berkafein dan kandungan gula yang tinggi, sebaliknya banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan amalkan pengambilan minuman jus buahbuahan asli. Akhir sekali serangkap pantun dari saya: “Badan sihat minda sihat” Dari Pencinta Ilmu, Sharifah Zawawi Bahagian Keselamatan
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
31
Santai
diari lensa
32
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Santai
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
33
Santai
Kuiz ASPIRASI 6. PKNS menjangkakan untuk membina sebanyak 7,500 unit rumah mampu milik dalam tempoh……. tahun.
1. Apakah tema Karnival Hari Keluarga PKNS yang diadakan pada November 2014? 2. Apakah nama acara istimewa yang dilangsungkan sempena Karnival Hari Keluarga PKNS? 3. Berapakah jumlah sumbangan oleh PKNS kepada mangsa bencana ribut di Pandamaran, Klang pada Oktober 2014?
7. Namakan enam lokasi pembinaan projek perumahan mampu milik yang sedang diteruskan oleh PKNS sehingga 2019. 8. Projek Rumah Idaman PKNS yang pertama dibina oleh PKNS terletak di……….. 9. Berapakah kekerapan anjuran Kejohanan Bolasepak Akademi PKNS?
4. Berapakah jumlah subsidi yang ditanggung oleh PKNS untuk projek rumah mampu milik di Bukit Botak? 5. Apakah singkatan nama program anjuran PKNS yang bertujuan memupuk minat keusahawanan di kalangan generasi muda di negeri Selangor?
10. Peranan utama PKNS BizClub ialah? 11. GROW adalah usaha PKNS untuk melentur usahawan bumiputera yang berdaya maju. GROW adalah singkatan bagi………..?
11. Graduate Realising Opportunity and Way Forward. 10. Peranan utama PKNS BizClub ialah menjadi hub pertemuan usahawan khasnya di kalangan yang baharu menceburi bidang perniagaan. Di BizClub, ahlinya diberi ruang kerja, ruang acara dan ruang iklan untuk memasarkan produk mereka. Ini membolehkan mereka mengadakan sesi jaringan dengan usahawan lain di samping mempromosikan jenama masing-masing.
7. Gombak, Kota Puteri, Antara Gapi, Taman Sains Selangor 2 dan Bernam Jaya
Setiap Tahun.
9.
Bukit Botak.
8.
Lima
6.
PROTUNe.
5.
RM80 juta.
4.
RM80 ribu.
3.
Di Sini Kasih Terbina.
2.
Warna-warna PKNS.
1.
Jawapan
34
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
Sukan dan Rekreasi Karnival Bola Sepak
AKADEMI PKNS FC 2014 MERIAH
M
usim hujan dengan padang becak dan licin antara cabaran yang dihadapi oleh pemain-pemain dalam Kejohanan Karnival Bola Sepak Akademi PKNS FC yang berlangsung pada 22 Disember lalu. Namun mereka tetap berentap hingga ke tiupan wisel penamat walaupun ada ketikanya perlawanan terpaksa ditangguhkan seketika kerana hujan turun terlalu lebat. Lima kategori dipertandingkan iaitu bawah 8, 10, 12, 14 dan bawah 16 tahun.
Karnival turut disertai kumpulan bawah usia 10 tahun yang menampilkan GEN – Pro yang menjuarai perlawanan menewaskan AAB-MBSA di tempat kedua dengan jaringan 1-0. Sementara Assumption dan CIMB–YFA di tempat yang ketiga. Perlawanan turut menarik perhatian ramai apabila pemain cilik di bawah kategori lapan tahun turut bertanding. Ombak FC dari Kampung Baru, Kuala Lumpur muncul juara mengalahkan Akademi Tunas Seremban dengan jarigan 2-1. Manakala Gen Pro dan CIMB YFA mendapat tempat ketiga.
Di hari akhir perlawanan menyaksikan kategori bawah 16 tahun beraksi di Padang Kompleks Sukan PKNS SS 7, Kelana Jaya. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) muncul juara apabila berjaya menerobos gawang lawan CIMB–YFA yang mendapat Naib Juara dengan jaringan 1-0. Manakala JEONSA dan Subang Jaya FC mendapat tempat ketiga secara bersama. Sebanyak 16 kumpulan mengambil bahagian yang dibahagikan kepada empat kumpulan. Bagi kategori bawah 14 tahun, johan dimiliki CIMB–YFA yang menewaskan JEONSA dengan jaringan 3-2. MBPJ dan Soccer Star FC muncul pemenang bersama di tempat ketiga. Kategori bawah 12 tahun pula menyaksikan Kelab Assumption dari Pulau Pinang menjuarai perlawanan apabila menewaskan CIMB-YFA di tempat kedua dengan jaringan 1-0. MBSA FC dan PKNS kumpulan B pula meraih tempat ketiga secara bersama.
Hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar PKNS, Haji Azlan Md. Alifiah yang diiringi Kontroler Pembangunan Wilayah Utara PKNS, Siti Zubaidah Abdul Jabar. Dalam ucapannya, Azlan berkata kejohanan tersebut menjadi platform kepada pemain remaja menonjolkan bakat mereka. Malah ia turut mengeratkan silatulrahim di antara kelab-kelab dan akademi bola sepak di Lembah Klang khasnya dan Malaysia khususnya.
Okt - Dis 2014 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
35