FAQ PENGESANAN GRADUAN 1.
Apakah tujuan /matlamat kajian ini? Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan dan pengalaman anda terhadap beberapa aspek ber kaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa anda mengikuti pengajian. Institusi pengajian anda juga ingin tahu bagaimana anda memasuki dan menghadapi ca baran alam pekerjaan. Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan yang membi nakepada institusi anda dan juga kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatk an lagi kualiti dan taraf pendidikan tinggi Negara. Ini juga merupakan salah satu cara anda untuk m enyumbangkembali kepada institusi anda dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai program pengajian di IPT.
2.
Siapa yang terlibat dalam kajian ini? Semua graduan Institusi Pengajian Tinggi yang akan berkonvo pada tahun 2017.
3.
Berapa lamakah masa yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian? Melalui maklum balas sebelum ini, ia akan mengambil masa selama 20 - 30 minit, satu masa yang singkat berbanding masa anda berada di insitusi anda.
4.
Apakah yang patut saya lakukan sekiranya ada soalan yang tidak begitu relevan dengan saya? Di dalam kajian tinjauan seperti ini, agak sukar bagi mendapat semua soalan relevan dengan semua kumpulan. Bagaimanapun, diharap anda akan cuba menginterpretasikan setiap soalan sehampir mungkindengan situasi anda.
5.
Adakah saya akan mengetahui keputusan kajian ini? Ya, penemuan - penemuan penting hasil kajian ini telah diterbitkan dalam bentuk buku yang boleh diperolehi di Kementerian Pendidikan Malaysia. Anda juga boleh melihat sebahagian daripada laporan melaluiportal kerjaya.
6.
Apakah lagi faedah yang akan saya perolehi? Portal kajian ini membantu anda dengan maklumat mengenai peluang kerjaya, mencari pekerjaan, bagaimana untuk mencari pekerjaan, peluang melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Anda boleh melihatjawatan yang sedang diiklankan oleh pelbagai majikan. Di samping itu anda boleh mendaftar bagi memudahkan kami memindahkan maklumat asas yang diperlukan untuk membuat suai padan pekerjaanyang ingin dipohon.
7.
Adakah maklum balas saya sulit? Ya. Maklum balas anda akan dipelihara sebagai sulit. Respons anda akan digunakan sebagai rumusan dalam laporan kajian.
UNIT PEPERIKSAAN 1.
Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pada hari konvo, bilakah pelajar dapat mengambil transkrip dan diploma pelajar? Pelajar dibenarkan mengambil transkrip dan diploma selepas konvokesyen berakhir pada masa dan tempat yang akan ditetapkan (pada hari konvokesyen). Manakala, pada hari yang berikutnya pelajar dibenarkan mengambil transkrip di Unit Peperiksaan pada waktu pejabat.
2.
Bila pelajar boleh mengambil transkrip dan di mana? Bagi pelajar yang hadir, transkrip boleh di ambil bersama dengan diploma dalam satu (1) sampul selepas tamat majlis konvokensyen masing-masing. Tempat dan masa pengambilan transkrip akan dimaklumkan. Bagi pelajar tidak hadir, semua dokumen ini berada di Unit Peperiksaan.
3.
Sekiranya pelajar tidak hadir konvo,adakah pelajar boleh meminta bantuan rakan untuk mengambil diploma pada hari konvokesyen tersebut iaitu semasa rakan yang hadir mengambil diploma beliau? Diploma adalah dokumen penting. Tidak digalakkan rakan untuk ambil sebagai ganti diri sendiri. Digalakkan ambil sendiri. Namun ianya terletak pada budi bicara pegawai peperiksaan. Jika pelajar tersebut ingin juga meminta rakan @ wakil mengambil diploma tersebut, pelajar diminta memberikan surat bertulis (Rasmi) menyatakan wakil yang akan mengambil beserta salinan Kad Pengenalan wakil yang mengambil. Kerosakan dan kehilangan adalah di bawah tanggungjawab pelajar dan wakil yang mengambil.
4.
Sekiranya saya tidak hadir majlis konvokensyen tapi saya buat bayaran. Diploma dan transkrip akan disimpan di Unit Peperiksaan. Unit Peperiksaan hanya akan poskan Diploma sekiranya pelajar membuat permohonan bertulis dengan tajuk “Permohonan Sijil/Diploma Di Hantar Melalui Pos” dalam masa seminggu selepas penerimaan surat tersebut ke Unit Peperiksaan. Segala kerosakan @ kehilangan ketika penghantaran melalui pos adalah di bawah tanggungjawab pelajar.
5.
Saya tidak maklum untuk hadir majlis Konvokensyen dan tidak membuat apa-apa bayaran. Apa yang berlaku pada Diploma dan transkrip saya? Unit Peperiksaan akan menyimpan dokumen graduan sehingga graduan mengambil dokumen berkenaan. Pelajar juga perlu membuat pembayaran ketidakhadiran konvo terlebih dahulu sebelum mengambil diploma dan transkrip tersebut.
6.
Saya memerlukan transkrip dalam Bahasa Inggeris? Apa yang patut saya buat? Mulai tahun 2013, semua transkrip adalah dalam Bahasa Inggeris.
7.
Saya memerlukan Diploma dalam Bahasa Inggeris. Apa yang patut saya lakukan? Mulai tahun 2013, semua diploma akan diberi dalam dua (2) bentuk Bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Oleh itu, para graduan akan mendapat dua (2) Diploma.
8.
Saya telah hilang transkrip dan Diploma saya.Apa yang perlu saya lakukan? Transkrip yang hilang boleh digantikan dengan membuat bayaran RM10.00 Diploma yang hilang boleh digantikan dengan bayaran RM50.00 bagi setiap Bahasa Diploma berkenaan. Namun Diploma yang diganti adalah tidak sama dengan diterima semasa majlis konvokensyen. Diploma yang diterima mempunyai perkataan 'GANTIAN'@ 'REPLACEMENT' Diploma yang diterima semasa majlis Konvokensyen @ diterima buat pertama adalah yang 'ASAL'
9.
Saya dah lama graduate dari PBU tapi tiada transkrip. Apa yang perlu saya lakukan? a. Buat surat rasmi b. Bayaran RM10.00 dengan Wang Pos. c. Sertakan sampul bersaiz A4 bersetem dan lengkap dengan alamat untuk unit peperiksaan pos. (Sampul Ekspress bersaiz A4 adalah digalakkan). Jika tidak, datang sendiri, tidak perlu sampul. d. Tempoh maksima transkrip siap adalah dalam tempoh 7 hari bekerja.
JUBAH KONVOKESYEN 1.
Sekiranya saya tidak dapat hadir pada hari raptai, adakah orang lain boleh ambilkan jubbah tersebut bagi pihak saya? BOLEH ..tetapi pastikan rakan atau saudara anda yang mengambil bagi pihak anda mempunyai dokumen yang lengkap seperti para graduan lain
YURAN KONVOKESYEN 1.
Saya telah membayar yuran konvokesyen melalui MESIN ATM , nombor apakah yang patut saya masukkan dalam ruangan no slip bank dalam bahagian DAFTAR KONVO? Anda boleh masukkan tarikh anda bank in yuran konvo tersebut, begitu juga bagi ruangan untuk bayaran alumni dan tempahan cenderahati dalam format berikut:contoh tarikh yang perlu dimasukkan : 290814.
2.
Semasa saya bank in duit menggunakan SLIP BANK, slip tersebut tidak mempunyai no resit, nombor apakah yang patut saya masukkan dalam ruangan no slip bank dalam bahagian DAFTAR KONVO? Anda juga perlu masukkan tarikh anda bank in yuran konvo tersebut, begitu juga bagi ruangan untuk bayaran alumni dan tempahan cenderahati dalam format berikut:contoh tarikh yang perlu dimasukkan: 290814.
SEMASA RAPTAI KONVOKESYEN Apa yang perlu saya bawa semasa saya hadir sesi raptai konvokesyen? Sila baca dengan teliti maklumat dalam menu SENARAI SEMAK GRADUAN .
BORANG COP PENGESAHAN Borang ini digunakan untuk memastikan anda membuat pendaftaran di kaunter jubah, kajian kepuasan majikan dan pengesanan graduan. Semasa mendaftar, anda boleh memilih mana-mana kaunter yang kosong untuk mendaftar terlebih dahulu. Tidak semestinya mengikut urutan. Ini adalah untuk mengelakkan kaunter-kaunter tersebut sesak pada satu-satu masa. 1. Pastikan anda mencetak BORANG COP PENGESAHAN dan bawa bersama semasa pendaftaran raptai konvokesyen. 2. Anda perlu menunjukkan BORANG COP PENGESAHAN semasa berada di kaunter jubah, kajian kepuasan majikan dan pengesanan graduan dan kaunter mengambil DIPLOMA untuk mendapatkan cop pengesahan. 3. Sekiranya anda gagal mendapatkan cop pengesahan dari mana-mana satu kaunter, DIPLOMA tidak akan diserahkan kepada anda. 4. Pastikan BORANG COP PENGESAHAN disimpan sehingga anda menerima DIPLOMA dari kaunter persijilan ( kaunter ini dibuka selepas majlis konvokesyen)