SEMBAH ALU-ALUAN
YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA PEKERMA LAILA DIRAJA DATO SERI SETIA AWANG HAJI HAZAIR BIN HAJI ABDULLAH MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
MAJLIS SAMBUTAN
JUBLIS EMAS PENUBUHAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (1961-2011)
SABTU, 18 SYAWAL 1432/17 SEPTEMBER 2011 DEWAN PLENARI PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1
Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulilahi Rabbil „Alameen, Wassalatu Wassalamu „Ala Asyrafil Anbiae Walmursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa‟ala Aalihiee Wasahbihee Ajma‟een. Assalamu‟alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Mengadap, Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Ampun Beribu Ampun, Dengan penuh hormat serta takzim hamba Kebawah Duli Tuan Patik, mewakili Ahli Jawatankuasa Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, menyembahkan setinggitinggi menjunjung kasih di atas Keberangkatan Kebawah Duli Tuan Patik ke Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan 2
Bahasa dan Pustaka pada pagi ini, dan seterusnya berkenan mengurniakan
titah
dan
penyempurnaan
pengorniaan
ANUGERAH BAHASAWAN dan ANUGERAH SASTERAWAN kepada dua tokoh yang telah berjasa dalam bidang bidang berkenaan;
ini diikuti dengan penyempurnaan penghargaan
kepada Pengarah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah bersara; dan
juga seterusnya melancarkan Kongress
Antarabangsa Bahasa dan Budaya. Sesungguhnya keberangkatan Kebawah Duli Tuan Patik, ke Majlis Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka ini akan menjadi satu ristaan sejarah dan sangat tinggi nilainya, kepada abis hamba Kebawah Duli Tuan Patik semua. Keberangkatan
Kebawah
Duli
Tuan
Patik
adalah
bukti
pemedulian, rasa cinta dan kasih Kebawah Duli Tuan Patik terhadap bahasa Melayu, sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa rasmi Negara, sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam. Keperihatinan dan penekenan Kebawah Duli Tuan
Patek,
kearah mendaulatkan dan mengembangkan penggunaan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam, adalah amat jelas seperti 3
mana yang terkandung di dalam titah Kebawah Duli Tuan Patik semasa menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun 1998, yang antara lain kandungan titah Kebawah Duli Tuan Patik tersebut berbunyi “Kasihilah
tanah
air,
kasihilah
bangsa,
kasihilah
“KASIHILAH
BAHASA”
bahasa……….. Bait
titah
yang
berbunyi
mempunyai makna yang mendalam dan membawa pengertian, bahawa bahasa wajar dihormati dan dipelihara oleh rakyat dan penduduk Negara ini.
Seruan titah berkenaan juga bertujuan
untuk mengangkat peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dalam komunikasi sosial, ekonomi dan politik di negara ini. Titah, Kebawah Duli Tuan Patek, sempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada pagi ini, adalah sangat abis hamba Kebawah Duli Tuan Patek nanti nantikan,
kerana
ianya
akan
memberikan
landasan
dan
semangat terus maju ke hadapan dalam mendaulatkan bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam.
4
Ampun beribu ampun, Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka ini, secara tidak langsung menterjemahkan tekad dan keazaman
Dewan Bahasa dan Pustaka sejak lima dekad
penubuhannya,
dalam
mengembangmajukan
mendukong,
memperkasa
dan
bahasa Melayu baik secara kualitatif
mahupun secara kuantitatif, sepertimana yang tersurat dalam perlembagaan dan juga berdasarkan dukungan sebelas surat keliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Tuan Patik sejak tahun 1962, dan rentetan petikan titah yang berkaitan dengan seruan pendaulatan bahasa Melayu di negara ini. Untuk merealisasikan, pemartabatan dan pemerkasaan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melaksanakan beberapa
rancangan
strategik
yang
komprehensif
dan
di
bangunkan secara koordinasi bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan bahasa Melayu.
5
Antaranya ialah, penerbitan ilmiah secara berterusan yang berbentuk penyelidikan seperti Kamus Bahasa dan Dialek, penerbitan jurnal dan buku rujukan pengajian tinggi, termasuk penerbitan tesis tesis yang dinilai mencapai merit dan standard penilaian yang baik ke dalam bentuk buku. Dewan Bahasa dan Pustaka, juga mengambil perhatian serius berhubung dengan pemerkasaan penggunaan tulisan Jawi di papan-nama premis perniagaan, sesuai dengan arahan surat keliling
Jabatan
Perdana
Menteri
bilangan.
21/1988
yang
menekankan penggunaan tulisan Jawi. Bagi
memastikan
pertumbuhan
dan
pengembangan
kesusasteraan di Negara Brunei Darussalam, berjalan secara konsisten dan berdaya tahan, Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan kerjasama strategik dengan agensi dan institusi pengajian tinggi, swasta dan badan bukan kerajaan, Universiti Brunei Darussalam,
seperti
Yayasan Sultan Haji Hassanal
Bolkiah, Syarikat Minyak Brunei Shell, DST Communication, termasuk Persatuan ASTERAWANI, Persatuan Penterjemah Brunei dan bank-bank. Kerjasama ini berbentuk sumbangan kepakaran 6
dan
penajaan
bagi
menyokong
program
pemupukan
dan
penyebarluasan bahasa, sastera dan budaya di negara ini. Dewan
Bahasa
dan
Pustaka
juga
turut
mendukung
pembinaan masyarakat yang berilmu melalui budaya membaca, yang dilaksanakan dengan pembinaan perpustakaan komuniti, di pusat-pusat
kejiranan
masyarakat,
seperti
di
Perumahan
Kampung Pandan, Perumahan Lambak Kanan, dan di pinggir pinggir pekan seperti Muara, Sengkurong, Tutong, Seria, Kuala Belait dan ke rumah-rumah panjang. Ampun Beribu Ampun, Hamba Kebawah Duli Tuan Patik, menyembahkan sempena sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, satu Kongres Antarabangsa Bahasa dan Budaya akan diadakan pada hari ini dan esok. Seramai 25 orang pemakalah dari Negara Negara China, Jepun, Korea, Afrika Selatan, Australia, Russia, Malaysia, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam akan membentangkan kertas kerja.
7
Di samping itu, pameran perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka yang berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan perpustakaan, bertujuan bagi memberigakan kepada masyarakat, visi dan matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka. Pameran berkenaan turut mengetengahkan sumbangan 7 puak di negara ini terhadap pengayaan korpus bahasa dan budaya dalam konteks pembinaan bangsa Brunei Darussalam. Ampun Beribu Ampun, Sebelum hamba Kebawah Duli Tuan Patik menjunjung perkenan berundur diri, hamba Kebawah Duli Tuan Patik sekali lagi dengan penuh hormat serta takzim menyembahkan setinggitinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas keberangkatan Kebawah Duli Tuan Patik ke Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas Penubuhanan Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamba perkenan
Kebawah bagi
Duli
Tuan
Patik
menyembahkan
seterusnya
menjunjung
menjunjung kasih
atas
keberangkatan Paduka-Paduka Adinda dan Anakda Kebawah Duli Tuan Patik ke majlis pada pagi ini: 8
i)
Duli Yang Teramat Mulia, Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar, Pengiran Muda Mohammed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan;
ii) Duli
Yang
Teramat
Mulia,
Paduka
Seri
Pengiran
Bendahara Seri Maharaja Permaisuara, Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; dan iii) Yang Teramat Mulia, Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji Abdul Malek; Hamba Kebawah Duli Tuan Patik, Juga perkenan
bagi
menyembahkan
menjunjung
menjunjung kasih
diatas
Keberangkatan Yang Amat Mulia Pengiran Pengiran Ceteria, dan mengucapkan terima kasih di atas Kehadiran Yang Berhormat Menteri Menteri Kabinet, Ahli Ahli Majlis Mesyuarat, Yang Mulia Timbalan Timbalan Menteri, Dif Dif Kehormat, Tuan-Tuan Yang Terutama Persuruhjaya Tinggi dan dDuta Besar dari Negaranegara
jiran
dan
sahabat,
Setiausaha-Setiausaha
Tetap,
Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai Pegawai Kanan Kerajaan dan Para Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian. 9
Penghargaan dan ucapan terima kasih setinggi-tingginya juga ditujukan kepada pemakalah kongres dari dalam dan luar negeri
kerana
menzahirkan
memenuhi perkongsian
undangan bestari
bagi
dalam
bersama-sama melestari
dan
memperkasa bahasa dan budaya. Hamba Kebawah Duli Tuan Patik seterusnya juga tidak lupa merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerja, syarikat dan individu dalam menjayakan majlis ini. Sebelum hamba Kebawah Duli Tuan Patik menjunjung anugeraha berundur diri, hamba Kebawah Duli Tuan Patik, merafakkan
sembah
menjunjung
ampun
beribu
ampun,
Kehadapan Majlis Kebawah Duli Tuan Patik, jika terdapat tutur kata dan suruk langkah yang kurang manis, serta sebarang kecacatan
dan
kekurangan
dalam
menyusun
atur-cara
keberangkatan Kebawah Duli Tuan Patik ke Majlis Sambutan Jubli Emas, Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka.
10
Sekian,
Wabillahit
Taufiq
Walhidayah,
Wassakamu‟alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh. Hamba Kebawah Duli Tuan Patik menjunjung anugeraha.
11