MESYUARAT KIK BIL 01/13 OLEH
: BASHIR AHMAD BIN SHABIR AHMAD PENYELARAS KIK UiTMT
PADA
: 5HB FEBRUARI 2013
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA
PENDAHULUAN
Bacaan ummul kitab
Ucapan salam & kata-kata aluan dari Pengerusi Majlis Pengenalan dari kumpulan yang hadir
EVOLUSI KIK TAHUN 2012 & PENCAPAIAN SERTA KEJAYAAN Tahun 2012 membuka tirai dengan :
Bulan Januari Pendaftaran kumpulan sedia ada/baru Penggantian ahli kumpulan lama ke muka baru Makluman berkaitan KIK sebagai salah satu elemen dalam kenaikan pangkat (bidang inovasi) Hasilnya, 8 kumpulan KIK baru dari fakulti, jabatan dan unit berjaya ditubuhkan dan ini menjadikan sejumlah 15 kumpulan KIK sedia ada sehingga ke hari ini
Bulan Februari
Diadakan Bengkel Asas Fasilitator untuk pemantapan fasilitator KIK UiTM (Terengganu) kendalian Tuan Haji Husaini Murad selama 3 hari di Dewan Jasmin Diadakan Bengkel Asas KIK kepada semua kumpulan terutama kumpulan baru di Dewan Jasmin, kendalian Cik Selamah Md Yunos dengan bantuan fasilitator kumpulan masing-masing.
Bulan April Mengadakan Bengkel Asas KIK di UiTM Chendering, di bawah kendalian Cik Selamah Md Yunos selama 3 hari Pemantauan secara rawak dilakukan keatas produk/hasilan kumpulan oleh penyelaras
Bulan Mei Pra Konvensyen KIK UiTM (Terengganu) telah berlangsung dengan 14 kumpulan telah mengambil bahagian. Tahniah kepada semua kumpulan yang terlibat. Pengadilan oleh 3 juri pakar dan hasilnya lima pemenang telah dikenal pasti untuk mewakili UiTM (Terengganu) ke peringkat Zon Pantai Timur iaitu KUMPULAN C7, KUMPULAN C NAR UNGU, KUMPULAN XXX CHANGE, KUMPULAN ILHAMKU DAN KUMPULAN ACTEAM Sehari selepas Pra Konvensyen KIK, diadakan Bengkel Pemantapan KIK keatas lima kumpulan yang telah terpilih di bawah kendalian En Kamaruzaman, Pengarah MPC Pantai Timur
Bulan September Bengkel Pemantapan Siri Ke-2 diadakan di Wisma TNB keatas lima kumpulan yang terpilih oleh En Kamaruzaman, Pengarah MPC Pantai Timur
Mini Konvensyen KIK Pantai Timur berlangsung dan UiTM (Terengganu ) berjaya menggondol tiga anugerah iaitu: Anugerah Inovasi Teknikal Terbaik - Kumpulan C7 Anugerah Penjimatan Kos Terbaik - Kumpulan Ilhamku Anugerah Inovasi Proses Terbaik - Kumpulan AcTeam
Bulan November Pengumuman dilakukan oleh pihak pendaftar Shah Alam dimana dua kumpulan KIK UiTM (Terengganu) telah terpilih mewakili kampus ke Konvensyen KIK UiTM peringkat kali ke-17 di Gambang Resort,Pahang. Dua kumpulan tersebut adalah KUMPULAN C7 DAN KUMPULAN C NAR UNGU. TAHNIAH DIUCAPKAN Persiapan mula dilakukan oleh dua kumpulan dalam usaha terakhir memantapkan pembentangan dan persembahan kumpulan masing masing
Bulan Disember Pra Pembentangan dilakukan di hadapan pihak pengurusan oleh dua kumpulan yang terpilih dan alhamdullilah respon yang diterima amat baik. Konvensyen KIK peringkat UiTM kali ke-17 dijalankan dengan 24 kumpulan KIK dari seluruh UiTM mengambil bahagian dan keputusannya adalah seperti berikut:
o Kumpulan C7 -Anugerah Rektor UiTM Pahang dan bintang emas o Kumpulan C-Nar Ungu berjaya mendapat bintang perak. Alhamdullilah Kejayaan ini turut diraikan oleh Yang Berbahagia Tuan Rektor UiTM (Terengganu), Prof Madya Dr Abdol Samad Nawi yang hadir selaku tetamu jemputan untuk memberi semangat kepada peserta –peserta kumpulan KIK UiTM (Terengganu).
UCAPAN PENGHARGAAN & TERIMA KASIH BAGI TAHUN 2012 Saya selaku Penyelaras KIK UiTM (Terengganu) yang telah diberi amanah dalam bidang ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan merakamkan penghargaan saya bagi tahun 2012 kepada: Pihak pengurusan tertinggi UiTMT termasuk KUPQ, Prof Madya Dr Khalipah Ibrahim yang senantiasa menyokong segala usaha yang ingin dijalankan oleh Unit KIK Jawatankuasa Pemandu KIK UiTMT yang terdiri daripada Cik Selamah, Cik Nazlin, Puan Rusnah, Puan Rokiah dan En Asri Ibrahim yang banyak membantu menjayakan segala program yang direncanakan Ketua-ketua kumpulan KIK dan Fasilitator-fasilitator KIK yang tidak penat dan jemu mengenal masa bagi membantu memantapkan kumpulan masing-masing Dan seterusnya ahli-ahli kumpulan KIK sedia ada yang memberi 110% komitmen dalam penambahbaikan kumpulan masingmasing
HALATUJU KIK TAHUN 2013 Perkara pertama yang ingin disampaikan adalah setiap kumpulan menghantar senarai nama ahli kumpulan terkini/telah diupdatekan termasuk fasilitator selewatnya pada 21 Februari 2012 kepada Setiausaha KIK, Cik Nazlin Emieza Ngah/Puan Rusnah dan cc kepada saya
Kepada lima kumpulan yang telah mewakili UiTM (Terengganu) pada tahun lepas, Tuan Rektor telah memohon saya untuk menyampaikan supaya usaha kearah paten dilakukan pada tahun ini. UiTM (Terengganu) akan menjadi Tuan Rumah Mini Konvensyen KIK Pantai Timur (gerak kerja AJK akan dimulakan pada bulan Mac 2013). UiTM Pahang telah mohon untuk menjadi Tuan Rumah baru-baru ini tetapi Rektor ingin melihat kegemilangan KIK di bumi sendiri
HALATUJU KIK 2013 Berdasarkan email terdahulu dan persetujuan Jawatankuasa, lima kumpulan yangb telah mewakili UiTM (Terengganu) pada tahun lepas diberi pengecualian untuk menyertai pertandingan KIK tahun ini atas dasar: Memberi peluang kepada kumpulan untuk mengenal pasti projek/hasilan inovasi baru dan masa yang secukupnya dalam pembangunan inovasi tersebut Memberi ruang dan fokus kearah pempatenan produk/hasilan inovasi melibatkan kumpulan Memberi giliran kepada kumpulan –kumpulan KIK yang lain untuk turut sama terlibat dalam perjuangan KIK ke peringkat tinggi. Kita ingin mengelakkan THE SAMA TEAM CHOOSEN TO REPRESENT UiTM (TERENGGANU) EACH TIME. EACH YEAR. WE NEED VARIETIES
HALATUJU KIK 2013 Atas dasar itu, kumpulan-kumpulan dibawah secara automatik terpilih mewakili UiTM (Terengganu) pada peringkat Zon Pantai Timur tahun ini iaitu:
KUMPULAN CAKNA ALAM KUMPULAN DINAR EMAS KUMPULAN IQ TEAM KUMPULAN G6 KUMPULAN D’HOTELIERS KUMPULAN BPF KUMPULAN APB LIBDA
KUMPULAN THE LEAN KUMPULAN INNOSMART 24/7 KUMPULAN CITU DAN QUANTION 2 DILETAKKAN SEBAGAI KUMPULAN STANDBY
Kepada kumpulan yang tidak dapat memberi komitmen, maka surat permohonan pengecualian hendaklah dihantar kepada Unit KIK beralamatkan kepada Tuan Rektor atas alasan yang kukuh.
HALATUJU KIK 2013 Cadangan (terbuka untuk perbincangan) adalah dimana tahun ini tidak akan diadakan bengkel ASAS KIK dimana andaikan dibuat adalah kumpulan telah mengetahui asas KIK. Hanya akan diadakan bengkel pemantapan dimana setiap kumpulan telah ada produk/hasilan dan dokumen (powerpoint telah mula diwujudkan dan pemantapan akan diadakan dari situ) Tiada juga Pra KIK dalaman akan diadakan. Hanya pembentangan di hadapan pengurusan akan dilaksanakan sebelum bermulanya Mini Konvensyen KIK PantaiTimur Bajet untuk KIK boleh mohon melalui Tuan Rektor bersama kertas kerja yang ringkas dengan disokong oleh Ketua Bahagian atau KUPQ, Prof Madya Dr Khalipah Ibrahim. Tiada nilai maksimun atau minimun, cuma bajet yang dipohon hendaklah memadai mengikut keperluan dan berasaskan penjimatan kos Sebenarnya Tuan/Puan, dunai KIK ini amat seronok kerana melibatkan usaha sama kumpulan, semangat setiakawan serta penambahbaikan mutu kerja di zon masing-masing disamping dapat bertanding di peringkat jauh dan bertemu dengan penggiat-penggiat KIK yang lain. Jika dilakukan dengan niat yang betul, Allah akan permudahkan segala urusan berkaitan. InsyaALLAH
PERBINCANGAN UMUM
Terbuka untuk perbincangan umum perkara berkaitan KIK melibatkan semua perkara. InsyaALLAH kita akan mencari jalan penyelesaian bersama
PENUTUPAN MAJLIS Saya dengan rendah diri memohon maaf diatas segala kesulitan, kata-kata sepanjang berlangsungnya mesyuarat KIK bil 01/13. Yang buruk semestinya datang dari saya sebagai insan biasa dan yang baik semestinya datang dari ALLAH Majlis disudahi dengan tasbih kifarah dan suruh Al-Ans SEKIAN, INOVASI TINGKAT MENARA ILMU BASHIR AHMAD BIN SHABIR AHMAD PENYELARAS KIK UiTM (TERENGGANU)