Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
Bahagian 1: Keselamatan Umum Makmal 1.1 Peraturan Umum Makmal Objektif peraturan ini adalah bagi memastikan operasi makmal berjalan lancar dengan mengutamakan keselamatan diri, orang lain dan persekitaran. Peraturan yang disarankan merupakan langkah awal pengurangan risiko dan pencegahan kemalangan di dalam makmal. 1.1.1 Kot makmal dan kasut bertutup mesti dipakai semasa berada di dalam makmal. Pemakaian sebarang jenis selipar (mendedahkan kaki atau sebahagiannya) dalam makmal adalah dilarang. 1.1.2 Rambut yang panjang perlu diikat dengan kemas. Tudung hendaklah dikemaskan dan dimasukkan ke dalam kot makmal. 1.1.3 Makan, minum, merokok, menyimpan makanan dan memakai kosmetik tidak dibenarkan semasa berada di dalam makmal. 1.1.4 Dilarang meletak makanan dan minuman di dalam peti sejuk makmal. 1.1.5 Alat perlindungan peribadi perlu (wajib) dipakai di dalam makmal seperti kot makmal (laboratory coat) 1.1.6 Dilarang memakai kanta sentuh di dalam makmal. 1.1.7 Sarung tangan yang sesuai perlu dipakai semasa menjalankan prosedur yang melibatkan bersentuhan secara langsung. 1.1.8 Baca, fahami dan semak prosedur amali sebelum memulakan amali. 1.1.9 Penggunaan radas perlu mendapat keterangan yang lengkap daripada pensyarah atau kakitangan makmal terlebih dahulu. Laporkan sebarang kerosakan alat dengan segera kepada kakitangan makmal. 1.1.10 Laporkan sebarang kejadian, insiden, kemalangan nyaris atau kemalangan dengan segera kepada pegawai insiden/ kakitangan makmal/ penyelia. 1.1.11 Penunu Bunsen perlu dinyalakan menggunakan pemetik api yang ditetapkan. Elakkan penggunaan kertas dan mancis.
1 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
1.1.12 Penggunaan sumber api secara terbuka perlu diberi perhatian dan jangan ditinggalkan begitu sahaja. Pastikan tiada pelarut mudah terbakar berhampiran dengan sumber atau haba. 1.1.13 Pastikan sumber gas, bahan api dan elektrik telah ditutup sebelum meninggalkan makmal. 1.1.14 Meja kerja mestilah dikemaskan dan dinyah kuman (sekiranya perlu) sebelum meninggalkan makmal. 1.1.15 Buang sisa amali ke dalam bekas berlabel yang disediakan. Sisa tidak boleh dibuang ke dalam sinki. Sebarang sisa atau benda yang berpotensi menyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah. 1.1.16 Pelajar yang bekerja di luar waktu pejabat perlu mengisi borang kebenaran bekerja luar waktu pejabat. Lakukan kerja di makmal dengan minima dua orang.
1.2 Keselamatan Biologi 1.2.1 Pendahuluan Penyelidikan bahan biologi di Universiti merangkumi pelbagai organisma dan mikroorganisma. Pengguna perlu memahami terlebih dahulu Tahap Keselamatan Biologi yang sesuai bagi mengawal keselamatan dan kesihatan kepada persekitaran dan pengguna. Pematuhan terhadap peraturan, prosedur dan amalan yang selamat dalam makmal biologi merupakan tanggungjawab bersama untuk melindungi diri dan orang lain daripada dijangkiti atau terdedah kepada biohazard. Keselamatan Biologi merujuk kepada tindakan pencegahan, pengawalan dan pembendungan yang mesti dilakukan terhadap bahan biologi bagi menghalang pencemaran dari bahan terinfeksi. Tahap Keselamatan Biologi merujuk kepada pembendungan bahan biologi untuk mengasingkan agen biologi berbahaya. Pengkelasan pembendungan mikroorganisma (bahan biologi) terdiri daripada Tahap Keselamatan Biologi 1 hingga tahap 4. Pengkelas tahap keselamatan biologi tahap 1 hingga empat adalah bergantung pada mikroorganisma yang digunakan di dalam makmal tersebut.
2 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
1.2.2 Peraturan Keselamatan Biologi 1.2.2.1 Mematuhi Peraturan Keselamatan Umum. 1.2.2.2 Pastikan tanda amaran biohazard yang diletakkan di pintu menerangkan jenis mikroorganisma yang digunakan. 1.2.2.3 Teknik aseptik perlu diamalkan setiap kali mengendalikan kerja yang berkaitan dengan bahan biologi. 1.2.2.4 Pastikan penggunaan picagari hanya untuk kerja-kerja penyuntikan dan pengambilan cecair daripada haiwan makmal. 1.2.2.5 Radas yang mengandungi mikroorganisma atau bahan kimia retak atau pecah, perlu dilaporkan kepada penyelia atau kakitangan makmal dengan segera.
1.2.3 Pengkelasan Mikroorganisma Mikroorganisma dikelaskan berdasarkan bahaya jangkitan mengikut Kumpulan Risiko seperti berikut:
i) Kumpulan Risiko 1 Mikroorganisma dalam kumpulan ini berisiko rendah terhadap individu dan komuniti. Ia tidak akan menyebabkan penyakit kepada manusia. ii) Kumpulan Risiko 2 Mikroorganisma yang berisiko sederhana terhadap individu dan komuniti. Secara umumnya patogen berbahaya kepada manusia dan haiwan. Walaubagaimanapun, risiko dapat dikawal jika dikendalikan dengan cara yang betul. Rawatan yang berkesan dengan prosedur pencegahan tersedia dan risiko penyebaran jangkitan terhad mengurangkan jangkitan yang serius. iii) Kumpulan Risiko 3 Mikroorganisma berisiko tinggi terhadap individu atau rendah terhadap komuniti. Pada amnya patogen berbahaya kepada manusia dan haiwan tetapi tidak merebak dari individu yang mengalami jangkitan kepada yang lain. Rawatan yang berkesan dengan prosedur pencegahan yang betul mampu mengurangkan jangkitan yang serius.
3 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
iv) Kumpulan Risiko 4 Mikroorganisma berisiko tinggi terhadap individu dan komuniti. Patogen yang berbahaya kepada manusia atau haiwan dan dapat dipindahkan daripada satu individu kepada yang lain secara langsung atau tidak langsung. 1.2.4 Pengkelasan dan Penggunaan Makmal Makmal dikelaskan mengikut kerja-kerja yang dijalankan berkaitan kumpulan risiko mikroorganisma seperti berikut : i) Makmal Asas Makmal yang melakukan kerja berkaitan dengan mikroorganisma dari Kumpulan Risiko 1. Contohnya, makmal pengajaran biologi. ii) Makmal Diagnostik Makmal pengajaran/penyelidikan dan kesihatan awam yang melakukan kerja diagnostik berkaitan dengan mikroorganisma dari Kumpulan Risiko 2. iii) Makmal Tertutup Makmal penyelidikan khas yang mempunyai penghadang antara bilik. Melakukan kerja diagnostik khas berkaitan dengan mikroorganisma dari Kumpulan Risiko 3. iv) Makmal Tertutup Maksimum Makmal penyelidikan patogen berbahaya yang mempunyai penghadang dan tidak berhubung antara bilik. Menjalankan kerja berkaitan dengan mikroorganisma dari Kumpulan Risiko 4. Lambang biohazard antarabangsa hendaklah diletakkan pada pintu makmal yang menjalankan kerja dengan mikroorganisma dari Kumpulan Risiko 2, 3 dan 4. Apabila bekerja di dalam kategori makmal tertutup dan makmal tertutup maksimum, peraturan berikut hendaklah dipatuhi: •
Pakaian makmal hendaklah dari jenis wrap-around, coverall, head covering (yang tidak berbutang hadapan). Penutup kasut atau kasut khas hendaklah dipakai. Pakaian makmal tidak dibenarkan dipakai di luar makmal dan hendaklah disteril sebelum dicuci.
4 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
•
Alat pernafasan hendaklah dipakai mengandungi haiwan terjangkit.
di
dalam
bilik
yang
1.2.5 Keselamatan Biologi (Pensterilan dan Aseptik) Alat keselamatan biologi seperti Kabinet Keselamatan Biologi (Tahap II), Autoklaf dan Kabinet Laminar Flow diperlukan untuk makmal penyelidikan dan pengajaran yang melibatkan penggunaan bahan biologi. Kemudahan prasarana makmal, alat keselamatan biologi dan alat pelindungan peribadi diperlukan bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada pencemaran alam sekitar dan pengguna makmal. Mengikuti protokol yang betul merupakan tindakan pencegahan khusus kepada agen yang berpotensi menghasilkan kesan bahaya kepada pengguna makmal. Pensterilan bahan-bahan kajian dilakukan untuk memastikan ruangan kerja dan alatan bebas mikroorganisma dan mengelak dari kontaminasi silang merupakan langkah pertama sebelum meneruskan kerja-kerja makmal. Manakala, di peringkat akhir pensterilan diperlukan lagi bagi memastikan bahan dan peralatan yang digunakan tidak mengkontaminasi persekitaran. Perlu dilakukan sebelum dan selepas kerja-kerja yang melibatkan bahan biologi sama ada bersaiz mikro atau makro. Teknik Aseptik perlu diamalkan semasa menjalankan kerja yang melibatkan patogen dan mikroorganisma. Teknik ini merupakan teknik yang membentuk perolakan udara melalui pemanasan kawasan kerja dengan menggunakan penunu Bunsen atau pelita spirit. Perolakan udara yang berlaku yang disebabkan perbezaan suhu di kawasan kerja akan memastikan partikulat yang terampai di udara dari sumber uji kaji tidak mengkontiminasi pengendali. 1.3 Keselamatan Kimia 1.3.1 Pendahuluan Bahan kimia amat berguna kepada manusia, walaupun ada diantaranya berbahaya kepada kehidupan. Bagi menjamin keselamatan pengguna dan persekitaran, pengetahuan dan pemahaman mengenai cara pengendalian dan sifat bahan kimia adalah perlu bagi mengatasi hazard kimia. Cara pengendalian dengan selamat dan betul terhadap bahan kimia yang digunakan dapat mengatasi bahaya pendedahan terhadap bahan kimia tersebut. Pengendalian di sini bermaksud, penghantaran, penyimpanan, penggunaan di dalam makmal dan pembuangan sisa bahan kimia. 5 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
Helaian Data Keselamatan (SDS) perlu dirujuk sebelum memulakan kerja yang melibatkan bahan kimia. Baca semua label dengan teliti terlebih dahulu sebelum menggunakan sesuatu bahan kimia. 1.3.2 Peraturan Keselamatan Kimia 1.3.2.1 Mematuhi Peraturan Umum Keselamatan Makmal. 1.3.2.2 Alat pelindung mata keselamatan perlu dipakai semasa bekerja dengan bahan kimia. 1.3.2.3 Elakkan sentuhan secara langsung dengan sebarang bahan kimia. 1.3.2.4 Berhati-hati semasa membawa dan mengendali bahan kimia di dalam makmal. 1.3.2.5 Larutan bahan kimia tidak boleh dipipet menggunakan mulut. 1.3.2.6 Kendalikan semua bahan kimia meruap dan beracun di dalam kebuk wasap. 1.3.2.7 Botol atau bekas bahan kimia tidak boleh ditinggalkan di dalam kebuk wasap selepas digunakan. 1.3.2.8 Apabila melakukan sebarang pencairan, sentiasa masukkan larutan yang pekat ke dalam larutan yang cair bukan sebaliknya dan mesti dilakukan di dalam kebuk wasap. 1.3.2.9 Labelkan semua larutan dan bahan kimia yang disediakan. 1.3.2.10 Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja, tentukan kuantiti yang diperlukan dari botol stok. 1.3.2.11 Bahan kimia yang berlebihan tidak boleh dituang semula ke dalam botol asal. 1.3.2.12 Segala lebihan bahan kimia mestilah dibuang ke dalam botol sisa mengikut pengkelasan sisa terjadual.
6 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
1.4 Keselamatan Sinaran Mengion 1.4.1 Pengenalan Sinaran mengion/radiasi mengion adalah sinaran zarah atau gelombang bertenaga yang mempunyai potensi untuk mengion atom/molekul melalui interaksi atom.Ia adalah fungsi tenaga bagi setiap zarah/gelombang dan bukannya fungsi bilangan zarah atau gelombang yang hadir. Dalam pengendalian bahan radioaktif dan bahan mengion, langkah keselamatan awal ialah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Atomic Energy Licensing Board-AELB).AELB ditubuhkan bagi mengawalselia segala aktiviti yang berkaitan penggunaan bahan radioaktif dan sinaran serta menggubal dan menguatkuasakan segala peraturan berkaitan akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).Akta ini telah dikuatkuasakan pada 1 Februari 1984. Manusia tidak dapat mengelak dari menerima kesan sinaran sama ada dari punca tabii atau buatan. Dua kesan utama sinaran terhadap manusia adalah: i.
Kesan Stokastik bersifat kebarangkalian dan tidak mempunyai aras ambang. Setiap aras dos dianggap boleh mendatangkan kesan. Kesan ini dapat dilihat dalam jangka masa tertentu sama ada beberapa tahun atau generasi berikutnya. Kesan ini juga boleh bersifat somatik.
ii.
Kesan deterministik mempunyai nilai satu ambang. Kesan ini boleh dilihat serta merta sekiranya mangsa menerima dos sama atau melebihi nilai ambang.
1.4.2 Peraturan Keselamatan Sinaran 1.4.2.1
Prosedur Kendalian Keadaan Biasa i. Mematuhi Peraturan Umum Keselamatan Makmal.
ii. Perancangan kerja perlu dilakukan bagi memastikan dos yang diterima serendah mungkin dan tidak melebihi had. iii. Setiap kerja mesti dilakukan di atas bekas yang beralas dalam bilik yang ditetapkan.
di
7 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
iv. Semua peralatan atau bekas kaca perlu dilabel dengan jelas tanda amaran radioaktif. v. Sarung tangan yang sesuai perlu digunakan. vi. Konsep masa, jarak dan perisai perlu diamalkan untuk mengurangkan dos dedahan. vii. Bekerja dalam bilik wasap jika menggunakan bahan radioaktif berlabel mudah meruap. viii. Simpan semula sumber sinaran selepas kerja selesai ditempat yang ditetapkan. ix. Gunakan meter tinjau untuk memastikan tiada pencemaran berlaku pada tangan, pakaian, kasut dan kawasan tempat kerja. x. Kot makmal hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan. 1.4.2.2
Prosedur kendalian biasa radas penyinaran. i. Baca dan fahami manual dan prosedur penggunaan operasi
radas penyinaran. ii. Memakai peralatan perlindungan peribadi dan menggunakan
pengesan/pemonitor sinaran semasa mengendalikan radas sinaran. iii. Minimumkan masa kerja dalam bilik sinaran.
8 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
Bahagian 2: Peralatan Pelindungan Peribadi (PPE) Peralatan Pelindungan Peribadi atau Personal Protective Equipment (PPE) adalah peralatan keselamatan yang perlu dipakai dan digunakan ketika melakukan kerja-kerja amali sama ada di dalam makmal dan bengkel atau sewaktu melaksanakan kerja lapangan bagi mengurangkan risiko terhadap kesihatan dan kecederaan tubuh badan. Bergantung kepada keadaan kerja, pemakaian PPE yang sesuai boleh melindungi:
Mata -
Muka -
- Kepala
- Telinga
Pernafasan - Tangan / Tubuh Kaki -
Contoh alat pelindungan bagi setiap bahagian tubuh badan yang dinyatakan dalam rajah di atas adalah seperti berikut:
2.1 Alat Pelindungan Kepala 2.1.1. Topi Keselamatan (Safety Helmets)
Topi keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kepala daripada objek terjatuh atau melayang. PPE ini diperbuat dari bahan yang tahan lama serta dapat menyerap hentakan. Topi keselamatan dibahagikan kepada 3 kelas berdasarkan tahap penebatan elektrik, iaitu: a.
Kelas C (Conductive) Topi keselamatan Kelas C hanya melindungi kepala pengguna dari objek jatuh dan tidak memberi perlindungan arus elektrik kepada kepala pengguna. 9 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
b.
Kelas G (General) Topi keselamatan Kelas G digunakan untuk melindungi kepala pengguna dari objek jatuh dan arus elektrik sehingga 2,200 volt. Sebelum tahun 2014, Kelas G dikenali sebagai Kelas A.
c.
Kelas E (Electrical) Topi keselamatan kelas E digunakan untuk melindungi kepala pengguna dari objek jatuh dan arus elektrik sehingga 20,000 volt. Sebelum tahun 2014, Kelas E dikenali sebagai Kelas B.
2.2 Alat Pelindungan Muka 2.2.1. Pelindung Muka (Face Shield)
Pelindung muka atau ‘face shield’ memberikan pelindungan menyeluruh di bahagian muka dan digunakan ketika pengimpalan logam, mengendalikan bahan kimia yang menghasilkan percikan atau partikel melayang. Walau bagaimanapun, pelindung muka ini tidak dapat melindungi mata dari sinaran UV. Oleh itu, alat ini hendaklah dipakai bersama-sama ‘safety glasses’ atau ‘goggle’. 2.3 Alat Pelindungan Mata 2.3.1. Kaca Mata Keselamatan (Safety Glasses)
Kacamata keselamatan atau safety glasses digunakan untuk melindungi mata. Sesetengah model diperbuat dari bahan yang dapat menahan sinaran
10 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
UV dan terdapat pelindung pada bahagian kanan dan kiri bingkai. Kacamata ini digunakan ketika mengendalikan bahan kimia. 2.3.2. Gogal (Goggles)
Goggles memberi perlindungan seluruh kawasan mata. Goggles melindungi mata dari impak, habuk dan percikan bahan kimia dan wasap yang datang dari semua arah. Terdapat bingkai pada kiri dan kanan yang melindungi mata dan permukaan kulit di bahagian tepi mata. Goggles lebih tahan hentakan berbanding Kaca Mata Keselamatan dan boleh digunakan oleh pengguna berkaca mata.
2.3.3. Gogal Keselamatan Laser (Laser Safety Goggles)
Kaca mata yang diperbuat khas ini digunakan untuk melindungi mata dari sinaran pancaran laser dan direka khas supaya dapat melindungi mata dari panjang gelombang tertentu. Pemilihan kacamata adalah berdasarkan peralatan dan persekitaran kerja. Pancaran laser boleh menyebabkan kerosakan kekal pada mata.
11 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
2.4 Alat Pelindungan Pernafasan 2.4.1. Alat Pernafasan (Respirator)
Alat pernafasan atau respirator hanya digunakan apabila alat kawalan kejuruteraan seperti kebuk wasap tidak dapat digunakan ketika mengendalikan bahan kimia yang menghasilkan wasap / meruap / gas / habuk. Ia direka khas untuk melindungi sistem pernafasan dari dedahan terhadap bahan kimia yang hadir dalam bentuk gas atau zarah-zarah kecil dalam kadar kepekatan yang terhad. Jenis respirator yang dipilih untuk digunakan adalah berdasarkan seperti berikut; a. b.
menapis udara dengan menyahkan gas dan wasap berbahaya membekalkan pengudaraan
2.4.2. Topeng N95
Topeng jenis ini adalah untuk menapis zarah-zarah melebihi 5 micrometer seperti bakteria, spora, kulat dan zat-zat pepejal dan cecair. Abjad ‘N’ merujuk kepada sifat penapis yang tidak tahan terhadap minyak (non-oil resistant), dan ‘95’ merujuk kepada tahap kecekapan menapis iaitu minimum 95% cekap. Jenis penapis adalah bergantung terhadap ketahanan iaitu Rtahan minyak (oil- resistant) dan P- diyakini tahan terhadap minyak (oil-proof).
12 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
2.4.3. Topeng Muka Pembedahan (Surgical Face Mask)
Topeng muka berfungsi untuk melindungi hidung dan mulut dari zat berbau menyengat dan debu. Topeng muka ini hanya dapat menapis zarah-zarah bersaiz besar di udara tetapi tidak dapat memberi pelindungan terhadap wasap bahan kimia dan kebanyakan aerosol biologi seperti virus dan bakteria. Fungsi utama topeng muka ini adalah untuk mencegah sebarang zarah biologi dari mulut dan hidung disebarkan oleh pemakai ke persekitaran. 2.5 Alat Pelindungan Pendengaran Pendedahan terhadap bunyi bising yang melampau (melebihi 80 desibel dalam tempoh 8 jam sehari) akan menyebabkan kerosakan kekal atau sementara kepada deria pendengaran dan boleh mengakibatkan tekanan fizikal dan fisiologi. Had pendengaran manusia adalah tidak melebihi 80 desibel. Kebanyakan bunyi bising adalah dihasilkan dari mesin dan jentera yang terdapat di persekitaran kerja. Kecekapan alat pelindungan pendengaran menapis bunyi bising adalah bergantung kepada nilai Kadar Pengurangan Bising (Noise Reduction Rating [NRR]). Semakin tinggi nilai NRR sesuatu alat pelindungan pendengaran, semakin tinggi kemampuan alat tersebut mengurangkan bunyi yang diterima.
2.5.1. Palam telinga busa (Foam Earplug)
Palam telinga yang diperbuat dari kapas berlilin dapat melindungi telinga dari bunyi bising. Pastikan tangan dan palam telinga yang digunakan bersih untuk mengelakkan bahagian telinga pengguna daripada terkena jangkitan.
13 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
2.5.2. Penutup telinga (Ear muff)
Penutup telinga bentuk bebola dapat menempati ruang luar saluran telinga. Bagi bunyi yang sangat bising (pada atau melebihi 105dB) perlindungan berganda (iaitu penggunaan palam telinga bersama penutup telinga) adalah disarankan. 2.5.3. Penutup Salur Telinga (Ear Canal Caps)
Alat ini mempunyai ciri dan fungsi yang serupa dengan palam telinga, lebih mudah digunakan dan muat pada semua saiz telinga.
2.6 Alat Pelindungan Tubuh / Badan Kot keselamatan makmal adalah salah satu alat pelindungan tubuh / badan. Terdapat beberapa jenis kot keselamatan makmal, di mana, penggunaannya bergantung kepada jenis kendalian yang dilakukan. Kot keselamatan makmal tidak sepatutnya dipakai di luar makmal. Ciri-ciri pemakaian kot makmal yang sesuai adalah: a. b. c. d. e. f.
selesa dipakai, diperbuat dari bahan kain yang cukup tebal, berwarna terang (putih), panjang lengan hendaklah meliputi pergelangan tangan dan panjang sehingga ke aras lutut, berkancing atau berbutang dan mudah ditanggalkan, ukuran sesuai (tidak terlalu kecil atau terlalu besar). 14 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
2.6.1. Kot Keselamatan Makmal Biologi dan Kimia
Kot keselamatan makmal dipakai bagi melindungi tubuh / badan dan pakaian dari sentuhan secara langsung terhadap bahan kimia dan bahan biologi melalui percikan mahupun tumpahan. Kot keselamatan ini diperbuat dari 100% kapas bagi mengelakkan risiko kebakaran. Kot makmal yang diperbuat dari campuran poliester mempunyai kurang daya tahan kebakaran. 2.6.2. Kot Keselamatan Makmal Radioaktif
Kot keselamatan makmal berlengan panjang yang meliputi pergelangan tangan, berkancing di hadapan dan mudah ditanggalkan. Kot makmal radioaktif hendaklah digunakan hanya di dalam makmal radioaktif. Ia sentiasa diperiksa dengan alat meter tinjau untuk memastikan tiada pencemaran. Kot makmal hendaklah ditinggalkan di tempat yang disediakan dan sekiranya ada pencemaran, ia hendaklah dilupuskan bersama bahan radioaktif yang lain.
15 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
2.6.3. Kot keselamatan Makmal Bilik Bersih
Kot makmal bilik bersih (Cleanroom Bunnysuits) digunakan untuk memastikan kebersihan bilik bersih dan hanya digunakan di dalam bilik bersih. Kot makmal hendaklah sentiasa ditukar dan dicuci selepas digunakan untuk memastikan kebersihan. Ketika mengendalikan bahan mengkakis, apron yang diperbuat dari plastik atau getah hendaklah dipakai bersama. 2.7 Alat Pelindungan Tangan Alat pelindungan tangan dapat melindungi tangan daripada sentuhan secara langsung terhadap bahan kimia, bahan biologi atau bahan-bahan pada suhu terlampau yang menyebabkan kerengsaan atau rasa terbakar pada kulit. Melalui pemakaian sarung tangan yang sesuai, risiko pendedahan secara langsung dapat dikurangkan. Pemilihan jenis sarung tangan adalah berdasarkan kesesuaian kerja yang akan dilakukan serta saiz yang bersesuaian dengan pengguna. Berikut adalah beberapa jenis sarung tangan yang biasa digunakan: 2.7.1 Sarung tangan getah biasa (Natural (Latex) Rubber Gloves)
Sarung tangan jenis getah (latex) dapat melindungi tangan dari mikroorganisma dan bahan kimia tertentu. Sarung tangan ini hanya sesuai digunakan untuk sekali pakai sahaja.
16 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
2.7.2 Sarung Tangan Neoprene
Sarung tangan ini diperbuat dari getah sintetik yang melindungi tangan dari cecair hidraulik, gasolin, alkohol, asid organik dan alkali. 2.7.3 Sarung Tangan Jenis Nitril
Sarung tangan yang diperbuat dari polimer ini, memberi pelindungan dari larutan berklorin, minyak, gris, asid dan alkohol tetapi tidak dapat melindungi dari keton, asetat dan agen pengoksidaan yang kuat.
2.7.4 Sarung Tangan Jenis Butil
Diperbuat dari getah sintetik dan memberi pelindungan terhadap pelbagai jenis bahan kimia seperti bahan peroksida, asid mengkakis, alkali kuat, alkohol, aldehid, keton dan ester.
17 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
2.7.5 Sarung Tangan Jenis Kulit
Sarung tangan jenis ini dapat melindungi kulit dari permukaan kasar, percikan api dan objek keras. 2.7.6 Sarung Tangan ‘Padded Cloth’
Sarung tangan jenis ini dapat melindungi tangan dari hujung tajam, pecahan kaca, kotoran dan getaran. Sesuai digunakan untuk mengendalikan bahan sejuk atau dalam cuaca sejuk. 2.7.7 Sarung Tangan Kriogenik
Sarung tangan kriogenik ini digunakan untuk pengendalian bahan kriogenik pada suhu sejuk lampau seperti cecair nitrogen, oksigen, argon.
18 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
2.8 Alat Pelindungan Kaki Kasut bertutup yang meliputi seluruh bahagian kaki dipakai bagi melindungi bahagian kaki dari tumpahan bahan kimia atau biologi, debu dan serpihan tajam seperti kaca. Pemakaian selipar, sandal dan kasut bertumit tinggi adalah dilarang. 2.8.1 Kasut Keselamatan Konduktif (Conductive Safety Shoes)
Kasut keselamatan konduktif memberi perlindungan terhadap bahaya elektrik statik yang terkumpul. Kasut ini tidak boleh dipakai ketika bekerja di kawasan berhampiran litar elektrik terbuka. 2.8.2 Kasut Keselamatan Non-Konduktif (Non-Conductive Safety Shoes)
Dapat melindungi kaki dari renjatan elektrik ketika berada di kawasan litar terbuka kurang daripada 600 volt dalam keadaan kering dan digunakan sebagai penebat. 2.8.3 Kasut Keselamatan Bilik Bersih
Kasut keselamatan bilik bersih (clean room) hanya disedia dan digunakan di bilik bersih. 19 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
Ia adalah untuk memastikan kebersihan dan mengelakkkan pencemaran dibawa masuk ke dalam bilik bersih. Diperbuat dari PVC dan bahan anti-statik untuk mengelakkan risiko kemalangan. Mudah dibersihkan dan dinyahkuman. 2.8.4 Kasut Rintang Bahan Kimia
Terdapat beberapa jenis kasut yang boleh digunakan untuk melindungi kaki dari terkena tumpahan bahan kimia. 2.8.4.1 Kasut yang diperbuat daripada getah (latex) Melindungi kaki terhadap bahan kimia tertentu dan permukaan licin. 2.8.4.2 Kasut yang diperbuat daripada butil Memberi pelindungan terhadap keton, aldehid, alkohol, asid dan bes. 2.8.4.3 Kasut yang diperbuat daripada vinil Tahan terhadap bahan pelarut, asid, bes. 2.8.4.4 Kasut yang diperbuat daripada nitril Kasut jenis ini tahan terhadap lemak haiwan, oleo dan bahan kimia.
20 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
Bahagian 3: Simbol Tanda Keselamatan 3.1 Pengenalan Simbol keselamatan di makmal merupakan komunikasi yang sangat penting bagi memudahkan pengguna mengenalpasti arahan, amaran dan bahaya di tempat kerja. Secara langsung dapat mengurangkan kemalangan. 3.2 Pelabelan Bahan Kimia Berdasarkan Pengelasan Bahan Berbahaya Setiap bahan kimia berbahaya perlu disimpan dalam bekas yang sesuai dan dilabelkan dengan jelas. Bahan kimia berbahaya yang diterima dari pembekal perlu mempunyai maklumat berikut: [Merujuk sumber dari 1. Peraturanperaturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (Pelabelan, Pengelasan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013] a. b. c. d. e. f.
Pengecaman produk Piktogram bahaya Kata isyarat Pernyataan bahaya Peryataan berjaga-jaga, dan Pengenalan pembekal
Contoh : Label Bahan Kimia Berbahaya Pengecaman produk
Piktogram bahaya Kata isyarat Pernyataan bahaya Peryataan berjagajaga
Pengenalan pembekal
21 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
a. Pengecaman produk Pengecam produk yang digunakan pada label hendaklah sepadan dengan pengecam produk yang digunakan dalam SDS. Hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya maklumat yang berikut: a) Jika bahan termasuk dalam senarai bahan kimia terkelas yang dinyatakan dalam Bahagian I Tataamalan Industri, nama dan nombor CAS adalah seperti yang diberikan; b) Jika bahan tidak termasuk dalam Bahagian 1 Tataamalan Industri: i. Nama IUPAC /tatanama; dan ii. Nombor CAS (jika ada); c) Jika nombor CAS tiada, gunakan nama yang diberikan dalam tatanama IUPAC atau nama antarabangsa lain bagi bahan kimia. b. Piktogram bahaya Piktogram bahaya merupakan simbol pada pelabelan bahan kimia berbahaya dinyatakan dengan komposisi grafik yang menyampaikan maklumat khusus berkaitan bahaya. Setiap piktogram mempunyai maksud yang tersendiri. c. Kata isyarat Kata isyarat yang digunakan di dalam Peraturan ini adalah “Bahaya” dan “Amaran”. “Bahaya” digunakan untuk kategori bahaya yang teruk, manakala “Amaran” digunakan untuk yang kurang teruk. Hanya satu kata isyarat yang boleh diletakkan pada label. d. Pernyataan bahaya “pernyataan bahaya” bermaksud pernyataan yang ditetapkan ke atas kelas dan kategori bahaya yang memerihalkan sifat bahaya bahan kimia berbahaya, termasuk, sekiranya sesuai, tahap bahaya tersebut e. Peryataan berjaga-jaga “pernyataan berjaga-jaga” bermaksud langkah-langkah yang disarankan untuk meminimumkan atau mencegah kesan memudaratkan yang terhasil daripada pendedahan kepada bahan kimia berbahaya atau penyimpanan atau pengendalian bahan kimia berbahaya yang tidak betul; f. Pengenalan pembekal Maklumat berkenaan pembekal seperti nama, alamat dan nombor telefon.
22 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
3.3 Pengelasan bahaya secara umumnya bahan berbahaya dibahagikan kepada: A. Bahaya Fizikal B. Bahaya Kesihatan C. Bahaya Alam Sekitar A. Bahaya Fizikal 1. Bahan Letup Unsur
Bahan letup tidak stabil
Divisyen 1.1
Divisyen 1.2
Divisyen 1.3
Divisyen 1.4
Piktogram bahaya
Divisyen 1.5
Tiada piktogram bahaya
Divisyen 1.6
Tiada piktogram bahaya
Kata isyarat Bahaya
Bahaya
Bahaya
Bahaya
Amaran
Bahaya
Kod H: Pernyataan bahaya
H201: Bahan letup; bahaya letupan besar
H202: Bahan letup; bahaya luncuran teruk
H203: Bahan letup; bahaya kebakaran, ledakan atau luncuran
H204: Bahaya kebakaran atau luncuran
H205: Boleh Tiada menghasilka pernyataan n letupan bahaya besar dalam kebakaran
H200: Bahan letup tidak stabil
Tiada kata isyarat
23 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
2. Gas Mudah Terbakar
Unsur
Kategori 1
Piktogram bahaya
Kata isyarat
Kategori 2 Tiada piktogram bahaya
Bahaya
Amaran
Kod H: Pernyataan bahaya H220: Gas paling mudah terbakar H221: Gas mudah terbakar
3. Aerosol Mudah Terbakar Unsur
Kategori 1
Piktogram bahaya
Kata isyarat
Kategori 2 Tiada piktogram bahaya
Bahaya
Amaran
Kod H: Pernyataan bahaya H222: Aerosol paling mudah terbakar H223: Aerosol mudah terbakar
24 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
4. Cecair Mudah Terbakar Unsur
Kategori 1
Kategori 2
Kategori 3
Bahaya
Bahaya
Amaran
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
H224: Cecair dan wap paling mudah terbakar
H225: Cecair dan wap amat H226: Cecair dan wap mudah terbakar mudah terbakar
5. Pepejal Mudah Terbakar Unsur
Kategori 1
Kategori 2
Bahaya
Amaran
Piktogram bahaya
Kata isyarat
Kod H: Pernyataan bahaya H228: Pepejal mudah terbakar H228: Pepejal mudah terbakar
25 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
6. Gas Mengoksida Unsur
Kategori 1
Piktogram bahaya
Kata isyarat
Bahaya
Kod H: Pernyataan bahaya H270: Boleh menyebabkan atau memarakkan kebakaran; pengoksida
7. Cecair Mengoksida Unsur
Kategori 1
Kategori 2
Kategori 3
Bahaya
Bahaya
Amaran
Piktogram bahaya
Kata isyarat
Kod H: Pernyataan H271: Boleh menyebabkan kebakaran H272: Boleh memarakkan bahaya atau letupan; pengoksida kuat kebakaran; pengoksida
H272: Boleh marakkan kebakaran; pengoksida
26 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
8. Pepejal Mengoksida
Unsur
Kategori 1
Kategori 2
Kategori 3
Bahaya
Bahaya
Amaran
H272: Boleh memarakkan kebakaran; pengoksida
H272: Boleh memarakkan kebakaran; pengoksida
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
H271: Boleh menyebabkan kebakaran atau letupan; pengoksida kuat
27 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
9. Gas Di Bawah Tekanan Unsur
Kategori 1
Kategori 2
Kategori 3
Kategori 4
Bahaya
Amaran
Amaran
Amaran
Piktogram bahaya
Kata isyarat
Kod H: H280: Mengandungi Pernyataan gas di bawah bahaya tekanan; boleh meletup jika dipanaskan
H280: Mengandungi gas di bawah tekanan; boleh meletup jika dipanaskan
H281: Mengandungi gas sejuk; boleh menyebabkan lecuran atau kecederaan kriogenik
H280: Mengandungi gas di bawah tekanan; boleh meletup jika dipanaskan
28 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
10. Bahan Kimia Swareaktif Unsur
Kategori 1
Kategori 2
Kategori 3
Kategori 4
Piktogram bahaya
Kata isyarat
Kategori 5
Tiada unsur label diperuntukkan bagi kategori bahaya ini
Bahaya
Kod H: H240: Pernyataan Pemanasan bahaya boleh menyebabkan letupan
Bahaya
H241: Pemanasan boleh menyebabkan kebakaran atau letupan
Bahaya
H242: Pemanasan boleh menyebabkan kebakaran
Amaran
H242: Pemanasan boleh menyebabkan kebakaran
29 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
11. Cecair Piroforik Unsur
Kategori 1
Piktogram bahaya
Kata isyarat
Bahaya
Kod H: Pernyataan bahaya
H250: Terbakar secara spontan jika terdedah kepada udara
12. Pepejal Piroforik Unsur
Kategori 1
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
Bahaya H250: Terbakar secara spontan jika terdedah kepada udara
30 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
13. Bahan Kimia Swapanasan Unsur
Kategori 1
Kategori 2
Bahaya
Amaran
Piktogram bahaya
Kata isyarat
Kod H: Pernyataan bahaya H251: Swapanasan; boleh terbakar H251: Swapanasan; boleh terbakar
14. Bahan Kimia Jika Terkena Air, Membebaskan Gas Mudah Terbakar Unsur
Kategori 1
Kategori 2
Kategori 3
Bahaya
Bahaya
Amaran
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
H260: Jika terkena air, membebaskan gas mudah terbakar yang boleh mencucuh dengan spontan
H261: Jika terkena air, membebaskan gas mudah terbakar
H261: Jika terkena air, membebaskan gas mudah terbakar 31 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
15. Peroksida Organik Unsur
Jenis A
Jenis B
Jenis C dan D
Jenis E dabn F
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
Bahaya
Bahaya
H240: Pemanasan H241: Pemanasan boleh boleh menyebabkan menyebabkan kebakaran letupan atau letupan
Bahaya
Amaran
H242: Pemanasan boleh menyebabkan kebakaran
H242: Pemanasan boleh menyebabkan kebakaran
Jenis G
Tiada unsur label di peruntu kkan bagi kategori bahaya ini
32 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
16. Mengkakis Logam Unsur
Kategori 1
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
Bahaya H290: Boleh mengakis logam
33 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
B. Bahaya Kesihatan 1. Ketoksikan akut Unsur
Kategori 1
Kategori 2
Kategori 3
Kategori 4
Bahaya
Bahaya
Bahaya
Amaran
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
H300 (oral): Maut jika tertelan
H300 (oral): Maut jika tertelan
H301 (oral): Toksik jika tertelan
H310 (kulit): Maut jika terkena kulit
H310 (kulit): Maut jika terkena kulit
H311 (kulit): Toksik jika terkena kulit
H330 (penyedutan): Maut jika tersedut
H330 (penyedutan): Maut jika tersedut
H331 (penyedutan): Toksik jika tersedut
H302 (oral): Memudaratkan jika tertelan H312 (kulit): Memudaratkan jika terkena kulit H330 (penyedutan): Memudaratkan jika tersedut
34 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
2. Kakisan atau Kerengsaan Kulit Unsur
Kategori 1
Kategori 2
Bahaya
Amaran
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
H314: Menyebabkan lecuran kulit dan kerosakan mata yang teruk
H315: Menyebabkan kerengsaan kulit
3. Kerosakan Mata Atau Kerengsaan Mata Yang Serius Unsur
Kategori 1
Kategori 2
Bahaya
Amaran
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
H318: Menyebabkan kerosakan mata yang serius
H319: Menyebabkan kerengsaan mata yang serius
35 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
4. Pemekaan Pernafasan Unsur
Kategori 1
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
Amaran H334: Boleh menyebabkan gejala alahan atau asma atau kesukaran bernafas jika tersedut
5. Pemekaan Kulit Unsur
Kategori 1
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
Amaran H317: Boleh menyebabkan tindak balas alahan kulit
36 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
6. Kemutagenan Sel Germa
Unsur
Kategori 1 1A
Kategori 2 1B
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
Bahaya H340: Boleh menyebabkan kecacatan genetik (nyatakan laluan pendedahan, jika dibuktikan secara muktamad bahawa tiada laluan pendedahan lain yang menyebabkan bahaya itu).
Amaran H341: Disyaki menyebabkan kecacatan genetik (nyatakan laluan pendedahan, jika dibuktikan secara muktamad bahawa tiada laluan pendedahan lain yang menyebabkan bahaya itu)
37 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
7. Kekarsinogenan
Unsur
Kategori 1 1A
Kategori 2 1B
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
Bahaya H350: Boleh menyebabkan kanser (nyatakan laluan pendedahan, jika dibuktikan secara muktamad bahawa tiada laluan pendedahan lain yang menyebabkan bahaya itu)
Amaran H351: Disyaki menyebabkan kanser (nyatakan laluan pendedahan, jika dibuktikan secara muktamad bahawa tiada laluan pendedahan lain yang menyebabkan bahaya itu)
38 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
8. Ketoksikan Pembiakan Unsur
Kategori 1A
Kategori 1B
Kategori 2
Kategori tambahan bagi kesan ke atas atau melalui penyusuan Tiada piktogram bahaya
Kata isyarat
Bahaya
Bahaya
Amaran
Tiada kata isyarat
Kod H: Pernyataan bahaya
H360: Boleh merosakkan kesuburan atau janin (nyatakan kesan khusus, jika diketahui) (nyatakan laluan pendedahan, jika dibuktikan secara muktamad bahawa tiada laluan pendedahan lain yang menyebabkan bahaya itu)
H360: Boleh merosakkan kesuburan atau janin (nyatakan kesan khusus, jika diketahui) (nyatakan laluan pendedahan, jika dibuktikan secara muktamad bahawa tiada laluan pendedahan lain yang menyebabkan bahaya itu)
H361: Disyaki merosakkan kesuburan atau janin (nyatakan kesan khusus, jika diketahui) (nyatakan laluan pendedahan, jika dibuktikan secara muktamad bahawa tiada laluan pendedahan lain yang menyebabkan bahaya itu)
Piktogram bahaya
H362: Boleh memudaratkan kanak-kanak yang menyusu badan
39 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
9. Ketoksikan Organ Sasaran Khusus – Pendedahan Tunggal Unsur
Kategori 1
Kategori 2
Kategori 3
Kata isyarat
Bahaya
Amaran
Amaran
Kod H: Pernyataan bahaya
H370: Menyebabkan kerosakan organ (nyatakan semua organ terjejas, jika diketahui) (nyatakan laluan pendedahan jika dibuktikan secara muktamad bahawa tiada laluan pendedahan lain yang menyebabkan bahaya itu)
H371: Boleh menyebabkan kerosakan organ (nyatakan semua organ yang terjejas, jika diketahui) (nyatakan laluan pendedahan, jika dibuktikan secara muktamad bahawa tiada laluan pendedahan lain yang menyebabkan bahaya itu )
H335: Boleh menyebabkan kerengsaan pernafasan (kerengsaan saluran pernafasan) atau
Piktogram bahaya
H336: menyebabkan mengantuk kepeningan narkotik)
Boleh atau (kesan
40 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
10. Ketoksikan Organ Sasaran Khusus – Pendedahan Berulang
Unsur
Kategori 1
Kategori 2
Kata isyarat
Bahaya
Amaran
Kod H: Pernyataan bahaya
H372: Menyebabkan kerosakan organ (nyatakan semua organ yang terjejas, jika diketahui) melalui pendedahan berpanjangan atau berulang (nyatakan laluan pendedahan, jika dibuktikan secara muktamad bahawa tiada laluan pendedahan lain yang menyebabkan bahaya itu)
H373: Boleh menyebabkan kerosakan organ (nyatakan semua organ yang terjejas, jika diketahui) melalui pendedahan berpanjangan atau berulang (nyatakan laluan pendedahan, jika dibuktikan secara muktamad bahawa tiada laluan pendedahan lain yang menyebabkan bahaya itu)
Piktogram bahaya
41 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
11. Bahaya Aspirasi
Unsur
Kategori 1
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
Bahaya H304: Boleh membawa maut jika tertelan dan memasuki saluran pernafasan
42 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
C. Bahaya Alam Sekitar 1. Berbahaya kepada Persekitaran Akuatik
Unsur
Akut Kategori 1
Kronik Kategori 1
Kategori 2
Kategori 3
Kategori 4
Tiada piktogram bahaya
Tiada piktogram bahaya
Tiada kata isyarat
Tiada kata isyarat
Tiada kata isyarat
H411: Toksik kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan.
H412: Memudaratkan kepada hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan
Piktogram bahaya
Kata isyarat
Amaran
Amaran
Kod H: H400: Sangat H410: Sangat Pernyataan toksik kepada toksik kepada bahaya hidupan akuatik. hidupan akuatik dengan kesan kekal berpanjangan
H413: Boleh menyebabkan kesan mudarat yang kekal berpanjangan kepada hidupan akuatik.
43 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal eSUKeM V2 Fakulti Sains dan Teknologi
2. Berbahaya kepada Lapisan Ozon
Unsur
Kategori 1
Piktogram bahaya
Kata isyarat Kod H: Pernyataan bahaya
Bahaya H420: Memudaratkan kesihatan umum dan alam sekitar dengan memusnahkan ozon di atmosfera atas
44 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
3.3 Simbol-simbol Lain a.
Hazard Sinaran Radiasi Terion/ Radioaktif Simbol ini merupakan makluman tentang kawasan kerja yang melibatkan sinaran terion. Hanya pengguna yang terlatih dibenarkan memasuki kawasan ini.
b.
Hazard Sinaran Tidak Terion Simbol ini merupakan makluman tentang kawasan kerja yang melibatkan sinaran tidak terion.
c.
Hazard Kriogenik Kriogenik ialah suatu bahan yang mempunyai suhu sangat rendah di bawah −150 °C. Contoh cecair kriogenik ialah cecair nitrogen, oksigen dan helium. Cecair kriogenik biasanya tidak berbau dan tidak berwarna. Cecair kriogenik boleh mengakibatkan kerosakan kekal tisu badan seperti kemalangan menyejuk. Semasa mengendalikan bahan ini, pengguna hendaklah memakai PPE yang lengkap terutamanya goggle dan sarung tangan kriogenik.
d.
Hazard Laser Simbol keselamatan laser ini digunakan bagi memaklumkan tentang hazard laser. Pendedahan laser secara tidak terkawal boleh menyebabkan kecederaan kekal pada mata. Laser yang berkuasa sederhana dan tinggi adalah sangat berbahaya kerana boleh membakar retina mata atau kulit. Semasa mengendalikan bahan ini, pengguna hendaklah memakai PPE yang lengkap terutamanya kaca mata keselamatan laser.
45 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
e. Hazard Haba (Pemanasan) Simbol ini menerangkan mengenai peralatan yang melibatkan pemanasan seperti oven, waterbath, hotplate dan sebagainya.
f.
Simbol Awas Simbol ini merupakan amaran supaya berhati-hati terhadap risiko kemalangan.
g.
Simbol Biohazard Simbol ini merupakan amaran supaya berhati-hati kerana terdapat aktiviti melibatkan bahan biologi, terutama dengan mikroorganisma yang mempunyai risiko kepada kesihatan manusia atau alam sekitar.
3.4 Simbol – simbol Peralatan Keselamatan a.
Simbol Alat Pemadam Api Simbol alat keselamatan untuk pancutan air, busa, gas, atau bahan lain untuk memadamkan kebakaran.
b.
Simbol Selimut Kebakaran Simbol selimut keselamatan dari bahan tahan api atau kalis nyalaan untuk digunakan pemadaman kebakaran kecil.
46 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
c.
Simbol Pembilas Mata Keselamatan Simbol alat kecemasan khas pembersihan mata secara membilas dengan air.
d.
Pancuran Air Keselamatan Simbol alat kecemasan khas pembersihan tumpahan bahan kimia yang terkena pada kulit atau pakaian.
e. Tanda arah menuju keluar Simbol pintu atau laluan kecemasan untuk pemindahan lebih cepat, atau alternatif jika laluan untuk keluar dari kebiasaan berlaku kebakaran.
47 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
Bahagian 4: Peralatan Keselamatan Makmal Jenis-jenis Peralatan Keselamatan 4.1 Pembilas Mata Keselamatan (Eye Wash)
a.
b.
c.
Alat ini digunakan untuk membilas mata apabila terkena percikan bahan kimia atau bendasing yang boleh memudaratkan mata. Alat ini merupakan keselamatan asas yang perlu ada di dalam makmal dan pengguna makmal perlu tahu bagaimana cara menggunakan pembilas mata ini. Sekiranya berlaku kecemasan, mata mangsa hendaklah dibuka dan dialirkan dengan air selama 10 minit. Terdapat beberapa jenis pembilas mata seperti ; a. pembilas pembilas mata yang disangkutkan pada sinki, b. pembilas mata mudah alih (mobile), dan c. pembilas mata yang disertakan bersama pancuran air keselamatan(safety shower). 4.2 Selimut Kebakaran
Alat ini digunakan untuk memadamkan api pada badan mangsa semasa kebakaran. Cara menggunakan selimut kebakaran ini adalah dengan membalut badan mangsa dengan selimut dan menggulingkan mangsa yang terbakar di atas tanah/lantai. Selimut ini berfungsi mengurangkan bekalan oksigen pembakaran supaya kebakaran badan mangsa dapat dipadamkan.
48 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
4.3 Peti Pertolongan Cemas
Peti pertolongan cemas adalah sebuah bekas yang dilengkapkan dengan bahan asas bantu mula kecederaan. Di dalam peti pertolongan ini terdapat ubat-ubatan untuk kegunaan luaran sahaja. Peti ini perlu berada pada keadaan yang mudah dilihat dan dicapai. Ubat-ubatan atau perkakasan di dalam peti pertolongan cemas ini perlu berkeadaan baik dan tidak luput tarikh. 4.4 Pancuran Air Keselamatan (Safety Shower)
Pancuran air keselamatan digunakan untuk menyingkirkan tumpahan bahan kimia dan radioaktif dari tubuh mangsa. Alat ini perlu ada di dalam makmal yang menggunakan bahan kimia dan radioaktif. Aliran air mestilah deras dan banyak bagi menyingkirkan tumpahan bahan kimia dan radioaktif. Sekiranya berlaku kecemasan cuci bahagian yang terkena dengan air yang banyak sekurang-kurangnya 5 minit.
49 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
4.5 Alat Pemadam Api
Alat pemadam api ini digunakan dalam bantu mula untuk mengawal kebakaran. Alat ini mempunyai beberapa jenis, antaranya jenis busa (foam), jenis serbuk ABC, jenis CO2, jenis air dan jenis tekanan. Penggunaannya adalah bergantung kepada punca kebakaran. Pengguna harus tahu punca kebakaran supaya api dapat dikawal sebelum merebak menjadi besar. i)
Pemadam Api Jenis Busa (Foam) (Sumber Api: Kayu, Kertas, Tekstil,Cecair)
ii)
Pemadam Api Jenis Serbuk ABC (Sumber Api : Semua jenis kecuali peralatan elektrik)
iii)
Pemadam Api Jenis Air (Sumber Api:Kayu, Kertas, Tekstil)
iv)
Pemadam Api Jenis Tekanan (Sumber Api:Semua Jenis)
v)
Pemadam Api Jenis Karbon dioksida (CO2) (Sumber Api:Semua Jenis)
50 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
4.6 Kit Kawalan Tumpahan (Spillage Kit)
Alat ini merupakan satu set lengkap pengawalan tumpahan bahan kimia di ruang kerja/makmal. Set ini perlu digunakan serta merta jika berlaku tumpahan bahan kimia. Set ini dilengkapi dengan bahan yang boleh menyerap tumpahan bahan kimia dengan cepat dan seterusnya meminimakan pencemaran. Perkakasan dalam set ini adalah seperti sarung tangan getah, pad tumpahan, granul (natural, asid dan alkali). Sekiranya berlaku sebarang tumpahan, hendaklah menyemak jenis keperluan granul atau bahan peneutral yang sesuai dengan merujuk MSDS (Material Safety Data Sheet). 4.7 Kebuk Wasap
Terdapat empat jenis kebuk wasap iaitu kebuk wasap umum, kebuk wasap perklorik, kebuk wasap hidroklorik dan kebuk wasap radioaktif. Kesemua jenis kebuk wasap ini mempunyai fizikal yang sama cuma berbeza dari segi binaan kejuruteraan sahaja. Kebuk wasap ini perlu digunakan oleh pengguna makmal ketika mengendalikan bahan kimia atau bahan radioaktif berbahaya yang meruap bagi menggelakkan kebocoran gas berbahaya dalam makmal. Kebuk wasap ini 51 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
perlu diselenggara sebaiknya bagi memastikan sedutan dan pengaliran gas ke luar makmal adalah baik. 4.8 Bekas Sisa 4.8.1 Bekas Sisa Kaca
Kotak sisa kaca digunakan untuk mengumpulkan sisa bahan kaca yang pecah bagi mengelakkan kemalangan di dalam makmal. Apabila kotak khas ini telah penuh, sisanya perlu dilupuskan mengikut jadual pelupusan sisa kaca yang ditetapkan. 4.8.2 Tong Sisa Biohazard
Tong sisa ini digunakan untuk mengumpulkan sisa bahan biohazard bagi mengelakkan pencemaran biohazard di dalam makmal. Sisa perlu dilupuskan mengikut jadual pelupusan biohazard yang ditetapkan dengan pengendalian yang betul.
52 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
4.8.3 Tong Sisa Radioaktif
Tong sisa radioaktif digunakan untuk mengumpulkan sisa radioaktif dan bahan tercemar radioaktif sebelum dilupuskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 4.9 Alat Pengesan Kebakaran Alat pengesan kebakaran ini digunakan untuk mengesan asap dan haba yang tinggi di dalam bangunan. Alat ini ditempatkan di atas siling di kebanyakan koridor bangunan dan di dalam makmal. Alat ini akan menghantar isyarat kepada panel keselamatan bangunan jika mengesan kehadiran asap dan haba yang tinggi. Seterusnya panel keselamatan akan membunyikan loceng kebakaran secara automatik sebagai isyarat kepada semua pengguna di dalam bangunan untuk pengungsian bangunan. Alat pengesan kebakaran terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
I.
Alat Pengesan Asap
II.
Alat Pengesan Haba
III.
Alat Pengesan Haba dan Asap
53 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
4.10 Simbol – simbol Peralatan Keselamatan
Alat Pemadam Api
4.11
Selimut Kebakaran
Pembilas Mata Keselamatan
Pancuran Air Keselamatan
Peralatan Keselamatan Biologi
4.11.1 Kabinet Biokeselamatan (Biosafety Cabinet) Kabinet biokeselamatan (BSC) juga dikenali sebagai kabinet keselamatan mikrobiologi merupakan ruang kerja tertutup yang dilengkapi dengan pengudaraan khusus untuk mengendalikan mikroorganisma yang bertujuan untuk melindungi pengguna dan persekitaran dari mikroorganisma yang berpotensi menyebabkan jangkitan penyakit. Aliran udara yang dikeluarkan akan ditapis oleh penuras HEPA (High Efficiency Particulate Air) yang dapat membasmi bakteria dan virus merbahaya. Terdapat 3 kelas BSC dan pengkelasan adalah berdasarkan; tahap perlindungan terhadap pengguna dan persekitaran serta tahap perlindungan terhadap produk yang dihasilkan.
54 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
4.11.1.1
BSC Kelas I
BSC Kelas I melindungi pengguna dan persekitaran tetapi tidak melindungi produk atau sampel. Aliran udara ke dalam boleh menyebabkan kontaminasi terhadap produk atau sampel.
4.11.1.2
BSC Kelas II
BSC Kelas II melindungi pengguna, persekitaran dan produk atau sampel lantaran aliran udara ditapis HEPA. Terdapat 4 jenis BSC Kelas II dan dibahagikan berdasarkan fungsi dan sesuai digunakan semasa pengendalian mikroorganisma aras biokeselamatan 1,2 dan 3 (BSL-1, BSL-2, BSL-3). BSC kelas II jenis A1 dan A2 adalah berbeza pada kadar pengaliran udara yang keluar dan masuk. Manakala jenis B2 sesuai digunakan semasa pengendalian bahan kimia meruap.
55 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
4.11.1.3
BSC Kelas III
BSC Kelas III khusus digunakan untuk mengendalikan patogen aras biokeselamatan 4 (BSL-4) yang memberikan perlindungan maksimum. Udara dalaman adalah kedap dan kesemua bahan yang keluar dan masuk akan melalui dua pintu autoklaf (double door autoclave). Kotak sarung tangan dapat melindungi pengguna dari sebarang hubungan secara langsung terhadap bahan yang dikendalikan.
4.11.2 Kebuk Berlaminar (Laminar Flow Chamber) Kebuk berlaminar digunakan semasa penyediaan bahan media atau sampel. Kebuk berlaminar digunakan khas untuk melindungi produk dari sebarang kontaminasi dan tidak melindungi pengguna di mana udara keluar yang terhasil tidak ditapis.
56 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
4.11.3 Autoklaf
Autoklaf digunakan untuk pensterilan bahan-bahan kajian dan sisa bahan penyelidikan yang perlu bebas dari kontaminasi mikroorganisma. Proses pensterilan melibatkan wap atau haba basah dan tekanan tinggi untuk memusnahkan keseluruhan mikroorganisma. Autoklaf perlu memenuhi ciri keselamatan dan mematuhi penguatkuasaan undang-undang. Autoklaf merupakan pengandung tekanan tak berapi yang berpotensi mendatangkan bahaya kerana kerosakannya boleh menyebabkan letupan. Sehubungan itu, autoklaf hanya dikendalikan oleh kakitangan terlatih dan pelajar adalah dilarang mengoperasikan autoklaf. Sampel dan bahan atau media hendaklah dilabel, dibungkus dan diikat dengan kemas beserta borang yang lengkap. Sampel dan bahan atau media perlu diambil segera selepas diproses.
4.12
Helaian Data Keselamatan (Safety Data Sheet)
Helaian Data Keselamatan atau SDS memberikan maklumat bagi setiap bahan kimia berbahaya atau campuran yang mengandungi bahan berbahaya. Maklumat yang terdapat dalam SDS adalah merangkumi; • Pengenalpastian bahan kimia berbahaya dan pembekal • Pengenalpastian Hazard • Komposisi dan maklumat kandungan bahan-bahan • Langkah-langkah pertolongan cemas • Langkah memadam kebakaran • Langkah menangani pelepasan yang tidak disengajakan • Pengendalian dan penyimpanan • Kawalan pendedahan dan perlindungan diri • Sifat-sifat fizikal dan kimia • Kestabilan dan kereaktifan • Maklumat toksikologi 57 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
• • • • •
Maklumat ekologi Maklumat pelupusan Maklumat pengangkutan Maklumat peraturan Maklumat lain (termasuk tarikh penyediaandan semakan SDS)
SDS perlu diletak di satu sudut mudah capai dan mudah lihat di ruang makmal yang digunakan beserta inventori bahan yang terdapat di makmal. 4.13 Helaian Data Keselamatan Patogen (Patogen Safety Data Sheet) Helaian Data Keselamatan Patogen atau PSDS merupakan maklumat kepatogenan mikroorganisma yang dikendalikan khususnya di makmal mikrobiologi dan merujuk kepada tahap biokeselamatan mikroorganisma tersebut (Biosafety Level). Maklumat yang terdapat dalam PSDS adalah; • • • • • • • • •
Bahagian 1 ; Ejen Berjangkit Bahagian 2 ; Pengenalpastian Bahaya Bahagian 3 ; Penyebaran Bahagian 4 ; Kestabilan dan Daya Maju Bahagian 5 ; Bantuan Kecemasan / Perubatan Bahagian 6 ; Makmal Bahaya Bahagian 7 ; Kawalan pendedahan / perlindungan diri Bahagian 8; Pengendalian dan Penyimpanan Bahagian 9 ; Peraturan dan Maklumat Lain
58 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
Bahagian 5: Tindakan Kecemasan 5.1 Kejadian Kebakaran Kebakaran terjadi apabila terdapat tiga unsur penting iaitu punca haba, bahan api dan oksigen yang dikenali sebagai segi tiga kebakaran. Oleh yang demikian,pelajar seharusnya berhati-hati dalam mengendalikan amali bagi mengelakkan kejadian kebakaran daripada berlaku. 5.1.1 Langkah mencegah kebakaran : Antara langkah pencegahan kebakaran adalah seperti berikut: i) ii) iii) iv) v) vi) vii)
Membuat perancangan kerja. Meminimumkan penggunaan bahan yang mudah terbakar. Menyimpan bahan yang mudah terbakar di tempat selamat yang telah dikhaskan. Memastikan penggunaan alat elektrik dipadamkan selepas penggunaan. Melaporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada kakitangan di makmal atau pegawai insiden. Memastikan api yang digunakan bagi tujuan eksperimen dalam keadaan terkawal. Memastikan peralatan yang mudah terbakar tidak berdekatan dengan sumber haba atau api.
5.1.2 Prosedur Pengungsian Bangunan Sekiranya terdengar loceng penggera kecemasan berbunyi atau diarahkan untuk melakukan pengungsian bangunan, anda mestilah serta-merta meninggalkan tempat kerja atau di mana saja anda berada untuk keluar dari bangunan. Berikut adalah prosedur pengungsian bangunan: 1. Hentikan kerja. 2. Berhentikan semua mesin. 3. Tutup injap gas dan peralatan elektrik. 4. Tutup semua pintu. 5. Keluar melalui laluan yang selamat dan terdekat. 6. Jangan gunakan lif. 7. Jangan berlari. 8. Jangan tolak-menolak antara satu sama lain. 9. Jangan sengaja buat bising. 10. Jangan cemas. 11. Jangan masuk semula ke dalam bangunan. 59 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
12. Bekerjasama dan ikut arahan Pegawai Insiden. 13. Berkumpul di tempat berkumpul yang telah ditetapkan. NOTA : PERKARA 2-4 HANYA PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA KEADAAN MENGIZINKAN TANPA MEMBAHAYAKAN NYAWA PENGHUNI BANGUNAN! 5.1.3Panduan Menyelamatkan Diri Jika Terperangkap Dalam Asap Dalam sesuatu kebakaran, asap bergerak mendahului api. Asap merupakan ancaman kerana ia panas, menyesakkan pernafasan, beracun dan menghalang pandangan untuk menyelamatkan diri. Sebagai panduan menyelamatkan diri dari asap kebakaran, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian; i) bergerak keluar ke tempat selamat dengan merendahkan diri seperti merangkak sambil ii) bernafas pendek-pendek melalui hidung hingga sampai ke tempat selamat. iii) jika boleh, tutup hidung dengan tuala atau kain basah. iv) gunakan belakang tapak tangan untuk meraba jalan menyusur dinding hingga bertemu pintu keluar. 5.1.4 Panduan Menyelamatkan Diri Jika Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar Jika anda terperangkap di dalam bangunan yang terbakar, anda hendaklah bertindak seperti berikut; i) Tutup semua pintu di antara anda dengan api bagi menghalang api merebak dengan cepat. ii) Sumbat semua celah pintu dan lubang angin dengan kain atau sebagainya bagi mengurangkan asap dan bahang. iii) Pergi ke tingkap untuk meminta bantuan dengan mengibar kain berwarna cerah atau lampu picit. iv) Jangan terjun dari tingkap, tunggu pasukan BOMBA atau pasukan penyelamat tiba.
60 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
Nota :
Pusat Kawalan Keselamatan UKM (24 jam)
: 03-8921 4444/ 013-3195449
Bahagian Kecemasan, Pusat Kesihatan UKM
: 03-89214555
Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi : 03-8925 4444 Talian Kecemasan (UMUM)
: 999
PELAN TINDAKAN KECEMASAN (KEBAKARAN) Bil. PERKARA
TINDAKAN
1. 2.
MULA Kebakaran dikesan
3.
Jerit Api!Api!Api!
4.
Penggera berbunyi (Automatik/Manual)
5.
6.
(Sesiapa yang terlihat kebakaran)
Orang awam/Pegawai Insiden Hubungi Pusat Kawalan, Bhg. Keselamatan 8921 Orang 4444(Bangi) awam/Pegawai 03-92897444 (Kampus Kuala Lumpur) atau 999/ 112 ( Insiden Mobile) Padamkan Kebakaran menggunakan alat pemadam api Orang berdekatan jika keadaan mengizinkan awam/Pegawai Insiden
7. Api padam? 1. Ya 2. Tidak
Pegawai Insiden – TAMAT – Terus ke langkah seterusnya
8.
Pengungsian bangunan
Pegawai Insiden
9.
Panggilan Baris (Head count)
Pegawai Insiden 61 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
10.
Semua penghuni keluar?
Pegawai Insiden
11.
Tentukan bilangan penghuni yang hilang
Pegawai Insiden
12. 13.
Memaklumkan kepada Ketua Pegawai Insiden (KPI) Pegawai Insiden Tutup lokasi kejadian untuk tindakan Pasukan Tindakan Pegawai Insiden Kecemasan UKM 1/ Bantuan luar Tunggu arahan selanjutnya dari Ketua Pegawai Insiden Pegawai Insiden TAMAT
14. 15.
Sumber : ROSH, UKM
5.2 Tanda Arah Keselamatan i)
Apabila berlaku kebakaran, pengguna makmal hendaklah keluar menggunakan pintu kecemasan.
ii)
Tanda arah untuk menuju ke pintu kecemasan
5.3 Garis Panduan Kemudahan Peti Pertolongan Cemas Pertolongan cemas adalah bantuan pertama atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa sebelum diberikan rawatan yang selanjutnya. Tujuan pertolongan cemas antaranya adalah untuk mengurangkan kesakitan, menyelamatkan nyawa dan menghalang kecederaan bertambah teruk.
62 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
Antara kandungan Peti Pertolongan Cemas ialah: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) xiii) xiv) xv) xvi) xvii) xviii)
pembalut saiz kecil yang steril pembalut saiz sederhana yang steril pembalut saiz besar yang steril pembalut luka bertekanan no.15 anduh segi tiga pembalut gulung 2 in. pembalut berpelekat kapas yang disteril ½ oz splin cecair pencuci mata pad mata steril cecair pencuci luka pembalut getah atau pembalut bertekanan gunting pembalut kain krep bergulung pelekat pembedahan sarung tangan getah pelitup muka CPR
5.4 Renjatan Elektrik Renjatan elektrik adalah sangat berbahaya. Arus elektrik boleh mengalir menerusi bahan pengalir termasuk air. Oleh yang demikian, kawasan amali hendaklah kering semasa menjalankan amali yang melibatkan sumber elektrik. Tindakan jika mangsa masih terlekat pada punca arus elektrik ialah: i) ii) iii) iv) v) vi)
menjerit meminta pertolongan matikan suis punca elektrik jangan tarik mangsa menggunakan tangan anda jauhkan mangsa dari punca arus elektrik menggunakan bahan penebat seperti kayu atau plastik periksa pernafasan dan denyutan nadi laporkan kepada pegawai insiden untuk tindakan seterusnya
63 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
5.5 Kecederaan Di Tempat Kerja Setiap pengguna makmal mempunyai risiko untuk mendapat kecederaan dalam menjalankan ujikaji. Namun, kecederaan di tempat kerja dapat di elakkan jika pengguna makmal mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Antara kecederaan yang mungkin berlaku ialah : 5.5.1 Pengsan Pengsan ialah keadaan seseorang yang dalam keadaan tidak sedar diri. Orang yang pengsan akan sedar kembali apabila darah mengalir kembali ke kepala. Tanda-tanda orang yang hampir pengsan ialah: i) ii) iii) iv)
pucat nadi menjadi lemah, cepat dan tidak sama denyutannya pening dan lemah badan. pernafasan menjadi lemah dan perlahan
Tindakan rawatan bagi orang yang pengsan ialah: i) ii) iii) iv)
5.5.2
memberi ruang yang selesa kepada mangsa dengan meminta orang ramai agar tidak mengerumuni mangsa baringkan mangsa longgarkan pakaian mangsa pada bahagian leher, dada dan pinggang minta rakan untuk menghubungi pegawai insiden atau kakitangan dalam makmal
Luka Luka merupakan kecederaan yang menyebabkan darah mengalir keluar dari tubuh. Luka juga akan memungkinkan pencemaran dalaman seperti terkena kotoran dan dijangkiti bakteria. Tindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku kecederaan (luka) ialah: i) buang kotoran yang terdapat pada luka dengan cermat. ii) pergi ke kawasan yang selesa. iii) tinggikan bahagian yang luka. iv) cuci dan balut dengan kemas. v) dapatkan rawatan yang selanjutnya sekiranya kecederaan berada dalam keadaan serius.
64 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
5.6
Tumpahan Bahan Kimia Tumpahan bermaksud sesuatu yang keluar dari bekasnya secara tidak sengaja. Bahan kimia yang tertumpah mungkin dalam bentuk cecair ataupun pepejal dan memerlukan tindakan untuk mengawal punca tumpahan. Sesuatu bahan kimia tersebut dikatakan berbahaya jika bahan kimia tersebut mendatangkan kerosakan fizikal, kesihatan manusia, alam sekitar dan harta benda seperti : i) ii) iii) iv)
mudah terbakar menghasilkan wap dan habuk yang berbahaya mengakis beracun
5.6.1 Tindakan Jika Berlaku Tumpahan Bahan Kimia 5.6.1.1
Jika terpercik pada bahagian mata; i) ii)
Segera ke pembilas mata keselamatan (eye wash) Alirkan air ke dalam mata selama sekurang – kurangnya 10 minit iii) Jika mangsa menggunakan kanta sentuh, tanggalkan kanta sentuh dengan segera iv) Pegang kelopak mata dengan jari bagi membolehkan mata terbuka v) Gerakkan bebola mata supaya air dapat mengalir keseluruhan mata vi) Biarkan mata terbuka selepas selesai dibilas. vii) Balut mata yang tercedera dengan kain kasa steril (sterile gauze) viii) Laporkan kepada pegawai insiden ix) Dapatkan rawatan dari pegawai perubatan. 5.6.1.2 Jika tumpahan mengenai bahagian tubuh; i) Alirkan air selama sekurang – kurangnya 5 minit di bahagian yang terkena bahan kimia untuk mengelakkan dari kerosakan pada tisu. ii) Tanggalkan pakaian yang terjerap bahan kimia. iii) Jika bahagian tersebut melecur, cuci bahagian tersebut dengan bahan peneutral : 65 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
• Jika asid – Gunakan larutan beralkali contohnya air sabun atau losyen natrium bikarbonat berkepekatan 5% • Jika alkali – gunakan larutan berasid contohnya asid sitrik cair atau cuka makan. iv) Laporkan kepada pegawai insiden. v) Dapatkan rawatan dari pegawai perubatan 5.6.1.3 Dedahan atau tertelan bahan kimia i) Kejadian ini berlaku akibat dari kelalaian seseorang yang tidak mematuhi peraturan ii) Tindakan yang perlu dilakukan adalah berbeza mengikut jenis bahan kimia. Oleh yang demikian, setiap tindakan kecemasan bahan kimia tersebut perlu dirujuk kepada SDS setiap bahan kimia. 5.6.2 Tindakan Jika Berlaku Tumpahan Merkuri i) ii) iii) iv) v)
vi) vii) viii)
Kawal tumpahan daripada merebak Tandakan kawasan dan dapatkan bantuan Laporkan setiap tumpahan merkuri Jangan bersihkan merkuri dengan sendiri Jangan gunakan penyapu untuk membersihkan tumpahan merkuri kerana menyebabkan merkuri berpecah kepada saiz yang lebih kecil seterusnya memudahkan pemeruapan Pakaian yang telah dicemari oleh merkuri perlu ditanggalkan Merkuri tidak boleh dibuang di dalam tong sampah biasa Jangan membuang sisa merkuri dalam saluran paip/sinki
5.6.3 Tindakan Jika Terkena Tumpahan Bahan Radioaktif i) ii)
Monitor kawasan dengan meter tinjau bagi memastikan kawasan yang tercemar Laporkan kepada penyelia sinaran atau Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO)
66 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
iii)
iv) v) vi)
vii)
Sekiranya boleh, kumpulkan bahan radioaktif yang tertumpah ke dalam bekas lain menggunakan bahan penyerap bagi (cecair) atau penyepit atau penyeduk (pepejal atau serbuk) Lakukan kerja pembersihan dengan pantas untuk mengurangkan pendedahan Elakkan sentuhan langsung dengan bahan radioaktif yang tertumpah Cuci kawasan tercemar dengan bahan pencuci, sabun, atau larutan 1% asid sitrik, ulangi basuhan sehingga tiada lagi pencemaran. Bahan pencair seperti NaHCO3 atau pita pelekat digunakan jika masih terdapat pencemaran. Cuci peralatan yang telah digunakan untuk membersihkan kawasan pencemaran dengan bahan pencair seperti NaHCO3.
5.7 Tindakan Jika Terkena Patogen Pengguna yang mengendalikan patogen mestilah mendapatkan imunisasi terlebih dahulu. Jika pengguna jatuh sakit, dapatkan rawatan dengan segera dan memaklumkan patogen yang digunakan.
5.8 Panduan penggunaan alat pemadam api (PASS)
67 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
5.9 Kemalangan di Fakulti Sains Teknologi
5.9.1 Kes 1 – Insiden Kemalangan Kebakaran Tarikh : 6 Disember 2012 Lokasi : Makmal Cendawan (4154), Bangunan Sains Biologi Insiden : Pelajar telah menghidupkan api menggunakan pelita di dalam laminar flow. Api dari pelita telah menyambar sarung tangan getah yang dipakai. Tiada kecederaan serius dilaporkan. Sumber : Laporan JKKP-PPBsBt Bil.01/2013
5.9.2 Kes 2 – Insiden Kemalangan Kebakaran Tarikh : 8 Julai 2013 (Isnin) Lokasi : Makmal Genomik 2, Kompleks Makmal Biologi Molekul, Bangunan Sains Biologi Insiden : Pelajar menjalankan pengkulturan di dalam Laminar Flow. Api dari penunu Bunsen menyambar larutan ethanol yang berdekatan. Kebakaran dapat dipadamkan menggunakan selimut kebakaran. Sumber : Minit JKKP-PPBsBt Bil.03/2013 5.9.3 Kes 3 – Tumpahan Merkuri Tarikh : 16 Februari 2015 Lokasi : Tempat Meletak Kenderaan Bangunan Biologi Insiden : Tumpahan merkuri telah ditemui sekitar jam 11.00 pagi. Pegawai Insiden telah menghubungi pihak keselamatan UKM dengan segera dan sisa merkuri telah berjaya dipindahkan dan dibersihkan pada jam 3.00 petang. Sumber : Laporan Kemalangan PPSKTM, Mesyuarat JKKP FST Bil.1/2015
5.9.4 Kes 4 – Letupan kecil Tarikh : 16 Februari 2015 Lokasi : Makmal Injection Molding, Bangunan Sains Fizik Insiden : Letupan kecil berlaku disebabkan plastik yang tersumbat pada nozzle muncung mesin, disebabkan salah satu pemanas haba tidak berfungsi. Kakitangan makmal mematikan kesemua peralatan mesin yang beroperasi serta merta menggunakan topeng muka jenis Raspirator dan cermin mata litup. Sumber : Laporan Kemalangan PPFG, Mesyuarat JKKP FST Bil.1/2015 68 / 69
Nota Panduan Keselamatan Makmal Fakulti Sains dan Teknologi
RUJUKAN 1. Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 2. Tataamalan Industri mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazard 2014, Kementerian Sumber Manusia 3. Sumber : http://imr.imr.gov.my/osh/presentation/Pelan%20tindakan%20kecemasan.pdf 4. Laman web rasmi Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH), Universiti Kebangsaan Malaysia, http://www.ukm.my/rosh/ 5. Nota Panduan Keselamatan Makmal Sistem Ujian Keselamatan Makmal, 2010, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia 6. Buku Peraturan Keselamatan Di tempat Kerja UKM, 2005, Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
7. Google Images
69 / 69