GARIS PANDUAN PERMOHONAN LESEN PENGUSAHAAN ATAU PENYEDIAAN PERKHIDMATAN PEMUNGUTAN BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH, SISA PEPEJAL AWAM, SISA PEPEJAL KEINSTITUSIAN AWAM DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH DAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN AWAM
1.0
PENGENALAN
Garis panduan berikut bertujuan memberi panduan kepada pemohon-pemohon yang akan memohon lesen di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
2.0
PIHAK YANG BOLEH MEMOHON 2.1
Permohonan adalah terbuka kepada mana-mana individu, syarikat (ROC dan ROB), pertubuhan (ROS), koperasi, agensi/kerajaan persekutuan dan negeri yang berhasrat untuk mendapatkan lesen berkenaan di negeri berikut: a) Johor; b) Melaka; c) Negeri Sembilan; d) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; e) Wilayah Persekutuan Putrajaya; f) Pahang; g) Kedah; dan h) Perlis
2.2
Pengusaha Atau Penyedia Perkhidmatan Pemungutan Bagi Sisa Pepejal Isi Rumah, Sisa Pepejal Awam, Sisa Pepejal Keinstitusian Awam Dan Sisa Pepejal Yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah dan Perkhidmatan Pembersihan Awam di Negeri Perak, Kelantan, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan hanya boleh memohon lesen sebaik sahaja tarikh permohonan bagi negeri-
negeri tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN).
3.0
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA 3.1
Pemohon boleh mula memohon lesen bagi Pengusahaan Atau Penyediaan Perkhidmatan Pemungutan Bagi Sisa Pepejal Isi Rumah, Sisa Pepejal Awam, Sisa Pepejal Keinstitusian Awam Dan Sisa Pepejal Yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah dan Perkhidmatan Pembersihan Awam bermula pada 1 Ogos 2012; dan
3.2
Bagi pemohon lesen bagi pengusahaan atau penyediaan perkhidmatan Pemungutan Bagi Sisa Pepejal Isi Rumah, Sisa Pepejal Awam, Sisa Pepejal Keinstitusian Awam Dan Sisa Pepejal Yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah dan Perkhidmatan Pembersihan Awam yang telah berdaftar, pemohon hendaklah mendapatkan lesen sebelum 31 Mei 2013 bagi memastikan aktivitiaktiviti yang dijalankan tidak menyalahi undang-undang.
4.0
PROSES PERMOHONAN LESEN 4.1
Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web www.bless.gov.my.
4.2
Pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran fi pemprosesan lesen kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).**
4.3
Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan dan resit bayaran fi pemprosesan lesen ke Ibu Pejabat PPSPPA di Kuala Lumpur seperti alamat di bawah dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan lesen dihantar melalui talian sistem BLESS. Kegagalan mengemukakan maklumat dokumen sokongan dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan permohonan lesen dibatalkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam Wisma UOA Pantai, Tingkat 4 No. 11, Jalan Pantai Jaya (Jalan 4/83A), 59200 Kuala Lumpur.
5.0
DOKUMEN SOKONGAN 5.1
Pemohon dikehendaki mengemukakan
dua (2) salinan dokumen sokongan
untuk disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau Pengarah/Pegawai Pengurusan dan Profesional di Ibu Pejabat Negeri atau cawangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).
5.2
Maklumat dokumen sokongan yang dikemukakan hendaklah tepat dan sepadan dengan maklumat yang dinyatakan dalam borang permohonan lesen.
5.3
Kedua-dua salinan dokumen yang telah disahkan dan resit bayaran hendaklah dikemukakan ke ke Ibu Pejabat PPSPPA di Kuala Lumpur.
5.4
Salinan dokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :a)
Penyata bank bagi 3 bulan terakhir daripada tarikh permohonan dan; (sebagaimana diisi dalam borang termasuk salinan buku pelaburan ASB, sijil-sijil saham, bon-bon amanah atau apa-apa bukti yang menunjukkan keupayaan kewangan sebenar);
b)
Bukti kemudahan kredit (sekiranya berkaitan);
c)
Sebarang bukti bagi kontrak kerja yang lalu (invois, salinan kontrak, pesanan kerajaan (LO), arahan kerja dan lain-lain] dan;
d)
Permit pembelian kenderaan / Geran pendaftaran kenderaan dan;
e)
Peralatan / Jentera (sekiranya berkaitan). (resit, gambar, dokumen menyewa dan lain-lain)
f)
Resit pembayaran fi pemprosesan lesen Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
6.0
BAYARAN YANG DIKENAKAN 6.1
Fi Pemprosesan i)
Permohonan tuan yang telah lengkap dengan dokumen sokongan akan diproses selepas BAYARAN FI PEMPROSESAN sebanyak RM100 diterima oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.
ii)
Sila kemukakan nombor penghantaran permohonan lesen (Submission No.) yang dinyatakan dalam Sistem BLESS semasa membuat bayaran fi pemprosesan..
iii)
Bayaran fi pemprosesan boleh dibuat di kaunter-kaunter Ibu Pejabat PPSPPA Negeri secara tunai, cek atau
bank draf atas nama
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).
6.2
Fi Lesen Fi lesen sebanyak RM100 akan dikenakan bagi setiap kawasan skim per tahun yang dipohon (RM100/skim/tahun). Pemohon diberi pilihan untuk membuat bayaran melalui pos (wang pos/kiriman wang/bank draf/cek) atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan atau membuat bayaran terus di : Kaunter 12(JPSPN), Aras 1, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya
6.3
7.0
Kedua-dua fi pemprosesan dan fi lesen tersebut tidak akan dikembalikan kepada pemohon.
TEMPOH LESEN 7.1
Dua (2), Tiga(3), Empat (4) atau Lima (5 ) tahun bagi pemohon yang telah berdaftar sebagai pengusaha atau penyedia perkhidmatan Pemungutan Bagi Sisa Pepejal Isi Rumah, Sisa Pepejal Awam, Sisa Pepejal Keinstitusian Awam Dan Sisa Pepejal Yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah dan Perkhidmatan Pembersihan Awam.
7.2
8.0
Dua (2) tahun bagi pemohon baru.
PERINGATAN 8.1
Permohonan yang lengkap dengan resit bayaran fi pemprosesan dan dokumen sokongan yang disahkan perlu dikemukakan kepada Ibu Pejabat Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam seperti alamat di bawah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan di hantar melalui talian sistem BLESS. Kegagalan pihak tuan melaksanakannya dalam tempoh tersebut akan menyebabkan permohonan ditolak
8.2
Semua maklumat dan dokumen yang diberikan hendaklah BETUL dan BENAR selaras dengan permohonan. Jika terdapat bukti-bukti bahawa maklumat atau dokumen yang dikemukakan adalah palsu permohonan lesen akan ditolak atau lesen akan dibatalkan jika kelulusan telah diberikan.
8.3
PPSPPA akan meminta maklumat-maklumat tambahan untuk melengkapkan permohonan ini sekiranya perlu.
8.4
Lesen hanya akan dikeluarkan selepas pemohon menjelaskan bayaran Fi Lesen.
8.5
Pemohon
dinasihat
membuat
permohonan
lesen mengikut keutamaan
(preferred) kerana penilaian adalah mengikuti giliran penghantaran permohonan lesen.
9.0
LAIN-LAIN 9.1
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai permohonan lesen ini hendaklah diajukan kepada: Seksyen Pelesenan Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawal Selia Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Wisma UOA Pantai Tingkat Mezzanine 2,3 dan 4, No. 11, Jalan Pantai Jaya ( Jalan 4/83A), 59200 Kuala Lumpur No. Tel : 03 - 2245 9292 No. Faks : 03 - 2245 9293 Email :
[email protected]
LAMPIRAN 1