Tingkatkan Keyakinan Diri Anda Cara Tuntas & Terbukti
- Tim Infokerjaya -
Disclaimer Untuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kajian Tim Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis untuk tujuan peningkatan diri pembaca. Kaedah dan cara yang dinyatakan adalah kaedah yang telah terbukti memberi kesan kepada pemikiran dan peningkatan keyakinan diri pembaca. Jadikan ilmu dalam ebook ini sebagai panduan hidup harian bagi membina keyakinan diri terutama sekali apabila berhadapan dengan pelbagai masalah sama ada dirumah, institusi pendidikan atau di tempat kerja. Isi kandungan ini tidak bermakna jika hanya dibaca dan tidak dipraktik dalam kehidupan harian.
Amaran • E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya Resources. • Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual e-book ini kepada Pihak Lain. • Sebarang Kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang. • Oleh itu, Anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin Tim Infokerjaya Resources Kerjaya jika menerima e-book ini tanpa melalui Tim Infokerjaya. • Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah daripada mana-mana website Tim Infokerjaya. • Jika Anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkan ilmu di dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat. Ditulis Oleh
Isi Kandungan Membina Harga Diri Dengan Suara Dalaman 5 - Kepercayaan Anda 7 Anda Dapat Apa Yang Anda Tonjolkan 9 - Perasaan Dalaman Anda 12 - Berlakon 13 - Jadi Proaktif 14 - Bahasa Badan 15 - Cara Berpakaian Dan Berhias 17 Latihan Membina Diri 19 - Buat Kerja-Kerja Amal 19 - Mengamalkan Ikrar Akuan 21 - Menetapkan Matlamat Dan Mencapainya 22 Dimana, Bila Dan Bagaimana Untuk Membina Harga Diri 26 - Harga Diri Dalam Remaja 26 - Jaga Bahasa Badan 27 - Meletakkan Dalam Perspektif 28 - Dorong Mereka 29 - Jadikan Mereka Penting 30 - Harga Diri Dalam Kerjaya 31 - Bagaimana Anda Lihat Diri Anda Sendiri 32 - Pembawaan Diri Anda Kepada Orang Lain 33 - Memberanikan Diri 34 Kesimpulan 36
Membina Harga Diri Dengan Suara Dalaman Jika suara dalaman anda sendiri boleh mengurangkan harga diri anda dan menghancurkan keyakinan anda, ia juga boleh membinanya. Kuncinya adalah memahami bagaimana untuk menggunakannya bagi tujuan ini. Langkah pertama, anda perlu sedar apabila anda mula mengkritik diri anda sendiri di dalam. Anda tidak boleh buat apa-apa jika anda tidak sedar apa yang anda lakukan. Ini mungkin sukar tetapi anda perlu betul-betul ‘mendengar’ pemikiran anda sendiri. Apabila anda mendengar pemikiran negatif, pemikiran kritis, sudah tiba masa untuk mengeluarkannya daripada kepala anda. Anda perlu mengabaikannya secepat mungkin seperti anda mengabaikan orang yang mengkritik makanan kegemaran anda. Jika orang mengkritik makan malam stik kegemaran anda atau citarasa ais krim kegemaran anda, anda tidak akan peduli apa yang diperkatakan. Begitulah juga dengan lintasan dalam pemikiran anda. Anda perlu mengabaikannya dan abaikannya dengan pantas. Setelah anda menjadikan ini satu tabiat, barulah tiba masanya untuk menggantikan pemikiran tersebut. Apabila anda mula mendengar diri anda berkata yang anda tidak berguna atau anda tidak akan memiliki kejayaan atau anda seorang yang gagal, anda perlu memperkenalkan pemikiran lain ke dalam kepala anda.
Ini akan menggantikan pemikiran negatif dan akan membantu anda mula melihat diri anda sendiri dari pandangan yang lebih positif. Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh anda perkenalkan kepada pemikiran anda untuk menggantikan pemikiran yang negatif. Aku mungkin telah gagal dalam beberapa perkara suatu masa dahulu tetapi aku juga telah berjaya dalam beberapa hal. Andaian bahawa aku akan sering gagal adalah dangkal tidak tepat! Aku berkebolehan dan kompeten seperti orang lain. Aku tidak ada alasan untuk tidak berkeyakinan pada diriku sendiri dan mempunya banyak sebab untuk yakin pada diri sendiri. Aku boleh lakukan yang terbaik terhadap tugasan yang diberikan Mungkin ada orang yang tidak menyukai aku tetapi ada ramai juga orang yang menyukai aku dan menikmati persahabatan aku. Ditolak oleh seorang tidak bermakna aku akan ditolak oleh setiap orang. Keluarga bukan autoriti muktamad tentang nilai diriku. Mereka mungkin akan menolak aku atau mengkritik aku kerana pegangan agamaku, pendapat politikku, pilihan kerjayaku, pillihan pasanganku dan seumpamanya, tetapi, pendapat | 6
mereka tidaklah sepenting pandangan aku terhadap diriku. Aku percaya pada diriku sendiri dan itulah yang penting. Rupa paras aku, bank akaun, situasi keluarga dan keadaan lain tidak menentukan nilai aku. Ramai orang berharap mereka kelihatan lebih baik, lebih kaya, mempunyai kerja yang lebih baik, sudah berumah tangga, mempunyai anak, dan semua ini juga tidak menjadikan mereka kurang bernilai. Pada peringkat awal, mungkin agak sukar untuk berlawan dengan diri anda sendiri dan pemikiran ini mungkin tidak natural, tetapi, ia amat baik digunakan dengan beterusan. Malah, anda boleh memperkenalkannya kepada pemikiran anda beberapa kali dalam sehari; praktikkannya di hadapan cermin pada waktu pagi atau sebelum tidur. Tutup mata anda dan ucapkannya lagi dan lagi apabila anda ada masa seminit yang terluang di pejabat. Jika anda lakukan ini, maka ia akan menjadi tabiat anda. Kepercayaan Anda Bercakap tentang kritikan dalaman dan perasaan anda, anda perlu betul-betul mendengar perasaan anda sendiri. Balik kepada ilustrasi makanan kegemaran 7 |
atau tempat pelancangon kegemaran anda, anda pasti hairan mengapa ada orang mengkritik mengenainya kerana anda benar-benar menikmati makanan dan tempat peranginan tersebut. Kepercayaan itu adalah benar dan tulen. Jadi, apakah kepercayaan anda terhadap diri anda sendiri? Apa yang anda percaya tentang nilai diri anda sendiri adalah benar? Apakah kepercayaan anda sebenarnya terhadap diri anda sendiri berbanding dengan apa yang diperkatakan orang lain? Fikirkan perkara ini baik-baik. Pertimbangkan kekuatan dan kelemahan anda. Pertimbangkan personaliti anda secara keseluruhan. Fikirkan perkara baik yang anda buat memikirkan kesilapan dan kekurangan anda. Yang pastinya, dengan segera anda akan terfikir tentang kekurangan dan kesilapan anda, dan ini adalah normal bagi mereka yang mempunyai harga diri yang rendah. Tetapi, ketepikan semua itu dan fikirkan sifat-sifat positif personaliti anda. Fikir tentang minat dan kebolehan anda. Fikirkan bagaimana perasaan anda apabila memikirkannya? Jika anda ketepikan pemikiran negatif anda, mungkin anda akan sedar bahawa anda memiliki sifat-sifat yang hebat dan ciri-ciri positif yang amat bernilai. Anda percaya bahawa minat, pilihan dan kebolehan anda adalah sempurna dan sopan. Orang lain mungkin pandang rendah pada pilihan anda atau | 8
mempersendakan pendapat anda atau tidak berkongsi minat dan kepercayaan yang sama seperti anda, tetapi anda percaya mereka semua ada nilai. Kepercayaan anda perlu mendahului kepercayaan orang lain, lebih-lebih lagi orang yang menidakkan anda. Apabila anda bertemu dengan orang yang mengkritik anda atau tidak bersetuju dengan anda, pada saat itu, amat penting anda letakkan pendapat mereka ditepi dan ketengahkan kepercayaan anda sendiri.
Anda Dapat Apa Yang Anda Tonjolkan Apabila anda berada bersama orang yang positif, senyum, bersemangat dan seronok, bagaimana anda rasa? Dalam sesetengah kes, anda mungkin rasa geram kepada seseorang yang sentiasa ceria tetapi kemungkinan besar, biasanya anda akan rasa bersemangat dan gembira bila berada bersamanya. Orang ini pula mungkin dikelilingi oleh orang lain yang juga bersemangat, gembira, senyum, positif dan seronok. Dari sudut lain pula, bagaimana dengan mereka yang sedih, murung, pemarah, menjengkelkan, ingat pendapatnya saja yang betul, menguasai dan memperkudakan orang lain? Mungkin mereka dikelilingi oleh orang yang pemarah, menguasai dan tidak sopan, itu pun jika ada orang disekeliling mereka. 9 |
Ini bukanlah satu kebetulan. Lazimnya, orang dapat apa yang mereka tonjolkan. Dalam banyak kes, orang dilayan sepertimana mereka membiarkan orang lain melayan mereka dan cara mereka menonjolkan perasaan dan sikap mereka sendiri. Sebagai contoh, pernahkah anda tertanya mengapa suami yang suka mendera mempunyai isteri yang tidak akan mendakwa mereka atau tinggalkan mereka? Biasanya, wanita itu mempunyai harga diri yang rendah sehingga menonjolkan mesej bahawa mereka bertoleransi dengan penderaan, dan si pendera mendapat mesej ini dan akhirnya bersama dengan wanita tersebut. Tapi sebaliknya, wanita yang sekali-kali tidak membenarkan diri mereka didera, biasanya tidak akan bersama dengan lelaki pendera, atau tidak membenarkan mereka kekal bersama jika berlaku penderaan. Mereka menonjolkan mesej bahawa mereka tidak akan bertoleransi dengan kelakuan sebegitu. Jadi, ia jarang berlaku kepada wanita jenis itu. Kami tidak mengatakan yang mangsa keganasan rumah tangga adalah salah mereka sendiri kerana kelakuan mereka tetapi faktanya adalah, seringkali apa yang anda tonjolkan dan bagaimana anda melihat diri anda sendiri adalah bagaimana orang lain melihat anda. Mereka kemudian bertindak dengan sewajarnya. | 10
Ini boleh menguntungkan anda atau merosakkan anda. Sementara orang yang membenarkan diri mereka menjadi mangsa akan menghantar mesej-mesej tersebut tanpa disedari, orang yang melihat diri mereka sendiri sebagai orang yang berguna, bernilai dan berharga diri akan menarik orang yang akan melayan mereka seperti itu. Sebagai ilustrasi tentang bagaimana ini berfungsi, katakanlah anda melihat-lihat di dalam kedai antik. Kebanyakan item berselerak di atas rak dan di atas lantai. Tetapi ada satu item yang disimpan di dalam bekas kaca, yang diterangi cahaya dan dipamerkan dengan baik. Anda mungkin tidak tahu mengenai item ini tetapi anda tahu yang ia bernilai – kerana cara ia ditonjolkan. Ia ditempatkan pada tempat tinggi sedikit daripada item lain di dalam kedai dan cara ia diterangi dan dipamerkan memberitahu anda supaya melihat atau menjaganya dengan baik. Mungkin item itu sebenarnya tidaklah lebih bernilai daripada mana-mana item dalam kedai tersebut, malah anda tidak tahu mengenainya. Tetapi kita sebagai manusia sentiasa memberi respons kepada cara sesuatu dipersembahkan dan dipamerkan. Sebagai satu lagi contoh, cuba fikir bagaimana pemasaran adalah industri yang berbilion ringgit. Produk dipasarkan dan dipakej dengan cara tertentu 11 |
supaya ia kelihatan lebih menarik. Sebuah rumah yang berada dalam pasaran hartanah, mungkin dipersembahkan dalam cara tertentu agar ia lebih menarik perhatian. Cara bagaimana sesuatu dipersembahkan amat berkait rapat dengan tanggapan orang dan ini termasuklah juga tanggapan orang terhadap orang lain. Perasaan Dalaman Anda Cara anda menonjolkan diri anda akan bermula dengan perasaan dalaman anda. Kita sudah membincangkan hal ini; anda perlu kawal perasaan dalaman anda dan pastikan ia positif dan tulen. Ia mungkin akan mengambil masa untuk membesarkan perasaan ini di dalam diri anda tetapi suara kecil anda akan menjadi kunci utama. Apabila perasaan dalaman anda tulen dan benar, anda akan menonjolkannya. Ini adalah benar dalam semua hal di dalam anda jika anda sukakan kerja anda, anda akan bersemangat waja berada di tempat kerja. Jika anda benci spageti, muka anda akan berkerut setiap kali ia ada di depan anda. Apabila anda menyayangi diri anda sendiri dan benar-benar mempunyai perasaan mengenai nilai dan harga diri, ini juga akan ditonjolkan.
| 12
Berlakon Tapi bagaimana pula jika anda masih berperang dengan perasaan dalaman tersebut? Bagaimana jika anda masih belum positif tentang diri anda sendiri? Sementara anda masih belajar untuk memberi nilai kepada diri anda sendiri dengan cara yang betul, mungkin anda perlu berlakon! Ini bermakna, sementara perasaan dalaman anda masih berperang dengan perasaan tidak berguna atau kurang harga diri, anda masih boleh tonjolkan perasaan positif tentang diri anda kepada dunia sekeliling anda. Anda berlakon jadi positif dan bersemangat sementara masih belajar bagaimana untuk wujudkan perasaan tulen ini di dalam diri anda. Pertimbangkan perkara ini ketika anda keluar dengan orang lain dan ketika anda rasa kurang positif tentang diri anda. Jika anda bersama rakan-rakan atau di tempat kerja dan didapati anda berfikiran negatif yang akan menjadi sikap negatif, maka, cuba berlakon yang anda positif. Paksa diri anda untuk senyum. Sertai perbualan rakan-rakan anda dan bergelak ketawa bersama mereka.
13 |
Jadi Proaktif Untuk dapat apa yang anda rancang, anda sebenarnya perlu menonjolkan pemikiran positif dan sikap positif kepada orang. Menjadi proaktif dalam hal ini bermakna, anda mempunyai inisiatif menghantar gelombang minda yang positif kepada orang lain. Apabila seseorang mempunyai harga diri yang rendah, mereka sering mengelak daripada melakukan aktiviti dalam kumpulan dan mereka mungkin juga malu untuk mulakan sesuatu bersama orang lain. Hal ini dapat difahami jika anda rasa yang anda akan ditolak orang atau dipandang rendah, sudah tentulah anda akan mula elakkan diri daripada bergaul dengan orang lain. Jadi, bagaimana anda boleh jadi proaktif menghantar gelombang positif dan bersikap positif kepada orang lain jika anda lebih gemar mengelakkan diri daripada situasi bersosial? Satu perkara yang harus anda cari adalah satu situasi yang anda rasa selesa dan yang akan bantu anda menjadi lebih proaktif dan positif. Sebagai contoh, bolehkah anda menjemput beberapa orang kawan datang ke rumah untuk main Saidina dan makan pizza? Atau pergi tonton wayang bersama atau main bowling bersama? Aktiviti berkumpulan sebegini adalah perkara yang cukup biasa yang tidak akan buat anda rasa tidak selesa dan ia cukup seronok sehingga anda akan bergembira tanpa memikirkan pendapat orang lain terhadap anda. | 14
Menjadi proaktif juga bermakna, mencari orang lain yang bersikap positif. Anda ada kenal sesiapa di Masjid atau tempat ibadah atau di tempat kerja yang memerlukan kata-kata semangat? Ini adalah satu cara yang terbaik untuk menghantar pemikiran dan emosi positif tanpa mengambil risiko yang anda akan ditolak atau anda “gagal” dalam percubaan anda untuk menjadi positif. Bahasa Badan Apakah yang anda dapat baca daripada bahasa badan seseorang? Sebenarnya agak banyak juga. Cara pembawaan seseorang dan cara mereka berkomunikasi melalui bahasa badan mereka menonjolkan banyak perkara tentang mood, perasaan keseluruhan dan tahap keyakinan diri mereka. Cara seseorang itu berjalan dapat menonjolkan keyakinan diri, daya tarikan seks, keagresifan, malu dan kesedihan. Jika anda meragui kenyataan ini, luangkan sedikit masa ketika anda berada dalam kumpulan dan perhatikan betul-betul bahasa badan orang lain dan lihat apa yang disampaikan. Seseorang yang berjalan dengan mata pandang ke depan dan bahu tegak, biasanya kelihatan percaya dan yakin pada diri sendiri. Manakala, seseorang yang bahunya membongkok dan mata pandang ke lantai, 15 |
kelihatan sedih dan murung. Apabila seseorang berkeyakinan dan mempercayai diri sendiri serta mempunyai hormat diri, mereka akan tarik golongan manusia yang akan melayan mereka dengan penuh hormat. Jika anda tonjolkan diri anda sebagai seseorang yang berhak mendapat pertimbangan, harga diri dan nilai, itulah yang orang akan berikan. Cara penampilan anda memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Ingat kembali keseluruhan bahasa badan anda sehingga hari ini dan tanya diri anda, apakah mesej yang anda tonjolkan tentang diri anda. Cara anda duduk? Ekspresi muka anda? Adakah anda senyum atau berkerut? Adakah anda duduk tegak atau membongkok? Adakah anda berjalan dengan bahu tegak atau membongkok? Adakah pembawaan anda seperti seorang yang minta penghormatan dan perhatian atau yang menarik dan boleh didekati atau sebagai seorang yang sedih, murung dan tak berguna? Anda mungkin perlu meluangkan sedikit masa untuk betul-betul melihat bahasa badan orang lain dan perhatikan pembawaan mereka. Perasan bagaimana sesetengahnya duduk tegak dan menonjolkan keyakinan berbanding orang lain yang tidak. Lihat bagaimana bahasa dan gerak-geri badan berubah ketika seseorang sedang menggoda atau dalam suasana kasual. | 16
Belajar cara rakan sekerja anda yang berkeyakinan itu berdiri atau duduk ketika dalam mesyuarat atau membuat pembentangan. Amalkan bahasa badan yang baik di rumah. Duduk tegak semasa menonton televisyen. Dongakkan dagu sedikit untuk tonjolkan keyakinan. Tiru apa yang anda lihat dalam filem dan tv, apabila anda nampak watak yang professional dan berkeyakinan, perhatikan cara mereka berdiri, duduk dan berjalan. Cara Berpakaian Dan Berhias Pakaian, gaya berhias, kebersihan peribadi anda dan seumpamanya menonjolkan banyak perkara tentang perasaan anda terhadap diri anda sendiri. Apabila anda sayang sesuatu, anda akan menjaganya dengan baik. Anda pamerkannya dengan baik, pastikan ia bersih, menguruskannya dengan baik dan seterusnya. Samalah juga dengan diri anda sendiri – jika anda sayang diri anda sendiri dan yakin dengan harga diri, anda akan menjaga diri anda sendiri dengan sebaikbaiknya. Ini tidak bermakna yang anda hanya perlu pakai pakaian berjenama dan guna alat solek elit, dan dapatkan gaya rambut di kedai rambut eksklusif. Tetapi anda perlu dan patut fikirkan hal ini mengikut kemampuan dan situasi anda. 17 |
Adakah anda mandi tiga kali sehari? Jika tidak, mengapa tidak? Adakah rambut anda sentiasa bersyampu? Adakah gaya rambut anda stail terkini? Adakah anda memotong kuku atau memastikan kuku anda bersih? Bagaimana pula bulu-bulu di muka anda? Ini adalah untuk kedua-dua gender, lelaki dan wanita! Bukan mahal pun untuk bercukur, waks kaki, cabut bulu, pendekkan rambut dan lain-lain hal yang berkaitan. Mengenai pakaian anda pula, apakah mesej yang ditonjolkan? Mungkin anda tidak mampu memiliki pakaian yang berjenama tetapi adakah pakaian anda padan dengan anda? Adakah ia sesuai dengan bentuk tubuh badan anda dan membuatkan anda kelihatan lebih menarik? Adakah anda lebih gemar hanya memakai pakaian bersaiz besar, bercorak kotak-kotak dan berwarna hitam, atau pakaian yang amat ketat? Jika kewangan anda ketat, anda masih boleh cari jalan untuk memiliki pakaian yang lebih kemas dan profesional daripada pakaian sedia ada anda. Cuba lihat di kedai pakaian terpakai dan kedai yang sedang mengadakan jualan murah. Layari kedai di Internet atau eBay atau laman web lain yang biasanya menawarkan pakaian berkos rendah. Buang pakaian yang tidak membuatkan anda kelihatan menarik atau yang tidak menampilkan imej yang baik. Mula buat koleksi pakaian yang anda gemar pakai kerana ia membantu membina harga diri anda. | 18
Latihan Membina Diri Siapa suka bersenam? Tak ramai yang suka malah selebriti sering mengaku yang mereka bersenam kerana ia menjadi keperluan untuk mereka terus bekerja! Tetapi senaman fizikal memiliki banyak manfaatnya; ia menguatkan otot, paru-paru, jantung dan keseluruhan tubuh badan. Ia tingkatkan peredaran darah dan oksigen, dan kedua-dua elemen ini dapat merawat sel dan sistem badan. Sepertimana senaman fizikal mempunyai banyak manfaat, begitulah juga dengan latihan yang bertujuan untuk membina harga diri anda. Dengan memahami kepentingan harga diri datang daripada dalam, sepatutnya mendorong anda untuk melakukan latihan ini dengan serius. Mari kita bincangkan latihan yang dimaksudkan dan bagaimana anda boleh memasukkannya ke dalam kehidupan seharian untuk membina harga diri anda. Buat Kerja-Kerja Amal Melakukan kerja sukarelawan dan aktiviti seumpamanya dapat memberi kesan positif pada tahap harga diri anda. Ini kerana seseorang akan rasa bagus terhadap diri mereka sendiri apabila mereka membantu orang lain. 19 |
Anda melakukan khidmat yang berguna, melihat orang lain mempunyai masalah seperti anda dan dihargai oleh mereka yang anda bantu. Anda mungkin tidak mempunyai masa atau tenaga atau wang ringgit untuk melakukan sesuatu yang bermakna tetapi, peluang untuk melakukan kerja sukarela dalam apa jua keadaan sentiasa ada. Jika anda tidak menyertai mana-mana organisasi agama yang melakukan kerja sukarela, anda boleh mencari peluang sukarela di Internet. Mungkin, anda juga boleh jumpa iklan untuk kerja sukarela pada papan kenyataan kolej tempatan atau 7-Eleven atau pasar raya. Idea bagi kerja sukarela atau kerja amal untuk sesiapa saja, termasuklah : • Bekerja di pusat beri makanan, menyediakan dan memberi makanan. • Melakukan kerja-kerja harian rumah bagi orangorang tua dan orang kurang upaya. • Menjaga orang-orang tua dan orang kurang upaya. • Membersihkan kawasan taman perumahan/ awam. Jika anda buat sedikit kajian dan menyediakan diri anda, anda akan jumpa peluang kerja sukarela yang ideal bagi anda dan keadaan anda. | 20
Mengamalkan Ikrar Akuan Ikrar akuan adalah peringatan bahawa anda layak dihormati dan anda bernilai. Jika anda memberitahu diri anda ini, anda akan percaya kata-kata tersebut dan mula menanam keyakinan daripada dalam. Anda juga akan dapat berdebat dengan diri anda sendiri dan dengan orang lain yang mungkin mengkritik anda dan cuba buat anda rasa bersalah/rendah diri. Berikut adalah beberapa akuan yang anda boleh guna untuk bantu bina harga diri dan keyakinan diri anda: • Aku seorang yang berguna, sangat hebat dan penyayang. • Aku berhak mendapat penghormatan, kebahagiaan dan kegembiraan. • Aku mencintai diriku dan aku tahu orang lain juga mencintaiku. • Kejayaanku jauh lebih banyak daripada kegagalanku. • Pendapat orang lain tidak sepenting pendapatku terhadap dirku. • Aku berhak kepada kepercayaanku, pilihanku dan pendapatku. Orang lain juga menghormatinya. 21 |
• Aku bahagia, penuh keyakinan dan optimis. Akuan berkesan apabila anda mengamalkannya sentiasa. Cuba lakukan setiap hari. Kata pada diri anda sendiri, lagi dan lagi. Lakukan pada awal pagi setiap hari dan pada malam hari sebelum tidur. Tulis dan letakkan didepan anda. Ingat, apa yang anda fikirkan adalah apa yang anda tonjolkan dan apa yang orang lain dapat rasa. Jika anda belajar mengubah pemikiran anda, anda boleh belajar bina harga diri dan keyakinan diri. Ia mungkin akan mengambil masa dan amalan, tetapi untuk jangka panjang, ia berbaloi. Menetapkan Matlamat Dan Mencapainya Bagaimana anda masukkan aktiviti menetapkan matlamat ke dalam latihan harga diri anda? Mengapa ini akan bantu anda meningkatkan harga diri dan keyakinan anda? Ada satu kepuasan yang boleh diperolehi seseorang daripada menetapkan matlamat dan mencapainya. Jika anda berasa seperti seorang yang gagal dalam hidup, dengan menetapkan matlamat anda sendiri dan mencapainya, akan membuktikan kepada diri anda sendiri bahawa anda bukan seorang yang gagal dan anda sebenarnya boleh mencapai apa sahaja dan lakukan apa saja. | 22
Anda juga akan rasa lebih berkuasa dan ini menjadikan anda lebih berkeyakinan pada diri anda sendiri. Tetapi, apakah bentuk matlamat yang dibicangkan ini? Adakah ini bermakna matlamat besar seperti sambung belajar atau mendirikan rumah tangga? Hal ini penting tetapi mungkin kelihatan terlalu besar, lebih-lebih lagi jika anda menghadapi masalah harga diri. Daripada buat matlamat besar, mulakan dengan matlamat kecil yang anda boleh capai dan usahakan. Kemudian anda boleh bawa diri anda kepada matlamat yang lebih penting dan besar. Di sini ada beberapa cadangan bagi matlamat jangka pendek yang anda perlu pertimbangkan : • Membersihkan almari, loteng, bilik bawah tanah atau laci pakaian. • Membersihkan almari dapur dan meyusunnya. • Turunkan berat badan sebanyak 1kg • Sepanjang minggu, berpantang daripada makan gula-gula, desert, makanan bergoreng dan kudapan lain yang anda cuba berhenti. • Bersenam dengan berjalan kaki sebanyak tiga kali dalam minggu ini. 23 |
• Menghantar kad ucapan atau emel, kepada seseorang yang anda tahu boleh menceriakannya. Perasan tak yang matlamat ini bukan hanya ringkas dan mudah dicapai, ia juga boleh buat anda rasa diri anda berguna dan baik. Anda telah mencapai sesuatu; anda telah mengemas sebahagian rumah anda; anda telah menjaga kesihatan anda; anda telah membantu seseorang. Semua ini membina keyakinan diri anda dan bantu anda rasa diri anda berguna dan baik. Kemudian, barulah anda boleh usaha untuk mencapai matlamat yang lebih besar selepas anda atasi perasaan yang anda seorang yang gagal. Sementara anda tidak mahu rasa terlalu kerdil, cuba lakukan perkara berikut : • Duduk di meja belajar anda. Lihat kalendar dan subjek yang diajar di kolej anda. Cuba fikir bagaimana anda boleh mengambil kelas tambahan supaya anda boleh dapat ijazah anda atau belajar kemahiran baru yang boleh membantu dalam kerjaya anda kelak. Jika perlu, buat aktiviti ini perlahan-lahan. Ambil satu kelas malam sahaja dalam seminggu jika itu saja yang anda mampu buat. Tak perlu fikir untuk belajar sepenuh masa sedangkan anda masih bekerja. • Daftar sebagai sukarelawan untuk menghabiskan masa satu malam atau waktu tengah hari hujung minggu di rumah kebajikan di kawasan anda. | 24
• Lihat kursus yang ditawarkan oleh kolej atau sekolah tempatan anda untuk mencari kursus yang anda minat, walaupun ia bukan sesuatu yang perlu anda belajar untuk kerjaya anda. Ini boleh jadi sesuatu yang menggembirakan anda; cuba belajar menari, melukis, memasak makanan Perancis atau apa saja yang anda minat. • Fikirkan sesuatu yang anda mahu perbaiki dan mula merancang untuk melakukannya; sebagai contoh: • Kumpulkan bil-bil dan penyata kewangan anda, dan cari khidmat nasihat kewangan untuk melangsai semua hutang anda. • Cari program penurunan berat badan untuk bantu anda kurangkan berat badan. • Sertai aktiviti sosial secara berkumpulan supaya anda boleh jumpa dengan seseorang yang istimewa. • Sertai jemaah masjid/tempat ibadah atau cari jemaah lain, jika anda perlu tingkatkan kerohanian anda. Kesemua matlamat ini amat membantu dan mengukuhkan diri anda untuk rasa lebih berkeyakinan dan nikmati hidup anda. Sebaik saja anda mencapainya, anda mula rasa diri anda bagus dan mula percaya yang anda boleh capai matlamat anda. 25 |
Dimana, Bila Dan Bagaimana Untuk Membina Harga Diri Dengan semua maklumat ini, mungkin anda sudah mula rasa lebih baik tentang diri anda dan lebih menghargai diri anda. Tetapi, mari kita lihat beberapa contoh dengan lebih spesifik bagaimana anda boleh bina harga diri dalam situasi dan keadaan tertentu. Harga Diri Dalam Remaja Tidak hairanlah mengapa remaja hari ini menghadapi masalah harga diri? Remaja biasanya amat dangkal dan kuat berpendapat terhadap satu sama lain mengikut penampilan, pakaian, barang yang dimiliki dan hal-hal seperti ini. Mereka belum belajar bagaimana untuk menghargai personaliti positif dan sifat baik orang lain. Ini bermakna, seorang remaja yang berimej biasa dan tidak memiliki barangan terkini boleh dibuli, diabaikan, diejek dan dipermainkan. Media juga tidak membantu kerana sentiasa menonjolkan remaja dengan penampilan tertentu, fesyen tertentu dan cara hidup yang berbeza daripada kehidupan seharian. Ini boleh menjadikan remaja rasa seolah mereka perlu memiliki barangan tertentu, perlu penampilan tertentu dan perlu cara hidup tertentu. | 26
Dan jika mereka tidak seperti yang ditonjolkan media, remaja sendiri boleh menjadi pengkritik teruk mereka sendiri! Remaja lelaki dan perempuan boleh menghadapi masalah harga diri kerana penampilan mereka, keputusan peperiksaan mereka, pakaian mereka, kebolehan atlet mereka dan hampir segalanya. Remaja perempuan lebih mempunyai masalah dengan imej badan kerena mereka sering didorong untuk menjadi kurus sehinggga tahap tidak sihat. Remaja lelaki juga boleh mempunyai masalah dengan imej badan, terutama semasa mereka mula berkongsi bilik persalinan dan ketika sukan menjadi perkara penting kepada orang sekeliling mereka. Jadi bagaimana untuk mengatasinya? Bagaimana untuk memastikan remaja memiliki harga diri yang sihat yang diperlukan dan mereka tidak menjadi mangsa kepada mesej dan imej yang berada di sekeliling mereka? • Jaga Bahasa Badan Seperti orang dewasa, cara pembawaan remaja lelaki atau perempuan akan mempengaruhi bagaimana orang lain melayan mereka. Ingatkan remaja anda agar berdiri tegak dan senyum. Jika mereka rasa tidak berkeyakinan, mereka juga boleh berlakon! Pastikan kepala tidak menunduk dan pastikan kepala pandang ke depan. 27 |
• Meletakkan Dalam Perspektif Ingatkan remaja anda bahawa apa yang mereka lalui mungkin sukar tetapi, ini bukanlah kehidupan masa depan mereka. Apabila orang menjadi dewasa, mereka menjadi lebih matang dan berinteraksi dengan lebih baik di antara satu sama lain. Lazimnya, orang dewasa tidak buli, ejek dan maki antara satu sama lain kerana apa yang mereka pakai atau kerana mereka tidak mempunyai gaya rambut terkini. Ini mungkin berlaku kepada sesetengah orang dewasa, tetapi mereka ini adalah golongan minoriti. Apabila mereka menjadi lebih berusia, mereka akan dapati orang meletakkan lebih nilai dalam perkara seperti personaliti, etika bekerja keras, kebijaksanaan, humor dan hal-hal sebegini. Mereka mungkin tidak popular sekarang kerana mereka tak dapat menyertai pasukan bola sekolah atau skuad sorak, tetapi bagaimana mereka memikirkannya akan memberi kesan kepada mereka ketika dewasa? Jarang sekali dalam pejabat, orang bimbang tentang siapa yang boleh golkan bola atau anda boleh bentuk piramid manusia! Semua hal ini tidak penting dalam dunia orang dewasa, walaupun rakan mereka mungkin meletakkan kepentingan | 28
terhadapnya sekarang. Anda mungkin juga mahu ajar mereka persepektif tentang kebolehan dan kekuatan mereka sendiri. Mereka mungkin meletakkan terlalu banyak penekanan mengenai penampilan dan pemakaian mereka. Ingatkan mereka bahawa perkara ini sebenarnya tidak sepenting yang disangkakan dan mereka perlu menghargai kebaikan diri mereka sendiri. Hal yang mereka tidak miliki tidak perlu menjadi penting seperti perkara yang mereka miliki. • Dorong Mereka Untuk membantu remaja anda bina harga diri, anda perlu atasi kesan yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka. Dorong mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang mereka suka dan yang akan membina keyakinan diri mereka. Dorong mereka untuk berkawan dengan orang yang menghargai mereka, walaupun ini mungkin bermakna, berjumpa dengan remaja lain di masjid atau melalui ‘keluarga’ yang lebih besar atau melalui kerja-kerja sukarelawan. Anda perlu dorong remaja anda membina penghargaan terhadap kekuatan diri mereka sendiri. Apakah perkara yang mereka pandai buat? Apakah personaliti positif mereka? 29 |
Jika mereka bermasalah dalam hal ini; mungkin sudah tiba masanya untuk mencari sesuatu yang mereka boleh lakukan dengan baik atau yang boleh menjadkan mereka berasa lebih berkeyakinan. Sebagai contoh, lakukan kerja sukarelawan bersama remaja anda. Tanya berkenaan minat mereka agar ia boleh diterokai; ini mungkin muzik, drama, haiwan peliharaan dan hal-hal seumpama ini. Mereka mungkin keberatan untuk cuba perkara-peraka yang mereka suka, jadi mereka memerlukan sedikit dorongan daripada anda. • Jadikan Mereka Penting Anda juga boleh bantu harga diri remaja anda dengan menjadikan mereka penting. Walaupun perlu diletakkan dalam perspektif, ingat, ada perkara yang penting kepada mereka yang mungkin tidak penting bagi anda. Ini tidak bermakna anda perlu menidakkan perkara-perkara ini. Ingat, bagi remaja, sekolah dan rakan mereka adalah dunia mereka. Jadi, anda tidak mahu menganggapnya tidak penting dan tidak berguna. Walaupun anda tidak perlu ikut setiap karenah anak anda, anda perlu sedar akan pemakaian dan hal-hal seperti ini adalah penting bagi mereka.
| 30
Lakukan apa yang diperlukan untuk memastikan remaja anda sekurang-kurangnya kemas. Jika anda mampu, jika mereka lebih suka kepada satu jenama atau gaya, berikan mereka sedikit ruang supaya mereka ada pilihan sendiri. Cuba ingat kembali betapa pentingnya kepada anda untuk memiliki baju berjenama tertentu, gaya rambut tertentu atau alat elektronik tertentu, dan anda perlu faham yang remaja anda juga rasa seperti itu!
Harga Diri Dalam Kerjaya Adakah anda cemburu atau iri hati apabila anda melihat rakan sekerja anda dengan mudah membuat pembentangan atau mengatasi klien atau bos yang bermasalah? Adakah anda mahukan keyakinan diri yang serupa dalam diri anda, agar anda juga boleh melakukan perkara yang sama? Membina harga diri dalam kerjaya bukanlah mustahil. Ia mungkin akan mengambil sedikit masa, usaha dan latihan. Lazimnya, ia berpunca daripada bagaimana anda melihat diri anda sendiri dan pembawaan diri anda depan orang lain; mari kita lihat apa makna semua ini.
31 |
Bagaimana Anda Lihat Diri Anda Sendiri Bila tiba masa untuk anda membuat pembentangan penting atau anda perlu berbincang atau berdebat dengan seseorang, apakah reaksi anda? Jika anda mempunyai harga diri yang rendah, sudah pasti anda beranggapan yang anda akan gagal, semua orang akan kecewa dengan anda dan orang lain boleh lakukan lebih baik daripada anda. Harga diri yang rendah ini datang daripada dalam diri. Anda tidak tahu yang anda akan gagal dan anda tidak tahu tanggapan orang lain. Malah, walaupun jika ada orang kritik anda, ini tidak bermakna anda perlu rasa begitu atau kritikan itu benar. Lagipun, sesetengah orang memang sifat mereka suka mengkritik dan semua orang mempunyai hak untuk mempunyai pendapat sendiri! Anda perlu tinggalkan cara pemikiran sebegini dan ketahuilah bahawa anda mensabotaj diri anda sendiri. Bagaimana anda lihat diri anda sendiri perlu berubah daripada dalam. Ulangkaji semua yang telah kita bincangkan tentang akuan dan pendapat anda terhadap diri anda sendiri. Lihat kaitainnya dengan masalah harga diri dan keyakinan anda dalam kerjaya anda. | 32
Lakukan latihan yang telah dibentangkan dan gunakannya dalam kerjaya anda. Buang yang negatif dan suara kritikan dalaman, dan gantikan dengan yang menyokong. Pembawaan Diri Anda Kepada Orang Lain Bagaimana pembawaan diri anda anda kepada orang lain di tempat kerja? Jika anda sangka yang anda akan sentiasa buat salah atau gagal dalam semua yang anda lakukan, bagaimana bos anda atau rakan sekerja boleh percaya dengan anda? Jika anda minta maaf terlebih dahulu kerana kerja yang tak seberapa yang akan anda lakukan dalam pembentangan kerja atau panggilan atau mesyuarat, sudah tentulah mereka akan menjangkakan anda akan lakukan kerja yang tak seberapa! Bagaimana anda membawa diri anda kepada orang lain mainkan peranan penting bagaimana mereka melayan anda dan sebaliknya, bagaimana anda melihat diri anda. Sedang anda berusaha untuk membina keyakinan sebenar, ingat, jika perlu, berlakon . Berlakon yang anda sudah berkeyakinan, ada harga diri dan bernilai tingggi, walaupun anda masih mempunyai isu dalam hal ini.
33 |
Fikirkan dengan serius bagaimana bahasa badan anda dan kata-kata anda mencerminkan pandangan anda terhadap diri anda. Anda mungkin juga menyumbang kepada pembentukan dan pembikinan pandangan orang lain terhadap anda. Jika anda fikir hal ini dengan baik, anda akan meningkatkan keyakinan anda dalam kerjaya anda dan membawa diri anda dalam cara yang lebih baik. Memberanikan Diri Cara terakhir untuk anda tingkatkan keyakinan anda dalam kerjaya anda adalah dengan memberanikan diri dan berusaha lebih lagi. Ambil kelas malam untuk perbaiki kemahiran anda. Sukarelakan diri untuk buat projek. Usaha lebih sedikit dalam setiap perkara yang anda lakukan. Ini akan meningkatkan keyakinan anda kerana anda tahu yang anda akan menjadi amat mahir dalam apa yang anda buat. Jika anda belajar sesuatu yang baru, anda ada sesuatu yang ekstra untuk diberikan kepada majikan. Anda tahu yang anda melakukan kerja standing dengan kebolehan orang lain kerana anda tahu program perisian terkini atau apa saja yang diperlukan.
| 34
Anda juga akan tahu dengan penuh yakin bahawa jika majikan tidak lagi memerlukan perkhidmatan anda, anda sudah sedia untuk mencari majikan lain yang memerlukan anda. Semakin banyak projek yang anda terima, sudah pasti anda akan perasan bahawag tahap keyakinan anda meningkat. Majikan anda akan menghargai kerja keras anda dan anda akan dapati yang anda boleh lakukan apa saja. Semakin banyak yang anda buat, semakin seronok anda rasa. Ini juga akan berlaku apabila anda usaha lebih sedikit dalam projek dan kerja anda. Anda akan berbangga dengan kerja yang anda telah buat jika anda melakukannya dengan betul. Sudah pasti ini juga akan mendapat perhatian majikan anda; mereka akan lihat bahawa kerja anda bermutu tinggi berbanding dengan orang lain.
35 |
Kesimpulan “Semuanya Bergantung Kepada Anda” Alangkah baiknya jika ada pil yang boleh mengubati semua penyakit, secara emosi dan fizikal. Walaupun ada ubat untuk masalah mental dan masalah emosi tertentu tetapi, membina harga diri bergantung pada anda. Anda perlu atasi masalah yang menyebabkan anda rendah harga diri dan lakukan aktiviti yang akan membina keyakinan dan harga diri anda. Ia mungkin nampak mustahil, dan jika anda telah bergelut dengan masalah ini sepanjang hidup anda, ia mungkin akan memerlukan usaha yang lebih banyak sedikit. Latihan dan poin yang telah dibincangkan dalam buku ini mungkin kelihatan pelik untuk anda dan mungkin pada awalnya, berat untuk anda melakukannya. Tetapi, pertimbangkan semua manfaat yang anda akan dapat dengan membina harga diri anda. Anda lebih mudah dapat menangani masalah dalam kerja. Anda akan boleh hadapi cabaran baru dalam kerjaya anda, malah anda mungkin berani tukar kerjaya kepada kerjaya impian anda. Anda tidak akan gentar apabila diberi tanggungjawab dan yakin bahawa kerja anda adalah yang terbaik. Anda juga yakin bahawa majikan beruntung mempunyai anda sebagai pekerja. Anda tahu jika anda | 36
kehilangan kerja, anda akan dapat kerja lain. Anda juga tahu, tiada apa pun yang anda tidak boleh buat; jika anda mahu belajar perubatan atau perfileman atau reka bentuk hiasan dalaman, anda akan berjaya dalam pelajaran anda dan akan menjangkaui jangkaan anda sendiri. Dengan memiliki lebih banyak harga diri akan membantu anda lebih menghargai rakan dan ahli keluarga anda. Anda akan rasa lebih tenang dan relaks apabila berada dalam kumpulan. Anda akan berhenti mengelak situasi dan akan menjadi lebih peramah. Anda akan ada keyakinan untuk tidak terfikir bahawa orang lain sedang mentertawakan anda atau anda tidak berhak untuk gembira. Apabila anda bina harga diri anda, anda akan boleh dapat semua perhubungan yang anda mahu dalam hidup anda. Ini bermakna, perhubungan romantik, persahabatan dan ikatan kekeluargaan yang erat. Anda tidak akan raguragu dengan diri anda sendiri ketika bersama dengan pasangan anda. Anda tidak perlukan persetujuan orang lain sehingga mengganggu anda untuk membuat sesuatu keputusan. Ini bermakna, orang lain pasti akan melayan anda dengan lebih baik. Apabila anda menghargai diri anda, orang lain juga sama. Apabila anda tahu bahawa anda berhak dihargai dan dihormati, orang lain akan dapat rasa perasaan tersebut dan memberinya kepada anda. 37 |
Apabila anda berhenti bertoleransi kepada perilaku kasar atau pengabaian, mereka yang melayan anda seperti ini akan berhenti atau berubah. Apa yang anda lakukan pada diri anda sendiri akan dicerminkan dalam bagaimana orang lain melihat anda. Dan apabila anda memiliki lebih banyak harga diri dan keyakinan diri, secara umumnya, anda akan rasa lebih baik. Anda akan menjadi lebih relaks, gembira dan positif. Anda akan kurang masalah fizikal yang berkaitan dengan kurang harga diri dan juga kurang masalah emosi dan mental. Anda akan dapati yang anda akan tidur lebih lena, kelihatan lebih sihat dan rasa lebih baik. Dalam hal harga diri, melalui semua latihan dan tips ini mungkin kelihatan terlalu banyak. Tetapi, pada masa yang sama, ia sebenarnya rasa amat melapangkan. Jika anda boleh mengawal harga diri anda, maka anda boleh mengubahnya. Ini sunguh mengujakan. Anda boleh buat apa yang anda mahu untuk memperbaiki diri anda; anda tidak perlu tunggu orang lain untuk perasan dan mula melayan anda dengan lebih baik. Dengan mengetahui yang harga diri bermula dengan anda, bermakna, andalah yang menentukan berapa banyak yang anda mahu dan bagaimana untuk meningkatkannya. Jadi, jangan bertangguh. Jika harga diri anda kurang, mula amalkan apa yang kami kongsikan ini. Teruskan latihan. Jangan mengalah jika anda tersasar dan jika | 38
ia mengambil masa yang lebih lama sedikit untuk membinanya. Ulangi latihan yang diperlukan dan fahami mengapa anda melakukannya. Harga diri akan membantu anda mencapai segala yang anda mahukan dan mendapat segala yang berhak anda miliki dalam hidup. Jadi mula bertindak hari ini sekarang! -Tim Infokerjaya
39 |
RAHSIA RESUME KERJA • Membantu anda membina resume kerja langkah demi langkah. • Menerangkan proses sesebuah resume dipilih untuk ke temuduga. • Dimuatkan dengan 20 soalan temuduga daripada resume kerja anda. • Terus ke www.ResumeKerja.com
RAHSIA BIJAK TEMUDUGA • Membantu persediaan temuduga anda. • Bagaimana menyediakan mental yang kuat sebelum hadir ke temuduga? • Mempunyai 1 ebook utama dan 5 komponen penting persiapan untuk temuduga. • Dan Banyak lagi yang menarik di www.RahsiaBijakTemuduga.com PANDUAN KERJAYA JURURAWAT • Anda berminat menjadi Jururawat? • Menerangkan langkah demi langkah memohon jururawat kerajaan dan swasta. • Diterangkan dalam 7 Modul utama. • Kerjaya jururawat adalah satu kerjaya yang murni dan lumayan. • Terus ke www.KerjayaJururawat.com Forum
Blog
Facebook
www.SembangKerjaya.com
www.RujukanKerjaya.com
TimInfokerjaya