SURAH AL-‐WAQI’AH
1
2
3
4
TERJEMAHAN SURAH
Apabila berlaku Hari Kiamat itu. (1) Tiada sesiapapun yang boleh mendustakan kedatangannya.(2)
Kejadian ini menghilangkan ‘ego’ (orang yang kufur) dan mempertingkatkan (darjat orang yang beriman).(3) Apabila berlaku kegoncangan bumi yang sangat kuat.(4)
Dan gunung-‐ganang menjadi hancur dan lebur.(5) Maka gunung-‐gunung itu menjadi debu yang berselerak.(6) (Pada hari itu); kamu semua dibahagikan kepada TIGA kumpulan.(7) (Pertama) ialah Kumpulan Kanan; agaknya siapakah mewakili Kumpulan Kanan ini?
5
(Kedua) ialah Kumpulan Kiri; agaknya siapakah mewakili Kumpulan Kiri ini?
(Ketiga) ialah Kumpulan Mereka yang Terdahulu Yang soleh yang mendahului mendapat balasan baik.(10) Mereka sebenarnya adalah orang-‐orang yang terhampir pada Allah.(11)
Ditentukan penetapan mereka di dalam Syurga-‐syurga yang penuh nikmat-‐ nikmat.(12) Mereka mewakili kumpulan yang banyak dari umat-‐umat yang terdahulu.(13) Dan hanya sebilangan kecil sahaja dari umat-‐umat yang terkemudian.(14) (mereka)Berehat-‐rehat di atas singgahsana yang bertatahkan permata.(15)
Berteleku di atasnya sambil berhadap-‐hadapan di antara satu sama lain.(16)
Dilayani oleh ‘budak-‐budak lelaki syurga’ yang tetap tampan dan sentiasa muda yang terus beredar di sekitar.(17)
6
bersama mereka ialah gelas-‐gelas minuman dan tekoh nya serta jar-‐jar yang terisi minuman.(18) mereka tidak sesak nafas atau mabuk kepeningan (sewaktu menikmati semuanya ini).(19)
(kemudiannya) mereka dibawa buah-‐buahan pilihan mereka (sebagai makanan awalan).(20)
(kemudian dari itu) mereka di layan dengan daging burung(jenis burung, termasuk ayam) daging dari jenis yang mereka ingini.(21) dan terdapat bidadari yang melayan mereka.(22)
(kecantikan bidadarinya ini) seperti buah-‐buah mutiara klasik yang cantik.(23) Semuanya ini adalah sebagai habuan balasan di atas apa yang telah mereka semua lakukan dahulu.(24)
Tiada kedengaran suara-‐suara yang sia-‐sia dalam Syurga itu dan tiada juga perkara-‐perkara berdosa.(25)
Yang hanya didengari ialah ucapan “Kesejahteraan dari Allah, Kesejahteraan dari Nya” (untuk kita semua).(26) 7
Mengenai Kumpulan Kanan; dan siapakah agaknya kumpulan kanan ini ?.(27)
Mereka adalah kumpulan yang berbahagia dan berada di antara pohon-‐pohon bidara yang tidak berduri.(28) Dan (menikmati) tandan-‐tandan pisang yang tersusun rapi buahnya.(29) dan berteduh-‐teduh dibawah naungan pohon-‐pohon yang menjulai daun-‐ daunnya.(30)
dan melihat aliran air yang sentiasa mengalir.(31) dan serta meneliti pohon buah-‐buah yang banyak.(32)
buah-‐buah ini tidak terputus dek musim, dan tidak berbisa untuk memakannya.(33) Tempat-‐tempat tidur yang berada di tempat tinggi.(34)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-‐isteri mereka dengan cara teristimewa.(35) maka Kami telah jadikan mereka sentiasa dara.(36) setia menyintai jodohnya dan sebaya umurnya.(37) 8
Habuan untuk Kumpulan Kanan.(38) sebilangan besar mereka adalah dari umat yang terdahulu.(39) Sebilangan besar juga dari umat-‐umat yang terkemudian.(40)
Kumpulan Kiri. Agaknya siapakah Kumpulan Kiri ini?.(41) Seksaan atas mereka dengan angin yang membakar dan air didih mendidih yang menggelegak.(42) Mereka dinaungi dengan asap hitam yang menyakitkan.(43) tiada rasa nyaman dan tiada beri keselesaan.(44)
sejarah mereka menunjukkan mereka dilalaikan oleh kemewahan dunia.(45)
mereka sentiasa menerus mengerjakan dosa-‐dosa besar.(46)
9
Pernah dan selalu mereka berkata; “sesudah kita dimatikan dan yang tinggal hanya tanah dan tulang, bolehkah kita akan dibangkitkan semula ?”.(47)
betulkan, segala datuk dibangkitkan!).(48)
nenek
kita
dulu
itu
pun
begitu?(akan
Katakanlah pada mereka, wahai Muhammad; sesungguhnya sama ada mereka dari yang terdahulu atau orang-‐orang yang terkemudian.(49)
mereka tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan iaitu pada hari akhirat yang termaklum itu.(50)
‘Kemudian, wahai semua kalian yang sesat dan pendusta akan (ayat-‐ayat Allah)’.(51)
akan terpaksa memakan sejenis buah yang dikenali sebagai buah Zaqqum.(52)
10
perut-‐perut kamu akan dipenuhi dengan buah tersebut.(53) kamu akan meminum air yang panas menggelegak selepas itu.(54) maka kamu akan terus meminum air itu seperti unta yang berpenyakit dahaga, sentiasa dahaga dan tak puas-‐puas.(55)
Ingatlah!; inilah dia azab yang menunggu mereka yang telah disediakan untuk mereka di hari Kiamat.(56)
(wahai semua!) Kami lah yang telah mencipta kamu semua, maka eloklah kamu mempercayai yang kamu akan dibangkitkan semula selepas mati.(57)
Cubalah kamu fikirkan bagaimana kamu semua telah diciptakan dari air mani.(58)
Hakikatnya, adakah kamu yang menciptanya atau sesungguhnya kami lah yang menciptakannya?.(59)
11
Kami lah juga yang telah mentakdirkan bila antara kamu akan mati, dan Kami tidak pernah mendahului masa ikut takdir itu.(60)
Kami juga berkuasa boleh menggantikan kamu dengan orang-‐orang yang serupa dengan kamu, dan Kami berkuasa meletakkan kamu di tempat-‐tempat yang kamu tak tahu.(61)
Hayatilah yang kamu telah pernah diciptakan kali pertama dan bayang kan lah kamu boleh dikembalikan dalam hidupan kedua.(62)
Lihat saja pada pokok-‐pokok yang telah kamu tanam?.(63)
Fikirkan lah! Adakah kamu yang menumbuhkannya? Atau Kami lah yang sebenarnya menumbuhkannya?.(64)
Kami berkebolehan untuk menjadikannya layu-‐longlai, sehingga kamu akan tercengang kehairanan dan menyesal?.(65)
12
dan mengaku sesungguhnya kami sedang menanggung kerugian!.(66) ‘kami merasa hampa!’.(67) Hayati dan lihat lah air yang kamu minum itu!.(68)
Adakah ianya diturunkan oleh kamu, dari awan atau sesungguhnya Kami lah yang telah menurunkannya?.(69)
Kalau Kami mau, Kami boleh jadikan air-‐air itu rasa masin-‐masam, andaikata kamu masih degil dan tak mau bersyukur!.(70)
Lihat dan hayatilah api yang kamu selalu nyalakannya (untuk keperluan hidup kamu).(71)
Adakah kamu yang telah mengujudkan pohon kayunya (sebagai bahan bakar) itu atau Kami lah yang menumbuhkannya?.(72)
13
Soalan-‐soalan begini Kami aju kan bagi mengingatkan kamu semua yang lalai dan sebagai perhiasan kepada orang yang bertakwa.(73)
Maka insaf lah! dan bertasbih lah banyak-‐banyak, dengan memuji nama Tuhan mu yang Maha Agong itu.(74)
Maka Aku bersumpah; Demi Stesen-‐stesen tegaknya bintang-‐bintang!.(75)
Demi sesungguhnya, Jika kamu tahu sumpah ini adalah yang amat agong.(76)
Sesungguhnya, al Quraan itu, yang dibacakan pada kamu, ianya sangat mulia.(77) Al Quraan itu telah termaktub dan tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara.(78) Ianya tidak pernah disentuh dan dipegang kecuali oleh mereka-‐mereka yang tersuci.(79)
14
Ianya diturunkan dari Allah, Tuhan Pemelihara seluruh alam.(80)
Wahai yang kufur! mengapa kamu meminggir ayat-‐ayatnya yang merupakan keterangan-‐keterangan dari Allah?.(81)
Malah kamu jadikan ajaran-‐ajaran baiknya itu sebagai perkara yang kamu dustakan.(82)
Tunggulah, sehingga roh dalam badan kamu itu menyonsong ke halkum kamu (ketika nazak hendak mati).(83)
Pada ketika itu kamu sendiri dapat menyaksikan (semua yang berada di sekitar kamu).(84)
Tahukah kamu yang Kami lebih hampir pada kamu masa itu tetapi kamu tidak dapat melihatnya?.(85) 15
Sebaik-‐baiknya, jika kamu orang yang tidak percaya pada kuasa Kami akan.(86) cuba memulangkan semula roh itu (sebab kamu tak mahu mati) jika kamu benar dalam kepercayaan kamu yang tidak percaya pada Allah!.(87)
(selepas dan sesudah dimatikan); jika kamu dari kalangan Kumpulan Orang-‐ orang Muqarrabin ( orang-‐orang terhampir pada Allah).(88)
Maka kamu dijanjikan kerehatan dan kesegaran serta dipersilakan ke dalam Jannah yang penuh dengan kenikmatan.(89)
Jika kamu terdiri dari kalangan Kumpulan Kanan.(90) maka kamu semua akan disambut dengan perkataan ”Salam sejahtera dari Allah” semata-‐mata kerana kamu semua dipilih sebagai Kumpulan Kanan”.(91)
Sedihnya, Jika kamu terdiri dari Kumpulan Kiri yang merupakan Pendusta Yang Sesat dan Menyesatkan.(92)
16
maka kamu semua akan diberi sambutan dengan didihan ‘air-‐panas yang mengelegak’.(93) dan akan menyertai pembakaran dari neraka Jahim.(94)
Semua perkhabaran di atas ini aalah sesuatu KEBENARAN yang diyakini.(95)
Maka sayugia lah kamu (insaf) dengan bertasbih memuji-‐memuja nama Allah yang Agong itu ( demi keagongan Nya sebagai Tuhan).(96)
17
SINOPSIS SURAH AL WAQI’AH TIGA perkara pokok yang di sampaikan dalam surah popular ini, iaitu:
1. Kejadian hari Kiamat yang PASTI akan berlaku dan menjadi laluan ke alam Akhirat; yang ditolak oleh orang yang kufur pada Allah dan Rasul nya. 2. Pembahagian semua manusia kepada TIGA kategori; di akhirat nanti iaitu: Kumpulan Assabiqun, Kumpulan Kanan (Ashabul Yamin) dan Kumpulan Kiri (Ashabussyimal.) 3. Konsep al Quraan, Kitab Allah yang suci.
Kejadian Hari Kiamat: Orang-‐orang kafir tidak dapat menerima akan adanya Hari Kiamat itu. Sesuatu yang sangat luar biasa, dan tidak boleh diterima akal. Demi mendekatkan mereka dengan akidah Islam, surah ini diserlahkan sebegitu rupa; iaitu Hari Kiamat itu PASTI akan berlaku! Ianya adalah benar dan gambarannya diberi dengan penuh tragis sekali. Sudah pasti, oleh kerana ianya perkara baru, maka mereka cuba mahu mendalami tentang apa dia hari Kiamat itu. Ini akan membawa mereka kepada kepercayaan akan adanya Hari Akhirat; iaitu hari yang akan memperlihatkan balasan di atas semua amalan yang telah manusia lakukan di dunia dulu. Matlamat dakwah akan tercapai apabila manusia yang tidak percaya pada Allah disajikan dengan satu peristiwa yang menggerunkan mereka sehingga membawa mereka mempercayai adanya Akhirat. Kepercayaan adanya Akhirat adalah unsur terpenting kepada dakwah dan akidah Islam. Pembahagian Manusia kepada TIGA kategori:
18
Semua manusia dari yang terdahulu dan yang terkemudian akan di kumpulkan di Akhirat nanti; dan semua mereka akan dibahagikan kepada TIGA kategori: Iaitu Kumpulan Kanan, Kumpulan Kiri dan Kumpulan Assabiqun. Rupa-‐rupanya, Alam Akhirat lebih mementingkan amalan individu itu semasa di dunia. Mereka di nilai atas amalan mereka. Kumpulan Kanan ialah yang melakukan IHSAN dan amal soleh yang menerima ‘Kitab Catitan Amalan’ mereka melalui tangan kanan mereka. Kumpulan Kiri ialah orang-‐orang yang hidup dengan amalan jahat mereka dan telah menerima ‘Kitab Catitan Amalan’ mereka melalui tangan kiri. Kumpulan Assabiqun (Terdahulu) ialah mereka yang sentiasa mendahului iman dan amal soleh dari semua umat, termasuk para Nabi-‐nabi, sahabat-‐ sahabat yang mendahului jihad di jalan Allah, termasuk juga yang mendahului semua arahan-‐arahan yang diberi oleh Allah. Hasilnya, seorang yang beriman itu akan menentukan amal baik dalam hidup nya sebagai pelaburannya di Akhirat nanti. Konsep Kitab al Quraan sebgai Kitab Suci: Surah ini di akhiri dengan dua ayat yang mencengkam hati kita yang tidak boleh menolak segala yang telah diperkatakan dari awal surah ini hingga akhirnya mengenai Kiamat dan pulangan manusia kepada Allah di Akhirat nanti. Inilah cara al Quraan yang membawa minda kita, memaksa kita dengan hujahnya yang lengkap untuk menerima kenyataan berikut, iaitu mafhumnya: “Sesungguhnya, segala yang disebutkan itu adalah KEBENARAN yang di Yakini (95) Oleh itu BERTASBIH lah memuji-‐memuja nama Tuhan mu Yang Maha Agong itu (96).”
19
Maka tertanamlah rasa yakin dan beratnya timbangan kita ke arah Kebenaran, dengan petunjuk ‘berlakunya kiamat’ pada awal surah dan di akhiri dengan ‘menyakini’ ianya pasti terjadi. Yang tercantiknya ialah satu nasihat yang sangat berkesan dari al Quraan ialah bertasbih lah memohon restu Allah, yang menurunkan al Quraan itu, untuk kita selamat di dunia dan di Akhirat. Itulah Islam, Itulah Kitab Allah, dan itulah Akidah kita. ﻭوﷲ ﺃأﻋﻠﻡم 20
TAFSIRAN SURAH AL WAQI’AH
Apabila berlaku Hari Kiamat itu.(1) Tiada sesiapa pun yang boleh mendustakan kedatangannya.(2) Kejadian ini menghilangkan ‘ego’ ( orang yang kufur) dan mempertingkatkan (darjat orang yang beriman).(3)
Tafsiran ayat 1-‐3: Falsafah perkembangan Islam dan ketelusan dakwah islamiah kepada manusia adalah diasaskan kepada PERCAYA ADANYA AKHIRAT dan HIDUP DI DUNIA INI BERPANDUKAN IMAN DAN AMAL. Kedua-‐dua asas ini telah menjayakan Rasulullah mendakwah dalam masa 23 tahun dan Islam mula berkembang dan pekembangannya hingga ke hari ini. Pada permulaan Islam, musyrikin Mekah tetap menolak akhirat dan hari kiamat dan hari bangkit semula. Dengan TEGAS nya surah ini memastikan kepada yang beriman bahawa AKAN terjadi hari Kiamat itu. Al Waqi’ah bererti Hari Kiamat; atau ianya adalah ‘gerak-‐gempa dahsyat’ yang PASTI terjadi dan diakui kepastiannya itu oleh Allah dan oleh ilmuan-‐ ilmuan yang lain. Ianya tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun di mana yang kufur itu akan ‘tersungkur ke bawah ke dalam neraka Allah, dan yang beriman pula akan di angkat ke atas ke dalam Syurga Allah’. Satu ke dalam ‘Jahim’ Allah dan yang satu lagi ke dalam ‘Jannah Nai’im’ Allah. Dengan kenyataan ini ‘ego’ orang yang kufur pada Allah akan jatuh ke bawah. 21
Gerak-‐gempa yang pasti berlaku ini akan melibatkan dunia seluruhnya, melibatkan semua yang berada di antara langit dan bumi, termasuk semua cakerawala yang berada di atas sana. Goncangan yang kuat dan luarbiasa ini pasti berlaku dan sesiapa pun tidak nafikannya, atau akan membohonginya. Gambaran kedasyatan goncangan melibatkan yang atas akan ke bawah dan hancur dan yang bawah ke atas bertebangan dan menjadi abu. Keadaan ini memperlihatkan satu keadaan yang rata bersama bumi. Ianya berlaku secara serentak dengan kematian semua manusia dan tidak ada pembohongan lagi selepas itu oleh sesiapa pun. Proses kiamat itu dipanjangkan dalam ayat-‐ayat berikut:-‐
Apabila berlaku kegoncangan bumi yang sangat kuat.(4) Dan gunung-‐ganang menjadi hancur dan lebur.(5) Maka gunung-‐gunung itu menjadi debu yang berselerak.(6)
Tafsiran Ayat 4-‐6: Tiga ayat di atas telah memulakan penjelasan gambaran berlakunya gerak-‐ gempa luarbiasa ini. Bumi yang merata itu tiba-‐tiba menjadi seperti bukit dan bergerak ke atas, meledak dengan dasyatnya; bukit bukau dan gunung-‐ ganang pula yang biasanya berada di atas tanah telah menjadi seperti tanah rata dan bukit-‐bukit itu didapati bertebangan seperti bulu ayam. Imam Zamakhsyari, menyatakan bahawa ‘ledakan kuat itu menyebabkan berlakunya ledakan-‐ledakan susulan sewaktu bumi mula merekah dan pada masa itu juga bukit bukau dan gunung ganang menjadi rata. Sekaligus berlaku keterbalikkan di mana yang berada di atas ke bawah dan yang berada di bumi meledak ke atas. Debu-‐debu tanah ini bertaburan dalam ruang udara dan jelas kelihatan dengan adanya cahaya matahari’. 22
Syed Qutub menyatakan bahawa betapa angkuhnya orang-‐orang yang menolak adanya hari Akhirat, dan ‘ego’ mereka akan tercemar dengan penjelasan kehancuran ini yang melibatkan mereka, bumi dan langit dan semua yang berada di dunia ini. Allah meneruskan penjelasan hari Akhirat itu dan ke mana manusia-‐manusia ini di masa itu; Firman Allah:
(Pada hari itu); kamu semua dibahagikan kepada TIGA kumpulan.(7) (Pertama) ialah Kumpulan Kanan, agaknya siapakah mewakili Kumpulan Kanan ini? .(8) (Kedua) ialah Kumpulan Kiri, agaknya siapakah mewakili Kumpulan Kiri ini?I.(9)
Tafsiran ayat-‐ayat 7-‐9: Pada hari Akhirat dan hari al Waqi’ah itu, kamu semua wahai manusia, termasuk kamu yang menolak adanya hari itu, akan dipecahkan kepada TIGA kumpulan besar: Pertama, ialah kumpulan dikenali sebagai Kumpulan Kanan; Agaknya siapakah dari kumpulan Kanan itu? Begitulah untuk mendatangkan minat pembaca untuk mengetahui siapakah kumpulan ini maka dibiarkan kita mencari-‐cari orangnya. Begitu juga dengan Kumpulan kedua, yang dikenali sebagai Kumpulan Kiri; Agaknya siapakah gerangannya Kumpulan kiri ini? Dibiarkannya kita tercari-‐cari orang nya. Maksud nya, Allah hanya menjelaskan dua kumpulan ini tanpa menjelaskan siapakah mereka. Kemudian ayat ini diikuti dengan kumpulan ketiga dan di jelaskan terus bersama dengan peribadinya tentang siapakah orangnya. Firman Allah:-‐ 23
(Ketiga) ialah Kumpulan Mereka yang Terdahulu Yang Soleh yang mendahului mendapat balasan baik.(10) Mereka sebenarnya adalah orang-‐orang yang terhampir dengan Allah.(11) Ditentukan penetapan mereka di dalam Syurga-‐syurga yang penuh dengan nikmat.(12) Mereka mewakili kumpulan yang banyak dari umat-‐umat yang terdahulu.(13) dan Hanya sebilangan kecil sahaja dari umat-‐umat yang terkemudian.(14)
Tafsiran ayat-‐ayat 10-‐14: Allah menjelaskan tentang Kumpulan ketiga yang dikenali sebagai ‘Kumpulan Terdahulu Yang Sentiasa Mendahulukan semua tindakan kepada Iman dan amal’ Dalam hal ini, mereka tidak dibiarkan begitu sahaja untuk kita cari siapkah mereka, tetapi Allah telah menjelaskan dengan menyatakan sifat-‐sfat mereka sekaligus. Ini adalah penghargaan Allah kepada Kumpulan ini. Pertama, mereka ini adalah orang-‐orang yang sangat hampir pada Allah; iaitu orang yang mendahului hijrah mereka pada Allah untuk akhirat mereka, atau kepada Islam. Mereka mendahului orang lain dalam menerima agama Allah dari para nabi-‐nabi dan Rasul-‐rasul. Mereka mendahului diri mereka ke arah Kebajikan dan kebaikan di dunia ini Jelasnya, itulah sebabnya mereka dikenali sebagai al Muqarrabun. Dalam surah Fatir ayat 32; Allah berfirman untuk menjelaskan kumpulan ini:
(sesetengah dari kumpulan itu sentiasa bersifat selalu kehadapan mendahului amal kebajikan dengan izin Allah. Al Fatir; ayat 32)
24
Allah menjelaskan mereka ini diberi nikmat yang besar dari Allah dengan Jannah yang penuh dengan nikmat-‐nikmatnya.
(mereka tinggal menetap di dalam syurga-‐syurga yang penuh nikmat) Kumpulan ini dikatakan sangat besar jumlahnya dari zaman Adam as sehingga zaman Rasulullah. Ada yang mengatakan kumpulan yang banyak ialah dari para sahabat dan umat-‐umat yang terdahulu bersama Rasulullah dan agak sedikit jumlah dari kalangan umat Muhammad di akhir-‐akhir ini. (Al Bughawi .ms 288). Hal ini di jelaskan melalui ayat berikut:
(mereka mewakili kumpulan yang besar dari orang-‐orang yang terdahulu; dan hanya sebilangan kecil dari orang-‐orang yang terkemudian) Imam Zamakhshari menyatakan bahawa kalangan orang-‐orang terdahulu itu ialah ‘mereka dari orang sebelum Rasulullah saw, kumpulan ini ramai sekali kerana ianya terdiri dari para nabi-‐nabi dan rasul sebelum Rasulullah saw, sahabat-‐sahabat mereka, jika dikumpulkan semua sudah pasti ianya lebih ramai dari umat Muhammad. Manakala orang yang ‘terkemudian’ merupakan zuriat dari keturunan nabi-‐ nabi dan rasul-‐rasul ini yang beriman berdasarkan petikan ayat dari surah Tur ayat 21:-‐
(dan orang-‐orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman; Kami himpunkan zuriat mereka itu dengan mereka dalam syurga dan Kami tidak mengurangkan sedikit pun pahala-‐pahala amalan mereka, kerana tiap seorang itu berhak atas amal yang dilakukannya. (ayat 21 surah Tur)
25
Selepas Allah menjelaskan kumpulan ini dan dipaparkan di mana mereka ditempatkan dan dari kalangan mana, seterusnya Allah membutirkan semua nikmat-‐nikmat jannah yang disediakan untuk mereka ini. Firman Allah:
Berehat-‐rehat di atas singgahsana yang bertatahkan permata.(15) Berteleku di atasnya sambil berhadap-‐hadapan di antara satu sama lain.(16) Di layani oleh ‘budak-‐budak lelaki syurga’ yang tetap tampan dan sentiasa muda yang terus beredar di sekitar.(17)
Tafsiran ayat-‐ayat 15-‐17: Ayat-‐ayat 15-‐17 lebih menekan bagaimana kumpulan al Muqarrabun ini di layan dalam syurga Allah di Akhirat nanti. Mereka berteleku di atas katil-‐katil rehat yang dipenuhi dengan hiasan-‐hiasan yang cantik termasuk batu-‐batu permata. Dijelaskan mereka melepak, mungkin berbincang tentang nikmat-‐nikmat Allah bersama-‐sama dengan rakan-‐rakan mereka yang kedudukan mereka berhadap-‐hadapan antara satu sama lain. Inilah gambaran kerehatan yang tinggi mutunya. Di samping keadaan itu berlaku, maka mereka sentiasa dilayan oleh ‘budak-‐ budak lelaki syurga’, yang disifatkan dengan sifat bersama-‐sama mereka untuk selama-‐lamanya dan tidak mati atau tidak menjadi tua. Mereka di katakan tidak berubah dan terus menjadi budak pelayan selama-‐lamanya. Pelayan kanak-‐kanak lelaki syurga ini dikatakan sebagai bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memberi khidmat layanan kepada ahli Syurga ini. Pelayan kanak-‐kanak lelaki syurga ini digambarkan dengan membawa gelas-‐gelas mewah, bersama cerek-‐cerek atau tekoh berisi air minuman yang telah disediakan untuk diagihkan kepada yang berkehendakkan nya. 26
Banyak pentafsir menyatakan bahawa minuman yang diedarkan ini terdiri dari arak bersih yang ditentukan kenikmatannya, dan yang dibolehkan kepada ahli Syurga. Mereka tidak diresapi oleh rasa pening, batuk atau sakit bila menjamu selera dari minuman itu. Semua ini digambarkan dalam ayat-‐ ayat berikut. Firman Allah:-‐
bersama mereka ialah gelas-‐gelas minuman dan tekoh nya serta jar-‐jar yang terisi minuman.(18) mereka tidak sesak nafas atau mabuk kepeningan ( sewaktu menikmati semua nya ini).(19) Aturcara pertama dalam melayan para pelanggannya ialah memberi minuman kepada semua, dan kemudian itu mereka disajikan dengan buah-‐ buahan yang diminati oleh pelanggan mereka. Kemudian selepas itu, mereka seterusnya membawa makanan yang terdiri dari daging-‐daging yang telah dimasak dengan lazatnya untuk hidangan makan mereka. Inilah cara makan ahli syurga yang digambarkan oleh al Quraan. Gambaran ini dijelaskan dalam ayat berikut. Firman Allah:-‐
(kemudiannya) mereka di bawa buah–buahan (sebagai makanan awalan).(20) (kemudian dari itu) mereka dilayan dengan daging burung (jenis burung termasuk ayam) daging dari jenis-‐jenis yang mereka ingini.(21) Tafsiran ayat 2-‐21: Keseluruhan ayat ini menggambarkan aturcara penyediaan layanan pihak penjaga Syurga kepada al Muqarrabun bemula dengan pengagihan air untuk diminum dan kemudian diikuti dengan memakan buah-‐buahan sebagai pelapik perut dan akhir sekali baru lah disajikan makanan berat seperti lauk 27
pauk yang terdiri dari daging dari berbagai jenis. Keistimewaan yang diberi kepada kumpulan al Muqarrabun ini dijelaskan lagi dengan penyediaan bidadari syurga yang terdiri dari gadis-‐gadis yang cantik. Firman Allah:
dan terdapat bidadari yang melayan mereka.(22) (kecantikan bidadari ini) seperti buah-‐buah mutiara klasik yang cantik.(23) Semuanya ini adalah sebagai habuan balasan di atas apa yang telah mereka semua lakukan dahulu(24)
Tafsiran ayat 22-‐24: Ayat 22 ini di kaitkan dengan adanya kanak-‐kanak lelaki syurga dalam ayat yang lalu. Ini bererti layanan diberi oleh dua jenis pelayan syurga, iaitu dari kalangan ‘budak lelaki Syurga’ dan ‘bidadari’ yang diwujudkan untuk tugas melayan ini. Kecantikan bidadari ini disamakan dengan mutiara yang disimpan rapi, di mana warnanya tidak pudar di bawah matahari atau sewaktu berada di mana-‐mana saja. Satu perkara yang dicatitkan dalam syurga untuk kumpulan ini; tidak ada pertengkaran di antara penghuni, tidak ada kata yang sia-‐sia dan berdosa, atau tidak terdapat orang-‐orang yang menjijikkan atau orang yang fasik. Ini sebenarnya adalah satu nikmat persekitaran yang boleh mententeramkan diri dan fikiran. Yang ada ialah rasa hormat dan dihormati dan dilambangkan oleh hidup yang penuh disiplin. Di antara displin yang dicatit di sini ialah perkataan ‘Salam Sejahtera’ di antara mereka. Semuanya ini adalah gambaran al Quraan yang dapat dirasai oleh manusia biasa sedangkan kenikmatan yang sebenarnya di katakan sebagai “tidak dapat digambarkan oleh mata dan tidak dapat di jelaskan oleh pendengaran”. Nikmat-‐nikmat Allah ini dijanji akan diberi oleh 28
Allah semata-‐mata KERANA balasan atas kerja-‐kerja amalan hidup yang baik berlandaskan IMAN dan al Quraan di dunia lalu oleh orang-‐orang ini. Apakah Implikasi ayat-‐ayat di atas kepada kita:-‐ 1. Saya suka kepada pengertian bahawa RAMAI di kalangan Muqarrabun adalah dari kalangan sahabat di zaman-‐zaman awal Islam, kerana keikhlasan sahabat-‐sahabat dan ketinggian amal mulia mereka. Umat terakhir pula dikatakan sebagai berkurangan dari kalangan Muqarrabun kerana kekurangan keikhlasan dalam amalan dan iman mereka. Bagi mendapatkan peningkatan, kita pasti berusaha lebih ikhlas dan mantap menguasai alam al Quraan dan berjaya menjalani hidupan seperti para sahabat dulu. 2. Gambaran nikmat-‐nikmat Allah yang mewah seolah-‐olah ianya telah terjadi bagi menerapkan rasa benar segala penyediaan ini, sedangkan ianya masih belum berlaku lagi. Secara zohir nya ia mengundang rasa inginkan dan mahu mendapatkan semua nikmat-‐nikmat itu sebagai ganjaran atas amalan yang baik dan beriman. Hakikat NYA segala nikmat Allah akan lebih dari itu. Rebutlah pemberian Allah ini. Ikutan kita ialah menjadikan dunia ini penuh dengan kesejahteraan sesuai dengan perkataan “salaman salaama”. 3. Suka saya menceduk sebuah Hadis riwayat Al Hasan bin Muhamamd bin Sabah yang berkata:-‐ ‘Apabila terbaca perkataan; ﻭوﺍاﻟﺳﺎﺑﻘﻭوﻥن ﺍاﻟﺳﺎﺑﻘﻭوﻥن maka aku dengar Hassan berkata; Orang-‐orang Assabiqun telah pun berlalu, tetapi Ya Allah, jadikan lah aku ini di kalangan kumpulan Ashabul Yamin”. Mari lah kita berdoa agar kita ini dikategorikan sebagai Ashabul Yamin kelak di akhirat nanti. Amin. Setelah menjelaskan keistimewaan ke atas Kumpulan al Muqarrabun ini, sebagai kumpulan terpilih dan terbaik sekali, maka barulah Allah menjelaskan dua kumpulan disebutkan terlebih dahulu itu; ialah Kumpulan Kanan dan kumpulan Kiri. Bagi Kumpulan Kanan, Allah berfirman:
29
Mengenai Kumpulan Kanan; dan siapakah agaknya Kumpulan Kanan ini.(27) Mereka adalah kumpulan yang berbahgia dan berada di antara pohon-‐pohon bidara yang tidak berduri.(28) Dan (menikmati) tandan-‐tandan pisang yang tersusun rapi buahnya.(29) dan berteduh-‐teduh dibawah naungan pohon-‐pohon yang menjulai daun-‐daun nya.(30)
Tafsiran ayat 27-‐30: Siapakah sebenarnya kumpulan Kanan? Imam Fakhurrazi memberi penjelasan begini, Mereka dikatakan sebagai: a) Mereka yang telah menerima kitab catitan amalan mereka dari sebelah kanan mereka. b) Mereka telah ditentukan mempunyai nur dan cahaya yang terkeluar di hadapan dan ke kanan mereka sewaktu melalui Titian Sirot berdasarkan ayat dari surah At Tahrim ayat 8:
( Nur mereka terpanca dihadapan dan di kanan mereka) c) Mereka adalah dari kumpulan yang mulia dan dimuliakan oleh Allah Ayat-‐ayat 27-‐30 di atas menjelaskan kumpulan yang tidak kurang pentingnya pada Allah, iaitu Kumpulan Kanan. Identiti mereka diberi sebagai berikut:-‐ a) Mereka menerima buku catitan amalan mereka melalui tangan kanan. b) Mereka ini dikatakan sebagai orang yang mendapat cahaya di hadapan mereka dan di kanan, sewaktu melalui Titian Sirot ke Syurga Allah. 30
c) Kanan bererti yang baik, di mana dengan kudrat dan iradat Allah, Dia mendahulukan yang kanan itu dari yang kiri dalam penentuan balasan. d) Mereka adalah kumpulan yang dimuliakan Allah dengan balasan dan kemudahan yang terbaik di Akhirat nanti. (Imam Zamakhshari) e) Ada yang mengatakan bahawa mereka ini adalah dari kumpulan al Abrar. f) Mungkin kumpulan ini terdiri dari pengertian ayat 21 surah Tur seperti berikut, mafhumnya: (dan orang-‐orang yang beriman yang dituruti oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman; Kami himpunkan zuriat mereka itu dengan mereka dalam syurga dan Kami tidak mengurangkan sedikit pun pahala-‐ pahala amalan mereka, kerana tiap seorang itu berhak atas amal yang di lakukannya; ayat 21 surah Tur) Apakah yang diberi kepada Kumpulan Kanan ini sebagai balasan pada mereka? Mereka dijelaskan dengan nikmat berada di bawah teduhan pokok bidara. Mereka juga dikelilingi oleh suasana tumbuhan pokok-‐pokok pisang. Allah menghiaskan tempat berehat dan penginapan mereka dengan suasana hening diliputi oleh kawasan hijau dari pokok buah-‐buahan yang menghilangkan sebarang kerungsingan. Mereka memperolehi dua faedah iaitu teduhan yang paling enak dan memakan buah-‐buahan yang datang pokok bidara dan buah pisang. Pokok bidara berdaun kecil dan pokok pisang berdaun besar; iaitu mereka di kelilingi oleh berjenis tumbuhan yang kecl besar daunnya yang menghijau serta mempunyai buah-‐buah nya. Inilah gambaran yang boleh diterima oleh minda kita sebelum kita melihat sendiri akan hakikat hiasan ini apabila diberi tempat dalam syurga nanti. Inilah pengertian dan ‘balaghah’ dari Kalam Allah dalam surah ini iaitu:
(di pohon-‐pohon bidara yang tidak berduri dan pokok pisang yang rapi sisir-‐ sisir buahnya; dan semuanya menjadi naungan yang terserlah). 31
Anugerah-‐anugerah berikut di antara yang terbaik untuk dihayati oleh minda kita. Firman Allah:
dan melihat aliran air yang sentiasa mengalir.(31) dan serta meneliti pohon buah-‐buah yang banyak.(32) buah-‐buah ini tidak terputus dek musim, dan tidak berbisa untuk memakan nya.(33)
Tafsiran ayat-‐ayat 31-‐33: Setelah Allah menyebut teduhan yang sangat selesa, maka dijelaskan dalam ayat-‐ayat di atas tentang pancutan air yang mengalir yang tidak terputus, di samping adanya buah-‐buahan dari jenis-‐jenis buah yang berbagai yang tidak terputus mengikut musim. Mereka bebas untuk memilih buah apa yang mereka mahukan. Inilah keadaan sekeliling yang ditentukan untuk kumpulan kanan ini. Kita cuba melihat pula tempat rehat mereka, bagaimana gambaran al Quraan untuk kita hayati dan bagaimana kumpulan ini dimuliakan oleh Allah. Firman Allah:
Tempat-‐tempat tidur yang berada di tempat tinggi.(34) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-‐isteri mereka dengan cara teristimewa.(35) maka Kami telah jadikan mereka sentiasa dara.(36) setia menyintai jodohnya dan sebaya umurnya.(37) Habuan untuk Kumpulan Kanan.(38) 32
Tafsiran ayat-‐ayat 34-‐38: Setelah menjelaskan keadaan sekeliling, yang mengheningkan dalam ayat-‐ ayat berikutnya, Allah menjelaskan keadaan bidadari-‐bidadari yang menjadi teman kepada kumpulan ini; Digambarkan katil-‐katil tempat mereka tidur di hias dengan hamparan yang selesa sekali. Kemudian teman-‐teman tidur mereka terdiri dari bidadari-‐bidadari yang dicipta dari cahaya untuk membantu dan melayan mereka. Bidadari-‐bidadari ini menjadi pakaian mereka dan mereka pula menjadi pakaian kepada bidadari itu. Sifat bidadari itu juga dijelaskan sebagai sentiasa dara, malah umur mereka adalah sebaya dan tidak menjadi tua atau berlaku perubahan mendadak seperti wanita yang pernah lalui di dunia ini. Bukan setakat menjadi ‘pelayan’ pada kumpulan ini saja, malah mereka bertindak sebagi seorang isteri yang sentiasa penuh kasih sayang pada suami dan penuh rasa tarikan sayangnya pada mereka dalam semua situasi. Semua nikmat-‐nikmat yang berbentuk penjelasan yang boleh kita rasai itu adalah ‘nikmat material yang boleh dirasai’ diperuntukan pada Kumpulan Kanan ini. Timbul pertanyaan berapa banyakkah mereka-‐mereka yang mewakili Kumpulan ini; Jawab Allah dalam Firman berikut:-‐
sebilangan besar mereka adalah dari umat yang terdahulu.(39) Sebilangan besar juga dari umat-‐umat yang terkemudian.(40) Tafsiran ayat 39-‐40: Allah memberi jaminan kumpulan Kanan adalah besar jumlahnya sama ada dari zaman Adam hingga Nabi Muhammad dan dari zaman Muhammad hingga ke akhir dunia. Semuga kita dimasukkan dalam kumpulan ini dan mendapat semua yang diperuntukkan kepada kumpulan ini oleh Allah.
33
Saya cuba membawa DUA pendapat dari Ibnu Kathir dan Syed Qutub, mengenai komen mereka atas penjelasan ayat di atas: Ibnu Kathir; “Kata Imam Ahmad disampaikan oleh Ali bin Bahar, disampaikan oleh Hisham bin Yusuf, disampaikan Maamar dari Abi Yahya bin Ibnu Kathir dari Air bin Zaid yang mendengar dari Utbah bin Abd Salma yang berkata;” “satu hari datang seorang badwi dan bertanya tentang TELAGA dan Syurga. Kata Badwi itu; ada tak buah dalam Syurga? Rasulullah menjawab, Ya ada, malah ada sejenis pokok yang menyamai pokok di dunia yang dikenali sebagai THUBI”. Tanya Badwi itu lagi, « ceritalah sedikit tentangnya, ya Rasulullah!. Adakah mana-‐mana pokok yang sama di dunia ? Jawab Rasulullah, sebenarnya TIDAK SAMA satu pun mana pokok di dunia ini dengan yang ada di Syurga!…………………………. (Maksud Hadith.) Syed Qutub pula berkata dalam buku tafsir nya; Fi Zilalil Quraan ms3464 jilid 6, berkata: “pada pendapat kami, nikmat-‐nikmat yang digambarkan dalam ayat di atas adalah nikmat yang diberi kepada ‘Ashabul Yamin’ berupa material yang boleh dirasa kepada seorang manusia biasa, penjelasan mengenai sifat-‐sifat balasan kepada mereka ini berdasarkan kepada penjelasan untuk orang biasa, ia menggamit orang biasa untuk membisikkan sesuatu itu yang boleh tercapai kepada minda mereka dan pengalaman mereka dalam gambaran warna-‐warna nikmat Allah itu” Dari kedua-‐dua pendapat itu, maka sifat-‐sifat nikmat sebenarnya bukanlah setakat itu tetapi dalam ilmu Allah, ianya lebih dari itu, tidak dapat digambarkan oleh fikiran manusia. Apa pun, MATLAMAT dari nikmat-‐nikmat yang dikurniakan kepada ‘Ashabul Yamin’ itu dikaitkan dengan amalan mereka sewaktu di dunia. Firman Allah, maksud nya sebagai balasan kepada mereka atas semua amalan mereka yang lalu.
Apakah implikasi ayat-‐ayat di atas kepada kita sebagai pembaca surah ini?
34
Pertama: Yakin akan adanya hari kiamat, hari dibangkitkan semula dan seseorang itu adalah dipertanggungjawabkan ke atas semua amalannya di dunia ini. Atas landasan itu kita berjalan dalam hidup ini. Kedua: Hari akhirat ialah hari yang terangkat naiknya imej orang yang beriman beramal soleh, sebaliknya terlingkupnya imej orang yang kufur dan maksiat di dunia ini. Ketiga : Kita akan menjadi salah satu dari TIGA kumpulan; iaitu Kumpulan Kanan, Kumpulan Kiri dan Kumpulan Sabiqun. Kumpulan Kiri adalah penghuni neraka, dan kumpulan Sabiqun adalah yang terlalu tinggi darjat nya di sisi Allah. Yang tinggal dan perlu kita berdoa ialah menjadikan kita dari kumpulan Ashabul Yamin. Salah satu sifatnya ialah; selalu mendahulukan amalan baik berdasarkan firman Allah: bermaksud: “dahulukan dan cepatkan berbuat sesuatu yang baik bagi mendapatkan pengampunan dari Rabb Tuhan mereka dan mendapat Jannah di mana lebar nya adalah selebar langit dan bumi. Semuanya disediakan untuk orang-‐orang yang bertakwa:”(133 Aali Imran) Serentak dengan penjelasan Ashabul Yamin, maka Allah membawa kita kepada AZAB yang akan diberi kepada Aqshabussyimal (Kumpulan Kiri). Firman Allah dalam ayat-‐ayat 41-‐56:
dan kumpulan kiri, alangkah malangnya puak kiri ini!(41)
35
mereka akan menerima seksaan keracunan angin panas dan kehangatan yang mengelegak.(42) dan dari naungan asap hitam beracun(43) ianya tidak sejuk dan tidak selesa samasekali.(44) Mereka ini, sebelum ini telah dilalaikan oleh kemewahan dan pembaziran.(45) dan sentiasa melakukan dosa-‐dosa besar.(46)
dan pernah berkata; “adakah sesudah kita meninggal dan menjadi tanah, betulkah kita akan dibangkitkan semula?.(47) “dan adakah juga datuk-‐datuk nenek kita yang telah lama mati itu, juga akan dibangkitkan semula?”.(48) Katakan lah wahai Muhammad kepada mereka yang ingkar ini, “Sesungguh nya mereka yang telah lama mati itu dan mereka yang mati kemudiannya”.(49) TETAP akan dihimpunkan pada masa yang telah ditentukan iaitu pada hari Kiamat yang termaklum itu,.(50) kemudian, sesungguhnya kamu semua, wahai orang-‐orang yang sesat, dan orang–orang yang pendusta,(51)
36
akan mengambil makanan kamu dari sejenis pokok dikenali sebagai pokok Zaqqum.(52) makanan itu akan memenuhi perut kamu dengan kepahitannya.(53) dan kemudian minuman kamu dari air panas yang mengelegak.(54) dan kamu akan meminumnya seperti kuda yang sakit yang sentiasa dahaga dan tidak puas-‐puas.(55) Inilah dia jenis azab yang telah disediakan untuk kamu semua dan akan menyambut kamu pada hari kiamat itu.(56)
Tafsiran Ayat-‐ayat 52-‐56: Pertama, jenis azab yang dikenakan pada Kumpulan Kiri ini ialah angin panas dan azab dari kepanasan bahang api, ada naungannya, tetapi naungan pula dari asap hitam yang beracun. Sungguh tidak ada keselesaan langsong. Mengapa demikian? Mereka adalah terdiri dari kumpulan manusia yang merupakan:-‐ 1. Pembazir dan Pendusta 2. Penerus membuat dosa besar 3. Pencabar konsep bangkit semula dan mendustakannya Jawapan kepada mereka ialah; jangan bimbang, mereka dan juga ibu-‐bapa mereka akan dihimpunkan di hari Kiamat dan di azab, caranya ialah: .disediakan makanan mereka dari sejenis pohon yang pahit buahnya .makanan itu akan penuh dalam perut mereka dan menjadi cecair panas 37
.bila terlalu dahaga, air minuman ialah dari air yang menggelegak dan walaupun panas ianya terus di minum. Ayat di atas juga menjelaskan itulah sifat-‐sifat hari kiamat yang mereka ingkar selama ini, dan hari yang pasti mereka menempuhinya. Sepatutnya itu lah hari rehat mereka, sayangnya bagi Kumpulan Kiri ini, mereka tidak punya rehat, hari yang mereka ingkar selama ini akan menjadikan mereka dalam keadaan azab yang berpanjangan, iaitu hari yang selama ini mereka syak tentang kebenarannya, hari yang di cerita oleh al Quraan tetapi mereka menolaknya dengan pelbagai logik, iaitu hari yang mereka tidak takut akan kedatangannya, Nah terimalah hari tersebut. Satu iktibar kepada kita dari ayat-‐ayat di atas, kita hendak lah menyakini akan datangnya hari kiamat, dan memohon perlindungan Allah dari menjadi seperti Kumpulan Kiri ini. Mau tak mau ianya pasti datang, Perkuatkan akidah tentang adanya hari kiamat itu. Persoalannya, jenis azab yang dijelaskan ini adalah berbentuk material dan mendekati minda manusia biasa tentang azab Allah. Azab sebenarnya adalah lebih sakit dan lebih parah. Apa pon kita mohon agar Allah menjauhkan kita dari azab di akhirat kelak. Seolah-‐olah, Allah memberi amaran bahawa hari yang mereka ingkar selama ini, itulah hari Kiamat yang disuarakan oleh surah ini dengan tajuknya KEHANCURAN atau al Waqi’ah. Setelah selesai dalam pusingan pertama menjelaskan perkara-‐perkara mengenai manusia dan hari Kiamat nya, dan orangnya dengan balasannya, maka al Quraan menarik minda kita kepada persoalan akidah. Pertama di persoalkan mengenai Hidup dan Mati; dua perkara yang dianggap sebagai Fitrah pada manusia. Firman Allah:
38
(wahai semua!) Kami lah yang telah mencipta kamu semua, maka eloklah kamu mempercayai yang kamu akan dibangkitkan semula selepas mati.(57) Cubalah kamu fikirkan bagaimana kamu semua telah diciptakan dari air mani.(58) Hakikatnya, adakah kamu yang menciptanya atau sesungguhnya Kami lah yang menciptakannya?.(59) Kamilah juga yang telah mentakdirkan bila antara kamu akan mati, dan Kami tidak pernah mendahului masa ikut takdir itu.(60) Kami juga berkuasa boleh menggantikan kamu dengan orang-‐orang yang serupa dengan kamu, dan Kami berkuasa meletakkan kamu di tempat-‐tempat yang kamu tak tahu.(61) Hayatilah yang kamu telah pernah diciptakan kali pertama dan bayangkan lah kamu boleh dikembalikan dalam hidupan kedua.(62)
Tafsiran ayat-‐ayat 57-‐62: Dengan tegas nya Allah menyatakan bahawa Dia lah yang telah mencipta semua manusia ini dari tiada kepada ada! Percaya lah! Secara logiknya, jika Allah boleh mencipta mereka dari tiada kepada ada maka tidak susah bagi Nya untuk mencipta kembali dari penah ada kepada 39
ada di hari Akhirat. Begitulah tafsiran ayat 57 di atas. Tujuannya hendak memupuk kepercayaan pada hidup dan mati itu sebagai ada, sebagai fitrah yang mesti kita lalui. Ianya hidup di sekeliling kita dan bagaimana boleh kita nafikannya. Jika tak percaya, maka telitikan lah bagaimana kita diciptakan dari air mani dan dihidupkan dalam rahim yang gelap itu, bergerak dari air kepada seketul darah di dinding rahim dan dijadikan tulang-‐temulang, dan ditiupkan roh ke dalamnya, dan akhirnya mengikut waktu tertentu ianya lahir sebagai manusia baru. Selepas beberapa lama hidupnya maka dia terpaksa mati. Bukankah semuanya ini melalui satu takdir penentuan Allah dan penciptaan kamu dan pulangan kamu itu? Boleh kah kamu mengakui yang kamu mencipta manusia itu? Jika tidak siapa yang menciptanya? Bukan setakat mencipta saja, tetapi menyisipkan hidupan nya dengan takdir penentuan hidup dan matinya seseorang itu. Penentuan takdir inilah bukan satu khayalan tetapi satu kenyataan dan terjadi. Misalnya penentuan mati seseorang itu oleh Penciptanya. Semua akan mati, tapi Bila?, inilah keunikan ciptaan Allah, dan bila sampai ajal maka tidak sedikit pun waktunya akan lari dari penentuan yang telah ditetapkan oleh takdir. Mengapa mati? Untuk meneruskan ciptaan orang yang terkemudian yang juga sama dengan kita untuk menduduki bumi ini dan menjadi khalifah atas nya. Begitulah seterusnya! Yang pergi dan datang, dan kemudian semuanya akan di tempatkan di alam ghaib yang kita tidak tahu di mana. Ini dia permulaan akhirat untuk yang hidup. Ianya sangat hampir pada kita dan bukan sesuatu yang pelik untuk kita. Masih tidak boleh diterima logik ini? Maka Allah menyarankan hujjah kedua. Firman Nya:
40
Lihat saja pada pokok-‐pokok yang telah kamu tanam?.(63) Fikirkan lah! Adakah kamu yang menumbuhkannya? Atau Kami lah yang sebenarnya menumbuhkan nya?.(64) Kami berkebolehan untuk menjadikannya layu-‐longlai, sehingga kamu akan tercengang kehairanan dan menyesal?.(65) dan mengaku; sesungguhnya kami sedang menanggung kerugian’.(66) ‘kami merasa hampa’.(67)! Tafsiran ayat 63-‐67: Hujah kedua ialah lihat saja pada tumbuh-‐tumbuhan, dan keluarannya yang menjadi makanan kita! Siapa yang mencipta makanan kita? Mencipta Makanan Kamu ? Hasil pengeluaran dari Tanah, siapa yang menanamnya ?dan siapa pula yang MENGHIDUP kan nya ?Ya kita berusaha menanam pokok-‐pokok yang menjadi sumber makanan kita, tetapi yang menghidupkannya ialah Allah. Ianya bermula dan berakhir menghasilkan bijian dan makanan. Jika proses permulan tidak berakhir dengan hasil, kerana kemarau, penyakit atau lain-‐ lain faktor yang menggagalkan pengeluaran makanan itu maka ianya adalah kerja Allah, mungkin kerana kamu tidak bersyukur! Pada masa itu kita akan berkata: Rugilah kami, hampalah kami!. Akui lah, Allah yang menghidup dan memberi rahmat kepada kita sehingga apa yang kita tanam itu berakhir dengan hasil, Bersyukur lah. Setelah Allah mencabar kita tentang makanan yang kita makan itu, untuk kita akui ianya dari Allah, dan bersyukur pada Nya; maka sekali lagi Allah mencabar kita tentang air, siapakah yang mengujudkannya? 41
Air; dan siapakah yang menurunkannya dari langit? Fiman Allah:
Hayati dan lihat lah air yang kamu minum itu!.(68) Adakah ianya diturunkan oleh kamu semua dari awan; atau sesungguhnya Kami lah yang telah menurunkannya?.(69) Kalau Kami mau, kami boleh jadikan air itu terasa masin-‐masam, andaikata kamu masih degil dan tak mau bersyukur!.(70)
Tafsiran ayat 68-‐70: Cabaran Allah kepada manusia mengenai isu air ini mungkin begini: « Selain dari itu, tidakkah kamu melihat kepada air (untuk minuman kamu itu) ? Kamu kah yang menurunkannya dari awan sebagai hujan ATAU Kami yang menurunkannya ? Kalau kami kehendaki (jika kamu tidak bersyukur atas pemberian percuma yang penting ini) maka kami jadikannya masin dan berasid! (maka kecewalah hidup kamu)’!. Menyediakan air untuk sumber hidup? Ianya berasal dari hujan. Siapakah yang mencipta proses penurunan air hujan itu dari awan nya? Allah dan bukan manusia. Ianya adalah percuma dan terpenting dalam hidup manusia, haiwan dan pokok-‐pokok. Andai kata ianya pahit atau masin, maka manusia tidak boleh hidup, begitu juga tumbuhan dan binatang. Bersyukur lah kerana Allah memberi rahmat Nya sehinga semua dapat hidup dengan selesa.
42
Seperkara penting yang lain ialah API yang kita nyalakan dengan menggesek. Api sumber penting dalam hidup kita; siapakah yang mengujudkan bahan-‐ bahan karbon yang boleh api itu ternyala atasnya? Firman Allah:
Lihat dan hayati lah api yang kamu selalu nyalakannya (untuk keperluan hidup kamu).(71) Adakah kamu yang telah mengujudkan pohon kayunya(sebagai bahan bakar) itu atau Kamilah yang menumbuhkannya?.(72) soalah-‐soalan begini Kami aju kan bagi mengingatkan kamu semua yang lalai dan sebagai perhiasan kepada orang yang bertaqwa.(73) Tafsiran ayat-‐ayat 71-‐73: Api memerlukan bahan bakar yang terdiri dari karbon seperti batang kayu kering untuk nyalaannya selepas digesek mungkin melaui geseran batu dengan batu. Api adalah satu perkara yang sangat penting dalam hidup kita seperti air dan tanah. Allah mencabar kita, siapakah yang menyediakan api itu sendiri dan untuk menghidupkan api ia memerlukan pada bahan bakar, dan siapakah yang menyediakan bahan bakar itu? Lihatlah kepada nyalaan api, bagaimana ianya terjadi? Allah mencipta sifat api sebegitu. Dia juga telah mengujudkan bahan karbon dari pokok-‐pokok yang boleh menyalakan api yang digunakan sejak dari manusia terkenal dulu lagi. Api adalah sumber hidup penting, dan api juga lah akan menjadi bahan pembakar kepada yang kufur pada Allah. Ingat lah! Tegasnya yang menyediakan bahan api itu dan bahan-‐bahan bakar itu adalah Allah; demi untuk kepentingan hidup manusia. 43
Sesungguhnya nikmat-‐nikmat Allah yang kita kecapi setiap detik dalam hidup kita seperti tanah untuk tumbuhan bahan makanan yang kita makan, air untuk minuman kita dan untuk binatang ternakan kita, dan air itu paling penting dalam hidup ini, kerana air itu merupakan hidup kita; kemudian api yang tidak kurang pentingnya dalam hidup ini, semuanya dicipta oleh Allah untuk kita. Adakah sesiapa di langit dan di bumi yang mau menafikannya? Sama ada anda beriman atau seorang yang kufur, atau ianya makhluk Allah yang tidak berfikiran, itulah nikmat yang anda kecapi tiap detik dalam hiudp ini. Allah hanya mengingatkan kita supaya tahu kah kita untuk bersyukur di atas nikmat-‐nikmat asas dan beriman lah dengan Nya. Caranya ialah dengan bertasbih membesarkan keagongan Allah itu, Firman Nya:
(Maka insaf lah) ! dan bertasbih lah banyak-‐banyak, dengan memuji nama Tuhan mu yang Maha Agong itu.(74) Tafsiran ayat 58-‐73: Apabila pencerahan telah berlaku dengan tujahan-‐dan cabaran yang dibangkitkan dalam ayat-‐ayat 58-‐73 dalam surah ini, di mana semua manusia terpaksa akur yang Allah lah yang telah menyediakan semuanya untuk kita, maka timbullah hakikat dan rahsia-‐rahsia Allah yang menjelaskan dalil keimanan dengan Nya. Hati dan urat saraf kita akan dengan senang menerima hakikat ini dengan rasa puas dan mau bersyukur. Ianya menyerlahkan tentang hakikat kewujudan Allah, Keagongan Nya serta Ketuhanan Nya. Fitrah kita akan menoleh kepada Allah dengan mengakui Dia terlalu Perkasa, tinggi kekuasaan Nya, sekaligus menghidupkan hakikat ini dalam minda kita lalu mulut dan hati kita akan bertasbih kepada Nya mengucap syukur di atas semua anugerah ini. Oleh itu Allah mencadangkan kepada manusia, bertasbih lah dengan memuji dan memuja Tuhan dengan menyebuat nama-‐nama Nya yang agong itu, agar 44
iman kita kepada Nya terus bertaut. Inilah maksud ayat 74 di atas. (Syed Qutub ms. 3470 Jilid 6) Seterusnya, mulai ayat 75 hingga 80, Allah menghujahkan bahawa al Quraan itu bukan seperti yang didakwa oleh orang-‐orang yang kufur sebagai syair, sihir atau tulisan cerdik pandai orang beragama, tetapi ialah adalah diturunkan dari Luh Mahfuz dan ianya adalah kata-‐kata suci Allah, dari Allah Rabbil ‘Alamin; Firman Allah:
Maka Aku bersumpah: Demi Stesen-‐stesen/tapak-‐tapak bintang-‐bintang! Aku bersumpah dengan Nya.(75) Demi sesungguhnya, Jika kamu tau, sumpah ini adalah yang amat agong.(76) Sesungguhnya, al Quraan itu, yang dibacakan pada kamu dan ianya sangat mulia.(77) Al Quraan itu telah termaktub dan tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara. (dalam Luh Mahfuz).(78) Ianya tidak pernah disentuh dan dipegang kecuali oleh mereka-‐mereka yang tersuci.(79) Ianya di turunkan dari Allah, Tuhan Pemelihara seluruh Alam.(80)
Tafsiran ayat-‐ayat 75-‐81: Demi menjelaskan bahawa al Quraan itu satu kebenaran dari Allah maka Allah telah bersumpah dengan ‘tapak-‐tapak bintang bintang’( ;)ﻣﻭوﺍاﻗﻊ ﺍاﻟﻧﺟﻭوﻡم Apakah dia tapak-‐tapak bintang-‐bintang itu?
45
Ibnu Abbas menyatakan ianya ialah tempat-‐tempat dan masa-‐masa turunnya bahagian-‐bahagian al Quraan; Atok bin Abi Ribah; berkata bintang-‐bintang yang telah ditetapkan tempat-‐tempat nya. Syed Qutub; “ianya adalah kumpulan bintang-‐bintang yang berjuta di atas sana. Tiap bintang itu ada tapaknya tersendiri dan berjauhan di antara satu sama lain dengan hikmah yang diketahui oleh Allah. Inilah dia kebesaran ciptaan bintang-‐bintang itu sendiri. Berdasarkan surah al Maarij; ianya adalah tempat-‐tempat turun naik nya para malaikat di bintang-‐bintang yang ada sewaktu bertugas menurunkan al Quraan kepada Rasulullah; Apa pun Allah bersumpah dengan satu ciptaan Nya yang begitu unik untuk kita ketahui hakikatnya. Kata Allah, bahawa sumpahan ini adalah terlalu agong yang terlalu hebat, dan hanya Allah yang tahu hakikat nya. Apakah perkara yang disumpahkan itu? Ianya mengnai al Quraan yang telah di turunkan kepada Nabi Muhammad saw. Al Quraan itu adalah maha tinggi kemuliaannya, kerana ianya adalah Kalam Allah; Al Quraan itu terjaga dari sebarang gangguan dan tersimpan dalam Loh Mahfuz yang dibawah jagaan terus dari Allah. Yang boleh memegang al Quraan itu hanya orang yang bersih akidah nya; termasuk para malaikat yang dianggap sebagai terbersih. Yang boleh menerima dan mendapat munafaat dari al Quraan ialah yang beriman dengan Allah, yang bersih akidah nya. Al Quraan adalah diturunkan dari Allah Tuhan yang mentadbir alam ini. Dengan sumpah ini dan penjelasan ini, maka segala tuduhan orang yang kufur pada Allah yang al Quraan itu sebagai kitab Syair, atau Kitab Sihir atau ciptaan dan tulisan Rasulallah saw, adalah salah. Ianya dari Allah, dari Pentadbir Alam semesta ini , demi memberi hidayah pada manusia. Manusia tetap dengan ‘ego’ nya, menolak al Quraan, ,menolak Rasul nya dan menolak Allah. Bagi mereka untuk terus tunduk dan turunkan ‘ego’ mereka maka Allah membawa minda kita dalam surah ini menerangkan perkara mati 46
atau apa berlaku di saat-‐saat akhir seseorang itu untuk meninggalkan dunia ini ;’ Firman Allah:
Wahai yang kufur! mengapa kamu meminggir ayat-‐ayatnya yang merupakan keterangan-‐keterangan dari Allah?.(81) Malah kamu jadikan ajaran-‐ajaran baiknya itu sebagai perkara yang kamu dustakan.(82) Tunggu lah, sehingga roh dalam badan kamu itu menyonsong ke halkum kamu (ketika nazak nak mati).(83) Pada ketika itu kamu sendiri dapat menyaksikan (semua yang berada di sekitar kamu).(84) Tahukah kamu yang Kami lebih hampir pada kamu masa itu tetapi kamu tidak dapat melihatnya?.(85) Sebaik-‐baiknya, jika kamu orang yang tidak percaya pada kuasa Kami akan.(86) cuba memulangkan semula roh itu (sebab kamu tak mau mati) jika kamu benar dalam kepercayaan kamu yang tidak percaya pada Allah.(87)
Tafsiran ayat 81-‐87: Apabila kita menolak al Quraan dan menolak kepercayaan yang kita semua akan dibangkitkan semula selepas mati, bererti kita kufur pada Allah. Jadi kekufuran kita pada Allah itu sebagai ganti ke atas nikmat dan rezeki iman 47
kita pada Allah yang sepatutnya kita terima jika kita beriman. Ini adalah gambaran kebodohan orang yang memilih kufur dari beriman! Inilah pengertian dari ayat yang berbunyi:
Malah kamu jadikan ajaran-‐ajaran baik nya itu sebagai perkara yang kamu dustakan (82)
Dalam kata lain, adakah kamu dengan rezeki dan nasib baik kamu jika kamu menerima al Quraan itu telah kamu korbankan degan menidakkan kepercayaan kamu pada Kitab Allah itu? Ini bererti, bahawa hamba Allah itu akan kerugian nasibnya dari mendapat hidayah dari Kitab Allah yang dia menolaknya. Inilah dia ‘ego’ manusia yang kufur pada Allah, sedangkan Allah telah mencipta nya, Allah menyediakan makan untuk nya, menyediakan air untuk minuman nya, dan menyediakan api untuk keperluan hidupnya. Bilakah ‘ego’ nya itu akan diranapkan dihadapan Allah? Allah menyebut masa nya ialah apabila saat ROH nya mula menyusuri kerongkongnya dan beliau hampir mati. (Tungguh lah hari kematian kamu itu) Alangkah eloknya kalau semasa roh seseorang yang nak mati itu mula mendekati kerongkongnya ( waktu nazak), sedangkan kamu pada masa itu yang berada disekeliling nya dan sedang menyaksi keadaan kematian nya, dan pada masa itu Allah dan para Malaikat nya berada lebih hampir kepadanya dari kamu semua dan kamu tidak dapat melihatnya, dan jika kamu percaya, bukan kah elok kalau kamu semua wahai orang yang ingkar, BOLEH cuba kembalikan roh itu semula kepada tuan nya jika betul kamu sebagai orang yang benar? Di waktu roh seseorang itu menyusuri kerongkongnya untuk dia meninggal dunia ini, maka ‘tuan diri’ itu sendiri akan menyaksikan peristiwa pengeluaran roh itu dari diri nya; Ini lah maksud dari ayat:
48
(Pada ketika itu kamu sendiri dapat menyaksikan (semua yang berada di sekitar kamu)(84)) Pada masa itu, wahai kamu yang punyai ‘ego’ tinggi yang kufur pada Allah akan tersungkur, terhina kerana kamu berada dalam tangan Allah yang akan merentap roh itu. Pastinya kamu tak mahu mati kan? Wahai kamu yang menolak Allah, menolak adanya hari di bangkit semula, menolak adanya hari hisab, dan tiada Tuhan yang memberi balasan atas semua amalan kamu, boleh tak kamu cuba pulangkan semula roh itu ke dalam badan yang baru mati itu? atau menyekatnya dari keluar dari badan itu dan mati ? Kalau lah kamu tidak berdaya, tidak punyai kuasa untuk itu, maka ketahui lah yang berkuasa ialah Allah, yang kamu kufur pada Nya selama ini. Maka Beriman lah kamu dengan Nya. Setelah Allah kejutkan kita dengan penyusuran roh ke kerongkong untuk mati, maka Allah memberi gambaran bagaimana bentuk-‐bentuk pengeluarn roh-‐roh dari tiga kumpulan yang di sebut dalam surah ini; Firman Allah:
(selepas dan sesudah di matikan); jika kamu dari kalangan Kumpulan Orang-‐ orang Muqarrabin ( orang-‐orang terhampir pada Allah).(88) Maka kamu dijanjikan kerehatan dan kesegaran serta dipersilakan kedalam Jannah yang penuh dengan kenikmatan.(89)
Tafsiran ayat 88-‐89: Bagi Kumpulan Terdahulu (Assabiquun) yang selalu kehadapan atau Kumpulan Muqarrabun, roh mereka dikeluarkan dengan penuh keselesaan (pendapat al Hasan), atau penuh dengan rahmat dari Allah (pendapat al
49
Qatadah) dan juga dengan penuh kerehatan, pengampunan dan disertai Rahmat Allah. (al Bughawi ms. 304 Jilid 5).
Abul ‘Aliyah berkata: “Orang Muqarrabin yang meninggal tidak akan keluar roh nya kecuali telah disediakan kepada mereka dengan sejambak bunga yang wangi yang akan di cium oleh mereka, baru lah di cabut nyawa mereka”. Pastinya mereka akan terus ke Jannatun Naim (jenis Syurga Allah). Inilah balasan dan janji Allah kepada mereka yang dikategorikan sebagai Kumpulan Muqarrabuun Dalam sebuah Hadis riwayat Barra’ berkata:
« bahawa Malaikat rahmat akan berkata kepadanya; « Wahai roh yang terbaik ini,dari jasad yang terbaik ini, keluar lah ke arah Rauhun Raihan dan kepada Allah tanpa sebarang kemurkaan ». Bagi Kumpulan Kanan pula ada cara yang tersendiri dan di firman dalam ayat berikut:
Jika kamu terdiri dari kalangan Kumpulan Kanan (90) maka kamu semua akan di sambut dengan perkataan :”Salam sejahtera dari Allah; semata-‐mata kerana kamu semua dipilih sebagai Kumpulan Kanan”(91)
Tafsiran ayat 90-‐91: Al Bughawi mentafsirkan ayat di atas, menyatakan tentang keadaan orang dari Kumpulan Kanan apabila roh mereka keluar dari badan dan disambut dengan perkataan salam; sama ada Salam kepada Nabi Muhamad saw yang membawa erti; Selamat dan salam pada mu Wahai Muhammad, janganlah 50
kamu gusar dengan mereka, sesungguhnya mereka sekarang telah selamat dari azab Allah, dan pastinya Engkau melihat mereka sejahtera seperti yang mereka sukai”. Atau ianya memberi erti bahawa Allah telah menerima kebaikan mereka yang didapati melebihi kejahatan mereka. Jika salam itu ditujukan pada Kumpulan Kanan sendiri maka; ayat di atas memberi erti sebagai: ”salam sejahtera ke atas kamu semua Wahai Kumpulan Kanan atau salam ke atas engkau; sesungguhnya engkau adalah dari kumpulan Kanan.”(Al Bughawi ms 304, Jilid 5) Syed Qutub mentafsirkan ayat di atas sebagai cara Allah menarik keluar roh Kumpulan Kanan dengan cara Allah menyampaikan salam kawan-‐kawan mereka dari kalangan Kumpulan Kanan, dan digambarkan mereka sedang di tunggu oleh kawan-‐kawan mereka ini, sehingga pada waktu itu roh mereka sampai ke kerongkong dan mereka akan terasa selesa, dan dapat merasakan mereka ada kawan yang menunggu mereka di sana, ( Syed Qutub ms. 3472; Jilid 6) Bagaimana pula keadaannya bagi mereka yang menafikan Allah, membohongkan al Quraan dan menolak Rasul mereka, apabila roh mereka nak di cabut? Firman Allah:
Sedihnya, Jika kamu terdiri dari Kumpulan Kiri yang merupakan Pendusta Yang Sesat dan Menyesatkan.(94) maka kamu semua akan diberi sambutan dengan didihan ‘air-‐panas yang mengelegak’.(95) dan akan menyertai pembakaran dari neraka Jahim.(96)
Tafsiran ayat-‐ayat 92-‐96: 51
Bagi Kumpulan Kiri, dikatakan sebagai kumpulan yang menafikan adanya hari kebangkitan semula dan mereka sesat dari jalan hidayah dan kebenaran dalam ayat di atas. Mereka ini apabila roh sudah dicabut keluar maka yang menunggu mereka ialah Kepanasan dan Seksaan Neraka Jahannam. Pastinya mereka akan diseret ke dalam Api neraka yang ganas itu, terus bermukim di dalamnya dan terus menghadapi berbagai jenis azab yang sedang menunggu mereka. (Qurtubi ms. 201 Jilid 17/18) Sekarang, kita berada di akhir surah ini dan disimpulkan oleh Allah dengan bahasa yang terbaik untuk menginsafkan kita agar beriman dengan Nya; Firman Allah:-‐
Semua perkhabaran di atas ini adalah suatu KEBENARAN yang diyakini.(95) Maka sayugia lah kamu jika dapat bertasbih memuiji-‐memuja nama Allah yang Agong itu ( demi keagongan Nya sebagai Tuhan).(96)
Tafsiran ayat 95-‐96: Sesungguhnya perkhabaran yang disebut dalam surah ini adalah suatu yang BENAR dan dipenuhi keyakinan, dan ianya adalah kesimpulan dari Allah sendiri. Oleh itu sujud dan bertasbih lah mengingati Tuhan mu dalam semua urusan Nya (aL Bughawi ms 304) Kata syed Qutub; “dengan kesimpulan ini, maka jarum keyakinan dalam diri kita akan lebih memihak kepada kawasan YAKIN dan memberatkan timbangan al Haq. Allah memulakan surah ini dengan ‘Kehancuran (al Waqi’ah)’ dan mengakhirkan dengan tiupan rasa yakin yang menusuk kuat dalam minda yang mendorong kita bertasbih dan membesarkan keagongan Allah. ﻭوﷲ ﺍاﻋﻠﻡم
52
KONSEP TASBIH PENELITIAN ARAHAN BERTASBIH DALAM SURAH AL WAQI’AH Pengenalan Terdapat dua kali ulangan ayat dalam surah al Waqi’ah ini yang menganjurkan kita supaya bertasbih dengan menyebut/menzikirkan nama-‐nama Allah yang Agong itu. Ayat-‐ayat ini ialah ayat yang ke 74 dan ayat akhir surah ini iaitu ayat 96. Perkataan yang digunakan Allah ialah ﻓﺳﺑﺢ ﺑﺎﺳﻡم ﺭرﺑﻙك ﺍاﻟﻌﻅظﻳﯾﻡم yang bererti
“oleh yang demikian-‐wahai manusia, bertasbih lah dengan memuji nama Allah, Tuhan Mu, yang Maha Agong itu”. Pada saya ia menjadi petunjuk kepada semua manusia untuk bertasbih, dan melakukan tasbih berpandukan ayat dalam surah ini.
Pengertian Tasbih Penjelasan pengertian perkataan TASBIH saya pecahkan kepada Iktikad, Perkataan & Lafaz dan Dalil. Dari segi Iktikad; Tasbih membawa erti: 1. Memperingatkan kita yang Allah itu jauh dari sebarang persepsi jahat dalam minda kita. 2. Mempersucikan Allah dari semua sifat-‐sifat yang TIDAK LAYAK kepada Nya sebagai Allah. 3. Beriktikadkan Allah itu sebagai yang TERmulia dan Maha Tinggi sebagai Tuhan Yang di sembah. 4. Mentauhidkan, Mentahmidkan, serta Mentakzimkan Allah itu melalui Iktikad KEESAAAN Nya, kemuliaan Nya dan Keagongan Nya. Dari segi Perkataan & Lafaz yang digunakan ialah:
53
Yang umumnya dipakai ialah perkataan ﺳﺑﺣﺎﻥن ﷲ bereti “Mahasuci Allah itu”, dan juga mana mana lafaz dan perkataan yang membawa pengertian Keagongan, Kemuliaan dan Ketinggiannya Allah, seperti lafaz-‐lafaz TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID. Dari segi DALIL, Tasbih mengaitkan kejadian-‐kejadian Allah kepada wujudnya Zat Allah yang di sucikan itu. Ertinya ‘adanya sesuatu makhluk itu bererti adanya Allah’. Ianya bersifat dengan Al JALAL (termulia/teragong) dan MUQADDAS ANIL IMKAN (suci dari mempunyai tempat tinggal,) dan banyak lagi ayat-‐ayat dalam al Quraan untuk dalil tersebut. Ertinya, seseorang yang sedang bertasbih memuji muja Allah dengan menyebut nama-‐nama Nya bukan hanya terhenti pada menyucikan Nya sahaja, tetapi melibatkan kepada penghayatan perkara-‐perkara di atas. Dengan itu akan mantap lah amalan tasbih kita dan suburlah hati itu menjiwai Allah dalam amalan dan hidup kita.
SEBUTAN DUA KALI ARAHAN SUPAYA KITA BERTASBIH Dalam surah al Waqi’ah, ayat-‐ayat 74 dan ayat ayat 96, selepas Allah membicarakan beberapa konsep mengenai Penciptaan Nya makhluk, Penyempurnaan Nya, Penentuan Takdir dan Pendorong kepada Hidayah, maka disarankan supaya kita bertasbih. Ini mengenai ayat-‐ayat 57 hingga 73. Contohnya, Mulut anda mengucapkan LAFAZ Tasbih, iaitu mengulangi perkataan ﺳﺑﺟﺎﻥن ﷲ, ﺳﺑﺣﺎﻥن ﷲ, ﺳﺑﺣﺎﻥن ﷲ dengan mengertikan, ‘Mahasuci Mu Ya Allah’ dan minda anda akan mencernakan semua pengertian ayat-‐ayat 57-‐73 itu dengan menyimpulkannya begini:
1. Engkau lah Ya Allah Pencipta yang mencipta aku dari air mani, serta mentaqdir maut aku dan akan menghidupkan aku kembali kemudian nanti. 54
2. Eangkau lah Ya Allah yang telah MENYEMPURNAKAN hidup ku dengan menghidupkan sumber makanan, menurunkan hujan, dan mencipta api untuk kesempurnaan hidup ku. 3. Merasai sendiri kesan dari tasbih itu untuk menyuburkan iktiqad kita kepada Allah sebagai Pencipta, Penyempurna, Penentu Takdir dan Pendorong Hidayah. Dengan jiwa yang subur ini maka iman kita akan bertambah hijau, dan paduan tautan kita dengan Allah akan terjalin. Seterusnya, perkataan sama juga di ulang pada ayat akhir surah ini setelah Allah menjelaskan semua perkara dalam ayat-‐ayat 75-‐95. Kesimpulan penjelasan ayat-‐ayat 75-‐95 adalah: 1. Allah teragong mencipta Cakerawala-‐cakerawala yang tidak terfikir dek Manusia tentang keajaiban nya, terapong-‐apong dan tiada manusia yang dapat menguasainya kecuali Allah. Keagungan yang sama ialah mencipta al QURAAN untuk diteliti kekuasaan itu oleh umat yang mau beriman dengan Nya. Menjadikan Iman sebagai rezeki utama kepada mukminin. 2. Mencipta ROH dan mengambilnya kembali dan ianya bukan kuasa manusia. 3. Mempastikan amalan manusia adalah harga yang dibayar untuk mereka di akhirat. Manusia dikategorikan kepada 3 kategori, Yang TERTINGGI mutu akidah dan amalannya, disediakan Firdaus, Yang Biasa dan Beriman, disambut dengan salam sejahtera dari Allah dan malaikat Nya dan Yang Kufur dan Penyesat disediakan Jahim dan neraka Nya. Lantas hati yang sedang bertasbih akan meminta kita dikategorikan sebagai Ashabul Yamin dan bukan aAshabul Syimal. Jadi apabila kita bertasbih, disamping mengulang dan mentaqdiskan Allah, minda kita akan menjiwai perkara-‐perkara di atas itu sehingga menyakinkan kita tentang keagongan Allah itu. Jiwa akan subur, di hijaukan lagi dengan pemantapan iman kepada Allah. Itulah inti dari Tasbih yang disarankan oleh Allah agar kita bertasbih dalam ayat-‐ayat 74 dan 96 itu.. ﻭوﷲ ﺍاﻋﻠﻡم
55
Khasiat al Waqi’ah
Al Hafiz Ibnu Asakir dalam menterjemahkan Ibnu Mau’uud ra, melalui sanad nya kepada Amru Ibnu Rabi’e bin Toriq Al Masri, di sampaikan oleh Ibnu Syaibani, dari Abi Syujak dari Abi Toyyibah, yang berkata: “Suatu hari Abdullah telah jatuh sakit yang membawa kepada kematian beliau, beliau telah di ziarahi oleh Khalifah Othman bin Affan ra yang bertanya kepada beliau beberapa soalan, di antaranya; Adakah engkau perlu apa-‐apa hajat dari ku, lebih-‐lebih lagi engkau bakal meninggalkan anak-‐anak gadis kamu? Tidakkah engkau terfikir yang mereka akan menjadi fakir selepas ketiadaan engkau nanti? Jawab Abdullah bin Mas’ud ra, Aku tak perlu apa-‐apa hajat dari Mu, aku telah mengajar anak-‐anak gadis ku membaca surah al Waqi’ah pada tiap-‐tiap malam kerana aku mendengar dari Rasulullah yang pernah berkata; “sesiapa yang membaca surah al Waqi’ah pada tiap malam, maka ia tidak akan terkena kefakiran sama sekali dalam hidupnya”.
Selesai tulisan surah ini pada 7 Zuhijjah 1436. Alhamdulillah.
56