Teori Perkembangan Moral Kohlberg
Penaakulan Moral
Elemen-elemen Penaakulan Moral
Peringkat-peringkat Penaakulan Moral
Peringkat 1 Hukuman dan Kepatuhan Peringkat 3 Persetujuan Antara Individu
Rajah 1
Peringkat 2 Timbal Balik
Peringkat 5 Kontrak Sosial
Peringkat 4 Undangundang dan Peraturan
Kerangka Teori Kajian
Orientasi Moral
Peringkat 6 Prinsip Etika Sejagat
Orientasi Utilitarian Orientasi Normatif
Orientasi Kesaksamaan Orientasi Kesempurnaan
23 Peringkat penaakulan moral ini dibahagikan kepada tiga tahap dan setiap tahap terdiri daripada dua peringkat. Tahap pertama adalah tahap prakonvensional, tahap dua adalah tahap konvensional dan tahap tiga adalah tahap pos konvensional. Peringkat pertama dikenali orientasi hukuman dan kepatuhan, peringkat kedua dikenali orientasi asas dan saluran, peringkat ketiga adalah orientasi persetujuan antara individu, peringkat keempat adalah orientasi undang-undang dan peraturan, peringkat kelima adalah kontrak sosial dan peringkat keenam orientasi prinsip etika sejagat. Susunan dalam enam peringkat ini adalah mengikut keupayaan seseorang memberi alasan yang matang dalam menyelesaikan isu yang dihadapi oleh watak dalam dilema. Terdapat tiga ciri utama yang ditekankan dalam perkembangan peringkatperingkat penaakulan moral iaitu pertama, peringkat bersifat ‘hierarchial intergration’ kedua, peringkat-peringkat tersebut adalah ‘structured wholes’ dan ketiga, peringkat-peringkat ini adalah tidak ‘varian’. Kajian-kajian yang menyokong kesejagatan peringkat-peringkat telah dilakukan di Malaysia (Jeevajothi, 1997; Loganathan, 1995; Azian, 1990) dan dijalankan dengan meluas di luar negara (Snarey, 1985). Penjelasan lebih lanjut mengenai peringkat-peringkat penaakulan moral dan ciri-ciri peringkat ini dinyatakan dalam Bab 2. Kajian yang dijalankan ini walau bagaimanapun tidak mengambil kira penentuan peringkat-peringkat penaakulan moral sebaliknya meneroka isu yang kurang diberi perhatian dalam teori tersebut iaitu orientasi moral. Penentuan orientasi moral adalah merujuk kepada Rajah 2 di bawah.
24
Pelajar Salah Laku Pelajar Tidak Salah laku
Pandangan terhadap masalah moral
Dilema dan masalah sebenar diri sendiri
Vignet-vignet dilema sebenar
Alasan-alasan kepada tindakan memilih penyelesaian masalah dalam vignet dilema sebenar
Orientasi moral
Rajah 2
Kerangka Konsep Kajian
Rajah 2 menunjukkan kerangka konsep kajian di mana pelajar tidak salah laku dan pelajar salah laku dipilih sebagai peserta kajian. Maklumat mengenai pandangan mereka terhadap masalah moral serta dilema atau masalah yang sedang dihadapi oleh peserta dikenal pasti terlebih dahulu. Berdasarkan masalah yang diutarakan, empat jenis vignet dilema sebenar telah diolah. Peserta diminta memberi respons kepada dilema yang terkandung dalam vignet dilema sebenar sebelum orientasi moral peserta ditentukan.
25 1.6
Kepentingan kajian Penyelidikan dalam bidang Pendidikan Moral di Malaysia sering
dijalankan terutama dalam penentuan peringkat-peringkat penaakulan moral (Mukherjee, 1988; Abdul Rahman & Chang, 1994). Bagaimanapun, kajian untuk menentukan orientasi moral pelajar masih kurang dilaksanakan. Memandangkan pada ketika ini, negara mula menitikberatkan soal-soal disiplin, moral dan akhlak pelajar, maka kajian lebih lanjut mengenai orientasi moral perlu dijalankan. Ini kerana, orientasi moral mampu menunjukkan corak pemikiran individu dari sudut kepercayaan moral serta pandangannya apabila menyelesaikan dilema (Gilligan, 1982). Kajian ini yang berasaskan Teori Penaakulan Moral oleh Kohlberg, yang menjelaskan bahawa asas pemikiran moral individu adalah berdasarkan kepada prinsip keadilan. Kajian lanjutan ini adalah untuk menguji sejauhmana kebenaran teori tersebut memandangkan prinsip keadilan dikatakan bersifat sejagat. Sebelum ini, kajian berdasarkan teori ini telah banyak dijalankan seperti di Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia dan Turkey (Snarey, 1985). Teori ini juga telah digunakan untuk beberapa kajian di Malaysia. Bagaimanapun, bagi memperluaskan dapatan kajian, peserta yang berbeza latar belakang daripada kajian sebelumnya telah diambil, kajian ini mengambil remaja berusia 16 tahun yang terdiri daripada pelajar salah laku dan pelajar tidak salah laku sebagai peserta kajian. Kepentingan kajian juga dilihat kepada aspek pertambahan kes-kes salah laku. Kajian mengenai penaakulan moral pelajar, yang dilihat daripada aspek
26 orientasi moral, membantu kita memahami punca penglibatan seseorang dalam masalah salah laku. Pemahaman ini juga memberi ruang kepada kita untuk memahami corak pemikiran pelajar-pelajar. Kajian-kajian sebelum ini telah membuktikan pemikiran moral berkait secara langsung dalam penentuan tingkah laku moral (Giordano, 2003; Elliott & Menard, 1996; Blasi, 1980). Kajian penaakulan moral pelajar perlu juga diberi perhatian kerana kajian ini berkaitan dengan objektif Pendidikan Moral iaitu mengembangkan keupayaan berfikir dan menyelesaikan masalah serta tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melihat pelajar yang dilahirkan oleh sistem pendidikan adalah seimbang dari segi Intelek, Emosi, Rohani dan Jasmani. Dari segi amalan, maklumat yang diperoleh, akan membantu pendidik memahami orientasi moral pelajar secara menyeluruh. Perbezaan dan persamaan orientasi moral yang wujud antara pelajar juga akan memberi maklumat tambahan kepada pendidik terutama dalam aspek menangani masalah atau dilema diri pelajar. Di mana alasan pelajar tidak semestinya berfokus kepada alasan yang sama. Ini sekurang-kurangnya membantu pendidik mengenal pasti corak pemikiran pelajar terlebih dahulu, sebelum memikirkan kaedah serta strategi yang lebih berkesan untuk melahirkan pelajar yang seimbang. Dapatan kajian yang melihat orientasi moral pelajar berdasarkan jantina dan kumpulan pelajar, diyakini dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan memikirkan
langkah-langkah
terbaik
bagi
mempertingkatkan
keupayaan
membuat penaakulan moral. Keupayaan pelajar-pelajar bertindak mengikut pertimbangan sendiri secara rasional dan positif akan membantu melahirkan
27 golongan pelajar yang berfikiran matang dan berkeupayaan menyelesaikan masalah moral yang dihadapi oleh mereka. Kajian ini juga mustahak kepada golongan seperti pentadbir, guru disiplin serta guru bimbingan dan kaunseling yang secara langsung mengendalikan masalah tingkah laku kerana kematangan penaakulan moral berupaya memupuk tingkah laku moral (DiLalla, 2002; Blasi, 1980; Hoffman, 1976). Maklumat baru ini akan dijadikan panduan kepada guru-guru menangani masalah salah laku pelajar di sekolah kerana secara amnya jenis orientasi yang digunakan oleh pelajar-pelajar ini diketahui.
1.7
Batasan kajian Beberapa batasan kajian telah dikenal pasti dalam kajian ini. Pertama
dilihat daripada aspek pemilihan pelajar salah laku dan tidak salah laku. Pada peringkat permulaan kajian, senarai nama pelajar telah diperoleh daripada rekod disiplin sekolah, ini bermakna pelajar salah laku telah dikenal pasti pernah terlibat dengan kes salah laku, mana kala pelajar tidak salah laku, tidak mempunyai sebarang rekod salah laku. Bagaimanapun, setelah setiap pelajar dinasihatkan mengisi borang soal selidik salah laku secara jujur, maka didapati kesemua pelajar-pelajar yang namanya tersenarai sebagai pelajar tidak salah laku mengakui pernah melakukan kes salah laku, tetapi tidak pernah direkodkan. Oleh kerana itu, pihak sekolah
tiada
sebarang
rekod
salah
laku
pelajar-pelajar
tersebut.
Kesimpulannya, walaupun pelajar-pelajar dikategorikan sebagai pelajar tidak
28 salah laku, tetapi sebenarnya mereka pernah terlibat dengan beberapa kesalahan salah laku tanpa pengetahuan pihak sekolah. Selain itu, walaupun terdapat sembilan kategori salah laku tetapi pelajar yang terpilih tidak khusus kepada mana-mana kategori salah laku. Ini bermakna setiap pelajar yang terpilih tidak seragam dan menyeluruh daripada jenis serta jumlah kesalahan yang dilakukan sepanjang sesi persekolahan pada tahun kajian dijalankan. Seterusnya, memandangkan pengkaji telah menetapkan peserta kajian mewakili tiga kaum utama di sekolah, maka pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kepada seorang pelajar untuk satu kaum yang mewakili pelajarpelajar lelaki dan perempuan yang terlibat dengan kes salah laku dan pelajarpelajar yang tidak terlibat dengan kes salah laku serta mewakili jantina yang berbeza. Penetapan ini menyebabkan terdapat peserta kajian yang mempunyai bilangan kesalahan yang lebih tinggi tidak terpilih sebagai peserta kajian kerana telah ada pelajar yang mewakili kaum yang sama. Pemilihan pelajar yang berdasarkan jumlah kesalahan yang tercatat dalam borang salah laku juga menyebabkan faktor latar belakang peserta kajian seperti faktor sosioekonomi keluarga tidak dapat diambil kira dalam kajian ini. Kajian kualitatif yang menggunakan teknik temu bual sahaja dalam pengutipan data didapati amat mencabar. Pengkaji harus mempunyai kemahiran serta teknik-teknik yang betul bagi mencungkil masalah atau dilema yang dihadapi pelajar. Ini kerana sikap pelajar yang amat berahsia terutama apabila membincangkan masalah sebenar yang dialami dan kebanyakan mereka cuba
29 menyembunyikan hal-hal peribadi. Keadaan ini telah menyukarkan pengutipan data pada peringkat awal. Jumlah peserta kajian adalah kecil iaitu seramai 12 orang sahaja. Pemilihan peserta kajian yang kecil ini berkemungkinan menghadkan hasil dapatan kajian dan pelbagai maklumat tambahan tentang masalah dan dilema pelajar. Walaupun terdapat batasan kajian, namun kajian kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual ini berjaya memenuhi dan menjawab tujuan kajian, objektif kajian dan persoalan kajian.
1.8
Pentakrifan Istilah Beberapa istilah yang digunakan dan membawa makna yang khusus
dalam konteks kajian ini dinyatakan di bawah: 1.
Orientasi Moral Orientasi moral merujuk kepada alasan-alasan yang diberikan ke atas
tindakan pilihan apabila memberi respons kepada dilema yang terdapat di dalam vignet dilema sebenar.
2.
Penaakulan Moral Penaakulan moral merujuk kepada proses pemikiran seseorang individu
apabila menentukan tindakan yang betul ketika memberi alasan kepada tindakan yang diambil dalam sesuatu situasi.
30 3.
Dilema Sebenar Dilema sebenar merujuk kepada masalah atau dilema yang benar-benar
dilalui dan dialami oleh peserta kajian semasa pengutipan data dilakukan. Dilema sebenar menyentuh masalah diri peserta yang berkaitan dengan dirinya sendiri, masalah diri peserta dengan keluarganya, masalah diri peserta dengan rakan sebayanya atau masalah diri peserta dengan orang sekeliling.
4.
Salah Laku Pelajar Salah laku pelajar merujuk kepada penglibatan pelajar dalam mana-
mana sembilan jenis salah laku yang disenaraikan oleh Kementeriaan Pelajaran Malaysia seperti jenayah, lucah, kekemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan dan biadab, tingkah laku musnah, tidak jujur dan menipu, ponteng dan kenakalan. Kesalahan ini dilakukan di sekolah sahaja dan membolehkan tindakan disiplin dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang terlibat.
5.
Vignet Dilema Sebenar Vignet dilema sebenar merujuk kepada cerita-cerita pendek yang diolah,
disusun dan diubah suai daripada masalah dan dilema yang diceritakan oleh peserta-peserta kajian. Vignet dilema sebenar melibatkan satu isu yang memerlukan seseorang membuat penyelesaian masalah dan vignet ini diakhiri dengan suatu situasi di mana seseorang berhadapan dengan dua atau lebih pilihan dalam membuat keputusan.
31 6.
Pelajar Salah Laku Pelajar salah laku dalam kajian ini merujuk kepada pelajar yang
mempunyai rekod kes-kes salah laku yang tinggi di sekolah. Mereka juga telah dikenal pasti pernah digantung persekolahan atas kesalahan salah laku.
7.
Pelajar Tidak Salah Laku Pelajar tidak salah laku merupakan pelajar yang telah dikenal pasti oleh
pihak sekolah sebagai bebas daripada rekod kes salah laku. Kesalahan salah laku yang diakui pernah dilakukan oleh pelajar tetapi tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh pihak sekolah, tersenarai sebagai pelajar tidak salah laku.
8.
Dilema Kendiri Merujuk kepada masalah atau dilema yang dicari sendiri oleh peserta
kajian kerana perasaan rendah diri dengan kelemahan atau kekurangan yang dirasai ada pada diri.
9.
Dilema Keluarga Merujuk kepada masalah atau dilema yang dihadapi kerana sikap atau
kehendak ahli keluarga yang menimbulkan tekanan kepada peserta kajian.
32
10.
Dilema Rakan Sebaya Merujuk kepada masalah atau dilema yang dihadapi oleh peserta kajian
kerana sikap rakan sebaya di sekolah yang tidak menghormati, membuli atau mengambil kesempatan dan ini memberi tekanan kepada peserta kajian.
11.
Dilema Dengan Orang Sekeliling Merujuk kepada masalah atau dilema yang dihadapi oleh peserta kajian
kerana tertekan dengan sikap beberapa orang di sekeliling seperti kaum keluarga, rakan-rakan, guru-guru atau jiran tetangga.