SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
BUKU PANDUAN PEMERHATI BARUNG
Disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia DISEMAK SEMULA PADA JUN 2012
KANDUNGAN
BAHAGIAN I PENGENALAN Muka Surat 1. Tujuan 1 2. Organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 1 3. Fungsi- Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya 1 4. Pelantikan Pemerhati Barung 2 5. Kelayakan Pemerhati Barung 3 6. Pelanggaran Kelayakan Pelantikan Pemerhati Barung 4 7. Istilah- Istilah Penting 5
i
BAHAGIAN II TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERHATI BARUNG PADA HARI MENGUNDI Muka Surat 1. Tugas Pemerhati Barung Sebelum Proses Semakan Daftar Pemilih di Barung SPR Bermula 11 2. Tugas Dan Tanggungjawab Pemerhati Barung Semasa Proses Semakan Daftar Pemilih di Barung SPR 11 3. Syarat Kebenaran Masuk ke Pusat Mengundi Bagi Pemerhati Barung 12 4. Pemerhati Barung Bertugas Sepanjang Masa atau Secara Bergilir 13 5. Kebenaran Membuat Bantahan Oleh Pemerhati Barung 14 6. Larangan Ke Atas Pemerhati Barung Semasa Berada Di Barung SPR 14 7. Penutupan Pusat Mengundi 15
ii
BAHAGIAN III PENGENALAN Muka Surat 1. Penutup
16
SENARAI LAMPIRAN Muka Surat 1. Lampiran 1 : Borang Pelantikan Pemerhati Barung 17 2. Lampiran 2 : Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) 18
iii
BAHAGIAN I PENGENALAN 1. Tujuan 1.1 Buku panduan ini adalah bertujuan untuk membolehkan Pe merhati Barung (PB) menjalankan tugas dengan baik dan ber kesan bagi pihak Calon semasa Hari Mengundi. 1.2 2.
3.
engan cara ini Pemerhati Barung dapat menjaga kepentingan D Calon dalam pengurusan pilihan raya dan seterusnya memas tikan urusan pilihan raya berjalan secara saksama mengikut undang-undang.
Organisasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 2.1
S uruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan mengikut peruntukan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah sebuah badan bebas yang terdiri dari seorang Pengerusi, se orang Timbalan Pengerusi dan lima orang Ahli yang lain. Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan negeri Negeri dengan bebas dan saksama.
2.2
S uruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha selaku Ketua Pentadbir yang ber tanggungjawab dalam menjalankan fungsi-fungsi Suruhan jaya Pilihan Raya yang ditetapkan dalam Perlembagaan. (Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan)
Fungsi-Fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya 3.1 M engikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, SPR mem punyai 3 fungsi utama seperti berikut: 3.1.1 Menjalankan pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya kecil. 1
3.1.2 Menyediakan daftar pemilih dan menjalankan urusan pendaftaran dan penyemakan daftar pemilih. 3.1.3 Mewujudkan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya dan men jalankan kajian semula persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya. (Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan) 4.
Pelantikan Pemerhati Barung 4.1 Pelantikan Pemerhati Barung 4.1.1 Pelantikan Pemerhati Barung adalah berdasarkan kepada subseksyen 26A(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 4.1.2 Pihak yang bertanggungjawab melantik Pemerhati Barung adalah Calon atau Ejen Pilihan Raya. Tugas dan tanggung jawab Pemerhati Barung adalah untuk membantu Calon bagi membuat pemerhatian perlaksanaan proses semakan Daftar Pemilih di Barung SPR supaya ianya berjalan mengikut undang-undang yang ditetapkan. 4.1.3 Bagi memudahkan Calon atau Ejen Pilihan Raya melantik Pemerhati Barung, format Borang Pelantikan Pemerhati Barung seperti di LAMPIRAN 1 boleh diguna pakai. Borang pelantikan Pemerhati Barung ini perlu mengandungi maklumat Calon atau Ejen Pilihan Raya, Bahagian Pilihan Raya, nama Pusat Mengundi, nama penuh Pemerhati Barung yang dicadang untuk dilantik beserta Nombor Kad Pengenalan dan alamat surat menyurat dan nombor telefon.
4.2 Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum Pemerhati Barung men jalankan Tugas
2
4.2.1 Sebelum memulakan tugas Pemerhati Barung hendaklah menyerahkan kepada Penyelia Pusat Mengundi (PPM) dokumen seperti yang berikut: (a) S urat pelantikan sebagai Pemerhati Barung yang di tandatangani oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya. (b) B orang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) yang telah ditandatangani seperti di LAMPIRAN 2 (c) Dokumen pengenalan diri. 4.2.2 Seseorang Pemerhati Barung yang dilantik boleh men jalankan tugas sepanjang proses semakan Daftar Pe milih di Barung SPR atau secara bergilir-gilir. Bagi Pe merhati Barung yang bertugas secara bergilir-gilir ia hendak lah bertugas sekurang-kurangnya dua jam sebelum di gantikan dengan ejen lain. (Subseksyen 26A(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 4.2.3 Semasa proses semakan Daftar Pemilih di Barung SPR diadakan, hanya seorang Pemerhati Barung bagi setiap calon boleh menjalankan tugas di sesuatu Pusat Mengundi. 3.
Kelayakan Pemerhati Barung 5.1 K elayakan seseorang Pemerhati Barung adalah seperti yang berikut: 5.1.1 Warganegara Malaysia 5.1.2 Umur tidak kurang daripada 21 tahun 5.1.3 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang me libatkan keganasan atau kecurangan oleh mahkamah
3
5.1.4 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan atau telah dilepaskan dari penjara setelah menjalani hukuman pemenjaraan 5.1.5 Bukan seorang yang didaftarkan di bawah Akta Pen cegahan Jenayah 1959 5.1.6 Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia tidak disabitkan di atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 atau peruntukan persamaan dalam mana-mana undang undang yang lain 5.1.7 Bukan seorang yang mengenainya suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen 66 (4) Akta Pertubuhan 1966 atau peruntukan persamaan dalam mana-mana undang undang yang lain 5.1.8 Bukan seorang yang bankrap yang belum dilepaskan (Subseksyen 13 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 6.
Pelanggaran Kelayakan Pelantikan Pemerhati Barung 6.1
pa-apa pelanggaran syarat-syarat pelantikan oleh Calon A ataupun Ejen Pilihan Raya di bawah subseksyen 13 (1) atau subseksyen 21(1) –(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh didenda sebanyak lima ribu ringgit bila disabit kesalahan mengikut subseksyen 27 (1) –(2) Akta yang sama.
6.2
elantikan Pemerhati Barung yang tidak mengikut syarat-syarat P yang ditetapkan boleh menyebabkan satu petisyen pilihan raya boleh dibuat sepertimana yang diperuntukan di bawah subseksyen 32 (c) dan (d) Akta Kesalahan Pilihan 1954.
4
7.
Istilah-Istilah Penting 7.1 Pegawai Pengurus (PP) Adalah seseorang Pegawai yang dilantik oleh SPR bagi mengendalikan pilihan raya dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya yang ditetapkan. (Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya 1958) 7.2 Penolong Pegawai Pengurus (PPP) Adalah seorang Pegawai yang dilantik oleh SPR bagi membantu Pegawai Pengurus mengendalikan Pilihan Raya dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya yang ditetapkan. (Seksyen 3(c) Akta Pilihan Raya )1958. 7.3 Pembantu Pilihan Raya (PPR) Adalah seseorang pegawai yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan membantu beliau dalam urusan pentadbiran yang berkaitan dengan Pilihan Raya. (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya )1981. 7.4 Ketua Tempat Mengundi (KTM) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi mengetuai sesuatu Tempat Mengundi (Saluran) dan mengendali proses pengundian. (Subperaturan 12 (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.5 Kerani Pengundian (KP) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu Ketua Tempat Mengundi (KTM) dalam urusan pengundian di Tempat Mengundi (Saluran). (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 5
7.6 K erani Mengira Undi (KMU) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu Ketua Tempat Mengundi (KTM) dalam urusan pengiraan undi di Tempat Mengira Undi. (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.7 P enyelia Pusat Mengundi (PPM) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan menyelia sesuatu Pusat Mengundi semasa Pilihan Raya dijalankan. (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.8 K erani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi membantu menyemak nama pengundi dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) untuk menentukan Tempat Mengundi (Saluran) semasa pilihan raya diadakan. (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya ) 1981) 7.9 P emandu Arah Pusat Mengundi (PAPM) Adalah seseorang yang dilantik oleh Pegawai Pengurus bagi tujuan membantu menunjuk arah kepada pengundi, membantu pengundi di kalangan orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Penyelia Pusat Mengundi (PPM). (Subperaturan 12A (1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.10 C alon Adalah seseorang yang kertas pencalonannya yang sah diterima oleh Pegawai Pengurus untuk bertanding dalam sesuatu Bahagian Pilihan Raya. (Seksyen 2, Akta Pilihan Raya 1958) 6
7.11 E jen Pilihan Raya (EPR) Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon bagi mewakili dirinya untuk menjalankan semua urusan berhubung dengan pilihan raya di mana Calon itu bertanding. (Subseksyen 12 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.12 Ejen Tempat Mengundi (ETM) Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi mewakili Calon untuk menyaksikan proses pengundian di dalam Tempat Mengundi (Saluran) berjalan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. (Subseksyen 14 (1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.13 Ejen Mengira Undi (EMU) Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi mewakili Calon untuk menyaksikan Proses Pengiraan Undi di dalam Tempat Mengira Undi berjalan mengikut undangundang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. (Subseksyen 14 (1) (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.14 Pemerhati Pilihan Raya Adalah seseorang ataupun sebuah badan yang diluluskan oleh SPR untuk memerhati proses pilihan raya di tempat-tempat urusan pilihan raya yang ditetapkan oleh SPR dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR. 7.15 Barung SPR Adalah sesuatu tempat di Pusat Mengundi yang digunakan bagi membantu pemilih untuk menyemak nama-nama pemilih bagi tujuan menentukan Tempat Mengundi (Saluran). (Subseksyen 26A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
7
7.16 Pemerhati Barung Adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi mewakili Calon untuk menyaksikan proses semakan Daftar Pemilih di Barung SPR berjalan mengikut undangundang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan. (Subseksyen 26A(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.16 Hari Mengundi Adalah suatu tarikh yang ditetapkan dalam notis yang disiarkan dalam warta mengikut Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya ) 1981, bermula dari permulaan hari mengundi sehingga masa pengisytiharan pilihan raya oleh Pegawai Pengurus disebut sebagai hari mengundi. (Subseksyen 2 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.17 Masa Mengundi Adalah sesuatu tempoh yang ditetapkan oleh SPR bagi tujuan membolehkan pengundi mengundi di dalam sesuatu pilihan raya. (Subperaturan 11 (5)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.18 Pusat Mengundi Adalah sesuatu tempat yang diwartakan oleh SPR bagi menjalankan urusan pengundian. (Seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958) 7.19 Tempat Mengundi Adalah sesuatu tempat di dalam Pusat Mengundi yang ditetapkan oleh SPR sebagai Tempat Mengundi (Saluran). (Seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958)
8
7.20 Pusat Penamaan Calon Adalah sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh SPR bagi tujuan mengemukakan kertas-kertas penamaan bakal-bakal Calon untuk tujuan pertandingan dalam sesuatu pilihan raya. (Subperaturan 6 (1) dan (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.21 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Adalah sesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh SPR bagi tujuan menjumlahkan semua keputusan yang diterima sama ada daripada semua Ketua Tempat Mengundi atau keputusankeputusan pengundian pos. (Subperaturan 25D (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.22 Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) Adalah senarai nama pemilih yang terkini dan telah disahkan oleh SPR bagi tujuan pilihan raya. (Subperaturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981) 7.23 Zon Larangan 50 Meter Adalah suatu kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan larangan dalam jarak 50 meter atau mana-mana jarak yang difikirkan sesuai dari Pusat Penamaan Calon atau dari Pusat Mengundi. (Subseksyen 24A (2) dan 26 (1) (e) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 7.24 Slip Nombor Tempat Mengundi (Saluran) Adalah suatu helaian nombor yang bercetak yang akan diberikan oleh Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) kepada pengundi
9
bagi tujuan memudahkan pengundi mengenal pasti Tempat Mengundi (Saluran). 7.25 Pengundi OKU dan Pengundi Uzur Adalah pengundi dikalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan pengundi uzur yang layak untuk diberi keistimewaan mengundi di Tempat Mengundi (Saluran) 1 di tingkat bawah bangunan Pusat Mengundi berkenaan walaupun namanya tersenarai di dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) di Tempat Mengundi (Saluran) yang terletak di tingkat atas. Pengundi dalam kategori ini adalah pengundi yang cacat anggota kaki dan tidak mampu berjalan tanpa bantuan orang lain atau pengundi uzur yang dalam keadaan tidak sihat dan tidak mampu bergerak sendiri ke tingkat atas tanpa bantuan orang lain. Di samping itu, pengundi berkenaan perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak ke Tempat Mengundi. 7.26 Dakwat Kekal Dakwat Khas yang dibekalkan oleh SPR bagi kegunaan Kerani Pengundian untuk menanda atau mencalit jari pengundi atau mana-mana bahagian tangan pengundi yang hadir sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi tersebut. 7.27 Menanda/mencalit Dakwat Kekal Melakukan satu tanda dengan cara mencalit dakwat kekal di jari telunjuk kiri pengundi atau di jari telunjuk kanan (jika tiada jari kiri) atau mana-mana jari dari ruas pertama hingga ke hujung jari mengikut tatacara yang ditetapkan oleh SPR sebelum seseorang pengundi boleh dikeluarkan kertas undi.
10
BAHAGIAN II TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERHATI BARUNG PADA HARI MENGUNDI 1.
Tugas Pemerhati Barung Sebelum Pemilih Di Barung SPR Bermula
Proses
Semakan
Daftar
1.1 P emerhati Barung perlu mengetahui kedudukan dan lokasi Barung SPR di Pusat Mengundi di mana mereka bertugas. 1.2 P emerhati Barung hendaklah hadir di Barung SPR lebih awal daripada masa mengundi. 1. 2.
Tugas dan Tanggungjawab Pemerhati Barung Semasa Proses Semakan Daftar Pemilih Di Barung SPR. 2.1 M emastikan Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) atau cakera padat (CD) yang digunakan adalah DPPR atau CD yang khusus untuk Pusat Mengundi berkenaan. 2.2 Pemerhati Barung hendaklah menyaksikan proses semakan Daftar Pemilih di Barung SPR berjalan mengikut Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 2.3 M emastikan Pemilih yang hadir untuk semakan Daftar Pemilih di Barung SPR mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah seperti yang berikut: a. b. c. d. e.
ad Pengenalan/ My Kad; K Resit Pengenalan Sementara (JPN. KP09/ Resit Gantian Kad Pengenalan); Dokumen Pengenalan (JPN. KP11/ Resit Kehilangan Kad Pengenalan) yang dikeluarkan dan disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara; Pasport Antarabangsa Lesen memandu yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan bergambar; dan 11
f.
ad jabatan yang dikeluarkan oleh Jabatan/ pihak K berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan gambar
2.4 P emerhati Barung hendaklah memerhati pelaksanaan proses semakan oleh Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) mengikut Buku Daftar Pemilih atau CD yang dibekalkan kepada KPDP. 2.5 Menarik perhatian KPDP jika didapati pelaksanaan tugas tidak teratur. 2.6 Sekiranya terdapat salah laku yang dilakukan oleh KPDP, Pemerhati Barung hendaklah memaklumkan kepada Penyelia Pusat Mengundi untuk tindakan lanjut. 2.7 Membuat apa-apa teguran dengan mengemukakan secara bertulis serta alasan kepada keputusan yang dibuat oleh Penyelia Pusat Mengundi. (Arahan atau keputusan yang dibuat oleh Penyelia Pusat Mengundi hendaklah dipatuhi dan dihormati). 2.8 Memerhati KPDP menulis nombor siri pemilih di Slip Nombor Tempat Mengundi (Saluran). 2.9 Memerhati KPDP mengeluarkan Slip Nombor Tempat Mengundi (Saluran) yang betul kepada pemilih. 3.
Syarat Kebenaran Masuk Ke Pusat Mengundi Bagi Pemerhati Barung 3.1 Seseorang Calon/Ejen Pilihan Raya boleh melantik tidak lebih dari empat orang menjadi Pemerhati Barung bagi suatu Pusat Mengundi. Walau bagaimanapun, hanya seorang Pe merhati Barung sahaja yang mewakili seseorang Calon boleh dibenarkan berada di Barung SPR pada satu-satu masa semasa proses semakan Daftar Pemilih dilaksanakan. (Subseksyen 26A(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)
12
3.2 P enyelia Pusat Mengundi tidak akan membenarkan mana mana Pemerhati Barung masuk ke Pusat Mengundi kecuali ia dapat menunjukkan : (a) S urat pelantikan sebagai Pemerhati Barung yang disedia kan oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya; (b) B orang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) yang telah diisi kan dengan sempurna dan ditandatangani; (c) Pas Petugas Pemerhati Barung yang diluluskan SPR; dan (d) Dokumen pengenalan diri.
4.
Pemerhati Barung Bertugas Sepanjang Masa Atau Secara Bergilir
4.1 Seseorang Pemerhati Barung boleh bertugas sepanjang masa semakan Daftar Pemilih dilaksanakan atau secara bergilir gilir. Walau bagaimanapun, seseorang Pemerhati Barung perlu bertugas sekurang-kurangnya 2 jam sebelum penggantinya mengambil alih. (Subseksyen 26A(3), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954) 4.2 Jika seseorang Pemerhati Barung meninggalkan tugas sebelum tempoh dua jam, tempatnya tidak boleh diganti dengan Pemerhati Barung yang lain. 4.3 Apabila seorang Pemerhati Barung hendak digantikan dengan seorang Pemerhati Barung yang lain, beliau hendaklah me ninggalkan Barung SPR berkenaan dan seterusnya me ninggalkan Pusat Mengundi tersebut. 4.4 Pemerhati Barung yang bertugas tidak boleh sama sekali m eninggalkan Pusat Mengundi tanpa kebenaran Penyelia Pusat Mengundi. 13
5.
Kebenaran Membuat Bantahan Oleh Pemerhati Barung 5.1
6.
emerhati Barung adalah dibenarkan menyuarakan rasa tidak P puas hati terhadap proses semakan Daftar Pemilih dengan membuat bantahan secara bertulis berserta bukti atau alasan kepada Penyelia Pusat Mengundi dan Pegawai Pengurus.
Larangan Ke Atas Pemerhati Barung Semasa Berada Di Barung SPR 6.1Pemerhati Barung adalah tidak dibenarkan: 6.1.1 Mempamerkan apa-apa simbol parti atau sebarang bentuk tulisan atau rayuan yang ada kaitan dengan pilihan raya pada pakaian, topi, kasut atau apa-apa barang lain. 6.1.2 Merokok. 6.1.3 Membawa senjata-senjata yang merbahaya. 6.1.4 Berkomunikasi dengan pengundi. 6.1.5 Bertengkar atau bertelagah dengan mana-mana pihak. 6.1.6 Menggunakan telefon bimbit. 6.1.7 Mengganggu kelancaran proses semakan Daftar Pemilih.
Peringatan: Penyelia Pusat Mengundi berhak untuk tidak membenarkan mana-mana Pemerhati Barung berada di dalam Pusat Mengundi sekiranya tidak mematuhi arahan.
14
7.
Penutupan Pusat Mengundi 7.1 Pusat Mengundi akan ditutup sebaik sahaja pengundian tamat mengikut masa yang ditetapkan (diwartakan). Apabila Pusat Mengundi ditutup, tidak ada mana-mana pemilih yang di benarkan untuk membuat semakan. Jika masih ada pemilih yang tidak sempat mengundi, mereka akan diminta pulang oleh Penyelia Pusat Mengundi. 7.2 Pemerhati Barung dikehendaki keluar dari Pusat Mengundi bagi membolehkan Penyelia Pusat Mengundi mengemaskan Barung SPR. Pemerhati Barung tidak lagi terlibat semasa proses pengiraan undi dijalankan.
15
BAHAGIAN III PENUTUP 1. Penutup 1.1 Bagi memastikan pilihan raya dapat berjalan dengan licin dan lancar, Pemerhati Barung hendaklah mematuhi segala arahan dan nasihat yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya seperti di dalam buku panduan ini. Tanpa kerjasama Pemerhati Barung, Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan licin dan lancar. SELAMAT BERTUGAS
16
LAMPIRAN 1
BORANG PELANTIKAN PEMERHATI BARUNG Roslan bin Ahmad 500727-04-2003 Saya………………………………………..….…No.Kad Pengenalan ............................. adalah Calon/Ejen Pilihan Raya yang bertanding bagi bahagian pilihan raya; N.27 Merlimau ………………..…………..................………… (Nama Bahagian Pilihan Raya) Dengan ini melantik nama yang tersebut di bawah sebagai ejen saya sebagai; * PEMERHATI BARUNG S.K.Merlimau 2 yang bertugas bagi pihak saya di Pusat Mengundi………………………………….
Nama: Rahim bin Ismail No.Kad Pengenalan: 570115-05-4575 Alamat Surat Menyurat: 2, Jalan Bunga Raya Taman Hang Tuah Melaka 012-22444407 No.Telefon: …………………………………………
Tandatangan Calon/Ejen Pilihan Raya ………......…tt……………… 27 Februari 2011 Tarikh:…………………...........
* Potong yang tidak berkenaan
LAMPIRAN 2 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 Borang A [Subseksyen 5(1)] BORANG SUMPAH KERAHSIAAN Rahim bin Ismail Saya,……………………………………………………………………………...…………….……....… 570115-055-4575 beralamat ………………………………..... 2, Jalan Bunga Raya No. Kad Pengenalan …………………………… Taman Hang Tuah, Melaka ……………………………………………………………………………….......………………………. bersumpah bahawa saya tidak akan melakukan dalam pilihan raya bagi N.27 Merlimau bahagian pilihan raya/kawasan pilihan raya ……………………………………………....
apa-apa perkara yang ditegah oleh seksyen 5* Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5], yang telah dibacakan kepada saya. 27 Februari Bertarikh pada ............................... 2011
Di hadapan saya,
………………………tt……………………………. Tandatangan orang yang mengangkat sumpah
……………………………tt………………………… Tandatangan Pengerusi atau Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Pengarah Pilihan Raya Negeri, Pegawai Yang Hak.
• Seksyen ini mestilah dibacakan kepada pembuat akuan oleh orang yang mengambil akuan ini.