GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
SKM – BAK / e-REG / GP
PEMBAYARAN
1 / 15
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
BAHAGIAN A: PENGENALAN
TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta) bertujuan untuk menjelaskan asas-asas yang digunakan bagi koperasi membuat permohonan pembayaran dividen atas syer atau yuran, atau kedua-duanya di bawah perenggan 57(5)(b) dan subseksyen 57(8) Akta.
TAFSIRAN
2.
Dalam garis panduan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang
lain –
“baki
keuntungan
bersih
selepas
pembahagian
berkanun”
ertinya
keuntungan bersih teraudit selepas ditolak bayaran kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori, Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi; “dividen” mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta;
SKM – BAK / e-REG / GP
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
PEMBAYARAN
2 / 15
“mana-mana sumber selain untung bersih teraudit” termasuklah rizab am, keuntungan terkumpul dan kumpulan wang penyamaan dividen;
“syer” mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta; “yuran” mempunyai erti yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Akta. LATAR BELAKANG
3.
Terdapat koperasi yang mengisytihar dan meluluskan kadar dividen yang tinggi di
mesyuarat agung tahunannya. Ini boleh menjejaskan operasi atau aktiviti perniagaan dan kedudukan kewangan koperasi.
4.
Di samping itu, terdapat beberapa koperasi telah mencadang dan meluluskan
dividen bagi tahun-tahun kebelakangan sedangkan pada tahun-tahun tersebut akaun teraudit bersama dengan cadangan pembahagian keuntungan yang lain telahpun mendapat kelulusan mesyuarat agung tahunan berkenaan.
5.
Terdapat juga koperasi yang membuat cadangan untuk membayar dividen ke
atas simpanan atau deposit anggota. Ini adalah tidak selaras dengan perenggan 57(5)(b) Akta kerana dividen hanya boleh dibayar atas syer dan yuran sahaja. Pulangan ke atas simpanan atau deposit anggota perlu diakaunkan dalam Akaun Untung Rugi sebagai belanja.
6.
Koperasi
sepatutnya
mempunyai
polisi
pemberian
dividen
yang
stabil
berasaskan prestasi sebenar kewangannya. Oleh itu, walaupun pada sesuatu tahun kewangan koperasi mempunyai keuntungan yang berlipat kali ganda dan boleh mengisytiharkan dividen yang lebih tinggi, lebihan keuntungan tersebut sepatutnya digunakan bagi menampung pembayaran dividen di masa hadapan sekiranya keuntungan koperasi merosot dan juga bagi meningkatkan modal dalaman untuk tujuan pengembangan aktiviti atau perniagaan koperasi.
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
SKM – BAK / e-REG / GP
PEMBAYARAN
3 / 15
BAHAGIAN B: PEMBAYARAN DIVIDEN
7.
Bagi koperasi yang mempunyai keuntungan bersih tahun semasa dan tidak
mempunyai
kerugian terkumpul,
pembayaran dividen oleh
koperasi adalah
diperuntukkan di bawah perenggan 57(5)(b) Akta. Peruntukan perenggan ini juga menekankan bahawa koperasi boleh menggunakan untung bersih terauditnya bagi setiap tahun kewangan untuk pembayaran dividen selepas membuat bayaran seperti berikut: (a)
tidak kurang daripada 25% atau 15% daripada untung bersih terauditnya bagi setiap tahun kewangan ke dalam Kumpulan Wang Rizab Statutori (KWRS) menurut subseksyen 57(1) Akta (tertakluk kepada Perintah yang dikeluarkan dari semasa ke semasa); dan
(b)
bayaran kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi menurut subseksyen 57(2) Akta.
8.
Koperasi juga dikehendaki membuat peruntukan cukai dan zakat, jika ada dalam
Akaun Pembahagian Keuntungan.
9.
Ini juga bermakna pada setiap tahun kewangan selepas pembayaran dan
peruntukan di perenggan 7 dan 8 di atas, koperasi sepatutnya telah mencadangkan pembayaran dividen dalam Akaun Pembahagian Keuntungan bagi tahun kewangan tersebut.
Oleh itu, pembayaran dividen bagi tahun-tahun kebelakangan adalah
tidak dibenarkan.
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
SKM – BAK / e-REG / GP
10.
PEMBAYARAN
4 / 15
Di bawah perenggan 57(5)(b) Akta, koperasi dibenarkan membayar dividen
dalam dua keadaan iaitu:
(a)
pembayaran
dividen
dengan
menggunakan
sepenuhnya
baki
keuntungan bersih selepas pembahagian berkanun dan peruntukan cukai dan zakat.
Bagi pembayaran dividen ini, kadar dividen yang dibayar atas syer atau yuran, atau kedua-duanya oleh koperasi (yang bukan diiktiraf sebagai ‘coopbank’) hendaklah tidak melebihi 10% setahun daripada syer atau yuran kecuali
dengan
kelulusan
bertulis
terlebih
dahulu
daripada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya).
Manakala apa-apa kadar dividen yang dibayar atas syer atau yuran oleh koperasi yang diiktiraf sebagai ‘co-opbank’ adalah tertakluk kepada kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Suruhanjaya. Kedua-dua kehendak di atas adalah mengikut Arahan SKM Bilangan 1 Tahun 2011.
(b)
pembayaran
dividen
dengan
menggunakan
sepenuhnya
baki
keuntungan bersih (selepas pembahagian berkanun, peruntukan cukai dan zakat) dan mana-mana sumber.
Bagi
pembayaran
dividen
ini,
kelulusan
terlebih
dahulu
daripada
Suruhanjaya perlu diperoleh sepertimana kehendak perenggan 57(5)(b) Akta. Kadar maksimum yang ditetapkan adalah terhad sebanyak 10% sahaja atas modal syer atau yuran, atau kedua-duanya. Ini bermakna bahawa koperasi yang untung bersih terauditnya bagi tahun semasa tidak mencukupi untuk membayar dividen boleh memohon untuk menggunakan mana-mana sumber selain untung bersih teraudit bagi menampung
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
SKM – BAK / e-REG / GP
PEMBAYARAN
5 / 15
kekurangan tersebut dengan syarat jumlah kadar dividen yang dibayar tidak melebihi 10%.
Sebagai contoh, sesebuah koperasi yang hanya mampu membayar dividen pada kadar 6% sahaja atas modal syer atau yuran daripada baki keuntungan bersih selepas pembahagian berkanun, dibenarkan membuat tambahan dividen 4% yang boleh diambil daripada mana-mana sumber (seperti keuntungan terkumpul) untuk menjadikan kadar dividen 10% bagi tahun berkenaan.
Perkara ini ditunjukkan dalam Akaun Pembahagian Keuntungan seperti di Lampiran 1.
11.
Koperasi yang mempunyai kerugian tahun semasa tidak boleh menggunakan
mana-mana sumber untuk membayar dividen selaras dengan subseksyen 57(6) Akta.
12.
Menurut peruntukan subseksyen 57(8) Akta, sesuatu koperasi yang kerugian
terkumpulnya
telah
tidak
dihapuskira
sepenuhnya
boleh,
dengan
kelulusan
Suruhanjaya, menggunakan untung bersih terauditnya untuk pembayaran dividen dalam mana-mana kes tidak boleh melebihi 5% jumlah syer atau yuran anggota, atau keduaduanya.
BAHAGIAN C : ASAS-ASAS PERTIMBANGAN
13.
Asas pertimbangan yang digunakan bagi pembayaran dividen melebihi kadar
10% yang menggunakan sepenuhnya baki keuntungan bersih selepas pembahagian berkanun dan peruntukan cukai dan zakat di bawah perenggan 57(5)(b) Akta dan Arahan SKM Bilangan 1 Tahun 2011 termasuk koperasi yang diiktiraf sebagai ‘coopbank’ adalah seperti di Lampiran 2.
SKM – BAK / e-REG / GP
14.
Asas
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
pertimbangan
yang
digunakan
bagi
PEMBAYARAN
pembayaran
6 / 15
dividen
yang
menggunakan sepenuhnya baki keuntungan bersih (selepas pembahagian berkanun, termasuk peruntukan cukai dan zakat) dan mana-mana sumber di bawah perenggan 57(5)(b) Akta adalah seperti di Lampiran 3.
15.
Asas pertimbangan yang digunakan bagi pembayaran dividen oleh koperasi yang
masih mengalami kerugian terkumpul di bawah subseksyen 57(8) Akta adalah seperti di Lampiran 4.
BAHAGIAN D : DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN
16.
Bagi
permohonan
pembayaran
dividen
secara
bertulis,
koperasi
perlu
mengemukakan satu salinan dokumen seperti berikut:
(a)
surat permohonan pembayaran dividen oleh koperasi;
(b)
cabutan minit mesyuarat agung tahunan semasa yang meluluskan pembayaran dividen yang telah disahkan;
(c)
penyata akaun teraudit bagi tahun kewangan yang dipohon;
(d)
penyata bank koperasi yang terkini (muka surat terakhir sahaja bagi setiap bank) atau penyata pengesahan ke atas setiap baki bank dan simpanan tetap atau pelaburan mudharabah, jika ada; dan
(e)
bukti bayaran bagi apa-apa tanggungan kepada kerajaan seperti fi audit Suruhanjaya, bayaran kompaun, bayaran Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi, Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi dan pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP) atau Tabung Pinjaman Koperasi Kredit (TPKK), jika ada.
SKM – BAK / e-REG / GP
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
PEMBAYARAN
7 / 15
AM
17.
Garis panduan ini hendaklah dibaca bersekali dengan Akta, Peraturan-Peraturan
dan perintah. Pengecualian terhadap mana-mana peruntukan dalam garis panduan ini boleh diberikan oleh Suruhanjaya secara bertulis kepada mana-mana koperasi demi kepentingan gerakan koperasi.
PEMBATALAN, PEMAKAIAN DAN TARIKH KUATKUASA
18.
Pekeliling Ketua Pendaftar Bilangan 9 Tahun 2005 – Garis Panduan Bagi
Permohonan Pembayaran Dividen Oleh Koperasi bertarikh 30 Julai 2005 dan GP2: Garis Panduan Mengenai Pembayaran Dividen Di bawah Perenggan 57(5)(b) Akta Koperasi 1993 bertarikh 11 November 2008 adalah dengan ini dibatalkan.
19.
Semua koperasi dikehendaki mematuhi peruntukan di bawah Akta, Peraturan-
Peraturan, perintah dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa. 20.
Garis panduan ini dikuatkuasakan pemakaiannya mulai 1 Januari 2013.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
(DATUK HAJI MD. YUSOF BIN HAJI SAMSUDIN) Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Tarikh:
“Peneraju Kecemerlangan Koperasi”
SKM – BAK / e-REG / GP
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
PEMBAYARAN
8 / 15
Lampiran 1 KOPERASI ABC BERHAD AKAUN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN UNTUK TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2011 RM 75,000.00
Untung Bersih Tahun Semasa Tolak : Pembahagian Berkanun (15%) Kumpulan Wang Rizab Statutori
13%
9,750.00
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi
1% *
750.00
1%
750.00
Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi
11,250.00 Baki Untung Bersih Selepas Pembahagian Berkanun
63,750.00
Tolak : Peruntukan Cukai
3,000.00
Tolak : Peruntukan Zakat
1,000.00 59,750.00
Tolak : Pembahagian Lain Cadangan Dividen (10% x RM800,000 modal syer) Kumpulan Wang Kebajikan Am Honorarium Lembaga
80,000.00 # 5,750.00 10,000.00 95,750.00
Baki Keuntungan Yang Belum Dibahagikan
(36,000.00)
Keuntungan Terkumpul Pada Awal Tahun
150,000.00
Keuntungan Terkumpul Pada Akhir Tahun
114,000.00
*
Berdasarkan kepada Perintah Pembayaran Kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi yang dikeluarkan pada 27.7.2011.
#
Daripada cadangan dividen berjumlah RM80,000.00, sebanyak RM44,000.00 (5.5%) adalah daripada untung bersih teraudit tahun semasa dan RM36,000.00 (4.5%) lagi daripada Keuntungan Terkumpul.
SKM – BAK / e-REG / GP
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
PEMBAYARAN
9 / 15
Lampiran 2 Asas Pertimbangan Yang Digunakan Bagi Pembayaran Dividen Di Bawah Para 10(a) Garis Panduan ini adalah seperti berikut:
1.
Pematuhan Kepada Perenggan 57(1)(b) Akta Dan Perintah Pemindahan Kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori (KWRS) Di Bawah Subseksyen 57(1A) Akta
Pindahan ke KWRS daripada untung bersih teraudit bagi tahun itu hendaklah dipatuhi oleh koperasi sepertimana kehendak perenggan 57(1)(b) Akta atau tertakluk kepada Perintah yang berkuatkuasa. 2.
Pematuhan Kepada Pekeliling Suruhanjaya Bilangan 1 Tahun 2009 – Panduan Mengenai Penyenggaraan KWRS
Mengikut pekeliling ini, koperasi diminta mengasingkan KWRS ke dalam bentuk aset cair atau mudah cair yang selamat dan terjamin seperti deposit tetap ataupun pelaburan mudharabah tidak tercagar bagi mewakili KWRS. Bagi maksud ini, koperasi hendaklah memastikan amaun minimum aset yang mewakili KWRS ialah 15% daripada jumlah KWRS pada setiap masa.
3.
Pematuhan Kepada Subseksyen 57(2) Akta
Bayaran caruman semasa kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi hendaklah dibayar oleh koperasi. Sekiranya koperasi yang mempunyai tunggakan bayaran bagi kedua-dua kumpulan wang tersebut, ia
hendaklah dijelaskan terlebih
dahulu sebelum permohonan pembayaran dividen ini diproses untuk perakuan kelulusan.
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
SKM – BAK / e-REG / GP
4.
PEMBAYARAN
10 / 15
Pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP) Atau Tabung Pinjaman Koperasi Kredit (TPKK)
Koperasi tidak mempunyai sebarang tunggakan bayaran balik ke atas pinjaman TMP atau TPKK
dan mematuhi jadual bayaran seperti dalam perjanjian.
Sekiranya koperasi mempunyai tunggakan bayaran balik, ia hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum permohonan pembayaran dividen ini diproses untuk perakuan kelulusan. 5.
Bayaran Fi Audit Suruhanjaya Dan Kompaun
Koperasi tidak mempunyai tunggakan bayaran fi audit Suruhanjaya dan kompaun yang belum dijelaskan. Sekiranya ada tunggakan atau bayaran yang belum dijelaskan, ia hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum permohonan pembayaran dividen ini diproses untuk perakuan kelulusan.
6.
Laporan Juruaudit
Laporan Juruaudit ke atas penyata kewangan teraudit koperasi adalah laporan audit bersih (tanpa syarat). Jika ia laporan bersyarat, perkara yang diberi teguran adalah
tidak memberi kesan material atau signifikan kepada akaun
khususnya ke atas keuntungan bersih koperasi. Sekiranya ada yang memberi kesan material atau signifikan kepada akaun, koperasi hendaklah mengambilkira kesannya agar dividen yang dicadangkan berasaskan keuntungan sebenar.
Contoh perkara yang memberi kesan material ialah pengiktirafan pendapatan yang tidak menepati piawaian, tidak membuat peruntukan hutang ragu ke atas penghutang atau tidak membuat rosotnilai ke atas pelaburan syer.
SKM – BAK / e-REG / GP
7.
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
PEMBAYARAN
11 / 15
Pandangan Suruhanjaya Di Bawah Subsekyen 59(2) Akta
Pandangan Suruhanjaya yang bersih (tiada isu) atau sekiranya ada isu, ia tidak memberi kesan material kepada akaun khususnya ke atas keuntungan bersih koperasi. Sekiranya ada perkara material, koperasi hendaklah mengambilkira kesannya agar dividen yang dicadangkan berasaskan prestasi sebenar. Contohnya adalah sama seperti di perenggan 6 di atas.
Selain itu, koperasi hendaklah juga mengambilkira pelarasan kewangan sepertimana yang diarahkan oleh Pandangan Suruhanjaya ke atas akaun tahun sebelumnya selaras dengan peruntukan subseksyen 59(2A) yang mungkin memberi kesan kepada keuntungan serta cadangan dividen yang hendak dibuat. 8.
Kemampuan Kewangan
Koperasi yang bercadang untuk membayar dividen hendaklah menggunakan dana dalaman dan bukan daripada pinjaman luar. Selepas pembayaran dividen, koperasi hendaklah mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai operasinya tanpa meminjam daripada mana-mana punca atau penjualan aset. 9.
Kedudukan Kecairan
Koperasi hendaklah mempunyai kedudukan kecairan yang memuaskan dan mencukupi untuk menanggung liabilitinya. Kadar dividen yang dicadangkan oleh koperasi hendaklah munasabah dan tidak akan menjejaskan operasi perniagaan dan kedudukan kewangannya. Koperasi hendaklah mempunyai nisbah semasa sekurang-kurangnya pada kadar 1:1 setelah mengambilkira cadangan dividen dan honorarium, jika ada. Dalam hal ini juga, komponen aset semasa sewajarnya paling minimum 15% diwakili oleh aset cair atau mudah cair.
SKM – BAK / e-REG / GP
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
PEMBAYARAN
12 / 15
10. Kecukupan Peruntukan Bagi Hutang Ragu, Hutang Lapuk Dan Rosotnilai Pelaburan
Koperasi hendaklah mewujudkan peruntukan yang mencukupi bagi hutang ragu, hutang lapuk dan rosotnilai pelaburan supaya Kunci Kira-Kira dapat memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan koperasi. Perkara ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 56 Akta.
Kegagalan untuk mewujudkan peruntukan hutang ragu, hutang lapuk dan rosotnilai
yang
mencukupi
akan
menunjukkan
keuntungan
yang
tidak
munasabah.
Bagi koperasi yang menjalankan aktiviti kredit, pematuhan kepada Pekeliling Ketua
Pendaftar
Bilangan
15
Tahun
2005
(Garis
Panduan
Bagi
Mengklasifikasikan Pinjaman Tak Berbayar dan Peruntukan bagi Hutang Lapuk Dan Hutang Ragu) atau perundangan yang berkaitan hendaklah dipatuhi. 11. Prestasi Dan Keuntungan Koperasi
Koperasi hendaklah mempunyai prestasi dan keuntungan yang stabil serta ada peningkatan dalam pendapatan atau perolehan di mana sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah pendapatan adalah daripada aktiviti koperasi. Dalam pada itu, pengiktirafan pendapatan hendaklah mengikut piawaian perakaunan yang diterima pakai ataupun apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya berkaitan standard perakaunan dan bentuk pelaporan penyata kewangan. 12. Pelarasan Operasi Dan Bukan Operasi
Jika ada pelarasan operasi dan bukan operasi di Akaun Pembahagian Keuntungan, pelarasan tersebut hendaklah mengikut perlakuan perakaunan
SKM – BAK / e-REG / GP
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
PEMBAYARAN
13 / 15
sepertimana dalam Pekeliling Ketua Pendaftar Bilangan 1 Tahun 2005 - Garis Panduan Penyeragaman Bentuk Penyata Kewangan Koperasi atau apa-apa garis panduan yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya
berkaitan standard
perakaunan dan bentuk pelaporan penyata kewangan. 13. Rizab Masa Hadapan
Koperasi
perlu
memindahkan
sekurang-kurangnya
10%
daripada
baki
keuntungan bersih selepas pembahagian berkanun dan lain-lain pembahagian sebagai rizab bagi tujuan keperluan perniagaan dan aktiviti masa hadapan. Sekiranya keuntungan terkumpul koperasi dan lain-lain kumpulan wang atau tabung mewakili 25% daripada kumpulan wang anggota, maka pindahan 10% di atas adalah tidak tertakluk.
SKM – BAK / e-REG / GP
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
PEMBAYARAN
14 / 15
Lampiran 3 Asas Pertimbangan Yang Digunakan Bagi Pembayaran Dividen Di Bawah Para 10(b) Garis Panduan ini adalah sama seperti perenggan 1 hingga 10 dan 12 di Lampiran 2 serta perkara-perkara berikut:
1.
Prestasi Dan Keuntungan Koperasi Koperasi mempunyai prestasi dan keuntungan yang stabil. Sekiranya berlaku kemerosotan dalam keuntungan bersih, penurunan tersebut hendaklah tidak signifikan berbanding tahun sebelumnya.
2.
Penggunaan Mana-Mana Sumber (Keuntungan Terkumpul, Rizab Am Dan Kumpulan Wang Penyamaan Dividen) Koperasi mempunyai mana-mana sumber yang mencukupi bagi menampung pembayaran dividen. Contoh pengiraan bagi penggunaan mana-mana sumber adalah seperti di bawah: RM Untung Bersih Tolak : Pembahagian Berkanun Baki untung bersih selepas pembahagian berkanun
50,000 7,500 42,500
Tolak : Lain-lain Pembahagian Cadangan Dividen (10%)
50,000
Kekurangan
(7,500)
Keuntungan Terkumpul Pada Awal Tahun
40,000
Keuntungan Terkumpul Pada Akhir Tahun
32,500
Nota : Ini bermakna koperasi telah menggunakan RM7,500 daripada keuntungan terkumpul pada awal tahun untuk menampung cadangan dividen.
SKM – BAK / e-REG / GP
GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012
PEMBAYARAN
15 / 15
Lampiran 4
Asas Pertimbangan Yang Digunakan Bagi Pembayaran Dividen Oleh Koperasi Di Bawah Subseksyen 57(8) Akta ini adalah sama seperti perenggan 1, 3 hingga 10 dan 12 di Lampiran 2 serta perkara-perkara berikut: 1.
Pematuhan Kepada Pekeliling Suruhanjaya Bilangan 1 Tahun 2009 – Penyenggaraan KWRS Mengikut pekeliling ini koperasi diminta mengasingkan KWRS ke dalam bentuk aset cair atau mudah cair yang selamat dan terjamin seperti deposit tetap ataupun pelaburan mudharabah tidak tercagar bagi mewakili KWRS. Bagi maksud ini, koperasi hendaklah memastikan amaun minimum aset yang mewakili KWRS ialah 2% daripada jumlah KWRS pada setiap masa.
2.
Prestasi Dan Keuntungan Koperasi
Prestasi dan keuntungan yang stabil dan ada peningkatan keuntungan berbanding tahun-tahun sebelumnya dan terdapat trend dalam penurunan kerugian terkumpul. Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah pendapatan adalah daripada aktiviti koperasi. Pengiktirafan pendapatan hendaklah mengikut piawaian perakaunan yang diterima pakai ataupun apa-apa garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya berkaitan standard perakaunan dan bentuk pelaporan penyata kewangan.
3.
Rizab Masa Hadapan Koperasi hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya sepuluh peratus (10%) daripada keuntungan bersih bagi mengurangkan atau menghapuskan kerugian terkumpulnya.