April - Jun 2014 Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia di Malaysia
Suatu Kebuluran untuk Firman Tuhan Dia membiarkan kamu kelaparan lalu memberi kamu manna, iaitu sejenis makanan yang belum pernah dimakan oleh kamu atau nenek moyang kamu. Dia berbuat demikian untuk mengajar kamu bahawa manusia tidak hidup dengan roti sahaja, melainkan dengan tiap-tiap firman TUHAN. (Ulangan 8:3) Sepanjang zaman Alkitab merupakan buku yang paling dibenci dan paling disayangi. Ada yang sanggup mati untuknya; ada juga yang sangat bersemangat untuk mematikannya. Ia diserang lebih daripada mana-mana buku lain; namun akhirnya ia sentiasa membuktikan ianya benar. Siri peristiwa yang berlaku di negara ini mengesahkan bahawa kuasanya tidak boleh dipadamkan walaupun ada usaha yang cuba untuk memusnahkan Alkitab dan menganiaya orang-orang yang mengikutinya. Akhirnya, percubaan mereka seperti mencurah air di atas api petrol. Pengaruhnya akan terus merebak. Walaupun ada kumpulan yang berjaya membasmikannya dari kawasan mereka (untuk kerugian mereka sendiri), pengaruhnya akan muncul di tempat lain. Firman Allah tidak dapat dihalang! Tetapi Alkitab yang hanya tersimpan samalah dengan kitab yang hilang tersembunyi di dalam Rumah Tuhan sebelum ia dijumpai semula oleh Raja Yosia (2 Tawarikh 34). Adakah mungkin Allah sengaja membenarkan kes-kes Alkitab berlaku di negara ini kerana kita tidak mengambil serius akan Firman-Nya? Atau mungkin Tuhan sedang mengingatkan kita bahawa manusia tidak hidup dengan roti sahaja, tetapi oleh setiap perkataan yang keluar dari mulut Allah yang Maha Besar? “Langit dan bumi akan berlalu, tetapi perkataan-Ku tidak akan berlalu.” (Mat 24:35) Dia berkata Firman-Nya tidak akan berlalu walaupun langit dan bumi akan lenyap. Semoga kita belajar untuk menghargainya, mengingatinya, membacanya, berkongsikannya dan hidup atasnya. Amin.
[email protected] www.wawasanpenabur.org
“Sesungguhnya, waktu akan datang," demikianlah firman Tuhan ALLAH, "Aku akan mengirimkan kelaparan ke negeri ini, bukan kelaparan akan makanan dan bukan kehausan akan air, melainkan akan mendengarkan firman TUHAN. Mereka akan mengembara dari laut ke laut dan menjelajah dari utara ke timur untuk mencari firman TUHAN, tetapi tidak mendapatnya.” (Amos 8:11-12) LAI Siapa yang akan terfikir tentang kebuluran di masa berkelimpahan? Tetapi justeru kebuluran kadang-kadang terjadi selepas suatu kelimpahan. Itu berlaku di Mesir. Tujuh tahun musim berkelimpahan, kemudian disusuli dengan tujuh tahun kebuluran. Semua kelimpahan itu dilupakan apabila kebuluran melanda. Kira-kira 750 SM, seorang petani dan gembala telah dipanggil oleh Allah untuk menjadi nabi. Namanya ialah Amos dan misinya adalah untuk memberi amaran kepada Israel tentang penghakiman Allah sekiranya mereka tidak bertaubat! Malangnya bangsa itu tidak mengendahkan panggilan untuk bertaubat. Akibatnya, mereka telah ditawan oleh Assyria. Sebahagian daripada nubuatan Amos yang dipenuhi adalah tentang satu kebuluran luar biasa yang akan melanda semua orang: Satu Kebuluran untuk Firman Tuhan!
Membulurkan Diri Sendiri Kebuluran Firman Tuhan juga berlaku dewasa ini. Walaupun berbeza tetapi banyak persamaan, dan ia membuahkan hasil yang sama! Bagaimana kebuluran Firman Tuhan boleh terjadi di zaman di mana kita menikmati Alkitab yang berkelimpahan dan mempunyai akses kepada Firman Tuhan dengan mudah dan dalam pelbagai cara, serta pelbagai versi digital di telefon bimbit dan tablet kita? Adakah kebuluran akan Firman Allah sekarang ini dihantar oleh Tuhan? Bukankah sudah jelas Allah telah menyediakan satu "pesta" dan bukannya "kebuluran"? Tetapi ramai daripada kita tidak mengambil serius Firman Tuhan yang telah diberikan, dan kita sendiri membulurkan diri dengan cara tidak menghargai apa yang kita ada. Dalam nubuatan Amos dia berkata mereka akan mencari Firman Tuhan tetapi tidak akan mendapatinya. Padai hari ini kita mempunyai Firman Tuhan tetapi memilih untuk tidak membacanya. Mungkin kita akan hanya merasa lapar dan dahaga apabila Firman Allah diambil daripada kita. Tidak dinafikan kebanyakan rumah Kristian mempunyai sehingga beberapa buah Alkitab. Tetapi hanya segelintir yang membacanya, dan ramai yang tidak memahami maknanya, apa lagi menerapkan prinsip-prinsip Alkitab dalam kehidupan seharian mereka.
Persediaan untuk Satu Kebuluran Firman Tuhan Hari ini di Malaysia, agenda Islam terus diperkukuhkan dengan mengorbankan kepercayaan lain. Pengedaran Alkitab akan terus dibendung. Bible kini tidak lagi dibenarkan di bilik-bilik hotel di Pahang. Sebuah organisasi Kristian juga telah diberi notis untuk dibatalkan pendaftarannya. Penguat-kuasa agama akan terus cuba untuk mencegah Alkitab daripada sampai ke tangan orang Kristian dari Gereja BM.
Gangguan sedemikian akan berterusan. Seminar di sebuah universiti tempatan memperolokkan Kristian tanpa memberi kita peluang untuk respon. Keputusan Mahkamah Tinggi terhadap SIB Sabah dan Keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap mingguan Katolik, The Herald, adalah langkah terbaru dalam pencerobohan Islam ke dalam kehidupan orang bukan Islam di Malaysia.
Apabila perkara-perkara di sekeliling kita menjadi suram, Firman Tuhan memberikan mesej yang bertentangan. Tuhan berdaulat atas apa yang sedang berlaku di negara ini dan akan bekerja sesuai dengan kehendak-Nya. Kitab Suci telah diserang selama berabadabad. Begitu banyak cubaan untuk memusnahkan Kitab Suci. Namun semuanya gagal untuk melenyapkan Firman Tuhan. Kami yakin bahawa percubaan untuk menghalang orang ramai daripada membaca Alkitab juga akan gagal. "Langit dan bumi akan berlalu, tetapi perkataan-Ku tidak akan berlalu," kata Tuhan kita Yesus.
Belajar dari Orang Kristian di China Banyak perkara yang boleh kita belajar daripada orang Kristian di China. Semasa Revolusi Kebudayaan (1966-1976), agama secara am, dan Kristian khasnya, telah melalui satu ujian yang sangat dahsyat. Semua gereja telah ditutup dan Bible telah diharamkan, dirampas dan dibakar. Tetapi itu tidak menghalang orang-orang Kristian di China. Bible menjadi buku yang sukar didapati dan sangat berharga. Mereka mula menghafal Firman Tuhan kerana sangat sukar untuk mendapat Bible. Mereka sering berkongsi satu Bible. Setiap orang menerima sehalaman, dan apabila mereka telah menghafalnya, mereka kembali untuk bertukar bagi mendapatkan halaman Bible yang lain. Sesungguhnya, kegelapan dan penindasan di negara itu gagal untuk menghapuskan cahaya firman-Nya.
"Apabila aku bertemu dengan perkataan-perkataan-Mu, maka aku menikmatinya; firman-Mu itu menjadi kegirangan bagiku, dan menjadi kesukaan hatiku, sebab nama-Mu telah diserukan atasku, ya TUHAN, Allah semesta alam. " (Yeremia 15:16) Penganiayaan di China berterusan hingga ke hari ini, terutamanya gereja-gereja rumah yang menolak untuk menyertai "Pergerakan Protestant Tiga Diri" (TSPM) yang diluluskan oleh kerajaan. Tangkapan, penahanan, perampasan harta, dipukul, didenda, dan ugutan polis, adalah sebahagian daripada cabaran yang dihadapi oleh orang Kristian di China. Projek Pearl pada tahun 1981 adalah satu mercu tanda operasi penyeludupan Bible di China. Dalam satu malam, Projek Pearl membawa masuk sejuta naskah Bible ke China. Tuhan menggunakan Projek Pearl bukan sahaja untuk menyediakan satu juta Bible kepada umat-Nya di China, tetapi juga menyemarakkan api kebangunan rohani. Ia juga menyebabkan Kerajaan China menjadi “pencetak rasmi” Bible! Setelah kehilangan muka selepas majalah Time menerbitkan artikel tentang Projek Pearl dan kekurangan Bible di China, Parti Komunis China tergesa-gesa mengarahkan Bible dicetak di China.
Di akhir tahun 2013, Gereja di China telah mencetak dan mengedarkan lebih daripada 64 juta naskah Bible sejak 1985! Apakah kesannya? Jutaan orang telah percaya akan Tuhan Yesus Kristus melalui pembacaan Firman Tuhan. Iman jutaan orang telah dibina dan dibangun melalui perkongsian dan pengajaran Firman Tuhan. Berjuta-juta orang telah ditambah kepada Jemaat di China. Dari anggaran 2.7 juta orang Kristian (Protestant dan Katolik) apabila pihak Komunis berkuasa pada tahun 1949, kini terdapat lebih daripada 30 juta orang Kristian berdasarkan kepada anggaran rasmi tahun 2010 (anggaran tidak rasmi – lebih 100 juta)!
Bagaimana dengan Kita? Alkitab pertama kali diharamkan di Malaysia pada tahun 1981, dan perkataan "Allah" pertama kali dilarang daripada digunakan dalam penerbitan Kristian pada tahun 1986. Anak-anak dan muda-mudi kita adalah sasaran usaha Islamisasi yang sistematik tajaan Kerajaan. Sudah 33 tahun sejak tahun 1981; berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa bukanlah satu pilihan untuk kita lagi. Kita perlu memuridkan generasi muda kita. Pastor-pastor BM memerlukan sokongan kami. Mereka perlu dilengkapi sepenuhnya untuk mengajar supaya dapat membimbing umat Tuhan yang di bawah jagaan mereka. (2 Tim 3:16,17) Majoriti orang-orang Kristian berbahasa Malaysia adalah dari kawasan pedalaman. Alkitab tidak mudah diperolehi kerana masalah infra-struktur dan sumber yang terhad. Alkitab boleh dibeli dari beberapa kedai buku Kristian di bandar tetapi masalah pengangkutan menghalang mereka yang berada di kawasan pedalaman. Ramai orang percaya di kawasan pedalaman kekal terdedah kepada pengaruh Islam dan kumpulan-kumpulan yang memutar-belitkan Kebenaran.
Berlumba Dengan Masa ‘Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang difirmankan oleh Allah.’ (Mat 4:4) Zaman sekarang Alkitab mungkin boleh didapati secara meluas dalam pelbagai bentuk, tetapi realitinya majoriti orang Kristian di Borneo Post 15/7/2014 Malaysia tidak mempunyai Alkitab. Injil Matius pertama kali diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu 402 tahun yang lalu. Namun ironinya selepas empat abad, bukan semua orang Kristian berbahasa Melayu memiliki Alkitab. “Masanya akan tiba apabila Aku mendatangkan kebuluran di negeri ini. Orang akan lapar, tetapi tidak lapar akan makanan. Orang akan dahaga, tetapi tidak dahaga akan air. Mereka lapar dan dahaga akan perkhabaran daripada TUHAN. Aku, TUHAN Raja, sudah berfirman.” (Amos 8:11. Berita Baik) Dengan mengingat akan kedatangan kebuluran Firman Tuhan, semua umat Tuhan pada hari ini harus memiliki pendesakan seperti Yesus Kristus semasa pelayanan-Nya di bumi. “Selama hari masih terang, kita harus melakukan tugas yang diberikan oleh Dia yang mengutus Aku. Malam akan tiba dan tidak seorang pun dapat melakukan apa-apa." (Yohanes 9:4) Sebagai individu, marilah kita membuat komitmen untuk tidak mengabaikan Firman Allah yang berkuasa itu. Berpestalah dengan Firman setiap hari.
mengabaikan Firman Allah yang berkuasa itu. Berpestalah dengan Firman setiap hari. Sebagai Tubuh Kristus, Allah telah memberikan kita satu tugas -- menyebarkan pemahaman Firman-Nya, memberitakan Injil, serta membantu saudara-saudara kita yang memerlukan. Dan asas kepada itu ialah mempelajari Alkitab dan memahami diri kita untuk mempersiapkan diri bagi melayani dan membantu mereka yang Tuhan telah panggil ke dalam terang. Marilah kita melakukannya selagi waktu masih ada.
Diari Sebuah Alkitab Januari: Satu masa yang sibuk bagi saya. Kebanyakan keluarga membuat komitmen untuk membaca saya sepanjang tahun ini. Sangat baik sekali untuk 2 minggu pertama tetapi mereka seolaholah menjadi malas seiring dengan waktu. Februari: Masa untuk membersih! Debu-debu di badan saya dibersihkan semalam dan diletakkan di tempat asal saya. Pemilik saya ada menggunakan saya selama beberapa minit minggu lepas. Dia bertengkar dengan seseorang dan mencari beberapa rujukan untuk membuktikan dia betul dan cuba membetulkan pihak lawannya. Mac: Atuk melawat kami bulan ini. Dia meletakkan saya di atas ribanya selama satu jam untuk membaca 1 Kor. 13. Dia seolah-olah lebih prihatin kepada saya berbanding dengan sesetengah orang dalam rumah ini. April: Saya mempunyai hari yang sibuk. Pemilik saya telah dilantik sebagai ketua panitia dan dia menggunakan saya. Saya dapat ke gereja buat kali pertama tahun ini ... Minggu Paskah!
Inisiatif TITUS 2:7 Jendela Kesempatan untuk Memberi … dan Menerima Seperti ramai pelayan Kristus di pedalaman, Pr. Jimi * memikul tanggungjawab berat dalam menjalankan operasi seharian gereja dan menjadi bapa rohani kepada jemaat kecil seramai lima puluh orang. Walaupun dia bukan lulusan dari Sekolah Alkitab, dia telah "terpilih" untuk menjadi pemimpin gereja, semata-mata kerana dia adalah antara segelintir orang yang boleh membaca dan menulis di kampungnya. Penduduk kampung sangat menghormatinya dan menghargai khotbah Firman Tuhan setiap hari Ahad. Persembahan kasih sebesar RM 5 setiap minggu sajalah yang jemaat itu mampu kumpul sebagai "sokongan" mereka kepadanya. Kedengaran sangat tidak masuk akal? Gaji seorang pastor hanya RM 20 sebulan? Itulah penemuan kami apabila kami ke Sabah pada bulan Mac lalu untuk menyampaikan 250 buah Alkitab Edisi Studi (AES) kepada 3 buah Sekolah Alkitab. Sebelum itu, kami telah memberi 2 bulan notis kepada mereka untuk menyediakan RM 50 bagi membeli AES. Kami terharu mendengar dari sebuah Sekolah Alkitab di pedalaman yang menggalakkan para pelajar dan pensyarah berpuasa (makan tengahari) selama 2 minggu untuk mengumpul RM 4 sehari. Hasilnya, kesemua mereka dapat membeli 49 buah AES dengan bayaran penuh tanpa harus berhutang.
Mei: Saya kini mempunyai beberapa kesan hijau ke halaman saya. Beberapa bunga telah ditekan di antara halaman saya. Jun: Saya kelihatan seperti buku skrap. Mereka telah memasukkan banyak tanda nota - salah seorang gadis akan berkahwin. Julai: Mereka meletakkan saya di dalam beg pakaian hari ini. Saya rasa kami akan ke luar negeri bercuti. Saya lebih suka tinggal di rumah ... Saya tahu saya akan disimpan di dalam benda ini sekurang-kurangnya 2 minggu. Ogos: ..... masih dalam beg itu. Menyesakkan! Di tengah-tengah pakaian kotor ... stoking kotor .... sepasang kasut berbau ... YUKS! September: Kembali ke rumah akhirnya dan di tempat biasa lama saya. Saya mempunyai banyak teman baru ... Majalah Wanita dan buku-buku komik disusun di atas saya. Saya benar-benar berharap mereka akan membaca saya sebanyak mana mereka membaca teman-teman baru saya. Oktober: Mereka membaca saya sedikit hari ini. Salah seorang daripada mereka sakit. Sekarang saya di letak di tengah-tengah meja kopi. Hmm ... saya rasa ada pastor yang datang melawat. November: Kembali pada tempat lama saya sekali lagi. Hari ini ada seseorang bertanya jika saya harus diberikan kerana sudah masa untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baru. Ya... berikan saja saya kepada seseorang yang akan lebih menghargai saya. Tapi janji kamu akan membaca Alkitab yang baru itu ya? Disember: Keluarga itu sibuk bersiap untuk bercuti. Saya rasa saya akan dibungkus dengan kertas pembalut sekali lagi .... Biasalah, itu yang mereka lakukan setiap menjelang Krismas. ~ Author Unknown
Di sebuah Sekolah Alkitab yang lain, 25 daripada sejumlah 145 pelajar (dan pensyarah) tidak dapat membayar untuk buku tersebut. Menyedari akan jendela kesempatan yang ada, kami membenarkan mereka untuk membayar secara ansuran supaya semua orang boleh memiliki AES. Beberapa daripada mereka terus melutut dan memuji Tuhan kerana mereka juga boleh memiliki AES. Seminggu kemudian, seorang peguam Kristian berbangsa Dusun datang kepada kami dengan air mata selepas perkongsian singkat kami di sebuah gereja, dan berjanji untuk membayar untuk 25 orang pelajar tersebut! Di Sekolah Alkitab yang terahir, kami berdepan dengan hakikat kemiskinan yang benar-benar menyentuh hati kami. Hanya 4 orang pelajar (dan 2 pensyarah) dari 26 penghuni sekolah yang mampu membayar secara tunai. Kami diberitahu bahawa para pelajar telah melakukan kerja-kerja sambilan sebelum tetapi tetap tidak mampu mengumpul wang yang secukupnya. Ada yang membayar dengan syiling! Apabila kami mengumumkan mereka boleh membayar melalui ansuran, beberapa pelajar wanita menangis kegembiraan kerana kini mereka juga boleh memilik AES. Di setiap sekolah Alkitab yang kami kunjungi, kami juga memberikan dua set buku dan AES untuk perpustakaan mereka. Sejak inisiatif itu bermula pada bulan Januari 2014, kami telah membawa masuk 1,200 naskah AES: 650 untuk Sabah, 310 untuk Sarawak dan 240 dibawa ke Semenanjung. Beberapa trip ke Sabah dan Sarawak telah dibuat untuk membawa AES sampai ke tangan pelajar dan pemimpin di pedalaman.
Ramai di antara kita tidak sedar bahawa 5 Julai 2014 adalah Hari Dakwah Sedunia. (http://www.onislam.net/english/news/g lobal/474635-global-dawah-day-kicksoff.html). Ceramah-ceramah dakwah terbuka telah diadakan di banyak tempat di Sabah. Kampung Pr. Jimi dan kampungkampung sekitarnya juga tidak terkecuali. Meskipun mereka mengasihi Kristus, ramai umat Tuhan di pedalaman kekal terdedah kepada pengaruh kumpulan yang memutarbelitkan kebenaran, atau memberitakan "kebenaran" lain kepada
Berita Sehingga Julai 2014, kami telah mengimport 1,200 buah AES dari LAI. Lebih daripada 50% telah diagihkan secara langsung kepada pastor dan pelajar Sekolah Alkitab. Model tadbir urus yang kita kenakan akan memastikan setiap AES dicap dan dicatat dengan nama penerima, gambar diambil dan butirbutir mereka direkodkan. Pangkalan data ini juga akan memastikan tiada pertindihan penerima.
mereka. Sebab itulah mengapa Inisiatif Titus 2:7 harus dilihat sebagai sebuah jendela kesempatan. Inisiatif ini bertujuan untuk mengumpul RM 1 juta untuk mengimport 10,000 naskhah AES dari Lembaga Alkitab Indonesia bagi para pastor Gereja BM, pemimpin, pelayan penuh masa dan pelajar sekolah Alkitab. AES disediakan bagi mereka dengan harga subsidi RM50 (harga pasaran RM 250-380). Melalui inisiatif ini kami berharap dapat membantu mereka untuk memimpin umat Tuhan di bawah jagaan mereka (2 Tim 3:16,17).
Sehingga kini kami telah mengunjungi 5 Sekolah Alkitab (3 di Sabah & 2 di Sarawak). Seramai 290 pelajar dan pengajar telah menerima AES. Kita tidak tahu berapa lama jendela kesempatan ini akan terbuka. Melihat iklim rohani di negara ini, baki 8,800 naskah AES itu perlu dibawa masuk dalam 6-8 bulan ini, walaupun inisiatif ini bertujuan untuk mengedarkan 10,000 naskah dalam tempoh masa 2 tahun. Sesungguhnya kesempatan menawarkan kemungkinan yang baru. Kita harus melihat dengan mata rohani jika kita mahu mengambil kesempatan daripada kemungkinan baru itu. Kesempatan juga menuntut keberanian dan tindakan.
Semua buku telah diperiksa oleh KDN sebelum mereka melepaskannya kepada kami.
Kami menggesa anda untuk melihat ini sebagai satu jendela kesempatan untuk memberi, untuk memberkati, untuk menerima dan diberkati. Semoga Allah membantu kita melakukanmya sementara masa masih ada, kerana tidak lama lagi jendela akan ditutup. Kita tidak boleh mengandaikan bahawa "selalu ada tahun depan."
“Dia yang menyediakan benih bagi penabur, dan roti untuk dimakan, Ia juga yang akan menyediakan benih bagi kamu dan melipatgandakannya dan menumbuhkan buah-buah kebenaranmu; kamu akan diperkaya dalam segala macam kemurahan hati, yang membangkitkan syukur kepada Allah oleh karena kami. Sebab pelayanan kasih yang berisi pemberian ini bukan hanya mencukupkan keperluan-keperluan orang-orang kudus, tetapi juga melimpahkan ucapan syukur kepada Allah. Dan oleh sebab kamu telah tahan uji dalam pelayanan itu, mereka memuliakan Allah karena ketaatan kamu dalam pengakuan akan Injil Kristus dan karena kemurahan hatimu dalam membagikan segala sesuatu dengan mereka dan dengan semua orang, sedangkan di dalam doa mereka, mereka juga merindukan kamu oleh karena kasih karunia Allah yang melimpah di atas kamu. Syukur kepada Allah karena karunia-Nya yang tak terkatakan itu!” (2 Korintus 9:10-15)
MTS, Namaus
PPT, Bavangazo
MTS, Sibu
STS, Kota Kinabalu
MIM, Lawas
Dengan slogan “Menabur Bahan Sumber BM Kristian, Menjambatani Komuniti Kristian”, kami juga mengadakan pertemuan dengan para pemimpin dari pelbagai denominasi.
Persekutuan dengan para pemimpin denominasi/organisasi Kristian di Kuching, Sibu and Kota Kinabalu
120 buah AES juga telah diagihkan kepada pastor dan pelayan sepenuh masa Orang Asli melalui Gereja Methodist dan Brethren. 8,800 buah AES lagi yang akan dibawa masuk, bergantung kepada dana/sumbangan yang terkumpul. Mereka akan diagihkan dalam tempoh 2 tahun ini dan kami bekerja rapat dengan gereja-gereja BM serta organisasi Kristian yang melayani para remaja/belia. Segala kemuliaan adalah untuk Dia sahaja! AES akan diagihkan kepada 26 pekerja sepenuh masa Campus Crude for Christ.
Berita
Train the Trainers
Vivi Octaviazola ialah seorang ibu berumur 26 tahun dari Kota Marudu. Kami menerima email darinya pada bulan Mei lalu. Dia mempunyai seorang anak perempuan. Setiap malam dia membacakan sehalaman Alkitab Kanak-Kanak kepadanya. Dia sendiri merasa diberkati. “Saya bersyukur kepada Tuhan kerana peluang untuk mengetahui mesej-Nya melalui Alkitab KanakKanak. Ilustrasinya yang berwarna-warni menarik minat anak saya dan diri saya. Kisah Kejadian menjadi jelas dengan ilustrasi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Wawasan Penabur yang telah menerbit buku tersebut dan para penyumbang yang telah membolehkan kami – kanak-kanak dan dewasa – mengenali Yesus dan kasih-Nya kepada kami.” Dan ini ialah Marla dari Lawas. Dia berumur 6 tahun dan masih belajar untuk membaca. Tetapi itu tidak menghalangnya untuk memiliki sebuah Alkitab Kanak-Kanak ketika kami mengunjungi Lawas. Dia mengambil buku dan cuba membaca (atau hanya sekadar melihat gambar?). Hati kami merasa terharu melihat kanak-kanak seperti Marla membaca Firman Tuhan pada umur yang begitu muda. Ada waktunya kita akan terfikir adakah pemberian kita benar-benar memberkati orang lain? Sejak lebih setahun yang lalu, Mrs Chan dari Melaka setia memberi kepada Kempen “Satu Anak Satu Alkitab“ setiap bulan. Ia menyentuh hati kami apabila menerima panggilan telefon darinya yang berkata, “Saya sudah banked in RM 100 untuk kanak-kanak”. Dan kami juga mempunyai beberapa hamba Tuhan penuh masa yang memberi dengan setia. Sumbangan mereka mungkin kecil, tetapi hati mereka sangat besar untuk Tuhan!
Pelayanan Wawasan Penabur bukan hanya untuk menerbit dan mengedar buku-buku Kristian. Sering kali, trip kami ke Sabah dan Sarawak akan berakhir dengan memberi pelatihan kepada para pemimpin muda-mudi tentang bagaimana mengguna siri OBOR Belia kami. OBOR Belia ialah satu kurikulum pemuridan untuk remaja & belia (umur 13-35). Siri ini mempunyai 25 buah buku yang meliputi pelbagai isu yang dihadapi oleh muda-mudi zaman sekarang – mengenal erti penyelamatan dan bertumbuh dalam Kristus, membuat keputusan dalam hidup, menilai pengajaran Alkitabiah tentang apa yang kita anggap sebagai budaya, mengkaji pandangan Alkitab tentang isu-isu sukar seperti LGBT, dan banyak lagi.
Mengadakan pelatihan “Training of Trainers” untuk OBOR Belia
Dukungan anda terhadap Wawasan Penabur melebihi kempen dan projek. Kami melihat kedesakan masa untuk menabur dalam hidup muda-mudi kita, terutama sekali mereka selalu didedahkan kepada ‘kebenaran’ yang bukan dari Kristus!
Alkitab KanakKanak juga disebarkan di sekolah-sekolah oleh guru-guru Kristian.
Sehingga kini, kami telah mencetak 200,000 buah Alkitab KanakKanak. 190,000 telahpun diedarkan. Tetapi masih ada ratusan ribu kanak-kanak Kristian berbahasa Malaysia di pedalaman yang belum memiliki Alkitab Kanak-kanak. Marilah kita terus menabur, dan terus berdoa supaya benih yang ditabur akan jatuh di tanah yang subur… supaya kanak-kanak yang membaca Firman Tuhan akan mengerti, dan mereka akan membuahkan hasil yang seratus, enam puluh dan tiga puluh kali ganda (Matius 13: 23) "Beginilah hal Kerajaan Allah itu: seumpama orang yang menaburkan benih di tanah, lalu pada malam hari ia tidur dan pada siang hari ia bangun, dan benih itu mengeluarkan tunas dan tunas itu makin tinggi, bagaimana terjadinya tidak diketahui orang itu. Bumi dengan sendirinya mengeluarkan buah, mula-mula tangkainya, lalu bulirnya, kemudian butir-butir yang penuh isinya dalam bulir itu. (Markus 4:26-28)
Buku renungan 3 bulan untuk kanak-kanak dari CEF: Indah Bersama Tuhan – Pengembaraan Harian Dengan Tuhan RM 2.00/senaskah.
Hubungi Siew Ean (012-3048022 atau email
[email protected]) untuk maklumat lanjut.
Menabur Bahan Sumber BM Kristian Peluang Melayani: Pegawai Admin/Akaun separuh masa Adakah anda rindu melayani dalam pelayanan BM? Kami mencari seorang pegawai Admin/Akaun separuh masa dengan syarat-syarat yang berikut: Mampu bekerja tanpa banyak bimbingan. Fasih dalam Bahasa Malaysia dan English, bertulis dan bercakap. Bahasa Mandarin adalah satu kelebihan. Berpengetahuan dalam simpan kira, akaun bulanan, mengurus stok dan melayani pesanan buku. Mempunyai kenderaan sendiri.
Badan Penasihat
Rev Wong Fong Yang Rev Danil Raut Lim Heng Seng Rev Datuk Jerry Dusing
Badan Pengurus (Penabur)
Tulis kepada kami di
[email protected]
Menjambatani Komuniti Kristian Wawasan Penabur berhasrat membantu sebuah Sekolah Alkitab di Sabah untuk membeli buku-buku teologi dan pelajaran dari Indonesiia (target: RM 10,000). Pada masa ini mereka hanya mempunyai sedikit buku dalam perpustakaan mereka. Hubungi kami jika anda ingin bantu, atau boleh membawa masuk buku dari Indonesia.
Chow Chee Yan Roshan Thiran Alfred R. Tais Randy Singkee
Staf Wawasan Penabur Randy Singkee Steffisley Mosingki
Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama? Ada banyak cara kita boleh bekerjasama dalam pelayanan menabur, menanam dan menyebar bahan sumber yang terbaik kepada gereja-gereja BM. Membangun kesedaran dan menggalang dana. Saya percaya pelayanan ini berpotensi jangka panjang. Saya ingin berperanan aktif untuk memberitakan inisiatif ini supaya orang lain juga akan beriltizam menguatkan gereja BM melalui tenaga, dana dan doa. Menyumbang kepada “Kempen Satu Anak Satu Alkitab” untuk Gereja BM Orang Asli, Sabah dan Sarawak. Saya percaya dengan pemberian saya, umat Kristian berbahasa Malaysia di negara ini akan dapat diberkati.
Terlibat dalam projek penulisan dan penterjemahan. Saya ingin menyumbang dalam pengembangan sumber BM dengan para penulis, penterjemah dan penerbit yang lain. Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang membangun rumah, sia-sialah usaha kita yang membangunnya”. Saya mahu serahkan diri kepada Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan pelayanan Wawasan Penabur.
Menyumbang kepada “Inisiatif TITUS 2:7” Wawasan Penabur supaya para pastor, pemimpin dan pelajar sekolah Alkitab Orang Asli, Sabah dan Sarawak yang berbahasa Malaysia dapat diberkati. Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur. Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur*: RM __________________________ Nama : _________________________________________ Email: _____________________________ Name (or Company Name) Alamat: ___________________________________________________________________________ Contact Person
Nombor Address Telefon :
_______________________ (rumah) ____________________________ (pejabat) _______________________ (telefon bimbit) ________________________ (fax) Cek: atas nama “Wawasan Penabur Sdn Bhd” Bank-in : Public Bank no akaun: 3127674507 CIMB Bank no akaun: 800 2648457 May Bank no akaun: 5623 6663 2813 * Sila fax/kirim/email bank-in-slip kepada kami.
Wawasan Penabur Sdn Bhd, P.O.Box No: 8327, Kelana Jaya Post Office, 46787 Petaling Jaya, SELANGOR Tel/Fax: +603-5888 4987 Email:
[email protected]