STS 1032 TEKNOLOGI PEMBINAAN 1
TOPIK 1 1.1 Sejarah Perkembangan Pembinaan Malaysia
Program Sijil Teknologi Senibina Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi
BANGUNAN WARISAN
Sejarah
Penempatan Orang Melayu
Penempatan Awal Orang Melayu Terletak di tebing sungai. Menjalankan aktiviti penanaman padi dan perikanan. Rekabentuk rumah mengikut keperluan geografi setempat.
Perkampungan Orang Melayu Corak penempatan kampung tradisi di Malaysia boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:
Kampung Darat
Kampung Air
Kampung Gabungan
Kampung yang mulanya berjajar di tebing sungai kemudian berarah ke daratan.
Kampung yang bermula juga di tebing sungai, kemudian membina rumah bertiang tinggi menghala ke air.
Kampung yang sekelompok kediaman terdapat di atas air dan sekelompok lagi di daratan.
Persekitaran Rumah Tradisional Melayu Ciri-ciri persekitaran rumah tradisional Melayu: 1) Laman hadapan luas utk riadah, kenduri dan binatang ternakan. 2) Dikelilingi pokok sebagai • teduhan. • tanda sempadan • sumber makanan (pokok kelapa wajib) 3) Tandas curah. 4) Perigi.
Faktor Pemilihan Rekabentuk Rumah tradisional Melayu direkabentuk berdasarkan 1)Keperluan ruang 2)Budaya 3)Adaptasi terhadap cuaca 4)Bahan binaan yang terdapat di sekeliling.
Ciri-ciri Rekabentuk Rumah Tradisional Melayu 1) Bertiang tinggi
2) berbumbung panjang 3) Berdinding kayu atau anyaman buluh. 4) Beratapkan rumbia / nipah / kayu dan genting singgora 5) Mempunyai bukaan yang luas dan banyak untuk pencahayaan dan pengudaraan semulajadi
Rumah tradisional Melayu bertiang tinggi kerana:
1) Elak banjir 2) Keselamatan - elak dari binatang buas dan musuh 3) Pengudaraan yang baik (atas, tepi dan bawah). 4) Ruang stor (dipanggil Kolong). 5) Keselesaan – elak pencemaran bau
Bahan Binaan Rumah Tradisional Melayu Bahan binaan dari sumber alam yang boleh diperbaharui. Struktur utama
- kayu keras
Pengikat
- rotan dan akar - tanggam
Dinding
- papan kayu, buluh, - anyaman rotan dan rumbia
Lantai
- papan kayu, batang pinang, buluh
Bahan Binaan Rumah Tradisional Melayu Bahan binaan dari sumber alam yang boleh diperbaharui.
Kaedah Pembinaan Rumah Tradisional Melayu Sistem pasang-siap. Boleh ditanggal-buka dan dipasang semula di tempat lain.
Sistem tebuk-tembus dan pasak Kerangka atau struktur rumah tidak memerlukan paku.
Anjal (fleksibel) Boleh diangkat melalui ‘gotong-royong’ orang ramai untuk dialih tempat.
Proses Pembinaan Rumah Tradisional Melayu
Pembahagian Ruang Rumah Tradisional 3
2 1
4
5
1) Serambi / selasar
4) Selang
2) Rumah Ibu
5) Rumah Dapur
3) Loteng
6) Pelantar
6
Serambi / Selasar / Anjung Tempat pengantara di antara luar dan dalam rumah Untuk berehat / berbincang / melayan tetamu khususnya lelaki. Tetamu tidak perlu masuk ke dalam Rumah Ibu, (tidak mengganggu keluarga). Lantai lebih rendah dan berpagar susur (tidak berdinding).
Rumah Ibu Ruang utama Tempat berkumpul ahli keluarga. Ruang tidur. Rumah Ibu
Bilik Ruang rahsia tuan rumah & keluarga.
Loteng Anak lelaki dan perempuan diasingkan.
Bilik tambahan di bahagian atas rumah ibu.
Rumah Dapur Tempat memasak.
Tempat menerima tetamu perempuan. Selang Dapur mudah terbakar.
Selang
Selang dapat mengawal rebakan api ke rumah ibu.
Pelantar Ruang belakang dapur.
Untuk kerja basah dan mencuci.
Rumah Dapur
Pelantar
Bumbung Rumah Tradisional Melayu Bumbung curam.
Rekabentuk awal adalah ‘bumbung panjang’. Ada tebar layar. Ada papan cantik berukir. Penjajahan barat memperkenalkan bumbung limas. Curam Tebar Layar Papan Cantik
Bumbung Panjang
Bumbung Limas Belanda
Seni Ukiran Sebagai hiasan dan pengenalan status pemilik rumah
Membantu pencahayaan dan pengudaraan – ukiran tebuk tembus Bermotifkan geometri dan flora. Biasanya pada dinding, atas tingkap, papan cantik dan sebagainya.
Pengudaraan Semulajadi Cuaca di Malaysia panas dan lembap.
Pengudaraan yang baik sangat perlu dalam rumah. Boleh wujudkan suasana selesa dalam rumah. Tingkap luas dan banyak. Ada lubang pada kerawang ukiran. Cucur atap halang sinaran matahari dan tempias hujan. Tiang tinggi, udara boleh lalu di bawah.
Atap berongga, ada pengudaraan. Kayu tidak serap haba.
Pengudaraan Semulajadi
Semua rumah di setiap negeri di Tanah Melayu: • diperbuat daripada kayu • bertiang. • berbumbung panjang, • ada tebar layar. • Ada unjuran atap (overhang)
Rumah Perlis
Rumah Kedah
Rumah Pulau Pinang
Rumah Perak
Rumah Selangor
Rumah Melaka
Rumah Negeri Sembilan
Rumah Johor
Rumah Kelantan
Rumah Terengganu
Rumah Pahang
Rumah Sabah
Rumah Sarawak
Apakah pandangan anda? Kehadiran penjajah barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina rumah Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung atau pengikat.
• Rumah Penghulu Abu Seman asalnya terletak di Kedah. • Badan Warisan Malaysia telah membeli rumah ini. • Rumah ini dibuka dan dipasang semula di Kuala Lumpur.
Rumah ini dipulihara bagi tujuan rujukan senibina dan juga tarikan pelancong.
• Rumah Hj Su Mohammed Salleh Mohammed yang dibina pada 1850 yang terletak di Kampung Losong Terengganu. • Rumah ini di beli oleh Muzium Negeri Terengganu kerana ada kaitan dengan identiti negeri. Ia telah di pulihara dan dijadikan Rumah Warisan
Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan Istana kayu lama yang dibina setinggi lima tingkat, dengan struktur tanpa sebarang paku.