STS 1032 – TEKNOLOGI PEMBINAAN 1
Topik 4
PEMBINAAN TIANG & RASUK
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA KOLEJ KOMUNITI edited by ASLEE
DEFINISI TIANG Struktur menegak yang berfungsi untuk menerima beban dari rasuk untuk diagihkan ke asas bangunan. Dalam bidang senibina tiang dikenali sebagai column.
BAHAN BINAAN TIANG
Kayu
Bata
Konkrit
Keluli
REKABENTUK TIANG
Temple of the Delians, Delos;
Senibina Greek
PEMBINAAN TIANG KONKRIT BERTETULANG Tetulang diperbuat daripada keluli tegangan tinggi.
Kebiasaannya 4 tetulang bagi sebatang tiang. Panjang ikut ketinggian tiang (12 kaki / 3600mm). keluli lembut digunakan untuk mencekak tetulang (link).
Kaedah membengkok kan keluli lembut.
PEMBINAAN TIANG KONKRIT BERTETULANG
4 batang tetulang bersama pencekak (link) dipasang mengikut saiz tiang. Jarak antara link adalah 200mm. Tetulang dan link diikat menggunakan dawai halus.
PEMBINAAN TIANG KONKRIT BERTETULANG
Tetulang dibawa ke tapak bina. Tetulang ditegakkan dan diikat bersama tetulang asas.
Sambungan antara tetulang tiang dengan tetulang asas. Diikat kemas dengan dawai halus.
PEMBINAAN TIANG KONKRIT BERTETULANG Pemasangan Kotak Bentuk (formwork) Tiang Kotak bentuk tiang terdiri daripada: 1) Pendinding 2) Perembat 3) Pengikat. Dipasang kemas dan kukuh bagi menampung konkrit basah. Betul-betul tegak. Topang diperlukan.
Beberapa batang keluli lembut dicucuk pada column dan dibiarkan terjulur untuk kerja kerja mengikat bata.
Keluli lembut sebagai pengikat dinding bata.
PEMBINAAN TIANG KONKRIT BERTETULANG Pemasangan Kotak Bentuk (formwork) Tiang
Formwork dpd keluli ( terdapat dalam pelbagai saiz) High-strength Steel formwork
PEMBINAAN TIANG KONKRIT BERTETULANG Pemasangan Kotak Bentuk Tiang Pemasangan kotak bentuk
kotak bentuk siap dipasang.
PEMBINAAN TIANG KONKRIT BERTETULANG Penyediaan Konkrit
Simen
Batu
Pasir
Konkrit tiang menggunakan nisbah bancuhan 1 : 2 : 4. Apabila konkrit telah siap digaul dan diisikan kedalam baldi, ia akan dibawa ke tapak untuk dituangkan kedalam kotak bentuk.
PEMBINAAN TIANG KONKRIT BERTETULANG Penuangan Konkrit Konkrit dituang dari atas. Bagi elak ruang ruang udara terbentuk dalam konkrit: • Ketuk/goyang kotak bentuk secara perlahan-lahan
• guna mesin penggetar (vibrator)
Setelah siap dituang, konkrit tiang akan dibiarkan mengeras selama 2 - 3 hari (bergantung kepada keadaan cuaca).
PEMBINAAN TIANG KONKRIT BERTETULANG Menanggalkan Kotak Bentuk (formwork)
Dilakukan selepas konkrit keras dengan sempurna. Dibuka secara berhati-hati supaya binaan tiang tidak mengalami sebarang kecacatan.
DEFINISI RASUK Struktur yang dibina secara melintang dan dapat menanggung beban dan mengagihkannya ke tiang.
JENIS RASUK 4 jenis rasuk: 1) Rasuk utama (Primary beam) 2) Rasuk kedua (secondary beam) 3) Rasuk pengikat (tie beam) 4) Rasuk tepi (edge beam)
REKABENTUK RASUK Rekabentuk rasuk:
1. Rasuk tupang mudah (simply supported beam) 2. Rasuk selanjar (continous beam) 3. Rasuk julur (cantilevered beam)
Rasuk tupang mudah
Rasuk selanjar
Rasuk julur
KEDUDUKAN RASUK Rasuk terdapat di beberapa bahagian bangunan: 1. Rasuk tanah (ground beam) 2. Rasuk tingkat atas (upper beam) 3. Rasuk bumbung (roof beam)
Rasuk bumbung
Rasuk tingkat atas
Rasuk tanah
BAHAN BINAAN RASUK Rasuk konkrit bertetulang
1. Keluli tetulang 2. Konkrit
Rasuk kayu
Konkrit
Tetulang
Rasuk keluli
PEMBINAAN RASUK KONKRIT BERTETULANG Pembinaan Kotak Bentuk (formwork) Rasuk Bumi/tanah Menggunakan kayu (1” x 2”) dan papan lapis (12mm). Mengikut saiz dan ketinggian yang telah ditetapkan didalam pelan.
Mestilah kuat dan kukuh.
Kotak bentuk bagi rasuk bumi yang telah siap dibina.
Papan lapis disapu cat minyak bagi mengelakkan konkrit melekat.
PEMBINAAN RASUK KONKRIT BERTETULANG Pembinaan Kotak Bentuk (formwork) Rasuk Atas & Bumbung Bahan binaan sama seperti rasuk bumi. Perlu disokong oleh tupang bagi memelihara kedudukan dan sisiannya. Kotak bentuk dipasang dari tiang ke tiang.
Memerlukan perancah (scaffolding)bagi kegunaan pekerja ke tempat tinggi. Perlu dipastikan ketepatan aras.
Tupang-T diperlukan untuk menyokong berat konkrit basah dan pekerja serta mesin.
PEMBINAAN RASUK KONKRIT BERTETULANG Pemasangan Tetulang Tetulang yang telah siap diikat akan dimasukkan ke dalam kotak bentuk.
Penuangan Konkrit Konkrit dituangkan menggunakan kren. Penggetar (vibrator) digunakan untuk memadatkan konkrit.
PEMBINAAN RASUK KONKRIT BERTETULANG Pengawetan Konkrit Proses memastikan konkrit mencapai tahap kekerasan dan kekukuhan yang dikehendaki. Kaedah: Proses pengerasan konkrit perlu dipantau. Rasuk konkrit bertetulang yang telah siap.
TIANG & RASUK PENEGUH Tiang peneguh dikenali sebagai stiffener. Ia merupakan tiang sokongan untuk dinding yang melebihi 3 meter panjang. Tujuan adalah untuk mengukuhkan dinding tersebut. Tiang peneguh bukan struktur bangunan seperti tiang utama yang lain.
TIANG & RASUK PENEGUH • Kedudukan stiffener
REKABENTUK TIANG
Oslo Theatre, Norway
REKABENTUK TIANG
Madrid Airport, Sepanyol
REKABENTUK TIANG
Millenium Dome, London
REKABENTUK TIANG
Kuala Lumpur International Airport
Sekian, terima kasih.