SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313 SEJARAH PERKEMBANGAN SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI KULIAH MINGGU 1
ASAS DAN FALSAFAH SAINS SOSIAL LOGIK DAN MUNASABAH
SELARI DAN TIDAK BERCANGGAH DENGAN PADA REALITI
ASAS SAINS SOSIAL
DISOKONG OLEH PEMERHATIAN DI LAPANGAN
MEMPUNYAI ASAS KEBENARAN SERTA BUKTI YANG KUKUH
Falsafah Sains Sosial • Jika sains tulen – fenomena sains semulajadi (natural sciences) – fizik, kimia dan biologi, • Sains sosial – cuba memahami persoalan yang berkaitan dengan manusia dan masyarakat. • Apakah yang dapat kita ketahui tentang ciri-ciri masyarakat (the nature of society) dan ciri-ciri manusia (the nature of human beings)? • Bidang sains sosial – bagaimana perhubungan antara manusia dan masyarakat mewujudkan fenomena sosial dan budaya yang berlainan. • Kelainan tersebut bukan sahaja wujud antara satu masyarakat dengan masyarakat lain, tetapi juga wujud mengikut zaman dan tempat.
Pengetahuan dan Sifat Pengetahuan • Pengetahuan (knowledge) – maklumat yang terdapat dalam sesuatu masyarakat - diperolehi melalui pengalaman, pemerhatian dan daripada sumber-sumber (tradisi dan sejarah) • Manusia mempunyai sifat semulajadi untuk mengetahui sesuatu dengan terperinci dan mendalam. • Melakukan pemerhatian untuk tempoh yang panjang dan berterusan • Sebagai panduan untuk membuat sesuatu keputusan – menilai apa yang sedang berlaku serta membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku.
• ADAKAH SAINS SOSIAL ITU MERUPAKAN SEJENIS SAINS?
Pengetahuan dan Sifat Pengetahuan • kaedah untuk mengkaji sifat sesuatu perkara– kaedah induktif dan deduktif. • Induktif – pola tersebut akan berlaku secara berterusan dalam keadaan biasa. • Tindakan yang berasaskan kepada pegetahuan yang lepas itu disebut sebagai deduktif • mengkaji manusia dan perlakuannya dalam masyarakat. Aristotle (384-322 Sebelum Masehi)
• Perlakuan tersebut merupakan tindak balas laziman yang berlaku mengikut keadaan, • Seterusnya kita boleh mengaitkan perkara yang berlaku itu mengikut hukum sebab-musabab (causality rules) • wujudnya keberkaitan antara sesuatu perkara dengan perkara lain (causal relations).
Ciri-ciri Utama Sains Sosial BERSIFAT EMPIRIKAL
CIRI-CIRI SAINS SOSIAL PENGETAHUAN DALAM SAINS SOSIAL CUMULATIVE
TERDAPAT PELBAGAI TEORI
MEMAHAMI BIDANG UTAMA SOSIOLOGI & ANTROPOLOGI • Tumpuan kepada perhubungan antara manusia dan kelompok • Kajian utama – pola susunan masyarakat • proses bagaimana manusia berkembang dan berubah • bagaimana pola dan proses tersebut memberi kesan pada tingkah laku individu dan kelompok.
KEPENDUDUKAN
DESA
BANDAR
POLITIK
PEMBANGUNAN
DISIPLIN SOSIOLOGI KELUARGA
PENDIDIKAN
AGAMA KESIHATAN
INDUSTRI
•
tumpuan ahli antropologi masyarakat primitif
•
Kaedah yang digunakan adalah berbeza dengan sosiologi
•
Ahli antropologi sosial misalnya lebih berminat dengan sifat dan evolusi agama, keluarga dan kekerabatan.
•
•
•
Durkheim, Radcliffe-Brown dan Malinowski telah membicarakan hubungan kepercayaan agama dengan struktur sosial. minat ahli antropologi sosial dan budaya untuk mempelajari proses perubahan - Simple kepada dramatis. Bahan antropologi untuk mempelajari kebudayaan, masyarakat dan manusia berasal dari etnografi.
DESA ARKEOLOGI
BANDAR
POLITIK
GUNAAN DISIPLIN ANTROPOLOGI
KELUARGA
SOSIAL
AGAMA KESIHATAN
LINGUISTIK
SOSIOLOGI & ANTROPOLOGI DI MALAYSIA •
Di Malaysia, kemunculan bidang sosiologi dan antropologi sosial – banyak perkembangan dan sumbangan yang positif – pembinaan sebuah masyarakat dan negara
•
Menurut Abdul Rahman Embong (2006: 19), sains sosial secara umum dan Kajian Malaysia secara khusus telah berkembang di Malaysia selama kira-kira lima dekad.
•
Rumpun sains sosial diperkenalkan di negara ini melalui ilmu kolonial sejak sebelum merdeka – banyak perubahan dan perkembangan telah berlaku terutama semenjak awal 1970-an.
•
Ilmu sains sosial di negara ini bermula sejak tahun 1960-an – pengenalan disiplin ekonomi di Universiti Malaya.
•
Langkah awal penginstitusian sains sosial di Malaysia bermula dengan penubuhan Raffles College pada 1929 di Singapura – ilmu ekonomi sejarah, geografi serta bahasa dan sastera Inggeris (Zainal Kling 1995: 54).
•
Apabila cawangan Universiti Malaya Kuala Lumpur didirikan pada 1959, sejumlah disiplin sains sosial diajar di Fakulti Sastera di mana ilmu ekonomi menduduki tempat istimewa dengan Jabatan Ekonomi menjadi jabatan terpenting di fakulti itu (Zainal Kling 1995: 54).
SOSIOLOGI & ANTROPOLOGI DI MALAYSIA • Antropologi, sosiologi, psikologi dan sains politik, tidak ada jabatan yang khusus yang berperanan sebagai institusi pendukungnya. • Disiplin-disiplin ini khusunya antropologi dan sosiologi diserapkan melalui aliran budaya di Jabatan Pengajian Melayu mulai 1959 (Zainal Kling 1995). • Pengenalan disiplin-disiplin baru khususnya sosiologi, antropologi, psikologi, sains politik, komunikasi dan sebagainya berlaku kemudian, iaitu sejak 1970 • Sains politik dan komunikasi diperkenalkan secara rasmi pada 1980-an. • Pada 1971 pula, Universiti Malaya mengambil langkah yang didahului oleh UKM dan USM dengan menubuhkan Jabatan Antropologi dan Sosiologinya sendiri di bawah Fakulti Sastera (Abdul Rahman Embong (2006: 22-23). • Perkembangan bidang sosiologi dan antropologi sosial sejak pasca merdeka –usaha membangunkan manusia, masyarakat dan negara.
SUMBANGAN SARJANA SOSIOLOGI & ANTROPOLOGI DI MALAYSIA • Universiti Malaya – mempunyai sejumlah pensyarah yang berkelulusan PhD (Doktor Falsafah) dan terkenal khususnya di Fakulti Sastera, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran serta Fakulti Pendidikan. • Tokoh-tokoh pelopor: Ungku Aziz Syed Hussein Alatas Wang Gungwu Syed Naguib Alatas Mohd Taib Osman Awang Had Salleh Kahar Bador Mokhzani Rahim Syed Husin Ali Atan Long
SUMBANGAN SARJANA SOSIOLOGI & ANTROPOLOGI DI MALAYSIA • Akhir tahun 1960 dan awal 1970 adalah titik peralihan penting dalam sejarah perkembangan sains sosial di Malaysia (Abdul Rahman Embong (2006: 23). • Dari segi sumbangan sarjana tempatan kepada pembinaan korpus ilmu, ada beberapa aspek penting: i.
penganjuran persidangan mengenai sains sosial seperti sama ada di peringkat antarabangsa mahupun nasional.
ii.
penubuhan persatuan ilmiah dan profesional, iaitu Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) pada 1978
iii. usaha penerbitan sains sosial khususnya dalam bentuk jurnal akademik yang masih wujud seperti Akademika (sejak 1972 di UKM), Kajian Malaysia (sejak 1983 di USM), Sari (sejak 1983 di UKM) dan Pertanika (sejak 1993 di UPM).
RUMUSAN • Ilmu sains sosial penting dalam memahami perkembangan manusia dan masyarakat • Bidang sosiologi menekankan hubungan antara manusia dan kelompok serta juga dalam kalangan institusi masyarakat • Bidang antropologi menekankan hubungan antara manusia dan segala aspek kehidupan mereka. • Perkembangan sains sosial di Malaysia telah memberi pelbagai sumbangan dalam pembinaan negara-bangsa
Terima Kasih