Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 211
Sirah, Ilmu Sastera Tersohor Era Ayyubiyah SALMAH AHMAD1 & KASEH ABU BAKAR1
Abstrak Kajian ini tertumpu kepada penulisan dan perkembangan sirah yang merupakan salah satu jenis sastera yang berkembang luas pada era Ayyubiyah (567H-648H), kajian ini merangkumi pengertian sirah dan perbezaannya dengan sejarah dan tarajim. Serta memperkenalkan jeni-jenis sirah. Diikuti pula pembahasan kemunculan awal sirah dan perkembangannya dalam sastera Ayyubiyah dan ciri-cirinya dengan memberi tumpuan kepada sejarah ringkas Usamah bin Munqidh penulis sirah tersohor era tersebut serta kitab al-I’tibar hasil karangan beliau sebagai karya sirah paling terkenal pada Era Ayyubiyah. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan, semua data yang dikumpul dianalisis dan dibahas secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan sejarah sastera dan stilistik. Hasil kajian mendapati bahawa satera sirah bermula dengan kemunculan srah Rasulullah S.A.W. dan berakhir pada era Dinasti Ayyubiyah dengan gambaran kepada seseorang yang tersohor seperti para pemerintah kerajaan Ayyubiyah. Karya sirah al-I’tibar adalah sebagai karya sastera Arab klasik yang berjaya menyerlahkan kehidupan sosial masyarakat Syam dan Mesir pada Era Ayyubiyah dengan amat jelas. Kata Kunci: Sirah Dhatiyah, Sirah Ghayriyah, Sastera, Era Ayyubiyah
Pengenalan “Sirah” atau biografi adalah salah satu genre sastera Arab berbentuk prosa. Ia merupakan sebahagian daripada catatan sejarah dunia. Membahas perkembangan kehidupan manusia dan persekitarannya dari aspek politik dan sosial yang banyak mempengaruhi kehidupan mereka, serta kemampuan seseorang untuk ajar dalam aspek tersebut. Genre sastera ini telah wujud sejak era Jahiliah dan berkembang luas pada era Ayyubiyah. Perkataan “sirah” dari sudut bahasa memberi erti jalan, rupa bentuk dan menceritakan kesah-kesah yang dahulu (Ibn Manzur, t.thn, 3: 2169- 2170). Dari sudut istilah “sirah” mempunyai pelbagai makna. Dalam pengertian umum “sirah” ialah ungkapan penulis mengenai riwayat hidupnya atau riwayat hidup seseorang yang tersohor dan menunjukkan
_________________________ 1
Pensyarah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
212 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016
usaha-usaha yang dicapai dalam hidupnya atau dalam hidup seseorang yang dibahasnya (al-Baghdadi, 2016: 191). Sirah menurut istilah sastera pula ialah satu jenis genre sastera, melengkapi segala kajian sejarah, dan menggambarkan perjalanan hidup seseorang serta peribadinya secara terperinci (Shakir, 2002: 16). al-Maqdisi (1980: 547) pula menyatakan bahawa “sirah” adalah jenis sastera yang menggabungkan kajian dan sejarah, cerita yang menghiburkan, dan ia bertujuan untuk mengkaji kehidupan individu serta memberi gambaran yang tepat mengenai keperibadiannya. Dari pengertian yang lalu jelas menunjukkan bahawa “sirah” adalah jenis sastera, menggambarkan sejarah perjalanan hidup seseorang sarjana dan tersohor, disampaikan dengan ungkapan yang indah dan menghiburkan. Sirah mempunyai kesamaan dengan istilah sejarah dan tarjamah. Sirah juga telah mengalami perubahan dari kemunculannya pada abad kedua Hijrah hingga berkembang luasa pada abad ke enam Hijrah pada Era Ayyubiyah. Oleh itu, pembahasan di sini tertumpu pada perbezaan antara sirah, sejarah dan tarjamah; serta perkembangan sirah hingga ke era Kerajaan Ayyubiyah.
Perbezaan Antara Sirah, Sejarah dan Tarjamah Pengertian “sirah” dalam penjelasan yang lalu jelas menunjukkan bahawa sirah merupakan salah satu genre sastera yang menggambarkan sejarah kehidupan seseorang, diungkap dengan gaya bahasa prosa dan memberi gambaran sebuah cerita. Dengan demikian, sirah dikenali sebagai sejarah dan juga tarjamah, kedua-duanya menurut Wahbah (1984: 205) adalah sama. Namun kebanyakan pendapat telah membezakan antara “sirah” dan “tarjamah”. Antara mereka Abd al-Daim (1972: 31) dan Muhammad (t.th: 28). Kedua-duanya berpandangan bahawa “sirah” merupakan sejarah kehidupan seseorang, dihuraikan secara panjang lebar. Manakala “tarjamah” adalah kata tunggal kepada “tarajim” iaitu, sejarah kehidupan seseorang yang dihuraikan secara ringkas, melengkapi kelahiran, kematian, nama, gelaran, keturunan, guru-gurunya, dan kisah terpenting dalam hidup seseorang itu, serta keindahan gaya bahasanya (al-Kattani, 1980. 3: 15). Antara Karya-karya “tarajim” yang terkenal ialah, Wafiyyat al-a’yan hasil karangan Ibn Khallikan; al-Bidayah wa al-nuhayah karangan Ibn Kathir; dan Mu’jam al-udaba’ hasil karya Yaqut al-Hamawi. Sebilangan karyawan “tarajim” menghimpun nama-nama ulama yang terdiri daripada pelbagai kepakaran seperti ulama, tafsir, hadith, fiqh, dan para sasterawan termasuk penyair dan penulis, kemudian disenaraikan dalam sebuah buku, mengikut tarikh mereka meninggal. Seperti al-Bidayah wa al-nuhayah dan Wafiyyat al-a’yan. Selain itu, terdapat juga karya “tarajim” yang menghimpun nama para ulama kurun pertama bersama ahli kurun kedua,
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 213
ketiga, atau kurun keempat atau kelima atau berikutnya tanpa mengira bangsa (Muhammad, t.th. 39). Seperti karya al-A’lam karangan al-Zirikli. Bagi al- Hadidi (1996: 67) pula, beliau membezakan antara “sirah” dan “sejarah” dengan pandangan bahawa “sirah” mampu merakam detik-detik halus emosi manusia. Manakala “sejarah” merakam fakta dan kejadian sahaja, tidak ada peranan bagi emosi manusia, dan tidak meninggal apa -apa kesan atau emosi bagi pembaca dan pendengar. Jelas di sini bahawa sirah tercetus daripada sejarah, dan kedua-duanya menggabungkan dengan realiti, namun “sirah” lebih hampir kepada jiwa manusia dan menyentuh emosi para pembaca. Manakala sejarah hanya merakam fakta dan kejadian semata-mata, tidak ada peranan bagi emosi pembaca dan pendengar. Oleh itu, “sirah” disenaraikan sebagai salah satu genre sastera Arab.
Jenis-Jenis Sirah Terdapat dua jenis sirah pada era Dinasti Ayyubiyah. Iaitu: i.
Sirah Dhatiyah
Sirah dhatiyah ialah menggambarkan kisah hidup manusia mengikut pandangan penulis sendiri (Sharaf, 1988: 27). Menurut Abd al-Daim (1972: 3) sirah dhatiyah ialah yang dibentuk oleh pengarang dalam imej koheren atau saling berkait, dan tersusun dalam gaya bahasa sastera, mampu menyampaikan sejarah peribadinya secara ringkas, penuh dengan pelbagai pengalaman. Gaya sastera ini tertumpu pada keindahan persembahan, cantik pembahagian, lunak ungkapan, endah isi kandungan, memberi nafas baru dan gerak geri dalam menggambarkan kejadian-kejadian dan watak- watak, serta menggunakan sedikit unsur khayal untuk menghubungkan bahagian-bahagian yang dibahas. ii.
Sirah Ghayriyah
Sirah ghayriyah telah muncul lebih awal daripada sirah dhatiyah, seiring dengan kemunculan sejarah dan sastera Arab. Ketika tamadun manusia muncul, maka munculah ramai orang yang tinggal di istana raja-raja dan sultan-sultan. Mereka mula menulis segala kemajuan dan pembangunan yang berlaku semasa pemerintahan para raja dan sultan itu. Maka tercatat karya-karya sejarah yang menggambarkan kehidupan para sultan dan raja-raja, gambaran peperangan dan para pejuang serta pembesar negara, semua ini dikenali sebagai sirah ghayriyah. Pelbagai takrif diberi untuk sirah ghayriyah, antaranya, mencari kebenaran yang mampu dicapai oleh manusia dalam hidupnya, dan mendedahkan bakat serta rahsia genius seseorang itu, melalui suasana kehidupan dan peristiwa
214 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016
sekelilingnya, serta kesan yang di tinggal untuk generasi akan datang (al-Najjar, 1994: 14). Menurut Abd al-Daim sirah ghayriyah ialah kajian dan penulisan yang memaparkan biografi seseorang yang terkenal. Perbezaan antara kedua-dua sirah ini menunjukkan bahawa penulis sirah dhatiyah merakam maklumat secara terus menerus, sedia dalam ingatannya. Manakala penulis sirah ghayriyah menukilkan maklumat dari pelbagai sumber. Hal ini tidak bererti sirah dhatiyah tidak ada sumber, bahkan menurut al-Hadidi (1996: 102) penulis merujuk kepada sumber hanya sekadar mengingatkan beliau kepada perkara itu lalu dikeluarkan dari lubuk fikirannya.
Kemunculan dan Perkembangan Sirah Hingga Era Ayyubiyah Perkataan “sirah” muncul pertama kali dengan nama “sejarah riwayat hidup” (al-Muhandis. 1979: 16). Objektif “sejarah” menurut Ibn Khaldun, (2001: 13) adalah untuk mengambil teladan yang baik, mengelakkan diri daripada perangkap, dan mengambil iktibar dengan kesilapan lalu. “sejarah” dan” sirah” menurut Ibn al-Jawzi (2007: 3). pula dapat menenangkan hati. Menghilangkan kesedihan, merangsang fikiran, ini dapat dihayati dalam cerita sejarah para nabi seperti cerita nabi Nuh, Yusuf, Musa dan Isa Alayhimussalam serta Nabi Muhammad S.A.W. dalam al-Qur’an, penuh dengan pengajaran dan teladan bagai manusia sekalian. Riwayat hidup Rasulullah S.A.W. yang dikenali dengan “Sirah Nabawiyah” adalah catatan sirah yang pertama, dihasilkan oleh para sejarawan abad kedua Hijrah. Menurut Abbas (1966: 13) sirah Rasulullah S.A.W. ditulis berdasarkan dua keistimewaan. Pertama, riwayat hidup baginda adalah sebahagian daripada perkara Sunat. Perkara sunat dan Hadis adalah daripada sumber syariat Allah S.W.T. segala hukum diperoleh daripada kedua-duanya. Oleh itu, perlu menjelaskannya dengan amat terperinci, agar perbuatan dan kata-kata baginda menjadi syariat bagi orang-orang Islam, dan ahli fatwa serta para pemerintah. Kedua, segala sejarah peperangan dan pembunuhan yang berlaku pada zaman Jahiliah diingati oleh orang Islam, maka para penulis sirah telah mengambil berat segala yang berkaitan dengan peperangan Rasulullah S.A.W. dan menggambarkan peranan peperangan itu hingga berakhir dengan kemenangan orang-orang Islam. Antara para penulis yang merakam sirah Nabi Muhammad S.A.W. pada kurun kedua Hijrah menurut al-Buti (1980:19) Urwah bin Zubayr (m. 92H); Aban bin Uthman (m. 105H); Ibn Shihab al-Zuhri (m. 124H) namun semua karya mereka ini telah hilang. Kemudian muncul Muhammad bin Ishaq yang dikenali dengan Ibn Ishaq (m. 152H) mencatat segala kenyataan yang sahih tentang sirah Rasulullah S.A.W. yang terdapat pada masa beliau.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 215
Namun catatannya tidak berlandaskan al-isnad, yakni tidak disandarakan kisah Rasulullah S.A.W. itu kepada perawinya. Hal ini menurut Abbas (1996: 16) telah menimbulkan kemarahan aliran Madinah al-Munawwarah yang diketuai oleh Anas bin Malik. Walaupun begitu beliau telah melakukan pembaharuan dalam penyusunan sirah, dan menjadi sumber yang pertama bagi orang Islam mengenali riwayat hidup Rasulullah S.A.W. Segala maklumat yang disampaikan oleh Ibn Ishaq mengenai Rasulullah S.A.W, al-Buti menyatakan (1980: 19) ia telah dikumpul oleh Ibn Hisham dalam karyanya yang dikenali dengan nama sirah Ibn Hisham. Jelas menunjukkan bahawa penulisan sirah Rasulullah S.A.W. yang dirakam pertama kali oleh Ibn Ishaq pada kurun kedua Hijrah telah dijadikan sumber asas kepada sirah baginda. Selain itu, menjadi unsur unsur penting yang perlu ada pada cerita sejarah Rasulullah S.A.W.(Abbas, 1966: 18). Penulisan sirah terus berkembang pada kurun ketiga Hijrah. Namun rakaman sirah telah bertukar daripada gambaran sirah Rasulullah S.A.W. kepada sirah seseorang yang lain daripada baginda. Hal ini terserlah pada karya yang bertajuk Sirat Ahmad bin Tolon, dihasilkan oleh Ahmad bin Yusuf Ibn al-Dayah seorang penulis dari Miser pada kurun ketiga Hijrah. Sirah ini menurut Muhammad (t.th: 27) telah disampaikan kisahnya dengan riwayat sanad ahli sejarah seperti mana meriwayatkan hadis. Karya Sirat Ahmad bin Tolon berterusan tersebar hingga muncul Abdullah al-Balwa, seorang sejarawan pada kurun keempat Hijra yang tidak senang dengan gaya penulisan sirah tersebut, menurut pandangan beliau bahawa pengaranya setelah menjelaskan sesuatu kisah ia terus berlalu, kemudian ia kembali semula kepada perkara yang sebelumnya. Pengarang juga mencampur aduk kisah sejarahnya. Oleh itu, al-Balwa menyusun semula dengan gaya bahasanya tersendiri yang dikira sesuai bagi pandangannya untuk tulisan sirah (Muhammad, t.th: 27). Pada kurun ke lima Anasr al-‘Atbi (m.427H) telah menghasilkan karya mengenai Sultan Mahmud al-Ghaznawi, yang diberi nama “al-Yamini” nisbah kepada Yamin al-Dawlah iaitu gelaran bagi Sultan Mahmud penyebar Islam di India. Karya ini merakam kisah hidup Sultan Mahmud dan ayah baginda Sultan Sabaktakin, serta segala kejadian yang berlaku pada era baginda. Pada kurun keenam. Munculnya Era Ayyubiyah (567H-648H). Sirah kembali merakam kesah hidup para sahabat dan tabi’in dengan gaya penyampaian sanad sejarah. Menurut Muhammad (t.th: 29-30) antara karya sirah pada kurun ini ialah Manaqib Amir al-Mu’minin Umar bin al-Khattab r.a. Dan Sirah wa manaqib Umar bin Abd al-Aziz. Diikuti sirah Manaqib alImam Ahmad bin Hanbal. Semua sirah ini dihasilkan oleh Ibn al-Jawzi (m.597H) seorang sejarawan bermazhab Hanbli. Pada kurun ketujuh, Era Ayyubiyah, terurakaman sirah para tabi’in yang masyhur daripada kalangan ulama Islam. Antaranya Manaqib al-Imam
216 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016
al-Shafi’I, karangan Fakhr al-Din al-Razi (m.606H). Selain itu, ahli sejarawan era ini turut juga merakamkan sirah para raja, sultan dan ketua ketua negara. Ibn Shaddad (m. 632H) membawa sirah Salah al-Din alAyyubi dalam tajuk al-Nawdir al-Sultaniyah wa al-mahasin al-Yusufiyah. Sejarawan Muhammad bin Ahmad al-Nisawi (m.639H) mencatat sirah salah seorang raja Dawlah Khuarizmiyah yang bernama al-Sultan Jalal al-Din Mnakabarti (Muammad, t.th: 30). Jelas dari pembahasan yang lalu, bahawa sirah telah melalui beberapa perkembangan dari kurun kedua Hijrah hingga ke Dinasti Ayyubiyah pada kurun ketujuh.
Gambaran Sirah dalam Sastera Ayyubiyah Pemerintahan Dinasti Ayyubiyah pada Kurun keenam dan ketujuh Hijrah merupakan kurun kemunculan ramai ulama, penulis dan sasterawan berbanding kurun-kurun sebelumnya, disebabkan oleh suasana politik pada masa itu. Tercetusnya peperangan Salib pada kurun pertama Dinasti ini telah membawa kepada perpecahan, perbalahan dan kerosakan alam semula jadi lalu memberi pengaruh yang buruk kepada Umat Islam, hingga tercapai kemenangan di tangan Salah al-Din al-Ayyubi pada pertengahan kurun keenam Hijrah. Suasana politik, Dinasti Ayyubiyah telah menyemarakkan emosi dan perasaan para sasterawan, lalu mereka menyusun karya sirah merakam kemenangan tentera Islam dan orang-orang yang menentang musuh, serta memuji para sultan dan ketua-ketua tentera dalam gaya bahasa prosa. Antara mereka Ibn Shaddad dan karyanya al-Nawadir al-sultaniyah wa almahasin al-Yusufiyah; Ibn Khallikan menghasilkan Wafiyyat al-a’yan dan Ibn Munqidh menghasilkan kitab al-I’tibar. Segala peristiwa kemenangan tentera Islam dan pemimpin Salah al-Din telah diabadikan dalam karya mereka. Selain itu, sirah turut merakam pelbagai pembahasan, sejarah, ekonomi, sosial, pemikiran dan peperangan serta alat-alat senjata (alRabadi, 1988: 108-109). Dua bentuk sirah telah digabungkan pada era Dinasti Ayyubiyah, iaitu, sirah ungkapan peribadi yang dikenali sebagai dhati dan sirah yang diungkap dari hasil catatan lain yang dikenali sebagai mawdu’i. Gabungan dua bentuk sirah ini menurut al-Rabadi (1988:104) menambah jelas lagi gambaran kejadian dan pemikiran yang disampaikan. Dari sudut gaya bahasa pula, karya sirah pada era Ayyubiyah menurut Nayzak (2003: 124-125) telah menggabungkan antara gaya bahasa, lama yang diwarisi dari era sebelum ini dan baru yang dihasilkan di era ini dari pelbagai sudut, bentuk, isi kandungan, uslub dan menjauhi segala keindahan yang direka-reka, dan yang didatangkan dengan bersusah payah.
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 217
Era Dinasti Ayyubiyah telah menyaksikan banyak pertikaian yang berkisar samaada di kalangan tentera atau di kalangan pemimpin dan konflik mereka untuk memerintah, menyebabkan beberapa penulis menggambarkan riwayat hidup mereka dan segala peristiwa yang dialami, serta pertikaian dalaman dan luaran era itu. Seperti Imarat al-Yamani dan Usamah bin Munqiz. Kedua-dua mereka telah merakam segala peristiwa yang berlaku di Sham dan Mesir serta menyampaikan sirah Salah al-Din al-Ayyubi ketika mengembalikan Bayt al-Maqdis dan membebaskannya dari cengkaman orang- orang Salib (Ibn Shaddad. 2002: 150-156).
Usamah bin Munqidh Penulis Sirah Dinasti Ayyubiyah Usamah bin Munqidh adalah seorang ahli sejarah dan politik serta penulis sirah Dinasti Ayyubiyah. Ia datang dari keluarga ternama dan mulia. Di lahirkan pada tahun 488H di bandar Shayzar di Sirya (al-Hamawi, 1936. 5: 195). Ayahnya bernama Murshid bin Ali, seorang yang berilmu, zuhud dan sasterawan. Baginda mengutamakan didikan Agam Islam dalam keluarganya. Usamah terserlah dalam ilmu nahu yang dipelajarinya dari Shaykh Abu Abdullah alTulaytili di Tarabulus selama lebih kurang sepuluh tahun. Apabila tentera Salib menawan negeri tersebut ayahnya serta bapa saudaranya mengarah beliau berpindah ke Shayzar, tidak berapa lama beliau berpindah ke Damsyik dan meninggal dunia pada tahun 589H (Ibn Munqidh,1999: 208).
Sirah al-I’tibar Karya Sastera Terpenting Dinasti Ayyubiyah Kitab sirah “al-I’tibar” menurut kenyataan Ibn Munqidh (1999: 163) telah dihasilkan ketika usia beliau mencapai 90 tahun. Terdapat beberapa sebab yang mendorong Ibn munqidh menyusun sirah beliau ini. Antaranya: i.
Timbul rasa berdosa atas perbuatannya yang lalu. Seperti kenyataan beliau dalam sirahnya: “berapa banyak musibah yang ku temui, aku mengharungi segala ketakutan dan bahaya, ku mengadap yang gagah berkuda. Ku bunuh segala singa, ku pukul dengan pedang, ku hunus dengan tombak, ku mencedera dengan panah. Aku dan ajal dalam pemeliharaan hingga ku mencapai usia semblan puluh”.
Jelas menunjukkan Ibn Munqidh mengembalikan segala kenangan yang penuh dengan pengalaman supaya mengambil iktibar darinya.
218 | Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016
ii.
Menulak secara tidal langsung pendapat dialektik (jadaliyah) yang dialami oleh penulis dalam hidupnya. iii. Rasa terhibur semasa menulis sirah dhatiyah. Dengan mengembalikan segala kenangan, sama ada yang manis mahupun yang pahit yang dialaminya. iv. Didorong oleh rasa ingin menulis pelbagai sejarah hidup beliau yang dialami, dilihat, dan difahami beliau. Supaya menjadi panduan kepada yang lain (al-Saqarat, 2011: 9). Dari huraian yang lalu, jelas menunjukkan bahawa perkembangan sirah pada era Dinasti Ayyubiyah didorong oleh keadaan politik, ekonomi, sosial, pendidikan, pergolakan dalam negeri dan serangan serta peperangan tentera Salib ke atas negara-negara Islam.
Kesimpulan “Sirah” adalah salah satu genre sastera Arab berbentuk prosa. Ia merupakan sebahagian daripada catatan sejarah. “Sirah” membahas sejarah perjalanan hidup seseorang ilmuan dan tersohor, dari aspek politik, ekonomi, sosial dan pendidikan, disampaikan dengan ungkapan yang indah dan menghiburkan. Sirah berbeza daripada tarajim, sejarah Sirah Islam mula muncul pada abad kedua Hijrah dan terus berkembang hingga sempurna pada abad keenam era Dinasti Ayyubiyah. Usamah bin Munqidh adalah pengembang sirah dhatiyah pada era itu.
Rujukan Abbas, Ihsan. 1966. Fan al-Sirah. Beirut: Dar sadir. Abd al-Daim, Yahya Ibrahim. 1972. Al-Tarjama al-Dhatiyah fi al-adab al-Arabi al-hadith. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Adabi. al-Baghdadi, Abd al-Majid. 2016. Fan al-sirah al-dhatiyyah wa anwa’uha fi aladab al-Arabi. Dalam Majallah Al-Qism Al-Arabi. Lahore – Pakistan: University of the Punjab. Bil. 23. 2016. al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadan. 1980. Fiqh al-sirah. Damsyik: Dar al-Fikr. al-Hadidi, Abd al-Latif. 1996. Fan al-sirah bayna al-dhatiyyah wa al-ghayriyyah fi daw’ al-naqd al-hadith. Al-Qaherah: Dar al-Sa’adah li al-Tiba’ah. Ibn Khaldun, Abd al-Rahman. 2001. Muqaddimt Ibn Khaldun. Beirut: Dar al-Fikr. Ibn al-Jawzi, Abd al-Rahman bin Ali. 2007: 3. Shudhur al-uqud, t.ngr. Markaz Najibawayh li al-makhtutat muqaddimah. Ibn Shaddad, Baha’ al-Din Yusuf. 2002. Al-Nawadir al-sultaniyah wa al-Mahasin alYusufiyah. Sirya: Dar al-Awa’il li al-Nashr. Ibn Manzur, Muhammad bin Mukram. t.thn. Lisan al-Arab. Al-Qaherah: Dar al-Ma’arif
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 219
Ibn Munqidh, Usamah bin Murshid.1999. Kitab al-I’tibar. Makkah al-Mukarramah: Maktabat Abbas bin Ahmad al-Baz. al-Kattani, Muhammad. 1980. Dirasat al-mu’llafat al-jadidah. Moroco: Dar alThaqafah. al-Maqdisi, Anis. 1980. Al-Funun al-adabiyah wa a’lamuha fi al-nahdah alArabiyah al-hadithah. Beirut: Dar al-I’lm li al-Malayin. Muhammad, Abd al-Ghani Hasan Lata. T.th. Al-Tarajim wa al-siyar. Cet.3. alQaherah: Dar al-Ma’arif. al-Muhandis. Kamil & Majdi Wahbah. 1979. Mu’jam al-mustalahat al-Arabiyah fi al-lughah wa al-adab. Beirut: Maktabat Lubnan). al-Najjar, Husin Fawzi. 1994. Al-Tarikh wa al-siyar. Al-Qherah: al-Dar al-Misriyyah. Nayzak, As’ad. 2003. Al-Sirah al-dhatiyah fi al-adab al-Arabi al-qadim. Mesir: Dar al-Hilal. al-Rabadi, Sa’id. 1988. Mazahir tatawur al-nathr fi al-usur al-mutatabi’ah. Damsyik: Matba’at al-Mashriq li al-Nashr. Shakir, Tahani Abd al-Fattah. 2002. Al-Sirah al-Dhatiyyah fi al-adab al-Arabi. Jordan: al-Mu’ssasah al-Arabiyyah li al-Dirasat wa al-Nashr. Sharaf, Abd Aziz. 1988. Adab al-sirah al-dhatiyah. Mesir: al-Sharikah al-Misriyah al-Alamiyah li al-Nashr. al-Saqarat, Bara’ Mahmud. 2011. Kitab al-I’tibar li Usamah bin Munqidh dirasah tahliliyah. Tesis Sarjan, Universiti Mu’tah. al-Hamawi, Yaqut. 1936. Mu’jam al-Udaba’. Tahqiq: Ahmad Rifa’I. al-Qaherah: Dar al-Ma’mun. Wahbah, 1984. Majdi, Kamil al-Muhandis. Mu’jam al-mustalahat al-Arabiyyah fi al-Lughah wa al-adab. Cet. 2. Beirut: Maktabat Lubnan.