SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
TAHUN 2017
MAKLUMAT KURSUS-KURSUS SIJIL YANG DITAWARKAN
1
SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
TAHUN 2017
SIJIL SENI KREATIF ASWARA FAKULTI TARI 1. KURSUS TARI KONTEMPORARI TAHAP PERTENGAHAN/TAHAP KEDUA Sinopsis : Kursus ini merupakan pengenalan kepada bentuk tari kontemporari dan ballet. Ianya untuk mempertingkatkan kebolehan dan kefahaman pelajar dalam teknik, konsep, falsafah serta sejarah dalam tarian kontemporari dan ballet. Teknik tarian kontemporari seperti Graham, Cunningham, Limon dan Hawkins diaplikasikan untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar terhadap tari kontemporari. Selain daripada itu, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan teknikteknik asas tari kontemporari seperti cara penggunaan ruang (di atas lantai), floor work & isolations. Pengajaran & Pembelajaran
:
Praktikal
Lokasi
:
Studio Tari
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
Setiap Sabtu (9.00 pagi – 11.00 pagi)
Yuran
:
RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja)
Jumlah peserta
:
Minima 15 orang / Maksima 30 orang
2. TARI TRADISIONAL MELAYU RAKYAT DAN KLASIK Sinopsis : Kursus ini memberi latihan intensif terhadap tarian tradisional Melayu Rakyat ataupun Klasik mengikut kecenderungan pelajar. Tarian Rakyat akan menjurus kepada tari Asli, Inang, Zapin dan Joget, manakala tarian Klasik pula menjurus kepada repetoire tarian klasik Melayu seperti Joget Gamelan dan Terinai. Kursus ini memberi penumpuan kepada penguasaan teknik tari Rakyat dan Klasik serta pemahaman dari segi sejarah dan latarbelakang tarian berkenaan. Pengajaran & Pembelajaran
:
Praktikal
Lokasi
:
Studio Tari
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
Setiap Sabtu (11.00 pagi – 1.00 petang)
Yuran
:
RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja)
Jumlah peserta
:
Minima 15 orang/ Maksima 30 orang 2
SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
TAHUN 2017
FAKULTI MUZIK
KURSUS YANG DITAWARKAN ADALAH PEMBELAJARAN INSTRUMENTAL IAITU: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii.
Alat Bertali ( violin, viola, cello, contrabas - semua tahap) Alat Tiupan Brass (French horn, trumpet, trombone, tuba – semua tahap) Alat Tiupan Kayu (Flute, Clarinet, Bassoon - semua tahap) Alat Perkusi (Marimba, Timpani - semua tahap) Piano Klasik - semua tahap Gitar KLasik - semua tahap Gitar Moden - semua tahap Gitar Bass - semua tahap Gambus - semua tahap Ghu Zheng - semua tahap Sitar - semua tahap Tabla - semua tahap Vokal – semua tahap
Sinopsis : Pembelajaran secara instrumental solo yang dibahagikan kepada tiga (3) tahap iaitu beginner, intermediate dan advance bersama pensyarah / pengajar utama. Matlamat kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta di dalam permainan alat muzik utama mereka dari segi teknik, repertoire dan persembahan. Pengajaran & Pembelajaran
:
Praktikal
Lokasi
:
Bilik Latihan Muzik
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
Setiap Sabtu dan Ahad ( 1 jam seminggu)
Yuran
:
a) b) c)
Jumlah peserta
:
Minimum 5 orang pelajar bagi setiap alat muzik
Beginner - RM 2,100.00 (150 X 14 minggu) Intermediate - RM 2,800.00 (200 X 14 minggu) Advance - RM 3,500.00 (250 X 14 minggu)
* Perhatian : Pelajar mesti membawa alat muzik sendiri kecuali piano, marimba, dan timpani
3
SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
TAHUN 2017
FAKULTI PENULISAN KREATIF KURSUS PENULISAN SKRIP DOKUMENTARI Sinopsis: Selain daripada drama, program yang tidak kurang mendapat perhatian dan banyak disiarkan melalui medium televisyen ialah dokumentari. Pelbagai bentuk, jenis dan genre dokumentari ditayangkan melalui hampir semua stesen televisyen, sama ada yang diimport atau terbitan tempatan. Sehubungan dengan itu, stesen-stesen televisyen atau penerbit program tv memerlukan sekian banyak skrip dokumentari yang baik dan menarik dalam pelbagai judul, untuk diterbitkan dan disiarkan. Para penulis patut merebut peluang dan kesempatan ini bagi memperoleh kemahiran untuk menjadi penulis dokumentari yang mampu berdaya saing dalam pasaran industri kreatif tanah air. Kursus ini akan memperkenalkan dan mendedahkan kepada para peserta aspek teori, kaedah, teknik, pendekatan dan format penulisan SKRIP DOKUMENTARI. Tumpuan akan diberikan terhadap penulisan skrip dokumentari pelbagai genre, seperti sejarah, tokoh, budaya, flora dan fauna, travelog dan sebagainya. Pengajaran & Pembelajaran
:
Teori dan Praktikal
Lokasi
:
Bilik Seminar 5
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
Setiap Sabtu (10.00 pagi – 1.00 tengah hari)
Yuran
:
RM500 (Ringgit Malaysia lima ratus sahaja). Yuran ini termasuk kos menggunakan perpustakaan ASWARA dan makmal komputer, pada masa-masa yang ditetapkan.
Jumlah Peserta
:
minimum – 10 orang maksimum – 20 orang.
Pensyarah
:
Encik Mohamad Zaki Hj. A. Rahim
4
SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
TAHUN 2017
FAKULTI TEATER 1.
KURSUS ASAS LAKON TEATER
Sinopsis : Kursus ini memperkenalkan pelajar dengan lakonan yang menggunakan kaedah Stanilavski. Pelajar dilatih untuk memantapkan kegunaan vokal, tubuh dan mengenali perasaan dan deria rasa. Latihan langsung diberi melalui monolog untuk membantu pelajar bagaimana cara menghafal dialog dan membawa perwatakan. Pengajaran & Pembelajaran
:
Praktikal
Lokasi
:
Black Box
Tempoh
:
10 minggu
Jadual
:
Setiap Sabtu (10.00 pagi hingga 2.00 petang)
Yuran
:
RM 600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja)
Jumlah peserta
:
Minimum 5 orang / maksimum 20 orang
Pensyarah
:
Encik Shariful Akma Abdullah
5
SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
TAHUN 2017
FAKULTI PENGURUSAN SENI DAN BUDAYA 1. KURSUS PENGURUSAN ACARA (EVENT MANAGEMENT) Sinopsis : Melalui kursus ini, para pelajar akan memperoleh perspektif menyeluruh mengenai pengurusan acara, meliputi semua definisi dan bentuk acara, fasiliti dan operasi. Penyampaian adalah melalui kuliah, bengkel, seminar, tayangan filem dan visual, lawatan, pembincangan kelas, kaedah penyelesaian masalah, projek praktikal, kerja lapangan, praktikal dan pembentangan kertas kerja/projek. Pengajaran & Pembelajaran
:
Teori dan Praktikal
Lokasi
:
Bilik Seminar
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
Setiap Sabtu (10.00 pagi hingga 12.00 tengahari)
Yuran
:
RM 600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja)
Jumlah peserta
:
Minima 5 orang Maksima 20
6
SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
TAHUN 2017
2. KURSUS PENGURUSAN PENTAS (STAGE MANAGEMENT) Sinopsis : Kursus ini mendedahkan para pelajar kepada pengetahuan teori dan pratikal pengurusan teknikal dan pengurusan pentas. Para pelajar akan meneroka dan mengaplikasikan kaedah dan pendekatan amalan pengurusan pentas dan pengurusan teknikal dalam produksi teater dan acara. Penyampaian adalah melalui kuliah, bengkel, seminar, tayangan filem dan visual, lawatan, pembincangan kelas, kaedah penyelesaian masalah, projek praktikal, kerja lapangan, praktikal dan pembentangan kertas kerja/projek. Pengajaran & Pembelajaran
:
Teori dan Praktikal
Lokasi
:
Bilik Seminar
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
Setiap Sabtu (10.00 pagi hingga 12.00 tengahari)
Yuran
:
RM 600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja)
Jumlah peserta
:
Minima 5 orang Maksima 20
7
SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
TAHUN 2017
SIJIL SENI TRADISI PUSAT SENI PENTAS TRADISIONAL (PUTRA) 1. Berikut adalah kursus-kursus yang ditawarkan: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.
Gamelan Melayu I - Asas Gamelan Melayu II - Lanjutan Caklempong Muzik Makyung Muzik Wayang Kulit Muzik Dikir Barat Muzik Solo Serunai Muzik Solo Rebab Asas Vokal Tradisional Lanjutan Vokal Tradisional
2. Berikut adalah kadar yuran bagi kursus-kursus yang bakal ditawarkan :
Bil.
Jenis pakej
Keterangan
1.
RM500.00
Seorang peserta hanya mengambil satu kursus sahaja
2.
RM800.00
Seorang peserta yang mengambil dua kursus. Bagi tambahan kursus seterusnya, potongan yuran sebanyak RM100.00 (contohnya 3 kursus = RM 1,200.00)
3.
RM300.00 seorang
Bagi penyertaan secara berkumpulan (sekurangkurangnya lima orang atau lebih)
4.
RM250.00
Bagi kakitangan ASWARA
8
SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
TAHUN 2017
1. GAMELAN MELAYU I - ASAS Sinopsis :
Gamelan Melayu yang terdiri daripada alat-alat muzik gangsa dan
perkusi merupakan intipati penting dalam mengiringi persembahan tarian Joget Gamelan iaitu sebuah tradisi istana.
Kursus ini memperkenalkan tradisi muzik
gamelan Melayu kepada peserta dengan pendekatan secara praktikal dalam mengenali ensembel tradisional. Peserta berpeluang mempelajari teknik asas bermain alat muzik gamelan Melayu secara berkumpulan dengan pendekatan teknik dan kaedah yang berkembang dari Istana Pahang dan Terengganu.
Pengajaran & Pembelajaran
:
Praktikal
Lokasi
:
Studio Gamelan Melayu
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
Setiap Sabtu (10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari)*
Yuran
:
TBC
Syarat kemasukan
:
Peserta yang berumur 15 tahun dan ke atas.
Jumlah peserta
:
Minimum 7 orang /Maksimum 15 orang
* Pertukaran masa kelas adalah tertakluk kepada perbincangan lanjutan
2. GAMELAN MELAYU II - LANJUTAN Sinopsis
:
Gamelan Melayu yang terdiri daripada alat-alat muzik gangsa dan
perkusi merupakan intipati penting dalam mengiringi persembahan tarian Joget Gamelan iaitu sebuah tradisi istana.
Kursus ini memperkenalkan tradisi muzik
gamelan Melayu kepada peserta dengan pendekatan praktikal dalam mengenali ensembel tradisional dan kontemporari. Peserta berpeluang mempelajari teknik lanjutan bermain alat muzik gamelan Melayu secara berkumpulan dengan teknik dan kaedah tradisional serta pengenalan kepada lagu kontemporari.
9
SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
TAHUN 2017
Pengajaran & Pembelajaran
:
Praktikal
Lokasi
:
Studio Gamelan Melayu
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
Setiap Sabtu (12.30 tgh sehingga 2.30 petang)*
Yuran
:
TBC
Syarat kemasukan
:
Peserta yang berumur 15 tahun dan ke atas.
Jumlah peserta
:
Minimum 7 orang /Maksimum 15 orang
* Pertukaran masa kelas adalah tertakluk kepada perbincangan lanjutan
3. VOKAL TRADISIONAL (ASAS) Sinopsis
:
Kursus ini akan memperkenalkan dan mendedahkan kepada peserta
mengenai sejarah kewujudan seni suara melayu tradisional, asal usul lagu melayu asli, penggunaan pantun, struktur nyanyian, asas teknik vokal, pendekatan latihan pemanasan
suara
khas
untuk
nyanyian
tradisional,
pengenalan
kepada
lenggok/bunga/patah lagu nyanyian melayu asli, langkah-langkah asas nyanyian dan repertoire lagu. Tumpuan akan diberikan terhadap penguasaan lenggok dan repertoire lagu. Pada akhir kursus, pelajar akan mengaplikasikan hasil pembelajaran dan diminta membuat persembahan nyanyian lagu melayu asli yang dipilih dari repertoire yang telah disediakan. Pengajaran &
: Teori & Praktikal
Pembelajaran Lokasi
: Pejabat PuTRA
Tempoh
: 14 minggu
Jadual
: Setiap Sabtu & Ahad (9.00 pagi – 2.00 petang)
Syarat
: Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 – 40 tahun.
Kemasukan
10
SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
Jumlah peserta
TAHUN 2017
: Minima 5 orang Maksima 10 orang
4. VOKAL TRADISIONAL (LANJUTAN) Sinopsis : Kursus ini akan memperkenalkan dan mendedahkan kepada peserta mengenai nyanyian improvisasi, repertoire lagu-lagu tradisional termasuk lagu Melayu Asli, Inang, Zapin, Joget, Ghazal dan Keroncong, penggunaan alat muzik pengiring selain akan juga diberi pendedahan berkenaan persembahan nyanyian. Tumpuan akan diberikan terhadap penguasaan repertoire lagu dan penyampaian persembahan.
Pada
akhir
kursus,
pelajar
akan
mengaplikasikan
hasil
pembelajaran dan diminta membuat persembahan ‘showcase’ nyanyian lagu-lagu tradisional secara langsung di hadapan penonton Pengajaran & Pembelajaran
: Praktikal
Lokasi
: Pejabat PuTRA
Tempoh
: 14 minggu
Jadual
: Setiap Sabtu & Ahad (9.00 pagi – 2.00 petang)
Syarat
: Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 15 – 40
Kemasukan Jumlah peserta
tahun. : Minima 5 orang Maksima 10 orang
11
SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
TAHUN 2017
5. CAKLEMPONG Sinopsis
:
Mendedahkan pelajar menjalani latihan teori muzik barat yang
berorientasikan teknik dan gaya mengikut aplikasi tradisional dan kaedah yang dapat menarik minat pelajar. Pengajaran & Pembelajaran
:
Praktikal
Lokasi
:
Studio Caklempong
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
TBC
Yuran
:
TBC
Syarat kemasukan
:
Peserta yang berumur 15 tahun dan ke atas.
Jumlah peserta
:
Minimum 7 orang /Maksimum 15 orang
6. MUZIK MAKYUNG Sinopsis : Pelajar yang mengambil subjek ini akan mempelajari salah satu alat yang memainkan rentak iaitu gendang ibu dan gendang anak. Pelajar hendaklah memilih salah satu daripadanya samada Gendang Ibu atau Gendang Anak. Gendang merupakan alat muzik yang tergolong dalam katogori membranofon yang bermaksud alat muzik yang mengeluarkan bunyi hasik daripada kulit yang diregangkan. Dalam subjek ini pelajar akan diberi pendedahan mengenai teknik talaan, teknik pukulan dan rentak-rentak asas muzik makyung. Pengajaran & Pembelajaran
:
Praktikal
Lokasi
:
Studio makyung
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
TBC
Yuran
:
TBC
Syarat kemasukan
:
Peserta yang berumur 15 tahun dan ke atas.
Jumlah peserta
:
Minimum 7 orang /Maksimum 15 orang 12
SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
TAHUN 2017
7. MUZIK DIKIR BARAT Sinopsis : Subjek ini ditawarkan selari dengan permintaan semasa, di mana kebanyakan disemua sekolah, IPTA dan IPTS mempunyai kumpulan dikir Barat. Dengan ini akan memberi peluang kepada pemuzik untuk menambah ilmu dalam bidang ini. Subjek ini akan memberi penekanan kepada alat muzik Rebana Ibu yang merupakan alat muzik yang paling utama dalam ensamble Dikir Barat. Penekanan diberikan kepada teknik penalaan, penjagaan, teknik pukulan dan rentak asas dalam Dikir Barat. Pengajaran & Pembelajaran
:
Praktikal
Lokasi
:
Studio makyung
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
TBC
Yuran
:
TBC
Syarat kemasukan
:
Peserta yang berumur 15 tahun dan ke atas.
Jumlah peserta
:
Minimum 7 orang /Maksimum 15 orang
8. MUZIK WAYANG KULIT KELANTAN Sinopsis : Pelajar yang mengambil subjek ini akan mempelajari satu alat sahaja iaitu gedumbak yang merupakan alat muzik paling penting dalam Wayang Kulit Kelantan. Dalam subjek ini pelajar akan diberi pendedahan mengenai teknik talaan,teknik pukulan dan rentak-rentak asas. Gedumbak tergolong dalam katogari membranofon yang mana bunyi yang dikeluarkan hasil daripada kulit yang diregangkan. Penekanan diberikan kepada lagu-lagu bahagian Dalang Muda. Pengajaran & Pembelajaran
:
Praktikal
Lokasi
:
Studio makyung
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
TBC
Yuran
:
TBC
Syarat kemasukan
:
Peserta yang berumur 15 tahun dan ke atas.
Jumlah peserta
:
Minimum 7 orang /Maksimum 15 orang 13
SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
TAHUN 2017
9. SERUNAI Sinopsis : Serunai merupakan alat muzik yang memainkan melodi untuk memenuhi rentak yang dimainkan. Serunai tergolong dalam katogori erofon yang bermaksud bunyi yang dikeluarkan hasil daripada tiupan. Dalam subjek ini pelajar akan diajar bermain Serunai Silat Jawi negeri Kelantan. Ini kerana lagu silat merupakan lagu yang paling banyak teknik-teknik penjarian dan teknik tiupan yang digunakan didalamnya. Sekiranya pelajar dapat menguasai lagu ini maka lebih mudah untuk belajar lagu-lagu lain. Pengajaran & Pembelajaran
:
Praktikal
Lokasi
:
Studio makyung
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
TBC
Yuran
:
TBC
Syarat kemasukan
:
Peserta yang berumur 15 tahun dan ke atas.
Jumlah peserta
:
Minimum 1 orang /Maksimum 15 orang
10. ALAT MUZIK REBAB Sinopsis : Alat muzik Rebab merupakan alat muzik yang memainkan melodi dalam ensamble Makyung. Tergolong dalam kategori Kordofon yang bermaksud alat muzik yang mengeluarkan bunyi hasil daripada gesekan yang dilakukan. Dalam subjek ini pelajar akan diajar mengenai teknik bermain, skala yang digunakan dalam lagu-lagu Makyung. Pengajaran & Pembelajaran
:
Praktikal
Lokasi
:
Studio makyung
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
TBC
Yuran
:
TBC
Syarat kemasukan
:
Peserta yang berumur 15 tahun dan ke atas.
Jumlah peserta
:
Minimum 1 orang /Maksimum 15 orang 14
SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA/ SIJIL SENI TRADISI
TAHUN 2017
11. PEWAYANGAN Sinopsis : Subjek ini memberi pendendahan mengenai pewayangan dalam Wayang Kulit Kelantan. Pelajar yang mengambil subjek ini akan belajar mengenai teknik pergerakan patung,pengenalan watak, ucatan-ucatan bahasa pewayangan, nyanyian lagu-lagu Wayang Kulit. Penekanan akan diberikan dalam bahagian Dalang Muda kerana bahagian ini sangat penting bagi seseorang yang ingin bergelar Tok Dalang.
Pengajaran & Pembelajaran
:
Praktikal
Lokasi
:
Studio makyung
Tempoh
:
14 minggu
Jadual
:
TBC
Yuran
:
TBC
Syarat kemasukan
:
Peserta yang berumur 15 tahun dan ke atas.
Jumlah peserta
:
Minimum 1 orang /Maksimum 15 orang
15