Sijil Perlindungan Kemalangan Kereta BAHAWASANYA Peserta yang dinamakan dan dinyatakan dalam Jadual Sijil melalui Cadangan dan Pengakuan yang akan menjadi asas Kontrak Takaful ini telah memohon kepada Etiqa Takaful Berhad (yang kemudian dirujuk sebagai “Pengendali Takaful”) untuk perlindungan Takaful yang dinyatakan kemudian daripada ini. SEBAGAI BALASAN pembayaran Sumbangan oleh Peserta berdasarkan prinsip tabarru' (sumbangan) sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual dan tertakluk kepada terma-terma, peruntukan, pengecualian dan syarat-syarat di dalamnya atau diendors padanya, Pengendali Takaful bersetuju untuk menanggungrugi Peserta sekiranya Kejadian yang dinyatakan di bawah berlaku kepada Peserta semasa Tempoh Takaful dan Peserta itu dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh Kemalangan dan bebas daripada sebarang sebab lain mengalami sebarang Akibat yang dinyatakan di bawah Skala Manfaat, maka Pengendali Takaful akan membayar Manfaat yang ditetapkan dalam Jadual bagi Akibat tersebut kepada Peserta atau wakil peribadinya yang sah sekiranya Peserta meninggal dunia. Sijil ini, Jadual dan Endorsmen, sekiranya ada, adalah bukti kepada perjanjian di antara Anda (Orang yang Dilindungi) dengan pihak Kami. Permohonan yang telah dibuat kepada Kami, dan maklumat penting yang didedahkan kepada Kami berkaitan dengan Takaful ini hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak ini. Jika Anda gagal untuk mendedahkan kepada Kami secara penuh dan tepat, semua fakta yang Anda tahu atau sepatutnya tahu, atau jika Anda salah nyata mana-mana fakta penting kepada Kami sebelum Sijil dimulakan, Kami boleh mengetepikan Sijil ini. Anda dikehendaki oleh Kami, sebelum sijil ini diperbaharui atau diubah, untuk menjawab apa-apa soalan atau jika Anda diminta untuk mengesahkan atau meminda apa-apa perkara yang telah dinyatakan oleh Anda kepada Kami berhubung dengan Sijil ini, ia adalah menjadi tanggungjawab Anda untuk mengambil langkah yang sewajarnya dan tidak membuat salahnyataan apabila menjawab soalansoalan atau mengesahkan atau meminda apa-apa perkara yang telah dinyatakan. Kewajipan Anda untuk mendedahkan seperti di atas hendaklah berterusan sehingga Sijil dibuat, diubah atau diperbaharui.
KEJADIAN Kematian, Kehilangan Keupayaan Kekal dan/atau Kecederaan Anggota Badan secara Kemalangan yang disebabkan oleh suatu kejadian yang ganas, dan jelas kelihatan secara lansung dan luaran berkenaan: 1.
setiap Peserta, pemandu dan/atau penumpang dengan kebenaran Peserta ketika menaiki, dalam perjalanan atau keluar dari Kenderaan Peserta.
2.
Peserta, Pasangan Peserta atau mana-mana Anak Peserta sahaja yang berumur di antara lima (5) hingga lima belas (15) tahun semasa: a) sebagai pejalan kaki dalam Kemalangan yang melibatkan sebarang kenderaan jalan raya (termasuk motorsikal, skuter, basikal dan kayuhan pemijak kaki basikal dengan bantuan mekanikal); b) menaiki ke atas atau ke dalam, perjalanan di atas atau di dalam atau keluar dari sebarang kenderaan jalan raya selain daripada Kenderaan Peserta (tidak termasuk motorsikal, skuter, basikal dan kayuhan pemijak kaki basikal dengan bantuan mekanikal) sebagai penumpang atau pemandu; c) berlepas atau di atas/di dalam kenderaan atau turun dari sebarang keretapi, kapal, bot feri, atau hoverkraf sebagai penumpang yang berbayar.
DEFINISI AM 1.
Kemalangan Kemalangan bermaksud kejadian yang terjadi secara kekerasan, nyata dan tidak disengajakan (termasuk jangkitan yang berlaku melalui luka akibat Kemalangan yang mengakibatkan Kecederaan Anggota Badan), tetapi tidak termasuk jangkitan-jangkitan lain, keracunan, keuzuran atau penyakit, hernia, keadaan yang semula jadi atau proses hilang upaya.
2.
Manfaat Jumlah yang akan dibayar bagi tuntutan yang sah di bawah Sijil Takaful ini berdasarkan kepada penerangan Manfaat seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Takaful.
3.
Kecederaan Anggota Badan Kecederaan Anggota Badan bermaksud Kecederaan Anggota Badan yang dialami oleh Peserta hanya disebabkan Kemalangan semata mata dan secara langsung dan bersifatkan keganasan luaran serta nyata dan (termasuk kesan secara langsung daripada unsur-unsur pendedahan) dan tidak termasuk keuzuran, penyakit, parasit, bakteria, atau jangkitan kuman atau sebarang keadaan yang berlaku semula jadi atau proses hilang upaya.
Page 1
PSG/ETB/CW/DPPA/1504V1.1
4.
Sumbangan Bayaran Takaful yang dibuat oleh Peserta berdasarkan konsep tabarru’.
5.
Kematian Kematian semata-mata atas sebab Kemalangan semasa dalam perjalanan dengan Kenderaan Peserta atau sebarang Kejadian yang dinyatakan di atas.
6.
Pengendorsan Bukti bertulis tentang pindaan yang telah dipersetujui bagi Sijil ini.
7.
Dana Dana Takaful Am yang dikendalikan oleh Etiqa Takaful Berhad.
8.
Anak-Anak Sah Anak-Anak Sah termasuk anak tiri dan/atau anak angkat yang sah. a) tidak bekerja dan berumur sekurang-kurangnya lima (5) tahun dan tidak melebihi enam belas (16) tahun (atau tidak melebihi dua puluh satu (21) tahun sekiranya masih belajar di insitusi pengajian tinggi); dan b) bergantung sepenuhnya kepada Peserta atau Pasangan Suami atau Isteri Sah Peserta untuk bantuan kewangan; semasa berlakunya Kemalangan.
9.
Pasangan Suami atau Isteri yang Sah Pasangan Suami atau Isteri Peserta melalui perkahwinan yang sah yang dinyatakan di dalam Jadual Takaful. Bagi tujuan Sijil ini, perkahwinan secara “Common Law” tidak dianggap sebagai perkahwinan yang sah kecuali di bawah Undang-Undang Islam atau Enakmen-Enakmen Malaysia atau The Law of Reform (Marriage & Divorce) Act 1976.
10.
Perbelanjaan Perubatan Sebarang perubatan, pembedahan, hospital, rumah sakit atau perbelanjaan mengurut berkaitan dengan Kecederaan Badan disebabkan oleh Kemalangan yang diperlukan dan dibayar sehingga tidak melebihi jumlah (seperti yang dinyatakan di dalam Jadual) tertakluk kepada penyerahan bil yang asal.
11.
Pengamal Perubatan Pengamal Perubatan bermaksud Pengamal Perubatan yang bertauliah dan sah, selain daripada Peserta sendiri atau manamana ahli keluarga terdekat Peserta.
12.
Penama Orang yang Peserta namakan di Borang Penamaan yang akan menerima Manfaat.
13.
Kenderaan Peserta Kenderaan yang dinyatakan dalam Jadual yang diberi lesen untuk kegunaan persendirian dan tidak digunakan untuk tujuan perdagangan.
14.
Kehilangan Upaya Kekal Kehilangan menyeluruh kerana terputus atau kehilangan penggunaan menyeluruh dan kekal yang berikut akibat suatu Kemalangan semasa dalam perjalanan dengan menggunakan Kenderaan Peserta atau sebarang Kejadian yang dinyatakan di atas.
15.
Tempoh Takaful Tempoh Takaful yang di tunjukkan dalam Jadual Takaful.
16.
Cadangan Cadangan yang telah Peserta tandatangani dan maklumat lain yang Peserta atau sesiapa yang bertindak bagi pihak Peserta telah berikan kepada Pengendali Takaful.
17.
Takaful Semula Satu tindakan wajar yang selaras dengan prinsip Takaful untuk memperolehi perlindungan Takaful Semula terhadap liabiliti bagi risiko yang ditanggung oleh Pengendali Takaful semasa menjalankan Perniagaan Takaful.
18.
Jadual Helaian maklumat yang mengandungi butir-butir peribadi Peserta, Manfaat, Sumbangan dan Tempoh Takaful yang dilampirkan bersama Sijil ini.
19.
Jumlah Perlindungan/Jumlah yang Dilindungi Jumlah yang ditunjukkan dalam Jadual yang merupakan jumlah maksimum yang Pengendali Takaful akan bayar untuk mana mana satu tuntutan.
20.
Tabarru’ Istilah Bahasa Arab yang bermaksud pemberian, hadiah, sumbangan. Dalam kontrak Takaful, ia dimaksudkan sebagai “sumbangan untuk menyertai Takaful”.
21.
Takaful Suatu skim berlandaskan persaudaraan, perpaduan dan saling bantu membantu yang menyediakan bantuan kewangan bersama dan pertolongan kepada Peserta di dalam keadaan keperluan di mana Peserta bersetuju bersama untuk menyumbang dengan tujuan tersebut.
Page 2
PSG/ETB/CW/DPPA/1504V1.1
22.
Perniagaan Takaful Suatu perniagaan berdasarkan konsep Takaful yang mana matlamat serta operasinya tidak terlibat dengan unsur-unsur yang tidak selari dengan Syariah.
23.
Pengendali Takaful/Kami Etiqa Takaful Berhad (266243-D).
24.
Peserta/Anda Orang yang dinamakan dalam Jadual sebagai “Peserta”. Segala maksud bagi ”Orang” adalah merangkumi manusia, pengendali takaful, perkongsian, persatuan, mana- mana dua orang atau lebih yang mempunyai satu kecenderungan.
25.
Wakalah Tindakan satu pihak, mencalonkan pihak yang lain untuk bertindak bagi pihaknya. Dalam konteks Takaful, Etiqa Takaful Berhad dilantik untuk menguruskan Dana Takaful Am (Dana) bagi pihak Peserta.
26.
Data Peribadi Mempunyai erti yang sama seperti yang terkandung di bawah Seksyen 4 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Data Peribadi merujuk kepada data peribadi yang diberi oleh Orang yang Dilindungi, Peserta atau pihak ketiga yang diberi kuasa berkaitan dengan Sijil Takaful. Data Peribadi tidak termasuk maklumat mengenai individu yang berada dalam domain awam.
PERUNTUKAN KHAS 1.
Pembayaran akan dibuat sebagai tambahan kepada Sijil Kemalangan Diri yang lain. Penumpang tidak perlu untuk membuat tuntutan liabiliti undang-undang untuk mendapat Manfaat daripada Sijil ini. Pembayaran akan dibuat walaupun pemandunya cuai.
2.
Sekiranya Peserta tidak dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada unsur-unsur alam semulajadi berikutan sesuatu Kemalangan, dan akibat daripada pendedahan yang sedemikian mengalami kecederaan, kecederaan sedemikian merupakan suatu tuntutan untuk manfaat Kematian atau Kehilangan Keupayaan Kekal.
PEMBATASAN KHAS Penumpang-penumpang yang berumur lima belas (15) tahun ke atas akan dilindungi 100% di bawah Manfaat perlindungan. Penumpangpenumpang yang berumur di antara lima (5) dan lima belas (15) tahun berhak menerima 50% daripada kesemua Manfaat yang disediakan. Tiada perlindungan akan diberikan kepada Anak-Anak yang berumur lima (5) tahun ke bawah. Dalam keadaan di mana jumlah penumpang sebenarnya melebihi jumlah yang dinyatakan dalam pengakuan Sijil, had tanggungan/liabiliti untuk seorang oleh Pengendali Takaful akan di kurangkan mengikut nisbah jumlah penumpang sebenarnya yang di akui. Had ini tidak diterimapakai kepada pemandu.
PENGECUALIAN Perlindungan Takaful ini tidak boleh diterimapakai untuk mana-mana Kejadian yang berbangkit daripada atau yang disebabkan oleh atau yang disumbangkan oleh atau yang timbul daripada: 1.
Peserta melakukan atau cuba melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang; atau
2.
membunuh diri atau cubaan membunuh diri (sama ada dalam keadaan waras atau tidak), mencederakan diri sendiri dengan sengaja, ketidaksiuman atau sebarang percubaan berbuat demikian; atau
3.
hamil atau bersalin; atau
4.
pembunuhan atau serangan yang didorong/akibat provokasi; atau
5.
Peserta di bawah pengaruh dadah atau narkotik (sementara atau sebaliknya) kecuali ia diambil atas preskripsi Pengamal Perubatan yang berdaftar atau di bawah pengaruh alkohol kecuali ia dapat dibuktikan kepada Pengendali Takaful dan Pengendali Takaful hendaklah berpuas hati bahawa alkohol tersebut bukannya faktor yang menyumbangkan kepada Kejadian yang berlaku; atau
6.
HIV (Virus Imunodefisiensi Manusia) dan/atau sebarang HIV lain yang menyebabkan penyakit-penyakit termasuk AIDS (Sindrom Hilang Daya Ketahanan Badan) dan/atau Penyakit Kompleks berkaitan dengan AIDS (ARC) dan/atau sebarang sindrom terbitan mutasi atau variasi yang diperolehi dengan apa cara sekalipun atau dinamakan; atau
7.
penyakit yang dapat dikesan, parasit, bakteria, jangkitan kuman, walaupun dijangkiti daripada Kemalangan; atau
8.
bakteria berjangkit (‘anthrax’), keracunan darah, bakteria penyakit kulit (‘erysipelas’), keracunan bau yang disebabkan benda/produk yang telah reput (‘ptomaine-poisoning’), fungi (‘pyaemia’), panyakit darah (‘septicaemia’) dan/atau ketegangan/kekakuan otot-otot/anggota badan (‘tetanus’); atau
9.
sebarang kecacatan fizikal atau kelemahan yang sedia ada; atau
Page 3
PSG/ETB/CW/DPPA/1504V1.1
10.
kematian atau hilang upaya yang secara langsung atau tidak disebabkan oleh atau berbangkit daripada: (i) kerugian atau kemusnahan atau kerosakan pada sebarang jenis harta atau sebarang kerugian atau perbelanjaan yang disebabkan oleh atau berbangkit daripadanya atau sebarang kerugian turutan yang secara langsung atau tidak disebabkan oleh atau berbangkit daripada pengionan radiasi atau pencemaran radioaktif daripada sebarang radiasi nuklear atau pencemaran radioaktif daripada sebarang bahan api nuklear atau daripada sebarang bahan buangan nuklear daripada pembakaran bahan api nuklear. Bagi maksud pengecualian ini, pembakaran hendaklah termasuk sebarang proses pembelahan nuklear kekal diri; atau. (ii) sebarang Kemalangan, kerugian, kerosakan atau tanggungan/liabiliti yang secara langsung atau tidak disebabkan oleh atau berbangkit daripada bahan senjata nuklear; atau Mana-mana “tindakan keganasan yang melibatkan penggunaan bahan nuklear, kimia atau biologi” (seperti yang didefinisikan di bawah) tanpa mengambil kira sebarang sebab atau Kejadian yang menyumbangkan atau dalam sebarang siri kerugian yang lain. Untuk tujuan pengecualian ini: “Tindakan Keganasan yang Melibatkan Penggunaan Bahan Nuklear, Kimia atau Biologi” bermaksud penggunaan sebarang senjata nuclear atau peralatan atau pemancaran/penyebaran, pengeluaran, penyerakan, pembebasan/perlepasan, atau yang terkeluar dalam sebarang bentuk pepejal, cecair atau agen gas kimia atau agen biologi dalam Tempoh Takaful ini oleh mana-mana orang atau sesebuah kumpulan, sama ada bertindak bersendirian atau bagi pihak atau yang berkaitan dengan sesebuah organisasi atau kerajaan atas dasar politik, agama, ideologi atau tujuan- tujuan yang berkaitan dengan sesebuah organisasi atau kerajaan atas dasar politik, agama, atau tujuan-tujuan ideologi atau tujuan-tujuan yang sama atau berkaitan termasuk niat mempengaruhi manamana kerajaan dan/atau untuk meletakkan orang awam atau sebahagian daripadanya berada di dalam ketakutan. “Agen Kimia” bermaksud sebarang campuran yang mana apabila ia disebarkan secara sesuai akan menghasilkan kelemahan, kerosakan/kecederaan/kerugian atau boleh membawa maut kepada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan atau harta-benda. “Agen Biologi” bermaksud sebarang patogenik (penyakit yang menghasilkan) mikro-organisma dan/atau toksin yang dihasilkan secara biologi termasuk perubahan genetik organisma dan toksin yang bersintesiskan kimia yang mana mengakibatkan penyakit dan/atau kematian kepada manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan.
11.
(i)
peperangan, serangan, tindakan musuh luar negara, operasi permusuhan atau operasi sedia-perang (sama ada perang diisytiharkan atau tidak);
(ii)
perang saudara, dahagi, huru-hara awam yang membawa kepada perkadaran atau meningkat ke tahap pemberontakan awam, pemberontakan tentera, penderhakaan, pemberontakan, revolusi, pengkomplotan kuasa tentera atau perampasan kuasa; atau
(iii)
pemerintahan tentera atau keadaan terkepung atau apa-apa peristiwa atau sebab yang menentukan perisytiharan atau pengekalan pemerintahan tentera atau keadaan terkepung; atau
(iv)
sebarang tindakan seseorang yang bertindak bagi pihak atau berkaitan dengan sesuatu organisasi dengan aktiviti-aktiviti bertujuan menggulingkan Kerajaan ‘de jure’ atau ‘de facto’ secara paksa atau ke arah mempengaruhi perkara ini melalui tindakan keganasan atau kekerasan. Untuk tujuan ini, “Tindakan Pengganas” bermaksud tindakan/perbuatan tidak termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan paksaan atau kekerasan dan/atau ancaman oleh mana-mana orang atau sesebuah kumpulan, sama ada bertindak bersendirian atau bagi pihak atau yang berkaitan dengan sesebuah organisasi atau kerajaan atas dasar politik, agama, ideologi atau tujuan-tujuan yang berkaitan dengan sesebuah organisasi atau kerajaan atas dasar politik, agama, ideologi atau tujuan- tujuan yang sama atau berkaitan termasuk niat mempengaruhi mana-mana Kerajaan dan/atau untuk meletakkan orang awam atau sebahagian daripadanya berada di dalam ketakutan.
SYARAT-SYARAT 1.
HAD UMUR Tiada Peserta akan dilindungi di bawah Sijil ini sekiranya berumur kurang daripada lima (5) tahun atau telah mencapai umur tujuh puluh (70) tahun. Perlindungan yang diberikan oleh Sijil ini akan ditamatkan apabila berakhirnya Tempoh Takaful yang berkuatkuasa semasa Peserta mencapai umur tujuh puluh (70) tahun.
2.
PEMATUHAN SYARAT-SYARAT Pematuhan dan penyempurnaan terma-terma, syarat-syarat dan Pengendorsan Sijil ini oleh Peserta atau oleh mana- mana Pihak Menuntut di bawah Sijil ini dalam hal yang berhubung dengan mana-mana perkara yang perlu dilakukan atau dipatuhi oleh Peserta atau mana-mana Pihak Menuntut di bawah Sijil ini dan kebenaran kenyataan dan jawapan dalam Cadangan tersebut akan menjadi syarat terdahulu kepada sebarang tanggungan / liabiliti Pengendali Takaful untuk membuat sebarang pembayaran di bawah Sijil ini.
3.
PERUBAHAN/PERTUKARAN Peserta hendaklah segera memberi notis secara bertulis kepada Pengendali Takaful mengenai sebarang perubahan/pertukaran alamat, pekerjaan, kegiatan atau tentang sebarang kecederaan, penyakit, kecacatan atau kelemahan fizikal yang dialami oleh Peserta, dan hendaklah membayar sebarang Sumbangan tambahan yang dikehendaki oleh Pengendali Takaful. Semua notis yang dikehendaki diberikan oleh Peserta kepada Pengendali Takaful mestilah bertulis dan dialamatkan kepada Pengendali Takaful dan tiada perubahan/pertukaran dari segi terma-terma Sijil ini ataupun sebarang Pengendorsan di atasnya adalah sah melainkan perubahan/pertukaran atau Pengendorsan tersebut ditandatangani atau diluluskan oleh seorang wakil Pengendali Takaful yang dibenarkan. Peserta hendaklah memberikan notis kepada Pengendali Takaful tentang sebarang jenis Takaful yang berkuatkuasa terhadap Kemalangan dan/atau kelemahan/ketidakupayaan.
Page 4
PSG/ETB/CW/DPPA/1504V1.1
4.
PROSEDUR PEMBAHARUAN Sebelum Sijil ini diperbaharui, Peserta hendaklah memberikan notis secara bertulis kepada Pengendali Takaful tentang sebarang fakta penting (‘material’) yang boleh mempengaruhi Takaful ini di bawah pengetahuan Peserta semasa Tempoh Takaful termasuk sebarang penyakit, kecacatan fizikal atau mental atau kelemahan yang mempengaruhi Peserta atau sebarang Sijil lain yang berkuatkuasa ke atas atau oleh Peserta.
5.
NOTIS AMANAH ATAU PENYERAHAN HAK Kami tidak akan terikat untuk menerima atau dipengaruhi oleh mana-mana notis amanah, gadaian, lien, tugasan atau urusan lain atau seumpamanya yang berkaitan dengan Sijil ini.
6.
SYARAT YANG SEDIA-ADA BERHUBUNG DENGAN TANGGUNGAN/LIABILITI Sekiranya Cadangan atau Pengakuan Peserta adalah tidak benar dalam sebarang aspek atau sekiranya sebarang fakta penting (‘material’) yang menjejaskan risiko dinyatakan tidak betul di dalamnya atau ditinggalkan daripadanya atau sekiranya Takaful ini atau sebarang pembaharuannya telah diperolehi melalui sebarang salah nyataan atau sekatan maklumat atau sekiranya sebarang tuntutan yang dibuat adalah palsu atau diperbesarkan atau sekiranya sebarang Pengakuan atau kenyataan palsu dibuat untuk menyokongnya, maka dalam mana-mana keadaan tersebut Sijil ini akan terbatal.
7.
TANGGUNGAN/LIABILITI PENGENDALI TAKAFUL Pengendali Takaful tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau kematian yang berlaku sebelum penerimaan rasmi Sumbangan oleh Pengendali Takaful atau wakil-wakil Pengendali Takaful yang dibenarkan kecuali kredit telah dibenarkan dengan persetujuan yang khusus untuk pembayaran Sumbangan tersebut yang dibuat pada tarikh kemudiannya.
8.
SYARAT-SYARAT TUNTUTAN a. Pemberitahuan Kemalangan Semua tuntutan mestilah dibuat sendiri atau menerusi wakil Anda atau waris yang sah di sisi undang-undang secara bertulis kepada Kami dalam masa tiga puluh (30) hari dari apa-apa kematian atau kecederaan yang mungkin mengakibatkan tuntutan di bawah Sijil ini. b. Dokumen Semua laporan perubatan, sijil, maklumat dan keterangan yang diperlukan oleh Kami untuk menyokong tuntutan mestilah dikemukakan dan kesemua kos adalah di bawah tanggungan anda atau tanggungan mana-mana orang yang menuntut dalam kejadian kematian Orang yang Dilindungi. Jika Orang yang Dilindungi diperlukan oleh Kami untuk menjalani pemeriksaan lanjutan, kos tersebut haruslah ditanggung oleh Kami. Dalam kejadian kematian Orang Yang Dilindungi, Kami memerlukan sijil kematian sebagai bukti dan mungkin memerlukan pemeriksaan post-mortem dibuat atas tanggungan Anda. Tuntutan adalah dianggap sebagai tidak lengkap dan kelayakan Manfaat tidak akan dibayar melainkan jika laporan perubatan, sijil, maklumat dan keterangan untuk tuntutan tersebut telah dikemukakan dan dipersetujui oleh Kami. Bagi tuntutan untuk manfaat yang berkaitan dengan pembayaran balik perubatan, hanya kos sebenar yang ditanggung iaitu keperluan perubatan akan dipertimbangkan untuk pembayaran balik tertakluk kepada pengemukaan resit asal. c.
Penyelesaian Tuntutan (i) Kami akan membayar apa-apa manfaat di bawah Sijil ini kepada Anda atau kepada waris Anda sekiranya berlaku kematian terhadap Anda mengikut kepada Akta Kewangan Islam 2013. (ii)
Bayaran tuntutan di bawah Sijil ini adalah bergantung kepada pematuhan terma dan syarat oleh Anda, dan setakat mana ia dikenakan, oleh Orang Yang Dilindungi atau mana-mana pihak menuntut.
(iii)
Sekiranya berlaku kemalangan yang layak dibuat tuntutan dan pihak Kami telah membayar Manfaat Hilang Seluruh Keupayan Kekal seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian Sijil, maka sijil Peserta ini akan luput.
9.
TIMBANGTARA Sekira terdapat sebarang perbezaan yang timbul mengenai jumlah tanggungan/liabiliti Pengendali Takaful di bawah Sijil ini, perbezaan sedemikian hendaklah bebas daripada semua perkara lain, dirujuk kepada keputusan seorang penimbangtara yang akan dilantik secara bertulis oleh kedua-dua pihak atau jika mereka tidak bersepakat mengenai seorang penimbang tara, keputusan tersebut akan dirujuk kepada dua orang penimbangtara yang mana setiap penimbangtara akan dilantik secara bertulis oleh setiap pihak dalam tempoh tiga (3) bulan kalendar selepas dikehendaki berbuat demikian secara bertulis oleh pihak yang satu lagi, dan sekiranya terdapat percanggahan pendapat di antara penimbangtara tersebut, perbezaan itu hendaklah dirujuk kepada keputusan seorang wasit yang hendaklah dilantik secara bertulis oleh penimbangtara tersebut sebelum memasuki dalam perujukan itu, dan satu ganjaran melalui penimbangtaraan akan menjadi syarat terdahulu kepada sebarang hak tindakan terhadap Pengendali Takaful berhubung dengan sebarang pertikaian mengenai jumlah tanggungan/liabiliti Pengendali Takaful di bawah Sijil ini. Walau dalam apa hal sekali pun, Pengendali Takaful tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang tuntutan selepas tamatnya tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh berlakunya Kejadian itu melainkan tuntutan tersebut tertakluk kepada tindakan Mahkamah atau penimbangtaraan yang belum selesai.
10.
PEMBATALAN Pengendali Takaful boleh pada bila-bila masa memberikan notis tujuh (7) hari kepada Peserta pada bila-bila masa melalui Surat Berdaftar yang dihantar ke alamat terakhir Peserta yang diketahui oleh Pengendali Takaful yang mempunyai kebebasan untuk menentukan dan membatalkan Sijil ini, dengan syarat bahawa Pengendali Takaful hendaklah dalam hal tersebut atas permintaan mengembalikan sebahagian daripada Sumbangan bersamaan dengan baki Tempoh Takaful tersebut kepada Peserta. Sijil ini boleh dibatalkan oleh Peserta pa da bila-bila masa dengan memberikan notis tujuh (7) hari kepada Pengendali Takaful dan dalam hal yang demikian Peserta adalah berhak mendapat semula Sumbangan mengikut Kadar Pro Rata Pengendali Takaful untuk masa Sijil tersebut berkuatkuasa semasa Tempoh Takaful ini.
11.
BAYARAN SEBELUM PERLINDUNGAN Adalah asas dan syarat keistimewaan mutlak bagi kontrak Takaful ini bahawa sumbangan penuh perlu dibayar dan diterima oleh pihak Kami sebelum perlindungan Takaful di bawah Sijil ini, Endorsmen atau Pembaharuan, yang mana bekemungkinan akan bermula. Jika syarat ini tidak dipatuhi, Sijil ini akan secara automatik terbatal dan tidak sah. Tertakluk selainnya kepada terma-terma dan syarat-syarat Sijil ini.
Page 5
PSG/ETB/CW/DPPA/1504V1.1
12.
PENGAGIHAN LEBIHAN Peserta bersetuju untuk mengambil bahagian dalam skim Takaful Am ini berdasarkan prinsip Takaful dan membayar sumbangan atas dasar Tabarru'(derma) bagi tujuan membantu setiap peserta lain yang telah mengalami musibah dan dengan sumbangan ini,Peserta berhak terhadap perlindungan Takaful seperti yang dinyatakan dalam terma-terma dan syarat-syarat kontrak Takaful ini. Lebihan dari Dana akan ditentukan setiap tahun. Pengagihan, sekiranya ada, diperuntukkan bagi peruntukan luar jangka, dan tertakluk kepada dasar lebihan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah Kami. Lebihan yang boleh diagih, sekiranya ada, lima puluh peratus (50%) daripadanya dibayar kepada Kami sebagai fi prestasi kerana bertanggungjawab dalam mengendalikan dan menguruskan Dana, manakala baki 50% akan diperuntukkan kepada para Peserta yang Sijil belum ditamatkan dan tidak membuat sebarang tuntutan dalam tahun kewangan tersebut. Sekiranya berlaku apa-apa defisit daripada Dana, tidak akan ada pengagihan lebihan bagi tahun kewangan tersebut. Dalam keadaan sedemikian, defisit akan dibiayai oleh jumlah yang diperuntukkan bagi tujuan luar jangka. Sekiranya Dana ini masih defisit, Qard dari Dana Pemegang Saham akan diaturkan. Qard akan dibawa ke tahun kewangan yang berikutnya dan sebarang lebihan yang diperolehi selepas itu akan digunakan untuk membayar semula Qard. Sekiranya lebihan kurang daripada Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10), Kami akan mengkreditkan jumlah wang itu ke dalam tabung kebajikan yang akan digunakan sebagai Amal Jariah bagi pihak Peserta. Dana amal akan diagihkan kepada badan-badan kebajikan yang berdaftar.
13.
HAD SEKATAN DAN FASAL PENGECUALIAN Sijil takaful ini tidak boleh memberikan perlindungan dan Kami tidak akan bertanggungjawab untuk membayar apa-apa tuntutan atau memberikan apa-apa faedah di bawah ini dimana peruntukan perlindungan itu, pembayaran tuntutan itu, atau peruntukan Manfaat tersebut akan mendedahkan Kami kepada mana-mana larangan atau sekatan di bawah Akta CISAD atau Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau perdagangan atau sekatan ekonomi, undang-undang atau peraturanperaturan Kesatuan Eropah, United Kingdom.
14.
HAK UNTUK MENAMATKAN KERANA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM DAN PEMBIAYAAN KEGANASAN Jika Kami mengetahui atau mengesyaki bahawa Sijil dimanfaatkan untuk kegiatan pengubahan wang haram atau untuk membiayai keganasan, Kami berhak untuk menamatkan Sijil masing-masing dengan segera. Kami akan berurusan dengan semua sumbangan yang dibayar dan semua manfaat atau wang yang perlu dibayar berkenaan dengan Sijil melalui apa-apa cara yang Kami anggap sesuai, termasuk tetapi tidak terhad kepada menyerahkannya kepada pihak berkuasa berkaitan.
15.
HAK UNTUK MENAMAKAN Sekiranya Peserta adalah Orang Yang Dilindungi, Peserta Sijil ini boleh: (i)
Menamakan seorang individu untuk menerima Manfaat Takaful yang akan dibayar sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia, sama ada sebagai Wasi atau Benefisiari dibawah Hibah Bersyarat; atau
Penamaan boleh dibuat: (i)
Semasa permohonan dibuat; atau
(ii)
Dengan Memaklumkan kepada Kami secara bertulis.
Peserta boleh menentukan bahagian pengagihan untuk dibayar kepada setiap Penama. Jika tiada arahan pengagihan diterima, Kami akan membayar Penama-penama secara sama rata. Jika terdapat lebih daripada seorang Penama dan mana-mana Penama yang telah dinamakan sebagai Benefisiari di bawah Hibah Bersyarat meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Peserta, Kami akan membayar bahagian Penama yang meninggal dunia tersebut, apabila Peserta meninggal dunia kepada harta pusaka Peserta kecuali Peserta telah menamakan Penama yang lain selepas kematian Penama tersebut. Penamaan Benefisiari dibawah Hibah Bersyarat hendaklah, tanpa mengambil kira mana-mana undang-undang bertulis, mempunyai kesan terhadap pemindahan hak terhadap Manfaat Takaful yang akan dibayar apabila berlakunya kematian Peserta kepada Penama. Pemindahan Manfaat Takaful tersebut tidak akan membentuk sebahagian daripada harta pusaka Peserta, atau tertakluk kepada hutang mereka. Tanggungjawab Wasi yang dinamakan Sekiranya Penama dilantik sebagai Wasi, bahagian setiap Wasi akan ditetapkan di dalam Borang Penamaan Wasi. Bagi Peserta beragama Islam, Wasi perlu mengagihkan Manfaat Takaful tersebut seperti yang dinyatakan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, undang-undang Islam dan mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan pengagihan harta pusaka Peserta yang meninggal dunia. Bagi Peserta yang bukan beragama Islam, Wasi perlu mengagihkan Manfaat Takaful mengikut wasiat Peserta yang meninggal dunia dan mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan pengagihan harta pusaka Peserta. Jika pada masa tuntutan, seorang Wasi telah meninggal dunia sebelum Peserta, peratusan bagi Wasi yang meninggal dunia akan diagihkan sama rata antara Wasi yang masih hidup, yang akan bertindak sebagai Wasi untuk mengagihkan manfaat tersebut Hak untuk membatalkan penamaan Penamaan akan dibatalkan: (i)
Apabila semua Penama meninggal dunia semasa Peserta masih hidup;
(ii)
Melalui notis bertulis daripada Peserta kepada Kami; atau
(iii)
Melalui penamaan berikutnya yang dilakukan oleh Peserta kepada Kami..
Penamaan tidak akan terbatal melalui wasiat atau melalui sebarang tindakan, peristiwa atau cara-cara lain.
Page 6
PSG/ETB/CW/DPPA/1504V1.1
SKALA MANFAAT Sekiranya Kejadian dalam masa dua belas (12) bulan dari tarikh ia berlaku menyebabkan Peserta mengalami sebarang Akibat seperti di bawah, Pengendali Takaful akan membayar Manfaat seperti berikut: AKIBAT
HURAIAN MANFAAT Amaun dinyatakan dalam Jadual
A
Kematian
B
Hilang Upaya atau Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal
Peratusan amaun seperti yang dinyatakan dalam Jadual
1. Hilang upaya menyeluruh dan kekal daripada bekerja atau menyandang sebarang pekerjaan
100%
2. Hilang upaya penglihatan menyeluruh dan kekal di sebelah mata atau kedua-dua belah mata.
100%
3. Hilang upaya menyeluruh akibat kekudungan anggota badan atau hilang upaya penggunaan menyeluruh dan kekal: a. Sebelah atau kedua-dua belah tangan di pergelangan tangan
100%
b. Lengan di bahu
100%
c. Lengan di antara bahu dan siku
100%
d. Lengan di atau di bawah siku
100%
e. Kaki di pinggul
100%
f. Kaki di antara lutut dan pinggul
100%
g. Kaki di atau di bawah lutut
100%
4. Kehilangan yang menyeluruh dan kekal: a. Penglihatan sebelah mata kecuali persepsi cahaya
50%
b. Kanta sebelah mata
50%
5. Kehilangan yang menyeluruh kerana terputus secara fizikal atau kehilangan upaya menyeluruh penggunaan dan kekal: a. Ibu jari dan 4 jari sebelah tangan
50%
b. 4 jari sebelah tangan
50%
c. Ibu jari
d. Jari telunjuk
e. Jari hantu
f. Jari manis
g. Jari kelengking
h. Metakarpus
- 2 falanks
25%
- 1 falanks
10%
- 3 falanks
15%
- 2 falanks
8%
- 1 falanks
4%
- 3 falanks
10%
- 2 falanks
4%
- 1 falanks
2%
- 3 falanks
8%
- 2 falanks
4%
- 1 falanks
2%
- 3 falanks
6%
- 2 falanks
4%
- 1 falanks
2%
- pertama atau kedua (tambahan)
3%
- ketiga, keempat atau kelima (tambahan)
2%
Page 7
PSG/ETB/CW/DPPA/1504V1.1
AKIBAT
HURAIAN MANFAAT i. Semua jari sebelah kaki
18%
j. Ibu jari kaki
- 2 falanks
6%
- 1 falanks
3%
k. Mana-mana jari kaki lain
3%
6. Kehilangan menyeluruh dan kekal: a. Pendengaran kedua belah telinga
75%
b. Pendengaran sebelah telinga
15%
7. Hilang upaya bertutur menyeluruh dan kekal
50%
Nota: 1.
Sekiranya kecederaan yang dialami tidak dinyatakan, Pengendali Takaful berhak menggunakan peratusan hilang upaya di mana pada pendapat Pengendali Takaful ia konsisten dengan peruntukan Jadual seperti di atas.
2.
Jumlah agregat peratusan yang dibayar berhubung dengan mana-mana satu Kemalangan tidak akan melebihi 100%.
3.
Manfaat Perbelanjaan Perubatan hanya akan dibayar sekiranya rawatan perubatan atau pembedahan di lakukan kepada Peserta oleh Pengamal Perubatan yang bertauliah dan sah tidak melebihi lima puluh dua (52) minggu dari tarikh Kemalangan.
4.
Dalam hal Kematian yang mana Kejadian dilindungi, Manfaat Perbelanjaan Pengkebumian sebanyak RM1,000 akan dibayar kepada keluarga terdekat Peserta atau wakil peribadinya yang sah.
5.
Manfaat akan dibayar apabila tuntutan tersebut telah dibuktikan sehingga Pengendali Takaful berpuas hati.
6.
"Kehilangan menyeluruh dan kekal" termasuk kehilangan menyeluruh dan kekal.
Page 8
PSG/ETB/CW/DPPA/1504V1.1
JADUAL TAKAFUL Sila sertakan Jadual Takaful di sini.
Page 9
PSG/ETB/CW/DPPA/1504V1.1
NOTIS PENTING Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) dan Biro Perkhidmatan Pelanggan (CSB) BNM memberikan peluang kepada ahli di kalangan orang ramai untuk membetulkan amalan pasaran yang tidak adil. PROSEDUR MEMBUAT ADUAN KEPADA FMB Mana-mana Peserta yang tidak berpuas hati dengan keputusan pihak pengurusan kanan sesebuah Pengendali Takaful boleh menulis kepada Pengantara Divisyen Takaful di Biro Pengantara Kewangan (FMB), dengan memberikan butiran tentang perselisihan, nama Pengendali Takaful dan nombor Sijil. Salinan surat-menyurat antara Peserta dengan Pengendali Takaful boleh disertakan untuk memudahkan kerja mencari fail kes yang disimpan oleh Pengendali Takaful. Jika Pengantara membuat cadangan pampasan terhadap Pengendali Takaful dikehendaki memberitahu Pengantara sama ada dia menerima cadangan tersebut, dalam tempoh empat belas (14) hari, agar Pengendali Takaful boleh diberitahu tentang keputusan Peserta. FMB tidak menjalankan prosedur rayuan. Jika Peserta tidak mahu menerima pampasan tersebut, dia boleh menolak keputusan Pengantara dan bebas memulakan prosiding Mahkamah terhadap Pengendali Takaful atau merujuk kepada Penimbangtara. FMB tidak bertanggungjawab untuk menguruskan pembayaran berikut keputusan Pengantara. Pengendali Takaful apabila dimaklumkan tentang penerimaan pampasan tersebut, hendaklah membayar jumlah tersebut terus kepada Pihak yang Menuntut dalam masa tiga puluh (30) hari. Pada masa ini, FMB tidak mengenakan apa-apa yuran atau bayaran bagi khidmat yang diberikan. Alamat surat-menyurat adalah seperti yang berikut: Biro Pengantaraan Kewangan (FMB), Level 25, Main Block, Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Nombor Telefon : 03-2272 2811 Nombor Faksimili : 03-2272 1577 Emel :
[email protected] Laman Utama : www.fmb.org.my PROSEDUR MEMBUAT ADUAN KEPADA CSB Mana-mana Peserta atau Pihak Menuntut yang tidak berpuas hati dengan pengendalian Pengendali Takaful boleh menulis kepada CSB dengan memberikan butiran tentang aduan, nama Pengendali Takaful dan nombor Sijil atau nombor tuntutan. Salinan surat-menyurat (jika ada) antara Peserta atau Pihak Menuntut dengan Pengendali Takaful juga boleh disertakan untuk memudahkan kerja mencari fail kes yang disimpan oleh Pengendali Takaful. Alamat surat-menyurat adalah seperti yang berikut: Pengarah, Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah, Bank Negara Malaysia, Peti Surat 10922, 50929 Kuala Lumpur. Nombor Telefon : 1 300 88 5465 Nombor Faksimili : 03-2174 1515 Emel :
[email protected]
Page 10
PSG/ETB/CW/DPPA/1504V1.1
USAHA KAMI DALAM MENGEKALKAN TAHAP PERKHIDMATAN YANG TERBAIK Kami sedia melakukan apa jua bagi memastikan anda menerima perkhidmatan yang terbaik dari kami. Jika Anda dapati perkhidmatan Kami kurang memuaskan, sila kemukakan pendapat Anda kepada Ketua Pusat Cadangan Kami yang akan memastikan cadangan Anda dilayani dengan secepat mungkin. Alamat Kami: Ketua Pusat Pelanggan, Aras 4, Tower C, Dataran Maybank, No. 1, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia. Nombor Telefon : 1300 13 8888 (Overseas: +603-2780 4500) Nombor Faksimili : 03-2785 3093 Emel :
[email protected]
Page 11
PSG/ETB/CW/DPPA/1504V1.1