PENYIASATAN KEMALANGAN & SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN Suzana Hj Abu Bakar Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM 03-8921 3329 / 019-2627338
[email protected]
AKTA DAN PERATURAN BERKAITAN PENYIASATAN KEMALANGAN • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994; seksyen 32 (1): Seseorang majikan hendaklah memberitahu JKKP yang terdekat mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang telah terjadi atau mungkin akan terjadi di tempat kerja. • Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996; Peraturan 13(1): Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah memeriksa tempat kerja, dengan seberapa segera yang selamat selepas apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja.
AKTA DAN PERATURAN BERKAITAN PENYIASATAN KEMALANGAN …SAMBUNGAN • Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997; Peraturan 18 (c): untuk menyiasat apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja. • Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan Dan Penyakit Pekerjaan) 2004 - NADOOPOD
OBJEKTIF NADOOPOD 4
• Sebagai pematuhan kepada seksyen 32 Akta 514 • Menyeragamkan pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan • Seksyen 31&32 Akta Kilang & Jentera 1967 (Akta 139) • Peraturan 13: Peraturan2 Petroleum (Langkah2 Keselamatan)(Pengangkutan Petroleum Melalui Talian Paip) 1985 • Peraturan 23: Peraturan2 KKP (kawalan terhadap bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996
• Bagi membangunkan data kemalangan kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan yang relevan • Tindakan Pencegahan & Kawalan Kemalangan Pekerjaan
TUJUAN SIASATAN KEMALANGAN • Pematuhan perundangan dan keperluan organisasi • Mencari punca sebenar kejadian kemalangan dan mencegah daripada berulang • Langkah pencegahan dari berlaku semula kemalangan • Elemen penting dalam pengurusan KKP • Memenuhi tuntutan insurans atau mempertahankan dari tuntutan saman
JANGAN TANYA SIAPA PENYEBAB SEBALIKNYA APA PENYEBABNYA
Kemalangan Pekerjaan
Penyakit Pekerjaan
Kategori Kemalangan
Keracunan Pekerjaan
Kejadian Berbahaya
PEMBERITAHUAN & LAPORAN PENYIASATAN • Pemberitahuan: maklumat terhad kepada penaksiran awal kemalangan. Masa melakukan pemberitahuan adalah pantas dan ditentukan oleh majikan dan pihak berkuasa. • Laporan: merujuk kepada hasil bertulis penyiasatan kemalangan yang lengkap. Masa penyediaan adalah lebih lama berbanding “pemberitahuan”.
TAKRIFAN KEMALANGAN suatu kejadian yang boleh mengakibatkan kecederaan maut atau kecederaan tidak maut. KEJADIAN BERBAHAYA Peristiwa atau kejadian yang boleh mendatangkan kecederaan/kesakitan kepada seseorang dan/atau kerosakan kepada harta benda dan persekitaran. • • •
Keruntuhan bangunan atau struktur Litar pintas elektrik yang disertai api atau letupan Pembebasan atau pelepasan tidak terkawal : gas, bahan kimia, biologi, radioaktif
TAKRIFAN (SAMB...) Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan keracunan atau penyakit yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja dan termasuk dalam kelas yang dinyatakan dalam Jadual 3 PeraturanPeraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan Dan Penyakit Pekerjaan) • Keracunan oleh bahan kimia tertentu • Jangkitan oleh kuman, virus, patogen • Penyakit yang berpunca dari aktiviti kerja
FAKTOR PENYEBAB KEMALANGAN 1. Persekitaran contoh kebisingan, kepanasan, pencahayaan, asap, cuaca buruk 2. Rekabentuk contoh mesin, perlatan, tapak kerja 3. Sistem dan prosedur contoh manual alat, prosedur kerja, peraturan makmal 4. Perlakuan manusia contoh perlakuan tidak selamat, cuai, tidak mengikut peraturan
UNTUK KENALPASTI PENYEBAB • Urutan peristiwa menjurus kepada berlaku kemalangan contoh arahan-arahan, sistem kerja atau keadaan tempat kerja • Fakta kemalangan itu sendiri contoh mereka yang terlibat, perlatan yang digunakan, aktiviti kerja dsb
APAKAH YANG PERLU DISIASAT? • SEMUA jenis kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan
Bila memulakan penyiasatan? • Secepat mungkin; • Apabila selamat untuk menyiasat
SIAPAKAH YANG BOLEH DAN PATUT MENYIASAT? • Kemalangan dan kejadian berbahaya: SHO • Keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan: OHD • Kemalangan kecil: kakitangan yang berkenaan bersama penyelia • Kemalangan besar: satu pasukan yang mempunyai pelbagai kepakaran masing-masing dan pegawai keselematan dan kesihatan
TUGAS PASUKAN PENYIASAT • Bersifat objektif dan tidak memihak • Kumpul semua fakta dan maklumat • Asingkan faktor penyebab • Cari tindakan pembetulan dan pegawai yang bertanggungjawab • Laksanakan tindakan pembetulan dalam tempoh masa yang ditetapkan
PERSEDIAAN SEBELUM PENYIASATAN • Kenalpasti penyiasat; • Siapkan kelengkapan penyiasatan; • Sediakan borang pemberitahuan dan penyiasatan kemalangan; dan • Tentukan penerima hasil penyiasatan;
KELENGKAPAN PENYIASATAN • Kamera (termasuk kamera video) • Perakam suara • Lampu suluh • PPE, • Kelengkapan menulis dan melakar • Tape sawar (Barrier Tape)
METODOLOGI 1. Kumpul semua peraturan / prosedur dan maklumat peralatan / mesin / kemudahan / susunatur 2. Buat hadangan kawasan kemalangan dan jangan ganggu bukti yang ada 3. Ambil gambar-gambar, lakaran tempat kemalangan 4. Temuduga saksi, sesiapa yang terlibat dan dapatkan fakta bukan pendapat atau andaian
MENGUMPUL MAKLUMAT PENYIASATAN • Sumber Maklumat: • Saksi; • Bahan bukti
• Masa adalah faktor penting dalam pengumpulan maklumat • Maklumat yang dikumpul mesti tepat dan mampu menyokong kesimpulan yang akan dibuat. • Maklumat bukan hanya untuk mencari “root causes” kemalangan tetapi membaiki kelemahan yang ada
TEKNIK TEMUDUGA 1. Secara peribadi 2. Seberapa segera selepas kemalangan 3. Buatkan mereka yang ditemuduga rasa selesa dan tidak tertekan 4. Tempat temuduga sebaik-baik di lokasi 5. Nyatakan objektif siasatan kemalangan 6. Jangan menyalahkan orang 7. Jangan buat kesimpulan semasa dalam temuduga 8. Cari fakta dan bukti
TEKNIK TEMUDUGA.. SAMBUNGAN 9. Semua jawapan yang diterima hendaklah direkod dan dianggap penting 10.Akhirkan dengan peringatan sesi soalsiasat lain mungkin perlu diadakan
ORANG YANG PERLU DITEMUDUGA
• Mangsa; • Saksi primer; dan
• Saksi sekunder
SENARAI SEMAK UNTUK DAPATKAN FAKTA SIAPA: • Mangsa /cedera • Lihat kejadian • Bekerja dengan mangsa • Memberikan tugasan kepada mangsa • Terlibat dalam kejadian
SENARAI SEMAK UNTUK DAPATKAN FAKTA APA:
• Kerosakan atau kehilangan harta • Aktiviti / kerja yang dilakukan mangsa • Kerja-kerja yang telah diarahkan untuk dibuat • Peralatan tangan yang digunakan • Mesin yang dikendalikan • Adakah kejadian yang serupa pernah berlaku dan adakah tindakan pencegahan diambil untuk mengelak perkara berulang
SENARAI SEMAK UNTUK DAPATKAN FAKTA DIMANA: • Lokasi kemalangan / kerosakan berlaku • Penyelia pada waktu berlaku kemalangan • Saksi kejadian berada
SENARAI SEMAK UNTUK DAPATKAN FAKTA BAGAIMANA: • Kemalangan / kerosakan berlaku • Tindakan pertolongan cemas diberi / ambil • Kemalangan boleh dielak • Rekabentuk yang lebih baik boleh membantu pencegahan • Penyelia boleh mencegah kemalangan dari berlaku
SENARAI SEMAK UNTUK DAPATKAN FAKTA BILA: • Kemalangan / kerosakan berlaku • Mangsa mulakan kerja • Penerangan tentang hazard diberi • Kali terakhir penyelia melihat/memeriksa kerja mangsa
SENARAI SEMAK UNTUK DAPATKAN FAKTA KENAPA: • Kemalangan / kerosakan berlaku • Mangsa mulakan kerja • Latihan tidak diberi • Hazard tidak dinilai • Kelengkapan pelindung diri tidak diberi / digunakan • Keadaan persekitaran tidak selamat dibiarkan
FORMAT LAPORAN Laporan kemalangan seharusnya mempunyai: • Ringkasan apa yang berlaku • Maklumat yang diperolehi semasa penyiasatan • Maklumat tentang saksi • Maklumat berkaitan kecederaan mangsa atau kerosakan yang dialami • Kesimpulan • Cadangan • Dokumen sokongan (gambar, lakaran, gambarajah, prosedur dsb. • Tarikh dan tandatangan penyiasat
HASIL PENYIASATAN • Hendaklah dimaklumkan kepada semua yang berkaitan (pihak berkuasa/polis/sykt insurans), termasuk pekerja (jika berkaitan); • Hendaklah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan • Rekod untuk rujukan
SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN (SPKEM)
SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN (SPKEM) • PKKP dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat telah membangunkan Sistem Pelaporan Kemalangan (sistem boleh dicapai bermula 1 April 2010). • Mengikut keperluan NADOOPOD 2004.
SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN • Sistem Pelaporan Kemalangan (SPKem) merupakan sistem di bawah seliaan Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP). • Sistem ini bertujuan untuk merekod semua kategori kemalangan pekerjaan di UKM termasuk kemalangan jalan raya. Sistem ini memudahkan kaedah pemberitahuan dan pelaporan kemalangan. • Sistem ini hanya boleh dicapai oleh pentadbir tertentu sahaja.
CARTA ALIR SISTEM PELAPORAN KEMALANGAN (SPKEM)
KESIMPULAN • Tujuan siasatan kemalangan adalah untuk mencari punca penyebab dan mencari penyelesaian supaya perkara serupa tidak berulang lagi • Menyediakan organisasi dengan prosedur dan alat sekiranya berlaku kemalangan • Melaksanakan tindakan pembetulan dan pencegahan
TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN YANG DIBERIKAN