DUTI SETEM DIBAYAR
SIJIL INDUK UNTUK TAKAFUL Complimentary Group Personal Accident SIJIL NO. PMD-P0012311-10-BRO-15
Sijil Induk ini dikeluarkan untuk melindungi pelanggan-pelanggan Pemilik Sijil Induk yang dipelawa oleh Kami untuk menyertai Takaful Complimentary Group Personal Accident yang diuruskan oleh Kami dan akan berkuat kuasa pada Tarikh Permulaan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Halaman Maklumat Sijil Induk. Termaterma dan syarat-syarat di dalam halaman ini dan halaman berikutnya, apa-apa pindaan atau endorsemen atau lampiran yang dimasukkan semasa dikeluarkan atau pada masa akan datang akan menjadi sebahagian daripada Sijil Induk ini.
1.
MAKSUD AM
Di dalam Sijil Induk ini jika konteksnya menyatakan jantina maskulin hendaklah dianggap sebagai termasuk jantina feminin dan begitu juga perkataan tunggal dianggap sebagai banyak/ramai dan sebaliknya, dan perkataan-perkataan dan pernyataan di bawah dianggap mempunyai maksud berikut: 1.1
“KEMALANGAN" bermaksud suatu peristiwa tertentu yang berlaku secara tiba-tiba, tidak disengajakan, tidak dijangka, luar biasa dan berlaku pada masa dan tempat yang dapat dikenal pasti, bebas daripada semua sebab-sebab lain, menjadi punca utama kecederaan anggota badan.
1.2
"KECEDERAAN ANGGOTA BADAN AKIBAT KEMALANGAN" bermaksud kecederaan anggota badan yang berlaku semasa Tempoh Perlindungan Takaful yang merupakan kesan langsung akibat yang tidak disengajakan, luaran, keganasan dan boleh dilihat dan yang semata-mata dan bebas dari apa-apa sebab lain yang menyebabkan tuntutan kematian atau hilang upaya atau kerugian. Ini termasuk kecederaan anggota badan yang berlaku akibat pendedahan kepada unsur-unsur bahaya semula jadi. Ini tidak termasuk apa-apa penyakit, jangkitan bakteria atau virus, (melainkan ini adalah kesan langsung akibat Kecederaan Anggota Badan Akibat Kemalangan) keadaan yang berlaku secara semulajadi atau proses kemerosotan atau akibat daripada apa-apa sebab yang berlaku secara beransur-ansur.
1.3
"ANAK" merujuk kepada anak kandung / anak angkat yang sah / anak tiri Peserta yang belum berkahwin yang telah mencapai umur tiga puluh (30) hari tetapi tidak melebihi sembilan belas (19) tahun pada hari jadi berikutnya. Beliau bergantung kepada Peserta dari segi kewangan. Bagi anak yang mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian yang diiktiraf dan bukan bekerja berpenghasilan, umur maksimum yang dibenarkan adalah dua puluh tiga (23) tahun pada hari jadi berikutnya.
1.4
"TANGGUNGAN" bermaksud mana-mana orang yang berikut: a) Pasangan kepada Peserta b) Anak kepada Peserta
1.5
"TARIKH KUAT KUASA" merujuk kepada hari pertama Tempoh Perlindungan Takaful yang mana perlindungan Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini telah berkuat kuasa. Rekod tarikh kuat kuasa yang disimpan oleh Kami hendaklah dianggap benar-benar muktamad.
1.6
"PEMILIK SIJIL INDUK" merujuk kepada Telekom Malaysia Berhad.
1.7
"PESERTA" bermakna pelanggan Pemilik Sijil Induk yang layak yang telah menerima jemputan Kami untuk menyertai Sijil Induk ini.
1.8
"TEMPOH PERLINDUNGAN TAKAFUL" yang berkaitan dengan mana-mana Orang Yang Dilindungi bermaksud enam (6) bulan kalendar bermula pada Tarikh Kuat Kuasa.
1.9
"ORANG YANG DILINDUNGI" bermaksud Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini. Selain Peserta, Orang Yang Dilindungi yang lain dalam satu-satu keluarga tidak boleh melebihi satu (1) Pasangan dan semua anak yang sah.
Free GPA - Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 1 of 11
1.10 "PASANGAN" bermaksud pasangan yang berkahwin secara sah dengan Peserta dan yang telah mencapai usia di antara lapan belas (18) tahun pada hari jadi berikutnya dan tujuh puluh (70) tahun pada hari jadi berikutnya, kedua-dua peringkat umur termasuk pada Tarikh Kuat Kuasa. 1.11 "JUMLAH PERLINDUNGAN" bermaksud jumlah perlindungan yang berkaitan dengan Orang Yang Dilindungi. 1.12 "TAKAFUL" merujuk kepada satu skim bantuan bersama untuk semua Peserta yang berasaskan prinsipprinsip persaudaraan, perpaduan dan kerjasama di mana setiap Peserta bersetuju untuk menyumbang sejumlah dana atas dasar Tabarru’ ke dalam dana risiko untuk menyediakan bantuan kewangan dan bantuan kepada Orang Yang Dilindungi, Peserta atau benefisiari apabila berlaku peristiwa-peristiwa yang telah ditetapkan. 1.13 "KITA” atau "KAMI" merujuk kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
2. SYARAT-SYARAT AM 2.1
KONTRAK Sijil Induk ini, Halaman Maklumat Sijil Induk dan segala perakuan bertulis berkenaan dan / atau penyata yang melengkapkan Sijil Induk ini bersama-sama dengan sebarang endorsemen yang dibuat oleh Kami, akan membentuk keseluruhan kontrak di antara Pemilik Sijil Induk, Peserta, Orang Yang Dilindungi dan Kami. Semua kenyataan yang dibuat akan menjadi pernyataan dan bukannya jaminan. Jika terbukti bahawa kenyataan yang dibuat oleh Pemilik Sijil Induk, Peserta atau Orang Yang Dilindungi adalah palsu, Kami boleh mengisytiharkan bahawa kontrak itu tidak sah. Jika terdapat apa-apa perubahan yang dibuat kepada kontrak itu, ia perlu dibuat secara bertulis, diluluskan dan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Kami.
2.2
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN KELAYAKAN Mereka yang layak dilindungi untuk perlindungan Takaful di bawah Sijil Induk ini adalah pelanggan semasa dan bakal pelanggan Pemilik Sijil Induk beserta Tanggungan mereka yang dijemput oleh Kami untuk menyertai Sijil Induk ini.
2.3
WILAYAH GEOGRAFI Semua manfaat yang disediakan dalam Sijil Induk ini adalah sah di serata dunia, dua puluh empat (24) jam sehari.
2.4
SALAH NYATA / PENIPUAN Perlindungan Takaful kepada mana-mana Orang Yang Dilindungi akan menjadi tidak sah jika maklumat yang diberikan adalah tidak benar dalam mana-mana perkara atau jika fakta penting yang mempengaruhi risiko tidak dinyatakan dengan betul atau ditinggalkan, atau jika perlindungan yang telah diterima melalui apa-apa salah nyata, salah nyataan atau penyelindungan (maklumat), atau mana-mana penipuan atau tuntutan yang ditokok tambah, atau membuat apa-apa perisytiharan atau pernyataan yang palsu.
Free GPA - Takaful myEasy PA /V02(BM)/12-2015 Page 2 of 11
2.5
BUKTI UMUR Bukti umur Orang Yang Dilindungi diperlukan oleh Kami sebelum apa-apa manfaat dibayar di bawah Sijil Induk ini kecuali maklumat ini pernah disahkan oleh Kami sebagai benar.
2.6
BAYARAN UNTUK AMAUN KECIL Bagi apa-apa amaun yang patut dibayar dan akan dibayar kepada Peserta yang kurang daripada Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima (RM25.00) termasuk tetapi tidak terhad kepada amaun daripada tuntutan, Kami akan melaksanakan hak-hak Kami untuk menderma sejumlah wang kepada badan amal sepertimana yang diluluskan oleh Badan Penasihat Syariah Kami. Walau bagaimanapun, jika Peserta memutuskan sebaliknya, Peserta dikehendaki mengemukakan permohonan rasmi kepada Kami.
2.7
PEMBATALAN PERLINDUNGAN TAKAFUL Pada bila-bila masa dalam Tempoh Perlindungan Takaful, sekiranya Peserta tidak berpuas hati dengan perlindungan Takaful atas apa jua sebab, Peserta boleh meminta Kami untuk membatalkan perlindungan Takaful.
2.8
NOTIS Sebarang surat-menyurat, notis, permintaan, arahan yang diperlukan oleh Kami mesti dibuat secara bertulis.
2.9
PEMBATALAN SIJIL INDUK Sijil Induk ini sama ada secara keseluruhan atau berkenaan dengan mana-mana Orang Yang Dilindungi boleh dibatalkan oleh Kami pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari melalui surat berdaftar yang dihantar kepada alamat terakhir Pemilik Sijil Induk yang diketahui dengan syarat bahawa pembatalan tersebut tidak akan menjejaskan hak-hak berkenaan dengan kecederaan kepada mana-mana Orang Yang Dilindungi sebelum ini. Begitu juga, Pemilik Sijil Induk boleh membatalkan Sijil Induk ini pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari kepada Kami.
2.10 PENAMAAN 2.10.1
Peserta yang berumur enam belas (16) tahun ke atas boleh menamakan sesiapa sahaja untuk menerima manfaat yang perlu dibayar sekiranya berlaku kematian kepada Orang Yang Dilindungi, sama ada sebagai wasi atau sebagai benefisiari di bawah Hibah bersyarat. Penamaan itu hendaklah disaksikan oleh seseorang selain daripada penama itu sendiri dan yang sihat pemikirannya dan telah mencapai umur lapan belas (18) tahun.
2.10.2
Peserta boleh membatalkan dari masa ke semasa apa-apa penamaan dan / atau untuk menamakan penama lain dengan notis bertulis yang diterima dan didaftarkan oleh Kami.
2.10.3
Jika Peserta telah menamakan lebih daripada seorang penama, manfaat yang perlu dibayar, jika ada, hendaklah dibayar kepada penama yang masih hidup pada masa kematian Orang Yang Dilindungi dalam bahagian yang sama melainkan jika dinyatakan sebaiknya oleh Peserta; dan pembayaran itu hendaklah disifatkan sebagai suatu pelepasan yang sah daripada liabiliti Kami berhubung dengan Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini.
2.10.4
Apabila berlaku kematian mana-mana penama selepas kematian Orang Yang Dilindungi tetapi sebelum apa-apa pembayaran manfaat, Kami akan membayar manfaat kepada: (i)
Pentadbir harta pusaka Peserta jika penama adalah wasi; atau
Free GPA - Takaful myEasy PA /V02(BM)/12-2015 Page 3 of 11
(ii)
2.10.5
Pentadbir harta pusaka penama yang mati jika penama adalah benefisiari di bawah Hibah bersyarat.
Jika tiada penamaan yang berkuat kuasa apabila berlaku kematian Orang Yang Dilindungi, manfaat yang perlu dibayar hendaklah dibayar kepada wasi atau pentadbir harta pusaka Peserta yang sah. Jika tiada wasi atau pentadbir harta pusaka Peserta yang sah pada masa pembayaran manfaat, Kami boleh membayar kepada pihak menuntut yang wajar sehingga jumlah maksimum yang dibenarkan di bawah Undang-Undang Malaysia, dan baki, jika ada, akan dibayar kepada orang yang dinamakan sebagai wasi atau pentadbir harta pusaka Peserta yang sah mengikut perintah mahkamah yang diterima oleh Kami nanti.
2.11 PINDAAN Kami berhak untuk mengubah terma-terma dan peruntukan Sijil Induk ini pada bila-bila masa. Tiada perubahan untuk Sijil Induk ini atau Halaman Maklumat Sijil akan sah melainkan diluluskan, disokong dan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Kami. 2.12 PEMBERITAHUAN, PROSEDUR DAN PENYELESAIAN TUNTUTAN 2.12.1 Notis bertulis tentang sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan hendaklah dikemukakan kepada Kami secepat yang mungkin dan dalam apa-apa perkara (kecuali Manfaat Pendapatan Harian semasa di Hospital) tidak lewat daripada empat belas (14) hari dari tarikh kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kerugian berkenaan. 2.12.2 Peserta hendaklah mendapatkan dan bertindak atas nasihat perubatan atau pembedahan secepat mungkin. 2.12.3 Kami hanya akan membayar manfaat sekiranya apa-apa sijil perubatan dan bukti lain yang mungkin Kami perlukan dapat diserahkan apabila diminta atas perbelanjaan Peserta. 2.12.4 Kami akan memotong sebarang jumlah yang terhutang kepada Kami sebelum membuat apa-apa bayaran manfaat. Pembayaran tersebut, jika ada, akan dibayar kepada penama yang dinamakan mengikut terma-terma dan syarat-syarat Sijil Induk ini. 2.12.5 Kami berhak untuk menolak tuntutan jika Kami tidak berpuas hati dengan bukti yang sedia ada untuk mengesahkan sama ada: (i) (ii)
identiti Orang Yang Dilindungi; atau keadaan kerugian.
2.12.6 Sekiranya berlaku Kecederaan Badan Akibat Kemalangan yang mengakibatkan kematian, Kami berhak untuk membuat pemeriksaan bedah siasat yang akan ditanggung oleh Kami. 2.13 SIJIL, MAKLUMAT DAN KETERANGAN Semua sijil, maklumat, laporan perubatan dan bukti yang diperlukan oleh Kami hendaklah disediakan atas perbelanjaan Peserta, dan dalam bentuk yang Kami perlukan. Dalam apa jua keadaan, semua notis, yang Kami perlukan daripada Peserta atau Orang Yang Dilindungi hendaklah secara bertulis dan dialamatkan kepada Kami. Orang Yang Dilindungi hendaklah, atas permintaan dan perbelanjaan Kami, mengemukakan kepada Kami pemeriksaan perubatan apabila diperlukan.
Free GPA - Takaful myEasy PA /V02(BM)/12-2015 Page 4 of 11
2.14 KEHILANGAN Apabila Kami sudah berpuas hati dengan kehilangan Orang Yang Dilindungi dan bukti yang dikemukakan mencukupi yang membuatkan Kami beranggapan secara pasti bahawa Orang Yang Dilindungi telah mengalami Kecederaan Badan Akibat Kemalangan yang menyebabkan kematian, Kami akan membayar Jumlah Perlindungan sebagai manfaat tuntutan. Walau bagaimanapun, pada bila-bila masa selepas Kami membayar manfaat dan Orang Yang Dilindungi kemudiannya didapati hidup, bayaran manfaat tersebut hendaklah dipulangkan kepada Kami. 2.15 PENAMATAN PERLINDUNGAN Perlindungan ke atas mana-mana Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini akan tamat secara automatik apabila mana-mana satu (1) kejadian yang berikut berlaku: 2.15.1
pembatalan perlindungan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah fasal "PEMBATALAN SIJIL INDUK INI" dan “PEMBATALAN PERLINDUNGAN TAKAFUL” di atas; atau
2.15.2
kematian Orang Yang Dilindungi; atau
2.15.3
Orang Yang Dilindungi mencapai umur tujuh puluh lima (75) tahun pada hari jadi akan datang; atau
2.15.4
untuk Anak Peserta, apabila dia mencapai umur sembilan belas (19) tahun hari jadi berikutnya atau dua puluh empat (24) tahun hari jadi berikutnya jika masih menuntut di institusi pengajian tinggi sepenuh masa; atau
2.15.5
apabila perlindungan Takaful ditamatkan dalam apa-apa cara lain.
Untuk perkara 2.15.2 dan 2.15.3 di atas, bila perlindungan mana-mana Orang Yang Dilindungi ditamatkan, perlindungan kepada semua Orang Yang Dilindungi lain yang dikeluarkan di bawah keluarga yang sama juga akan ditamatkan secara automatik pada tarikh yang sama. 2.16 FASAL TIMBANG TARA Semua perbezaan yang timbul daripada Sijil Induk ini hendaklah dirujuk kepada keputusan seorang Penimbang Tara yang akan dilantik secara bertulis oleh pihak dalam percanggahan atau jika mereka tidak mencapai persetujuan dengan seorang Penimbang Tara kepada keputusan dua orang Penimbangtara seorang dilantik secara bertulis oleh setiap pihak dalam masa satu bulan selepas diminta untuk berbuat demikian oleh salah satu pihak atau dalam kes Penimbang Tara tidak bersetuju dengan seorang Pengadil yang dilantik secara bertulis oleh Penimbang Tara sebelum membuat rujukan. Pengadil akan duduk bersama Penimbang Tara dan mempengerusikan mesyuarat mereka dan membuat Keputusan hendaklah menjadi syarat duluan kepada apa-apa hak tindakan terhadap Kami. Jika Kami boleh menolak liabiliti kepada Pemilik Sijil Induk atau Peserta bagi sebarang tuntutan dan tuntutan itu tidak boleh dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh penafian tuntutan itu telah dirujuk kepada timbangtara di bawah peruntukan-peruntukan yang terkandung di sini maka tuntutan untuk tujuan dan maksud disifatkan sebagai telah diabaikan dan tidak boleh dituntut selepas itu. 2.17 TAKAFUL SEMULA Kami mempunyai budi bicara untuk mendapatkan takaful semula (insurans semula) yang mencukupi daripada mana-mana sumber yang Kami anggap sesuai untuk manfaat Orang Yang Dilindungi.
Free GPA - Takaful myEasy PA /V02(BM)/12-2015 Page 5 of 11
2.18 FASAL PENGECUALIAN SEKATAN Kami tidak boleh disifatkan sebagai memberi perlindungan atau bertanggungjawab untuk membayar sebarang tuntutan atau manfaat seperti yang terkandung dalam Sijil Induk ini sehinggakan peruntukan perlindungan itu, pembayaran tuntutan atau manfaat tersebut akan mendedahkan Kami kepada: 2.18.1
apa-apa sekatan atau larangan di bawah resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu; atau
2.18.2
sekatan perdagangan atau ekonomi, undang-undang atau peraturan-peraturan: 2.18.2.1 Kesatuan Eropah; atau 2.18.2.2 United -Kingdom; atau 2.18.2.3 Amerika Syarikat; atau mana-mana negara kepada negara-negara di atas; atau
2.18.3
mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan dalam Negara.
2.19 UNDANG-UNDANG Sijil Induk ini dan semua hak, kewajipan dan liabiliti yang timbul di bawah Sijil Induk ini, hendaklah ditafsirkan, ditentukan dan dikuat kuasakan selaras dengan Undang-Undang Malaysia.
Free GPA - Takaful myEasy PA /V02(BM)/12-2015 Page 6 of 11
3.
MANFAAT
Semasa Sijil Induk ini berkuat kuasa, dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syaratnya, apabila bukti yang sewajarnya diterima dan disahkan bahawa kematian Orang Yang Dilindungi adalah akibat Kemalangan, Kami akan membayar Jumlah Perlindungan mengikut jadual dibawah secara sekaligus. Orang Yang Dilindungi
Jumlah Perlindungan untuk Setiap Orang Yang Dilindungi (Ringgit Malaysia)
Peserta
30,000
Pasangan (sekiranya layak dan terhad kepada satu pasangan yang berkahwin secara sah dengan Peserta)
30,000
Anak (sekiranya layak)
3,000
Dengan syarat bahawa: 3.1 Kematian Orang Yang Dilindungi berlaku dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh peristiwa itu; 3.2
Kelayakan bagi perlindungan Takaful kepada mana-mana Tanggungan akan berdasarkan kepada status perkahwinan Peserta pada Tarikh Kuat Kuasa seperti yang direkodkan oleh Kami. Rekod status perkahwinan tersebut yang disimpan oleh Kami hendaklah dianggap benar-benar muktamad; dan
3.3
Kami menerima pemberitahuan kematian disertakan dengan bukti bertulis kematian.
Free GPA - Takaful myEasy PA /V02(BM)/12-2015 Page 7 of 11
CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN Apabila Kami membayar tuntutan, status GST Peserta akan menentukan jumlah yang Kami perlu bayar. Apabila Peserta adalah: (a)
seseorang yang tidak berdaftar GST, Kami akan membayar sepenuhnya (termasuk 6% GST) sehingga Jumlah Perlindungan / had liabiliti atau had perlindungan takaful lain.
(b)
seseorang yang berdaftar GST, Kami akan membayar (tidak termasuk 6% GST) sehingga Jumlah Perlindungan / had liabiliti atau had perlindungan takaful lain. Peserta perlu menuntut hak kelayakan Kredit Cukai Input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia secara langsung.
Free GPA - Takaful myEasy PA /V02(BM)/12-2015 Page 8 of 11
AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 2010 Anda boleh membuat pertanyaan atau permintaan untuk akses atau pembetulan Data Peribadi Anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda pada bila-bila masa sahaja dengan mengemukakan pertanyaan atau permintaan tersebut kepada Kami melalui e-mel kepada
[email protected]. Kami akan menyimpan maklumat peribadi Anda hanya untuk tempoh yang perlu sahaja bagi memenuhi tujuan ianya dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang, peraturan atau polisi dalaman.
Free GPA - Takaful myEasy PA /V02(BM)/12-2015 Page 9 of 11
PROSEDUR ADUAN Kami percaya Peserta seharusnya mendapat perkhidmatan yang berbudi bahasa, adil dan cepat. Jika terdapat sebarang keadaan apabila perkhidmatan Kami tidak memenuhi jangkaan Peserta, sila hubungi Kami dengan menggunakan maklumat di bawah ini dan berikan Nombor Sijil / Nombor Tuntutan dan Nama Orang Yang Dilindungi: 1.
Pertama dengan Jabatan atau orang yang Peserta berurusan dengan pihak Kami dan bagaimana Peserta ingin masalah itu diselesaikan.
2.
Kedua jika masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan cara yang memuaskan hati Peserta, Peserta boleh membuat aduan bertulis secara rasmi kepada: Unit Khidmat Pelanggan (UKP) Suite 1B-3A, Level 3A, Blok 1B, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat 9:00 pagi -5:30 petang Tel: 1300 82 0022 E-mel:
[email protected]
3.
Ketiga, jika Peserta tidak berpuas hati dengan keputusan Kami, Peserta boleh merujuk perkara itu kepada BIRO PENGANTARAAN KEWANGAN atau BANK NEGARA MALAYSIA melalui BNMTELELINK atau BNMLINK, di alamat berikut: Biro Pengantaraan Kewangan Tingkat 25, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia, No 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Tel: 03-2272 2811 Faks: 03-2274 5752 Laman web: www.fmb.org.my BNMTELELINK ATAU BNMLINK Tingkat Bawah, Blok D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato 'Onn, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-88-5465 (LINK) Faks: 03-2174 1515 E-mel:
[email protected] Laman web: www.insuranceinfo.com.my
Free GPA - Takaful myEasy PA /V02(BM)/12-2015 Page 10 of 11
BORANG TUNTUTAN DAN DOKUMEN SOKONGAN (SALINAN MESTI DISAHKAN) Pihak yang menuntut adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah untuk manfaat di bawah Sijil Induk ini. Sebarang perbezaan dalam definisi skop perlindungan mengikut seperti yang dinyatakan dalam Sijil Induk ini. Disenaraikan di bawah adalah beberapa dokumen yang diperlukan untuk menyokong bukti tuntutan: Tuntutan Kematian Akibat Kemalangan (a) Borang Tuntutan (b) Salinan sijil kematian si mati (c) Salinan permit pengebumian (d) Salinan kad pengenalan pihak menuntut (e) Laporan Polis (f) Kenyataan Pakar Perubatan yang merawat (pilihan kecuali diminta oleh Kami) (g) Sijil Asal Pelan Takaful (jika ada) (h) Salinan bukti hubungan Pihak yang menuntut hendaklah menghantar borang tuntutan yang lengkap bersama-sama dengan dokumendokumen sokongan yang berkaitan kepada Unit Khidmat Pelanggan (UKP) Suite 1B-3A, Level 3A, Blok 1B, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 9:00 pagi -5:30 petang Tel: 1300 82 0022 E-mel:
[email protected] untuk Kami memproses tuntutan.
Free GPA - Takaful myEasy PA /V02(BM)/12-2015 Page 11 of 11