DUTI SETEM DIBAYAR
SIJIL INDUK UNTUK Takaful myEasy PA SIJIL NO. PMV-P0011706-10-BRO-15
Sijil Induk ini dikeluarkan untuk melindungi pelanggan-pelanggan Pemilik Sijil Induk yang dipelawa oleh Kami untuk menyertai Takaful myEasy PA yang diuruskan oleh Kami, atas pertimbangan terhadap bayaran sumbangan yang diperlukan dan akan berkuat kuasa pada Tarikh Permulaan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Halaman Maklumat Sijil Induk. Terma-terma dan syarat-syarat di dalam halaman ini dan halaman berikutnya, apa-apa pindaan atau endorsemen atau lampiran yang dimasukkan semasa dikeluarkan atau pada masa akan datang akan menjadi sebahagian daripada Sijil Induk ini.
1.
MAKSUD AM
Di dalam Sijil Induk ini jika konteksnya menyatakan jantina maskulin hendaklah dianggap sebagai termasuk jantina feminin dan begitu juga perkataan tunggal dianggap sebagai banyak/ramai dan sebaliknya, dan perkataan-perkataan dan pernyataan di bawah dianggap mempunyai maksud berikut: 1.1
“KEMALANGAN" bermaksud suatu peristiwa tertentu yang berlaku secara tiba-tiba, tidak disengajakan, tidak dijangka, luar biasa dan berlaku pada masa dan tempat yang dapat dikenal pasti, bebas daripada semua sebab-sebab lain, menjadi punca utama kecederaan anggota badan.
1.2
"KECEDERAAN ANGGOTA BADAN AKIBAT KEMALANGAN" bermaksud kecederaan anggota badan yang berlaku semasa Tempoh Perlindungan Takaful yang merupakan kesan langsung akibat yang tidak disengajakan, luaran, keganasan dan boleh dilihat dan yang semata-mata dan bebas dari apa-apa sebab lain yang menyebabkan tuntutan kematian atau Keilatan atau kerugian. Ini termasuk kecederaan anggota badan yang berlaku akibat pendedahan kepada unsur-unsur bahaya semula jadi. Ini tidak termasuk apa-apa penyakit, jangkitan bakteria atau virus, (melainkan ini adalah kesan langsung akibat Kecederaan Anggota Badan Akibat Kemalangan) keadaan yang berlaku secara semulajadi atau proses kemerosotan atau akibat daripada apa-apa sebab yang berlaku secara beransur-ansur.
1.3
"TINDAKAN KEGANASAN" bermaksud tindakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan, oleh orang perseorangan atau sekumpulan orang, sama ada secara sendiri atau bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana organisasi atau kerajaan yang dilakukan untuk tujuan atau sebab-sebab politik, agama, ideologi, atau etnik termasuk niat untuk mempengaruhi manamana kerajaan dan / atau menyebabkan orang awam atau sebahagian orang awam berada dalam ketakutan.
1.4
"ANAK" merujuk kepada anak kandung / anak angkat yang sah / anak tiri Peserta yang belum berkahwin yang telah mencapai umur tiga puluh (30) hari tetapi tidak melebihi sembilan belas (19) tahun pada hari lahir berikutnya. Beliau bergantung kepada Peserta dari segi kewangan. Bagi anak yang mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian yang diiktiraf dan bukan bekerja berpenghasilan, umur maksimum yang dibenarkan adalah dua puluh tiga (23) tahun pada hari lahir berikutnya.
1.5
"SUMBANGAN" merujuk kepada jumlah yang perlu dibayar seperti yang dinyatakan di dalam Halaman Maklumat Sijil atau dalam endorsemen berikutnya yang dikeluarkan oleh Kami.
1.6
"TANGGUNGAN" bermaksud mana-mana orang yang berikut: a) Pasangan kepada Peserta b) Anak kepada Peserta
1.7
"TARIKH KUAT KUASA" merujuk kepada hari pertama Tempoh Perlindungan Takaful yang mana perlindungan Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini telah berkuat kuasa seperti yang dinyatakan dalam Halaman Maklumat Sijil atau di dalam endorsemen berikutnya yang dikeluarkan oleh Kami.
1.8
"DANA TAKAFUL AM" atau "DTA" bermaksud akaun pemegangan Peserta yang mana Sumbangan selepas pemotongan apa-apa Yuran Wakalah di bawah Sijil Induk ini akan dikreditkan. Semua manfaat seperti yang dinyatakan dalam Sijil Induk ini dan hasil pembatalan akan dibayar daripada akaun ini. Jika DTA tidak mencukupi untuk pembayaran manfaat, Kami akan menyediakan pinjaman secara Qardh. Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 1 of 15
Qardh akan dibayar balik apabila pulangan DTA kembali kepada kedudukan lebihan dan sebelum sebarang lebihan diagihkan. 1.9
"SIJIL INDIVIDU" bermaksud dokumen yang mengandungi maklumat terperinci tentang perlindungan Takaful yang disediakan kepada Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini.
1.10 "PEMILIK SIJIL INDUK" merujuk kepada Telekom Malaysia Berhad. 1.11 "PENGAMAL PERUBATAN" bermaksud seseorang yang berkelayakan dan berlesen untuk mengamalkan perubatan barat dan semasa memberikan rawatan tersebut mengamalkannya mengikut skop perlesenan dan latihan di kawasan geografi profesion tersebut diamalkan, tetapi tidak termasuk doktor, pakar perubatan atau pakar bedah yang merupakan Orang Yang Dilindungi itu sendiri. 1.12 "PESERTA" bermakna pelanggan Pemilik Sijil Induk yang layak seperti yang dinamakan dalam Halaman Maklumat Sijil yang telah menerima jemputan Kami untuk menyertai Sijil Induk ini. 1.13 "TEMPOH PERLINDUNGAN TAKAFUL" yang berkaitan dengan mana-mana Orang Yang Dilindungi bermaksud satu (1) tahun kalendar bermula pada Tarikh Kuat Kuasa seperti yang dinyatakan di dalam Halaman Maklumat Sijil. Setiap Tempoh Takaful yang berikutnya adalah satu (1) tahun dari ulang tahun sijil kepada ulang tahun sijil yang berikutnya. 1.14 "KEILATAN KEKAL" merujuk kepada mana-mana syarat yang disenaraikan dalam Jadual Manfaat. Keadaan itu mestilah berterusan tanpa gangguan untuk tempoh enam (6) bulan dan disahkan oleh Pengamal Perubatan yang dilantik oleh Kami dan tiada harapan untuk sembuh. 1.15 "ORANG YANG DILINDUNGI" bermaksud Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini. Selain Peserta, Orang Yang Dilindungi yang lain dalam satu-satu Sijil Individu tidak boleh melebihi satu (1) Pasangan dan tiga (3) Anak. 1.16 "QARDH" bermaksud pinjaman yang disediakan oleh Kami jika jumlah di dalam DTA telah digunakan sepenuhnya. Pinjaman akan diberikan tanpa faedah. 1.17 "PASANGAN" bermaksud pasangan yang berkahwin secara sah dengan Peserta dan yang telah mencapai usia di antara lapan belas (18) tahun pada hari lahir berikutnya dan tujuh puluh (70) tahun pada hari lahir berikutnya, kedua-dua peringkat umur termasuk pada Tarikh Kuat Kuasa. 1.18 "JUMLAH PERLINDUNGAN" bermaksud jumlah perlindungan yang berkaitan dengan manfaat-manfaat yang disediakan dalam Halaman Maklumat Sijil. 1.19 "TABARRU” bermaksud derma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu Orang Yang Dilindungi yang lain semasa musibah bagi tujuan perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di kalangan Orang Yang Dilindungi. 1.20 "TAKAFUL" merujuk kepada satu skim bantuan bersama untuk semua Peserta yang berasaskan prinsipprinsip persaudaraan, perpaduan dan kerjasama di mana setiap Peserta bersetuju untuk menyumbang sejumlah dana atas dasar Tabarru’ ke dalam dana risiko untuk menyediakan bantuan kewangan dan bantuan kepada Orang Yang Dilindungi, Peserta atau benefisiari apabila berlaku peristiwa-peristiwa yang telah ditetapkan. 1.21 "WAKALAH" merujuk kepada kontrak Syariah di mana Anda melantik Kami untuk melabur dan menguruskan Sumbangan dalam DTA bagi pihak Anda. Sebagai pulangan, Anda membenarkan Kami untuk memotong sejumlah Sumbangan sebagai Yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan. 1.22 "KITA” atau "KAMI" merujuk kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 2 of 15
2. SYARAT-SYARAT AM 2.1
KONTRAK Sijil Induk ini, MCIP, Sijil Individu, Halaman Maklumat Sijil dan segala perakuan bertulis berkenaan dan / atau penyata yang melengkapkan Sijil Induk ini bersama-sama dengan sebarang endorsemen yang dibuat oleh Kami, akan membentuk keseluruhan kontrak di antara Pemilik Sijil Induk, Peserta, Orang Yang Dilindungi dan Kami. Semua kenyataan yang dibuat akan menjadi pernyataan dan bukannya jaminan. Jika terbukti bahawa kenyataan yang dibuat oleh Pemilik Sijil Induk, Peserta atau Orang Yang Dilindungi adalah palsu, Kami boleh mengisytiharkan bahawa kontrak itu tidak sah. Jika terdapat apa-apa perubahan yang dibuat kepada kontrak itu, ia perlu dibuat secara bertulis, diluluskan dan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Kami.
2.2
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN KELAYAKAN Mereka yang layak dilindungi untuk perlindungan Takaful di bawah Sijil Induk ini adalah pelanggan semasa dan bakal pelanggan Pemilik Sijil Induk beserta Tanggungan mereka yang dijemput oleh Kami untuk menyertai Sijil Induk ini.
2.3
WILAYAH GEOGRAFI Semua manfaat yang disediakan dalam Sijil Induk ini adalah sah di serata dunia, dua puluh empat (24) jam sehari.
2.4
SALAH NYATA / PENIPUAN Perlindungan Takaful kepada mana-mana Orang Yang Dilindungi akan menjadi tidak sah jika maklumat yang diberikan adalah tidak benar dalam mana-mana perkara atau jika fakta penting yang mempengaruhi risiko tidak dinyatakan dengan betul atau ditinggalkan, atau jika perlindungan yang telah diterima melalui apa-apa salah nyata, salah nyataan atau penyelindungan (maklumat), atau mana-mana penipuan atau tuntutan yang ditokok tambah, atau membuat apa-apa perisytiharan atau pernyataan yang palsu.
2.5
BUKTI UMUR Bukti umur Orang Yang Dilindungi diperlukan oleh Kami sebelum apa-apa manfaat dibayar di bawah Sijil Induk ini kecuali maklumat ini pernah disahkan oleh Kami sebagai benar.
2.6
SILAP NYATA UMUR Jika pada umur sebenar, Orang Yang Dilindungi tidak layak untuk dilindungi di bawah Sijil Induk ini, perlindungannya akan dianggap sebagai tidak sah dan liabiliti Kami akan terhad kepada pemulangan sumbangan yang dibayar tanpa keuntungan.
2.7
BONUS TANPA TUNTUTAN Setelah genap setiap Tempoh Perlindungan Takaful berkaitan dengan Sijil Individu, Bonus Tanpa Tuntutan sebanyak dua puluh peratus (20%) daripada Jumlah Perlindungan ke atas Manfaat Kematian Akibat Kemalangan dalam Tempoh Perlindungan Takaful sebelumnya akan disediakan dalam masa Tempoh Perlindungan Takaful seterusnya bagi tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut. Kelayakan untuk Bonus Tanpa Tuntutan tertakluk kepada memenuhi semua syarat-syarat berikut: 2.7.1 tiada tuntutan telah dibuat oleh Orang yang Dilindungi semasa Tempoh Perlindungan Takaful sebelumnya berkenaan dengan mana-mana atau semua manfaat yang disenaraikan di bawah Fasal 3 "Apa Yang Sijil Anda Lindungi"; Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 3 of 15
2.7.2 tiada gangguan perlindungan dalam Tempoh Perlindungan Takaful sebelumnya; dan 2.7.3 tidak ada perubahan kepada Jumlah Perlindungan ke atas Manfaat Kematian Akibat Kemalangan semasa Tempoh Perlindungan Takaful sebelumnya. Tiada sumbangan tambahan diperlukan bagi Bonus Tanpa Tuntutan. 2.8
PEMBAHAGIAN LEBIHAN Kami akan melabur dan menguruskan DTA selaras dengan Syariah. Sebarang lebihan daripada DTA sebagaimana yang ditentukan oleh Kami akan digunakan untuk menyelesaikan semua Qardh yang terhutang kepada Kami. Baki lebihan yang dikira selepas membuat semua bayaran di atas kemudian akan disimpan di dalam DTA untuk menyediakan dan mengadakan peruntukan bagi tuntutan yang tidak memuaskan.
2.9
BAYARAN UNTUK AMAUN KECIL Bagi apa-apa amaun yang patut dibayar dan akan dibayar kepada Peserta yang kurang daripada Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima (RM25.00) termasuk tetapi tidak terhad kepada amaun daripada tuntutan, Kami akan melaksanakan hak-hak Kami untuk menderma sejumlah wang kepada badan amal sepertimana yang diluluskan oleh Badan Penasihat Syariah Kami. Walau bagaimanapun, jika Peserta memutuskan sebaliknya, Peserta dikehendaki mengemukakan permohonan rasmi kepada Kami.
2.10 TEMPOH MEMBUAT KEPUTUSAN Jika Peserta tidak berpuas hati dengan Sijil Individunya atas apa-apa sebab-sebab, Peserta boleh kembalikannya kepada Kami dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh penerimaan Sijil Individu. Kami akan membatalkan perlindungan Orang Yang Dilindungi dan membayar balik kepada Peserta semua Sumbangan yang telah dibayar dalam Sijil Individu beliau. 2.11 SUMBANGAN DAN TEMPOH TANGGUH Kadar Sumbangan tidak dijamin. Kami mungkin akan menyemak semula kadar Sumbangan pada masa akan datang sekiranya pengalaman tuntutan yang merugikan. Semakan kadar tersebut akan dilaksanakan kepada semua Orang Yang Dilindungi tanpa mengira pengalaman tuntutan mereka. Jika terdapat sebarang semakan kadar, Pemilik Sijil Induk akan diberitahu oleh Kami sekurang-kurangnya enam puluh (60) hari sebelum ia dikuat kuasakan. Kadar Sumbangan yang telah disemak hanya akan dilaksanakan pada Ulang Tahun Sijil seterusnya. Ulang Tahun Sijil daripada mana-mana Halaman Maklumat Sijil ertinya satu (1) tahun selepas tarikh kuat kuasa dan setiap tahun berikutnya. Peserta perlu membayar Sumbangan dalam tempoh tangguh enam puluh (60) hari dari tarikh matang bagi setiap Sumbangan. Jika Sumbangan itu masih tidak dibayar selepas tempoh tangguh, Sijil Individu Peserta akan luput tanpa sebarang perlindungan Takaful, manfaat atau nilai. 2.12 NOTIS Sebarang surat-menyurat, notis, permintaan, arahan yang diperlukan oleh Kami mesti dibuat secara bertulis. 2.13 PERUBAHAN RISIKO Peserta atau Orang Yang Dilindungi hendaklah dengan segera memberitahu Kami secara bertulis jika terdapat sebarang perubahan penting pada pekerjaan, perniagaan atau tugas-tugas Orang Yang Dilindungi dan membayar sebarang Sumbangan tambahan.
Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 4 of 15
2.14 PEMBATALAN SIJIL INDUK Sijil Induk ini sama ada secara keseluruhan atau berkenaan dengan mana-mana Orang Yang Dilindungi boleh dibatalkan oleh Kami pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari melalui surat berdaftar yang dihantar kepada alamat terakhir Pemilik Sijil Induk yang diketahui dengan syarat bahawa pembatalan tersebut tidak akan menjejaskan hak-hak berkenaan dengan kecederaan kepada mana-mana Orang Yang Dilindungi sebelum ini. Begitu juga, Pemilik Sijil Induk boleh membatalkan Sijil Induk ini pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari kepada Kami. Dalam keadaan tersebut, tiada bayaran balik sumbangan akan dibuat kepada Peserta. 2.15 PENAMAAN 2.15.1
Peserta yang berumur enam belas (16) tahun ke atas boleh menamakan sesiapa sahaja untuk menerima manfaat yang perlu dibayar sekiranya berlaku kematian kepada Orang Yang Dilindungi, sama ada sebagai wasi atau sebagai benefisiari di bawah Hibah bersyarat. Penamaan itu hendaklah disaksikan oleh seseorang selain daripada penama itu sendiri dan yang sihat pemikirannya dan telah mencapai umur lapan belas (18) tahun.
2.15.2
Peserta boleh membatalkan dari masa ke semasa apa-apa penamaan dan / atau untuk menamakan penama lain dengan notis bertulis yang diterima dan didaftarkan oleh Kami.
2.15.3
Jika Peserta telah menamakan lebih daripada seorang penama, manfaat yang perlu dibayar, jika ada, hendaklah dibayar kepada penama yang masih hidup pada masa kematian Orang Yang Dilindungi dalam bahagian yang sama melainkan jika dinyatakan sebaiknya oleh Peserta; dan pembayaran itu hendaklah disifatkan sebagai suatu pelepasan yang sah daripada liabiliti Kami berhubung dengan Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini.
2.15.4
Apabila berlaku kematian mana-mana penama selepas kematian Orang Yang Dilindungi tetapi sebelum apa-apa pembayaran manfaat, Kami akan membayar manfaat kepada: (i) (ii)
2.15.5
Pentadbir harta pusaka Peserta jika penama adalah wasi; atau Pentadbir harta pusaka penama yang mati jika penama adalah benefisiari di bawah Hibah bersyarat.
Jika tiada penamaan yang berkuat kuasa apabila berlaku kematian Orang Yang Dilindungi, manfaat yang perlu dibayar hendaklah dibayar kepada wasi atau pentadbir harta pusaka Peserta yang sah. Jika tiada wasi atau pentadbir harta pusaka Peserta yang sah pada masa pembayaran manfaat, Kami boleh membayar kepada pihak menuntut yang wajar sehingga jumlah maksimum yang dibenarkan di bawah Undang-Undang Malaysia, dan baki, jika ada, akan dibayar kepada orang yang dinamakan sebagai wasi atau pentadbir harta pusaka Peserta yang sah mengikut perintah mahkamah yang diterima oleh Kami nanti.
2.16 PINDAAN Kami berhak untuk mengubah terma-terma dan peruntukan Sijil Induk ini pada mana-mana Ulang Tahun Sijil. Tiada perubahan untuk Sijil Induk ini atau Halaman Maklumat Sijil akan sah melainkan diluluskan, disokong dan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Kami. 2.17 TIADA PERTIKAIAN Kami tidak akan mempertikaikan kesahan apa-apa tuntutan di bawah Sijil Induk ini selepas satu (1) tahun dari Tarikh Kuat kuasa Tempoh Perlindungan Takaful yang pertama, melainkan jika terdapat penipuan.
Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 5 of 15
2.18 PEMBERITAHUAN, PROSEDUR DAN PENYELESAIAN TUNTUTAN 2.18.1
2.18.2 2.18.3 2.18.4 2.18.5
2.18.6
2.18.7
2.18.8
Notis bertulis tentang sebarang kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan hendaklah dikemukakan kepada Kami secepat yang mungkin dan dalam apa-apa perkara tidak lewat daripada empat belas (14) hari dari tarikh kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kerugian berkenaan. Peserta hendaklah mendapatkan dan bertindak atas nasihat perubatan atau pembedahan secepat mungkin. Orang Yang Dilindungi mungkin diperlukan untuk menjalani pemeriksaan perubatan selanjutnya atas perbelanjaan Kami. Kami hanya akan membayar manfaat sekiranya apa-apa sijil perubatan dan bukti lain yang mungkin Kami perlukan dapat diserahkan apabila diminta atas perbelanjaan Peserta. Kami akan memotong sebarang jumlah yang terhutang kepada Kami sebelum membuat apaapa bayaran manfaat. Pembayaran tersebut, jika ada, akan dibayar kepada penama yang dinamakan mengikut terma-terma dan syarat-syarat Sijil Induk ini. Untuk pembayaran manfaat di bawah Manfaat Keilatan Kekal akibat Kemalangan, apabila Peserta memberikan Kami satu resit atau discaj, liabiliti Kami untuk yang berkenaan akan berkurangan mengikut jumlah wang yang dibayar atau tamat jika manfaat penuh telah dibayar. Kami berhak untuk menolak tuntutan jika Kami tidak berpuas hati dengan bukti yang sedia ada untuk mengesahkan sama ada: (i) identiti Orang Yang Dilindungi; atau (ii) keadaan kerugian. Sekiranya berlaku Kecederaan Badan Akibat Kemalangan yang mengakibatkan kematian, Kami berhak untuk membuat pemeriksaan bedah siasat yang akan ditanggung oleh Kami.
2.19 SIJIL, MAKLUMAT DAN KETERANGAN Semua sijil, maklumat, laporan perubatan dan bukti yang diperlukan oleh Kami hendaklah disediakan atas perbelanjaan Peserta, dan dalam bentuk yang Kami perlukan. Dalam apa jua keadaan, semua notis, yang Kami perlukan daripada Peserta atau Orang Yang Dilindungi hendaklah secara bertulis dan dialamatkan kepada Kami. Orang Yang Dilindungi hendaklah, atas permintaan dan perbelanjaan Kami, mengemukakan kepada Kami pemeriksaan perubatan apabila diperlukan. 2.20 KEHILANGAN Apabila Kami sudah berpuas hati dengan kehilangan Orang Yang Dilindungi dan bukti yang dikemukakan mencukupi dan membuatkan Kami beranggapan secara pasti bahawa Orang Yang Dilindungi telah mengalami Kecederaan Badan Akibat Kemalangan yang menyebabkan kematian, Kami akan membayar tuntutan di bawah Manfaat Kematian Akibat Kemalangan. Walau bagaimanapun, pada bila-bila masa selepas Kami membayar manfaat dan Orang Yang Dilindungi kemudiannya didapati hidup, bayaran manfaat tersebut hendaklah dipulangkan kepada Kami. 2.21 PENAMATAN PERLINDUNGAN Perlindungan ke atas mana-mana Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini akan tamat secara automatik apabila mana-mana satu (1) kejadian yang berikut berlaku: 2.21.1 2.21.2 2.21.3
2.21.4
pembatalan perlindungan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah fasal "PEMBATALAN SIJIL INDUK INI" di atas; atau berlaku kematian Orang Yang Dilindungi; atau penerimaan tuntutan Manfaat Keilatan Kekal Akibat Kemalangan di mana jumlah manfaat terkumpul yang perlu dibayar di bawah ini dan semua tuntutan lain yang dibayar adalah sama dengan Jumlah Perlindungan pada Manfaat Keilatan Kekal Akibat Kemalangan; atau Orang Yang Dilindungi mencapai umur tujuh puluh lima (75) tahun pada hari lahir akan datang pada Ulang Tahun Sijil; atau Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 6 of 15
2.21.5
2.21.6
untuk Anak Peserta, apabila dia mencapai umur sembilan belas (19) tahun hari lahir berikutnya atau dua puluh empat (24) tahun hari lahir berikutnya jika masih menuntut di institusi pengajian tinggi sepenuh masa, pada mana-mana Ulang Tahun Sijil; atau Sijil Individu diluputkan atau ditamatkan dalam apa-apa cara lain.
Untuk perkara 2.21.2 dan 2.21.3 di atas, bila perlindungan mana-mana Orang Yang Dilindungi ditamatkan, perlindungan kepada semua Orang Yang Dilindungi lain yang dikeluarkan di bawah Sijil Individu yang sama juga akan ditamatkan secara automatik pada tarikh yang sama. Sebarang Sumbangan yang dibayar atau diterima selepas penamatan Sijil Induk ini atau penamatan perlindungan pada mana-mana Orang Yang Dilindungi tidak akan mewujudkan sebarang liabiliti, melainkan Kami akan mengembalikan Sumbangan tersebut tanpa keuntungan. 2.22 FASAL TIMBANG TARA Semua perbezaan yang timbul daripada Sijil Induk ini hendaklah dirujuk kepada keputusan seorang Penimbang Tara yang akan dilantik secara bertulis oleh pihak dalam percanggahan atau jika mereka tidak mencapai persetujuan dengan seorang Penimbang Tara kepada keputusan dua orang Penimbang Tara seorang dilantik secara bertulis oleh setiap pihak dalam masa satu bulan selepas diminta untuk berbuat demikian oleh salah satu pihak atau dalam kes Penimbang Tara tidak bersetuju dengan seorang Pengadil yang dilantik secara bertulis oleh Penimbang Tara sebelum membuat rujukan. Pengadil akan duduk bersama Penimbang Tara dan mempengerusikan mesyuarat mereka dan membuat Keputusan hendaklah menjadi syarat duluan kepada apa-apa hak tindakan terhadap Kami. Jika Kami boleh menolak liabiliti kepada Pemilik Sijil Induk atau Peserta bagi sebarang tuntutan dan tuntutan itu tidak boleh dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh penafian tuntutan itu telah dirujuk kepada timbangtara di bawah peruntukan-peruntukan yang terkandung di sini maka tuntutan untuk tujuan dan maksud disifatkan sebagai telah diabaikan dan tidak boleh dituntut selepas itu. 2.23 TAKAFUL SEMULA Kami mempunyai budi bicara untuk mendapatkan takaful semula (insurans semula) yang mencukupi daripada mana-mana sumber yang Kami anggap sesuai untuk manfaat Orang Yang Dilindungi. 2.24 FASAL PENGECUALIAN SEKATAN Kami tidak boleh disifatkan sebagai memberi perlindungan atau bertanggungjawab untuk membayar sebarang tuntutan atau manfaat seperti yang terkandung dalam Sijil Induk ini sehinggakan peruntukan perlindungan itu, pembayaran tuntutan atau manfaat tersebut akan mendedahkan Kami kepada: 2.24.1
apa-apa sekatan atau larangan di bawah resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu; atau
2.24.2
sekatan perdagangan atau ekonomi, undang-undang atau peraturan-peraturan: 2.24.2.1 Kesatuan Eropah; atau 2.24.2.2 United -Kingdom; atau 2.24.2.3 Amerika Syarikat; atau mana-mana negara kepada negara-negara di atas; atau mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan dalam Negara.
2.24.3
2.25 UNDANG-UNDANG Sijil Induk ini dan semua hak, kewajipan dan liabiliti yang timbul di bawah Sijil Induk ini, hendaklah ditafsirkan, ditentukan dan dikuat kuasakan selaras dengan Undang-Undang Malaysia.
Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 7 of 15
3.
MANFAAT
Semasa Sijil Induk ini berkuat kuasa, dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syaratnya, Kami akan memberi manfaat berikut kepada Orang Yang Dilindungi seperti yang dinyatakan di dalam Halaman Maklumat Sijil: 3.1.
MANFAAT KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN Apabila bukti yang sewajarnya diterima dan disahkan bahawa kematian Orang Yang Dilindungi Akibat Kemalangan, Kami akan membayar Jumlah Perlindungan Manfaat Kematian Akibat Kemalangan dan Bonus Tanpa Tuntutan secara sekaligus. Dengan syarat bahawa: 3.1.1 Kematian Orang Yang Dilindungi berlaku dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh peristiwa itu; dan 3.1.2 Sekiranya Orang Yang Dilindungi adalah seorang Anak pada tarikh kematian, Jumlah Perlindungan bagi Manfaat Kematian Akibat Kemalangan akan dikurangkan kepada lima puluh peratus (50%) daripada jumlah yang ditunjukkan dalam Halaman Maklumat Sijil. Bonus Tanpa Tuntutan, sekiranya ada, juga akan dikurangkan kepada 50% daripada jumlah yang disediakan. Setelah bayaran penuh jumlah yang disemak semula daripada Jumlah Perlindungan bagi Manfaat Kematian Akibat Kemalangan, Sijil Individu akan ditamatkan secara automatik. 3.1.3 Kami menerima pemberitahuan kematian disertakan dengan bukti bertulis kematian; dan 3.1.4 Jumlah terkumpul kedua-dua manfaat yang perlu dibayar kepada mana-mana Orang Yang Dilindungi di bawah Manfaat Kematian Akibat Kemalangan dan Manfaat Keilatan Kekal Akibat Kemalangan tidak boleh melebihi jumlah seratus peratus (100%) daripada Jumlah Perlindungan bagi Manfaat Kematian Akibat Kemalangan.
3.2.
MANFAAT KEILATAN KEKAL AKIBAT KEMALANGAN. Apabila bukti yang sewajarnya diterima dan disahkan bahawa Orang Yang Dilindungi mengalami manamana Keilatan Kekal akibat Kemalangan dan sebelum Ulang Tahun Sijil di mana dia mencapai umur tujuh puluh lima (75) tahun pada hari lahir berikutnya, Kami akan membayar manfaat atau manfaatmanfaat yang sesuai dengan Keilatan Kekal tersebut mengikut Jadual Manfaat di bawah. 3.2.1 JADUAL MANFAAT
Perkara
KEILATAN KEKAL
1. 2.
Kehilangan dua anggota badan Kehilangan kedua-dua belah tangan, atau kesemua jari dan kedua-dua ibu jari Kehilangan keseluruhan penglihatan kedua-dua belah mata Lumpuh keseluruhan Kecederaan yang menyebabkan terlantar kekal sakit di katil Kehilangan bahagian lengan di bahu Kehilangan bahagian lengan antara bahu dan paras siku
3. 4. 5. 6. 7.
PEMBAYARAN TUNTUTAN MENGIKUT % DARIPADA JUMLAH PERLINDUNGAN ATAS MANFAAT KEILATAN KEKAL AKIBAT KEMALANGAN DAN BONUS TANPA TUNTUTAN 100 100 100 100 100 100 100
Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 8 of 15
8. 9. 10. 11. (a) (b) (c) 12. (a) (b) (c) 13. 14. 15. (a) (b) 16. (a) (b) (c) 17. (a) (b) (c) 18. (a) (b) (c) 19. (a) (b) (c) 20. (a) (b) 21. (a) (b) (c) (d) 22. (a) (b) 23.
Kehilangan bahagian lengan di paras siku Kehilangan bahagian lengan antara paras siku dan pergelangan tangan Kehilangan tangan di pergelangan tangan Kehilangan kaki Di pinggul Di antara lutut dan pinggul Di bawah lutut Mata: Kehilangan Kedua-dua belah mata Penglihatan sebelah mata kecuali daya persepsi kepada cahaya Kanta sebelah mata Kehilangan empat jari dan ibu jari sebelah tangan
100
Kehilangan empat jari
50
Kehilangan ibu jari Dua ruas Satu ruas Kehilangan jari telunjuk Tiga ruas Dua ruas Satu ruas Kehilangan jari tengah Tiga ruas Dua ruas Satu ruas Kehilangan jari manis Tiga ruas Dua ruas Satu ruas Kehilangan jari kelingking Tiga ruas Dua ruas Satu ruas Kehilangan metakarpus Pertama atau kedua (tambahan) ketiga, keempat atau kelima (tambahan) Kehilangan jari kaki Kesemuanya Jari kaki yang utama, kedua-dua ruas Jari kaki yang utama, satu ruas Selain daripada ibu jari kaki yang utama dan jika lebih daripada satu jari kaki hilang, setiap satu Kehilangan pendengaran: Kedua-dua belah telinga Sebelah telinga Kehilangan daya pertuturan
100 100 100 100 100 100 50 50 50
25 10 10 8 2 6 4 2 5 3 2 4 3 2 3 2 15 5 2 1 75 15 50
Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 9 of 15
Apa-apa bentuk kecacatan kekal yang tidak dinyatakan dalam Jadual Manfaat akan dinilai mengikut budi bicara mutlak Kami, dan mana-mana bahagian daripada Jumlah Perlindungan atas Manfaat Keilatan Kekal akibat kemalangan akan dibayar mengikut apa-apa kadar pampasan yang pada pendapat Kami adalah selaras dengan peruntukan dalam Jadual Manfaat. 3.2.2 SYARAT UNTUK PEMBAYARAN MANFAAT 3.2.2.1 3.2.2.2
3.2.2.3
3.2.2.4
3.3.
Keilatan Kekal hendaklah berlanjutan dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh kejadian tersebut. Jika Orang Yang Dilindungi adalah Anak pada tarikh tuntutan, Jumlah Perlindungan atas Manfaat Keilatan Kekal akan dikurangkan kepada 50% daripada jumlah yang ditunjukkan dalam Halaman Maklumat Sijil. Bonus Tanpa Tuntutan, sekiranya ada, juga akan dikurangkan kepada lima puluh peratus (50%) daripada jumlah yang disediakan. Setelah bayaran penuh jumlah yang disemak semula daripada Jumlah Perlindungan atas Manfaat Keilatan Kekal Akibat Kemalangan, Sijil Individu akan ditamatkan secara automatik. Tuntutan yang dibuat di bawah Manfaat Keilatan Kekal Akibat Kemalangan akan menyebabkan pengurangan dengan jumlah yang sama pada Jumlah Perlindungan pada Manfaat Kematian Akibat Kemalangan. Jumlah terkumpul manfaat yang dibayar kepada mana-mana Orang Yang Dilindungi di bawah Manfaat Keilatan Kekal akibat Kemalangan dan Manfaat Kematian Akibat Kemalangan diambil bersama-sama tidak boleh melebihi jumlah seratus peratus (100%) daripada Jumlah Perlindungan di Manfaat Keilatan Kekal Akibat Kemalangan.
PEMBAYARAN BIL TAMBAHAN Apabila bukti yang sewajarnya diterima dan disahkan bahawa kematian Orang Yang Dilindungi atau Orang Yang Dilindungi tersebut mengalami mana-mana Keilatan Kekal akibat Kemalangan sebelum Ulang Tahun Sijil di mana dia mencapai umur tujuh puluh lima (75) tahun hari lahir akan datang, disebabkan oleh Kemalangan, Kami akan membayar Jumlah Perlindungan atas Pembayaran Bil Tambahan secara sekaligus, sebagai tambahan kepada Manfaat Kematian Akibat Kemalangan dan Manfaat Keilatan Kekal Akibat Kemalangan. Dengan syarat bahawa Jumlah Perlindungan ke atas Manfaat Kematian Akibat Kemalangan atau Jumlah Perlindungan ke atas Manfaat Keilatan Kekal Akibat Kemalangan telah pun dibayar sepenuhnya.
3.4.
MANFAAT PEMBAYARAN SEMULA PERUBATAN AKIBAT KEMALANGAN Apabila menerima kelulusan ke atas bukti yang wajar bahawa Orang Yang Dilindungi mengalami suatu Kecederaan Badan Akibat Kemalangan, Kami akan membayar semula perbelanjaan-perbelanjaan yang ditanggung untuk perubatan, hospital dan rawatan-rawatan pembedahan atau perkhidmatanperkhidmatan tertakluk kepada keadaan yang berikut: 3.4.1
Sebarang amaun yang dibuat di bawah manfaat ini, bersama-sama dengan pembayaran semula perbelanjaan-perbelanjaan dari mana-mana sumber-sumber lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada Insurans/Takaful lain dan peruntukan-peruntukan manfaat pekerja hendaklah tidak lebih daripada perbelanjaan-perbelanjaan asal yang mana tuntutan dibuat, tertakluk kepada amaun perlindungan berkaitan dengan manfaat ini dalam Tempoh Perlindungan Takaful yang sama yang disediakan dalam Halaman Maklumat Sijil Individu.
3.4.2
Pembayaran Semula manfaat ini hendaklah dibayar hanya sekiranya perbelanjaan yang ditanggung dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh Kemalangan, sekiranya perbelanjaan pertama yang ditanggung adalah dalam tempoh tujuh hari (7) selepas daripada tarikh Kemalangan.
Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 10 of 15
4. PENGECUALIAN Kami tidak akan membayar apa-apa tuntutan sekiranya Orang Yang Dilindungi terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan mana-mana daripada yang berikut:4.1.
peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, revolusi, penderhakaan atau rampasan kuasa, mogok, rusuhan, kekecohan awam, kebangkitan ketenteraan atau pemberontakan, apabila Orang Yang Dilindungi mengambil bahagian di dalamnya.
4.2.
Perbuatan Keganasan disebabkan oleh penggunaan nuklear, kimia atau senjata biologi, peranti atau bahan sebagai satu cara kekerasan, keganasan atau pemusnah besar-besaran atau bagaimana jua pun diedarkan atau digabungkan, apabila Orang Yang Dilindungi mengambil bahagian di dalamnya.
4.3.
tidak siuman, bunuh diri (sama ada siuman atau tidak siuman), kecederaan diri yang disengajakan atau sebarang percubaan melakukannya.
4.4.
kesan atau pengaruh dadah atau alkohol.
4.5.
kecacatan atau kelemahan fizikal atau mental yang sedia ada.
4.6.
pembunuhan atau serangan yang diprovokasi.
4.7.
semasa penerbangan di dalam pesawat sebagai anak kapal, kecuali hanya sebagai penumpang yang membayar tambang dalam pesawat perkhidmatan penumpang yang berlesen.
4.8.
semasa melakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan menyalahi undang-undang atau jenayah, penyertaan, percubaan, atau bertindak sebagai pembantu kepada, apa-apa jenayah yang melibatkan niat atau tindakan jenayah secara sengaja.
4.9
semasa mengambil bahagian dalam sukan profesional dan / atau aktiviti berbahaya termasuk tetapi tidak terhad kepada memburu, mendaki gunung, hoki ais, bermain polo, menunggang kuda berhalangan, sukan musim sejuk, berlumba layar, meneroka gua, mengembara gua, berakit redah jeram, terjun udara, terjun tebing, terjun lelabah, lompatan luncur air, aktiviti dalam-air yang melibatkan penggunaan alat pernafasan, seni mempertahankan diri atau tinju, aktiviti udara seperti payung terjun, luncur layar dan luncur angin atau penyertaan dalam sebarang bentuk perlumbaan atau pertandingan selain daripada menggunakan kaki.
4.10. Individu seperti juruterbang, krew penerbangan dan anggota bomba semasa menjalankan tugas mereka atau semasa bertugas, nelayan, pelumba motor profesional, ahli sukan profesional, pemunggah kargo, pekerja perobohan bangunan, penyelam, joki, pekerja pembalakan, pelombong, anak-anak kapal penyelamatan marin, individu yang terlibat secara langsung dalam membuat atau mengendalikan bahan letupan, kakitangan dalam angkatan tentera, penebang pokok, pencuci tingkap bangunan tinggi dan pekerjaan berbahaya yang lain. 4.11. Orang Yang Dilindungi semasa menggunakan jentera dipacu oleh kuasa mekanikal sebagai alat perdagangan. 4.12. Tenaga nuklear atau radioaktif dalam apa jua bentuk termasuk tetapi tidak terhad kepada pengionan radiasi daripada atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan api nuklear atau bahan buangan nuklear atau dari pembakaran bahan api nuklear atau bahan senjata nuklear.
Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 11 of 15
CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN Jumlah sumbangan yang dibayar oleh Peserta di bawah Sijil Induk ini termasuk jumlah GST pada sumbangan. Dan apabila Kami membayar tuntutan, status GST Peserta akan menentukan jumlah yang Kami perlu bayar. Apabila Peserta adalah: (a)
seseorang yang tidak berdaftar GST, Kami akan membayar sepenuhnya (termasuk 6% GST) sehingga Jumlah Perlindungan / had liabiliti atau had perlindungan takaful lain.
(b)
seseorang yang berdaftar GST, Kami akan membayar (tidak termasuk 6% GST) sehingga Jumlah Perlindungan / had liabiliti atau had perlindungan takaful lain. Peserta perlu menuntut hak kelayakan Kredit Cukai Input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia secara langsung.
Peserta mesti memberitahu Kami hak kelayakan yang betul untuk Kredit Cukai Input ke atas Sumbangan beliau.
Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 12 of 15
AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 2010 Anda boleh membuat pertanyaan atau permintaan untuk akses atau pembetulan Data Peribadi Anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda pada bila-bila masa sahaja dengan mengemukakan pertanyaan atau permintaan tersebut kepada Kami melalui e-mel kepada
[email protected]. Kami akan menyimpan maklumat peribadi Anda hanya untuk tempoh yang perlu sahaja bagi memenuhi tujuan ianya dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang, peraturan atau polisi dalaman.
Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 13 of 15
PROSEDUR ADUAN Kami percaya Peserta seharusnya mendapat perkhidmatan yang berbudi bahasa, adil dan cepat. Jika terdapat sebarang keadaan apabila perkhidmatan Kami tidak memenuhi jangkaan Peserta, sila hubungi Kami dengan menggunakan maklumat di bawah ini dan berikan Nombor Sijil / Nombor Tuntutan dan Nama Orang Yang Dilindungi: 1.
Pertama dengan Jabatan atau orang yang Peserta berurusan dengan pihak Kami dan bagaimana Peserta ingin masalah itu diselesaikan.
2.
Kedua jika masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan cara yang memuaskan hati Peserta, Peserta boleh membuat aduan bertulis secara rasmi kepada: Unit Khidmat Pelanggan (UKP) Suite 1B-3A, Level 3A, Blok 1B, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat 9:00 pagi -5:30 petang Tel: 1300 82 0022 E-mel:
[email protected]
3.
Ketiga, jika Peserta tidak berpuas hati dengan keputusan Kami, Peserta boleh merujuk perkara itu kepada BIRO PENGANTARAAN KEWANGAN atau BANK NEGARA MALAYSIA melalui BNMTELELINK atau BNMLINK, di alamat berikut: Biro Pengantaraan Kewangan Tingkat 25, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia, No 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Tel: 03-2272 2811 Faks: 03-2274 5752 Laman web: www.fmb.org.my BNMTELELINK ATAU BNMLINK Tingkat Bawah, Blok D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato 'Onn, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-88-5465 (LINK) Faks: 03-2174 1515 E-mel:
[email protected] Laman web: www.insuranceinfo.com.my
Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 14 of 15
BORANG TUNTUTAN DAN DOKUMEN SOKONGAN (SALINAN MESTI DISAHKAN) Pihak yang menuntut adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah untuk manfaat di bawah Sijil Induk ini. Sebarang perbezaan dalam definisi skop perlindungan mengikut seperti yang dinyatakan dalam Sijil Induk ini. Disenaraikan di bawah adalah beberapa dokumen yang diperlukan untuk menyokong bukti tuntutan: Tuntutan Kematian Akibat Kemalangan / Tuntutan Pembayaran Bil Tambahan (a) Borang Tuntutan (b) Salinan sijil kematian si mati (c) Salinan permit pengebumian (d) Salinan kad pengenalan pihak menuntut (e) Laporan Polis (f) Kenyataan Pakar Perubatan yang merawat (pilihan kecuali diminta oleh Kami) (g) Sijil Asal Pelan Takaful (jika ada) (h) Salinan bukti hubungan Tuntutan Keilatan Kekal Akibat Kemalangan (a) Borang Tuntutan (b) Salinan kad pengenalan pihak menuntut (c) Salinan surat pemberhentian kerja daripada majikan (pilihan kecuali diminta oleh Kami) (d) Laporan Panel Lembaga Perubatan (e) Laporan Polis (f) Laporan perubatan daripada doktor pakar yang merawat Tuntutan Manfaat Pembayaran Semula Perubatan Akibat Kemalangan (a) Borang Tuntutan (b) Salinan kad pengenalan pihak menuntut (c) Bil dan resit asal yang dikeluarkan oleh hospital atau klinik (d) Laporan Polis jika dimasukkan ke hospital adalah disebabkan Kemalangan (e) Laporan perubatan daripada hospital jika jumlah bil melebihi RM500 Pihak yang menuntut hendaklah menghantar borang tuntutan yang lengkap bersama-sama dengan dokumendokumen sokongan yang berkaitan kepada Unit Khidmat Pelanggan (UKP) Suite 1B-3A, Level 3A, Blok 1B, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 9:00 pagi -5:30 petang Tel: 1300 82 0022 E-mel:
[email protected] untuk Kami memproses tuntutan.
Takaful myEasy PA/V02(BM)/12-2015 Page 15 of 15