Senarai 6 Hotel Terbaik di Kuala Lumpur KL Sentral http://klsentral.org FAQs on LRT, KTM, Monorail, KLIA Express, Skybus, Genting Bus and Hotels. Enam hotel berikut telah mendapat ulasan and penarafan terbaik daripada pelanggan yang menempah melalui portal-portal tempahan atas talian.
Senarai Hotel Terbaik di KL 1. Traders Hotel by Shangri-La, KLCC (Paling sesuai untuk lawatan urusan perniagaan, mesyuarat, pameran, konvesyen dsb. di KL Convention Centre)
1/9
Hotel Terbaik Traders Hotel By Shangri La
Traders Hotel by Shangri-La Kuala Lumpur adalah hotel lima bintang yang berciri modern. Lokasinya amat strategik kerana terletak bertentangan dengan Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur dan bersebelahan dengan Pusat Konvensyen KL. Faktor ini menjadikan ia amat popular di kalangan tetamu perniagaan yang menyertai persidangan atau pameran di Pusat Konvesyen KL dan pelancong yang ingin mengunjungi Menara Berkembar dan Suria KLCC untuk membeli belah. Hotel Terbaik di Kuala Lumpur ini menyediakan Internet (Wifi) di semua tempat awam bilik mesyuarat di kawasan hotel. Hotel lima bintang di Kuala Lumpur ini juga memiliki spa tersendiri, gim, kolam renang, sauna dan kolam air pusaran. Kepada yang pengemar hidangan barat, Gobo Upstairs Lounge and Grill menawarkan hidangan stik terbaik di Kuala Lumpur. Selain itu, restoran Gobo Chit Chat menyediakan masakan istimewa Barat dan Asian. Jangan lepaskan peluang berkunjung ke lounge bar dan Sky Bar untuk bersantai pada waktu malam sambil menikmati permandangan indah Menara Berkembar KL. Tips: Jangan lupa untuk memilih bilik “Twin Tower View” semasa tempahan. Keindahan gemerlapan cahaya Menara Berkembar adalah kenangan terbaik menginap di Traders Hotel KL. Walaupun Harga bilik hotel ini di sekitar RM400-RM500 sehari tetapi amat pengalaman penginapan yang ditawarkan amat berbaloi.
2/9
2. Hotel Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur (Paling best untuk shopping / membeli-belah di KL)
Hotel Furama Bukit Bintang
Furama Hotel Bukit Bintang Terletak di Bukit Bintang yang merupakan tempat terbaik untuk memulakan kunjungan anda ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah. Kompleks membeli-belah semuanya ada di sini. Berjaya Times Square, Pawagam Golden Screen Cinemas di Segitiga Emas dan JoJoBa Spa merupakan beberapa daya tarikan untuk pelancong di sekitar hotel ini. Hotel terbaik di KL ini menawarkan perkhidmatan simpanan bagasi, tempat letak kereta, perkhidmatan di bilik 24-jam, bilik keluarga, penjaga pintu untuk memastikan tetamu menikmati keselesaan yang terbaik. Penghuni hotel boleh memilih dari 433 bilik yang direka untuk memberi keselesaan penginapan. Hotel ini menawarkan kemudahan seperti gym dan kolam renang. Kepada mereka yang merancang untuk shopping atau menikmati warna-warni di Bukit Bintang, Hotel Furama Bukit Bintang merupakan pilihan yang terbaik dengan kadar bilik yang berpatutan.
3/9
3. Sunway Resort Hotel & Spa (Best untuk percutian sekeluarga. Shopping di Sunway Giza dan Berseronok di Theme Park Sunway Lagoon).
Sunway Resort Hotel and Spa di Bandar Sunway
Sunway Resort dan Spa paling sesuai untuk pelancong yang inginkan kelas, keseronokan dan keselesaan. Walaupun terletak di Bandar Sunway (di luar Kuala Lumpur) Sunway Report dan Spa hanya 25 minit dari lapangan terbang Subang dan 20 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur. Terpilih sebagai salah sebuah hotel yang terbaik di KL, para pengunjung ke Sunway Resort dan Spa dikelilingi oleh Sunway Lagoon Theme Park, kompleks membeli-belah Sunway Pyramid, Spa ala Bali, kelab malam masyhor dari London Ministry of Sounds-EUPHORIA. Hotel 5 bintang yang serba lengkap ini pasti tidak mengecewakan anda! Tips: Tempah awal jika anda merancang untuk membawa anak-anak ke Sunway Lagoon pada musim cuti sekolah. Walaupun pada sewa bilik di sekitar RM500 sehari, hotel ini tetap penuh
4/9
ditempah pada musim sekolah terutamanya jika ada persidangan lain di hotel ini. Jika hotel ini penuh atau terlalu mahal bagi bajet anda, anda boleh mencuba Hotel Sunway Pyramid yang terletak berdekatan tetapi lebih murah.
4. Cititel Mid Valley Hotel, KL (Murah, Lokasi Strategik, Sesuai untuk shopping di Mid Valley Megamall dan The Gardens)
Cititel Mid Valley Hotel
Walaupun hotel ini tidak semewah mana (berbintang tiga), Cititel Mid Valley ternyata hotel terbaik bagi banyak pengunjung ke Kuala Lumpur kerana ia terletak betul-betul di Mid Valley Megamall yang merupakan pusat membeli-belah paling lengkap di KL. Lokasinya adalah dikelilingipusat beli-belah terkenal, pusat hiburan dan kawasan perniagaan ternama memudahkan pengunjung menjalankan sebarang aktiviti sepanjang tempoh penginapan disini. Cititel Mid Valley Hotel mempunyai 646 bilik tetamu yang kesemuanya dilengkapi dengan kemudahan asas seperti WIFI percuma bagi menjamin penginapan yang selesa. Anda boleh
5/9
menghabiskan masa membeli-belah di Mid Valley Megamall atau The Gardens atau menonton wayang di pawagam di sini. Kunjungan ke tempat lain di Kuala Lumpur juga mudah sebab Stesen KTM Komuter ada di sebelah hotel Cititel Mid Valley dan KL Sentral hanya satu stesen dari stesen Mid Valley. Hotel sememangny adalah pilihan terbaik bagi banyak pengunjung ke Kuala Lumpur. Tips: Sekirannya anda inginkan hotel yang lebih kelas dan mewah, anda boleh mencuba Hotel The Boulevard -St Giles Premier Hotel atau The Gardens Hotel & Residences – St Giles Grand Hotel yang juga terletak bersebelahan dengan Mid Valley Megamall (The Gardens).
5. Hotel Melia Kuala Lumpur (Murah! Terletak di Jalan Imbi, Bukit Bintang)
6/9
Hotel Melia KL Jalan Imbi
Hotel Melia Kuala Lumpur terletak di Bukit Bintang, kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur. Bukit Bintang cukup terkenal sebagai kawasan hiburan, membeli-belah dan perlancongan. Hotel Melia Kuala Lumpur juga berhampiran dengan Stesen Monorail Jalan Imbi yang di sambung ke KL Sentral. Hotel ini dipilih antara hotel yang terbaik di KL kerana lokasi yang tiada tandingan serta harga bilik yang murah di sekitar RM200-RM300. Melia Kuala Lumpur menyediakan 300 buah bilik yang menjadi pilihan popular bukan sahaja di kalangan pengunjung berkeluarga, golongan korporat bahkan pasangan yang berbulan madu. Berbeza dengan hotel lain, Bilik-bilik dan suites di hotel Melia dihiasi rekabentuk tradisional. Ini menjadikannya pilihan terbaik bagi banyak pelancong tempatan maupun pelancong asing.
6. Pacific Regency Hotel Suites (Dekat Menara Kuala Lumpur, Kawasan Clubbing, Hotel 4 Bintang pada Harga Berpatutan)
7/9
Pacific Regency Hotel Suites
Jika anda ingin mencari hotel berbintang 4 pada harga yang berpatutan (RM200-RM300), Pacific Regency Hotel Suites adalah pilihan terbaik anda. Bukan itu sahaja, hotel ini juga terletak di Jalan P. Ramlee, kawasan Clubbing terkenal di tengah-tengah Kuala Lumpur. Hotel terbaik di Kuala Lumpur ini juga menawarkan bilik suite dengan ruang dapur dan ruang tamu yang luas. Hotel Pacific Regency turut menyediakan kolam renang dan gym untuk kegunaan anda. Kolam renang hotel ini terletak di kawasan bumbung, bersama beberapa restoran, bar dan juga lounge, menjadikan suasana di sini amat romantik. Hotel ini juga dilengkapi Wifi percuma di semua bilik. Kedudukan hotel ini juga sangat istimewa sebab anda boleh berjalan kaki ke Bukit Bintang, Menara Kuala Lumpur dan KLCC. Bukan itu sahaja, stesen monorail Bukit Nanas juga berdekatan.
Senarai 6 Hotel Terbaik di KL Inilah senarai 6 hotel terbaik di Kuala Lumpur buat rujukan anda. Sesungguhnya sukar untuk memilih hotel di KL sebab terlalu banyak untuk dipilih. Ada hotel yang mahal tetapi terletak di lokasi yang kurang strategik. Semoga panduan ini membantu dalam merancang cuti-citi anda di Kuala Lumpur.
8/9
Top 10 hotels in Penang http://pulaupinang.org/10-hotel-terbaik-di-pulau-pinang for your visit to Pulau Pinang. Senarai 6 Hotel Terbaik di Kuala Lumpur
9/9 Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)