SELAMAT DATANG KE KULIAH 14 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Prof. Madya Dr. Mohd Zainudin Saleh
[email protected] www.ukm.my/zainudin 18/02/2004
Kuliah 14
1
DASAR PENSTABILAN DI BAWAH ALIRAN MODAL ANTARABANGSA v
Aliran Modal Sempurna
-
Modal/Aset dalam negeri dan luar negeri ialah pengganti sempurna. Modal bergerak bebas antara negera tanpa risiko pergerakan yang besar dan tanpa kos transaksi yang tinggi. Aliram modal menyamakan r (kadar bunga dalam negeri) dan rf (kadar bunga luar negeri). Jika r > rf. maka modal akan mengalir masuk ke dalam negeri sehingga kadar bunga menjadi sama – negara kecil Jika r < rf. maka modal akan mengalir keluar ke luar negeri sehingga kadar bunga menjadi sama – negara kecil Model Mundell-Fleming - andaian mobiliti modal sempurna memberi erti keluk BP adalah mendatar dan dapat digambarkan oleh persamaan berikut; r = rf
-
-
-
-
-
v
Aliran Modal Tak Sempurna
-
Modal/Aset dalam negeri dan luar negeri tidak pengganti sempurna. Perubahan di luar negara (seperti kadar bunga) tidak mempunyai pengaruh penuh ke atas ekonomi ini – negara besar. r ? rf.
-
18/02/2004
Kuliah 14
2
DASAR PENSTABILAN DI BAWAH ALIRAN MODAL ANTARABANGSA v
SISTEM KADAR PERTUKARAN BOLEH-UBAH
1.
Mobiliti Modal Tak Sempurna 1. Dasar Kewangan 2. Dasar Fiskal Mobiliti Modal Sempurna 1. Dasar Kewangan 2. Dasar Fiskal
2.
v
SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAP
1.
Mobiliti Modal Tak Sempurna 1. Dasar Kewangan 2. Dasar Fiskal Mobiliti Modal Sempurna 1. Dasar Kewangan 2. Dasar Fiskal
2.
18/02/2004
Kuliah 14
3
SISTEM KADAR PERTUKARAN BOLEH-UBAH MOBILITI MODAL TAK SEMPURNA DASAR KEWANGAN v v
v
v
Kenaikan stok wang dari M0 ke M1 menganjak keluk LM ke sebelah kanan dari LM(M0) ke LM(M1) dan mengalih titik keseimbangan dari E0 ke E1. Kerana titik E1 berada di sebelah kanan daripada keluk BP maka negara berkenaan mengalami imbangan pembayaran defisit. Kenapa? Pengembangan kewangan telah menyebabkan kejatuhan r dan kenaikan y. Kejatuhan r menyebabkan berlaku aliran keluar modal yang menjejaskan imbangan akaun modal dan kenaikan y menaikkan import yang menjejaskan imbangan akaun semasa » imbangan pembayaran defisit. Imbangan pembayaran defisit bererti permintaan terhadap matawang tempatan < penawaran matawang tempatan atau dengan kata lain permintaan matawang asing > penawarannya » harga matawang tempatan jatuh atau harga matawang asing atau kadar pertukaran naik. Kenaikan E menyebabkan harga eksport lebih murah pada pandangan asing lalu menaikkan permintaan eksport dan harga barang import menjadi mahal pada padangan penduduk tempatan lalu menurunkan import. Kenaikan eksport dan kejatuhan import ini bererti eksport bersih naik. Ini mengalih keluk IS ke kanan dari IS(E0) ke IS(E1) dan juga mengalih keluk BP ke kanan dari BP(E0) ke BP(E1). Titik keseimbagan baru adalah E2 yang berrerti tingkat pendapatan naik dari y0 ke y2.
18/02/2004
Kuliah 14
4
r
LM(Mo) LM(M1) BP(E0) E0
E2
r0 r2
BP(E1)
E1 r1
IS(E1) IS(E0) y y0
y1
y2
Mobiliti Modal Tak Sempurna: Kesan Pegembangan Kewangan Di Bawah Kadar Pertukaran Boleh-ubah 18/02/2004
Kuliah 14
5
DASAR PENSTABILAN DI BAWAH ALIRAN MODAL ANTARABANGSA DASAR FISKAL DI BAWAH KEANJALAN KELUK BP BERBEZA BP Landai (Anjal) Bererti; v
v
Aliran Modal Amat Peka Terhadap Perubahan Kadar Bunga – perubahan r yang sedikit sahaja sudah cukup untuk menhasilkan aliran modal yang banyak, dan Kecenderungan Mengimport Sut Kecil – kenaikan y menaikkan import dengan sedikit yang bererti pergerakan ke arah defisit akaun dagangan/semasa perlahan/lambat.
18/02/2004
Kuliah 14
6
SISTEM KADAR PERTUKARAN BOLEH-UBAH MOBILITI MODAL TAK SEMPURNA DASAR FISKAL – KELUK BP LANDAI v v
v
v
Fungsi BP yang landai bererti aliran modal adalah amat peka terhadap perubahan kadar bunga domestik dan kecenderungan mengimport sut adalah kecil. Kenaikan perbelanjaan kerajaan menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g0,E0) ke IS(g1,E0), mengalih titik keseimbangan dari E0 ke E1 » titik keseimbangan baru E1 berada di sebelah kiri daripada keluk BP yang bererti imbangan pembayaran lebihan. Pengembangan fiskal mnyebabkan r meningkat yang bererti berlaku aliran masuk modal dan kerana aliran modal amat peka terhadap perubahan r maka aliran masuk modal berlaku dengan besar yang bererti imbangan akaun modal meningkat dengan besar. Kita lihat juga pengembangan fiskal menyebabkan y naik, yang bererti permintaan untuk import juga naik. Ini menjatuhkan eksport bersih atau imbangan akaun semasa merosot.Tetapi kerana peningkatan imbangan akaun modal lebih besar daripada kemerosotan imbangan akaun semasa (kerana mpi kecil) maka imbangan pembayaran keseluruhannya mengalami lebihan. Imbangan pembayaran lebihan bererti permintaan terhadap matawang tempatan > penawarwannya yang menyebabkan harga matwang tempatan naik atau E jatuh. Kejatuhan E menyebabkan eksport menjadi mahal pada pandangan orang asing dan import lebih murah pada pandangan orang tempatan » ekport jatuh dan import naik. Ini bererti ekport bersih jatuh dan ini menganjak keluk IS ke kiri dari IS(g1,E0) ke IS(g1,E1) dan juga mengalih fungsi BP ke kiri dari BP(E0) ke BP(E1). Titik keseimbagan terakhir adalah di E2 dan tingkat pendaptan adalah di y2.
18/02/2004
Kuliah 14
7
r
LM E1 r1 E2
r2 r0
BP(E1) BP(E0)
E0 IS(g1,E0) IS(g1,E1) IS(g0,E0) y y0 y2
y1
Mobiliti Modal Tak Sempurna: Kesan Pegembangan Fiskal Di Bawah Kadar Pertukaran Boleh-ubah (Keluk BP Landai) 18/02/2004
Kuliah 14
8
SISTEM KADAR PERTUKARAN BOLEH-UBAH MOBILITI MODAL TAK SEMPURNA DASAR FISKAL – KELUK BP CURAM v v
v
v
Fungsi BP curam bererti aliran modal kurang peka terhadap perubahan kadar bunga domestik dan kecenderungan mengimport sut adalah besar. Bila pengembangan fiskal dilaksanakan maka keluk IS beranjak ke kanan dari IS(g0,E0) ke IS(g1,E0) dan keseimbangan baru tercapai di E1 dengan r dan y naik. Kenaikan r mendorong aliran masuk modal dan kenaikan y menaikkan import. Kerana aliran modal kurang peka terhadap perubahan kadar bunga dan kecenderungan mengimport sut besar maka kesan peningkatan imbangan akaun modal lebih kecil dari kesan kemerosotan imbangan akaun semasa. Jadi imbangan pembayaran keseluruhannya defisit. Imbangan pembayaran defisit bererti permintaan terhadap matawang tempatan < penawarannya yang menyebabkan harga matwang tempatan jatuh atau E naik. Kenaikan E menyebabkan eksport menjadi murah pada pandnagan orang asing dan import lebih mahal pada pandangan orang tempatan. Ini bererti ekport naik dan import jatuh. Ini bererti ekport bersih naik dan ini menganjak keluk IS ke kanan dari IS(g1,E0) ke IS(g1,E1) dan juga mengalih fungsi BP ke kanan dari BP(E0) ke BP(E1). Titik keseimbagan terakhir adalah di E2 dan tingkat pendaptan naik ke y2. Kadar bunga juga meningkat lebih tinggi ke r2.
18/02/2004
Kuliah 14
9
r BP(E0) BP(E1) r2 r1 r0
LM
E2 E0
E1 IS(g1,E1) IS(g1,E0) IS(g0,E0) y
y0
y1
y2
Mobiliti Modal Tak Sempurna: Kesan Pegembangan Fiskal Di Bawah Kadar Pertukaran Boleh-ubah (Keluk BP Curam) 18/02/2004
Kuliah 14
10
SISTEM KADAR PERTUKARAN BOLEH-UBAH MOBILITI MODAL SEMPURNA DASAR KEWANGAN v
v
v
Bila kerajaan menaikkan penawaran wang dari Mo ke M1 maka keluk LM beranjak dari LM(Mo) ke LM(M1). Ini menyebabkan kadar bunga dalam negeri jatuh buat sementara waktu dari ro ke r1. Ini menyebabkan aliran keluar modal berlaku. Ini bererti pelabur menjual aset di Malaysia yang bererti mereka menjual ringgit. Ini menyebabkan harga ringgit jatuh atau kadar petukaran meningkat. Kenaikan kadar pertukaran menyebabkan eksport Malaysia meningkat dan import jatuh yang bererti keluk IS beranjak ke kanan. Penjualan ringgit Malaysia terus berlaku sehingga keluk IS beranjak dari IS(Eo) ke IS(E1). Pada titik E1 kita perhatikan kadar bunga dalam negeri menjadi sama semula dengan kadar bunga luar negeri dan pendapatan meningkat ke y1. Dari analisis di atas kita perhatikan dasar kewangan adalah sangat berkesan di bawah sistem kadar pertukaran bolehubah dan mobiliti modal sempurna.
18/02/2004
Kuliah 14
11
r
LM(Mo ) LM(M1) E1
E0 rf= r0
BP IS(E1)
r1
IS(E0) y y0
y1
Mobiliti Modal Sempurna: Kesan Pegembangan Kewangan Di Bawah Kadar Pertukaran Boleh-ubah 18/02/2004
Kuliah 14
12
SISTEM KADAR PERTUKARAN BOLEH-UBAH MOBILITI MODAL SEMPURNA DASAR FISKAL v
v
v
Pengembangan fiskal (kenaikan perbelanjaan kerajaan) menyebabkan keluk IS beranjak ke kanan dari IS(go,E0) ke IS(g1,E0). Ini menyebabkan r meningkat dan seterusnya menyebabkan aliran masuk modal. Kenaikan aliran masuk modal bererti pelabur membeli asetaset yang didenominasikan dalam ringgit yang bererti pemintaan untuk ringgit meningkat. Ini menyebabkan harga ringgit meningkat atau kadar pertukaran jatuh. Ini menyebabkan eksport jatuh dan import meningkat yang seterusnya menyebabkan keluk IS beranjak ke kiri. Titik keseimbangan asal tercapai kembali bila keluk IS beranjak dari IS(g1,Eo) ke IS(g1, E 1) dan kadar bunga dalam negeri menjadi sama semula dengan kadar bunga luar negeri. Jadi di bawah kadar pertukaran boleh ubah dan mobiliti modal sempurna dasar fiskal tidak berkesan langsung.
18/02/2004
Kuliah 14
13
r
LM r1 E0 rf= r0
BP IS(g1,E0)
IS(g0,E0)=IS(g1,E1) y y0
y1
Mobiliti Modal Sempurna: Kesan Pegembangan Fiskal Di Bawah Kadar Pertukaran Boleh-ubah 18/02/2004
Kuliah 14
14
SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAP v v
v
v
v
Kadar pertukaran tidak boleh berubah. Jika berlaku kecenderungan untuk kadar pertukaran berubah kerajaan akan campurtangan dalam pasaran pertukaran asing. Jika berlaku lebihan permintaan matawang asing kerajaan akan jual mata wang asing. Jika berlaku lebihan penawaran matawang asing kerajaan akan beli matawang asing. Kesannya kecenderungan kadar pertukaran untuk berubah dihentikan.
18/02/2004
Kuliah 14
15
CAMPURTANGAN KERAJAAN DALAM PASARAN PERTUKARAN ASING DAN STERILISASI v v
v
Di bawah kadar pertukaran tetap pengembangan kewangan menyebabkan defisit imbangan pembayaran. Andaikan defisit ini adalah sebesar RM5 billion. Ini bererti terdapat lebihan permintaan terhadap pertukaran asing (matawang asing) sebesar RM5 bilion. Untuk mengekalkan kadar pertukaran tetap itu bank pusat mesti campurtangan Bank Negara Malaysia (BNM) menjual aset rizab asing (yang terdiri drp matawang asing, SDR’s dan emas) yang mana dibeli oleh pihak swasta. Tindakan ini mengurangkan asas wang (monetary base) Malaysia sebanyak RM5 bilion dan seterusnya mengurangkan penawaran wang sebanyak RM5 bilion. Dari segi proses penawaran wang yang telah dijelaskan dahulu, pembeli-pembeli aset-aset rizab daripada Bank Negara membayar dengan cek dan bila cek terjelas melalui Bank Ngara, rizab bank, iaitu satu komponen daripada asas wang jatuh sebanyak RM5 bilion. Untuk menimbalas kesan kejatuhan penawaran wang ini BNM boleh campurtangan melalui operasi pasaran terbuka supaya penawaran wang kembali ke tingkat asalnya - BNM membeli sekuriti kerajaan bernilai RM5 bilion dalam pasaran terbuka. Bila BNM membeli alat kewangan (financial instruments) seperti bon atau sekuriti kerajaan maka penawaran wang berkuasa-tinggi (high-powered money) yang dipegang oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai meningkat kerana Bank Negara membeli alat kewangan itu dengan wang, yang bererti BNM menambahkan wang dalam edaran. Tindakan BNM melalui operasi pasaran terbuka ini bererti Bank Negara menanduskan (sterilize) campurtangannya dalam pasaran pertukaran asing yang bererti BNM mengelakkan campurtangannya mempengaruhi asas wang domestik.
18/02/2004
Kuliah 14
16
SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAP MOBILITI MODAL TAK SEMPURNA DASAR KEWANGAN v
v
v
v
v
Kenaikan stok wang dari Mo ke M1 menganjak keluk LM dari LM(Mo) ke LM(M1) » titik keseimbangan beranjak dari Eo ke E1, menjatuhkan r dari ro ke r1 dan menaikkan y dari yo ke y1 » imbangan pembayaran menjadi defisit kerana titik E1 adalah berada di sebelah bawah daripada keluk BP. Kenapa? Ini kerana pengembangan kewangan menyebabkan y meningkat yang mana seterusnya menyebabkan import meningkat, dan menjatuhkan r yang mana seterusnya menyebabkan aliran keluar modal. Kenaikan import menyebabkan defisit akaun semasa dan kenaikan aliran keluar modal menyebabkan defisit akaun modal. Kalau pada permulaannya ekonomi berada dalam keseimbangan, pengembangan kewangan membawa kepada defisit imbangan pembayaran dan ini boleh menimbulkan konflik di antara matlamat-matlamat dasar domestik dengan keseimbangan luaran. Jika pada titik Eo, tingkat pendapatan yo adalah terlampau rendah berbanding dengan tingkat pendapatan yang bersesuaian dengan gunatenaga penuh maka pergerakan ke arah titik E1 dan kenaikan y ke y1 adalah lebih baik dari segi pencapaian matlamat domestik. Tetapi pada titik E1 berlaku defisit imbangan pembayaran, . Jika kerajaan tidak campurtangan maka nilai matawang tempatan akan jatuh atau E meningkat. Untuk mengelakkan ini kerajaan menjual matawang asing dan ini menyebabkan rizab dan asas wang jatuh. Ini seterusnya mengurangkan penawaran wang, digambarkan oleh anjakan ke kiri keluk LM dari LM(M1) ke LM(M2). Kalau ini berterusan keseimbangan asal E0 tercapai kembali. Jadi di bawah sistem kadar pertukaran tetap defisit imbangan pembayaran boleh membawa kepupusan rizab. Jika negara ini mempunyai rizab pertukaran asing yang terhad maka keadaan sedemikian tidak akan dapat dipertahankan selama-lamanya. Rizab boleh pupus jika defisit itu dibiarkan berpanjangan.
18/02/2004
Kuliah 14
17
r LM(Mo)= LM(M2) BP E0
LM(M1)
r0 E1 r1 IS
y1
y0
y
Mobiliti Modal Tak Sempurna: Kesan Pegembangan Kewangan Di Bawah Kadar Pertukaran Tetap 18/02/2004
Kuliah 14
18
SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAP MOBILITI MODAL TAK SEMPURNA DASAR FISKAL – KELUK BP LANDAI v
v
v
Bila perbelanjaan kerajaan (g) meningkat dari go ke g1 maka keluk IS beranjak dari IS(g o) ke IS(g 1). Titik keseimbangan beranjak dari Eo ke E1, menaikkan kadar bunga dari ro ke r1 dan pendapatan dari yo ke y1. Jika keluk BP lebih landai daripada keluk LM maka kita lihat titik keseimbangan baru, E1 terletak di sebelah atas daripada keluk BP, yang bererti negara mengalami imbangan pembayaran lebihan. Kenapa? Dalam Rajah tersebut, digambarkan keluk BP lebih landai daripada keluk LM. Keluk BP yang landai bererti aliran masuk modal amat peka terhadap perubahan kadar bunga dalam negeri dan kecenderungan mengimport sut lebih kecil. Kepekaan atau keanjalan aliran modal yang tinggi terhadap kadar bunga dalam negeri menyebabkan lebihan akaun modal yang besar berbanding dengan defisit akaun semasa yang kecil kerana kecenderungan mengimport sut yang kecil. Jadi kesan bersihnya menyebabkan imbangan pembayaran berada dalam lebihan. Imbangan pembayaran lebihan bererti permintaan ringgit > penawaran ringgit. Kalau dibiarkan maka harga ringgit meningkat dan E jatuh. Untuk mengelak ini berlaku kerana negara mengamalkan kadar pertukaran tetap maka bank pusat perlu membeli matawang asing yang berlebihan di pasaran. Jadi rizab dan seterusnya asas wang meningkat. Ini menyebabkan penawaran wang meningkat digambarkan oleh anjakan ke kanan keluk LM dari LM(M0) ke LM(M1). Jadi keseimbangan baru tercapai di E2 dengan kadar bunga r2 dan pendapatan yang lebih tinggi y2.
18/02/2004
Kuliah 14
19
r LM(M0) LM(M1) E1 r1
BP
r2
E2 E0
ISo(g1)
r0
ISo(g0) y y1 y2 y0 Mobiliti Modal Tak Sempurna: Kesan Pegembangan Fiskal Di Bawah Kadar Pertukaran Tetap (Keluk BP Landai)
18/02/2004
Kuliah 14
20
SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAP MOBILITI MODAL TAK SEMPURNA DASAR FISKAL – KELUK BP CURAM v
v
v
Pengembangan fiskal menyebabkan r dan y meningkat. Kenaikan r menyebabkan berlaku aliran masuk modal. Kalau dahulu akaun modal berada dalam keseimbangan ini bererti kemasukan modal menyebabkan akaun modal mengalami lebihan. Kenaikan y pula menyebabkan permintaan untuk import meningkat. Kalau sebelum pengembangan fiskal akaun semasa dalam keadaan seimbang maka pengembangan fiskal yang menyebabkan pendapatan negara naik yang mana menyebabkan import menignkat akan membawa akaun semasa ke dalam keadaan defisit - menyebabkan titik persilangan di antara keluk-keluk IS dan LM berada di sebelah kanan daripada keluk BP. Keluk BP yang cerun bererti aliran masuk modal kurang peka terhadap perubahan r dan kecenderungan mengimport sut (mpi) lebih besar. Kepekaan atau keanjalan aliran modal yang rendah terhadap r menyebabkan lebihan akaun modal yang kecil berbanding dengan defisit akaun semasa yang besar kerana mpi yang besar. Jadi kesan bersihnya menyebabkan imbangan pembayaran berada dalam defisit. Defisit imbangan pembayaran bererti permintaan ringgit < penawaran ringgit. Kalau kerajaan tak campur tangan maka nilai ringgit akan jatuh dan E naik. Jadi kerajaan akan menjual matawang asing yang seterusnya menyebabkan penawaran wang berkurangan digambarkan oleh anjakan ke kiri LM dari LM(M0) ke LM(M1). Titik keseimbangan baru tercapai di E2 dengan kadar bunga lebih tinggi r2 dan tingkat pendapatan lebih rendah y2.
18/02/2004
Kuliah 14
21
r
BP LM(M1) LM(M0) E2 E1
r2 r1
ISo(g1)
E0 r0
ISo(g0) y0
y2
y1
y
Mobiliti Modal Tak Sempurna: Kesan Pegembangan Fiskal Di Bawah Kadar Pertukaran Tetap (Keluk BP Curam)
18/02/2004
Kuliah 14
22
SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAP MOBILITI MODAL SEMPURNA DASAR KEWANGAN v
v
v
v
Pengembangan kewangan menganjak keluk LM dari LM(Mo) ke LM(M1) » r jatuh buat sementara waktu dari ro ke r1 menjadikan r < rf » berlaku aliran keluar modal secara besar-besaran. Ini bererti pelabur-pelabur menjual aset Malaysia yang bererti mereka juga menjual ringgit. Dalam kes ini Bank Negara tidak boleh mengembalikan keseimbangan melalui penandusan campurtangan dalam pasaran pertukaran asing (sterlized intervention in the foreign exchange market). Kerana aliran keluar modal yang besar akan berterusan selagi r < rf maka penandusan campurtangan (sterilized intervention) akan menyebabkan Bank Negara mengalami kepupusan pegangan aset rizab asing. Jadi untuk mengembalikan keseimbangan Bank Negara akan membiarkan campurtangan itu mengurangkan penawaran wang. Penawaran wang jatuh sehingga keluk LM beanjak ke tepat asalnya, iaitu LM(Mo) pada titik Eo, kadar bunga dalam negeri kembali menjadi sama dengan kadar bunga luar negeri dan aliran keluar modal dan kejatuhan penawaran wang berhenti. Jadi kerana penawaran wang dan pendapatan kembali ke tingkat asalnya maka kita boleh katakan dasar kewangan tidak berkesan langsung di bawah kadar pertukaran tetap bila mobiliti modal adalah sempurna.
18/02/2004
Kuliah 14
23
r LM(Mo ) LM(M1)
E0 rf= r 0
BP
r1 IS
y y0 Mobiliti Modal Sempurna: Kesan Pengembangan Kewangan Di Bawah Kadar Pertukaran Tetap 18/02/2004
Kuliah 14
24
SISTEM KADAR PERTUKARAN TETAP MOBILITI MODAL SEMPURNA DASAR FISKAL v
v
v
Pengembangan fiskal menaikkan dari go ke g1 » menganjak keluk IS dari IS(go) ke IS(g1) » r meningkat menjadikan r > rf. Ini menaikkan aliran masuk modal yang bererti permintaan terhadap ringgit meningkat dan jika dibiarkan E boleh jatuh. Untuk mengelak E jatuh, kerajaan campurtangan dalam pasaran pertukaran asing dengan membeli matawang asing dengan ringgit. Ini menyebabkan penawaran wang Malaysia meningkat. Bank Negara terpaksa membeli matawang asing sehinggalah penawaran wang meningkat dan menganjak keluk LM dari LM(Mo) ke LM(M1), iaitu ketika r menjadi sama kembali dengan rf pada titik E1. Ini bererti kenaikan endogen penawaran wang ini mengukuhkan lagi kesan pengembangan fiskal terhadap output yang meningkat dari yo ke y1, bukan hanya setakat ke y’1. Jadi di bawah sistem kadar pertukaran tetap, dengan mobiliti modal sempurna, pengembangan fiskal adalah amat berkesan kerana tidak terdapat kenaikan kadar bunga yang bererti tidak berlaku asakan keluar pebelanjaan sektor swasta.
18/02/2004
Kuliah 14
25
r
LM(Mo) LM(M1)
r1 rf= r0
E1
E0
BP ISo(g1) ISo(g0) y0
y’1
y1
y
Mobiliti Modal Sempurna: Kesan Pegembangan Fiskal Di Bawah Kadar Pertukaran Tetap
18/02/2004
Kuliah 14
26
DASAR PENSTABILAN DI BAWAH ALIRAN MODAL ANTARABANGSA v
v
v
v
RUMUSAN Dasar Kewangan di Bawah Kadar Pertukaran Bolehubah Semakin anjal aliran modal terhadap perubahan kadar bunga (semakin landai keluk BP) maka semakin berkesan dasar kewangan di bawah kadar pertukaran bolehubah. Dasar Kewangan di Bawah Kadar Pertukaran Tetap Semakin anjal aliran modal terhadap perubahan kadar bunga (semakin landai keluk BP) maka semakin kurang berkesan dasar kewangan di bawah kadar pertukaran tetap. Dasar Fiskal di Bawah Kadar Pertukaran Bolehubah Semakin anjal aliran modal terhadap perubahan kadar bunga (semakin landai keluk BP) maka semakin kurang berkesan dasar fiskal di bawah kadar pertukaran bolehubah. Dasar Fiskal Di Bawah Kadar Pertukaran Tetap Semakin anjal aliran modal terhadap perubahan kadar bunga (semakin landai keluk BP) maka semakin berkesan dasar fiskal di bawah kadar pertukaran tetap.
18/02/2004
Kuliah 14
27
SEKIAN TERIMA KASIH 18/02/2004
Kuliah 14
28