SAHAM KEUTAMAAN: ANTARA HUTANG & EKUITI DR. NURDIN NGADIMON PENGURUS BESAR & KETUA JABATAN SHARIAH, PASARAN MODAL ISLAM SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA (SC)
© Securities Commission
DEFINISI SAHAM
Saham adalah sekuriti yang melambangkan pemilikan terhadap sesuatu perniagaan. Pemegang-pemegang saham adalah pemilik kepada sesuatu perniagaan. Mereka berkongsi terhadap kejayaan atau kegagalan perniagaan tersebut. Kejayaan sesuatu perniagaan boleh diukur melalui jumlah dividen yang diperolehi oleh pemegang-pemegang saham dan juga harga saham sesuatu syarikat yang disebut harga di dalam pasaran saham. © Securities Commission
2
2
KATEGORI SAHAM 1) Saham Biasa Saham yang memberikan hak kepada pemegang-pemegangnya terhadap pemilikan syarikat, dividen, hak mengundi dalam mesyuarat agung, memilih dan memecat ahli lembaga pengarah. Pemilikan ini juga termasuk penanggungan kerugian dalam pelaburan jika syarikat mengalami kerugian.
2) Saham Keutamaan Saham keutamaan adalah antara instrumen kacukan (hybrid), yang menggabungkan ciri ekuiti dan hutang dalam pasaran modal. Ia berbentuk ekuiti kacukan, yang membolehkan pemegangya menerima dividen tetap yang tidak dinikmati oleh pemegang saham biasa. Biasanya dividen tetap ini digambarkan sebagai peratusan daripada nilai nominal saham. Saham jenis ini tidak memberikan kepada pemegangnya hak untuk mengundi pada mesyuarat agung atau sebarang hak untuk menyertai melebihi apa yang telah dinyatakan amaunnya atas sebarang pengagihan syarikat sama ada melalui dividen atau penebusan, pembubaran atau sebaliknya. © Securities Commission
3
PERBEZAAN ANTARA SAHAM BIASA & SAHAM KEUTAMAAN Ciri-ciri Kadar dividen
Saham Biasa Tidak tetap bergantung kepada keuntungan syarikat. Pembayaran Diterima selepas pembayaran dividen kepada pemegang saham keutamaan. Hak mengundi dan Mempunyai hak mengundi dan mengawal syarikat berpeluang mengawal syarikat. Tuntutan atas aset Tuntutan hanya boleh dibuat syarikat ketika selepas tuntutan pemegang saham pembubaran keutamaan.
Saham Keutamaan Tetap. Dibayar dahulu sebelum pemegang saham biasa. Tiada hak mengundi dan tidak berpeluang mengawal syarikat. -Modal akan dikembalikan kepada pemegang saham.
-Diberi keutamaan sebelum tuntutan pemegang saham biasa. Tunggakan dividen Pemegang saham biasa tidak Pemegang saham keutamaan berhak berhak ke atas dividen tahun-tahun menerima dividen tertunggak. (untuk saham lepas yang tidak dibayar oleh keutamaan kumulatif sahaja) syarikat. Waktu penerbitan Ketika penubuhan syarikat. Ketika syarikat sudah beroperasi. (keputusan dibuat melalui AGM atau EGM dengan persetujuan pemegang saham sedia ada)
© Securities Commission
4
PERBANDINGAN ANTARA SEKURITI HUTANG, SAHAM KEUTAMAAN DAN SAHAM BIASA
Kadar pulangan
Sekuriti Hutang Tetap
Saham Keutamaan Tetap
Saham Biasa Tidak tetap
Lebihan keuntungan
Tidak boleh dituntut
Tidak boleh dituntut
Boleh dituntut
Hak ke atas pembubaran aset syarikat
Ada
Selepas pemegang sekuriti hutang
Tiada
Perlakuan perakaunan (penerbit)
Liabiliti
Ekuiti
Ekuiti
Hak mengundi Kegagalan pembayaran pulangan
Tiada Memudaratkan syarikat
Terhad Tidak memudaratkan syarikat
Ada Tidak memudaratkan syarikat
Potongan cukai(penerbit) ke atas bayaran pulangan
Boleh
Tidak boleh
Tidak boleh
Tempoh langganan
Dari awal hutang dilanggan/diberi sehingga tempoh pembayaran hutang itu habis mengikut tarikh yang ditetapkan
Dari awal langganan sehingga tarikh boleh tebus yang ditetapkan atau penukaran kepada saham biasa atau selagi saham dipegang oleh pemilik saham
Dari awal langganan dan selagi saham biasa masih dipegang oleh pemilik saham
© Securities Commission
5
BENTUK-BENTUK SAHAM KEUTAMAAN (1) Saham keutamaan boleh tebus (redeemable) Syarikat penerbit wajib membeli semula saham-saham utama ini sepanjang tempoh pembiayaan dengan membuat pembayaran balik kepada pelabur. (2) Saham keutamaan penyertaan (participating) Pemegang saham memiliki hak khusus kepada pembahagian keuntungan selain daripada dividen tetap. Perkongsian keuntungan ini tidak tetap dan bergantung kepada prestasi tahunan syarikat penerbit. (3) Saham keutamaan kumulatif (cumulative) Dividen yang tidak dibayar kepada pemegang saham akan dikumpulkan pada tahun-tahun akan datang.
©
(4) Saham keutamaan boleh tukar (convertible) Saham ini boleh ditukarkan kepada saham biasa oleh pelabur pada masa akan datang sebelum tarikh matang. Sekiranya ketika matang, semua atau baki masih tidak ditukar, maka syarikat penerbit akan menebus balik dengan membayar nilai nominal atau menukar status saham kepada bentuk yang dipersetujui. Securities Commission 6
BENTUK-BENTUK SAHAM KEUTAMAAN
(5) Saham keutamaan kadar menaik (increasing rate) Saham ini memberi peluang kepada pemegangnya untuk memperoleh dividen mengikut tahap pasaran normal pada satu jangka masa tertentu.
(6) Saham keutamaan kekal/tidak boleh tebus (perpetual/irredeemable) Ciri kekal bermakna ia tiada tempoh matang atau jangka masa pembiayaan tertentu.
(7) Saham keutamaan bukan kumulatif (non-cumulative) Ciri bukan kumulatif bermakna tiada jaminan pulangan dividen pada masa hadapan dan syarikat penerbit tidak memiliki obligasi kontrak untuk menjelaskannya.
© Securities Commission
7
SITUASI MEMBAWA KEPADA PENERBITAN SAHAM KEUTAMAAN Syarikat memerlukan dana untuk mengembangkan aktiviti-aktiviti perniagaan termasuk mengembangkan perniagaan melalui pemilikan yang melaluinya, sesuatu syarikat boleh menambah produktiviti dan seterusnya menambahkan keuntungan. Syarikat memerlukan dana untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaan.
Syarikat memerlukan dana untuk pembiayaan semula pinjaman/hutang sedia ada syarikat yang boleh mengurangkan beban yang ditanggung melalui hutang seterusnya meningkatkan keuntungan. Syarikat memerlukan dana untuk menampung perbelanjaan modal (capital expenditure), modal kerja (working capital), pembayaran hutang, kos-kos syarikat dan lain-lain.
Syarikat memerlukan dana tetapi tidak mahu menambah jumlah liabiliti sedia ada, dan mahu mempunyai pilihan dalam pembayaran dividen dan mengekalkan struktur pemilikan dan kuasa mengundi pemegang saham sedia ada. © Securities Commission
8
KELEBIHAN SAHAM KEUTAMAAN
DARI PERSPEKTIF SYARIKAT PENERBIT
DARI PERSPEKTIF PELABUR
1) Syarikat boleh menetapkan kos pembiayaannya dan menyimpan lebihan keuntungan untuk diagihkan kepada pemegang-pemegang saham biasa.
1) Mendapat jaminan pulangan dan pendapatan yang stabil.
2) Syarikat berupaya mengelak daripada masalah tuntutan dan dakwaan daripada pelabur sekiranya pelabur memperolehi keuntungan yang rendah atau mengalami kerugian yang tidak mengizinkan mereka membayar pulangan dividen tetap. 3) Syarikat tidak perlu berkongsi pegangan dan kawalan pengurusan dengan pelabur-pelabur saham utama. © Securities Commission
-Namun, pulangan kepada pelabur terhad kecuali saham utama yang berbentuk participating (penyertaan) dan increasing rate (kadar menaik).
2) Mendapat keutamaan selepas pemegang sekuriti hutang, hak ke atas aset-aset syarikat apabila berlaku pembubaran -Dalam saham utama non-cumulative (bukan kamulatif), pelabur tidak mempunyai hak ke atas dividen yang tidak dibayar.
9
KEPUTUSAN MPS SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Majlis Penasihat Syariah (MPS), dalam mesyuaratnya yang ke-20 pada 14 Julai 1999, telah memutuskan bahawa saham keutamaan asas (bukan kumulatif) adalah diharuskan berasaskan kepada prinsip tanazul.
Berasaskan persetujuan pengguguran hak, hak keuntungan pemegang saham biasa diberikan dengan reda oleh pemegang saham biasa kepada pemegang saham keutamaan. Persetujuan untuk pengguguran ini diperolehi dalam mesyuarat agung tahunan sesebuah syarikat yang memutuskan untuk menerbitkan saham keutamaan sebagai usaha mendapatkan modal baru. Oleh kerana mesyuarat telah mepersetujui untuk menerbitkan saham keutamaan, bermakna pemegang saham biasa telah bersetuju untuk mendahulukan pemegang saham keutamaan dalam pembahagian keuntungan melalui prinsip pengguguran hak. Pengguguran hak dalam konteks saham keutamaan bermaksud menyerahkan hak yang sepatutnya diterima dalam pembahagian keuntungan berasaskan kepada prinsip perkongsian, dengan mendahulukan pembahagian untung kepada pemegang saham keutamaan terlebih dahulu. © Securities Commission
10
ISU-ISU SHARIAH BERKAITAN SAHAM KEUTAMAAN
1) Adakah pemegang saham keutamaan diberi pulangan dividen yang tetap atau jaminan pulangan modal yang mengandungi unsur riba? Kenyataan ini tidak tepat khususnya bagi saham keutamaan yang bersifat tidak kumulatif kerana dividen dibayar bergantung kepada keupayaan syarikat membuat keuntungan. Ini bermakna ketentuan untuk memperoleh dividen bergantung kepada prestasi syarikat. Ini berbeza dengan sifat bon yang telah ditentukan bunganya yang mesti dibayar kepada pemiutang.
© Securities Commission
11
ISU-ISU SHARIAH BERKAITAN SAHAM KEUTAMAAN (SAMB…) 2) Adakah ketidakadilan berlaku kerana pemegang saham keutamaan diberi keistimewaan lebih berbanding pemegang saham yang lain? a) Apabila syarikat mendapat keuntungan, pemegang saham keutamaan diberikan keutamaan berbanding pemegang saham biasa. Hak keuntungan pemegang saham biasa diberikan dengan redha oleh pemegang saham biasa kepada pemegang saham keutamaan. Persetujuan keutamaan pemberian dividen ini diperolehi dalam mesyuarat agung tahunan sesebuah syarikat yang memutuskan untuk menerbitkan saham keutamaan sebagai usaha mendapatkan modal baru. Oleh kerana mesyuarat ini bersetuju untuk menerbitkan saham keutamaan, bermakna pemegang saham biasa telah bersetuju untuk memberikan keutamaan kepada pemegang saham keutamaan mengikut bentuk saham keutamaan yang akan diterbitkan.
© Securities Commission
12
ISU-ISU SHARIAH BERKAITAN SAHAM KEUTAMAAN (SAMB…)
b) Apabila berlaku pembubaran syarikat, pemegang saham keutamaan akan mendapat bahagian harta syarikat selepas pemiutang syarikat mendapat bahagian masing-masing. Pemegang saham keutamaan akan mendapat bahagian mereka dahulu berbanding saham biasa. Ini berasaskan kepada ranking(kedudukan) jenis alat-alat kewangan yang mempunyai pelbagai objektif dan ciri-ciri untuk memenuhi keperluan penerbit alat kewangan dan pelabur. c) Ketidakadilan juga dikatakan berlaku apabila pemegang saham keutamaan tidak diberi hak bersuara berbanding pemegang saham biasa yang mempunyai hak tersebut. Pada hakikatnya pelabur menyertai saham keutamaan dan saham biasa adalah atas keredhaannya sendiri.
© Securities Commission
13
TERIMA KASIH
WASSALAM
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 3 Persiaran Bukit Kiara 50490 Kuala Lumpur Malaysia www.sc.com.my
© Securities Commission Malaysia
14