Qurban Care For Ummah 2016 Anjuran
Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah
ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0 Pengenalan
3
1.1 Latar Belakang
3
1.2 Objektif QC4U
4
1.3 Struktur Organisasi
5
1.4 Tentatif Program
6
1.5 Jumlah Peserta
7
2.0 Minit Laporan
8
3.0 Evaluasi Peserta
11
4.0 Laporan Kewangan
13
5.0 Penutup
14
6.0 Lampiran
15
2|
1.0 PENGENALAN 1.1 LATAR BELAKANG PERKARA
PENERANGAN
Nama Program
Qurban Care For Ummah
Sasaran peserta
500 hadirin termasuk 197 orang sukarelawan YDKMM dan penerima korban
Konsep
Kesukarelawanan dan kemasyarakatan
Tarikh
11 – 12 Sept 2016 bersamaan 10 - 11 Zulhijjah 1437H
Lokasi
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Kerjasama
VVIP
1. Syarikat Muslim Agrofarm (MagFa) 2. Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur 1. Yang Dipertua Persekutuan Seruan Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan ( JAM’IYAH) & Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Tuan Hj Zakariah bin Isa 2. Chief Risk Officer Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank), Tuan Hj Zulkefli bin Samat 3. Head Patisserie Chef Berjaya University College of Hospitality & Founder of My Cake Zone, Cheff Roizziddin Razalli 4. Digital Web Consultant Designermatic Sdn Bhd, Mr Sam Haider 5. Wakil Masjid Amaniyah, Ustaz Izuan 6. Founder dan YDP Warga Kilang, Encik Mohd Warikh 7. Ikon YDKMM, Dai’e Izzhar Nazri
3|
1.2 OBJEKTIF PROGRAM 1. Memperkenalkan masyarakat tentang sistem pengurusan qurban yang lebih efisien, bersih dan memberi impak maksima kepada masyarakat; 2. Menjadi platform kepada masyarakat Malaysia untuk tetap terus bersedekah dan memberi manfaat serta nilai sedekah kepada orang yang memerlukan ke seluruh pelosok dunia; 3. Mendidik masyarakat tentang nilai pengorbanan terhadap keinginan diri sendiri dengan lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding diri sendiri; 4. Memberikan pendedahan secara praktikal kepada mahasiswa dan penduduk setempat mengenai nilai pengajaran Hari Raya Qurban dari Al-Quran.
4|
1.3 CARTA ORGANISASI QC4U 2016 PENGARAH Faiz Aydil Ahmad
SETIAUSAHA Muhammad Nuraiman Achim Universiti Putra Malaysia Sains Pertanian
PEN. SETIAUSAHA Siti Rohaida Rahman Jururawat U29 Hospital Kuala Lumpur
BENDAHARI Syarifah Nadia Najihah Syed Ab Aziz Universiti Putra Malaysia Bachelor Sains Dgn Pendidikan Major Kimia
ADMIN MODUL Maliana Musa Pengurus Muslim Aqrofarm
P&P Wan Amirul Hakim Wan Yuhainis Universiti Tenaga Nasional Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
TEMPAT
LOGISTIK
Muhammad Faiz Fodzi Universiti Putra Malaysia Sains Pertanian
Siti Syahirah Sabri Universiti Teknologi Petronas Kejuruteraan Kimia
DANA & TAJAAN Siti Nabihah Zakaria Universiti Malaya Bioinformatik
MAKANAN Nurul Athira Mohd Affandi Universiti Putra Malaysia Master Pengembangan Pertanian
5|
Muhammad Ashraf Mohamad Hamil Universiti Teknologi Petronas Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Farah Auni Ibrahim Akhibi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Undang-undang
PENGANGKUTAN Siti Masrifah Mohd Halim Universiti Sains Malaysia Sains Kesihatan dan Pekerjaan
CENDERAHATI & PROTOKOL Sittilin Salleh Universiti Malaysia Sabah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
1.4 TENTATIF PROGRAM 10 Zulhiijah 1437H (11 Sept 2016) 1800 2000 2130
Sukarelawan berkumpul Penerangan Perjalanan Program QC4U Sesi Ramah Mesra bersama Penasihat YDKMM
11 Zulhijjah 1437H (12 Sept 2016) 0830 0930 1200 1330 1400 1600 1800
Solat Hari Raya Aidiadha Mula Penyembelihan Qurban/ Rewang/ Memasak Pengagihan Daging Qurban Solat Zohor Makan tengahari Kendiri Persediaan Majlis Apresiasi PROTOKOL MULA
1945
Kehadiran Jemputan
2030
Kehadiran Tuan Hj Zakariah bin Isa, YDP Persekutuan Seruan Islam Selangor & Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) & VVIP
2100 2145 2300
Persembahan Anwar Afiq Majlis Apresiasi Sukarelawan YDKMM Bersurai PROTOKOL TAMAT
6|
1.5 PENYERTAAN Seramai 197 orang sukarelawan YDKMM yang juga melibatkan pelajar IPTA/IPTS dari: i.
International Education College
ii.
Mahsa College
iii.
UiTM Shah Alam
iv.
UiTM Sungai Buloh
v.
UiTM Dengkil
vi.
UniKL MIAT
vii.
UniKL MIMET
viii.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
ix.
Universiti Kebangsaan Malaysia
x.
Universiti Malaya
xi.
Universiti Putra Malaysia
xii.
Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
xiii.
Universiti Teknologi Petronas
xiv.
Universiti Tenaga Nasional
7|
2.0 MINIT LAPORAN Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) dengan usahasama Muslim Agrofarm (MAgFa) serta Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan program Qurban Care For Ummah (QC4U) untuk julungjulung kalinya pada 11 dan 12 September 2016 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program QC4U ini telah dijalankan di empat buah negara secara serentak iaitu di Malaysia, Indonesia, Mesir dan New Zealand sempena Hari Raya Aidiladha. Para sukarelawan yang hadir merupakan mahasiswa dari 14 buah institut pengajian tinggi awam dan swasta, dan juga golongan professional yang terdiri daripada doktor perubatan, pegawai farmasi, jurutera, usahawan, dan juga akauntan.
Kebanyakan
mereka telah bergiat
aktif dalam kerja-kerja
kesukarelawanan bersama YDKMM sejak zaman belajar lagi.
. Program QC4U berjaya mengumpulkan seramai 197 sukarelawan dan berakhir dengan jayanya di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 8|
Sebanyak 67 ekor kambing dan 6 ekor lembu telah diqurbankan, yang mana 40 ekor kambing yang diqurbankan di Indonesia diproses dan ditinkan menjadi 1000 tin manakala 5 ekor lembu yang diqurbankan di Malaysia telah diedarkan kepada penduduk-penduduk sekitar masjid dan 5 buah rumah anak-anak yatim sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta digunakan untuk Jamuan Makan Malam Amal semasa Majis Apresiasi Sukarelawan YDKMM. 1000 tin daging kambing yang ditinkan akan diedarkan ke kawasan terpencil di Turki, Syria, China, Borneo dan Jawa Barat Indonesia. Hasil teknologi yang akan digunakan, dapat membuatkan daging korban ini bertahan selama 3 tahun dan boleh terus dimakan selepas dibuka. Hal ini dapat menambah nilai daging korban dan mendidik masyarakat untuk mengutamakan golongan yang lebih memerlukan selain turut sama mendidik masyarakat erti nilai pengorbanan.
Gambar tin Qurban-Pro bagi pengetinan kambing.
Sepanjang 2 hari 1 malam, sukarelawan berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan program secara keseluruhan bermula dari awal penyembelihan hingga ke pengagihan daging serta rewang untuk Makan Malam Amal.
9|
Program QC4U serta Makan Malam Amal YDKMM telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj Zakariah bin Isa, Yang Dipertua Persekutuan Seruan Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYAH) sekaligus merasmikan pelancaran produk pengetinan Qurban-Pro dan ‘Box of Happiness’. Hadir sama, Yang Berusaha Tuan Hj Zulkefli bin Samat, Chief Risk Officer Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank), Tuan Hj Dr Mohd Hizul Azri bin Hj Md Noor sendiri selaku Penasihat YDKMM, Encik Mohd Syafiq bin Zainal selaku Pengerusi YDKMM, Encik Ahmad Izzhar bin Ahmad Nazri, Duta YDKMM dan Encik Anwar Afiq yang mengacara Majlis Perasmian Makan Malam Amal YDKMM. Beberapa anugerah telah disampaikan dalam majlis ini, antaranya adalah Anugerah Khas Tokoh Teladan YDKMM yang telah dimenangi oleh Tuan Hj Dr Hizul Azri bin Hj Md Noor. Selain itu anugerah Tokoh Sukarelawan Terbaik, Anugerah Tokoh Sukarelawan Muda Terbaik, Anugerah Tokoh Sukarelawan Akademik Terbaik, Anugerah Tokoh Rumahtangga Terbaik dan Anugerah Tokoh Syarikat Sosial, Ekonomi dan Motivasi Sukarelawan Terbaik turut disampaikan. Anugerah-anugerah ini disampaikan bagi menghargai usaha gigih sukarelawan yang tidak mengenal jemu dalam memberikan khidmat terbaik sekaligus menaikkan lagi semangat sukarelawan untuk terus berbuat demi kemaslahatan ummah. Memetik kata-kata Tuan Hj Zakariah semasa ucapan beliau dalam Majis Makan Malam Amal YDKMM, katanya, “saya nampak yayasan ini berpotensi untuk ke depan, memang dah ke depan sampai ke luar negara barangkali akan menakluk dunia. Akan menguasai ekonomi bukan sahaja Malaysia tapi ke peringkat antarabangsa dengan kegigihan barisan kepimpinan yang muda-muda belaka.” Hal ini menyuntik lagi semangat para sukarelawan serta warga QC4U yang bernaung di bawah YDKMM untuk terus bergiat aktif dan menggembleng tenaga hingga ke akhirnya demi menyahut seruan beliau yang juga merupakan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Harapan penganjur untuk menjadikan QC4U serta projek pengetinan daging (Qurban-Pro) ini berterusan sepanjang tahun dalam usaha memberi makan kepada golongan yang memerlukan dan dapat memberi impak maksima kepada seluruh manusia di dunia.
10 |
3.0 TESTIMONI PESERTA “Saya amat bersyukur kerana dapat bersama dengan yayasan ini. Saya melihat keseluruhan aktiviti-aktiviti amal yang telah dilakukan oleh yayasan amat membanggakan dan berkesan untuk perubahan generasi akan datang.” (Tuan Hj Zakariah bin Isa, Yang Dipertua Persekutuan Seruan Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan ( JAM’IYAH)) “Alhamdulillah, program QC4U kali ini sedikit sebanyak memberi impak yang luar biasa kepada masyarakat, terutamanya kepada mereka yang turut bersama menyumbang untuk program kali ini baik dari segi dana infaq mahupun yang bersama-sama dengan kami untuk berqurban dan juga buat masyarakat sekitar Masjid Wilayah Persekutuan. Apa yang paling membanggakan ialah kejayaan program QC4U kali ini dalam mengetinkan daging qurban untuk di hantar ke tempat-tempat yang memerlukan. Semoga ahli jawatankuasa akan meneruskan lagi usaha baik ini untuk tahun-tahun yang seterusnya, insyaAlah”
` (Faiz Aydil Ahmad, Pengarah QC4U)
” Alhamdulillah, ini adalah program qurban terbaik yang pernah saya sertai. Ia mendidik saya untuk turun padang membantu masyarakat setempat dalam urusan qurban. Pembahagian kumpulan yang teratur memupuk sikap tolong-menolong dan ringan tulang. Ini juga merupakan platform bagi kami yang bernaung di bawah YDKMM untuk saling berbahagi rasa dan bahagia atas faktor jarak. Saya berharap program qurban ini dapat disebarluas kepada para pemuda untuk memahami konsep pengurusan qurban yang lebih baik terutama projek pengetinan daging qurban” (Noor Adibah Abdullah Juwaeni, Pengarah Pemasaran Asian & Western Fusion Restaurant)
11 |
”QC4U memberi saya satu pengalaman yang saya tak dapat di tempat lain. Di sini saya berkesempatan untuk melapah dan memotong daging korban. Ya lah, golongan perempuan jarang sekali berkesempatan untuk melapah daging. Berkonsepkan "Qurban Care for Ummah" meningkatkan lagi kesedaran erti hidup ini pada yang memberi. Selain salah satu ibadah, ia merupakan aktiviti yang memupuk semangat kerjasama dan kesukarelawanan sesama kami. Moga QC4U akan diteruskan untuk tahun hadapan dengan konsep yang lebih mantap” (Zuraidah Idris, Pegawai Farmasi U41 Klinik Kesihatan Taman Medan, PJ)
“Pertama kali dalam sejarah hidup saya menghadiri program qurban luarbiasa ini! Kenapa saya kata luarbiasa kerana target sasaran pengagihan qurban QC4U sangat tepat kepada yang lebih memerlukan selain dapat mengurangkan risiko pembaziran kerana superqurban iaitu branding pengetinan qurban yang sangat efisien dan tahan lama. Tambahan pula sukarelawan YDKMM ataupun YOSH sangat peramah dan setia berkhidmat sepanjang program. Akhir kata, program seperti ini amat wajar dijalankan setiap tahun dan luaskan lagi pengagihan ke negara-negara yang sangat memerlukan, moga qurban kita semua diterima” (Muhammad Hanif Kamal, Universiti Islam Antarabangsa)
12 |
4.0 LAPORAN KEWANGAN PENDAPATAN PERKARA Qurban Kambing Qurban Lembu Derma JUMLAH
KOS (RM) 41 x 800 35 x 600 46,200.00
32,800.00 21,000.00 46,200.00 100,000.00
BELANJAWAN Unit
Kos (RM)
Tempat
5,000.00
Modul Pengetinan Kambing Haiwan Qurban Duti Kastam
25,000.00 20,000.00 5,000.00
Publisiti
2,000.00
Makanan
10,000.00
Pengangkutan
20,000.00
Cenderahati
5,000,00
Logistik
2,000.00
Admin
1,500.00
Korporat
2,500.00
JUMLAH
98,000.00
BAKI
2,000.00
LEBIHAN (Akan digunakan untuk publisiti QC4U pada tahun hadapan dan diserahkan kepada bendahari YDKMM)
13 |
5.0 PENUTUP Alhamdulillah atas kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung khususnya ahli jawatankuasa, para penganjur serta sukarelawan yang terlibat atas kerjasama dan usaha keras dalam menjayakan program QC4U ini dengan lancar sekaligus memberikan pengalaman baru kepada para sukarelawan serta peserta qurban dalam meneruskan usaha untuk membantu membangunkan modal insan cemerlang dalam diri masyarakat dan mencapai objektif program ini.
Disediakan oleh,
……………………………………… (SITI ROHAIDA RAHMAN) Setiausaha, Qurban Care For Ummah 2016
Disahkan oleh,
………………………………… (FAIZ AYDIL AHMAD) Pengarah, Qurban Care For Ummah 2016
14 |
6.0 LAMPIRAN
Gambar 1: Poster Utama Program Qurban Care For Ummah (QC4U)
15 |
Gambar 2: Label pengetinan daging qurban yang ditinkan
Gambar 3: Tin qurban QC4U yang telah dihasilkan
16 |
Gambar 4: Sukarelawan menumbangkan lembu untuk diqurbankan dan disembelih oleh Tuan Hj Dr Hizul Azri, penasihat YDKMM.
Gambar 5: Sukarelawan wanita bersama penduduk setempat memotong daging qurban untuk ditimbang dan diagihkan 17 |
Gambar 6: Sukarelawan melapah dan memotong lembu qurban.
18 |
Gambar 7: Sukarelawan YDKMM bekerjasama dengan sukarelawan masjid melapah dan memotong lembu.
Gambar 8: Pengagihan kepada pendaftar qurban. 19 |
Gambar 9: Pengarah Program QC4U, En Faiz Aydil yang bertopi menyampaikan daging kepada salah sebuah rumah anak yatim.
20 |
Gambar 10: Penuh bersemangat saudara Anwar Afiq mengacara Majlis Makan Malam Amal YDKMM.
21 |
Gambar 11: Perasmian Qurban-Pro dan “Box of Happiness” oleh Tuan Hj Zakariah bin Isa, Yang Dipertua Persekutuan Seruan Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan ( JAM’IYAH) diiringi Tuan Hj Dr Mohd Hizul Azri
22 |
Gambar 12: Hadirin ternanti-nanti gimik pelancaran tin Qurban-Pro dan “Box of Happiness”.
Gambar 13: Tersenyum lebar duta YDKMM, Daie Izzhar bersama VVIP yang hadirmenikmati hidangan istimewa lembu qurban QC4U. 23 |
Gambar 14: Antara tetamu jemputan yang hadir ke Makan Malam Amal YDKMM
Gambar 15: Salah satu dari 8 anugerah yang disampaikan dalam majlis Apresiasi Sukarelawan iaitu Anugerah Syarikat Sosial Sukarelawan Terbaik yang telah dinaungi oleh Team Syifa’ Agency 24 |
Gambar 16: Tokoh Sukarelawan Muda Terbaik dianugerahkan kepada saudara Faiz Faudzi.
Gambar 17: Gambar kenangan sukarelawan bersama Tuan Hj Zakariah bin Isa, Tuan Hj Dr Mohd Hizul Azri dan dai’e Izzhar, duta YDKMM. 25 |