ILMU FARAID
1
Firman Allah : "Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anakanakmu. Iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan: jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan jika yang nebiinggalkan itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengtahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) menafaatnya kepadamu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengtahui lagi Maha Bijaksana. Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harata yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperolehi seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri akan memperolehi seperlapan hari harta yang ditinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau sesudah membayar hutanghutangmu. Jika seseorang mati, samada lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta.Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhu wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya demngan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha mengtahu lagi Maha Penyantun" (Al-Nisa : 11-12) Hadis dari Abdullah Ibnu Mas`ud bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Pelajarilah al-Qur`an dan ajarkanlah kepada manusia yang lain, serta pelajarilah faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku bakal meninggal dan ilmu ini pun bakal hilang sehingga akan muncul fitnah. Bahkan akan terjadi dua orang yang akan berselisih dalam hal pembahagian (hak
2
pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati i.
Perbelanjaan Pengurusan Jenazah
ii.
Hak Hutang Piutang – Allah
iii.
Hak Hutang Piutang– Manusia
iv.
Harta Sepencarian
v.
Hak Wasiat
vi.
Hak Waris
Asas Ilmu Wasiat Dan Faraid
Kategori waris dan kedudukannya. Jenis harta Persediaan Kaedah pemberian dan pembahagian.
Maksud ilmu pusaka Secara mudahnya ilmu pusaka (al-Mirath) ini ialah satu ilmu yang menerangkan tentang sistem pengagihan harta, hak dan iktisas yang ditinggalkan oleh simati kepada yang berhak. Dalam konteks ini perlu dimaklumi bahawa harta itu mestilah terdiri dari apa yang diiktiraf oleh syarak. Hak pula merujuk kepada hak yang berkaitan dengan harta dan lain-lain seperti hak qisas. Manakala iktisas pula ialah ketentuan
bahawa seseorang itu lebih berhak dari orang lain
memenafaatkan sesuatu.
Rukun Pusaka Bagi memahami faraid ini secara lebih menyeluruh, adalah penting diketahui satu persatu mengenai rukun pusaka. Ini adalah kerana ianya merupakan satu kerangka utama disiplin ini. Setiap rukun ini mempunyai syarat-syarat yang tersendiri dan perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum sesuatu pusaka itu dapat diselesaikan secara pasti.
3
Terdapat tiga rukun faraid iaitu:
1. Pewaris - iaitu simati 2. Waris - Orang yang menerima pusaka 3. Sesuatu yang diwaris - Apa yang ditinggalkan oleh simati
Sebab-Sebab Pusaka Seseorang atau pihak itu boleh menerima pusaka adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang ditentukan okeh syarak seperti berikut: 1.
Nikah Maksudnya ialah akad nikah yang sah. Pasangan suami isteri yang sah
ini akan
saling mewarisi antara satu sama lain. Nikah yang sah ini termasuklah dalam kes suami yang mati meninggalkan isteri yang belum (dukhul). Hukum ini adalah berdasarkan nas al-Quran dan juga hadis. Firman Allah:
Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harata yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperolehi seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri akan memperolehi seperlapan hari harta yang ditinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau sesudah membayar hutang-hutangmu. Nabi Muhammad dalam kes seumpama ini telah menghukumkan bahawa Buru` binti Waashik memperolehi harta pusaka tinggalan suaminya yang mati sebelum bersetubuh dengan keadaan mas kahwin telahpun ditetapkan.
4
Bagi kes pusaka dalam iddah raji`i, para ulama telah bersetuju bahawa penerimaan pusaka berlaku antara suami dan isteri jika salah seoarng dari mereka meninggal dunia sewaktu masih dalam idah raji`i
Ini adalah kerana kontrak perkahwinan mereka masih lagi sah.
Walaubagaimanapun, bagi pasangan bercerai dalam idah ba`in, maka hukumnya adalah berbeza. Sekiranya penceraian itu berlaku dengan suami telah menceraikan isterinya dengan talak bain, maka kedua belah pihak tidak akan saling mewarisi. Ini adalah kerana penceraian ini telah memutuskan ikatan suami isteri. Begitu juga sekiranya berlakunya fasakh. Keadaan fasakh adalah dikira lebih serius daripada talak bain. Ini adalah kerana fasakh seolah-olah pernikahan itu seperti tidak berlaku. Dalam kes suami dengan sengaja menceraikan isterinya dengan niat agar isterinya itu tidak dapat mewarisi pusaka, iaitu ditalak bain tanpa permintaan dari isterinya dan dibuat sewaktu sakit, maka suami ini tidak akan mewarisi pusaka sekiranya isterinya mati lebih dahulu. Namun sekiranya suami itu mati sebelum isterinya, maka ulama memberikan beberapa pendapat: a.
Isterinya itu tidak berhak kepada pusaka walaupun masih dalam idah. Ini adalah kerana mereka berdasarkan kaedah asal iaitu pernikahan itu telah terputus. Pendapat ini dipegang oleh mazhab Syafi`i
b.
Terdapat ulama dari mazhab Hanafi mengatakan bahawa dengan niat jahat suami itu, isteri masih berhak menerima pusaka selagi masih dalam idah. Ini adalah bagi menegah daripada berlaku penganiyaan kepada isteri. Hukum syarak akan menghalang niat buruk ini dengan melayaninya apa yang bertentangan dengan tujuannya. Walaubagaimanapun sekiranya idah sudah habis, maka gugurlah hak pusaka itu.
c.
Ulama Maliki berpendapat niat jahat ini membolehkan isterinya itu berhak mendapat pusaka walaupun telah tamat tempoh idah bain dan siisteri itu telahpun berkahwin dengan lelaki yang lain.
d.
Mazhab Hambali pula mengatakan isteri berhak mewarisi pusaka walaupun telah habis tempoh idah selagi tidak berkahwin dengan lelaki lain.
Dalam hal ini, jika isteri pula yang bertindak mengenepikan hak waris suami seperti meminta fasakh atau menjadi murtad dan mati dalam idah, maka suaminya akan 5
mewarisi pusaka sebagai menolak tujuan jahatnya itu. Bagi kes nikah fasad (nikah yang tidak cukup syarat) seperti nikah tanpa wali, maka hukum pusaka juga berkuatkuasa walaupun telah berlaku persetubuhan kerana akad nikah ini tidak sah dan tidak syari`i. Bermaksud tiada pewarisan pusaka diantara pasangan tersebut. 2.
Hubungan kerabat atau nasab Ia bermaksud kerabat hakikat atau waris yang ada ikatan pertalian kerana peranakan atau juga dikenali sebagai hubungan darah. Terdapat tiga katogeri kerabat yang mempunyai ikatan pertalian kerana peranakan iaitu: a.
Al-Usul - asal usulnya seperti bapa dan datuk ke atas
b.
Al-Furu`- turunan atau cabang-cabang simati seperti anak-anak atau cucu
c.
Al-Hawashi - Cabang-cabang kepada usul seperti adik beradik, anak-anak saudara, bapa-bapa saudara dan anak-anak mereka. Berasaskan hubungan ini, maka ada ahli waris yang menjadi waris fardu atau waris asabah seperti bapa, ada yang menjadi asabah sahaja seperti sudara lelaki sebelah bapa dan yang menjadi waris zawil arham seperti cucu lelaki daripada anak perempuan
3.
Al-Wala Ia bermaksud tuan atau puan yang membebaskan hambanya boleh mewaris harta bekas hambanya yang mati tanpa meninggalkan waris. Ia juga dikenali sebagai nasab hukmi. Selain dari itu wala ini juga boleh berlaku kerana ikatan perjanjian. Iaitu akad di antara dua orang dan kedua-dua disyaratkan saling bertanggungjawab membayar diat bagi pihak yang satu lagi. Pusaka dalam hal ini diterima oleh mazahb Hanafi.
4.
Baitulmal Sekiranya simati tidak mempunyai waris atau waris yang tidak dapat menghabisi harta pusaka, maka harta atau lebihan tersebut akan diwarisi oleh pihak baitulmal. Ini adalah pendapat dari mazhab Shafei dan Maliki. Perbincangan dalam aspek ini memerlukan kefahaman yang lebih dalam aspek teknikal dan pendekatan mazhab. Persoalan ini disebabkan keadaan baitulmal zaman dahulu dan sekarang mempunyai perbezaan yang ketara dalam pelbagai aspek. 6