Promosi Jualan Capture the Culture
Peraturan Rasmi TIADA PEMBELIAN ATAU PEMBAYARAN YANG DIPERLUKAN. SEBARANG PEMBELIAN ATAU PEMBAYARAN TIDAK AKAN MENINGKATKAN PELUANG ANDA UNTUK MENCAPAI PROMOSI INI. 1. Kelayakan Promosi Jualan Capture the Culture WorldVentures (“Peraduan”) merupakan insentif jualan yang mempromosikan produk dan perkhidmatan WorldVentures dan hanya terbuka kepada Wakil-Wakil WorldVentures yang mempunyai rekod yang baik di negara yang mana WorldVentures beroperasi dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun, atau tahun majoriti, seperti yang berkenaan, pada masa penyertaan dan sepanjang Tempoh Promosi. Tidak sah di mana melanggar undang-undang. Pekerja WorldVentures Marketing, LLC, atau mana-mana sekutu, subsidiari, agensi pengiklanan, atau mana-mana syarikat atau individu yang terlibat dengan rekaan, produksi, pelaksanaan atau pengedaran Promosi dan ahli keluarga terdekat mereka (pasangan, ibu bapa, ibu bapa tiri, adik-beradik dan adik-beradik tiri, dan anak dan anak tiri) dan ahli isi rumah (individu yang berkongsi tempat tinggal yang sama sekurangkurangnya tiga (3) bulan dalam setahun) setiap pekerja adalah tidak layak. Promosi tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan negara, negeri dan tempatan yang berkenaan. Penyertaan mewakili persetujuan penuh dan tanpa syarat Wakil kepada Peraturan Rasmi ini dan keputusan Penaja, yang muktamad dan mengikat dalam semua hal yang berkaitan dengan Promosi. Mencapai Promosi ini adalah bergantung kepada pencapaian semua syarat yang dinyatakan di dalam ini. 2. Penaja Promosi Penaja Promosi adalah WorldVentures Marketing, LLC, 5100 Tennyson Parkway, Plano, Texas 75024 (“Penaja”, or “WorldVentures”). 3. Tempoh Promosi Tempoh Promosi adalah dari 18 April 2015 pada 12:01 pagi Masa Tengah (“CT”) hingga 1 Mei 2015 pada 11:59 malam CT (“Tempoh Promosi”), termasuk sebarang lanjutan. Penaja merupakan penjaga masa untuk Promosi ini. 4. Bagaimana untuk Layak Bermula 18 April 2015 dan sepanjang Tempoh Promosi, Wakil WorldVentures akan layak secara automatik ke Promosi ini dengan melakukan jualan produk WorldVentures dan memenuhi Syarat di Seksyen 5 di bawah. Sekiranya anda tidak ingin jualan anda untuk dikira sebagai penyertaan dalam Promosi atau anda tidak bersetuju dengan Peraturan Rasmi ini, anda boleh menghantar e-mel kepada Penaja di
[email protected] untuk menolak penyertaan dalam Promosi. 5. Syarat Promosi Kamera GoPro® HERO:
Untuk layak mendapat kamera GoPro® HERO (bernilai AS$130+ penghantaran): Wakil mesti secara peribadinya menjual tiga Keahlian DreamTrips baharu (sebarang kombinasi DreamTrips, DreamTrips Gold dan DreamTrips Platinum) di antara 18hb April dan 1hb Mei 2015. Untuk layak mendapat kamera GoPro® HERO dengan aksesori (bernilai AS$250+ penghantaran): Wakil mesti secara peribadinya menjual enam Keahlian DreamTrips baharu (sebarang kombinasi DreamTrips, DreamTrips Gold, dan DreamTrips Platinum) di antaral 18hb April dan 1hb Mei 2015. Harap maklum: Kamera GoPro® HERO tertakluk kepada ketersediaan stok. Sijil atau baucar mungkin akan dihadiahkan sebagai ganti kepada peranti. Penggantian yang lain mungkin berlaku. Termasuk penghantaran hanya di mana berkenaan. Sekiranya penghantaran tidak termasuk, kos penghantaran mungkin tidak akan dimasukkan dalam sebarang imbuhan gantian. Imbuhan Capture the Culture: Semua yang layak untuk mana-mana imbuhan GoPro® HERO akan menerima jemputan untuk membeli bilik pada salah satu daripada tiga Percutian Capture the Culture yang akan datang. WorldVentures akan mengadakan sekurang-kurangnya satu Percutian Capture the Culture di setiap tiga benua (EMEA, Amerika Utara, dan Asia/Asia-Pasifik). Imbuhan hanya mengandungi jemputan untuk membeli percutian tersebut. Tiada penerbangan atau tempat tinggal yang disediakan. Anugerah Penerbit Terbaik: Tiga Wakil terbaik di negara operasi di setiap tiga benua (EMEA, Amerika Utara, dan Asia/Asia-Pasifik) yang mendapat jualan terbanyak untuk Keahlian DreamTrips ketika Tempoh Promosi akan layak untuk mendapat Anugerah Penerbit Terbaik. Anugerah adalah berdasarkan jumlah Keahlian DreamTrips yang dijual, tidak kira tahap keahlian. Penerbit terbaik di setiap tiga benua layak untuk mendapat imbuhan AS$2,000, penerbit kedua terbaik layak untuk mendapat imbuhan AS$1,000, dan penerbit ketiga terbaik layak untuk mendapat imbuhan AS$500. Setiap Keahlian DreamTrips baharu yang dijual hanya dikira sekali ke arah mendapat kelayakan dan kredit untuk jualan akan diberikan kepada Pendaftar Ahli yang baharu. Setiap Ahli baharu yang berdaftar mestilah kekal aktif pada hari selepas kitaran bil selepas jualan pertama. Sebagai contoh, sekiranya Ahli menyertai pada 1hb Mei, Ahli tersebut perlu membayar yuran bulanan pada 1hb Jun untuk menjadi sebahagian daripada kiraan Ahli baharu yang berdaftar. 6. Terma Penghantaran Setiap Wakil dihadkan kepada satu kelayakan Promosi mengikut nombor ID Wakil unik mereka. 7. Pilihan Kelayakan Penaja akan menentukan Wakil yang layak pada atau sebelum 17 Jun 2015 (“Tarikh Anugerah”). 8. SETIAP WAKIL YANG LAYAK TERTAKLUK KEPADA PENGESAHAN DARIPADA PENAJA DI MANA KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD DAN MENGIKAT DALAM SEMUA HAL YANG BERKAITAN DENGAN PROMOSI INI. 9. Pengesahan Wakil yang Layak Wakil yang Layak mestilah terus mematuhi semua terma dan syarat Peraturan Rasmi ini dan kelayakan adalah bergantung kepada pemenuhan semua syarat. Wakil yang Layak akan dihubungi pada atau sebelum
Tarikh Anugerah mengikut nombor telefon atau alamat e-mel yang terakhir diketahui yang difailkan dengan Penaja. Sekiranya Wakil yang layak tidak boleh dihubungi atau sekiranya Imbuhan atau notis Imbuhan dikembalikan sebagai tidak berjaya dihantar, Wakil menyerahkan Imbuhan tersebut. Sekiranya Wakil disingkirkan dengan apa jua sebab, Penaja boleh menganugerahkan Imbuhan yang berkenaan kepada Wakil yang layak yang lain. 10. Imbuhan Tiada persamaan tunai untuk sesebuah Imbuhan, kecuali diperuntukkan oleh Penaja atas budi bicara Penaja. Imbuhan tidak boleh dipindah milik dan tiada gantian akan dilakukan kecuali diperuntukkan atas budi bicara Penaja. Penaja berhak untuk menggantikan Imbuhan yang tersenarai dengan sesuatu yang sama nilai atau lebih tinggi nilainya atas apa jua sebab. Sekiranya Wakil yang layak tidak menerima Imbuhan, Wakil tersebut akan menyerahkan Imbuhan tersebut. Wakil yang layak adalah bertanggungjawab ke atas semua cukai dan yuran yang berkaitan dengan penerimaan dan/atau penggunaan Imbuhan. 11. Syarat dan Pembebasan Penyertaan Dengan mengambil bahagian dalam Promosi ini, setiap Wakil bersetuju untuk: (a) mematuhi dan terikat dengan Peraturan Rasmi ini dan keputusan Penaja yang mengikat dan mukatamad dalam semua hal yang berkaitan dengan Promosi ini; (b) membebaskan dan tidak menyalahkan Penaja, penerbit laman web dan sebarang laman media sosial dan syarikat-syarikat induk, subsidiari, dan bersekutu mereka, pembekal promosi dan organisasi lain yang bertanggungjawab untuk menaja, memenuhi, mentadbir, mengiklan atau mempromosikan Promosi ini, dan semua pegawai, pengarah, pekerja, ajen dan wakil mereka yang dahulu dan kini (secara terkumpulnya, “Pihak yang Dibebaskan”) daripada dan terhadap semua tuntutan, perbelanjaan, dan liabiliti, termasuk tetapi tidak terhad kepada kecuaian dan sebarang jenis kerosakan kepada individu atau hak milik, termasuk tetapi tidak terhad kepada pencerobohan privasi (di bawah penggunaan, pencerobohan, pendedahan awam fakta sulit, berita palsu kepada orang awam atau teori perundangan yang lain), memalukan, fitnah, menyalahkan, percanggahan hak publisiti, percanggahan tanda nama, hak cipta atau hak harta intelek yang lain, kerosakan hak milik, atau kematian atau kecederaan peribadi yang timbul daripada penyertaan seseorang peserta, penciptaan penyertaan atau penghantaran penyertaan, penyertaan dalam Promosi, penerimaan atau penggunaan atau penyalahgunaan Imbuhan (termasuk sebarang percutian atau aktiviti yang berkaitan dengannya) dan/atau penyiaran, eksploitasi atau penggunaan penyertaan; dan (c) membebaskan daripada, mempertahankan dan tidak menyalahkan Penaja daripada dan terhadap sebarang dan semua tuntutan, perbelanjaan, dan liabiliti (termasuk yuran peguam yang berkaitan) yang timbul atau berkenaan dengan penyertaan Wakil dalam Promosi dan/atau penerimaan, penggunaan atau penyalahgunaan Imbuhan tersebut. 12. Publisiti Kecuali di mana terlarang, penyertaan dalam Promosi melambangkan kebenaran Wakil kepada Penaja dan ajennya untuk menggunakan nama, kesamaan, gambar, suara, pendapat dan/atau tempat dan negeri asal Wakil untuk kegunaan promosi dalam sebarang media, di seluruh dunia, tanpa sebarang pembayaran atau pertimbangan yang selanjutnya. 13. Komunikasi Penyertaan dalam Promosi melambangkan kebenaran daripada Wakil untuk menerima komunikasi e-mel daripada Penaja dan entiti bersekutunya di Amerika Syarikat dan luar negara. Penyertaan dalam Promosi melambangkan kebenaran Wakil untuk pemindahan data yang dihantar untuk tujuan Promosi. Sekiranya
anda tidak ingin menerima komunikasi e-mel, anda boleh menghubungi Wakil di sini:
[email protected]. 14. Syarat Am Penaja berhak untuk membatalkan, menggantung dan/atau meminda Promosi, atau mana-mana bahagian daripadanya, sekiranya sebarang fraud, kegagalan teknikal atau sebarang faktor yang tidak boleh dikawal oleh Penaja menjejaskan ketelusan atau keberfungsian Promosi dengan betul, seperti yang ditentukan oleh Penaja atas budi bicaranya. Penaja berhak dalam budi bicaranya untuk menyingkirkan mana-mana individu yang ia dapati mencemarkan proses penyertaan atau operasi Promosi atau bertindak bercanggahan dengan Peraturan Rasmi ini atau sebarang galakan atau dalam keadaan yang tidak beretika atau bersifat mengganggu. Imbuhan boleh didapati semula sekiranya terdapat ganti rugi jualan Keahlian DreamTrips yang digunakan untuk melayakkan diri untuk Promosi ini. Sebarang percubaan oleh manamana individu untuk sengaja menjejaskan operasi sah Promosi ini adalah bercanggah dengan undangundang jenayah dan sivil, dan, sekiranya terdapat percubaan seperti ini yang dilakukan, Penaja berhak untuk menuntut ganti rugi daripada individu ini sepenuhnya seperti yang diperuntukkan oleh undangundang. Kegagalan penaja untuk menguat kuasakan mana-mana terma dalam Peraturan Rasmi ini tidak melambangkan pengecualian daripada peruntukan tersebut. 15. Had Liabiliti Pihak yang Dibebaskan tidak bertanggungjawab untuk: (a) sebarang maklumat yang betul atau tidak betul, sama ada disebabkan oleh Wakil, kesilapan cetakan oleh atau melalui sebarang peralatan atau program yang berkaitan atau digunakan dalam Promosi; (b) sebarang kegagalan teknikal, termasuk, tetapi tidak terhad kepada kerosakan, gangguan, atau putus sambungan dalam laman web, laman media sosial, talian telefon, sambungan dan rangkaian mudah alih atau bimbit, atau perkakas rangkaian atau perisian; (c) campur tangan manusia yang tidak disahkan dalam mana-mana bahagian proses penyertaan atau Promosi; (d) ralat teknikal atau manusia yang mungkin timbul dalam pentadbiran Promosi; atau (e) sebarang kecederaan atau kerosakan kepada individu atau hak milik yang mungkin disebabkan oleh, secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, daripada penyertaan Wakil dalam Promosi atau penerimaan atau penggunaan atau penyalahgunaan sebarang Imbuhan. 16. Pertikaian Wakil bersetuju bahawa: (a) sebarang dan semua pertikaian, tuntutan dan sebab tindakan yang timbul atau berkaitan dengan Promosi ini, atau sebarang hadiah yang dihadiahkan, selain daripada apa yang berkenaan dengan pentadbiran Promosi ini atau penentuan Wakil yang layak, akan diselesaikan secara individu, tanpa perlu mengambil sebarang bentuk atau kelas tindakan; (b) sebarang dan semua pertikaian, tuntutan dan sebab tindakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Promosi ini, atau sebarang hadiah yang dihadiahkan, akan diselesaikan secara eksklusif oleh Mahkamah Daerah Amerika Syarikat atau Mahkamah Negeri Texas yang berkenaan yang terletak di Collin County, Texas; (c) sebarang dan semua pertikaian, keputusan dan anugerah harus dihadkan kepada kos persendirian sebenar yang dibelanjakan, termasuk kos yang berkenaan dengan menyertai Promosi ini, tetapi tidak termasuk yuran peguam; dan (d) tidak sekali-kali Wakil akan dibenarkan untuk mendapatkan anugerah untuk, dan Wakil mengecualikan semua hak untuk menuntut ganti rugi kerosakan yang mutlak, tidak sengaja atau akibat atau sebarang jenis kerosakan yang lain, selain daripada perbelanjaan kos persendirian sebenar, dan sebarang dan semua hak untuk menggandakan atau meningkatkan ganti rugi kerosakan. SESETENGAH PERUNDANGAN TIDAK MEMBENARKAN HAD ATAU PENGECUALIAN LIABILITI UNTUK KEROSAKAN TIDAK SENGAJA ATAU AKIBAT, JADI PERUNTUKAN DI ATAS MUNGKIN TIDAK BERKENAAN BAGI ANDA. Semua isu dan pertanyaan berkenaan dengan pembinaan, kesahihan,
interpretasi dan kebolehlaksanaan Peraturan Rasmi ini, atau hak dan obligasi Wakil dan Penaja berhubung dengan Promosi ini, akan ditadbir oleh, dan dibaca mengikut, undang-undang Negeri Texas, tanpa memberi kesan kepada mana-mana pilihan perundangan atau konflik dengan peraturan undang-undang (sama ada Negeri Texas atau mana-mana perundangan yang lain), yang akan menyebabkan pengenaan undang-undang mana-mana perundangan selain daripada Negeri Texas. 17. Keputusan Promosi Untuk keputusan Promosi yang bertulis hantarkan sampul yang ditulis tangan, beralamat sendiri dan bersetem selepas 17 Jun 2015, kepada Capture the Culture Results, WorldVentures Marketing, LLC, 5100 Tennyson Parkway, Plano, Texas 75024. Permintaan mestilah diterima dalam empat (4) minggu selepas tamatnya tempoh Promosi. GOPRO, HERO, logo GOPRO, dan logo GoPro Be a Hero merupakan tanda nama atau tanda nama berdaftar GoPro, Inc. GoPro, Inc bukannya penaja kepada promosi ini, dan ia juga tidak mengesyorkannya.