Kesing/Pianggang dewasa dan nimfanya menyerang padi dengan menghisap biji padi pada peringkat susu. Hasil akan terjejas teruk kerana biji padi akan rosak dan menjadi hampa.
Nimfa dan kutu beruang dewasa merosakkan tanaman padi dengan menghisap cairan sap pada daun. Pada pokok dewasa ia lebih suka menghisap dibahagian pangkal daun/pokok. Pokok akan menjadi kuning dan boleh mati.
Serangga yang sering menyerang pada peringkat awal tanaman dengan menyebabkan daun menjadi kuning kerana larva dan kutu trip dewasa akan menghisap manisan daripasa tisu dedaun. Ini akan menyebabkan daun bergulung ke dalam dan mengering, menjejaskan pertumbuhan tanaman. Serangan dan kerosakan akan menjadi lebih teruk semasa keadaan kering.Perosak ini boleh dikawal dengan meningkatkan paras air sehingga 3 – 5 cm.
Serangga perosak ini selalunya bertelur di celah pelepah daun di atas paras air.Nimfanya juga selalunya berada di situ serta menghisap bahagian tisu mengakibatkan kerosakan daun. Perosak ini menyerang secara berkumpulan (20 ekor dewasa @50 ekor nim). Sekiranya ini berlaku dan kawalan tidak diuat, tanaman padi akan menjadi kuning dan kering dan keadaan di dipangil “ bom” @ hopperburn dan akan menjejaskan hasil dengan serius.
Perosak dewasa bertelur di atas permukaan tengah daun. Apabila menetas larva akan memakan bahagian tisu lembut sambil menggulung/lipat daun dan membolehkan ia makan tanpa gangguan.Seekor larva boleh berpindah sehingga empat helai daun sebelum menjadi pupa serta boleh menyebabkan kerosakan daun dn menjejaskan pertumbuhan dan hasil padi. Ia suka pada keadaan lembap dan serangan boleh bermula dari peringkat 2-6 helai daun.
Serangga perosak ini bertelur di atas @ celah daun. Bila menetas larva akan memakan tisu lembut daun dan terus masuk ke dalam batang menyebabkan saliran “air dan makanan” (xylem dan phloem) terhalang. Sekiranya serangan berlaku awal, pertumbuhan serta bilangan anak padi (tillers) akan terjejas, menyebabkan mati pucuk @ mati rosot. Pada peringkat berbuah, “bulu ayam” akan terbentuk. Sekiranya serangan berlaku selepas padi bunting, padi yang terhasil menjadi putih dan hampa. Hasil akan terjejas.
Ulat ini menyerang bahagian daun dengan memotong serta membuat sarung daripada daun yang dipotong dan bersembunyi didalamnya. Larva makan bahagian hijau daun meninggalkan lapisan berwarna putih. Kawasan serangan akan kelihatan kutikal berjalur atau bertompok putih.
Larva ini makan daun daripada bahagian tepi sehingga daun habis. Banyak larva dapat dikesan pada bahagian yang diserang. *** Serangan boleh berlaku pada semua peringkat umur padi dan berbahaya ketika semaian dan pokok muda.
Menyerang pada semua peringkat tanaman. Bintik perang halus lonjong berlaku pada daun, upih, tampok dan kulit padi. Simptom tama serangan dapat dilihat dengan jelas pada daun iaitu bintik kecil berwarna perang yang kelihatan seperti bijian. Bintik kecil bersaiz (diameter) antara 0.05 - 0.1cm dan berwarna coklat pekat. Bintik matang bersaiz sehingga 0.2cm dan berwarna kelabu atau putih di bahagian tengah. Cara merebak : - Bawaan biji benih, angin atau perumah kedua.
Serangan boleh berlaku pada daun, buah daun, buah padi, buku batang dan tangkai buah pada semua peringkat umur tanaman.Penggunaan baja N (urea) yang tinggi, kelembapan dan daun diliputi embun akan menggalakkan serangan penyakit ini, Bintik bujur/lonjong yang tajam dihujung berwarna perang di tepi dan warna kelabu keputihan di tengah akan kelihatan pada kawasan serangan. Pokok akan musnah jika serangan berlaku antara peringkat semaian dengan pemecahan anak maksimum. Buah menjadi hampa dan tangkai reput serta patah jika serangan di pangkal tangkai. Cara merebak : Angin, biji benih dan perumah kedua.
Selalunya menyerang pada peringkat akhir tanaman. Kecederaan yang tidak seragam kelihatan pada seludang daun di paras air. Lama kelamaan akan menyebabkan kerosakan pada seludang dan batang.Jika serangan berlaku pada musim yang sebelumnya, disarankan menggunakan varieti padi yang tahan penyakit ini dan bakar jerami serta tunggul untuk mengurangkan inokulum.
Boleh menyerang pada semua peringkat umur tanaman. Kecederaan bermula di hujung daun menyebabkan daun menjadi pucat kemudian menjadi putih. Bahagian daun akan kelihatan beralun. Jalur-jalur jernih (basah) akan kelihatan antara urat daun. Serangan yang teruk boleh menyebabkan daun menjadi kering. Cara merebak : Biji benih, sentuhan, air, perkakasan pertanian dan perumah sementara.
Boleh menyerang pada semua peringkat pertumbuhan terutamanya dari peringkat selepas pecah anak hingga matang. Bahagian seludang/upih daun yang diserang akan kelihatan tompok dan perang disekelilingnya berwarna kelabu keputihan. Ada sclerotia berbentuk seperti biji sawi pada tompok. Tompok bulat @ lonjong bersaiz 1 cm akan membesar menjadi 2 @ 3 cm sebelum bercantum. Serangan serius menyebabkan hasil terjejas. Cara merebak : Air, angin sentuhan, tanah, tunggul dan perumah sementara.
Boleh menyerang pada semua peringkat tetapi lebih serius semasa bulan pertama tanaman. Pokok akan terbantut dan warna perang kekuningan. Jika berlaku, kawal vektor bena hijau dengan racun yang disyorkan, guna varieti yang rintang terhadap penyakit ini dan musnahkan pokok yang diserang.
Serangan berlaku pada peringkat berbuah. Buah menjadi seperti baldu berwarna kuning kehijauan atau hitam dan membentuk spora. Berlaku pada kawasan yang terlalu subur dan kelembapan yang tingi. Jika ada tanda-tanda serangan serius, kawalan hendaklah dibuat sebelum pokok berbunga. Bebola spora muda bersaiz 1 cm dan lebih panjang apabila matang. Biasanya hanya beberapa tangkai sahaja di dalam satu panikel akan dijangkiti.
Serangan pada peringkat awal tanaman menyebabkan anak bilah lebih tinggi dari anak bilah yang lain dengan dedaun kurus hijau kekuningan. Tanaman yang dijangkiti kelihatan panjang dan kurus dan akan mati. Akar udara akan kelihatan pada ruas. Anak padi akan mati satu persatu, tetapi jika terselamat dari serangan sehingga tempoh matang, hanya sebahagian kecil akan mengeluarkan hasil manakala yang lainnya akan mempunyai partikel yang kosong (hampa) Cara merebak : - Bawaan biji benih,tanah, air, tunggul atau perumah kedua.