KEMENTERIAN PELANCONGAN & KEBUDAYAAN MALAYSIA
PERMAINAN TRADISIONAL HARI KELUARGA KPK 2014
BATU SEREMBAN CONGKAK DAM AJI SEPAK BULU AYAM GALAH PANJANG
NOTA : 1. SETIAP RUMAH SUKAN HANYA BOLEH MENGHANTAR SATU (1) PENYERTAAN SAHAJA. 2. PESERTA BAGI SETIAP PENYERTAAN ADALAH SEBANYAK 18 ORANG: a. Batu Seremban - 2 orang (Perempuan sahaja) b. Congkak - 3 orang (Perempuan sahaja) c. Dam Aji - 4 orang (Terbuka) d. Sepak Bulu Ayam - 1 orang (lelaki) e. Galah Panjang - 8 orang (Lelaki sahaja) 3. BORANG PENYERTAAN ADALAH SEPERTI DILAMPIRAN. 4. BORANG PENYERTAAN YANG LENGKAP HARUSLAH DISERAHKAN SEBELUM 5 DISEMBER 2014 KEPADA: a. ENCIK MOHAMAD ALI ABDULLAH JABATAN WARISAN NEGARA NO TELEFON EMEL
: 016-672 3225 :
[email protected]
b. DATU ROYNIE HASIM DATU PINDATAN JABATAN WARISAN NEGARA NO TELEFON EMEL
: 019-304 1227 :
[email protected]
1. BATU SEREMBAN a.
Peserta 2 peserta perempuan bagi setiap pasukan
b.
Cara Permainan - Perlawanan melibatkan tujuh ( 7 ) bunga. -
c. -
Peserta hendaklah melambung sebiji cakak ( pundi ), mengambil sebiji cakak di bawah dan disambut semula cakak yang dilambung bersama-sama cakak yang diambil dengan menggunakan tangan kanan. Ulang sehingga selesai. Timbang ketujuh-tujuh cakak dan kira bilangan cakak yang dapat disambut. (kaedah tambahan permainan akan dimaklumkan semasa pertandingan di jalankan)
Undang-undang Permainan/ Perlawanan Permainan / perlawanan yang berlangsung bergantung kepada bilangan pengadil yang terlibat di dalam pertandingan sama ada diadili secara individu (seorang pengadil seorang peserta ), berpasangan / berkelompok ( seorang pengadil dua @ tiga orang peserta ).
-
Setiap perlawanan dijalankan secara serentak
-
Semasa menimbang : Buah yang berjaya disambut sahaja akan dikira mata.
Sekiranya buah yang disambut tercicir, timbangan dikira batal dan hendaklah meneruskan dengan bunga yang berikutnya.
Kemenangan dikira apabila peserta mengumpul timbangan terbanyak.
Kemenangan dasar dikira apabila ketiga-tiga peserta mengumpul mata terbanyak.
Sekiranya seri, timbangan sebanyak lima ( 5 ) kali dijalankan oleh pesertapeserta yang terlibat.
2. CONGKAK a.
Peserta 3 peserta perempuan bagi setiap pasukan.
b. -
Cara permainan Setiap lubang akan diisi dengan 7 biji guli.
-
Permulaan permainan akan dijalankan serentak.
-
Tiada had masa untuk satu permainan.
-
Permainan bermain secara tikam.
-
Apabila peserta A sampai di lubang congkak yang kosong, peserta A boleh menikam guli yang bertentangan dengan lubang yang kosong.
-
Permainan dijalankan sebanyak 3 kali pusingan.
-
Pemenang dikira berdasarkan jumlah guli yang diperolehi.
-
Pemenang keseluruhan adalah peserta yang menang sebanyak 2 daripada 3 kali pusingan.
-
Pihak pengadil berhak meminda dan menambah mana-mana peraturan berdasarkan keperluan permainan.
3. DAM AJI a.
Peserta 4 peserta terbuka bagi lelaki & perempuan untuk setiap pasukan
-
b. Cara Permainan Pemain hanya dibenarkan menggunakan sebelah tangan sahaja semasa pertandingan, tangan kiri atau tangan kanan.
-
Buah dam yang disentuh hendaklah digerakkan.
-
Permainan tangkap ‘PLUS’ dibenarkan.
-
Makan buah dam sama banyak, buah aji atau buah anak adalah terbuka pilihan pemain.
-
Masa berfikir setiap pergerakan buah dam dihadkan selama 10 saat sahaja.
-
Pemain tidak dibenarkan mengganggu pihak lawan dengan kata-kata ataupun tingkahlaku.
-
c. Undang-undang Permainan/ Perlawanan Pertandingan format kalah mati.
-
Pemain hanya diberi masa 30mint sahaja.
-
Setiap perlawanan akan bermain 1 papan sahaja.
-
Kiraan buah dam akan dikira berdasarkan ‘Buah anak’ -1 mata ‘Buah aji’ – 2 Mata.
-
Pemain yang mempunyai buah dam lebih akan dikira pemenang setelah masa yang diberikan tamat.
-
Jumlah mata adalah berdasarkan kutipan mata untuk semua peserta di dalam kumpulan.
-
Jika kiraan buah dam sama banyak maka undian / lambungan syiling akan dilakukan bagi menentukan pemenang.
-
Sekiranya pemain / peserta gagal hadirkan diri dalam masa 5 minit setelah namanya dipanggil, maka kemenangan percuma akan diberikan pada pihak lawan.
-
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan diri serta harta benda peserta / pemain semasa pertandingan ini dijalankan.
-
Pihak penganjur berhak menukar mana-mana peraturan jika difikirkan perlu dan semua keputusan penganjur adalah muktamad
4. SEPAK BULU AYAM a.
-
Peserta 1 peserta lelaki bagi setiap pasukan
b. Cara Permainan Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terlebih dahulu bagi menentukan giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu.
-
Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.
-
Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.
-
Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.
5. GALAH PANJANG a.
-
Peserta 8 peserta lelaki bagi setiap pasukan
b. Cara permainan Gelanggang galah panjang di lakar di atas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
-
Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.
-
Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang.
-
Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.
-
Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.
-
Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
-
Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.
-
-
c. Syarat Permainan Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh
KEMENTERIAN PELANCONGAN & KEBUDAYAAN MALAYSIA
BORANG PENYERTAAN PERMAINAN TRADISIONAL HARI KELUARGA KPK 2014 (1/2) NAMA PASUKAN :…………………………………………….. ACARA : CONGKAK (BERPASUKAN – 3 ORANG) BIL NAMA NO.KAD PENGENALAN
NAMA KETUA PASUKAN :
BAHAGIAN/ AGENSI
NO. TELEFON (HP):
___________________________________________________________________________ ACARA : BATU SEREMBAN (BERPASUKAN – 2 ORANG) BIL NAMA NO.KAD PENGENALAN
NAMA KETUA PASUKAN :
BAHAGIAN/ AGENSI
NO. TELEFON (HP):
___________________________________________________________________________ ACARA : DAM AJI (BERPASUKAN – 4 ORANG) BIL
NAMA
NAMA KETUA PASUKAN :
NO.KAD PENGENALAN
BAHAGIAN/ AGENSI
NO. TELEFON (HP):
__________________________________________________________________________
KEMENTERIAN PELANCONGAN & KEBUDAYAAN MALAYSIA
BORANG PENYERTAAN PERMAINAN TRADISIONAL HARI KELUARGA KPK 2014 (2/2) NAMA PASUKAN :……………………………………………..
ACARA : SEPAK BULU AYAM (BERPASUKAN – 1 ORANG) BIL
NAMA
NO.KAD PENGENALAN
NAMA KETUA PASUKAN :
BAHAGIAN/ AGENSI
NO. TELEFON (HP):
___________________________________________________________________________ ACARA : GALAH PANJANG (BERPASUKAN – 8 ORANG) BIL
NAMA
NAMA KETUA PASUKAN :
NO.KAD PENGENALAN
BAHAGIAN/ AGENSI
NO. TELEFON (HP):