PERJANJIAN BERSAMA KE-7 ANTARA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) DENGAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB BERHAD (KPPKTMB) 1 JANUARI 2013 HINGGA 31 DISEMBER 2015
ISI KANDUNGAN ARTIKEL
PERKARA
MUKASURAT
BAHAGIAN I PERUNTUKAN AM 1
Tajuk
5
2
Pihak-Pihak Dalam Perjanjian
5
3
Prakata
5
4
Tarikh Kuatkuasa, Tempoh Dan Perlaksanaan
6
5
Pengubahsuaian Dan Pindaan
7
6
Perundangan
7
7
Tafsiran Dan Timbangtaraan
7
8
Pemakaian Perjanjian
8
9
Takrif
8
10
Prosedur Rungutan Am
11
BAHAGIAN II PERHUBUNGAN SYARIKAT - KESATUAN 11
Bidang Kuasa Perjanjian
14
12
Pengiktirafan Syarikat
14
13
Pengiktirafan Kesatuan
14
14
Kutipan Yuran Kesatuan
15
15
Cuti Atas Urusan Kesatuan Sekerja
15
BAHAGIAN III TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN 16
Perlantikan
16
17
Tempoh Percubaan
17
18
Tarikh Perlantikan
17
19
Penetapan Gaji Permulaan
18
20
Kenaikan Gaji
18 1
21
Pelarasan Gaji
18
22
Produktiviti
19
23
Kenaikan Pangkat
19
24
Waktu Bekerja
20
25
Kerja Lebih Masa
21
26
Notis Penamatan Perkhidmatan/Notis Berhenti Kerja
22
27
Penamatan Atas Sebab Kesihatan
23
28
Umur Persaraan
24
29
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
24
30
Kelakuan Dan Tatatertib
25
31
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
29
32
Pertukaran
29
33
Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
29
34
Hari Rehat
30
35
Hari Kelepasan Am
30
36
Cuti Tahunan
31
37
Cuti Bersalin
32
38
Cuti Kecemasan
33
39
Cuti Sakit
33
40
Cuti Tanpa Gaji
35
41
Cuti Belajar
36
42
Cuti Haji
36
43
Cuti Tanpa Rekod
37
44
Cuti Untuk Menduduki Peperiksaan
37
45
Cuti Ehsan
38
46
Cuti Isteri Bersalin
38
2
47
Cuti Kuarantin
38
48
Cuti Tahunan Setengah Hari
39
49
Elaun Semasa Bertugas Di Luar Pejabat
39
50
Elaun Semasa Bertugas Di Luar Negara
42
51
Elaun Pakaian Panas
44
52
Elaun Dan Bayaran Perpindahan
45
53
Elaun Dan Kemudahan Bagi Pekerja Yang Berkhidmat di Singapura
45
54
Bonus Pelansir
46
55
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
47
56
Elaun Hitungan Kilometer Perjalanan
47
57
Elaun Memangku
48
58
Elaun Pemandu Lokomotif dan Pemandu Lokomotif Rendah
49
59
Elaun Malam
49
60
Faedah Perubatan
50
61
Ganjaran Persaraan
54
62
Faedah Penamatan Perkhidmatan/Pengurangan Pekerja
55
63
Faedah Kematian
56
64
Faedah Persaraan Kerana Hilang Upaya
56
65
Elaun Gantian Masa Makan
57
66
Faedah Pas Percuma/Pas Bertugas Dan Pesanan Tiket Istimewa
57
67
Rumah Kediaman Syarikat
58
68
Hadiah Perkhidmatan Lama
58
69
Polisi Insurans Hayat Berkelompok
59
70
Pakaian Seragam
59
71
Bonus
59
72
Prestasi Kerja Cemerlang
60
73
Bantuan Guaman
60 3
74
Faedah Mengurus Jenazah
60
75
Insentif Pekerja Wanita
60
76
Pinjaman Perumahan
61
77
Pinjaman Kenderaan
61
78
Pinjaman Pembelian Komputer
61
79
Elaun Pemandu EMU
62
80
Elaun Mengajar
62
81
Tabung Kebajikan Pekerja
62
82
Biasiswa
63
SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN UNTUK PEKERJA TREN KTMB
64
PERATURAN-PERATURAN UNTUK PEKERJA TREN
69
Lampiran I Skala Gaji Baru
77
Lampiran II Kadar Elaun Makan, Panduan Sewa Hotel Dan Elaun Lojing Semasa Bertugas Rasmi Di Luar Negara
78
Lampiran III Borang Rungutan
81
Tandatangan Pihak-Pihak Perjanjian
85
Tandatangan Ahli-Ahli Perunding Perjanjian Bersama
86
4
BAHAGIAN I PERUNTUKAN AM ARTIKEL 1
TAJUK
Perjanjian ini disebut sebagai PERJANJIAN BERSAMA ANTARA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) DENGAN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KPPKTMB) (kemudian daripada ini disebut sebagai (“Perjanjian Bersama”).
ARTIKEL 2
PIHAK- PIHAK DALAM PERJANJIAN
2.1
Tarikh perjanjian ditandatangani pada 27 Januari 2014 antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sebuah Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965, (No. Pendaftaran 225943-T) dengan pejabat berdaftarnya di Ibu Pejabat Korporat, Jalan Sultan Hishamuddin, 50621 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut “Syarikat”) di satu pihak dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) sebuah Kesatuan Sekerja yang berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959, dengan ibu pejabat berdaftarnya di No. 9A, Tingkat Satu, Bangunan Tong Nam, Jalan Travers, 50470 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut ’Kesatuan’) di pihak yang satu lagi.
ARTIKEL 3
PRAKATA
3.1
Objektif Perjanjian ini adalah bagi menentukan wujudnya keharmonian perusahaan dengan cara menyediakan hubungan ekonomi dan sosial yang memberi faedah kepada kedua-dua pihak dalam hal-hal yang bersangkutan dengan Syarat-syarat Perkhidmatan
5
pekerja-pekerja yang diwakili oleh Kesatuan, menyatakan hak dan tanggungjawab Syarikat dan pekerja-pekerjanya, Kesatuan dan ahli-ahlinya, dan menyediakan satu cara yang teratur dan berkesan bagi menyelesaikan salah faham atau kemusykilan dalam tempoh Perjanjian ini berkuatkuasa.
3.2
Peruntukan di dalam Perjanjian ini telah diterima sepenuhnya oleh pihak Kesatuan dan Syarikat sebagai penyelesaian yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak berkaitan terma dan syarat perkhidmatan.
ARTIKEL 4
TARIKH KUATKUASA, TEMPOH DAN PERLAKSANAAN
4.1
Perjanjian ini hendaklah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013 dan akan terus berkuatkuasa untuk tempoh tiga (3) tahun yang tamat pada 31 Disember 2015 dan selepas itu sehingga dibatalkan oleh satu Perjanjian baru.
4.2
Salah satu pihak boleh memberi kepada pihak yang satu lagi notis bertulis tiga (3) bulan untuk merundingkan satu perjanjian baru, tetapi notis tersebut tidak boleh diberi sebelum 1 Oktober 2015. Pihak yang memberi notis hendaklah juga mengemukakan syor-syor mengenai terma-terma dan syarat-syarat bekerja untuk dirundingkan. Terma-terma dan Syarat-syarat Perjanjian ini akan terus berkuatkuasa sehingga digantikan oleh termaterma baru yang dipersetujui di antara kedua-dua pihak atau ditetapkan oleh Mahkamah Perusahaan.
4.3
Tarikh kuatkuasa pelarasan gaji pokok, Elaun Kawasan dan lain-lain elaun adalah pada 1 Januari 2013. Manakala tarikh kuatkuasa kadar baru bayaran kerja lebih masa, elaun dan faedah adalah pada 1 Januari 2013.
6
ARTIKEL 5
PENGUBAHSUAIAN DAN PINDAAN
5.1
Dalam tempoh Perjanjian ini, Syarikat dan Kesatuan tidak boleh mengubah, mengubahsuai, mengganti, atau menambah mana-mana terma dengan apa cara jua, kecuali dengan persetujuan bersama atau dengan kuatkuasa undang-undang.
5.2
Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju mengubah mana-mana Terma Perjanjian ini, kedua pihak hendaklah bertemu untuk membincangkan pindaan-pindaan tersebut.
5.3
Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju mengubah mana-mana Terma Perjanjian ini, kedua-dua pihak hendaklah secara bersama mengemukakan perubahan Terma-Terma Perjanjian ini kepada Mahkamah Perusahaan untuk maklumannya dalam tempoh sebulan dari tarikh persetujuan dicapai mengenai perubahan tersebut.
ARTIKEL 6
PERUNDANGAN
6.1
Sekiranya sebarang perundangan baru mengganti, mengubah, memansuh atau menambah mana-mana peruntukan Perjanjian ini maka peruntukan-peruntukan yang berkenaan di dalam Perjanjian ini adalah dianggap dipinda dengan sewajarnya. Bagaimanapun, jika faedah-faedah yang terkandung di dalam Perjanjian ini lebih baik, maka ianya akan terus dikuatkuasakan jika dibenarkan oleh undang-undang.
ARTIKEL 7
TAFSIRAN DAN TIMBANGTARAAN
7.1
Syarikat akan memberi semua pekerja satu salinan Perjanjian ini.
7.2
Sebarang pertikaian berhubung dengan tafsiran atau perlaksanaan Perjanjian ini hendaklah, kecuali diselesaikan melalui rundingan antara Syarikat dengan Kesatuan, 7
dirujukkan kepada Mahkamah Perusahaan menurut peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
ARTIKEL 8
PEMAKAIAN PERJANJIAN
8.1
Perjanjian ini adalah terpakai kepada pekerja yang masih dalam perkhidmatan pada atau selepas tarikh Perjanjian ini dikuatkuasakan.
ARTIKEL 9
TAKRIF
9.1
Di dalam Perjanjian ini, kecuali disebut sebaliknya, takrif-takrif berikut adalah diterimapakai :-
a)
Hari
Adalah seperti yang ditakrifkan di dalam Akta Kerja 1955. b)
Pekerja
Ertinya semua pekerja yang dilantik secara tetap untuk berkhidmat dengan Syarikat di bawah satu Kontrak Perkhidmatan dan yang termasuk di dalam bidang kuasa Perjanjian ini. c)
Keluarga Pekerja
Ertinya bagi pekerja lelaki, isteri-isteri yang sah dan anak-anaknya dan bagi pekerja perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan di dalam perjanjian ini tentang tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat bagi keluarga seorang pekerja, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pekerja yang berumur di bawah 18 tahun dan juga anak-anak 8
yang masih bersekolah di institusi-institusi pengajian tinggi, tetapi tidak melebihi 23 tahun. Walau bagaimanapun, anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak akan dipakai.
Balu pekerja adalah layak mendapat faedah perubatan untuk tempoh selama 3 tahun daripada tarikh kematian pekerja atau sehingga berkahwin semula, yang mana terdahulu. Istilah “anak” akan termasuk juga anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang.
d)
Markas
Ertinya jarak yang ditetapkan di bawah ini yang dikira dari satu tempat di mana pekerja melaporkan diri untuk bertugas, termasuk pejabat, bengkel, depoh dan stesen.
i)
Mengikut jalan biasa, sejauh dua puluh lima (25) kilometer.
ii)
Enam belas (16) kilometer jika boleh dihubungi oleh jalan tanah merah yang boleh dilalui oleh kenderaan bermotor.
iii) e)
Lapan (8) kilometer jika boleh dihubungi oleh jalan basikal atau sungai.
Klinik Panel Ertinya sebuah klinik perubatan yang dilantik oleh Syarikat sebagai “Klinik Panel” dan nama firma tercatat dalam senarai “Klinik Panel” Syarikat dan dimaklumkan kepada semua pekerja Syarikat dari masa ke semasa.
f)
Pesara
Ertinya bekas pekerja KTM atau KTM Berhad yang telah bersara. g)
Hari Rehat
Adalah seperti yang ditakrifkan dalam Akta Kerja 1955.
9
h)
Pekerja Syif Ertinya pekerja yang menjalankan kerja yang mana bentuk pengendaliannya memerlukannya dijalankan secara berterusan, mana-mana yang berkenaan dalam dua giliran atau lebih.
i)
Kerja Syif
Ertinya kerja yang mana bentuk pengendaliannya memerlukannya dijalankan secara berterusan , mana-mana yang berkenaan dalam dua giliran atau lebih.
j)
Gaji
Ertinya gaji pokok bulanan tidak termasuk elaun. k)
Tempoh Perkhidmatan
Ertinya tempoh perkhidmatan dengan syarikat yang dikira mengikut tahun dan bulan bagi tujuan pengiraan Faedah Penamatan Perkhidmatan atau Persaraan. Bagi tempoh sebulan perkhidmatan adalah dikira sebagai satu perduabelas (1/12) dari satu tahun perkhidmatan, bagi perkhidmatan lima belas (15) hari atau lebih adalah dikira sebulan dan bagi perkhidmatan yang kurang daripada lima belas (15) hari tidak akan diambil kira. l)
KTMB
Ertinya Keretapi Tanah Melayu Berhad m)
KTM
Ertinya Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu.
n)
Pekerja Bukan Eksekutif
Ertinya Pekerja yang tidak diklasifikasikan dalam kategori Eksekutif.
10
ARTIKEL 10
PROSEDUR RUNGUTAN AM
10.1
Rungutan adalah ditakrif sebagai satu aduan yang dikemukakan oleh pekerja kepada penyelianya yang terdekat tetapi telah gagal mendapat penyelesaian berhubung dengan masalah kerjayanya.
10.2
Apa-apa rungutan yang wujud antara kakitangan dan Syarikat hendaklah diselesaikan dengan secara adil dan secepat mungkin. Setiap rungutan hendaklah diproses mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan di bawah bagi mengekalkan hubungan baik antara kedua pihak.
10.3
Tatacara Mengemukakan Rungutan
a)
Tatacara bagi pekerja mengemukakan rungutan yang berkaitan dengan kerja adalah seperti berikut:-
(i)
PERINGKAT PERTAMA:
Sekiranya pekerja mempunyai rungutan beliau hendaklah berbincang dengan penyelianya yang terdekat dalam tempoh masa lima (5) hari kerja daripada tarikh rungutan itu timbul. Penyelia hendaklah mengambil segala daya usaha untuk menyelesaikan rungutan tersebut dalam tempoh tiga (3) hari kerja dari tempoh menerima rungutan. (ii)
PERINGKAT KEDUA
Jika rungutan tersebut tidak juga dapat diselesaikan, pekerja berkenaan hendaklah
mengemukakan
rungutannya
secara
bertulis
dengan
menggunakan BORANG RUNGUTAN kepada Ketua Unit beliau dalam tempoh masa tiga (3) hari kerja selepas tamatnya tempoh peringkat pertama. Untuk tujuan ini beliau boleh, jika ia mahu, diwakili oleh Pihak Kesatuan. Ketua Unit hendaklah mengambil segala daya usaha untuk menyelesaikan rungutan tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari kerja dari tarikh menerima rungutan. 11
(iii)
PERINGKAT KETIGA
Jika pekerja masih tidak berpuashati dengan keputusan yang diberi oleh Ketua Unit beliau dalam tempoh masa tiga (3) hari kerja dari tamat tempoh peringkat kedua, pekerja boleh mengemukakan kepada pejabat Sumber Manusia Ibu Pejabat.
Sumber Manusia Ibu Pejabat hendaklah mengambil daya usaha untuk menyelesaikan rungutan itu dalam tempoh empat belas (14) hari kerja daripada tarikh penerimaan Borang Rungutan berkenaan.
Jika rungutan yang dikemukakan oleh pekerja tidak dapat diselesaikan oleh pejabat Sumber Manusia Ibu Pejabat selepas tamat tempoh yang dinyatakan di peringkat ketiga, pertikaian dianggap telah bermula. Notis secara bertulis hendaklah diberi oleh kedua-dua pihak yang terlibat untuk penyelesaian di peringkat Ibu Pejabat.
Perbincangan di antara Syarikat dan Kesatuan hendaklah diadakan tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas notis dikeluarkan. Penyelesaian kepada rungutan tersebut hendaklah dicapai dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh mesyuarat berkenaan diadakan.
Kedua-dua pihak boleh mengadakan seberapa banyak perbincangan yang difikirkan perlu dan hendaklah menandatangani dan menyimpan minit mesyuarat secara bersama sebaik sahaja mesyuarat selesai.
Wakil Hal Ehwal Pekerja Ibu Pejabat/Kawasan berkenaan serta wakil Kesatuan Ibu Pejabat/Kawasan bolehlah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat bagi tujuan penyelesaian di peringkat ini.
Tanpa mengambil kira peruntukan-peruntukan lain dalam artikel kecil a (iii) ini, sekiranya aduan/rungutan berkenaan memerlukan keputusan segera, rungutan tersebut bolehlah dirujuk terus kepada ‘Standing Committee’.
12
(iv)
PERINGKAT KEEMPAT
Di mana pertikaian tersebut masih tidak dapat diselesaikan diperingkat ketiga, ianya boleh dirujuk secara bertulis oleh salah satu pihak kepada “Standing Committee” yang diwakili oleh Kesatuan dan Syarikat dalam tempoh masa tiga (3) hari kerja dari tarikh tamat peringkat ketiga. “Standing Committee” hendaklah mengambil segala daya usaha untuk menyelesaikan rungutan tersebut dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh tamat penerimaan surat.
(v)
PERINGKAT KELIMA
Jika tiada persetujuan dicapai dalam tempoh empat belas (14) hari kerja selepas ia dikemukakan ke “Standing Committee” pertikaian ini bolehlah dirujuk kepada Kementerian Sumber Manusia (Jabatan Buruh) untuk satu penyelesaian.
10.4
Pekerja tidak boleh mengambil apa-apa tindakan sepanjang tempoh rungutan/pertikaian sedang diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan di atas.
10.5
Pekerja hendaklah terus menjalankan tugas-tugasnya sebagaimana yang diarahkan oleh ketuanya walaupun tugas itu berkaitan dengan rungutan/pertikaian yang telah dikemukakan dan sedang dicari penyelesaian, maka pekerja tersebut dianggap menjalankan tugas dengan protes sehingga rungutan/pertikaian tersebut diselesaikan.
10.6
Sekiranya pada sesuatu masa rungutan/pertikaian itu tidak dirujukkan ke peringkat yang lebih tinggi oleh pekerja atau wakilnya atau sekiranya beliau atau wakilnya gagal menghadiri sebarang perjumpaan yang diaturkan berhubung dengan rungutan/pertikaian tersebut di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan pada setiap peringkat maka rungutan/pertikaian tersebut akan dianggap telah diselesaikan.
13
BAHAGIAN II PERHUBUNGAN SYARIKAT - KESATUAN
ARTIKEL 11
BIDANGKUASA PERJANJIAN
11.1
Perjanjian ini akan terikat kepada Syarikat dan semua pekerja dalam jawatan-jawatan yang diwakili oleh Kesatuan dan diiktiraf oleh Syarikat, kecuali pekerja-pekerja yang diambil bekerja dalam kategori berikut :
a)
Pengurusan
b)
Eksekutif
ARTIKEL 12
PENGIKTIRAFAN SYARIKAT
12.1
Kesatuan mengiktiraf hak Syarikat untuk mengendali dan menguruskan perniagaannya dari semua segi dan memberi jaminan kepada Syarikat bahawa semua ahlinya akan setia bekerjasama dalam usaha mencapai kemajuan di dalam perniagaan Syarikat. Bagaimanapun,
Syarikat
dalam
melaksanakan
haknya
untuk
menguruskan
perniagaannya tidak harus melanggar mana-mana tanggungjawabnya di bawah Terma dan Syarat Perjanjian ini dan skim perkhidmatan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
ARTIKEL 13
PENGIKTIRAFAN KESATUAN
13.1
Syarikat mengiktiraf Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad sebagai badan perundingan tunggal untuk mengemukakan cadangan bagi pihak ahlinya di dalam
14
bidangkuasa representasi Kesatuan.
13.2
Cawangan-cawangan Kesatuan hendaklah diiktiraf sebagai sebuah badan di peringkat cawangan dan boleh mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan isu-isu tempatan.
ARTIKEL 14
KUTIPAN YURAN KESATUAN
14.1
Syarikat bersedia membantu mengutip yuran keahlian bulanan melalui potongan bulanan daripada gaji ahli, Syarikat tidak boleh menahan potongan yuran keahlian tanpa mendapat makluman daripada Kesatuan.
ARTIKEL 15
CUTI ATAS URUSAN KESATUAN SEKERJA
15.1
Cuti atas urusan Kesatuan Sekerja adalah mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
15
BAHAGIAN III TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
ARTIKEL 16
PERLANTIKAN
16.1
Calon untuk lantikan ke dalam perkhidmatan Syarikat mestilah warganegara Malaysia.
16.2
Calon bukan warganegara yang diperlukan oleh Syarikat atau sebab ketiadaan caloncalon warganegara yang berkelayakan dalam tugas-tugas tertentu, atau dalam jawatan tertentu hanya boleh dilantik secara kontrak atau sementara.
16.3
Syarikat akan melantik mana-mana calon yang mempunyai kelayakan sepertimana yang ditetapkan oleh Syarikat dari masa ke semasa dan memenuhi syarat-syarat berikut:-
16.3.1
Lulus ujian kelayakan atau temuduga yang ditetapkan oleh Syarikat.
16.3.2
Lulus sepenuhnya pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Panel atau Doktor Kerajaan.
16.3.3
Mengesahkan dengan bertulis yang beliau faham dan bersetuju mematuhi Terma dan Syarat Perkhidmatan.
16.4
Kekosongan jawatan yang hendak diisi sama ada dari pekerja yang sedang berkhidmat atau tidak hendaklah terlebih dahulu diiklankan oleh Syarikat.
16.5
Terma dan syarat-syarat perkhidmatan untuk perlantikan di artikel ini akan ditetapkan oleh Syarikat.
16
ARTIKEL 17
TEMPOH PERCUBAAN
17.1
Calon yang dilantik buat pertama kalinya oleh Syarikat dikehendaki menjalani tempoh percubaan tidak melebihi enam (6) bulan mulai dari tarikh pekerja melapor diri untuk bertugas. Walau bagaimanapun, atas budibicaranya, Syarikat boleh memutuskan untuk melanjutkan tempoh percubaan pekerja dengan syarat tempoh percubaan tersebut bersama dengan tempoh yang dilanjutkan tidak melebihi sembilan (9) bulan. Dalam hal ini, Syarikat akan memberitahu pekerja yang berkenaan akan lanjutan tempoh percubaannya dengan cara bertulis.
17.2
Pekerja yang telah menyempurnakan tempoh percubaan selama enam (6) bulan akan disahkan dalam jawatannya hanya setelah diberitahu secara bertulis oleh Syarikat.
17.3
Dalam tempoh percubaan dan tempoh lanjutan percubaan itu mana-mana pihak boleh menamatkan perkhidmatan dengan memberi empat belas (14) hari notis secara bertulis atau bayaran empat belas (14) hari gaji sebagai ganti notis.
17.4
Hanya pekerja yang telah menamatkan tempoh percubaan dengan memuaskan akan disahkan dalam jawatannya oleh Syarikat.
17.5
Pekerja yang tidak dapat menunjukkan prestasi kerja dan tatakelakuan yang memuaskan dalam tempoh tersebut boleh ditamatkan perkhidmatannya.
ARTIKEL 18
TARIKH PERLANTIKAN
18.1
Tarikh perlantikan pekerja baru ialah pada tarikh pekerja itu melapor diri bertugas. Syarat ini dimaksudkan juga bagi pekerja yang sedang berkhidmat yang telah dilantik ke satu jawatan baru yang berlainan.
17
ARTIKEL 19
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
19.1
Syarikat atas budi bicaranya berhak menentukan tahap gaji permulaan yang berlainan daripada gaji minima gred jawatannya.
ARTIKEL 20
KENAIKAN GAJI
20.1
Syarikat atas budibicaranya berhak menetapkan tempoh yang perlu diambilkira untuk memastikan kenaikan gaji pekerja yang layak menerimanya dengan syarat pekerja itu telah berkhidmat dengan memuaskan sepanjang tempoh yang ditentukan.
20.2
Syarikat atas budibicaranya boleh memberi kenaikan gaji merit kepada pekerja yang menunjukkan kebolehan yang cemerlang.
ARTIKEL 21
PELARASAN GAJI
21.1
Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013 setiap pekerja akan diberi pelarasan gaji sebanyak tiga belas peratus (13%) hingga dua puluh satu perpuluhan tiga peratus (21.3%) kepada pekerja dalam gred 9 hingga 12 dan kadar 21.3% hanya bagi pekerja yang bergaji RM742. Pelarasan mengikut kadar diatas adalah secara “Across The Board” di atas gaji pokok terakhir pada 31 Disember 2012 dan digenapkan kepada ringgit teratas yang terdekat, tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan.
Pelarasan gaji ini akan dibuat mengikut formula seperti berikut:
Gaji ( pada 31.12.2012 ) x 13% bagi gred 9 hingga 12 Gaji ( pada 31.12.2012 ) x 21.3% bagi pekerja bergaji RM742
18
ARTIKEL 22
PRODUKTIVITI 22.1
Dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti, Syarikat dan Kesatuan akan memelihara kecekapan dan daya pengeluaran yang tinggi serta mengadakan aktiviti-aktiviti kualiti, produktiviti dan kemahiran pekerja ke arah mencapai matlamat tersebut.
22.2
Pihak Kesatuan dan Syarikat hendaklah mengambil langkah positif menyokong programprogram peningkatan kualiti, produktiviti dan pemantapan disiplin di kalangan pekerja ke arah pencapaian matlamat di atas.
ARTIKEL 23
KENAIKAN PANGKAT
23.1
Syarikat mengamalkan dasar memberi keutamaan kepada pekerja yang pada pendapat Syarikat adalah sesuai dan sedang berkhidmat di gred yang lebih rendah untuk mengisi kekosongan di gred yang lebih tinggi. Sekiranya didapati tiada pekerja yang bersesuaian, pihak Syarikat boleh mengambil calon-calon dari luar organisasi melalui lantikan.
23.2
Pekerja yang dipilih untuk dinaikkan pangkat ke gred jawatan yang lebih tinggi dikehendaki menjalani satu tempoh percubaan yang tidak melebihi enam (6) bulan dalam gred jawatan yang lebih tinggi itu.
23.3
Pekerja yang telah menjalani tempoh percubaan dalam gred jawatan kenaikan pangkatnya dengan memuaskan akan disahkan ke dalam gred jawatan kenaikan pangkatnya bermula dari tarikh beliau menjalankan tempoh percubaan itu.
23.4
Pekerja yang tidak disahkan kenaikan pangkatnya dalam gred jawatan yang lebih tinggi itu akan ditempatkan kembali ke gred jawatan asal atau mana-mana gred yang setaraf dengan gred jawatan asalnya dan dengan gaji asalnya tanpa menjejaskan peluang kenaikan pangkat di masa hadapan.
19
ARTIKEL 24
WAKTU BEKERJA
24.1
Waktu Bekerja Pejabat
24.1.1 Waktu bekerja biasa bagi pekerja Syarikat adalah seperti berikut :-
i)
Di negeri-negeri di mana hari Sabtu dan Ahad adalah hari cuti mingguan, waktu bekerja pejabat adalah :
Isnin hingga Jumaat
8.30 pagi hingga 5.30 petang
Waktu Makan (Kecuali
1.00 tengahari hingga 2.00 petang
Hari Jumaat)
Waktu Makan pada
12.30 tengahari hingga 2.45 petang
Hari Jumaat
ii)
Di negeri-negeri di mana hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti mingguan, waktu bekerja pejabat adalah :
24.2
Ahad hingga Khamis
8.30 pagi hingga 5.20 petang
Waktu Makan
1.00 tengahari hingga 2.00 petang
Waktu Bekerja Bukan Pejabat.
24.2.1 Pekerjaan dalam seminggu hendaklah mengandungi Lima (5) masa bekerja iaitu terdiri dari lima (5) masa bekerja sebanyak sembilan (9) jam sekali. Waktu rehat untuk makan akan diberi sebanyak satu (1) jam semasa dalam waktu bekerja sembilan (9) jam. Pekerja hendaklah diberi dua (2) hari dalam seminggu sebagai hari rehat. Bagi perkhidmatan yang tertakluk kepada waktu bekerja bukan pejabat jumlah masa bekerja ialah empat puluh lima (45) jam seminggu atau empat puluh (40) jam seminggu tidak termasuk waktu makan.
20
24.3
Waktu Bekerja Syif
24.3.1 Adalah seperti yang ditakrifkan dalam Akta Kerja 1955. 24.4
Waktu Perjalanan Dari Markas Ke Tempat Kerja
24.4.1 Pekerja yang dikehendaki oleh Syarikat untuk menjalankan tugas hakikinya di luar markas, maka waktu perjalanan dari markas ke tempat kerja hendaklah dianggap sebagai waktu bermula kerja pada hari tersebut. Sekiranya pekerja itu dikehendaki meneruskan kerjanya melebihi jumlah jam kerja biasa, maka beliau layak menuntut bayaran lebih masa.
ARTIKEL 25
KERJA LEBIH MASA
25.1
Kerja lebih masa ditakrifkan sebagai kerja yang diminta oleh Syarikat untuk dijalankan oleh pekerja lebih daripada jumlah masa kerja hariannya yang biasa. Keperluan untuk bekerja lebih masa ini tidak seharusnya ditolak oleh pekerja.
25.2
Pekerja yang diarah bertugas melebihi waktu bekerja biasa pada hari kerja biasa, hari rehat dan Hari Kelepasan Am layak dibayar elaun lebih masa.
25.3
Kelayakan bayaran lebih masa adalah mengikut Akta Kerja 1955 tetapi sekiranya kakitangan diperlukan hadir semula untuk melaksanakan tugas selepas menamatkan waktu kerja biasa, kakitangan hendaklah dibayar kadar tetap RM30.00 untuk setiap kegelinciran/insiden. (i)
Hari Bekerja Biasa
Masa kerja lebih masa
Kadar bayaran lebih masa
Jumlah jam selepas waktu kerja biasa
Jumlah jam lebih masa x (1.5 x gaji sejam)
21
(ii)
Hari Rehat
Masa kerja lebih masa
Kadar bayaran lebih masa
Jumlah jam bekerja kurang daripada ½ x gaji sehari separuh jumlah jam kerja biasa Jumlah jam bekerja melebihi separuh, 1 x gaji sehari tetapi kurang daripada jumlah jam kerja hari biasa Jumlah jam bekerja melebihi daripada Jumlah jam lebih masa x (2 x gaji sejam) jumlah jam kerja hari biasa
(iii)
Hari Kelepasan Am
Masa kerja lebih masa
Kadar bayaran lebih masa
Kerja yang dilakukan tidak melebihi 2 x gaji sehari jumlah jam kerja biasa Kerja yang dilakukan melebihi jam kerja Jumlah jam lebih masa x (3 x gaji sejam) biasa
ARTIKEL 26
NOTIS PENAMATAN PERKHIDMATAN / NOTIS BERHENTI KERJA
26.1
Bagi pekerja yang telah disahkan dalam jawatan, mana-mana pihak boleh menamatkan perkhidmatan dengan memberi satu (1) bulan notis atau sebagai ganti membayar satu (1) bulan gaji pokok.
26.2
Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan dengan serta merta mana-mana pekerja yang telah dilantik didapati menyembunyikan apa-apa maklumat mengenai kesihatannya dalam borang pemeriksaan doktor atau memberi maklumat palsu semasa memohon pekerjaan. Pekerja ini juga adalah tidak layak dibayar apa-apa faedah pemberhentian atau penamatan perkhidmatan. 22
ARTIKEL 27
PENAMATAN ATAS SEBAB KESIHATAN
27.1
Syarikat
boleh merujuk
pekerja kepada
Lembaga Perubatan Kerajaan
untuk
pemeriksaan kesihatan bagi menentukan sama ada pekerja berkenaan boleh terus berkhidmat dengan Syarikat atau ditamatkan perkhidmatannya atas sebab-sebab kesihatan dalam keadaan seperti berikut :-
(i)
Tiada harapan menjadi sihat untuk bertugas semula dalam jawatan hakiki dan lain-lain jawatan dalam Syarikat.
(ii)
Tiada sihat setelah menghabiskan ke semua cuti sakit biasanya sepertimana peruntukan di dalam Artikel 39 Perjanjian ini.
(iii)
Kesiuman otak atau kesihatan pekerja diragukan oleh Syarikat.
(iv)
Mendapat kemalangan semasa bertugas dan diberikan cuti bergaji penuh melebihi enam (6) bulan dengan perakuan Doktor Syarikat atau Pegawai Perubatan yang dilantik oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
27.2
Di mana pekerja telah ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab kesihatan, perkhidmatannya akan dianggap seperti telah ditamatkan atas sebab-sebab hilang upaya dan ia adalah layak mendapat faedah-faedah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah faedah persaraan kerana hilang upaya.
23
ARTIKEL 28
UMUR PERSARAAN
28.1
Umur persaraan pilihan dan wajib bagi pekerja Syarikat adalah seperti berikut:-
Pekerja
28.2
Persaraan pilihan
Persaraan wajib
Lelaki
50 tahun
60 tahun
Perempuan
45 tahun
60 tahun
Walau apa jua syarat yang disebutkan di dalam artikel ini, Syarikat mempunyai hak mutlak untuk menawarkan kepada mana-mana pekerja yang sedang berkhidmat dengannya untuk terus berkhidmat melebihi had umur persaraan.
ARTIKEL 29
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
29.1
Syarikat akan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menurut kadar yang ditetapkan oleh Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
29.1.1 Pekerja lantikan sebelum 31 Julai 1997 adalah menurut kadar yang ditetapkan oleh Akta KWSP 1991.
29.2
Kadar sumbangan syarikat bagi Pekerja yang dilantik selepas 31 Julai 1997 adalah seperti berikut:
Kurang 5 tahun perkhidmatan: Mengikut Akta KWSP
5 hingga 10 tahun perkhidmatan: Tambahan 1% potongan majikan
Lebih 10 tahun perkhidmatan: Tambahan 2% potongan majikan
24
ARTIKEL 30
KELAKUAN DAN TATATERTIB
30.1
Tatakelakuan
Pekerja boleh diambil tindakan tatatertib sekiranya didapati melakukan perkara-perkara berikut:
30.1.1 Membelakangkan
kewajipannya
kepada
Syarikat
kerana
kepentingan
persendirian ;
30.1.2 Berkelakuan dengan apa jua cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendirian bercanggah dengan kewajipannya dengan Syarikat ;
30.1.3 Berkelakuan dengan apa jua cara yang menjatuhkan reputasi atau kepercayaan terhadap Syarikat ;
30.1.4 Kurang cekap atau keusahaan ;
30.1.5 Tidak jujur ;
30.1.6 Tidak bertanggungjawab ;
30.1.7 Ingkar perintah ;
30.1.8 Kesusahan berat kerana hutang ;
30.1.9 Melanggar peraturan-peraturan keselamatan dan operasi tren ;
30.1.10 Lain-lain salahlaku. 30.2
Pekerjaan Luar
30.2.1 Pekerja tidak dibenarkan mengambil bahagian secara langsung dalam apa-apa pengurusan atau perjalanan mana-mana institusi, syarikat, firma, koperasi, politik, 25
orang perseorangan atau persendirian bagi tujuan untuk mendapat upah atau komisyen atau memberi apa-apa laporan atau keterangan dengan percuma atau diberi upah atau komisyen kecuali setakat mana pekerja itu dikehendaki dalam menjalankan tugasnya atau telah diberi kuasa dengan nyata dan bertulis untuk berbuat demikian oleh Syarikat.
30.2.2 Pekerja yang ada kepentingan dalam mana-mana syarikat, firma atau perniagaan samada secara langsung atau tidak langsung hendaklah melaporkan kepada Syarikat akan kepentingannya itu.
30.2.3 Apa-apa kebenaran yang telah diberikan di bawah Artikel 30.2 ini boleh ditarik balik oleh Syarikat pada bila-bila masa tanpa memberi apa-apa alasan. 30.3
Penerbitan Buku
30.3.1 Pekerja tidak boleh menerbit atau menulis apa-apa buku, majalah atau lain-lain karya yang berdasarkan maklumat rasmi terperingkat Syarikat melainkan dengan kebenaran bertulis Syarikat.
30.4
Penyataan Awam
30.4.1 Pekerja tidak boleh samada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam mengenai dasar atau keputusan Syarikat melainkan dengan kebenaran bertulis Syarikat. 30.5
Rahsia
30.5.1 Pekerja hendaklah merahsiakan segala transaksi, akaun, maklumat atau manamana aktiviti mengenai Syarikat dan pelanggannya atau mana-mana orang atau syarikat, firma atau organisasi yang ada hubungan dengan pihak Syarikat.
30.5.2 Pekerja hendaklah sepanjang perkhidmatannya dengan Syarikat dan selepasnya menyimpan segala maklumat mengenai semua aktiviti Syarikat dan mereka boleh didakwa sekiranya didapati melanggar peraturan dalam artikel ini.
26
30.5.3 Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pekerja yang didapati telah membocorkan apa-apa rahsia, maklumat, transaksi, akaun atau mana-mana aktiviti mengenai Syarikat kepada sesiapa jua yang tidak berkuasa menerimanya. 30.6
Tanggongjawab Melaporkan Kelakuan Atau Kerja Yang Tidak Memuaskan
30.6.1 Pekerja adalah dipertanggongjawab untuk mengawal dan menyelia semua pekerja di bawahnya. Adalah menjadi kewajipan pekerja untuk melaporkan kepada pegawai atasannya apa jua kes yang pekerja bawahnya lakukan, melanggar mana-mana Terma dan Syarat Perkhidmatan atau mana-mana peraturan Syarikat yang sedang berkuatkuasa. Kegagalan untuk berbuat demikian adalah disifatkan sebagai ia telah melakukan kesalahan kerana tidak cekap dan tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya. 30.7
Tindakan Tatatertib
30.7.1 Pekerja yang tidak mematuhi mana-mana arahan atau peraturan Syarikat yang dikeluarkan dari masa ke semasa atau yang disebutkan di dalam Perjanjian ini boleh dikenakan oleh Syarikat, mana-mana satu atau lebih tindakan tatatertib seperti berikut:
30.7.1.1
Amaran secara bertulis ;
30.7.1.2
Denda
30.7.1.3
Gantung kerja tanpa gaji sehingga tempoh 14 hari ;
30.7.1.4
Berhenti kenaikan gaji ;
30.7.1.5
Turun gaji ;
30.7.1.6
Turun pangkat ;
30.7.1.7
Buang kerja tanpa notis dengan serta-merta.
30.7.2 Untuk tujuan tindakan tatatertib, Syarikat akan mengadakan penyiasatan tatatertib di mana pekerja yang terlibat akan diberitahu secara bertulis mengenai perkara berikut:
30.7.2.1
Tuduhan yang dikenakan ke atasnya ;
30.7.2.2
Masa, tarikh dan tempat siasatan tatatertib di adakan ; 27
30.7.2.3
Wakil bagi pihak diri pekerja yang terlibat (samada pekerja lain dalam Syarikat atau dari Kesatuan).
30.7.3 Untuk tujuan siasatan tatatertib, Syarikat boleh menggantung pekerjaan pekerja untuk satu tempoh yang tidak melebihi empat belas (14) hari di mana pekerja tersebut akan dibayar separuh gaji.
30.7.4 Syarikat akan membayar balik separuh gaji yang ditahan itu sekiranya siasatan tatatertib dalaman tidak menunjukkan pekerja itu melakukan tidak bertatatertib dan tidak dikenakan sebarang hukuman tatatertib.
30.7.5 Dalam tempoh penggantungan kerja, pekerja boleh diarah untuk melaporkan diri di tempat kerjanya bagi membolehkan Syarikat menjalankan siasatan tatatertib.
30.7.6 Sekiranya siasatan tatatertib dalaman tidak dapat diselesaikan dalam masa empat belas (14) hari daripada masa penggantungan jawatan itu, maka pekerja berkenaan tidak perlu melapurkan untuk bertugas sehingga siasatan tatatertib itu selesai. Dalam keadaan ini, tempoh penggantungan selepas empat belas (14) hari pertama itu adalah dengan bergaji penuh sehingga keputusan dibuat.
30.7.7 Tarikh pembuangan kerja pekerja yang dibuang kerja selepas penyiasatan tatatertib yang tidak melebihi tempoh empat belas (14) hari adalah berkuatkuasa pada tarikh pemberitahuan tentang pembuangan itu.
30.7.8 Walau apa jua dinyatakan di atas, sebelum apa-apa siasatan tatatertib diambil terhadap pekerja berkenaan, peluang untuk didengar hendaklah diberi kepada pekerja itu dan keputusan Syarikat selepas peluang tersebut diberi adalah muktamad. 30.8
Siasatan Tatatertib
30.8.1 Bagi tujuan membela diri, pekerja yang dituduh boleh diwakili oleh seorang wakil Kesatuan atau pekerja lain dalam Syarikat atas pilihan sendiri. Wakil tersebut adalah layak mendapat pelepasan.
30.8.2 Pekerja yang dituduh boleh membawa saksi, samada dari dalam Syarikat atau 28
dari luar Syarikat bagi memberi keterangan.
30.9
Kod Amalan Untuk Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja
30.9.1 Syarikat
berusaha
mencegah
dan
membasmi
gangguan
seksual
bagi
mewujudkan satu suasana kerja yang positif dan harmoni.
ARTIKEL 31
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)
31.1
Syarikat akan mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menurut kadar yang ditetapkan oleh Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial 1969.
ARTIKEL 32
PERTUKARAN
32.1
Pekerja adalah tertakluk kepada pertukaran dan ianya adalah atas budibicara mutlak syarikat.
ARTIKEL 33
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
33.1
Syarikat hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan tujuan memberi perlindungan keselamatan industri di tempat kerja mengikut Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan 1994.
29
ARTIKEL 34
HARI REHAT
34.1
Hari Rehat adalah seperti yang ditakrifkan di dalam Akta Kerja 1955.
34.2
Bagi pekerja syif, hari rehat hendaklah merangkumi satu jangka masa yang tidak kurang dari tiga puluh (30) jam. Dalam keadaan di mana pekerja diberi lebih dari satu hari rehat dalam seminggu, hari kedua dari Hari Rehat berkenaan hendaklah dianggap sebagai hari rehat rasmi mingguan.
ARTIKEL 35
HARI KELEPASAN AM
35.1
Semua pekerja akan diberi cuti bergaji penuh pada semua Hari Kelepasan Am dan Hari Kelepasan Am Khas yang diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri di mana pekerja itu bekerja.
35.2
Jika sesuatu Hari Kelepasan Am itu jatuh pada Hari Rehat pekerja itu, hari kerja berikutnya adalah Hari Kelepasan Am / Khas bergaji sebagai menggantinya.
35.3
Sekiranya sesuatu Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari pekerja itu sedang dalam Cuti Tahunan, maka cuti beliau pada hari berkenaan tidak diambilkira.
35.4
Pekerja yang tidak hadir bertugas pada hari kerja sebelum atau selepas satu hari atau lebih Hari Kelepasan Am atau mana-mana hari penggantinya tanpa kebenaran Syarikat terlebih dahulu atau tanpa alasan yang munasabah, tidak akan diberi cuti bergaji untuk satu atau lebih hari cuti itu dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
30
ARTIKEL 36
CUTI TAHUNAN
36.1
Pekerja yang dilantik sebelum 1 Ogos 1992 (tarikh KTM diperbadankan) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) akan diberi Cuti Tahunan (tidak termasuk hari rehat dan cuti am yang diwartakan) secara Khas Untuk Penyandang seperti berikut :
Gred Tempoh perkhidmatan
36.2
9
10, 11, 12
Kurang 10 tahun (KTM dan KTMB)
25 hari
20 hari
10 tahun ke atas (KTM dan KTMB)
30 hari
25 hari
Bagi pekerja yang dilantik pada dan selepas tarikh 1 Ogos 1992 (tarikh KTM diperbadankan) akan diberi Cuti Tahunan (tidak termasuk Hari Rehat dan cuti am yang diwartakan) seperti berikut :-
Gred 9 hingga 12
Tempoh perkhidmatan
36.3
Kurang 5 tahun
14 hari
5 tahun ke atas tetapi kurang 15 tahun
18 hari
15 tahun ke atas
20 hari
Pekerja yang berkhidmat kurang dari satu (1) tahun akan diberi Cuti Tahunan mengikut bahagian tempoh perkhidmatannya yang telah selesai pada tahun itu dan dikira seperti berikut :-
Jumlah cuti tahunan = 1/12 x Kelayakan cuti tahunan x Jumlah bulan perkhidmatan
36.4
Sekiranya terdapat pecahan cuti yang lebih daripada setengah (1/2) hari hendaklah dikira sebagai satu (1) hari. Pecahan yang kurang daripada setengah (1/2) tidak akan diambilkira.
31
36.5
Pekerja dikehendaki menjadual, memohon dan menghabiskan semua Cuti Tahunannya dalam tahun berkenaan. Pekerja yang tidak dapat mengambil Cuti Tahunan setelah memohon bercuti oleh kerana kepentingan perkhidmatan boleh dibenarkan membawa baki cuti ke tahun hadapan. Cuti yang sedemikian apabila tidak dihabiskan dalam tahun yang dibawa ke hadapan itu akan luput.
36.6
Syarikat berhak memanggil balik pekerja yang bercuti atau membatal / menunda cuti yang telah diluluskan pada bila-bila masa jika tugas pekerja berkenaan diperlukan atas kepentingan perkhidmatan Syarikat.
36.7
Pekerja dikehendaki memohon Cuti Tahunannya dan memastikan ianya mendapat kelulusan syarikat terlebih dahulu sebelum bercuti.
36.8
Bagi pekerja yang belum genap setahun perkhidmatan, jumlah Cuti Tahunan yang boleh diambil adalah mengikut kelayakan bulan ke bulan.
ARTIKEL 37
CUTI BERSALIN
37.1
Pekerja wanita akan diberi tempoh Cuti Bersalin bergaji penuh yang terhad kepada 300 hari sepanjang perkhidmatan untuk lima (5) orang anak yang hidup. Gaji penuh ini adalah dikira sebagai elaun bersalin. Pekerja wanita tidak berhak mendapat elaun bersalin ini sekiranya pada masa mengandung ianya mempunyai lima (5) orang anak kandungan yang hidup.
37.2
Tidak hadir bertugas kerana keguguran sebelum minggu ke dua puluh lapan (28) tidak akan dianggap Cuti Bersalin tetapi dikira sebagai cuti sakit biasa.
37.3
Permohonan untuk Cuti Bersalin hendaklah disertakan dengan surat daripada doktor Klinik Panel Syarikat atau doktor Kerajaan atau mana-mana doktor yang berdaftar.
32
ARTIKEL 38
CUTI KECEMASAN
38.1
Atas budibicaranya, Syarikat boleh memberi Cuti Kecemasan atas sebab-sebab yang tidak dijangkakan. Cuti ini akan ditolak dari Cuti Tahunan pekerja tersebut.
ARTIKEL 39
CUTI SAKIT
39.1
Cuti Sakit bermakna “aggregate” cuti dalam jangka masa setahun atas sebab perubatan sama ada diambil sehari, setengah hari ataupun tempoh berpanjangan.
39.2
Pekerja dibenarkan mendapat Cuti Sakit bergaji penuh yang tidak dimasukkan ke hospital untuk jumlah maksimum seperti berikut kecuali cuti sakit yang berpanjangan seperti di para 39.8.
Kurang 5 tahun perkhidmatan
5 tahun perkhidmatan ke atas
20 hari
28 hari
39.3
Cuti sakit yang melebihi had yang dibenarkan tidak akan dibayar gaji.
39.4
Pekerja yang perlu dimasukkan ke hospital kelayakan Cuti Sakit ialah sembilan puluh (90) hari bagi tiap-tiap tahun kalendar, dengan syarat jumlah Cuti Sakit yang telah diambil di artikel 39.2 akan ditolak dari jumlah Cuti Sakit di artikel ini.
39.5
Cuti Sakit hanya akan diberi atas sijil perakuan doktor Klinik Panel atau pihak berkuasa hospital kerajaan atau sijil perakuan daripada Pegawai Perubatan yang berdaftar, sekiranya tiada terdapat Klinik Panel.
39.6
Pekerja yang tidak hadir bekerja kerana sakit tetapi ia tidak memberitahu, atau tidak cuba memberitahu syarikat dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam akan ketidakhadirannya, maka ia adalah dianggap sebagai tidak hadir kerja tanpa alasan yang 33
munasabah dan telah melanggar kontrak perkhidmatan serta boleh ditamatkan perkhidmatannya dengan Syarikat.
39.7
Syarikat atas budibicaranya boleh memberi pekerja yang dimasukkan ke hospital, Cuti Sakit melebihi sembilan puluh (90) hari atas perakuan doktor Klinik Panel atau pihak berkuasa hospital kerajaan dengan syarat bahawa pekerja yang sakit itu dijangka ada harapan untuk sembuh kembali untuk meneruskan perkhidmatannya.
39.8
Atas perakuan doktor Klinik Panel atau pihak berkuasa hospital kerajaan, pekerja yang menghidapi penyakit batuk kering, barah, leukimia atau apa-apa kecederaan/penyakit berpanjangan yang lain yang menyebabkan ia tidak dapat melaksanakan tugasnya, akan diberi cuti sakit tambahan seperti berikut:-
a)
Cuti Sakit bergaji penuh sehingga had maksima enam (6) bulan kalendar berturut-turut.
b)
Diikuti dengan enam (6) bulan kalendar berturut-turut separuh gaji.
c)
Diikuti dengan enam (6) bulan kalendar berturut-turut tanpa gaji.
d)
Pekerja akan ditamatkan perkhidmatannya atas sebab kesihatan apabila habis tempoh cuti sakit tanpa gaji selama enam (6) bulan kalendar seperti tersebut di atas dengan syarat Syarikat meminta nasihat dari Klinik Panel sebelum berbuat demikian.
e)
Cuti Sakit tidak akan diberi kepada pekerja yang menjadi sakit disebabkan kecederaan, kesakitan atau penyakit yang dialami akibat penyertaan pekerja dalam aktiviti haram atau bertentangan dengan undang-undang sama ada di dalam atau di luar Syarikat.
39.9
Pekerja yang dilantik pada atau selepas 1.1.2001 dibenarkan mendapat cuti sakit bergaji penuh yang tidak dimasukkan ke hospital untuk jumplah maksima seperti berikut:
Kurang 5 tahun perkhidmatan
5 tahun perkhidmatan ke atas
18 hari
24 hari
34
ARTIKEL 40
CUTI TANPA GAJI
40.1
Pekerja berjawatan tetap yang telah disahkan dalam jawatan dan telah menggunakan sepenuhnya kelayakan Cuti Tahunannya pada masa itu boleh memohon Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan persendirian di dalam dan luar negara seperti berikut:-
a)
Mengikut isteri atau suami yang bekerja atau berkursus di luar negara untuk tempoh tidak melebihi setahun.
b)
Atas sebab yang difikirkan munasabah oleh Syarikat dengan syarat boleh dilepaskan dan had maksima tidak melebihi 180 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya.
40.2
Kelulusan dan jumlah Cuti Tanpa Gaji yang boleh diluluskan adalah atas budi bicara mutlak Syarikat.
40.3
Syarikat berhak menolak mana-mana permohonan Cuti Tanpa Gaji pekerja atas sebabsebab kepentingan perkhidmatan.
40.4
Tempoh masa yang diambil bagi Cuti Tanpa Gaji tidak akan diambil kira bagi tujuan perkiraan bagi menentukan tempoh perkhidmatan untuk faedah-faedah perkhidmatan.
40.5
Pekerja yang mengambil Cuti Tanpa Gaji adalah tidak layak untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat dalam tempoh Cuti Tanpa Gaji tersebut.
40.6
Cuti Tanpa Gaji berikutnya hanya layak dipohon sekali lagi selepas enam (6) bulan berikutnya.
35
ARTIKEL 41
CUTI BELAJAR
41.1
Syarikat atas budibicara mutlaknya boleh membenarkan pekerja yang telah disahkan dalam jawatan mengambil Cuti Belajar bergaji penuh atau tanpa gaji bagi tempoh masa yang tidak melebihi tiga (3) tahun dengan syarat pekerja mengambil kursus berkaitan dengan kerjayanya dan juga memberi faedah kepada Syarikat.
41.2
Pekerja yang hendak mengambil Cuti Belajar bergaji penuh dikehendaki mengikat perjanjian dengan Syarikat menurut syarat-syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa.
41.3
Pekerja yang diluluskan Cuti Belajar tidak layak mendapat kemudahan Cuti Tahunan bagi tempoh Cuti Belajar berkenaan. Cuti terkumpul dan belum diambil akan luput.
41.4
Pekerja dan keluarganya yang mengambil Cuti Belajar Tanpa Gaji atas pembiayaan sendiri tidak layak menikmati apa-apa faedah perubatan/perumahan yang diperuntukkan oleh Syarikat.
41.5
Tempoh Cuti Belajar Tanpa Gaji tidak akan diambil kira bagi tujuan pengiraan tempoh perkhidmatan bagi tujuan mengira faedah-faedah perkhidmatan dan persaraan.
ARTIKEL 42
CUTI HAJI
42.1
Syarikat boleh memberikan kelulusan Cuti Haji bergaji penuh tidak melebihi empat puluh (40) hari termasuk cuti hari minggu dan juga cuti am, untuk menunaikan haji di Mekah sekali dalam tempoh perkhidmatannya dengan KTM/KTMB dengan syarat pekerja tersebut berjawatan tetap dan telah berkhidmat tidak kurang dari tiga (3) tahun.
36
ARTIKEL 43
CUTI TANPA REKOD
43.1
Syarikat atas budibicara mutlaknya dan tertakluk kepada kepentingan operasi syarikat boleh membenarkan Cuti Tanpa Rekod untuk tempoh tidak melebihi dua puluh satu (21) hari dalam satu tahun kalender bagi tujuan-tujuan berikut:-
a)
dipilih mengambil bahagian dalam sebarang sukan diperingkat Syarikat, Negeri, Kebangsaan atau Antarabangsa,
b)
menghadiri latihan atau khemah kerja tahunan pertubuhan/kesatuan yang diluluskan oleh Syarikat, Kementerian; dan
c)
43.2
menghadiri mesyuarat persatuan profesional yang diiktirafkan oleh Syarikat.
Pekerja yang dikehendaki menjalani latihan atau khemah Pasukan Simpanan Tentera boleh diberi Cuti Tanpa Rekod maksima tidak melebihi tiga puluh (30) hari dalam satu (1) tahun kalender dengan syarat jumlah Cuti Tanpa Rekod yang telah diambil seperti di Artikel 43.1 akan ditolak dari jumlah Cuti Tanpa Rekod di artikel ini.
ARTIKEL 44
CUTI UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN
44.1
Syarikat boleh meluluskan Cuti Tanpa Rekod atas budibicaranya untuk membolehkan pekerja menduduki sebarang peperiksaan yang dianggap boleh memperbaiki kerjaya pekerja berkenaan. Cuti ini hendaklah dihadkan kepada hari yang diperlukan bagi peperiksaan itu sahaja.
37
ARTIKEL 45
CUTI EHSAN
45.1
Syarikat atas budibicaranya boleh meluluskan Cuti Ehsan bergaji penuh kepada pekerja tertakluk kepada had maksima tiga (3) hari dalam satu (1) tahun kalendar untuk tujuan kematian keluarga terdekat.
45.2
Untuk tujuan artikel ini, “Keluarga terdekat” bermaksud isteri / suami, anak-anak, ibubapa dan mertua pekerja.
45.3
Sekiranya berlaku bencana, cuti bergaji boleh diberi sebanyak tiga (3) hari mengikut budi bicara Syarikat.
45.4
Pekerja boleh diberi cuti kahwin sebanyak dua (2) hari bagi perkahwinan pekerja itu sendiri untuk kali pertama dan yang sah sahaja.
ARTIKEL 46
CUTI ISTERI BERSALIN
46.1
Syarikat boleh meluluskan cuti sebanyak tujuh (7) hari untuk suami yang isterinya bersalin tertakluk kepada lima (5) orang anak yang hidup.
46.2
Cuti ini tidak boleh dikumpulkan dan dibawa ke tahun hadapan.
ARTIKEL 47
CUTI KUARANTIN
47.1
Apabila pekerja yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan, stesen keretapi atau lapangan terbang kerana disebabkan oleh perjalanannya melalui sesebuah pelabuhan, stesen keretapi atau lapangan terbang atau di dalam 38
sebuah kapal,
keretapi atau kapal terbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak, maka tempoh penahanan sedemikian akan dianggap sebagai Cuti Kuarantin bergaji penuh yang tidak boleh ditolak dari cuti rehat yang ia berkelayakan.
47.2
Sekiranya penahanan adalah disebabkan oleh pekerja itu disyaki atau didapati sakit, maka tempoh itu hendaklah dikira sebagai Cuti Sakit bergaji penuh.
ARTIKEL 48
CUTI TAHUNAN SETENGAH HARI
48.1
Pekerja boleh dipertimbangkan mengambil Cuti Tahunan Setengah Hari (petang sahaja) daripada Cuti Tahunannya di atas sebab tertentu dengan kelulusan pegawai atasannya.
ARTIKEL 49
ELAUN SEMASA BERTUGAS DI LUAR PEJABAT
49.1
Pekerja yang terpaksa bermalam di luar pejabatnya semasa menjalankan tugas-tugas rasmi akan berkelayakan menuntut elaun-elaun berikut apabila syarat-syarat pemberian elaun-elaun itu dipenuhi.
49.2
Elaun Makan
49.2.1 Pekerja yang diarah menjalankan tugas rasmi yang melebihi jarak 25 kilometer dari markasnya bagi tempoh 24 jam atau lebih secara terus menerus dikira daripada waktu bertolak , adalah layak menuntut Elaun Makan seperti berikut :-
39
Gred
Semenanjung Malaysia/ Kalimantan/ Selatan Thailand
Sabah (termasuk Labuan) / Sarawak
Singapura/ Brunei Darussalam
9
RM 44
RM 52
RM 67
10
RM 42
RM 50
RM 64
11
RM 37
RM 45
RM 58
12
RM 34
RM 43
RM 55
49.2.2 Tugas rasmi bagi tempoh melebihi jumlah jam kerja biasa tetapi kurang dari 24 jam termasuk waktu dalam perjalanan layak separuh (1/2) dari kadar yang tersebut di artikel 49.2.1 di atas. Elaun ini disebut sebagai Elaun Harian.
49.2.3 Elaun Makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh syarikat, Penganjur
atau
Pengangkut.
Sekiranya
sebahagian
kemudahan
makan
disediakan, pekerja hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti berikut :-
i. Sarapan pagi
–
20% daripada Elaun Makan
ii. Makan tengahari
–
40% daripada Elaun Makan
iii. Makan Malam
–
40% daripada Elaun Makan
49.2.4 Sekiranya penganjur menyediakan kemudahan dalam bentuk wang bagi menampung perbelanjaan makan tersebut maka pekerja layak menuntut perbezaannya. 49.3
Bayaran Sewa Hotel Dan Lojing
49.3.1 Bayaran Sewa Hotel dan Lojing yang layak dituntut oleh pekerja adalah seperti berikut:-
40
49.3.1.1
Gred
Bayaran maksima (Hotel)
Elaun Lojing (Tanpa resit)
9
RM 99
RM 34
10
RM 94
RM 32
11
RM 85
RM 28
12
RM 80
RM 27
49.3.1.2
Sabah (termasuk Labuan) / Sarawak
Gred
Bayaran maksima (Hotel)
Elaun Lojing (Tanpa resit)
9
RM 118
RM 39
10
RM 103
RM 35
11
RM 89
RM 32
12
RM 83
RM 28
49.3.1.3
49.4
Semenanjung Malaysia / Kalimantan / Selatan Thailand
Singapura / Brunei Darussalam
Gred
Bayaran maksima (Hotel)
Elaun Lojing (Tanpa resit)
9
RM 152
RM 51
10
RM 143
RM 48
11
RM 131
RM 44
12
RM 121
RM 40
Bayaran Sewa Hotel, Elaun Lojing dan Elaun Makan tidak boleh dibayar sekiranya pekerja itu disediakan kemudahan makan atau tempat tinggal. 41
49.5
Belanja Pelbagai - Bertugas di Luar Pejabat
49.5.1 Pekerja yang bertugas di luar pejabatnya layak menuntut belanja pelbagai seperti berikut:-
i)
Tambang pengangkutan awam.
ii)
Bayaran telefon, telegram, fax dan bayaran pos atas urusan rasmi yang disokong dengan resit.
iii)
Bayaran dobi yang disokong dengan resit jika menginap tidak kurang dari 3 malam.
iv)
Bayaran “excess baggage” untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan resit.
v)
Bayaran tempat letak kereta, tol dan bayaran feri yang disokong dengan resit.
vi)
Tiga peratus (3%) daripada jumlah tuntutan elaun perjalanan berkaitan dengan penukaran kepada mata wang asing.
49.6
Bagi maksud pengiraan tuntutan, Selatan Thailand adalah meliputi dari bandar Phuket ke Selatan sehingga ke sempadan Malaysia – Thailand.
ARTIKEL 50
ELAUN SEMASA BERTUGAS DI LUAR NEGARA
50.1
Elaun Makan
50.1.1 Pekerja yang diarah menjalankan tugas rasmi di luar negara layak menuntut Elaun Makan tiap-tiap 24 jam ia berada di luar negara mulai jam ianya bertolak 42
sehingga jam pada tarikh ianya sampai kembali dalam negara seperti di Lampiran II.
50.1.2 Elaun Makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh syarikat, Penganjur
atau
Pengangkut.
Sekiranya
sebahagian
kemudahan
makan
disediakan, pekerja hanya layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti berikut :-
i.
Sarapan pagi
–
20% daripada Elaun Makan
ii.
Makan tengahari
–
40% daripada Elaun Makan
iii.
Makan Malam
–
40% daripada Elaun Makan
50.1.3 Sekiranya penganjur menyediakan kemudahan dalam bentuk wang bagi menampung perbelanjaan makan tersebut maka pekerja layak menuntut perbezaannya. 50.2
Bayaran Sewa Hotel atau Lojing
50.2.1. Pekerja layak menuntut bayaran sewa hotel sebenar (Bilik biasa).
50.2.2. Bayaran perkhidmatan, cukai dan lain-lain bayaran yang diwajibkan ke atas sewa bilik hotel boleh dituntut dan dikira sebagai sebahagian dari kadar Bayaran Sewa Hotel. 50.2.3. Pekerja layak menuntut Bayaran Lojing seperti di Lampiran II.
50.3
Belanja Pelbagai
50.3.1 Pekerja boleh menuntut perbelanjaan yang dibuat atas urusan rasmi di luar negara seperti berikut:-
i)
Tambang pengangkutan awam.
ii)
Bayaran telefon, telegram, pos dan fax atas urusan rasmi dan disokong dengan resit.
43
iii)
Belanja dobi yang disokong dengan resit jika menginap tidak kurang dari 3 malam.
iv)
Lima belas (15%) dari Elaun Makan bagi maksud “tips”, “porterages” dan “gratuities”.
v)
Bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan resit.
vi)
Bayaran “excess baggage” yang disokong dengan resit sekiranya perlu bagi tugas rasmi.
vii)
Bayaran tempat letak kereta, tol dan bayaran feri yang disokong dengan resit.
viii)
Tiga peratus (3%) daripada jumlah tuntutan elaun perjalanan berkaitan dengan penukaran kepada mata wang asing.
50.4
Belanja Perubatan
50.4.1 Pekerja yang jatuh sakit semasa bertugas di luar negara adalah layak menuntut belanja perubatan yang munasabah yang disokong dengan resit bagi rawatan perubatan biasa sahaja.
50.4.2 Pekerja yang mendapat rawatan wad tidak layak menuntut Elaun Makan dan Bayaran Sewa Hotel / Elaun Lojing.
50.4.3 Bayaran-bayaran hospital adalah tanggungan Syarikat.
ARTIKEL 51
ELAUN PAKAIAN PANAS
51.1
Pekerja yang dikehendaki bertugas ke Luar Negeri di negara yang beriklim sederhana atas tugas rasmi akan diberi Elaun Pakaian Panas sebanyak RM750.00. Elaun ini boleh diambil hanya satu (1) kali setiap tiga (3) tahun. Bagi tujuan pembayaran elaun ini, 44
negara/kawasan beriklim sederhana bermakna, negara/kawasan yang terletak di Selatan Garisan Jadi (Tropic of Capricorn) dan negara/kawasan yang terletak di Utara Garisan Sartan (Tropic of Cancer).
51.2
Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pekerja pergi ke Luar Negeri atau selewat-lewatnya satu bulan selepas pulang dari Luar Negeri.
ARTIKEL 52
ELAUN DAN BAYARAN PERPINDAHAN
52.1
Tuntutan elaun / bayaran kerana bertukar / berpindah rumah di dalam negeri adalah mengikut syarat-syarat dan kadar-kadar yang terdapat di dalam Pekeliling KTMB bil. 6 Tahun 1994 dan pekeliling 1/2008 Pindaan Tuntutan Dalam Stesen. yang berkuatkuasa pada masa sekarang.
ARTIKEL 53
ELAUN DAN KEMUDAHAN BAGI PEKERJA YANG BERKHIDMAT DI SINGAPURA
53.1
Elaun Singapura
Pekerja yang ditempatkan berkhidmat dan tinggal di Singapura adalah layak diberi Elaun Singapura berasaskan kepada kadar 20% daripada gaji bersih tertakluk kepada had minima SD120 sebulan dan had maksima SD300 sebulan bagi pekerja – pekerja yang berkeluarga dan 17.5% daripada gaji bersih tertakluk kepada had minima SD110 sebulan dan maksima SD265 sebulan bagi pekerja bujang.
53.2
Tambahan kepada Elaun Singapura
Selain daripada Bayaran Elaun Singapura , Syarikat akan memberi Tambahan Bayaran Insentif Singapura atas kadar seperti berikut:-
45
Gred
Gaji
9
RM 1627.00 dan ke atas
SD530
9
RM 1626.00 dan ke bawah
SD475
10 sehingga 12
53.3
Kadar Sebulan
-
SD425
Bayaran Saguhati Pelajaran Sekolah Di Singapura
53.3.1 Pekerja yang ada menyekolahkan anak-anak di Singapura akan diberi bayaran saguhati pelajaran sekolah yang dikenakan oleh Kerajaan Singapura. Syarikat akan menanggung penuh bayaran sekolah untuk anak-anak pekerja yang belajar di sekolah rendah dan 2/3 daripada bayaran bagi anak-anak pekerja yang belajar di sekolah menengah.
53.3.2 Bagi anak-anak pekerja yang tinggal bersama pekerja di Singapura yang berulang-alik bersekolah di Johor Bahru dan tidak disediakan kemudahan bantuan pengangkutan oleh Syarikat adalah layak dibayar elaun bantuan pengangkutan sebanyak SD60 sebulan seorang.
ARTIKEL 54
BONUS PELANSIR
54.1
Syarikat akan memberi Bonus Pelansir kepada pekerja yang layak yang berkenaan di atas kadar seperti berikut:-
Gred 11 -
RM 50.00 sebulan
Gred 12 -
RM 40.00 sebulan
46
ARTIKEL 55
BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN KRITIKAL
55.1
Pekerja dalam perkhidmatan kritikal yang menjalankan tugas hakiki jawatan tersebut yang dilantik sebelum 1hb. Ogos 1992 (Khas Untuk Penyandang) akan dibayar elaun kritikal sebanyak 10% dari gaji pokoknya.
ARTIKEL 56
ELAUN HITUNGAN KILOMETER PERJALANAN
56.1
Pekerja yang diberi kebenaran oleh Syarikat menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas Syarikat, layak menuntut Elaun Hitungan Kilometer Perjalanan mengikut kadar-kadar berikut:
56.2
a)
Kereta
-
70 sen sekilometer
b)
Motosikal / Skuter
-
50 sen sekilometer
Jika diberi kebenaran menggunakan kapalterbang, kelayakan penerbangan adalah kelas ekonomi.
a)
Jika menggunakan perkhidmatan keretapi, hak kelayakan pas percuma bagi pekerja adalah mengikut kelayakan kelas 2.
b)
Pekerja yang menggunakan kenderaan-kenderaan lain atas urusan rasmi syarikat akan dibayar balik perbelanjaan ataupun tambang sebenar yang munasabah yang telah dibelanjakan yang disokong dengan resit.
c)
Syarikat akan membayar balik apa-apa bayaran meletak kenderaan, bayaran tol dan feri yang telah dibayar oleh pekerja atas urusan rasmi yang disokong dengan resit.
47
ARTIKEL 57
ELAUN MEMANGKU
57.1
Pekerja yang telah diarah oleh Syarikat untuk memangku sesuatu jawatan dalam gred yang lebih tinggi secara sementara dalam masa ketiadaan penyandang hakiki akan dibayar elaun memangku dengan syarat-syarat berikut :
57.1.1 Pekerja tersebut menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab kerja dalam jawatan yang dipangku dengan sepenuhnya.
57.1.2 Elaun Memangku tidak akan dibayar sekiranya tugas biasa jawatan yang lebih tinggi itu dibahagikan kepada pekerja lain disamping menjalankan kerja-kerja biasa mereka kerana tidak ada pertambahan tugas yang terlibat.
57.1.3 Hanya seorang pekerja sahaja yang layak menuntut Elaun Memangku bagi mana-mana satu jawatan yang kosong bagi mana-mana satu masa.
57.1.4 Pekerja layak mendapat Elaun Memangku sekiranya ia menjalankan tugas memangku selama sekurang-kurangnya dua puluh lapan (28) hari berturut-turut. Elaun Memangku juga layak dibayar jika pekerja itu diminta menjalankan tugas yang sama bagi kali kedua untuk tempoh tidak kurang dari empat belas (14) hari.
57.1.5 Kadar Elaun Memangku akan ditetapkan oleh Syarikat kepada mana-mana pekerja yang layak berdasarkan kadar harian seperti berikut:
Kadar Harian
=
Gaji pokok minima sebulan di gred jawatan yang dipangku x 12 4 x 365
57.1.6 Elaun memangku tidak akan diambilkira untuk pengiraan bonus atau faedah persaraan.
48
ARTIKEL 58
ELAUN PEMANDU LOKOMOTIF DAN PEMANDU LOKOMOTIF RENDAH
58.1
Pemandu / Pemandu Lokomotif Rendah yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syarikat dari semasa ke semasa yang bekerja Tren Barang/ Penumpang / Loko Tunggal dalam satu giliran tugas layak dibayar elaun insentif seperti berikut:-
58.2
Pemandu Lokomotif
-
RM10.00 bagi satu giliran tugas
Pemandu Lokomotif Rendah
-
RM5.50 bagi satu giliran tugas
Elaun ini tidak layak dibayar kepada:
58.2.1 Pemandu EMU
58.2.2 Pemandu Lansir/Pemandu yang diarah menjalankan tugas lansir
58.2.3 Pemandu/PLR yang membuat perjalanan sebagai 'Penumpang';
58.2.3.1
Untuk menghadiri kursus
58.2.3.2
Untuk bekerja tren
58.2.3.3
Untuk balik ke markas disebabkan tren batal
58.2.3.4
Untuk balik ke markas disebabkan cuti sakit
ARTIKEL 59
ELAUN MALAM
59.1
Pekerja yang dijadualkan bekerja giliran syif melangkaui kerja jam 12 tengah malam layak dibayar elaun RM4.00 sebagai insentif atas kesulitan yang dialami.
49
ARTIKEL 60
FAEDAH PERUBATAN
60.1
Syarikat akan memberi faedah dan perkhidmatan perubatan kepada pekerja seperti berikut :-
60.1.1 Rawatan perubatan yang disediakan oleh doktor kerajaan atau doktor Klinik Panel Syarikat.
60.1.2 Syarikat akan menanggung segala kos perubatan dan pembedahan dengan syarat pekerja berkenaan mendapat rawatan di hospital atau Klinik Kerajaan atau doktor Klinik Panel. Bagi tujuan pembekalan alat – alat ortopedik dan anggota – anggota palsu, syarikat hanya akan menanggung kos tersebut kepada kakitangan yang terlibat dalam kemalangan di dalam kawasan kerja atau semasa waktu kerja.
60.1.3 Dalam masa kecemasan apabila pekerja perlu mendapatkan pemeriksaan atau rawatan perubatan segera tetapi tidak berupaya mendapat perkhidmatan doktor Syarikat atau doktor Kerajaan di hospital atau klinik Kerajaan atau klinik Syarikat, maka dia bolehlah mendapat pemeriksaan atau rawatan daripada doktor berdaftar yang lain dan syarikat akan membayar balik kepada pekerja yang terlibat mengikut resit pembayaran perbelanjaan rawatan tersebut. Rawatan selanjutnya / berikutnya hendaklah dibuat oleh doktor Kerajaan atau doktor Klinik Panel Syarikat.
60.1.4 Doktor Klinik Panel Syarikat boleh merujuk pekerja kepada mana-mana doktor pakar di mana-mana hospital atau klinik pakar swasta yang difikirkan sesuai oleh Syarikat untuk mendapat runding nasihat atau rawatan kepakaran setelah mengambilkira faktor kemudahan dan perkhidmatan yang ada di hospital atau klinik pakar swasta itu. Dalam keadaan seperti itu, rawatan ulangan selanjutnya hendaklah dirujuk kepada doktor Kerajaan atau doktor Klinik Panel Syarikat. Segala perbelanjaan yang timbul daripada runding nasihat dan perubatan pakar akan ditanggung oleh Syarikat.
50
60.1.5 Pekerja yang hendak mendapatkan rawatan perubatan, pembedahan, wad, rawatan pakar, runding nasihat, rawatan bersalin dan sebagainya di hospital atau Klinik Swasta atas pilihannya sendiri bolehlah mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan syarat pekerja berkenaan dikehendaki menjelaskan terlebih dahulu semua perbelanjaan rawatan yang diperolehi daripada hospital atau Klinik Swasta
berkenaan.
Pekerja
berkenaan
berhak
menuntut
perbelanjaan
perkhidmatan yang terlibat daripada Syarikat mengikut kadar rawatan di hospital atau klinik Kerajaan yang beliau layak.
60.1.6 Syarikat atas budibicara mutlaknya boleh meluluskan rawatan atau pembedahan dibuat di mana-mana tempat di luar Malaysia jika pada pendapat doktor Syarikat atau doktor Kerajaan atau doktor Pakar Panel, rawatan atau pembedahan tersebut tidak terdapat di Malaysia. Syarikat akan menanggung segala kos perubatan atau pembedahan tersebut.
60.1.7 Pekerja yang hendak mendapatkan rawatan perubatan pakar, termasuk bayaran perunding dan pakar serta ubat, adalah ditanggung oleh Syarikat jika tidak terdapat doktor Klinik Panel atau pakar Kerajaan.
60.2
Faedah perubatan dalam artikel ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
60.2.1 Faedah perubatan tidak akan termasuk cermin mata, gigi palsu dan rawatan gigi yang menggunakan logam berharga. Syarikat tidak akan membayar apa-apa bayaran rawatan pergigian kecuali terhadap cabutan dan isian jenis amalgam, sintetik dan akrilik sahaja.
60.2.2 Syarikat tidak akan menanggung perbelanjaan yang bersangkut dengan kecederaan, kesakitan atau penyakit yang dialami akibat penyertaan pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya.
60.2.3 Apabila adanya Skim Perkhidmatan Perubatan Kebangsaan atau lain-lain kemudahan perubatan yang ditaja oleh kerajaan maka Syarikat akan memastikan yang skim atau kemudahan itu akan dilaksanakan di mana perlu. Syarikat akan mengubahsuai skim atau kemudahan perubatan yang diperkenalkan itu.
51
60.2.4 Faedah atau kemudahan perubatan yang diterangkan di dalam Artikel ini (Artikel 60) adalah meliputi isteri-isteri yang sah atau suami kepada pekerja dan anakanak di bawah tanggungan berumur lapan belas (18) tahun ke bawah atau sekiranya masih menuntut di institusi pengajian tinggi, tidak melebihi 23 tahun. Walau bagaimanapun, bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah “anak” akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil secara sah mengikut undang-undang. Ahli keluarga pekerja yang mendapat faedah dan perkhidmatan perubatan daripada majikan tempat ianya bertugas tidak layak mendapat faedah dan perkhidmatan perubatan sepertimana yang dinyatakan di dalam Artikel ini.
60.2.5 Balu pekerja adalah layak mendapat faedah perubatan untuk tempoh selama tiga (3) tahun daripada tarikh kematian pekerja atau sehingga berkahwin semula, yang mana terdahulu.
60.2.6 Kelayakan kelas wad di hospital kerajaan ialah kelas dua (2).
60.2.7 Syarikat akan menanggung bayaran rawatan hospital kerana bersalin sehingga maksima lima (5) orang anak kandungan yang hidup.
60.2.8 Faedah dan kemudahan perubatan yang diterangkan dalam artikel ini adalah juga dilanjutkan kepada ibubapa yang sah bagi pekerja yang dilantik sebelum KTM di perbadankan (sebelum 1.8.1992) Secara Khas Untuk Penyandang. Kemudahan ini dihadkan kepada rawatan di hospital Kerajaan dan Klinik Syarikat sahaja dan tidak termasuk pembekalan alat-alat ortopedik serta anggota palsu (artificial limbs). Kemudahan ini hanya diberi semasa pekerja di dalam perkhidmatan sahaja. 60.3
Pemeriksaan Perubatan
60.3.1 Syarikat atas budibicara mutlaknya boleh mengarahkan pekerja untuk menjalani sebarang pemeriksaan perubatan termasuk mengambil X-Ray dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.
52
60.4
Kemudahan Rawatan Perubatan Bagi Kakitangan Syarikat Di Singapura
60.4.1 Rawatan Pesakit Luar Di Hospital atau Poliklinik Kerajaan di Singapura.
60.4.1.1
Pekerja dan keluarga yang menetap di Singapura boleh mendapatkan rawatan pesakit luar di hospital atau poliklinik kerajaan di Singapura di dalam keadaan dan hal-hal berikut:-
60.4.1.1.1
Kes-kes kecemasan yang melibatkan kemalangan teruk.
60.4.1.1.2
Kes-kes yang melibatkan sakit mengejut dan serius.
60.4.1.1.3
Pemeriksaan kehamilan (antenatal) hingga bersalin
60.4.1.1.4
Kes-kes yang memerlukan pemeriksaan lanjut dan perhatian doktor pakar yang ditetapkan oleh Klinik Panel Syarikat.
60.4.2 Rawatan Di Hospital Swasta Di Singapura
60.4.2.1
Syarikat tidak akan menanggung perbelanjaan rawatan di hospital swasta di Singapura kecuali di dalam keadaan dan hal-hal berikut:-
60.4.2.1.1
Apabila pekerja dan keluarga mereka dirujukkan oleh mana-mana hospital kerajaan Singapura untuk mendapatkan rawatan selanjutnya di mana-mana hospital
swasta
disebabkan
rawatan
yang
diperlukan tidak terdapat di mana-mana hospital kerajaan Singapura.
60.4.2.1.2
Apabila pekerja dan keluarga mereka dirujukkan terus untuk mendapat rawatan di mana-mana hospital swasta di Singapura oleh Klinik Panel Syarikat atas sebab-sebab kecemasan. 53
60.4.2.1.3
Rawatan hospital untuk kes-kes bersalin di manamana hospital.
ARTIKEL 61
GANJARAN PERSARAAN
61.1
Ganjaran persaraan dalam artikel ini hanya dinikmati oleh pekerja yang dilantik pada atau sebelum 31.7.1997.
61.2
Ganjaran Persaraan Wajib
a)
Pekerja tetap Syarikat yang telah disahkan dalam jawatannya akan dibayar Ganjaran Persaraan Wajib apabila mencapai umur persaraan wajib mengikut formula berikut:-
Tempoh perkhidmatan 5 tahun ke bawah
Ganjaran Persaraan Wajib 0.5 x Gaji pokok akhir x Tempoh perkhidmatan dengan Syarikat
5 tahun ke atas tetapi kurang 0.75 x Gaji pokok akhir x Tempoh perkhidmatan 10 tahun
dengan Syarikat
10 tahun ke atas
1.0 x Gaji pokok akhir x Tempoh perkhidmatan dengan Syarikat
61.3
Ganjaran Persaraan Pilihan
a)
Pekerja tetap Syarikat yang telah disahkan dalam jawatannya yang memilih untuk bersara lebih awal daripada umur persaraan wajib iaitu apabila mencapai 50 tahun bagi pekerja lelaki dan 45 tahun bagi pekerja perempuan tetapi tidak lewat daripada tarikh umur persaraan wajib akan dibayar Ganjaran Persaraan Pilihan mengikut formula berikut:-
54
Tempoh perkhidmatan 5 tahun ke bawah
Ganjaran Persaraan Pilihan 0.5 x Gaji pokok akhir x Tempoh perkhidmatan dengan Syarikat
5 tahun ke atas tetapi kurang 0.75 x Gaji pokok akhir x Tempoh perkhidmatan 10 tahun
dengan Syarikat
10 tahun ke atas
1.0 x Gaji pokok akhir x Tempoh perkhidmatan dengan Syarikat
61.4
Cara Pembayaran
61.4.1 Pembayaran ganjaran persaraan wajib dan persaraan pilihan adalah dibuat secara sekaligus dengan syarat semua tanggungan Syarikat dijelaskan.
ARTIKEL 62
FAEDAH PENAMATAN PERKHIDMATAN / PENGURANGAN PEKERJA
62.1
Pekerja tetap Syarikat yang telah disahkan dalam jawatannya yang ditamatkan perkhidmatan dengan Syarikat atas sebab pengurangan pekerja yang belum mencapai umur Persaraan Wajib akan dibayar faedah perkhidmatan seperti berikut:-
a)
2 x Gaji Pokok Akhir x Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat
b)
Syarikat akan memberi notis penamatan secara bertulis tidak lewat dari tiga (3) bulan dari tarikh perkhidmatannya ditamatkan.
62.2
Cara Pembayaran
62.2.1 Pembayaran faedah penamatan perkhidmatan dan pengurangan pekerja adalah dibuat secara sekaligus dengan syarat semua tanggungan Syarikat dijelaskan.
55
ARTIKEL 63
FAEDAH KEMATIAN
63.1
Pekerja yang telah disahkan dalam jawatannya yang mati dalam perkhidmatan sebelum mencapai umur persaraan wajib akan dibayar kepada waris yang sah atau wakil si mati yang sah di sisi undang-undang seperti berikut:-
2 x Gaji Pokok Akhir x Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat
atau
24 bulan gaji akhir yang mana lebih tinggi 63.2
Cara Pembayaran 63.2.1 Pembayaran faedah kematian adalah dibuat secara sekaligus dengan syarat semua tanggungan Syarikat dijelaskan.
ARTIKEL 64
FAEDAH PERSARAAN KERANA HILANG UPAYA
64.1
Pekerja tetap Syarikat yang telah disahkan di dalam jawatannya yang disarakan atau bersara kerana hilang upaya sebelum mencapai umur persaraan wajib akan dibayar jumlah faedah persaraan kerana Hilang Upaya seperti berikut:-
2 x Gaji Pokok Akhir x Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat atau 24 bulan gaji akhir yang mana lebih tinggi.
64.2
Cara Pembayaran
64.2.1 Pembayaran Faedah Persaraan Kerana Hilang Upaya adalah dibuat secara sekaligus dengan syarat semua tanggungan Syarikat dijelaskan.
56
ARTIKEL 65
ELAUN GANTIAN MASA MAKAN
65.1
Kadar pembayaran Elaun Gantian Masa Makan untuk semua gred pekerja adalah RM 6.00 hendaklah dibayar kepada sebarang giliran.
ARTIKEL 66
FAEDAH PAS PERCUMA / PAS BERTUGAS DAN PESANAN TIKET ISTIMEWA
66.1
Pekerja yang sedang berkhidmat termasuk keluarga mereka adalah diberi faedah mendapat Pas Percuma dan Pesanan Tiket Istimewa (PTI) bagi perkhidmatan Antarabandar dan ETS mengikut gred dan syarat-syarat kelayakan seperti berikut:-
Jenis Pas
Kegunaan
Pas Percuma Kelas 1
2 keluaran Pekerja/isteri/suami/anak-anak Pekerja Gred 9 yang bergaji RM2907.00 dan ke atas dan tahap ini akan dipinda mengikut apa-apa pelarasan gaji yang diluluskan dari masa ke semasa
Pas Percuma Kelas 2
Pekerja/isteri/suami/ anak-anak : i. ii.
Pesanan Istimewa
2 keluaran
Pekerja Gred 9 bergaji kurang dari RM2907.00 Pekerja Gred 10 -12
Tiket Pekerja/isteri/suami/anak-anak Ibubapa/Mertua
66.2
Jumlah keluaran setahun
Tiada Had 2 keluaran
Potongan juga diberi sebanyak 75% kepada ahli keluarga pekerja untuk menaiki perkhidmatan Komuter. 57
ARTIKEL 67
RUMAH KEDIAMAN SYARIKAT
67.1
Syarikat boleh menetapkan jenis-jenis rumah kediaman Syarikat dengan syarat ada rumah-rumah yang didapati kosong untuk diperuntukkan kepada pekerja-pekerja yang layak.
67.2
Pekerja dan suami / isteri mereka yang telah memiliki rumah sendiri yang dibeli di bawah Skim Bantuan Pinjaman Perumahan Kerajaan atau Syarikat, tidak layak menduduki rumah syarikat, kecuali lokasi bagi rumah-rumah yang dibeli itu telah diberi pengecualian oleh Syarikat.
67.3
Pekerja boleh terus dibenarkan mendiami rumah Syarikat selama 3 bulan dari tarikh persaraan atau sehingga pembayaran faedah persaraan sepenuhnya, yang mana terdahulu.
67.4
Kelas dan kadar sewa rumah kediaman untuk pekerja Bukan Eksekutif adalah menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarikat dari masa ke semasa.
67.5
Peruntukan-peruntukan yang di atas adalah mengambil kira Dasar Perumahan Syarikat yang telah dipersetujui bersama dengan Kesatuan.
ARTIKEL 68
HADIAH PERKHIDMATAN LAMA
68.1
Syarikat atas budi bicaranya akan memberi hadiah perkhidmatan lama kepada pekerjapekerja yang telah berkhidmat melebihi dua puluh lima (25) tahun perkhidmatan.
68.2
Anugerah ini adalah bagi menghargai jasa yang telah dicurahkan kepada Syarikat oleh pekerja yang telah berkhidmat untuk satu tempoh yang lama dan bagi menghargai sumbangan yang telah diberikan dalam tempoh perkhidmatan pekerja. Syarikat akan mengadakan majlis penghargaan ini pada setiap suku tahun.
58
ARTIKEL 69
POLISI INSURANS HAYAT BERKELOMPOK
69.1
Pekerja akan dilindungi dengan Skim Insurans Hayat Berkelompok.
69.2
Syarikat telah ditetapkan sebagai penerima faedah polisi skim insurans ini dan atas budibicara mutlaknya, Syarikat akan memberikan faedah ini kepada waris pekerja yang sah.
ARTIKEL 70
PAKAIAN SERAGAM
70.1
Syarikat akan membekalkan pakaian seragam kepada semua pekerja sebanyak tiga (3) pasang setahun.
70.2
Pekerja yang diberikan pakaian seragam dikehendaki memakainya dengan kemas mengikut peraturan yang ditetapkan semasa bertugas.
ARTIKEL 71
BONUS
71.1
Lembaga Pengarah boleh memperakukan pembayaran bonus kepada pekerja yang layak dengan terlebih dahulu mengambil kira :
a)
Kedudukan kewangan Syarikat;
b)
Keuntungan bersih yang diperolehi di dalam tempoh dua belas (12) bulan yang terdahulu ; dan
c)
Tertakluk kepada Kementerian Kewangan.
59
ARTIKEL 72
PRESTASI KERJA CEMERLANG
72.1
Syarikat berhak atas budi bicaranya menghadiahkan ganjaran untuk prestasi kerja yang cemerlang bagi pekerja yang berkelayakan.
ARTIKEL 73
BANTUAN GUAMAN
73.1
Pekerja yang menerima notis perbicaraan mahkamah atau tuntutan undang-undang terhadapnya berhubung dengan perkara-perkara yang berbangkit dari tugas rasmi beliau, akan diperuntukkan dengan perkhidmatan Bantuan Guaman oleh Syarikat.
ARTIKEL 74
FAEDAH MENGURUS JENAZAH
74.1
Kemudahan mengurus jenazah sebanyak RM3000.00 bagi pekerja yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan diberi kepada waris terdekat.
ARTIKEL 75
INSENTIF PEKERJA WANITA
75.1
Pekerja wanita yang dikehendaki bekerja antara jam 2300 hingga 0700 akan dibayar elaun khas bagi wanita mengikut Akta Kerja 1955.
60
ARTIKEL 76
PINJAMAN PERUMAHAN
76.1
Syarikat boleh meluluskan Pinjaman Perumahan tertakluk kepada kemampuan syarikat kepada pekerja yang layak untuk membeli rumah tertakluk kepada had maksima RM150,000.00 dan syarat-syarat tertentu yang dikuatkuasakan dari masa ke semasa dengan kadar faedah sebanyak empat (4) peratus (%) setahun dikira atas baki pokok bulanan yang belum selesai.
ARTIKEL 77
PINJAMAN KENDERAAN
77.1
Syarikat berhak atas budibicara mutlaknya tertakluk kepada kemampuan Syarikat meluluskan permohonan pekerja untuk membeli kenderaan sendiri yang difikirkan perlu untuk menjalankan tugas rasmi Syarikat dengan dikenakan kadar faedah empat (4) peratus (%) setahun dikira atas baki pokok bulanan yang belum selesai.
77.2
Kelayakan maksima pinjaman kenderaan untuk Pekerja Bukan Eksekutif adalah seperti berikut:-
Gred 9 – 12
Kelayakan maksima pinjaman
Membeli Kereta
RM 55,000.00
Membeli Motosikal
RM 6,000.00
ARTIKEL 78
PINJAMAN PEMBELIAN KOMPUTER
78.1
Syarikat atas budi bicara mutlaknya boleh memberi kemudahan membeli komputer tertakluk kepada had maksima sebanyak RM2,500.00 dengan kadar faedah empat (4) 61
peratus (%) setahun dan tempoh maksima pembayaran balik pinjaman selama 24 bulan dikira atas baki pokok bulanan yang belum selesai.
ARTIKEL 79
ELAUN PEMANDU EMU
79.1
Pemandu EMU yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Syarikat dari semasa ke semasa layak dibayar elaun insentif pemandu EMU sebanyak RM 21.00 sehari.
ARTIKEL 80
ELAUN MENGAJAR
80.1
Pekerja yang tidak dilantik sebagai tenaga pengajar, tetapi diarahkan oleh Syarikat untuk mengajar/memberi latihan di Sekolah Latihan Keretapi , serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarikat dari masa ke semasa adalah layak dibayar Elaun Mengajar sebanyak RM50.00 satu
sesi, tertakluk kepada had maksima RM600.00
sebulan, serta semua elaun perjalanan dan tuntutan lain yang ia layak.
ARTIKEL 81
TABUNG KEBAJIKAN PEKERJA
81.1
Syarikat dan pekerja bersetuju untuk memberi sumbangan sebanyak RM2.00 (RM Dua Ringgit) sebulan kepada Tabung Kebajikan Pekerja bagi menjalankan aktiviti kebajikan pekerja.
81.2
Tabung Kebajikan Pekerja hendaklah dianggotai oleh Pengurusan dan Kesatuan.
62
ARTIKEL 82
BIASISWA
82.1
Syarikat atas budibicara dan tertakluk kepada kemampuan kewangannya, boleh menimbang pemberian biasiswa kepada pekerja yang melanjutkan pengajian ke IPTA / IPTS bagi mengikuti kursus yang ditetapkan oleh Syarikat, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Syarikat.
63
SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN UNTUK PEKERJA TREN KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
1.
TAFSIRAN
a)
Pekerja Tren
Ertinya pekerja yang berkhidmat dengan Syarikat sebagai pekerja yang digilirkan bekerja di atas Tren Penumpang dan Tren Barang. Perkhidmatan ini memerlukan ianya dibuat berterusan atau bersambung mengikut mana yang berkenaan.
b)
Kerja Hari
Ertinya sebarang kerja tugas giliran di antara jam 0600 pagi hingga 2200 malam. c)
Kerja Malam Ertinya sebarang kerja tugas giliran di antara jam 2200 malam hingga 0600 pagi.
d)
Jadual Kerja Biasa
Ertinya tugas sejumlah lapan (8) jam secara berterusan bermula dari waktu Masuk Bertugas hingga waktu Keluar Bertugas dengan masa rehat selama 45 minit. e)
Kerja Harian Biasa
Ertinya Jadual Kerja Biasa yang tidak termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am. f) Masuk Bertugas
Ertinya dikira semasa pekerja melapurkan diri kepada Penyelia mengikut masa
64
yang ditentukan untuk Masuk Bertugas seperti ditetapkan dalam Jadual Waktu Kerja dan lain-lain arahan yang berkuatkuasa.
g)
Keluar Bertugas
Ertinya dikira semasa pekerja melapurkan diri kepada Penyelia mengikut masa yang ditentukan untuk Keluar Bertugas seperti ditetapkan dalam Jadual Waktu Kerja dan lain-lain arahan yang berkuatkuasa.
h)
Kerja Lebihmasa
Kerja Lebihmasa di takrifkan sebagai kerja dijalankan oleh pekerja lebih dari jumlah Jadual Biasa. i)
Masa Rehat
Ertinya satu tempoh masa rehat yang bermula dari waktu Keluar Bertugas pekerja tren pada Jadual Kerja Biasa pertama dan berakhir pada waktu Masuk Bertugas pada Jadual Kerja Biasa kedua berikutnya.
Tempoh Masa Rehat adalah seperti berikut:
i)
Sekiranya pekerja tren berada di dalam markas, tempoh masa rehatnya adalah duabelas (12) jam,
ii)
Sekiranya pekerja tren berada di luar markas, tempoh masa rehatnya adalah sembilan (9) jam.
j)
Kurang Masa Rehat
Ertinya apabila Pekerja Tren dipanggil semula untuk Masuk Bertugas di mana ketika itu pekerja tren hanya memiliki Masa Rehat melebihi enam (6) jam tetapi kurang dari sembilan (9) jam bermula dari tempoh Keluar Bertugas Jadual Kerja Biasa sebelumnya.
65
k)
Tugas Berterusan (Through Working)
Ertinya apabila pekerja tren dipanggil semula untuk Masuk Bertugas di mana ketika itu pekerja tren hanya memiliki Masa Rehat kurang dari enam (6) jam bermula dari waktu Keluar Bertugas Jadual Kerja Biasa sebelumnya. l)
Tugas Berkembar (Double Working)
Ertinya apabila pekerja tren yang telah menyempurnakan satu Jadual Kerja Biasa dan dipanggil semula untuk Masuk Bertugas satu lagi Jadual Kerja Biasa pada hari yang sama dan ketika itu pekerja tren mempunyai Masa Rehat yang melebihi enam (6) jam bermula dari waktu Keluar Bertugas Jadual Kerja Biasa sebelumnya. m)
‘Encroachment’
Ertinya apabila pekerja tren bertugas pada Hari Pertama yang merupakan Kerja Harian Biasa dan dikehendaki meneruskan tugas di Hari Kedua di mana Hari Kedua itu merupakan Hari Rehat Mingguan atau Hari Kelepasan Am pekerja tren tersebut. Tempoh ‘Encroachment’ adalah bermula dari jam 0001 Hari Kedua. n)
Hari Rehat Mingguan
Ertinya pekerja tren dibenarkan dalam setiap minggu satu (1) hari rehat satu (1) hari penuh sebagaimana yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh pihak pengurusan.
Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Sakit tidak akan diambil kira sebagai Kerja Harian Biasa bagi maksud pengiraan Hari Rehat Mingguan dalam minggu berkenaan.
Sekiranya pekerja bercuti sakit pada hari Rehat Mingguannya yang dijadualkan, maka Hari Rehat Mingguan pada minggu berkenaan dengan sendirinya terhapus. o)
Cuti Gantian
Ertinya cuti yang diberi bagi menggantikan cuti Hari Kelepasan Am Yang Tidak 66
Dipilih. Cuti Gantian ini hendaklah diberi dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum atau tiga puluh (30) hari selepas Hari Kelepasan Am yang berkenaan.
p)
Notis Panggilan/Bertugas
Ertinya notis yang digunakan bagi memanggil pekerja tren untuk bertugas. Pekerja tren hendaklah akui penerimaannya. q)
Tugas Simpanan
Ertinya pekerja tren yang boleh dihubungi dan bersedia bertugas serta merta sekiranya dikehendaki. Tempoh Tugas Simpanan ini adalah seperti berikut :-
Tugas Simpanan Pagi
Tugas Simpanan Petang
0001 hingga 1200
1201 hingga 2400
Sekiranya pekerja tren tidak dipanggil bertugas dalam tempoh simpanan tersebut, maka tempoh berkenaan dikira sebagai Kerja Harian Biasa.
Pekerja tren yang dijadualkan Tugas Simpanan di markas sendiri pada Hari Kelepasan Am Yang Tidak Dipilih akan diberi Cuti Gantian. Sekiranya tidak diberi Cuti Gantian, pekerja tren adalah layak untuk menuntut pembayaran pada kadar Hari Kelepasan Am.
Sekiranya pekerja tren dipanggil melaporkan diri untuk bertugas dalam tempoh Tugas Simpanan maka Jadual Kerja Biasa baru itu akan bermula dari waktu Masuk Bertugas.
Pekerja tren yang dijadualkan Tugas Simpanan yang dikehendaki bertugas akan diberitahu secara bertulis dalam Buku Notis Panggilan/Bertugas dengan catatan No. Tren, Waktu Masuk Bertugas. Pekerja tren berkenaan dikehendaki mengakui penerimaan dengan menandatangani Buku Notis Panggilan/Bertugas dan mencatatkan Nama serta Nombor Perkhidmatan.
Pekerja tren yang dijadualkan Tugas Simpanan yang ingin meninggalkan 67
rumah sendiri atau tempat yang telah disediakan oleh Syarikat melebihi satu (1) jam mesti mendapat kebenaran dari Penyelia yang berkenaan serta memberi maklumat di mana mereka boleh dihubungi dalam masa ketiadaannya. r)
Tugas Pemberitahuan (Advice Duty)
Ertinya adalah notis pemberitahuan bekerja kepada pekerja tren untuk masuk bertugas apabila diberitahu.
68
PERATURAN-PERATURAN UNTUK PEKERJA TREN 1.
Jadual Tugas Mingguan Pekerja Tren
1.1.
Jadual Tugas Mingguan bagi pekerja tren hendaklah disedia dan dipamerkan sebelum jam 1700 tiap-tiap hari Sabtu / Khamis dalam minggu berkenaan. Sebarang pindaan hanya boleh dibuat dalam waktu kecemasan.
1.2.
Jadual Tugas Mingguan tidak boleh disediakan untuk pekerja-pekerja tren dengan tugas giliran melebihi dua (2) tren malam secara berterusan. Dalam waktu kecemasan, pekerja berkenaan boleh dipanggil bertugas giliran yang ketiga untuk tren malam secara berterusan.
1.3.
Jadual Tugas mingguan hendaklah disediakan dengan rehat minima 12 jam di dalam stesen dan sembilan (9) jam di luar stesen.
2.
Senarai Tugas Harian
2.1
Senarai Tugas Harian adalah arahan bagi pekerja tren melaporkan diri untuk bertugas seperti yang dijadualkan dalam Senarai Tugas Harian.
2.2
Senarai Tugas Harian akan disediakan dalam Borang dan dipamirkan di tempattempat tertentu pada jam 1700 setiap hari.
2.3
Sekiranya terdapat perubahan atau pindaan dalam Senarai Tugas Harian bagi Tugas Giliran pekerja tren demi kepentingan perkhidmatan, maka mereka akan diberitahu dan diakui penerimaannya empat (4) jam sebelum dijadualkan masuk bertugas.
2.4
Pekerja tren tidak dibenarkan menuntut sesuatu Jadual Kerja Biasa yang tidak dijadualkan. Walau bagaimanapun, pekerja tren dibenarkan untuk menukar Jadual Kerja Biasa secara suka sama suka atas sebab-sebab persendirian yang mustahak
tanpa
melibatkan
apa-apa
perbelanjaan
tambahan
kepada
Pengurusan. Penukaran Jadual Kerja Biasa ini hendaklah dibuat secara bertulis, ditandatangani oleh kedua-dua pekerja tren berkenaan serta diserahkan kepada Penyelia Stesen/Depoh sekurang-kurangnya empat (4) jam sebelum tren 69
dijadualkan bertolak.
2.5
Pekerja tren yang tidak dapat melaporkan diri untuk bertugas seperti yang dijadualkan atas sebarang sebab, hendaklah memaklumkan kepada Penyelia yang menjaga markas berkenaan sekurang-kurangnya tiga (3) jam sebelum Waktu Masuk Bertugas.
3.
Hari Kelepasan Am
3.1
Pekerja tren adalah layak bagi kesemua cuti Hari Kelepasan Am dan cuti Hari Kelepasan Am Khas yang diwartakan oleh Kerajaan, seperti yang di nyatakan dalam Artikel 35 perjanjian ini. Akan tetapi, mereka berhak memilih enam (6) hari cuti Kelepasan Am yang dipilih dalam sesuatu tahun. Baki Hari Kelepasan Am akan dianggap bagi tujuan Syarat-Syarat Perkhidmatan Untuk Pekerja Tren ini sebagai Cuti Kelepasan Am Yang Tidak Dipilih.
3.2
Pekerja tren adalah layak bagi tuntutan bayaran Hari Kelepasan Am seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955.
3.3
Pekerja tren dikehendaki memberi tiga puluh (30) hari notis secara bertulis kepada Penyelia yang menjaga Stesen/Depoh mengenai setiap Hari Kelepasan Am Yang Dipilih sebelum tahun baru bermula.
3.4
Pekerja tren tidak boleh dijadualkan tugas simpanan di stesen markas pada hari Cuti Kelepasan Am kecuali di atas kepentingan perkhidmatan.
3.5
Pekerja tren yang dijadualkan tugas simpanan di luar stesen pada Hari Kelepasan Am adalah layak untuk menuntut bagi pembayaran pada kadar Hari Kelepasan Am.
4.
Cuti Sakit
4.1
Tertakluk kepada Artikel 39 dalam perjanjian ini berikut adalah syarat-syarat tambahan :
70
i.
Pekerja tren yang melapurkan sakit hendaklah memberitahu Penyelianya tiga (3) jam sebelum dijadualkan Masuk Bertugas. Sijil Akuan Sakit hendaklah diserahkan kepada Penyelia dalam masa empat puluh lapan (48) jam.
ii.
Pekerja tren yang sakit di luar markas semasa bertugas boleh mendapat rawatan perubatan di klinik/hospital yang berhampiran. Sekiranya dirawat sebagai pesakit luar dan dikeluarkan sijil akuan sakit, maka pekerja tren itu hendaklah memberitahu Penyelia yang menjaga stesen/depoh dengan serta merta dan ;
a)
mengosongkan bilik di Banglo Geredar dengan segera.
b)
kembali
ke
markas
masing-masing
dengan
tren
penumpang yang terawal, jika disahkan boleh berjalan. 5.
Cuti Tahunan
5.1
Tertakluk kepada Artikel 36 dalam perjanjian ini yang berikut adalah syarat-syarat tambahan:
i)
Pekerja
tren
yang
ingin
mengambil
Cuti
Tahunan
hendaklah
mengemukakan permohonannya dalam tiga (3) salinan sekurangkurangnya tujuh (7) hari genap kepada Penyelia yang menjaga markas. ii)
Mengemukakan permohonan cuti tidak memberi hak bagi pekerja tren memulakan Cuti Tahunannya. Pekerja tren terlebih dahulu akan diberitahu oleh Penyelia yang menjaga markas tentang kelulusan atau penolakkan cutinya tiga (3) hari awal sebelum permulaan cuti tersebut.
iii)
Pekerja tren dikehendaki menghabiskan semua cuti tahunan dalam tahun berkenaan. Pekerja tren yang tidak dapat mengambil cuti tahunan oleh kerana kepentingan perkhidmatan boleh dibenarkan membawa ke tahun hadapan apa-apa baki cuti rehat yang diperolehi pada tahun itu sahaja. Cuti yang sedemikian apabila tidak dihabiskan dalam tahun yang dibawa ke hadapan itu tidak boleh dibawa lagi ketahun berikutnya.
71
6.
Perjalanan Untuk Bekerja Tren Atau Pulang Dari Bekerja Tren.
6.1
Pekerja tren yang membuat perjalanan untuk bekerja tren atau pulang setelah bekerja tren akan diambilkira sebagai satu Jadual Kerja Biasa dan layak menuntut pembayaran lembur atas kadar Hari Kerja Biasa/Hari Rehat Mingguan atau Hari Kelepasan Am yang mana berkenaan.
6.2
Pekerja tren yang dijadualkan membuat perjalanan untuk bertugas hendaklah masuk bertugas satu (1) jam lebih awal dari waktu tren bertolak. Ini adalah untuk memudahkan menyempurnakan tugas-tugas seperti menandatangani buku kedatangan, mengambil pas atau PTI, berjalan ke stesen dan menempah tiket dan lain-lain, tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan bersama dengan pihak kesatuan.
6.3
Pekerja tren yang dijadualkan membuat perjalanan hendaklah diberi tempat duduk atau tempat tidur adalah diwajibkan bagi Penyelia Tren mengaturkan sedemikian.
7.
Belajar Laluan Dan Belajar Tugas Di Atas Tren
7.1
Pekerja tren yang dijadualkan untuk belajar laluan atau belajar tugas di atas tren akan diambil kira sebagai suatu Jadual Kerja Biasa dan layak menuntut pembayaran lembur atas kadar Hari Kerja Biasa/Hari Rehat Mingguan atau Hari Kelepasan Am, mana berkenaan.
8.
Elaun Makan Semasa Bertugas Di Luar Markas
8.1
Pekerja tren adalah layak untuk Elaun Makan selaras dengan Artikel 49.2 dalam perjanjian ini.
9.
Waktu Masuk Bertugas
9.1
Waktu Masuk Bertugas untuk tren berjadual atau tren yang tidak berjadual adalah mengikut lokasi permulaan tren dan jenis tren, selepas perbincangan dan persetujuan bersama dengan pihak Kesatuan.
9.2
Waktu Masuk Bertugas tidak boleh dijadualkan awal sehari dari waktu tren 72
bertolak.
10.
Giliran Spread-Over
10.1
Dalam keadaan dimana pekerja tren dikehendaki menjalankan tugas
spread
over, maka suatu giliran bolehlah melebihi lapan (8) jam akan tetapi tidak melebihi sepuluh (10) jam di antara waktu masuk bertugas dan waktu keluar bertugas.
10.2
Giliran spread over ini hanya dibenarkan kepada pemandu lokomotif rendah yang menjalankan tugas sebagai pengatur lokomotif.
11.
Kadar Upah Sejam Pekerja Tren
11.1
Kadar Upah Sejam pekerja tren dikira seperti berikut :Gaji Pokok x 12 Kadar upah Sejam Pekerja Tren
= 313 x 7 jam 15 minit
12.
Kelayakan Membuat Tuntutan Bayaran Lebihmasa 12.1.
Pekerja tren boleh membuat tuntutan bayaran lebihmasa bagi kerja-kerja lebihmasa yang dianggap mustahak untuk kepentingan dan tertakluk kepada kelulusan Syarikat dengan syarat-syarat kerja seperti berikut:-
i.
Kerja-kerja kecemasan.
ii.
Kerja-kerja mustahak dan yang tidak boleh ditangguhkan kepada hari berikutnya
oleh
sebab
penangguhan
itu
boleh
memudaratkan
perkhidmatan. iii.
Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh pekerja tren melebihi daripada bidang tugas biasanya ; dan
iv. 13.
Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa terhad.
Kadar Bayaran Lebihmasa 13.1
Kadar Bayaran Lebihmasa adalah seperti yang di nyatakan di Artikel 25 dalam Perjanjian ini. 73
14.
Kuasa Meluluskan
14.1
Sebarang kerja lebihmasa mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran Ketua Bahagian/Unit masing-masing atau Pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Bahagian/Unit berkenaan.
15.
Kadar-Kadar Tuntutan
15.1
Kadar-Kadar Tuntutan Kurang Masa Rehat adalah seperti berikut:
15.1.1 Sekiranya pekerja tren yang dipanggil dalam tempoh Kurang Masa Rehatnya, maka pembayaran elaun Kurang Masa Rehatnya adalah seperti berikut :-
15.1.1.1
Sekiranya Hari Kerja Biasa dua (2) jam dengan kiraan kadar bonus.
15.1.1.2
Sekiranya Hari Rehat Mingguan dua (2) jam dengan kiraan kadar bonus Hari Rehat Mingguan.
15.1.1.3
Sekiranya Hari Kelepasan Am dua (2) jam dengan kiraan kadar bonus Hari Kelepasan Am.
15.1.2 Sejauh mana yang boleh, panggilan untuk bertugas dalam tempoh Masa Rehat bagi pekerja-pekerja tren hendaklah dielakkan.
15.2
Kadar Tuntutan Berterusan (Through Working)
15.2.1 Kadar Tuntutan Berterusan (Through Working) adalah seperti berikut :-
15.2.1.1
Sekiranya Jadual Kerja Biasa Pertama merupakan Kerja Harian Biasa, maka semua jam yang melebihi lapan (8) jam dari tugas berterusan itu akan dibayar lembur biasa dengan kadar Kerja Harian Biasa.
74
15.2.1.2
Sekiranya Jadual Kerja Biasa Pertama merupakan kerja harian pada Hari Rehat Mingguan, maka semua jam yang melebihi lapan (8) jam dari tugas berterusan itu akan dibayar lembur dengan kadar Hari Rehat Mingguan.
15.2.1.3
Sekiranya Jadual Kerja Biasa Pertama merupakan Kerja Harian Biasa pada Hari Kelepasan Am (Dipilih atau Tidak Dipilih) , maka semua jam yang melebihi lapan (8) jam dari tugas berterusan itu akan dibayar lembur dengan kadar Hari Kelepasan Am.
15.3
Kadar Tuntutan Tugas Berkembar (Double Working)
15.3.1 Kadar Tuntutan Tugas Berkembar adalah seperti berikut :-
15.3.1.1
Sekiranya pekerja tren dipanggil untuk Tugas Berkembar pada Hari Rehat, maka kadar bayaran bagi Kerja Harian Biasa yang kedua akan dikira dengan kadar Hari Kelepasan Am.
15.3.1.2
Sekiranya pekerja tren dipanggil untuk Tugas Berkembar pada Hari kelepasan Am (Dipilih atau Tidak Dipilih), maka kadar bayaran bagi Tugas Giliran yang kedua akan dikira dengan kadar Hari Kelepasan Am.
15.4
Kadar Tuntutan ‘Encroachment’ 15.4.1 Kadar Tuntutan ‘Encroachment’ adalah seperti berikut :-
15.4.1.1
Pekerja tren yang tugas gilirannya memasuki tempoh Hari Rehat adalah layak menuntut pembayaran pada Kadar Hari Rehat Mingguan.
75
15.4.1.2
Pekerja tren yang tugas gilirannya memasuki tempoh Hari Kelepasan Am adalah layak menuntut pembayaran pada kadar Hari Kelepasan Am.
16.
Pindaan
16.1
KTMB boleh dari masa ke semasa meminda, menambah atau mengubah manamana atau sebahagian dari mana-mana peruntukan dalam dokumen ini setelah berunding dan mendapat persetujuan dengan pihak Kesatuan yang seterusnya akan menjadi sebahagian dari Syarat-Syarat Perkhidmatan Untuk Pekerja Tren Keretapi Tanah Melayu Berhad.
76
Lampiran I
Skala Gaji Pekerja Bukan Eksekutif kuatkuasa 1.1.2013 No Jawatan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
Juruteknik Juruteknik (Kanan) Operator Komputer (Kanan) Pembantu Juruaudit (Kanan) Pembantu Tadbir (Kanan)/Pembantu Trafik (Kanan)/ Pengurus Stesen (Kanan) Tukang K1 (Kanan), Tukang K2 (Khas) Pemandu Lokomotif (Kanan) Tukang K2 (Kanan) Pengawal Keselamatan (Tinggi) Tukang K1 (Biasa), Tandil (Kanan) Pengurus Stesen (Biasa)/Penyelia Tren (Biasa) Juruteknik (Biasa) Pemandu Lokomotif (Biasa) Operator Komputer (Biasa) Pembantu Juruaudit (Biasa) Pembantu Tadbir (Biasa)/ Pembantu Trafik (Biasa) Opr. Mesin Prosesan Data (Kanan) Pelukis Plan Rendah (Kanan) Pengawal Keselamatan (Kanan) Pemandu Lokomotif Rendah (Kanan) Pembantu Tadbir Rendah (Kanan) Tukang K3 (Kanan)/Pelansir (Kanan)/Tandil (Biasa) /OJBL (Kanan)
23 24 25 26
Pengawal Keselamatan Pembantu Tren OJBL (Biasa)/Operator Kren/Operator Loji Pemandu Kenderaan Bermotor/Pemandu Troli Rel/ Operator Kren
27 28 29 30 31 32
Tukang K2 (Biasa)/Juruelektrik Opt. Mesin Prosesan Data (Biasa) Pelukis Plan Rendah (Biasa) Pengawal Keselamatan (Biasa) Pemandu Lokomotif Rendah (Biasa) Tukang K3 (Biasa)/Pelansir (Biasa)/ Peronda Landasan Penyenggara Landasan Pembantu Tadbir Rendah (Biasa), Operator Telefon Penyenggara Am Pembantu Am Rendah
33 34 35 36
77
Kod Gred Skala Gaji Jawatan Minima Maksima J06A G09 3976 4597 J06 G09 2682 3831 F06 G09 2667 3803 W07 G09 2662 3798 2661 3796 N07 G09 R01 A06 R02 KP08A R03 N08 J07 A07 F07 W08 N09
G09 G09 G09 G10 G10 G10 G10 G10 G10 G10 G10
2430 2411 1823 1964 1628 1398 1182 1164 1160 1152
3943 3833 3406 2766 2597 3048 3108 2805 2771 2767 2766 2498 2498 2498 2498 2494 2084
F08 J08 KP09 A08 N10 R05
G11 G11 G11 G11 G11 G11
1151 1816 1816 1816 1816 1814 1664
KP10A PT05 R08 PK09
G11 G11 G12 G12
1605 958 1406 1163
2185 2146 1824 1747
R06 F09 J09 KP10 A09 R07
G12 G12 G12 G12 G12 G12
1145 960 960 960 960
2585 1949 1949 1949 1941
R09 N11
G12 G12
934 921
1936 1688
PA10 N13
G12 G12
919 909 900
1946 1572 1590
LAMPIRAN II KADAR ELAUN MAKAN, PANDUAN SEWA HOTEL DAN ELAUN LOGING SEMASA BERTUGAS RASMI DI LUAR NEGARA (PERJANJIAN BERSAMA YANG KE 7 KTMB DAN RUM) Nama-Nama Negara
Elaun Makan
Panduan
Elaun Lojing
Sewa Hotel Afghanistan Algeria Argentina Australia Austria Bahrain Bangladesh Belgium Bolivia Brazil Brunei Darusalam Bulgaria Cambodia Canada Chile China Cyprus Czechoslovakia Dahomey Denmark Dubai Egypt Ethiophia Fiji Finland France Germany Ghana Greece Guinea Guyana Hong Kong Hungary India Indonesia (kecuali Kalimantan) Iran Iraq Ireland Italy
RM
RM
RM
115 161 137 161 161 161 93 161 115 137 161 115 69 161 115 103 161 137 137 137 161 161 137 93 137 183 161 137 137 115 115 137 137 115
161 207 218 287 275 183 252 344 115 332 287 93 69 344 229 298 127 229 356 344 527 229 183 195 436 195 366 161 149 252 366 402 252 207
81 103 110 144 137 93 127 173 58 166 144 47 35 173 115 149 64 115 178 173 264 115 93 98 218 98 183 81 75 127 183 201 127 103
137 161 161 161 161
218 390 218 298 458
110 195 110 149 229
78
Nama-Nama Negara
Elaun Makan
Panduan
Elaun Lojing
Sewa Hotel Jamaica Japan Jordan Kenya Korea Selatan Korea Utara Kuwait Laos Lebanon Libya Luxembourg Maldives Mali Malta Mauritius Mexico Morocco Myanmar Nauru Nepal Netherland (i) Hague (ii) Amsterdam New Zealand (i) Wellington (ii) Auckland Nigeria Norway Pakistan Peru Philippines Poland Portugal Qatar Romania Samoa Saudi Arabia Seychelles Singapura Spain Sri Langka Sudan Sweden Switzerland Taiwan Tanzania Thailand (kecuali Selatan Thailand)
RM
RM
RM
115 183 161 115 115 69 161 103 161 161 161 115 137 115 115 137 115 93 137 93
287 378 218 321 412 241 321 127 149 241 195 183 264 264 229 378 137 173 69 183
144 190 110 161 207 120 161 64 75 120 98 93 132 132 115 190 69 86 35 93
137 161
321 321
161 161
127 137 137 137 115 115 115 115 115 161 137 93 183 115 161 115 115 137 137 183 93 93
275 275 356 298 218 183 207 173 218 207 287 195 252 275 287 298 115 298 402 218 161 229
137 137
127
264
132
79
178 149 110 93 103 86 110 103 144 98 127 137 144 149 58 149 201 110 81 115
Nama-Nama Negara
Elaun Makan
Panduan
Elaun Lojing
Sewa Hotel Trinidad/Tobago Tunisia Turkey Uganda United Arab Emirates United Kingdom U.S.A. Komanwel Negara Merdeka (CIS) Vietnam Yugoslavia Zambia Zimbabwe
RM
RM
RM
115 115 161 115 161 183 183
378 127 516 275 516 378 378
190 64 258 137 258 190 190
115 115 115 183 137
287 173 356 332 218
144 86 178 166 110
80
LAMPIRAN III
Borang HR/ER/TU-001
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD
BORANG ADUAN / RUNGUTAN AM
Borang ini adalah untuk kegunaan semua pekerja KTMB mengikut artikal 10 Perjanjian Bersama Kepada : ………………………………………………… ………………………………………………… ………………………………………………...
A – BUTIRAN PEKERJA Nama : ………………………………………………………………………
No. Perkhidmatan : ……………………………
Jawatan : ………………………………………………………………….
No Telifon / PABX : …………………………….
Alamat Pejabat / Stesen / Bengkel / Depoh : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….. .………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
B – PERINGKAT ADUAN / RUNGUTAN AM Pertama :
Kedua :
Ketiga :
Tarikh
Tarikh :
Tarikh :
:
C – Apakah Aduan / Rungutan Anda (sila guna helaian tambahan jika ruangan ini tidak mencukupi) ……………………………………………………………………………………………………………………………………................................ ......................................................................................................................................................................... ......................................................................................................................................................................... Tandatangan : …………………………………….
D – AKUAN PENERIMAAN Diterima oleh Penyelia pada : Jawatan :
Tandatangan : 81
E – PERINGKAT PERTAMA
(Untuk Di Isi Oleh Pegawai Penyelia)
Perbincangan / Taklimat dengan pekerja telah diadakan pada : Aduan / Rungutan * dapat / * tidak dapat – diselesaikan dengan keputusan / tindakan berikut ;………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………. Nama / Tandatangan Penyelia
Tarikh : …………………………………
F – PERINGKAT KEDUA ( Untuk di isi semula oleh pekerja dan di hantar kepada Ketua Jabatan / Wilayah )
Jika keterangan / penjelasan yang diberikan oleh penyelia tidak diterima oleh anda, sila nyata dan huraikan sebab-sebabnya : ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..... ......................................................................................................................................................................
Tandatangan :
Tarikh :
G – Dalam Peringkat ke-2 ini, anda boleh membawa / diwakili oleh seorang Wakil Kesatuan Nama Wakil Kesatuan :
No. Perkhidmatan :
Tandatangan Wakil Kesatuan :
Tarikh :
82
H – Diterima oleh Ketua Jabatan / Wilayah Pada : Aduan / Rungutan Am ini * dapat / * tidak dapat diselesaikan dengan keputusan / tindakan berikut :-
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Nama / Tandatangan :
Tarikh :
PERINGKAT KETIGA ( Untuk di isi semula oleh pekerja dan di hantar terus kepada Pengurus Besar TMOD )
Jika keterangan / penjelasan yang diberikan oleh Ketua Jabatan / Wilayah, tidak diterima oleh anda, sila nyata dan huraikan sebab-sebabnya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Tandatangan Pekerja : …………………………………………..
Tarikh : …………………………………
83
UNTUK KEGUNAAN PENGURUSAN BAKAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI (TMOD)
J – PERINGKAT KETIGA Diterima pada : Tindakan dan Penyelesaian Kepada Aduan / Rungutan am ini adalah seperti berikut :………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Dimaklum kepada pekerja dan salinan kepada Kesatuan pada :
Tandatangan :
K – PERINGKAT KE-EMPAT Perbincangan Bersama TMOD /Kesatuan di adakan pada :
Perbincangan dengan Kesatuan telah di adakan dan berkeputusan berikut :………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Nama : Tarikh :
Tandatangan :
84