KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD ARAHAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA _________________________________________________________________________
HRM / HRD / 08 / 2011 Arahan ini membatalkan Pekeliling HRM / HRA / 07 / 2009 yang berkuatkuasa pada 1 September 2009.
ARAHAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
DASAR TABUNG KEBAJIKAN PEKERJA KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) TARIKH BERKUAT KUASA : 01 MAC 2011
1.0
2.0
TUJUAN 1.1
Arahan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkenaan Tabung Kebajikan Pekerja yang diwujudkan untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada Pekerja Tetap dan Kontrak Keretapi Tanah Melayu Berhad (selepas ini disebut Pekerja) yang ditimpa kemalangan atau penyakit kritikal atau bencana alam dan lainlain musibah di luar jangkaan (selepas ini dipanggil ditimpa musibah).
1.2
Arahan ini juga bertujuan untuk memaklumkan kadar sumbangan Tabung Kebajikan Pekerja berdasarkan keperluan semasa seperti mana yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Tabung Kebajikan Pekerja KTMB bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pekerja akibat ditimpa musibah.
BUTIR-BUTIR ARAHAN 2.1
Mengikut Perjanjian Bersama di antara KTMB (selepas ini disebut sebagai Syarikat) dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB dan Persatuan PegawaiPegawai KTMB ( selepas ini di sebut Pekerja), Syarikat dan Pekerja telah bersetuju menyumbangkan sebanyak RM1.00 (Ringgit Malaysia Satu) sebulan seorang kepada Tabung Kebajikan Pekerja KTMB (selepas ini disebut Tabung) bagi menjalankan aktiviti kebajikan Pekerja.
2.2
Sumbangan daripada Pekerja adalah secara potongan gaji bulanan manakala Syarikat pula akan menyumbang secara bulanan ke dalam tabung tersebut sebanyak RM1.00 (Ringgit Malaysia Satu) bagi setiap seorang mengikut bilangan pekerja pada bulan berkaitan.
HRM / HRD / 08 / 2011 Muka surat 1 daripada 8
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD ARAHAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA _________________________________________________________________________ 2.3
Hasil sumbangan Syarikat dan Pekerja akan dimasukkan ke dalam satu akaun bank yang diwujudkan atas nama Tabung Kebajikan Pekerja KTMB (No. akaun Maybank 5141 0561 2334). Akaun ini akan digunakan bagi menguruskan penerimaan dan pembayaran wang yang akan dibuat secara langsung melalui akaun ini. Penandatangan akaun ini adalah seperti berikut: i.
Presiden;
ii.
Pengurus Besar Pembangunan Sumber Manusia; dan
iii.
Pengurus Besar Kewangan.
Nota: Akaun ini boleh dikendalikan dengan mendapat tandatangan sekurang-kurangnya dari 2 (dua) penandatangan seperti yang disenaraikan di atas.
2.4
Tabung ini boleh menerima sumbangan dari mana-mana individu atau syarikat.
2.5
Tabung ini diuruskan oleh Jawatankuasa Tabung Kebajikan Pekerja KTMB yang terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut:
2.6
Pengurus Besar Pembangunan Sumber Manusia (Pengerusi);
Pengurus Besar Kewangan (Ahli);
Seorang wakil Persatuan Pegawai-Pegawai KTMB (Ahli);
Seorang wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (Ahli);
Seorang Setiausaha; dan
Seorang Bendahari.
Alamat berdaftar Tabung Kebajikan Pekerja KTMB adalah seperti berikut: Tabung Kebajikan Pekerja KTMB Unit Kebajikan dan Perhubungan Pekerja Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Ibupejabat Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad Jalan Sultan Hishamuddin 50621 Kuala Lumpur
HRM / HRD / 08 / 2011 Muka surat 2 daripada 8
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD ARAHAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA _________________________________________________________________________ 3.0
4.0
PERANAN DAN FUNGSI JAWATANKUASA 3.1
Jawatankuasa bertanggungjawab menimbang dan meluluskan permohonan pekerja KTMB yang memerlukan bantuan kewangan kerana ditimpa musibah.
3.2
Keputusan Jawatankuasa bagi menetapkan kadar bantuan yang diberikan adalah muktamad.
3.3
Pengerusi Jawatankuasa boleh memberi kelulusan bantuan yang diperlukan dalam kes-kes kecemasan seperti kematian dan bencana alam.
3.4
Jawatankuasa boleh meluluskan pengeluaran wang secara tunai sebanyak RM5,000.00 dan wang ini hendaklah pada bila-bila masa disimpan dalam peti simpanan di Unit Perhubungan Pekerja. Tujuan wang ini adalah untuk diberikan kepada pekerja yang ditimpa musibah pada hari cuti iaitu dalam masa ketiadaan pegawai yang berkuasa memberi kelulusan dan jumlah pemberian adalah berdasarkan kes musibah yang menimpa pekerja.
SKOP PEMBIAYAAN 4.1
5.0
Skop pembiayaan Tabung ini adalah seperti berikut: 4.1.1
Sumbangan berbentuk wang tunai kepada Pekerja yang ditimpa musibah.
4.1.2
Memberi sumbangan/bantuan peralatan perubatan (ortopedik) dan anggota palsu kepada pekerja.
4.1.3
Lain-lain bentuk sumbangan kepada Pekerja yang difikirkan layak oleh Jawatankuasa Tabung Kebajikan Pekerja KTMB.
SYARAT DAN KADAR SUMBANGAN 5.1
Kemalangan 5.1.1
Bantuan ini diberi kepada Pekerja yang ditimpa kemalangan.
5.1.2
Syarat-syarat sumbangan bagi kemalangan Pekerja adalah seperti berikut : i.
Kecederaan pada anggota badan Pekerja;
ii.
Kecederaan tersebut hendaklah disahkan oleh doktor atau pengamal perubatan yang berdaftar; dan
HRM / HRD / 08 / 2011 Muka surat 3 daripada 8
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD ARAHAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA _________________________________________________________________________ iii.
5.2
Jumlah maksima sumbangan adalah RM2,000.00 bergantung kepada tahap kecederaan yang dialami oleh Pekerja. Penyakit Kritikal 5.2.1
5.3
i.
Kadar sumbangan sebanyak RM2,000.00 (maksima); dan
ii.
Menghidap penyakit LAMPIRAN.
iii.
Penyakit tersebut hendaklah disahkan oleh doktor atau pengamal perubatan yang berdaftar.
kritikal
yang
terkandung
dalam
Bantuan Pembelian Peralatan Perubatan (Ortopedik) dan Anggota Palsu 5.3.1
5.3.2
5.4
Syarat-syarat sumbangan bagi Pekerja yang menghidap penyakit kritikal adalah seperti berikut:
Syarat-syarat sumbangan kepada Pekerja yang memerlukan bantuan bagi pembelian peralatan ortopedik dan anggota palsu adalah seperti berikut: i.
Kadar sumbangan sebanyak RM10,000.00 (maksima) atau kadar sebenar (mana yang lebih rendah); dan
ii.
Kelayakan adalah tertakluk kepada pengesahan doktor atau pengamal perubatan yang berdaftar dan disertai dengan resit asal pembelian peralatan ortopedik dan anggota palsu.
Kadar yang dinyatakan di fasal 5.3.1 adalah terhad kepada nilai RM10,000.00 sepanjang tempoh perkhidmatan setiap Pekerja.
Kematian Pekerja/Isteri/Suami/Anak 5.4.1
Kadar sumbangan kepada Pekerja yang meninggal dunia atau Pekerja yang kematian isteri atau suami atau anak adalah sebanyak RM1,000.00 seorang*. * Tafsiran isteri/suami/anak adalah berdasarkan kepada Perjanjian Bersama yang berkuat kuasa di antara KTMB dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB dan di antara KTMB dengan Persatuan Pegawai-Pegawai KTMB.
5.5
Kerosakan Harta Benda 5.5.1
Sumbangan diberi apabila berlaku bencana yang menyebabkan kerosakan atau kemusnahan harta benda Pekerja. HRM / HRD / 08 / 2011 Muka surat 4 daripada 8
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD ARAHAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA _________________________________________________________________________
Kadar sumbangan bagi kerosakan harta benda adalah seperti berikut:
5.5.2
5.6
7.0
RM 3,000.00
ii. Musnah 50%
RM 1,500.00
-
Kadar sumbangan bagi rumah kediaman Pekerja yang diduduki yang terlibat dengan banjir adalah sebanyak RM1,000.00 (maksima).
Had Peruntukan 5.6.1
6.0
i. Musnah 100% -
Sekiranya tuntutan melebihi satu kali dalam tempoh satu (1) tahun maka Jawatankuasa boleh memberikan kelulusan berdasarkan kepada merit kes.
MESYUARAT JAWATANKUASA TABUNG KEBAJIKAN PEKERJA KTMB 6.1
Jawatankuasa akan bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 (tiga) bulan sekali bagi menyemak dan seterusnya meluluskan permohonan bantuan dari Tabung Kebajikan Pekerja KTMB.
6.2
Dalam keadaan yang memerlukan keputusan segera seperti apabila berlakunya kemalangan dan lain-lain, Pengerusi Jawatankuasa boleh memanggil mesyuarat bagi membincangkan isu-isu yang timbul dan seterusnya membuat keputusan.
6.3
Mesyuarat Jawatankuasa hanya sah dijalankan apabila dihadiri oleh sekurang-kurangnya Pengerusi dan tiga (3) orang ahli Jawatankuasa.
TATACARA MEMOHON SUMBANGAN 7.1
Semua permohonan sumbangan hendaklah dengan mengisi borang Permohonan Bantuan Tabung Kebajikan dan dihantar kepada alamat di bawah melalui Penyelia/Ketua Jabatan masing-masing. Unit Kebajikan dan Perhubungan Pekerja Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Ibupejabat Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad Jalan Sultan Hishamuddin 50621 Kuala Lumpur
7.2
Borang permohonan boleh diperolehi daripada Unit Perhubungan Pekerja atau melalui sistem Intranet KTMB. HRM / HRD / 08 / 2011 Muka surat 5 daripada 8
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD ARAHAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA _________________________________________________________________________ 7.3
8.0
Permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat enam (6) bulan dari tarikh ditimpa musibah.
TARIKH BERKUAT KUASA/ PERLAKSANAAN 8.1
Tarikh kuat kuasa arahan ini adalah pada 01 Mac 2011.
8.2
Arahan ini membatalkan Pekeliling HRM/HRA/07/2009 yang berkuat kuasa pada 01 September 2009.
Dikeluarkan oleh:
Diluluskan oleh:
……………………………………….......
…………………………………………...
SHARIFAH MOHD SHARIF
DR. AMINUDDIN ADNAN
Pm. Pengurus Besar Pembangunan Sumber Manusia
Presiden
HRM / HRD / 08 / 2011 Muka surat 6 daripada 8
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD ARAHAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA _________________________________________________________________________ LAMPIRAN
SENARAI PENYAKIT KRITIKAL 1.
Serangan Penyakit Jantung
2.
Strok (Angin Ahmar)
3.
Pembedahan Pintasan Arteri Koronori
4.
Kanser
5.
Kegagalan Buah Pinggang
6.
Hepatitis Fulminan
7.
Pemindahan Organ Utama
8.
Kelumpuhan (Paraplegia,Tetraplegia)
9.
Sklerosis Berganda
10.
Hipertensi Pulmonari Primer
11.
Buta
12.
Pembedahan Injap Jantung
13.
Pekak
14.
Pembedahan Aorta
15.
Hilang Suara
16.
Penyakit Alzheimer
17.
Kelecuran api yang teruk
18.
Koma
19.
Penyakit Terminal
20.
Penyakit Neuron Motor
21.
Jangkitan HIV daripada pemindahan darah
22.
Penyakit Parkinson
23.
Penyakit Hati Kronik
24.
Penyakit Paru-Paru Kronik
25.
Kecederaan Teruk Kepala Akibat Kemalangan Yang Menyebabkan Trauma
26.
Anemia Aplastik
27.
Distrofi Otot
28.
Tumor Otak Benigna
29.
Ensefalitis
30.
Poliomielitis
31.
Pembedahan Otak
32.
Meningitis Bakterial HRM / HRD / 08 / 2011 Muka surat 7 daripada 8
KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD ARAHAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA _________________________________________________________________________ 33.
Lain-lain Penyakit Arteri Koronari Yang Serius
34.
Sindrom Apalik
35.
Jangkitan HIV Yang Diperolehi Melalui Pekerjaan
36.
AIDS Peringkat Lewat
37.
Kencing Manis peringkat serius
HRM / HRD / 08 / 2011 Muka surat 8 daripada 8