PERATURAN SKIM PERKHIDMATAN PERUBATAN (UNTUK KAKITANGAN)
BIL.
ISI KANDUNGAN
MUKASURAT
1.
PENDAHULUAN
2
2.
TAKRIF
2
3.
SUMBER RAWATAN
3
4.
KEADAAN MENERIMA RAWATAN
3
5.
DOKTOR PANEL
4
6.
BAYARAN PERUBATAN YANG DIBIAYAI OLEH UNIVERSITI
4
7.
BAYARAN PERUBATAN YANG TIDAK DIBIAYAI OLEH UNIVERSITI
6
8.
KEMUDAHAN BAGI PESARA
7
9.
BILA LEMBAGA PERUBATAN BOLEH DIPANGGIL
7
10.
LAPORAN LEMBAGA
7
11.
KAD PERUBATAN
8
12.
KEADAAN LUARBIASA
8
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PERATURAN SKIM PERKHIDMATAN PERUBATAN (UNTUK KAKITANGAN)
Pendahuluan
1.
Peraturan ini adalah digunakan kepada semua kakitangan tetap, sementara, pinjaman dan kontrak yang tertakluk kepada surat perlantikan, layak mendapat faedah Skim Perkhidmatan Perubatan (Untuk Kakitangan) Universiti Sains Malaysia selepas daripada ini disebutkan sebagai Skim.
Takrif
2.1
'Anak-anak di bawah jagaan kakitangan' bermaksud:Anak-anak yang belum berkahwin di bawah umur 18 tahun atau masih belajar sepenuhmasa dan di bawah umur 21 tahun dan termasuk anak tiri dan anak angkat yang diambil secara sah.
2.2
'Doktor Panel' bermaksud:Seseorang doktor swasta yang diluluskan oleh Universiti untuk menjadi ahli Doktor Panel bagi tujuan kakitangan serta keluarga kakitangan Universiti Sains Malaysia mendapatkan rawatan perubatan.
2.3
'Doktor Swasta' bermaksud:Seseorang doktor perubatan berdaftar yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia ataupun yang tidak termasuk dalam Doktor Panel.
2.4
'Doktor Universiti' bermaksud:Seseorang Pegawai Perubatan yang berkhidmat di Universiti Sains Malaysia khususnya dengan tujuan memberi perkhidmatan perubatan di Hospital USM, Pusat Kesihatan Kampus Pulau Pinang, Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan dan Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju. Bertam.
2.5
‘Hospital Kerajaan’ bermaksud:Sebarang Hospital Kerajaan di Malaysia dan termasuk Hospital-hospital Universiti, Pusat Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Klinik-klinik Kerajaan (dan Yayasan-yayasan Perubatan Persekutuan lain).
2.6
‘Jawatankuasa Tetap Kewangan’ bermaksud:Jawatankuasa Tetap Kewangan Universiti Sains Malaysia.
2.7
‘Kakitangan’ bermaksud:Kakitangan Universiti Sains Malaysia yang tetap, sementara, pinjaman dan kontrak yang tertakluk kepada surat perlantikan mereka layak mendapat faedah Skim Perkhidmatan Perubatan (Untuk Kakitangan).
2.8
‘Keluarga Kakitangan’ bermaksud:Bagi kakitangan lelaki: isteri ataupun isteri-isteri dan anak-anak di bawah jagaannya; dan bagi kakitangan perempuan: suami dan anak-anak di bawah jagaannya.
2.9
‘Lembaga Perubatan’ bermaksud:Sebarang Lembaga yang diluluskan mengikut Skim Perkhidmatan untuk kakitangan Universiti Sains Malaysia. 2
2.10
‘Lembaga’ bermaksud:Lembaga Pengarah Universiti Sains Malaysia.
2.11
‘Panel Farmasi’ bermaksud:Sesebuah firma farmasi yang diluluskan oleh Universiti untuk membekalkan ubat yang dipreskripsikan oleh Doktor Panel atau Pusat Kesihatan.
2.12
‘Pusat Kesihatan’ bermaksud:Pusat Kesihatan Universiti Sains Malaysia.
2.13
‘Stesen yang sama’ bermaksud:Satu lingkungan kawasan 33 km. dari tempat bertugas.
2.14
‘Universiti’ bermaksud:Universiti Sains Malaysia.
2.15
Perkataan yang bermaksud genus lelaki juga bermaksud genus perempuan.
Sumber Rawatan
3.
Rawatan perubatan hendaklah diperolehi sama ada dari Pusat Kesihatan Universiti, Doktor Panel di stesen yang sama atau Hospital Kerajaan.
Keadaan Menerima Rawatan
4.
Kemudahan di bawah skim boleh dinikmati dalam keadaan berikut:-
4.1
Kakitangan Universiti serta keluarga kakitangan adalah layak menerima faedah dari Skim semasa berada dalam stesen yang sama. Apabila mereka berada di luar dari stesen, rawatan perubatan hendaklah diperolehi dari Hospital Kerajaan.
Dalam Stesen Yang Sama
4.2
Semasa bertugas rasmi di luar negara seseorang kakitangan yang jatuh sakit dan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan perubatan adalah layak menuntut balik perbelanjaan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
Bertugas Rasmi Di Luar Negara
(i)
Perbelanjaan perubatan hendaklah sebanyak yang munasabah; dan di mana ada terdapat, hendaklah seberapa boleh menggunakan Perkhidmatan Kesihatan Negara yang ada di negara berkenaan.
3
(ii)
Belanja perubatan itu hanya untuk bayaran bagi rawatan perubatan biasa sahaja.
(iii) Seseorang kakitangan yang dikehendaki mendapatkan rawatan wad hospital tidak layak menuntut Elaun Makan semasa di dalam hospital. (iv) Bayaran-bayaran hospital adalah ditanggung oleh Universiti dan kakitangan hanya dikenakan bayaran wad menurut kadar yang ditetapkan bagi dalam negeri kecuali dalam kes kecederaan yang berlaku semasa menjalankan tugas rasmi yang mana bayarannya adalah ditanggung sepenuhnya oleh Universiti. (v) Di negara yang mewajibkan pengambilan insurans perubatan bagi mendapat rawatan di hospital, bayaran premium bagi seseorang kakitangan itu adalah ditanggung oleh Universiti.
Doktor Panel
Bayaran perubatan yang dibiayai oleh Universiti
5.
Kakitangan serta keluarga kakitangan adalah layak memilih dua Doktor Panel iaitu satu Doktor Panel untuk suami dan satu lagi untuk isteri. Anak-anak mereka boleh menerima rawatan perubatan sama ada daripada Doktor Panel yang dipilih oleh suami ataupun oleh isteri. Senarai nama Doktor Panel akan diedarkan untuk pengetahuan semua kakitangan. Senarai tersebut boleh dipinda oleh pihak Universiti dari semasa ke semasa.
5.1
Dalam keadaan kecemasan, apabila Doktor Panel tidak dapat dihubungi, kakitangan serta keluarga kakitangan hendaklah pergi ke Hospital Kerajaan. Mereka yang memilih untuk pergi ke Hospital Swasta akan bertanggungjawab atas segala perbelanjaan yang dikenakan.
6.
Bayaran yang dibiayai oleh Universiti termasuklah:-
6.1
Bayaran rundingan, sama ada di klinik atau di rumah oleh seorang Doktor Panel atau di Hospital Kerajaan.
6.2
Suntikan dan ubat untuk rawatan kes-kes biasa dan ubatubat khas untuk rawatan kecemasan yang terhad sahaja. Bagi rawatan berpanjangan, staf hendaklah dirujuk ke Hospital Kerajaan atau Pusat Kesihatan.
6.3
Bayaran untuk pembedahan kecil dan pemeriksaan makmal seperti yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
4
Kecemasan
Rundingan Rawatan
Pembedahan Dan Pemeriksan Makmal
6.4
Ubat boleh diperolehi sama ada daripada Doktor Panel, atau daripada Panel Farmasi yang telah dilantik oleh Universiti jika ianya dipreskripsikan oleh Doktor Panel. Jumlah kos ubat yang boleh di perolehi daripada Panel Farmasi melalui preskripsi Doktor Panel adalah terhad kepada maksimum RM25.00 bagi satu preskripsi.
Ubatan
Bil Doktor Panel dan Farmasi Panel hendaklah mengikut kadar-kadar yang ditetapkan oleh Universiti dari semasa ke semasa. Bil dari dispensari Doktor Panel atau Farmasi Panel hendaklah dihantar terus ke Universiti untuk pembayaran dan nama Doktor Panel yang mempreskripsikan ubat mestilah dicatat di dalam bil tersebut. 6.5
Semua bayaran untuk kehadiran, rundingan, pemeriksaan atau rawatan yang dikenakan di mana-mana Hospital Kerajaan di stesen yang sama. Semua bayaran lain termasuklah harga alat-alat perubatan dan pembedahan (gigi palsu, alat-alat dengar, tongkat ketiak, kayu kelat, alat bantu ortopedik dan lain-lain lagi) hendaklah dibayar oleh kakitangan berkenaan.
Hospital Kerajaan
6.6
Semua bayaran hospital yang dikenakan kepada kakitangan atau keluarga kakitangan sebagai pesakit dalam di Hospital Kerajaan di stesen yang sama atas nasihat Doktor Universiti, Doktor Panel atau seorang doktor di Hospital Kerajaan, dengan syarat bahawa bayaran wad akan dibayar oleh kakitangan berkenaan mengikut kadar bayaran yang dikenakan oleh Hospital Kerajaan kepada kakitangan Kerajaan.
Masuk Hospital
6.7
Semua bayaran hospital yang dikenakan kepada kakitangan serta keluarga kakitangan, sekiranya dimasukkan ke dalam hospital khas (misalnya Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Institut Perubatan Respiratori, Jalan Pahang, Pusat Kusta Negara Sungai Buluh) atas nasihat Doktor Universiti atau Doktor Hospital Kerajaan, dengan syarat bayaran wad hendaklah dibayar oleh kakitangan berkenaan mengikut kadar bayaran yang dikenakan oleh Hospital Kerajaan untuk kakitangan Kerajaan.
Hospital Khas
6.8
Seorang kakitangan serta keluarga kakitangan hanya boleh mendapat rawatan perubatan dari seorang doktor atau hospital kerajaan di luar dari stesen yang sama apabila:
Rawatan Khas Di Luar Stesen Yang Sama
(i)
Rawatan tersebut tidak boleh didapati di stesen yang sama.
(ii)
Dirujuk oleh Doktor yang berkuasa di Hospital Kerajaan dengan persetujuan Universiti.
Dalam keadaan ini kakitangan tersebut boleh menuntut elaun-elaun seolah-olah beliau atau keluarganya di dalam perjalanan kerana urusan rasmi. Tetapi sekiranya kakitangan atau keuarga kakitangan itu sendiri hendak mendapatkan rawatan di luar stesen, elaun-elaun di atas tidak boleh dituntut.
5
6.9
Kadar bayaran wad yang dikenakan ke atas kakitangan atau keluarga kakitangan yang dimasukkan ke Hospital Kerajaan di stesen yang sama adalah seperti dalam Lampiran A peraturan ini. Jika seseorang kakitangan atau keluarga kakitangan ingin menduduki wad yang lebih tinggi dari wad yang layak baginya ia dikehendaki oleh pihak Hospital Kerajaan membayar semua bayaran mengikut kadar bayaran yang dikenakan oleh Hospital Kerajaan kepada orang awam.
Wad Yang Layak Dimasuki
6.10
Dalam keadaan yang tertentu, seorang kakitangan bolehlah membuat permohonan kepada Naib Canselor supaya semua bayaran yang dikenakan oleh Hospital dibayar oleh Universiti.
Bayaran Hospital Dalam Keadaan Tertentu
6.11
Seorang berunding Kerajaan Universiti Kerajaan.
Doktor Pakar
kakitangan atau keluarga kakitangan boleh dengan seorang Doktor Pakar di Hospital di stesen yang sama atas perakuan Doktor atau Doktor Panel atau Doktor di Hospital
Walau bagaimanapun, sekiranya disahkan oleh doktor yang berkuasa di Hospital Kerajaan dan dipersetujui oleh Universiti bahawa rawatan kepakaran tidak boleh didapati di Hospital Kerajaan di stesen yang sama, maka kakitangan tersebut bolehlah berunding dengan seorang pakar swasta di Hospital lain di stesen yang sama dan Universiti akan membayar semua bayaran yang dikenakan, dengan syarat kakitangan tersebut hendaklah membayar bayaran wad mengikut kadar bayaran yang dikenakan oleh Hospital Kerajaan.
Bayaran Perubatan Yang Tidak Dibiayai Oleh Universiti
6.12
Sekiranya seorang kakitangan atau keluarga kakitangan ingin berunding dengan seorang Doktor Pakar Swasta atas kehendaknya sendiri, maka semua bayaran hendaklah dibayar oleh kakitangan tersebut. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bayaran.
6.13
Apabila seseorang kakitangan atau keluarga kakitangan disahkan oleh sebuah Lembaga Perubatan sebagai memerlukan rawatan khas, maka pesakit itu boleh ditimbangkan oleh Jawatankuasa Tetap Kewangan untuk dihantar ke luar negara bagi mendapatkan rawatan tersebut atas perbelanjaan Universiti dan jika betul-betul diperlukan, termasuk perbelanjaan seorang lain yang dikehendaki mengiringinya.
7.
Bayaran rawatan-rawatan berikut tidak dibiayai di bawah Skim Perkhidmatan Perubatan (Untuk Kakitangan):-
7.1
Rawatan pergigian melainkan apabila rawatan pergigian disyorkan oleh seorang doktor perubatan sebagai sebahagian dari rawatan seorang pesakit itu. Akan tetapi rawatan pergigian yang percuma (tidak termasuk pembekalan gigi palsu) boleh didapati di Hospital Kerajaan.
6
Doktor Pakar Swasta
Rawatan Di Luar Negara
Rawatan Pergigian
7.2
Bayaran untuk gigi palsu, ‘braces’, fillings’, scaling, surgical appliances’, cermin mata, pemeriksaan kesihatan keseluruhan, ‘circumcision’, ‘IUD’, ‘menstrual regulations’ ‘cosmetic surgery’, ‘family planning pills’ dan lain-lain.
Rawatan Lain
7.3
Semua bayaran lain termasuklah harga alat-alat perubatan dan pembedahan (gigi palsu, alat-alat dengar, tongkat ketiak, kayu kelat, alat bantu ortopedik dan lain-lain lagi) hendaklah dibayar oleh kakitangan berkenaan.
AlatAlatan
Kemudahan Bagi Pesara
8.
Seseorang pesara Universiti yang menerima pencen bulanan atau keluarganya akan berkelayakan mendapat kemudahan rawatan dan perubatan seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat yang dibekalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pencen. Kelayakan bayaran wad dan sebagainya adalah seperti ditetapkan oleh Kerajaan.
Bila Lembaga Perubatan Boleh Dipanggil
9.
Bersesuaian dengan peruntukan-peruntukan dalam Pembekalan Cuti Universiti dan Skim Perkhidmatan Perubatan, Lembaga Perubatan boleh dipanggil:9.1 Apabila seseorang kakitangan didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti sakit biasanya; 9.2 apabila seorang pegawai perubatan berpendapat bahawa tiada harapan untuk kakitangan menjadi sihat untuk bertugas; 9.3 apabila pada tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun yang berturut-turut kakitangan itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih; 9.4 apabila kesiuman otak kakitangan diragukan;
atau
kesihatan
badan
9.5 apabila kakitangan telah tercedera semasa bertugas; 9.6 apabila kakitangan disahkan menghidap penyakit tibi, kusta atau barah; 9.7 apabila kakitangan atau keluarganya perlu diperiksa untuk mendapatkan rawatan di luar negara kerana tiada rawatan sedemikian di dalam negara.
Laporan Lembaga
10.
Laporan mana-mana Lembaga Perubatan akan dikemukakan terus kepada Naib Canselor yang mengikut budibicaranya akan mengemukakan kepada Jawatankuasa Tetap Kewangan atau LPU untuk keputusan. Laporan Lembaga Perubatan akan dikemukakan dalam bentuk seperti di Lampiran B.
7
Kad Perubatan
11.
Kakitangan yang layak untuk mendapat faedah dari Skim ini diberikan Kad Perubatan yang menyatakan had kelayakan mereka (anak-anak) serta senarai Doktor Panel yang dipilih oleh mereka. Selain daripada dua Doktor Panel yang dipilih itu, nama mana-mana Doktor Panel yang memberi perkhidmatan perubatan selama 24 jam juga akan tercatat dalam Kad Perubatan. Kakitangan dan keluarga mereka adalah berhak untuk menerima rawatan daripada Pusat Kesihatan di Kampus di mana mereka berkhidmat.
Keadaan Luarbiasa
12.
Naib Canselor adalah berkuasa membuat keputusan atas sebarang keadaan luarbiasa yang tidak dilindungi oleh peraturan-peraturan yang tersebut di atas. Naib Canselor akan memutuskan tentang sebarang kekeliruan yang timbul dari semasa ke semasa mengenai makna mana-mana peraturan dalam Skim Perkhidmatan Perubatan (Untuk kakitangan), Universiti Sains Malaysia.
Skim ini diluluskan oleh Majlis Universiti Sains Malaysia dalam Mesyuarat ke 68 pada 30 Jun 1987 dan pindaan oleh LPU dalam mesyuarat ke 46 pada 25 Oktober 2005.
8
Lampiran A
Kelayakan dan Kadar Bayaran Wad Penetapan kelayakan wad di perenggan C2, Lampiran G, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2001 dipinda seperti berikut:
Kumpulan/Gred
Kelayakan Wad
Bayaran Wad Sehari
Pengurusan Tertinggi
Kelas 1 Bilik Seorang
RM10.00
45 - 54
Kelas 1 Bilik Seorang
RM10.00
31 -44
Kelas 1 Bilik Berdua
RM8.00
21 - 30
Kelas 1 Bilik Bertiga
RM6.00
1 - 20
Kelas Dua
RM3.00
9
Lampiran B
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
LAPORAN LEMBAGA PERUBATAN (Laporan Perubatan Tentang Seorang Kakitangan Dalam Perkhidmatan Universiti Sains Malaysia)
Nama Kakitangan : Jabatan
:
Jawatan
:
Tarikh Lahir
: Hospital
:
Tarikh
:
Kami, pegawai-pegawai perubatan yang berikut telah ditubuhkan sebagai sebuah Lembaga Perubatan atas permintaan Universiti Sains Malaysia untuk memeriksa kakitangan yang tersebut di atas melaporkan yang berikut:
1.
2.
Kakitangan ini dikehendaki untuk diperiksa kesihatannya kerana: (a)
*Ia tiada mempunyai apa-apa cuti sakit lagi.
(b)
* Seorang pegawai perubatan telah memperakukan sedemikan.
(c)
*Ia telah mengambil cuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih bagi tiap-tiap tahun selama 3 tahun yang berturut-turut.
(d)
* Kesihatan badan/ *kesiuman otaknya diragukan.
(e)
*Sambungan cuti sakit untuknya telah disyorkan atas sebab-sebab kecederaan yang dialami semasa bertugas.
(f)
*Disyorkan untuk mendapat cuti separuh gaji*/cuti tanpa gaji* kerana menghidap penyakit tibi/kusta/barah.
(g)
*Ia meminta untuk diperiksa oleh sebuah Lembaga Perubatan.
(h)
*Ia perlu diperiksa untuk mengesahkan sama ada ia memerlukan rawatan khas di luar negeri.
(a)
*Kami telah memeriksa kakitangan ini pada.................................................................................
(b)
*Kami telah meletakkan kakitangan di bawah perhatian perubatan rawatan perubatan dari........................................ hingga........................................ 10
(c)
Riwayat perubatan kakitangan ini, seperti yang kami boleh dapati, adalah sebagai berikut (Jikalau panjang buat lampiran). .................................................................................................................................. .................................................................................................................................. ..................................................................................................................................
3.
Kami mengesahkan bahawa pada pandangan kami, kakitangan ini adalah: (a)
*dalam kesihatan yang baik
(b)
*Mengidap Sedang pulih
dari ................................................................................................
...................................................................................................................................
4.
5.
6.
Kami berpendapat bahawa penyakit atau kecederaan kakitangan ini: (a)
*Akan Tidak akan menjadi kekal
(b)
*Akan Tidak akan menyebabkannya tidak layak untuk menjalankan tugasnya sebagai ..................................................................................................................................
(c)
*Akan Tidak akan menyebabkannya tidak layak untuk menjalankan apa-apa tugas lain.
(a)
*Kami mengesyorkan dia dianggap sebagai tidak sihat buat selama-lamanya*/tidak sihat buat sementara*/sihat untuk bertugas semula*.
(b)
*Dia dianggap sebagai sihat untuk perkhidmatan selanjutnya, tetapi atas sebab-sebab kesihatan dia patut diberi cuti seberapa awal yang boleh sebanyak .............................minggu.
(Sebutkan di sini apa-apa syor atau pandangan tambahan Lembaga Perubatan). ...................................................................................................................................................... ......................................................................................................................................................
(a)
Tandatangan Pegawai Perubatan : Nama Penuh
:
Jawatan
:
Tarikh
:
11
(b)
Tandatangan Pegawai Perubatan : Nama Penuh
:
Jawatan
:
Tarikh
:
*Potong mana yang tiada berkenaan.
Raj-medskim..ss..27.01.97
12