PCEIA Edisi Baharu 2014
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Edisi Baharu 2014 © 2014 The Malaysian Insurance Institute Buku teks Peperiksaan Pra Kontrak Untuk Ejen Insurans (PCEIA) ini diterbitkan oleh The Malaysian Insurance Institute (35445-H), juga dikenali sebagai MII. Buku teks ini dihasilkan untuk membantu ejen insurans menghadapi peperiksaan pra kontrak yang dikendalikan oleh MII. Bahagian A adalah wajib untuk semua ejen; Bahagian B untuk ejen-ejen Insurans Am dan Bahagian C untuk ejen Insurans Hayat. Edisi baharu ini dicetak pada 2014, menggantikan edisi ke 8 yang telah dicetak pada tahun 2009. HAK CIPTA TERPELIHARA Maklumat yang terkandung di dalam buku teks pembelajaran ini adalah hak cipta dan tidak boleh diterbitkan semula keseluruhannya atau sebahagian daripadanya, termasuk salinan foto atau rakaman, untuk sebarang tujuan tanpa kebenaran bertulis daripada The Malaysian Insurance Institute. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum mana-mana bahagian penerbitan ini boleh disimpan dalam sistem yang boleh didapati semula dalam sebarang bentuk. Buku teks ini diedarkan untuk tujuan pembelajaran pembeli asal buku ini sahaja dan ia tidak boleh dijual, dipinjamkan, disewa atau diberi kepada orang lain. Semua usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan isi kandungan teks ini; walau bagaimanapun, penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang ditanggung dalam apa jua cara oleh mana-mana individu yang bergantung semata-mata kepada maklumat yang terkandung dalam penerbitan ini. Teks ini diterbitkan semata-mata bagi tujuan persiapan menghadapi peperiksaan dan tidak boleh dianggap sebagai muktamad disisi undang-undang. DICETAK DI MALAYSIA OLEH REKA CETAK SDN. BHD. No. 14, Jalan Jemuju Empat 16/13D, Seksyen 16 40200 Shah Alam, Selangor D.E., MALAYSIA
[email protected] PENGHARGAAN The Malaysian Insurance Institute ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atas sumbangan tidak ternilai, sokongan dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan penerbitan teks edisi baharu ini. Ucapan terima kasih kepada Caroline Darlington, Datin Veronica Selvanayagy, Yap Wai Teck, Yap Hong Chiew, Goay Peng Hock, Teh Chooi Hoon dan Tan Lee Lee.
Perpustakaan Negara Malaysia
Cataloguing-in-Publication Data
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS - PCEIA Edisi 2014. ISBN 978-983-2432-06-7 1. Insurance--Malaysia. 2. Insurance agents--Malaysia. 3. Life insurance--Malaysia. I. Institut Insurans Malaysia. 368.9595
ISI KANDUNGAN TABLE OF BAHAGIAN A – ASAS-ASAS INSURANS (Bab 1 hingga 6) Bab 1
Risiko dan Insurans 1.1 Pengertian Risiko 1.2 Pengkelasan Risiko 1.3 Peril, Bahaya dan Kerugian 1.4 Pengurusan Risiko 1.5 Kaedah Mengawal Risiko 1.6 Insurans dan Takaful 1.7 Fungsi Pemindahan 1.8 Manfaat Insurans 1.9 Ciri-ciri Risiko Boleh Diinsuranskan 1.10 Insurans Hayat dan Insurans Am 1.11 Pasaran Insurans 1.12 Pencapaian Industri Insurans 1.13 Soalan Penilaian Diri
1 1 1 2 2 3 4 5 7 8 11 11 12 13
Bab 2
Prinsip-prinsip Asas Insurans 2.1 Apakah Enam Prinsip Asas Insurans? 2.2 Penuh Percaya Mutlak 2.3 Kepentingan Boleh Insurans 2.4 Indemniti 2.5 Subrogasi 2.6 Sumbangan 2.7 Sebab Hampiran 2.8 Soalan Penilaian Diri
15 15 15 19 23 23 25 26 29
Bab 3 Perundangan dan Perlindungan Pengguna 3.1 Undang-undang Insurans 3.2 Akta Syarikat 1965 3.3 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 3.4 Literasi Kewangan dan Pendidikan 3.5 Aduan dan Pertikaian Kewangan Pengguna 3.6 Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 3.7 Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 3.8 Akta Persaingan 2010 3.9 Soalan Penilaian Diri
31 31 35 36 37 37 40
Bab 4
49 49 49
Kontrak Insurans 4.1 Undang-undang Kontrak 4.2 Pembentukan Kontrak Insurans
42 44 46
iii
4.3 4.4 4.5
Kontrak Batal, Boleh Batal dan Tidak Boleh Dikuatkuasakan Struktur Polisi Soalan Penilaian Diri
52 54 56
Bab 5
Undang-undang Agensi 5.1 Undang-undang Agensi 5.2 Tanggungjawab Ejen Insurans terhadap Prinsipal 5.3 Tanggungjawab Prinsipal terhadap Ejen 5.4 Kuasa Ejen 5.5 Kontrak Insurans yang Dibentuk Melalui Ejen 5.6 Penamat Perkhidmatan Ejen 5.7 Amalan Perniagaan yang Dilarang 5.8 Soalan Penilaian Diri
59 59 60 61 61 63 63 63 65
Bab 6
Insurans Perubatan dan Kesihatan 6.1 Pengenalan 6.2 Jenis-jenis Produk Insurans Kesihatan dan Perubatan (MHI) 6.3 Organisasi Pengurusan Kesihatan 6.4 Peraturan di Bawah Insurans Perubatan dan Kesihatan 6.5 Prosedur dan Pengunderaitan Polisi 6.6 Insurans Perubatan dan Kesihatan Berkelompok 6.7 Langkah Mengurangkan Kos 6.8 Pembaharuan Polisi Insurans Perubatan dan Kesihatan 6.9 Penamatan Polisi Secara Automatik 6.10 Pengecualian Cukai Pendapatan Persendirian 6.11 Soalan Penilaian Diri
69 69 69 71 72 74 76 77 79 80 80 81
BAHAGIAN B – INSURANS AM (Bab 7 hingga 10) Bab 7
Perniagaan Insurans Am 7.1 Pengenalan 7.2 Insurans Motor 7.3 Insurans Harta 7.4 Insurans Marin 7.5 Insurans Liabiliti 7.6 Insurans Kemalangan Pelbagai 7.7 Insurans Kejuruteraan 7.8 Soalan Penilaian Diri
83 83 83 89 95 100 102 106 110
Bab 8
Pengunderaitan Insurans Am 8.1 Pengenalan 8.2 Proses Pengunderaitan 8.3 Garis Panduan Pengunderaitan 8.4 Penetapan Premium Insurans Am 8.5 Penggunaan Tarif 8.6 Pengiraan Premium Motor 8.7 Pengiraan Premium Kebakaran 8.8 Pertimbangan Pengunderaitan dan Faktor Pengkadaran 8.9 Insurans Semula 8.10 Dokumen Insurans Am 8.11 Soalan Penilaian Diri
113 113 113 114 114 115 115 116 117 118 119 122
iv
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Bab 9
Tuntutan Insurans Am 9.1 Pengenalan 9.2 Langkah-langkah Penyelesaian Tuntutan 9.3 Dokumen Tuntutan 9.4 Penyelesaian Tuntutan 9.5 Mendapatkan Kembali Bayaran Tuntutan 9.6 Aplikasi Averaj (Purata) dalam Tuntutan 9.7 Biro Insurer Motor 9.8 Perjanjian Langgar-sama-Langgar (KFK) 9.9 Pangkalan Data Berpusat Membuat Anggaran Kos Pembaikan Kenderaan 9.10 Pertikaian Mengenai Tuntutan 9.11 Tindakan Selepas Penyelesaian Tuntutan 9.12 Garis Panduan Amalan Penyelesaian Tuntutan 9.13 Soalan Penilaian Diri
Bab 10 Peraturan dan Pendaftaran Ejen Insurans Am 10.1 Pengenalan 10.2 Peraturan Pendaftaran Ejen Insurans Am (GIARR) 10.3 Fungsi Ejen Insurans Am 10.4 Pendaftaran Ejen Insurans Am 10.5 Kelayakan Kemasukan Minimum (Berkuatkuasa mulai 1 April 2003) 10.6 Sijil Pendaftaran 10.7 Sijil Pendaftaran Dwi-Tahunan 10.8 Penetapan Kawasan Menjalankan Perniagaan 10.9 Pemberitahuan Perubahan oleh Ejen 10.10 Konflik Kepentingan 10.11 Penolakan atau Pembatalan Pendaftaran 10.12 Syarat Minimum Pengekalan Jawatan 10.13 Kod Amalan 10.14 Premium atau Bayaran yang Dikutip bagi Pihak Prinsipal 10.15 Pematuhan Syarat ‘Tunai Sebelum Lindung’ (CBC) untuk Polisi Insurans Motor 10.16 Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) 10.17 Penama Korporat 10.18 Penentangan terhadap Peraturan dan Pendaftaran Ejen Insurans Am (GIARR) 10.19 Siasatan terhadap Aduan 10.20 Soalan Penilaian Diri
125 125 125 127 128 129 130 130 131 132 133 134 134 136 139 139 139 140 140 141 141 141 142 142 143 144 145 145 148 149 150 150 151 151 153
BAHAGIAN C – INSURANS HAYAT (Bab 11 hingga 16) Bab 11
Aspek-aspek Perundangan Insurans Hayat 11.1 Pengenalan 11.2 Salah Nyata Umur 11.3 Bantahan terhadap Polisi Insurans Hayat 11.4 Kepentingan Boleh Insurans 11.5 Kapasiti Kanak-kanak (Minor) untuk Diinsuranskan 11.6 Wang Polisi Dibayar tanpa Potongan 11.7 Penyerahan Polisi Insurans Hayat 11.8 Tidak Membayar Premium 11.9 Polisi Jelas Dibayar
157 157 157 157 158 158 159 159 160 160
v
11.10 11.11 11.12 11.13
Bab 12
Produk Insurans Hayat 12.1 Pengenalan 12.2 Jenis-jenis Polisi Insurans Hayat 12.3 Insurans Penyakit Kritikal 12.4 Insurans Hayat Kumpulan 12.5 Kontrak Tambahan 12.6 Kontrak Sertaan dan Bukan Sertaan 12.7 Kaedah Pengagihan Surplus/Lebihan 12.8 Soalan Penilaian Diri
167 167 167 171 172 173 173 174 176
Bab 13
Pengkadaran Premium Insurans Hayat 13.1 Pengenalan 13.2 Menilai Risiko 13.3 Premium Paras 13.4 Premium Kasar dan Premium Bersih 13.5 Beban Luar Jangka 13.6 Premium Insurans Berkumpulan 13.7 Pelepasan Cukai Pendapatan Individu 13.8 Soalan Penilaian Diri
179 179 179 181 181 181 182 182 184
Bab 14
Pengunderaitan dan Dokumen Insurans Hayat 14.1 Pengenalan 14.2 Pemilihan Risiko 14.3 Garis Panduan Pengunderaitan 14.4 Menanggung Risiko 14.5 Peranan Ejen Insurans dalam Proses Pengunderaitan 14.6 Dokumen Insurans 14.7 Soalan Penilaian Diri
187 187 187 188 190 191 191 193
Bab 15
Tuntutan Insurans Hayat 15.1 Pengenalan 15.2 Jenis-jenis Tuntutan 15.3 Tuntutan Kematian 15.4 Tuntutan Matang 15.5 Tuntutan Penyakit Kritikal 15.6 Tuntutan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh 15.7 Tuntutan Kemalangan Diri 15.8 Buku Daftar Tuntutan 15.9 Soalan Penilaian Diri
195 195 195 196 197 198 198 198 199 200
Bab 16
Kod Amalan Ejen Insurans Hayat 16.1 Pengenalan 16.2 Kod Etika 16.3 Kod Amalan 16.4 Penjualan Insurans Hayat 16.5 Menyediakan Perlindungan Insurans 16.6 Keperluan Pendedahan
203 203 203 204 204 205 205
vi
Keperluan Pendedahan Keperluan Berkaitan Polisi Fasal Tanpa Tanding di bawah Kontrak Insurans Hayat Soalan Penilaian Diri
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
161 161 161 163
Jawapan Indeks
16.7 Aspek Perakaunan dan Kewangan 16.8 Pemegang Polisi Sedia Ada 16.9 Tuntutan 16.10 Soalan Penilaian Diri
206 206 207 208 211 213
vii
1.1 Pengertian Risiko
Risiko dan Insurans
BAB 1
BAB 1
Risiko bermaksud bahaya yang mungkin menyebabkan berlakunya kerugian atau kecederaan, tahap kebarangkalian berlaku kerugian, individu, perkara pokok atau faktor yang menyebabkan berlakunya kerugian atau keadaan yang merbahaya. Risiko juga dinyatakan dalam suatu bentuk perumpamaan. Contohnya, mendedahkan diri kepada sesuatu bahaya atau melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti yang boleh mengundang kecelakaan boleh diumpamakan seperti ‘melintas di jalan yang sibuk dengan lalu lintas’.
Syarikat insurans boleh meramalkan jangkaan kerugian sekiranya terdapat sejumlah besar pendedahan risiko yang sama ciri-cirinya; walau bagaimanapun, terdapat unsur-unsur ketidakpastian kerana kerugian sebenar mungkin tidak sama dengan kerugian yang dijangka.
Risiko boleh didefinisikan sebagai kepelbagaian akibat yang timbul dari sesuatu situasi atau keadaan tertentu dan ia dirujuk sebagai:• Kemungkinan berlakunya kerugian • Terdedah kepada bahaya • Perkara pokok insurans
1.2 Pengkelasan Risiko boleh dikelaskan kepada empat kategori utama iaitu: Risiko 1. Risiko Tulen iaitu asas kepada perlindungan insurans.
2. Risiko Spekulatif iaitu terdapat kemungkinan untuk meraih keuntungan kewangan 3. Risiko Asas ialah risiko yang tidak dapat dinilai atau ditaksirkan dari sudut kewangan RISIKO DAN INSURANS
1
BAB 1
4. Risiko Khusus ialah risiko yang hanya memberi kesan kepada individu tertentu sahaja, berbeza dengan risiko asas yang memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Risiko
Akibat
Contoh
Risiko Tulen
•
Mungkin mengakibatkan kerugian kewangan atau tidak mengalami sebarang kerugian.
Kebakaran kilang atau risiko mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya.
Risiko Spekulatif
•
Mungkin menyebabkan kerugian, meraih keuntungan atau tiada kerugian.
Melabur di pasaran saham atau pasaran matawang asing.
Risiko Asas
•
Mungkin memberi kesan kepada sebahagian besar masyarakat pada satu-satu masa.
Wabak penyakit, bencana alam, peperangan, kekacauan, inflasi atau penyerahan kuasa.
Risiko Khusus
•
Mungkin memberi kesan kepada individu, keluarga atau sekumpulan individu yang mengembara bersama.
Kematian, sakit atau kemalangan.
1.3 Peril, Bahaya dan Kerugian
BAHAYA keadaan yang meningkatkan kemungkinan berlaku kerugian
PERIL punca kerugian
Risiko
Bahaya
Contoh
Fizikal
Risiko berlaku kebakaran semakin meningkat apabila wujud bahaya fizikal seperti bangunan yang diperbuat dari kayu, berbanding dengan bangunan konkrit atau batu bata.
Moral
Bahaya moral wujud dalam insurans motor sekiranya pemandu adalah seorang penagih dadah; atau dalam insurans kesihatan di mana individu yang diinsuranskan berniat untuk membuat tuntutan palsu.
Perundangan
Bahaya perundangan wujud dalam insurans motor – risiko liabiliti pihak ketiga, di mana sejumlah besar award mahkamah berkaitan kecederaan diri dianugerahkan.
Kebakaran Kecurian Kemalangan Sakit Banjir Gempa bumi
1.4 Pengurusan Risiko
2
KERUGIAN susut atau hilang nilai ekonomi
Pengurusan risiko ditakrifkan sebagai “proses mengenalpasti dan kawalan ekonomi ke atas risiko yang berpotensi mengancam sumber pendapatan sesuatu perniagaan’’. Proses pengurusan risiko melibatkan tiga langkah utama:
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
1.5 Kaedah Mengawal Risiko
2. MENGANALISA • Menilai tahap kerugian aset disebabkan ancaman tertentu • Menganalisa dan menilai aspek kuantitatif dan kualitatif • Memilih risiko yang boleh diterima
BAB 1
1. MENGENALPASTI • Ciri-ciri ancaman • Pemeriksaan fizikal • Kajian semula struktur organisasi dan proses operasi
3. KAWAL • Mengurus risiko yang tidak boleh diterima • Mengawasi risiko yang tidak boleh dikawal • Melaksanakan pelan kecemasan untuk mengurangkan kerugian kewangan
Terdapat beberapa kaedah mengawal risiko, tetapi antara kaedah utama kawalan risiko adalah seperti berikut:
1.5.1 Elak
Risiko dapat dielakkan dengan tidak menyertai mana-mana aktiviti yang dianggap berisiko seperti penglibatan dalam sektor pembuatan bagi mengelakkan risiko dikenakan tindakan saman kerugian atau kecederaan akibat kecacatan produk yang dihasilkan, atau pengilang memberhentikan pengeluaran produk dan/atau menarik balik barangan dipasaran sekiranya berlaku kecacatan kepada produk yang telah dijual atau kecacatan produk telah dikenalpasti.
1.5.2 Cegah
Risiko dapat dicegah dengan melaksanakan amalan pengurusan risiko secara berhemah, dengan menjadikannya sebagai amalan tindakan proaktif bagi mencegah dari berlakunya kerugian.
1.5.3 Kawal
Risiko mengalami kerugian yang teruk boleh dikurangkan dengan melaksanakan pelan pemulihan bencana dan pelan penerusan perniagaan bagi memastikan urusniaga berjalan seperti biasa dalam tempoh masa yang singkat. Sebagai tambahan, penggunaan bahan kalis api atau pemasangan sistem perenjis air otomatik dipremis perniagaan dapat membantu mengurangkan kebarangkalian berlakunya kebakaran mengikut kemampuan kewangan seseorang.
1.5.4 Bendung
Kerugian kecil boleh dibendung atau ditanggung mengikut kemampuan kewangan seseorang.
1.5.5 Pemindahan
Insurans adalah mekanisma pemindahan risiko dari individu yang diinsuranskan kepada syarikat insurans. Insurans semula pula adalah proses memindahkan risiko dari penanggung insurans kepada syarikat insurans semula dengan objektif untuk mencapai kesejahteraan emosi, menstabilkan kos dan lain-lain manfaat insurans.
RISIKO DAN INSURANS
3
BAB 1
1.6 Insurans dan Takaful
Apakah yang dimaksudkan dengan insurans? Ketika zaman awal pengenalan insurans, objektif utama yang ingin dicapai oleh individu yang menanggung risiko mengalami kerugian (tahap kerugian kewangan) dan kebarangkalian untuk mengalami kerugian ialah risiko tersebut boleh diukur dan dinilai secara yang lebih wajar. Insurans marin bermula apabila pemilik kargo memindahkan risiko kehilangan dan kerosakan kargo ketika dalam pelayaran dengan membayar sejumlah kecil premium kepada sekumpulan peniaga (underwriter) yang sanggup menanggung risiko berkenaan. Bermula dari detik tersebut, peranan insurans terus berkembang dan proses mengurus ‘ketidakpastian’ yang berkaitan dengan risiko terus dikemaskini. Walau bagaimanapun, peranan asal insurans sebagai suatu mekanisma pemindahan risiko masih kekal sehingga kini.
Sungguhpun insurans menyediakan bayaran pampasan sekiranya berlaku kematian yang tidak dijangka dan/atau perlindungan kewangan dari berlakunya kerugian atau kerosakan disebabkan kebakaran atau banjir, masih terdapat individu atau harta yang tidak diinsuranskan atau terkurang insurans, di mana tuntutan insurans tidak boleh dilakukan. Oleh yang demikian, adalah penting agar pengurusan risiko dapat membantu mencapai objektif insurans dengan menguatkuasakan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kemungkinan berlakunya kerugian. Insurans juga membantu meminimumkan risiko gangguan perniagaan dan dengan ini kehidupan dapat diteruskan seperti biasa.
Di Malaysia, terdapat beberapa jenis insurans yang diwajibkan di bawah undang-undang sedia ada. Contohnya, insurans motor adalah diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan mangsa kemalangan jalan raya menerima bayaran gantirugi dari pemandu cuai dan didapati bersalah. Indemniti professional juga diwajibkan dalam kerjaya perundangan, broker insurans dan penasihat kewangan bagi memastikan pengguna mempunyai hak untuk membuat tuntutan mahkamah dan mendapat bayaran gantirugi yang sewajarnya.
Apa itu Takaful? ‘Takaful’ adalah katanama bahasa Arab yang bermaksud “untuk melindungi” atau “untuk menjamin”. Takaful adalah alternatif kepada kontrak insurans masakini berasaskan prinsip saling membantu, di mana peserta (pemilik polisi) memiliki dana takaful yang diuruskan oleh pengendali takaful. Peserta menyerahkan hak individu untuk mendapatkan hak bersama ke atas sumbangan dan manfaat. Sebuah syarikat takaful dikenali sebagai ‘pengendali’, yang bertindak sebagai pemegang amanah, pengurus dan usahawan.
4
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Operasi dan amalan perniagaan takaful adalah bebas dari pengaruh Riba (faedah/bunga) dan lain-lain pengaruh tidak Islamik. Takaful mendokong konsep Mudharabah (berkongsi keuntungan dan kerugian), Tabarru’ (menderma) dan lain-lain prinsip Shariah.
Majlis Pengawasan Syariah (SAC) Bank Negara Malaysia Majlis Pengawasan Syariah (Syariah Advisory Council – SAC) dianggotai oleh para alim ulama terkemuka, pakar undang-undang dan ahli perniagaan yang merupakan individu-individu yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman luas di dalam sektor perbankan, kewangan, ekonomi, undang-undang dan aplikasi syariah dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam. Ditubuhkan pada Mei 1997 sebagai Majlis Jawatankuasa Syariah tertinggi dalam kewangan Islam di Malaysia, SAC telah diberi kuasa untuk melaksanakan undang-undang Islam bagi tujuan perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful, perniagaan kewangan Islam, perniagaan pembangunan kewangan Islam atau apa-apa bentuk perniagaan lain yang berlandaskan prinsip-prinsip Syariah dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Sebagai sebuah badan rujukan dan majlis penasihat kepada BNM mengenai perkara-perkara berkaitan Syariah, SAC juga bertanggungjawab untuk mengesahkan semua produk perbankan Islam dan produk takaful telah mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Di samping itu, SAC berfungsi memberi nasihat kepada BNM mengenai sebarang isu Syariah yang berkaitan dengan perniagaan kewangan Islam atau transaksi BNM serta entiti-entiti lain yang berkaitan dengannya.
Akta Bank Negara Malaysia 2009 telah memperkemaskan lagi peranan dan fungsi SAC di mana SAC diberi status sebagai sebuah badan tunggal mengenai perkara-perkara berkaitan Syariah dalam perbankan Islam, kewangan Islam dan takaful. Manakala ketetapan SAC akan digunapakai ke atas mana-mana peraturan yang didapati bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh badan Syariah atau jawatankuasa yang ditubuhkan di Malaysia, mahkamah dan penimbang tara juga perlu merujuk kepada ketetapan SAC untuk mana-mana perbicaraan yang berkaitan dengan perniagaan kewangan Islam; dan keputusan tersebut akan mengikat semua pihak yang terlibat.
1.7 Fungsi Pemindahan
Terdapat tiga fungsi utama insurans yang saling berkaitan iaitu pemindahan risiko, premium yang mencukupi dan pembentukan dana bersama:
RISIKO DAN INSURANS
5
BAB 1
BAB 1
Pemindahan Risiko
Premium Mencukupi
Dana Bersama
1.7.1 Mekanisma Pemindahan Risiko
Sebagai balasan kepada perlindungan yang diberi, insured membayar sejumlah premium kepada insurer dan memindahkan tanggungjawab menanggung risiko kerugian atau kerosakan kepada insurer. Apabila risiko telah diterima, insurer berada dalam kedudukan yang sama seperti insured dalam hal yang berkaitan dengan pelbagai ketidakpastian berhubung dengan risiko.
1.7.2 Pembentukan Dana Bersama
Konsep dana bersama mula diperkenalkan sejak awal pengenalan insurans marin di mana para saudagar memberi sumbangan kepada sesiapa sahaja yang mengalami kerugian semasa dalam pelayaran. Kini, insurer juga mempunyai dana insurans yang lebih dikenali sebagai kelas portfolio, umpamanya portfolio kebakaran di mana semua premium yang dikutip bagi kelas perniagaan ini akan diletakkan di bawah satu dana khusus. Sekiranya terdapat apa-apa kerugian dialami oleh sesiapa sahaja yang menyumbang kepada dana ini, jumlah kerugian akan dibayar dari dana tersebut.
1.7.3 Pengiraan Premium yang Mencukupi
6
Premium yang dibayar oleh setiap insured perlu berpadanan dengan risiko yang dibawa. Dengan lain perkataan, walaupun dalam kelas insurans yang sama, setiap insured perlu membayar premium yang berpatutan dengan tahap risiko yang dilindungi. Sebagai contoh, sebuah rumah kayu akan dikenakan bayaran premium yang lebih tinggi bagi perlindungan risiko kebakaran, berbanding dengan sebuah rumah yang dibina dari konkrit. Rumah yang diperbuat dari kayu adalah lebih berbahaya daripada rumah konkrit kerana rumah kayu akan membakar dengan lebih cepat dan biasanya rumah berkenaan akan musnah sepenuhnya, berbanding dengan rumah konkrit yang mungkin berlaku kerosakan sebahagian rumah sahaja.
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Manfaat insurans secara langsung dan tidak langsung adalah seperti berikut:
Manfaat Insurans
• Galakan menabung • Modal pelaburan • Mengawal kerugian • Menstabilkan kos • Ketenangan fikiran • Perlindungan kewangan
1.8.1 Ketenangan Fikiran Menyedari hakikat bahawa insurans berperanan untuk memenuhi keperluan kewangan akibat daripada risiko-risiko tertentu menyediakan satu bentuk ketenangan fikiran. Ini adalah penting bagi individu yang menginsuranskan kereta, rumah, harta benda dan sebagainya, tetapi ia juga penting dalam sektor perindustrian dan perdagangan. Ketenangan fikiran atau merasa dilindungi menjadi satu aspek penting dalam aktiviti perniagaan dipelbagai sektor di mana beberapa bentuk insurans diwajibkan oleh undang-undang (insurans motor) dan lain-lain sektor dikehendaki menguatkuasakan polisi di bawah syaratsyarat kontrak (insurans pembinaan) demi mencapai ketenteraman fikiran setelah menyedari bahawa ia berurusniaga dengan individu yang dilindungi oleh insurans. 1.8.2 Menstabilkan Kos
Akta Insurans bertindak sebagai rangsangan untuk aktiviti perniagaan yang sudah lama wujud. Ini dapat dilakukan melalui pelancaran dana pelaburan dalam sektor perniagaan yang produktif, yang tidak akan diperolehi dalam rizab mudah diakses untuk melindungi sebarang kerugian pada masa akan datang.
Oleh yang demikian, insurans bertindak menyediakan satu kaedah menstabilkan kos pengurusan risiko melalui pembayaran premium tetap dan telah ditentukan amaun premiumnya bagi mendapatkan perlindungan insurans yang diperlukan.
1.8.3 Kawalan Kerugian
Syarikat insurans mempunyai kepentingan bersama dalam mengurangkan kekerapan dan keterukan kerugian, bukan sahaja untuk meningkatkan keuntungan mereka sendiri tetapi juga untuk menyumbang kepada pengurangan kesan ekonomi ekoran dari kerugian yang berlaku. Secara tradisi, kepakaran penyelaras kerugian adalah tertumpu kepada kawalan sebelum berlaku kerugian (mengurangkan kemungkinan bahawa sesuatu yang buruk akan
RISIKO DAN INSURANS
7
BAB 1
1.8 Manfaat Insurans
BAB 1
berlaku) atau kawalan sesudah berlaku kerugian (selepas peristiwa telah berlaku) bagi risiko yang mana insurans komersil boleh didapati dipasaran. Perkhidmatan termasuk mengenalpasti dan mengawal semua risiko yang dihadapi oleh organisasi semakin dititikberatkan, sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih menyeluruh dalam perkhidmatan pengurusan risiko. 1.8.4 Manfaat Sosial
Insurans menyediakan dana kepada pemilik polisi bagi memulihkan perniagaan yang mengalami kerugian, memastikan para pekerja dapat meneruskan pekerjaan masing-masing dan terus menghasilkan barangan dan perkhidmatan demi memastikan tiada sesiapa yang akan mengalami kesukaran ekonomi, dan pada masa yang sama dapat menyumbang kepada ekonomi negara.
1.8.5 Galakan Menabung
Melalui insurans, seseorang individu akan berusaha memiliki tabung simpanan sendiri dengan membentuk dana persaraan atau simpanan untuk hari tua. Sebagai contoh, pelan insurans hayat endowmen menyediakan sejumlah bayaran amaun perlindungan berserta bonus (untuk polisi-polisi penyertaan) ketika polisi matang serta perlindungan terhadap kehilangan pendapatan sekiranya berlaku kematian awal atau hilang upaya.
1.8.6 Modal Pelaburan
Syarikat-syarikat insurans mempunyai sejumlah dana yang besar disebabkan terdapat jurang masa antara penerimaan bayaran premium dan pembayaran tuntutan. Dana pelaburan mencakupi pelbagai bentuk pelaburan yang berbeza seperti pelaburan jangka panjang, sederhana dan jangka pendek yang menyediakan sumber modal untuk industri dan perdagangan serta membantu pihak kerajaan mendapatkan pinjaman yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara secara keseluruhan.
1.8.7 Sumber Pekerjaan
Industri insurans telah menyediakan peluang pekerjaan kepada para profesional, meliputi syarikat-syarikat insurans, firma broker, penyelaras kerugian, khidmat nasihat kewangan serta ejen-ejen insurans hayat dan insurans am.
1.9 Ciri-ciri Risiko Boleh DiInsuranskan
1.9.1 Kerugian yang Tidak Dijangka
8
Risiko yang tidak boleh diinsuranskan adalah suatu keadaan atau situasi yang tidak memenuhi syarat-syarat untuk membolehkan ia dilindungi, contohnya kerugian yang tidak dapat dielakkan (seperti kematian pesakit yang mengalami penyakit terminal) atau kerosakan berlaku secara beransur-ansur (seperti hakisan atau pengaratan logam). Risiko yang boleh diinsuranskan pula, sebaliknya, mempunyai ciri-ciri berikut:Kejadian yang berlakunya mestilah secara kebetulan, tidak dijangka atau tidak disengajakan. Kekerapan dan keterukan sesuatu risiko
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Adalah mustahil untuk melindungi peristiwa atau keadaan yang pasti akan berlaku, kerosakan yang tidak dapat dielakkan seperti kerosakan disebabkan oleh haus dan lusuh serta susut nilai, dan menolak sebarang perbuatan yang sengaja dilakukan dengan niat untuk melakukan penipuan.
1.9.2 Nilai Kewangan
Risiko yang akan dilindungi mestilah boleh mengakibatkan kerugian dan boleh dinilai atau diukur dari sudut kewangan. Nilai kewangan atas kerugian harta atau kerosakan boleh dikenalpasti. Sementara dalam kes liabiliti, mahkamah akan menentukan had pampasan yang harus dibayar kepada individu yang tercedera dan liabiliti undang-undang untuk membayar pampasan adalah nilai kewangan yang diinsuranskan.
Dalam konteks insurans hayat, amaun bayaran pampasan biasanya telah dipersetujui pada awal kontrak. Adalah mustahil untuk meletakkan nilai kewangan atas hayat isteri, suami atau anak tetapi sejumlah amaun kewangan yang diinsuranskan boleh ditentukan pada permulaan insurans.
1.9.3 Kepentingan Boleh Diinsuranskan
Perlu terdapat suatu bentuk hubungan yang sah dari sudut perundangan antara insured dengan kehilangan/kerugian kewangan yang dialami, yang dikenali sebagai ‘kepentingan boleh diinsuranskan’. Sekiranya insured ingin menguatkuasakan kontrak insurans dihadapan mahkamah, insured mestilah mempunyai kepentingan boleh insurans dalam perkara pokok insurans. Ini bermakna insured mendapat manfaat dari kewujudannya dan akan mengalami kerugian akibat kehilangannya. Kewujudan kepentingan boleh insurans dalam kontrak insurans adalah salah satu faktor utama yang membezakan antara insurans dengan perjudian.
1.9.4 Risiko Pendedahan yang Sama
Syarikat insurans akan menilai risiko yang seragam atau sama pendedahannya dan terdapat jumlah yang banyak bagi membolehkan insurer meramal tahap jangkaan kerugian mereka. Tanpa pendedahan risiko yang serupa dalam jumlah yang banyak, tugas akan menjadi lebih sukar dan pengiraan premium yang patut dikenakan akan hanya berdasarkan ‘andaian dan anggaran’ sahaja, bukan berdasarkan pengiraan matematik.
Peraturan Bilangan Jumlah Besar menyatakan bahawa apabila bilangan peningkatan pendedahan kerugian meningkat, kerugian
RISIKO DAN INSURANS
9
BAB 1
mestilah diluar kawalan dan kemampuan insured. Walaupun kematian itu adalah suatu yang pasti; tetapi masa kematian tidak dapat dijangka dan elemen inilah yang menjadi perkara utama dalam insurans hayat.
BAB 1
yang diramalkan cenderung untuk menyamai kerugian sebenar. Walau bagaimanapun, ia hanya boleh beroperasi dengan cekap jika syarat-syarat yang berikut dipenuhi: a) pendedahan kerugian mestilah bebas dari sebarang pengaruh lain, dan b) terdapat kemungkinan atau peluang untuk berlaku kerugian.
Sungguhpun peraturan bilangan jumlah besar adalah merupakan ciriciri risiko boleh diinsuranskan, adalah penting untuk memetik kes, sebagai contoh satelit angkasa yang jarang berlaku dan pendedahan yang tidak telah cukup lama bagi penanggung insurans membina apa-apa asas statistik. Dalam kes-kes berkenaan, premium yang dikenakan akan beberapa kali lebih tinggi kerana risiko yang ditanggung adalah tinggi dan sukar diramal.
1.9.5 Risiko Tulen
Insurans berkait rapat dengan dengan risiko tulen, bukan risiko spekulatif yang mempunyai unsur meraih keuntungan kewangan. Contohnya usaha memasarkan pakaian fesyen baru. Risiko sama ada pakaian fesyen baru itu laris dijual atau sebaliknya adalah jelas bahawa ia adalah risiko spekulatif. Sedangkan risiko kebakaran yang merosakkan kilang pakaian adalah risiko tulen. Risiko tulen melibatkan kemungkinan berlaku kerugian atau tiada kerugian. Manakala kebarangkalian berlaku kerugian, mendapat keuntungan atau tiada kerugian wujud dalam risiko spekulatif.
1.9.6 Risiko Khusus
Risiko khusus memberi kesan kepada individu tertentu manakala risiko asas memberi kesan kepada seluruh masyarakat. Contohnya ialah risiko peperangan, inflasi dan keganasan. Risiko asas wujud dari sebab-sebab fizikal seperti taufan, gempa bumi dan ribut taufan mungkin boleh diinsuranskan. Keputusan untuk melindungi risiko asas tersebut adalah bergantung kepada kedudukan geografi, kekerapan dan keterukan risiko berkenaan.
1.9.7 Kepentingan Awam
Mengenai kepentingan insurans dan kontrak insurans, ia tidak melindungi risiko disebabkan perbuatan jenayah kerana tindakan tersebut adalah melanggar undang-undang serta bertentangan dengan hak dan moral masyarakat. Sebagai contoh, denda dan penalti yang dikenakan ke atas tindakan individu yang melanggar undang-undang tidak boleh diinsuranskan walaupun individu berkenaan mempunyai hubungan kewangan dengan kerugian yang berlaku kerana ianya tidak boleh diterima dan bertentangan dengan kepentingan awam dan hukuman yang dikenakan tidak boleh dipindahkan kepada insurer.
10
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
1.11 Pasaran Insurans
Insurans hayat dan insurans am menyediakan perlindungan kewangan. Selain dari menawarkan jaminan kewangan, insurans hayat menggalakkan konsep menyimpan untuk tujuan persaraan atau usia tua. Insurans am pula melindungi semua risiko bukan insurans hayat seperti motor, harta dan insurans marin. Secara tradisi, aspek pemasaran atau pengedaran produk insurans dikuasai oleh ejen-ejen insurans. Walau bagaimanapun, dengan pengenalan bankasurans (pemasaran melalui institusi perbankan) pada lewat 1993, dan Penasihat Kewangan berlesen (perantara yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberi nasihat kepada orang ramai mengenai rangkaian produk-produk insurans daripada semua penanggung insurans berlesen) pada tahun 2005, pengedaran produk insurans hayat adalah pelbagai dan menyeluruh, serta memberi pengguna pilihan untuk memilih dan membuat keputusan.
Pasaran insurans melibatkan pembeli, penjual dan pengantara yang mempertemukan pembeli dan penjual.
Pembeli
Pengantara
Penjual
Masyarakat awam, individu, entiti perniagaan dan organisasi
Broker insurans, Penasihat kewangan dan Ejen insurans
Syarikat insurans, Ahli Pengunderait Lloyd’s dan Syarikat insurans semula
Di Malaysia, di bawah kawal selia BNM sejak beberapa dekad yang lalu, penjual produk insurans yang terdiri daripada syarikat insurans berlesen (hayat, am dan komposit) telah mengukuhkan perniagaan mereka dengan meningkatkan jumlah modal berbayar demi memperkukuhkan keupayaan operasi dan pengunderaitan melalui penggabungan dan pengambilalihan.
Jadual berikut menunjukkan penurunan jumlah syarikat insurans dari 53 syarikat kepada 33 syarikat dalam tempoh tiga belas tahun, dari tahun 2000 hingga 2013:
RISIKO DAN INSURANS
11
BAB 1
1.10 Insurans Hayat dan Insurans Am
BAB 1
Pilihan Tahun
2000
2006
2011
2013
Syarikat Insurans
53
42
36
33
Syarikat Insurans Hayat
7
8
9
8
Syarikat Insurans Am
36
26
21
19
Syarikat Insurans komposit
10
8
6
6
Syarikat Insurans Semula
11
6
7
6
1.12 Pencapaian Industri Insurans
.
12
Sumber: Bank Negara Malaysia
Penggabungan syarikat insurans seterusnya dijangka akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang kerana syarikat insurans komposit di Malaysia yang menjalankan perniagaan insurans hayat dan perniagaan insurans am perlu menukar kepada syarikat perniagaan insurans tunggal, bagi mematuhi Seksyen 6 1 (1) Akta perkhidmatan kewangan (FSA)2013. FSA yang berkuatkuasa pada 30 Jun 2013 menetapkan bahawa: “penginsurans berlesen selain daripada penanggung insurans semula berlesen tidak boleh menjalankan kedua-dua perniagaan hayat dan perniagaan am.”.
Pada tahun 2012, kadar penembusan atau nisbah bilangan polisi insurans hayat dan sijil takaful yang berkuatkuasa berbanding dengan jumlah penduduk adalah 54 peratus. Berdasarkan data pada Februari 2013, industri insurans hayat di Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 3.6% pada 2012, berpandukan kepada jumlah premium perniagaan baru. Jumlah premium perniagaan baru pada tahun 2012 adalah sebanyak RM8.20 bilion, berbanding dengan RM7.92 bilion pada tahun 2011. Industri insurans am mencatatkan pertumbuhan premium kasar sebanyak 8.2% kepada RM15.180 bilion tahun 2012, berbanding dengan pertambahan sebanyak 7.85% (RM14.029 bilion) 2011. Premium bersih meningkat pada kadar 8.3% kepada RM10.528 bilion. (Untuk mendapatkan perkembangan terbaru pencapaian industri insurans, sila rujuk laman sesawang Bank Negara Malaysia).
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
1.
2.
3.
4.
5.
6.
BAB 1
1.13 Soalan Penilaian Diri Apakah definisi sebenar risiko tulen? a)
Risiko di mana terdapat kemungkinan berlaku kerugian atau tiada kerugian
b)
Risiko yang hanya memberi kesan kepada individu tertentu sahaja, tidak kepada masyarakat keseluruhan
c)
Risiko yang tidak boleh diukur dalam bentuk kewangan
d)
Risiko di mana terdapat kemungkinan untuk meraih keuntungan
Yang manakah di antara berikut BUKAN ciri-ciri risiko boleh diinsuranskan? a)
Ia hendaklah tidak bertentangan dengan kepentingan awam.
b)
Ia hendaklah berlaku secara kebetulan dan tidak dijangka.
c)
Ia hendaklah merupakan risiko spekulatif.
d)
Pendedahan risiko yang sama dan jangkaan kerugian yang sama.
Yang manakah di antara berikut BUKAN manfaat insurans? a)
Ketenangan fikiran
b)
Suatu bentuk tabungan/simpanan
c)
Pelaburan spekulatif
d)
Pelaburan dana
Di antara berikut, yang manakah pendekatan yang paling tidak berkesan dalam menangani risiko? a)
Pengelakan risiko
b)
Pemindahan risiko
c)
Pembendungan risiko
d)
Tidak menghiraukan risiko
Bagi tujuan insurans, kerosakan disebabkan kebakaran diklasifikasikan sebagai a)
risiko spekulatif.
b)
risiko asas.
c)
risiko tulen.
d)
bahaya fizikal.
Yang manakah di antara penerangan berikut adalah tidak benar? a)
Peril adalah sebab utama berlakunya kerugian.
b)
Bahaya akan meningkatkan kebarangkalian berlaku kerugian.
c)
Ketidakpastian mengenai kerugian juga dikenali sebagai risiko.
d)
Bahaya moral dikenalpasti melalui ciri-ciri fizikal risiko berkenaan.
RISIKO DAN INSURANS
13
BAB 1
7. Yang manakah di antara berikut BUKAN risiko yang dilindungi insurans?
8.
9.
a)
Kematian disebabkan sakit atau penyakit
b)
Liabiliti kepada pengguna adalah disebabkan penjualan produk
c)
Kerugian kewangan adalah disebabkan kejatuhan harga saham
d)
Kerosakan kepada kenderaan adalah disebabkan rantaian kemalangan
Apakah perbezaan di antara insurans hayat dan insurans am? a)
Kedua-duanya menyediakan perlindungan kewangan.
b)
Insurans hayat adalah perlindungan jangka panjang, sementara insurans am biasanya diperbaharui setiap tahun.
c)
Insurans hayat menawarkan jaminan kewangan ketika persaraan atau usia tua.
d)
Insurans am melindungi semua risiko yang bukan insurans hayat.
Apakah jenis operasi insurans Lloyd’s London? a)
Syarikat insurans pemilikan
b)
Syarikat insurans bersama
c)
Kelab pengunderait
d)
Kelab perlindungan dan indemniti kelab
10. Apakah yang dimaksudkan syarikat insurans komposit? a)
Syarikat yang mempunyai ibu pejabat dan pejabat cawangan
b)
Syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat
c)
Syarikat yang menjalankan perniagaan insurans hayat dan juga insurans am
d)
Syarikat yang membuat pengkhususan dalam bidang pengunderaitan kelas insurans tunggal
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI .
14
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Prinsip-prinsip Asas Insurans
2.1
Apakah Enam Prinsip Asas Insurans?
Prinsip-prinsip asas insurans adalah sesuatu yang perlu dipelajari oleh setiap ejen insurans yang baru dilantik sebelum dibenarkan membuat penjualan produk insurans. Enam perkara asas ini akan mengingatkan ejen setiap masa tentang piawaian industri insurans. Walaupun setiap jenis insurans mempunyai kaedah yang berbeza untuk menentukan kos dan bentuk perlindungan, terdapat enam prinsip asas yang terdapat dalam semua polisi insurans. Penanggung insurans perlu memahami prinsip-prinsip ini untuk kekal dalam perniagaan, dan pelanggan boleh membuat keputusan pembelian dengan lebih baik dengan mempelajari tentang perkara-perkara asas disebalik setiap polisi insurans.
Enam prinsip asas insurans ialah:
1. 2. 3. 4. 5. 6.
2.2 Penuh
Tanggungjawab penuh percaya mutlak (uberrima fides) adalah penting dalam urusan pembelian dan penjualan produk insurans. Oleh yang demikian, polisi insurans ditakrifkan sebagai kontrak uberrimae fidei (penuh percaya mutlak). Ini bermakna syarikat insurans dan individu yang memohon untuk membeli polisi insurans mempunyai tanggungjawab untuk berurusan secara jujur dan terbuka antara satu sama lain dalam perundingan yang membawa kepada pembentukan kontrak insurans.
Dalam lain-lain kontrak komersial, pihak-pihak yang terlibat tidak perlu mendedahkan maklumat yang tidak diminta kerana setiap pihak akan membuat tawar-menawar yang terbaik dengan memeriksa barangan, menilai kualiti produk dan memutuskan sama ada harga yang dikenakan adalah adil dan tiada pihak cuba
Percaya Mutlak
BAB 2
BAB 2
Penuh Percaya Mutlak Kepentingan Boleh Insurans Indemniti Subrogasi Sumbangan Sebab Hampiran
PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS
15
BAB 2
mengelirukan pihak lain. Kontrak tersebut tertakluk kepada prinsip ‘Kaveat emptor’ (pembeli harus berhati-hati). Walau bagaimanapun, dalam pembentukan sesuatu kontrak insurans, satu pihak (insurer) adalah bergantung kepada pihak yang satu lagi (insured) untuk memberitahu mana-mana maklumat penting seperti keadaan kesihatan masakini, bagi mendapatkan insurans kesihatan misalnya. 2.2.1 Tanggungjawab Memberitahu
a) Sebelum kontrak dikuatkuasakan Sebelum menguatkuasakan suatu kontrak insurans, pada peringkat permulaan rundingan, kedua-dua pihak (pemohon dan syarikat insurans) mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan maklumat penting dengan tepat dan jelas, padat dan tepat pada masanya bagi membolehkan pengguna membuat keputusan dengan bijak dan syarikat insurans boleh menentukan syarat-syarat yang bersesuaian sebelum menerima sesuatu risiko.
b) Pembaharuan kontrak insurans am Semasa pembaharuan polisi insurans, tanggungjawab penuh percaya mutlak perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak (insured dan insurer), tetapi tanggungjawab insured lebih dititikberatkan untuk memaklumkan kepada syarikat insurans mengenai sebarang perubahan material dalam risiko yang akan diinsuranskan (pembaharuan polisi menjadi kontrak baru) bagi membolehkan syarikat insurans menjalankan penilaian risiko yang sesuai supaya premium yang setara dengan risiko yang diterima boleh dikenakan.
c) Ketika kontrak berkuatkuasa Adalah menjadi tanggungjawab yang berterusan yang dikenakan kepada insured untuk memberitahu sebarang fakta matan baru yang boleh mempengaruhi risiko di bawah keadaan berikut:
perubahan di dalam kontrak – contohnya, insured menukar kenderaannya atau ingin memasukkan nama pemandu baru; atau
risiko meningkat – contohnya, insurer perlu diberitahu tentang sebarang perubahan yang berlaku terhadap harta milik insured yang boleh meningkatkan risiko kerosakan. Perlindungan akan ditamatkan kerana peningkatan risiko berkenaan, kecuali perubahan tersebut telah diberitahu insurer. Insurer kerap memasukkan fasal yang berkaitan ke dalam polisi insurans.
d) Ketika tuntutan sedang diproses Tanggungjawab penuh percaya wujud ketika insured membuat tuntutan. Contoh, mengemukakan tuntutan kerugian sedangkan kerugian tidak berlaku, atau tuntutan kerugian atas harta yang tidak hilang, dan ini adalah suatu penipuan.
16
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Tanggungjawab pelanggan ialah untuk memberitahu semua maklumat penting kepada insurer. Akibat yang timbul dari kegagalan insured memberitahu atau menyalah-nyatakan fakta matan adalah bergantung kepada sejauh mana pentingnya fakta matan/material dan ciri-ciri risiko yang dicadangkan untuk diinsuranskan. Adalah penting untuk memastikan bahawa borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan tepat kerana ia membentuk asas kepada kontrak insurans, contohnya keperluan bagi bukti umur yang disediakan oleh syarikat insurans mampu mengelakkan salah nyata fakta atau kecuaian oleh pihak pemohon.
Di dalam bidang insurans, fakta matan/material akan mempengaruhi ‘pengunderait bijak’ dalam membuat keputusan sama ada untuk menerima atau menolak risiko dan menentukan premium yang dikenakan bagi risiko jika diterima. Seperti dalam contoh sebelumnya, umur insured adalah fakta matan dalam cadangan insurans hayat; tetapi umur pencadang tidak penting bagi pengunderait insurans marin yang lebih berminat untuk mengetahui usia kapal. Kepentingan fakta matan juga bergantung kepada keadaan sekeliling risiko yang dicadangkan. Contohnya pengalaman memandu mungkin tidak penting dalam cadangan insurans motor jika pemilik kenderaan adalah sentiasa menggunakan khidmat pemandu chaufeur.
2.2.3 Borang Cadangan
Insurer perlu mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk membantu pemohon insurans memenuhi tanggungjawab mereka memberitahu maklumat penting bagi tujuan penilaian pengunderaitan. Bagi tujuan ini, syarikat insurans perlu memastikan bahawa semua borang cadangan:-
a) Memasukkan soalan-soalan khusus yang direka khas untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan keputusan syarikat insurans sama ada atau tidak untuk menerima risiko, kadar premium dan syarat-syarat yang dikenakan. Pada dasarnya, soalan-soalan harus dapat disesuaikan dengan objektif yang ingin dicapai (butiran lanjut yang diminta dan tempoh masa munasabah), bagi membolehkan pemohon insurans menjawab soalan dengan yakin tanpa menjejaskan risiko perlindungan disebabkan tidak memberitahu/mendedahkan fakta sebenar; dan
b) Menyatakan dengan jelas dengan meminta pemohon insurans memberitahu maklumat dan keadaan yang dianggap penting meskipun syarikat insurans secara munasabah boleh tertakluk kepada bertanyakan soalan yang lebih khusus seperti a) di atas.
2.2.4 Pelanggaran Percaya Perlanggaran terhadap kepercayaan penuh yang diberikan mungkin Penuh dilakukan oleh insured, atau kadang kala mungkin dilakukan oleh
PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS
17
BAB 2
2.2.2 Fakta Matan
pihak syarikat insurans. Orang yang diinsuranskan boleh melakukan pelanggaran percaya penuh dalam dua cara
BAB 2
Salah Nyata dilakukan secara tidak sengaja atau tindakan
penipuan Tidak Memberitahu secara tidak sengaja atau tindakan penipuan (penipuan kerana ketidakdedahan dikenali sebagai penyembunyian).
Kontrak Boleh Dibatalkan
Salah Nyata atau Tidak Memberitahu
Sengaja atau Penipuan
2.2.5 Tindakan Pembetulan Insurer kerana Memungkiri Penuh Percaya Mutlak 1. Hak untuk membatalkan polisi oleh Insured keseluruhannya?
Cuai atau Tidak Sengaja
Kesalahan Tanpa Niat
Penipuan
Ya
Ya
2. Hak untuk menyimpan premium
Tidak
Ya
3. Hak untuk tidak menghiraukan kemungkinan dan membenarkan polisi berkuatkuasa?
Ya
Ya
Tidak
Tidak
4. Hak untuk menolak tuntutan tetapi polisi masih berkuatkuasa?
2.2.6 Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013
Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) menetapkan aplikasi ‘pemberitahuan dan salah nyata sebelum kontrak’; dan ‘tindakan pembetulan salah nyata’, dan perbezaan antara ‘kontrak insurans pengguna’ (ditandatangani oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan perdagangan, perniagaan atau kerjaya professional) dan ‘kontrak insurans bukan pengguna’.
Kontrak insurans bukan pengguna, tertakluk kepada para 4 (1), bahagian 2, Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013 menekankan bahawa adalah menjadi tanggungjawab pencadang untuk memberitahu semua fakta matan walaupun tiada soalan
18
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
2.3 Kepentingan Boleh Insurans
“Sebelum sesuatu kontrak insurans itu ditandatangani, pencadang hendaklah memberitahu insurer perkara-perkara yang a) ia tahu perkara tersebut adalah penting dan boleh mempengaruhi insurer membuat keputusan sama ada menerima atau menolak risiko yang dicadangkan, dan jika diterima berapakah kadar premium dan syarat-syarat yang patut dikenakan; atau b) seseorang yang normal dalam situasi berkenaan biasanya mengetahui bahawa perkara berkenaan adalah penting”. Walau bagaimanapun, tanggungjawab memberitahu tidak menghendaki pencadang memberitahu perkara-perkara yang:a) mengurangkan risiko yang ditanggung oleh insurer; b) merupakan pengetahuan am; c) insurer mengetahui atau dalam keadaan yang sedemikan, ia sepatutnya mengetahui; atau d) menyatakan bahawa insurer membatalkan keperluan pemberitahuan atau pendedahan. Kontrak insurans pengguna pula menganggap bahawa pencadang telah memenuhi tanggungjawab pemberitahuan sekiranya ia dengan penuh percaya mutlak telah menjawab semua soalan yang terkandung dalam borang cadangan. Sekiranya tiada soalan-soalan khusus mengenainya atau tiada permintaan bertulis meminta maklumat penting, insurer tidak boleh menolak tuntutan atas alasan ‘tidak memberitahu’, seperti yang dinyatakan di perenggan 5 (6), bahagian 2, Jadual 9 Akta FSA iaitu:“Apabila pencadang gagal memberi jawapan atau memberikan jawapan tidak lengkap atau tidak berkaitan kepada soalan yang terkandung di dalam borang permohonan, atau ada ditanya oleh insurer tetapi perkara berkenaan tidak diambil tindakan lanjut oleh insurer, dengan itu keperluan mematuhi tanggungjawab memberitahu dianggap telah dibatalkan oleh pihak insurer”.
Kepentingan boleh insurans ialah hak undang-undang untuk dilindungi, yang timbul kerana wujudnya kepentingan kewangan yang sah oleh insured terhadap perkara pokok insurans. Frasa kepentingan kewangan yang sah merujuk kepada kepentingan kewangan yang diiktiraf oleh undang-undang. Oleh itu, perniagaan haram dan ‘kegiatan penyeludupan barang’ adalah merupakan contoh perniagaan yang bukan sahaja tidak diiktiraf oleh undangundang malahan juga bertentangan dengan kepentingan awam. Walaupun wujud kepentingan kewangan tetapi risiko seperti ini tidak boleh diinsuranskan.
PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS
19
BAB 2
khusus yang ditanyakan mengenainya ataupun soalan berkenaan tidak terdapat dalam borang cadangan:
BAB 2
2.3.1 Siapakah yang Mempunyai Kepentingan Boleh Insurans?
Mengikut perenggan 3, Jadual 8, Akta Perkhidmatan Kewangan FSA) 2013, seseorang itu mempunyai kepentingan boleh diinsuranskan atas hayatnya sendiri tanpa sebarang batasan. Walau bagaimanapun, mana-mana individu yang menguatkuasakan polisi insurans hayat atas hayat orang lain, ia haruslah mempunyai kepentingan boleh insurans, jika tidak, polisi berkenaan adalah tidak sah atau batal.
Seseorang individu itu dianggap mempunyai kepentingan boleh diinsuranskan terhadap orang lain yang merupakan:a) pasangannya (suami atau isteri), anak-anak yang masih di bawah umur majoriti ketika polisi dikuatkuasakan; atau b) pekerjanya; atau c) seseorang yang ia bergantung sepenuhnya atau sebahagiannya (ketika polisi dikuatkuasakan) perbelanjaan sara hidup, perbelanjaan pendidikan dan sebagainya.
2.3.2 Bilakah Kepentingan Dalam insurans am, kepentingan boleh insurans perlu wujud ketika: Boleh Insurans a) permulaan polisi; dan Perlu Wujud? b) ketika berlaku kerugian; selain daripada ini, kontrak insurans dianggap batal.
Terdapat pengecualian dalam insurans marin kerana pemilik barangan atau kargo akan berubah tangan semasa dalam pelayaran atau transit. Sebagai contoh, pengimport boleh menguruskan insurans kargo bagi barangan yang akan diimport berdasarkan Kos dan Penghantaran (CF),walaupun bayaran belum dibuat, dengan jangkaan akan memperolehi pemilikan barangan/kargo dari pengeksport. Walau bagaimanapun, seseorang itu tidak boleh menguruskan insurans motor pada kereta yang beliau jangka akan memilikinya pada masa akan datang.
Dalam insurans harta, pemilik, pemegang amanah, ejen, pemegang gadai janji atau penyewa mempunyai kepentingan boleh insurans dalam harta yang dimiliki, dipegang oleh pemegang amanah atau suruhanjaya, dicagarkan atau diupah. Dalam insurans liabiliti, mana-mana orang yang mempunyai potensi liabiliti undang-undang kepada pihak ketiga dan mempunyai kepentingan boleh insurans untuk mengambil perlindungan insurans yang meliputi potensi kos perundangan dan perbelanjaan yang berkaitan dengannya, boleh berbuat demikian.
2.3.3 Apakah Perkara Pokok Insurans
Perkara pokok insurans mungkin melibatkan hayat seseorang, anggota badan, harta atau liabiliti undang-undang dan ia mungkin berbeza mengikut jenis insurans yang terdapat dipasaran. Beberapa contoh perkara pokok insurans yang boleh dilindungi di bawah pelbagai jenis polisi insurans adalah seperti dinyatakan:-
20
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Jenis Insurans
Perkara Pokok
1. Motor
kenderaan bermotor dan liabiliti pihak ketiga
2. Marin
3. Hayat dan Kemalangan Diri
kargo atau badan kapal
BAB 2
hayat dan anggota badan
4. Penerbangan
pesawat dan liabiliti penumpang
5. Kebakaran
bangunan dan isi kandungan
2.3.4 Apakah Perkara Pokok Kontrak Insurans?
2.3.5 Apakah Penyerahan Hak?
Perkara pokok kontrak insurans adalah kepentingan kewangan insured terhadap perkara pokok insurans. Sebagai contoh, sebuah bank telah memberi pinjaman belian harta bernilai RM300,000. Sementara perkara pokok insurans di bawah polisi kebakaran ialah bangunan, kepentingan kewangan pihak Bank adalah terhad kepada jumlah pinjaman RM300,000. Penyerahan hak adalah pemindahan hak dan liabiliti dari seorang ke seorang yang lain. Dalam insurans, pemindahan hak dan liabiliti insured kepada insured yang baru dikenali sebagai “serah hak polisi”. Pemegang serah hak iaitu orang yang mengambil alih hakhak yang diperuntukkan, akan mempunyai hak yang sama seperti penyerah hak tersebut. Oleh itu, jika insurer berjaya menolak tuntutan liabiliti dengan mengemukakan apa-apa alasan terhadap penyerah hak, alasan yang sama boleh digunakan terhadap penerima hak. Persetujuan awal dari insurer diperlukan untuk menjadikan penyerahan hak sah disisi undang-undang: • Kontrak insurans hayat merupakan kontrak peribadi berdasarkan ciri-ciri dan kualiti pencadang. Oleh itu, apabila insurer telah menandatangani kontrak dengan insured, insured perlu mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari insurer sebelum penyerahan hak itu disertakan dalam polisi.
Di Malaysia, sebagai langkah berhemat, insurer menghendaki semua penyerahan hak polisi insurans mendapat persetujuan terlebih dahulu supaya ia direkodkan dan bayaran dibuat kepada pihak yang sepatutnya.
• Kontrak insurans am melibatkan proses secara bertulis pemindahan kepentingan ke atas harta yang dilindungi apabila berkenaan seperti kereta atau rumah dijual. Pemilik baru dikehendaki memberitahu insurer secara bertulis mengenai pemindahan kepentingan tersebut agar ia boleh dikuatkuasakan dalam polisi. Kontrak yang baru terbentuk, ia dikenali sebagai ‘novasi’ (novasion).
PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS
21
Pengecualian:
•
•
2.3.6 Penyerahan Hak Prosid Polisi
Penyerahan hak prosid (nilai muka) polisi boleh dikuatkuasakan apabila insured mengarahkan insurer membayar amaun tuntutan kepada pihak ketiga. Contohnya, tuntutan yang perlu dibayar di bawah polisi kebakaran boleh diserah hak secara langsung kepada orang yang membaiki (repairer), sementara prosid polisi insurans hayat boleh diserah hak kepada waris yang dinamakan (selain dari wakil peribadi yang disahkan) apabila insured meninggal dunia. Penyerahan hak prosid polisi tidak menjejaskan hak perundangan insured dan dia masih menanggung liabiliti di bawah polisi berkenaan. Semua prosid polisi boleh diserah hak kecuali peruntukan polisi menyatakan sebaliknya.
2.3.7 Bayaran Wang Polisi di Bawah Polisi lnsurans Hayat dan Kemalangan Diri
Jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 menyatakan tentang prosedur bayaran wang polisi di bawah polisi insurans hayat dan kemalangan diri. Perenggan 2 Jadual 10 menyatakan bahawa pemilik polisi yang telah mencapai usia enam belas tahun (16) boleh menamakan mana-mana individu untuk menerima wang polisi miliknya sekiranya beliau meninggal dunia, dan pihak insurer telah diberitahu mengenai penyerahan hak tersebut dengan menyertakan butir-butir berikut: a) Nama, b) Tarikh lahir, c) No kad pengenalan atau no surat beranak, dan d) Alamat.
BAB 2
22
Polisi Marin Kargo bebas untuk dibuat penyerahan hak di bawah peruntukan statutori (Akta Insurans Marin 1906) dan mengikut prosedurnya, sijil insurans marin merupakan dokumen terpenting dalam urusan perdagangan antarabangsa kerana ia bertindak sebagai jaminan kewangan bagi pihak bank mengeluarkan surat kredit bagi pihak pembeli kepada penjual. Polisi Marin Badan Kapal biasanya mengandungi fasal yang melarang penyerahan hak polisi tanpa kebenaran terlebih dahulu dari insurer. Pindahan wasiat atau kuatkuasa undang-undang: Terdapat polisi seperti polisi insurans kebakaran yang menyediakan kemudahan pemindahan kepentingan ke atas perkara pokok insurans secara automatik kepada wakil peribadi atau estet melalui kuatkuasa undang-undang apabila insured meninggal dunia.
Tindakan membuat penamaan hendaklah disaksikan oleh seseorang yang berusia 18 tahun ke atas dan dia bukanlah penama yang namanya dinyatakan dalam polisi insurans.
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Kontrak insurans memberi jaminan “membayar gantirugi kehilangan atau kerugian yang ditanggung oleh insured”. Jaminan ini adalah tertakluk kepada prinsip indemniti. Prinsip indemniti menghendaki insurer meletakkan semula insured pada kedudukan kewangan yang sama seperti yang pernah dinikmati sebelum berlaku kerugian. Tujuan utama prinsip indemniti ialah untuk memastikan agar insured, selepas mendapat ganti-rugi, tidak akan menjadi lebih baik daripada sebelum berlakunya kerugian. Motif utama ialah memastikan insured tidak akan menerima lebih dari jumlah kerugian, malah insured boleh menerima kurang dari jumlah kerugian disebabkan aplikasi syarat-syarat polisi seperti mengenakan fasal purata (apabila amaun perlindungan tidak mencukupi), lebihan (excess) atau had/ pembatasan. Kontrak insurans am adalah kontrak indemniti kerana perkara pokok insurans boleh diukur atau ditentukan mengikut nilai kewangan atau nilai penggantian, sementara di dalam insurans hayat dan insurans kemalangan diri, nilai anggota badan tidak boleh diukur mengikut nilai wang dan juga tidak boleh ditukar ganti.
2.4.1 Penilaian Indemniti
2.5 Subrogasi
Jenis Insurans
Kaedah Indemniti •
Kos membaiki, mengganti atau pengembalian semula harta yang rosak atau hilang. Nilai pasaran dijadikan asas amaun perlindungan harta selain dari bangunan, di mana potongan akan dikenakan kerana faktor haus, lusuh dan susut nilai.
Liabiliti
•
Keputusan mahkamah berkaitan dengan gantirugi khas dan gantirugi am, termasuk kos dan perbelanjaan mahkamah bagi mempertahankan insured.
Pekuniari
•
Kerugian kewangan yang ditanggung oleh insured, contohnya di bawah polisi insurans jaminan kesetiaan, insurer membayar gantirugi kepada majikan atas kerugian yang ditanggung disebabkan ketidakjujuran pekerja.
Marin
•
Mengenalpasti amaun yang diinsuranskan yang telah dipersetujui semasa awal kontrak, dan tidak dipengaruhi oleh turun naik harga pasaran, ‘Nilai yang dipersetujui’ adalah amaun yang dibayar bagi menyelesaikan tuntutan kerugian.
Harta benda
Prinsip subrogasi membolehkan insurer yang telah membayar indemniti kepada insured atas kerugian yang dialami, menggunakan hak insured untuk menuntut amaun yang sama dari pihak ketiga yang bertanggungjawab atas kerugian berkenaan. Tujuan subrogasi ialah untuk menghalang insured menerima amaun gantirugi lebih dari jumlah indemniti sepatutnya apabila insured mempunyai dua atau
PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS
23
BAB 2
2.4 Indemniti
BAB 2
lebih pihak untuk dibuat tuntutan kerugian. Subrogasi menyokong prinsip indemniti dan ia merupakan turutan indemniti yang bertujuan mengurangkan kos tuntutan yang ditanggung oleh insurer, disamping menghukum pihak yang menyebabkan berlakunya kerugian. 2.5.1 Bagaimana • Timbulnya Subrogasi
24
Hak subrogasi melalui statut dan ia tidak perlu dinyatakan dalam polisi. Tujuan subrogasi dinyatakan di bawah syarat-syarat polisi ialah untuk membenarkan insurer memulakan tindakan menuntut bayaran dari pihak ketiga sebelum membayar tuntutan kepada insured.
Dengan cara ini, ia dapat memberi peluang kepada insurer mengawal proses tuntutan dan mempunyai peluang yang lebih baik membuat tuntutan balas. Contohnya, apabila insured menanggung kerugian kerana kecuaian pihak ketiga, insured boleh membuat tuntutan dari polisinya sendiri atau menuntut dari pihak ketiga berkenaan. Sekiranya insured memilih untuk menuntut gantirugi dari pihak insurernya, insurer boleh menguatkuasakan hak subrogasi atas nama insured (berada dikedudukan seperti insured) untuk membuat tuntutan gantirugi dari pihak yang menyebabkan kerugian, walaupun gantirugi belum dibayar kepada insured.
Prinsip subrogasi tidak boleh digunakan untuk kemalangan diri atau insurans hayat kerana ia bukan polisi indemniti. Insured boleh membuat tuntutan daripada polisi insurans hayat atau polisi kemalangan dirinya sendiri, dan juga mendapatkan semula gantirugi daripada pihak yang cuai yang menyebabkan kecederaan.
•
•
Hak subrogasi melalui kontrak. Contohnya, seorang ahli perniagaan menggunakan khidmat firma keselamatan untuk membawa wang dalam transit menuju dan membawa pulang dari bank. Beliau memiliki polisi insurans wang bagi melindunginya dari kerugian sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini. Sekiranya wang tersebut hilang, ahli perniagaan mempunyai dua pilihan; membuat tuntutan terhadap syarikat insuransnya sendiri atau menuntut gantirugi dari firma keselamatan terbabit. Sekiranya tuntutan insurans dibuat, insurer mempunyai hak subrogasi bagi mendapatkan semula amaun yang sama dari firma keselamatan di bawah kontrak perkhidmatannya dengan ahli perniagaan berkenaan. Penyelamatan (salvage) - Setelah berlaku kerugian dan bayaran tuntutan telah dibuat, insurer berhak untuk melaksanakan hakhak subrogasi (mengambil alih hak pemilikan insured) dengan mengambil milikan sisa-sisa barangan atau salvaj (menyelamat)
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
2.6 Sumbangan
2.6.1 Kepentingan Sumbangan
Apabila sesuatu kerugian dilindungi oleh dua atau lebih polisi dari insured yang sama, prinsip sumbangan membolehkan insurer yang telah membayar gantirugi kepada insured, meminta insurer lain yang juga menanggung liabiliti yang sama supaya bertanggungjawab terhadap kerugian tersebut dengan menyumbang kos bayaran ganti rugi. Sumbangan boleh dianggap sebagai turutan indemniti, yang diperkenalkan bagi menghalang insured yang memiliki dua atau lebih polisi mendapat dua kali ganda gantirugi atas kerugian yang sama. Di dalam kontrak insurans am yang merupakan kontrak indemniti, ia adalah tertakluk kepada prinsip sumbangan kecuali bagi polisi kemalangan diri. Bagi memastikan prinsip sumbangan boleh dikuatkuasakan, syaratsyarat berikut harus dipenuhi; • polisi hendaklah dalam keadaan berkuatkuasa ketika berlaku kerugian; • polisi hendaklah melindungi kepentingan yang sama; • polisi hendaklah melindungi peril yang sama yang menyebabkan kerugian; • kerugian yang berlaku melibatkan perkara pokok yang sama yang dilindungi di bawah kesemua polisi berkenaan; • polisi berkenaan hendaklah boleh dikuatkuasakan oleh undangundang.
Prinsip sumbangan telah termaktub di bawah undang-undang adat (common law) dan perlaksanaannya boleh menimbulkan kesulitan kepada insurer. Untuk mengelakkan kesulitan tersebut, kebanyakan polisi insurans harta memperuntukkan syarat sumbangan dengan menyatakan bahawa apabila prinsip sumbangan digunakan, insured bertanggungjawab membuat tuntutan terhadap semua insurer, setiap dari mereka perlu membayar bahagian yang setara bagi kerugian tersebut, mengikut amaun perlindungan masing-masing.
Amaun perlindungan yang perlu dibayar oleh setiap insurer hendaklah ditentukan mengikut formula berikut:Amaun Perlindungan setiap insurer Jumlah Kerugian (RM6,000) X Jumlah Perlindungan semua insurer = Amaun Perlu Dibayar (RM30,000) Amaun Perlindungan Insurer RM5,000 A - Insurer A Bayar RM1,000
Amaun Perlindungan Insurer RM10,000 B - Insurer B Bayar RM2,000
Amaun Perlindungan Insurer RM15,000 C - Insurer C Bayar RM3,000
PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS
25
BAB 2
untuk mendapatkan kembali sebahagian amaun gantirugi bayaran tuntutan.
2.7 Sebab Hampiran
BAB 2
Doktrin sebab hampiran digunakan apabila punca yang paling unggul atau efektif yang menyebabkan kerugian dapat dikenal pasti. Definisi klasik sebab hampiran telah diberikan dalam kes Pawsey v. Scotland Union National Insurance Co. (1907) seperti berikut:
“Punca efektif yang paling aktif, yang berlaku dalam rantaian peristiwa yang menyebabkan berlakunya kerugian, tanpa campur tangan dari mana-mana kuasa yang memulakan dan bertindak secara aktif dari sumber bebas yang baru.” Kerugian yang berlaku mungkin disebabkan oleh: • peril yang dilindungi • peril yang tidak dilindungi • peril yang dikecualikan 2.7.1 Sebab Tunggal
Sekiranya kerugian berlaku disebabkan punca tunggal, persoalan liabiliti mudah diputuskan dengan mengenalpasti perbezaan antara ‘sebab hampiran’ dan ‘sebab terpencil’.
• Peril yang Dilindungi Contoh: Kebakaran berlaku disebabkan litar pintas elektrik menyebabkan kerosakan sebuah bangunan yang diinsuranskan di bawah polisi insurans kebakaran. Ketika pihak bomba berusaha memadamkan, air yang digunakan telah menyebabkan kerosakan kepada isi kandungan dan bangunan sekitarnya. Oleh kerana api adalah peril yang dilindungi, kerosakan yang terhasil disebabkan oleh air yang digunakan untuk memadamkan api dianggap sebagai sebab hampiran yang berpunca dari api. Oleh itu, insurer bertanggungjawab keatas kerosakan bangunan yang disebabkan oleh kebakaran dan juga kerosakan disebabkan oleh air.
•
26
Peril Tidak Dilindungi Contoh peril yang tidak dilindungi ialah letupan gas yang digunakan untuk tujuan komersial seperti dalam kes di mana sebuah tangki gas asetilena digunakan untuk kimpalan di sebuah kedai membaiki kenderaan. Jika ia meletup dan api merebak sehingga menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan dan isi kandungannya, insurans kebakaran tidak melindungi kerugian berkenaan kecuali peril tersebut dinyatakan secara khusus telah dilindungi dengan bayaran premium tambahan. Walau bagaimanapun, sekiranya letupan berlaku berikutan kebakaran yang mungkin berpunca dari litar pintas elektrik, insurer bertanggungjawab terhadap kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran dan diikuti dengan letupan sekiranya kerugian ini tidak boleh dipisahkan.
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
2.7.2 Punca Serentak
Peril yang Dikecualikan Perbezaan di antara peril yang tidak dilindungi dengan peril yang dikecualikan ialah peril yang tidak dilindungi boleh diinsuranskan dengan pembayaran premium tambahan tetapi peril yang dikecualikan tidak dilindungi kerana ia lebih sesuai dilindungi oleh polisi yang lain. Sebagai contoh, penyakit adalah peril yang dikecualikan di bawah polisi kemalangan diri. Insured yang mengalami kecederaan akibat kemalangan telah dibawa ke hospital dan semasa menjalani rawatan, insured didapati mengidap penyakit berjangkit yang menyebabkan kematiannya. Dalam kes ini, mahkamah memutuskan bahawa sebab hampiran kematian adalah penyakit dan kemalangan yang dialami adalah punca terpencil. Oleh itu, tuntutan ini tidak akan dibayar di bawah polisi kemalangan diri.
Kadangkala, dua atau lebih peril beroperasi serentak (pada masa yang sama) dan menyebabkan kerugian. Contohnya, sebuah bangunan mengalami kerosakan akibat berlaku kebakaran dan pada masa yang sama dilanda ribut taufan.
•
Sekiranya terdapat beberapa sebab berlaku serentak dan ia tidak melibatkan peril yang dikecualikan, liabiliti ditanggung oleh insurer jika salah satu punca kerugian adalah peril yang diinsuranskan, sementara punca-punca lain boleh diabaikan. Sebagai contoh, seorang lelaki yang menghidap penyakit jantung telah mengalami kemalangan, yang ditambah pula dengan jantungnya yang lemah telah membawa kepada kematian. Sebab hampiran kematian adalah kemalangan kerana seorang lelaki dengan jantung normal biasanya akan pulih dengan segera.
•
Sekiranya terdapat punca-punca serentak dengan peril yang dikecualikan, tiada liabiliti tuntutan yang timbul kerana peril berkenaan dikecualikan. Sebagai contoh, harta yang dicuri semasa rusuhan tidak akan dilindungi di bawah polisi kecurian kerana polisi ini mengecualikan kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh rusuhan, mogok dan kekecohan awam.
•
Sekiranya kerugian berlaku berpunca daripada peril yang dilindungi dan juga peril yang tidak dilindungi, ia berlaku serentak tetapi boleh dipisahkan, maka insurer akan hanya bertanggungjawab terhadap kerugian yang disebabkan oleh peril yang diinsuranskan. Sebagai contoh, api merebak semasa ribut tetapi kebakaran tidak disebabkan oleh ribut, dan terdapat beberapa kerosakan terbakar serta beberapa kerosakan akibat ribut. Dalam kes ini, hanya kerosakan akibat kebakaran sahaja yang dilindungi.
PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS
27
BAB 2
•
•
BAB 2
Walau bagaimanapun, sekiranya punca kerugian tidak boleh dipisahkan, insurer bertanggungjawab keatas jumlah penuh kerugian, dengan syarat kerugian tersebut bukan disebabkan oleh peril yang dikecualikan. Sebagai contoh, api merebak semasa rusuhan tetapi berlaku secara berasingan, dan kerosakan adalah disebabkan oleh api kebakaran dan juga kebakaran yang dimulakan oleh para perusuh.
Boleh Dipisahkan
Liabiliti kerugian berpunca dari peril yang dilindungi
Punca Serentak Tidak Boleh Dipisahkan
Liabiliti Penuh
2.7.3 Sebab-sebab • Turutan
28
Apabila terdapat beberapa punca atau sebab kerugian beroperasi secara berturutan dan punca asal kerugian ialah peril yang dilindungi, maka jelas telah wujud liabiliti di bawah polisi ini. Walau bagaimanapun, kerugian akibat kecurian semasa atau selepas berlakunya kebakaran adalah dikecualikan secara khusus di bawah polisi insurans kebakaran. Hal ini mengubah tanggapan doktrin sebab hampiran; sungguhpun sebab hampiran ialah kebakaran dan ia merupakan peril yang dilindungi, tetapi kerugian turutan adalah kecurian dan ini tidak dilindungi oleh polisi insurans.
•
Sekiranya rangkaian peristiwa yang berlaku boleh dikenalpasti dan ianya merupakan peril yang dikecualikan, maka tiada liabiliti yang timbul. Sebagai contoh, kedai membaiki motor dan isi kandungan kedai yang diinsuranskan di bawah polisi kebakaran telah mengalami kerosakan apabila tangki asetilena yang digunakan untuk kimpalan meletup. Letupan gas yang digunakan untuk tujuan komersil adalah peril yang dikecualikan. Sekiranya letupan berlaku sebelum kebakaran, insurer tidak bertanggungjawab terhadap kerugian berkenaan. Walau bagaimanapun, jika letupan berlaku selepas kebakaran, syarikat insurans akan bertanggungjawab terhadap kerugian berkenaan.
•
Sekiranya rangkaian peristiwa yang berlaku terputus-putus oleh campur tangan punca-punca baru dan bebas, liabiliti akan bergantung kepada sama ada punca baru itu adalah peril yang diinsuranskan atau peril yang dikecualikan.
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
2.8 Soalan Penilaian Diri
2.
3.
Sebab hampiran yang mengakibatkan kerugian biasanya dianggap sebagai a)
sebab utama.
b)
sebab paling hampir menyebabkan kerugian.
c)
sebab paling jauh menyebabkan kerugian.
d)
peril yang dilindungi.
BAB 2
1.
Mengapa insurer memasukkan syarat-syarat subrogasi dalam polisi? a)
Untuk memberikan mereka hak untuk meneruskan tindakan menuntut bayaran dari pihak bertanggungjawab
b)
Untuk membolehkan mereka memulakan tindakan menuntut bayaran walaupun tuntutan belum dibayar
c)
Untuk memberikan mereka hak untuk meneruskan tindakan menuntut bayaran atas nama insurer sendiri
d)
Untuk menghalang insured membuat tuntutan dua kali atas kerugian yang sama
Yang manakah di antara berikut merupakan prinsip turutan indemniti yang memberikan hak kepada insurer untuk meminta insurer lain bertanggungjawab untuk membayar bahagian tuntutan masing-masing? a)
Sebab hampiran
b) Subrogasi c) Sumbangan d) 4.
5.
Kepentingan boleh Insurans
Di bawah polisi insurans harta, bagaimana indemniti dikira? a)
Mengikut formula
b)
Berdasarkan nilai yang dipersetujui
c)
Berdasarkan pengembalian semula
d)
Berdasarkan kerugian yang pertama
Untuk menjadikan sesuatu polisi insurans hayat itu sah, bilakah kepentingan boleh insurans itu perlu wujud? a)
Ketika permulaan kontrak insurans sahaja
b)
Ketika mengemukakan tuntutan
c)
Ketika permulaan polisi dan ketika mengemukakan tuntutan
d)
Ketika permulaan polisi atau ketika mengemukakan tuntutan
PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS
29
BAB 2
6.
7.
8.
9.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘kontrak insurans pengguna’ seperti yang dinyatakan dalam Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) 2013? a)
Kontrak yang ditandatangani oleh pengguna insurans hayat dan insurans am
b)
Kontrak yang ditandatangani oleh individu yang tidak berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau kerjaya masing-masing
c)
Kontrak insurans yang ditandatangani oleh pemilik rumah
d)
Polisi insurans yang dibeli oleh pengguna umum
Apakah yang membezakan antara peril yang tidak dilindungi dengan peril yang dikecualikan? a)
Peril yang dikecualikan tidak boleh diinsuranskan.
b)
Peril yang tidak dilindungi boleh diinsuranskan dengan bayaran premium tambahan, sedangkan peril yang dikecualikan lebih sesuai dilindungi jenis polisi lain.
c)
Peril yang tidak dilindungi boleh diinsuranskan dengan membuang fasal pengecualian.
d)
Peril tidak dilindungi adalah lebih rendah risikonya berbanding dengan risiko peril yang dikecualikan.
Bilakah insurer boleh menolak liabiliti sekiranya bakal pemilik polisi gagal memberitahu atau mendedahkan fakta penting yang boleh mempengaruhi keputusan sama ada untuk menerima atau menolak risiko? a)
Sebelum menandatangani kontrak
b)
Ketika polisi telah berkuatkuasa
c)
Ketika membuat tuntutan
d)
Ketika memperbaharui polisi
Apakah tindakan pembetulan yang tidak boleh digunakan oleh insurer sekiranya insured memungkiri prinsip penuh percaya mutlak? a)
Membatalkan polisi
b)
Membatalkan polisi dan premium tidak dikembalikan
c)
Tidak menghiraukan pemungkiran tersebut dan membenarkan polisi terus berkuatkuasa
d)
Menolak tuntutan tetapi membenarkan polisi terus berkuatkuasa
10. Yang manakah di antara berikut tiada kepentingan boleh insurans atas hayat individu lain? a)
Anak ke atas hayat ibubapanya
b)
Majikan ke atas hayat pekerjanya
c)
Prinsipal ke atas hayat ejen-ejennya
d)
Penjaga yang sah ke atas hayat kanak-kanak di bawah jagaannya
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.
30
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Perundangan dan Perlindungan Pengguna
BAB 3
BAB 3
3.1 Undang-undang Insurans 3.1.1 Sejarah Pekembangan
Industri insurans di Malaysia pada peringkat awal adalah di bawah Akta Insurans 1963 yang kemudiannya diganti dengan Akta Insurance 1996 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1997. Akta ini kemudiannya ditambah dengan Peraturan Insurans 1996 (Peraturan) yang menyatakan butir-butir keperluan mandatori yang terkandung dalam peruntukan-peruntukan tertentu Akta. Disamping itu, Akta ini memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk menentukan perkara-perkara yang selaras dengan peruntukan Akta tersebut.
Pada tahun 2005, Akta tersebut telah dipinda buat kali pertama sejak penggubalannya dengan memperkenalkan rangka kerja perundangan perlesenan untuk Penasihat Kewangan (Financial Advisers - FA) di Malaysia. Pindaan-pindaan yang dibentangkan antara lain ialah pembentukan persatuan atau pertubuhan dan jenis-jenis aktiviti yang boleh dijalankan oleh penasihat kewangan, berkuatkuasa pada bulan Ogos 2005 dengan pewartaan Akta Insurans (Pindaan) 2005.
3.1.2 Perubahan Ekuiti
Akta Insurans 1996 menghendaki pemegang lesen berdaftar Malaysia memiliki dan mengekalkan modal berbayar minimum sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Penanggung insurans asing berlesen yang diperbadankan dikehendaki mengekalkan imbangan lebihan aset ke atas liabiliti di Malaysia.
Modal berbayar minimum atau lebihan aset berbanding liabiliti yang termaktub dalam Akta ialah: a) RM100 juta bagi insurer tempatan/asing dan reinsurer am professional tempatan; b) RM50 juta bagi reinsurer hayat professional tempatan; c) RM20 juta bagi reinsurer am dan hayat professional asing; d) Broker Insurans dan penyelaras dikehendaki mengekalkan modal berbayar minimum (tidak terjejas oleh kerugian) masingmasing sebanyak RM500,000 dan RM150,000.
PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA
31
Misi dan kuasa untuk menggalakkan kestabilan kewangan terletak ditangan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Bank Pusat Malaysia 2009. Disamping itu, dengan penggubalan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, tumpuan diberikan terhadap aspek risiko dan pendekatan bersepadu keatas kawalan dan penyeliaan institusi kewangan telah diperkenalkan, memperkasa bank pusat untuk menguatkuasakan dan mengkompaun mana-mana individu yang melanggar peraturan.
Matlamat menguatkuasakan peraturan Bank Negara Malaysia berhubung dengan sektor insurans adalah seperti berikut: 1. Memupuk tatalaku perniagaan yang telus, bertanggungjawab dan profesional dikalangan institusi kewangan; 2. Berusaha melindungi hak dan kepentingan pengguna sektor kewangan; 3. Pengawasan rapi terhadap tahap kesolvenan dan pola perlakuan pasaran demi meningkatkan tahap profesionalisma dan keyakinan pengguna terhadap industri insurans; dan 4. Menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan yang kondusif kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.
3.1.4 Rangkakerja Modal Berasaskan Risiko
Selaras dengan objektif mengawasi tahap kesolvenan dan pola perlakuan rangka kerja pasaran demi meningkatkan tahap profesionalisma dan keyakinan pengguna terhadap industri insurans, Bank Negara Malaysia memperkenalkan Rangkakerja Modal Berasaskan Risiko (RBC) yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009 untuk menentukan nisbah kecukupan modal (CAR) syarikatsyarikat insurans di Malaysia.
BAB 3
3.1.3 Peranan Bank Negara Malaysia
RBC digubal untuk mematuhi trend antarabangsa ke arah rangkakerja modal berasaskan risiko (contohnya Kesolvenan II dan Basel II) dan bertujuan mencerminkan profil risiko insurer dengan objektif-objektif berikut:1. Menentukan nisbah kecukupan modal dana insurans dan dana pemegang saham; 2. Memelihara prinsip asas bahawa lebihan penilaian dana insurans hayat sertaan tidak digunakan untuk menyokong keperluan modal lain-lain dana insurans atau dana pemegang saham; 3. Memastikan modal yang mencukupi bagi melindungi pemegang polisi dari ketidaksolvenan syarikat-syarikat insurans
Formula:
32
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
3.1.5 Perundangan
Perkhidmatan Baru
Nota: BNM telah menetapkan Tahap Sasaran Modal Seliaan sebanyak 130 peratus. Setiap insurer perlu menetapkan sendiri Tahap Sasaran Modal Individu bagi mencerminkan profil risiko masing-masing. Tahap Sasaran Modal Individu mestilah lebih tinggi dari Tahap Sasaran Modal Seliaan. Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Kewangan Islam 2013 (IFSA) memansuhkan Akta Ansuran 1996 dan Akta Takaful 1984 (kecuali peruntukan peralihan berkaitan dengan peruntukan-peruntukan tertentu Akta yang dimansuhkan bagi sektor insurans dan takaful). Kedua-dua Akta berkenaan berkuatkuasa mulai 30 Jun 2013. Akta yang baru diperkenalkan ini menyatukan beberapa undangundang berasingan dalam perkhidmatan kewangan di Malaysia, iaitu perbankan dan insurans konvensional dan juga perbankan Islam dan takaful. Oleh itu, pengawalan dan penyeliaan institusiinstitusi kewangan (bank dan syarikat insurans), sistem pembayaran dan lain-lain entiti berkaitan serta pengawasan pasaran wang dan pasaran tukaran asing kini di bawah rangkakerja perundangan tunggal.
FSA menggantikan empat Akta:
IFSA menggantikan dua Akta:
1. Akta Institusi Kewangan dan Perbankan 1989 (BAFIA)
1. Akta Perbankan Islam 1983 (IBA)
2. Akta Kawalan Pertukaran 1953 (ECA)
2. Akta Takaful 1984
3. Akta Insurans 1996 4. Akta Sistem Pembayaran 2003 (PSA)
3.1.6 Tujuan Perundangan Baru
Objektif utama Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) ialah: • Kecekapan dan ketelusan dalam pentadbiran oleh Bank Negara Malaysia (BNM); • Tumpuan yang jelas terhadap pematuhan Syariah dan tadbir urus syarikat; • Peruntukan bagi keperluan kawal selia yang berbeza bagi mencerminkan pola aktiviti pengantara kewangan dan risikonya kepada sistem kewangan secara keseluruhan; • Peruntukan untuk mengawalselia syarikat induk kewangan dan entiti yang tidak dikawal selia; • Memperkukuh amalan perniagaan dan keperluan perlindungan pengguna demi meningkatkan keyakinan pengguna dalam penggunaan produk dan perkhidmatan kewangan; • Memperkukuh peruntukan penguatkuasaan yang cekap dan berkesan serta campur tangan penyeliaan.
PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA
33
BAB 3
3.1.7 Peruntukan-peruntukan Penting Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
BAB 3
Seksyen
Undang-undang
Peruntukan
10
Kelulusan Lesen oleh Menteri
‘‘urusniaga yang dibenarkan’ termasuk perniagaan insurans, pembrokeran insurans atau perniagaan nasihat kewangan.
11 (3)
Kelulusan dari Bank Pusat
pembrokeran insurans atau perniagaan khidmat nasihat kewangan hendaklah pada setiap masa mempunyai polisi insurans atau takaful indemniti profesional yang berkuatkuasa setiap masa dengan amaun perlindungan seperti yang dinyatakan.
16 (1)
Insurer Berlesen Menjalankan Perniagaan Insurans Hayat dan Insurans Am
penanggung insurans berlesen selain daripada penanggung insurans semula berlesen profesional tidak boleh menjalankan kedua-dua perniagaan hayat dan perniagaan am.
17
Perniagaan Berdaftar
hanya individu berdaftar sahaja yang boleh menjalankan perniagaan berdaftar sebagai pelaras berdaftar selain daripada peguambela atau peguamcara, pelaras kerugian penerbangan atau maritim, atau seseorang pekerja insurer atau takaful berlesen atau yang semasa penggajian beliau bertindak atau membantu dalam menyelaras tuntutan insurans.
126
Skim Kewangan Ombudsman
memastikan kaedah yang saksama, mudah diperolehi dan berkesan dalam mengendalikan aduan serta penyelesaian pertikaian berhubung dengan produk atau perkhidmatan kewangan.
127
Memiliki Perniagaan Insurans di luar Malaysia
tiada seorang pun yang boleh menandatangani atau menyebabkan ia menandatangani kontrak insurans atau takaful am di luar Malaysia tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Bank Negara Malaysia terlebih dahulu.
128
Peruntukan Berkaitan Polisi Insurans
Jadual 8 menetapkan peruntukan berkaitan dengan polisi insurans hayat.
129
Tanggungjawab Pra-Kontrak Berkaitan Keperluan Pendedahan dan Pernyataan & Pembetulan Salah Nyata
Jadual 9 (Bahagian 2) menyatakan tanggungjawab pendedahan bagi semua kontrak insurans selain daripada kontrak insurans pengguna. Bahagian 3 yang menyatakan fasal ketidakcabaran dan remedi atau pembetulan salah nyata.
130
Pembayaran Wang Polisi Jadual 10 menyatakan peruntukan-peruntukan berkaitan di Bawah Polisi Insurans Hayat pembayaran wang polisi disebabkan kematian pemegang dan Polisi Kemalangan Diri polisi di bawah polisi hayat termasuk polisi hayat di bawah Seksyen 23 Akta Undang-Undang Sivil 1956 dan polisi kemalangan diri yang dikuatkuasakan atas hayatnya sendiri.
275
Simpanan & Peruntukan Peralihan
34
(a) Subseksyen 147(4) & (5) dan Seksyen 150 & 151 (b) Seksyen 144 & 224 Akta Insurans 1996 (dipinda), hendaklah terus kekal berkuatkuasa sepenuhnya sehingga tarikh yang akan ditetapkan sehingga penguatkuasaan Seksyen 129 dan Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA).
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Pertukaran kepada Perniagaan Insurans Tunggal
3.2 Akta Syarikat
1965
Syarikat insurans komposit hendaklah mematuhi subseksyen 16(1) dalam tempoh lima tahun, atau sebarang tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri mengenai tarikh penguatkuasaan undang-undang.
Akta Syarikat 1965 (Pindaan-1973) mengawal selia penubuhan, pendaftaran, penubuhan, perbadanan, pengurusan dan pembubaran syarikat-syarikat di Malaysia. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah sebuah badan pendaftaran korporat dan pihak yang berkuasa mengawalselia yang bertindak memenuhi keperluan perniagaan melalui pendaftaran, maklumat, peraturan dan nasihat.
Terdapat dua jenis syarikat iaitu:1. Syarikat berhad menurut saham; atau 2. Syarikat tidak Terhad 1. Sebuah syarikat berhad mengikut saham adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan atas prinsip yang ia mempunyai liabiliti ahli-ahlinya yang terhad oleh memorandum kepada amaun (jika ada, tidak dibayar) saham-saham yang masingmasing yang dipegang oleh mereka. Sebuah syarikat berhad mengikut saham boleh diperbadankan sebagai: a) sendirian berhad (dikenali melalui perkataan ‘Sendirian Berhad’ atau ‘Sdn. Bhd.’ dicatatkan berserta nama syarikat); atau b) syarikat awam (perkataan ‘Berhad’ atau ‘Bhd’ dicatatkan berserta nama syarikat)
Syarikat-syarikat insurans dan pengendali takaful dikehendaki diperbadankan sebagai syarikat-syarikat awam, manakala broker insurans, penasihat kewangan dan penyelaras berdaftar perlu diperbadankan sebagai syarikat-syarikat swasta. Sekiranya terdapat percanggahan di antara peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Syarikat 1965, peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 akan digunapakai.
2. Syarikat tidak terhad ditubuhkan mengikut kaedah yang sama dengan syarikat berhad menurut saham; walau bagaimanapun, perbezaannya ialah untuk syarikat tidak terhad, liabiliti ahliahlinya hendaklah dinyatakan di dalam Memorandum Persatuan sebagai ‘tidak terhad’.
“Perbadanan” bermaksud badan korporat yang ditubuhkan atau diperbadankan atau sedia ada di dalam atau di luar Malaysia dan termasuk mana-mana syarikat asing seperti insurans semula profesional, yang tidak mempunyai ibu pejabat atau tempat perniagaan di Malaysia PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA
35
BAB 3
276
BAB 3
3.2.1 Peruntukan Utama Akta Syarikat 1965
Pulangan Tahunan Akaun untung rugi (selepas membuat peruntukan cukai pendapatan), kunci kira-kira dan laporan pengarah yang menunjukkan keadaan hal-ehwal syarikat pada akhir tahun kewangan. Sekiranya syarikat berkenaan adalah syarikat induk, laporan hal-ehwal syarikat induk dan juga kesemua syarikat subsidiari hendaklah ditunjukkan. • Laporan Berkanun Saham-saham yang diperuntukkan dan tunai diterima bagi sahamsaham tersebut, dan penerimaan dan pembayaran akaun modal untuk diperiksa dan dilaporkan atas/oleh juruaudit. • Pembubaran Syarikat Aset syarikat akan dikumpul dan dijual, hasil jualan digunakan untuk melunaskan hutang dan liabiliti syarikat, dan baki hutang (jika ada) akan diagih-agihkan dikalangan penyumbang mengikut kelayakan masing-masing. Terdapat dua kaedah pembubaran iaitu:• pembubaran secara sukarela; atau • pembubaran atas arahan mahkamah.
Tiada pembubaran atau penggulungan secara sukarela bagi institusi kewangan (bank atau syarikat insurans) tanpa kebenaran bertulis daripada Bank Negara Malaysia, yang mungkin akan menggunakan kuasanya (tertakluk kepada Seksyen 165 Akta Perkhidmatan Kewangan - FSA) sekiranya keadaan membolehkan penggulungan institusi kewangan dan memfailkan permohonan di Mahkamah. Mahkamah kemudiannya akan melantik liquidator.
3.3 Akta
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2005 (Malaysia Deposit Insurance Corporation) untuk mentadbir sistem insurans deposit kebangsaan bertujuan melindungi pendeposit di bank-bank perdagangan dan perbankan Islam.
Akta berkenaan kemudiannya diperluaskan oleh Parlimen untuk mentadbir Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) yang berkuatkuasa mulai 31 Disember 2010 di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 yang baru bagi menggantikan Dana Skim Jaminan Insurans untuk perniagaan insurans hayat dan insurans am.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011
36
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
PIDM melengkapi peranan pengawalseliaan berhemat Bank Negara Malaysia dengan menyediakan jaminan kepada pendeposit dan pemilik polisi insurans. Ia melindungi pendeposit dari kerugian sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit/ahli bank, dan pemilik sijil takaful serta pemilik polisi atas kerugian sehingga RM500,000 sekiranya ahli institusi/bank menghadapi kegagalan.
Keahlian dalam PIDM adalah diwajibkan untuk semua bank-bank perdagangan dan perbankan Islam yang berlesen, syarikat-syarikat insurans dan pengendali takaful di Malaysia.
3.4 Literasi
Program Pendidikan Pengguna (CEP) mengenai insurans dan takaful. Dikenali sebagai maklumat insurans atau ‘insurance info’ dan merupakan usahasama antara Bank Negara Malaysia dengan industri insurans dan takaful. Ia merupakan program jangka panjang bagi menyediakan maklumat pendidikan demi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kewangan, objektif utamanya ialah:• membantu pengguna membuat keputusan bermaklumat ketika membeli produk insurans atau takaful; • membantu pengguna berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memilih produk insurans atau takaful yang terbaik dan memenuhi keperluan mereka; • memahami hak dan tanggungjawab sebagai pengguna perkhidmatan dan produk insurans atau takaful.
3.5 Aduan dan
Terdapat pelbagai cara bagi pengguna mengemukakan aduan bagi menyelesaikan perselisihan dengan Penyedia Perkhidmatan Kewangan (syarikat insurans atau pengendali takaful) sebelum membawa kes itu ke mahkamah. Mekanisma aduan yang dinyatakan dalam 3.5.1, 3.5.2 dan 3.5.3 telah dilaksanakan untuk menyediakan pengguna dengan kemudahan komunikasi, maklum balas yang cepat dan saluran yang adil dan bebas untuk menyelesaikan pertikaian.
Kewangan dan Pendidikan
Pertikaian Kewangan Pengguna
Kemukakan aduan secara bertulis
Berikut adalah langkah-langkah penting yang perlu diambil oleh seseorang pengguna apabila membuat aduan:-
Nyatakan maklumat penting
Susun aduan mengikut kepentingan
Simpan dokumen asal
PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA
37
BAB 3
3.3.1 Perlindungan Kewangan Pengguna
Unit Aduan Institusi Kewangan (FSP) hendaklah mudah dihubungi (melalui telefon, email atau laman sesawang) oleh pelanggan dan mampu menangani aduan dengan berkesan dan cepat. Unit Aduan Institusi Kewangan hendaklah menghantar makluman penerimaan secara bertulis dalam tempoh dua hari bekerja, dan keputusan muktamad atau meminta maklumat lanjut (sekiranya melibatkan kes yang rumit) dalam tempoh dua minggu dari tarikh menerima aduan.
Sekiranya pengadu gagal memberi maklum balas maklumat yang diperlukan dalam tempoh dua minggu, FSP mesti memperuntukkan masa tambahan selama dua minggu lagi untuk pengadu untuk bertindak balas dan jika masih tiada maklum balas, aduan itu boleh dianggap sebagai “tiada tindakan lanjut” dan pengadu akan diberitahu mengenainya.
BAB 3
3.5.1 Unit Aduan Institusi Kewangan
Dalam semua keadaan, FSP yang akan menasihati pengadu untuk menghantar aduan sama ada kepada Biro Perantaraan Kewangan (FMB) atau Bank Negara Malaysia (BNM) sekiranya pengadu tidak berpuas hati dengan keputusan penyelesaian sesuatu aduan dengan melampirkan salinan surat keputusan aduan kepada syarikat insurans atau pengendali takaful.
3.5.2 Biro Perantaraan Kewangan
Biro Perantaraan Kewangan (FMB) adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara pengguna kewangan dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang menjadi ahlinya.
Ahli-ahli FMB termasuklah: • I nstitusi Perbankan Berlesen di Malaysia • Syarikat Insurans dan Pengendali Berlesen di Malaysia • Senarai pengeluar kad kredit, kad caj, E-money dan perkhidmatan pengiriman wang.
38
FMB menyediakan sebuah platform dengan objektif dan resolusi yang tepat dan cepat kepada pengguna bagi pertikaian, tuntutan dan aduan yang timbul daripada perkhidmatan yang disediakan oleh ahli-ahli institusi kewangan. Perkhidmatan FMB disediakan secara percuma untuk merujuk pertikaian untuk mencari penyelesaian, sebagai alternatif kepada penyelesaian mahkamah. Pertikaian ini mungkin melibatkan perbankan/kewangan yang berkaitan serta insurans dan takaful. Pengguna dikehendaki mengemukakan aduannya kepada FMB dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan dibuat oleh penyedia perkhidmatan kewangan, tertakluk kepada had berikut:
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
•
Aduan yang tidak dikendalikan oleh FMB: • Kes-kes yang melibatkan tuntutan melebihi had yang ditetapkan. • Aduan yang berkaitan dengan harga/premium produk insurans dan isu pengunderaitan. • Kes penipuan (selain daripada isu pembayaran premium melalui kad kredit, kad caj dan cek-cek yang nilainya melebihi RM25,000). • Kes-kes yang telah atau sedang dirujuk ke mahkamah atau penimbangtara.
Apabila penghakiman pertikaian tuntutan telah diputuskan, award atau keputusan tuntutan akan mengikat penyedia perkhidmatan kewangan tetapi tidak mengikat pihak yang membuat tuntutan atau pengadu. Pengadu adalah bebas untuk mencari kebenaran di mahkamah atau melalui penimbangtara.
Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Bank Negara Malaysia boleh meluluskan skim kewangan ombudsman bagi tujuan memastikan aduan ditangani dengan berkesan dan saksama dan juga penyelesaian pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan kewangan atau produk yang tidak diluluskan lagi.
3.5.3 BNMLINK
BNMLINK merupakan salah satu inisiatif Bank Negara Malaysia untuk berinteraksi dengan masyarakat umum. Ia bertindak sebagai pusat perhubungan untuk memudahkan menyampaikan maklum balas yang cepat dan berkesan kepada orang ramai dan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam hal-hal yang berkaitan dengan sektor kewangan. Selain dari mengadakan pameran, kios layan diri dan penyediaan risalah, BNMLINK turut menyediakan khidmat pendidikan dan kesedaran kewangan kepada pengguna mengenai peranan BNM dalam pembentukan ekonomi negara.
PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA
39
BAB 3
RM200,000 untuk polisi/sijil insurans motor dan insurans kebakaran. • RM100,000 untuk lain-lain jenis polisi insurans atau takaful. • RM5,000 untuk insurans kerosakan harta pihak ketiga.
Jenis-jenis Aduan yang tidak dikendalikan oleh BNM • Aduan yang telah dirujuk kepada Biro Perantaraan Kewangan. • Aduan-aduan yang telah dirujuk kepada dan telah diputuskan oleh FMB. • Kes-kes yang telah dirujuk kepada peguam atau tindakan undang-undang telah difailkan. • Kes-kes berkaitan dengan institusi-institusi yang bukan di bawah penyeliaan BNM, seperti bengkel membaiki kenderaan dan organisasi pengurusan perkhidmatan. • Aduan yang dikemukakan oleh ejen terhadap prinsipal atau antara majikan/pekerja atau lain-lain perkara yang tidak berkaitan dengan insurans atau takaful.
3.6 Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010
Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 berkuatkuasa mulai November 2013 untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi perniagaan.
BAB 3
PDPA meliputi: • Mana-mana individu yang memproses atau membenarkan pemprosesan apa-apa data peribadi berkenaan dengan transaksi komersial. • Data peribadi yang diproses di Malaysia. • Penggunaan peralatan di Malaysia bagi tujuan pemprosesan data peribadi.
Tujuan PDPA ialah untuk: • melindungi data peribadi orang ramai dari disalahgunakan melalui transaksi perdagangan; • melindungi data sensitif dari disalahgunakan; • menyediakan kemudahan perdagangan antarabangsa; • melindungi hak pengguna
Data Peribadi ialah: • Mana-mana maklumat peribadi yang digunakan dalam transaksi perdagangan. • mana-mana maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan data peribadi. • termasuk data peribadi yang sensitif seperti laporan kesihatan fizikal atau mental, kenyataan politik, ugama dan kepercayaan, kesalahan atau lain-lain data yang ditetapkan oleh Menteri berkaitan. • termasuk pernyataan pendapat mengenai data.
40
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
1. Umum
Data peribadi hendaklah diproses sekiranya: • pemilik data memberikan kebenaran • proses tersebut adalah penting atau mempunyai kaitan secara langsung dengan tujuan asal. • ia adalah memadai dan tidak melampau keperluan memenuhi tujuan asal Data sensitif hendaklah diproses sekiranya: • penggunaan data yang dimaksudkan telah mendapat persetujuan bertulis dari pemilik. • pemprosesan data adalah untuk tujuan pekerjaan, kepentingan tertentu, perubatan, perundangan, urustadbir kehakiman dan lain-lain tujuan yang difikirkan wajar. • maklumat berkenaan telah menjadi makluman umum oleh pemilik data.
2. Notis dan Pilihan
Pemilik data hendaklah diberitahu secara bertulis bahawa: • data peribadinya sedang diproses dan deskripsi mengenai data peribadi akan disiapkan. • ia hanyalah untuk tujuan pengumpulan • ia sumber data peribadi • mempunyai hak untuk: - meminta kebenaran untuk ekses dan membetulkan data - menghubungi pengguna data bagi tujuan pertanyaan dan aduan. - diberitahu mengenai pihak ketiga yang menggunakan atau mendedahkan data peribadi berkenaan. - menghadkan pilihan dan tujuan memproses data berkenaan. Ia menjadi tanggungjawab atau secara sukarela pihak pemilik data untuk menyediakan data peribadi yang dimaksudkan. NOTIS hendaklah diberi secepat mungkin:• ketika pemilik data mula-mula diminta oleh pengguna data untuk memberitahu data peribadinya. • ketika pengguna data mengumpul data peribadi berkenaan. • sebelum pengguna data menggunakan data peribadi atau mendedahkannya kepada pihak ketiga. • NOTIS hendaklah diberi dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.
3. Pendedahan
DATA PERIBADI tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran pemilik data:• untuk apa-apa tujuan selain dari tujuan asal mengapa data dikumpul, atau satu tujuan yang berkaitan dengan tujuan data berkenaan dikumpulkan sahaja. • untuk pihak lain.
4. Keselamatan
PENGGUNA DATA perlu mengambil langkah yang sewajarnya demi melindungi data peribadi berkenaan dari:• hilang • disalah guna • diubahsuai • didedahkan secara tidak sengaja atau tanpa kebenaran • dipinda atau dimusnahkan Perlu menimbangkan perkara-perkara berikut:• ciri-ciri data peribadi berkenaan • kerumitan yang timbul sekiranya data disalahguna • tempat dan lokasi data peribadi disimpan • langkah-langkah keselamatan untuk memastikan kebolehpercayaan dan ketepatan data peribadi berkenaan • langkah-langkah sewajarnya diambil demi memastikan pemindahan data adalah selamat
PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA
41
BAB 3
3.6.1 Tujuh Prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA):
5. Penyimpanan data
• •
Data peribadi yang telah selesai diproses tidak boleh disimpan lebih lama dari tempoh yang sepatutnya bagi tujuan yang dimaksudkan. Pengguna data perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memastikan semua data peribadi dimusnahkan atau dipadamkan sekiranya ia tidak lagi digunakan.
Pengguna data perlu mengambi langkah yang sewajarnya untuk memastikan data berkenaan adalah: • tepat • lengkap • tidak mengelirukan • terkini dan menepati tujuan data peribadi berkenaan diproses.
7. Akses
PEMILIK DATA hendaklah diberi hak dan akses untuk:• melihat data peribadinya, dan • membetulkan data peribadi berkenaan sekiranya ia: - tidak tepat - tidak lengkap - mengelirukan - tidak kemaskini
BAB 3
6. Integriti Data
3.7 Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001
42
Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 yang mula berkuatkuasa pada 15 Januari 2002 telah dipinda untuk memasukkan AntiPembiayaan Keganasan pada (AMLATFA) Disember 2003. Akta ini menghendaki institusi terbabit bertanggungjawab untuk “membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai sebarang transaksi yang:1. amaun transaksi melebihi had yang ditetapkan oleh pihak berkuasa; dan 2. apabila identiti orang yang terlibat, urus niaga itu sendiri atau apa-apa keadaan berkaitan dengan transaksi itu yang memberikan mana-mana pegawai atau pekerja institusi penerima laporan sebab untuk mengesyaki bahawa urus niaga berkaitan membabitkan prosid/wang dari sesuatu aktiviti yang menyalahi undang-undang. Apa itu wang haram? Penjenayah telah menjadi lebih canggih dalam menggunakan laporan institusi untuk mengubah dana haram dan menggunakannya sebagai saluran untuk pengubahan wang haram dan pembiayaan aktiviti keganasan. Wang haram hasil dari kegiatan pengedaran dadah, rasuah, penyeludupan, penipuan, pemalsuan dan akhirnya ‘mendapat pengesahan’ melalui sistem perbankan yang sama ada menggunakan penama atau ahli keluarga, menubuhkan syarikat termasuk menggunakan pengurup wang dan menggunakan urus niaga tunai untuk menyembunyikan jejaknya. Kegiatan pengubahan wang haram termasuk yang berikut: 1. Penempatan – menempatkan disuatu tempat fizikal hasil yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti yang menyalahi undangundang;
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
AMLATFA mengambil langkah-langkah berikut bagi mencegah kegiatan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan: • melaporkan transaksi yang mencurigakan; • menyimpan rekod; • fungsi unit perisikan kewangan yang boleh bekerjasama dengan agensi penguatkuasa tempatan serta antarabangsa; • penyiasatan pengubahan wang haram; • Agensi penguatkuasaan undang-undang untuk membeku, merampas harta yang diperolehi dari kegiatan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan serta mendakwa mereka yang terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram; • menghalang kegiatan pemalsuan, penyembunyian dan pemusnahan dokumen.
3.7.1
Dalam bulan September 2013, pihak berkuasa telah mengeluarkan garis panduan baru mengenai Anti Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) untuk sektor Keganasan (AML/CFT) Insurans dan Takaful dengan keperluan khusus berkaitan Ketekunan Wajar Pelanggan (CDD) untuk membolehkan institusi berkaitan mematuhi tanggungjawab yang dikenakan kepada mereka. CDD juga perlu diamalkan dalam transaksi perniagaan melalui ejen dan insurer perlu menguatkuasakan keperluan CDD kepada ejen masing-masing.
Anti Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan (AML/CFT)
Ringkasan Keperluan CDD untuk Sektor Insurans dan Takaful Normal
Dipermudahkan
Premium > Had
Premium < Had
i.
RM5,000 dan ke atas untuk premium tahunan; atau ii. RM10,000 dan ke atas untuk premium tunggal
i.
Untuk Siapa?
Pelanggan dan Penerima Manfaat
Waris
Pelanggan dan Penerima Manfaat
Waris
Bila ia Diperlukan? Pengenalan diri*
Ketika memulakan hubungan perniagaan
Ketika membuat penamaan
Ketika memulakan hubungan perniagaan
Ketika membuat penamaan
Pengesahan**
Ketika memulakan hubungan perniagaan
Ketika tarikh pembayaran
RM5,000 dan ke atas untuk premium tahunan; atau ii. RM10,000 dan ke atas untuk premium tunggal
Ketika tarikh pembayaran
PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA
43
BAB 3
2. Lapisan - memisahkan hasil haram daripada sumbernya dengan menjalankan urusniaga samaran dalam jejak audit dan menyediakan nama palsu; atau 3. Integrasi - mencampurkan hasil wang haram kedalam aktiviti ekonomi sebagai dana pelaburan.
BAB 3
*Pengenalan diri - Ketika mengendalikan CDD terhadap pelanggan dan penerima manfaat, institusi yang melaporkan dikehendaki mengesahkan maklumat berikut: a) nama penuh; b) Nombor Kad Pengenalan (NRIC) atau pasport pelanggan atau penerima manfaat; c) alamat rumah dan alamat surat menyurat; d) tarikh lahir; e) kerakyatan; f) pekerjaan; g) nama majikan atau jenis perniagaan/kerja sendiri; h) nombor telefon (rumah, pejabat dan telefon bimbit); dan i) tujuan transaksi **Pengesahan - Institusi yang menerima laporan hendaklah menyemak dan mengesahkan dokumen b) di atas yang dikemukakan oleh pelanggan atau penerima manfaat dengan meminta pelanggan mengemukakan salinan asal dokumen dan membuat salinan dokumen berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah pengenalan biometrik digunakan, pengesahan pengenalan diri dianggap telah dilakukan. 3.8 Akta Persaingan 2010
44
Akta Persaingan 2010 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 menggariskan rangka kerja perundangan membenteras amalan anti-persaingan di Malaysia dan terpakai kepada mana-mana aktiviti komersial di Malaysia dan di luar Malaysia di mana aktiviti yang dijalankan memberi kesan kepada pasaran persaingan di Malaysia. Pada masa ini, aktiviti yang dijalankan di bawah sektor tenaga, komunikasi dan multimedia dikecualikan oleh Akta. Lain-lain aktiviti komersil mungkin akan dikecualikan melalui arahan dari pihak kementerian yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa. Akta ini menggariskan dua bentuk larangan iaitu: 1. Perjanjian Anti-Persaingan antara pengusaha yang terlibat pada tahap yang sama dalam rantaian pengeluaran atau pengedaran serta antara syarikat-syarikat yang beroperasi pada tahap yang berbeza. Larangan ini secara amnya mengenai perjanjian yang mempunyai objektif antara lain penentuan harga, perkongsian pasaran atau sumber-sumber bekalan, menghadkan atau mengawal pengeluaran, sasaran atau akses pasaran, pembangunan teknikal atau teknologi, atau pelaburan, dan muslihat bidaan.
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
3.8.1 Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
MyCC adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 untuk menguatkuasakan Akta Persaingan 2010. Peranan utamanya adalah untuk melindungi proses yang berdaya saing demi kepentingan perniagaan, pengguna dan ekonomi. Peranan Utama Suruhanjaya:• Melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Akta Persaingan 2010; • Mengeluarkan garis panduan berkaitan dengan perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang persaingan; • Bertindak sebagai pembela kepada perkara yang berkaitan dengan persaingan; • Menjalankan kajian berhubung dengan isu-isu berkaitan dengan persaingan dalam ekonomi atau sektor tertentu dalam ekonomi Malaysia; • Memberitahu dan mendidik orang ramai mengenai bagaimana persaingan boleh memberi manfaat kepada pengguna ekonomi Malaysia.
PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA
45
BAB 3
2. Menyalahgunakan “kedudukan penting” oleh manamana syarikat yang terlibat dalam pemasaran produk atau perkhidmatan. Sesebuah syarikat yang mempunyai kedudukan dominan dalam pasaran dan memiliki kuasa pasaran akan melaraskan harga atau pengeluaran atau terma-terma urusniaga tanpa sebarang sekatan daripada pesaing atau pesaing yang berpotensi, tanpa mengira tahap atau peratusan penguasaan pasaran syarikatnya.
3.9 Soalan Penilaian Diri
BAB 3
1.
2.
3.
4.
Yang manakah di antara berikut BUKAN fungsi tugas Bank Negara Malaysia? a)
Meningkatkan tahap profesionalisma dan amalan perniagaan anggota agensi
b)
Menggalakkan amalan perniagaan yang adil, bertanggungjawab dan professional dikalangan syarikat insurans
c)
Berusaha melindungi hak dan kepentingan pengguna perkhidmatan kewangan
d)
Mengawal tahap kesolvenan dan amalan pemasaran industri insurans
Yang manakah di antara Akta berikut menggantikan Akta Insurans 1996? a)
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
b)
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
c)
Akta Insurans 2013
d)
Kuatkuasa Perkhidmatan Kewangan 2013
Yang manakah di antara berikut TIDAK benar mengenai Rangka-kerja Berasaskan Modal (RBC)? a)
Menentukan nisbah kecukupan modal syarikat-syarikat insurans
b)
Melindungi nilai lebihan dana insurans hayat sertaan
c)
Memastikan penyediaan modal yang mencukupi bagi melindungi pemegang polisi dari ketidaksolvenan pihak insurer
d)
Memastikan premium yang dikenakan kepada pengguna adalah adil dan berpadanan
Di antara berikut, yang manakah BUKAN mekanisma penyelesaian aduan atau pertikaian pengguna perkhidmatan kewangan? a)
Biro Perantaraan Kewangan (FMB)
b)
Unit Aduan syarikat insurans
c)
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC)
d) BNMLINK 5.
46
Kepada siapakah Ketekunan Wajar Pengguna (CDD) perlu dilakukan seperti yang disyaratkan di bawah Garis Panduan Anti-Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT)? a)
Ejen atau Pengantara Insurans
b)
Institusi Kewangan
c)
Pelanggan dan Penerima Manfaat
d)
Pengguna Perkhidmatan Kewangan
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
7.
8.
9.
Yang manakah di antara berikut TIDAK dianggap sebagai ‘data peribadi’ di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010? a)
Sebarang maklumat peribadi berkaitan transaksi perniagaan
b)
Maklumat peribadi yang tersiar dimedia sosial
c)
Data peribadi seperti laporan kesihatan fizikal atau mental, pendapat politik, ugama dan kepercayaan, rekod kesalahan silam atau lain-lain data yang ditetapkan oleh Menteri berkaitan
d)
Pengucapan pendapat mengenai pemilik data
Apakah jenis-jenis aduan yang dikendalikan oleh Biro Perantaraan Kewangan (FMB)? a)
Aduan melibatkan harga/premium produk insurans dan isu-isu pengunderaitan
b)
Kes-kes penipuan (selain dari kaedah bayaran melalui kad kredit, kad caj dan cek di mana amaun tidak melebihi RM25,000)
c)
Kes-kes yang melibatkan tuntutan kurang dari RM200,000 untuk insurans motor dan insurans kebakaran
d)
Kes-kes yang telah dan sedang dirujuk ke mahkamah atau penimbangtara
Siapakah yang menguruskan Sistem Perlindungan Manfaat Insurans dan Takaful (TIPS)? a)
Perlindungan Pengguna Perkhidmatan Kewangan
b)
Bank Negara Malaysia (BNM)
c)
Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful
d)
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)
Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Act 2013, ‘perniagaan yang dibenarkan’ yang dilesenkan oleh Menteri berkaitan termasuk perniagaan berikut, KECUALI: a)
perniagaan insurans
b)
broker insurans
c)
penyelaras kerugian insurans
d)
perniagaan khidmat nasihat kewangan
10. Apakah Akta yang menghendaki syarikat insurans diperbadankan sebagai syarikat awam, sementara broker, penasihat kewangan dan penyelaras kerugian didaftarkan sebagai syarikat sendirian? a)
Akta Syarikat 1965
b)
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
c)
Akta Insurans 1996
d)
Akta Persaingan 2010
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI. PERUNDANGAN DAN PERLINDUNGAN PENGGUNA
47
BAB 3
6.
BAB 3
48
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Kontrak Insurans
4.1 Undang undang Kontrak
Kontrak adalah suatu perjanjian undang-undang yang mengikat, di mana mahkamah mengiktiraf kewujudannya dan boleh dikuatkuasakan. Begitu juga, kontrak insurans itu adalah perjanjian menginsuranskan yang terikat di bawah undang-undang. Ia adalah sifat mengikat satu kontrak insurans yang menyediakan asas yang kukuh untuk perniagaan insurans dan membolehkan orang ramai merasa yakin untuk membeli polisi insurans.
Di Malaysia, semua jenis kontrak seperti insurans, penjualan barangbarang atau tanah, pekerjaan, penyewaan dan sebagainya tertakluk kepada peraturan-peraturan undang-undang kontrak yang termaktub dalam Akta Kontrak 1950.
4.2 Pembentukan
Berikut adalah lima faktor penting untuk membentuk suatu kontrak yang sah:-
BAB 4
BAB 4
Kontrak Insurans
Tawaran dan Penerimaan Niat untuk Mewujudkan Hubungan yang Sah Balasan Keupayaan disisi Undang-undang untuk Mengikat Kontrak Kontrak Sah disisi Undang-undang
4.2.1 Tawaran dan Penerimaan
Tawaran boleh dibuat secara bertulis, secara lisan atau melalui kelakuan. Ia boleh dibuat untuk seorang individu, kumpulan individu atau masyarakat secara keseluruhannya. Jika tawaran telah dibuat, kontrak dikatakan telah wujud apabila tawaran tersebut diterima, dengan syarat semua terma-terma penting kontrak dipersetujui. Sebagai contoh: pencadang membuat tawaran insurans dengan mengemukakan borang permohonan yang telah dilengkapkan dan ditandatangani secara langsung kepada insurer atau melalui ejen insurans. Syarikat Insurans boleh menerima tawaran tersebut setelah
KONTRAK INSURANS
49
BAB 4
menilai cadangan risiko atau mungkin menolak sepenuhnya atau dalam sesetengah kes, menerima risiko yang dicadangkan tertakluk kepada terma dan syarat-syarat tertentu dan dipersetujui pencadang. Ini merupakan tawaran balas oleh insurer untuk diterima atau sebaliknya, mengikut pilihan pemohon. Niat Untuk 4.2.2 Mewujudkan Hubungan yang Sah
4.2.3 Balasan
Walaupun kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan, kontrak mungkin tidak wujud jika mereka tidak berniat persetujuan tersebut menjadi perjanjian yang terikat dengan undang-undang. Kontrak insurans sebagai transaksi perdagangan biasanya merupakan persetujuan oleh pihak-pihak yang bersetuju terikat dengan undangundang. Walau bagaimanapun, (dalam keadaan yang luar biasa) niat boleh ditolak oleh suatu terma nyata dalam perjanjian seperti kes Orion Insurance plc lawan v. Sfera Drake Insurance Ltd (1992), di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perjanjian di antara dua syarikat insurans untuk melepaskan diri dari tanggungan tertunggak di bawah dua dana insurans di pasaran London adalah perjanjian berasaskan ‘budi bicara’ yang tidak dimaksudkan oleh kedua-dua pihak untuk terikat di bawah undang-undang walaupun memorandum mesyuarat di mana perjanjian yang telah dibuat dan semua pihak yang telah menandatangani perjanjian berkenaan. Balasan didefinisikan sebagai “hak, kepentingan, keuntungan atau manfaat terakru untuk satu pihak, atau kesusahan, kerosakan, kerugian atau tanggungjawab yang diterima, ditanggung atau diambilalih oleh pihak lain”.
Syarat-syarat balasan digunakan dalam kontrak insurans mengikut cara biasa. Balasan yang ditawarkan oleh insured dalam kontrak insurans ialah premium yang perlu dibayar, sementara insurer berjanji untuk membayar tuntutan, dalam erti kata lain, perlindungan akan disediakan. Kontrak insurans yang sah akan berkuatkuasa sebaik sahaja tawaran diterima, tetapi risiko tidak semestinya boleh diterima dengan serta-merta. Begitu juga, adalah penting untuk difahami bahawa di bawah undang-undang Inggeris, kontrak insurans yang sah mungkin wujud sebelum insured membayar premium, dengan syarat insured telah bersetuju untuk membayar. Janji untuk membayar anggap sebagai bayaran itu sendiri. Walau bagaimanapun, syarikat insurans mungkin menyatakan bahawa risiko tidak dilindungi sehingga premium telah dibayar.
Di Malaysia, peraturan ‘tunai sebelum perlindungan’ terpakai untuk insurans motor, insurans perjalanan dan insurans kemalangan diri. Peraturan tersebut mensyaratkan premium sebenar perlu dibayar untuk melengkapkan kontrak dan risiko ditanggung oleh
50
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
4.2.4 Kontrak Sah disisi Undang-undang
Dalam sesetengah kes, undang-undang memerlukan agar kontrak dirangka dalam suatu bentuk tertentu dan ini biasanya akan melibatkan beberapa dokumentasi bertulis. Dokumen bertulis menjadikan ia lebih pasti tentang apa yang telah dipersetujui dan memberi peringatan kepada seseorang agar tidak terlalu mudah untuk terikat dengan kontrak. Di Malaysia, semua kontrak insurans mestilah dibuat secara bertulis tetapi di bawah undang-undang Inggeris, tiada keperluan bagi sesuatu kontrak insurans perlu direkodkan secara bertulis. Perlindungan insurans boleh diberikan secara lisan (biasanya melalui telefon) dan, walaupun pada dasarnya polisi akan dikeluarkan dihampir setiap kes, tuntutan boleh juga berlaku sebelum polisi dikeluarkan. Hanya kontrak insurans marin sahaja yang mesti dibuat secara bertulis di bawah Akta Insurans Marin 1906.
Di Malaysia, Seksyen 91 Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki ‘polisi’ insurans motor dikuatkuasakan, sementara perenggan (4) menyatakan polisi tersebut tidak boleh dikuatkuasakan melainkan Sijil Insurans telah dikeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan dan dihantar kepada pemegang polisi.
Kontrak insurans juga tertakluk kepada beberapa peraturan formal seperti yang dikehendaki di bawah Akta perkhidmatan Kewangan 2013. Jadual 8 (2) menyediakan peruntukan ‘bantahan ke atas polisi insurans hayat’ kepada insured dengan tempoh 15 hari selepas menerima polisi insurans hayat. Insured berhak untuk membatalkan polisi dengan mengembalikan dokumen polisi tersebut dalam tempoh ‘bertenang’ dan insurer mestilah memulangkan sepenuhnya dengan segera bayaran premium yang telah dibayar oleh insured.
4.2.5 Keupayaan untuk Mengikat Kontrak
Kesahan sesuatu kontrak bergantung kepada pihak-pihak yang mempunyai kapasiti sepenuhnya disisi undang-undang untuk terikat dengan kontrak, sementara organisasi dan individu tertentu adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan khas yang menghadkan keupayaan mereka untuk terikat dengan kontrak. Kategori individu yang dimaksudkan ialah kanak-kanak, orang sakit mental atau mabuk dan perbadanan.
Dalam konteks insurans, seorang kanak-kanak adalah orang yang di bawah umur 18 tahun dan tidak berkeupayaan untuk terikat dengan kontrak. Walau bagaimanapun, kedudukan ini diubah oleh
KONTRAK INSURANS
51
BAB 4
insurer. Dalam insurans marin pula, insurer bersetuju menanggung sebahagian risiko yang dikecualikan di bawah kontrak asal sekiranya diperlukan, dengan syarat premium tambahan akan ditetapkan dan dibayar kemudian.
statut iaitu di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Jadual 8(4), yang membolehkan seseorang kanak-kanak (minor) boleh menginsuranskan hayatnya sendiri atau atas hayat orang lain, seperti yang dinyatakan di bawah:Seseorang kanak-kanak yang telah mencapai usia 10 tahun tetapi tidak mencapai usia 16, dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga, boleh menguatkuasakan polisi insurans atas hayatnya sendiri atau atas hayat orang lain di mana ia mempunyai kepentingan boleh insurans; dan boleh menyerah hak polisi hayatnya atau menerima hak atas polisi insurans hayat lain.
•
Kanak-kanak yang telah mencapai usia 16 tahun boleh menguatkuasakan polisi insurans atas hayatnya sendiri atau atas hayat orang lain di mana ia mempunyai kepentingan boleh insurans, dan boleh menyerah hak polisi insurans hayatnya (dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga) atau menerima hak atas polisi insurans hayat lain.
BAB 4
•
Keupayaan Insurer untuk Mengikat Kontrak Di Malaysia, insurer merupakan syarikat perbadanan yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai syarikat awam berhad. Syarikat perbadanan secara amnya mempunyai hak undangundang dan tanggungjawab yang sama seperti individu dewasa yang berkeupayaan dan mengikat kontrak. Walau bagaimanapun, kewujudan sesebuah perbadanan adalah bebas daripada ahlinya dan oleh itu ia boleh digulung atau dibubarkan sekiranya ia tidak mampu untuk membayar hutangnya. Undang-undang telah digubal khusus untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti syarikat insurans bagi mengurangkan risiko insurer menjadi muflis, dan seterusnya untuk melindungi pemegang polisi seperti dibincangkan dalam Bab 3.
4.3
Suatu perjanjian untuk melakukan jenayah seperti pemalsuan wang atau merancang untuk merompak bank adalah bertentangan dan menyalahi undang-undang. Kesalahan yang dilakukan disebabkan kecuaian sehingga menyebabkan kemudaratan kepada orang lain, contohnya memandu secara merbahaya boleh dijatuhkan hukuman dan mereka yang melakukan perbuatan yang salah sehingga menyebabkan kecederaan orang lain perlu dipertanggungjawabkan menghadapi tindakan tort. Dalam kes ini, sungguhpun kerosakan yang dialami oleh mangsa dilindungi oleh kontrak insurans, denda dan penalti yang dikenakan oleh pihak mahkamah perlu ditanggung oleh insured kerana kontrak berkenaan adalah bertentangan dengan kepentingan awam.
52
Kontrak Batal, Boleh Batal dan Tidak Boleh Dikuatkuasakan
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Batal
Boleh Batal
Tidak Boleh Dikuatkuasakan
4.3.1 Kontrak Batal
Kontrak batal tidak mengikat mana-mana pihak kerana kontrak batal bukanlah kontrak yang sebenar. Ia adalah pernyataan yang digunakan untuk menerangkan perjanjian di mana tiada pihak yang boleh menguatkuasakannya. Suatu kontrak boleh menjadi tidak sah kerana beberapa sebab, umpamanya disebabkan oleh perubahan undang-undang, salah satu pihak kepada kontrak tidak mempunyai keupayaan untuk mengikat kontrak kerana ia adalah kanak-kanak atau tiada keupayaan mental, atau diisytiharkan batal dan tidak sah oleh mahkamah kerana ia melanggar prinsip-prinsip asas.
Kontrak insurans dianggap batal kerana sebab-sebab berikut: Tiada kepentingan boleh insurans pada permulaan polisi insurans hayat akan dikuatkuasakan: Undang-Undang Insurans (Para 3 Jadual 8 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013) menyatakan bahawa mana-mana individu yang ingin menguatkuasakan polisi insurans hayat atas hayat individu lain hendaklah mempunyai kepentingan boleh insurans pada permulaan kuatkuasa polisi berkenaan; sekiranya tiada kepentingan boleh insurans maka polisi berkenaan dianggap batal. Tiada ‘consensus ad idem’ atau terdapat kesilapan dasar atau tiada persetujuan sejak dari awal lagi. Terdapat salah nyata yang disengajakan atau penyembunyian ketika permulaan kontrak. Tidak memenuhi syarat-syarat polisi sebelum kontrak. Contohnya, polisi insurans hayat tidak boleh dikuatkuasakan sehinggalah premium dibayar.
4.3.2 Kontrak Boleh Batal
Tidak seperti kontrak batal, kontrak boleh batal adalah kontrak yang sah. Ia mengikat sebelah pihak (atau mungkin kedua-dua pihak) untuk mengenepikan kontrak berkenaan. Kontrak mungkin boleh batal atas beberapa sebab seperti salah nyata, mabuk, paksaan atau tidak siuman. Kontrak insurans boleh batal kerana salah nyata tidak disengajakan atau salah nyata yang disengajakan; walau bagaimanapun, insurer mempunyai hak untuk tidak menghiraukan kesalahan tidak mematuhi tanggungjawab penuh percaya berkenaan dan membenarkan polisi terus berkuatkuasa. Sungguhpun demikian, sekiranya tuntutan ditolak disebabkan salah nyata fakta matan, kuatkuasa polisi perlu ditamatkan kerana kontrak dianggap batal bermula dari tarikh memungkiri kontrak.
KONTRAK INSURANS
53
BAB 4
Kontrak
BAB 4
4.3.3 Kontrak Tidak Boleh Kontrak tidak boleh dikuatkuasakan adalah kontrak yang sah, tetapi Dikuatkuasakan ia tidak boleh dikuatkuasakan dimahkamah sekiranya sebelah pihak enggan meneruskan perjanjian kontrak berkenaan. Ini biasanya berlawanan dengan kontrak batal (atau void ab initio) dan boleh batal. Sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju meneruskan perjanjian, kontrak tersebut adalah sah tetapi pihak mahkamah tidak boleh memaksa sekiranya kedua-dua pihak bertindak sebaliknya. Kontrak yang sedemikian rupa mungkin berguna untuk tujuan tertentu, umpamanya untuk mempertahankan sesuatu tuntutan. 4.4 Struktur
Polisi
Bentuk dan struktur kontrak insurans yang sah ialah dokumen polisi yang dicetak dan mengandungi bahagian-bahagian utama berikut:
TANDATANGAN
Pengenalan
Kuatkuasa
Jadual
Pengecualian & Syarat-syarat
4.4.1 Fasal Pengenalan
Bahagian pengenalan menerangkan pihak-pihak yang terlibat dengan kontrak. Pada bahagian atas polisi biasanya tercatat nama syarikat insurans alamat pejabat berdaftarnya, dan merujuk pihak lain sebagai insured seperti yang dinyatakan dalam jadual. Bahagian pendahuluan (preamble) menyatakan bahawa insured telah memohon perlindungan insurans dengan mengemukakan borang cadangan dan perisytiharan, yang merupakan asas kontrak dan telah membayar atau bersetuju untuk membayar premium, sebagai balasan kepada perlindungan yang diberi, tertakluk kepada terma, syarat, endorsemen, fasal atau waranti yang merupakan ssebahagian dari kontrak.
4.4.2 Fasal Kuatkuasa
Fasal Kuatkuasa menerangkan tentang perlindungan yang diberikan dan menjelaskan keadaan yang membolehkan polisi berkuatkuasa dan membawa kepada tuntutan. Dalam insurans hayat, sebagai contoh, jumlah insuran akan dibayar atas kematian hayat yang dilindungi, manakala di bawah polisi insurans am - peril atau kontingensi yang dilindungi dan asas penyelesaian menerangkan tentang keadaan di mana polisi ini berkuatkuasa.
4.4.3 Jadual
Jadual polisi mengandungi butiran peribadi insured, risiko dan perkara pokok insurans. Maklumat yang terkandung dalam Jadual antara lain adalah seperti berikut, dan ianya bergantung kepada jenis-jenis polisi:-
54
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
• • • • •
Tarikh permulaan dan tempoh perlindungan; Tarikh cadangan insurans dan pengisytiharan di mana ia adalah merupakan asas kepada pembentukan kontrak; Keterangan mengenai kepentingan insured; Jumlah perlindungan; Keterangan mengenai risiko; Tarikh lahir atau umur (untuk insurans hayat); Amaun premium, cukai perkhidmatan (jika ada) dan duti setem;
4.4.4 Pengecualian
Biasanya setiap polisi insurans ada menyatakan tentang risikorisiko asas yang dikecualikan seperti peperangan, keganasan dan risiko nuklear disebabkan oleh bencana alam. Pada masa yang sama, terdapat risiko tertentu yang lebih sesuai dilindungi oleh polisi berasingan, contohnya kecurian harta dikecualikan dalam polisi kebakaran kerana ia lebih sesuai dilindungi di bawah polisi kecurian komersial. Fasal Pengecualian juga mengecualikan peril yang boleh dilindungi dengan bayaran premium tambahan dan membuat endorsemen kepada polisi asas.
4.4.5 Syarat-syarat
Terma dan syarat polisi wujud supaya pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak memahami tanggungjawab, hak dan obligasi masingmasing. Sebagai contoh, syarat sebelum liabiliti menyatakan bahawa insured hendaklah memberitahu insurer dengan serta-merta sekiranya berlaku kerugian dan mengemukakan tuntutan. Syaratsyarat juga menghadkan skop perlindungan, contohnya perbuatan membunuh diri dalam tempoh 13 bulan pertama polisi tidak akan dilindungi. Terdapat syarat-syarat yang memberikan hak istimewa seperti 15 hari ‘tempoh bertenang’ atau tempoh ‘percubaan’ serta syarat-syarat asas polisi seperti tanggungjawab untuk membayar premium sebelum insurer menanggung risiko.
4.4.6 Fasal Penyaksian (Tandatangan)
Fasal penyaksian adalah pengakuan saksi bahawa instrumen yang dimaksudkan iaitu polisi insurans telah disempurnakan mengikut formaliti yang dikehendaki oleh undang-undang. Dengan menurunkan tandatangan pada polisi tersebut, orang yang diberi kuasa mengesahkan bahawa dokumen polisi adalah tulen.
KONTRAK INSURANS
55
BAB 4
• •
4.5 Soalan Penilaian Diri 1.
Apakah perkara-perkara asas yang perlu ada untuk membentuk kontrak yang sah? I.
Terdapat persetujuan melalui tawaran dan penerimaan.
II.
Terdapat niat untuk mewujudkan hubungan yang sah.
III. Pihak yang terlibat layak disisi undang-undang untuk mengikat kontrak. IV. Perjanjian dibuat mengikut keperluan undang-undang. Terdapat balasan.
a)
I, II III dan IV
b)
II, III, IV dan V
c)
I dan III
d)
I, II, III, IV dan V
BAB 4
V.
2.
3.
Apakah yang dimaksudkan dengan Fasal Kuatkuasa dalam polisi insurans? a)
Fasal yang menerangkan tentang apa yang insured perlu lakukan apabila berlaku tuntutan
b)
Fasal yang menerangkan tentang perlindungan yang disediakan oleh insurer
c)
Fasal yang menerangkan tentang risiko yang dikecualikan dari perlindungan polisi
d)
Fasal yang merujuk kepada cadangan insurans, pihak yang terlibat dan premium
Yang manakah di antara berikut TIDAK menyebabkan kontrak insurans batal? a)
Tiada kepentingan boleh insurans ketika permulaan kuatkuasa polisi
b)
Tiada persetujuan atau terdapat kesilapan asas atau tiada persefahaman sejak permulaan kontrak
c)
Salah nyata yang disengajakan atau penyembunyian fakta pada peringkat awal kontrak
d)
Salah nyata tidak disengajakan ketika mengisi borang permohonan
4. Yang manakah di antara individu berikut mempunyai kapasiti untuk mengikat kontrak? a) Minor atau kanak-kanak b) Individu berusia lebih dari 18 tahun c) Seseorang yang dalam keadaan mabuk atau menghidap penyakit mental d) Perbadanan 5. Yang manakah di antara berikut BUKAN sebahagian dari kontrak polisi insurans? I. Jadual II.
Borang Cadangan
III. Fasal Operasi/Kuatkuasa IV. Fasal Penyaksian/Perakuan V.
56
Pengecualian dan Syarat-syarat
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
7.
I, II, III dan IV
b)
II sahaja
c)
II dan IV
d)
II, IV dan V
Apakah yang dimaksudkan dengan kontrak boleh batal? a)
Salah satu atau kedua-dua pihak mengingkari kontrak
b)
Kesilapan perkara asas yang menyebabkan kontrak batal
c)
Kontrak yang mengikat tetapi kedua-dua pihak mempunyai hak untuk tidak meneruskannya
d)
Sebelah pihak tidak memiliki kapasiti undang-undang untuk mengikat kontrak
Yang manakah di antara berikut TIDAK terdapat di dalam Jadual polisi? a)
Nama dan alamat insured
b)
Tempoh insurans
c)
Amaun premium
d) Pengecualian 8.
9.
Yang manakah di antara berikut menerangkan dengan tepat mengenai kontrak tidak boleh dikuatkuasakan? a)
Kontrak yang mengikat disisi undang-undang meskipun sebelah pihak enggan mematuhi perjanjian
b)
Kontrak yang sah tetapi tidak boleh dikuatkuasakan dimahkamah
c)
Kontrak yang sah iaitu tidak menyalahi undang-undang
d)
Kontrak yang sah iaitu ia tidak mengikat
Apakah yang dimaksudkan dengan balasan dalam kontrak insurans? a)
Nota perlindungan, sebagai balasan kepada cadangan insurans
b)
Bayaran premium, sebagai balasan perlindungan yang diberikan
c)
Bayaran tuntutan, sebagai balasan premium yang telah dibayar
d)
Janji untuk membayar jumlah perlindungan
10. Di antara berikut, Akta yang manakah yang mengawal kontrak di Malaysia? a)
Akta Jualan Barangan 1965
b)
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
c)
Akta Kontrak 1950
d)
Akta Insurans 1996
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI. KONTRAK INSURANS
57
BAB 4
6.
a)
BAB 4
58
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
5.1 Undang- undang Agensi
Undang-undang Agensi Ejen adalah seseorang yang mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak orang lain yang dikenali sebagai ‘prinsipal’. Secara amnya, tugas seorang ejen ialah menguruskan pembentukan kontrak di antara prinsipal dan pihak ketiga, di mana dalam insurans ia dikenali sebagai ‘pengguna kewangan’. Ejen insurans didefinisikan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 sebagai individu yang melakukan semua atau mana-mana perkara berikut:a) “mengurus niaga atau mendapatkan cadangan insurans bagi pihak insurer; b) menawarkan atau bertindak bagi pihak insurer dalam perundingan mendapatkan polisi; atau c) melaksanakan apa-apa tindakan bagi pihak insurer berkaitan dengan pengeluaran, pembaharuan atau penerusan polisi”
Hubungan antara prinsipal dan ejen terjalin berdasarkan tiga cara berikut: 1. Agensi mengikut perjanjian (atau persetujuan): Sebuah agensi dengan persetujuan merupakan kontrak yang sah yang mewujudkan hubungan fidusiari yang mana pihak pertama (“prinsipal”) bersetuju bahawa tindakan dari pihak kedua (“ejen”) mengikat prinsipal dengan perjanjian yang dibuat oleh ejen seolah-olah prinsipal sendiri yang membuat perjanjian berkenaan. Kuasa yang ada pada ejen untuk mengikat prinsipal secara perundangan ini dirujuk sebagai kuatkuasa. Agensi yang diwujudkan melalui perjanjian boleh menjadi satu bentuk kuasa tersirat, seperti apabila seseorang itu memberikan kad kreditnya kepada saudara terdekat, ia bertanggungjawab untuk membayar sejumlah pembelian yang dibuat oleh saudaranya yang menggunakan kad kredit berkenaan. 2. Agensi mengikut ratifikasi (pengesahan): Hubungan agensi yang diwujudkan secara timbal balik melalui ratifikasi atau pembetulan, di mana ejen itu sendiri sebenarnya tidak
UNDANG-UNDANG AGENSI
59
BAB 5
BAB 5
BAB 5
mempunyai kuasa yang dimaksudkan. Doktrin kaedah ratifikasi memudahkan penggunaan undang-undang agensi, di mana apabila ejen bertindak melampaui bidang kuasanya, prinsipal boleh bertindak untuk mengesahkan tindakan ejen tersebut walaupun secara timbal balik. 3. Agensi mengikut keperluan: Agensi mengikut keperluan merujuk kepada situasi di mana seorang ejen pada waktu tertentu perlu membuat keputusan penting bagi pihak orang lain yang tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Contohnya, jika individu A cedera parah & koma dalam kemalangan jalanraya, individu B boleh membuat keputusan membenarkan kakitangan perubatan untuk melakukan pembedahan keatas individu A. Di bawah keadaan biasa, individu A perlu memberikan keizinan, tetapi jika ia tidak dapat berbuat demikian, ejen boleh membuat keputusan bagi pihaknya.
Di Malaysia, agensi-agensi insurans diwujudkan hanya melalui perlantikan di bawah perjanjian tersurat iaitu pelaksanaan kontrak bertulis. Perjanjian agensi biasanya terkandung dalam kontrak bertulis dan ejen mestilah bertindak selaras dengan terma dan syarat yang ditetapkan. Syarat-syarat agensi termasuklah bidang kuasa dan kuatkuasa, tugas-tugas yang perlu dilaksanakan, tempoh perjanjian, kadar komisen dan dan lain-lain ganjaran yang dinyatakan secara terperinci.
5.2 Tanggungjawab Ejen Insurans terhadap Prinsipal 5.2.1 Mematuhi Arahan Prinsipal
Ejen hendaklah melaksanakan semua arahan yang diberikan. Sekiranya tiada arahan khusus, ejen hendaklah bertindak mengikut amalan pasaran yang biasa, di mana amalan berkenaan adalah jelas dan mematuhi etika.
5.2.2 Melaksanakan Tugas Ejen bertanggungjawab terhadap prinsipalnya untuk melaksanakan dengan Cekap tugas dengan cekap dan berkemahiran dan pada masa tertentu menjalankan tugas bagi pihak ketiga. 5.2.3 Melaksanakan Sendiri Tugas
Ejen tidak boleh mewakilkan tugasnya kepada pihak lain atau ‘sub ejen’ dan dia mestilah melaksanakan sendiri tugas-tugas berkenaan, kecuali pembahagian tugas rutin perkeranian dan pentadbiran.
5.2.4 Bertindak Penuh Percaya terhadap Prinsipal
Ejen hendaklah bertindak dengan penuh percaya apabila berurusan dengan prinsipal. Ejen tidak boleh menyembunyikan sebarang maklumat yang berkaitan, mesti menjaga tahap kerahsiaan, tidak menerima komisen tidak sah, dan bertindak demi kepentingan prinsipal dan bukan kepentingan dirinya sendiri pada setiap masa.
60
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Ejen perlu bertanggungjawab terhadap prinsipal atas semua bayaran /wang yang diterima bagi pihak prinsipal. Broker insurans yang dikehendaki mematuhi kod amalan professional dengan mengasingkan akaun pelanggan dari akaunnya sendiri.
Prinsipal boleh mengambil tindakan-tindakan berikut sekiranya ejen gagal melaksanakan tanggungjawabnya: Prinsipal boleh: • mendakwa ejen di mahkamah atas kerugian akibat ejen tidak mematuhi kontrak; • dalam kes tertentu, mendakwa ejen atas alasan tort (contohnya, ejen enggan memulangkan harta milik prinsipal); • untuk kesalahan berat, perkhidmatan ejen boleh ditamatkan tanpa sebarang notis atau bayaran pampasan; • sekiranya ejen melakukan penipuan, Tarik balik kontrak agensi dan komisen tidak dibayar.
5.3 Tanggungjawab Prinsipal terhadap Ejen 5.3.1 Membayar Upah seperti yang Dipersetujui
Perbelanjaan mengurus pejabat agensi biasanya dibiayai melalui bayaran komisen yang diterima oleh ejen. Kadar komisen untuk peringkat agensi biasanya dinyatakan dalam perjanjian agensi.
5.3.2 Membayar Balik Pembelanjaan
Ejen secara amnya berhak menerima bayaran balik (reimbursement) dari prinsipal sekiranya ejen menggunakan wangnya sendiri untuk menjalankan dan mengurus perniagaan agensi. Ini dipanggil hak ejen untuk dibayar pampasan.
5.4 Kuasa Ejen
Terdapat dua bentuk kuasa ejen: Kuasa Sebenar atau Kuasa Jelas/ Nyata: Kuasa Sebenar Tersurat Kuasa Sebenar Kuasa Sebenar Tersirat
KUASA Kuasa Jelas atau Tidak Jelas
5.4.1 Kuasa Sebenar
Kuasa sebenar adalah realiti, dalam erti kata bahawa ejen itu telah diberikan hak atau kuasa untuk bertindak bagi pihak prinsipal sama ada secara nyata atau dengan implikasi. Terdapat dua jenis kuasa sebenar: kuasa sebenar tersurat dan kuasa sebenar tersirat.
UNDANG-UNDANG AGENSI
61
BAB 5
5.2.5 Bertanggungjawab terhadap Bayaran yang Diterima
•
BAB 5
•
Kuasa sebenar tersurat timbul daripada arahan yang telah diberikan kepada ejen, menyatakan apa yang diperlukan dan apa yang dibenarkan. Arahan ini menjadi sebahagian daripada perjanjian agensi dan mungkin diberikan secara lisan atau bertulis. Jika arahan tidak jelas, ejen perlu mendapatkan penjelasan daripada prinsipal. Walau bagaimanapun, jika prinsipal tidak dapat dihubungi, tiada liabiliti yang perlu ditanggung oleh ejen dengan syarat ejen bertindak dengan niat yang jujur dan mentafsirkan arahan dengan cara yang munasabah, walaupun ia bukanlah cara yang dimaksudkan oleh prinsipal. Kuasa sebenar tersirat ialah kuasa untuk berbuat apa sahaja yang perlu atau berkaitan, bagi menjalankan arahan yang tersurat. Ejen juga mungkin mempunyai kuasa tersirat untuk melaksanakan tugas yang biasanya dilakukan oleh individu yang berkedudukan sebagai ejen atau keadaan yang biasa terdapat dalam sesuatu perdagangan atau profesion tertentu. Ini dikenali sebagai kuasa biasa atau kebiasaan.
5.4.2 Kuasa Jelas atau Tidak Jelas
Kuasa jelas wujud apabila ejen tidak mempunyai kuasa sebenar untuk melakukan tindakan yang menimbulkan persoalan. Walau bagaimanapun, ia mempengaruhi pihak ketiga untuk percaya bahawa ejen itu mempunyai kuasa. Oleh yang demikian, tindakan ejen berkenaan telah mengikat prinsipal dan prinsipal perlu bertanggungjawab.
Prinsipal terikat dan bertanggungjawab bukan sahaja terhadap tindakan yang dalam bidang kuasa sebenar ejen, tetapi juga terikat dengan tindakan yang kelihatan berada dalam bidang kuasa ejen. Prinsipal boleh dipertanggungjawabkan berdasarkan kuasa jelas, walaupun sebenarnya ejen bertindak untuk memperdaya dan untuk kepentingan diri sendiri.
Kuasa tidak jelas wujud hanya apabila prinsipal memberikan ejen kepercayaan yang ia mempunyai kuasa. Prinsipal perlu membuat pernyataan sama ada secara lisan atau melalui perlakuan kepada pihak ketiga bahawa ‘ejen’ berkenaan mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihaknya, dan pihak ketiga mempercayai pernyataan tersebut.
Kuasa tidak jelas wujud dalam keadaan berikut: • prinsipal telah menghadkan kuasa ejen yang dilantik secara sah; • individu berkenaan jelas tidak pernah dilantik sebagai ejen sama sekali; dan • tanpa diketahui oleh pihak ketiga, kuasa ejen berkenaan telah ditarik balik.
62
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Apabila ejen yang dilantik menjalankan urusniaga untuk mendapatkan kontrak insurans dengan pihak ketiga, kesan dari tindakan ejen itu adalah bergantung kepada sama ada kewujudan prinsipal dimaklumkan kepada pihak ketiga atau sebaliknya. Sebagai contoh, individu yang diberi kuasa oleh insurer berlesen untuk menjadi ejennya, dan membuat perundingan mendapatkan kontrak insurans mengikut kapasiti yang ditetapkan, bagi maksud pembentukan atau perubahan kepada kontrak insurans, dianggap sebagai ejen kepada prinsipal dan pengetahuan yang dimiliki ejen berkenaan hendaklah dianggap sebagai pengetahuan insurer.
5.6 Penamat
Hubungan antara prinsipal dan ejen boleh ditamatkan perkhidmatan melalui tindakan pihak-pihak diatas atau dengan kuatkuasa ejen undang-undang seperti berikut: • melalui notis pembatalan perkhidmatan yang diberikan oleh prinsipal kepada ejen; • melalui notis penolakan yang diberi kepada prinsipal oleh ejen; • dengan menyelesaikan sesuatu urusniaga di mana kuasa diberikan untuk transaksi berkenaan sahaja; • dengan tamatnya tempoh perkhidmatan seperti yang tercatat dalam kontrak agensi; • dengan persetujuan bersama; • disebabkan kematian, kebankrapan atau tidak siuman prinsipal dan/atau ejen; atau • melalui kuatkuasa mana-mana undang-undang yang menjadikan kontrak ejen tidak sah.
5.7 Amalan
Jadual 7 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 mengandungi senarai amalan perniagaan yang dilarang, sama ada kepada syarikat insurans mahupun ejen insurans iaitu seperti berikut: 1. Melibatkan diri atau melakukan perbuatan yang mengelirukan atau menipu, atau berkemungkinan untuk mengelirukan atau menipu berhubung dengan sifat, ciri-ciri, syarat-syarat atau harga produk atau perkhidmatan kewangan. 2. Memujuk atau cubaan memujuk pengguna kewangan mengambil tindakan atau enggan mengambil sebarang tindakan berhubung dengan produk atau perkhidmatan kewangan dengan: a) membuat kenyataan, ilustrasi, janji, ramalan atau perbandingan yang mengelirukan, palsu atau tidak benar; b) tidak jujur, menyembunyikan atau meninggalkan fakta, atau menyediakan fakta matan yang meragukan; atau c) membuat kenyataan secara melulu, ilustrasi, janji, membuat ramalan atau perbandingan yang mengelirukan, palsu atau memperdayakan.
Perkhidmatan Ejen
Perniagaan yang Dilarang
UNDANG-UNDANG AGENSI
63
BAB 5
5.5 Kontrak Insurans yang Dibentuk Melalui Ejen
BAB 5
3. Mengenakan tekanan yang tidak wajar, mempengaruhi atau mempergunakan atau mengancam untuk membuat gangguan, paksaan atau tekanan fizikal berhubung dengan urus niaga produk atau perkhidmatan kewangan kepada pengguna perkhidmatan kewangan, atau bayaran bagi sebarang produk atau perkhidmatan kewangan. 4. Menuntut bayaran dari pengguna perkhidmatan kewangan dalam apa-apa cara untuk urus niaga produk atau perkhidmatan kewangan yang belum muktamad, termasuk mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang melainkan pelanggan bersetuju secara lisan atau bertulis untuk menerima tawaran atas apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. 5. Mengenakan tekanan yang tidak wajar atau memaksa pengguna kewangan bersetuju menerima apa-apa perkhidmatan atau produk kewangan, sebagai syarat untuk mendapatkan lain-lain urus niaga produk atau perkhidmatan kewangan. 6. Bersubahat dengan mana-mana individu untuk menetapkan atau mengawal ciri-ciri atau terma mana-mana perkhidmatan atau produk kewangan sehingga boleh merugikan pengguna perkhidmatan kewangan, kecuali apa-apa tarif atau kadar premium dan syarat-syarat polisi yang telah diluluskan sahaja.
64
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
5.8 Soalan Penilaian Diri
2.
Yang manakah di antara berikut TIDAK BENAR mengenai peranan ejen insurans? a)
Bertanggungjawab membuat jualan produk dan perkhidmatan insurans
b)
Merupakan ejen yang dilantik oleh insurer dan bertanggungjawab terhadap insurer yang diwakilinya
c)
Mewakili beberapa syarikat insurans dalam urusniaga insurans
d)
Membantu insured mengemukakan tuntutan kerugian yang dilindungi sehingga insured memperolehi bayaran
Di bawah keadaan yang bagaimanakah perkhidmatan ejen boleh ditamatkan? I.
Dengan menyelesaikan sesuatu urusniaga di mana kuasa diberikan untuk transaksi berkenaan sahaja
II.
Dengan tamatnya tempoh perkhidmatan seperti yang tercatat dalam kontrak agensi
III. Dengan persetujuan bersama IV. Disebabkan kematian, kebankrapan atau tidak siuman prinsipal dan/atau ejen V.
Melalui kuatkuasa mana-mana undang-undang yang menjadikan kontrak ejen tidak sah
a)
I , II dan III
b)
II, IV dan V
c) II, III dan IV d) I, II, III, IV dan V 3.
4.
Di bawah keadaan yang bagaimanakah (sekiranya berkenaan) ejen boleh menyerahkan tugas-tugasnya kepada individu lain? a)
Tiada sebarang serahan tugas. Ejen dikehendaki melakukan sendiri tugas-tugas yang diamanahkan
b)
Apabila ejen memiliki status ‘del credere’
c)
Tugas-tugas yang diserahkan merupakan tugas-tugas perkeranian
d)
Apabila sub-ejen sendiri bertindak sebagai ejen bagi pihak principal dalam urus niaga terdahulu
Bagaimanakah hubungan antara insurer dan ejen terbentuk? I.
Melalui perjanjian atau persetujuan
II. Melalui pengesahan atau ratifikasi III. Melalui keperluan IV. Melalui statut atau perundangan a)
I, II dan III
b)
I dan II
c)
II dan III
d) I, II, III dan IV
UNDANG-UNDANG AGENSI
65
BAB 5
1.
BAB 5
5.
6.
Yang manakah di antara kenyataan berikut menerangkan tentang hak ejen untuk mendapat indemniti? a)
Apabila ejen melakukan tugas yang diamanahkan di bawah perjanjian agensi, beliau berhak untuk dibayar indemniti bagi perkhidmatan yang diberikan.
b)
Apabila ejen mengurusniagakan suatu kontrak insurans bagi pihak prinsipal, kedua-dua pihak iaitu ejen dan prinsipal berhak menerima indemniti di bawah kontrak agensi.
c)
Apabila ejen menggunakan wangnya sendiri dalam melaksanakan tugasnya, beliau adalah berhak dibayar balik oleh prinsipal.
d)
Apabila ejen membuat tuntutan perbelanjaan kepada prinsipal dan prinsipal gagal untuk menjelaskannya, maka ejen adalah bertanggungjawab terhadap perbelanjaan berkenaan.
Ejen dianggap melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang sekiranya ia: I.
terlibat dalam perbuatan yang mengelirukan pengguna atau menggunakan tipu helah.
II. mengenakan tekanan yang tidak wajar atau memaksa pelanggan membeli produk atau perkhidmatan kewangan. III. mendedahkan maklumat penting yang diperolehi kepada pihak lain, selain dari prinsipalnya. IV. meminta bayaran dari pengguna perkhidmatan kewangan.
7.
8.
66
a)
I dan II
b)
I, II dan IV
c)
III dan IV
d)
I, II, III dan IV
Dalam keadaan yang bagaimanakah ejen menjalankan tugas untuk prinsipalnya, BUKAN untuk pelanggan atau pengguna? a)
Ejen menyediakan sebut harga polisi insurans
b)
Ejen memberitahu pelanggan mengenai amaun premium yang dikenakan
c)
Ejen mengesahkan kepada pengunderait bahawa sebut harga insurans telah diterima
d)
Ejen mengutip bayaran premium dari pelanggan dan kemudiannya menyerahkan bayaran berkenaan kepada prinsipal
Yang manakah di antara kenyataan berikut TIDAK BENAR mengenai kuasa sebenar? a)
Kuasa sebenar mungkin dalam bentuk tersurat atau tersirat
b)
Kuasa sebenar tersurat mungkin dibuat secara lisan atau bertulis
c)
Kuasa yang kelihatan seperti kuasa nyata
d)
Kuasa sebenar tersirat juga dikenali sebagai kuasa biasa atau kuasa mengikut adat
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
9.
Ejen insurans adalah individu yang melaksanakan perkara-perkara berikut, KECUALI a)
bertindak bagi pihak insurer untuk mengeluar, memperbaharui dan menguatkuasakan polisi.
b)
menguruskan kontrak insurans bagi pihak prinsipal.
c)
menyerahkan tugas kepada sub-ejen.
d)
bertindak bagi pihak insurer dalam merundingkan terma dan syarat polisi.
a)
Mendakwa ejen ke mahkamah atas kerugian disebabkan ejen melanggar perjanjian
b)
Menamatkan kuatkuasa polisi yang diurusniaga oleh ejen berkenaan
c)
Menamatkan perkhidmatan ejen tanpa sebarang notis atau bayaran pampasan atas kesalahan yang serius
d)
Membatalkan mana-mana perjanjian yang melibatkan ejen berkenaan dan membekukan bayaran komisen sekiranya ejen melakukan penipuan
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.
UNDANG-UNDANG AGENSI
67
BAB 5
10. Yang manakah di antara berikut BUKAN kaedah pembetulan atau remedi yang sah sekiranya ejen gagal melaksanakan tugasnya?
Insurans Perubatan dan Kesihatan
6.1 Pengenalan
Inflasi perubatan, peningkatan penggunaan perkhidmatan perubatan dan perubahan demografi telah membawa kepada perkembangan yang penting dalam sektor insurans perubatan dan kesihatan di Malaysia. Jumlah perbelanjaan penjagaan kesihatan terus mengalami arah aliran yang meningkat, dengan sejumlah besar rakyat Malaysia beralih kepada insurans swasta bagi membiayai perbelanjaan penjagaan kesihatan mereka. Perubahan-perubahan struktur juga telah berlaku, menyaksikan pertambahan produk insurans perubatan dan kesihatan, pertambahan pembekal dengan kemunculan organisasi pengurusan kesihatan sebagai satu fenomena yang semakin penting dalam sektor pembiayaan dan penyediaan penjagaan kesihatan.
6.2 Jenis-jenis Produk Insurans Kesihatan dan Perubatan (MHI)
Insurans perubatan dan Kesihatan (MHI) di Malaysia diurusniaga oleh kedua-dua syarikat insurans am dan syarikat insurans hayat, sebagai kontrak polisi asas (perlindungan perbelanjaan perubatan). Insurer hayat berlesen juga menjual polisi insurans perubatan dan Kesihatan (MHI) sebagai rider atau perlindungan tambahan di bawah polisi asas insurans hayat. Insurans kesihatan dan perubatan berkumpulan juga semakin popular dikalangan majikan kerana ia melengkapi pakej manfaat kesihatan pekerja.
Insurans Perubatan dan kesihatan secara umumnya ditakrifkan sebagai polisi insurans yang melindungi penyakit, sakit atau perbelanjaan perubatan yang menyediakan faedah-faedah tertentu terhadap risiko-hilang upaya kekal atau sementara disebabkan penyakit atau keuzuran fizikal. Manfaat yang ditawarkan adalah dalam bentuk pembayaran semula perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh pemegang polisi, bayaran sekali gus jumlah yang diinsuranskan, pembayaran elaun atau pendapatan berkala untuk tempoh pemilik polisi dimasukkan ke hospital atau hilang upaya.
INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN
69
BAB 6
BAB 6
6.2.1 Insurans Perbelanjaan Perubatan atau Insurans Hospital dan Pembedahan
Polisi insurans hospital dan pembedahan (HSI) menyediakan kemudahan bayaran balik (reimbursement) perbelanjaan perubatan yang ditanggung oleh pemilik polisi menjalani rawatan disebabkan penyakit, sakit atau kecederaan.
Sebagai contoh, senarai “Manfaat” yang dinyatakan di bawah biasanya dilindungi di bawah polisi insurans hospital dan pembedahan, sementara “Had Dalaman” yang ditunjukkan dalam jadual hanyalah sebagai contoh sahaja.
BAB 6
Manfaat (Had untuk setiap Hilang Upaya)
Had Dalaman (RM)
1. Bilik & Makan Minum (maksimum sehingga 120 hari)
300
2. Unit Rawatan Intensif (maksimum sehingga 20 hari)
400
3. Bekalan & Perkhidmatan Hospital 4. Diagnosa Pra-Pembedahan & khidmat Pakar Perunding 5. Caj Pembedahan termasuk caj ubat bius & caj bilik bedah (tertakluk kepada Prosedur Jadual Pembedahan)
4,000 600 31,000
6. Diagnosa Pra-Penghospitalan & Caj Perundingan
600
7. Rawatan Doktor (maksimum sehingga 60 hari)
200
8. Rawatan Susulan (dalam tempoh 31 hari selepas keluar hospital)
600
9. Caj Ambulans
250
Dengan bayaran premium tambahan, polisi HSI boleh diperluaskan manfaatnya meliputi:• Perlindungan di luar negara • Kematian disebabkan kemalangan • Rawatan pesakit luar dan khidmat pakar runding • Elaun harian kemasukan di hospital kerajaan • Rawatan pesakit luar untuk kanser dan dialysis buah pinggang • Pemindahan organ • Elaun harian penjagaan anak insured
6.2.2 Insurans Penyakit Kritikal (CI) atau Penyakit Merbahaya
Polisi insurans penyakit kritikal (CI) menyediakan pembayaran sekaligus amaun yang diinsuranskan selepas disahkan menghidap mana-mana 36 jenis penyakit merbahaya seperti yang dinyatakan dalam polisi ini. Manfaat ini bertujuan membantu insured menampung kos rawatan perubatan bagi merawat penyakit kronik berkenaan. Sesetengah produk direka khusus untuk segmen tertentu sahaja umpamanya polisi untuk kaum wanita, khusus untuk kes penyakit seperti kanser payudara atau kanser ovari. Lain-lain penyakit termasuk rider kanser juvana bagi melindungi penyakit kritikal yang biasa dialami di kalangan kanak-kanak.
70
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Polisi insurans pendapatan hilang upaya adalah bertujuan menggantikan pendapatan yang hilang disebabkan kemalangan atau penyakit. Objektif utama ialah memberikan pendapatan kepada insured bagi menggantikan gaji bulanan yang hilang akibat hilang upaya. Secara umumnya, jumlah maksimum pendapatan hilang upaya yang boleh disediakan ialah di antara 60% hingga 70% daripada pendapatan bulanan insured.
6.2.4 Insurans Pendapatan Hospital
Polisi insurans pendapatan hospital menyediakan bayaran elaun harian, mingguan atau bulanan (tertakluk kepada had tahunan), kepada insured yang dimasukkan ke hospital disebabkan oleh penyakit atau kecederaan. Polisi ini dijual sebagai polisi asas atau sebagai rider kepada polisi perubatan dan kesihatan. Insurans ini menyediakan bayaran elaun mengikut kadar yang dipersetujui, bagi setiap hari insured dimasukkan dan berada di wad hospital.
6.3
Organisasi Pengurusan Kesihatan (MCO) memberi tumpuan khusus kepada sistem pengurusan dan pentadbiran penjagaan kesihatan. Syarikat insurans, setakat tertentu, bergantung kepada perkhidmatan Organisasi Pengurusan Kesihatan (MCO) untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran dan membendung peningkatan kos tuntutan, dengan melaksanakan beberapa bentuk kawalan ke atas penggunaan perkhidmatan perubatan oleh pemilik polisi sebagai mematuhi standard normatif atau berasaskan klinikal.
Organisasi Pengurusan Kesihatan
Organisasi pengurusan kesihatan ini perlu mendaftar dengan Kementerian Kesihatan dan ia tidak dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Walau bagaimanapun, insurer perlu mendapat kelulusan daripada BNM untuk mendapatkan khidmat MCO bagi pengurusan tuntutan insurans perubatan dan kesihatan yang dianggap sebagai aktiviti utama insurans. Di bawah ketetapan ini, MCO tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan atau menyelesaikan tuntutan. Kelulusan awal dari BNM membolehkan BNM menetapkan langkah-langkah kawalan bagi memastikan semua urusan antara insurer dengan MCO dilaksanakan dengan betul, termasuk urusan dengan pemilik polisi. Pada tahun 2001, syarikat insurans dilarang menjual Polisi Insurans Perubatan dan Kesihatan Berkumpulan kepada MCO yang meliputi ahli-ahli mereka di bawah skim pemasaran berbilang peringkat. Larangan tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan MCO gagal membayar premium yang diterima dari ahli-ahlinya kepada syarikat insurans. Ia menafikan hak ahli untuk diberi perlindungan yang mereka fikir mereka telah membelinya. Penjualan polisi MHI yang disertakan bersama-sama dengan lain-lain perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disediakan oleh MCO di bawah kemudahan Kad
INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN
71
BAB 6
6.2.3 Insurans Pendapatan Hilang Upaya
Perubatan juga adalah dilarang. Ini bertujuan memastikan ketelusan harga dan manfaat berkaitan dengan perlindungan insurans perubatan dan kesihatan yang dibeli dan menghapuskan penjualan polisi MHI secara paksa. 6.4 Peraturan
Peraturan-peraturan yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah bertujuan meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan melalui insurans swasta dan membendung kos demi menjaga keupayaan dan pembangunan sektor insurans kesihatan swasta. Dalam menangani beberapa cabaran utama, pihak berkuasa telah mengeluarkan garis panduan perniagaan insurans kesihatan dan perubatan dan garis panduan ketelusan dan pendedahan produk dalam penjualan produk insurans kesihatan dan perubatan untuk mengurangkan kelemahan penjualan dan salah faham dikalangan pengguna.
6.4.1
Garis panduan yang disemak semula dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2006, bertujuan menggalakkan layanan yang lebih adil dan konsisten kepada pengguna yang dilindungi di bawah polisi insurans perubatan dan kesihatan yang dikeluarkan syarikat insurans am dan insurans hayat di Malaysia. Garis panduan ini menetapkan piawaian minimum yang perlu dipatuhi oleh insurer berhubung dengan terma dan syarat polisi, penetapan kadar premium, pengecualian dan had-had kepada manfaat utama polisi.
BAB 6
di Bawah Insurans Perubatan dan Kesihatan
Garis Panduan Perniagaan Insurans Perubatan dan Kesihatan (pindaan)
6.4.2 Garis Panduan Pendedahan dan Ketelusan Produk
Untuk meningkatkan kesedaran pengguna dan membolehkan pengguna membuat keputusan pembelian produk-produk insurans perubatan dan kesihatan, pendedahan dan ketelusan dalam jualan polisi insurans MHI telah dipertingkatkan lagi dengan meminda garis panduan dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010.
Garis panduan berkenaan hendaklah dibaca bersama dengan Jadual 8 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) berkenaan ‘Keperluan Pendedahan’ yang menyatakan:-
“Tiada sesiapa yang boleh mempelawa mana-mana individu untuk membuat tawaran atau cadangan untuk mengikat kontrak insurans tanpa mendedahkan atau memberitahu: a) nama insurer berlesen; b) hubungannya dengan insurer; dan c) premium yang dikenakan oleh insurer berlesen”
72
“Tiada sesiapa boleh menguruskan polisi insurans berkumpulan untuk mana-mana individu yang ia tiada kepentingan boleh insurans, tanpa mendedahkan kepada orang itu:
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
6.4.3 Syarat-Syarat di Bawah Garis Panduan Perniagaan Insurans Perubatan dan Kesihatan untuk Meningkatkan Perlindungan Pemilik Polisi
a) nama insurer berlesen; b) hubungannya dengan insurer; c) syarat-syarat polisi berkumpulan, termasuk pampasan yang dibayar kepadanya; dan d) premium yang dikenakan oleh insurer berlesen” Untuk lain-lain polisi insurans MHI berkumpulan di mana pemilik polisi berkumpulan berkenaan mempunyai kepentingan boleh insurans, insurer hendaklah memastikan agar pendedahan atau pemberitahuan dibuat kepada pemilik polisi induk. •
•
• • •
• •
•
•
Insurer perlu memberikan tempoh “percubaan” mandatori minimum selama 15 hari bagi pemilik polisi mengkaji kesesuaian polisi yang baru dimiliki sebelum mengesahkan pembelian mereka. Definisi standard hendaklah digunakan bagi terma dan syarat penting polisi untuk memudahkan dibuat perbandingan antara produk-produk dan mengurangkan kekeliruan dikalangan orang ramai mengenai perlindungan kerana kepelbagaian bentuk polisi yang mungkin tidak jelas bagi pemegang polisi semasa pembelian dibuat. Insurers tidak dibenarkan secara sebelah pihak (unilateral) menamatkan perlindungan semasa tempoh insurans berlangsung (contohnya, terdapat perubahan profil kesihatan pemilik polisi). Tempoh menunggu atau tempoh kelayakan sebelum pemilik polisi berhak membuat tuntutan manfaat polisi (contoh 30 hari dari tarikh permulaan polisi) hendaklah dikurangkan. Pengecualian perlindungan untuk syarat-syarat sebelum perlindungan hendaklah yang berkaitan dengan keadaan kesihatan sahaja, di mana pemilik polisi sepatutnya telah menyedarinya semasa pembelian polisi MHI. Kenaikan premium yang dikenakan ke atas individu yang berisiko tinggi hendaklah disesuaikan berdasarkan kepada purata pengalaman portfolio berkaitan. Borang cadangan hendaklah mengandungi soalan-soalan khusus meminta bakal pemilik polisi memberi maklumat penting kepada insurer bagi tujuan pengunderaitan sebelum insurer boleh menolak sesuatu tuntutan atas alasan tidak mendedahkan maklumat. Bahagian maklumat yang menerangkan ciri-ciri utama produk, termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat mengenai syarat-syarat penguatkuasaan, manfaat utama dan had batasan serta kadar premium, hendaklah diberikan kepada pemilik polisi semasa jualan. Peruntukan perkongsian kos seboleh mungkin hendaklah bukan syarat mandatori, dan hendaklah dihadkan kepada tahap serendah 20% (tidak termasuk deduktibel) atau RM3,000
INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN
73
BAB 6
(termasuk deduktibel) pada tiap-tiap tuntutan, dan ia hendaklah bukan syarat mandatori. 6.5 Prosedur dan Pengunderaitan Polisi
Insurer perlu mempunyai dasar-dasar pengunderaitan yang jelas dan digunakan secara konsisten bagi perniagaan insurans perubatan dan kesihatan. Dasar-dasar pengunderaitan hendaklah sekurangkurangnya mengambil kira perkara-perkara berikut:-
BAB 6
• Parameter untuk penilaian dan pemilihan risiko; • Kategori risiko yang boleh diterima oleh insurer atau dihadkan dari menerima; • Keadaan di mana siasatan atau laporan lanjut perubatan dan/ atau dokumen diperlukan sebelum menerima risiko dan jenisjenis penyiasatan atau dokumen yang diperlukan; • Had dan batasan pengunderaitan; • Had pemusatan termasuk konsentrasi yang timbul daripada pendedahan kepada ciri-ciri khusus kesihatan, pekerjaan, individu atau kumpulan; dan • Memerlukan staf yang cekap, dengan mengambil kira keperluan pengetahuan yang khusus atau pengalaman yang berkaitan, untuk mengunderait perniagaan insurans perubatan dan kesihatan. 6.5.1 Penilaian dan Pemilihan Risiko
Proses penilaian risiko melibatkan usaha meneliti maklumat yang disediakan oleh pemohon untuk membuat pertimbangan yang bijak dalam pemilihan risiko dan penentuan harga/premium. Borang cadangan perlu memasukkan soalan-soalan khusus berkaitan dengan faktor-faktor pengunderaitan berikut:1. Sejarah perubatan termasuk sejarah kesihatan keluarga seperti penyakit kencing manis atau haemophilia (darah lambat membeku) dan keadaan fizikal semasa seperti ketinggian dan berat badan menjadi faktor pertimbangan utama dalam pengunderaitan. Sejarah perubatan yang tidak memuaskan mungkin boleh menyebabkan pengunderait meminta maklumat tambahan atau mengenakan bayaran premium yang lebih tinggi. 2. Kedudukan kewangan merupakan antara pertimbangan penting dalam mengenalpasti tahap perlindungan insurans, terutama dalam kes insurans pendapatan hilang upaya kerana permohonan manfaat pendapatan hilang upaya yang tinggi boleh menghalang pemegang polisi untuk bekerja kuat dan meningkatkan kecenderungan untuk melanjutkan tempoh hilang upaya bagi tujuan memperolehi manfaat daripada insurans (dikenali sebagai ‘malingering’ - pura-pura sakit)). 3. Bahaya pekerjaan meningkatkan kebarangkalian berlakunya kecederaan atau sakit/penyakit yang seterusnya akan mempengaruhi kadar premium, terutamanya bagi insurans
74
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
6.5.2 Siasatan Lanjut dan/ atau Dokumentasi Perubatan
Merupakan keadaan di mana siasatan lanjut perubatan dan/ atau dokumen yang diperlukan bagi pemohon yang dianggap mempunyai risiko yang terjejas dengan sejarah perubatan yang kurang memuaskan. Bukti keadaan atau sejarah perubatan yang meningkatkan kebarangkalian penyakit berulang atau tempoh pemulihan yang panjang amat diperlukan sebelum penerimaan risiko. Pengunderait akan menentukan skop siasatan atau dokumen tambahan yang diperlukan.
Sebagai contoh, jika pemohon sedang menerima rawatan perubatan untuk tekanan darah tinggi, dia akan dikehendaki menyatakan nama pakar perubatan yang merawat atau mendapat kenyataan dari doktor bagi membolehkan pengunderait membuat penilaian risiko dengan tepat. Pemohon yang mempunyai sejarah ulser peptic, sebagai contoh, adalah lebih cenderung untuk dimasukkan ke hospital kerana ulser pada masa akan datang, berbanding dengan seseorang yang tidak pernah mempunyai sejarah ulser. Sebaliknya, jika pemohon pernah menerima rawatan patah tangan yang kemudiannya telah sembuh sepenuhnya, tiada maklumat tambahan diperlukan.
6.5.3 Pengkelasan Risiko
Berdasarkan penilaian, risiko boleh dikelaskan kepada kategori berikut: 1. Standard – risiko biasa, boleh diterima dengan terma dan syarat serta kadar premium polisi standard; 2. Sub-standard – risiko lebih tinggi dari risiko biasa, penerimaan tertakluk kepada terma dan premium yang lebih tinggi, atau perlindungan yang dihadkan atau kedua-duanya; 3. Ditolak – risiko tidak boleh diterima kerana sejarah tuntutan yang tinggi, keadaan kesihatan yang tidak memuaskan atau pekerjaan yang merbahaya atau terlibat dalam aktiviti lasak seperti perlumbaan profesional. INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN
75
BAB 6
pendapatan hilang upaya. Biasanya, klasifikasi pekerjaan digunakan untuk mengkategorikan bahaya dari tahap rendah ke tahap tinggi. Kelas 1 merujuk kepada pekerjaan pasif (kurang pergerakan) dan kerja pentadbiran, dan kelas 2 untuk pekerjaan yang memerlukan aktiviti fizikal sederhana atau kerja luar seperti pekerja restoran. Kelas 3 untuk pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja manual atau kerja mahir seperti juruelektrik, tukang paip dan mekanik, sementara kelas 4 merujuk pekerja binaan dan buruh pertanian. 4. Umur dan jantina adalah pertimbangan penting dalam insurans perubatan dan kesihatan kerana pertambahan usia meningkatkan kadar morbiditi (iaitu kejadian atau kelaziman mendapat sakit) dan statistik menunjukkan bahawa wanita mempunyai kadar morbiditi yang lebih tinggi berbanding dengan kaum lelaki.
6.5.4 Ubah suai Manfaat dan Perlindungan Polisi
Apabila menguruskan risiko yang sub-standard atau individu yang berisiko tinggi, pengunderait mempunyai beberapa kaedah untuk mengelakkan anti pemilihan. Syarat-syarat yang lebih ketat boleh dikenakan jika terdapat keraguan pada tahap risiko keseluruhan, atau bahaya fizikal dan bahaya moral menunjukkan perlindungan standard hanya boleh diberikan dengan mengenakan bebanan premium tambahan: 1. Penyakit sedia ada atau penyakit yang diwarisi seperti
BAB 6
tekanan darah tinggi atau aktiviti luar biasa berbahaya (seperti menyelam di laut) akan dikecualikan daripada perlindungan. ‘Endorsemen pengecualian’ bergantung kepada tahap risiko, keterukan dan dasar pengunderaitan. Kesan daripada pengecualian tersebut ialah pemilik polisi akan dinafikan hak perlindungan yang diperlukan, mengakibatkan rasa tidak puas hati dan hilang keyakinan terhadap syarikat insurans. Disisi lain, penggunaan pengecualian adalah alternatif untuk mengenakan bayaran premium yang lebih tinggi dan menawarkan perlindungan kepada orang yang mempunyai risiko terjejas, walaupun perlindungan dihadkan. 2. Keadaan kesihatan seperti penyakit kardiovaskular yang berpunca dari tekanan darah tinggi, kencing manis atau obesiti adalah terlalu rumit untuk dikecualikan. Oleh itu, perlindungan mungkin boleh diberikan dengan mengenakan premium tambahan atau beban premium. Pembayaran premium tambahan adalah sebagai balasan kepada perlindungan penuh (tanpa pengecualian) yang diberikan dan kaedah ini secara amnya lebih diterima oleh pemohon. 3. Pengubahsuaian kepada perlindungan insurans kesihatan dan perubatan dipanggil ‘had batasan manfaat’ di mana amaun manfaat yang perlu dibayar dikurangkan atau tempoh pembayaran pendapatan hilang upaya dipendekkan atau amaun deduktibel lebih besar dikenakan ke atas perbelanjaan perubatan untuk individu berisiko tinggi. 6.6 Insurans
Perubatan dan Kesihatan Berkelompok
6.6.1 Tiada Penilaian & Pemilihan Risiko Individu
76
Polisi MHI berkelompok menyediakan manfaat penjagaan kesihatan yang dibiayai oleh majikan, yang mengandungi komponen penting dalam pakej manfaat pekerja. Manfaat penjagaan kesihatan ini biasanya menggunakan kaedah bayaran balik (reimbursement) atau majikan membayar terus bil rawatan dan/atau pembedahan kepada pihak hospital. Melalui kaedah ini, majikan biasanya terpaksa menampung perbelanjaan kos rawatan hospital yang tinggi. Semua pekerja yang layak atau ahli-ahli (persatuan atau kelab) akan diberi perlindungan, di mana kadar premium adalah berdasarkan saiz dan ciri-ciri utama kumpulan seperti kelas pekerjaan, purata
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
6.6.2 Sumbangan atau Tanpa Sumbangan
Insurans perubatan dan kesihatan berkelompok ditawarkan berasaskan pelan sumbangan (contributory) atau tanpa sumbangan (non-contributory). Pelan tanpa sumbangan memberi perlindungan kepada semua ahli/pekerja yang layak di mana premium dibayar oleh pemilik polisi kumpulan atau majikan. Pelan sumbangan memerlukan penyertaan sekurang-kurangnya tujuh puluh lima peratus (75%) dari jumlah ahli kumpulan yang layak, di mana premium dibayar sepenuhnya oleh pekerja atau sebahagian premium disubsidi oleh majikan.
6.6.3 Kepentingan Boleh Insurans Pemilik Polisi Berkelompok
Insurer bertanggungjawab terhadap insured yang dilindungi di bawah polisi berkelompok walaupun pemilik polisi induk tidak mempunyai kepentingan boleh insurans keatas insured apabila insured telah membayar premium kepada pemilik polisi kumpulan atau majikan sungguhpun insurer belum menerima bayaran polisi dari majikan terbabit. Manfaat, hak dan tanggungjawab insured terkandung dalam polisi induk. Sekiranya pemilik polisi induk tiada kepentingan boleh insurans keatas insured, insurer dikehendaki memberitahu maklumat lanjut mengenai perlindungan, hak dan tanggungjawab kepada setiap insured.
6.7 Langkah
Polisi insurans hospital dan pembedahan (HSI) biasanya menerapkan konsep “seperti dicaj”, bermaksud polisi ini akan membayar balik kos sebenar yang ditanggung oleh insured atau yang dikenakan oleh penyedia penjagaan kesihatan untuk perbelanjaan perubatan (selain daripada bilik dan makan minum), tertakluk kepada keadaan “caj biasa dan munasabah” dan “had bagi setiap hilang upaya” dan/atau “had tahunan keseluruhan”.
Mengurangkan Kos
Walau bagaimanapun, konsep “seperti dicaj” menggalakkan penyalahgunaan dan tuntutan palsu sehingga menyebabkan insurer terpaksa melaksanakan langkah-langkah kawalan kos bagi mengurangkan kos tuntutan yang semakin meningkat dan membendung ketirisan dalam tuntutan. Dengan mengenakan had amaun manfaat yang perlu dibayar, insurer mampu mengawal kos dan masaalah tuntutan agar premium yang dikenakan berpadanan dengan risiko yang ditanggung. Berikut adalah contoh-contoh had batasan yang dikenakan ke atas manfaat utama polisi insurans hospital dan pembedahan (HSI):
INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN
77
BAB 6
umur, pengalaman tuntutan dan keuntungan keseluruhan akaun berkaitan. Bebanan premium akan dikenakan untuk perbelanjaan dan malapetaka (kerugian teruk dari satu kejadian tunggal) demi mengekalkan perlindungan berterusan di masa akan datang.
1. 2. 3. 4.
Had Dalaman; Jadual Prosedur Pembedahan; Tempoh Maksimum Pampasan; dan Tempoh Masa
Manfaat (Had untuk setiap Hilang Upaya) • Bilik & Makan Minum (maksimum sehingga 120 hari) • Unit Rawatan Intensif (maksimum sehingga 20 hari) • Bekalan & Perkhidmatan Hospital
• Caj Pembedahan termasuk caj ubat bius & caj bilik bedah (tertakluk kepada Prosedur Jadual Pembedahan) • Diagnosa Pra-Penghospitalan & Caj Perundingan
BAB 6
300 400 4,000
• Diagnosa Pra-Pembedahan & khidmat Pakar Perunding
• Rawatan Doktor (maksimum sehingga 60 hari)
• Rawatan Susulan (dalam tempoh 31 hari selepas keluar hospital) • Caj Ambulans
Had Dalaman (RM)
600 31,000 600 200 600 250
Insurans perubatan dan kesihatan membayar perbelanjaan dari setiap ringgit yang pertama atau boleh mengenakan suatu bentuk deduktibel atau perkongsian bersama supaya premium menjadi lebih mampu bayar. Polisi insurans hospital dan pembedahan biasanya membayar dari ringgit yang pertama. Polisi perbelanjaan perubatan utama secara amnya membayar amaun yang melebihi amaun deduktibel yang telah dipersetujui. Dalam kes menaik taraf ‘bilik dan makan minum’ (lebih tinggi daripada manfaat polisi), bayaran bersama diperlukan dari insured atas perbelanjaan melebihi had deduktibel.
Deduktibel ialah amaun tetap yang perlu dibayar terlebih dahulu oleh pemegang polisi tanpa mengira jumlah keseluruhan kos yang ia layak. Sekiranya amaun deduktibel ialah RM3,000, pemegang polisi perlu membayar RM3,000 yang pertama dari jumlah keseluruhan kos yang ia layak (tidak termasuk caj bilik dan makan minum), sementara bakinya akan dibayar oleh insurer sehingga ke had maksimum tahunan.
Peruntukan Perkongsian kos hendaklah bukan mandatori dan seboleh mungkin hendaklah dihadkan kepada 20% (tidak termasuk deduktibel) atau RM3,000 (termasuk deduktibel) bagi setiap tuntutan, dan ia hendaklah bukan mandatori.
78
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
6.8 Pembaharuan Polisi Insurans Perubatan dan Kesihatan a) Sekiranya polisi boleh diperbaharui dengan pindaan terma dan syarat, pemilik polisi hendaklah diberitahu mengenainya dan menyatakan sebab-sebab ia dipinda, sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh ulang tahun polisi; dan b) Sekiranya polisi tidak boleh diperbaharui atau pembaharuan polisi ditangguhkan, pemilik polisi hendaklah diberitahu mengenainya dengan menyatakan sebab-sebabnya, sekurangkurangnya 30 hari sebelum tarikh ulang tahun polisi.
6.8.2 Untuk meneruskan a) Secara unilateral (sebelah pihak) menamatkan tempoh perlindungan, insurer kuatkuasa polisi MHI; tidak boleh:b) Enggan memperbaharui perlindungan atas risiko yang telahpun dilindungi hanya disebabkan pemilik polisi telah membuat tuntutan pada tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, insurer boleh, semasa pembaharuan, meminda terma dan syarat perlindungan, atau secara khusus mengecualikan keadaan/peril yang menyebabkan peningkatan amaun tuntutan terdahulu, dan c) Enggan memperbaharui polisi yang telah dijamin pembaharuannya, kecuali sekiranya syarat-syarat tidak boleh diperbaharui dinyatakan dengan jelas dan pemilik polisi telah diberitahui mengenainya. Dalam kes polisi hospital dan pembedahan (HIS), syarat-syarat tersebut hendaklah dihadkan kepada keadaan yang berkaitan bagi polisi yang dijamin pembaharuannya, seperti yang dinyatakan dalam garis panduan polisi insurans hospital dan pembedahan (HSI)*. Memastikan kesinambungan perlindungan polisi adalah bertujuan untuk mendapat jaminan yang pasti bagi pemegang polisi, terutamanya pemegang polisi yang lebih terdedah kepada risiko (biasanya risiko yang lebih tinggi), di mana pemegang polisi mungkin menghadapi masalah besar menggantikan perlindungan insurans pada kos yang berpatutan. Walau bagaimanapun, pemilik polisi hendaklah mempertahankan hak untuk membatalkan polisi pada bilabila masa dengan memberi notis bertulis kepada insurer, dan dalam kes polisi insurans hospital dan pembedahan, pemilik polisi layak untuk mendapat bayaran balik premium mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan dalam garis panduan insurans hospital dan pembedahan.
INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN
79
BAB 6
6.8.1 Untuk polisi MHI yang boleh diperbaharui, insurer hendaklah:-
BAB 6
*Nota: Garis panduan HSI merujuk kepada Panduan Insurans Hospital dan Pembedahan yang dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) and Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
6.9 Penamatan Polisi Secara Automatik
Kuatkuasa polisi insurans perubatan dan kesihatan akan tamat secara automatik apabila berlaku perkara-perkara berikut: 1. Mencapai had tahunan atau had seumur hidup seperti yang dinyatakan dalam syarat polisi. 2. Mencapai tarikh ulang tahun polisi dan insured telah mencapai umur maksimum kelayakan. 3. Berlaku kematian kepada hayat yang diinsuranskan.
6.10 Pengecualian
Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 atas polisi insurans perubatan dan kesihatan (MHI) dan polisi pendidikan adalah dibenarkan (sejak 1996). Pelepasan cukai (sebanyak RM2,000 dinaikkan kepada had semasa pada tahun 2000. Pelepasan cukai ini berfungsi sebagai insentif kepada individu yang bermastautin di Malaysia untuk membeli polisi insurans perubatan dan kesihatan kerana pelepasan cukai ini adalah tambahan kepada RM6,000 potongan daripada pendapatan boleh cukai yang dibenarkan bagi premium polisi insurans hayat dan lain-lain caruman yang diluluskan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Cukai Pendapatan Persendirian
Untuk layak mendapat pelepasan cukai, bukti pembayaran premium diperlukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pemegang polisi dikehendaki mengemukakan resit berkaitan bagi tujuan pengauditan dan pengesahan cukai.
80
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
6.11 Soalan Penilaian Diri
2.
Yang manakah di antara kejadian berikut TIDAK secara automatik menamatkan kuatkuasa polisi insurans perubatan dan kesihatan? a)
Mencapai had tahunan atau had seumur hidup seperti yang dinyatakan dalam syarat polisi
b)
Mencapai tarikh ulang tahun polisi dan insured telah mencapai umur maksimum kelayakan
c)
Melanggar syarat-syarat polisi
d)
Berlaku kematian kepada hayat yang diinsuranskan
Apakah kaedah-kaedah yang boleh digunakan oleh insurer untuk mengawal kos dan tuntutan yang berlebihan? I.
Had dalaman
II.
Jadual prosedur pembedahan BAB 6
1.
III. Tempoh maksimum pampasan IV. Tempoh masa
3.
4.
5.
V.
Deduktibel atau perkongsian kos
a)
I dan II
c)
I, II, III dan IV
b)
II, III dan IV
d)
I, II, III, IV dan V
Yang manakah di antara berikut BUKAN produk insurans perubatan dan kesihatan? a)
Insurans hospital dan pembedahan
b)
Insurans penyakit kritikal atau penyakit merbahaya
c)
Insurans pendapatan hilang upaya kekal
d)
Insurans pendapatan hilang upaya
Di antara berikut, yang manakah BUKAN pilihan memperbaharui polisi insurans perubatan dan kesihatan? a)
Memberitahu insured bahawa premium paras akan dikenakan semasa pembaharuan
b)
Memberitahu insured bahawa premium akan dinaikkan semasa pembaharuan
c)
Memberitahu insured 30 hari sebelum tarikh ulang tahun polisi bahawa polisi tidak boleh diperbaharui
d)
Enggan memperbaharui polisi walaupun jaminan pembaharuan polisi telah diberikan
Apakah manfaat yang dibayar di bawah polisi insurans pendapatan hospital? a)
Aliran pendapatan bagi menggantikan bahagian pendapatan pra-hilang upaya sekiranya insured tidak boleh bekerja disebabkan sakit/penyakit
b) Elaun tetap dibayar secara berkala sekiranya insured dimasukkan ke hospital disebabkan sakit atau cedera c) Bayaran balik perbelanjaan perubatan sekiranya insured dimasukkan ke hospital disebabkan sakit atau cedera d) Jumlah perlindungan dibayar sekaligus setelah didiagnosa dan disahkan menghidapi mana-mana 36 penyakit merbahaya INSURANS PERUBATAN DAN KESIHATAN
81
6.
Apakah pilihan terbaik untuk insurer menangani tuntutan terdahulu di bawah polisi insurans perubatan dan kesihatan yang sama? a) Mengenakan had batasan, terma dan syarat yang lebih ketat b) Mengecualikan kejadian atau hilang upaya yang menyebabkan wujudnya tuntutan terdahulu
BAB 6
7.
8.
c)
Tidak memperbaharui perlindungan kerana pemilik polisi telah membuat tuntutan pada tahun sebelumnya
d)
Mengenakan bebanan premium tambahan dan surcaj
Apakah tujuan utama pindaan Garis Panduan Perniagaan Insurans Perubatan dan Kesihatan? a)
Meningkatkan kadar premium bagi individu yang berisiko tinggi
b)
Mengurangkan kos tuntutan yang semakin meningkat
c)
Menggalakkan insurer hayat dan insurer am mengamalkan standard minimum yang ditetapkan
d)
Memperkenalkan had terbaru dalam manfaat utama polisi
Yang manakah di antara berikut BUKAN peranan Organisasi Pengurusan Kesihatan (MCO) di Malaysia? a)
Mentadbir urusan kemasukan dan keluar hospital pemilik polisi insurans hospital dan pembedahan (HSI)
b)
Meluluskan dengan segera dan membuat bayaran tuntutan polisi perubatan dan kesihatan bagi pihak insurer
c)
Mentadbir urusan transaksi tuntutan di bawah polisi perubatan dan kesihatan, antara pemegang polisi dengan penyedia penjagaan kesihatan
d)
Memastikan penggunaan perkhidmatan perubatan mematuhi standard klinikal
9. Mengapa penggunaan definisi standard untuk terma dan syarat polisi begitu penting di bawah polisi insurans perubatan dan kesihatan? a)
Untuk menggalakkan persaingan yang sihat dalam penetapan harga produk
b)
Untuk meminimumkan tanggapan yang mengelirukan dikalangan orang ramai dan menyediakan maklumat perbandingan produk
c)
Insurer secara unilateral mengecualikan keadaan sedia ada dari polisi
d)
Mempertingkat kualiti khidmat pelanggan dan pemasaran produk
10. Yang manakah di antara keadaan berikut TIDAK memerlukan siasatan dan/atau dokumen perubatan dalam pengunderaitan polisi insurans perubatan dan kesihatan? a)
Risiko terjejas berserta sejarah kesihatan yang tidak memuaskan
b)
Keadaan sedia ada yang meningkatkan kebarangkalian musibah akan berulang semula
c)
Keadaan kesihatan yang memungkinkan proses penyembuhan akan memakan masa yang panjang
d)
Kecederaan disebabkan kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya sementara
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI .
82
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
7.1 Pengenalan
7.2 Insurans
Motor
Perniagaan Insurans Am Semua perniagaan insurans selain insurans hayat dikenali sebagai insurans am. Di Malaysia, syarikat insurans diberi kuasa di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA 2013) untuk menjalankan perniagaan insurans am. Insurans am terdiri dari kontrak tahunan dan kontrak jangka pendek dengan premium yang berbezabeza berdasarkan jenis risiko yang diinsuranskan, pengalaman menyeluruh berkaitan kelas perniagaan tertentu motor atau bukan motor), atau portfolio risiko dalam kelas yang sama (risiko liabiliti pihak ketiga - insurans motor). Insurans am direka khusus untuk membayar gantirugi atau indemniti kerugian kewangan dan mengembalikan kedudukan kewangan pemilik polisi kepada kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum berlaku kerugian. Insurans am atau bukan insurans hayat secara umum dibahagikan kepada perniagaan motor dan bukan motor.
Akta Pengangkutan Jalan 1987 (RTA) menetapkan kawalan kenderaan bermotor dan lalu-lintas di jalan raya di Malaysia dan menguatkuasakan bahawa insurans motor adalah wajib. Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyatakan bahawa: ‘adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana individu yang menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan individu lain untuk menggunakan kenderaan motor melainkan suatu polisi insurans itu berkuatkuasa atau lain-lain bentuk perlindungan berkaitan dengan risiko pihak ketiga’. Mengapa insurans motor diwajibkan oleh undang-undang? • Untuk menyediakan dana yang diperlukan untuk membayar ganti rugi kepada mangsa kemalangan jalan raya. • Untuk memastikan dana sentiasa tersedia sekiranya mahkamah memutuskan gantirugi perlu dibayar. • Untuk meringankan beban kewangan kerajaan dan untuk melindungi kepentingan negara.
PERNIAGAAN INSURANS AM
83
BAB 7
BAB 7
BAB 7
Apakah penalti yang dikenakan sekiranya melanggar undangundang? Seksyen 90(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyatakan bahawa seseorang yang melanggar seksyen undang-undang ini adalah dianggap telah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara 3 bulan dan jika mahkamah fikirkan wajar, pesalah akan hilang kelayakan untuk mempunyai lesen memandu untuk tempoh 12 bulan dari tarikh sabitan. Apakah perlindungan minimum yang dikehendaki di bawah undang-undang? Seksyen 91(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini menyatakan bahawa polisi insurans mestilah dikeluarkan oleh ‘insurer yang dibenarkan’ untuk melindungi liabiliti kematian atau kecederaan anggota kepada mana-mana orang yang disebabkan oleh atau yang timbul daripada penggunaan kenderaan atas darat yang dibina jalan raya diatasnya. Apakah definisi ‘jalan’ mengikut undang-undang? Akta Pengangkutan Jalan mentakrifkan ‘jalan’ sebagai mana-mana jalan awam dan mana-mana jalan lain yang mana orang awam mempunyai akses (iaitu termasuk jalan persendirian). ‘Jalan’ juga termasuk jambatan, terowong, hentian sebelah, kemudahan feri, persimpangan, bulatan, lalu lintas pulau, pembahagi jalan, semua lorong lalu lintas, lorong pandu laju, lorong pandu perlahan, tepi jalan, laluan ditengah-tengah, jejambat, jalan bawah, laluan sisi, pintu masuk dan tanjakan keluar, plaza tol, kawasan khidmat rekreasi dan lain-lain struktur dan kelengkapan yang digunakan sepenuhnya; dan jalan sedang dibina.
7.2.1 Kelas Kenderaan Bermotor Kenderaan Persendirian • Digunakan untuk tujuan sosial, domestik dan keseronokan; serta tujuan perniagaan insured sahaja. •
84
Dikecualikan: disewakan atau mendapat ganjaran, perlumbaan, ujian ketahanan, ujian kelajuan, belajar memandu, membawa barangan dagangan kecuali contoh membawa penumpang untuk mendapatkan upah atau ganjaran, dsb.
Motosikal
Kenderaan Perdagangan •
Digunakan untuk membawa barangan: lesen pengangkutan persendirian (Permit‘C’) atau lesen pengangkutan awam (Permit‘A’).
•
Sewa awam: teksi
•
Sewa persendirian: pandu sendiri atau sewa dengan pemandu
•
Bas awam dan persendirian
•
Kenderaan khas seperti ambulans atau kereta pembawa mayat
•
Perniagaan motor
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
•
Motosikal persendirian yang digunakan untuk tujuan sosial, domestik dan keseronokan; serta tujuan perniagaan insured sahaja.
•
Motosikal perdagangan dengan atau tanpa kereta sisi, digunakan untuk tujuan perniagaan termasuk membawa barangan, bukan membawa penumpang.
7.2.2 Jenis-jenis Perlindungan Insurans Motor
Akta sahaja
Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian
Komprehensif
1. ‘Perlindungan Akta’ sahaja merupakan perlindungan insurans paling minimum yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (RTA). Istilah ‘Akta’ bermaksud polisi insurans dikeluarkan menurut keperluan Akta Pengangkutan Jalan bagi melindungi liabiliti kematian atau kecederaan anggota badan kepada mana-mana individu, yang timbul akibat penggunaan kenderaan motor di jalan raya. Di Malaysia, ‘Perlindungan Akta’ tidak dijual sebagai polisi asas tetapi ia ditawarkan bersama-sama dengan insurans pihak ketiga yang merangkumi liabiliti kerosakan harta benda. Sebab utama polisi ini tidak dijual ialah kerana premium yang dikenakan adalah rendah tetapi risiko yang ditanggung adalah tinggi disebabkan liabiliti tuntutan kecederaan pihak ketiga adalah tinggi dan tidak terhad. 2. Polisi perlindungan pihak ketiga menawarkan perlindungan liabiliti kerosakan harta, sebagai tambahan sebagai tambahan kepada liabiliti kematian atau kecederaan anggota badan pihak ketiga, yang timbul daripada penggunaan kenderaan motor di jalan raya. Sungguhpun premium polisi insurans pihak ketiga adalah lebih tinggi daripada perlindungan Akta, ia masih rendah berbanding dengan polisi komprehensif. Oleh kerana premiumnya yang rendah, perlindungan jenis ini menjadi pilihan utama khususnya dikalangan pemilik-pemilik kenderaan lama/berusia (nilai pasaran juga rendah). Syarikat insurans pula akan lebih bersifat memilih dalam menyediakan insurans pihak ketiga kerana premium yang diterima tidak setimpal dengan risiko liabiliti yang ditanggung. Kos tuntutan akan meningkatkan keperluan rizab tuntutan, diburukkan lagi dengan kesan inflasi dan oleh itu kadar premium perlu ditingkatkan selaras dengan perubahan masa dan sejajar dengan trend keputusan mahkamah yang meluluskan tuntutan kecederaan peribadi yang semakin meningkat.
PERNIAGAAN INSURANS AM
85
BAB 7
Pihak Ketiga
3. Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian memberi perlindungan dari kerugian atau kerosakan kepada kenderaan yang diinsuranskan akibat kebakaran atau kecurian, selain dari manfaat insurans pihak ketiga yang dinyatakan di atas. Kadar premium bagi perlindungan adalah 75 peratus daripada premium yang dicajkan bagi insurans komprehensif. Perlindungan jenis ini biasanya digemari oleh pengguna yang ingin menjimatkan premium tetapi mahukan perlindungan yang lebih luas dari insurans pihak ketiga.
BAB 7
4.
7.2.3 Insurans Komprehensif Kenderaan Persendirian
Insurans Komprehensif menawarkan perlindungan yang lebih meluas dan memenuhi keperluan perlindungan bagi kenderaan baru, khususnya kenderaan di bawah skim sewa beli atau pembiayaan. Istilah ‘komprehensif’ atau menyeluruh ini bermakna skop perlindungan adalah untuk apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh peril yang dinyatakan, termasuk kemalangan pelanggaran secara berhadapan, kenderaan terbalik kerana pertembungan atau disebabkan haus dan lusuh atau kerosakan mekanikal. Polisi ini merangkumi dua bahagian: melindungi kerugian atau kerosakan kenderaan milik insured, dan perlindungan yang merangkumi liabiliti pihak ketiga yang timbul daripada penggunaan kenderaan tersebut.
Skop Perlindungan: Seksyen A- Kerugian atau Kerosakan Kenderaan Disebabkan: a) pelanggaran atau terbalik ketika pelanggaran; b) pelanggaran atau terbalik disebabkan kerosakan mekanikal atau haus dan lusuh; c) kerosakan akibat dihempap oleh objek yang jatuh; bukan disebabkan banjir, taufan, ribut, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, tanah mendap atau lain-lain bencana alam; d) kebakaran, letupan atau kilat; e) rompakan, pecah rumah atau kecurian; f) perbuatan khianat; g) ketika dalam transit (termasuk semasa memunggah atau menurunkan barang) melalui: i.
jalan raya, keretapi atau laluan air
ii. laluan laut merentasi selat antara Pulau Pinang dan tanah besar Seksyen B- Liabiliti Pihak Ketiga Sehingga Menyebabkan: a) kematian atau kecederaan anggota badan pihak ketiga dengan liabiliti yang tidak terhad b) kerosakan harta disebabkan kemalangan, terhad sehingga RM3 juta bagi setiap tuntutan
86
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Manfaat Tambahan Ini adalah pilihan ‘belian-balik’ bagi pengecualian-pengecualian tertentu dengan membayar premium tambahan. Jadual di bawah menyatakan manfaat tambahan dan kadar premium yang dikenakan:
Manfaat Tambahan
Premium Tambahan
1. banjir, ribut, hujan lebat, taufan, hurikan, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, dan sebagainya.
0.5% dari amaun perlindungan RM15
2. pecah kaca cermin hadapan/belakang atau tingkap
15% dari nilai kaca atau minimum RM30
3. mogok, rusuhan dan kekacauan awam
0.3% dari amaun perlindungan atau minimum RM5
4. aksesori kenderaan
15% dari nilai aksesori
5. ujian memandu atau menguji kenderaan persendirian yang tidak dimiliki dan dikendalikan oleh institut/ sekolah memandu.
50% dari amaun premium (tidak termasuk diskaun tanpa tuntutan)
6. tambahan pemandu yang dibenarkan
RM10 bagi setiap tambahan pemandu
7. semua pemandu (kenderaan persendirian yang dikeluarkan kepada Syarikat atau organisasi perniagaan).
RM50 bagi setiap kenderaan
8. liabiliti kepada penumpang
9. liabiliti kepada penumpang disebabkan kecuaian
RM7.50 bagi setiap kenderaan
25% dari premium pihak ketiga (tambahan RM10 bagi setiap penumpang yang melebihi 5 oramg termasuk pemandu)
PERNIAGAAN INSURANS AM
87
BAB 7
Pengecualian Utama • Kematian atau kecederaan anggota badan kepada mana-mana penumpang yang dibawa bagi tujuan mendapatkan upah atau ganjaran, atau kepada mana-mana individu di mana kematian atau kecederaan yang berlaku berpunca daripada atau semasa bekerja untuk insured atau pemandu yang dibenarkan oleh insured. • Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang timbul akibat banjir, taufan, ribut, angin kencang, ribut taufan, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, pemendapan atau penenggelaman tanah atau bencana semulajadi lain yang seumpamanya. • Kerugian, kerosakan atau liabiliti disebabkan kenderaan tersebut digunakan untuk apa-apa acara sukan bermotor atau pertandingan (selain acara mencari harta karun), ujian ketahanan, rally dan ujian mendaki bukit. • Tuntutan, kos guaman dan perbelanjaan berkaitan kenderaan di luar Malaysia, Singapura atau Brunei.
Ekses/Lebihan Polisi Ekses polisi ialah amaun awal yang perlu ditanggung oleh insured semasa membuat tuntutan. Mengenakan ekses polisi dapat mengelakkan tuntutan kecil (remeh atau tidak mustahak) yang tidak ekonomik untuk diproses. Ekses juga bertindak sebagai penghalang insured bertindak seolah-olah seperti tidak dilindungi, bagi mengelakkan kerugian kerana insured perlu menanggung sebahagian dari amaun tuntutan.
Ekses Wajib - Endorsemen 2(f) Sebagai tambahan kepada ekses polisi, ekses tambahan sebanyak RM400 akan dikenakan sekiranya terdapat sebarang tuntutan (selain dari kebakaran atau kecurian) timbul di bawah Seksyen A polisi komprehensif kenderaan persendirian sekiranya kenderaan tersebut dipandu oleh mana-mana orang yang:• berumur di bawah 21 tahun; • memiliki lesen memandu provisional atau percubaan; • namanya tidak dinyatakan dalam polisi; • pemandu yang dinyatakan dalam polisi, berumur di bawah 21 tahun dan/atau pemegang lesen provisional atau percubaan
BAB 7
7.2.4 Insurans Kenderaan Perdagangan
Skop perlindungan adalah sama seperti insurans kenderaan persendirian seperti yang diterangkan sebelum ini, kecuali dua pengecualian tambahan iaitu 1. Kerosakan disebabkan oleh bebanan atau tekanan berlebihan; dan 2. Kerosakan disebabkan oleh letupan daripada mana-mana dandang yang menjadi sebahagian daripada atau dipasang pada kenderaan insured.
7.2.5 Liabiliti Penumpang
Liabiliti terhadap penumpang tidak diwajibkan di Malaysia KECUALI untuk:i. penumpang yang dibawa bagi tujuan mendapatkan upah atau ganjaran (menjejaskan kepentingan bas awam atau persendirian atau teksi); atau ii. penumpang yang dibawa dengan sebab atau bagi tujuan melaksanakan kontrak pekerjaannya dengan insured (contohnya membawa pekerja menggunakan kenderaan majikan).
Dalam hal ini, kenderaan perdagangan terutama bas dan teksi yang membawa penumpang bagi tujuan sewaan atau mendapat ganjaran mestilah mempunyai insurans untuk melindungi liabiliti penumpang disebabkan kematian atau kecederaan yang dialami semasa perjalanan, termasuk ketika memasuki atau turun dari kenderaan.
Tidak seperti insurans kenderaan persendirian, polisi kenderaan perdagangan tidak menyatakan pengecualian polisi berikut:
88
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
7.2.6 Perniagaan Motor
7.3 Insurans Harta
Walau bagaimanapun, polisi kenderaan perdagangan mengecualikan liabiliti terhadap mana-mana individu dalam keadaan berikut:i. Kematian atau kecederaan keatas mana-mana individu di mana kematian atau kecederaan tersebut berlaku berpunca dari dan semasa menjalankan tugas insured atau pemandu yang dibenarkan. Sebagai contoh, pemandu bas, konduktor atau atendan lori adalah lebih sesuai dilindungi di bawah polisi pampasan pekerja atau insurans liabiliti majikan, bukan insurans motor; dan ii. Kematian atau kecederaan mana-mana individu yang sedang dibawa, memasuki, menaiki atau turun dari kenderaan tersebut kecuali individu berkenaan diminta untuk dibawa di dalam atau di atas kenderaan tersebut dengan sebab atau bagi tujuan melaksanakan kontrak pekerjaannya dengan insured, pemandu yang dibenarkan dan/atau majikan kepada individu berkenaan. Sebagai contoh, pekerja insured dibawa sebagai penumpang di dalam kenderaan milik majikan. Polisi insurans perniagaan motor juga dikenali sebagai insurans ‘risiko di jalanan’. Polisi insurans ini biasanya dibeli oleh peniagapeniaga yang terlibat dalam perniagaan mengeluar, membaik pulih dan menjual kenderaan motor. Polisi perniagaan motor menyediakan indemniti hanya ketika kenderaan bermotor berkaitan berada diatas jalan raya, disimpan sementara sebelum dibawa ke mana-mana destinasi dalam lingkungan sempadan geografi tertentu dan semasa kenderaan berada di premis perniagaan insured. Sebagai contoh, ‘lesen perniagaan motor’ atau plat perniagaan motor diperlukan bagi setiap kenderaan yang diniagakan atau lesen am yang melindungi risiko jalanan wajib dimiliki untuk semua kenderaan di bawah jagaan peniaga, sekiranya kenderaan berkenaan menggunakan jalan awam. Insurans harta melindungi harta benda seperti bangunan, mesin, loji dan sebagainya dari berlakunya kerugian atau kerosakan disebabkan kebakaran, banjir dan lain-lain peril dari luar. Walaupun istilah ‘harta’ termasuk objek seperti kenderaan bermotor, kapal laut dan pesawat, perlindungan insurans untuk harta berkenaan diuruskan secara berasingan di bawah insurans yang lebih khusus seperti insurans motor, marin dan penerbangan.
PERNIAGAAN INSURANS AM
89
BAB 7
‘kematian atau kecederaan anggota badan penumpang yang dibawa bagi tujuan mendapatkan untuk upah atau ganjaran’ di bahagian liabiliti pihak ketiga.
Polisi
BAB 7
7.3.1 Kebakaran dan Peril Khusus
Harta yang Dilindungi
• Kebakaran dan Peril Khas
• Bangunan, mesin, stok dsb.
• Semua Risiko
• Barangan yang Bernilai
• Gangguan Perniagaan
• Keuntungan Kasar atau Perolehan
• Empunya Rumah
• Bangunan Kediaman atau Flat
• Isi Rumah
• Kandungan Isi Rumah dan Barangan Peribadi
• Kecurian
• Harta Mudah Alih
Polisi asas kebakaran menawarkan perlindungan kerugian fizikal atau kerosakan keatas harta yang diinsuranskan disebabkan: • kebakaran, • kilat, atau • letupan domestik
Pengecualian Utama di Bawah Polisi Insurans Kebakaran: • gempa bumi, letusan gunung berapi atau lain-lain bencana alam; • taufan, puting beliung, ribut dan yang seumpamanya; • pembakaran harta benda dengan perintah pihak berkuasa; • kebakaran bawah tanah; • letupan selain dari letupan gas untuk menerangi dan kegunaan domestik; • pembakaran belukar, semak, lalang, prairie, pampas atau hutan dan pembersihan tanah melalui pembakaran; • barangan yang disimpan sebagai amanah atau untuk mendapatkan upah; • jongkong atau permata yang belum ditatah; • manuskrip, pelan, lukisan atau reka bentuk, paten, model atau acuan; • sekuriti, obligasi atau sebarang bentuk dokumen, setem, syiling atau mata wang, cek, buku akaun atau buku perniagaan atau rekod sistem komputer; • bahan letupan; • kehilangan disebabkan kecurian semasa atau selepas kebakaran; • k erugian atau kerosakan harta disebabkan penapaian, pemanasan semula jadi atau pembakaran secara spontan.
Sebagai tambahan perlindungan disebabkan kebakaran, petir dan letupan, polisi insurans kebakaran boleh diperluaskan perlindungannya meliputi pelbagai peril bencana alam atau peril khusus, tertakluk kepada bayaran premium tambahan.
90
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
7.3.2 Semua Risiko
Peril Khusus • Kerosakan disebabkan kapal terbang • Gempa bumi dan letusan gunung berapi • Ribut dan taufan • Kerosakan disebabkan banjir • Letupan • Kerosakan akibat perlagaan • Kebocoran atau limpahan dari peralatan tangki air atau paip air • Rusuhan, mogok dan kerosakan dari perbuatan khianat • Fasal B pemasangan alat elektrik • Kebakaran lalang atau semak samun • Tanah mendap dan tanah runtuh • Pembakaran secara spontan • Kerosakan disebabkan dahan dan/atau pokok tumbang • Kebocoran system perenjis air • Kerosakan disebabkan asap
Insurans semua risiko menawarkan skop perlindungan yang lebih meluas berbanding dengan polisi kebakaran dan peril khusus kerana polisi ini memberi perlindungan semua risiko kerosakan disebabkan kemalangan dan juga kecurian. Sebahagian dari polisi semua risiko dikeluarkan berasaskan ‘peril yang dinamakan’, umpamanya kebakaran, kerosakan disebabkan air, kecurian dan kerosakan disebabkan kemalangan; sementara sebahagian lagi polisi semua risiko melindungi ‘semua kerugian atau kerosakan fizikal disebabkan bencana yang tidak dikecualikan secara khusus’. Polisi semua risiko juga melindungi barangan tertentu yang bernilai tinggi seperti barang kemas, jam tangan, kamera, karya seni, barangan antik atau koleksi peribadi dan sebagainya. Jumlah diinsuranskan biasanya ditetapkan atas dasar ‘nilai yang dipersetujui’ kerana bayaran ganti rugi/indemniti berdasarkan nilai pasaran atau nilai penggantian mungkin sukar dilakukan. Pengecualian Utama • kerugian atau kerosakan disebabkan rusuhan, mogok, kekecohan awam, gempa bumi atau letusan gunung berapi; • kerugian atau kerosakan disebabkan haus dan lusuh, susut nilai, kemerosotan beransur-ansur, gegat, anai-anai atau akibat dari proses pembersihan atau pemulihan apa-apa barangan; • calar dan pecah pada kanta, kaca atau lain-lain bahan mudah pecah, kerosakan mekanikal atau elektrikal atau kerosakan sebarang peralatan mekanikal atau elektrik; • kerugian atau kerosakan akibat rampasan atau ditahan oleh pihak kastam atau lain-lain pihak berkuasa; • kecurian bermotifkan penipuan
PERNIAGAAN INSURANS AM
91
BAB 7
BAB 7
7.3.3 Gangguan Perniagaan (BI)
Polisi insurans gangguan perniagaan (BI) menawarkan perlindungan untuk melegakan kesukaran yang berkaitan dengan kerugian berikutan kejadian mala petaka seperti kebakaran. Polisi gangguan perniagaan melindungi kehilangan ‘keuntungan’ perniagaan dalam tempoh premis perniagaan dibaiki. Ia bertujuan untuk menggantikan kehilangan pendapatan akibat pemberhentian pengeluaran sepanjang tempoh pemulihan. Kaedah bayaran indemniti biasanya digunakan untuk menyelesaikan sesuatu tuntutan di bawah polisi gangguan perniagaan iaitu dengan bayaran tunai berdasarkan formula tertentu.
Formula bayaran yang digunakan biasanya mengambil kira kehilangan keuntungan kasar akibat daripada pengurangan (kekurangan) perolehan (jualan) dan tambahan (peningkatan) kos kerja yang dibelanjakan untuk mengurangkan kerugian keuntungan kasar.
Definisi: Keuntungan Kasar = (Perolehan + stok penutup + tugas sedang dilakukan) – (stok pembukaan + tugas sedang dilakukan + perbelanjaan tidak diinsuranskan).
Perbelanjaan Tidak Diinsuranskan = belian, kos pengangkutan, pengiklanan, bil api dan air, dll.
Tempoh Indemniti = bermula dari tarikh berlakunya kerosakan barangan dan berakhir tidak lewat dari beberapa bulan tertentu seperti yang dinyatakan dalam tempoh indemniti.
Jumlah Diinsuranskan (SI) = Gandaan Keuntungan Kasar (GP) bersesuaian dengan tempoh Indemniti (IP). Contoh: IP = 18 bulan; SI = Keuntungan Kasar Tahunan x 18/12.
92
Polisi gangguan perniagaan melindungi kerugian yang timbul berikutan kerosakan barangan yang secara langsung menyebabkan gangguan kepada operasi perniagaan. Adalah tidak mustahil sekiranya terdapat kerosakan barangan dan menyebabkan gangguan perniagaan yang serius. Sebagai contoh, kilat atau kebakaran boleh menyebabkan kerosakan kecil kepada beberapa peralatan tetapi mungkin terpaksa memberhentikan aktiviti pengeluaran sehingga jentera yang rosak dibaikpulih. Kerugian boleh menjadi lebih teruk jika alat ganti tersebut tidak terdapat dalam negara dan caj penghantaran segera dari luar negara akan menambahkan kos pengeluaran.
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Insurans gangguan perniagaan MENGECUALIKAN KERUGIAN berikut:• Kerugian pengeluaran disebabkan tindakan perindustrian atau sabotaj. • Kos memulihkan reputasi yang terjejas. • Kehilangan pelanggan atau peluang perniagaan • Kehilangan kakitangan penting atau tenaga mahir. • Kerugian disebabkan muflis atau perniagaan ditutup. • Kehilangan kuasa budi bicara, hak cipta, cap dagang dan kerugian ekonomi.
7.3.4 Insurans Empunya Rumah
Polisi empunya rumah direka untuk melindungi bangunan seperti rumah kediaman persendirian, rumah pangsa dan pangsapuri yang digunakan untuk tujuan kediaman sahaja; termasuk peralatan & kelengkapan, bangsal, bangunan tambahan, dinding, pintu pagar dan pagar dari kerugian atau kerosakan disebabkan oleh peril yang dinamakan atau dinyatakan.
BAB 7
Peril di bawah insurans empunya rumah: 1. Kebakaran, Halilintar, Petir dan Kebakaran Bawah Tanah 2. Kebocoran atau limpahan dari peralatan tangki air atau paip air 3. Kecurian yang melibatkan paksaan dan keganasan 4. Letupan 5. Gempa bumi dan Letusan Gunung Berapi 6. Pesawat dan lain-lain peranti udara dan/atau artikel yang gugur daripadanya 7. Impak ke atas bangunan kediaman oleh mana-mana kenderaan bermotor atau binatang yang bukan kepunyaan/di bawah kawalan insured atau mana-mana ahli keluarganya. 8. Puting Beliung, Siklon, Taufan, Ribut Petir 9. Banjir tetapi tidak termasuk kerugian atau kerosakan disebabkan tanah mendap atau tanah runtuh 10. Sewaan (sehingga 10% dari jumlah diinsuranskan) sekiranya bangunan rosak teruk sehingga tidak boleh diduduki. 11. Liabiliti Awam sehingga RM50,000, termasuk kos guaman, tertakluk kepada persetujuan insurer.
Pengecualian utama di bawah polisi insurans empunya rumah: • kerugian atau kerosakan disebabkan puting beliung, siklon, taufan atau ribut petir keatas mana-mana bangunan yang sedang dalam pembinaan, diubahsuai atau dibaiki; cerobong asap, sengkuap, bidai, papan tanda dan lain-lain peralatan & kelengkapan luar rumah termasuk pagar dan pintu pagar;
PERNIAGAAN INSURANS AM
93
•
7.3.5 Insurans Isi Rumah
kerugian atau kerosakan disebabkan tanah mendap dan tanah runtuh, kecuali ia berlaku disebabkan gempa bumi atau letusan gunung berapi.
Polisi insurans isi rumah melindungi kelengkapan/isi rumah dan barangan persendirian yang disimpan di rumah kediaman. Nilai barang kemas, emas, perak dan sebagainya adalah terhad kepada satu pertiga daripada jumlah diinsuranskan. Skop perlindungan adalah sama seperti peril yang dinyatakan dari item 1 hingga 11 di bawah polisi insurans empunya rumah yang dinyatakan sebelum ini, dan juga termasuk: 12. Harta yang dipindahkan sementara tetapi masih berada di Malaysia, sehingga 15% dari jumlah diinsuranskan.
BAB 7
13. Harta dalam transit atau di bawah jagaan seseorang tetapi tidak melindungi kerugian atau kerosakan disebabkan gempa bumi, letusan gunung berapi, puting beliung, siklon, taufan, ribut petir dan banjir, dengan perlindungan sehingga 15% dari jumlah diinsuranskan. 14. Pecah cermin, kecuali cermin tangan. 15. Kecederaan parah yang menyebabkan kematian (dalam tempoh 3 bulan) sehingga RM10,000 atau separuh daripada jumlah diinsuranskan atas isi rumah, yang mana lebih rendah. 16. Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh mana-mana peril yang dilindungi, meliputi pakaian milik pembantu rumah dan barangan peribadi.
Perlindungan Tambahan di Bawah Insurans Isi Rumah: Pengecualian Utama di Bawah Insurans Isi Rumah • tanah mendap atau tanah runtuh, kecuali jika ia disertai dengan gempa bumi atau letusan gunung berapi; • kerugian atau kerosakan isi rumah disebabkan proses penapaian, pemanasan semulajadi dan pembakaran secara spontan.
Pilihan perluasan perlindungan di bawah insurans empunya rumah dan isi rumah:Khusus untuk insurans empunya rumah (bangunan sahaja)
Khusus untuk insurans isi rumah (isi kandungan sahaja)
Untuk kedua-dua
•
Plat kaca bernilai melebihi RM500 setiap satu
•
Rumah tidak diduduki melebihi 90 hari
•
Rusuhan, mogok dan kerosakan berniat jahat
•
Ubahsuai, dibaiki dan tambahan
•
Perlindungan kecurian sepenuhnya (kecurian tanpa diiringi kesan paksaan dan keganasan)
•
Tanah mendap dan tanah runtuh
•
Had Liabiliti Awam dipertingkatkan
94
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Kecurian harta biasanya timbul daripada cubaan pecah masuk secara kekerasan ke dalam atau keluar dari premis yang dilindungi oleh insurans kecurian. Polisi ini menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan ke atas harta diinsuranskan yang biasanya di premis perniagaan (sebagai contoh, stok dan bahan mentah perniagaan, perabot, peralatan pejabat, loji-loji dan jentera dan barangan peribadi pekerja). Kerosakan kepada premis perniagaan (sama ada kepada bangunan atau harta yang diinsuranskan) disebabkan kecurian atau pecah rumah adalah dilindungi walaupun didapati tiada barangan yang dicuri.
Insurans kecurian boleh diinsuranskan mengikut kaedah Nilai Penuh dan Kerugian Terawal: 1. Nilai Penuh ialah jumlah nilai sebenar harta yang diinsuranskan. Asas tersebut biasanya digunapakai untuk barangan bernilai tinggi yang mudah dicuri pada satu-satu masa. 2. Kerugian Terawal - Jumlah diinsuranskan mewakili kemungkinan keseluruhan harta benda akan dicuri pada satusatu masa. Jumlah diinsuranskan kerugian terawal merupakan peratusan daripada nilai sebenar atau ‘nilai penuh’ harta di premis perniagaan. Peratusan yang lebih rendah, contohnya 20% daripada jumlah nilai sebenar akan dikenakan kadar premium yang lebih tinggi berbanding dengan, katakan 50%, kerana tahap pendedahan risiko berkurangan.
Pengecualian Utama di bawah Insurans Kecurian: • susut nilai, kerugian turutan, hilang pasaran dan kerugian semasa pengambilan stok; • kerugian atau kerosakan yang berpunca dari kebakaran atau letupan; • kerugian atau kerosakan disebabkan terdapat unsur-unsur bersubahat dengan insured, ahli keluarga insured, pekerja pembantu rumah atau mana-mana individu yang dibenarkan berada di premis berkenaan; • kerugian atau kerosakan kerana premis ditinggalkan kosong atau tiada penghuni.
7.4 Insurans Marin
Insurans Marin adalah salah satu daripada bentuk terawal insurans yang bermula kedai kopi Edward Lloyd’s, yang menjadi tempat pertemuan bagi pihak-pihak di dalam industri perkapalan yang ingin memastikan kargo dan kapal-kapal, dan orang-orang sanggup mengunderait usahaniaga sedemikian. Kegiatan tidak formal ini akhirnya membawa kepada penubuhan pasaran insurans yang dikenali sebagai Lloyd’s of London dan melibatkan beberapa syarikat perkapalan dan perniagaan insurans. Syarikat insurans marin menyediakan perlindungan risiko yang dikenalpasti dan
PERNIAGAAN INSURANS AM
95
BAB 7
7.3.6 Insurans Kecurian
diketahui, terutamanya insurans badan kapal dan jentera untuk pemilik kapal, dan insurans kargo untuk pemilik kargo.
Badan Kapal dan Jentera
Perkara pokok insurans marin dan pendedahan kepada risiko diringkaskan seperti di bawah: • •
Tenggelam, terkandas, binasa atau karam. Liabiliti pelanggaran.
•
Kerugian atau kerosakan disebabkan peril laut, kebakaran, kehilangan dan kecurian semasa memunggah naik, memunggah turun dan penyimpanan sementara.
•
Kerugian atau kerosakan kapal ketika dalam pembinaan.
Kargo dan Tambang
BAB 7
Risiko Pembina Kapal
7.4.1 Insurans Marin Badan Kapal
Insurans marin badan kapal melindungi kerugian atau kerosakan ke atas kapal dan jentera disebabkan peril laut, kos Salvaj (menyelamat) dan liabiliti kerosakan harta yang terhad. Terma dan syarat perlindungan yang dinyatakan dalam Fasal Masa Institut – Badan Kapal. Polisi risiko pembina kapal sebaliknya melindungi kapal yang sama semasa dalam pembinaan, sehingga ia boleh memulakan operasi.
3/4 Liabiliti Pelanggaran Insurans marin badan kapal memberi perlindungan dari kerosakan akibat pelanggaran dengan kapal lain, terhad sehingga 75% dari amaun liabiliti (25% kerosakan dibayar oleh Kelab Perlindungan & Indemniti). Tuntutan maksimum di bawah polisi marin badan kapal termasuk kerosakan kapal dan liabiliti akibat kerosakan ialah nilai yang diinsuranskan bagi kapal berkenaan.
Perlindungan & Indemniti (P&I) Kelab Perlindungan & Indemniti (PI) menyediakan perlindungan bagi risiko yang lebih meluas dan tidak dapat ditentukan, seperti liabiliti pihak ketiga yang biasanya tidak dilindungi oleh insurer marin. Risiko pihak ketiga termasuk liabiliti pengangkutan yang ditanggung oleh pemilik kargo dari berlakunya kerosakan kepada kargo, liabiliti pemilik kapal dari berlakunya pelanggaran, pencemaran alam sekitar dan insurans risiko peperangan dan P&I; iaitu liabiliti undang-undang yang timbul daripada peperangan yang membabitkan kapal.
Sebagai contoh, andaikan kedua-dua kapal yang berlanggar diinsuranskan di bawah polisi 3/4 liabiliti pelanggaran badan kapal dan 1/4 dengan kelab PI. Kapal A bertanggungjawab 75%
96
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
kesalahan sementara kapal B bertanggungjawab 25% kesalahan. Kapal A mengalami kerosakan yang bernilai RM100,000 dan kapal B mengalami kerosakan yang bernilai RM200,000. Bayaran dari setiap insurer adalah seperti yang dinyatakan di bawah: Kapal B
Peratusan kesalahan
75%
25%
Nilai kerosakan
$100,000
$200,000
Liabiliti terhadap kapal lain
$150,000 (75% x $200,000)
$25,000 (25% x $100,000)
Bayaran penyelesaian bersih
$125,000 dibayar kepada B
Pengunderait perlu membayar
$112,500 (3/4 x $150,000)
$18,750 (3/4 x $25,000)
P&I perlu membayar
$37,500 (1/4 x $150.000)
$ 6,250 (1/4 x $25,000)
Pengunderait liabiliti pelanggaran membayar balik bahagian liabiliti kasarnya bagi setiap liabiliti kapal yang satu lagi. Berdasarkan bidang kuasa maritim, persoalan tanggungjawab terhadap pelanggaran ditentukan dengan merujuk kepada Peraturan Antarabangsa untuk Pencegahan Pelanggaran di Lautan, yang memberikan garis panduan bagaimana kapal perlu dipandu untuk mengelakkan pelanggaran. Pembahagian liabiliti antara kapal-kapal biasanya berdasarkan kepentingan kausatif (causative) terhadap sebarang pelanggaran peraturan berkenaan.
7.4.2 Insurans Marin Kargo Polisi Marin Kargo ditawarkan dalam jenis kontrak jualan berikut apabila menggunakan mod pengangkutan laut atau laluan air:1. Percuma di Atas Kapal (Free on Board - FOB) - risiko dipindahkan kepada pembeli, termasuk bayaran kos pengangkutan dan insurans sebaik sahaja barang-barang dimuatkan ke dalam kapal. 2. Kos dan Tambang (Cost and Freight – C&F) – Hak milik, risiko dan kos/premium insurans dipindahkan kepada pembeli sebaik sahaja barangan dimuatkan ke dalam kapal. Penjual menanggung kos/tambang pengangkutan barangan ke destanasi pelabuhan. 3. Kos, Insurans dan Tambang (Cost, Insurance and FreightCIF) – hak milik dan risiko dipindahkan kepada pembeli apabila barangan dimuatkan ke dalam kapal. Penjual membayar tambang pengangkutan dan bayaran insurans barangan ke destinasi pelabuhan.
PERNIAGAAN INSURANS AM
97
BAB 7
Kapal A
Terdapat tiga jenis perlindungan utama di bawah polisi marin kargo di mana insured boleh memilih salah satu dari fasal berikut:1. Fasal Institut Kargo A - Semua Risiko 2. Fasal Institut Kargo B - Risiko Khusus 3. Fasal Institut Kargo C - Risiko Khusus
Peril yang dilindungi di bawah Fasal Institut Kargo adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
BAB 7
Peril yang Dilindungi
Fasal Institut Kargo A
B
C
Karam, terdampar, terkandas, tenggelam
√
√
√
Kebakaran, letupan
√
√
√
Pelanggaran
√
√
√
Terbalik, kegelinciran dari pengangkutan darat
√
√
√
Gempa bumi, letusan gunung berapi, petir
√
√
X
Pengorbanan purata am
√
√
√
Jetison (pembuangan barang untuk meringankan kapal)
√
√
√
Pemunggahan turun kargo di pelabuhan kerana kecemasan
√
√
√
Purata am dan caj salvaj
√
√
√
Dihanyutkan kelaut
√
√
X
Kemasukan air laut, tasik, sungai kedalam kapal
√
√
X
√
√
X
Lanun dan kecurian
√
X
X
Kerosakan atau kemusnahan yang disengajakan
√
X
X
Salah laku yang disengajakan oleh insured
X
X
X
Bocor biasa, kehilangan berat atau isipadu, haus & lusuh
X
X
X
Pembungkusan tidak sempurna/tidak sesuai
X
X
X
Keadaan semulajadi atau ciri-ciri perkara pokok
X
X
X
Kapal tidak layak berada di laut (insured mengetahuinya)
X
X
X
Ketidaksolvenan atau masaalah kewangan pemilik kapal
X
X
X
Perang, mogok, huru-hara & rusuhan awam
X
X
X
Atom dan senjata nuklear
X
X
X
Kehilangan keseluruhan bungkusan semasa memunggah naik atau turun kapal
98
Perluasan Perlindungan Marin Kargo: Perluasan perlindungan berikut ditawarkan kepada insured, tertakluk kepada bayaran premium tambahan seperti yang telah ditetapkan oleh Institute of London Underwriters (ILU):• Fasal Institut Peperangan • Fasal Institut Mogok
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Pengecualian Perlindungan Marin Kargo: • Salah laku insured yang disengajakan; • Kebocoran biasa; susut berat atau isipadu; haus dan lusuh; • Pembungkusan yang tidak sesuai; • Keburukan sedia ada; • Lewat • Ketidaksolvenan atau masaalah kewangan pemilik kapal
Secara amnya, untuk pesawat kelas pertengahan, terdapat dua jenis polisi utama:• Badan kapal, alat ganti dan liabiliti pihak ketiga (biasanya digabungkan dalam satu had tunggal), dan • Peperangan dan peril seumpamanya
Sebagai tambahan, polisi insurans penerbangan juga menawarkan perlindungan dari peril berikut:• Liabiliti tambang untuk melindungi liabiliti pemilik pesawat terhadap pemilik kargo. • Kemalangan diri untuk anak kapal atau kru kabin. • Kehilangan lesen memandu milik pilot dan jurutera penerbangan.
Sebahagian besar pembeli polisi insurans penerbangan adalah terdiri dari syarikat penerbangan komersial yang biasanya memiliki “Polisi Fleet” untuk melindungi semua pesawat yang dimiliki atau dikendalikan oleh mereka.
Pembeli lain terdiri dari; • Pemilik pesawat korporat/perniagaan • Pemilik pesawat persendirian; dan • Kelab-kelab penerbangan
Risiko penerbangan dan kepentingan Malaysia di luar negara dilindungi secara bersama oleh Kumpulan Penerbangan Malaysia yang terdiri daripada lapan syarikat insurans tempatan dan empat reinsurer dengan kapasiti pengunderaitan sebanyak RM393 juta. Tiada insurer secara sendirian yang mampu dan mempunyai sumber kewangan untuk menanggung risiko besar berkenaan, malah walau sebahagian kecil risiko pun. Risiko dan bencana penerbangan boleh dianggarkan dan dikenalpasti melalui jumlah kerugian yang mencapai beratus juta ringgit yang perlu ditanggung oleh insurer.
Konvensyen Montreal (dahulunya ia merupakan konvensyen menyeragamkan beberapa peraturan penerbangan antarabangsa PERNIAGAAN INSURANS AM
99
BAB 7
7.4.3 Insurans Penerbangan Kebanyakan polisi insurans penerbangan dikeluarkan berdasarkan konsep “semua risiko” yang melindungi kerosakan badan kapal, liabiliti kepada penumpang dan liabiliti awam.
untuk syarikat penerbangan) telah diluluskan oleh ahli mesyuarat diplomatik negara-negara Persatuan Penerbangan Awam Antarabangsa (International Civil Aviation Organization - ICAO) pada tahun 1999. Perjanjian pelbagai hala ini mula berkuatkuasa pada 2003 bertujuan menyelaraskan hak-hak penumpang penerbangan antarabangsa. 7.4.4 Insurans Barangan Dalam Transit
BAB 7
7.5 Insurans Liabiliti
100
Insurans barangan dalam transit melindungi perjalanan barangan yang dibeli atau dijual dalam pasaran tempatan. Biasanya, pemilik barangan atau syarikat pengangkutan professional yang membeli polisi ini; atau syarikat logistik yang juga bertanggungjawab atas barangan di bawah simpanan sementaranya. Polisi insurans barangan dalam transit biasanya menawarkan bentuk perlindungan ‘semua risiko’ secara tahunan atau untuk setiap transit barangan. Skop Perlindungan: • Bayaran indemniti atas kerugian atau kemusnahan fizikal barang-barang disebabkan kebakaran, kemalangan, kecurian atau kehilangan ketika didalam perjalanan transit dijalan raya, landasan dan laluan air (contohnya pengangkutan feri dari tanah besar ke Pulau Pinang); dan • Melindungi kerugian ketika memunggah naik dan turun barangan dari kenderaan atau treler dan ketika dalam simpanan sementara didalam perjalanan transit dalam lingkungan sempadan geografi (contohnya di Malaysia dan Singapura). Pengecualian Utama Insurans Barangan Dalam Transit; • kerugian disebabkan haus, lusuh dan susutnilai • penangguhan, kehilangan pasaran, kerugian turutan yang seumpamanya; • kecurian atau kehilangan barang akibat perbuatan pekerja insured; • gempa bumi dan kebakaran bawah tanah; • gegat, haiwan perosak, serangga, lembap, berkulapuk dan berkarat; • kemerosotan dan perubahan barangan secara semula jadi; • barangan milik pelawat/pelancong perdagangan; • kargo seperti bahan letupan, bahan-bahan kimia dan asid yang merbahaya, wang tunai, not mata wang bank, sekuriti, barang kemas, dan buku-buku perniagaan.
Insurans liabiliti menyediakan bayaran ganti rugi atau indemniti terhadap tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga bagi kecederaan badan atau kerosakan harta benda; dan dalam insurans liabiliti indemniti profesional dan liabiliti pengarah dan pegawai, kerugian kewangan atau kerugian ekonomi di mana insured adalah bertanggungjawab disisi undang-undang.
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
7.5.1 Jenis-jenis Utama Polisi Liabiliti dan Skop Perlindungan
Liabiliti Produk
Indemniti Profesional
Liabiliti Pengarah dan Pegawai
} } } }
•
• •
Perlindungan liabiliti perundangan perniagaan atau perusahaan dari kecederaan anggota badan mana-mana individu atau orang awam dan/atau kerugian dan/atau kerosakan harta yang timbul dari amalan atau operasi perniagaan. Risiko alam sekeliling juga dilindungi tetapi hanya meliputi liabiliti pencemaran yang berlaku secara mendadak dan kebetulan Perlindungan liabiliti perundangan kepada pengeluar terhadap pihak ketiga yang mengalami kecederaan badan atau kerosakan disebabkan kecacatan produk. Indemniti atas kerugian yang berlaku selepas penghantaran barangan.
•
Perlindungan liabiliti perundangan kepada individu profesional atas kerugian kewangan yang dialami oleh pihak ketiga, khususnya pelanggan, disebabkan tidak mematuhi terutamanya tanggungjawab khidmat profesional.
•
Indemniti kepada pengarah dan pegawai syarikat, pemegang amanah, organisasi dsb., terhadap liabiliti peribadi kerugian kewangan yang dialami oleh pihak ketiga. Indemniti disebabkan kecuaian, contohnya pelaburan yang tidak bijak dan tergesa-gesa.
•
BAB 7
Liabiliti Awam
•
7.5.2 Perbezaan di Antara Di Malaysia, insurans pampasan pekerja asing adalah wajib di bawah Pampasan Pekerja Seksyen 26(2) Akta Pampasan Pekerja (WCA) 1952 (dipinda pada dan Liabiliti Majikan Ogos 1996), sementara Akta Keselamatan Sosial Pekerja (ESSA) 1969 menguatkuasakan caruman wajib dari majikan dan juga pekerja kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).
Di Malaysia, berkuatkuasa mulai 1 Julai 1992, semua pekerja yang pendapatan bulanannya di bawah RM3,000 tidak lagi tertakluk kepada Akta Pampasan Pekerja, tetapi mereka (majikan dan pekerja) diwajibkan membuat caruman kepada PERKESO, iaitu sebuah agensi kerajaan yang mengawalselia Akta Keselamatan Sosial Pekerja (ESSA).
Seksyen 42 Akta Keselamatan Sosial Pekerja (ESSA) melarang seseorang pekerja yang mendapat pampasan daripada PERKESO, menerima ‘apa-apa faedah lain di bawah mana-mana undangundang bertulis lain’; Ini bermakna seorang pekerja tidak boleh mendakwa majikan di mahkamah untuk pampasan tambahan (lebih daripada yang disediakan oleh PERKESO) walaupun dia dapat membuktikan kecuaian majikan mengenainya.
PERNIAGAAN INSURANS AM
101
Pampasan Pekerja • Sistem ‘tidak bersalah’ jika pekerja itu tidak dikehendaki untuk membuktikan kecuaian. • Menawarkan bayaran gantirugi yang munasabah bagi kerugian ekonomi atau kewangan atas kecederaan yang berkaitan dengan kerja. • Menggunakan skala tetap pampasan bagi rawatan perubatan, kos pemulihan, kehilangan pendapatan dan faedah-faedah bagi tanggungan yang masih hidup.
Liabiliti Majikan Pekerja perlu membuktikan kecuaian untuk layak menerima pampasan ‘penuh’ di bawah undang-undang am. Kecuaian sertaan (oleh pekerja) akan dipertimbangkan oleh pihak mahkamah.
Liabiliti di bawah undang-undang am termasuk ganti rugi am seperti kesakitan dan penderitaan, kehilangan kemudahan dan kehilangan kuasa pemikiran.
Skop Perlindungan:
BAB 7
Liabiliti Majikan •
Menyediakan indemniti kepada majikan atas kerosakan dan kos guaman berkenaan dengan liabiliti majikan terhadap pekerja yang mengalami kecederaan ketika menjalankan tugasnya.
Insurans Pampasan Pekerja •
Menyediakan bayaran pampasan kepada pekerja-pekerja (mengikut jadual pampasan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952) untuk kecederaan yang dialami semasa menjalankan tugas.
Skim Pampasan Pekerja Asing •
Menyediakan bayaran pampasan kepada pekerja asing bagi kecederaan yang dialami ketika menjalankan tugas, termasuk perbelanjaan penghantaran balik dan perlindungan Kemalangan Diri (dikeluarkan oleh panel penanggung insurans yang dibenarkan).
7.6 Insurans Kemalangan Pelbagai
7.6.1 Kemalangan Diri
102
Jenis-jenis insurans yang boleh didapati di jabatan kemalangan pelbagai termasuklah insurans kemalangan pelbagai dan polisi-polisi lain yang diistilahkan sebagai ‘pekuniari’ (khususnya dalam bentuk wang atau bayaran wang) seperti insurans wang, jaminan kesetiaan, bon dan lain-lain yang tidak dilindungi secara khusus di bawah insurans motor, hartanah, marin, penerbangan, insurans liabiliti atau kejuruteraan. Insurans kemalangan diri menyediakan perlindungan terhadap kesan-kesan ekonomi akibat kemalangan, biasanya dalam bentuk kehilangan pendapatan. Tidak seperti pampasan pekerja yang telah diwajibkan, perlindungan yang disediakan di bawah insurans kemalangan diri terpakai bukan sahaja kepada kemalangan di tempat kerja tetapi di seluruh dunia bagi kemalangan dalam apa jua bentuk sama ada di rumah, semasa dalam perjalanan, pada masa lapang, semasa melakukan aktiviti sukan, dan di jalan raya, yang dikenali sebagai ‘perlindungan 24 jam’.
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Insurans kemalangan diri yang ditawarkan kepada individu atau kepada sekumpulan pekerja dalam satu polisi untuk melindungi kecederaan anggota badan, disebabkan semata-mata dan secara langsung dari kemalangan luaran yang ngeri dan boleh dilihat secara langsung dan bebas dari lain-lain sebab keputusan kematian atau hilang upaya.
Manfaat
Kematian
Bayaran sekaligus daripada jumlah yang diinsuranskan sekiranya berlaku kematian disebabkan kemalangan
Hilang Upaya Kekal
Bayaran sekaligus daripada jumlah diinsuranskan atau peratusan daripadanya apabila berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (sepanjang hayat insured) atau Hilang Upaya Separa Kekal seperti yang dinyatakan dalam Jadual Hilang Keupayaan.
Hilang Upaya Sementara
Kadar Mingguan Elaun Tetap sekiranya berlaku Hilang Upaya Sementara untuk melakukan tugas seperti biasa, terhad kepada Tempoh Maksimum Pampasan iaitu 104 minggu.
Elaun Tunai Hospital Harian
Kadar Elaun Tetap Harian sekiranya dimasukkan ke hospital disebabkan Kecederaan akibat Kemalangan.
Perbelanjaan Perubatan
Bayaran Balik Perbelanjaan Perubatan Sebenar disebabkan Kemalangan.
7.6.2 Insurans Wang
Insurans kemalangan diri tidak melindungi kematian dan hilang upaya disebabkan oleh: • Bunuh diri, tidak siuman atau di bawah pengaruh dadah atau alkohol. • AIDS, penyakit melalui jangkitan hubungan seks dan lain- lain penyakit yang berkaitan dengannya. • Tindakan yang menyalahi undang-undang. • Penerbangan atau memandu arah pesawat atau sebagai anak kapal. • Tugas-tugas anggota polis dan tentera. • Sukan profesional dan sukan berbahaya. • Kehamilan, melahirkan anak, keguguran, menggugurkan kandungan. • Kecacatan fizikal atau mental sedia ada.
Istilah “wang” termasuklah wang tunai, not bank dan mata wang kertas, cek, wang pos, mata wang, bayaran pos dan setem hasil yang dimiliki oleh atau di bawah tanggungjawab insured. Insurans wang biasanya dikeluarkan berasaskan ‘Semua Risiko’ yang melindungi kerugian kewangan yang berlaku ketika:• dalam transit antara premis insured dan bank, dilakukan oleh pekerja yang diberi kuasa atau wakil bagi pihak insured.
PERNIAGAAN INSURANS AM
103
BAB 7
Skop Perlindungan
BAB 7
• di premis insured semasa waktu perniagaan. • di dalam bilik berkunci atau bilik kebal di premis insured, selepas waktu perniagaan. • di kediaman persendirian mana-mana pegawai atau pengarah syarikat milik insured. • lain-lain situasi yang dinyatakan.
Sebagai tambahan kepada perlindungan kehilangan wang, polisi insurans wang juga menawarkan bayaran indemniti bagi kerugiankerugian berikut, tertakluk kepada had tertentu:• kos pembaikan atau penggantian bilik kebal yang mengalami kerosakan akibat daripada cubaan pecah masuk menggunakan kekerasan dan keganasan atau akibat dari rompakan bersenjata. • pampasan kepada pembawa wang atas kecederaan yang dialami akibat dirompak atau dijadikan tebusan semasa dalam transit. • pembawa wang yang tidak jujur, yang mungkin melarikan diri bersama wang berkenaan.
Polisi insurans wang tidak membayar tuntutan yang timbul dari: • penipuan atau ketidakjujuran pekerja (selain daripada perlindungan terhad kepada pembawa wang); • wang yang terkurang disebabkan silap pengiraan atau tertinggal; • kerugian berlaku di luar kawasan yang ditetapkan; • kehilangan wang dari mana-mana bilik kebal berikutan penyalahgunaan kunci bilik (yang ditinggalkan di dalam bilik yang sama); • susut nilai mata wang; • kehilangan wang dalam kenderaan yang ditinggalkan tanpa pengawasan (diiringi oleh pengawal keselamatan); • rampasan, memilik-negarakan, pengambil-alihan atau kemusnahan yang disengajakan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan.
7.6.3 Jaminan Kesetiaan
Objektif insurans jaminan kesetiaan adalah untuk menyediakan perlindungan dari kerugian disebabkan kecurangan orang yang memegang jawatan yang diamanahkan. Pekerja yang diberi tanggungjawab mengendalikan wang atau saham yang dimiliki oleh majikan mungkin melakukan tindakan penyelewengan, penyalahgunaan atau penipuan dalam penukaran hak milik harta yang dimiliki oleh majikan demi kepentingan peribadi.
104
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
1. Individu - pekerja atau jawatan tertentu sahaja 2. Kolektif - memilih sejumlah bilangan pekerja tertentu mengikut jawatan. 3. Menyeluruh - semua pekerja syarikat.
Jenis-jenis Jaminan •
setiap pekerja/individu
•
setiap individu dan kejadian
•
setiap tahun
•
setiap individu dan kejadian
•
aggregat tahunan/setiap polisi
Terdapat dua isu yang berkaitan dengan persoalan apakah kejadian yang mencetuskan tuntutan di bawah polisi insurans jaminan kesetiaan:1. perbuatan penyelewengan berlaku semasa dalam tempoh kuatkuasa polisi dan pekerja melakukan tugas tanpa sebarang gangguan tempoh perkhidmatan; 2. penemuan mengenai kerugian berkenaan diketahui semasa dalam tempoh yang ditetapkan (biasanya enam hingga dua belas bulan) selepas peletakan jawatan, kematian, dipecat, persaraan individu/pekerja yang bersalah atau selepas polisi ditamatkan, mana-mana yang berlaku dahulu.
Polisi jaminan kesetiaan tidak membayar sebarang tuntutan berkaitan dengan: • kerugian kewangan tidak langsung, contohnya hilangan minat disebabkan gangguan perniagaan • Kecuaian - semasa pengambilan stok atau kerugian inventori • bon menyeluruh jurubank
7.6.4 Bon
Bon adalah satu bentuk insurans jaminan. Jaminan wujud apabila satu pihak menjamin perlaksanaan tugas oleh pihak lain suatu aku janji atau tanggungjawab. Bon jaminan adalah suatu perjanjian bertulis di mana penjamin, pihak yang mengeluarkan bon, mengambil tanggungjawab kepada benefisiari atau majikan untuk membayar sejumlah wang yang ditetapkan sekiranya berlaku pelanggaran atau keingkaran kontraktor. Di bawah pelaksanaan atau pengeluaran bon, syarikat insurans bertindak sebagai penjamin kepada prinsipal atau majikan bahawa jika syarikat pembinaan tidak dapat menyiapkan kontrak kerja, maka syarikat insurans akan menyediakan sumber kewangan untuk menyiapkannya (biasanya terhad kepada 5 peratus daripada jumlah nilai kontrak). Lain-lain jenis bon termasuk bon tender, bon bayaran pendahuluan, bon penyelenggaraan dan bon bekalan.
PERNIAGAAN INSURANS AM
105
BAB 7
Jenis-jenis Polisi
Bon dikeluarkan bersempena dengan kerja-kerja kejuruteraan yang mana insurans pembinaan dan insurans pampasan pekerja yang diambil oleh prinsipal dan kontraktor utama yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja. Syarikat insurans menyediakan bayaran amaun yang dipersetujui sekiranya kontraktor gagal memenuhi tanggungjawabnya.
7.7 Insurans Kejuruteraan
BAB 7
7.7.1 Polisi Kejuruteraan Boleh Diperbaharui
Insurans kejuruteraan terdiri daripada kelas-kelas khusus insurans perniagaan dan polisi-polisinya boleh dikategorikan sebagai: 1. Polisi boleh diperbaharui; dan 2. Polisi tidak boleh diperbaharui. Jadual di bawah menyenaraikan tiga polisi utama di bawah insurans kejuruteraan yang boleh diperbaharui dan keterangan ringkas mengenai bentuk perlindungan dan pengecualian utama bagi setiap polisi:
1. Dandang dan Loji Tekanan • • •
Kerosakan (selain daripada disebabkan kebakaran) kepada dandang atau loji tekanan (dijana oleh wap atau air panas) disebabkan oleh letupan atau runtuhan. Legal Liabiliti undang-undang kerosakan harta pihak ketiga Liabiliti undang-undang atas kecederaan atau kematian pihak ketiga
2. Kerosakan Jentera dan Kehilangan Keuntungan •
•
Kerosakan secara tiba-tiba dan tidak diduga (selain daripada disebabkan kebakaran) ke atas jentera dan loji tempat kerja atau sedang dibaiki bagi tujuan pembersihan, pemeriksaan, baikpulih tertakluk kepada a) perjanjian penyelenggaraan tahunan; dan b) jaminan pemeriksaan berkala Polisi kehilangan keuntungan melindungi kehilangan keuntungan operasi dan caj membaiki kerosakan jentera.
3. Peralatan Elektronik • Perlindungan berasaskan ‘semua risiko’ atas apa-apa kerosakan fizikal atau kerosakan kepada sistem pemprosesan data elektronik dan perkakasnya. • Seksyen 1 Kerosakan Bahan untuk perkakasan komputer • Seksyen 2 Data Media Luaran dan kos pemprosesan semula data yang hilang • Seksyen 3 Peningkatan Kos Kerja Pengecualian Utama:
106
1. Dandang dan Loji Tekanan • haus dan lusuh, tetapi letupan atau runtuhan dandang yang terjadi disebabkan haus dan lusuh adalah dilindungi; • kegagalan bahagian mesin yang boleh diganti (iaitu bahagian yang memerlukan penyelenggaraan berkala), kecuali kecacatan tersebut mengakibatkan letupan atau runtuhan; • Kerosakan harta milik insured disebabkan kebakaran;
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
3. Peralatan Elektronik • gempa bumi, letusan gunung berapi, ribut, siklon atau taufan; • kesilapan atau kecacatan yang timbul ketika permulaan kuatkuasa polisi dan diketahui oleh insured; • kegagalan atau gangguan bekalan gas, air atau elektrik; • keadaan persekitaran; • kos penyelenggaraan; • kerugian atau kerosakan yang menjadi tanggungjawab pembekal atau pengeluar mengikut undang-undang atau berdasarkan kontrak; • kerugian atau kerosakan peralatan yang disewa yang menjadi tanggungjawab pemilik mengikut undang-undang atau berdasarkan kontrak; • kerugian turutan atau liabiliti. 7.7.2 Polisi Kejuruteraan Tidak Boleh Diperbaharui
Polisi jenis ini kebanyakannya dikeluarkan berikutan dengan kerjakerja projek kejuruteraan awam atau mekanikal yang memerlukan nilai insurans yang tinggi dan perlindungan jangka masa panjang sehingga beberapa tahun. Insurans Semua Risiko Kontraktor Insurans Semua Risiko Kontraktor (CAR) direka untuk tujuan mematuhi tuntutan kontraktor di bawah kontrak kejuruteraan awam yang merangkumi pembinaan bangunan, jambatan, dan jalan raya, dan lain-lain berdasarkan ‘semua-risiko’. Kerosakan atau kecacatan kerja-kerja pembinaan dan liabiliti pihak ketiga yang timbul daripada kerja-kerja yang dilakukan semasa tempoh pembinaan dan semasa tempoh ‘penyelenggaraan’ atau ‘liabiliti kecacatan’ akan dilindungi. Seksyen 1 - Kerosakan Material – melindungi kerugian fizikal atau kerosakan kepada: a) kerja-kerja kontrak dan semua bahan berkaitan dan tapak pembinaan b) Loji, jentera dan peralatan milik kontraktor yang digunakan dalam pembinaan PERNIAGAAN INSURANS AM
107
BAB 7
• kerosakan atau liabiliti disebabkan oleh perbuatan yang disengajakan atau kecuaian insured; • Kerugian yang dialami akibat pemberhentian kerja loji; • kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh taufan, ribut, letusan gunung berapi, gempa bumi dan seumpamanya. 2. Kerosakan Jentera dan Kehilangan Keuntungan • haus dan lusuh biasa; • kerugian atau kerosakan disebabkan kebakaran atau letupan; • banjir, tenggelam, gempa bumi dan seumpamanya.
BAB 7
c) Harta sedia ada atau disekitar tapak pembinaan milik prinsipal atau majikan.
Seksyen 2 - Liabiliti Pihak Ketiga – melindungi liabiliti perundangan insured: a) Kerosakan harta disebabkan kemalangan dan/atau b) Kecederaan anggota badan kepada pihak ketiga yang timbul daripada pelaksanaan kerja kontrak.
Tujuan insurans semua risiko kontraktor adalah untuk menyediakan dana segera berikutan sesuatu kemalangan untuk mengurangkan risiko kelewatan atau gagal disiapkan. Risiko menjadi lebih serius apabila tarikh siap semakin hampir dan nilai diinsuranskan yang tinggi, seterusnya akan meningkatkan tahap kerugian atau kerosakan berbanding dengan semasa peringkat awal pembinaan.
Semua Risiko Pembinaan Insurans semua risiko pembinaan (EAR) adalah sama seperti insurans semua risiko kontraktor di mana perlindungan diberi berasaskan ‘semua-risiko’ yang meliputi kerosakan material kepada kerja-kerja pembinaan dan liabiliti pihak ketiga yang timbul daripada kerja-kerja tersebut. Perbezaannya ialah insurans semua risiko pembinaan (EAR) melibatkan projek kejuruteraan mekanikal yang merangkumi pembinaan loji atau pemasangan jentera khas, manakala insurans semua risiko kontraktor (CAR) melibatkan kerja-kerja kejuruteraan awam seperti yang dijelaskan di atas.
Polisi ini dibahagikan kepada dua bahagian: 1. Seksyen Kerosakan Material melindungi kerosakan kepada loji atau jentera termasuk bahan binaan di tapak pembinaan. Had indemniti mewakili jumlah nilai kontrak termasuk semua bahan binaan di tapak pembinaan. 2. Seksyen Liabiliti Pihak Ketiga melindungi kerosakan harta dan/atau kecederaan tubuh badan akibat daripada pelaksanaan kerja-kerja yang diinsuranskan. Had indemniti mengambil kira harta sedia ada dan harta milik penduduk sekitar yang terdedah kepada peril tersebut.
108
Tempoh insurans bermula dari tarikh pemasangan dan berterusan sehingga keperingkat pengujian dan pentauliahan serta kemudiannya diserahkan kepada prinsipal.
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
INSURANS SEMUA RISIKO PEMBINAAN memberi perlindungan kepada mesin tunggal yang besar berserta peralatannya dan pemasangan atau projek turnkey yang melibatkan loji janakuasa dan kemudahannya. Kedua-dua jenis projek berkenaan biasanya melibatkan perkara-perkara berikut: •
Kerja-kerja sampingan yang berkaitan dengan kejuruteraan awam; • Loji, jentera atau kelengkapan yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja kejuruteraan; • Harta sedia ada di lokasi milik atau di bawah jagaan insured; • Perbelanjaan yang ditanggung bagi kerja-kerja pembersihan serpihan selepas berlakunya kerugian; • Perbelanjaan tambahan yang ditanggung untuk kerja lebih masa, penghantaran segera dan sebagainya. Pengecualian Utama di Bawah polisi Semua Risiko Kontraktor dan Semua Risiko Pembinaan: • kesilapan reka bentuk, kecacatan bahan-bahan atau mutu kerja; • haus dan lusuh, karat, dan buruk; • kerosakan mekanikal dan/atau elektrikal loji pembinaan dan jentera; • kenderaan bermotor yang dilesenkan untuk kegunaan jalan raya awam atau kapal atau pesawat; • dokumen, fail, lakaran, akaun, bil, mata wang, nota, sekuriti dan cek; • pengambilan saham atau inventori; • lebihan atau deduktibel; • kerugian turutan; • perbuatan yang disengajakan oleh mana-mana pengarah, pengurus atau pekerja.
PERNIAGAAN INSURANS AM
109
BAB 7
7.8 Soalan Penilaian Diri 1.
Yang manakah di antara jenis-jenis kerosakan berikut dilindungi secara automatik di bawah polisi kebakaran komersial? a) Kerosakan disebabkan letupan dan diikuti dengan kebakaran b) Kerosakan disebabkan oleh anggota bomba yang sedang berusaha memadamkan api kebakaran c) Kerosakan disebabkan pembakaran spontan d) Kerosakan disebabkan kebakaran bawah tanah
2.
Apakah tujuan dan perlindungan utama polisi insurans gangguan perniagaan direka? a) Kehilangan daya pengeluaran akibat daripada tindakan industri b) Kerugian turutan yang timbul berikutan kerosakan material c) Kos memulihkan reputasi perniagaan berikutan tuntutan liabiliti produk
BAB 7
d) Kehilangan keuntungan apabila pelanggan utama menutup perniagaan 3.
Pada masa bilakah liabiliti kepada penumpang diwajibkan di Malaysia? a) Ketika penumpang dalam perjalanan di dalam kenderaan bermotor, termasuk ketika naik atau turun dari kenderaan berkenaan b) Penumpang dibawa untuk tujuan mendapatkan upah atau ganjaran atau ketika dibawa dalam kenderaan majikan untuk melaksanakan tugas c) Pekerja melakukan perjalanan sebagai penumpang kenderaan milik majikan d) Mana-mana orang yang mempunyai kontrak pekerjaan dengan insured atau pemandu yang dibenarkan
4.
Tuntutan gantirugi kerosakan harta disebabkan ribut petir telah diterima di bawah polisi empunya rumah untuk membaiki bumbung; pagar dan mengecat semula siling akibat daripada kerosakan air. Apakah yang dilindungi di bawah polisi ini? a) Membaiki bumbung sahaja b) Membaiki bumbung dan siling sahaja c) Membaiki bumbung dan pagar sahaja d) Membaiki bumbung, pagar dan mengecat semula siling rumah
5.
Yang manakah di antara tuntutan-tuntutan berikut dilindungi di bawah polisi motor komprehensif kenderaan persendirian? a) Tayar depan kereta rosak teruk selepas membrek bagi mengelakkan perlanggaran b) Penurunan nilai pasaran selepas kereta dibaiki akibat kemalangan c) Kos menyewa kenderaan selepas kereta ditahan oleh pihak polis d) Kerosakan kenderaan akibat terbakar disebabkan berlakunya litar pintas di bawah papan pemuka kereta
110
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
6.
Perlindungan asas untuk jentera dan loji di bawah polisi kejuruteraan adalah berkenaan dengan a) kerosakan disebabkan kebakaran dan letupan. b) kerosakan disebabkan letupan atau kerosakan mekanikal. c) kerosakan secara tiba-tiba dan tidak diduga. d) letupan dan kerugian turutan.
7.
Insurans kecurian komersial biasanya melindungi kehilangan harta milik insured disebabkan oleh a) apa-apa cara kecurian termasuk secara penipuan. b) kecurian yang melibatkan cubaan pecah masuk ke dalam atau keluar dari premis dengan menggunakan kekerasan dan keganasan. c) apa-apa cara kecurian kecuali penyelewengan dana kerana ketidakjujuran pekerja. d) apa-apa cara kecurian kecuali mencopet. Polisi insurans untuk kontraktor melindungi kerja-kerja kontrak dari berlakunya
BAB 7
8.
a) kerosakan mekanikal atau elektrik. b) kerugian yang timbul disebabkan kecacatan reka bentuk atau ketidakcekapan kerja sahaja. c) kebakaran dan letupan terhad sahaja. d) ‘semua risiko’ kerugian atau kerosakan, tertakluk kepada pengecualian tertentu. 9.
Polisi indemniti profesional MENGECUALIKAN liabiliti yang timbul sekiranya insured didapati a) tidak jujur. b) mengingkari tanggungjawab. c) cuai. d) kesilapan atau meninggalkan.
10. Insurans motor diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana sebab-sebab berikut, KECUALI a) menyediakan dana yang diperlukan untuk membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya. b) untuk memastikan kecukupan dana sedia ada bagi membayar tuntutan yang diluluskan oleh mahkamah. c) untuk membayar pampasan kepada mangsa kemalangan langgar lari. d) untuk meringankan beban kewangan kerajaan dan melindungi kepentingan negara.
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.
PERNIAGAAN INSURANS AM
111
BAB 7
112
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
8.1 Pengenalan
Pengunderaitan Insurans Am Pengunderaitan adalah proses memilih risiko insurans dan mengkelaskannya mengikut tahap kebolehinsuranannya supaya kadar premium yang berpadanan dapat ditetapkan. Proses pengunderaitan ini juga melibatkan keputusan menolak risiko yang tidak layak untuk dilindungi. Pengunderait biasanya akan merujuk kepada ‘Garis Panduan Pengunderaitan’ untuk menentukan risiko mana yang boleh diterima dan ditolak, mengikut amalan pengunderaitan syarikat insurans. Pengunderaitan juga melibatkan penentuan premium atau harga perlindungan insurans. Adalah penting untuk memastikan insurer mengenakan amaun bayaran yang berpadanan dengan perlindungan yang diberi. Ini adalah kerana jika caj insurans terlalu rendah, insurer akan mengalami kerugian pengunderaitan sekiranya pengalaman tuntutan tidak memuaskan. Jika insurer mengenakan caj insurans yang tinggi, ia mungkin akan kehilangan peluang perniagaan kepada pesaingnya. Tugas pengunderait memerlukan tahap kemahiran yang tinggi untuk mengimbangi antara peningkatan premium dan keuntungan syarikat.
8.2 Proses Pengunderaitan
3. Menetapkan terma dan syarat perlindungan polisi
2. Harga insurans dengan mengenakan premium yang setimpal dengan risiko 1. Penilaian, penaksiran dan pemilihan risiko untuk diinsurans
PENGUNDERAITAN INSURANS AM
113
BAB 8
BAB 8
8.3 Garis Panduan Pengunderaitan
BAB 8
8.4 Penetapan Premium Insurans Am
114
1. Setiap syarikat insurans biasa mempunyai senarai ‘risiko yang diutamakan’nya sendiri. Sebagai contoh, di bawah insurans motor - pemandu yang lebih tua dan berpengalaman yang biasanya kaum lelaki berkahwin berumur lebih dari 30 tahun menunjukkan rekod tuntutan yang memuaskan dan ini dianggap sebagai ‘risiko yang baik’. 2. Sebaliknya, ‘risiko yang dirujuk’ adalah mereka yang dianggap berbahaya kerana ciri-ciri tertentu yang terdapat dalam risiko berkenaan. Contohnya, dalam pengunderaitan insurans kebakaran, risiko perabot dan kelengkapan diperbuat dari kayu akan dinilai selepas kaji selidik yang dijalankan oleh jurutera atau juruukur risiko untuk menilai struktur, proses dan kemasan keseluruhan. Pengunderait memerlukan maklumat berkaitan untuk membuat keputusan sama ada untuk menerima atau menolak risiko berkenaan, dan jika diterima, ia akan menentukan kadar premium yang bersesuaian, terma dan syarat polisi dan mungkin juga mengesyorkan langkah-langkah pembaikan risiko. 3. Risiko akan ditolak sekiranya ia mempunyai pendedahan risiko yang tinggi. Sebagai contoh, kenderaan bermotor seperti teksi, bas pelancong dan bas ekspres yang membawa penumpang bagi tujuan sewaan atau ganjaran boleh menyebabkan peningkatan jumlah kerugian yang tinggi sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kerosakan kepada kenderaan, kerosakan harta pihak ketiga dan liabiliti kepada penumpang. Ia adalah sama seperti risiko penerbangan yang boleh menyebabkan kerugian besar disebabkan satu kemalangan udara. Di Malaysia, perlindungan insurans untuk risiko yang sedemikian dikendalikan secara dana bersama seperti Dana Insurans Motor Malaysia dan Dana Penerbangan Malaysia.
Pengiraan premium insurans perlu mengambil kira kadar minimum dan kadar maksimum dan setakat mana premium boleh diselaraskan berdasarkan bilangan dan amaun kerugian bagi setiap kelas perniagaan. Secara umumnya, premium kasar terdiri daripada faktor-faktor berikut:a) premium risiko, b) perbelanjaan, komisen dan brokeraj, c) luar jangka (contingency) atau keselamatan (kepelbagaian kerugian), d) margin keuntungan
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
8.6 Pengiraan Premium Motor
Terdapat dua jenis tarif yang dikuatkuasakan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) yang kerap dikemaskinikan dan memberitahu ahli-ahlinya melalui notis tarif dan pekeliling. Penanggung insurans am berlesen yang menjalankan perniagaan insurans am di Malaysia dikehendaki mematuhi kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan kadar premium yang ditetapkan oleh tarif masing-masing. 1. Tarif Insurans Motor Malaysia (diperkenalkan pada tahun 1978) menetapkan jenis perlindungan insurans motor, asas pengkadaran premium, ayat yang standard dalam polisi, pengecualian, peluasan, manfaat tambahan, kadar premium bagi setiap kelas perniagaan dan kadar diskaun tanpa tuntutan yang diguna pakai untuk pelbagai jenis kenderaan motor yang digunakan di Semenanjung dan Malaysia Timur. 2. Tarif Kebakaran yang Disemak Semula (Revised Fire Tariff - RFT 2000) mengawal selia perniagaan insurans kebakaran di Malaysia dan menetapkan asas pengiraan premium, diskaun untuk peralatan pemadam kebakaran (FEA), pembinaan dan klasifikasi bandar, skop perlindungan standard polisi insurans kebakaran, waranti, fasal dan endorsemen berkaitan dengan pelbagai jenis perniagaan dan proses-prosesnya.
Berikut adalah contoh bagaimana premium insurans motor dikira dengan menggunakan kadar tarif:
Maklumat Risiko:
Pemilik Diskaun Tanpa Tuntutan Kenderaan Kapasiti Enjin Tahun Diperbuat Jumlah Dinsuranskan
Manfaat Tambahan:
• • • •
: : : : : :
ABC COMPANY Limited TIADA BMW 5281 SALOON 2,793 2008 RM300,000
Cermin hadapan RM3,000 Mogok, Rusuhan, Kekecohan Awam Banjir dan Ribut Petir Liabiliti kepada penumpang
PENGUNDERAITAN INSURANS AM
115
BAB 8
8.5 Penggunaan Tarif
Kadar Tarif Motor: Kapasiti Enjin
Premium Komprehensif
Premium Pihak Ketiga
Premium Perlindungan Akta
1400
225.20
72.00
60.75
1650
251.50
81.00
67.50
2200
277.90
90.00
76.50
3050
304.20
99.00
85.50
4100
330.50
108.00
92.25
4250
356.80
117.00
99.00
4400
383.20
126.00
108.00
Lebih 4400
409.50
135.00
114.75
Tambah RM26 bagi setiap RM1,000 atau sebahagiannya atas nilai yang melebihi RM1,000
Pengiraan Premium Motor untuk ABC Company Limited: Premium Asas (RM304.20 + 26.00 x 299)
RM8,078.20
BAB 8
Diskaun Tanpa Tuntutan (jika ada)
NIL
Mogok, rusuhan dan kekacauan awam - 0.30% dari amaun diinsuranskan
900.00
Pecah Cermin Hadapan atau cermin tingkap - 15% dari amaun diinsuranskan
450.00
Banjir, ribut petir, hujan lebat, taufan, hurikan, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh - 0.50% dari amaun diinsuranskan
1,500.00
Liabiliti kepada Penumpang - 25% dari premium pihak ketiga
24.75
Semua pemandu (kenderaan persendirian didaftarkan atas nama syarikat atau firma perniagaan)
50.00
Jumlah Premium
11,002.95
Tambah: 6% Cukai Perkhidmatan Tambah: Duti Setem
660.18 10.00
Jumlah perlu dibayar
11,673.13
8.7 Pengiraan
Berikut adalah contoh bagaimana premium insurans kebakaran dikira dengan menggunakan kadar tarif:
Maklumat Risiko:
Premium Kebakaran
Insured : XYZ Company Limited Situasi Risiko : Tingkat bawah, lot kedai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur Binaan : Dinding bata dan bumbung konkrit Perniagaan : Pencetak dan penerbit buku
116
Kepentingan Jumlah Diinsuranskan Bangunan : RM500,000 Loji dan Jentera : RM100,000 Stok : RM200,000 Peralatan Pejabat : RM20,000
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Peril Khusus: • Paip Pecah atau Limpahan Air dari Alatan Tangki Air • Fasal (B) Pemasangan Peralatan Elektrik • Mogok, Rusuhan dan Kerosakan dengan Niat Jahat • Banjir
Kadar Tarif Insurans Kebakaran Kod
Kelas Perniagaan
Kelas Pembinaan
2100
KERTAS DAN PERCETAKAN
2104
Pencetak
2124
Majalah/berkala/buku
1A
1B
2
3
0.190
0.254
0.411
0.644
Waranti Bersesuaian
Pengiraan Premium Insurans Kebakaran untuk XYZ Company Limited: Perlindungan kebakaran, petir dan letupan domestik: Amaun Diinsuranskan
Kadar Asas: 0.190%
RM820,000
Premium RM1,558.00
Peril Tambahan: Mogok, Rusuhan & Kerosakan dgn Niat:
0.014 % dari amaun diinsuranskan
114.80
Pecah atau Limpahan Tangki Air
0.005% dari amaun diinsuranskan
41.00
Fasal (B) Pemasangan Elektrik
0.056% atas jentera elektrik
56.00
Banjir
0.086% dari amaun diinsuranskan
705.20
Cukai Perkhidmatan
6 % dari Premium Kasar
148.50
Duti Setem
10.00
Premium Perlu Dibayar
8.8 Pertimbangan Pengunderaitan dan Faktor Pengkadaran
Kelas Insurans Motor
RM2,633.50
Dalam seksyen ini kita akan mengkaji pertimbangan pengunderaitan.
Pertimbangan Pengunderaitan • • • • •
Jenis kenderaan (persendirian, motosikal atau perdagangan) Kegunaan (membawa penumpang atau mengangkut barang) Usia dan keadaan kenderaan Ubahsuai kenderaan, sekiranya ada Pekerjaan pemilik kenderaan
Faktor Pengkadaran • • • • •
Kapasiti enjin atau berat (tan) Nilai pasaran Tahun diperbuat Sejarah tuntutan Pengalaman memandu
PENGUNDERAITAN INSURANS AM
117
BAB 8
Kod Dagangan: 2124
Kebakaran
• • • •
Pecah Masuk
Proses berbahaya (cat semburan) atau penyimpanan (letupan) Asas indemniti (nilai pasaran atau nilai dipersetujui) Lokasi dan rupa bentuk kawasan (lereng bukit atau kawasan rendah dan terdedah kepada banjir) Amaun perlindungan mencukupi (ketika dikuatkuasakan semula dengan asas baru)
BAB 8
•
•
8.9 Insurans Semula
• •
Perdagangan atau pekerjaan Kelas pembinaan Bahaya luaran seperti tanah mendap atau tanah runtuh Pemasangan alat pemadam api Tempoh perlindungan (jangka pendek atau tahunan)
• Jenis barangan (bernilai tinggi, berharga atau • Jenis barangan dan perniagaan berat dan besar) - runcit, pasaraya, gudang, bilik pameran atau kilang • Lokasi risiko (lot komersial yang sibuk atau di luar bandar dan terpencil) • Jumlah diinsuranskan (kerugian terawal atau nilai penuh) • Struktur bangunan (kedudukan pintu masuk dan keluar) • Keselamatan dan pemasangan alat penggera
Kemalangan • Umur orang yang hendak diinsuranskan Diri • Keadaan kesihatan dan Fizikal • Sukan atau aktiviti merbahaya Semua Risiko Kontraktor
• • •
• •
Pendedahan kepada perubahan teknologi seperti penggunaan bahan-bahan baru, kaedah baru pembinaan, reka bentuk prototaip, dimensi baru dan suhu operasi yang lebih tinggi. Pendedahan kepada bencana alam seperti banjir.
Jenis pekerjaan Manfaat (bayaran sekaligus, mingguan atau bayaran balik perbelanjaan perubatan)
• Nilai diinsuranskan untuk kerosakan bahan dan liabiliti pihak ketiga. • Tempoh perlindungan termasuk tempoh penyelenggaraan. • Latar belakang dan pengalaman kontraktor melaksanakan projek yang sama.
Insurans semula ialah memindahkan risiko dari insurer kepada reinsurer, dengan kata lain ia adalah “menginsuranskan insurer”. Kontrak insurans semula terbentuk di antara reinsured dengan reinsurer. Kegunaan dan manfaat insurans semula: Penyebaran risiko secara geografi
Pengurusan Aset dan aliran tunai
Kestabilan Kewangan dan operasi
118
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
INSURANS SEMULA
Melindungi margin kesolvenan
Meningkatkan kapasiti pengunderaitan
Dua fungsi utama insurans semula ialah: 1. Untuk mengurangkan kesan kerugian disebabkan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan banjir di mana satu peristiwa yang berlaku boleh menjejaskan sumber dan kedudukan kewangan insurer. 2. Untuk melindungi dari berlakunya kerugian besar yang timbul daripada satu malapetaka seperti kemalangan udara atau serangan pengganas di pusat dagangan dunia pada 9/11 yang boleh menyebabkan pertambahan kerugian individu di bawah pelbagai jenis insurans seperti hartanah, liabiliti dan kemalangan.
8.10.1 Borang Cadangan
Borang cadangan adalah dokumen yang disediakan oleh insurer dalam bentuk soal selidik bagi setiap kelas insurans bertujuan mengumpul maklumat penting yang diperlukan untuk menilai risiko dengan sewajarnya. Penggunaan borang cadangan membolehkan pengunderait membuat pertimbangan berhemah berdasarkan jawapan yang diberikan dan jika perlu, maklumat atau penjelasan lanjut boleh diminta dari pencadang sebelum keputusan muktamad dibuat.
Sebelum menandatangani suatu kontrak insurans, kedua-dua pihak (pemohon dan insurer) mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan maklumat yang tepat dan penting dengan cara yang jelas, ringkas dan tepat pada masanya bagi membolehkan pengguna untuk membuat keputusan yang betul, sementara insurer pula boleh membuat keputusan mengenai terma dan syarat insurans sebelum penerimaan risiko.
Borang cadangan tidak digunakan dalam insurans marin kargo kerana dokumen perkapalan seperti invois, pesanan pembelian dan resit penerimaan dari pemilik kapal telah menyediakan pengunderait dengan maklumat dan bukti yang diperlukan untuk pengunderait membuat keputusan dengan cepat sebelum penghantaran bermula.
8.10.2 Nota Lindung
Nota lindung adalah satu dokumen sementara untuk mengesahkan perlindungan insurans telah berkuatkuasa sementara menunggu dokumen polisi dikeluarkan. Nota lindung adalah bukti dokumentasi kontrak insurans yang sah, yang dibuat oleh insured dengan insurer dan ia adalah tertakluk kepada terma, syarat dan pengecualian standard bagi kelas insurans.
PENGUNDERAITAN INSURANS AM
119
BAB 8
8.10 Dokumen Insurans Am
BAB 8
Kebanyakan kontrak insurans dibuat secara bertulis seperti dalam kes insurans marin (Akta Insurans Marin 1906 s.22). Di Malaysia, kontrak insurans di mana dokumen bertulis diperlukan ialah insurans motor, dikawal di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Seksyen 91 menghendaki ‘polisi’ insurans hendaklah dikuatkuasakan dan, para (4) pula menyatakan bahawa suatu polisi itu dianggap tidak sah melainkan suatu “sijil insurans” dikeluarkan dalam bentuk atau format yang telah ditetapkan dan dokumen itu dihantar kepada pemegang polisi.
8.10.3 e-Nota Lindung Motor
Sistem nota lindung insurans motor secara elektronik yang menggantikan dokumen fizikal nota lindung motor bermula dari tahun 2005 merupakan sebahagian daripada inisiatif e-Kerajaan. Suatu polisi insurans (termasuk nota lindung) diperlukan bagi tujuan pendaftaran dan pelesenan kenderaan motor. Insurer menghantar nota lindung kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara elektronik untuk pengesahan (saman yang belum diselesaikan boleh menghalang pengesahan) bagi pembaharuan cukai jalan atau pendaftaran kenderaan baru.
8.10.4 Sijil Insurans
8.10.5 Dokumen Polisi
120
a) Sijil insurans motor adalah bukti dokumentasi perlindungan insurans motor dan hendaklah dikeluarkan dan dihantar kepada pemilik polisi dalam bentuk yang ditetapkan oleh Akta Pengangkutan Jalan 1987 Jika polisi dibatalkan dalam tempoh insurans oleh mana-mana pihak, pemilik polisi hendaklah dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pembatalan itu menyerahkan kembali sijil berkenaan kepada insurer atau sekiranya sijil motor telah hilang atau musnah, pemilik polisi perlu membuat suatu akuan bersumpah, dan jika dia gagal berbuat demikian, ia adalah melakukan suatu kesalahan. b) Sijil insurans juga digunakan dalam urus niaga insurans marin seperti perlindungan terbuka marin yang meliputi penghantaran kargo di bawah polisi insurans apungan. Sijil insurans marin merupakan bukti dokumentasi kontrak insurans yang sah. Polisi insurans adalah dokumen yang dikeluarkan oleh insurer dan merupakan bukti bertulis kontrak insurans dan bukan kontrak itu sendiri. Polisi perlu dimatikan setem mengikut peruntukan akta setem; jika tidak, ia tidak boleh digunakan sebagai bukti keterangan di mahkamah. Sekiranya suatu kelas perniagaan insurans itu dikawal oleh tarif yang menetapkan penyusunan kata polisi, ia menjadi tanggungjawab insurer untuk menggunakan pemilihan kata yang standard yang ditetapkan oleh tarif, umpamanya dalam polisi insurans kebakaran dan motor.
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Ketika memperbaharui polisi, tanggungjawab penuh percaya mutlak perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak (insured dan insurer), tetapi beban tugas terletak ditangan insured untuk memaklumkan kepada insurer tentang sebarang perubahan penting dalam risiko yang hendak dilindungi (pembaharuan bermakna pembentukan kontrak baru) bagi membolehkan insurer membuat penilaian semula risiko agar premium pembaharuan adalah setimpal dengan risiko yang dilindungi.
Notis pembaharuan mengandungi butiran penting polisi termasuk nama insured, nombor polisi, tarikh tamat tempoh polisi, jumlah diinsuranskan sedia ada dan premium. Pembaharuan adalah masa untuk mengkaji semula kecukupan jumlah diinsuranskan terutamanya dalam insurans harta dan insurans motor. Insured akan diminta untuk menyemak semula jumlah diinsuranskan supaya ia setara dengan nilai pasaran semasa atau nilai pengembalian semula bagi insurans bangunan, sekiranya tidak, syarat ‘purata’ akan digunakan ketika mengemukakan tuntutan kerana polisi telah terkurang insurans.
8.10.7 Sijil Pembaharuan
Setiap kali polisi insurans am diperbaharui, kontrak baru akan terbentuk. Jika pembaharuan adalah berdasarkan terma dan syarat yang sama seperti kontrak asal, insurer biasanya mengesahkan pembaharuan itu dengan mengeluarkan sijil pembaharuan. Sebaliknya, jika pembaharuan adalah atas terma dan syarat yang berbeza, polisi baru akan dikeluarkan. Sijil pembaharuan mengandungi maklumat yang sama seperti yang terdapat dalam dalam Jadual polisi dan akan menyatakan apa-apa pindaan yang dibuat kepada terma dan syarat polisi asal.
PENGUNDERAITAN INSURANS AM
121
BAB 8
8.10.6 Notis Pembaharuan Kebanyakan kontrak insurans am dikeluarkan secara tahunan dan boleh diperbaharui, kecuali polisi insurans semua risiko kontraktor pembinaan dan polisi insurans marin kargo. Tidak ada kewajipan undang-undang di pihak insurer untuk memberitahu insured yang polisinya akan tamat tempoh pada tarikh tertentu. Walau bagaimanapun, insurer biasanya menggalakkan insured memperbaharui polisi demi mengekalkan perniagaan, sekiranya tidak, urusniaga tersebut berpindah kepada pesaing.
8.11 Soalan Penilaian Diri 1.
Di antara berikut, yang manakah BUKAN sebahagian daripada proses pengunderaitan? a) Menentukan terma dan syarat perlindungan polisi b) Menentukan premium yang dikenakan adalah setimpal dengan risiko c) Menyiasat dan menaksirkan kerugian d) Menilai, menaksir dan memilih risiko untuk diinsuranskan
2.
Apakah tujuan insurer mewujudkan garis panduan pengunderaitan? I.
Untuk menetapkan standard penerimaan risiko selaras dengan kehendak insurer
II.
Untuk membezakan di antara risiko berbahaya dengan risiko tidak berbahaya
III. Mengasingkan pendedahan risiko tinggi ke dana pengunderaitan yang berasingan
BAB 8
IV. Mengkategorikan risiko keutamaan iaitu diutamakan, dirujuk atau ditolak
3.
4.
5.
122
a)
I, III dan IV
b)
II, III dan IV
c)
I dan IV
d)
I, II, III dan IV
Kevin telah menjual keretanya dan ingin membatalkan polisi motornya yang masih berkuatkuasa. Beliau masih menyimpan dokumen polisi dan sijil insurans. Apakah tindakan yang dianggap wajar? a)
Hanya insurer yang berhak membatalkan polisi ketika polisi masih berkuatkuasa.
b)
Insured perlu memulangkan sijil insurans dalam tempoh 7 hari dari tarikh pembatalan.
c)
Insured hendaklah mengembalikan dokumen polisi dalam masa 14 hari dari tarikh pembatalan.
d)
Insured perlu memusnahkan sijil insurans berkenaan dalam tempoh 21 hari dari tarikh pembatalan.
Apakah jenis insurans yang mana premium ditetapkan oleh tarif? a)
Liabiliti Majikan
b)
Motor Persendirian
c)
Kemalangan Diri
d)
Pecah Masuk
Yang manakah di antara berikut BUKAN faedah secara langsung insurans semula? a)
Penyebaran risiko secara geografi
b)
Melindungi margin kesolvenan insurer
c)
Meningkatkan keuntungan pengunderaitan
d)
Meningkatkan kapasiti pengunderaitan
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
7.
8.
Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen manakah yang menyatakan bahawa sijil insurans mesti dikeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan dan dihantar kepada pemegang polisi? a)
Seksyen 91(4)
b)
Seksyen 94(1)
c)
Seksyen 90(1)
d)
Seksyen 90(4)
Berikut adalah faktor-faktor penting dalam menimbangkan sama ada untuk menerima atau menolak cadangan perlindungan insurans pecah masuk (kecurian), KECUALI a)
jenis barangan (bernilai tinggi, berharga atau berat dan besar).
b)
lokasi risiko (lot komersial yang sibuk atau luar bandar dan terpencil).
c)
bilangan pekerja yang mengendalikan wang tunai.
d)
keselamatan dan pemasangan alat penggera.
Yang manakah antara berikut BUKAN peril yang boleh dilindungi walaupun dengan bayaran premium tambahan di bawah polisi insurans kebakaran komersial? a)
Pecah atau limpahan peralatan paip tangki air
b)
Kecurian harta selepas berlaku kebakaran
c)
Rusuhan, mogok dan kerosakan dengan niat jahat
BAB 8
6.
d) Banjir 9.
Bagaimana insurer dapat menggalakkan pemegang polisi untuk memperbaiki risiko fizikal ketahap memenuhi keperluan minimum atau mengatasi standard yang diperlukan? a)
Dengan menawarkan tambahan jumlah diinsuranskan
b) Dengan menawarkan diskaun premium c) Dengan mengenakan ekses/lebihan yang lebih rendah d) Dengan menambah skop perlindungan 10. Di antara berikut, pencadang manakah yang memilih kaedah insurans berasaskan ‘kerugian terawal’ (first loss) adalah paling sesuai? a)
Paul telah membeli sebuah kereta sport vintaj dan dia mahu melindungi keretanya dari berlakunya kehilangan atau kerosakan.
b)
Raju telah diberitahu bahawa dia perlu menginsuranskan liabiliti kecederaan ke atas pekerjanya.
c) Encik Lim memiliki gudang yang besar dan dia mahu menginsuranskan isi kandungan dari berlakunya kecurian. d)
Farida mahu menginsuranskan bangunan pejabat barunya dari serangan pengganas.
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI. PENGUNDERAITAN INSURANS AM
123
BAB 8
124
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
9.1 Pengenalan
9.2 Langkah langkah Penyelesaian Tuntutan 9.2.1 Pemberitahu Kerugian oleh Insured
Tuntutan Insurans Am Syarikat insurans mempunyai tanggungjawab moral dan undangundang untuk membayar tuntutan dengan segera dan adil. Kewibawaan syarikat insurans dalam memenuhi kewajipan kontrak akan terserlah melalui keupayaan mengendali dengan cekap dan kejayaan menyelesaikan tuntutan. Seorang pelanggan yang berpuas hati pasti akan memberitahu ‘dari mulut ke mulut’ mengiklankan produk dan perkhidmatan syarikat insurans, yang seterusnya akan memudahkan aktiviti jualan dan pemasaran produk oleh ejen-ejen dan pengantara. Pihak berkuasa telah mengeluarkan garis panduan mengenai standard minimum dan tempoh masa bagi menyelesaikan tuntutan. Walau bagaimanapun, cabaran bagi insurer ialah memastikan hanya tuntutan sah yang perlu dibayar dan keupayaan mencegah tuntutan palsu atau ditokok tambah yang pastinya akan meningkatkan kos tuntutan dan kos insurans secara keseluruhan.
Pemberitahuan Kerugian
Pendaftaran Tuntutan
Penyiasatan Tuntutan
Tawaran dan Penyelesaian
Ia adalah merupakan syarat-syarat sebelum liabiliti yang perlu dipatuhi iaitu apabila kerugian berlaku, insurer perlu diberitahu dengan segera. Bergantung kepada susunan ayat dalam syarat pemberitahuan, notis mungkin diberi secara lisan atau bertulis. Insured dikehendaki memberitahu butiran penuh kerugian, identiti pihak yang menuntut dan sebagainya, berserta dengan borang tuntutan dan lain-lain dokumen sokongan sebagai bukti tuntutan, dikemukakan dalam tempoh 14 hingga 30 hari seperti yang dinyatakan dalam polisi. Dalam hal ini, Notis Tarif Motor No. 9 tahun 2007 jelas menyatakan tempoh masa pemberitahuan tuntutan yang perlu dipatuhi di bawah polisi insurans motor, yang berbunyi seperti berikut: TUNTUTAN INSURANS AM
125
BAB 9
BAB 9
“Pihak kami hendaklah diberitahu sama ada secara bertulis atau melalui telefon dengan menyatakan butiran kenderaan yang terlibat, tarikh kemalangan dan keterangan ringkas mengenai kemalangan tersebut dalam tempoh masa seperti yang dinyatakan berikut, selepas kejadian yang mungkin menjadi perkara pokok sesuatu tuntutan di bawah polisi ini: a) Dalam tempoh 7 hari sekiranya anda tidak mengalami hilang upaya fizikal atau tidak dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu. b) Dalam tempoh 30 hari atau secepat yang mungkin sekiranya anda mengalami hilang upaya fizikal dan dimasukkan ke hospital disebabkan kejadian itu. c) Selain dari (a) dan (b), tempoh pemberitahuan yang lebih panjang mungkin dibenarkan, tertakluk kepada bukti khusus yang dikemukakan oleh insured.”
BAB 9
Ia juga adalah merupakan syarat-syarat sebelum liabiliti di mana insured dengan penuh percaya mutlak perlu mengambil tindakan pemulihan segera bagi meminimumkan kerugian setelah tuntutan dikemukakan. Sebagai contoh, terdapat Fasal dalam polisi insurans motor komprehensif yang memperuntukkan bahawa insured hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menjaga kereta dari berlakunya kehilangan atau kerosakan, dan sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan, kenderaan terbabit tidak seharusnya dibiarkan tanpa pengawasan. Dalam insurans liabiliti, insured dikehendaki mengemukakan segala writ, saman atau dokumen undang-undang kepada insurer dan tidak sepatutnya menerima apa-apa liabiliti, membalas apa-apa surat dan perakuan menerima saman, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada insurer. 9.2.2 Pendaftaran Tuntutan Setiap insurer dikehendaki menyimpan dan mengemaskinikan buku daftar tuntutan insurans sebaik sahaja mengetahui apa-apa tuntutan yang dimaklumkan kepadanya. Ini adalah untuk memastikan peruntukan yang betul dan tepat dikekalkan dan rizab tuntutan tidak boleh dikeluarkan dari daftar tuntutan selagi tuntutan itu masih belum diselesaikan. Buku daftar tuntutan merupakan rekod rasmi tuntutan yang diberitahu kepada insurer dan ia mungkin disimpan dalam apa jua bentuk, sama ada disimpan secara elektronik dipangkalan data komputer atau dalam bentuk bertulis atau kedua-duanya. Selepas sesuatu tuntutan didaftarkan, surat akuan penerimaan akan dikeluarkan kepada pihak yang menuntut dalam masa tujuh (7) hari, sebagai mematuhi garis panduan penyelesaian tuntutan.
126
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
9.2.3 Pengesahan Tuntutan
Semak Keabsahan Tuntutan
•
Adakah polisi berkuatkuasa dan premium telah dibayar? Adakah kerugian disebabkan peril yang dilindungi? Adakah kerugian berlaku atas perkara pokok insurans yang sama?
Semak perlindungan
•
Adalah pihak yang menuntut merupakan pemilik sah dengan kepentingan boleh insurans? • Adakah terdapat pelanggaran syarat sebelum polisi berkaitan liabiliti atau penuh percaya?
• Tuntutan kecil diselesaikan secara dalaman • Tuntutan besar memerlukan khidmat pakar, penyelaras kerugian dan malah pakar forensik
Siasat sebab-sebab kerugian
9.2.4 Penyiasatan Tuntutan
Setelah tuntutan disahkan, langkah seterusnya ialah meneruskan siasatan terhadap punca kerugian dan untuk menentukan jumlah kerugian. Bergantung kepada saiz anggaran dan kerumitan tuntutan itu, seorang pakar yang terlatih dalam bidang penyiasatan tuntutan dan pelarasan kerugian akan dilantik oleh insurer.
Penyelaras Kerugian perlu mendaftar untuk menjalankan perniagaan penyelarasan di Malaysia. Mereka adalah profesional bebas yang dilantik oleh insurer untuk menyiasat punca dan tahap kerugian serta menentukan kuantum kerugian berhubung dengan tuntutan insurans.
Penyelaras kerugian memainkan peranan penting dan tanggungjawabnya termasuk dan tidak terhad kepada perkaraperkara berikut: • • • • • •
9.3 Dokumen
Tuntutan
berunding dan bertindak sebagai ejen penyelesaian untuk mencapai resolusi segera demi kebaikan pihak yang menuntut; memelihara kepentingan insured dan menawarkan bantuan segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk dan mengurangkan kadar kerugian; menasihati insurer agar mengambil langkah tertentu bagi mengurangkan risiko yang mungkin berulang; membantu insured menyediakan butir-butir penuh kerugian dan mengesan saksi sekiranya perlu hadir di mahkamah; mengenalpasti hak subrogasi untuk membuat tuntutan dari pihak ketiga yang melakukan kecuaian; mengenalpasti bahagian sumbangan dari dan ke insurer lain.
Borang tuntutan awal berfungsi untuk mendapatkan maklumat asas berkaitan tuntutan berkenaan. Walau bagaimanapun, untuk menyokong maklumat dalam borang tuntutan, pihak yang menuntut perlu menyediakan bukti tambahan bagi menyokong tuntutan tersebut. Dokumen yang diperlukan mungkin berbeza-beza
TUNTUTAN INSURANS AM
127
BAB 9
• •
bergantung kepada jenis tuntutan dan kelas insurans, seperti yang diringkaskan di bawah: Insurans Kebakaran Gambar foto Laporan juruteknik (sekiranya berkenaan) Invois belian, bil pembaikan, rekod jualan dan lain-lain dokumen berkaitan Laporan polis (sekiranya berlaku kerosakan serius) Laporan bomba (sekiranya berlaku kerosakan serius) Insurans Pecah Masuk Laporan polis Invois belian, bil pembaikan, rekod jualan dan lain-lain dokumen berkaitan. Tuntutan Kematian Kemalangan Diri Laporan bedah siasat Sijil kematian Sijil pengkebumian Laporan polis Surat pengesahan perkhidmatan Tuntutan Kerosakan Kenderaan Sendiri BAB 9
Laporan polis Salinan kad pendaftaran kenderaan dan cukai jalan Salinan lesen memandu dan kad pengenalan yang disahkan
9.4 Penyelesaian Tuntutan
128
Semua kontrak insurans am adalah kontrak indemniti. Kecuali insurans kemalangan diri (yang membayar amaun tetap pampasan), semua kontrak insurans am menyatakan bahawa insurer akan membayar ganti rugi kepada insured untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami akibat daripada peril yang diinsuranskan atau luar jangka. Kaedah penyelesaian mungkin berbeza-beza mengikut jenis insurans tetapi secara keseluruhan prinsip indemniti adalah untuk meletakkan kembali insured pada kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum berlaku kerugian. Pilihan untuk membayar tunai, pembaikan, mengganti atau membaik pulih terletak ditangan insurer, berdasarkan kepada keadaan dan tahap kerugian. Di bawah insurans liabiliti, insured dibayar ganti rugi untuk potensi liabiliti undang-undang dari pihak ketiga. Tuntutan itu mungkin mengambil masa yang lama untuk diselesaikan jika terjebak dalam proses undang-undang yang biasanya memakan masa. Syarikat insurans perlu menyimpan rizab yang mencukupi untuk membayar
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
tuntutan masa depan, disamping membuat pelarasan inflasi untuk liabiliti tuntutan yang belum dibayar. Sebagai contoh, mahkamah boleh meluluskan tuntutan ganti rugi bukan kewangan seperti ganti rugi ‘sakit dan penderitaan’ (pain and suffering), dan ganti rugi kehilangan kemudahan disamping tuntutan kecederaan peribadi.
9.5 Mendapatkan Kembali Bayaran Tuntutan
Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tidak semua tuntutan yang dilaporkan kepada insurer akan diselesaikan. Syarikat Insurans boleh menolak liabiliti dengan alasan pelanggaran teknikal atau mengingkari tanggungjawab penuh percaya mutlak. Walau apapun keadaannya, alasan yang munasabah bagi penolakan dan tawaran khidmat nasihat mengenai kaedah alternatif untuk rayuan dan maklumat mengenai Biro Pengantaraan Kewangan (FMB) perlu diberikan kepada pemilik polisi. Insurer boleh menolak liabiliti tuntutan atas alasan berikut: 1. Kerugian atau kerosakan bukan disebabkan oleh peril yang diinsuranskan; 2. Kerugian itu tidak termasuk dalam skop perlindungan; 3. Polisi terbatal akibat daripada pelanggaran syarat-syarat asas; 4. Terdapat fakta matan yang tidak didedahkan di mana insured tidak menyedarinya.
Proses penyelesaian tuntutan juga akan melibatkan proses mendapatkan kembali bayaran dari insurer bersama dan/atau reinsurer, pihak ketiga di bawah hak subrogasi dan lain-lain insurer hak sumbangan, jika hak tersebut wujud. Subrogasi timbul apabila insurer yang telah membayar ganti rugi kepada insured atas kerugian yang berpunca dari pihak ketiga mengambil alih hak insured untuk menerima pampasan dari pihak ketiga. Salvaj adalah hak sama rata insurer ke atas sisa tinggalan harta yang mana insurer telah membayar sejumlah tuntutan kerugian menyeluruh kepada insured. Insurer mengesid biasanya berkongsi subrogasi dan salvaj dengan reinsurer yang turut membayar tuntutan kerugian. Kontrak insurans semula biasanya mengandungi fasal yang khusus memperuntukkan hak mendapatkan kembali bayaran melalui subrogasi dan salvaj dalam menentukan “kerugian bersih muktamad” yang perlu dibayar oleh reinsurer. Reinsurer, setelah membayar bahagian ganti ruginya, mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan kembali sebahagian bayaran melalui subrogasi dan salvaj.
TUNTUTAN INSURANS AM
129
BAB 9
9.6 Aplikasi Averaj (Purata) dalam Tuntutan
Istilah ‘tertakluk kepada averaj/purata’ bermakna sekiranya jumlah diinsuranskan adalah kurang daripada nilai sebenar harta semasa berlaku kerugian, jumlah yang dituntut di bawah polisi ini akan dikurangkan mengikut kadar insurans terkurang. Averaj atau purata digunakan apabila harta yang dilindungi adalah ‘terkurang insurans’ dan terdapat penyelesaian sebahagian tuntutan kerugian. Kebanyakan polisi insurans harta menggabungkan konsep syarat prorata, kecuali dalam polisi “nilai dipersetujui”.
Formula yang digunakan untuk menyelaras tuntutan adalah seperti berikut: Amaun Diinsuranskan Tuntutan Perlu Dibayar = Nilai risiko
x Kerugian
Pertikaian mungkin timbul apabila pemilik polisi tidak sedar bahawa potongan akan dibuat apabila terdapat tuntutan kerugian separa, jika jumlah yang diinsuranskan adalah di bawah nilai sebenar risiko. Untuk mengelakkan kerugian, pencadang insurans dinasihatkan untuk memastikan jumlah diinsuranskan adalah mencukupi dan ia hendaklah setara dengan nilai pasaran semasa atau nilai pengembalian semula harta yang diinsuranskan. Adalah menjadi tanggungjawab insured untuk mengkaji semula jumlah diinsuranskan seiring dengan indeks kos sara hidup dan/atau kadar inflasi pada masa pembaharuan polisi dan ketika polisi sedang berkuatkuasa sekiranya terdapat penambahan atau penambahbaikan dibuat yang pastinya akan meningkatkan nilai harta yang diinsuranskan.
9.7 Biro Insurer
Biro Insurer Motor (Motor Insurers’ Bureau - MIB) ditubuhkan berdasarkan Perjanjian Utama pada 15 Januari 1968 dengan Menteri Pengangkutan dan ‘penanggung insurans am yang dibenarkan’ untuk menyediakan bayaran pampasan kepada mangsa-mangsa/pihak ketiga kemalangan jalan raya dalam kes di mana mangsa tersebut dinafikan hak menerima ganti rugi disebabkan ketiadaan insurans atau insurans berkuatkuasa, seperti yang dikehendaki di bawah seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Di bawah perjanjian tersebut, apabila penghakiman yang diperolehi di mahkamah (di Malaysia Barat) tidak dilaksanakan dalam tempoh 28 hari, MIB bertanggungjawab untuk membayar jumlah penghakiman penuh bagi pihak orang yang tidak diinsuranskan atas kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga. Oleh kerana MIB adalah sebuah syarikat berhad dengan jaminan, ia tidak memegang apa-apa aset untuk melindungi liabilitinya, tetapi ahli-ahlinya yang merupakan syarikat insurans am menjamin pembayaran liabiliti apabila timbul keperluan.
BAB 9
Motor
130
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Walau bagaimanapun, selepas 1 Januari 1992, perjanjian utama telah dibatalkan dan digantikan dengan Gantian Perjanjian Utama yang memasukkan keanggotaan Sabah dan Sarawak. Perjanjian gantian ini memperuntukkan bayaran ihsan atau elaun kepada mangsa kemalangan motor yang disebabkan oleh pemandu yang tidak diinsuranskan, tanpa perlu mendapatkan penghakiman mahkamah.
Pemandu yang tidak diinsuranskan adalah orang yang tidak mempunyai insurans yang sah atau polisi insurans telah tamat tempoh. Walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk mangsa pemandu tidak dapat dikesan atau kes langgar lari, MIB akan membuat bayaran ihsan mengikut budi bicara mutlaknya kepada mangsa kemalangan atau tanggungannya, untuk kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh penggunaan kenderaan bermotor di jalan awam.
Langgar-sama-Langgar (Knock-for-Knock) KFK adalah perjanjian pasaran yang ditandatangani pada 1987, digabungkan di bawah Tarif Motor Malaysia. Penanggung insurans am berlesen yang merupakan ahli Persatuan Insurans Am Malaysia menguatkuasakan perjanjian tersebut untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan, mengurangkan perbelanjaan undang-undang dan pentadbiran mengendalikan tuntutan pihak ketiga.
9.8 Perjanjian Langgar sama-Langgar (KFK)
Di bawah perjanjian itu, setiap insurer akan mengendalikan tuntutan dari insured mereka sendiri, dengan syarat pihak yang terlibat dalam kemalangan itu mempunyai polisi insurans motor komprehensif, tanpa mengira siapa yang bersalah dalam kemalangan berkenaan. KFK berfungsi atas prinsip ‘tindakan dan keseimbangan’ di mana setiap insurer motor bersetuju untuk tidak melaksanakan hak subrogasi terhadap satu sama lain. Sekiranya perjanjian KFK ini digunapakai untuk jangka masa panjang, tiada insurer yang akan mendapat keuntungan atau mengalami kerugian apabila menyertai perjanjian ini. Peruntukan-peruntukan utama perjanjian ini ialah: • Penggunaan fasal ekses atau lebihan (sekiranya berkenaan); • Pengecualian mana-mana kenderaan yang digunakan untuk membawa penumpang untuk mendapatkan upah atau ganjaran seperti teksi, bas, dan lain-lain • Pengecualian mana-mana kenderaan yang digunakan untuk sewa dan pandu, sama ada pandu sendiri atau disediakan pemandu • Pengecualian kerugian atau kerosakan disebabkan kebakaran sahaja.
TUNTUTAN INSURANS AM
131
BAB 9
Perjanjian KFK telah disemak semula pada bulan Jun 2001 (Perjanjian Tambahan - Perjanjian Pindaan Knock-for-Knock) yang memperuntukkan bahawa sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kenderaan insured dan pihak ketiga, insured di bawah polisi insurans komprehensif mempunyai pilihan untuk membuat tuntutan kerosakan kenderaan dari insurernya sendiri (sekiranya insured atau pemandu yang dibenarkan tidak bersalah), atau membuat tuntutan kerosakan dari insurer pihak ketiga kerana pihak ketiga adalah penyebab kemalangan tersebut. Dalam keadaan ini, kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan milik insured tidak terjejas.
9.9 Pangkalan
Pada tahun 2001, pangkalan data berpusat membuat anggaran kos pembaikan kenderaan (dibangunkan oleh Motordata Research Consortium Consortium Sdn Bhd) telah diperkenalkan bertujuan mengurangkan ketidakjelasan dalam membuat anggaran kos pembaikan kenderaan. Dengan keupayaan membuat anggaran kos pembaikan kenderaan yang lebih tepat, insiden penipuan dan ketirisan akibat pakatan sulit antara pemilik kenderaan dan pemilik bengkel dapat dikurangkan.
Data Berpusat Membuat Anggaran Kos Pembaikan Kenderaan
BAB 9
Rajah di bawah menggambarkan proses aliran kerja, bermula dari kenderaan yang rosak tiba di bengkel panel untuk penilaian dan anggaran kos pembaikan oleh bengkel yang diberi kuasa, yang seterusnya mungkin perlu disahkan oleh pelaras kerugian (jika kerugian adalah besar) sebelum insurer meluluskan pembaikan.
2. Gambar diambil secara digital
1. Kereta yang mengalami kerosakan dihantar ke bengkel 6. Insurer meluluskan anggaran kos melalui CPC
4. Insurer meneliti anggaran kos
132
3. Menyediakan anggaran kos pembaikan
Anggaran,imej dan dokumen elektronik dihantar ke Pusat Memproses Tuntutan (CPC)
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
5. Insurer menyerahkan tuntutan kepada penyelaras melalui CPC
9.10 Pertikaian Mengenai Tuntutan
Pertikaian antara pihak yang menuntut dan insurer mungkin melibatkan salah satu daripada dua isu berikut:1. liabiliti atau tanggungjawab, (sama ada insurer boleh dipertanggungjawabkan atau tidak); dan 2. jika insurer bertanggungjawab, berapakah amaun atau jumlah tuntutan penyelesaian. Lain-lain pertikaian mungkin timbul disebabkan: • kelewatan dalam menyelesaikan tuntutan • fakta matan tidak didedahkan • borang cadangan tidak ditandatangani • tiada kepentingan boleh insurans • mutu kerja pembaikan tidak berkualiti • perkhidmatan pelanggan tidak memuaskan • bengkel panel tidak memulakan kerja-kerja pembaikan • alat-alat ganti sukar diperolehi. Apabila timbul pertikaian, ia mungkin dapat diselesaikan melalui saluran berikut:1. Perundingan - penyelesaian dicapai melalui perbincangan antara kedua-dua belah pihak. 2. Timbangtara - penyelesaian pertikaian berkaitan dengan amaun atau jumlah tuntutan (biasanya dimasukkan sebagai syarat polisi) dibincangkan dalam suasana yang kurang formal berbanding dengan penyelesaian mahkamah, dan diadili oleh penimbang tara, bukan hakim. TUNTUTAN INSURANS AM
133
BAB 9
1. Bengkel menilai kerosakan dan mengambil gambar kenderaan yang rosak. 2. Bengkel membuat anggaran secara elektronik, mengenalpasti setiap bahagian kenderaan untuk dibaiki atau diganti dan masa kerja yang diperlukan untuk menyelesaikan pekerjaan. 3. Anggaran dan imej kenderaan yang rosak dan dokumen sokongan diimbas untuk dihantar ke insurer melalui Pusat Pemprosesan Tuntutan (CPC). 4. Insurer akan mengakses tuntutan secara elektronik dan menugaskan penyelaras kerugian, jika perlu, sebelum meluluskan tuntutan secara elektronik. 5. Penyelaras kerugian akan dilantik jika amaun kerugian adalah besar dan memerlukan pengesahan lanjut. 6. Semua transaksi tuntutan direkodkan secara elektronik dan tuntutan bertindih akan diperiksa untuk mengelakkan penipuan. 7. Jika tuntutan yang sama (dikenal pasti melalui nombor pendaftaran kenderaan) muncul lebih daripada sekali dalam CPC, Motordata Research Consortium Sdn Bhd akan memaklumkannya kepada insurer tentang kemungkinan berlakunya penipuan.
3. Perantaraan - antara alternatif penyelesaian pertikaian iaitu melalui Biro Perantaraan Kewangan (FMB), sebuah badan bebas yang ditubuhkan untuk mengadili pertikaian tuntutan. Keputusan yang dibuat oleh Biro Perantaraan Kewangan akan mengikat dan perlu dipatuhi oleh insurer, tetapi ia tidak mengikat insured atau pihak yang menuntut. 4. Perundangan - sekiranya perundingan dan perantaraan gagal mencapai keputusan atau jalan penyelesaian, insured berhak untuk mengambil tindakan undang-undang melalui proses mahkamah. Walau bagaimanapun, kaedah ini bukan sahaja memakan belanja yang tinggi tetapi ia juga memakan masa yang lama.
BAB 9
9.11 Tindakan Selepas Penyelesaian Tuntutan
Apabila tuntutan telah dibayar, insurer boleh mengambil salah satu dari tindakan-tindakan berikut: 1. Menamatkan kuatkuasa polisi sekiranya tuntutan dikategorikan sebagai ‘kerosakan sepenuhnya’ ke atas perkara pokok insurans dan jumlah yang diinsuranskan telah dibayar sepenuhnya. Contohnya, kematian akibat kemalangan di bawah polisi kemalangan diri atau kecurian di bawah polisi insurans motor komprehensif atau tuntutan di bawah insurans jaminan kesetiaan yang melibatkan penyiasatan jumlah kerugian dan pekerja yang diinsuranskan di bawah polisi berkenaan. 2. Mengurangkan jumlah diinsuranskan mengikut jumlah kerugian di bawah insurans harta. Sekiranya ia melibatkan ‘hilang upaya separa’, jumlah diinsuranskan akan dikurangkan mengikut jumlah kerugian yang dibayar. Polisi insurans kebakaran standard memperuntukkan ‘fasal penguatkuasaan semula’ yang menyediakan pilihan menguatkuasakan semula polisi secara automatik kepada amaun asal jumlah diinsuranskan, sehingga tamat tempoh perlindungan, tertakluk kepada pembayaran premium tambahan pro rata. Ia bertujuan melindungi insured berada dalam keadaan ‘insurans terkurang’ jika kerugian berlaku lagi dalam tempoh yang sama.
9.12 Garis Panduan Amalan Penyelesaian Tuntutan
134
Pada bulan Februari 1995, JPI/GPI14 - Garis Panduan Amalan Penyelesaian Tuntutan yang menetapkan standard minimum untuk mengendalikan tuntutan insurans am telah dikeluarkan. Bahagian I Garis Panduan merujuk kepada tuntutan selain daripada insurans motor, sementara Bahagian II merujuk kepada tuntutan insurans motor. Garis Panduan ini juga memperuntukkan kaedah penyenggalaraan dan pendaftaran semua tuntutan, serta kajian semula dan mengemaskini maklumat dalam rekod dengan tepat dan mengikut waktu yang ditetapkan. Peraturan yang ditetapkan
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
juga menghendaki insurer merangka carta aliran kerja dalaman dan struktur organisasi bagi pelbagai jenis tuntutan dan menetapkan had kuasa bagi setiap pegawai pengendali tuntutan untuk memastikan tuntutan diproses dan diluluskan mengikut peraturan. Berikut adalah tempoh masa yang ditetapkan untuk insurer di bawah Garis Panduan berkenaan: Proses Tuntutan
Tempoh Masa
1. Akuan penerimaan notis pemberitahuan
• 7 hari selepas tarikh didaftarkan
2. Menyerahkan tugas kepada penyelaras
• Bandar besar - 7 hari • lokasi lain - 14 hari
4. Kelulusan dari insurer 5. Bayaran tuntutan
6. Penolakan tuntutan
• 7 hari • 7 hari • 7 hari - bayaran balik tuntutan • 14 hari - tuntutan di bawah RM 1 juta • 21 hari - tuntutan melebihi RM 1 juta • 14 hari BAB 9
3. Penyelaras menghantar laporan
TUNTUTAN INSURANS AM
135
9.13 Soalan Penilaian Diri 1.
Apakah tujuan penubuhan Pangkalan Data Berpusat untuk membuat Anggaran Kos Pembaikan Kenderaan? a) Menguatkuasakan penggunaan bengkel panel yang diluluskan bagi mengelakkan cubaan penipuan dan ketirisan tuntutan b) Untuk meningkatkan ketelusan dalam mengenalpasti anggaran kos tuntutan kerosakan kemalangan untuk mengurangkan penipuan akibat daripada pakatan sulit antara yang insured dan bengkel membaiki kenderaan c) Mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan motor bagi kemalangan kecil d) Untuk menganggarkan kos pembaikan kerosakan
2.
Apakah Fasal yang terdapat dalam polisi insurans isi rumah yang memberi hak kepada insurer untuk meminta insurer membayar sebahagian daripada tuntutan berkaitan? a) Fasal timbangtara b) Fasal sumbangan c)
Fasal langkah berjaga-jaga
BAB 9
d) Fasal subrogasi 3. Apakah had atau tempoh yang diberikan kepada pihak yang menuntut untuk memberitahu insurer mengenai kemalangan yang melibatkan kenderaan bermotor yang diinsuranskan jika insured tidak mengalami hilang upaya fizikal? a) Serta-merta b)
Dalam masa 7 hari
c) Dalam tempoh 30 hari d) Seberapa segera yang mungkin 4. Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyiasat punca kejadian dan keadaan kerugian dalam menentukan kuantum/amaun kerugian berhubung dengan tuntutan insurans? a) Penilai kerugian b) Insured c) Jurutera risiko d) Penyelaras kerugian 5.
136
Kejadian kebakaran telah menyebabkan kerosakan harta dianggarkan bernilai RM10,000 di kedai En Wong. Penyelaras kerugian melaporkan bahawa nilai keseluruhan barangan di kedai berkenaan ialah RM100,000 tetapi jumlah diinsuranskan ialah RM60,000. Jika polisi ini adalah tertakluk kepada syarat prorata, berapakah amaun tuntutan yang dijangka akan diterima oleh En Wong? a)
Tiada apa-apa
c)
RM6,000
b)
RM4,000
d) RM8,000
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
6.
Yang manakah di antara tuntutan berikut TIDAK menamatkan kuatkuasa polisi secara automatik? a) Tuntutan kematian di bawah polisi kemalangan diri b) Tuntutan kecurian di bawah polisi insurans motor komprehensif c) Tuntutan kerosakan satu unit rumah kediaman di satu blok rumah pangsa d) Tuntutan jaminan kesetiaan melibatkan siasatan jumlah kerugian
7.
Apakah peranan Biro Insurer Motor (MIB)? a)
Untuk membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya yang berpunca dari pemandu yang tidak diinsuranskan atau tidak dapat dikesan
b)
Untuk mendakwa pemandu tidak diinsuranskan di mahkamah dan mengarahkannya untuk membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya
c) Untuk mengesan pemandu kes kemalangan ‘langgar lari’ dan mendakwanya di mahkamah d)
8.
Untuk mempertimbangkan aduan daripada mangsa kemalangan jalan raya bagi penambahbaikan undang-undang lalu lintas
Jumlah yang dibayar untuk menyelesaikan tuntutan kerugian sepenuhnya di bawah polisi insurans marin biasanya berdasarkan kepada faktor-faktor berikut:a) Nilai pasaran harta berkenaan semasa berlaku kerugian c) Nilai penggantian harta berkenaan semasa berlaku kerugian d) Nilai penggantian harta berkenaan semasa berlaku kerugian, ditolak kos penambahbaikan
9.
Apabila timbul pertikaian mengenai tuntutan, yang manakah di antara berikut BUKAN saluran untuk menyelesaikan tuntutan? a) Perundangan
c) Timbangtara
b) Penolakan
d) Perantaraan
10. Di bawah perjanjian (pindaan) langgar-sama-langgar, yang manakah pilihan terbaik untuk insured apabila kenderaannya terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pihak ketiga dan insured tidak bersalah? a) b) c) d)
Membuat tuntutan terhadap syarikat insurans pihak ketiga bagi kerugian yang diinsuranskan dan yang tidak diinsuranskan Mendakwa pemilik kenderaan pihak ketiga dimahkamah kerana telah menyebabkan kemalangan Membuat tuntutan terhadap syarikat insurans sendiri dan juga insurer pihak ketiga Membuat tuntutan ‘kerosakan sendiri’ terhadap insurer sendiri tanpa kehilangan diskaun tanpa tuntutan
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI. TUNTUTAN INSURANS AM
137
BAB 9
b) Nilai diinsuranskan harta berkenaan
10.1 Pengenalan
Peraturan dan Pendaftaran Ejen Insurans Am Perjanjian Antara Syarikat Bagi Urusniaga Insurans Am (Inter Company Agreement on General Insurance Business - ICAGIB) telah ditandatangani pada 24 April 1992 di antara ahli-ahli Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) yang terdiri daripada syarikatsyarikat insurans am dan komposit berlesen di Malaysia dengan objektif seperti berikut: 1. mengawal selia perlakuan dan aktiviti setiap orang yang menjalankan perniagaan insurans am di Malaysia; 2. mengawal tarif, kadar komisen dan ganjaran berkaitan dengan perniagaan insurans am.
10.2 Peraturan
Lanjutan dari perjanjian ICAGIB, semua pengantara yang dilantik oleh ahli syarikat untuk mengurusniaga insurans am bagi pihaknya, adalah tertakluk kepada Peraturan Pendaftaran Ejen Insurans Am (General Insurance Agents Registration and Regulations - GIARR).
Di bawah GIARR, ejen insurans am berdaftar merupakan seorang individu atau seseorang sama ada korporat atau diperbadankan, yang diberi kuasa untuk menjual, mengurus atau membuat rundingan mana-mana produk insurans am (selain daripada insurans hayat) bagi pihak insurer.
Agensi korporat ialah suatu pertubuhan korporat yang ditubuhkan atau diperbadankan di Malaysia yang meliputi: • sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965; • syarikat pemilikan tunggal atau perkongsian; • suatu pertubuhan, kelab atau organisasi sama ada didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan pertubuhan koperasi; • pihak berkuasa awam atau agensi kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri Malaysia.
Pendaftaran Ejen Insurans Am (GIARR)
PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM
139
BAB 10
BAB 10
10.3 Fungsi Ejen
Insurans Am
Ejen insurans am berdaftar dikehendaki berusaha mendapatkan dan menghasilkan perniagaan baru insurans am mengikut terma pelantikannya dan hendaklah berusaha untuk mengekalkan perniagaan sedia ada. Dalam usaha mendapatkan perniagaan baru insurans am, ejen hendaklah: • mengambil kira keperluan pencadang insurans am dan keupayaan mereka untuk membayar premium; • membuat siasatan yang munasabah berkenaan dengan risiko dan maklumkan kepada prinsipal tentang keadaan yang boleh memberi kesan buruk kepada risiko yang hendak dilindungi; • mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan borang cadangan diisi dengan lengkap dan tepat oleh pencadang.
Permohonan pendaftaran boleh dikemukakan sama ada secara manual dengan mengisi borang yang disediakan atau memohon melalui sistem pendaftaran agensi dalam talian. Permohonan perlu mendapat kelulusan dan ditandatangani oleh ahli PIAM yang menyatakan bahawa pemohon berhasrat atau berkehendak untuk mewakili ‘Prinsipal’nya. Seseorang ejen insurans am berdaftar boleh pada bila-bila masa mewakili tidak lebih daripada dua syarikat (2) insurans am sebagai prinsipalnya.
Pendaftaran sementara boleh diberikan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh permohonan di mana ejen yang kini beroperasi untuk satu Prinsipal pertama dan Prinsipal kedua melantik ejen berkenaan atau jika terdapat perubahan Prinsipal. Oleh itu, Prinsipal kedua dengan serta-merta dibenarkan untuk menjalankan urus niaga dengan ejen setelah pengisytiharan perlantikan telah dilaksanakan dengan sewajarnya oleh Ketua Pegawai Eksekutif.
Individu/pertubuhan yang dikecualikan dari proses pendaftaran ejen: i. Bank Perdagangan dan Syarikat Kewangan berlesen; ii. Bank Pertanian Malaysia, Bank Simpanan Nasional dan Bank Perusahan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank); iii. Pemegang Francais Kenderaan Motor yang ditakrifkan sebagai seseorang (korporat dan bukan korporat) yang telah diberi hak tunggal oleh Francaisor untuk mengimport, membuat promosi, menjual, mengedar dan/atau memasang kenderaan bermotor jenama tertentu, termasuk memberi khidmat lepas jualan di Malaysia.
BAB 10
10.4 Pendaftaran Ejen Insurans Am
140
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Kemasukan Minimum (Berkuatkuasa 1 April 2003)
10.6 Sijil Pendaftaran
Pemohon yang ingin mendaftar sebagai ejen mesti mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya SPM/GCE tahap ‘O’ atau yang setaraf dengannya. Walau bagaimanapun, seseorang itu boleh diberi pengecualian dalam kes-kes yang sesuai sama ada tanpa syarat atau dengan syarat-syarat yang difikirkan sesuai oleh Lembaga Pengarah. Di samping itu, pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Pra Kontrak Untuk Ejen Insurans (PCEIA) yang ditetapkan oleh Institut Insurans Malaysia (MII), melainkan jika pemohon telah memegang satu atau lebih daripada kelayakan yang dinyatakan di dalam Lampiran yang disertakan bersama GIARR.
Seseorang itu tidak boleh melibatkan diri dalam mana-mana urusniaga atau operasi agensi sehingga Sijil Pendaftaran telah dikeluarkan dan menyatakan nama syarikat-syarikat Prinsipal yang diwakilinya. Ejen itu hanya boleh mewakili syarikat atau syarikat-syarikat yang dinamakan di dalam Sijil Pendaftaran sahaja. Sekiranya ejen itu berhenti untuk mewakili mana-mana syarikat, dia hendaklah dengan serta merta memberitahu pihak PIAM mengenainya, dan memohon dikeluarkan suatu perakuan baru berkenaan Prinsipal baru yang ingin diwakilinya.
Sijil Pendaftaran adalah sah (kecuali ditarik balik/dibatalkan) untuk tempoh dua tahun. Tarikh permulaan tempoh dua tahun ditentukan oleh PIAM. Ejen yang berhasrat untuk dikekalkan pendaftarannya apabila tarikh kuatkuasa Sijil Pendaftaran akan tamat hendaklah memohon pembaharuan sijil tidak lewat daripada enam puluh (60) hari sebelum tarikh tamat tempoh. Permohonan berserta bayaran yang ditetapkan hendaklah dikemukakan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak PIAM dari masa ke semasa.
10.7 Sijil Pendaftaran Dwi-Tahunan
Sijil pendaftaran dwi-tahunan yang memberi kuasa dan pengiktirafan sebagai ejen insurans am berdaftar untuk tempoh dua tahun berikutnya akan dikeluarkan apabila permohonan dan bayaran yang ditetapkan telah diterima, dengan syarat perjanjian agensi dengan prinsipal masih berkuatkuasa dan ejen mematuhi keperluan pembaharuan sijil.
Ejen berdaftar yang tidak memohon sijil pendaftaran dwi-tahunan mengikut cara dan tempoh yang ditetapkan oleh Peraturan masih boleh mengemukakan permohonan dan menjelaskan bayaran tambahan sebagaimana yang ditetapkan. Sijil pendaftaran akan dikeluarkan untuk tempoh yang berbaki dari tempoh dua tahun itu, sekiranya permohonan itu dibuat dalam tempoh dua tahun selepas tamat sijil terakhir dikeluarkan.
PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM
141
BAB 10
10.5 Kelayakan
Nama ejen insurans am yang sebelum ini tertera dalam buku pendaftaran akan dikeluarkan sekiranya ejen berkenaan gagal memperbaharui sijil pendaftaran dwi-tahunan. Selagi nama ejen masih terdapat dalam buku daftar, semua tanggungjawab sebagai ejen berdaftar yang dinyatakan semasa mengemukakan permohonan pendaftaran akan terus berkuatkuasa.
10.8 Tempat/Premis Perniagaan
Ejen berdaftar hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa hal ehwal perniagaannya mempunyai: a) Premis pejabat yang bersesuaian untuk menjalankan perniagaan insurans am; b) Suatu lesen yang sah yang diperolehi daripada pihak berkuasa tempatan atau majlis perbandaran untuk menjalankan perniagaan berkenaan; c) Papan tanda perniagaan yang sah dengan paparan nama ejen berdaftar dan syarikat atau syarikat-syarikat insurans yang diwakilinya; setiap huruf nama agensi yang terdapat pada papan tanda itu hendaklah sekurang-kurangnya dua kali saiz lebih besar (kedua-dua panjang dan lebar) bagi setiap huruf berbanding dengan nama syarikat insurans yang diwakili; di samping perkataan “ejen” hendaklah mendahului nama syarikat atau syarikat-syarikat insurans yang diwakilinya; d) Sekurang-kurangnya seorang (1) kakitangan berkelayakan yang memiliki sijil kecekapan dalam bidang insurans am (dikenali sebagai pegawai yang bertanggungjawab) di tempatkan di pejabat agensi untuk mengendali urusan kerja harian perniagaan insurans am. Sekiranya kakitangan berkenaan telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai staf dan/atau sebagai ejen, agensi tersebut hendaklah melantik kakitangan baru dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat perkhidmatan kakitangan/ejen terdahulu. e) Perakuan Pendaftaran (dikeluarkan kepada setiap pejabat cawangan agensi) hendaklah dipamerkan di premis perniagaannya; jika dia mempunyai lebih daripada satu pejabat perniagaan, setiap pejabat perniagaan mesti didaftarkan sebagai ‘pejabat cawangan’ termasuk tempat utama perniagaan seperti yang dinyatakan.
10.9 Pemberitahuan
Ejen hendaklah memberitahu Pendaftar secara bertulis apabila terdapat apa-apa perubahan nama atau alamat perniagaan, atau apabila ia memulakan/berhenti untuk mewakili mana-mana syarikat insurans am. Pemberitahuan tersebut hendaklah dibuat dalam masa satu (1) bulan dari tarikh perubahan berkenaan dan pemberitahuan itu boleh dibuat melalui Prinsipalnya. Walau apa pun peruntukan yang dinyatakan di atas, setiap ahli prinsipal hendaklah
BAB 10
Perubahan oleh Ejen
142
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Pendaftar hendaklah dari semasa ke semasa memasukkan atau mengeluarkan daripada Buku Daftar apa-apa butiran yang berkaitan yang diketahuinya mengenai nama dan alamat perniagaan manamana individu yang berdaftar sebagai Ejen atau syarikat insurans am yang diwakili ejen berkenaan. Lembaga pengurusan boleh mengarahkan Pendaftar supaya mengeluarkan nama ejen yang telah meninggal dunia; atau mempunyai alamat perniagaan di Malaysia tetapi ejen tidak dapat dikesan. Lembaga perlu memberitahu dalam apa-apa cara yang munasabah dan difikirkan wajar mengenai apaapa perubahan, pembetulan atau pengeluaran nama dari buku daftar.
10.10 Konflik Kepentingan
a) Pemohon untuk mendaftar sebagai ejen atau ejen berdaftar yang mempunyai kepentingan perniagaan lain hendaklah mengisytiharkan secara bertulis segala kepentingan perniagaan tersebut dan Lembaga mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan sama ada kepentingan perniagaan tersebut boleh diteruskan dan jika boleh, apakah syarat (jika ada) dan tempoh masa kepentingan tersebut boleh diteruskan. b) Ejen tidak boleh menjadi pekerja, pengarah, pemegang saham atau debentur di mana-mana syarikat yang mempunyai kepentingan perniagaan dalam mana-mana syarikat atau firma yang terlibat dalam perniagaan insurans termasuk broker insurans dan penyelarasan kerugian tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Lembaga pengurusan, tetapi larangan itu tidak terpakai jika saham yang dimiliki disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. c) Agensi korporat tidak boleh melantik mana-mana pekerja, pengarah, pemegang saham atau pemegang debentur di agensi korporat lain tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Lembaga pengurusan. Larangan dalam menggunakan atau melibatkan pemegang saham/debentur atau pemegang mana-mana kepentingan tidak terpakai sekiranya saham-saham tersebut disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. d) Seorang pekerja, pengarah, pemegang saham, pemegang debentur sebuah agensi korporat tidak boleh menjadi pengarah, pemegang saham atau pemegang debentur di agensi korporat lain; atau mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau firma yang lain yang terlibat dalam transaksi perniagaan insurans termasuk broker insurans dan penyelaras kerugian, kecuali saham diagensi korporat lain itu disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.
PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM
143
BAB 10
memberitahu Pendaftar secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh apa-apa perubahan tentang nama atau alamat perniagaan ejen atau apabila ejennya berhenti menjadi wakil.
e) Agensi korporat tidak boleh melantik atau melibatkan mana-
mana individu yang merupakan seorang pekerja, pengarah, pemegang saham atau pemegang debentur yang mempunyai kepentingan dalam syarikat lain yang terlibat dalam transaksi perniagaan insurans termasuk broker insurans dan penyelaras kerugian, kecuali saham-saham di syarikat lain itu disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. f) Seorang pekerja, pengarah, pemegang saham atau pemegang debentur disebuah agensi korporat atau mana-mana individu yang mempunyai kepentingan dalam sebuah agensi korporat tidak boleh mempunyai apa-apa kepentingan dalam manamana syarikat atau firma lain yang ditubuhkan bagi maksud menjalankan perniagaan Pusat Khidmat Pelanggan yang memberikan perkhidmatan kepada syarikat insurans am.
BAB 10
10.11 Penolakan atau Pembatalan Pendaftaran
144
Kemasukan nama seseorang dalam buku daftar hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa orang yang dinyatakan itu telah didaftarkan dan diberi kuasa untuk melibatkan diri dalam perniagaan agensi insurans am. Walau bagaimanapun, permohonan bagi pendaftaran sebagai ejen boleh ditolak atau perakuan pendaftaran dibatalkan, sekiranya individu tersebut: a) didapati tidak sempurna akal; b) telah disabitkan kesalahan jenayah penyelewengan, pecah amanah, penipuan atau menghilangkan diri atau pemalsuan atau bersubahat atau cubaan melakukan mana-mana kesalahan tersebut; c) telah disabitkan kesalahan penipuan, ketidakjujuran atau salah nyataan terhadap mana-mana ahli atau orang yang mempunyai urusan rasmi dengan mana-mana anggota; d) telah diisytiharkan muflis; e) mempunyai tunggakan premium atau lain-lain tanggungan kewangan dengan syarikat insurans yang pernah diwakilinya dahulu atau mempunyai perjanjian agensi dengannya; f) telah dibatalkan pendaftarannya. Sebagai tambahan, sijil pendaftaran boleh dibatalkan dan nama ejen dikeluarkan dari buku daftar sekiranya pihak Lembaga Pengurusan mengetahui bahawa: a) individu berkenaan memperolehi sijil pendaftaran dengan cara menipu atau memberi keterangan palsu; atau b) tidak ada perjanjian agensi yang wujud dengan mana-mana syarikat insurans am yang didakwa diwakilinya. Dalam mana-mana keadaan, notis untuk membatalkan sijil pendaftaran mana-mana individu dan/atau mengeluarkan namanya dari buku daftar hendaklah dibuat dengan cara memberi notis empat
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
10.12 Syarat Minimum Pengekalan Jawatan
Dengan tujuan untuk memupuk tahap profesionalisma dan kesungguhan yang lebih tinggi dikalangan ejen, setiap ejen insurans am yang berdaftar hendaklah memastikan bahawa dia memperolehi perniagaan insurans am yang mencukupi (sama ada perniagaan baru atau pembaharuan) iaitu penerimaan sebenar premium kasar berjumlah sekurang-kurangnya RM20,000 setahun.
Keperluan minimum pengekalan perlu dicapai pada tahun pertama atau kedua sepanjang tempoh dua (2) tahun keabsahan (validity) sijil pendaftaran. Ejen yang gagal memenuhi syarat-syarat minimum pengekalan tidak layak untuk memperbaharui sijil pendaftarannya atau memohon untuk didaftarkan sebagai ejen bagi tempoh dua belas (12) bulan.
10.13 Kod Amalan
Kod Amalan Perniagaan Insurans Am untuk Semua Pengantara Selain dari Broker Insurans Berdaftar (Kod) yang berfungsi sebagai panduan untuk ejen menjalankan perniagaan insurans am (seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013) dengan penuh percaya mutlak dan integriti serta ikrar pematuhan kod perlu ditandatangani oleh ejen insurans am berdaftar. Kod Amalan juga meliputi kaedah bagaimana ejen mengendalikan aduan dari pemegang polisi dan perlu bekerjasama dengan insurer untuk mengumpulkan fakta-fakta serta memberi khidmat nasihat tentang hak-hak dan pilihan pemegang polisi demi menyelesaikan masaalah dengan insurer berkenaan. Insurer juga bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Kod Amalan dengan kesungguhan dan usaha terbaiknya dalam memastikan ejen-ejen jualannya mematuhi peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Kod Amalan. A. Penjualan Produk Insurans Am • Apa yang ejen perlu lakukan: a) membuat temujanji terlebih dahulu dengan menghubungi bakal pelanggan. Pastikan panggilan yang tidak diminta atau tidak dirancang ini dibuat pada masa yang sesuai dengan keselesaan pelanggan; b) memperkenalkan diri dan insurer yang diwakili serta memaklumkan kepada pelanggan secara jelas bahawa tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan keperluan insuran; PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM
145
BAB 10
belas (14) hari terlebih dahulu kepada orang yang berkenaan hadir di hadapan Lembaga Pengurusan atau memberikan bukti keterangan atau penjelasan. Lembaga boleh memerintahkan penggantungan sijil pendaftaran ejen yang kesnya sedang disiasat.
c) memastikan dengan sebaik mungkin bahawa polisi insurans yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan bakal pemegang polisi; d) memberi nasihat hanya mengenai bidang insurans yang ejen lebih arif mengenainya, dan dapatkan nasihat atau mengesyorkan pakar lain sekiranya perlu; dan e) menganggap semua maklumat yang diberikan oleh bakal pemegang polisi adalah sulit dan ia hanya bertujuan untuk menguatkuasakan polisi insurans semata-mata.
BAB 10
• Apakah yang ejen perlu elakkan: f) memaklumkan bakal pemegang polisi bahawa namanya telah dicadangkan oleh orang lain, kecuali bakal pemegang polisi meminta ejen memberitahu nama individu berkenaan dan individu tersebut bersetuju agar nama dan identitinya didedahkan; g) membuat, mengeluarkan atau menyebabkan keluarnya kenyataan bertulis atau secara lisan yang boleh disilaptafsirkan atau membuat perbandingan yang mengelirukan, tidak adil atau berat sebelah mengenai terma, syarat atau manfaat mana-mana polisi; atau h) menghalang bakal pemegang polisi dari menyatakan fakta penting kepada insurer atau mendorongnya untuk tidak mendedahkan fakta; atau i) mendorong bakal pemegang polisi membuat kenyataan palsu, kesilapan memberikan fakta matan atau menghalang pemegang polisi mendedahkan fakta matan atau mendorong pemegang polisi menyembunyikan sebarang maklumat penting berhubung dengan cadangan insurans; atau j) melibatkan mana-mana orang menjalankan urusniaga insurans am bagi pihaknya dan membayar kepada orang itu apa-apa komisen atau ganjaran sebagai balasan memperolehi jualan insurans. Walau bagaimanapun, sebuah agensi korporat boleh melantik pekerja sepenuh masa bagi maksud menjalankan urusniaga insurans am bagi pihaknya.
146
B. Menawarkan Perlindungan Insurans Peranan ejen ialah untuk memberi penerangan mengenai peruntukanperuntukan penting kontrak insurans, disamping menarik perhatian pelanggan tentang sekatan dan pengecualian di bawah polisi berkenaan. Sekiranya perlu, dapatkan khidmat nasihat pakar (dari pengunderait) untuk menjelaskan skop perlindungan, terma dan syarat polisi (seperti yang disyorkan oleh ejen) untuk memastikan pelanggan mendapat layanan yang adil dan pelanggan memahami produk yang dibeli. Pelanggan perlu diberitahu tentang caj tambahan (sekiranya ada) yang dikenakan sebagai tambahan kepada
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
premium asas dengan mendedahkan jumlah serta tujuan caj tersebut dikenakan.
D. Aspek Perakaunan dan Kewangan Ejen hendaklah, sekiranya diberi kuasa untuk mengutip bayaran, menjalankan tugas tersebut mengikut terma dan syarat perlantikan agensi, iaitu:i) menyelenggara buku akaun dengan sempurna bagi semua urus niaga kewangan dengan pemegang polisi yang membabitkan bayaran berkaitan dengan insurans (termasuk apa-apa wang perlu dibayar kepada pemegang polisi apabila terdapat pindaan atau diskaun yang dibenarkan oleh prinsipal); ii) mengesahkan penerimaan (melainkan dibenarkan oleh insurer, hendaklah bagi pihak dirinya sendiri) semua wang yang diterima berkaitan dengan polisi insurans dan hendaklah mengasingkan bayaran premium dari lain-lain bayaran yang diterima; dan iii) mendepositkan bayaran yang diterima ke akaun prinsipal, sebagai mematuhi syarat dan keperluan perlantikan agensi. E. Dokumentasi Ejen tidak boleh merahsiakan apa-apa bukti keterangan atau dokumen dari pengetahuan pemegang polisi mengenai kontrak insurans (termasuk apa-apa pindaan, diskaun atau bayaran yang dibenarkan oleh insurer untuk dibayar kepada pemegang polisi). F. Pemegang Polisi Sedia Ada Ejen hendaklah sentiasa mematuhi prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Kod Amalan yang berkaitan dengan hubungannya dengan
PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM
147
BAB 10
C. Pendedahan Maklumat Pengunderaitan Ejen hendaklah: i) mengambil segala langkah yang perlu demi memastikan borang cadangan diisi dengan lengkap dan tepat oleh setiap bakal pemegang polisi; ii) elakkan dari mempengaruhi bakal pemegang polisi dengan menjelaskan bahawa semua jawapan atau kenyataan yang diberi adalah menjadi tanggungjawab pemegang polisi sendiri; iii) memberitahu tentang akibat yang mungkin timbul sekiranya pemegang polisi tidak mendedahkan fakta sebenar. Pemegang polisi perlu diberitahu sekiranya terdapat ketidaktepatan fakta yang diberi dengan menarik perhatiannya kepada pernyataan berkaitan di dalam borang cadangan; dan iv) membuat siasatan rapi berkaitan dengan risiko yang dicadangkan dan memberitahu insurer akan keadaan yang boleh memberi kesan buruk kepada risiko yang hendak dilindungi.
BAB 10
pemegang polisi yang sedia ada, dengan tujuan untuk mengekalkan perniagaan yang telah diperolehi, berusaha untuk mengekalkan hubungan dengan semua pelanggan yang telah menjadi pemegang polisi dan menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada pemegang polisi yang mengemukakan tuntutan dan secara amnya perlu memenuhi syarat dan keperluan yang ditetapkan berhubung dengan penyelesaian tuntutan.
G. Tuntutan i) Sekiranya pemegang polisi memberitahu ejen tentang keadaan yang mungkin boleh menimbulkan tuntutan, ejen hendaklah memberitahu insurer dengan segera dan dalam apa jua keadaan, dalam tempoh tiga (3) hari bekerja, dan selepas itu memberitahu pemegang polisi tentang keperluan syarikat mengenai tuntutan itu, termasuk menyediakan maklumat yang diperlukan untuk mengenalpasti kedudukan sebenar dan tahap kerugian. Maklumat yang diterima daripada pemegang polisi perlu disampaikan kepada insurer dengan segera. ii) Tiada peruntukan dalam Kod Amalan yang disifatkan sebagai memberikan apa-apa kuasa kepada ejen untuk melaksanakan fungsi tugas berkaitan dengan kajian kerugian, pelarasan kerugian, menyelesaikan atau meluluskan mana-mana tuntutan insurans.
10.14 Premium atau Bayaran yang Dikutip bagi Pihak Prinsipal
Ejen hendaklah menyerahkan terus kepada prinsipal atau mendepositkan ke akaun prinsipal yang ditetapkan dan atas nama prinsipal, akan semua bayaran premium dan/atau wang yang dikutip bagi pihak prinsipal. a) Bayaran “Tunai-Sebelum-Lindung” untuk polisi motor: Premium mestilah dikutip sepenuhnya sebelum bermulanya penerimaan risiko dan didepositkan ke akaun Prinsipal dalam tempoh (7) hari bekerja dari tarikh kutipan premium atau tarikh mula kuatkuasa polisi, yang mana lebih awal; b) Bayaran “Tunai-Sebelum-Lindung” untuk polisi kemalangan peribadi dan insurans perjalanan individu: Semua premium mesti dikutip sepenuhnya sebelum bermulanya penerimaan risiko dan didepositkan ke akaun Prinsipal dalam tempoh lima belas (15) hari kalendar dari tarikh penerimaan premium atau tarikh mula kuatkuasa polisi, yang mana lebih awal; c) “Waranti Premium” terdapat dalam lain-lain kelas perniagaan, kecuali polisi Marin Kargo, Marin Badan Kapal, Bon, Semua Risiko Kontraktor dan Semua Risiko Pembinaan. Ejen boleh menawarkan kemudahan kredit kepada pelanggannya untuk tempoh maksimum enam puluh (60) hari dari tarikh permulaan polisi dan atas apa-apa terma sebagaimana yang
148
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
10.15 Pematuhan Syarat ‘Tunai Sebelum Lindung’ (CBC) untuk Polisi Insurans Motor
Sebagai Prinsipal, syarikat insurans am dikehendaki memantau pematuhan ejen-ejen terhadap keperluan ‘tunai sebelum lindung’ bagi polisi motor pada setiap suku tahunan, dikenali sebagai “Laporan Suku Tahunan” untuk tempoh dua (2) tahun kalendar. Tempoh dua (2) tahun kalendar yang pertama bermula dari 1 Julai 2005 dan tamat pada 31 Disember 2006 dan selepas itu bermula semula untuk dua tahun kalendar seterusnya.
Amalan yang tidak mematuhi keperluan ‘tunai sebelum lindung’ (CBC) yang dilakukan oleh ejen-ejen perlu dilaporkan kepada Lembaga Pengurusan Persatuan Insurans Am Malaysia pada setiap Laporan Suku Tahunan. Ini diikuti dengan ‘Notis Penggantungan’ yang dikeluarkan kepada ejen terbabit, tidak lewat dari empat belas (14) hari selepas tamat tempoh Laporan Suku Tahunan, apabila tindakan penggantungan dibuat.
Ejen akan digantung daripada menjalankan apa-apa perniagaan insurans melibatkan kemudahan ‘tunai sebelum lindung’ untuk tempoh enam (6) bulan bermula empat belas (14) hari dari tarikh pemberitahuan penggantungan. Semua akses sistem komputer berkaitan perniagaan insurans motor Prinsipal akan disekat untuk mengelakkan apa-apa urus niaga yang dibuat tanpa kebenaran oleh ejen yang digantung tugas berkenaan.
Sebab-sebab yang membawa kepada penggantungan tugas: a) Tidak mematuhi keperluan CBC; Semua ejen tidak kira sama ada didaftarkan dengan satu atau dua Prinsipal, didapati gagal menyerahkan bayaran premium insurans motor kepada Prinsipal dalam tempoh (7) hari bekerja dari tarikh kutipan atau tarikh permulaan polisi, yang mana lebih awal. b) Tidak mematuhi keperluan CBC yang dilakukan oleh ejen dalam mana-mana tiga (3) Laporan Suku Tahunan, sama ada berturut-turut atau sebaliknya, tetapi ia berlaku dalam masa (2) tahun dengan satu atau kedua-dua Prinsipal; c) Tidak mematuhi keperluan CBC dengan mana-mana satu Prinsipal membolehkan Prinsipal yang satu lagi mengambil tindakan yang sama iaitu menggantung tugas ejen dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pemberitahuan dan ejen berkenaan tidak dibenarkan mewakili Prinsipal baru dan/ atau menukar Prinsipal lain dalam tempoh penggantungan tugas.
PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM
149
BAB 10
diluluskan secara bertulis oleh Prinsipal. Semua premium yang dikutip oleh ejen hendaklah didepositkan keakaun Prinsipal dalam tempoh lima belas (15) hari kalendar dari tarikh kutipan.
d) Setelah tamat enam (6) bulan tempoh penggantungan, sekiranya ejen berkenaan sekali lagi didapati melanggar keperluan CBC pada Laporan Suku Tahunan berikutnya dalam tempoh dua tahun, Lembaga Pengurusan PIAM akan membatalkan Sijil Pendaftaran dan ejen berkenaan tidak dibenarkan menjalankan apa-apa perniagaan insurans am bagi tempoh dua belas (12) bulan. 10.16 Pembangunan Objektif utama program ‘Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)’ adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan dan Profesional profesionalisma tenaga agensi insurans am di Malaysia. Setiap ejen Berterusan insurans am berdaftar dikehendaki menghadiri dan melengkapkan (CPD) keperluan 20 jam latihan CPD setahun, sebagai mematuhi keperluan minimum latihan CPD berkuatkuasa 1 Januari, 2005. Mata kredit dan akreditasi boleh diperolehi sama ada dengan menghadiri program latihan atau menjalani suatu proses penilaian yang dikendalikan oleh tenaga pengajar (seperti tugasan, ujian penilaian, peperiksaan dan sebagainya). Program CPD ini merupakan latihan berasaskan kemahiran dan pengetahuan, sama ada latihan telah ditetapkan.
Sebagai panduan, pembahagian jam latihan untuk aspek teknikal dan bukan teknikal adalah seperti berikut: • Latihan Teknikal - minimum 60% (12 jam) • Latihan Bukan Teknikal - maksimum 40% (8 jam)
10.17 Penama Korporat
Sebuah agensi korporat boleh diwakili oleh Penama Korporat, tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah dan memenuhi kriteria kelayakan berikut: • beliau adalah pegawai utama agensi korporat atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga Pengarah; • beliau bertugas sepenuh masa di pejabat utama korporat agensi; dan • beliau adalah orang yang berkelakuan baik dan mempunyai integriti yang tinggi dalam bidang perniagaan.
Sekiranya Penama Korporat menamatkan perkhidmatan dengan agensi berkenaan, agensi tersebut dikehendaki melantik penggantinya dalam tempoh 30 hari dari tarikh Penama Korporat berkenaan meletakkan jawatan.
BAB 10
150
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
10.18 Penentangan terhadap Peraturan dan Pendaftaran Ejen Insurans Am (GIARR)
Sekiranya Lembaga Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ejen telah melanggar Peraturan Pendaftaran Ejen Insurans Am (GIARR), Lembaga boleh mengarahkan ejen berkenaan untuk melakukan salah satu atau kesemua perkara-perkara berikut:a) membentangkan kenyataan bertulis, ilustrasi atau lain-lain bahan yang digunakan ketika menjalankan perniagaan insurans am; b) mengemukakan laporan atau kenyataan bersumpah mengenai perkara atau tuduhan yang dikenakan terhadapnya; c) memberikan akses atau kebenaran kepada pemeriksa bertauliah yang dilantik oleh Lembaga untuk memeriksa rekod/penyata ejen, dokumen dan lain-lain bahan dan membuat/mengambil apa-apa dokumen yang difikirkan perlu.
Ejen yang gagal mematuhi arahan Lembaga Pengarah dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima notis bertulis daripada Lembaga hendaklah dianggap telah melakukan suatu kesalahan.
10.19 Siasatan
Sebarang aduan bertulis terhadap ejen insurans kerana didakwa salah laku atau perlakuan yang tidak professional, akan menyebabkan suatu siasatan mengenai aduan atau dakwaan berkenaan. Sekiranya pihak Lembaga berpuashati bahawa telah wujud kes salah laku, Lembaga boleh memerintahkan penggantungan sijil pendaftaran semasa atau sekiranya ejen berkenaan dikecualikan dari pendaftaran, menghendaki ejen tersebut menamatkan semua atau sebahagian perniagaan insurans am, seperti yang diputuskan oleh pihak lembaga.
terhadap Aduan
Sekiranya selepas suatu siasatan yang sewajarnya telah dijalankan, Lembaga mendapati ejen insurans am berdaftar atau mana-mana orang yang memohon untuk didaftarkan, didapati bersalah atas dakwaan salah laku, Lembaga boleh membatalkan Sijil Pendaftaran atau menolak permohonan pendaftaran ejen berkenaan. Sekiranya Lembaga berpendapat kesalahan tersebut tidak mewajarkan tindakan pembatalan sijil pendaftaran, Lembaga boleh menggantung Sijil Pendaftaran atau mengenakan denda atau kedua-duanya dan/ atau celaan awam sekiranya difikirkan wajar. Rayuan: Mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut Peraturan Pendaftaran atau pendaftarannya dibatalkan atau permohonan untuk pendaftaran yang telah ditolak oleh Lembaga, peruntukan Peraturan membolehkan atau melayakkan individu berkenaan membuat rayuan kepada Jawatankuasa Pengurusan.
PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM
151
BAB 10
i) Individu yang mengemukakan rayuan hendaklah berbuat demikian atas namanya sendiri; ii) Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis dan lengkap, dialamatkan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan tidak mengandungi apa-apa perkataan atau penggunaan bahasa yang kurang sopan; iii) Rayuan itu hendaklah dikemukakan melalui Lembaga; iv) Sebarang rayuan di bawah Peraturan Pendaftaran ini tidak akan dilayan, melainkan ia dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh individu yang merayu menerima surat arahan mengemukakan rayuan. Jawatankuasa Pengurusan boleh mengambil keputusan untuk melayan rayuan berkenaan selepas tamat tempoh sekiranya Jawatankuasa berpuas hati bahawa perayu mempunyai sebab yang kukuh tidak dapat mengemukakan rayuan dalam tempoh masa yang ditetapkan. v) Lembaga hendaklah dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh menerima rayuan, menghantar laporan, ulasan dan dokumen sokongan berkaitan kepada Jawatankuasa Pengurusan.
BAB 10
Pertimbangan Rayuan: i) Jika sesuatu rayuan telah diterima, Jawatankuasa Pengurusan hendaklah menimbangkan semua keadaan berkaitan kes tersebut dan membuat apa-apa perintah yang wajar selepas perayu telah diberi peluang yang secukupnya untuk membentangkan sendiri kesnya atau melalui penghujahan bertulis. ii) Semua rayuan hendaklah dilupuskan dengan seberapa segera yang mungkin, dan dalam apa-apa hal tidak lewat daripada enam (6) bulan dari tarikh penerimaan rayuan oleh Jawatankuasa Pengurusan.
152
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
10.20 Soalan Penilaian Diri 1.
Apakah objektif Perjanjian Antara Syarikat mengenai Perniagaan Insurans Am (ICAGIB)? I.
Untuk mengawal selia dan memantau tingkah laku dan aktiviti setiap individu yang menjalankan perniagaan insurans am di Malaysia
II. Untuk mengawal selia penjalanan syarikat insurans am di Malaysia III. Untuk mengawal tarif, komisen dan imbuhan bersesuaian dalam perniagaan insurans am IV. Untuk mengawal selia tingkah laku pengantara insurans am dengan orang ramai
2.
a)
I, II, dan III
b)
II dan III
c)
I dan III
d)
I, II, III dan IV
Bagaimanakah Peraturan Pendaftaran Ejen Insurans Am (GIARR) mendefinisikan ‘ejen insurans am berdaftar’? a) Badan korporat yang diberi kuasa untuk menjual produk insurans am bagi mana-mana syarikat atau syarikat-syarikat insurans b) Individu atau seseorang sama ada korporat atau bukan korporat yang diberi kuasa untuk menjual, menguruskan atau membuat rundingan mana-mana produk insurans am (selain daripada insurans hayat) untuk dan bagi pihak insurer/prinsipal d) Mana-mana orang yang berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia sebagai ejen untuk menjual insurans am di Malaysia
3.
4.
Apakah nama peperiksaan kelayakan yang seseorang itu perlu lulus sebelum boleh didaftarkan sebagai ejen dengan Persatuan Insurans Am Malaysia? a)
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
b)
Sijil Institut Insurans Malaysia (CMII)
c)
Peperiksaan Pra-Kontrak untuk Ejen Insurans (PCEIA)
d)
Kursus Asas Pengurusan Agensi (BAMC)
Apakah penalti yang dikenakan oleh prinsipal jika ejen melanggar peraturan TunaiSebelum-Lindung (CBC) di bawah polisi insurans motor? a) Ejen akan digantung tugas daripada melakukan apa-apa perniagaan insurans am untuk tempoh enam (6) bulan. b) Ejen akan digantung tugas daripada menjalankan apa-apa perniagaan CBC untuk tempoh enam (6) bulan. c) Ekses komputer Ejen akan segera disekat tanpa memberi sebarang notis. d) Ejen perlu membayar denda sebanyak RM500,000.
PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM
153
BAB 10
c) Individu yang diberi kuasa oleh insurer untuk menjual produk insurans am mereka
5.
Apakah tujuan diadakan Kod Amalan Perniagaan Insurans Am kepada Semua Pengantara Selain daripada Broker Insurans Berdaftar? I. Berfungsi sebagai panduan untuk ejen menjalankan perniagaan insurans am dengan penuh percaya mutlak dan jujur II. Menetapkan cara bagaimana ejen mengendalikan aduan daripada pemegang polisi III. Menghendaki ejen bekerjasama dengan insurer dalam mengumpulkan fakta berkaitan dengan apa-apa aduan atau pertikaian IV. Menghendaki ejen memberi khidmat nasihat yang betul mengenai hak-hak dan saluran yang ada bagi pemegang polisi menuntut ganti rugi dari syarikat insurans a)
I, II, dan III
b)
I, III dan IV
c)
III dan IV
d)
I, II, III dan IV
6. Apakah Tempoh Minimum Latihan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) untuk ejen insurans am berdaftar berkuatkuasa mulai 1 Januari 2005? a) 30 jam setahun b) 20 jam setahun c) 20 jam dalam tempoh dua tahun d) 25 jam dalam tempoh dua tahun
BAB 10
7.
Seorang ejen insurans am boleh mewakili ______ syarikat insurans seperti yang dinamakan dalam Sijil Pendaftaran yang sah untuk ________ tahun. a) Dua/dua b) Tiga/dua c) Dua/tiga d) Tiga/tiga
8.
Apakah yang anda faham tentang peraturan ‘tunai-Sebelum-Lindung’ di bawah polisi insurans motor? a)
9.
b)
Premium hendaklah dikutip sepenuhnya sebelum risiko mula dilindungi.
c)
Premium hendaklah dikutip sepenuhnya dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permulaan risiko.
d)
Premium hendaklah dibayar dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permulaan risiko.
Apakah keadaan yang boleh membawa kepada tindakan penggantungan tugas ejen dari menjalankan perniagaan polisi insurans motor selama enam bulan? a)
154
Sebahagian daripada premium perlu dikutip sebelum risiko mula dilindungi.
Tidak mematuhi keperluan CBC dalam 3 Laporan Suku Tahunan dalam tempoh 2 tahun di bawah salah satu atau kedua-dua prinsipal yang diwakili
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
b) Tidak mematuhi keperluan CBC dalam 2 Laporan Suku Tahunan suku laporan dalam tempoh 2 tahun di bawah salah satu prinsipal c)
Tidak mematuhi keperluan CBC dalam 2 Laporan Suku Tahunan dalam tempoh 3 tahun dengan salah satu prinsipal
d)
Tidak mematuhi keperluan dalam 3 Laporan Suku Tahunan dalam tempoh 3 tahun, dengan salah satu atau kedua-dua prinsipal
10. Yang manakah di antara berikut TIDAK benar mengenai peranan ejen dalam menangani tuntutan insurans? a)
Memaklumkan kepada syarikat insurans dalam tempoh 3 hari bekerja selepas menerima makluman mengenai kejadian yang mungkin akan menimbulkan tuntutan.
b)
Memberitahu pemegang polisi tentang keperluan atau dokumen yang dikehendaki insurer berkaitan dengan sesuatu tuntutan.
c)
Membantu pemegang polisi mengumpul maklumat yang diperlukan untuk mengenalpasti butiran dan tahap kerugian dan maklumat tersebut disampaikan kepada prinsipal dengan segera.
d)
Menjalankan kajian mengenai kerugian atau menyelaras kerugian supaya tuntutan insurans boleh diselesaikan dengan segera.
BAB 10
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.
PENDAFTARAN DAN PERATURAN EJEN INSURANS AM
155
BAB 11
Aspek-aspek Perundangan Insurans Hayat
11.1 Pengenalan
Jadual 8 Akta Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Act – FSA) 2013 mengenai ‘Peruntukan Berkaitan Polisi’ menjadi penanda aras aspek undang-undang insurans hayat yang diliputi dalam bab ini.
11.2 Salah Nyata
Syarikat insurans hayat tidak boleh membatalkan polisi insurans atau menolak tuntutan insurans hanya dengan alasan salah nyata umur insured. Walau bagaimanapun, insurer boleh mengambil tindakan berikut:
Umur
Melalui bukti yang ditunjukkan, umur sebenar adalah lebih tua: • meminda jumlah yang diinsuranskan dan bonus mengikut nisbah amaun premium yang dibayar dengan umur sebenar.
BAB 11
Melalui bukti yang ditunjukkan, umur sebenar adalah lebih muda: • sama ada meminda jumlah yang diinsuranskan dan bonus • atau mengurangkan amaun premium dan memulangkan lebihan bayaran premium kepada pemilik polisi.
Tempoh perlindungan dikira dengan merujuk kepada umur insured: • meminda polisi dengan menukar tempoh perlindungan kepada tempoh yang berdasarkan kepada umur sebenar.
11.3 Bantahan terhadap Polisi Insurans Hayat
Dalam tempoh lima belas (15) hari selepas menerima polisi insurans hayat, pemilik polisi boleh memulangkan polisi yang diterima kepada insurer dan insurer perlu segera mengembalikan semula apa-apa premium yang telah dibayar, selepas ditolak perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan hayat yang diinsuranskan. Selepas bayaran premium dipulangkan, polisi akan dianggap terbatal dan liabiliti insurer akan terhenti.
ASPEK-ASPEK PERUNDANGAN INSURANS HAYAT
157
Berhubung dengan insurans hayat berkaitan pelaburan, insurer hendaklah memulangkan apa-apa bayaran premium yang tidak diperuntukkan, dan nilai unit amanah yang diperuntukkan pada harga unit pada tarikh penilaian berikutnya, dan apa-apa caj insurans dan yuran yang telah ditolak semua perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan hayat yang diinsuranskan. 11.4 Kepentingan Boleh Insurans
Kepentingan boleh insurans adalah sejauh mana kepentingan kewangan insured keatas perkara pokok insurans. Prinsip kepentingan boleh insurans itu hanya perlu hadir pada permulaan polisi, seperti dalam kes Dalby v. India dan London Life (1854), yang memutuskan bahawa seseorang individu mempunyai kepentingan boleh insurans yang tidak terhad atas hayat mereka sendiri dan juga hayat pasangan mereka. Oleh kerana insurans hayat adalah satu perjanjian untuk pembayaran wang atas kematian seseorang atau kemungkinan berlakunya kontingensi disebabkan berlaku kematian atau terus hidup, individu yang menginsuranskan hayat orang lain hendaklah mempunyai kepentingan boleh insurans keatas hayat tersebut pada ketika permulaan polisi; jika tidak, polisi yang dikeluarkan adalah tidak sah.
Majikan mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat kakitangan utamanya kerana tanpa mereka majikan akan mengalami kerugian kewangan.
BAB 11
Pemiutang mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat penghutang kerana jumlah hutang yang masih belum dijelaskan.
Akta Perkhidmatan Kewangan (FSA) menyatakan bahawa seseorang itu dianggap mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat orang lain yang merupakan: a) suami atau isterinya, anak atau jagaan yang di bawah umur dewasa pada permulaan polisi; b) pekerjanya; atau c) seseorang yang kepadanya dia bergantung hidup dan/atau memperolehi pendidikan sepenuhnya atau sebahagiannya, pada masa insurans itu diambil.
11.5 Kapasiti Kanak-kanak (Minor) untuk Diinsuranskan
158
Kanak-kanak yang telah mencapai umur sepuluh (10) tahun tetapi belum mencapai umur enam belas (16) tahun boleh mengambil polisi insurans hayat atas hayatnya sendiri atau atas hayat individu lain di mana dia mempunyai kepentingan boleh insurans dengan keizinan ibu bapa atau penjaga. Kanak-kanak yang telah mencapai
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
umur enam belas (16) tahun juga boleh mengambil polisi insurans hayat atas hayatnya sendiri atau atas hayat individu lain di mana dia mempunyai kepentingan boleh insurans.
11.6 Wang Polisi Dibayar tanpa Potongan
Wang polisi yang dibayar di bawah sesuatu polisi hayat atau wang yang dikenakan bayaran atas serahan sesuatu polisi hayat hendaklah dibayar tanpa sebarang potongan yang belum jatuh bayaran, melainkan jika potongan itu dibuat dengan keizinan orang yang berhak ke atas wang polisi berkenaan.
11.7 Penyerahan Polisi Insurans Hayat
Polisi hayat di mana premium dibayar secara tetap biasanya memperoleh nilai serahan selepas pemegang polisi telah membayar premium secara berterusan selama tiga (3) tahun. Penyerahan polisi dipertengahan tempoh perlindungan akan mengakibatkan pemegang polisi mendapat sejumlah apa yang telah diperuntukkan untuk simpanan dan dividen ke atasnya. Dari jumlah tersebut, caj serahan akan dikenakan, yang biasanya berbeza antara satu polisi dengan polisi yang lain. Pemilik polisi boleh menyerahkan polisi hayat dengan mengemukakan notis secara bertulis dan berhak untuk menerima nilai serahan yang ditentukan mengikut: a) prinsip aktuari yang diterima umum; b) cara yang memastikan layanan adil kepada pemilik polisi; dan c) kehendak pematuhan piawaian atau amalan perniagaan. Apakah kerugian yang akan ditanggung sekiranya pemegang polisi menyerahkan polisinya? Apabila polisi diserahkan, semua manfaat yang berkaitan dengannya termasuk perlindungan insurans akan ditamatkan. Pada tahun-tahun awal polisi (biasanya 3 tahun dari tarikh kuatkuasa), nilai serahan akan berjumlah hanya kira-kira 30 peratus daripada premium yang telah dibayar setakat kerana insurer tidak mengambil kira premium yang dibayar pada tahun pertama ketika mengira nilai serahan. Untuk polisi insurans hayat berkaitan pelaburan, insured akan kehilangan banyak manfaat kerana caj peruntukan premium dikenakan ketika permulaan kuatkuasa polisi. Dalam erti kata lain, sebahagian besar daripada premium yang dibayar pada tahun-tahun awal akan digunakan untuk menampung pelbagai caj termasuk termasuk komisen ejen. Bakinya, dengan jumlah yang ASPEK-ASPEK PERUNDANGAN INSURANS HAYAT
159
BAB 11
Kedua-dua kategori kanak-kanak di atas boleh menyerah hak polisi hayat yang melindungi dirinya atau menerima serah hak suatu polisi hayat dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga.
jauh berkurangan, akan dimasukkan kedalam dana insurans pemilik polisi.
11.8 Tidak Membayar Premium
Jika sesuatu polisi hayat menyediakan peruntukan nilai serahan, ia tidak akan luput atau terlucut hak (syarat-syarat tidak lucut hak) disebabkan tidak membayar premium, tetapi masih boleh dikuatkuasakan tertakluk kepada pindaan, umpamanya tempoh kuatkuasa atau manfaat yang diterima, atau kedua-duanya. Syarat-syarat tidak lucut hak dalam polisi insurans hayat adalah suatu keistimewaan kepada pemilik polisi yang mungkin telah terlepas pandang untuk membayar premium atau sedang menghadapi masalah kewangan dan buat sementara waktu ia tidak mampu membayar premium. Terdapat dua pilihan yang ada di bawah polisi ini iaitu: 1. menukarkannya kepada polisi jelas dibayar, yang bermaksud tiada lagi premium yang perlu dibayar tetapi untuk jumlah diinsuranskan akan dikurangkan; atau 2. memendekkan tempoh polisi atau tempoh perlindungan tetapi jumlah diinsuranskan masih dikekalkan.
BAB 11
Pindaan yang dibuat adalah bergantung kepada jumlah nilai serahan dan keperluan perlindungan insurans yang berterusan mengikut kemampuan kewangan untuk membayar premium masa depan.
11.9 Polisi Jelas Dibayar
Jika sesuatu polisi insurans hayat mempunyai nilai serahan, pemilik polisi boleh memilih untuk menukarkan polisinya kepada polisi jelas dibayar sepenuhnya berdasarkan suatu jumlah diinsuranskan yang akan ditentukan, iaitu dengan menghantar notis secara bertulis kepada insurer: a) mengikut prinsip aktuari yang diterima umum; b) mengikut cara yang memastikan layanan adil kepada pemilik polisi; c) mengikut cara yang selaras dengan nilai serahan yang kena dibayar; dan d) mematuhi piawaian atau amalan perniagaan dan menjunjung prinsip keadilan untuk semua pemilik polisi. Polisi insurans hayat hendaklah dalam keadaan berkuatkuasa sekiranya pemilik polisi memilih untuk menukar polisinya kepada polisi insurans hayat jelas dibayar sehingga ke tarikh premium akan datang yang perlu dibayar.
160
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Nota: Hak tambahan yang diberikan oleh perkara 11.6 (serahan polisi hayat), 11.7 (tidak membayar premium polisi hayat) dan 11.8 (pilihan untuk polisi jelas dibayar) hendaklah menjadi tambahan kepada apa-apa hak lain yang ada kepada pemilik polisi di bawah terma polisi insurans hayat itu.
11.10 Keperluan Pendedahan
Tiada sesiapa pun yang boleh mempelawa mana-mana orang untuk membuat tawaran atau cadangan untuk memasuki sesuatu kontrak insurans tanpa memberitahu atau mendedahkan: a) nama penanggung insurans berlesen b) hubungannya dengan penanggung insurans dan c) premium yang dicajkan oleh penanggung insurans berlesen. Tiada sesiapa pun yang boleh mengaturkan suatu polisi kumpulan untuk individu lain yang ia tidak mempunyai kepentingan boleh insurans tanpa mendedahkan kepada orang itu: a) nama penanggung insurans berlesen; b) hubungannya dengan penanggung insurans berlesen; c) syarat-syarat yang terkandung dalam polisi kumpulan, termasuklah imbuhan yang perlu dibayar kepadanya; dan d) premium yang dikenakan oleh penanggung insurans berlesen.
Insurer bertanggungjawab kepada insured di bawah suatu polisi berkumpulan apabila pemilik polisi tidak mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat orang yang diinsuranskan, sedangkan orang itu telah membayar premium kepada pemilik polisi kumpulan tetapi insurer tidak menerima bayaran premium berkenaan. Oleh yang demikian, sekiranya pemilik polisi berkumpulan tidak mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat orang yang diinsuranskan di bawah suatu polisi kumpulan, insurer hendaklah membayar wang yang kena dibayar di bawah polisi ini secara langsung kepada orang yang diinsuranskan atau mana-mana pihak yang berhak menerimanya.
11.12 Fasal Tanpa Tanding di Bawah Kontrak Insurans Hayat
Bahagian 3 Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) merujuk kepada fasal tanpa-tanding dan remedi bagi salah nyata yang terdapat dalam polisi insurans hayat, sama ada ia kontrak insurans pengguna atau sebaliknya. (‘Kontrak insurans pengguna’ ialah kontrak yang tiada kaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion, yang ditandatangani oleh individu berkenaan).
ASPEK-ASPEK PERUNDANGAN INSURANS HAYAT
161
BAB 11
11.11 Keperluan Berkaitan Polisi
Undang-undang menyatakan bahawa “apabila kontrak insurans hayat telah berkuat kuasa bagi tempoh lebih daripada dua (2) tahun, ia tidak boleh diketepikan oleh insurer hanya atas alasan bahawa kenyataan yang dibuat atau ditinggalkan dalam borang cadangan insurans atau dalam suatu laporan doktor, rujukan atau mana-mana orang lain atau dokumen yang membawa kepada pengeluaran polisi hayat itu tidak tepat atau palsu atau mengelirukan, melainkan jika insurer menegaskan bahawa kenyataan itu adalah fakta matan atau menyekat suatu fakta matan dan bahawa ia dibuat bagi tujuan menipu atau ditinggalkan daripada dibuat oleh pemilik polisi atau insured”. Ini bermakna jika polisi insurans hayat telah berkuat kuasa bagi tempoh lebih daripada dua (2) tahun, insurer tidak akan dapat mencabar kesahihan polisi jika terdapat salah nyata atau cuai di dalam borang permohonan, melainkan insurer boleh menunjukkan bukti bahawa salah nyataan atau ketidakdedahan itu adalah sesuatu fakta matan yang dilakukan dengan sengaja atau dengan niat untuk menipu insurer.
BAB 11
‘Perkara material’ atau ‘fakta matan’ bermaksud perkara fakta yang jika diketahui oleh insurer, akan menyebabkan keengganannya untuk mengeluarkan sesuatu polisi hayat atau mungkin mendorongnya untuk mengenakan terma yang kurang bermanfaat kepada pemilik polisi, berbanding dengan peruntukan biasa yang terdapat dalam polisi berkenaan.
162
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
11.13 Soalan Penilaian Diri 1.
2.
Bilakah polisi insurans hayat itu mempunyai atau layak diperuntukkan nilai serahan? a)
Pada bila-bila masa selepas polisi berkuatkuasa
b)
Selepas tiga tahun premium dibayar
c)
Pada tarikh ulang tahun ketiga premium sepatutnya dibayar
d)
Dua tahun selepas polisi berkuatkuasa
Pada masa bilakah minor atau kanak-kanak mempunyai kapasiti untuk menginsuranskan? I.
Kanak-kanak yang telah mencapai usia sepuluh tahun dan menginsuranskan hayatnya sendiri
II.
Kanak-kanak yang telah mencapai usia sepuluh tahun dan menginsuranskan hayat orang lain di mana dia mempunyai kepentingan boleh insurans, dengan keizinan ibu bapa atau penjaganya
III. Kanak-kanak yang telah mencapai usia enam belas tahun dan menginsuranskan hayatnya sendiri
3.
a)
II, III dan IV
b)
I, II, III dan IV
c)
II dan IV
d)
I dan II
Yang manakah di antara kenyataan berikut TIDAK benar mengenai kepentingan boleh insurans dalam insurans hayat? a)
Seseorang itu mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayatnya sendiri dan ia adalah tidak terhad.
b) Sesuatu polisi hayat itu adalah terbatal melainkan orang itu mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat individu yang diinsuranskan. c) Kepentingan boleh insurans mesti wujud pada permulaan polisi hayat. d) Kepentingan boleh insurans bermakna pembayaran wang disebabkan kematian atau polisi matang. 4.
Apabila ejen mempelawa mana-mana orang atau individu untuk membuat tawaran atau cadangan untuk memasuki suatu kontrak insurans, ejen berkenaan perlu mendedahkan I.
nama insurer berlesen.
II.
hubungannya dengan insurer berlesen.
III. premium yang dikenakan oleh insurer berlesen. IV. manfaat yang diperolehi apabila memiliki polisi insurans.
ASPEK-ASPEK PERUNDANGAN INSURANS HAYAT
163
BAB 11
IV. Kanak-kanak yang telah mencapai usia enam belas tahun dan menginsuranskan hayat orang lain di mana dia mempunyai kepentingan boleh insurans
5.
a)
I, II, III dan IV
b)
I, II dan III
c)
II dan IV
d)
I dan II
Seseorang itu dikatakan mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat orang lain yang merupakan I. pasangannya. II.
anak atau anak dibawah jagaan yang usianya dibawah umur majoriti ketika insurans akan dikuatkuasakan.
III. pekerjanya. IV. seseorang yang kepadanya dia bergantung sepenuhnya atau sebahagiannya berkaitan dengan perbelanjaan sara hidup atau pendidikan, ketika insurans akan dikuatkuasakan. V.
penghutang, terhad kepada jumlah hutang terkumpul.
a)
I , II dan III
b)
I, II, III, IV dan V
c)
I dan II
d)
I, II, III dan IV
6.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘tidak boleh tanding’ dalam kontrak insurans hayat? a) Insurer tidak dibenarkan mencabar kesahihan kontrak atas alasan penipuan. b) Insurer tidak dibenarkan mencabar kesahihan kontrak atas alasan salah nyata selepas polisi telah berkuat kuasa selama lebih daripada 2 tahun.
BAB 11
c) Insured tidak dibenarkan mencabar keputusan insurer yang menolak cadangan insurans hayatnya. d) Insurer tidak dibenarkan membatalkan kontrak apabila didapati insured memberi kenyataan palsu. 7.
Apa remedi atau pilihan tersedia untuk pemilik polisi yang tidak bersetuju dengan terma polisi selepas menerima dokumen polisi? a) Mengembalikan polisi kepada insurer dalam tempoh 30 hari dan memohon pembatalan polisi b) Mengembalikan polisi kepada insurer dalam tempoh tangguh dan memohon polisi dibatalkan c)
Mengembalikan polisi dalam tempoh 15 hari dan membayar balik apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh insurer untuk mengeluarkan polisi tersebut
d) Mengembalikan polisi kepada insurer dalam tempoh 15 hari dan insurer hendaklah memulangkan kembali semua bayaran, ditolak perbelanjaan pemeriksaan perubatan
164
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
8.
9.
Sekiranya suatu polisi insurans kumpulan diuruskan bagi melindungi individu-individu di mana pemilik polisi berkenaan tidak mempunyai kepentingan boleh insurans, ejen perlu memberitahu kepada setiap individu yang diinsuranskan a)
nama insurer berlesen
b)
hubungannya dengan insurer berlesen
c)
syarat-syarat polisi insurans kumpulan, termasuk imbuhan yang dibayar kepada ejen serta premium yang dikenakan oleh insurer berlesen
d)
a, b dan c
Sesuatu perkara yang jika diketahui oleh insurer akan menyebabkan insurer enggan mengeluarkan polisi insurans hayat atau mungkin mendorongnya untuk mengenakan terma dan syarat polisi yang kurang bermanfaat kepada pemilik polisi, berbanding dengan terma polisi biasa, dikenali sebagai a)
terma utama.
b)
fakta matan.
c) pengecualian. d)
syarat-syarat kontrak.
a)
Insurer boleh mengelak daripada mengeluarkan polisi insurans hayat atau menolak tuntutan di bawah sesuatu polisi insurans hayat atas alasan silap nyata umur insured.
b)
Jika umur sebenar seperti yang ditunjukkan melalui bukti adalah lebih tua dari umur yang dinyatakan dalam polisi, insurer boleh mengelak dari memberi perlindungan atau menolak tuntutan.
c)
Jika umur sebenar seperti yang ditunjukkan melalui bukti adalah lebih muda dari umur yang dinyatakan dalam polisi, insurer boleh mengelak dari memberi perlindungan atau menolak tuntutan itu.
d)
Insurer boleh meminda terma dan syarat polisi, umpamanya mengubah tempoh perlindungan kepada tempoh yang berdasarkan kepada umur sebenar sekiranya berlaku salah nyata umur.
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI .
ASPEK-ASPEK PERUNDANGAN INSURANS HAYAT
165
BAB 11
10. Yang manakah di antara kenyataan berikut adalah benar?
12.1 Pengenalan
Produk Insurans Hayat Insurans hayat adalah kontrak di antara pemilik polisi dan insurer, di mana insurer bersetuju untuk membayar sejumlah tertentu wang (jumlah diinsuranskan) kepada pemilik polisi atau terus kepada waris jika berlaku kematian, hilang upaya atau didiagnosa menghidap penyakit kritikal. Sebagai balasan, pemilik polisi akan membayar sejumlah wang yang tetap, secara berkala atau secara sekaligus (premium) ke dalam dana yang diuruskan oleh insurer.
Istilah ‘asurans’ bermaksud memberi perlindungan dari sesuatu kejadian yang pasti akan berlaku. Pengertian ‘asurans’ adalah sama dengan ‘insurans’ (dan kadang kala terma tersebut saling bertukar), kecuali insurans yang melindungi pemegang polisi daripada peristiwa yang tidak pasti atau mungkin berlaku.
Selain mendapatkan perlindungan kewangan bagi tanggungan dan melindungi perbelanjaan harian keluarga, insurans hayat membantu waris dalam cara-cara berikut: • Mengekalkan taraf dan gaya hidup • Membayar apa-apa hutang isi rumah • Menyediakan perbelanjaan pendidikan anak-anak • Simpanan untuk tujuan persaraan
12.2 Jenis-jenis Polisi Insurans Hayat 12.2.1 Sementara
1. 2. 3. 4. 5.
Sementara Seumur Hidup Endowmen Berkaitan Pelaburan Hayat-Anuiti
Ini adalah bentuk insurans hayat yang terawal dan paling ringkas dan sebagaimana nama ‘sementara’ digunakan, ia adalah untuk suatu tempoh tetap atau tempoh yang tidak kekal (tidak seperti ‘seumur hidup’). Jumlah diinsuranskan akan dibayar hanya apabila berlaku kematian, tetapi beberapa polisi insurans sementara juga merangkumi perlindungan penyakit kritikal dan hilang upaya.
PRODUK INSURANS HAYAT
167
BAB 12
BAB12
Insurans sementara ini menyediakan bentuk perlindungan insurans hayat yang paling asas dengan premium yang paling rendah kerana tiada manfaat akan dibayar jika hayat yang diinsuranskan masih hidup selepas tamat tempoh perlindungan. Tidak ada wang tunai atau nilai serahan dibayar jika pemilik polisi membuat keputusan untuk menamatkan atau membatalkan perlindungan dipertengahan tempoh perlindungan.
Insurans sementara menawarkan pelbagai kombinasi perlindungan, setiap satu dengan ciri unik tersendiri untuk menampung keperluan khusus pengguna, contohnya: • Pilihan insurans terjamin - menawarkan jaminan pilihan pembaharuan tanpa mengemukakan permohonan baru atau perakuan kesihatan. • Pilihan penukaran terjamin - menawarkan jaminan penukaran insurans sementara kepada insurans hayat kekal tanpa pengisytiharan kesihatan, tetapi tertakluk kepada kajian semula kadar premium. • Insurans sementara menyusut - iaitu apabila tahap perlindungan dikurangkan tetapi premium kekal tidak berubah sepanjang tempoh polisi. Polisi ini sesuai untuk perlindungan gadai janji di mana jumlah diinsuranskan semakin susut seiring dengan baki pinjaman yang semakin berkurangan.
BAB 12
Kekuatan dan kelemahan insurans sementara diringkaskan seperti yang tertera di bawah: Kekuatan
Kelemahan
Premium yang Rendah: Insurans hayat sementara mengenakan kadar premium yang paling rendah berbanding dengan lain-lain bentuk insurans hayat. Polisi ini sesuai untuk mereka yang berpendapatan rendah (memulakan pekerjaan atau kerjaya) dan memerlukan perlindungan yang tinggi untuk tanggungan mereka. Ia juga sesuai untuk mereka yang baru memulakan perniagaan dengan pelaburan sumber modal yang banyak, atau syarikat perniagaan yang perlu memastikan ‘pekerja utama’nya (pemegang saham atau rakan kongsi) dilindungi dari kematian pra-matang yang boleh menjejaskan kesinambungan perniagaan.
P e n i n g k a t a n k a d a r p re m i u m : I a b o l e h menimbulkan kesukaran iaitu apabila polisi ditukar kepada insurans hayat kekal kerana amaun premium adalah bergantung kepada umur dan keadaan kesihatan pemilik polisi ketika tarikh pertukaran.
Fleksibiliti Permohonan: Syarikat insurans adalah Kekangan umur: ia melibatkan pemohon insurans lebih fleksibel dalam menerima permohonan kerana yang berusia antara 50 – 55 tahun. perlindungan yang bersifat sementara, terutamanya pemohon berusia muda di bawah umur 50 tahun dan keadaan kesihatan yang baik tidak memerlukan insured menjalani pemeriksaan perubatan. Polisi ini juga menyediakan pilihan ‘perlindungan terjamin’ semasa pembaharuan. Fleksibiliti Polisi: Kebanyakan polisi jenis ini Tiada nilai serahan: kerana insurer hanya menawarkan kemudahan penukaran insurans mengenakan premium tulen tanpa apa-apa nilai sementara kepada polisi kekal di bawah pilihan pelaburan. ‘jaminan boleh tukar’.
168 PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Insurans hayat seumur hidup adalah bentuk perlindungan insurans hayat kekal yang paling asas dan seumur hidup. Ia juga merupakan bentuk perlindungan insurans hayat kekal yang termurah dipasaran untuk melindungi tanggungan kerana polisi akan kekal berkuatkuasa selagi premium dibayar. Kelemahannya adalah premium perlu dibayar walaupun dalam usia tua atau sehingga berlaku tuntutan seperti penyakit kritikal atau hilang upaya. Jumlah diinsuranskan hanya akan dibayar apabila berlaku kematian atau apabila mencapai umur tertentu seperti 85, 90 atau 100 tahun.
Dalam kes tertentu, Polisi Insurans Seumur Hidup Bayaran Terhad ditawarkan kepada orang ramai di mana jumlah yang diinsuranskan akan dibayar hanya jika berlaku kematian, dan premium dibayar untuk tempoh yang terhad atau tidak perlu membayar premium apabila insured mencapai umur tertentu, umpamanya sehingga umur 60 dan sebagainya. Kelebihan polisi ini ialah walaupun premium yang dikenakan lebih tinggi, ‘elemen penjimatan’ memperuntukkan nilai tunai yang lebih besar dan memberi lebih nilai sekiranya berlaku kecemasan. Pemegang polisi boleh membuat pinjaman polisi untuk membayar premium atau menjadikan polisi jelas dibayar di bawah peruntukan opsyen tidak lucut hak (tanpa perlu membayar premium masa depan) berdasarkan nilai wang tunai yang terkumpul selepas premium dibayar selama tiga (3) tahun berturut-turut.
12.2.3 Endowmen Insurans
Endowmen adalah kontrak insurans yang menjamin pembayaran sejumlah wang yang dijamin sekiranya pemegang polisi masih hidup sehingga akhir tempoh polisi atau ketika ‘tarikh matang’ polisi. Jumlah diinsuranskan akan dibayar kepada waris sekiranya berlaku kematian awal. Insurans endowmen ini menyediakan keduadua elemen perlindungan dan simpanan yang membolehkan pemegang polisi membiayai pendidikan anak-anak atau menyimpan untuk usia persaraan. Dengan nilai tunai yang diperolehi, polisi ini memberi hak istimewa kepada insured seperti peruntukan ‘tidak lucut hak’ dan ‘polisi jelas dibayar’.
12.2.4 Insurans Hayat Berkait Pelaburan
Insurans hayat berkaitan pelaburan menggabungkan elemen pelaburan dan perlindungan berkait pelaburan dalam satu polisi. Syarikat insurans mengetepikan dana khusus daripada premium untuk tujuan pelaburan. Pemegang polisi diberi pilihan untuk melabur dalam ekuiti (risiko tinggi), bon atau sekuriti pendapatan tetap (risiko rendah) atau gabungan kedua-duanya. Terdapat insurer memberitahu peratusan yang dilaburkan tetapi pemegang polisi mungkin tidak tahu dengan tepat jumlah pulangan yang diperolehi daripada pelaburan tersebut kerana portfolio pelaburan adalah di bawah pengurusan syarikat insurans. Insurer mengenakan caj termasuk yuran polisi dan yuran pengurusan dana daripada bahagian PRODUK INSURANS HAYAT
169
BAB 12
12.2.2 Seumur Hidup
pelaburan, dan lain-lain bayaran seperti komisen dan perbelanjaan daripada bahagian insurans.
Bagaimana insurans hayat berkait pelaburan berfungsi:
Insurans Premium
Peruntukan untuk Pelaburan
Ditambah Pulangan Pelaburan
12.2.5 Insurans Hayat-Anuiti
BAB 12
Ditolak caj insurans, yuran polisi dan yuran dana pengurusan
Tiada diperuntukkan untuk Insurans
Ditolak komisen ejen dan perbelanjaan pengurusan
Anuiti adalah dana persaraan yang boleh dibeli bagi mendapatkan hak untuk memilih satu siri bayaran berkala pada tempoh satu tahun atau kurang di bawah kontrak dengan syarikat insurans hayat. Oleh itu, pelan insurans hayat-anuiti berbeza dari kontrak insurans hayat. Pelan anuiti tidak menyediakan peruntukan pembayaran jumlah yang diinsuranskan apabila berlaku kematian, hilang upaya atau sakit kritikal. Ia menyediakan ‘pencen’ sepanjang hayat anuitan. Jika kematian berlaku dalam tempoh anuiti, premium (atau baki daripadanya) akan dibayar kepada waris atau pasangan anuitan, bergantung kepada jenis anuiti yang dibeli. Terdapat dua jenis Anuiti: 1. Anuiti Akhiran: Bayaran kepada anuitan bermula sebaik sahaja anuiti dibeli dan ia akan berterusan sehingga akhir hayat anuitan. 2. Anuiti Tertunda: Pembayaran bermula pada bila-bila masa selepas dua belas bulan atau anuitan mencapai umur tertentu di mana insurer akan mula membuat pembayaran berkala sehingga anuitan meninggal dunia. Premium bagi pembelian anuiti dibayar sekaligus pada tarikh kemasukan atau bayaran berkala untuk tempoh masa tertentu (umpamanya 10 tahun). Jika kematian berlaku dalam tempoh ‘penangguhan’, premium akan dikembalikan dengan atau tanpa faedah.
Adalah penting diambil perhatian bahawa mulai tahun 2013, kerajaan Malaysia memberikan pengecualian cukai 8% kepada
170 PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
syarikat insurans hayat atas pendapatan pelaburan dalam dana anuiti tertunda. Pengecualian ini adalah tambahan kepada pelepasan cukai pendapatan individu 10 tahun sedia ada sebanyak RM3,000 untuk sumbangan sukarela kepada anuiti insurans. Secara kolektif, insentif cukai dijangka dapat menurunkan kadar premium insurans bagi manfaat pemegang polisi. 12.3 Insurans Penyakit Kritikal
Di Malaysia, insurans penyakit kritikal dijual sebagai manfaat tambahan atau sebagai polisi asas insurans hayat atau kesihatan. Polisi ini membuat bayaran tunai sekali gus jika pemegang polisi didiagnosa menghidapi salah satu daripada penyakit kritikal yang disenaraikan di dalam polisi. Penyeragaman penyakit kritikal menyediakan kejelasan perlindungan pada masa tuntutan. Apabila jumlah diinsuranskan telah dibayar sepenuhnya kepada insured, polisi ini akan tamat secara automatik dan tiada lagi perlindungan atau manfaat selanjutnya akan dibayar sekiranya berlaku kematian.
Senarai 36 Penyakit Kritikal di Bawah Polisi-polisi Insurans yang Dikeluarkan di Malaysia: 1. Strok 2.
Serangan Jantung
3.
Kegagalan Buah Pinggang
4. Kanser 5.
Penyakit Arteri Koronari yang Memerlukan Pembedahan
6.
Penyakit Arteri Koronari Teruk yang Lain
7.
Angioplasti dan Lain-lain Rawatan Invasif untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
8.
Kegagalan Hati Peringkat Akhir
9.
Hepatitis Virus Fulminan
10. Koma 11. Tumor Otak Benigna BAB 12
12. Jangkitan HIV Yang Diperolehi Melalui Pekerjaan 13. Buta (Hilang Penglihatan) 14. Pekak (Hilang Pendengaran) 15. Terbakar Teruk 16. HIV akibat Pemindahan Darah 17. Penyakit Paru-Paru yang Kronik 18. Ensefalitis 19. Pemindahan Organ Utama 20. Hilang Pertuturan 21. Pembedahan Otak 22. Penggantian Injap Jantung 23. Penyakit yang Membawa Maut 24. Meningitis Bakteria 25. Trauma Kepala yang Teruk 26. Anemia Aplasia Kronik
PRODUK INSURANS HAYAT
171
27. Penyakit Neuron Motor 28. Penyakit Parkinson 29. Penyakit Alzheimer/Gangguan Otak Degeneratif Organik yang Tidak Dapat Dipulihkan 30. Distrofi Otot 31. Pembedahan Aorta 32. Sklerosis Berbilang 33. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer 34. Penyakit Sistik Medulari 35. Kardiomiopati yang Teruk 36. Sistemik Lupus Eritematosus dengan Lupus Nefritis
12.4 Insurans
Insurans hayat kumpulan biasanya diuruskan oleh majikan (yang mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat pekerjanya) dengan menyediakan manfaat pekerja di bawah satu polisi induk. Insurans ini sama ada dalam bentuk sertaan (premium dibayar oleh pekerja) atau bukan sertaan/sukarela (premium dibayar oleh majikan).
Insurans Kumpulan juga boleh melindungi ahli-ahli kesatuan sekerja, persatuan dan lain-lain entiti yang tidak mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat ahlinya. Dalam hal ini, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh mengaturkan sesuatu polisi kumpulan bagi orang yang dia tidak mempunyai kepentingan boleh insurans tanpa mendedahkan kepada setiap orang: • nama insurer; • hubungannya dengan insurer; • syarat-syarat polisi kumpulan itu, termasuklah imbuhan yang kena dibayar kepadanya; dan • premium yang dikenakan oleh insurer.
Akta Perkhidmatan Kewangan juga memperuntukkan bahawa insurer bertanggungjawab kepada orang yang diinsuranskan di bawah suatu polisi kumpulan jika pemilik polisi kumpulan itu tidak mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat orang itu. Jika orang itu telah membayar premium kepada pemilik polisi, insurer bertanggungjawab melindunginya walaupun insurer belum menerima bayaran premium dari pemilik polisi. Insurer akan membayar wang yang kena dibayar kepada orang yang diinsuranskan di bawah polisi kumpulan itu atau mana-mana orang yang berhak memerimanya.
BAB 12
Hayat Kumpulan
12.4.1 Garis Panduan Garis panduan yang direka untuk mencegah anti-pemilihan ini Pengunderaitan menetapkan standard minimum penilaian penerimaan risiko bagi Hayat Insurans melindungi ahli insurans kumpulan, di antaranya ialah: Kumpulan
172 PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
12.5 Kontrak Tambahan
12.6 Kontrak Sertaan dan Bukan Sertaan
Rider ialah kontrak tambahan yang menawarkan manfaat sampingan di bawah polisi asas insurans hayat (yang biasanya melindungi kematian), termasuk kejadian luar jangka seperti kemalangan, kecacatan dan rawatan di hospital. Oleh yang demikian, rider berfungsi melengkapkan perlindungan polisi asas insurans hayat dengan menyertakan manfaat tambahan, tertakluk kepada bayaran premium tambahan. 1. Kemalangan Diri (PA): menyediakan pembayaran manfaat tambahan atau jumlah diinsuranskan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya disebabkan kemalangan. ‘Kemalangan’ ditakrifkan sebagai ‘kecederaan tubuh badan semata-mata dan secara langsung disebabkan oleh tindak balas luaran, secara kekerasan dan boleh dilihat’. 2. Pengecualian Bayaran Premium: mengecualikan atau mengetepikan bayaran premium masa depan sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh untuk sepanjang hayat insured. Hilang upaya mungkin disebabkan oleh penyakit atau kemalangan, dan pegawai perubatan (doktor) perlu memperakukan ketidakmungkinan insured meneruskan pekerjaan dan aktiviti biasanya. Pada masa kini, insurer menyediakan manfaat ini tanpa sebarang caj tambahan sekiranya perlindungan asas direka dengan memasukkan premium risiko yang bersesuaian untuk pendedahan risiko yang sedemikian.
Polisi insurans hayat sertaan bermaksud polisi hayat yang memberikan hak kepada pemilik polisi untuk mengambil bahagian dalam keuntungan peruntukan aset dana insurans, di mana amaun atau masa ditentukan mengikut budi bicara insurer. Syarikat insurans hayat dikehendaki menubuhkan dan mengurus satu dana
PRODUK INSURANS HAYAT
173
BAB 12
1. Bilangan minimum kakitangan atau ahli dalam kumpulan biasanya sepuluh (10) orang, walaupun pertimbangan khas boleh diberikan bagi skim bukan sertaan/sukarela di mana majikan membayar premium dan 100% pekerja yang layak boleh diinsuranskan. Dalam keadaan tertentu, sekurangkurangnya 75% daripada pekerja yang layak perlu menyertai pelan insurans ini. 2. Kelayakan adalah terhad kepada hanya pekerja tetap yang berumur di antara 16 hingga 60 tahun, walaupun had umur boleh dilanjutkan atas permintaan. Pekerja baru akan dilindungi secara automatik bermula dari tarikh perkhidmatan, manakala pekerja yang meletakkan jawatan, bersara atau yang ditamatkan perkhidmatan akan didikeluarkan dari senarai ahli pelan insurans berkuatkuasa dari tarikh tamat perkhidmatan.
insurans berasingan bagi operasi perniagaan insurans hayat yang melibatkan polisi hayat sertaan.
Apabila aset dana insurans melebihi liabiliti, maka terdapatlah surplus/lebihan. Lebihan dari dana insurans hayat akan diagihkan (atas cadangan aktuari yang dilantik) sama ada dipindahkan dari dana insurans hayat ke dana pemegang saham dan membayar dividen kepada pemegang saham atau membayar bonus kepada pemegang polisi yang memiliki polisi hayat sertaan.
12.7 Kaedah
Pemegang polisi insurans hayat bukan sertaan tidak mempunyai hak untuk berkongsi surplus/lebihan dana insurans hayat syarikat insurans.
BAB 12
Pengagihan Surplus/ Lebihan
a) Bonus Berbalik Mudah: Bonus diisytiharkan dalam bentuk peratusan daripada jumlah yang diinsuranskan dan bonus ini dibayar mengikut kaedah yang sama seperti jumlah insurans asal (iaitu apabila berlaku kematian atau pada tarikh matang) b) Bonus Berbalik Majmuk: Bonus yang diperuntukkan adalah mengikut nisbah atau bahagian dari jumlah yang diinsuranskan dan bonus terkumpul di bawah polisi ini, dan bonus ini dibayar mengikut kaedah yang sama seperti pembayaran jumlah diinsuranskan (iaitu apabila berlaku kematian atau pada tarikh matang). c) Bonus Tunai: Bonus biasanya dalam bentuk pengagihan tunai dan bergantung pada bayaran premium yang akan datang. Apabila polisi sertaan diserahkan (ditamatkan), nilai tunai dimasukkan kedalam bonus tunai. d) Matang atau Bonus Terminal: Ini adalah antara kaedah pengagihan beberapa manfaat dari peningkatan modal tidak nyata saham biasa dan pegangan harta syarikat kepada pemegang polisi. Kadar bonus yang diisytiharkan pada setiap penilaian adalah sah untuk tempoh sehingga penilaian berikutnya sahaja dan tidak membentuk apa-apa hak untuk bonus melepasi tarikh penilaian akan datang.
Terminal bonus hanya dibayar pada polisi yang mempunyai tuntutan, sama ada tuntutan matang atau kematian, dengan syarat polisi berkenaan berkuatkuasa sepenuhnya dengan bayaran premium yang berterusan sehingga ke tarikh tuntutan. Apabila premium tidak dibayar, bonus ini juga tidak akan dibayar.
174 PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Adalah menjadi perkara biasa untuk menetapkan tempoh minimum polisi hayat sepatutnya berkuat kuasa untuk melayakkan mendapat bonus, umpamanya berkuatkuasa selama 15 atau 20 tahun. Mana-mana polisi yang tidak berkuat kuasa selama tempoh yang ditetapkan, tidak berhak keatas bonus ini. Bonus ini biasanya dinyatakan sebagai peratusan daripada bonus berbalik, umpamanya 25% daripada semua bonus yang sedia ada. Ia juga boleh dinyatakan sebagai peratusan daripada jumlah asas diinsuranskan bagi setiap tahun polisi berkuatkuasa.
e) Bonus Interim: Bonus ini biasanya diisytiharkan pada tarikh penilaian untuk tahun polisi sebelumnya, iaitu tunggakan bonus. Oleh yang demikian, persoalan timbul tentang apa yang berlaku kepada polisi-polisi yang mempunyai tuntutan sepanjang tempoh penilaian berkenaan. Dalam kes ini, bonus dibayar pada kadar sementara dan oleh itu ia dipanggil bonus interim.
Kadar bonus diputuskan terlebih dahulu walaupun pada prinsipnya ia perlu ditetapkan pada kadar yang dijangka akan diumumkan pada tarikh penilaian berikutnya, ia biasanya adalah sama dengan bonus terakhir yang diisytiharkan.
BAB 12
f) Bonus Terjamin: Sesetengah polisi insurans hayat menyediakan bayaran bonus yang dijamin setiap tahun. Oleh kerana bonus ini adalah terjamin, polisi-polisi yang terlibat ialah polisi tanpa sertaan jumlah diinsuranskan akan meningkat secara automatik setiap tahun pada kadar yang telah ditetapkan.
PRODUK INSURANS HAYAT
175
12.8 Soalan Penilaian Diri 1.
Objektif utama pembelian polisi insurans hayat ialah a) untuk menambah pendapatan persaraan. b) untuk mengurangkan beban kewangan insured. c) untuk melindungi tanggungan dalam kes kematian pra-matang pencari nafkah. d) untuk memaksimumkan simpanan.
2.
Polisi anuiti persaraan menarik minat seseorang yang mempunyai a) keluarga yang besar. b) risiko sakit teruk. c) risiko pendek umur. d) risiko umur panjang.
3. Yang manakah di antara insurans hayat berikut tidak mempunyai elemen simpanan di dalamnya? a) Seumur hidup b) Endowmen c) Sementara d) Tiada berkenaan 4. Polisi insurans hayat seumur hidup adalah berbeza dengan polisi insurans hayat sementara, di mana a) premium polisi seumur hidup meningkat setiap tahun. b) premium tidak perlu dibayar apabila insured mencapai umur 65 tahun. c) kadar premium polisi seumur hidup adalah lebih rendah dari polisi hayat sementara. BAB 12
d) polisi seumur hidup mempunyai nilai serahan tunai, manakala polisi hayat sementara tiada nilai tunai. 5. Apabila aset di dalam dana insurans hayat melebihi liabiliti, maka ia bermaksud terdapat a) surplus/lebihan. b) keuntungan. c) dividen tunai. d) bonus. 6.
Di bawah kontrak insurans hayat, bilakah kepentingan boleh insurans perlu wujud? a)
Ketika mengemukakan tuntutan
b)
Ketika membuat serahan polisi
c)
Ketika permulaan kuatkuasa polisi
d)
Ketika menukar nama pewaris
176 PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
7. Opsyen atau pilihan untuk menukar polisi insurans hayat sementara kepada insurans kekal tanpa perlu mengemukakan bukti boleh diinsuranskan tetapi dengan pelarasan premium dikenali sebagai a) opsyen kesesuaian terjamin. b) opsyen boleh diinsuranskan terjamin. c) opsyen boleh tukar terjamin. d) opsyen kekal terjamin. 8. Yang manakah di antara berikut TIDAK benar mengenai polisi insurans hayat seumur hidup? a) Jumlah diinsuranskan tidak akan melebihi nilai tunai terkumpul. b) Pada penghujung tempoh polisi, premium lebih diperuntukkan untuk pengumpulan nilai tunai berbanding dengan elemen perlindungan. c) Apabila insured meninggal dunia, pewaris akan menerima jumlah yang diinsuranskan dan apa-apa nilai tunai terkumpul. d) Polisi hayat seumur hidup boleh dianggap sebagai kaedah yang ‘memaksa’ insured untuk menyimpan. 9. Apakah yang dimaksudkan dengan peruntukan “penepian premium” dalam polisi insurans hayat? a) Ia mengecualikan fasal bunuh diri. b) Ia membolehkan seseorang membeli insurans tambahan tanpa sebarang kos tambahan. c) Ia membayar premium masa depan sekiranya berlaku hilang upaya kekal. d) Ia membolehkan ejen insurans membayar premium bagi pemegang polisi. 10. Pemegang polisi insurans hayat mempunyai hak untuk berkongsi agihan surplus/ lebihan dana insurans hayat insurer hanya apabila BAB 12
a) insurer mencapai jumlah keuntungan tertentu. b) polisi itu dikeluarkan oleh pengendali takaful. c) polisi ini dari syarikat insurans hayat tertentu. d) mereka mempunyai polisi hayat sertaan.
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.
PRODUK INSURANS HAYAT
177
13.1 Pengenalan
Pengkadaran Premium Insurans Hayat Kontrak insurans hayat adalah kontrak jangka panjang dan kekal. Syarikat insurans hayat dikehendaki mengetepikan ‘rizab modal’ untuk membayar manfaat polisi dan memenuhi tanggungjawab kontrak yang ditanggung sepanjang tempoh kuatkuasa polisi. Dalam hal ini, aktuari memainkan peranan penting dalam menentukan premium yang setimpal dengan profil risiko dan kejadian luar jangkaan yang akan dilindungi.
13.2 Menilai
Ketika membuat penetapan harga/premium, insurer perlu mengambil kira elemen-elemen utama dan faktor-faktor risiko seperti kemortalan, pulangan pelaburan, kesan inflasi ke atas perbelanjaan, jumlah cukai korporat dan lain-lain faktor yang mempunyai kaitan dengan pengiraan kadar premium. Di samping itu, keupayaan insurer memenuhi tanggungjawab kontrak (seperti nilai tunai dan bonus terjamin) masa akan datang, disamping perlu menanggung kos pengurusan (termasuk gaji kakitangan dan komisen ejen) yang juga merupakan pertimbangan penting yang perlu diambil kira.
13.2.1 Kemortalan
Kekerapan relatif kematian dalam populasi tertentu dikenali sebagai kemortalan atau ‘kadar kematian’. Jadual kemortalan adalah panduan paling praktikal yang digunakan oleh insurer untuk menganggarkan kematian dikalangan kumpulan hayat tertentu. Insurer sering menggunakan jadual mortaliti standard, atau yang telah diubahsuai, bagi tujuan pengiraan premium. Jadual mortaliti standard diperoleh dari pengalaman gabungan kemortalan insurer yang menjalankan operasi perniagaan di kawasan tertentu, dan biasanya jadual mortaliti yang berbeza digunakan untuk jenis-jenis polisi yang berbeza juga.
Faktor-faktor utama yang mempengaruhi kemortalan ialah: umur, jantina, pekerjaan, status sosial, etnik, lokasi geografi, status perkahwinan, tabiat peribadi, avokasi dan pemastautinan. Lebih
Risiko
PENGKADARAN PREMIUM INSURANS HAYAT
179
BAB 13
BAB 13
banyak kematian juga berlaku akibat kemalangan seiring dengan usia meningkat seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah: KEMORTALAN
Bonggol menunjukkan peningkatan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya
UMUR
BAB 13
13.2.2 Pulangan Pelaburan Baki premium yang diterima selepas membayar pelbagai perbelanjaan, cukai, tuntutan, keuntungan pemegang saham dan sebagainya, akan dilaburkan dalam aset pendapatan dan aset modal. Walaupun pelaburan dari imbangan baki premium masa kini ini boleh dibuat pada pelaburan yang telah diketahui kadar pulangannya, penerimaan pulangan pelaburan masa depan bagaimanapun perlu lebih baik dari pelaburan semasa. Pulangan pelaburan masa depan adalah bergantung kepada pelbagai faktor ekonomi, politik dan sosial. Faktor-faktor ini sukar untuk diramal dalam mana-mana tahap ketepatan, kecuali mungkin dalam jangka pendek. Oleh itu, bagi tujuan pengiraan premium, insurer berhak membuat anggaran yang wajar mengenai kadar pulangan pelaburan jangka sederhana hingga pelaburan jangka panjang.
Akibat dari mengabaikan pulangan pelaburan mungkin menyebabkan kadar premium lebih tinggi berbanding jika kadar pulangan pelaburan telah diambil kira ketika pengiraan premium. Anggaran pulangan pelaburan yang berhemah biasanya dinyatakan dalam bentuk kadar rata peratusan setahun, contohnya 4% setahun, dan ini sering dirujuk sebagai andaian kadar faedah.
13.2.3 Perbelanjaan
Perbelanjaan menjalankan perniagaan insurans boleh dikategorikan kepada tiga jenis: 1. Perbelanjaan awal 2. Perbelanjaan pembaharuan 3. Perbelanjaan penamatan 1. Perbelanjaan awal yang ditanggung oleh insurer pada tahun pertama polisi adalah tinggi memandangkan ia melibatkan kos pemerolehan termasuk bayaran komisen ejen, perbelanjaan pemeriksaan perubatan insured, perbelanjaan pentadbiran polisi dan juga perbelanjaan pengiklanan serta pelancaran produk.
180
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
2. Perbelanjaan pembaharuan ditanggung selepas tahun pertama dan ia berterusan untuk tempoh enam hingga sepuluh tahun, dan selepas itu perbelanjaan akan semakin berkurangan. Contohnya adalah: perbelanjaan komisen pembaharuan, kutipan premium dan perbelanjaan perkhidmatan.
13.3 Premium Paras
‘Premium paras’ yang kekal tidak berubah sepanjang tempoh polisi hayat adalah berdasarkan kepada konsep bahawa premium risiko tulen adalah berbeza mengikut umur manakala kadar kematian (kemortalan) meningkat seiring dengan peningkatan usia. Dalam tempoh tiga (3) tahun pertama polisi, premium paras akan mengatasi premium risiko kerana kematian yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, walaupun peningkatan dalam kadar kematian, polisi hayat itu mengumpulkan nilai tunai yang akan mengatasi sebarang kekurangan dalam premium risiko. Sistem premium paras digunakan dalam hampir semua kontrak insurans hayat biasa dan individu dengan premium yang tetap sama di sepanjang tempoh perlindungan insurans.
13.4 Premium Kasar dan Premium Bersih
Jadual Kadar Premium dirangka mengikut umur dan tempoh insurans bagi pelbagai jenis polisi insurans hayat. Kemortalan atau kadar kematian ialah faktor risiko tulen, ditambah elemen faedah, ditambah kepadanya elemen yang dipanggil ‘premium bersih’. Apabila bebanan perbelanjaan pengurusan, perbelanjaan luar jangka dan margin keuntungan ditambah kepada premium bersih, hasilnya adalah ‘premium kasar’. Premium Bersih = premium risiko tulen + faedah Premium Kasar = premium bersih + perbelanjaan pengurusan dan luar jangka + keuntungan
13.5 Beban Luar Jangka
a) Polisi endowmen yang menyediakan bayaran jumlah diinsuranskan apabila insured terus hidup hingga akhir tempoh polisi itu, pada tarikh matang atau berlaku kematian lebih awal, akan dikenakan premium tambahan untuk menampung kos
PENGKADARAN PREMIUM INSURANS HAYAT
181
BAB 13
3. Perbelanjaan penamatan ialah perbelanjaan yang ditanggung apabila polisi itu diserahkan atau ditamatkan kuatkuasanya. Ini termasuk bayaran balik premium semasa ‘tempoh bertenang’ apabila terdapat bantahan kepada polisi, nilai tunai dan bonus dibayar semasa penyerahan dan perbelanjaan pentadbiran yang lain termasuk pengendalian tuntutan dan tindakan undangundang.
polisi matang. Inilah sebabnya mengapa premium insurans endowmen adalah lebih tinggi daripada insurans seumur hidup dan insurans sementara. b) Kontrak boleh diperbaharui setiap tahun (mengikut pilihan insured dan insurer) mungkin dikenakan premium yang lebih tinggi pada masa pembaharuan disebabkan oleh perubahan risiko umpamanya keadaan pekerjaan insured yang merbahaya atau lain-lain peristiwa luar jangka. Jika tiada opsyen ‘dijamin boleh diinsuranskan’, insurer mungkin menolak permohonan pembaharuan jika insured didapati sakit atau keadaan kesihatan yang semakin membimbangkan. c) Polisi sertaan adalah layak untuk berkongsi pengagihan surplus/ lebihan dan akan dikenakan premium tambahan atau beban untuk menikmati hak keistimewaan berkongsi keuntungan syarikat.
BAB 13
d) Bayaran premium berkala (bulanan, suku tahunan atau setengah tahun) dari insured kepada insurer untuk memastikan polisi adalah sah dan terus berkuatkuasa, akan dikenakan beban premium untuk menampung kos pentadbiran dan juga untuk premium yang tidak dapat dikutip selepas tarikh kematian.
13.6 Premium Insurans Berkumpulan
Tidak seperti insurans hayat individu, insurans kumpulan adalah ‘pengalaman perkadaran’ yang bermaksud premium dikira dengan menggunakan kadar kemortalan purata kumpulan dan diselaraskan mengikut pengalaman tuntutan lepas, kos perolehan, perbelanjaan pengurusan dan margin keuntungan.
13.7 Pelepasan Cukai Pendapatan Individu
Pelepasan cukai sebanyak RM6,000 dibenarkan untuk membeli insurans hayat atas hayat pembayar cukai atau pasangan, termasuk sumbangan kepada dana yang diluluskan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini adalah sebagai tambahan kepada pelepasan cukai RM3,000 dibenarkan untuk membeli insurans pendidikan dan insurans perubatan dan kesihatan. Pengiraan cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2013: Contoh berikut adalah perbandingan antara pembayar cukai yang mempunyai dan tidak mempunyai insurans hayat, dari segi penjimatan kepada jumlah cukai peribadi yang perlu dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
182
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Butir-Butir: Umur: Pendapatan Tahunan: Tanggungan: Caruman Diluluskan:
Butiran
30 tahun RM42,000 Isteri (tidak bekerja), 1 anak a) KWSP: RM3,500 (@ 11%) b) Premium insurans: RM1,380 (Insurans hayat) dan RM3,000 (Pendidikan, dan Perubatan & Kesihatan premium) Tanpa Insurans (RM)
Jumlah Pendapatan Tolak Pelepasan yang Dibenarkan Diri Sendiri 9,000 Isteri (suri rumah) 3,000 Anak Pertama 1,000 KWSP@11% 4,620 Premium Insurans Hayat NIL Premium Pendidikan dan NIL Perubatan & Kesihatan Pendapatan Dikenakan Cukai Cukai Kena Bayar RM20,000 yang pertama 300.00 RM15,000 berikutnya@ 6% 262.80 Jumlah Cukai Kena Bayar
Dengan Insurans (RM)
42,000
17,620
42,000
9,000 3,000 1,000 4,620 1,380 3,000
24,380
22,000 20,000
300.00 562.80
300.00
BAB 13
Nota: Penjimatan sebanyak RM262.80 dalam bayaran cukai pendapatan.
PENGKADARAN PREMIUM INSURANS HAYAT
183
13.8 Soalan Penilaian Diri 1.
Di antara berikut, yang manakah kenyataan TIDAK benar mengenai premium insurans hayat? a) Jadual Kadar Premium dirangka mengikut umur dan tempoh insurans. b) Premium bersih adalah premium risiko tulen kemortalan ditambah dengan elemen faedah. c) Premium kasar ialah premium bersih ditambah dengan beban untuk perbelanjaan pengurusan dan keuntungan. d) Polisi insurans hayat sertaan tidak mengenakan bayaran premium tambahan atau beban.
2.
Apakah kaedah untuk menetapkan premium yang seragam sepanjang tempoh polisi insurans hayat walaupun kadar kematian semakin meningkat dengan pertambahan usia? a) Sistem bayaran paras b) Sistem premium paras c) Sistem premium meningkat d) Insurans sementara menyusut
3.
Perbelanjaan menjalankan operasi perniagaan insurans boleh dikategorikan kepada tiga jenis, KECUALI a) perbelanjaan awal. b) perbelanjaan pembaharuan. c) perbelanjaan penamatan. d) perbelanjaan perolehan.
4.
Yang manakah di antara berikut BUKAN faktor utama yang mempengaruhi kemortalan? a)
Umur
b)
Jantina
c)
Etnik
BAB 13
d) Kemalangan 5.
Berapa pelepasan cukai perseorangan atas pembelian polisi insurans hayat termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? a) RM3,000 b) RM4,000 c) RM5,000 d) RM6,000
6.
Apakah faktor-faktor utama yang digunakan oleh seorang aktuari dalam menetapkan kadar premium insurans hayat? I.
Kemortalan
II. Morbiditi
184
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
III. Pulangan pelaburan IV. Perbelanjaan pengurusan
7.
a)
I, III dan IV
c) I dan II
b)
I, II dan III
d) I, II, III dan IV
Yang manakah di antara berikut merupakan ‘perbelanjaan terminal/penamatan’? I.
Komisen ejen dan kos pemerolehan
II. Bayaran balik premium dalam tempoh bertenang III. Pembayaran nilai tunai apabila polisi diserahkan IV. Tuntutan perbelanjaan pentadbiran
8.
a)
I, III dan IV
c) I, II dan III
b)
II, III dan IV
d) I, II, III dan IV
Yang manakah di antara berikut menerangkan dengan tepat tentang kontrak insurans hayat? a) Jangka pendek dan boleh diperbaharui b) Pelan pelaburan dan simpanan c) Jangka panjang dan kekal d) Jangka panjang dan boleh diperbaharui
9.
Mengapa syarikat insurans mengenakan caj bebanan pembayaran bonus bagi polisi sertaan? a)
Untuk membayar bonus kepada pekerja dan pemegang saham
b) Untuk meningkatkan keuntungan syarikat c) Untuk memastikan premium yang dikenakan adalah mencukupi untuk risiko yang ditanggung d) Untuk membolehkan pemegang polisi sertaan berkongsi keuntungan syarikat
BAB 13
10. Kadar premium untuk insurans hayat kumpulan adalah a) berdasarkan kepada kadar kemortalan dengan menggunakan kaedah kos hangus. b) berdasarkan pengalaman pengkadaran dengan menggunakan kadar kemortalan purata. c) berdasarkan kepada sistem premium paras dengan menggunakan sistem kadar kemortalan. d) berdasarkan pengalaman tuntutan yang telah lepas atas kumpulan hayat tertentu.
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.
PENGKADARAN PREMIUM INSURANS HAYAT
185
14.1 Pengenalan
14.2 Pemilihan
Risiko
Pengunderaitan dan Dokumen Insurans Hayat Pengumpulan risiko yang serupa atau sama jenis dalam jumlah yang besar adalah satu konsep asas insurans, terutamanya dalam insurans hayat, yang bertujuan untuk mengurangkan ketidaktentuan dalam mengukur risiko supaya peluang atau kebarangkalian sesuatu peristiwa itu berlaku boleh dikira secara matematik dengan lebih tepat dan pasti. Walaupun kematian adalah pasti, peraturan bilangan jumlah besar dapat membantu mengurangkan kesan ketidakpastian disebabkan oleh persekitaran yang diluar jangka seperti wabak penyakit, kemalangan udara, gempa bumi, tsunami dan lain-lain yang pastinya memberi kesan buruk kepada keputusan pengunderaitan dan kestabilan kewangan insurer. Proses penilaian, penaksiran dan pemilihan risiko berasaskan kepada pengenalpastian faktor-faktor yang menyumbang kepada ‘baik’ atau ‘buruk’ sesuatu risiko dipanggil ‘pengunderaitan’. Terdapat dua kategori utama pengunderaitan iaitu yang pertama; berkaitan dengan kesihatan dan yang kedua; berkaitan dengan kedudukan kewangan pelanggan untuk memiliki polisi insurans hayat. Di Malaysia, undangundang insurans (Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013) memperuntukkan fasal ‘penuh percaya mutlak’ atau doktrin ‘uberrima fides’, yang menghendaki bakal pelanggan menjawab semua soalan pengunderaitan dengan lengkap dan jujur; jika mereka gagal untuk melakukan ini, insurer boleh menolak untuk membayar tuntutan. ‘Borang cadangan’ direka oleh insurer untuk mendapatkan maklumat mengenai risiko yang dicadangkan untuk insurans. Fakta matan adalah suatu perkara yang akan mempengaruhi pengunderait dalam memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak risiko dan menentukan terma & syarat perlindungan serta premium yang perlu dibayar. Sebagai contoh, umur orang yang akan diinsuranskan adalah fakta matan; walau bagaimanapun, undang-undang insurans di Malaysia (Jadual 8 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013) tidak membenarkan insurer mengelakkan atau menolak tuntutan hanya dengan alasan salah nyata umur. Sungguhpun demikian,
PENGUNDERAITAN DAN DOKUMEN INSURANS HAYAT
187
BAB 14
BAB 14
insurer boleh meminda jumlah yang diinsuranskan atau tempoh perlindungan yang sepatutnya diberikan berdasarkan umur sebenar. 14.2.1 Pengunderaitan Perubatan
Pengunderaitan perubatan adalah berkaitan dengan ‘bahaya fizikal’ yang terdapat pada risiko yang dicadangkan untuk diberi perlindungan insurans hayat. Antara faktor-faktor yang dipertimbangkan termasuklah faktor umur, ketinggian, berat badan, sejarah perubatan peribadi dan keluarga, gaya hidup dan lain-lain. Sekiranya maklumat yang diberikan telah mendedahkan ciri-ciri yang kurang memuaskan atau keadaan kesihatan seperti menghidap kencing manis, insurer boleh meminta diadakan soal selidik tambahan atau pemeriksaan perubatan (atas tanggungan insurer) bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk membuat penilaian yang lebih tepat.
14.2.2 Pengunderaitan Kewangan
Pengunderaitan kewangan yang bertujuan untuk mengenalpasti ‘bahaya moral’ yang terdapat atau diwarisi ternyata lebih subjektif untuk dibuktikan, berbanding dengan bahaya fizikal yang lebih ketara. Ia melibatkan penelitian kewujudan kepentingan boleh insurans dan sama ada jumlah insurans yang dipohon setara dengan kedudukan kewangan atau keupayaan pendapatan pemohon. Di samping itu, ia juga melibatkan penyiasatan sama ada pencadang memiliki beberapa polisi insurans hayat dengan insurer lain, atau sama ada terdapat insurer lain yang menolak permohonan untuk perlindungan insurans, dan sekiranya ada, apakah sebab-sebabnya.
14.3 Garis Panduan
Kriteria yang digunakan oleh syarikat insurans untuk menentukan sama ada untuk memberi perlindungan atau berapakah kadar premium yang patut dikenakan dirujuk sebagai ‘Garis Panduan Pengunderaitan’. Garis panduan ini menetapkan standard minimum untuk menerima atau menanggung risiko manakala program komputer dan data aktuari (termasuk kadar kemortalan) digunakan untuk menentukan premium yang perlu dibayar.
Pengunderaitan
BAB 14
14.3.1 Klasifikasi Risiko
Risiko boleh dikelaskan mengikut kebarangkalian berlaku kematian pra matang disebabkan penyakit atau kemalangan, menggunakan maklumat perubatan dan maklumat peribadi seperti umur, jantina, pekerjaan, dan gaya hidup dan lain-lain. Individu yang berisiko tinggi perlu membayar premium yang lebih tinggi bagi mendapatkan tahap perlindungan yang sama (tanggapan) seperti orang yang berisiko rendah. Bagaimana risiko dikelaskan: 1. Risiko Standard (tanpa faktor-faktor risiko yang buruk) boleh diterima dengan terma dan premium standard;
188
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
2. Risiko Sub-standard (terdapat bahaya kesihatan atau bahaya pekerjaan) boleh diterima tetapi dengan premium tambahan, beban dan/atau batasan untuk perlindungan; 3. Risiko di bawah purata mungkin tidak boleh diterima atau ditangguhkan sehingga kesuatu tempoh tertentu; 4. Risiko tidak boleh diinsuranskan (contohnya seseorang yang menghidap penyakit merbahaya/terminal) akan ditolak. 14.3.2 Ciri-ciri Risiko Sub-Standard dan Risiko di Bawah Purata:
• Contoh: Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan memberi tekanan kepada jantung dan seterusnya meningkatkan kadar kemortalan dalam jangka panjang
Kemortalan kekal tidak berubah •
Contoh: Seseorang dengan pekerjaan berisiko tinggi bekerja di kapal atau pelantar minyak luar pesisir dan terdedah kepada bahaya sepanjang masa.
Kemortalan menurun mengikut masa •
Contoh: Seorang pemuda yang telah pulih sepenuhnya dari penyakit batuk kering tidak akan berhadapan dengan penyakit yang mengancam hidupnya di xmasa akan datang.
14.3.3 Mengendali Risiko Buruk
Istilah “pemilihan yang buruk” atau “anti-pilihan” yang digunakan insurans menerangkan keadaan di mana permohonan seseorang untuk mendapatkan perlindungan insurans (kecenderungan untuk membeli insurans dan kuantiti yang dibeli) adalah saling berkaitan secara positif dengan risiko mengalami kerugian (risiko yang lebih tinggi mendorong untuk membeli lebih banyak insurans).
Sebagai contoh, sebelum wabak AIDS menular, borang cadangan insurans bukan perubatan adalah lebih ringkas dengan bilangan soalan berkenaan kesihatan yang lebih terhad. Oleh yang demikian, peranan pengunderait dalam proses pemilihan juga agak terhad. Walau bagaimanapun, kemungkinan berlaku anti-pemilihan disebabkan AIDS telah menukar senario masakini di mana peranan pengunderait telah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.
Untuk mengatasi kesan buruk akibat anti-pemilihan, insurer bertanyakan bermacam-macam soalan dan meminta pengamal perubatan atau doktor untuk memberi laporan bebas mengenai individu berisiko tinggi supaya premium yang dikenakan adalah setimpal dengan risiko. Sebarang risiko yang tinggi atau risiko yang tidak dapat dijangka akan ditolak.
Berikut adalah antara kaedah bagaimana insurer mengendali risiko yang tidak memuaskan: 1. Mengenakan bayaran premium tambahan atau bebanan.
PENGUNDERAITAN DAN DOKUMEN INSURANS HAYAT
189
BAB 14
Kemortalan meningkat mengikut masa
2.
Mengurangkan manfaat kematian atau jumlah diinsuranskan tetapi premium boleh kekal pada kadar standard. 3. Mengesyorkan pelan insurans alternatif (seperti insurans sementara boleh diperbaharui setiap tahun dan bukannya insurans hayat seumur hidup). 4. Mengecualikan keadaan atau risiko yang terjejas, atau menyekat penyertaan dalam aktiviti atau bentuk sukan tertentu. 5. Menyelaraskan kadar bonus dalam polisi sertaan (kaedah ini jarang digunakan). 14.4 Menanggung
Risiko
Keperluan untuk Menanggung Risiko oleh Penanggung Insurans Hayat: a) Insurer akan mengambil alih risiko serta-merta setelah menerima bayaran premium yang pertama selepas pengeluaran surat penerimaan risiko. Surat penerimaan turut menyatakan permintaan agar bayaran premium pertama dibuat dalam tempoh yang dinyatakan (biasanya 30 hari). b) Bayaran premium adalah pra-syarat untuk insurer menanggung risiko insurans hayat. Oleh itu, apabila premium permulaan dibayar bersama-sama dengan borang cadangan yang lengkap dan resit rasmi juga telah dikeluarkan oleh insurer, pencadang akan dilindungi dari kematian akibat kemalangan pada tempoh yang ditetapkan. Perlindungan insurans hayat hanya akan bermula sebaik sahaja insurer telah meneliti maklumat dalam borang cadangan dan membuat keputusan sama ada untuk menerima atau menolak risiko, dan jika cadangan itu diterima, selepas polisi (dengan terma dan syarat-syarat) dikeluarkan dan/atau dihantar kepada pemilik polisi.
BAB 14
c) Pemilik polisi berhak menikmati kemudahan ‘tempoh bertenang’ atau ‘tempoh percubaan’ yang membolehkan pemilik polisi memulangkan dokumen polisi kepada insurer dalam tempoh lima belas (15) hari selepas penerimaan. Insurer perlu segera membayar balik apa-apa premium yang telah diterima selepas ditolak perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan insured. Apabila bayaran premium telah dipulangkan, polisi dianggap terbatal dan liabiliti insurer terhenti. d) Premium tambahan atau bebanan yang dikenakan oleh insurer perlu dimaklumkan kepada pencadang secara bertulis, yang dianggap sebagai ‘tawaran balas’. Jika pencadang bersetuju dengan terma-terma yang telah dipinda, pencadang
190
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
perlu memberikan persetujuannya secara bertulis dengan menandatangani dan mengembalikan salinan surat tawaran balas sebelum polisi insurans dikeluarkan.
14.5 Peranan Ejen Insurans dalam Proses Pengunderaitan
Dalam perniagaan insurans hayat, insurer bergantung kepada orang tengah yang merupakan ejen insurans untuk bertindak dengan penuh kejujuran dan profesionalisma apabila menjalankan urusniaga insurans dan membantu pengunderait dalam pemilihan risiko yang baik. Sebagai titik hubungan pertama dengan bakal pelanggan, ejen ditugaskan untuk memaklumkan kepada pelanggan tentang ciri-ciri penting produk dan membantu pelanggan mendedahkan semua fakta matan bagi membolehkan pelanggan dan pengunderait membuat keputusan yang tepat.
14.6 Dokumen Insurans
Dokumen-dokumen berikut merupakan sumber maklumat penting dalam pengunderaitan insurans hayat: 1. Borang cadangan 2. Laporan perubatan 3. Laporan ejen
14.6.1 Borang Cadangan
Insurer boleh meminta pencadang menjawab soalan-soalan khusus yang penting dan mempengaruhi keputusan insurer sama ada untuk menerima atau menolak risiko yang dicadangkan dan juga kadar premium serta terma polisi yang hendak digunapakai. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna supaya sentiasa berhati-hati agar tidak melakukan salah nyata fakta ketika menjawab apa-apa soalan dalam borang cadangan. Soalan-soalan di dalam borang cadangan hendaklah mempunyai kaitan; jika tidak, insurer dianggap telah mengetepikan tanggungjawab pengguna untuk memberitahu atau mendedahkan.
14.6.2 Laporan Pemeriksa Perubatan
Laporan ini terdiri dari sejarah perubatan pencadang dan laporan pemeriksaan perubatan yang meliputi maklumat mengenai ketinggian, berat badan, bacaan denyutan nadi dan tekanan darah, ukuran dada dan perut, keadaan jantung, paru-paru, sistem saraf, dan analisa air kencing pencadang. Dalam beberapa kes, terutamanya bagi jumlah diinsuranskan yang besar atau usia lanjut atau sejarah kesihatan yang buruk,
PENGUNDERAITAN DAN DOKUMEN INSURANS HAYAT
191
BAB 14
e) Insurer boleh meluluskan permohonan ‘membelakangkan tarikh’ permulaan kuatkuasa polisi insurans dalam beberapa kes sehingga enam bulan kebelakang supaya pencadang boleh mendapat manfaat dengan membayar premium yang lebih rendah yang dikenakan pada umur yang lebih muda.
pemeriksaan yang lebih terperinci melibatkan ujian darah, X-ray, elektrokardiogram adalah diperlukan. Pemeriksa perubatan diminta untuk menyatakan sama ada dia mengesyaki bahawa pemohon itu menunjukkan tanda-tanda yang ia terlibat dalam ketagihan arak dan sebagainya. Pemeriksa perubatan juga perlu memperakui umur pemohon selain dari melaporkan penemuannya semasa pemeriksaan fizikal dan menyatakan pendapatnya mengenai pemohon insurans berkenaan atau/lain-lain keperluan lanjut. Ejen memberikan pendapat dan pandangan beliau tentang diri pemohon seperti tabiat, rupa, watak dan status kewangan serta melengkapkan borang carian fakta pelanggan untuk menyokong permohonan itu.
14.6.4 Dokumen Polisi
Polisi insurans hayat adalah satu kontrak undang-undang antara insured dan insurer, dan seperti semua kontrak, ia boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang dan tidak boleh dipandang ringan mengenainya. Kedua-dua pihak mempunyai hak dan kewajipan yang diterangkan dalam polisi, dan oleh itu adalah penting bagi sesiapa memiliki polisi insurans untuk membaca kontrak dengan teliti sebelum menurunkan tandatangan.
Dokumen polisi yang dicetak merupakan bukti bertulis tentang kontrak insurans yang menggabungkan borang cadangan yang menjadi sebahagian dari kontrak dan menjadi asas kepada pembentukan kontrak insurans.
BAB 14
14.6.3 Laporan Ejen
192
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
14.7 Soalan Penilaian Diri 1.
Pengunderait digambarkan sebagai seorang profesional dalam bidang insurans yang a) menerima atau menolak risiko. b) melaksanakan pelan strategik penanggung insurans. c) melabur modal pemegang saham penanggung insurans. d) menetapkan harga/premium.
2.
3.
Yang manakah di antara kaedah berikut TIDAK digunakan oleh insurer apabila mengunderait risiko yang buruk? a)
Mengenakan premium tambahan
b)
Mencadangkan pelan insurans lain
c)
Mengurangkan manfaat polisi
d)
Menawarkan diskaun premium
Risiko sub-standard atau di bawah risiko purata paling tepat digambarkan sebagai: a) risiko yang boleh diterima atas terma dan kadar premium standard. b) risiko bahaya kesihatan atau pekerjaan tetapi boleh diterima dengan terma khas. c) tidak boleh diterima. d)
4.
risiko tidak boleh diinsuranskan, umpamanya seseorang yang menghidap penyakit terminal.
Yang manakah di antara berikut BUKAN sebahagian dari proses pengunderaitan? a) Merangka terma dan syarat perlindungan polisi b) Menilai, menaksir dan memilih risiko untuk diinsuranskan c) Merangka prosedur tuntutan dan dokumentasi d) Penetapan harga insurans/mengenakan premium yang sepadan dengan risiko
5.
Yang manakah di antara faktor-faktor pengunderaitan berikut TIDAK berkaitan dengan bahaya fizikal? a) ketinggian dan berat badan b) sejarah perubatan keluarga BAB 14
c) keupayaan pendapatan d) gaya hidup 6.
Apakah tujuan pengunderaitan kewangan dalam insurans hayat? a) Untuk menilai bahaya fizikal seseorang pemohon perlindungan insurans hayat b) Menilai bahaya moral yang terdapat pada bakal pelanggan c) Untuk memilih pelanggan yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk membayar premium d) Untuk memastikan pembeli mempunyai kepentingan boleh insurans atas hayat orang yang diinsuranskan PENGUNDERAITAN DAN DOKUMEN INSURANS HAYAT
193
7.
Yang manakah di antara dokumen berikut merupakan sumber utama maklumat untuk pengunderaitan insurans hayat? a) Borang cadangan b) Laporan kewangan c) Laporan ejen d) Ilustrasi jualan
8.
9.
Apakah peranan ejen insurans dalam proses pengunderaitan? a)
Membantu pengunderait menetapkan kadar premium yang perlu dibayar oleh insured
b)
Memberi khidmat nasihat kewangan kepada bakal pelanggan
c)
Membantu melengkapkan borang cadangan untuk pelanggan
d)
Memastikan semua fakta matan didedahkan supaya pelanggan dan pengunderait dapat membuat keputusan yang betul
Bilakah penanggung insurans hayat mula menanggungg risiko pelanggan insurans hayat? a) Apabila telah menerima bayaran premium pertama selepas surat penerimaan risiko dikeluarkan b) Apabila insurer telah menerima borang cadangan yang lengkap c) Selepas pengunderait menilai dan menaksir maklumat yang terdapat dalam borang cadangan d) Selepas polisi dikeluarkan dan/atau diserahkan kepada pemilik polisi
10. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘tempoh bertenang’ atau ‘tempoh percubaan’? a) Ia membolehkan pemegang polisi membatalkan polisi hayat selepas 15 hari perlindungan percuma. b) Ia membolehkan pemegang polisi mengembalikan polisi hayat dalam tempoh 15 hari dan mendapat pengembalian penuh. c) Ia membolehkan pemegang polisi menolak polisi hayat selepas 15 hari perlindungan percuma. d) Ia membolehkan pemegang polisi untuk membatalkan polisi hayatnya tidak lewat daripada 15 hari selepas tarikh penerimaan polisi.
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.
BAB 15
Tuntutan Insurans Hayat
15.1 Pengenalan
Saat menentukan kebenaran dan penilaian mutu kerja insurer akan mula teruji sebaik sahaja pemberitahuan tuntutan diterima, dan apabila ejen insurans dan polisi yang dijual olehnya akan diuji, untuk melihat sama ada khidmat yang diberikan menepati jangkaan pelanggan. Pengendali tuntutan sepatutnya dapat menunjukkan sikap keprihatinan dan simpati, terutamanya apabila mengendalikan tuntutan kematian dan cuba untuk membuat proses tuntutan menjadi lebih mudah dan seringkas yang mungkin.
Ketika mengemukakan tuntutan, pemilik polisi atau orang yang menuntut hendaklah memastikan borang tuntutan diisi dengan lengkap kerana kesempurnaan dokumen tuntutan dapat mengelakkan kelewatan yang tidak perlu dalam proses tuntutan:
2.
1.
Mengisi dengan lengkap borang tuntutan
Memberitahu ejen dan/ atau insurer
3.
Menghantar borang tuntutan berserta dokumen sokongan
BAB 15
PROSES TUNTUTAN
15.2 Jenis-jenis Tuntutan
1. Kematian 2. Matang 3. Penyakit Kritikal 4. Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh 5. Lain-lain manfaat di bawah rider tambahan
TUNTUTAN INSURANS HAYAT
195
15.3 Tuntutan
Apabila menerima pemberitahuan tuntutan kematian, dan bergantung kepada keadaan atau sebab kematian, insurer akan meminta pihak yang menuntut untuk mengisi borang tuntutan dan menyediakan dokumen sokongan bagi menyokong tuntutan tersebut. Syarikat insurans berhak untuk meminta dokumen dan maklumat lain yang berkaitan jika diperlukan.
Dokumen tuntutan kematian termasuklah: • Dokumen polisi asal (jika hilang, sertakan akuan bersumpah kehilangan dokumen) • Sijil kematian asal/salinan diakui sah • Permit pengkebumian asal/salinan diakui sah • Kad pengenalan orang menuntut • Bukti hubungan seperti sijil perkahwinan atau sijil kelahiran • Bukti umur seperti Kad Pengenalan atau sijil kelahiran.
Untuk kematian disebabkan kemalangan, dokumen yang diperlukan: • Laporan polis • Laporan bedah siasat • Keratan akhbar, sekiranya berkenaan • Sijil kematian
Bagi orang yang hilang, surat andaian statutori kematian hendaklah diperolehi daripada mahkamah, tujuh (7) tahun setelah semua misi pencarian orang yang hilang itu ditamatkan.
15.3.1 Bayaran Manfaat Kematian Pemilik Polisi
Bayaran manfaat kematian tidak dianggap sebagai sebahagian daripada harta pusaka simati, juga tidak tertakluk kepada hutang mereka. Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Jadual 10) menyatakan peruntukan bagi pembayaran wang polisi di bawah polisi hayat termasuk polisi hayat di bawah seksyen 23 Akta Undang-Undang Sivil 1956, dan polisi kemalangan diri.
Kematian
BAB 15
15.3.2 Bayaran Manfaat Kematian di Mana Terdapat Penamaan
15.3.3 Bayaran Manfaat Kematian di Mana Tidak Terdapat Penamaan
196
Syarikat insurans akan membayar tuntutan mengikut arahan penamaan apabila menerima suatu tuntutan daripada penama itu bersama-sama dengan bukti kematian pemilik polisi. Penamaan yang dibuat oleh pemilik polisi bukan berugama Islam akan mewujudkan suatu amanah bagi faedah penama itu. Jika penama adalah suami atau isterinya, anak atau ibu bapa, ini bermakna wang polisi tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka si mati atau sebahagian dari hutangnya. Sekiranya pemilik polisi meninggal dunia tanpa membuat penamaan, insurer akan membayar wang polisi kepada wasi yang sah atau pentadbir harta pusaka. Pada masa pembayaran wang polisi itu, sekiranya tidak ada wasi yang sah atau pentadbir (kerana pemilik
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
polisi meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat), insurer akan membayar wang polisi kepada pasangan si mati, anak atau ibubapanya mengikut seksyen 6 Akta Pembahagian 1958.
15.3.4 Faedah Atas Bayaran Lewat Tuntutan Kematian
15.4 Tuntutan Matang
• Surat Kuasa atau Surat Pentadbiran atau Arahan Pembahagian: Surat kuasa atau surat pentadbiran adalah satu perintah mahkamah yang menyatakan wakil yang berhak untuk berurusan dengan harta pusaka si mati. Surat ini diperlukan jika pemilik polisi meninggal dunia tanpa membuat penamaan atau tanpa meninggalkan wasiat, dan tanpa suami atau isteri, anak atau ibu bapa sebagai bukti yang mencukupi bahawa orang yang dinamakan adalah wasi yang sah atau pentadbir harta pusaka yang kepadanya wang polisi akan dibayar. Berkenaan dengan polisi insurans hayat (dan kemalangan diri) yang dikuatkuasakan oleh pemilik polisi atas hayatnya sendiri, undang-undang memperuntukkan bahawa jika tuntutan kematian tidak dibayar dalam tempoh 60 hari dari pemberitahuan tuntutan itu, insurer hendaklah membayar suatu faedah kompaun minimum pada kadar purata deposit tetap yang diguna pakai untuk tempoh dua belas bulan (bank perdagangan), ditambah satu peratus atau apa-apa kadar lain yang ditetapkan oleh Bank Negara, pada jumlah wang polisi apabila tamatnya tempoh 60 hari sehingga tarikh pembayaran.
Insurans endowmen menyediakan manfaat kematian dan polisi matang. Jumlah diinsuranskan akan dibayar jika insured masih hidup sehingga akhir tempoh polisi atau tarikh matang. Insurer akan memaklumkan kepada pemegang polisi mengenai tuntutan matang yang akan dibayar dan meminta insured menyediakan dokumen keterangan seperti bukti umur, kad pengenalan atau sijil kelahiran untuk memproses tuntutan. Pemegang polisi akan menerima bayaran tuntutan itu selepas menandatangani borang pelepasan liabiliti.
TUNTUTAN INSURANS HAYAT
197
BAB 15
• Keutamaan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA): FSA memperuntukkan bahawa sekiranya pemilik polisi meninggal dunia tanpa membuat suatu penamaan atau wasiat dan tidak mempunyai suami atau isteri, anak atau ibu bapa, wang polisi: 1) akan dibayar kepada waris yang sah tanpa surat kuasa atau surat pentadbiran, sekiranya wang polisi tidak melebihi RM100,000; 2) akan dibayar kepada waris yang sah seperti no 1 di atas, dan bakinya dibayar kepada wasi atau pentadbir harta si mati, sekiranya wang polisi melebihi RM100,000
15.5 Tuntutan
Insurans penyakit kritikal menyediakan bayaran tunai sekali gus daripada jumlah yang diinsuranskan apabila didiagnosa salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal yang disenaraikan di dalam polisi hayat itu. Di Malaysia, definisi dan jenis penyakit kritikal telah diselaraskan untuk meningkatkan kejelasan perlindungan bagi pemegang polisi dan membandingkannya dengan polisi yang dikeluarkan oleh insurer hayat yang berbeza. Pemilik polisi dikehendaki mengemukakan laporan perubatan diagnosis penyakit berkaitan dari doktor yang merawat bagi tujuan memproses tuntutan.
15.6 Tuntutan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
Tuntutan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) boleh timbul akibat sebab-sebab semula jadi seperti penyakit atau disebabkan kemalangan. Selain borang tuntutan, dokumen-dokumen berikut adalah penting untuk memproses tuntutan hilang upaya: • Borang tuntutan TPD yang lengkap diisi • Laporan Perubatan TPD • Dokumen polisi asal • Lain-lain laporan makmal/pemeriksaan dan keputusan siasatan, jika berkenaan.
Walau bagaimanapun, sekiranya TPD berlaku disebabkan kemalangan, dokumen yang diperlukan untuk memproses tuntutan selain dari yang dinyatakan di atas termasuklah, salinan laporan polis. Ia juga merupakan satu keperluan undang-undang untuk membuat laporan polis sekiranya terlibat dalam kemalangan.
15.7 Tuntutan
Doktrin ‘sebab hampiran’ biasanya digunakan dalam tuntutan kemalangan diri (rider atau manfaat tambahan) untuk mengenalpasti dan mengesahkan bahawa ‘kemalangan’ tersebut merupakan sebab hampiran yang mengakibatkan kematian atau hilang upaya yang dialami oleh insured, terutamanya jika terdapat lebih daripada satu sebab yang berlaku serentak. Sebagai contoh, seseorang mengalami serangan jantung ketika sedang memandu yang mengakibatkan keretanya terbabas dan melanggar pokok dan pemandu meninggal di tempat kejadian. Adakah kematiannya disebabkan kemalangan atau sakit jantung?
Kecederaan akibat kemalangan bermaksud kecederaan anggota badan yang dialami oleh insured hanya disebabkan kemalangan semata-mata dan secara langsung dan bersifatkan keganasan luaran serta nyata atau boleh dilihat. Insurer bergantung kepada maklumat yang terdapat di dalam borang tuntutan, laporan polis dan laporan post mortem/koroner untuk menentukan punca kematian adalah kemalangan, sebagaimana yang ditakrifkan di dalam polisi.
Penyakit Kritikal
BAB 15
Kemalangan Diri
198
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Sekiranya terdapat sebarang keadaan yang mencurigakan yang berkaitan dengan kemalangan itu, misalnya dakwaan bunuh diri, syarikat insurans akan menjalankan siasatan lanjut ke atas tuntutan itu atau mengambil pakar forensik untuk mengenalpasti punca sebenar kematian.
Tuntutan
Peraturan telah menetapkan bahawa insurer dikehendaki menyelenggara dan mengemaskini buku daftar tuntutan yang berfungsi sebagai rekod rasmi tuntutan yang diberitahu dan difailkan. Rekod tuntutan yang telah didaftarkan tidak boleh dikeluarkan dari buku daftar insurer selagi tuntutan masih belum jelas dan belum diselesaikan. Daftar tuntutan boleh disimpan sama ada secara manual atau disimpan di dalam pangkalan data komputer atau kedua-duanya.
BAB 15
15.8 Buku Daftar
TUNTUTAN INSURANS HAYAT
199
15.9 Soalan Penilaian Diri 1.
2.
3.
Tuntutan di bawah polisi insurans hayat terjadi disebabkan perkara-perkara berikut, KECUALI: a)
kematian insured.
b)
kematian waris.
c)
polisi matang.
d)
penyakit kritikal.
Dalam kes seseorang yang hilang tanpa dapat dikesan, berapa lamakah tempoh luput masa yang diperlukan sebelum surat andaian statutori kematian boleh dikeluarkan oleh pihak mahkamah? a)
1 tahun
c) 5 tahun
b)
3 tahun
d) 7 tahun
Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memproses tuntutan kematian? I. Sijil kematian II. Laporan bedah siasat III. Andaian statutori kematian (orang yang hilang) IV. Sijil pengkebumian
4.
5.
a)
I dan IV
c)
I, II dan IV
b)
I, II dan III
d)
I, II, III dan IV
Manfaat kematian hendaklah dibayar dalam tempoh ____ hari dari tarikh penerimaan notis pemberitahuan tuntutan; sekiranya tidak, faedah kompaun atas amaun tuntutan akan dikenakan. a)
15 hari
c) 60 hari
b)
30 hari
d) 7 hari
Apakah jenis tuntutan yang TIDAK dikendalikan oleh jabatan tuntutan insurans hayat? I.
Tuntutan kematian
II.
Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
III. Tuntutan kematangan BAB 15
IV. Diagnosa Penyakit Kritikal
200
V.
Rider Kemalangan Diri
a)
I, II, III dan IV
c) II dan V
b)
V sahaja
d) Tidak I, II, III, IV ataupun V
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
6.
Sebelum tuntutan matang di bawah insurans endowmen dibayar, insurer hayat memerlukan bukti-bukti berikut, KECUALI a) bukti umur orang yang diinsuranskan. b) bukti kematian orang yang diinsuranskan. c) identiti orang yang berhak kepada wang polisi itu. d) bukti orang yang diinsuranskan masih hidup.
7.
Sekiranya terdapat penama di bawah polisi insurans hayat, siapakah yang akan menerima wang polisi? a)
Pemilik polisi
b)
Pasangan, anak atau ibubapa
c) Penama d) 8.
Estet si mati
Dokumen-dokumen berikut diperlukan untuk tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh akibat kemalangan, KECUALI: a) borang tuntutan yang lengkap diisi. b)
salinan laporan polis yang diakui sah.
c) sijil perubatan oleh doktor yang merawat. d) salinan diperakui sah bagi doktor berkelayakan yang merawat. 9.
Jika pemilik polisi meninggal dunia tanpa membuat penamaan, insurer akan membayar wang polisi kepada a) wasi yang sah atau pentadbir harta pusaka si mati. b) pasangan pemilik polisi, anak atau ibu bapa. c) penama. d) waris/keluarga terdekat pemilik polisi.
10. Apakah dokumen yang TIDAK diperlukan mengikut konsesi di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, untuk tuntutan kematian di bawah RM100,000 yang dibayar kepada waris yang sah? I.
bedah siasat atau laporan koroner
II. pemberian probet III. sijil kematian
a)
I, II dan III
c) II dan IV
b)
I sahaja
d) I dan III
BAB 15
IV. surat kuasa mentadbir
JAWAPAN DISEDIAKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI. TUNTUTAN INSURANS HAYAT
201
BAB 16
16.1 Pengenalan
Kod Amalan Ejen Insurans Hayat Sikap dan tingkah laku yang beretika sangat penting untuk memelihara bukan sahaja amanah yang diberikan kerana urus niaga insurans adalah bergantung kepadanya, tetapi juga kepercayaan orang ramai dalam industri. Lebih-lebih lagi, insurans merupakan produk tidak ketara dan pengguna bergantung kepada nasihat yang betul dari pengantara tentang produk yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan individu.
Kod Etika • Jujur • Adil • Amanah
16.2 Kod Etika
Ejen insurans perlu mengamalkan perkara-perkara berikut: 1. elakkan konflik kepentingan 2. elakkan salah guna kedudukan 3. cegah salah guna maklumat 4. memastikan kesempurnaan dan ketepatan rekod berkaitan 5. memastikan kerahsiaan komunikasi dan transaksi 6. memastikan layanan yang adil dan saksama kepada semua pemilik polisi 7. menjalankan urusniaga penuh percaya mutlak dan berintegriti
KOD AMALAN UNTUK EJEN INSURANS HAYAT
203
BAB 16
Kod Perlakuan • Akauntabiti • Bertanggungjawab • Profesional
16.3 Kod Amalan
Kod Amalan (Kod) berfungsi sebagai panduan untuk ejen insurans hayat untuk menjalankan perniagaan dengan penuh percaya dan integriti, dan oleh itu, pengisytiharan pematuhan Kod perlu ditandatangani oleh ejen insurans hayat berdaftar.
Kod ini meliputi cara ejen menangani aduan dari pemegang polisi dengan meminta mereka bekerjasama dengan insurer mengumpulkan fakta-fakta dan juga memberi khidmat nasihat mengenai hak dan pilihan pemegang polisi untuk menyelesaikan masaalah dengan syarikat insurans berkenaan. Insurer juga bertanggungjawab untuk menguatkuasakan Kod dan menggunakan usaha terbaik untuk memastikan wakil-wakil pemasaran mereka mematuhi peruntukan Kod Amalan.
16.4 Penjualan Insurans Hayat
• Apa yang ejen perlu lakukan: a) membuat panggilan untuk mendapatkan temujanji dengan bakal pelanggan dan pastikan panggilan telefon yang tidak dirancang itu dibuat mengikut kesesuaian masa pelanggan; b) memperkenalkan identiti diri dan syarikat insurans yang diwakilinya dan berterus terang dengan pelanggan bahawa tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan perkaraperkara berkaitan dengan keperluan insurans; c) memastikan dengan sebaik mungkin bahawa polisi insurans yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan bakal pemegang polisi; d) memberi nasihat hanya mengenai isu berkaitan dengan insurans yang ia mahir tentangnya dan dapatkan nasihat dari pakar rujuk sekiranya perlu; dan e) menganggap dan meyakinkan pelanggan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan insurans dan pengeluaran polisi insurans semata-mata.
BAB 16
• Apa yang ejen perlu elakkan: f) memaklumkan kepada pelanggan yang namanya telah dirujukkan oleh orang lain, kecuali ejen bersedia mendedahkan identiti orang itu apabila pelanggan meminta untuk berbuat demikian, dan orang itu memberi persetujuan yang identiti dirinya boleh didedahkan; g) membuat, mengeluarkan atau menyebabkan terkeluarnya apa-apa kenyataan bertulis atau lisan yang mengelirukan atau membuat kenyataan yang tidak adil atau berat sebelah dalam membuat perbandingan terma dan syarat atau manfaat dalam mana-mana polisi; h) menghalang pelanggan dari menyatakan atau mendedahkan fakta matan kepada insurer atau mendorong pelanggan untuk tidak menyatakannya;
204
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
i)
16.6 Keperluan Pendedahan
Peranan ejen adalah untuk menerangkan peruntukan-peruntukan utama kontrak insurans, dan menarik perhatian pelanggan mengenai batasan serta pengecualian polisi. Sekiranya perlu, dapatkan khidmat nasihat pakar (pengunderait) untuk menjelaskan skop perlindungan, terma dan syarat polisi (seperti yang disyorkan oleh ejen) untuk memastikan bahawa pelanggan dilayan dengan adil dan memahami produk yang dibeli. Penerangan juga meliputi apa-apa caj tambahan kepada premium asas yang dikenakan, dengan memberitahu amaun dan tujuan caj tambahan itu dikenakan. • Pengetahuan dan kenyataan yang dibuat oleh ejen insurans: Ejen insurans yang mengurusniaga atau merundingkan sesuatu kontrak insurans bagi maksud pembentukan kontrak adalah ejen yang mewakili insurer, dan pengetahuan atau kenyataan yang dibuat atau perlakuan yang ditunjukkan oleh ejen dianggap sebagai pengetahuan, kenyataan dan perbuatan yang dilakukan oleh syarikat insurans. •
Apabila ejen mempelawa mana-mana orang atau individu untuk membuat tawaran atau cadangan untuk menandatangani suatu kontrak insurans, ejen perlu mendedahkan: a) nama insurer berlesen, b) hubungannya dengan insurer, dan c) premium yang dikenakan oleh insurer berlesen. •
a) b) c) d)
Jika seseorang (pemilik polisi) menguruskan insurans kumpulan untuk melindungi sekumpulan individu di mana ia tidak mempunyai kepentingan boleh insurans, ejen perlu mendedahkan kepada setiap orang yang diinsuranskan: nama insurer, hubungannya dengan insurer, syarat-syarat polisi kumpulan, termasuklah imbuhan yang perlu dibayar kepadanya, dan premium yang dikenakan oleh insurer.
KOD AMALAN UNTUK EJEN INSURANS HAYAT
205
BAB 16
16.5 Menyediakan Perlindungan Insurans
memujuk pelanggan yang ingin mengambil insurans agar membuat kenyataan palsu, salah nyata fakta matan atau menghalang pelanggan yang ingin mengambil insurans dari mendedahkan fakta matan atau mendorong pelanggan menyembunyikan mana-mana fakta matan berhubung dengan cadangan insurans.
• Ejen insurans dilarang: a) membuat kenyataan yang mengelirukan, palsu atau memperdayakan sama ada dilakukan dengan niat untuk menipu atau sebaliknya; atau b) penipuan dengan niat untuk menyembunyikan sesuatu fakta matan, atau menggunakan risalah atau ilustrasi jualan yang tidak diluluskan oleh insurer dalam usaha memujuk seseorang untuk terlibat, meminda atau memperbaharui kontrak insurans. 16.7 Aspek Perakaunan dan Kewangan
Ejen hendaklah (jika dibenarkan) mengutip premium mengikut syarat-syarat perlantikan agensinya iaitu: i) menyelenggara buku akaun dengan sempurna bagi semua urus niaga kewangan dengan pemegang polisi yang membabitkan bayaran berkaitan dengan insurans (termasuk apa-apa wang perlu dibayar kepada pemegang polisi apabila terdapat pindaan atau diskaun yang dibenarkan oleh prinsipal); ii) m engesahkan penerimaan (melainkan dibenarkan oleh insurer, hendaklah bagi pihak dirinya sendiri) semua wang yang diterima berkaitan dengan polisi insurans dan hendaklah mengasingkan bayaran premium dari lain-lain bayaran yang diterima; dan iii) mendepositkan bayaran yang diterima ke akaun prinsipal, sebagai mematuhi syarat dan keperluan perlantikan agensi.
16.8 Pemegang Polisi Sedia Ada
Ejen hendaklah: i) mematuhi prinsip-prinsip yang digariskan dalam Kod Amalan kerana Kod ini memainkan peranan penting ketika berurusan dengan pemegang polisi sedia ada;
BAB 16
ii) dengan tujuan untuk mengekalkan perniagaan yang telah diperolehi, berusaha untuk mengekalkan hubungan dengan semua pelanggan yang telah menjadi pemegang polisi dan menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada pemegang polisi yang mengemukakan tuntutan dan secara amnya perlu memenuhi syarat dan keperluan yang ditetapkan berhubung dengan penyelesaian tuntutan.
206
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Insurer diharapkan tidak bertindak sewenang-wenangnya menolak tuntutan terutamanya jika polisi tersebut telah berkuatkuasa untuk tempoh lebih daripada dua (2) tahun, melainkan jika insurer boleh menunjukkan bukti bahawa salah nyata atau tidak mendedahkan fakta matan telah dilakukan dengan sengaja atau bertujuan untuk menipu insurer dengan niat. Ejen dikehendaki membantu pemilik polisi atau waris untuk memberitahu insurer mengenai tuntutan, dalam tempoh yang ditetapkan atau secepat yang mungkin. Pemberitahuan tuntutan hendaklah disokong dengan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan untuk memastikan tuntutan diselesaikan tanpa kelengahan yang tidak wajar.
BAB 16
16.9 Tuntutan
KOD AMALAN UNTUK EJEN INSURANS HAYAT
207
16.10 Soalan Penilaian Diri 1.
Yang manakah di antara berikut BUKAN prinsip asas Kod Etika ejen insurans? a)
Untuk mengelakkan konflik kepentingan
b) Untuk mengelakkan penyalahgunaan kedudukan c) Untuk menghalang penghantaran maklumat d) Untuk memastikan kesempurnaan dan ketepatan rekod yang berkaitan 2.
3.
4.
Yang manakah di antara kenyataan berikut adalah benar mengenai Kod Amalan Ejen Insurans Hayat? a) Ia menyediakan panduan untuk menjalankan perniagaan dengan penuh percaya mutlak dan berintegriti. b)
Ia menyediakan garis panduan tentang bagaimana untuk melaksanakan tugas harian operasi perniagaan.
c)
Ia menyediakan panduan untuk membantu dalam penjualan dan pemasaran produk insurans.
d)
Ia menyediakan panduan proses tuntutan.
Apabila ejen menjalankan tugas menjual insurans, ejen dilarang dari melakukan perkaraperkara berikut: a)
Memastikan panggilan yang tidak dirancang/jangka dibuat pada masa yang bersesuaian
b)
Memaklumkan kepada pelanggan secara jelas bahawa tujuan perjumpaan ialah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan insurans
c)
Memberi nasihat tentang insurans dan perkara-perkara lain seperti seorang pakar dengan tujuan untuk mengagumkan dan menarik perhatian pelanggan
d)
Memastikan polisi yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan pelanggan
Apabila ejen mempelawa mana-mana individu untuk membuat tawaran atau cadangan untuk terikat dengan suatu kontrak insurans, ejen perlu memberitahu; I.
nama insurer berlesen.
II.
hubungannya dengan insurer berlesen.
III. premium yang dikenakan oleh insurer berlesen.
BAB 16
IV. imbuhan yang perlu dibayar kepadanya.
208
a)
I dan II
b)
II dan III
c)
I, II dan III
d)
I, II, III dan IV
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
5.
Yang manakah di antara kenyataan berikut adalah benar mengenai ejen insurans? a) Ejen menjalankan urusniaga atau merundingkan sesuatu kontrak insurans sebagai ejen kepada insured berkenaan. b) Ejen itu memberikan nasihat pakar mengenai perkara-perkara kewangan kepada bakal pelanggannya. c) Ejen meyakinkan pelanggan bahawa polisi insurans hayat adalah yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan pelanggan. d) Ejen mencadangkan polisi insurans hayat yang terbaik pada premium yang paling rendah di pasaran.
7.
8.
Ejen insurans TIDAK dibenarkan a)
memberitahu bakal pemegang polisi bahawa namanya diberikan oleh orang lain; melainkan jika ejen bersedia untuk mendedahkan nama orang itu, diminta berbuat demikian oleh bakal pemegang polisi dan orang itu memberi keizinan yang namanya boleh didedahkan.
b)
membuat, mengeluarkan atau menyebabkan tersebarnya kenyataan bertulis atau lisan yang mengelirukan atau membuat perbandingan yang tidak adil atau atau berat sebelah mengenai terma dan syarat atau manfaat mana-mana polisi insurans.
c)
menghalang bakal pemegang polisi menyatakan fakta matan kepada insurer atau memujuk bakal pemegang polisi untuk tidak mendedahkan fakta.
d)
a, b dan c
Insurer tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menolak tuntutan jika polisi hayat itu telah berkuatkuasa untuk tempoh lebih daripada dua tahun, kecuali: a)
tidak ada kepentingan boleh insurans pada masa tuntutan.
b)
terdapat salah nyata umur pada permulaan polisi.
c)
terdapat bukti salah nyata, palsu atau penyembunyian.
d)
terdapat salah nyata yang tidak disengajakan ketika melengkapkan borang cadangan.
Sejauh manakah kuasa ejen dalam konteks mengutip wang/premium bagi pihak prinsipalnya? a)
Mengendalikan semua transaksi kewangan dengan bakal pemegang polisi dan memberikan akaun hanya apabila diminta untuk berbuat demikian
b)
Akui penerimaan dan menyimpan akaun yang sepatutnya bagi semua wang yang diterima berkaitan dengan polisi insurans
c)
Menyerahkan semua wang yang dikutip ke akaun bank insurer pada masa yang difikirkan sesuai
d)
Menggunakan wang yang dikutip untuk kegunaan peribadi sehingga ke tarikh jatuh bayaran untuk polisi-polisi berkenaan BAB 16
6.
KOD AMALAN UNTUK EJEN INSURANS HAYAT
209
9.
Apakah isu-isu yang perlu diberitahu ke pengetahuan pelanggan dalam usaha untuk menjelaskan peruntukan-peruntukan utama dalam kontrak insurans? a)
Perlindungan asas yang disediakan oleh polisi
b) Pengecualian perlindungan, caj tambahan yang dikenakan dan tujuan caj tambahan tersebut c)
Tempoh bertenang di mana insured boleh membuat bantahan tentang mana-mana peruntukan didalam polisi
d)
nombor telefon/alamat ejen jika perkhidmatan selepas jualan diperlukan oleh pelanggan
10. Ejen insurans diminta melaksanakan amalan yang dinyatakan di bawah, KECUALI a)
menghalang dari berlakunya penyalahgunaan maklumat.
b)
memastikan borang cadangan lengkap diisi dengan tulisan tangannya sendiri.
c)
memastikan kerahsiaan dalam semua komunikasi dan transaksi.
d)
memastikan layanan yang adil dan saksama kepada semua pemilik polisi.
JAWAPAN DIBERIKAN DI BAHAGIAN AKHIR BUKU INI.
Jawapan kepada Soalan Penilaian Diri BAB 1 Jawapan: 1-a, 2-c, 3-c, 4-d, 5-c, 6-d, 7-c, 8-b, 9-c, 10-c BAB 2 Jawapan: 1-a, 2-b, 3-c, 4-c, 5-a, 6-b, 7-b, 8-c, 9-d, 10-c BAB 3 Jawapan: 1-a, 2-b, 3-d, 4-c, 5-c, 6-b, 7-c, 8-d, 9-c, 10-b BAB 4 Jawapan: 1-d, 2-b, 3-d, 4-b, 5-b, 6-c, 7-d, 8-b, 9-b, 10-c BAB 5 Jawapan: 1-c, 2-d, 3-c, 4-a, 5-c, 6-d, 7-d, 8-c, 9-c, 10-b BAB 6 Jawapan: 1-c, 2-d, 3-c, 4-d, 5-b, 6-b, 7-c, 8-b, 9-b, 10-d BAB 7 Jawapan: 1-b, 2-b, 3-b, 4-b, 5-d, 6-c, 7-b, 8-d, 9-a, 10-c BAB 8 Jawapan: 1-c, 2-d, 3-b, 4-b, 5-c, 6-a, 7-c, 8-b, 9-b, 10-c BAB 9 Jawapan: 1-b, 2-b, 3-b, 4-d, 5-c, 6-c, 7-a, 8-b, 9-b, 10-d BAB 10
JAWAPAN
Jawapan: 1-c, 2-b, 3-c, 4-b, 5-d, 6-b, 7-a, 8-b, 9-a, 10-d
JAWAPAN
211
BAB 11 Jawapan: 1-b, 2-a, 3-d, 4-b, 5-b, 6-b, 7-d, 8-d, 9-b, 10-d BAB 12 Jawapan: 1-c, 2-d, 3-c, 4-d, 5-a, 6-c, 7-c, 8-a, 9-c, 10-d BAB 13 Jawapan: 1-d, 2-b, 3-d, 4-c, 5-d, 6-a, 7-b, 8-c, 9-d, 10-b BAB 14 Jawapan: 1-a, 2-d, 3-b, 4-c, 5-c, 6-b, 7-a, 8-d, 9-a, 10-b BAB 15 Jawapan: 1-b, 2-d, 3-d, 4-c, 5-d, 6-b, 7-c, 8-d, 9-a, 10-c BAB 16
JAWAPAN
Jawapan: 1-c, 2-a, 3-c, 4-c, 5-c, 6-d, 7-c, 8-b, 9-b, 10-b
212
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Indeks Aduan, 3.5 unit aduan, 3.5.5 agensi, penamatan, 5.5 Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Anti-Pembiayaan Keganasan 2011, 3.7 Anti-Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan, 3.7.1 Ketekunan Wajar Pelanggan, 3.7.1 Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011, 3.8 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, 3.1.5, 3.1.6 tujuan (objektif), 3.1.6 Jadual 9, 2.2.6 peruntukan utama, 3.1.7 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, 3.1.5 tujuan (objektif), 3.1.6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, 3.6 tujuh prinsip, 3.6.1 Akta Persaingan 2010, 3.8 Suruhanjaya Persaingan Malaysia, 3.8.1 Akta Syarikat 1965, 3.2 Peruntukan utama, 3.2.1
menolak pendaftaran atau pembatalan pendaftaran, 10.11 pembangunan profesional berterusan, 10.16 pemberitahuan perubahan, 10.9 pendaftaran, 10.4 premium atau wang dikutip bagi pihak prinsipal, 10.14 sijil dwi-tahunan, 10.7 sijil pendaftaran, 10.6 tempat perniagaan, 10.8 ejen, insurans hayat aspek perakaunan dan kewangan, 16.7 keperluan pendedahan, 16.6 Kod Amalan, 16.3 Kod Etika, 16.2 menyediakan perlindungan insurans hayat, 16.5 pemegang polisi sedia ada, 16.8 penjualan insurans hayat 16.4 tuntutan, 16.9 ejen, kuasa, 5.4 ejen, pengendalian perniagaan yang dilarang, 5.7 fakta matan, 2.2.3
dokumen, insurans am, 8.10 ejen, insurans am fungsi, 10.3 kelayakan masuk minimum, 10.5 keperluan pengekalan minimum, 10.12 Kod Amalan, 10.13 Konflik kepentingan 10.10
indemniti, 2.4 pengukuran, 2.4.1 insurans, 1.6 prinsip-prinsip asas, 2.1 fungsi, 1.7 pasaran, 1.11 perkara pokok, 2.3.3, 2. 3. 4 insurans barangan dalam transit, 7.4.4 insurans empunya rumah, 7.3.4 insurans gangguan perniagaan, 7.3.3 insurans harta, 7.3 Insurans hayat, pengkadaran premium kos risiko, 13.2 premium kasar dan premium bersih, 13.5 premium insurans kumpulan, 13.6
INDEKS
213
INDEKS
bahaya, 1.3 bantahan terhadap polisi, 11.3 Biro Insurer Motor, 9.7 Biro Perantaraan Kewangan, 3.5.2 BNMLINK, 3.5.3 bon, 7.6.4 borang cadangan, 2.2.3
premium paras, 13.3 bebanan luar jangka, 13.5 insurans hayat kumpulan, 12.4 insurans isi rumah, 7.3.5 insurans jaminan kesetiaan, 7.6.3 Insurans kebakaran dan peril khusus, 7.3.1 insurans kejuruteraan, 7.7 polisi kejuruteraan tidak boleh diperbaharui, 7.7.2 polisi kejuruteraan boleh diperbaharui, 7.7.1 insurans kemalangan diri, 7.6.1 insurans kemalangan pelbagai, 7.6 Insurans liabiliti, 7.5 insurans marin, 7.4 marin kargo, 7.4.2 marin badan kapal, 7.4.1 insurans motor, 7.2 insurans pecah masuk, 7.3.6 insurans penerbangan, 7.4.3 insurans perubatan dan kesihatan berkelompok 6.6 penamatan secara automatik, 6.9 langkah-langkah kawalan kos, 6.7 peraturan, 6.4 pembaharuan, 6.8 jenis-jenis, 6.2 insurans penyakit kritikal, 12.3 insurans semua risiko, 7.3.2 insurans semula, 8.9 insurans wang, 7.6.2 kapasiti minor untuk menginsuranskan, 11.5 kepentingan boleh insurans, 2.3
kepentingan boleh insurans, insurans hayat, 11.4
INDEKS
keperluan pendedahan, 2.2.1 keperluan pendedahan, insurans hayat, 11.10 kerugian, 1.3 kontrak sertaan dan bukan penyertaan, 12.6 kontrak tambahan, insurans hayat, 12.5
214
organisasi penjagaan kesihatan, 6.3 pembayaran wang polisi, 11.6 pengecualian cukai pendapatan individu insurans hayat, 13.7 insurans perubatan dan kesihatan, 6.10 Pengkalan Data Berpusat untuk Membuat Anggaran Kos Membaiki Kenderaan, 9.13 pengiraan premium, insurans kebakaran, 8.7 pengiraan premium , insurans motor, 8.6 pengunderaitan, insurans am pertimbangan dan faktor pengkadaran, 8.8 garis panduan, 8.3 penetapan harga, 8.4 proses, 8.2 pengunderaitan, insurans hayat menanggung risiko, 14.4 dokumen, 14.6 garis panduan, 14.3 pemilihan risiko, 14.2 peranan ejen, 14.5 penuh percaya mutlak, 2.2 pelanggaran penuh percaya, 2.2.4 remedi, 2.2.5 Jadual 9, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, 2.2.6 penyerahan hak, 2.3.5 pengecualian, 2.3.5 prosid polisi, 2.3.5 wang polisi, bayaran, 2.3.7 Peraturan dan Pendaftaran Ejen Insurans Am (GIARR), 10.2 pelanggaran, 10.18 siasatan mengenai aduan, 10.19 peril, 1.3 Perjanjian Langgar-sama-Langgar, 9.8 perlindungan kewangan pelanggan, 3.3.1 literasi dan pendidikan, 3.4 pertanyaan dan aduan, 3.5 perundangan insurans peranan Bank Pusat, 3.1.3 perkembangan sejarah, 3.1.1 perubahan ekuiti, 3.1.2,
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK UNTUK EJEN INSURANS
Rangka kerja Modal Berasaskan Risiko, 3.1.4 risiko pengkelasan, 1.2 kaedah menangani, 1.5 risiko boleh diinsuranskan, 1.9 pengurusan, 1.4 pengertian, 1.1 salah nyata umur, 11.2 sebab hampiran, 2.7 operasi punca tunggal, 2.7.1 sebab serentak, 2.7.2 sebab-sebab turutan, 2.7.3 serahan polisi hayat, 11.7 subrogasi, 2.5 bagaimana ia boleh timbul, 2.5.1 sumbangan, 2.6 keperluan sumbangan, 2.6.1 surplus, kaedah pengagihan, 12.7 takaful, 1.6 tanggungjawab ejen terhadap prinsipal, 5.2 tanggungjawab prinsipal terhadap ejen, 5.3 tiada bayaran premium, 11.18
tidak boleh tanding, 11.12 Tunai Sebelum Lindung, keperluan pematuhan bagi polisi insurans motor, 10.15 tuntutan, insurans am dokumen, 9.3 garis panduan, prosedur penyelesaian, 9.12 pengambilan semula, 9.5 penggunaan averaj, 9.6 pertikaian, 9.10 tindakan pasca penyelesaian, 9.11 penyelesaian, 9.4 proses, langkah-langkah, 9.2 tuntutan, insurans hayat daftar tuntutan, 15.8 tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh, 15.6 tuntutan kemalangan diri, 15.7 tuntutan kematangan, 15.4 tuntutan kematian, 15.3 tuntutan penyakit kritikal, 15.5 Undang-undang Agensi, 5.1 Undang-undang Kontrak, 4.1 faktor-faktor penting, 4.2 kontrak batal, boleh batal dan tidak boleh dikuatkuasakan, 4.3 pembentukan kontrak insurans, 4.2
INDEKS
215
INDEKS
tujuan, 3.1.6 undang-undang baru, 3.1.5 Polisi insurans hayat, jenis-jenis, 12.2 polisi insurans, sebahagian dari, 4.4
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Malaysian Insurance Institute (MII) No 5, Jalan Sri Semantan Satu, 50490 Damansara Heights Kuala Lumpur or go to www.insurance.com.my IBU PEJABAT No. 5 Jalan Sri Semantan Satu, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, MALAYSIA Tel : +603 20878882/8883 Faks : +603 20937885 Email :
[email protected] Website : www.insurance.com.my
ISBN 978-983-2432-06-7
9
789832
432067
MII City Centre 6th Floor, Wisma Sime Darby Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, MALAYSIA Tel : +603 26928828 Fax : +603 26920898